disusun oleh norhairie nordin norhairie nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat...

68
2018 Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin 012-3387287 http://hairiebmtutor.wordpress.com/

Upload: doanhanh

Post on 07-Mar-2019

352 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

2018

Disusun oleh Norhairie Nordin

Norhairie Nordin

012-3387287 http://hairiebmtutor.wordpress.com/

Page 2: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

2 PANDUAN Sijil Peperiksaan Malaysia : Bahasa Melayu Rahsia Soalan SPM – Bahagian B Bentuk Soalan: Terdapat dua bentuk soalan :

1. Berformat Khusus 2. Berformat Umum.

3 jenis soalan yang ditanya:

1. Interpersonal – Sosial 2. Bidang Maklumat - Fakta 3. Bidang Estetika – Keperihalan

Aspek Pembahagian markah Aspek Markah

Ketepatan

Isi

Bahasa

Pengolahan Bahasa

Jumlah Markah 100

Soalan Ruang Lingkup atau Tema Soalan

1 Isu yang berkaitan diri pelajar atau remaja

2 Isu yang berkaitan dengan institusi kekeluargaan, warga tua dan sebagainya.

3 Isu yang berkaitan dengan masyarakat dan persekitaran kita

4 Isu yang berkaitan dengan global atau serantau

5 Isu yang berkaitan dengan elemen KOMSAS

Page 3: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

3 Tema – tema popular dalam percubaan SPM 2018

1. Amalan membaca – Isu membaca, Bangsa Membaca Bangsa Berjaya, Pusat Sumber Sekolah.

2. Remaja – Bakat dan Potensi, Sahsiah, Tingkah Laku Remaja.

3. Perniagaan – Koperasi Sekolah, Amanah Saham, Urus Niaga dalam Talian

4. Kebajikan – Warga Emas, Orang Kelainan Upaya

5. Peranan Ibu Bapa – Anak (cemerlang, menguasai pelbagai bidang, amalan membaca)

6. Semangat Kejiranan – Rukun Tetangga, Gotong-royong, Sukan (perpaduan)

7. Jati diri (Patriotisme) – Filem, Sastera, Permainan Tradisional

Nota Penting : Saya hanya memfokuskan soalan nombor 1 hingga nombor 3 pada kertas 1 bahagian B sahaja. Untuk peminat karangan format; fokuskan syarahan.

Page 4: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

4

STRATEGI MEMBINA PERENGGAN 7 BINTANG

Catatan: Ungkapan menarik boleh terdiri daripada peribahasa, simpulan bahasa, bidalan, pepatah,

perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang-orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan juga moto atau slogan.

Fakta Menarik dan Tepat perlu dimasukkan dalam setiap karangan. Fakta menarik akan

membantu mengukuhkan sesuatu karangan agar kelihatan seperti betul, tepat dan sahih sumbernya. Fakta tepat diperolehi melalui pembacaan sama ada dalam media cetak mahupun media elektronik.

7 BINTANG

Isi Utama (Ayat Topik/ AT) : Mesti menjawab tugasan yang

diberikan dalam soalan Gunakan ayat majmuk

Contoh (Ayat Contoh / AC) : Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk :

Data statistik Pendapat orang yang sangat

dikenali ramai dan dihormati. Penemuan atau kajian sains. Contoh langsung.

Kosa Kata Menarik (KKM) : Kata / istilah yang terkini,

tepat dan menarik

Frasa menarik (FM) : Frasa puitis yang menarik dan

tepat dengan fakta

Ungkapan Menarik (UM) : Kata-kata Tokoh / Peribahasa /

Kutip Langsung

Huraian (Ayat Huraian / AH) : Pengembangan isi

berdasarkan isi utama. Boleh merangkumi aspek

persoalan : o Bagaimana o Mengapa o Dimana o Siapa o Apa

Menggunakan penanda wacana yang sesuai.

Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik.

Kesimpulan (AP) : Penutup kepada perenggan Menegaskan semula isi

utama.

Page 5: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

5 Penanda Wacana Menarik juga membantu kejelekitan dalam sesebuah karangan sama ada

kejelekitan dalam sesuatau perenggan sewaktu mengolah sesuatu isi mahupun kejelekitan antara perenggan, iaitu antara suatu isi dengan isi-isi yang lain.

Huraian Ayat Contoh merupakan ayat yang menghuraikan contoh yang diberi. Sesuatu contoh

yang diberikan dalam menghuraikan sesuatu isi haruslah dihuraikan dengan baik. Huraian contoh ini perlu menggunakan ayat-ayat yang ampuh dan dicanai dengan baik.

1. PANDUAN MUDAH UNTUK MENULIS SATU PERENGGAN ISI 7 BINTANG BAGI BAHAGIAN A DAN B.

2. PENANDA WACANA

Untuk menulis Ayat Topik anda perlu menjawab soalan berikut.

Apakah isi yang menepati tugasan, tema atau kehendak soalan?

Untuk menulis Ayat-ayat Huraian anda boleh menggunakan soalan-soalan berikut.

Mengapakah isi ini berkaitan dengan tugasan? Bagaimanakah isi ini dapat diaplikasikan? Apakah impak atau kesan jika isi ini dilaksanakan? Siapakah yang terlibat dengan isi ini? Apakah ungkapan menarik yang dapat digunakan

untuk menggambar apa-apa situasi yang berlaku semasa isi ini dikembangkan?

Apakah faedah yang diperoleh jika isi ini diaplikasikan?

# Pilih dan gunakan soalan yang sesuai sahaja. Untuk menulis Ayat Contoh anda boleh menjawab soalan-soalan berikut.

Apakah contoh, pendapat orang ternama atau fakta yang sesuai dengan isi ini?

Apakah kaitan contoh ini dengan isi? Bagaimanakah contoh, pendapat orang ternama

atau fakta ini dapat membantu menguatkan hujah anda bagi isi ini?

Apakah ungkapan menarik yang boleh digunakan untuk ayat contoh?

Adakah contoh atau nama yang digunakan benar dan tepat?

Untuk menulis Ayat Penegas anda boleh menggunakan mana-mana satu soalan berikut.

Apakah perkaitan isi ini dengan tugasan, tema atau kehendak soalan?

Apakah impak isi ini kepada tugasan? Adakah contoh atau nama yang digunakan benar

atau tepat?

Penanda Wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenngan. Beberapa penanda wacana yang sering digunakan adalah seperti berikut :

Selain itu. Akhirnya. Pada umumnya. Keadaan ini. Seterusnya. Keseluruhannya. Namun begitu Jadi. Tegasnya. Akibatnya. Sementara. Dalam nada berbeza. Begitu jua Kalau demikian. Sebaliknya. Walau bagaimanapun. Sejajar dengan itu. Walaupun. Sebelumnya. Meskipun demikian. Kesimpulannya Kini, Oleh hal demikian, Pada amnya, Khususnya, Dengan perkataan lain, Pada keseluruhannya, Ringkasnya, Jelaslah, Tuntasnya, Intihannya, Oleh yang demikian, Selain itu,

Page 6: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

6 Peringatan. Semua jawapan mesti ditulis dalam satu perenggan.

Susun jawapan anda mengikut kesesuaian atau keutamaan

Gunakan penanda wacana untuk menjamin kesinambungan ayat-ayat.

Gunakan istilah-istilah baru seperti cakna, culas, luwes, anggun dan sebagainya.

Peringatan : Elakkan daripada menggunakan kata hubung sebagai penanda wacana. a. Penanda Wacana Untuk Memulakan Ayat Pendahuluan Karangan.

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu…

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba akal serta minda kita telah….

Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020.

Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat…

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan Negara yang semakin gah di persada dunia kita

Bahagian A

[Masa dicadangkan: 45 minit]

[30 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda sumbangan masyarakat terhadap orang kurang upaya. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Page 7: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

7 PENDAHULUAN

- Zaman dahulu – OKU diabaikan - Kini masyarakat perlu berubah - OKU juga memberi sumbangan kepada Negara dalam pelbagai aspek – hak mereka

ISI-ISI:

1. Menyediakan bahan bacaan berbentuk `braille’. - Menempatkan bahan-bahan tersebut di perpustakaan awam dan juga swasta. - Menjual dengan harga subsidi 2. Membantu meringankan bebanan OKU. - Sumbangan kerusi roda. - Menyediakan kerusi roda di tempat-tempat strategik. - Menyediakan kemudahan khusus untuk OKU yang berkerusi roda. 3. Kemudahan belajar hingga ke universiti. - Memberi ruang dan peluang kepada OKU untuk melanjutkan pelajaran di menara gading. - Menyediakan pelbagai kemudahan belajar, seperti laluan, bilik asrama, kantin, bilik kuliah yang mesra OKU. 4. Sukan Paralimpik (Tambahan) - Penganjuran sukan Paralimpik di peringkat daerah, negeri, negara dan kebangsaan. - Memberi sokongan moral terhadap penyertaan mereka. - Menyediakan bimbingan jurulatih. KESIMPULAN

- OKU juga makhluk tuhan, berhak mendapat kehidupan sempurna seperti insan lain. - Turut mempunyai kelebihan dan kemahuan seperti orang lain. - Sumbang perlu berterusan sebagai tanggungjawab sosial. - Bersama-sama berganding bahu membawa cabaran negara menjelang tahun 2020.

Page 8: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

8 Amalan Membaca Manfaat Amalan Membaca

___________________________, namun budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah. Kajian menunjukkan bahawa secara purata rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Negara kita yang sedang pesat membangun memerlukan rakyat yang berpengetahuan tinggi untuk maju setanding dengan negara maju di dunia ibarat _______________________________________. Persoalannya, adakah rakyat Malaysia sedar akan pelbagai faedah yang bakal diperoleh apabila mereka membaca?

Umum mengetahui bahawa, __________________________ justeru sikap membaca

buku ini merupakan cara terbaik dalam menambahkan pengetahuan. Hal ini demikian kerana melalui pembacaan seseorang dapat mengetahui isu-isu semasa sama ada yang berlaku di dalam negara atau di luar negara. Oleh hal yang demikian mereka tidak akan menjadi ________________________, tidak peka dan endah akan perkembangan mutakhir. Bukti terbaik ialah melalui pembacaan, pembaca berpeluang mempelajari sejarah dan budaya masyarakat dunia untuk dijadikan pedoman dan iktibar. Umpamanya mereka dapat mempelajari tamadun Mesopotamia, Indus, Hwang Ho, Mesir Purba dan tamadan agung dunia agar mampu mengembangkan idea dan jangkauan minda dalam mencontohi peradaban mereka. Pembaca juga dapat mengetahui budaya masyarakat dunia yang sangat unik dan berbeza di negara yang berlainan kerana _________________________. Tuntasnya, untuk memupuk budaya membaca ini, kita perlulah menggalakkan anak-anak ke perpustakaan dan membeli bahan bacaan yang bersesuaian untuk mereka kerana banyak membaca luas pengetahuan dan membaca ialah jendela ilmu.

Selain itu, amalan membaca juga dapat menambah perbendaharaan kata dalam kalangan

pelajar. Dasawarsa, ramai pelajar lemah dalam kertas Bahasa Melayu terutamanya dalam penulisan esei kerana mereka kurang menguasai kosa kata. Malahan pelajar juga kurang cekap berbahasa Inggeris juga turut dikaitkan dengan kekurangan kosa kata bahasa tersebut. Sebagai contohnya, hal ini menghalang kejayaan pelaksanaan program MBMMBI iaitu usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris ke arah menguasai pelbagai ilmu pengetahuan pada peringkat globalisasi. Tabiat ini juga boleh menyumbang kepada penemuan perkataan-perkataan dan istilah baharu terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. _________________________________________, begitulah keadaannya apabila membaca, kosa kata seseorang itu sentiasa bertambah dan khazanah bahasa seperti peribahasa dan ungkapan menarik serta bunga-bunga bahasa semakin dikuasainya. Secara tidak langsung, kita mampu melahirkan lebih banyak pejuang bahasa untuk meneruskan kepuitisan dan keindahan bahasa ibunda laksana kata orang terdahulu, ____________________________________

Page 9: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

9 Seterusnya, tabiat membaca boleh membantu pelajar bukan sekadar lulus bahkan

cemerlang dalam pencapaian prestasi akademik mereka. Tidak syak lagi, tabiat membaca boleh membantu pelajar memahami sesuatu mata pelajaran dengan cepat dan mudah. Apatah lagi, apabila mereka rajin membaca, mereka mampu mengasah ketajaman minda dalam hafal biarpun dalam kalangan pelajar lemah kerana _______________________________________________ Misalannya, menelaah buku rujukan sekurang-kurangnya dua jam sehari sangat disyorkan kepada pelajar dalam usaha memapankan kemampuan mereka dalam peperiksaan. Hakikatnya, budaya membaca tidak harus dipandang enteng kerana lihatlah kelompok ilmuwan dan intelektual, acap kali digelar _________ kerana semangat cinta akan buku. Peribahasa __________________________________ sesuai kepada pelajar yang rajin membaca kerana tabiat membaca juga dapat meningkatkan mutu akademik pelajar. Jelaslah bahawa, setiap pelajar wajarlah mempupuk budaya membaca ini sebagai suatu tabiat lazim sungguhpun agak sukar dilakukan tetapi percayalah, _________________________________________.

Di samping itu, tabiat membaca merupakan aktiviti masa senggang yang sangat

berfaedah kepada kita terutamanya golongan muda. _______________, oleh sebab itu seseorang seharusnya mengisi masa lapang dengan berfaedah seperti mengamalkan hobi membaca buku. Negara kita memerlukan rakyat yang berpengetahuan untuk membangunkan negara dari segi mentaliti dan fizikalnya. Secara analogi, masyarakat di negara Jepun yang maju menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup mereka sehari-hari. Di negara matahari terbit itu, kita dapat menemukan masyarakat Jepun yang membaca buku ketika di dalam kereta api, di stesen bas, di taman-taman, atau di mana-mana sahaja asalkan ada kesempatan. Sebaliknya, di negara kita, rakyat kita suka berbual-bual kosong di kedai kopi, bermain dam di atas wakaf, atau melepak di pusat-pusat beli belah mencerminkan mentaliti negara kita yang masih pada paras yang rendah. Tidak hairanlah kerajaan sering mewara-warakan slogan ___________________ yang menggambarkan peri pentingnya amalan ini demi kemajuan negara. Secara rumusnya, rakyat yang banyak membaca berupaya menjamin kemajuan negara sekali gus mencapai hasrat kudsi negara mengejar wawasan 2020.

