amalan keselamatan

17
AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

Upload: herney-aqilah-kay

Post on 14-Jun-2015

7.575 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amalan keselamatan

AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

Page 2: Amalan keselamatan

PROGRAM KESELAMATAN BENGKEL

Sebagai pendidik kita perlu menekankan tentang amlan keselamatan bengkel kepada pelajar.

Page 3: Amalan keselamatan

MERANCANG PROGRAM KESELAMATAN BENGKEL

a.) MENETAPKAN OBJEKTIF PROGRAM

i. Memastikan keadaan bengkel yang selamat untuk pelajar bekerja.

ii.Menerapkan dalam diri pelajar pengetahuan disamping membentuk sikap dan juga rasa hormat kepada prinsip-prinsip pencegahan kemalangan sebagai persediaan untuk bekerja dimasa hadapan.

Page 4: Amalan keselamatan

b.) KANDUNGAN PROGRAM KESELAMATAN

•Kenyataan falsafah program iaitu satu pernyataan yang menyebut kepentingan program keselamatan yang berkesan.

•Arahan keselamatan yg merangkumi semua aspek keselamatan termasuk keselamatan persekitaran sekolah dan bengkel dan juga maklumat terperinci berkaitan penggunaan peralatan dan penyelenggaraan.

•Program pemeriksaan keselamatan sbg langkah pencegahan kemalangan, termasuk laporan pemeriksaan yg dilaporkan oleh guru, pelajar, pentadbir atau mereka yg bertanggungjawab utk menilai keselamatan bengkel.

Page 5: Amalan keselamatan

•Jawatankuasa keselamatan bengkel sekolah yang juga melibatkan pelajar. Jawatankuasa membuat cadangan dan keputusan berkaitan keselamatan.

•Rancangan tindakan segera iaitu prosedur terperinci yg perlu dipatuhi oleh setiap individu sekiranya berlaku kecemasan spt kecederaan,kebakaran dll.

•Kempen kesedaran keselamatan supaya semua warga sekolah sentiasa brewaspada dgn keselamatan , adakan aktiviti spt pertandingan,memasang poster,menyediakan papan buletin dan peti cadangan.

Page 6: Amalan keselamatan

Program Keselamatan Secara Pendekatan Sistem.

Menurut V. William DeLuca danW. James Haynie,iii (1989) , pengaplikasian teori sistem dan teknologi kawalan merupakan satu perubahan yang amat signifikan dalam teknologi moden.

Teori sistem memperakui kesan komponen atau sub-sistem ke atas prestasi keseluruhan sistem, kerana setiap sub- sistem memainkan peranan yang menyumbang kepada operasi keseluruhan sistem.

Sebenarnya wujud hubungan  yang interaktif antara semua sub - sistem. Sekiranya satu sub- sistem gagal berfungsi dengan baik, maka keseluruhan sistem akan gagal. Untuk memaksimumkan keberkesanan sesebuah sistem, kawalan perlu diwujudkan untuk mengoptimumkankeberkesanan setiap sub- sistem..

Page 7: Amalan keselamatan

Pemantauan proses keselamatan dilakukan melalui

lingkaran - lingkaran  maklum balas,  dan keputusan yang

dibuat harus mengoptimumkan fungsi setiap sub- sistem

di samping mengambil kira kesan keseluruhan. ke atas

sistem. Sesebuah sistem keselamatan mesti direka bentuk

supaya boleh meminimumkan kecederaan. Komponen-

komponen dalam sistem pula harus merangkumi faktor-

faktor dalam persekitaran yang berpotensi untuk

menyebabkan kecederaaan.Bagi memudahkan kita untuk

memahami program keselamatan secara pendekatan ini,

maka Model Sistem Keselamatan yang telah dibentuk

oleh DeLuca dan Haynie(1989) dijadikan contoh.

Model yang dibentuk untuk bengkel Pendidikan

Teknologi  adalah seperti dalam Rajah c.

