yab dato' mohamed khaled bin nordin -...

13

Upload: buiduong

Post on 16-Mar-2019

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: YAB DATO' MOHAMED KHALED BIN NORDIN - jauhar-online.comjauhar-online.com/wp-content/uploads/2017/08/Konvokesyen-MARSAH...Ketua Eksekutif Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Yang Berbahagia
Page 2: YAB DATO' MOHAMED KHALED BIN NORDIN - jauhar-online.comjauhar-online.com/wp-content/uploads/2017/08/Konvokesyen-MARSAH...Ketua Eksekutif Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Yang Berbahagia

Yang saya muliakan, Pengerusi MajlisYang Berhormat Tan Sri Datuk Mohamad bin Aziz,Speaker Dewan Undangan Negeri Johor

Yang Berhormat Ustaz Haji Abdul Mutalip bin Abdul Rahim,Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah MARSAH Sdn Bhd

Yang Berhormat Dato’ Azmi Bin Rohani Setiausaha Kerajaan Johor

Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Haji M.Tahrir bin Dato’ Haji Shamsuddin,Mufti Negeri Johor

Yang Berhormat Dato’ Haji Nooh bin Gadot,Penasihat Majlis Agama Negeri Johor

Yang Berbahagia Tuan Haji Amran Bin Abdul RahmanPengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Rofiki Bin Dato` Haji SamsuddinKetua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Johor

YAB DATO' MOHAMED KHALED BIN NORDINMENTERI BESAR JOHOR

ucapan

30 JULAI 2017 | PUSAT ISLAM ISKANDAR JOHOR

Salam Sejahtera, Salam Muafakat Johor

Bismillahirrahmanirrahim

Page 3: YAB DATO' MOHAMED KHALED BIN NORDIN - jauhar-online.comjauhar-online.com/wp-content/uploads/2017/08/Konvokesyen-MARSAH...Ketua Eksekutif Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Yang Berbahagia

Yang Berbahagia Prof. Dr Haji Mohamad Som bin Sujimon,Ketua Eksekutif Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)

Yang Berbahagia Prof. Dr Haji Mohamad Som bin Sujimon,Ketua Eksekutif Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)

Ahli-ahli Majis Mesyuarat Kerajaan NegeriAhli-ahli Majlis Agama Islam Negeri JohorAhli-ahli Lembaga Pengarah MARSAH Sdn BhdAhli-ahli Lembaga Pengelola MARSAH Ahli-ahli Lembaga Akademik Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)Ahli-ahli Lembaga Penasihat Akademik Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Akademik dan Pengurusan MARSAHPensyarah-pensyarah dan kakitangan-kakitangan MARSAH

Dif-dif Jemputan,Wakil-wakil dari Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara

Para Ibu bapa,Para Graduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian

Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya kita dapat bersama-sama hadir di Dewan Pusat Islam Iskandar Johor ini, bagi meraikan kejayaan 230 graduan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) buat kali ke-17.

Page 4: YAB DATO' MOHAMED KHALED BIN NORDIN - jauhar-online.comjauhar-online.com/wp-content/uploads/2017/08/Konvokesyen-MARSAH...Ketua Eksekutif Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Yang Berbahagia

Para graduan yang diraikan,

Hari ini adalah hari yang sangat penting dan bersejarah untuk anda semua. Bagi kebanyakan anda, hari ini adalah saat meraikan kejayaan. Memetik nikmat hasil dari jerit perih menuntut ilmu selama ini.

Pastinya, dalam setiap sanubari kalian, tersimpan rasa bangga. Kerana kejayaan ini, bukan sekadar pencapaian terbaik peribadi.

Ia juga pencapaian keluarga anda. Kerana tanpa sokongan keluarga, kita sebenarnya tidak punya apa-apa.

Tetapi di sebalik segala kejayaan yang kita raikan pada hari ini, saya mengambil kesempatan untuk bercakap tentang sesuatu yang penting dan serius.

Sesuatu yang berat dan menuntut perhatian semua yang hadir.

Saya mengambil kesempatan ini kerana saya percaya, inilah arena terbaik untuk mengingatkan semua graduan, akan peranan sebenar penting anda selepas bergraduat.

Page 5: YAB DATO' MOHAMED KHALED BIN NORDIN - jauhar-online.comjauhar-online.com/wp-content/uploads/2017/08/Konvokesyen-MARSAH...Ketua Eksekutif Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Yang Berbahagia

Saudara dan saudari,

Anda semua bukan graduan biasa. Anda semua adalah graduan pendidikan tinggi dalam bidang agama.

Anda tidak akan boleh lari dari label tersebut. Dan sebagai graduan jurusan agama, masyarakat di luar sana mempunyai jangkaan mereka yang tersendiri. Dan saya sendiri mempunyai jangkaan serta harapan yang tersendiri kepada anda semua.

Anda adalah graduan yang akan mencorakan perjalanan pembangunan agama Islam di Johor dan Malaysia ini.

Pada kalian, kami sandarkan harapan, agar Johor dan masyarakatnya, dapat dicorakkan. Dengan ilmu kalian, dengan nasihat kalian, dengan kepakaran kalian, dengan hikmah kebijaksanaan kalian, agar kita menjadi masyarakat dan tanahair yang bukan sahaja maju, tetapi Islami.

Kerana, jika bukan graduan seperti kalian, siapa lagi yang akan menyebar risalah agama ini? Siapa lagi yang akan mempimpin moral masyarakat agar menyantuni fitrah bangsa dan masyarakat terbaik?

Para Graduan sekalian,

Johor dan masyarakatnya sedang menikmati fasa pembanguan yang tidak pernah kita impikan selama ini. Segala-galanya kini sedang bergerak pantas dan Johor sedang menjadi antara negeri terbaik di negara kita.

Namun, di sebalik semua kejayaan ini, ternyata kita juga berhadapan dengan cabaran yang sangat besar.

Nilai dan keperibadian bangsa, semakin susut moralnya. Dan salah satu penyebab kesusutan atau kemerosotan moral ini adalah kerana kurangnya suri teladan yang baik.

Mungkin ada yang berkata, Bukankah Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik teladan? Adakah keteladanan dan ketinggian sahsiah Baginda masih tidak memadai?

“Johor dan masyarakatnya

sedang menikmati fasa pembanguan yang tidak pernah

kita impikan selama ini.

Segala-galanya kini sedang

bergerak pantas dan Johor sedang

menjadi antara negeri terbaik di

negara kita.”

Page 6: YAB DATO' MOHAMED KHALED BIN NORDIN - jauhar-online.comjauhar-online.com/wp-content/uploads/2017/08/Konvokesyen-MARSAH...Ketua Eksekutif Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Yang Berbahagia

Benar, Baginda SAW adalah contoh teladan terbaik buat umat manusia.

Tetapi Baginda hadir dalam zaman yang berbeza konteks dan cabarannya. Kita tidak seharusnya mengenepikan konteks dan cabaran hidup zaman kita.

Generasi sekarang, teladan mereka, adalah apa yang terpapar di Facebook , di Youtube dan Twitter.

Generasi hari ini, lebih akrab dengan blackberry messenger, whatsapp, dan we-chat dibandingkan dengan pesan-pesan hikmah dari para anbia yang termaktub dalam kitab-kitab lama.

Akhirnya, kecintaan pada dunia yang diajarkan oleh nilai-nilai kapitalis global telah membuatkan pemuda dan pemudi kita, semakin jauh dari Islam, apatah lagi dari Rasulullah SAW.

Maka kerana itulah hari ini saya ingin mengingatkan semua para graduan. Bahawa dengan ilmu yang ada pada kalian, ilmu yang bersandarkan wahyu, ilmu yang bersandarkan tauhid. Kalian harus berperanan lebih besar untuk membangunkan bangsa dan umat Islam di Johor dan Malaysia ini.

Kalian harus menjadi Benteng Moral Johor yang berkemajuan. Kalian harus menjadi pendiri karakter Johor yang Berkemajuan.

“Dengan ilmu yang ada pada

kalian, ilmu yang

bersandarkan wahyu,

ilmu yang bersandarkan

tauhid, kalian harus berperanan

lebih besar untuk membangunkan

bangsa dan umat Islam

di Johor dan Malaysia ini.”

Page 7: YAB DATO' MOHAMED KHALED BIN NORDIN - jauhar-online.comjauhar-online.com/wp-content/uploads/2017/08/Konvokesyen-MARSAH...Ketua Eksekutif Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Yang Berbahagia

“Betapa Johor ini harus dibangunkan

dengan peribadi-peribadi yang berkarakter

mulia. Mereka yang

berkata benar. Mereka yang berprinsip.

Mereka yang melakukan

pelbagai kebaikan.”

Kalian harus menjadi barisan hadapan dalam membangunkan karakter yang sangat kukuh nilai-nilai Islam, terutamanya dari segi al-akhlaq al-karimah (Maksud: akhlak yang mulia).

Agar Johor ini, dibanjiri dengan sosok insan muslim yang berbuat kebajikan demi kepatuhannya pada Allah dan Rasul-Nya.

Saya sangat yakin, seruan saya ini, senafas dengan misi risalah Nabi Muhammad SAW, bahawa Baginda diutus untuk “menyempurnakan akhlak manusia”.

Lalu sedarlah para graduan sekalian. Betapa Johor ini harus dibangunkan dengan peribadi-peribadi yang berkarakter mulia. Mereka yang berkata benar. Mereka yang berprinsip. Mereka yang melakukan pelbagai kebaikan.

Mereka yang menyantuni batas-batas kemanusiaan dalam kehidupannya. Mereka yang beraqidah, beribadah, berakhlaq, dan bermua’amalah dengan benar dan baik.

Mereka yang menjauhkan diri dari dosa, salah, dan keburukan serta tidak berbuat kerosakan di muka bumi dalam bentuk apapun seperti kekerasan, korupsi, kejahatan, dan hal-hal yang dilarang oleh agama.

Page 8: YAB DATO' MOHAMED KHALED BIN NORDIN - jauhar-online.comjauhar-online.com/wp-content/uploads/2017/08/Konvokesyen-MARSAH...Ketua Eksekutif Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Yang Berbahagia

Tuan-tuan dan Puan-puan, para ibu bapa dan graduan yang saya hormati,

Kalau kita membuka lembaran sejarah dan sirah nabawiyyah, pasti kita ingat betapa semua Rasul dan anbia, adalah mereka yang diutuskan untuk menyempurnakan karakter dan akhlak umat manusia.

Misi mereka ini secara ringkasnya penah diungkapkan dalam satu syair Indonesia, “bangunlah jiwanya-bangunlah badannya”.

Maknanya, walau sekuat mana fizikal seseorang, ia tidak akan dapat mengatasi kentalnya karakter, pemikiran, jiwa, nurani, dan perilaku seseorang.

Sejarah bangsa-bangsa di dunia harus kita jadikan sandaran. Bahawa kehancuran sesebuah peradaban bukan hanya karena serangan dan ancaman luaran.

Tetapi juga dari lemahnya rohani bangsa tersebut. Kerana lemahnya karakter manusianya, yang terperosok dalam keadaan fi-asfal as-safilin, atau suatu keadaan kehidupan manusia yang jatuh ke titik terendah dalam keadaban.

Para Graduan sekalian,

Maka pada hari ini, saya mengajak semua graduan dan tetamu yang hadir.

Kita mesti melipat gandakan segala usaha untuk pembangunan karakter terbaik bangsa kita.

Institusi seperti MARSAH, mesti meningkatkan peranan dakwah dan tajdidnya. Mesti menjadi juara pencerahan menuju terbentuknya peradaban dan sistem nilai bangsa yang berkemajuan.

Kerana itulah, MARSAH tidak boleh menjadi hanya sebuah institusi pendidikan biasa. Ia mesti memainkan peranan lebih besar dari hanya pusat pengajaran ilmu-ilmu Islam.

“Sejarah bangsa-bangsa di dunia harus kita

jadikan sandaran. Bahawa kehancuran

sesebuah peradaban bukan

hanya karena serangan dan

ancaman luaran.

Tetapi juga dari lemahnya rohani bangsa tersebut. Kerana lemahnya

karakter manusianya, yang terperosok dalam keadaan fi-asfal

as-safilin..”

Page 9: YAB DATO' MOHAMED KHALED BIN NORDIN - jauhar-online.comjauhar-online.com/wp-content/uploads/2017/08/Konvokesyen-MARSAH...Ketua Eksekutif Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Yang Berbahagia

Pertama, Marsah mesti menjadi sebahagian dari gerakan Islam.

Gerakan yang menjadikan agama sebagai graviti hidup yang diangkat dengan ketaatan.

Gerakan agama yang akan merangkul kembali anak muda Islam dari media-media alternatif. Agar tidak terus terpesona dan hanyut dengan dunia yang fana ini. Agar mereka kembali kepada matlamat dan fitrah hidup yang benar. Dan tidak tidak tersasar dari jalan Tuhan.

Kedua, MARSAH mesti menjadi gerakan Dakwah, Amar ma’ruf Nahi munkar.

Seruan serampang dua mata ini sering kali kita dengar. Namun, merealisasikannya tidak semudah yang kita sangka. Tetapi kita tidak punya pilihan. Ia mesti dilakukan.

Kerana, ikhtiar menyuburkan seribu kebaikan tidak akan menjadi, kalau seribu kemungkaran terus dibiar berleluasa.

Jadi, strategi dakwah yang tepat untuk mengakrabkan kembali generasi muda Muslim dengan Nabi dan Rasul serta tokoh tokoh besar Islam, mesti disemak dan diperkasakan.

Agar muncul rasa cinta dan bangga untuk meneladani mereka, bukannya malu mengikuti langkah mereka.

Page 10: YAB DATO' MOHAMED KHALED BIN NORDIN - jauhar-online.comjauhar-online.com/wp-content/uploads/2017/08/Konvokesyen-MARSAH...Ketua Eksekutif Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Yang Berbahagia

Ketiga, MARSAH dan graduan pengajian Islam harus tampil sebagai sebuah gerakan Tajdid atau gerakan pembaharuan.

Gerakan yang memikirkan pembaharuan dalam sistem berbangsa dan amalan bernegara.

Gerakan yang mengajak masyarakat untuk mengubah cara hidup dan cara berfikir. Agar dengan pemikiran yang berkemajuan, bangsa ini akan turut menjadi sebuah bangsa yang berkemajuan.

Dan kerana itu, perkara keempat yang ingin saya kongsikan, adalah keperluan untuk MARSAH diangkat menjadi institusi yang mempunyai mandat dan peranan yang lebih besar.

Saya percaya, MARSAH tidak seharusnya kekal menjadi pusat yang melahirkan graduan jurusan agama semata-mata. Tetapi institusi ini harus menggalas tanggungjawab yang lebih besar dan strategik.

Saya mencadangkan agar MARSAH turut diberikan mandat menjadi institut melatih para pendidik atau guru-guru agama.

Kerana, kita bukan sahaja memerlukan graduan pengajian Islam yang terbaik. Tetapi juga para pendidik dan guru-guru agama yang terbaik. Dan MARSAH berada pada kedudukan dan potensi yang tepat untuk menggalas dan merealisasikan aspirasi ini.

Page 11: YAB DATO' MOHAMED KHALED BIN NORDIN - jauhar-online.comjauhar-online.com/wp-content/uploads/2017/08/Konvokesyen-MARSAH...Ketua Eksekutif Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Yang Berbahagia

Jadi, pelan Kerajaan Negeri adalah untuk menaik taraf MARSAH menjadi sebuah Kolej Universiti, dan ia akan mempunyai pengkhususan dalam pendidikan serta latihan guru-guru serta ahli akademik jurusan agama.