Akhir sekali, tabiat membaca juga ialah suatu cara untuk kita memperoleh kemahiran

yang berguna demi masa hadapan. Hal ini demikian kerana melalui buku-buku panduan atau tunjuk cara, kita mampu menguasai kemahiran yang sangat dialu-alukan dalam mengejar dunia teknologi dan serba canggih kini. Lebih-lebih lagi, amalan ini mampu menjadikan kita lebih fleksibel dan versatil umpama ___________________________________ dalam apa-apa situasi. Tamsilnya, kita boleh menguasai bahasa asing melalui buku panduan yang terdapat di pasaran bagi meningkatkan kemahiran komunikasi kita. Sudah pasti, majikan akan lebih tertarik untuk menggajikan kita andai kata kita lebih berkebolehan dan berkemampuan menguasai lebih daripada dua bahasa. Sedar atau tidak, membaca bukan sahaja meningkatkan kemahiran dalam diri malah kebolehpasaran kita setelah menamatkan pengajian sebagaimana dikaitkan dengan peribahasa, ________________________________. Pendek kata, melalui tabiat membaca, kita

Page 10: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

10 dapat melahirkan modal insan bertaraf dunia yang lebih kompetitif dan berwibawa untuk memimpin negara kelak kerana __________________________________________________

Natijahnya, berdasarkan faedah-faedah yang telah dibicarakan,

_______________________________________ bahawa tabiat membaca amat signifikan untuk membangunkan intelektual rakyat negara ini . Tabiat membaca harus dipupuk sejak kecil kerana ___________________________ bagi merealisasikan hasrat ke arah meningkatkan purata pembacaan rakyat negara ini. Sesungguhnya semua pihak harus berganding bahu bagai ___________________________________________ untuk meningkat budaya membaca dalam kalangan masyarakat kerana tamadun kebendaan tidak pernah kekal tetapi tamadun ilmu boleh merentas zaman. Dunia remaja dikatakan sebagai dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Bincangkan penyataan di atas

Remaja dapat didefinisikan sebagai individu yang berusia di antara 13 hingga 24 tahun. Zaman remaja merupakan proses persediaan individu untuk melangkah kea lam dewasa. Dunia remaja dipenuhi pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi oleh para remaja. Jati diri yang utuh dan keimanan yang kuat diperlukan oleh para remaja bagi mengelakkan diri daripada tergelincir daripada norma-norma kehidupan yang sebenar.

Salah satu cabaran yang remaja mesti ditempuhi dalam kehidupan ialah cabaran sosial. Generasi pascamerdeka kini lebih mementingkan budaya popular dan hedonisme berbanding dengan agama. Pengaruh-pengaruh Barat yang berjaya meracuni fikiran mereka menyebabkan mereka alpa dan lalai dengan dunia. Sebagai remaja yang pintar, kita seharusnya tidak mengamalkan keseronokan melebihi ketaatan kepada agama. Sebagai contoh, budaya berpasang-pasangan kini merupakan perkara biasa bagi golongan remaja. Hal ini, mencetuskan pelbagai gejala sosial rentetan pergaulan bebas para remaja. Remaja seharusnya mempunyai jati diri yang utuh untuk menangkis pengaruh negatif. Tuntasnya, remaja harus bijak mengatasi cabaran sosial yag dihadapi kerana _____________________________________________________.

Selain itu, remaja kini berdepan dengan cabaran pelajaran yang kian meningkat. Hal ini demikian kerana persaingan dalam kalangan remaja dalam bidang akademik amat hebat. Remaja kini bersaing untuk mendapatkan pencapaian gemilang dalam peperiksaan bagi melayakkan mereka mendapat tawaran belajar di luar Negara. Sebagai tamsilan, remaja harus mempunyai jadual waktu belajar bagi memudahkan mereka mengatur masa untuk menelaah pelajaran. Hal ini dapat membantu para remaja untuk belajar secara konsisten dan mengurangkan tekanan yang dihadapi. Hasilnya, keputusan yang cemerlang dapat dicapai melalui usaha secara istiqamah laksana kata mutiara, __________________________________________________.

Page 11: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

11 Tegasnya, remaja harus pandai mengorak langkah menuju kejayaan agar mampu menggerakkan pemodenan negara pada masa hadapan.

Seterusnya, dunia remaja juga sentiasa dipenuhi dengan cabaran emosi yang tidak stabil. Remaja akan berdepan dengan pelbagai masalah yang dapat mengganggu kestabilan emosi dalam meranjaui kehidupan mereka. Dalam hal ini remaja harus bijak mengatasi gangguan emosi tanpa membiarkannya menular bagai kanser yang merosakkan anggota badan. Para remaja seharusnya berfikiran positif dan sentiasa bersikap terbuka agar masalah yang memeningkan kepala ini dapat diselesaikan. Secara analoginya, remaja harus bijak mengatasi perasaan sedih agar perasaan itu tidak mematahkan semangat untuk berjaya dalam perkara yang sedang diusahakan. Ironinya, remaja perlu menganggap segala musibah sebagai dugaan dan mempunyai hikmat yang tersendiri. Oleh yang demikian, remaja harus kreatif dalam menggunakan sumber yang ada untuk menghadapi kesukaran yang menimpa kerana kata orang, __________________ ______________________________________________

Akhir sekali, dunia remaja dipenuhi dengan cabaran mental dan fizikal yang sebenarnya mematangkan usia. Remaja akan mengalami proses transformasi fizikal dan mental yang menyebabkan mereka menjadi lebih berpengalaman dan berfikiran lebih terbuka. Para remaja harus mempunyai mental yang kuat untuk menghadapi cabaran agar kecamukan minda dapat dihindari. Bukti terbaik ialah remaja harus sentiasa berpandangan jauh agar mental tidak tertekan dan sukma tidak menjadi resah. Para remaja juga harus menguatkan lagi fizikal mereka agar biasa melakukan aktiviti harian dengan sempurna seperti yang disebut-sebut dalam peribahasa, __________________________________________. Hakikatnya, remaja harus mempunyai mental dan fizikal yang kuat ketika menghadapi peperiksaan. Intihanya, remaja harus bijak mengatasi stress agar kesihatan diri terjamin dan mengecapi kualiti kehidupan yang lebih bermutu dan bahagia.

________________________________________, remaja harus bijak menghadapi cabaran yang mendatang sebagai persediaan melangkah ke alam dewasa. Remaja juga harus menimba pengalaman berdasarkan cabaran yang dihadapi untuk digunakan pada masa hadapan bagi menghadapi dunia yang diibaratkan __________________________________. Malar-malar, remaja harus membuka fikiran mereka dan sentiasa berfikir di luar kotak untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Remaja merupakan cerucuk utama pelapis kemajuan negara dan perlu dipupuk menjadi modal insan kelas pertama yang gemilang dari segenap perspektif kerana _______________________________________________________.

Page 12: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

12 FAEDAH-FAEDAH KOPERASI DI SEKOLAH

Dalam meniti ranjau kehidupan yang penuh pancaroba ini, pihak sekolah telah menubuhkan koperasi di sekolah untuk kemudahan warganya, khususnya golongan pelajar dan juga guru. Kewujudan koperasi di sekolah sebenarnya menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam usaha meningkatkan abiliti sekolah sebagai pusat perkembangan ilmu kerana turut menjadi pemudah cara dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di alma mater. Persoalannya kini, apakah kebaikan penubuhan koperasi sekolah kepada warga sekolah itu sendiri?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelajar atau guru dapat membeli barangan dengan harga yang lebih murah. Hal ini demikian kerana mereka dapat menikmati barangan yang harganya berpatutan dan barangan yang berkualiti tidak seperti di kedai buku atau alat tulis yang berada di luar sekolah. Sebagai analogi, pelajar dapat membeli sebatang pen di koperasi dengan harga yang rendah berbanding membeli sebatang pen di pasar raya, secara tidak langsung, pelajar dapat menjimatkan wang untuk membeli alat-alat tulis dan buku-buku rujukan bagi meningkatkan prestasi pembelajaran. Tegasnya, koperasi menawarkan barangan yang harganya berpatutan dan berkualiti kepada warga sekolah agar pembelian mereka lebih berbaloi bak kata peribahasa, __________________________________________________________.

Selain itu, koperasi sekolah dapat menjimatkan masa murid-murid kerana mereka tidak perlu pergi ke kedai-kedai yang jauh daripada rumah mereka kerana hanya ingin memfotostat hanya sehelai kertas. Sudah tentu perkara ini akan menjadi suatu beban buat mereka terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai perkhidmatan tersebut. Bukti terbaik ialah dengan adanya perkhidmatan fotostat di koperasi sekolah, perkara ini dapat membantu murid-murid mengatasi kemelut yang melanda lantaran memudahkan kerja-kerja kursus untuk disiapkan oleh pelajar terutamanya mereka yang berada pada peringkat menengah rendah. Pendenk kata, para pelajar yang tidak memanfaatkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi sekolah bukan sahaja menyusahkan diri malah dianggap seperti ________________________________________________________.

Bukan setakat itu sahaja, koperasi membolehkan anak-anak muridnya mengetahui asas

perniagaan kerana apabila pelajar mengendalikan urus niaga di koperasi, mereka dapat memahami dan menguasai asas perniagaan. Pengalaman baru ini tidak dapat dipelajari dalam silibus sekolah dan merupakan satu pendekatan yang baik untuk mempraktikkan apa-apa yang dipelajari di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, pelajar dapat berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat dengan pelajar yang lain dan guru tentang selok-belok dalam urus niaga. Malah, mereka dapat menambah ilmu pengetahuan mereka supaya mereka tidak menjadi seperti __________________________________________ apabila menceburi dunia keusahawanan bagi menjanakan kemajuan negara.

Page 13: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

13 ___________________________________________, koperasi mendatangkan banyak

faedah kepada warga sekolah mahupun pihak sekolah. Oleh hal yang demikian kita perlu bersyukur dan menghargai ahli jawatankuasa koperasi yang begitu bersungguh- sungguh mengendalikan dan mengurus hal ehwal koperasi. Tanpa usaha gigih mereka, koperasi sekolah sudah pasti bagai sebutir batu berlian yang tidak berguna. Marilah kita bersama-sama bagai ___________________________ meneruskan usaha kita dalam menjayakan koperasi sekolah demi mengecapi visi kudsi wawasan 2020 yang diimpikan dan diwara-warakan oleh mantan Perdana Menteri yang keempat dan semua lapisan masyarakat. Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Dalam kehidupan sehari-hari, keluar dari rumah, sama ada memandang ke kanan, ke kiri atau memandang hadapan atau belakang, rumah yang kita lihat ialah rumah jiran. Betapa pun kita mengasihi adik-beradik dan saudara-mara, namun jarak yang jauh menyebabkan pergantungan kita terhadap jiran lebih besar berbanding dengan orang yang dekat dengan kita sejak lahir. Menurut perspektif Islam, konsep jiran meliputi skop yang lebih luas sehingga menjangkau empat puluh buah rumah atau keluarga yang tinggal berhampiran dengan kita. Jadi, kita perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan dan mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh yang demikian, semua lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang elektif wajar diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat?

Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh masyarakat majmuk di negara ini, maka usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa agar nilai yang berharga ini tidak lenyap daripada amalan hidup masyarakat kini. Ibu bapa haruslah menyertai aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat setempat. Dalam hal ini. ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai aktiviti tersebut bersama. Melalui aktiviti gotong-royong, semua penduduk setempat dapat berkumpul bersama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berbual-bual dan berkenal-kenalan antara satu sama lain dan sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih baik dan dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara bergotong-royong memerlukan masyarakat bekerjasama bagai aur dengan tebing agar aktiviti-aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Melalui cara ini, setiap ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan mesra sesama jiran. Mereka juga sedar akan peranan masing-masing dalam sesuatu komuniti . Apabila dewasa kelak, anak-anak akan melakukan perkara yang sama

Page 14: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

14 untuk mengeratkan ikatan kejiranan. Jelasnya, ibu bapa haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong agar dapat memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat.

Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau ‘role model’ yang baik kepada anak-anak sekiranya mahu anak-anak mengamalkan semangat kejiranan dalam diri sendiri. Ibu bapa perlulah mengamalkan cara hidup seperti aur dengan tebing untuk mencapai keberkatan dalam hidup. Sebagai anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu bapa mesti mempunyai semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap jiran mereka.. Apabila mengambil berat akan hal-hal jiran, bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi kain mereka atau mengambil tahu hal rumah tangga mereka, tetapi kita mengambil tahu masalah-masalah yang dihadapi oleh jiran dan cuba membantu mereka supaya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh jiran. Hal ini demikian kerana dalam kehidupan berkeluarga, setiap keluarga pasti akan menghadapi masalah dan masalah itu hanya boleh diatasi atau dikurangkan dengan bantuan orang lain. Misalnya, ketika ketua keluarga sakit tenat, maka ahli-ahli keluarga itu memerlukan bantuan daripada jiran untuk menghantar ketua keluarga itu ke hospital, memberitahu keluarganya yang tinggal berjauhan daripada mereka, mendapatkan bantuan nasihat ataupun kewangan dan sebagainya. Sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap jiran, akan menyebabkan anak-anak juga turut mengambil berat tentang jiran mereka. Tegasnya, ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik, sudah pasti mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan atau menghadiri majlis-majlis rumah terbuka sempena sesuatu sambutan perayaan. Amalan mulia ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama. Dalam majlis tersebut, masyarakat dapat berkumpul dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Mereka juga berpeluang untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara dan bertanya khabar sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Dengan ini, masyarakat akan lebih memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing di negara ini. Sebagai contoh, majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Krismas dan Hari Deepavali hendaklah dijadikan acara tahunan. Kehadiran ibu bapa bersama ahli keluarga dalam majlis rumah terbuka, bukan sahaja dapat memperkenalkan anak-anak mengenali lebih dekat adat resam sesuatu budaya malah dapat menanamkan semangat hormat-menghormati dalam diri anak-anak dan mengamalkan semangat perpaduan. Tegasnya, majlis-majlis rumah terbuka mestilah diadakan setiap tahun agar mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan membentuk masyarakat yang bersatu-padu.

Seterusnya, ibu bapa hendaklah menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi dalam kalangan masyarakat sebagai langkah untuk memupuk dan meningkatkan semangat kejiranan dalam diri anak-anak. Dalam hidup bermasyarakat, ibu bapa digalakkan membawa anak-anak-anak menziarahi jiran tetangga pada masa-masa yang sesuai. Dengan menziarahi jiran, kita

Page 15: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

15 akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dihadapi oleh jiran kita. Semua masalah boleh diselesaikan bersama dan hal ini akan menjadikan hidup mereka lebih aman dan harmoni walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Sebagai tamsilannya, ibu bapa boleh membawa anak-anak berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran kita telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau mendapat kemalangan. Amalan ini dapat membentuk sifat kasih sayang dan sikap ambil berat serta membuang sejauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri dan hidup diibaratkan seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang teguh pada prinsip cubit peha kiri, peha kanan terasa juga. Jadi, melalui lawatan kita, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita dan secara tidak langsung, mereka dapat hidup dengan lebih selesa, aman dan tenang. Anak-anak turut mengambil berat tentang jiran yang ditimpa masalah sama seperti ibu bapa mereka. Jelasnya, ibu bapa boleh menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam diri anak-anak untuk memupuk semangat kejiranan.

Akhir sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti Hari Keluarga. Setiap komuniti, sering mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Aktiviti kerap diadakan sama ada di padang, taman rekreasi atau di tepi pantai. Ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama dan setiap ahli keluarga boleh menyertai permainan yang disediakan. Malar-malar, ibu bapa boleh mendedahkan kepada anak-anak tentang kepentingan hidup berpersatuan dalam masyarakat setempat yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk tempatan sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga , Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya. Secara analoginya, melalui Pertubuhan Rakan Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan kawasan tempat tinggal atau taman untuk mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu antara satu sama lain dalam kehidupan. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting untuk menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial sebagai langkah untuk memupuk semangat kejiranan.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa semangat kejiranan dalam setiap individu amat penting untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan mmmembentuk perpaduan kaum. Walau apa pun keadaan dan di mana-mana pun kita tinggal, kita perlulah mempunyai jiran yang baik hati, iaitu jiran yang menjadi tempat untuk memohon bantuan ketika kita dalam keadaan yang susah dan sentiasa menghulurkan bantuan dengan senang hati dan menghiburkan ketika kita senang. Jadi, untuk mempunyai jiran yang baik, maka kita perlu

Page 16: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

16 menjadikan diri kita sebagai jiran yang baik kepada jiran kita. Sekiranya kita berbaik-baik dengan jiran, maka jiran juga akan berbaik-baik dengan kita. Cogan kata “Jiran Sepakat Membawa Berkat” perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Jangan kita berasa susah dalam usaha mengamalkan budaya murni ini. Amalkan dengan hati yang ikhlas, barulah kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan kaum akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera sebagaimana diilhamkan dalam slogan kebangsaan kita, “Sayangi Malaysiaku”. Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan remaja pada masa ini. Jelaskan peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.

Amat jelas dapat dilihat bahawa masyarakat kini kurang berpengetahuan tentang sejarah pembentukan negara hasil perjuangan oleh tokoh pejuang bangsa seperti Dato’ Maharajalela, Dato’ Bahaman, Tok Janggut dan sebagainya. Masyarakat kini kurang bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang terdapat di negara kita lantaran terlalu mengagung-agungkan kebudayaan asing sehingga tradisi dan amalan kita diibaratkan mati segan hidup tak mahu. Oleh yang demikian, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa masyarakat terutamanya sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa sebagai tulang belakang bagi sesebuah institusi kekeluargaan dalam menerapkan semangat patriotik pada jiwa anak-anak?

Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak kerana pendidikan bermula dari rumah. Hal ini dilihat melalui sikap ibu bapa yang seharusnya sentiasa membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat yang bersejarah. Contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke Bandar Bersejarah, Melaka, yang terdapat pelbagai barang dan bangunan tinggalan sejarah. Amalan ini dapat menimbulkan dan melahirkan minat anak-anak untuk mengetahui latar belakang dan asal-usul pembentukan negara dan seterusnya akan wujud semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Tempat-tempat bersejarah seperti Lembah Bujang, Seri Menanti, Kota Belanda di Perak dan sebagainya boleh dijadikan sebagai destinasi lawatan. Aktiviti lawatan ke tempat yang bersejarah merupakan langkah bagai serampang dua mata kerana anak-anak bukan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat mengekalkan hubungan silaturahim yang erat antara keluarga. Jelasnya, lawatan ke tempat yang bersejarah boleh dijadikan amalan setiap kali cuti persekolahan oleh ibu bapa sebagai cara menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.

Selain itu, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan sejarah atau buku-buku novel bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta akan negara kepada

Page 17: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

17 anak-anak. Hal ini demikian kerana melalui proses pembacaan, anak-anak dapat mengetahui lebih banyak perkara berkaitan dengan sejarah. Buku-buku sejarah dan novel dapat membantu menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak kerana buku-buku tersebut mempunyai isi kandungan yang berunsur patriotisme. Hal ini amat jelas menunjukkan bahawa usaha ibu bapa dalam memilih buku-buku yang sesuai untuk anak-anak adalah amat penting. Justeru, ibu bapa haruslah memilih buku-buku yang tinggi nilai ilmunya dan bukannya buku-buku komik yang tidak bermanfaat. Dengan membaca buku-buku berunsurkan patriotisme, pasti semangat patriotik dapat diterapkan dalam jiwa anak-anak. Amalan membaca buku-buku tersebut hendaklah dipupuk sejak dari kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila anak-anak membesar nanti, mereka akan sentiasa bersemangat patriotik dan suka membaca kerana kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan dicampak ke bumi menjadi penawar.

Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menjadi ‘role model’ atau suri teladan kepada anak-anak. Ibu bapa perlu sedar bahawa segala perbuatan, perlakuan, amalan, pertuturan dan pemikiran mereka akan diikuti oleh anak-anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa menunjukkan sikap yang positif kepada anak-anak. Sebagai buktinya, ibu bapa boleh mengibarkan bendera di rumah atau melakukan aktiviti yang boleh menunjukkan sokongan terhadap negara. Hakikatnya, ibu bapa harus sentiasa menunjukkan contoh yang tebaik kepada anak-anak kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai program larian Sayangi Malaysiaku, ceramah tentang Sejarah Negara, atau lawatan ke Muzium Negara. Ibu bapa haruslah melakukan usaha dengan sepenuh hati agar anak-anak yang dibesarkan dapat menjadi insan yang cinta akan negara dan bersemangat patriotik. Tegasnya, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak bagi melahirkan generasi muda yang berwawasan.

Seterusnya, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bercerita mengenai peristiwa-peristiwa atau kisah yang berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak bagi melahirkan generasi muda yang bersemangat patriotik. Bak kata pepatah, “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Sebagai contohnya, sebelum anak-anak masuk tidur, ibu bapa boleh membacakan cerita mengenai pejuang-pejuang bangsa kepada anak-anak seperti kisah perjuangan Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Kapten Hasan dan lain-lain ketika menentang Inggeris. Ibu bapa bolehl juga menceritakan sendiri pengalaman nenek moyang terdahulu,betapa mereka menderita dizalimi dan didera semasa zaman penjajahan di negara kita. Anak-anak yang bijak sudah pastinya dapat membandingkan kehidupan mereka sekarang berbanding dahulu. Hal ini boleh menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa juga boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk bercerita kepada anak-anak. Dengan mempunyai maklumat yang tepat, anak-anak akan mendapat informasi yang betul dan setelah itu, anak-anak akan sentiasa teringat-ingat tentang kisah sejarah. Mereka akan belajar

Page 18: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

18 sesuatu melalui sejarah lalu timbullah semangat patriotik dalam jiwa mereka. Amalan-amalan ini haruslah dilaksanakan dengan berterusan kerana alah bisa tegal dek biasa.

Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah membawa anak-anak menyertai sambutan-sambutan

negara seperti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Hari Malaysia pada 16 September dan sebagainya. kita Dengan menyertai sambutan hari kemerdekaan ini, semangat patriotik dapat disemai dalam diri mereka. Secara analoginya, apabila anak-anak dapat bersama-sama mengibarkan jalur gemilang, mendengar deklamasi sajak serta mendengar cerita-cerita tentang kesengsaraan para pejuang tanah air untuk memerdekakan negara. Anak-anak dapat melihat sendiri kemeriahan sambutan kemerdekaan sekali gus memahami objektif sebab-sebab sambutan sebegini diadakan. Dengan menyertai aktiviti sambutan ini juga, kita akan mendapat peluang untuk melihat persembahan daripada kaum lain dan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Secara tidak langsung, perpaduan antara kaum akan tercapai dan wujudlah masyarakat yang harmoni yang bersemangat patriotik. Jelaslah bahawa, jika ibu bapa dapat membawa anak-anak menyambut hari Kemerdekaan setiap tahun sejak mereka kecil lagi sudah pasti semangat patriotik dapat dipupuk dengan mudah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Hadis Riwayat At-Tarmizi ada menyatakan bahawa ‘ tiada anugerah yang dapat diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya selain tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia’. Hal ini amat jelas membuktikan betapa besarnya tanggungjawab seorang ibu atau bapa kepada pembinaan personaliti anak-anak. Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab dan peranan bagi melahirkan individu yang bersemangat patriotik, cinta akan negara dan berwawasan. Jelaskan usaha-usaha yang boleh anda lakukan bagi memartabatkan permainan tradisional di negara kita.

Pada zaman pascakemerdekaan ini, arus modenisasi dan globalisasi yang pesat berkembang menyebabkan permainan tradisional sudah semakin dipandang enteng dan disisihkan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Permainan tradisional adalah merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesebuah masyarakat untuk satu tempoh yang tertentu sebagai pengisi masa lapang. Negara kita kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Antara jenis permainan tradisional tersebut termasuklah congkak, wau, gasing, galah panjang, batu seremban, teng-teng, guli, sepak raga, konda-kondi dan sebagainya. Kebanyakan daripada permainan tersebut kurang diketahui oleh generasi muda. Hal ini membayangkan bahawa permainan tradisional berkenaan akan lenyap ditelan zaman jika tiada usaha diambil untuk mengetengahkannya dalam kalangan

Page 19: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

19 khalayak ramai khususnya generasi masa ini. Persoalannya, apakah peranan yang seharusnya saya mainkan dalam usaha memartabatkan permainan tradisional di negara kita?

Usaha pertama yang saya lakukan untuk memartabatkan permainan tradisional adalah dengan memupuk minat diri sendiri terhadap permainan tradisional. Remaja pada masa ini banyak terdedah dengan pelbagai pengaruh modenisasi dan perubahan. Mereka sering menganggap permainan tradisional telah lapuk dan ketinggalan zaman. Oleh itu, sebagai generasi muda, saya harus sedar bahawa saya berperanan memartabatkan permainan tradisional. Hal ini boleh dilakukan atas kesedaran diri sendiri untuk mencari pelbagai informasi berkaitan dengan permainan tradisional. Saya akan mengakses maklumat tentang permainan tradisional agar dapat memahami dengan lebih jelas setiap permainan tradisional yang ada di negara kita. Terdapat banyak laman web yang memberikan pelbagai maklumat berkenan pelbagai permainan tradisional berserta gambarnya sekali. Secara tidak langsung, wujud kesedaran dalam diri sendiri untuk memartabatkan permainan tradisional di negara ini bagi menyaingi permainan moden yang semakin popular dalam kalangan remaja.

Selain itu, usaha yang boleh saya lakukan adalah dengan menjadikan permainan tradisional sebagai pengisi masa lapang. Hal ini boleh dilakukan dengan rakan-rakan sebaya pada waktu petang atau pada masa cuti sekolah bagi menggantikan permainan moden. Saya boleh meminta tunjuk ajar daripada golongan yang lebih tua tentang cara-cara permainan tradisional tersebut bagi membolehkan saya dan rakan-rakan memainkannya bersama rakan-rakan. Inisiatif ini bukan sahaja dapat memartabatkan permainan tradisional malah dapat memupuk semangat setia kawan dan kerjasama sesama rakan. Hal ini juga boleh mengelakkan diri saya sebagai remaja daripada terjebak dengan pelbagai gejala negatif akibat daripada pengaruh rakan-rakan dan persekitaran yang tidak baik. Bagi diri saya lebih baik mengisi masa dengan bermain permainan tradisional daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jelaslah permainan tradisional mendatangkan banyak kebaikan kepada generasi muda masa ini.

Di samping itu, bagi memartabatkan permainan tradisional, saya sebagai pelajar sekolah haruslah berani mengesyorkan kepada guru-guru di sekolah agar permainan tradisional menjadi salah satu aktiviti semasa perjumpaan kokurikulum. Saya akan menulis surat kepada pihak sekolah menerusi persatuan agar memasukkan permainan tradisional menjadi sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini secara tidak langsung akan memperkenalkan permainan tradisional kepada semua pelajar. Saya juga akan menyertai permainan tradisional yang dipertandingkan di peringkat sekolah semasa aktiviti kokurikulum dan juga persatuan akademik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah pertandingan membuat wau, pertandingan bermain congkaka dan demonstrasi permainan daripada golongan tua yang lebih berpengalaman bagi menarik minat pelajar. Dengan cara tersebut, minat remaja terhadap permainan tradisional dapat dipupuk agar kepelbagaian permainan tradisional dapat dipelihara. Ibarat kata pepatah, tak kenal maka tak cinta amat bertepatan kerana jika pelajar telah mula diperkenalkan dengan

Page 20: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

20 pelbagai permainan tradisional, sudah pastilah minat terhadapnya akan tertanam secara semula jadi. Maka para pelajar perlu berani membuat perubahan ke arah memartabatkan permainan tradisional.

Usaha yang seterusnya ialah saya sebagai remaja perlu menanamkan semangat cinta akan budaya terutama permainan tradisional. Hal ini adalah kerana, permainan tradisional merupakan budaya masyarakat Malaysia sejak dahulu dan perlu diteruskan dan dipelihara agar dikenali oleh generasi akan datang. Sesuatu yang baik itu perlu dipupuk dan ditanam dalam diri sejak kecil sesuai dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika asasnya telah kukuh maka secara langsung remaja masa ini tidak akan segan silu mempertahankan dan memartabatkan permainan tradisional. Alah bisa tegal biasa kerana sesuatu yang sukar pada awalnya akan menjadi mudah dan biasa jika selalu dilakukan dan diamalkan. Begitulah juga yang diharapkan terhadap permainan tradisional. Jika remaja seperti saya telah mula menanamkan sikap sayang dan cinta akan budaya masyarakat ini, maka sudah pasti permainan tradisional terpelihara megah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sesungguhnya kecintaan terhadap permainan tradisional akan memupuk juga rasa cinta terhadap negara

Kesimpulannya, remaja hendaklah berusaha mempopularkan permainan tradisional agar permainan tersebut terus terpelihara dan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia umumnya dan generasi muda khususnya. Maka golongan muda perlu berganding bahu dan meminta bantuan golongan yang lebih tua agar permainan tradisional terus dimartabatkan dan diketengahkan dalam pelbagai situasi dan aktiviti. Kedua-dua golongan boleh saling bekerjasama sebelum nasi menjadi bubur. Khazanah ini perlu dipelihara dan dikekalkan di negara ini dengan menggunakan pelbagai pendekatan sesuai dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Usaha berterusan membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan satu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada negara. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini?

Orang Kelainan Upaya (OKU) ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat keadaan fizikal atau mentalnya sejak lahir atau kesan kemalangan atau penyakit tertentu. Kecacatan fizikal dan mental ini menghalang mereka dari melakukan aktiviti-aktiviti normal seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan pekerjaan. Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) secara umumnya dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya secara sementara. Walaupun banyak kekurangan yang ada , masyarakat kurang upaya ini tidak harus dipinggirkan kerana mereka juga turut memberi sumbangan kepada negara. Oleh

Page 21: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

21 sebab itu, pelbagai usaha patut dilakukan bagi membantu OKU meneruskan kehidupan dengan sempurna.

Antara usaha yang dapat dilakukan ialah masyarakat perlu menerima kehadiran golongan kurang upaya ini seadanya dan membantu mereka menjalani kehidupan dengan sebaiknya. Hal ini kerana masyarakat perlu sedar bahawa OKU tidak meminta dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna malah mempunyai hak untuk hidup sama seperti orang lain. Golongan Kurang Upaya (OKU) haruslah diberi layanan yang baik kerana mereka turut mempunyai perasaan yang sama seperti insan lain. Mereka tidak suka dipandang rendah dan dianggap tidak berguna. Namun begitu kita harus melayan mereka secara istimewa dalam keadaan-keadaan tertentu seperti membantu mereka melintas jalan, memberi tempat duduk di dalam kenderaan awam dan sebagainya. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan penting dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, simpati,belas kasihan dan tolong menolong agar mereka dapat membantu OKU dengan seikhlas hati.

Selain itu, media massa sama ada media elektronik atau media cetak juga berperanan penting dalam membantu golongan kurang upaya ini. Pihak media massa perlu menyiarkan artikel dan rancangan khas tentang OKU kepada segenap lapisan masyarakat. Rancangan di TV3 seperti Bersamamu kerap kali memaparkah kisah sedih dan pilu OKU untuk perhatian masyarakat. Melalui rancangan ini , perasaan masyarakat pasti akan tersentuh dan secara tidak langsung wujud perasaan simpati dan terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Dana dan tabung khas disediakan oleh pihak media bagi memudahkan masyarakat menyalurkan bantuan kewangan kepada OKU. Oleh hal yang demikian nasib OKU akan terbela dan mendapat simpati berterusan daripada masyarakat untuk meneruskan kehidupan mereka.

Seterusnya, kerajaan juga pula dapat membantu OKU dengan memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang . Golongan Kurang Upaya (OKU) diberi peluang mengikuti latihan kemahiran seperti membaiki kenderaan dan peralatan elektrik, membuat kek, keropok dan kraf tangan di Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti, Pusat Latihan dan Pemulihan Orang Cacat(JARO) dan lain-lain institusi. Di sini ,OKU dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran supaya mereka dapat berdikari dan boleh bekerja sama ada makan gaji atau berniaga sendiri . Setelah mantap dalam bidang pekerjaan, mereka akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain membantu negara dan tidak lagi menyusahkan orang lain bahkan mampu menyara hidup sendiri dan keluarga.

Di samping itu, pihak kerajaan juga turut membantu OKU dengan memberikan bantuan dan elaun dalam bentuk wang ringgit , makanan dan minuman, pakaian , tempat tinggal, peralatan pembelajaran dan kenderaan khas. Peruntukan dari kerajaan ini disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, MARA dan sebagainya. Bantuan seperti ini bukan sahaja dapat meringankan beban OKU malah dapat mengembirakan hati mereka dalam meneruskan kehidupan di dunia ini. Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata golongan ini adalah terdiri daripada orang susah atau miskin. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah berusaha memberi bantuan

Page 22: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

22 modal kepada semua OKU yang berminat melalui permohonan dan sokongan daripada persatuan masing-masing. Oleh itu, bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa bergantung kepada pertolongan daripada orang lain.

Berikutnya, pihak kerajaan juga menyediakan peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada OKU yang berada di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang menyekolahkan anak-anak mereka. Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar yang setanding dengan pelajar yang normal. Malah pihak kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kaota pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Oleh itu, peluang ini akan meningkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib hidup mereka ke arah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.

Selanjutnya, pihak swasta pula digalakkan mengambil pekerja OKU untuk berkhidmat dalam syarikat mereka. Mereka perlu memberi peluang ini kerana golongan OKU juga mampu menyumbangkan kemahiran yang ada untuk memajukan syarikat tersebut. Di kilang umpamanya sudah ada OKU yang bekerja sebagai operator pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani dimana sebelum ini kerja sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang normal sahaja.Selain itu, usaha murni Pasaraya Besar Carrefour yang telah mensasarkan 5 peratus daripada pekerjanya ialah OKU haruslah diberi pujian kerana mereka memberi peluang kepada OKU dan membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan keluarga mereka.

Kesimpulannya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Untuk merealisasikan hasrat tersebut semua pihak terutama kerajaan, swasta dan masyarakat mestilah berganding bahu menjayakan matlamat tersebut. Sekiranya kita tidak bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan tersisih dalam era pemodenan negara menjelang tahun 2020 nanti. Kata pepatah muafakat membawa berkat sangat sesuai diamalkan oleh masyarakat kita dalam usaha membantu golongan OKU.

Page 23: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

23 Contoh syarahan Yang Dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, Yang adil lagi bijaksana, Para panel hakim, Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian._____________________. __________________________________________________________ __________________________________________________________ Berdirinya saya di sini pada pagi yang mulia ini tidak lain tidak bukan ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk ,”_____________________________________________.” Hadirin yang dikasihi sekalian,

Sebelum saya meneruskan hujah saya, adalah lebih molek untuk saya mendefinisikan tajuk kita pada hari ini. __________________________________________________________ _______________________________________________________

Hujah saya pertama,_______________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________. Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Hujah saya seterusnya, ____________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Hujah saya yang keempat, __________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Hujah saya selanjutnya, ___________________________________________________ ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Hujah saya yang ketiga, ____________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Hadirin yang dirahmati sekalian,

Sudah terang lagikan bersuluj, jelaslah bahawa _________________________________ _____________________________________________________________________________ Sebelum saya mengundurkan diri, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun; ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ Sekian, terima kasih.

Page 24: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

24 Soalan 1 - Rumusan Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang tanggapan negatif sesetengah anggota masyarakat terhadap warga tua dan kesan-kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Jumlah warga tua akan berganda kepada kira-kira 828 juta orang pada tahun 2020 dan sejumlah besar daripada mereka berada di negara-negara membangun. Pertambahan ketara warga tua menjelang waktu itu nanti sebenarnya telah menimbulkan satu kesedaran yang mendesak kepada pengenalan cara dan corak pendekatan yang inovatif dalam sistem ekonomi, sosial dan politik, sama ada dari sudut sebuah negara mahupun dari sudut institusi keluarga. Bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi perubahan demografi sejagat, semua pihak perlu mengambil langkah pada usia muda untuk menjaga kesihatan, menuntut ilmu yang bermanfaat, bijak dalam mengatur urusan kewangan, mewujudkan rangkaian kenalan yang luas serta mendidik generasi muda dengan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi. Peningkatan golongan tua di negara ini bukanlah satu perkara yang membimbangkan tetapi persoalan yang wujud sekarang ialah penerimaan sebahagian anggota masyarakat terhadap golongan tua. Mereka berpandangan bahawa warga tua merupakan satu kelompok masyarakat yang tidak produktif. Tidak banyak orang yang melihat golongan ini sebagai golongan yang patut dihormati sepanjang masa. Mereka mengabaikan golongan tua sebagai pusat rujukan dalam mengharungi cabaran hidup ini. Selain itu, golongan ini dipeleceh sebagai golongan yang sudah ketinggalan zaman. Pertambahan jumlah penghuni rumah orang-orang tua di negara ini jelas menampakkan kelemahan yang wujud dalam struktur institusi keluarga. Adakah warga tua hanya layak tinggal di tempat-tempat seperti itu? Jumlah mereka yang semakin banyak di tempat-tempat sedemikian seolah-olah mengiakan pandangan tersebut! Perkembangan yang mencemaskan ini membuktikan bahawa sebahagian generasi kini sudah kehilangan nilai-nilai murni, lalai terhadap tanggungjawab serta sibuk sepanjang masa. Penggerak utama masyarakat, termasuk sektor awam dan swasta, media massa, badan sukarela dan juga kanak-kanak haruslah ditanam dengan satu sikap yang wajar terhadap warga tua menerusi wahana pendidikan yang betul. Warga tua tidak harus dianggap sebagai golongan yang terlalu mengongkong kebebasan. Pembinaan lebih banyak rumah orang-orang tua bukanlah jalan penyelesaian kerana selain menunjukkan kelemahan institusi keluarga, rumah-rumah itu juga akan menambahkan beban kerajaan, khususnya dari segi kewangan, sedangkan hal ini boleh dibendung oleh ahli keluarga itu sendiri. Kita perlu melahirkan semula potensi kepakaran warga tua bagi membuktikan nilai harga diri mereka kepada masyarakat, memberi kefahaman tentang proses penuaan, menolak pandangan buruk terhadap warga tua dan meningkatkan kesejahteraan warga tua melalui penyediaan suasana persekitaran yang penyayang.

Page 25: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

25 Soalan 2(a) : Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud seolah-olah mengiakan pandangan tersebut. [2 markah] ii. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menghargai sumbangan warga tua? [3 markah] iii. Pada pendapat anda, mengapakah isu warga tua perlu diberi perhatian? [4 markah]

Page 26: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

26 Soalan 2 (b) Prosa Moden MUNSYI Sinopsis Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke kota dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar. Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya. Menurut bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa. Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum. Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani. Sebagai seorang warga yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan bahasa,dan sejarah. Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda, asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil. Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan. Namun bonda berpesan agar menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa. Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi melalui ‘saya’. Apabila tiba di bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan budayanya. Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar. Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah hilang identiti dan jati diri. Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu Munsyi. Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel. Apabila ‘saya’ mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ. ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan di mana-mana. Tema Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara. Contohnya, ibu kerap menasihati ‘saya’ agar memelihara dan cinta akan agama, budaya dan bahasa agar dihormati oleh orang. Persoalan

1. Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan. Contohnya, ‘saya’ memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain.

2. Peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara. Contohnya, pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan kekayaan negara

Page 27: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

27 tidak berlaku secara adil hingga menimbulkan rusuhan kaum akibat rasa tidak puas hati rakyat.

3. Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya. Contohnya, ‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke bandar.

4. Ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya. ‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.

5. Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya. Contohnya, ibu keberatan untuk melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana bimbang ‘saya’ terpengaruh akan budaya negatif yang terdapat pada remaja di bandar.

Teknik Penceritaan

1. Imbas kembali - Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam empat dekad lampau.

2. Imbas muka.- Di kota nanti carilah seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi. 3. Kejutan. - Saya mendengar khabar bahawa syarikat perumahan akan mengambil alih

kampung tradiri yang didiami oleh Munsyi dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.

4. Saspens. - Aku mencari Munsyi tetapi tidak berjumpa. Watak dan Perwatakan Watak utama ‘Saya’ (Mel)

Seorang yang taat - ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.

Seorang yang amanah. - ‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya diserahkan kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.

Seorang yang gemar membaca - ‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.

Seorang yang tidak mudah putus asa - ‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.

Watak sampingan

1. Bonda ‘saya’ a. Seorang yang berpengetahuan luas. Bonda bercerita kepada ‘saya’ tentang sejarah

pahit tanah air.

Page 28: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

28 b. Seorang yang bersifat patriotik. Bonda menasihati ‘saya’ agar memelihara agama,

bahasa ibunda dan negara. c. Seorang yang amat memahami. Bonda mengizinkan ‘saya’ berhijrah apabila

didapati anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati dirinya.

2. Munsyi a. Kawan lama bonda. Seorang yang cinta akan budaya Melayu. Munsyi berpakaian

tradisi Melayu yang lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan ‘saya’. b. Seorang yang mengalu-alukan tetamu. Munsyi tersenyum dan menjemput ‘saya’

masuk ke rumahnya. Latar masa

1. Zaman pemerintahan penjajah Penjajah telah memerintah negara menggunakan system pecah dan perintah.

2. Zaman selepas merdeka. Rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan nilai, bahasa dan agama selepas dijajah.

Latar tempat

1. Di kampung. Pada mulanya, bonda tidak membenarkan ‘saya’ meninggalkan kampung untuk berhijrah ke kota

2. Di kota. ‘Saya’ berhijrah ke kota untuk membina kehidupan yang lebih sempurna. 3. Di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota 4. Munsyi tinggal di sebuah rumah yang terletak di sebuah perkampungan tradisi di pinggir

kota. Latar masyarakat

1. Masyarakat kampung.‘Saya’ dan bonda tinggal di kampung. 2. Masyarakat remaja yang tinggal di bandar.‘Saya’ dapati masyarakat remaja yang tinggal

di bandar kebanyakannya telah hanyut oleh keseronokan hidup. 3. Masyarakat yang mengamalkan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan. Penduduk

kampung tradisi mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap pencerobohan tanah milik mereka oleh pihak berkuasa.

4. Masyarakat yang cekal dan berani. Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.

Page 29: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

29 HIPERTENSI Sinopsis Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi) memaparkan watak utama, Aiman Aqil yang sering berhalusinasi. Aiman sering menimbulkan kemarahan gurunya kerana tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran di dalam kelas. Dia sering berangan-angan menjadi tokoh-tokoh hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil mudah bosan dengan cara pembelajaran di sekolah menyebabkan dia sering ponteng sekolah. Hal ini menimbulkan kemarahan ayahnya sehingga dia kerap dirotan. Aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran. Dia pernah membayangkan dirinya telah lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa. Walaupun Aiman Aqil sering berhalusinasi, namun dia mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Dia tidak mahu berangan-angan seperti Mat Jenin dan Si Luncai. Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di bawah Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan hendak memantapkan diri sebagai persediaan untuk berlepas ke angkasa. Halusinasi Aiman tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dia turut membayangkan jutaan khalayak menyaksikan siaran langsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya. Aiman akhirnya berjaya mendarat di bulan dalam halusinasinya itu. Setelah asyik melayan halusinasinya, akhirnya Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika di planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Akhirnya, Aiman sedar daripada khayalannya bahawa dia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu bukan sekadar berangan-angan. Jauh di sudut hati Aiman, dia memanjatkan doa dan harapan ke hadrat Ilahi. Tema Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi) bertemakan halusinasi futuristik yang penuh cabaran. Mindanya sering dipenuhi dengan halusinasi tentang tokoh-tokoh hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil yang merupakan watak utama sering berhalusinasi sebagai seorang angkasawan. Aiman Aqil sentiasa berangan-angan tidak kira tempat sama ada ketika di rumah ataupun ketika sedang mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Dia pernah membayangkan bahawa dirinya sudah lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa. Walaupun dia sering berhalusinasi, namun dia sekali-kali tidak akan membiarkan angan-angannya menjadi seperti angan-angan Mat Jenin dan Si Luncai yang tidak sampai ke mana-mana. Angan-angan tentang kehebatannya dalam bidang aeroangkasa semakin mekar sehinggakan dia bukan sahaja membayangkan bahawa dia pernah mengikuti latihan intensif di bawah program aeroangkasa bersama dengan Rusia, malahan dia pernah mendarat di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Page 30: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

30 Persoalan

1. Persoalan adab menuntut ilmu. Contoh: Sikap Aiman yang tidak fokus terhadap pengajaran Cikgu Faridah di dalam kelas telah menyebabkan Cikgu Faridah hilang sabar. (m/s: 43)

2. Persoalan kebanggaan terhadap identiti diri. Contoh: Aiman Aqil bengga akan nama yang diberikan kerana nama tersebut mempunyai makna yang baik. (m/s:44)

3. Persoalan kepekaan akan situasi sekeliling. Contoh: Aiman cepat-cepat membetulkan jawapannya apabila dia menyedari wajah Cikgu Faridah berubah dengan jawapan awal yang diberikannya. (m/s: 45)

4. Persoalan sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain. Contoh: Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat menyelesaikan tugasan Matematik. (m/s : 45 & 46)

5. Persoalan peranan ibu bapa dalam keluarga.Contoh: Ayah dan ibu Aiman ingin mengetahui punca Aiman ponteng sekolah. (m/s: 46)

6. Persoalan ketagasan guru dalam mendidik pelajar. Contoh: Guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana mengganggu rakan-rakan. (m/s: 46)

7. Persoalan kepentingan prinsip hidup. Contoh: Aiman bertekad tidak akan menjadi seperti Si Luncai dan Mat Jenin yang hanya memasang angan-angan tanpa merealisasikan angan-angan tersebut. (m/s: 48)

8. Persoalan kasih sayang seorang ibu. Contoh:Ibu Aiman begitu tersentuh hati apabila melihat Aiman dirotan oleh ayahnya. (m/s: 48)

Page 31: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

31 Soalan 2 (c) Prosa Tradisional Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan Sinopsis Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka.

Patih Gajah membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.

Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyamar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka dari kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula.

Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya menggagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badannya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari

Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemui dan Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari barang-barang tersebut kepada laksamana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikit pun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh laksamana telah

Page 32: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

32 sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana Melaka. Soalan KBAT

1. Perbuatan ibu Kertala Sari menceritakan kisah kematian suaminya kepada Kertala Sari adalah wajar. P1 Kerana yang meninggal dunia itu ialah ayah Kertala Sari P2 Kerana dia tidak mahu disalahkan oleh ayahnya P3 Kerana dia mahu anaknya tahu perkara yang sebenarnya berlaku P4 Supaya anaknya dapat melakukan sesuatu tindakan

2. Kita perlu melakukan perancangan sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan?

P1 Sebagai persediaan awal P2 Berjaya dilaksanakan P3 Kurang risiko P4 Dapat mengenal pasti masalah yang bakal dihadapi

3. Langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan masalah kecurian daripada berleluasa?

P1 Mengadakan kawalan / rondaan ketat oleh pihak berkuasa P2 Menguatkuasakan undang-undang terhadap pesalah yang mencuri P3 Menyimpan barang berharga di tempat yang selamat seperti bank dan mempunyai nombor kawalan P4 Memperhebat kawalan Rukun Tetangga

4. Kesan wujudnya keamanan di dalam negara?

P1 Kestabilan politik P2 Ekonomi / taraf hidup meningkat P3 Menarik pelabur asing / pelancong P4 Masyarakat hidup sejahtera / harmoni P5 Menaikkan imej negara di mata dunia

5. Baginda menitahkan kegiatan kecurian itu diatasi dengan segera?

P1 Masyarakat dapat meneruskan kehidupan dengan tenang P2 Tidak berlaku banyak kehilangan harta benda P3 Pemilik harta benda tidak berada dalam kerugian P4 Moral masyarakat setempat dapat ditingkatkan

6. Tindakan yang wajar dilakukan oleh Temenggung untuk menangani masalah kecurian.

P1 Memperkemas sistem kawalan keselamatan P2 Melengkapkan sistem kawalan yang lebih canggih di setiap premis perniagaan dan kediaman. P3 Melatih pengawal keselamatan yang bertugas dalam pelbagai ilmu seni mempertahankan diri. P4 Menguatkuasakan undang-undang terhadap pesalah.

7. Sebab seseorang itu sanggup menggadaikan nyawanya untuk kebahagiaan orang lain?

Page 33: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

33 P1 Membuktikan kesetiaannya / kasih sayangnya / perasaan cinta yang tidak berbelah bahagi P2 Membuktikan kehebatannya menewaskan sesiapa sahaja tanpa perasaan gentar P3 Membuktikan pengorbanan yang sanggup dilakukan

8. Sebab Patih Gajah Mada menyempurnakan pesanan ayah Kertala Sari kepada Kertala Sari.

P1 Patih Gajah Mada seorang yang amanah. P2 Patih Gajah Mada ingin membela nasib Kertala Sari yang kematian ayah P3 Patih Gajah Mada mahu Kertala Sari mendapat haknya

9. Adakah anda akan bertindak membahagikan harta tersebut kepada orang lain;

(Ya) P1 Harta tersebut dibahagikan kepada orang yang lebih memerlukan dan berjasa P2 merupakan tugas Laksamana dalam menjaga keselamatan dan keamanan . (Tidak) P1 Harta tersebut boleh digunakan untuk tujuan dan kerja kebajikan lain P2 Harta tersebut boleh digunakan untuk hal-hal kecemasan

10. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana.” Pada pendapat

anda, mengapakah Laksamana berbuat demikian P1 Laksamana seorang yang berharta/kaya P2 Laksamana bersikap murah hati/membantu orang-orangnya yang susah/orang miskin P3 Mengekalkan pengaruh P4 Menjaga maruah sebagai pemimpin/nama baik/imej

11. Kelebihan bersedekah :

P1 Melahirkan rasa syukur / tanda penghargaan P2 Menjaga hubungan dengan pengikutnya P3 Mendekatkan diri kepada agama/Terhindar dari sifat kedekut

12. Cara mahu mengalahkan Laksamana

P1 Mengkaji kekuatan/ kekuatan Laksamana sebelum pergi ke Melaka P2 Berguru dengan orang yang lebih bijak/ berilmu/ berpengalaman P3 Mencari perkara yang boleh mengganggu emosi Laksamana P4 Meminta bantuan/bekerjasama daripada pihak lain untuk mengalahkannya

Page 34: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

34 Soalan 2 (d) – Puisi Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu

Rangkap Maksud Baginda menitahkan orang besar empat, Membuat istana puri berkota; Lalu dipanggil Pawang Raja. Pawang mengerah orang bekerja, Empat puluh empat tukang dan utas, Siang malam tidak berhenti.

Sultan menitahkan empat orang pembesar untuk membina istana sebagai mercu tanda kotanya. Oleh hal yang demikian, Pawang Raja telah mengerah rakyat untuk bekerja keras. Sebanyak empat puluh empat orang jurubina dan pandai tukang dan projek pembinaan itu dijalankan sepanjang masa tanpa henti.

Tujuh bulan tujuh purnama, Istana siap dengan alatnya; Besar tersergam sembilan ruang, Sepuluh dengan rembat guntung, Sebelas dengan pancung serong, Dua belas dengan anjung tinggi.

Pembinaan istana baginda itu mengambil masa tujuh bulan sehingga siapkan sempurna dengan perabot dan segala peralatan di dalamnya. Istana yang disiapkan itu tersergam indah dengan sembilan ruang utama yang memiliki sepuluh batang tiang penyokong. Di dalam istana itu, ada kain yang disusun dan diikat serong dengan puncanya tergantung dan memiliki kawasan anjung yang tinggi.

Tiga sudut menteri delapan, Tiang panjang maharaja lela, Tiang tengah syukur menanti; Galang-galangnya ular berang, Kasau kecil puteri menyembah, Kasau lentik helang berbega.

Di dalam istana itu, ada tiga sudut yang menempatkan lapan orang menteri yang utama yang dihias dengan tiga batang tiang yang dinamakan maharaja lela. Di tengah-tengah istana itu, ada sebatang tiang besar yang kukuh yang bertanggam dengan ukiran corak ular yang garang. Kayu yang melintang pada atap istana pula bercorak seorang puteri yang menyembah dan sebatang kayu yang melengkung pada atap istana juga bercorak ukiran helang di sekelilingnya.

Berbunga sawa mengelempai, Bertakuk bersedelinggam, Berienang berbatu kawi, Berselimpat ukir Jawa, Lilit-melilit akar Cina; Garam sebuku sisa jeragan, Bunga kenanga dimakan ular, Layang-layang di pintu Raja.

Bahagian tingkap istana raja dibina dengan seni yang istimewa, yakni berukir corak bunga dan ular sawa yang berbaring dengan lemah longlai. Di samping itu, jendela istana pula diperbuat daripada batu yang kukuh dan bertiang. Seni bina ini dipercantik dengan ukiran Jawa dan Cina. Selepas itu, garam ditaburkan di sekeliling istana yang baharu untuk membuang segala kekotoran dan anasir jahat yang cuba dibawa oleh pendatang asing atau nakhoda. Pada pintu istana yang besar itu, ukiran bunga kenanga amat jelas kelihatan bersama corak ular. Demikianlah keunikan istana raja yang siap dibina.

Istana siap tukang pun mati, Tiada orang dapat meniru; Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.

Setelah istana siap dibina, tukang bina istana pun meninggal dunia. Kesetiaan jurubina istana ini menyempurnakan pembinaan istana ini amat terserlah apabila tiada sesiapa yang dapat meniru teknik dan gaya pembinaan istana tersebut. Apabila istana siap dibina, pembesar yang bertanggungjawab dalam pembinaan itu mempersembahkan istana tersebut kepada baginda raja dan permaisuri.

Page 35: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

35 TEMA : Kesetiaan kepada Raja PERSOALAN

1. Kepatuhan kepada arahan ketua - Raja menitahkan orang besar empat untuk membina istana berkota. Orang besar empat lalu memanggil Pawang Raja dan beliau mengerahkan empat puluh empat tukang yang pandai, bekerja tidak berhenti siang dan malam

2. Kegigihan dalam melakukan tugas - Selepas tujuh bulan, siaplah istana dengan segala kelengkapannya. Istana itu sangat besar dan mempunyai Sembilan ruang, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong dan dua belas anjung tinggi.

3. Ketelitian dalam reka bentuk istana - Terdapat juga tiga sudut menteri delapan, tiang panjang maharaja lela dan tiang tengah syukur menanti. Galang-galangnya ular berang, kasau kecil puteri menyembah dan kasau lentik helang berbega

4. Kehalusan seni ukiran dan keunikan seni bina - Keindahan seni bina istana tersebut terletak pada ukiran dinding istana seperti berbunga sawa terlentok, bertakuk bersedeling gam dan berjenang berbatu kawi. Terdapat juga pengaruh ukiran Cina dan Jawa

5. Persoalan tentang keistimewaan bakat/ kebolehan dalam bidang tertentu - Sebaik-baik sahaja istana itu siap, tukang yang ditugaskan untuk membina istana itu telah meninggal dunia. Tiada seorang pun tukung yang lain dapat meniru kehebatannya menghasilkaan seni ukiran dan corak tersebut. Kemudiannya istana tersebut diserahkan kepada raja.

Page 36: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

36 ERTI HIDUP BERERTI Maksud Rangkap 1 Fikiran penyajak sering dihimbau oleh nasib malang yang mengongkongi hidupnya dan tidak pernah berubah. Tiada siapa yang datang menziarahinya. Keluhan daripada seorang insan tua yang kesunyian. Rangkap 2 Kebahagiaan hidup yang diimpikan oleh penyajak hanya angan-angan sahaja sehingga penghujung hidupnya. Anak-anak kandungnya sendiri sudah melupainya dan tidak sanggup untuk menjaganya. Anak-anaknya saling menolak untuk menjaganya. Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh. Rangkap 3 Penyajak menganggap dirinya tidak dihargai dan diperlukan lagi walaupun mereka anak kandungnya sendiri. Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti atau yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Penyajak berharap agar hidup dengan berkasih sayang dan menggantikan hubungan yang hambar sebelum ini. Manusia jangan leka, dalam putaran hidup ini akan ada yang hidup dan mati kecuali Tuhan yang kekal. Tema Keluhan ibu tua yang diabaikan oleh anaknya sendiri. - Seorang ibu yang mengharapkan belaian kasih sayang anak-anak pada penghujung usianya. Namun begitu anak-anak tidak mengendahkan dan mengambil tanggungjawab menjaganya. Jauh di sudut hatinya masih mengharapkan anak-anaknya akan insaf. Persoalan 1. Kasih sayang seorang ibu Contoh: ibu yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil 2. Berbakti kepada ibu Contoh: anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan membesarkan mereka 3. Kebahagiaan hidup ialah impian semua orang Contoh: harapan seorang ibu agar anak-anak dapat memberikan kebahagiaan pada hari tuanya 4. Tanggungjawan seorang anak Contoh : anak-anak perlu insaf terhadap tanggungjawab menjaga kebajikan ibu kandung dan memberikan kebahagian kepadanya 5. Kekuasaan Tuhan Contoh: ada yang mati, ada yang hidup, tiada yang kekal kecuali Tuhan

Page 37: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

37 GAYA BAHASA (a) Personifikasi

malam sepi semoga disirami benih keinsafan menjadi penawar dalam hati

(b) Simile, bagai kalung (c) Sinkope

yang melingkari leherku siapa yang akan datang menjengukku kucari erti hidup anakku bakaku

(d) Anafora dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik ada yang mati ada yang hidup

(e) Responsi dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik ada yang mati ada yang hidup tiada yang kekal kecuali Tuhan.

(f) Metafora: semoga disirami benih keinsafan embun cinta atasi angin dingin

(g) Imejan atau imej alam; Keheningan tasik, kehijauan rumput

Page 38: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

38 Soalan 3 (a) – Bina Ayat PANDUAN MENJAWAB SOALAN BINA AYAT 1. Boleh bina ayat tunggal. 2. Boleh bina ayat majmuk. 3. Boleh bina ayat aktif. 4. Boleh bina ayat pasif. 5. Boleh bina ayat cakap ajuk tetapi perlu mematuhi peraturan tanda baca (tanda petik). Pelajar dilarang : 1. Menambah atau menggugurkan imbuhan. 2. Jadikan perkataan diuji sebagai kata nama khas. 3. Jadikan perkataan diuji sebagai peribahasa. 4. Membina ayat yang tidak jelas/ tidak difahami maksud. Contoh soalan dan jawaban: (i) Suka duka. Ketika bertugas di kawasan pedalaman itu, saya terpaksa menempuh pelbagai suka duka sebelum saya berjaya membawa kejayaan untuk sekolah dan penduduk di kawasan itu. ( Ayat Majmuk ) (ii) Baik buruk. Kejadian kesan buruk yang tidak disedari atau tidak dilaporkan akan hanya memberikan gambaran yang tidak tepat tentang baik buruk sesuatu ubat itu. ( Ayat Majmuk ) (iii) Penat lelah Segala penat lelah beliau terbayar apabila beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan itu. ( Ayat Majmuk ) (iv) Melayari laman web Pelajar-pelajar digalakkan supaya melayari laman web Kementerian Pngajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat tentang kemasukan ke Institsui Pengajian Tinggi Awam (IPTA). ( Ayat Majmuk ) (v) Pembangunan mesra alam Kerajaan akan memastikan bahawa setiap pemaju perumahan mestilah mengutamakan pembangunan mesra alam untuk mengelakkan pencemaran dan kejadian tanah runtuh yang semakin berleluasa. ( Ayat Majmuk ) (vi) Semangat setia kawan Walaupun kita terpaksa bersaing sesama sendiri untuk merebut jawatan itu, semangat setia kawan dan persahabatan perlulah dipelihara. ( Ayat Majmuk )

Page 39: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

39 Soalan 3 (b) - Sintaksis AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF Ayat Aktif - Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan meny-). Ayat Pasif - Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi ‘oleh’. Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.

Ayat Aktif Ayat Pasif

1. Saya sudah menyiapkan semua kerja sekolah.

1. Semua kerja sekolah telah saya siapkan.

2.Kami mesti menumpukan perhatian apabila guru mengajar.

2.Perhatian mesti kami tumpukan apabila guru mengajar.

3. Kamu perlu mengajarnya menulis jawi.

3. Menulis jawi perlu kamu ajar kepadanya.

4. Ayah membelah kayu api itu. 4. Kayu api itu dibelah oleh ayah. 5. Mereka sedang menganyam tikar mengkuang itu.

5. Tikar mengkuang itu sedang dianyam oleh mereka.

Jenis-jenis Ayat Aktif Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:- 1. Ayat aktif transitif 2. Ayat aktif tak transitif a) Ayat Aktif Transitif Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek. b) Ayat Aktif Tak Transitif Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini. 1. Anak kecil itu pandai menyanyi. 2. Ibunya sedang mandi. 3. Motosikal itu terjunam ke dalam gaung.

Page 40: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

40 Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyai objek di dalamnya. Ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek di dalam ayat tersebut. Jenis-jenis Ayat Pasif Dalam bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang berikut:- 1. Ayat pasif diri pertama - (aku, saya, beta, hamba, patik, daku, kami dan beta) 2. Ayat pasif diri kedua - (anda, awak, engkau, kamu, kalian dsb) 3. Ayat pasif diri ketiga - (dia, mereka, nya, beliau, Ali dsb) Perhatikan penerangan di bawah ini. a) Ayat Pasif Diri Pertama Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya. Ayat contoh: b) Rumah itu saya bina. b) Kereta itu kami beli. b) Jambatan itu aku robohkan. b) Ayat Pasif Diri Kedua Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya. Ayat contoh: 1. Jam tangan itu kamu beli? 2. Kasut kulit itu awak gilap? 3. Buku novel itu anda baca? c) Ayat Pasif Diri Ketiga Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya. Ayat contoh: 1. Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka. 2. Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam. 3. Lori panjang itu dipandu olehnya/dia. Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua. Elakkan daripada membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya.

Page 41: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

41 Contoh: 1.a) Bilik tidur itu mereka kemaskan. (X) b) Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka. (√) 2.a) Permaidani itu Ali hamparkan di ruang tamu. (X) b) Permaidani itu dihamparkan oleh Ali di ruang tamu. (√) 3.a) Nasi itu telah ditanak oleh saya. (X) b) Nasi itu telah saya tanak. (√) 4.a) Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak? (X) b) Pasu bunga itu telah awak pecahkan? (√) Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif’ 1. Kakak menumbuk cili itu sehingga hancur. _____________________________________________________________________________ 2. Kedai itu menjual barang-barang runcit. _____________________________________________________________________________ 3. Kedai emas awal itu dimasuki perompak pagi semalam. _____________________________________________________________________________ 4. Pak Ngah mendiami rumah itu sejak sepuluh tahun yang lalu. _____________________________________________________________________________ 5. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan. _____________________________________________________________________________ Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul. 6. Bola itu ditendang oleh Hamid. _____________________________________________________________________________ 7. Cadangan itu kami sokong. _____________________________________________________________________________ 8. Makmal Sains itu dirasmikan oleh Datuk Bandar. _____________________________________________________________________________

Page 42: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

42 9. Air oren ini dibancuh oleh Aina pagi tadi. _____________________________________________________________________________ 10. Rumput di kawasan itu telah diracun oleh Pak Cik Mail semalam. _____________________________________________________________________________ AYAT MUDAH DAN AYAT MAJMUK. A. MAKSUD AYAT: 1. Ayat mudah/ ayat selapis/ ayat pendek/ ayat tunggal. - ialah ayat yang hanya mempunyai satu subjek dan satu pradikat sahaja. 2. Ayat majmuk/ ayat berlapis/ ayat berkait/ ayat panjang. - ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu subjek dan/ atau lebih daripada satu pradikat. B. MENUKARKAN AYAT MUDAH SUPAYA MENJADI AYAT MAJMUK : Syarat penukaran: i. Jangan mengubah maksud asal ayat yang diberi. ii. Jangan mengubah struktur atau susunan ayat. Ayat yang dahulu mesti didahulukan. iii. Sambung ayat dengan menggunakan kata sendi dan kata hubung.

a. Kata sendi : di, ke, dari, daripada, pada, kepada, demi, untuk, yang dan sebagainya. b. Kata hubung : dan, tetapi, atau, maka, walaupun, oleh sebab….maka, walaupun ….namun dan lain-lain.

iv. Perkataan yang sama tidak boleh disebut semula kecuali ‘atau’ digunakan. v. Pastikan jumlah ayat yang hendak dibuat berdasarkan soalan yang diberi. vi. Ayat baru boleh dibuat jika sesuatu ayat mudah itu menceritakan perkara yang berlainan daripada perkara yang sebelumnya. vii. Nomborkan ayat majmuk yang telah dihasilkan. C. CONTOH MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA AYAT MAJMUK 1 : 1. Ah Boon pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya. Mereka membeli gula. Mereka membeli ikan. Ayat majmuk : Ah Boon dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan ikan. 2. Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus. Ayat majmuk : Hetty gemuk tetapi kakaknya kurus.

Page 43: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

43 3. Kaum lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan melabur juga. Ayat majmuk : 1. Baik kaum lelaki mahupun perempuan, mereka digalakkan melabur. 2. Kaum lelaki atau kaum perempuan digalakkan melabur. 4. Dia malas belajar. Dia gagal dalam peperiksaan itu. Ayat majmuk : Oleh sebab malas maka dia gagal dalam peperiksaan itu. 5. Dia sangat kaya. Dia kedekut. Ayat majmuk : Walaupun kaya tetapi dia sangat kedekut. D. CONTOH LATIHAN MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA MAJMUK : Contoh 1 : (Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk) Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan pada hari Jumaat. Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah. Ramai pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh Kuala Lumpur.Mereka ingin menikmati suasana pasar malam di situ. Pasar malam itu sungguh meriah. Golongan muda tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi bersama rakan-rakan. Jawapan : 1. Pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang diadakan pada hari Jumaat itu menjual pelbagai barang dengan harga yang murah. 2. Ramai pengunjung dari seluruh Kuala Lumpur datang ke pasar malam itu untuk menikmati suasana pasar malam yang meriah tersebut. 3. Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar malam itu bersama ibu bapa dan rakan-rakan. LATIHAN : (Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk) Kerajaan telah memberi amaran tegas. Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan persendirian. Mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga. Ramai pemilik kenderaan masih engkar. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang. Pesalah akan ditangkap. Mereka akan didenda RM300. Pemilik kenderaan tersebut akan disaman. Penumpang ketiga itu akan disaman juga. Saman ini dapat dijadikan pengajaran.

Page 44: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

44 Jawapan : 1. 2.. 3. Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal

1. Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Puterajaya.

2. Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.

3. Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.

Page 45: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

45 Soalan 3 (c) (d) Kesalahan Bahasa Penggunaan penanda wacana dalam setiap penulis amatlah penting. Namun, penggunaannya secara salah juga perlu diberikan perhatian sewajarnya. Lihat contoh di bawah:-

Hal ini kerana SEPATUTNYA Sehubungan itu SEPATUTNYA Selain daripada itu SEPATUTNYA Ini kerana SEPATUTNYA Oleh itu SEPATUTNYA Justeru itu SEPATUTNYA

Jika kita rajin mengamati sesuatu yang berlaku di sekeliling, nescaya banyak perkara yang boleh diperkatakan. Pada pandangan cikgu, isu-isu yang ingin diperkatakan itu bukanlah bertujuan untuk merendah-rendahkan pihak lain, sekadar cuma untuk penambahbaikan. Cuba amati frasa nama yang hendak dikongsi bersama-sama:-

Pusat membeli-belah SEPATUTNYA Kawasan meletak kereta SEPATUTNYA Seni mempertahankan diri SEPATUTNYA Sudut membaca buku SEPATUTNYA Lorong berjalan kaki SEPATUTNYA

Penggunaan penjodoh bilangan amat penting. Walau bagaimanapun, kaedah penggunaannya juga sama penting dan perlu diberikan penekanan. Lihat contoh di bawah:-

sebuah masyarakat SEPATUTNYA sebuah cita-cita SEPATUTNYA beberapa buah sungai SEPATUTNYA tiga buah lebuh raya SEPATUTNYA setiap buah kereta SEPATUTNYA

Frasa jamak sering kali disalahgunakan kerana kita kadang-kadang tidak menyedari bahawa sesetengah kata yang kita gunakan itu sebenarnya membawa maksud jamak. Misalannya antara, deretan, berkeliaran ……. sudah membawa maksud jamak. Lihat contoh di bawah:-

antara sebab-sebab SEPATUTNYA deretan kedai-kedai SEPATUTNYA lembu-lembu berkeliaran SEPATUTNYA

Page 46: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

46 himpunan syair-syair SEPATUTNYA timbunan batu-batan SEPATUTNYA beraneka kuih-muih SEPATUTNYA semua rakyat SEPATUTNYA

Contoh soalan :

1. “Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut,” sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.

2. Baginda sultan sampai di istana hinggap pada pukul 5 petang. 3. Putera mahkota dikhabarkan telah dikejarkan ke hospital akibat cedera ketika beriadah. 4. Rakyat berterima kasih kepada baginda sultan yang telah berkenan mencemar duli.

Page 47: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

47 5. “Arahkan memanda beta, Tun Perak untuk bersiap-siaga menghadapi musuh!” Perintah

Sultan Mansur Syah kepada hulubalangnya. Kesalahan istilah: Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi. Contoh 1: Salah : Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara. Betul: Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara. Contoh 2: Salah: Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi. Betul: Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi. Contoh soalan:

1. Adik memanggil abang beberapa kali tetapi langsung tidak dibinakannya. 2. Jalan menuju ke rumah Taufiq incang – incang. 3. Dia memikul seikat rotan yang dikumpul untuk dibawa pulang. 4. Kereta itu terhumban setelah pemandunya gagal mengawal kenderaan kerana jalan licin. 5. Sajat memakai telefon pintarnya untuk tujuan merakam aksi kelakarnya itu.

Page 48: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

48 Soalan 3 (e) Peribahasa

Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya perlu menulis peribahasa yang berkenaan sahaja.

(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.

_____________________________________________________________________

(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.

____________________________________________________________________

(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.

____________________________________________________________________

Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.

(i) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.

_______________________________________________________________________

(ii) Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa.

________________________________________________________________________

(iii) Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.

________________________________________________________________________

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.

Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.

Page 49: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

49 Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut.

(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.

_______________________________________________________________________

(ii) Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.

_______________________________________________________________________

(iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.

________________________________________________________________________

Lengkapkan peribahasa yang berikut.

(i) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,____________________________________ _______________________________________________________

(ii) Banyak udang, banyak garam _________________________________________

(iii) Lain hulu lain parang __________________________________________________

(iv) Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain, ____________________________

________________________________________________________________

(v) Tak tumbuh tak melata _________________________________________________

(vi) Ada ubi ada batas______________________________________________________

Page 50: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

50 Berdasarkan pernyataan berikut, nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi setiap situasi di bawah.

(i) Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika berada di jalan raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para pemandu, penunggang dan pengguna jalan raya.

______________________________________________________________________

(ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung merupakan satu tindakan yang baik dan mengajar seseorang berjimat cermat.

________________________________________________________________________

(iii) Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan hubungan semangat kejiranan sesama mereka.

