amali psv3123 2_ 2014

15
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pentaksiran Kerja Kursus - Amali (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan) Kod/ Nama Kursus: PSV3123 Lukisan dan Penyuburan Diri Tempoh : 5 minggu Tarikh mula : 17/18 Ogos 2014 Tarikh hantar : 21/22 Sept 2014 Program: PISMP Semester/ Tahun: 2/2014 Ambilan: Januari 2012 Kumpulan: PSV MAJOR Disediakan Oleh: Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Disahkan Oleh : Penyelaras Kursus Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim Ketua Jabatan Jabatan Pendidikan Seni Visual Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim SULIT

Upload: wilynn-bobo

Post on 26-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

art

TRANSCRIPT

Page 1: AMALI PSV3123 2_ 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pentaksiran Kerja Kursus - Amali

(Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

Kod/ Nama Kursus:

PSV3123 Lukisan dan Penyuburan Diri Tempoh : 5 minggu Tarikh mula : 17/18 Ogos 2014

Tarikh hantar : 21/22 Sept 2014

Program: PISMP Semester/ Tahun: 2/2014

Ambilan: Januari 2012

Kumpulan: PSV MAJOR

Disediakan Oleh:Institut Pendidikan Guru MalaysiaKementerian Pendidikan Malaysia

Disahkan Oleh : Penyelaras Kursus

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul HalimKetua Jabatan

Jabatan Pendidikan Seni VisualInstitut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Abdul Halim

Nama & Tandatangan

Tarikh7 Ogos 2014

SULIT

Page 2: AMALI PSV3123 2_ 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN AMALI

JABATAN : PENDIDIKAN SENI VISUALMATA PELAJARAN : PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRIKUMPULAN : PISMP SEMESTER : ENAM

Tarikh Mula 17/18 Ogos 2014 Tarikh Hantar 21/22 September 2014

Hasil pembelajaran kursus :

1. Mengaplikasikan kaedah membuat lukisan dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik.

2. Menghasilkan dan menghurai lukisan yang dihasilkan berdasarkan elemen dan prinsip asas lukisan yang digunakan - prinsip kadar banding, isi padu, latar, struktur dan perspektif.

3. Membuat interpretasi fungsi dan makna dalam bentuk lukisan serta mengamalkan nilai murni yang berkaitan appresiasi karya lukisan.

4. Menghasilkan karya lukisan dengan pelbagai media termasuk berbantukan komputer mengikut proses kreativiti dan artistik.

5. Mempamerkan kemahiran insaniah melalui aktiviti amali yang dilaksanakan

Kerja kursus amali ini menilai hasil pembelajaran1, 2, 3 dan 5

Objektif amali :

1. Meningkatkan kemahiran pemilihan tema, hal benda, proses pewujudan dan perkembangan idea, teknik dan penghasilan produk yang sesuai dengan karya lukis

2. Menggunakan elemen dan prinsip asas lukisan dan mengaplikasikannya dalam pengkaryaan lukisan kreatif

3. Meneroka dan menghubungkaitkan cara olahan media dengan kreativiti alat serta bahan yang sesuai dalam penghasilan karya tersebut

Page 3: AMALI PSV3123 2_ 2014

.

Spesifikasi tugasan

TOPIKTUGASAN WAJARAN CATATAN

Tugasan 1

1. Aplikasi pelbagai alat, bahan dan teknik

2. Pemerhatian objek dan subjek alam sekeliling

3. Elemen dan prinsip asas lukisan

1. Hasilkan sebuah Lukisan bertema Alam Benda berdasarkan hal benda budaya tradisional tempatan.

Hal benda perlulah mengandungi sekurang- kurangnya 4 item yang disusun secara kreatif dan artistik.

Contoh hal benda yang dipilih adalah berkaitan :

- Alat muzik- Alat domestik- Alat pertahanan diri- Kraf tradisional- Permainan tradisional- Lain- lain hal benda yang berkaitan- Gabungan hal benda pelbagai bidang di atas

Lukis situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada elemen dan prinsip rekaan

Menggunakan kombinasi pelbagai media kering terhadap hal benda yang dilukis.

Komposisi perlu melibatkan konsep Golden mean, Rule Of Third, Foreshortening dan lain-lain yang telah anda pelajari atau kaji.

