amanat tahun baharu 2013 tahun baharu 2013 yb. dato’ seri mohamed khaled nordin menteri pengajian...

39
Page | 1 AMANAT TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC) JAM 9.00 PAGI, SELASA, 29 JANUARI 2013. “PENGAJIAN TINGGI PEMACU DAYA SAING MALAYSIA1. Pertamanya, sukalah saya menzahirkan rasa penuh kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah, kurnia dan izin-Nya, maka dapat kita bersama di majlis Amanat Tahun Baharu 2013 pagi ini. Amanat tahun baharu ini telah menjadi satu acara tahunan kementerian di mana kita berpeluang bukan sahaja menghimpunkan satu keluarga besar yang mempunyai persamaan menggalas amanah membangunkan sektor pengajian tinggi negara, tetapi membolehkan kita mendapat gambaran hala tuju sektor ini bagi tahun 2013 yang sewajarnya menjadi panduan dan rujukan oleh semua pihak. Pada masa yang sama, peluang ini diharap dapat menjelaskan kepada masyarakat dan semua pemegang taruh, apakah perancangan perkembangan haluan sektor pengajian tinggi negara khususnya dalam

Upload: vodien

Post on 12-May-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 1

AMANAT TAHUN BAHARU 2013

YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN

MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI

PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC)

JAM 9.00 PAGI, SELASA, 29 JANUARI 2013.

“PENGAJIAN TINGGI PEMACU DAYA SAING MALAYSIA”

1. Pertamanya, sukalah saya menzahirkan rasa penuh kesyukuran

kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah, kurnia dan izin-Nya, maka

dapat kita bersama di majlis Amanat Tahun Baharu 2013 pagi ini.

Amanat tahun baharu ini telah menjadi satu acara tahunan kementerian

di mana kita berpeluang bukan sahaja menghimpunkan satu keluarga

besar yang mempunyai persamaan menggalas amanah

membangunkan sektor pengajian tinggi negara, tetapi membolehkan

kita mendapat gambaran hala tuju sektor ini bagi tahun 2013 yang

sewajarnya menjadi panduan dan rujukan oleh semua pihak. Pada

masa yang sama, peluang ini diharap dapat menjelaskan kepada

masyarakat dan semua pemegang taruh, apakah perancangan

perkembangan haluan sektor pengajian tinggi negara khususnya dalam

Page 2: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 2

menjayakan hasrat Malaysia menjadi sebuah negara maju

berpendpatan tinggi menjelang tahun 2020.

2. Amanat saya pada tahun ini akan memberikan tumpuan kepada

sumbangan pengajian tinggi dalam memacu daya saing Malaysia. Hal

ini penting kerana pengajian tinggi bertujuan bukan sahaja memenuhi

tuntutan dan kepentingan dalaman negara semata-mata, tetapi

menentukan apakah Malaysia mampu mengekalkan daya saingnya

dalam pentas global. Saya percaya, daya saing Malaysia dan

kelestariannya amat bergantung kepada sejauhmanakah negara

menjayakan kemampuannya menggerakkan ekonomi berinovasi,

memantapkan sistem pengajian tinggi, menjamin Institusi

Pengajian Tinggi yang berkualiti, membangunkan mahasiswa IPT

sebagai bakat negara dan mengoptimakan peranan pengajian

tinggi di peringkat global. Dan inilah asas dalam peranan sektor

pengajian tinggi yang akan menentukan daya saing Malaysia masa

kini dan akan datang.

3. Seperti kita sedia maklum, cabaran dan perubahan lanskap

pengajian tinggi amatlah dinamik dan perlu ditangani dengan bijaksana.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita melihat timbulnya

keprihatinan yang lebih tinggi orang ramai akan kepentingan pengajian

tinggi untuk pengukuhan ekonomi, pengembangan sosio-budaya dan

Page 3: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 3

pembangunan masa depan masyarakat, yang pada asasnya bermula

dari penguasaan ilmu seseorang individu. Dalam era perkembangan

ilmu yang pesat, penghasilan inovasi serta tahap interaksi pada

peringkat global yang tinggi, kita perlu memikirkan bagaimana sistem

pengajian tinggi dapat meningkatkan kapasiti rakyat negara ini, agar

menjadi modal insan yang dapat menyumbang kepada pembangunan

negara sekaligus memantapkan tahap persaingan global Malaysia.

4. Lebih penting, fungsi baharu institusi pengajian tinggi dalam

merakyatkan ilmu memerlukan perubahan paradigma yang akan

memberi kesan kepada cara kita berfikir, mengatur strategi dan

beroperasi. Justeru itu, fungsi baharu ini juga perlu diintegrasikan

dengan fungsi asas pengajian tinggi iaitu pencarian ilmu dan

meningkatkan tahap intelek rakyat serta juga perlu mengambil kira akan

transformasi dasar pendidikan pada peringkat pra-sekolah dan sekolah

serta dasar-dasar lain yang berkaitan. Kesemua cabaran ini

mendorong kementerian untuk menilai semula pelan, polisi dan

perancangan pengajian tinggi yang sedia ada terutama

kerelevanan teras utama dan Indeks Prestasi Utama (KPI) dalam

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).

5. Sehubungan dengan itu, suka saya maklumkan bahawa

PSPTN yang dilancarkan pada tahun 2007 akan dikaji semula. Ini

Page 4: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 4

bertujuan menambahbaik dan menyusun mengikut keperluan

semasa dan akan datang melalui inisiatif baharu yang berimpak

tinggi, keberhasilan yang lebih jelas, berupaya dilaksanakan

secara bijaksana sehingga mampu melonjakkan lagi pengajian

tinggi negara ke tahap kegemilangan. Kajian PSPTN ini akan

bermula bulan ini dan dijangka selesai bulan September akan

datang dan hasil kajian boleh dilaksanakan mulai tahun 2014.

Insya Allah.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

PERTAMA: MEREKAYASA PERANAN INSTITUSI PENGAJIAN

TINGGI

6. Apabila masyarakat menyatakan 'Universiti sebagai Gedung

Ilmu', ia mempunyai pengertian yang mendalam. Universiti bukan

sekadar pusat pengajian tinggi atau menara gading, tetapi adalah

institusi pencinta ilmu atau menara ilmu, tempat di mana

pengetahuan dikumpul dan yang baharu diterokai, disampaikan

kepada pelajar, dan dipindahkan kepada masyarakat. Di

universitilah, cendekiawan (scholar) daripada pelbagai bidang

berkumpul dan sentiasa mengabdikan diri kepada ilmu dan mereka

menjadikan ilmu sebagai pegangan untuk membawa masyarakatnya

maju ke hadapan.

Page 5: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 5

7. Negara tidak mampu menampung Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

yang tidak relevan. Sehubungan dengan itu, IPT perlu berganjak

daripada paradigma menara gading ke menara ilmu. Universiti

tempatan mesti melakukan perubahan atau transformasi sesuai dengan

peredaran zaman dan kehendak semasa agar tidak terkebelakang dan

terperangkap dalam corak pemikiran yang sama dan kaku. Bagi

mencapai tujuan ini, IPT perlu keluar daripada tradisi lama yang hanya

memberi perhatian kepada pengajaran dan penyelidikan dengan juga

memberi penekanan kepada kepentingan Polisi Awam selari dengan

peranan ketiganya iaitu perkhidmatan untuk masyarakat. Pendekatan

yang memperlihatkan peralihan set minda dari ‘ilmu untuk ilmu’ kepada

‘ilmu untuk masyarakat dan negara’ ini akan membawa banyak manfaat

khususnya menyokong usaha IPT dalam mentransformasikan komuniti.

8. Dalam hal ini, setiap universiti diminta untuk mewujudkan Pusat

Transformasi Komuniti Universiti atau University Community

Transformation Centre (UCTCs) berasaskan nic masing-masing

dengan menggerakkan sumber intelektual dan infrastruktur fizikal

universiti untuk mentransformasikan komuniti. Pendekatan yang

menggunakan strategi Lautan Biru ini akan mengoptimakan kewujudan

IPTA dan prasarananya dalam pembangunan komuniti yang inovatif. Ini

dapat dilakukan dengan menghubungkan tenaga akademik dan

mahasiswa dengan komuniti dalam konteks mewujudkan kursus-

Page 6: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 6

kursus praktikal yang boleh menangani persoalan komuniti

setempat, mempromosi keusahawanan, menghubungkan UCTC

dengan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Pusat

Transformasi Bandar (UTC), membenarkan penggunaan prasarana

universiti oleh komuniti dan penyelidikan pembelajaran sepanjang

hayat. Ini akan menjadikan program jalinan atau libatsama

komuniti semakin tersusun, kukuh dan memberi impak yang lebih

besar.

9. Kementerian mahu menilai setiap program jalinan atau

libatsama komuniti berupaya memberi impak dan mempunyai nilai

keberhasilan yang tinggi dalam mentransformasikan komuniti.

Oleh itu, penilaian perlu dibuat ke atas setiap program jalinan atau

libatsama komuniti tersebut. Dalam hal ini, kementerian telah

mengambil inisiatif membangunkan Guide to Assessing APEX

Special Project-Community Engagement untuk menilai program

jalinan dan libatsama komuniti dalam empat aspek iaitu perancangan,

proses, keberhasilan dan impak. Kementerian akan menggunakan

instrumen yang mula dilaksanakan di Universiti Sains Malaysia (USM)

ini pada semua IPT yang lain bagi mengukur program libatsama

komuniti mereka.

Page 7: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 7

Tuan-tuan dan Puan-puan,

KEDUA: MENJANA EKONOMI BERINOVASI

10. Malaysia yang maju dan berpendapatan tinggi bergantung

kepada usaha menjana ekonomi yang berinovasi. Sebagai hab inovasi

negara, IPT mempunyai peranan penting dalam menjana pendapatan

dan pertumbuhan ekonomi negara melalui aktiviti penyelidikan,

pembangunan dan pengkomersilan dengan menghasilkan paten,

penerbitan berimpak tinggi dan mengeluarkan graduan pascasiswazah.

Kita harus melangkah kehadapan menentukan idea-idea baharu dan

dinamik yang dapat memperkukuhkan lagi rantaian penyelidikan

khususnya dalam aspek pengkomersilan.

11. Sehubungan dengan itu, jentera inovasi semua institusi

pengajian tinggi perlulah diperkemaskan lagi. Ini dapat dilakukan

antaranya dengan menggalakkan penggabungan harta intelek dari

semua IPT bagi menghasilkan produk baharu atau produk nilai tambah.

Oleh itu, kementerian sedang menimbang untuk menyediakan platform

berpusat dengan membentuk bank harta intelek IPT. Semua harta

intelek yang dihasilkan oleh IPT Malaysia perlu didaftar dalam bank ini.

Seterusnya, hos bank ini akan menyediakan medium untuk

penyebaran dan perkongsian maklumat tentang harta intelek yang telah

didaftarkan. Bank yang dinamakan "Idea Interchange and

Page 8: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 8

Connection Bank" (I2C Bank) ini akan dikendalikan secara profesional

dalam memperkukuhkan usaha mengalirkan hasil intelek berpotensi ke

pasaran global.

12. Bagi memperkukuhkan lagi sumbangan universiti penyelidikan,

kementerian menyarankan agar kelima-lima universiti penyelidikan

membentuk jaringan kolaborasi yang kukuh iaitu Jaringan

Universiti Penyelidikan Malaysia atau Malaysia Research

University Network (MRUN) yang akan dipengerusikan secara

bergilir antara mereka. Jaringan ini akan berperanan sebagai sinergi

kepada kegiatan penyelidikan dalam mengoptimumkan penggunaan

kepakaran dan sumber, menonjolkan MRUN sebagai satu jaringan

yang mantap di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa,

sebagai peneraju dan perintis dalam aktiviti penyelidikan,

pembangunan, pengkomersilan dan keusahawanan (RDCE) dan

membimbing dan bekerjasama secara kolektif dengan IPT lain dalam

dan luar negara, dan dengan industri dalam usaha memupuk dan

meningkatkan budaya penyelidikan.

13. Langkah menubuhkan Aeropsace Malaysia Innovation Centre

(AMIC) adalah bertepatan sekali dengan aspirasi ini yang

memperlihatkan kerjasama dalam bidang aerospace antara IPT diketuai

oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan penyertaan Universiti

Page 9: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 9

Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Teknikal Malaysia

Melaka (UteM), industri teknologi tinggi seperti Composites Technology

Research Malaysia (CTRM) dan Malaysian Industry-Government Group

for High Technology (MIGHT) bersama syarikat teknologi tinggi

antarabangsa seperti European Aeronautic Defence and Space

Company (AEDS) dan Rolls Royce. Saya percaya, jaringan MRUN

akan membolehkan tumpuan diberikan kepada bidang-bidang utama

penyelidikan negara yang lain juga.

14. IPT mempunyai banyak makmal penyelidikan dalam nic yang

sama. Contohnya, nic Nanoteknologi mempunyai 16 buah makmal,

Bioteknologi 41 buah makmal dan Automatif 84 buah makmal di seluruh

negara. Kerjasama makmal penyelidikan merentasi IPT bersama

industri adalah perlu jika kita ingin melihat keberhasilan yang berimpak

tinggi. Sehubungan dengan itu, kementerian ingin memperkenalkan

program Central Lab Management (CLM) atau Makmal Pengurusan

Berpusat dengan peruntukan sebanyak 80 juta ringgit. Program ini

bertujuan memastikan perkongsian teknologi antara makmal

penyelidikan IPT bersama industri ke arah memajukan nic strategik

yang dikenalpasti seperti Nanoteknologi, Bioteknologi dan Automatif

sekaligus membantu kemajuan industri negara khususnya Industri Kecil

dan Sederhana (IKS). Kerjasama ini besar ertinya apabila ia bukan

Page 10: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 10

sahaja mempereratkan hubungan antara makmal IPT dan industri,

tetapi turut membangunkan teknologi tempatan pada masa yang sama.

