amali 1-awan

Upload: sharulmiza-shaharuddin

Post on 10-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

AMALI 1-awan

TRANSCRIPT

LAPORAN AMALI 1

LOKASI : KAMPUNG SRI LUKUT, KAHANG, KLUANG, JOHORTAJUK : AWAN1.0 PENGENALAN

Jika mendongak ke langit, dapat dilihat segumpal atau bergumpal-gumpal kapas putih memenuhi ruang langit Bumi. Itulah awan yang dilihat seakan-akan kapas yang ringan, terapung dilangit dan bergerak mengikut arah tiupan angin.Mengikut kajian, pembentukan awan dari wap air. Udara yang ada di Bumi mengandungi wap air. Apabila wap air ini meruap menjadi titik-titik air, maka terbentuklah awan. Proses ini di namakan kondensasi dimana wap air akan terkumpul menjadi cecair dengan tekanan hada dan suhu yang sesuai.Wap air terbentuk melalui dua cara iaitu apabila udara panas, lebih banyak wap terkandung di dalam udara karena air lebih cepat menyejat. Udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi, hingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan terbentuklah awan, molekul-molekul titik air yang tak terhingga banyaknya. Selain itu, suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara makin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air.Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat, dan perlahan-lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah. Hinggalah sampai satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan.

Awan dikategorikan kepada beberapa kumpulan, berdasarkan ketinggian, iaitu kategori awan rendah, sederhana dan tinggi dan awan Vertikal. Awan rendah didapati pada ketinggian di bawah 6500 kaki. Antara contoh awan yang terdapat pada ketinggian ini adalah stratus, stratokumulus dan nimbostratus. Manakala, pada ketinggian sederhana, iaitu antara 6500 kaki hingga 23000 kaki pula, awan yang dapat dilihat adalah altokumulus dan altostratus. Kemudian, awan sirus, sirostratus dan sirokumulus didapati pada kategori awan tinggi, iaitu pada ketinggian melebihi 7 km atau 23000 kaki. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa jenis awan yang tidak dapat dikategorikan mengikut kumpulan-kumpulan ini, seperti awan kumulus dan kumulonimbus dimana lebih dikenali sebagai awan menegak. Hal ini disebabkan oleh pertambahan saiz awan ini secara selari, dan puncaknya juga mampu mencapai ketinggian pada kategori awan tinggi.

Gambarajah 1 : Jenis-jenis awan2.0RADAS / ALATAN

1. Kamera DSLR Nikon D5100 beserta tripod.

2. Buku catatan

3. Termometer3.0PROSEDUR

1. Sebelum pemerhatian awan dilakukan, maklumat mengenai awan telah dicari dan dikumpulkan dari pelbagai sumber sebagai rujukan amali.

2. Pemilihan lokasi pemerhatian yang akan di jalankan selama 14 hari.

3. Gambar pemerhatian awan diambil menggunakan kamera digital.

4. Pemerhatian awan direkodkan. Rekod pemerhatian termasuklah perubahan cuaca pada hari tersebut samada hujan atau tidak.

5. Data yang dikumpulkan dianalisis dan ditafsirkan.

6. Laporan lengkap amali disediakan.

7. Laporan lengkap amali turut disertakan bersama jadual, gambar dan carta sebagai bahan sokongan pemerhatian.

8. Kepentingan dapatan amali dibincangkan.

4.0 KEPUTUSAN

HARI / TARIKHGAMBARCATATAN

HARI 1

01 MAC 2014

ISNIN2.40 PETANGJenis : Awan Tinggi

Nama : SirokumulusSuhu : 35CCuaca : CerahKeadaan awan: Awan ini halus, struktur berserat, seperti bulu ayam, berwarna putih dan tidak menimbulkan hujan

HARI 2

02 MAC 2014

SELASA

2.15 PETANGJenis : Awan Tinggi

Nama : SirokumulusSuhu : 36CCuaca : CerahKeadaan awan: Awan ini halus, struktur berserat, seperti bulu ayam, berwarna putih dan tidak menimbulkan hujan

HARI 3

03 MAC 2014

RABU

3.05 PETANGJenis : Awan Tinggi

Nama : Sirus Suhu : 34CCuaca : CerahKeadaan awan: Kurang berawan. Langit cerah.