_____________________________________________________________________________

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu atau India mampu meraih kecemerlangan jika ada kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang anak muda dari kampung yang berjaya menempatkan dirinya dengan pelajar bukan Melayu pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini. Menurut beliau, faktor cemburu melihat rakan sebaya yang lain berjaya dengan cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam bidang akademik. Baginya kalau orang lain boleh berjaya, mengapa kita tidak boleh berjaya. Oleh itu, beliau sentiasa berusaha bersungguh-­sungguh dengan berkorban masa dan tenaga serta menguruskan masa dengan terancang. Berkat kesungguhannya, beliau berjaya memperoleh kejayaan dan bercadang melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi.

Page 51: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

51 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sesuai dengan setiap situasi tersebut.

(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih lagi orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia enggan mencari kerja lain dan tidak yakin boleh membuat kerja lain.

_______________________________________________________________________

(ii) Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia memulakan perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar, kemudian menjual buku-buku dan alat tulis. Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang untuk keperluan harian masyarakat di tempatnya.

______________________________________________________________________

(iii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.

______________________________________________________________________________

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Sepuluh tahun lalu, Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang susah dan berlaku perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat menikmati hidup yang agak selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap di sana. Dia meminta maaf daripada adik-beradiknya di kampung atas kesalahannya yang lalu. Kini hubungannya dengan adik-beradik semakin mesra.

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

Page 52: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

52 Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai.

i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih, beliau telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa ________________________________________________________________________

ii. Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri secara kecil-kecilan. "________________________________________________________, biarlah aku mulakan dengan modal yang sedikit," bisik Ahmad.

iii. Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang tiga jalan yang agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan diri dalam lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu _________________________________________

___________________________________________________ Peribahasa dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SPM Buku Teks Tingkatan 4

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Darah daging. Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing. Meninggi diri. Bermuka dua. Baik hati Tulang belakang. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang. Bagai kaca terhempas ke batu. Tangan kosong. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Duduk sama rendah,berdiri sama tinggi. Seperti lembu dicucuk hidung. Yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing. Dayung sudah di tangan,perahu sudah di air. Terang hati. Rendah hati. Murah hati. Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

Page 53: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

53 Buku Teks Tingkatan 5

Lintah darat. Bagai aur dengan tebing. Anak dagang Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai. Indah khabar daripada rupa. Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing. Hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah. Bukit sama didaki,lurah sama dituruni. Kacang lupakan kulit. Di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung. Masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang kerbau menguak. Ibarat telur sesangkak,pecah sebiji,pecah semua. Memerah otak. Kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang

kemudian. Yang bulat tidak datang menggolek,yang pipih tidak datang melayang. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Bak cendawan tumbuh selepas hujan. Bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat. Yang kita kejar tak dapat,yang kita kendong berciciran Biar mati anak,jangan mati adat. Sediakan payung sebelum hujan. Berbesar hati. Anak buah. Tuan rumah. Genggam bara api biar sampai jadi arang. Yang lama dikelek,yang baharu didukung. Batu penghalang. Untung anak lelaki cari-carikan,untung anak perempuan nanti-nantikan.

Page 54: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

54 Soalan 4 : Novel – Analisis Novel (15 markah)

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa :

Latar Tempat

1. Sungai Ramal. Contoh : Tempat kelahiran Leftenan Adnan dan tempat Leftenan Adnan dibesarkan.

2. Kem Latihan Haig Lines Port Dickson. Contoh : Tempat Leftenan Adnan menerima latihan ketenteraan.

3. Pasir panjang. Contoh : Kompeni C di bawah pimpinan Leftenan Adnan memberi tentangan hebat terhadap tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur.

4. Bukit Candu. Contoh : Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok ceri. Mayatnya digantung dengan kepala ke bawah dan ditikam bertalu-talu oleh tentera Jepun.

5. Alexandria. Contoh : Benteng terakhir tentera British yang diserang oleh tentera Jepun.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat kampung yang mengamalkan kehidupan tradisional. Contoh : Pak Saidi dan penduduk kampung menjalani kehidupan di Kampung Sungai Ramal yang bergantung hidup dengan bersawah.

2. Masyarakat yang mementingkan ilmu. Contoh : Pak Saidi menghantar anaknya Adnan ke sekolah Inggeris untuk menjadi orang yang berpelajaran.

3. Masyarakat yang berani. Contoh : Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.

4. Masyarakat yang bijaksana. Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.

Page 55: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

55 Plot Novel

Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat lima peringkat garapan plot iaitu:

Permulaan

Pengarang menceritakan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan Mak Milah. Adnan mendapat pendidkan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi askar Melayu. Dia berkahwin dengan Sophia dan mendapat tiga orang anak sebelum Perang Dunia Kedua.

Perkembangan

Perkembangan cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua. Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukir Candu bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu. Pasir Panjang dan Bukit Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan peluru dan hospital tentera. Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Namun begitu kedatangan semula pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru.

Klimaks

Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun. Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah. Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu. Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan Adanan turut tercedera. Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.

Peleraian

Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki. Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal. Akhirnya Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka.

Page 56: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

56 Teknik Plot

Imbas Kembali

Contoh : Koperal Yaakub menceritakan kepada penduduk kampung tentang pembunuhan kejam Leftenan Adnan yang digantung dengan kepala ke bawah di pokok ceri dan ditikam bertubi-tubi dengan bayonet oleh tentera Jepun setelah kesihatannya pulih.

Imbas Muka

Contoh :Semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar. Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan akan menembak musuh yang datang.

Adnan membayangkan bagaimana rasanya apabila digigit kerengga. Dia memang selalu digigit kerengga apabila memanjat pokok buah-buahan. Dan setiap kali digigit kerengga, pasti terasa sakitnya. Apatah lagi kalau digigit pada bahagian yang paling sulit.

Saspens

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

Kejutan

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

Page 57: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

57 Novel Jendela Menghadap Jalan : Latar Tempat dan Latar Masyarakat

Latar Tempat

1. Dungun – Daerah tempat nenek dan datuk tinggal, daerah asal ibu Lili. 2. Pekan Sentosa – Tempat tinggal datuk dan nenek Lili 3. Bendang – Tempat Lili bertemu neneknya sewaktu tiba di kampung 4. Masjid – tempat datuk bergotong-royong menaikkan kubah masjid bersama-sama

penduduk kampung. 5. Rumah datuk – Reka bentuk yang unik dengan corak jendela dan pintu, tempat datuk

bercerita tentang kemujaraban akar kayu dengan Lili. 6. Balai raya – Tempat penduduk kampung berkumpul bagi menyelesaikan masalah

pembelian tanah orang kampung oleh orang yang tidak dikenali.

Latar Masyarakat

1. Latar masyarakat yang bermasalah dalam keluarga. Contoh : Suami Che Jah merupakan seorang yang suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya sering menjadi mangsa kekejamannya. Haziq anak Che Jah merupakan pelajar yang pintar tetapi tersalah pergaulan dan menyebabkan dia diberhentikan sekolah.

2. Latar masyarakat yang suka mengambil tahu hal keluarga orang lain. Contoh: Nenek memberitahu bahawa orang kampung suka bermuka-muka. Suka mengumpat walaupun melalui jendela.

3. Latar masyarakat yang prihatin. Contoh : Lili prihatin dengan masalah yang menimpa keluarga Che Jah atas sikap tidak bertanggungjawab Seman suami Che Jah

4. Latar masyarakat yang buruk sangka. Contoh : Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah silam mereka yang memang nakal.

PLOT Permulaan

Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas. Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati. Dalam perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel dan juga Geetha dalam bas. Rumah datuk dan nenek Lili di Pekan Sentosa sungguh nyaman, cantik dan dipenuhi dengan bendang. Perkembangan

Datuk menghadapi situasi getir di kampung akibat penggantian kubah surau. Kekalutan turut timbul apabila Sugi dikatakan memujuk orang kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan kawasan perumahan di kampung datuk. Datuk didatangi oleh orang dari bandar untuk mendapatkan rawatan secara tradisional. Geetha memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya

Page 58: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

58 telah berjaya menyembuhkan ibunya Letchumi yang sakit dengan menggunakan herba tradisional. Danel sering datang untuk membantu nenek memasak kerana menganggap nenek seorang yang pandai memasak dan masakan nenek sangat sedap. Danel berbual mesra dengan datuk dan menerangkan kepentingan perubatan moden. Namun cara Danel yang berhemah dapat memastikan bahawa datuk tidak berkecil hati. Danel sering menulis artikel tentang pisang. Lili diculik oleh anak-anak Che Jah, namun berjaya diselamatkan oleh Danel. Konflik 1. Konflik dengan diri sendiri Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru. 2. Konflik dengan orang lain Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir akan sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden. Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu Che Jah minta diceraikan. Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah tamat persekolahannya. Namun, Lili tidak gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi demi kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu dituruti. Klimaks / Puncak Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar. Peleraian Che Jah dicadangkan oleh Kak Hamimah supaya membuat laporan polis supaya suaminya itu dapat diberkas dan dipulihkan. Suami Che Jah ditangkap di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar oleh datuk. Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sugi tidak mengaku ada kaitan dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk penduduk kampung menjualkan tanah mereka. Datuk dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang menculik Lili. Sugi memaklumkan bahawa dia berhasrat memajukan tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan dan penanaman Jatropha Cuncas. Ibu pulang menaiki bas tanpa ayah. Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya. Haziq dan Rafiz kembali semula ke sekolah untuk menduduki PMR. Teknik Plot

Page 59: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

59 Imbas Kembali Datuk mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili. Datuk menyesal kerana tidak memberikan pendidikan agama yang secukupnya menyebabkan ibunya kurang mengamalkan ilmu keagamaan. Imbas Muka ______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

Saspens Pembaca saspens tentang orang yang melarikan kubah surau. Semuanya menyangka bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana penduduk kampung yang mempunyai anggapan yang sama.

Kejutan ______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

Novel Tirani

Page 60: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

60 Latar Tempat

1. Rumah Fadhil. Tempat Fadhil, Raidah dan anak-anaknya, Ghazi dan Waheeda Nurlyana serta cucunya, Izzati tinggal.

2. Rumah Bazilah, di Yishun Street. Tempat Waheeda menumpang tinggal sementara dia menjalani rawatan pembedahan mata dan hidungnya di Singapura.

3. Chalet Tajau Emas. Tempat Waheeda mengalami kecederaan pada muka dan hidung akibat digigit dan dicakar oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan. Contohnya, Raidah amat sayang akan suami dan anak-anaknya dan sanggup terbang ke Singapura semata-mata untuk bersama-sama dengan Waheeda pada hari pembedahan mata dan hidung anaknya itu.

2. Masyarakat yang tekun dan rajin menimba ilmu. Contohnya, watak Waheeda Nurlyana, Bazilah, Fatimah, Izzati dan Zahid digambarkan sebagai masyarakat yang tekun dan rajin menimba ilmu sehingga berjaya memperoleh ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam bidang pengkhususan masing-masing.

3. Masyarakat yang gigih menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Contohnya, Waheeda Nurlyana gigih berdepan dengan berbagai-bagai cabaran seperti peristiwa pembedahan mata dan hidungnya, peristiwa keretakan dan kemusnahan rumah tangganya dan peristiwa dia mengusahakan chalet penginapan untuk kemudahan pelancong.

Plot (Jalan Cerita) PERMULAAN Pengenalan kepada watak Waheeda yang melayari laman sesawang berkaitan kecantikan wajah dan pembedahan plastik pada wajah.Waheeda mempunyai keinginan yang tinggi untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya yang bertujuan untuk membaiki, memulih, serta menjaga kekemasan diri. PERKEMBANGAN Monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada digigit monyet itu. Monyet itu telah menyerang dan mengigit muka Waheeda. Waheeda dibawa ke hospital oleh Raidah dan Fadhil. Dr Zakaria telah menjahit luka pada kulit pipi dan hidung Waheeda. Waheeda ke Singapura untuk bertemu dengan Dr. Alma Hollis Chen yang bertugas di Silicon Medical Center (SMC) yang akan menguruskan proses pembedahan mata dan hidungnya. Waheeda menjalani pembedahan pembetulan pada kelopak matanya yang dijalankan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh

Page 61: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

61 manakala pembedahan hidungnya dijalankan oleh Dr. Averroes atau Dr. Rushdi. Waheeda dimaklumkan bahawa pembedahan akan memakan masa antara 10-15 jam. Apabila mendapat tahu berita itu, Raidah, ibu kepada Waheeda terus terbang ke Singapura untuk menemani Waheeda. Waheeda mendapat tawaran bekerja di Flamingo de La Rossa di Singapura sebagai Pegawai Perhubungan Awam. Waheeda berkenalan buat pertama kali dengan Zahid di Flamingo. Zahid berhasrat untuk meminang Waheeda. Majlis pertunangan antara Waheeda dengan Zahid dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan ringkas abangnya antara Ghazi dengan Fatimah. Selepas itu, majlis perkahwinan Waheeda dengan Zahid diadakan dengan meriah dan penuh dengan adat Melayu Sarawak. Zahid mencari Waheeda selepas isterinya itu tidak muncul di restoran untuk makan tengah hari. Zahid menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas yang mewujudkan perasaan cemburu dan salah sangka atas kesetiaan Waheeda itu. PERUMITAN Halloway dan Dr Rushdi membuat kejutan mengunjungi penginapan Waheeda di Matang dan kedatangan mereka mencetuskan rasa cemburu suaminya. Waheeda leka berbual dengan Halloway dan Dr. Rushdi disebabkan mereka sudah lama tidak bertemu sekali lagi mendatangkan rasa cemburu kepada suaminya , Zahid. Malam itu berlaku krisis antara Zahid dan Waheeda sehingga Zahid mengambil keputusan untuk tidak pulang ke bilik tidurnya. Raidah dapat merasakan sikap menantunya semakin menjauhkan diri daripada isterinya, Waheeda dan seluruh ahli keluarganya. Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan di bilik wad eklusif Hospital pakar Normah, Zahid tidak datang menjenguk bayinya. Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA apabila suaminya, Zahid mempertikaikan status Izzati sebagai anak kandungnya. KLIMAKS Zahid bertindak nekad untuk menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang terlampau itu.Waheeda mengalami masalah kemurungan dan masalah migrain dan meroyan akibat tindakan Zahid yang kejam kerana dia terlalu mencintai suaminya itu. Ghazi dan Raidah menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur. Waheeda dan Ghazi membeli dan mengusahakan Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang terletak di Cameron Highlands dengan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah. PELERAIAN Selepas 20 tahun, Zahid dan Aiman yang kebetulan menginap di Chalet Aya-Sajinah, berehat di Cafe Iwani dan bersembang tentang pelbagai perkara terutamanya perihal keinsafannya atas kesilapan masa silam. Zahid menangis apabila memberitahu dan mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak kandungnya dan Waheeda, ibu Izzati merupakan insan yang dicarinya selama ini. Zahid meluahkan penyesalannya atas kesalahan besarnya terhadap Waheeda dan anak

Page 62: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

62 kandung mereka, Izzati. Lais cuba mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda manakala Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan bapanya, Zahid. TEKNIK PLOT IMBAS KEMBALI – Ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialami

1. Waheeda teringat akan kain sarung birunya terbelah sehingga paras peha seperti busana cheongsam kerana mengejar rakan-rakan sekolahnya yang selalu mengejeknya berhidung pesek.