15. Beberapa tahun terakhir ini, saya telah meminta supaya semua

Universiti Komprehensif mencari nic penyelidikan dan inovasi masing-

masing sehingga menjadi Universiti Komperhensif Berfokus yang unik

dan mempunyai kekuatan tersendiri. Saya gembira melihat telah

muncul beberapa Universiti Komperhensif Berfokus seperti yang

berfokuskan pengurusan, pendidikan, keusahawanan, pertahanan dan

keselamatan, sains kelautan dan sains Islam. Kini telah tiba masanya

kita memberikan tanggungjawab dan kepercayaan kepada Universiti

Komperhensif Berfokus untuk menentukan hala tuju, strategi dan

pengurusan Penyelidikan dan Inovasi mereka supaya lebih berkesan

dan berimpak tinggi. Kementerian akan menyalurkan terus dana

penyelidikan dan inovasi kepada universiti ini berasaskan perancangan

jangka sederhana (lima tahun) dan keperluan dana penyelidikan secara

tahunan. Sehubungan dengan itu mulai tahun ini, dana khas

penyelidikan sebanyak sepuluh juta ringgit disediakan bagi

membolehkan Universiti Komprehensif dan Komprehensif

Berfokus membangunkan bidang tujahan mereka.

16. Selain itu, bagi meningkatkan lagi kecemerlangan penyelidikan di

IPT, satu sistem pengurusan geran-geran penyelidikan secara

Page 11: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 11

online akan diperkenal dan dilancarkan hari ini. Sistem yang

dilengkapi dengan ciri-ciri laman sosial serta akses kepada bahan-

bahan penyelidikan melalui Portal Penyelidikan MyGRANTs akan dapat

membantu penyelidik dalam kerja-kerja penyelidikan dengan lebih

mudah. Lebih penting, dengan adanya sistem MyGRANTs ini,

kolaborasi antara penyelidik dari pelbagai IPT juga akan dapat

dilaksanakan dengan lebih mudah serta produk-produk hasil

penyelidikan juga akan dapat diakses oleh pihak industri untuk proses

pengkomersialan. Ia juga dilengkapi dengan keupayaan untuk membuat

analisis kepada data-data penyelidikan bagi membantu pengurusan

atasan membuat pemantauan dan keputusan dasar.

17. Kejayaan dalam menjana ekonomi berinovasi turut bergantung

kepada jumlah graduan pascasiswazah yang dianggap sebagai modal

insan berpengetahuan tinggi. Berdasarkan rekod kementerian pada

tahun 2012, jumlah enrolmen pascasiswazah di Institusi Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) adalah seramai 79,633 orang manakala 20,267

orang di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Ini bermakna

terdapat jurang yang besar antara IPTA dan IPTS. Justeru itu, saya

berharap IPTS khususnya dapat memperkukuhkan lagi program

pengajian pascasiswazah mereka dan menambah jumlah pelajar di

peringkat tersebut.

Page 12: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 12

18. Dalam hal ini, hala tuju dan pelaksanaan pengajian

pascasiswazah perlulah lebih jelas dan tersusun. Sistem sokongan

pengurusan pengajian ini mestilah diperkemaskan agar lebih

cekap khususnya di universiti baharu. Selain itu, konsep kontinum

program pra dan pascasiswazah juga boleh diperkenalkan. Ini

bermakna, pelajar-pelajar prasiswazah yang cemerlang boleh

diserap terus ke program pascasiswazah dengan dan melalui

kaedah ini, ia boleh meningkatkan kemasukan calon

pascasiswazah.

19. Selain itu, kementerian juga akan melaksanakan pelaksanaan

audit program pascasiswazah di IPTA. Audit ini mempunyai beberapa

tujuan iaitu pertama, memastikan kelayakan Sarjana dan Doktor

Falsafah dari IPTA yang telah diluluskan dan dianugerahkan sebelum

penubuhan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications

Agency, MQA) pada 1 November 2007, diakreditasikan oleh MQA

seperti mana program yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi

Swasta (IPTS). Kedua, membolehkan semua kelayakan Sarjana dan

Doktor Falsafah dari IPTA diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam

(JPA) dan disenaraikan di dalam Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian

Qualifications Register [MQR]). Ketiga, menyemak dan menilai amalan,

dasar dan pencapaian pengendalian program pascaijazah semasa

IPTA, menanda aras (benchmark) standard dan kualiti pengendalian

Page 13: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 13

program pascasiswazah IPTA dengan amalan terbaik universiti-

universiti terkemuka di luar negara. Dan keempat, melaksanakan

analisis jurang (gap analysis) dan analisis masalah. Lawatan Audit

Program Pascasiswazah IPTA ini dijangka bermula pada awal tahun

2013.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

KETIGA: KUALITI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

20. Kualiti adalah jantung kepada kecemerlangan dan kewibawaan

Institusi Pengajian Tinggi. Agenda memperkukuhkan kualiti IPT dalam

semua aspek meliputi pengurusan institusi, program akademik dan

penyelidikan, tenaga akademik, pelajar baharu dan graduan yang

dihasilkan akan dipergiatkan. Saya percaya IPT sentiasa memberi

perhatian utama kepada soal kualiti dan tidak hanya memberikan

tumpuan kepada aspek kuantiti sahaja.

21. Hasil daripada pelbagai usaha dan inisiatif yang dilaksanakan

oleh pihak kerajaan dalam meningkatkan aksesibiliti dan ekuiti

pengajian tinggi, jumlah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di

Malaysia telah berkembang secara dinamik. Sehingga 30 November

tahun lalu, terdapat 37 buah Universiti Swasta; 20 buah Kolej

Universiti Swasta, tujuh buah Kampus Cawangan Universiti Luar

Page 14: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 14

Negara. Pada masa ini juga, negara mempunyai 414 buah Kolej

Swasta yang aktif menawarkan sijil dan diploma dalam pelbagai

bidang. Namun demikian, dalam keghairahan untuk meningkatkan

kadar aksesibiliti dan mengurus kepesatan perkembangan sektor

pengajian tinggi negara, usaha-usaha pemerkasaan dan peningkatan

keupayaan serta kualiti IPTS sedia ada perlu dilaksanakan secara

berkesan dan menyeluruh.

22. Kementerian berpandangan jumlah IPT di negara telah

mencukupi untuk menampung permintaan pengajian tinggi sama ada

dari dalam dan luar negara. Walaupun permohonan ke IPT masih

tinggi, terdapat tanda-tanda menunjukkan bahawa IPT mengeluarkan

graduan melebihi kehendak pasaran. Oleh itu, bilangan IPTS yang

ditubuhkan pada ketika ini wajar dikawal untuk memberi fokus kepada

usaha memantapkan kualiti dan kelestarian IPT.

23. Dengan ini sukalah saya mengumumkan MORATORIUM

(pembekuan) ke atas penubuhan IPTS baharu berstatus universiti,

kolej universiti, dan kolej yang akan dilaksanakan bagi tempoh dua

tahun bermula 1 Februari 2013. Walau bagaimanapun, pengecualian

moratorium diberikan kepada permohonan IPTS yang sedang

diproses, IPTS sedia ada yang mohon dinaiktaraf, kampus

Page 15: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 15

cawangan luar negara yang mempunyai ranking terbaik dunia dan

dibina dalam hab pendidikan.

24. Selaras dengan perkembangan sektor pengajian tinggi negara

yang dinamik khususnya pengajian tinggi swasta pada hari ini,

kementerian perlu lebih terbuka dalam menyemak semula semua

peraturan dan garis panduan semasa agar lebih bersifat holistik.