HARI 4

04 MAC 2014

KHAMIS

4.05 PETANGJenis : Awan Rendah

Nama : Stratus Suhu : 31CCuaca : CerahKeadaan awan: Stratus terletak di bahagian langit rendah, tebal dan berwarna kelabu. Awan berkumpul di bahagian bawah seperti berada di kaki langit

HARI / TARIKHGAMBARCATATAN

HARI 5

05 MAC 2014

JUMAAT

2.05 PETANGJenis : Awan Pertengahan

Nama : Nimbostratus Suhu : 35CCuaca : CerahKeadaan awan: Awan ini memiliki bentuk yang tidak menentu, tepinya compang-camping tak beraturan, tebal, berwarna putih kegelapan.

HARI 6

06 MAC 2014

SABTU

1.50 PETANGJenis : Awan Pertengahan

Nama : Nimbostratus Suhu : 35CCuaca : CerahKeadaan awan: Awan ini memiliki bentuk yang tidak menentu, tepinya compang-camping tak beraturan, tebal, berwarna putih kegelapan.

HARI 7

07 MAC 2014

AHAD

1.30 PETANGJenis : Awan Pertengahan

Nama : Nimbostratus Suhu : 33CCuaca : CerahKeadaan awan: Awan ini memiliki bentuk yang tidak menentu, tepinya compang-camping tak beraturan, tebal, berwarna putih kegelapan.

HARI 8

08 MAC 2014

ISNIN

1.31 PETANGJenis : Awan Tinggi

Nama : SirokumulusSuhu : 35CCuaca : CerahKeadaan awan: Awan ini halus, struktur berserat, seperti bulu ayam, berwarna putih dan tidak menimbulkan hujan

HARI / TARIKHGAMBARCATATAN

HARI 9

09 MAC 2014

SELASA

2.30 PETANGJenis : Awan Tinggi

Nama : SirokumulusSuhu : 35CCuaca : CerahKeadaan awan: Awan ini halus, struktur berserat, seperti bulu ayam, berwarna putih dan tidak menimbulkan hujan

HARI 10

10 MAC 2014

RABU

3.30 PETANGJenis : Awan Rendah

Nama : KumulusSuhu : 31CCuaca : CerahKeadaan awan: Letaknya rendah, terpisah-pisah, bagian dasarnya berwarna hitam dan di atasnya putih berbentukkubah seperti kapas, memiliki puncak-puncak berkepul-kepul.awan ini biasanya menghasilkan hujan.

HARI 11

11 MAC 2014

KHAMIS

3.30 PETANGJenis : Awan Tinggi

Nama : Sirus Suhu : 31CCuaca : CerahKeadaan awan: Kurang berawan. Langit cerah.

HARI 12

12 MAC 2014

JUMAAT

3.15 PETANGJenis : Awan Tinggi

Nama : Sirus Suhu : 31CCuaca : CerahKeadaan awan: Kurang berawan. Langit cerah.

HARI / TARIKHGAMBARLAKARAN PERGERAKKAN MATAHARI

HARI 13

13 MAC 2014

SABTU

1.30 PETANGJenis : Awan TinggiNama : SirustratusSuhu : 30CCuaca : MendungKeadaan awan: Tampak seperti kelambu putih halus, luas menutupi langit sehingga tampak cerah, mempunyai struktur serat dan kadang terlihat seperti anyaman yangtidak teratur

HARI 1414 MAC 2014

AHAD3.30 PETANGJenis : Awan Tinggi

Nama : SirokumulusSuhu : 31CCuaca : CerahKeadaan awan: Awan ini halus, struktur berserat, seperti bulu ayam, berwarna putih dan tidak menimbulkan hujan

4.0PERBINCANGAN

Jadual di bawah menunjukkan purata kekerapan pembentukan awam yang berlaku sepanjang 14 hari pemerhatian.