2. Waheeda terkenang kata-kata semangat ayahnya yang semasa dia dan Ghazi berada dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari banglo mewah Pak Cik Aziz. Ayahnya mengatakan bahawainsan tanpa kejayaan umpama mati sebelum ajal.

IMBAS MUKA – Teknik atau cara mengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.

1. Bazilah berasa gerun semasa membayangkan keadaan meja bedah dan alat perkakasan yang lazim digunakan semasa sesi pembedahan dijalankan sewaktu mendengar penerangan tentang prosedur pembedahan dari Dr Zahari.

2. Semasa menantikan kedatangan doktor untuk menjalankan pembedahan ke atas Waheeda, dia membayangkan keadaan dirinya disembelih hidup-hidup semasa proses pembedahan itu nanti.

3. Waheeda membayangkan suasana mesra yang berlaku sesama kakitangan di Chalet Tajau Emas yang sedang belajar menganyam kelonsong ketupat lepas daripada ibunya, Raidah ketika dia membaca kiriman e-mel yang dihantar oleh sepupunya, Fatimah.

SASPENS – peristiwa dalam novel yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

1. Peristiwa monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada digigit monyet itu. Monyet itu telah menyerang dan mengigit muka Pembaca tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada Waheeda. Akhirnya Waheeda di bawa Hospital oleh Raidah dan Fadhil. Dr Zakaria telah menjahit luka pada kulit pipi dan hidung Waheeda.

2. Peristiwa tulang rawan hidung Waheeda dirasakan runtuh akibat demam selesema, walhal tarikh pertunangan Waheeda dan Zahid hampir tiba. Pembaca tertanya-tanya, adakah sempat hidung Waheeda pulih sebelum pertunangannya? Akhirnya majlis pertunangan Zahid dan Waheeda terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan Ghazi dan Fatimah.

Page 63: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

63 3. Peristiwa Zahid menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan penghuninya di

Chalet Tajau Emas mewujudkan perasaan cemburu dan salah sangka Zahid. Pembaca tertanya-tanya, adakah rumah tangga Zahid dan Waheeda bertahan atau tidak disebabkan perasaan cemburu buta Zahid. Akhirnya, rumah tangga mereka tidak bertahan, Zahid menceraikan Waheeda dengan talak satu.

4. Peristiwa ketika keputusan DNA anak Waheeda dikeluarkan. Pembaca tertanya-tanya, adakah Izzati anak kepada Zahid atau tidak? Akhirnya keputusan itu mengesahkan bahawa Izzati ialah anak kandung Zahid.

5. Peristiwa Zahid pertama kali Zahid melihat anak mereka Izzati. Pembaca tertanya-tanya, apakah penerimaan Zahid terhadap anak itu. Akhirnya Zahid tidak dapat menerima hakikat Izzati adalah anak kandung memandangkan anak itu tidak mempunya ciri-ciri persamaan dengannya.

KEJUTAN – Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa di duga oleh pembaca / watak.

1. Peristiwa serangan monyet Belanda di Chalet Tajau Emas. Pembaca tidak menyangka bahawa monyet-monyet itu bertindak agresif hingga sanggup mencederakan orang-orang yang berada di situ, iaitu Waheeda.

2. Peristiwa Waheeda akan menjalankan pembedahan di Singapura. Pembaca terkejut ibu Waheeda , datang ke Singapura dan sudah berada di hadapan rumah Waheeda, sedangkan pada awal cerita ibu Waheeda tidak bersetuju dengan hasrat Waheeda itu.

3. Peristiwa Izzati dan Zahid bertanyakan nama ibu Izzati. Izzati menyatakan ibunya bernama Waheeda Nurliyana. Zahid berasa terkejut bahawa di hadapannya ialah anak kandungnya yang sekian lama ingin ditemunya.

4. Peristiwa Waheeda menunjukkan keputusan DNA kepada Zahid. Pembaca terkejut dengan tindakan Zahid mempertikaikan keputusan DNA yang ditunjukkan oleh Waheeda. Zahid telah menuduh Waheeda bersubahat dengan pakar DNA.

5. Peristiwa Waheeda sangat sedih kehilangan suami. Pembaca terkejut kerana tidak menyangka waheeda mengalami tekanan perasaan sehingga meracau dan bercakap yang bukan-bukan.

Page 64: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

64 Novel Songket Berbenang Emas Latar Tempat

1. SMK Tun Ismail – lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima.

2. Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim- Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan enam. Dia tinggal di asrama sekolah ini.

3. Bilik Kerjaya- Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita.

4. Kebun getah – 20 meter dari rumah seluas lima ekar tempat Saleha menoreh getah. 5. Kampung Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia. Di sini, Dahlia menjaga adik-adiknya,

Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah emaknya dirawat di hospital. 6. Hospital Batu Pahat – Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan pada peringkat

awal. Ayah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular. 7. Hospital Permai, Johor Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat di bilik 16. Di sini juga

Azhari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah. 8. Sungai –kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia – Dahlia cuba menyelamatkan Said yang

lemas di sungai ini. 9. Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir- Kira-kira dua kilometer dari rumah Dahlia di

sinilah Embong memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah Aton. Di kebun kelapa sawit inilah ular sawa telah membelit Embong.

10. Sekolah Kebangsaan Jelotong- Said dan Melati bersekolah di sini. 11. Rumah Aton kira-kira 150 meter dari rumah Dahlia. – Dahlia disindir oleh Aton kerana

dikatakan Dahlialah yang menyebabkan Said mati lemas. 12. Balai raya Kampung Parit Haji Rais- Beberapa orang penduduk bergotong – royong

semasa majlis sambutan Maulidur Rasul. Selain itu, di sini juga menjadi tempat pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampung Dahlia.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat kampung – Mereka tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain. Mereka hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Maulidur Rasul.

2. Masyarakat guru – Cikgu Salwani (Warden asrama) dan Cikgu Hisyam, guru kelas Dahlia. Cikgu Salwani marah apabila Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. Cikgu Hisyam menasihati Dahlia supaya meneruskan persekolahannya kerana dia sorang yang bijak .

Page 65: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

65 3. Masyarakat pelajar – Dahlia, Siti Wangi, Najib dan Kavita merupakan pelajar sekolah. –

Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim. Mereka mewakili pelajar yang aktif dalam kokurikulum.

4. Masyarakat yang saling membantu – Haji Sulaiman selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia / Tempat Embong meluahkan perasaan. Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.

5. Masyarakat yang bertanggungjawab – Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya, Embong yang menghadapi masalah.

6. Masyarakat remaja yang terpengaruh dengan rakan sebaya – Abu Bakar, adik Dahlia suka berseronok dengan rakan-rakannya dan tidak mahu membantu keluarga mereka yang menghadapi masalah. Dia hanya pulang ke rumah untuk menukar baju sahaja.

7. Masyarakat yang insaf akan kesilapannya – Abu Bakar insaf akan kesilapannya yang suka membuang masa dengan rakan-rakannya. Dia juga insaf akan kesalahannya yang telah mencuri kambing milik abahnya sendiri. Nek Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia dan emaknya yang banyak membantu beliau ketika sakit sedangkan anak-anak yang selama ini amat disayangi langsung tidak menziarahinya.

8. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup – Embong tabah menghadapi keadaan hidup mereka sekeluarga yang hidup dalam kemiskinan. Embong juga tabah apabila beliau tidak disukai oleh ibu mentuanya, Nek Kiah. Embong tabah apabila isterinya mengalami masalah mental.

9. Masyarakat yang penyayang – Embong sangat menyayangi anak-anaknya. Beliau sanggup bekerja dari pagi hingga malam untuk menanggung keluarganya. Dahlia juga amat menyayangi adik-adiknya. Dia sanggup ponteng sekolah apabila Anggerik sakit. Saleha juga merupakan emak yang penyayang. Semasa beliau sihat, beliaulah yang menjaga keperluan keenam-enam anaknya itu.

10. Masyarakat remaja yang terlibat dalam percintaan – Azhari mencintai Dahlia. Walaupun dia mengetahui Dahlia mempunyai emaknya yang menghidap tekanan mental dan hidup dalam kemiskinan namun akhirnya dia tetap melamar Dahlia . Najib juga mencintai Dahlia. Dia mengambil berat apabila Dahlia kerap ponteng sekolah.

Binaan Plot Plot novel ini mengikut kronologi urutan masa. Permulaan

1. Dahlia pelajar tingkatan enam atas sedang menjalani latihan bola jaring di padang bola jaring. Mereka berlatih kerana ada perlawanan dengan pelajar-pelajar enam rendah.

2. Semasa berhenti rehat, Dahlia teringat akan emaknya yang hilang ingatan. Azhari datang menemuinya di kantin sekolah dan memberitahu dia sudah tamat pengajiannya di universiti.

Page 66: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

66 3. Dia menyuarakan hasrat mahu merisik Dahlia. Pada petang itu, Azhari menghantar

Dahlia pulang ke rumahnya di Kampung Parit Haji Rais. Perkembangan

1. Dahlia amat sedih apabila melihat keadaan emaknya, Saleha yang berada di kebun getah pada waktu senja. Emaknya sudah tidak mengenalinya lagi. Dahlia dan abahnya memujuk emaknya balik ke rumah dengan bantuan orang kampung.

2. Nek Kiah menyalahkan Embong yang menyebabkan Saleha menjadi kurang siuman. 3. Dengan bantuan Haji Sulaiman, Saleha dibawa ke Hospital Batu Pahat dan seterusnya

dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru kerana keadaannya semakin serius. 4. Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan kerap ponteng sekolah kerana menguruskan adik-

adiknya. Ayah Dahlia pula dimasukkan ke wad kerana dipatuk ular. Perumitan/Konflik

1. Seman telah datang ke rumah Nek Kiah dan memujuknya untuk menjual tanah yang menjadi kawasan tempat tinggal Dahlia sekeluarga. Nek Kiah mahu Dahlia dan keluarganya berpindah sekiranya tidak mampu membayar sebanyak RM15,000. Dahlia tertekan kerana keluarganya tidak mampu untuk menyediakan wang sebanyak itu.

2. Aton menyalahkan Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas sedangkan Dahlia telah berusaha untuk menyelamatkan Said.

3. Nek Kiah memandang serong terhadap Dahlia atas kehadiran Azhari dan Najib ke rumah Dahlia. Begitu juga dengan Aton yang sering menyindir Dahlia.

4. Najib cuba untuk memikat hati Dahlia. Begitu juga dengan Azhari yang telah datang merisik Dahlia kerana bimbang Dahlia dipikat oleh orang lain.

5. Penduduk kampung sudah jarang mengamalkan sikap bantu-membantu dan prihatin terhadap orang lain. Selaku ketua kampung Haji Sulaiman menasihati orang-orang kampungnya agar bersatu dan prihatin kepada jiran tetangga.

Klimaks/Kemuncak

1. Abu Bakar menjumpai kain merah yang sudah reput yang membungkus telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan paku. Dahlia menyuruh Abu bakar membuangnya ke sungai. Selepas itu, Saleha sudah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumahnya. Nek Kiah pula sakit dan dirawat di hospital selama dua hari. Keluarga Dahlialah yang menjaganya. Setelah keluar dari wad, Nek Kiah tinggal dengan keluarga Dahlia sehingga benar-benar pulih. Nek Kiah mula berubah dan berbaik semula dengan keluarga Dahlia.

2. Banjir yang berlaku di Kampung Parit Haji Rais telah membawa hikmah apabila penduduk kampung bersatu dan bergotong-royong membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman.

Page 67: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

67 Peleraian/ Pengakhiran

1. Dahlia tinggal di asrama semula kerana peperiksaan STPM semakin hampir. 2. Keluarga Azhari menetapkan tarikh pertunangan Dahlia selepas peperiksaan STPM tamat. 3. Kedatangan Cikgu Daim membawa berita gembira apabila Dahlia terpilih untuk

mengikuti pengajian di Jepun selama empat tahun. Sebelum ke Jepun ,Dahlia perlu mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.

4. Majlis pertunangan Dahlia terlewat kerana jurucakap majlis lewat sampai. Azhari datang berjumpa Dahlia di stesen bas sebelum Dahlia bertolak ke Kuala Lumpur. Dia telah menghadiahkan songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari mahu Dahlia menjaga jati dirinya sebagai orang Melayu walaupun berada di mana-mana jua.

Teknik Plot Imbas Kembali

Tiba-tiba pantun yang diungkapkan Azhari sewaktu menghantar Dahlia pulang pada hari Khamis bergema pada telinga Dahlia.

Saspens

Peristiwa Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said; Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu apa akan terjadi kepada Dahlia. Rupa-rupanya Dahlia selamat dan berjaya menjumpai Said di dasar sungai.

Peristiwa pertemuan Najib dan Azhari di rumah Dahlia; Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya peristiwa yang terjadi antara Najib dan Azhari apabila bersua muka pada masa yang sama .Azhari cemburu kepada Najib dan pulang tanpa bertemu dengan Dahlia.

Page 68: Disusun oleh Norhairie Nordin Norhairie Nordin · perumpamaan, maksud peribahasa asing, maksud ayat Al-Quran atau hadis, kata-kata orang- orang cerdik pandai atau ahli falsafah dan

Bengkel Bahasa Melayu SPM

Norhairie Nordin ~hairiebmtutor

68

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://hairiebmtutor.wordpress.com untuk rujukan

dan mencari contoh karangan yang diinginkan.

Hairisme@Creative

Disusun dan disediakan oleh Norhairie Nordin untuk kegunaan seminar dan bengkel Bahasa Melayu 2018