Penerangan ringkas mengenai komponen-komponen

dalam sistem ini adalah seperti berikut

Page 8: Amalan keselamatan

  Persekitaran ( environment)

Program Pendidikan Teknologi terdiri daripada empat

bidang atau sistem teknologi iaitu pembuatan,

pembinaan, komunikasi dan pengangkutan.

Persekitaran merangkumi kemudahan - kemudahan

fizikal yang wujud dalam setiap bengkel program

tersebut. Walaupun terdapat banyakperalatan yang

sama, namun setiap bengkel memiliki keunikan

tersendiri yangmembezakan antara bengkel-bengkel

tersebut. Antara faktor-faktor yangmempengaruhi

keselamatan sesebuah bengkel adalah

pengcahayaan,kebisingan, suhu, zon keselamatan dan

kod warna, penyimpanan, prosedur pencegahan

kebakaran,housekeeping, ergonomik dan keperluan

pertolongan cemas

Page 9: Amalan keselamatan

  Manusia ( human factor)

Tahap pembangunan seseorang pelajar akan menentukan

keadaan keselamatan sesebuah bengkel.Semua pelajar

mesti memiliki pengetahuan mengenai peraturan dan

prosedur keselamatan (domain kognitif),  dan memiliki

sikap dan nilai yang diperlukan untuk mengaplikasikan

pengetahuan tersebut (domain afektif). Tahap kemahiran

pelajar akan memastikan aktiviti-aktiviti dilakukan

dengan selamat (domain psikomotor).

Walau bagaimanapun, guru memainkan peranan penting

dan bertanggungjawab untuk merancang,mengawal dan

mewujudkan suasana selamat dalam bengkel.

Faktor utama yang menyebabkan kecederaan adalah

perlakuan manusia yang tidak mematuhi arahan-arahan

keselamatan dan prosedur melakukan kerja yang telah

ditetapkan.

Page 10: Amalan keselamatan

Peralatan dan Kelengkapan ( tools & equipment)

Semua peralatan dan kelengkapan bengkel dibentuk

untuk memudahkan dan membantu manusia membuat

kerja-kerja amali dan menggunakan bahan-bahan

seperti kayu,logam atau plastik. Namun, peralatan-

peralatan ini boleh membawa bahaya dan

menyebabkan kecederaan jika tidak digunakan dengan

betul, maka peralatan dan kelengkapan turut menjadi

fokus keselamatan dalam bengkel. Antara peralatan

yang membawa bahaya adalah peralatan tangan

manual, peralatan tangan berkuasa elektrik/ motor dan

mesin tanpa pelindung

Page 11: Amalan keselamatan

Proses ( processes)

Penggunaan peralatan melibatkan pelbagai proses

atau prosedur penggunaannya yang memiliki bahaya

tersendiri. Makapelajar mesti diajar dan belajar

melaksanakan sesuatu proses dengan betul untuk

menghindari kecederaan.

Bahan-bahan ( materials)

Terdapat banyak bahan-bahan dalambengkel apabila

tidak diselenggara dengan betul, akan membawa

kesankumulatif yang boleh menyebabkan penyakit

berbahaya. Oleh itu, bahan-bahan yang digunakan

mestilah diselenggara dan disimpan dengansempurna.

Pembuangan sisa bahan pula harus dibuat dengan

betulsupaya tidak memberi kesan buruk kepada

persekitaran.

Page 12: Amalan keselamatan

Pengaruh Luar  ( outside influences)

Sama seperti pihak industri, dalam pendidikan teknologi ,

keselamatan, turut dipengaruhi oleh polisi- polisi daerah dan

kebangsaan. Pengaruh luar merangkumi pengaruh agensi-

agensi awam, pentadbiran sekolah dan juga masyarakat

Maklumbalas(feedback)

Kaedah mengajar dan aktiviti-aktiviti pengajaran adalah

bahagian penting bagi komponen  maklum balas

dalamsistem keselamatan ini. Enam komponen,pertama

dalam sistem ini mewujudkan wadah kandungan bagi

merancang sistem. komponen maklumbalas

mengintegrasikan, kandungan ke dalam sistem,

pengajaran berasaskan aktiviti yang melibatkan pelajar

dalam merancang dan mengekalkan sistem keselamatan

Page 13: Amalan keselamatan

  Di dalam setiap komponen terdapat faktor-faktor

yang boleh menjadi punca kepada kemalangan. Dalam

program ini, guru dan pelajar bersama-sama harus

dapat mengenalpasti dan menilai faktor-faktor yang

bahaya. Seterusnya mewujudkan sistem maklum balas

untuk mengawal sistem keselamatan bengkel

Page 14: Amalan keselamatan

Faedah Amalan Keselamatan

i.Dapat membendung dan mencegah risiko kemalangan,

keracunan dan penyakit pekerjaan yang boleh menyebabkan

gangguan pada kesihatan, kecederaan malah kematian.

ii.Mengelakkan kerugian akibat kerosakan dan kemusnahan

harta benda.

iii.Pekerjaan dapat dilakukan dengan tekun, efisien dan

produktif.

iv.Produk dan perkhidmatan berkualiti dapat dihasilkan. 

v.Industri dapat beroperasi secara berterusan tanpa gangguan.

vi.Produktiviti boleh ditingkatkan.

vii. Keupayaan untuk bersaing meningkat.

Page 15: Amalan keselamatan

TANGGUNGJAWAB GURU BENGKELA. PERLAKSANAAN OBJEKTIF KESELAMATAN• Menanam rasa tanggungjawab menjaga keselamatan diri, orang lain

dan harta benda.• Membantu pelajar memahami kaedah yang selamat untuk

bertindak.• Membantu pelajar membiasakan diri dengan keadaan yangboleh

merbahayakan• Membantu pelajar belajar mengenai amalan keselamatan bagi

aktiviti seharian.• Menggalakkan pelajar menyertai program keselamatan.

B. MERANCANG PENGAJARAN KESELAMATAN.• Baca dan fahami kandungan arahan keselamatan yang hendak

disampaikan kepada pelajar.• Pastikan langkah keselamatan am bengkel ditetapkan.• Tetapkan langkah keselamatan yg spesifik utk setiap bengkel• Merancang arahan dan tunjukcara supaya cara kerja yng betul

ditunjukkan kpd pelajar.• Membuat salinan arahan keselamatan supaya boleh digunakan oleh

pelajar utk mengulangkaji• Edarkan arahan keselamatan kepada semua pelajar baru.

Page 16: Amalan keselamatan

C. PENYEDIAAN ARAHAN KESELAMATAN• Langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku

kemalangan.• Tunjuk cara penggunaan alatan perlindungan diri dengan betul.• Penyelenggaraan peralatan bengkel, mesin dan lain-lain

kelengkapan.• Kaedah yang selamat untuk mengangkat dan memindahkan

kelengkapan yang berat• Peraturan keselamatan bengkel yang ditandatangani oleh semua

pelajar menandakan pelajar memahami.• Alat bantuan mengajar yang menunjukkan penggunaan mesin atau

peralatan yang betul.• Menyediakan papan buletin , poster atau peti cadangan untuk

kegunaan pelajar• Memberi salinan rancangan keselamatan bengkel kepada

pengetua/guru besar utk makluman.

Page 17: Amalan keselamatan

D. PERLAKSANAAN PERATURAN KESELAMATAN.• kemalangan boleh dielakkan jika peraturan dipatuhi.•Guru bertanggungjawab utk melaksanakan peraturan yang telah dibuat , dan menujukkan contoh teladan yang baik untuk melaksanakan peraturan keselamatan bengkel.

E. PENILAIAN PENGAJARAN KESELAMATAN•Penilaian pengajaran keselamatan boleh dilaksanakan dalam bentuk bertulis dan praktis.•Peraturan membolehkan guru:

• Guru mengetahui keberkesanan dirinya menyampaikan maklumat mengenai keselamatan.

• