amali 1

5
Membina soalan Bahasa Melayu tahun 3 mengikut aras Taksonomi Bloom. Dua contoh soalan dalam setiap aras. Pengetahuan 1. Ayah … ibu menghadiri majlis perkahwinan anak jiran kami di Mersing. A. serta B. tetapi C. jika D. dan 2. Sarena suka … pada masa lapang A. pancing B. memancing C. dipancing D. berpancing Kefahaman 1. Air kolam di belakang rumah itu sangat dalam. Perkataan berlawanan bagi perkataan dalam ialah … . A. luas B. pendek C. singkat D. cetek 2. Puteri Danisha Alya seorang puteri yang cantik, dia mempunyai sepasang mata yang … . A. bundar

Upload: deadscythe

Post on 11-Sep-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

144414

TRANSCRIPT

Membina soalan Bahasa Melayu tahun 3 mengikut aras Taksonomi Bloom. Dua contoh soalan dalam setiap aras.

Pengetahuan 1. Ayah ibu menghadiri majlis perkahwinan anak jiran kami di Mersing. A. sertaB. tetapi C. jikaD. dan

2. Sarena suka pada masa lapangA. pancingB. memancingC. dipancingD. berpancing

Kefahaman 1. Air kolam di belakang rumah itu sangat dalam. Perkataan berlawanan bagi perkataan dalam ialah . A. luasB. pendekC. singkatD. cetek

2. Puteri Danisha Alya seorang puteri yang cantik, dia mempunyai sepasang mata yang .A. bundarB. besar C. luas D. bidang

Aplikasi 1. ingin meminang Puteri Gunung Ledang titah Sultan Mahmud.A. PatikB. BetaC. Saya D. Baginda

2. Sila semak jawapan sebelum menghantarnya, pesan Cikgu Lina kepada murid-murid kelasnya.A. diaB. kamu C. andaD. mereka

Analisis1. Bola itu ditendang oleh Abu. A. Bola itu menendang Abu.B. Abu ditendang oleh bola.C. Abu menendang bola itu.D. Abu tertendang bola itu.

2. Di manakah kamu tinggal?A. Entah, saya tidak tahu.B. Saya memang suka tinggal di sana.C. Saya tinggal di Kampung Janglau.D. Saya tinggal jauh di sana.

SintesisRazman dan rakan sekelasnya melawat ke Kilang Batik Nusantara pada 10 Mei yang lalu. Kilang itu terletak di Kuantan. Mereka tiba di situ pada pukul 9.15 pagi. Mari kita lihat aktiviti Razman dan rakan sekelasnya sepanjang lawatan tersebut.

8.15 pagiGuru pengiring memberikan taklimat kepada murid-murid.8.30 pagi Bertolak dari sekolah dengan menaiki bas.9.15 pagiTiba di kilang batik dan mendengar taklimat daripada pengurus kilang.9.30 pagiMelihat proses mengecap batik.9.45 pagiMelihat proses mencanting batik. Belajar mencanting batik.10.45 pagiMengunjungi pameran pakaian batik.11.00 pagiMenikmati jamuan ringan. Penyampaian cenderamata oleh pengurus kilang.11.30 pagiBertolak pulang.

1.Apakah yang dilakukan oleh Razman di situ ?A.Memberi taklimatB.Belajar mencanting batikC.Membeli cenderamataD.Membeli belah bersama keluarga

2.Bagaimanakah mereka ke kilang itu ?A.Menaiki keretaB. Menaiki van C. Menaiki basD.Menaiki basikalPenilaian Salleh bin Abdullah, 14, Laman C9,Kampung Pandan,55100 Kuala Lumpur.

15 Mei 2009

Menemui sahabatku Jasli di Alor Star, semoga saudara sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Saudara, Semasa cuti sekolah yang lalu, saya telah ke Sabah dengan keluarga. Kami menginap di sebuah calet di Pulau Manukan.Pulau Manukan sungguh cantik. Air lautnya biru dan jernih. Di sini, kami tidak dibenarkan menangkap ikan, mengutip batu karang dan siput.Pelbagai aktiviti kami lakukan di sini. Antaranya ialah bermain bola pantai dan menyertai pertandingan membina istana pasir.Saya berasa amat gembira semasa berada di sana. Pengalaman bercuti ini tidak dapat saya lupakan.Setakat ini sahaja cerita saya. Sambutlah salam manis daripada saya untuk saudara dan keluarga di sana.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,Salleh

1. Pada pendapat anda, bagaimanakah hubungan penulis dengan sahabatnya ?AMesra BDingin CRenggangDErat2.Apakah perasaan penulis ketika melancong di Pulau Manukan?AKecewa B Bimbang C GembiraDRiang