60% Penilaian berdasarkan kriteria pemarkahan yang dilampirkan.

Page 4: AMALI PSV3123 2_ 2014

Tugasan 2

1. Mengaplikasi proses kreativiti dan artistik

dalam penghasilan karya lukisan

Tugasan 3

1. Laporan kerja kursus amali (Appresiasi dan refleksi)

2. Hasilkan sebuah folio

a Proses koleksi bahan dokumentasi berkaitan lukisan alam benda dari aspek sejarah, tokoh-tokoh dan contoh-contoh karya agung.

b Proses penghasilan karya berdasarkan situasi yang diwujudkan

3. a Membuat apresiasi berkaitan produk yang dihasilkan. Boleh menggunakan kaedah appresiasi yang dipelajari

b Membuat refleksi keseluruhan berkaitan proses menyediakan tugasan

30%

10%

Page 5: AMALI PSV3123 2_ 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TUGASAN AMALI

PROGRAM : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

NAMA PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS : PSV 3123 Lukisan dan Penyuburan Diri

SEMESTER : 2 / 2014

AMBILAN : Januari 2012

TARIKH MULA 17/18 Ogos 2014 TARIKH HANTAR 21/22 September 2014

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Mengaplikasikan kaedah membuat lukisan dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik.

2. Menghasilkan dan menghurai lukisan yang dihasilkan berdasarkan elemen dan prinsip asas lukisan yang digunakan - prinsip kadar banding, isi padu, latar, struktur dan perspektif.

3. Membuat interpretasi fungsi dan makna dalam bentuk lukisan serta mengamalkan nilai murni yang berkaitan appresiasi karya lukisan.

4. Menghasilkan karya lukisan dengan pelbagai media termasuk berbantukan komputer mengikut proses kreativiti dan artistik.

5. Mempamerkan kemahiran insaniah melalui aktiviti amali yang dilaksanakan

Kerja kursus amali ini menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 5

Objektif Amali :

1. Meningkatkan kemahiran pemilihan tema, hal benda, proses pewujudan dan perkembangan idea, teknik dan penghasilan produk yang sesuai sebagai karya lukisan

2. Menggunakan elemen dan prinsip asas lukisan dan mengaplikasikannya dalam pengkaryaan lukisan kreatif

3. Meneroka dan menghubungkaitkan cara olahan media dengan kesan alat dan bahan yang sesuai dalam penghasilan karya tersebut

Page 6: AMALI PSV3123 2_ 2014

Tugasan 1 (60%)

1. Hasilkan sebuah Lukisan bertema Alam Benda berdasarkan hal benda budaya tradisional tempatan.

Hal benda perlulah mengandungi sekurang- kurangnya 4 item yang disusun secara kreatif dan artistik.

Contoh hal benda yang dipilih adalah berkaitan :

- Alat muzik- Alat domestik- Alat pertahanan diri- Kraf tradisional- Permainan tradisional- Lain- lain hal benda yang berkaitan- Gabungan hal benda pelbagai bidang di atas

Lukis situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada asas seni reka

Menggunakan kombinasi pelbagai media kering terhadap hal benda yang dilukis.

Komposisi perlu melibatkan elemen dan konsep seperti Golden mean, Rule Of Third, Foreshortening dan lain-lain yang telah anda pelajari atau kaji.

Tugasan 2 (30%)

1. Hasilkan folio yang mendokumentasikan bahan kursus dan proses penghasilan karya yang terlibat

Tugasan 3 (10%)

1. Menulis appresiasi

2 Membuat penulisan laporan refleksi

3. Penulisan apresiasi dan refleksi sekurang-kurangnya 500 perkataan

Prosedur :

1. Hasil karya hendaklah dibuat secara individu.

a) Hasil karya mestilah berukuran saiz minima 60 sm X 90 sm

b) Tema Alam Benda-bahan dan peralatan perlu disediakan sendiri

c) Hal benda maujud pilihan perlu disediakan sendiri oleh para calon

d) Penghasilan lukisan dilakukan secara manual

e) Karya perlu dihasilkan menggunakan olahan/campuran media kering yang bersesuaian

f) Boleh wujudkan beberapa kumpulan dengan hal benda dan susunan yang berlainan

g) Hal benda boleh disusun di atas meja dengan beralaskan kain untuk kesan yang lebih Menarik

Page 7: AMALI PSV3123 2_ 2014

2. Calon perlu menggunakan media kering sahaja dan mengaplikasikannya dalam pengkaryaan lukisan dengan daya kreatif

3. Calon perlu meneroka dan menghubungkaitkan cara olahan dengan kesan media kering yang sesuai dalam penghasilan karya tersebut.