Perkara ini adalah bagi menyokong kepada pelaksanaan dasar

liberalisasi pengajian tinggi yang bakal menjadikan sektor pengajian

tinggi di Malaysia lebih berdaya saing dan kualitinya setanding dengan

negara maju yang lain. Sehubungan dengan itu, inisiatif semakan

semula terhadap peraturan-peraturan dan garis panduan di bawah

Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] akan

dilaksanakan dengan pembentukan sebuah Jawatankuasa

dipengerusikan oleh Prof. Dato’ Dr. Hassan Said, Naib Canselor

Taylor University. Jawatankuasa ini akan bermula bulan Februari

dan dijangka inisiatif semakan semula ini dapat diselesaikan pada

tahun ini juga.

25. Selain itu, kementerian juga akan mengambil tindakan

memperkenalkan semakan kelestarian terhadap 10 buah IPTS setiap

tahun. Pemilihan IPTS yang disemak kelestariannya akan dibuat

berdasarkan aduan-aduan yang diterima oleh orang ramai mengenai

perkhidmatan dan prestasi IPTS tersebut atau pemilihan yang dibuat

Page 16: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 16

secara rambang. Langkah ini bertujuan mengenalpasti IPTS-IPTS yang

mempunyai risiko dan memberi peluang kepada mereka untuk

mengambil tindakan susulan dan menentukan langkah-langkah

penambahbaikan.

26. Pada tahun lalu, lima buah universiti penyelidikan telah

dianugerahkan autonomi dalam empat bidang iaitu Governan Institusi,

Kewangan dan Penjanaan Kekayaan, Pengurusan Sumber Manusia

dan Pengurusan Akademik serta Kemasukan Pelajar. Pada tahun ini,

selepas selesai proses audit menggunakan instrumen Code of

University Good Governance (CUGG) dan University Good

Governance Index (UGGI), saya ingin mengumumkan dua buah

lagi universiti awam telah layak dianugerahkan autonomi.

Universiti-universiti tersebut adalah Universiti Islam Antarabangsa

(UIA) dan Universiti Utara Malaysia (UUM). Tahniah saya ucapkan.

Saya berharap dengan pemberian autonomi ini, Lembaga

Pengarah Universiti (LPU) mempunyai kesediaan untuk

melaksanakan tanggungjawab baharu selaras dengan penurunan

kuasa kepada mereka demi kecemerlangan IPT.

27. Sebagai tambahan kepada usaha berterusan meningkatkan

kecemerlangan IPT melalui inisiatif SETARA, MyRA dan MyQuest,

Sistem Penarafan Disiplin Pengajian (Discipline-Based Rating System,

Page 17: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 17

D-SETARA) ke atas universiti dan kolej universiti di Malaysia telah

dilaksanakan. Fokus D-SETARA adalah terhadap kualiti pengajaran

dan pembelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam empat

disiplin pengajian iaitu Kejuruteraan, Pelancongan dan Hospitaliti,

Perubatan, Pergigian dan Farmasi serta Sains Kesihatan.

28. Pemilihan disiplin pengajian ini secara tidak langsung menyokong

inisiatif Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Area,

NKEA) dalam kluster Pendidikan yang mensasarkan pembangunan

beberapa kelompok disiplin pengajian. Sebanyak 37 buah universiti

dan kolej universiti terlibat dalam penilaian pada kali ini. Dan

selepas proses penilaian yang teliti dijalankan oleh jawatankuasa

khas, sukacita saya memaklumkan keputusan D-SETARA telah

bersedia untuk diumumkan pada hari ini.

29. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada

semua IPT yang terlibat kerana saya difahamkan, hampir semua IPT

yang layak, telah menyertai eksesais D-SETARA kali ini. Ini adalah satu

petanda baik dan menggambarkan kesediaan IPT di negara

menobatkan kualiti dan kecemerlangan dalam institusi mereka. Di

masa akan datang, saya berharap eksesais ini dapat diperluaskan

untuk bidang-bidang pengajian yang lain pula sehingga pada satu

masa nanti, semua bidang pengajian akan dapat dinilai. Ini juga

Page 18: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 18

membolehkan eksesais D-SETARA dapat menggantikan eksesais

SETARA, Insya Allah.

30. Selain universiti, aspek kualiti dan kecemerlangan Institusi

Politeknik juga turut diberikan perhatian agar dapat memberikan

sumbangan yang berkesan melahirkan tenaga kerja mahir khususnya

dalam menjayakan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Selepas

melancarkan Transformasi Politeknik pada tahun 2010, banyak

perkembangan dan kemajuan telah dicapai dalam usaha

mengarusperdanakan politeknik sebagai institusi pilihan. Sehubungan

dengan itu, bagi meneruskan usaha murni ini, Fasa Dua iaitu Fasa

Peningkatan (2013-2015), Transformasi Politeknik akan

dilancarkan pada tahun ini. Pada masa yang sama, eksesais

Polyrate bagi mengukur kecemerlangan Institusi Politeknik negara

akan terus dilaksanakan meliputi 23 buah politeknik pada tahun

ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(Memberi Roh dalam Pembelajaran dan Pengajaran)

31. Penghasilan modal insan unggul adalah penting ke arah

pembentukan masyarakat dan negara maju berpendapatan tinggi

menjelang tahun 2020. Ini bermakna kualiti graduan institusi pengajian

tinggi mesti diperkukuhkan terutama dalam aspek kemahiran pemikiran

peringkat tinggi, penyelesaian masalah dan komunikasi lisan. Walau

Page 19: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 19

bagaimanapun, hasrat ini akan terganggu sekiranya pendekatan

pembelajaran dan pengajaran di IPT masih berpusatkan

pensyarah, kuliah yang berbentuk sehala, penilaian untuk

pembelajaran (assessment for learning) jarang berlaku dan masih

banyak kursus yang bergantung kepada peperiksaan akhir sebagai

cara untuk menilai penguasaan hasil pembelajaran pelajar yang

pelbagai.

32. Justeru itu, kita perlu melipat gandakan usaha dalam bidang

pembelajaran dan pengajaran secara strategik dan berkesan termasuk

mentransformasikan kurikulum berasaskan hasil, pengajaran

berpusatkan pelajar dan penilaian sebagai asas pembelajaran. Dalam

konteks pembelajaran dan pengajaran pengajian tinggi, kita perlu

meneliti kembali sejauh mana pelajar belajar dengan bermakna dan

sejauh mana pensyarah mengajar dengan berkesan. Kita perlu

memastikan empunya pembelajaran (ownership of learning) adalah

pelajar. Pengajaran yang dilakukan oleh pensyarah sepatutnya

merangsang, membantu, membimbing dan mendorong setiap pelajar

yang berlainan latar belakang dan upaya untuk terus belajar secara

mendalam dan bermakna. Ruang dan peluang pembelajaran

seharusnya dibuka seluas-luasnya untuk membolehkan setiap pelajar

belajar menguasai hasil pembelajaran program pengajian. Dengan

usaha ini, saya yakin ‘roh’ pembelajaran dan pengajaran pengajian

Page 20: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 20

tinggi akan terus subur dalam menghasilkan modal insan yang kita

harapkan.

