amali bulan 1

7
AMALI 4 Tajuk: Pergerakan Bulan Tujuan: Untuk menyiasat pergerakkan bulan relatif kepada bumi dengan fasa bulan dan masa terbit dan tenggelam bulan. Hipotesis: 1. Fasa bulan menentukan masa terbit dan masa terbenam. Teori: Bulan adalah satelit semulajadi Bumi. Ia mengorbit Bumi, sama seperti Bumi mengorbit Matahari. Pergerakan Bulan pada orbitnya mengelilingi Bumi menyebabkan beberapa keadaan dan ia memberi pengaruh besar pada bumi. Bulan berputar pada paksinya, pada masa yang sama ia menlengkapkan peredaran orbitnya mengelilingi Matahari. Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan sepanjang pusingan di orbitnya mengelilingi bumi. Oleh kerana bumi beredar mengelilingi matahari di satah ekliptik, maka kedudukan bumi relatif dengan kedudukan bulan dan matahari sentiasa berubah-ubah. Perubahan ini mengakibatkan permukaan bulan yang bercahaya dilihat dari bumi dalam keadaan yang berbeza-beza bentuk. Ia tidak disebabkan oleh bayang-bayang atauumbra bumi yang jatuh ke atas permukaan bulan (keadaan ini hanya berlaku semasa gerhana bulan).

Upload: siti-arfah

Post on 30-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

LAPORAN AMALI

TRANSCRIPT

Page 1: AMALI BULAN 1

AMALI 4

Tajuk: Pergerakan Bulan

Tujuan: Untuk menyiasat pergerakkan bulan relatif kepada bumi dengan fasa bulan

dan masa terbit dan tenggelam bulan.

Hipotesis:

1. Fasa bulan menentukan masa terbit dan masa terbenam.

Teori:

Bulan adalah satelit semulajadi Bumi. Ia mengorbit Bumi, sama seperti Bumi

mengorbit Matahari. Pergerakan Bulan pada orbitnya mengelilingi Bumi

menyebabkan beberapa keadaan dan ia memberi pengaruh besar pada bumi. Bulan

berputar pada paksinya, pada masa yang sama ia menlengkapkan peredaran

orbitnya mengelilingi Matahari.

Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan sepanjang pusingan di

orbitnya mengelilingi bumi. Oleh kerana bumi beredar mengelilingi matahari di satah

ekliptik, maka kedudukan bumi relatif dengan kedudukan bulan dan matahari

sentiasa berubah-ubah. Perubahan ini mengakibatkan permukaan bulan yang

bercahaya dilihat dari bumi dalam keadaan yang berbeza-beza bentuk. Ia tidak

disebabkan oleh bayang-bayang atauumbra bumi yang jatuh ke atas permukaan

bulan (keadaan ini hanya berlaku semasa gerhana bulan).

Rajah di atas menunjukkan peredaran bulan mengelilingi bumi.

Page 2: AMALI BULAN 1

Peralatan:

1. Kamera

2. Perician ECU

Prosedur:

1. Langit pada waktu malam diperhatikan. Perisian komputer digunakan untuk

mengenalpasti permandangan kedudukan fasa-fasa bulan.

2. Bulan tersebut diperhatikan untuk jangkamasa 2 minggu.

3. Lapangan malam diperhatikan dan direkodkan dengan menggunakan mata

kasar atau dengan menggunakan perisian komputer.

Page 3: AMALI BULAN 1

Data pemerhatian:

A. Pemerhatian bulan selama 14 hari

Tarikh/Masa

Bulan terbit

Bulan terbenam

Azimuth Altitud Gambar

29/7/2013

8.30 pm

- 12.08 pm 061˚34’ -53˚50’

30/7/2013

8.30 pm

12.26 am 12.56 pm 045˚42’ -61˚27’

31/7/2013

8.30 pm

1.13 am 1.44 pm 022˚33

-66˚18’

1/8/2013

8.30 pm

2.00 am 2.32 pm 354˚27’ -66˚50’

Page 4: AMALI BULAN 1

2/8/2013

8.30 pm

2.48 am 3.00 pm 330˚03’ -62˚58’

3/8/2013

8.30 pm

3.35 am 4.08 pm 313˚05’ -56˚14’

4/8/2013

8.30 pm

4.23 am 4.55 pm 301˚33’ -47˚59’

5/8/2013

8.30 pm

5.10 am 5.41 pm 293˚12’ -38˚54’

6/8/2013

8.30 pm

5.57 am 6.26 pm 286˚38’ -29˚18’

Page 5: AMALI BULAN 1

7/8/2013

8.30 pm

6.43 am 7.10 pm 281˚05’ -19˚19’

8/8/2013

8.30 pm

7.29 am 7.54pm 276˚05’ -09˚03’

9/8/2013

8.30 pm

8.15 am 8.37 pm 271˚12’ +01˚19’

10/8/2013

8.30 pm

9.01

am

9.22 pm 266˚12’ +11˚41’

11/8/2013

8.30 pm

9.48 am 10.07 pm 260˚42’ +22˚29’

Page 6: AMALI BULAN 1

Analisis dan Interpretasi Data:

Pemerhatian bulan telah dilakukan selama 14 hari iaitu bermula pada

29/7/2013 sehingga 11/8/2013. Dalam pemerhatian yang di buat didapati bacaan

azimuth pada 29/7/2013 sehingga 31/7/2013 menurun. Namun begitu, pada

1/8/2013 berlaku peningkatan yang mendadak iaitu daripada 022˚33 kepada

354˚27’. Walaubagaimanapun bacaan azimuth kembali menurun pada 2/8/2013

sehingga 11/8/2013.

Untuk bacaan altitude pula, bermula 29/7/2013 sehingga 1/8/2013 meningkat,

kemudian pada 2/8/2013 bacaannya menurun sehingga 8/8/2013 dan meningkat

semula pada 9/8/2013 sehingga 11/8/2013.

Lukis graf.

Kesimpulan:

Sebagai kesimpulannya, fasa-fasa bulan yang berlaku adalah disebabkan

oleh jumlah cahaya matahari yang dipantulkan oleh bulan dan dapat dilihat dari

bumi.Apabila bulan mengelilingi bumi, matahari memancarkan cahaya ke bahagian-

bahagian yang berbeza di permukaan bulan. Bentuk yang berubah-ubah ini

dipanggil fasa.