HARIJENIS AWANNAMA

AWAN

TINGGIPERTENGAHANRENDAH

PERTAMASirokumulus

KEDUASirokumulus

KETIGASirus

KEEMPATStratus

KELIMANimbostratus

KEENAMNimbostratus

KETUJUHNimbostratus

KE LAPANSirokumulus

KESEMBILANSirokumulus

KESEPULUHKumulus

KESEBELASSirus

KEDUABELASSirus

KETIGABELASSirustratus

KEEMPAT BELASSirokumulus

Gambarajah 2 : Purata kekerapan jenis awan yang terhasilBerdasarkan keputusan pemerhatian yang telah dijalankan selama empat belas hari berturut-turut di dapati jenis awan tinggi mempunyai kekerapan yang lebih tinggi berlaku diikuti dengan awan pertengahan dan rendah. Awan tinggi terjadi pada hari pertama, kedua, ketiga, kelapan, kesembilan, kesebelas, keduabelas, ketiga belas dan hari keempat belas. Awan yang terjadi adalah awan Sirokumulus, Sirus dan juga awan Sirustratus. Purata suhu sewaktu pemerhatian awan ini adalah antara 30C - 35C yang mana suhu tertinggi yang dicatatkan ialah 35C. Awan ini berada tinggi di langgit yang mana jaraknya antara kira kira 7000 meter dari permukaan Bumi. Sesuai dengan ramalan kaji cuaca oleh Pusat Meteorlogi Malaysia yang mana musim kering atau kemarau akan melanda semenanjung antara dari Jan 2014 hingga Mac 2014, sepanjang pemerhatian ini di jalankan, tiada tanda-tanda akan berlaku hujan dan cuaca amat cerah dan panas.Awan rendah pula terbentuk pada hari keempat dan kesepuluh. Awannynya adalah awan kumulus dan stratus. Awan kumulus adalah merupakan kumpulan awan rendah yang menegak. Awan ini merupakan awan yang tebal dan tumpat. Mempunyai perkembangan tegak keatas. Awan kumulus menunjukkan cuaca baik pada ketika kajian dijalankan walaupun kadangkala awan kumulus yang tinggi akan berkembang menjadi awan kumulonimbus iaitu awan yang menegak.

Berdasarkan amali ini, kami telah dapat mengenal pasti kepentingannya dalam kehidupan seharian kita. Melalui perubahan bentuk dan jenis awan, manusia dapat meramal keadaan cuaca sehingga dalam tempoh seminggu akan datang. Apabila pihak berkenaan dapat membuat ramalan cuaca, mereka akan bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Seterusnya, melalui maklumat itu, manusia dapat merancang aktiviti kehidupan seharian agar faktor cuaca tidak menjadi penghalang untuk meneruskan aktiviti. Ramalan cuaca bukan sahaja penting kepada masyarakat di sesebuah tempat, tetapi juga memberi kemudahan kepada sektor penerbangan, industri cari gali, perkapalan, ketenteraan termasuk marin dan tentera udara. Tambahan lagi, dengan ramalan cuaca, pihak berwajib dapat mengeluarkan amaran berjaga-jaga lebih awal kepada masyarakat sekiranya bencana alam seperti banjir kilat dijangka akan berlaku.

Secara keseluruhannya, apa yang kami dapati hasil daripada pemerhatian ini menunjukkan pembentukan awan merupakan antara faktor yang mempengaruhi cuaca selain daripada suhu, kelembapan, hujan, angin dan sebagainya.

6.0KESIMPULAN

Awan sangat penting bagi seluruh kehidupan di Bum. Ini kerana, setelah kajian dijalankan dilokasi tertentu selama empat belas hari, ia menunjukkan pembentukan awan sentiasa berubah setaipa hari. Jenis-jenis awan yang terbentuk sama ada awan Tinggi, awan pertengahan atau pun awan rendah saling berkait rapat dengan suhu dan kelembapan. Sepanjang kajian ini dijalankan, tidak berlaku hujan. Pada kajian ini didapati jenis awan Rendah memberikan bacaan suhu yang paling rendah berbanding penting untuk sistem atmosfera bumi. Awan berperanan untuk:menghasilkan hujan. Dengan turunnya hujan ia dapat melengkapkan kitaran hujan. Air hujan sangat penting untuk tumbuh-tumbuhan dan segala hidupan di muka bumi ini.awan juga berperanan mengatur keseimbangan bumi dengan memantulkan dan menyerap sinar infra-merah bumi. Awan diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dan penting dalam kitaran hidrologi. Awan membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku. Contohnya awan cumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan pergolakan atmosfera. Awan membantu mengagihkan semula haba tambahan dari katulistiwa ke kutub. Awan diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dan penting dalam kitaranhidrologi.Awan membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku. Contohnyaawan cumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan pergolakan atmosfera.Awan membantu mengagihkan semula haba tambahan dari katulistiwa ke kutub7.0RUJUKANBUKU :

Krauskopf, K. B. dan Beiser, A.. 2008. The Physical Universe, 12th Ed.. New York: TheMcGraw-Hill Companies, Inc

LAMAN SESAWANGhttp://infokapal.files.wordpress.com/2011/01/cloud.jpg

http://dbk14403aplikasimultimedia.blogspot.com/p/nota.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Cuaca

http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=88&Itemid=1099

http://masdiisya.wordpress.com/2011/01/10/mengapa-awan-hujan-berwarna-gelap/

http://dbk14403aplikasimultimedia.blogspot.com/p/nota.html

http://www.islam.gov.my/e-falak/jenis-awan8.0REFLEKSI