33. Inovasi Pembelajaran dan pengajaran juga perlu mengambil

manfaat perkembangan teknologi khususnya ICT. Sehubungan dengan

itu, pada tahun lalu, kementerian telah mewujudkan dana T-Novation

bagi memperhebatkan lagi aktiviti penyelidikan dalam bidang

pembelajaran dan pengajaran. Ini mencakupi skop yang luas dan

meliputi pelbagai aspek utama pembelajaran dan pengajaran

seperti inovasi kurikulum/kandungan, strategi/teknik pengajaran

dan pembelajaran, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan

bantu mengajar, sistem, perisian, pakej dan modul pengajaran dan

pembelajaran, alatan/gajet pengajaran dan pembelajaran serta

inovasi penilaian dan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran.

34. Sejak dilancarkan Oktober tahun lalu, 90 cadangan

penyelidikan telah pun diterima dan selepas semua proses

berjalan, produk akhir T-Novation akan dapat dihasilkan menjelang

akhir tahun ini. Pelaksanaan penyelidikan T-Novation ini diharap akan

dapat menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran melalui

penciptaan ilmu dan kaedah baharu yang akan memupuk daya kreativiti

dan inovatif serta mampu melahirkan graduan-graduan yang

mempunyai atribut-atribut kebolehpasaran.

Page 21: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 21

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(Kolej Siswa sebagai Tempat Pembelajaran Kedua)

35. Kehadiran mahasiswa di kampus bersifat sementara, lazimnya

antara dua hingga empat tahun. Oleh itu, kesempatan ini perlu

dimanfaatkan sepenuhnya terutama dalam konteks pembelajaran dan

pengajaran tidak formal. Memandangkan pelajar menghabiskan lebih

banyak masa di kolej siswa (kediaman), IPT perlu memikirkan

bagaimana kolej boleh berfungsi sebagai tempat pembelajaran selain di

dewan kuliah dan makmal. Oleh itu, universiti perlu mengambil peluang

ini untuk membina sekitaran 'kolej sebagai tempat pembelajaran kedua'.

Paradigma begini membolehkan pembangunan dan pengurusan kolej

dirancang sebagai 'tempat berehat dan belajar'.

36. Dengan perspektif baharu ini, kolej dan sekitarannya perlu

dibangunkan untuk memenuhi beberapa keperluan lain, keperluan

riadah dan bersukan, serta keperluan untuk berinteraksi dan membina

kemahiran insaniah. Daripada perspektif 'kolej sebagai tempat

pembelajaran kedua' ini, universiti perlu menyediakan kemudahan

infrastruktur dan sumber manusia yang membolehkan fungsi ini

dilakukan dengan berkesan.

Page 22: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 22

Tuan-tuan dan Puan-puan,

KEEMPAT: MEMPERKUKUHKAN KOBOLEHPASARAN GRADUAN

37. Meskipun pertumbuhan ekonomi negara berada pada tahap yang

kukuh, kita perlu terus memberikan perhatian kepada isu dan cabaran

kebolehpasaran graduan. Kita sedia maklum bahawa Blueprint

Kebolehpasaran Graduan 2012-2017 telah dilancarkan pada akhir

tahun lalu bertujuan memenuhi keperluan guna tenaga profesional dan

mahir bagi pembangunan negara. Intipati pelan tersebut ialah bagi

mewujudkan sistem pengajian tinggi yang mampu melahirkan modal

insan yang berkualiti, berdaya saing secara global serta memenuhi

keperluan negara. Ia juga memberi perhatian kepada peluang kerjaya

impian bagi mengelakkan pengangguran dan bersifat lebih fleksibel

untuk berhadapan dengan perubahan ekonomi dan peluang pekerjaan

di masa hadapan.

38. Untuk memastikan blueprint ini diterjemahkan sebaik

mungkin, setiap IPT perlu menjadikannya sebagai satu panduan

dalam memastikan kurikulum yang ditawarkan di IPT sentiasa

selari dengan perkembangan dan keperluan pelbagai pihak

termasuk industri. Inilah masa yang tepat untuk semua kepimpinan

Page 23: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 23

IPT melihat kembali program akademik sedia ada dan

menyesuaikannya bagi membolehkan semua atribut kebolehpasaran

graduan digembleng secara bersepadu. Program-program baharu pula

perlu dibangunkan dengan mengambil kira kerelevanan ilmu untuk

dimanfaatkan oleh industri dan masyarakat dan sebaik-baiknya,

dibangunkan bersama-sama mereka dalam konteks perkongsian

strategik.

39. Dalam hal ini, Kementerian Pengajian Tinggi telah

memperkenalkan Pusat Kecemerlangan Industri atau ICoE sebagai

satu mekanisme yang menghubungkan pengajian dengan pekerjaan, di

mana industri bekerjasama dengan penyedia pendidikan agar pelajar

diterap dengan kemahiran yang diperlukan dalam pekerjaan. Selain itu,

untuk memantapkan lagi perkongsian strategik antara universiti dan

industri, program ICoE sedia ada dalam kluster automotif, minyak

dan gas, elektrik dan elektronik serta pemborongan dan

peruncitan akan diperluaskan lagi pada tahun ini kepada tiga

kluster baharu seperti bioteknologi, pembinaan dan ICT,

menjadikan tujuh kluster secara keseluruhannya. Selain daripada

kerjasama antara Institusi Pengajian Tinggi, agensi-agensi kerajaan lain

dan industri, transformasi kebolehpasaran graduan melalui ICoE ini

juga akan melibatkan pembangunan wilayah ekonomi seperti Wilayah

Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah

Page 24: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 24

Ekonomi Pantai Timur (ECER), Koridor Pembangunan Sabah (SDC)

dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score).

40. Kita percaya melalui pelaksanaan ini, pembangunan modal insan

yang lebih kompeten mengikut keperluan industri dan wilayah akan

dapat disediakan dengan lebih berstruktur dan tersusun. Pada masa

yang sama, ia akan juga merangsang pelaburan asing, pembangunan

ekonomi wilayah membantu peningkatan sosio-ekonomi masyarakat

setempat dan seterusnya negara.

41. Persaingan pada abad ke-21 bukan hanya terletak kepada

kejayaan akademik semata-mata tetapi menuntut kejayaan dalam

aspek yang lebih besar terutama keupayaan berfikir secara inovatif dan

kreatif di kalangan pelajar kita. Sehubungan dengan itu, mahasiswa di

IPT perlu dibangunkan dengan kemahiran berfikir secara inovatif dan

kreatif melalui program-program pembangunan potensi dan bakat diri

dan ini termasuk Kursus Ko-Kurikulum Berkredit. Walau bagaimanpun,

kita mendapati kursus-kursus Ko-Kurikulum yang ditawarkan di IPT

adalah terpisah dan tidak ada hubung kait dengan pembelajaran. Ini

menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat mengaplikasikan hasil

pembelajaran di luar bilik kuliah. Justeru itu, ko-kurikulum perlu

menghubungkan pelajar dengan proses pembelajaran secara

langsung dan oleh itu, sudah tiba masanya ia diletakkan di bawah

Pusat Pengajian masing-masing.