4 Karya yang dihasilkan mestilah menunjukkan kemahiran pemilihan alat & bahan yang bersesuaian, hal benda, motif, proses pewujudan dan perkembangan idea, teknik dan penghasilan karya yang kreatif.

5. Hasil karya anda mestilah kemas, mounting dan dibingkaikan.

6. Calon dikehendaki menjalankan tunjuk cara berkaitan hasil karya pada masa dan tarikh yang akan ditetapkan.

7. Calon perlu melaksanakan tugasan amali ini di hadapan penilai luar mengikut tarikh dan masa yang diselaraskan oleh IPG penyelaras yang dilantik oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

8. Sila rujuk kriteria pemarkahan

9. Rujukan perlu merangkumi jurnal,buku rujukan dan sumber internet

10. Penulisan bibliografi adalah mengikut format dan gaya APA (American Psycological Association)

Disemak oleh:

Tandatangan :

...........................................................( )

Inhouse External Examiner (iEE)/ SME

Disahkan oleh:

Tandatangan :

..................................................................( )

Ketua Jabatan/Ketua Unit PSV

Page 8: AMALI PSV3123 2_ 2014

LAMPIRAN 1Panduan Untuk Tugasan Amali(Tugasan secara individu)

Perancangan kerja kursus amali

a. Perlu menjayakan proses penghasilan karyab. Anda dikehendaki mengguna pelbagai sumber rujukan seperti artikel jurnal,

tesis, buku rujukan dan sumber internet

Format

a. Lukisan hendaklah bersaiz minima 60 sm X 90 smb. Dibingkaikanc. Olahan serta kombinasi media kering yang menarik d. Aplikasi elemen dan prinsip lukisan yang menyakinkan menerusi kesan- kesan visual dalam

penghasilan karya lukisan.e. Folio hendaklah dihasilkan berdasarkan kriteria berikut :

i . Saiz - kertas lukisan (28 sm X 38 sm) ii . Kulit Folio : Kertas tebal – Contoh : Mounting board (Hitam) iii. Comb – Binding iv. Tajuk depan folio – taip dan lekatkan (Kertas A4 kuning)

- Nama Pelajar - Angka Giliran - No. Kad Pengenalan- Kumpulan/ Unit- Kod dan Nama Kursus- Tajuk Tugasan Projek- Nama Pensyarah Akademik- Tarikh hantar

v. Tajuk dalam folio - Bahan/nota tentang tajuk

Fungsi Lukisan Elemen dan Prinsip Asas Lukisan Kepelbagaian Media & Teknik dalam Lukisan

- Contoh karya dan teknik- Sumber ilham- Olahan idea- Pengzahiran idea- Pemilihan teknik - Lakaran sumber idea- Pendokumenan proses penghasilan- Gambar produk akhir- Apresiasi & refleksi- Sumber rujukan

f. Appresiasi dan refleksi dimasukkan dalam foliog Kriteria penilaian adalah berdasaran rubrik pemarkahan.

Rumusan dan Rujukan

a. Mengikut format dan gaya APA (American Psycological Association)

Page 9: AMALI PSV3123 2_ 2014
Page 10: AMALI PSV3123 2_ 2014

Kriteria Pemarkahan Kerja Kursus PISMP

GredHasil kerja yang menunjukkan kualiti.

Kriteria Penilaian

Hasil karya Lukisan Folio Apresiasi Seni dan Penulisan Refleksi

Cem

erlang

A+ ke arah tahap yang lebih tinggi

A

A - ke arah tahap yang lebih rendah

Gaya persembahan karya yang sangat menarik dan kreatif serta menepati nilai estetik.

Tahap kemasan yang tinggi.

Penggunaan elemen Asas & Prinsip Lukisan yang mantap dan jelas.

Sangat berkebolehan menghubungkait pelbagai Unsur Seni dalam penghasilan Karya seni visual.