Walaubagamaipun kita tidak boleh terburu-buru. Jadi, bagi menilai dan meneliti potensi serta keampuhan idea ini, kita telah melantik pakar runding untuk membuat penyelidikan dan laporan lengkap berhubung masa depan dan keperluan menaik taraf MARSAH menjadi kolej universiti.

Dalam sedikit masa nanti, apabila laporan dan kajian semakan ini siap, saya pasti akan kongsikan dengan semua akan dapatan serta saranan yang diperolehi.

Para hadirin,

Kita semua sangat mendambakan agar bangsa ini kembali dikenal sebagai bangsa yang besar dan disegani. Bangsa yang kembali bangkit dan bersinar menjadi bangsa terbaik.

Dan ia hanya boleh terhasil, bila umat Islam di Johor ini, terbina akhlak dan pemikirannya dengan baik.

Dan semua ini adalah tanggungjawab anda, tanggungjawab saya, tanggungjawab kita semua. Jadi, marilah kita menanam azam untuk menjayakan aspirasi ini.

Kepada semua pendidik dan tenaga pengajar, terima kasih kerana telah mendidik dan mengasuh anak bangsa kita sehingga berjaya. Jasa dan pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan semua adalah sangat besar. Bukan sahaja kepada agama, malah kepada negeri dan seluruh masyarakat Johor.

Mereka yang menyantuni batas-batas kemanusiaan dalam kehidupannya. Mereka yang beraqidah, beribadah, berakhlaq, dan bermua’amalah dengan benar dan baik.

Mereka yang menjauhkan diri dari dosa, salah, dan keburukan serta tidak berbuat kerosakan di muka bumi dalam bentuk apapun seperti kekerasan, korupsi, kejahatan, dan hal-hal yang dilarang oleh agama.

Page 12: YAB DATO' MOHAMED KHALED BIN NORDIN - jauhar-online.comjauhar-online.com/wp-content/uploads/2017/08/Konvokesyen-MARSAH...Ketua Eksekutif Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Yang Berbahagia

Teruskanlah meneroka perkara-perkara baharu yang boleh meningkatkan kualiti dan kedudukan pendidikan agama. Tingkatkan kualiti pengajaran, perbanyakkan penyelidikan dan jadikanlah pendidikan agama satu bidang yang moden, berdaya saing dan mempunyai masa hadapan yang cerah.

Kepada semua ibu bapa, keluarga dan penjaga, tahniah atas kejayaan anak-anak dan saudara kalian hari ini. Berbanggalah dengan pencapaian mereka. Sesungguhnya ia adalah hasil usaha dan doa tuan-tuan dan puan-puan juga.

Kepada semua graduan, saya doakan perjalanan hidup saudara dan saudari selepas melangkah keluar dari MARSAH ini nanti, dipermudahkan oleh Allah SWT. Dan semoga, kita berpeluang menyumbang kepada negeri, bangsa dan agama ini dengan sebaik-baik sumbangan.

Agar kelak, saat kita disoal oleh Al Kholiq tentang tugas dan peranan ini, ada kebaikan dan amalan baik yang boleh menjawabnya untuk kita.

Tahniah sekali lagi kepada semua graduan, para ibu bapa, para pensyarah dan pendidik serta hadirin dan hadirat yang saya muliakan.

Selamat maju jaya. Terima kasih.

Page 13: YAB DATO' MOHAMED KHALED BIN NORDIN - jauhar-online.comjauhar-online.com/wp-content/uploads/2017/08/Konvokesyen-MARSAH...Ketua Eksekutif Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Yang Berbahagia

Terbitan:

UNIT MEDIA & KOMUNIKASIPEJABAT MENTERI BESAR JOHOR

www.jauhar.my