Page 25: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 25

42. Apabila kerajaan memperkenalkan IM4U, kementerian

menyambut baik langkah ini kerana ia memberi peluang kepada kita

menjadikannya sebagai platform atau kaedah pembelajaran

menggunakan pendekatan baharu. Lebih penting, IM4U boleh

mencapai matlamat membangunkan kemahiran insaniah pelajar dan

nilai-nilai positif seperti kepimpinan, kesukarelawanan dan

kewarganegaraan di samping kemampuan mengemukakan idea-idea

kreatif. Melalui penggabungan khidmat komuniti dengan kurikulum,

IM4U juga menambah pengalaman belajar pelajar dan

memperteguhkan tanggungjawab sivik kepada masyarakat melalui

keupayaan menyelesaikan masalah sebenar masyarakat sekaligus

menjadikan mereka sebagai rakyat yang menyumbang kepada

pembangunan Malaysia. Kewujudan IM4U Outreach di setiap IPT

memberi cabaran berterusan kepada pelajar-pelajar IPT untuk

bangunkan keupayaan menyediakan aktiviti-aktiviti yang lebih

kreatif, yang mempunyai impak yang lebih mendalam, yang dapat

dilaksanakan dengan lebih pantas dan bersifat lestari. Saya

percaya pelajar-pelajar IPT negara dapat menyahut cabaran ini.

43. Kementerian juga akan terus mendokong agenda pendidikan dan

pembangunan keusahawanan dalam kalangan pelajar IPTA khususnya.

Page 26: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 26

Bagi memastikan matlamat Dasar Pembangunan Keusahawanan

Institusi Pengajian Tinggi (DPKIPT) tercapai, Pelan Tindakan

Keusahawanan IPT yang komprehensif dan pragmatik bagi tempoh

2013-2015 akan diperkenalkan pada tahun ini. Pelan ini menjadi satu

kesinambungan kepada Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT yang

telah dilancarkan pada tahun 2010 yang lalu. Saya percaya bahawa

perancangan yang tersusun serta pelaksanaan yang komited terhadap

pelan tindakan ini akan dapat menyokong pencapaian matlamat untuk

melahirkan modal insan negara yang berkualiti dan berdaya

keusahawanan di samping meningkatkan lagi jumlah usahawan di

kalangan graduan IPT.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

KELIMA: PEMETAAN BAHARU PENGANTARABANGSAAN

44. Dalam era globalisasi, liberalisasi dan pendidikan merentasi

negara, strategi pengantarabangsaan pengajian tinggi tidak lagi bersifat

satu keistimewaan tetapi satu keperluan negara yang ingin mencapai

kejayaan dalam perkhidmatan pengajian tinggi. Malaysia yang

berhasrat untuk menjadi hab kecemerlangan pengajian tinggi di

peringkat serantau dan antarabangsa menjelang tahun 2020, perlu

menjadikan strategi pengantarabangsaan sebagai satu agenda penting

lagi kritikal. Pencapaian dan pengalaman Malaysia dalam sektor

Page 27: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 27

pengajian tinggi sekali lagi diiktiraf dunia apabila pada tahun ini diberi

penghormatan untuk menjadi tuan rumah Persidangan Menteri-menteri

Pendidikan Asia Eropah ke-4 atau Fourth Asia-Europe Meeting of

Ministers for Education (ASEMME4) dari 12 hingga 14 Mei 2013 akan

datang di Kuala Lumpur. Sebanyak 27 buah negara anggota Kesatuan

Eropah, 16 buah negara Asia dan 3 buah anggota baharu iaitu Rusia,

Australia dan New Zealand akan dijemput untuk menghadiri ASEMME4.

Mulai 15 Februari ini, Education Malaysia Global Services (EMGS) yang

ditubuhkan tahun lalu akan mula beroperasi dan akan berperanan

sebagai pusat sehenti bagi memantau, menyelia dan menyelaras

urusan berkaitan promosi, pemasaran dan perkhidmatan sokongan

pelajar antarabangsa dalam negara.

45. Malaysia akan terus meningkatkan inisiatif pengantarabangsaan

dengan strategi-strategi inovatif dan kreatif supaya mampu bersaing

dalam penyediaan dan pelaksanaan perkhidmatan

pengantarabangsaan yang efisien, berkesan dan produktif. Dalam hal

ini, pengantarabangsaan tidak lagi terhad kepada faktor jumlah pelajar

antarabangsa atau bilangan kampus cawangan luar negara tetapi

penekanan terhadap strategi pengintegrasian pengantarabangsaan

dalam pelbagai perkhidmatan pengajian tinggi. Perkembangan ini

menuntut kita untuk melakukan pemetaan baharu dengan memberi

penekanan kepada kesepaduan kecemerlangan dalam semua

Page 28: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 28

aspek perkhidmatan pengajian tinggi. Ini termasuk kecemerlangan

akademik, kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran,

kecemerlangan pembangunan, penyelidikan, inovasi dan

pengkomersilan dan kecemerlangan kepimpinan pengajian tinggi,

46. Dalam konteks ini, satu usaha yang boleh menyumbang hasrat

mencapai matlamat kecemerlangan ini adalah melalui cadangan

penubuhan konsortium di kalangan Institusi Pengajian Tinggi Islam

Negara yang diterajui oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),

sebagai platform memperkasakan perkongsian pintar dalam aktiviti

penyelidikan dan berkonsepkan ‘global classroom’ di kalangan IPT

serantau dan negara OIC. Kementerian mengalu-alukan usaha

murni ini kerana ia akan memperkasakan lagi perkhidmatan

pengajian tinggi negara sekaligus mempromosikan Malaysia

menjadi pemimpin kecemerlangan pengajian tinggi di peringkat

global.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(Malaysia Pemacu Komuniti ASEAN)

47. Sempadan komuniti di ASEAN kini semakin kabur. Negara di

rantau ini sepakat untuk mewujudkan “Komuniti ASEAN” menjelang 31

Disember 2015. Pada ketika itu, Malaysia akan diberi mandat

Page 29: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 29

mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN. Ini bermakna, kita diberi

peluang mempelopori gagasan penubuhan Komuniti ASEAN yang

bertunjangkan kepada penguasaan pengetahuan berasaskan

penyelidikan, tenaga mahir, ekonomi hijau, masyarakat yang dilengkapi

dengan maklumat yang tepat dan struktur institusi yang berdaya saing

dan persekitaran yang lestari.

48. Oleh itu, ini adalah kesempatan terbaik IPT di Malaysia mengatur

strategi dan mempromosi pengajian tinggi sebagai ejen perubahan bagi

mewujudkan Komuniti ASEAN yang dinamik dan lestari. Sehingga 31

Disember 2012, terdapat seramai 14,156 orang pelajar dari negara

ASEAN menyambung pengajian di Malaysia manakala 9,008 orang

pelajar Malaysia di negara ASEAN. Sebagai negara pembekal

pengajian tinggi yang berkualiti di rantau ini, Malaysia berupaya

memberi sumbangan dalam pelbagai dimensi untuk mencapai

matlamat Komuniti ASEAN 2015. Sebagai contohnya Universiti Sains

Malaysia (USM) yang telah membangunkan pendekatan kelestarian

untuk pendidikan dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan

(LESTARI) di UKM yang menerajui penyelidikan sains kelestarian boleh

menjadi pemangkin kepada sumbangan negara ke arah pembentukan

Komuniti ASEAN yang dicita-citakan.

Page 30: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 30

49. Pada peringkat pendidikan latihan dan kemahiran pula, Malaysia

boleh membantu dalam melatih dan membentuk tenaga mahir dalam

kalangan negara ASEAN melalui politeknik dan kolej komuniti. Institusi

ini boleh membentuk kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dalam

Komuniti ASEAN melalui pertukaran pengetahuan dan personel,

melalui proses rakan kongsi, kontrak penyelidikan, program latihan dan

pendidikan sepanjang hayat. Ini dapat merapatkan perhubungan antara

institusi-institusi dalam Komuniti ASEAN dan pada masa yang sama

membantu mentrasformasikan sistem pendidikan Komuniti ASEAN

sekaligus membentuk kesepaduan antara negara.

50. Peranan Malaysia dalam agenda Komuniti ASEAN ini akan

diperkukuhkan lagi melalui pelaksanaan agenda Jangkauan Global

Malaysia (JGM). Setelah memulakan inisiatif jangkauan ini di negara

CLMV iaitu Cambodia, Laos, Myanmar dan Vietnam, bagi tahun 2013

hingga 2015, ia diperluaskan lagi dengan menambah negara rakan

terpilih seperti Mindanao, Filipina, Timor Leste dan Papua New Guinea.

Dalam hal ini, satu cadangan pelan rangka kerja program

pembangunan sumber daya manusia untuk Mindanao akan

disediakan oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT).

51. Pelan program pembangunan sumber daya manusia ini boleh

diintegrasikan sebagai salah satu agenda pembangunan keseluruhan

Page 31: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 31

Mindanao yang akan diselia oleh Jawatankuasa Khas Filipina-Malaysia

yang telah dipersetujui penubuhannya oleh kedua-dua negara bagi

menyelia proses damai dan pembangunan di Mindanao. Program ini

juga boleh diaplikasikan kepada negara lain dengan tujuan yang sama,

Insya Allah.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

KEENAM: PENDIDIKAN UNTUK SEMUA

52. Transformasi tersusun Malaysia untuk menjadi sebuah negara

maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 memerlukan

sumbangan dan potensi seluruh rakyat Malaysia sama ada yang

berpengetahuan tinggi atau berkemahiran tinggi. Melalui ilmu

pengetahuan dan kemahiranlah, rakyat kita bukan sahaja akan dapat

meningkatkan tahap sosio-ekonomi mereka, tetapi membantu negara

bersaing dalam dunia global yang semakin kompetitif. Sehubungan

dengan itu, usaha untuk meningkatkan minat belajar tanpa henti dan

pendidikan untuk semua di kalangan rakyat hendaklah dipertingkatkan

lagi.

53. Pembelajaran Sepanjang Hayat yang telah dinobatkan sebagai

tonggak ketiga dalam sistem pembangunan sumber manusia di negara

ini seiring dengan Sistem Persekolahan dan Pendidikan Tertiari, akan

terus diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan Direktori Interaktif

Page 32: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 32

PSH peringkat nasional, menjayakan Karnival My3L peringkat

nasional dan peringkat zon, menjalankan kajian Pemantapan

Program PSH dan mengadakan Pelan Tindakan Penggalakan

Penyertaan Industri dalam PSH.

54. Seperti yang kita sedia maklum, pada tahun lepas, Malaysia

Qualification Agency (MQA) telah menubuhkan Pengakreditan

Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu atau Accreditation of

Prior Experiential Learning (APEL). Bagi menggalakkan lebih ramai

golongan yang telah bekerja menyambung pengajian, sukacita

dimaklumkan bahawa permohonan APEL bagi maksud kemasukan

pengajian peringkat Sijil dan Diploma akan mula dibuka mulai 1

Februari 2013. Inisiatif ini pastinya akan memikat golongan bekerja

untuk belajar semula apabila APEL mengiktiraf pengalaman kerja

mereka sebelum ini dan boleh diambil kira sebagai syarat untuk

menyambung pengajian di peringkat Sijil dan Diploma.

55. Sebagai sebuah institusi perdana yang menjayakan

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di negara, Kolej Komuniti

memainkan peranan penting dalam menawarkan latihan dan kemahiran

kepada orang ramai. Oleh itu, kementerian ingin mengumumkan

bahawa sesiapa sahaja boleh melanjutkan pengajian di Kolej

Page 33: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 33

Komuniti hanya dengan kelulusan minima satu kredit Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM).

56. Pada masa yang sama, beberapa inisiatif baharu telah

dikenalpasti akan dilaksanakan dalam usaha menambah penyertaan

masyarakat seperti memendekkan tempoh pengajian untuk Sijil

Kolej Komuniti (SKK) Terusan atau Jangka Panjang dari 24 bulan

kepada minimum 16 bulan. Jumlah sijil yang ditawarkan juga telah

ditambah daripada empat pada tahun lalu kepada 11 pada tahun

2013. Selain Sijil Kolej Komuniti Terusan dan Modular, Sijil Kolej

Komuniti Kemahiran Khas turut dilaksanakan khusus kepada pelajar

yang mengalami masalah pembelajaran seperti pekak dan bisu. Jika

sebelum ini hanya Kolej Komuniti Selayang menawarkan Sijil

Kemahiran Khas dalam bidang perkhidmatan perhotelan, pada tahun

2013, lima buah Kolej Komuniti lagi akan terlibat menawarkan Sijil

Kemahiran Khas ini dalam bidang-bidang seperti teknologi maklumat,

fotografi, fesyen dan pakaian, pemprosesan makanan dan pastri.

57. Selain melebarkan akses, soal ekuiti turut diambil perhatian.

Sehubungan dengan itu, bantuan Kewangan Kolej Komuniti ditawarkan

kepada mereka yang layak melalui Tabung Pinjaman Pelajar (TPP).

Bagi Sijil Kolej Komuniti Terusan, pelajar boleh menerima bantuan tiga

ratus ringgit sebulan iaitu bagi mereka yang berasal daripada keluarga

yang berpendapatan kurang tiga ribu ringgit sebulan manakala dalam

Page 34: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 34

bentuk pinjaman pada kadar yang sama bagi pelajar yang pendapatan

keluarganya melebihi tiga ribu ringgit sebulan. Bagi pelajar Sijil Kolej

Komuniti Modular pula, mereka boleh memohon wang saku sebanyak

dua ratus lima puluh ringgit sebulan jika layak.

58. Baru-baru ini, sewaktu merasmikan Karnival Jom Masuk U, saya

telah mengumumkan pengambilan pelajar mod baharu melalui dasar

membantu kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah.

Kaedah pengambilan pelajar yang diberikan pengecualian meritokrasi

ini selari dengan prinsip kerajaan dan kementerian untuk melihat semua

rakyat Malaysia mendapat hak berpendidikan tanpa halangan. Dalam

hal ini, kejayaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) mewujudkan

program Pra Universiti iaitu Program Destini Anak Bangsa, boleh

dijayakan oleh IPT yang lain dalam membantu kemasukan pelajar

kaum-kaum lain. Ini kerana dalam usaha kita mencapai negara maju

berpendapatan tinggi, semua kaum perlu menjadi modal insan untuk

negara.

59. Dalam usaha kita melahirkan modal insan yang berpengetahuan

dan berkemahiran tinggi, kita tidak boleh lari dari menyentuh soal

pembiayaan sektor pengajian tinggi. Keupayaan negara menyediakan

akses dalam pembelajaran di peringkat tertiari mahupun pembelajaran

sepanjang hayat memerlukan kita memikirkan semula model

pembiayaan pendidikan yang lestari dan berkesan. Adalah

Page 35: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 35

kesalahfahaman yang nyata bila isu pembiayaan pengajian tinggi hanya

dilihat dari sudut Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

(PTPTN) dan pembiayaan pelajar. Isu yang paling mendasar ialah

bagaimana IPT awam menguruskan pelaburan dan pembiayaan

kerajaan secara berkesan serta mampu menterjemahkan hasil yang

memenuhi keperluan strategik negara.

60. Kebergantungan IPT yang keterlaluan pada dana kerajaan

sebenarnya telah mewujudkan fenomena pengurusan kewangan di IPT

yang tidak ‘cost efficient’ dan kegagalan untuk menjadi mandiri serta

tidak kompetitif. PTPTN pula memerlukan model kelangsungan baharu

untuk memastikan ia terus lestari tanpa mengabaikan kepentingan

menterjemahkan dasar ekuiti dalam pendidikan. Oleh itu, kementerian

telah menganjurkan inisiatif bagi menyemak dan mengkaji semula

sistem pembiayaan pendidikan tinggi secara komprehensif dalam

usaha mewujudkan model pembiayaan yang lestari dan kompetitif

sifatnya bagi menyokong pembangunan strategik negara.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(Budaya Kerja Berinovatif)

61. Kecemerlangan pengajian tinggi turut dibantu oleh sistem

penyampaian dan budaya kerja yang inovatif lagi berkesan. Dalam hal

ini, fungsi kementerian telah beralih daripada memberikan penekanan

Page 36: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 36

terhadap kawal selia undang-undang (regulator) kepada fungsi

pemudahcara (facilitator). Ini bagi memastikan persekitaran pengajian

tinggi yang lebih kondusif dapat diwujudkan untuk perkembangan dan

kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan yang seharusnya

berasaskan kepada budaya keintelektualan dan keilmuan yang tinggi

tanpa sebarang pengaruh politik dan birokrasi pentadbiran. Dalam

memainkan peranan sebagai pemudahcara ini, kementerian

seharusnya bijak untuk sentiasa melihat amalan-amalan terbaik yang

terdapat di sesebuah institusi untuk dipanjangkan pengamalannya ke

institusi-institusi lain. Penekanan tidak seharusnya terhad kepada aspek

pembelajaran dan pengajaran atau penyelidikan sahaja, tetapi fokus

juga wajar diberikan kepada hal-hal yang melibatkan pentadbiran

supaya isu-isu birokrasi yang sedia wujud dapat dikurangkan.

62. Saya juga ingin meletakkan harapan supaya tahun 2013 ini lebih

banyak aspek nilai untuk wang dalam pengurusan kewangan universiti

sebagai sebuah badan berkanun dapat dipertingkatkan. Ini boleh

dilaksanakan melalui pelbagai kaedah termasuklah melalui perolehan

berpusat di kementerian bagi sesetengah perkhidmatan seperti yang

telah sedia dilaksanakan sekarang antaranya perolehan perisian untuk

komputer, pangkalan data komersil untuk perpustakaan dan lain-lain

lagi. Ini bagi memastikan terdapat penjimatan dalam pengurusan wang

awam bila mana sesuatu perkhidmatan tersebut dapat dibeli pada

Page 37: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 37

kadar harga yang lebih rendah melalui kaedah pukal berbanding secara

individu oleh universiti, politeknik dan kolej komuniti. Saya juga ingin

menyarankan supaya perancangan-perancangan projek pembangunan

di universiti-universiti awam juga mengambil kira aspek nilai untuk wang

dengan memperbanyakkan kemudahan-kemudahan yang bersifat guna

sama seperti dewan kuliah dan bilik tutorial supaya ia dapat

dimanfaatkan secara lebih maksimum berbanding pembangunan fizikal

yang bersifat faculty-based sahaja.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(PENUTUP)

63. Globalisasi telah menjadikan persaingan semakin kompetitif dan

negara perlu meningkatkan daya saingnya agar tidak ketinggalan. Masa

depan pendidikan tinggi Malaysia bukan lagi tentang retorik

nasionalisme dan pembangunan modal insan. Ia adalah tentang

bagaimana pengajian tinggi akan mampu mendukung daya saing

Malaysia dalam mendepani impak globalisasi. Malaysia yang maju dan

progresif adalah Malaysia yang berupaya menjadikan sistem pengajian

tingginya sebagai instrumen dan sumber utama untuk membolehkan ia

membina, mengukuh dan melonjakkan daya saing bangsa dan negara

di peringkat global. Sistem pengajian tinggi yang berupaya melonjakkan

kebolehsaingan Malaysia akan pasti menjadikan negara dan bangsa

Page 38: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 38

kita lebih ‘resilient’ atau kental.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

64. Tidak ada kejayaan melainkan pada tahap kecemerlangan.

Sebagai Menteri Pengajian Tinggi, saya berharap semua institusi di

bawah kementerian dapat memperteguhkan kedudukan mereka

menjadi institusi yang cemerlang dan berwibawa. Dalam hal yang

sama, kementerian berasa bangga dengan kejayaan atlit IPT

mengungguli Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Laos tahun lalu.

Tahniah dan syabas diucapkan. Namun, jika sukan kita boleh

cemerlang dan diiktiraf dunia, maka tidak ada sebab pengajaran,

penyelidikan dan inovasi serta khidmat masyarakat kita tidak

cemerlang dan diterima global. Kita mesti memahami agenda teras

yang perlu dimainkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai

penyumbang kritikal kepada pembangunan, kemajuan dan transformasi

negara.

65. Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan

berbanyak terima kasih kepada semua warga kementerian yang hadir

dan mendengar amanat tahun baharu ini. Amanat yang mempunyai

lapan agenda dan 44 Pernyataan Dasar, Inisiatif dan Perubahan

Struktural ini bukan milik saya, tetapi milik kita bersama untuk

Page 39: AMANAT TAHUN BAHARU 2013 TAHUN BAHARU 2013 YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Page | 39

menjayakannya. Kini, kita hanya mempunyai tujuh tahun lagi sebelum

fajar tahun 2020 terbit sekaligus melihat Malaysia gah muncul menjadi

negara maju berpendapatan tinggi. Berbekalkan perancangan yang rapi

dan pelaksanaan yang teliti, kita boleh merealisasikan semua hasrat

dan impian yang kita tentukan ini, Insya Allah.

66. Saya berdoa agar tahun 2013 memberikan kita lebih

kebahagiaan dan kemakmuran. Bersama kita terus beriltizam mencarta

pembangunan dan kemajuan negara. Ayuh, terus kita melangkah ke

hadapan dengan satu tujuan, satu destinasi, Malaysia yang berjaya.

Sekian, terima kasih.