Berjaya mengaplikasi media & teknik yang sesuai dengan sangat menarik

Menunjukkan tahap penguasaan yang sangat tinggi dari segi keupayaan kajian dan penerokaan berkaitan tema.

Berurutan, lengkap, kreatif, inovatif dan dapat menjelaskan perkembangan dan percambahan idea

Memperlihatkan penguasaan kemahiran mengolah idea yang kreatif.

Amat baik dalam menggunakan sesi perbincangan untuk mendapat persetujuan menyeluruh.

Berjaya membuat appresiasi berdasarkan teori appresiasi dengan jelas dan mantap

Page 11: AMALI PSV3123 2_ 2014

GredHasil kerja yang menunjukkan kualiti.

Kriteria Penilaian

Hasil karya Lukisan Folio Apresiasi Seni dan Penulisan Refleksi

Se

derh

ana

B+ ke arah tahap yang lebih tinggi

B

B - ke arah tahap yang lebih rendah

Gaya persembahan karya yang baik dan kreatif serta menepati nilai estetik.

Tahap kemasan yang baik

Penggunaan elemen Asas & Prinsip Lukisan yang baik.

Berkebolehan menghubungkait pelbagai Unsur Seni dalam penghasilan Karya seni visual dengan baik

Berjaya mengaplikasi media & teknik yang sesuai dengan baik

Menunjukkan tahap penguasaan yang baik dari segi keupayaan kajian dan penerokaan berkaitan tema.

Berurutan, lengkap, kreatif, inovatif dan dapat menjelaskan perkembangan dan percambahan idea

Memperlihatkan penguasaan kemahiran mengolah idea yang kreatif

Sederhana dalam menggunakan sesi perbincangan untuk mendapat persetujuan menyeluruh

Appresiasi dapat diadakan berdasarkan teori appresiasi dengan baik

Page 12: AMALI PSV3123 2_ 2014

GredHasil kerja yang menunjukkan kualiti.

Kriteria Penilaian

Hasil karya Lukisan Folio Apresiasi Seni dan Penulisan Refleksi

Lu

lus

C+ ke arah tahap yang lebih tinggi

C ke arah tahap yang lebih rendah

Gaya persembahan karya yang kurang baik dan kurang kreatif serta kurang menepati nilai estetik.

Tahap kemasan yang kurang baik

Penggunaan elemen Asas & Prinsip Lukisan yang kurang baik.

Kurang berkebolehan dalam menghubungkait pelbagai Unsur Seni dalam penghasilan Karya seni visual

Kurang berjaya mengaplikasi media & teknik yang sesuai dengan baik

Tahap penguasaan kajian dan penerokaan bahan berkaitan tema yang lemah

Kurang menunjukkan urutan dan kurang lengkap .

Kurang menguasai kemahiran mengolah idea.

Kurang menggunakan sesi perbincangan untuk mendapat persetujuan menyeluruh.

Apresiasi dapat diadakan tetapi tidak berdasarkan teori apresiasi

Page 13: AMALI PSV3123 2_ 2014

GredHasil kerja yang menunjukkan kualiti.

Kriteria Penilaian

Hasil karya Lukisan Folio Apresiasi Seni dan Penulisan Refleksi

Ga

gal

C - ke arah tahap yang lebih tinggi

D+

D

F ke arah tahap yang lebih rendah

Gaya persembahan karya yang sangat lemah dan kurang kreatif serta kurang menepati nilai estetik.

Tahap kemasan yang sangat lemah

Penggunaan elemen Asas & Prinsip Lukisan yang sangat lemah.

Kurang berkebolehan dalam menghubungkait pelbagai Unsur Seni dalam penghasilan produk seni visual

Tidak berjaya mengaplikasi media & teknik yang sesuai dengan baik

Tiada berkemampuan dan hanya dapat menggunakan satu teknik sahaja dalam penghasilan karya.

Tiada kepelbagaian dan variasi penggunaan alat dan media/ bahan untuk menghasilkan karya seni Visual

Gaya persembahan karya yang sangat lemah dan tidak menepati nilai estetik.

Tahap kemasan yang sangat rendah.

Tidak menguasai penggunaan Asas Seni Reka.

Sangat ringkas dan tidak menepati atau tiada apresiasi

Tidak menggunakan sesi perbincangan untuk mendapat persetujuan menyeluruh.

Page 14: AMALI PSV3123 2_ 2014