amali: motor penghidup

6
AMALI 4 Tajuk : Menguji motor penghidup (ujian tanpa beban) Tarikh : 16 April 2012 Objektif: Menghasilkan tenaga tanpa menggunakan beban dan hanya menggunakan solenoid untuk mengalirkan arus bekalan elektrik dan memusingkan roda tenaga. ALATAN Bil Alatan Gambar 1. Motor penghidup 2. Solenoid 3. Kabel terminal positif 4. Kabel terminal negatif 5. Wayar sambungan

Upload: yurhamy-yusuf-al-jambuli

Post on 27-Jan-2016

241 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Laporan amali bengkel automatif zaman belajar Fakulti Pendidikan UTM Skudai

TRANSCRIPT

Page 1: Amali: Motor Penghidup

AMALI 4

Tajuk : Menguji motor penghidup (ujian tanpa beban)

Tarikh : 16 April 2012

Objektif: Menghasilkan tenaga tanpa menggunakan beban dan hanya menggunakan solenoid

untuk mengalirkan arus bekalan elektrik dan memusingkan roda tenaga.

ALATAN

Bil Alatan Gambar

1. Motor penghidup

2. Solenoid

3. Kabel terminal positif

4. Kabel terminal negatif

5. Wayar sambungan

Page 2: Amali: Motor Penghidup

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN:

Umum

1. Pakai pakaian yang sesuai semasa melakukan kerja-kerja amali.

a. Pakai pakaian yang telah ditetapkan untuk aktiviti amali iaitu baju bengkel dan

berseluar.

b. Pakai kasut yang bertutup dan yang bertapak getah ketika melakukan kerja

amali di bengkel untuk keselamatan.

c. Lipat lengan baju sekiranya berbaju lengan panjang.

d. Bagi pelajar perempuan, ikat rambut atau mini telekung (jika memakainya)

dengan kemas.

e. Pastikan kuku dalam keadaan pendek dan bersih.

2. Ikuti langkah dan peraturan kerja yang betul ketika menjalankan aktiviti amali.

3. Berhati-hati dan bercermat ketika menggunakan alatan tangan.

4. Baca label dan cara penggunaan sesuatu alat sebelum menggunakannya.

5. Laporkan dengan segera alatan yang rosak kepada petugas yang ada.

6. Jangan bermain atau bergurau semasa di dalam bengkel.

7. Kemaskan kawasan kerja dan kawasan di sekeliling bengkel selepas melakukan

aktiviti amali.

8. Bersihkan alat-alat dan simpan di tempat asal dengan teratur.

Bahagian utama sesebuah motor penghidup adalah seperti berikut :-

Page 3: Amali: Motor Penghidup

1. Perumah

2. Klac lampau gerak dan gear penghidup - berfungsi untuk menyambung dan

memutuskan hubungan kuasa dari rotor ke gear penghidup.

3. Gegelung rotor

4. Gegelung stator

5. Berus karbon

6. Solenoid - berfungsi untuk menolak gear penghidup ke roda tenaga atau menariknya

kembali. Selain itu, solenoid juga berfungsi sebagai geganti untuk menyambung atau

memutuskan bekalan arus elektrik yang tinggi ke motor penghidup.

Gambar rajah litar motor penghidup

LANGKAH - LANGKAH KERJA :-

Page 4: Amali: Motor Penghidup

1. Sediakan alatan yang diperlukan seperti yang dinyatakan dalam senarai alatan.

2. Kepitkan bahagian motor penghidup menggunakan pengapit meja memudahkan

pengujian dilakukan.

3. Tentukan 3 punca suis starter solenoid iaitu IG, B dan ST

4. Uji motor penghidup tanpa menggunakan beban iaitu bateri 12 V. Sambungkan kabel

terminal (+) pada punca B dan sambungkan kabel terminal (- ) pada body motor

penghidup. Kemudian, wayar biru disambungkan pada punca ST (Starter Solenoid)

Page 5: Amali: Motor Penghidup

5. Apabila wayar biru dikenakan pada punca B iaitu kabel terminal (+), motor

penghidup akan berpusing dan berputar laju dan diikuti oleh solenoid akan masuk dan

ditolak keluar serta ia akan menghasilkan spark atau percikan api kecil menandakan

motor penghidup dapat dihasilkan tanpa menggunakan beban iaitu bateri 12 V dan

hanya menggunakan solenoid sebagai menyambung atau memutuskan bekalan arus

elektrik yang tinggi ke motor penghidup.

KESIMPULAN :

Daripada amali yang telah dilakukan pada minggu ini, kami telah mempelajari beberapa

perkara semasa melakukan kerja-kerja amali. Antaranya ialah :-

1. Mengetahui bagaimana cara untuk menguji motor penghidup tanpa beban dengan

betul yang terdapat dalam enjin kenderaan semasa melakukan kerja amali.

2. Mengenalpasti fungsi motor penghidup dengan baik semasa melakukan kerja amali.

3. Mengetahui cara sambungan untuk menguji motor penghidup tanpa beban dengan

betul.

4. Memastikan motor penghidup dapat diuji dengan betul semasa melakukan kerja

amali.

5. Mengenalpasti fungsi kendalian motor penghidup semasa pengujian motor penghidup

dijalankan.

Page 6: Amali: Motor Penghidup

REFLEKSI AMALI :-

Amali pada minggu ini banyak memberikan pendedahan kepada kami berkenaan

bagaimana cara untuk menguji motor penghidup tanpa menggunakan beban (bateri 12 V)

yang terdapat pada enjin kenderaan. Kami begitu teruja kerana ini adalah kali pertama kami

melakukan aktiviti sebenar yang berkaitan dengan enjin kenderaan. Malah amali ini dapat

mengajar kami bahawa tanpa menggunakan beban ia mampu menghidupkan motor

penghidup menggunakan solenoid yang berfungsi sebagai menyambung atau memutuskan

arus elektrik.

Selain itu, kami juga dapat mempelajari bagaimana kendalian motor penghidup dapat

berfungsi semasa pengujian dilakukan. Kami juga dapat memahami konsep pengujian motor

penghidup menggunakan beban dan tanpa menggunakan beban dengan mengunakan starter

solenoid. Untuk amali akan datang, kami berharap agar dapat mempelajari amali dengan

lebih baik lagi semasa melakukan kerja amali yang berikutnya.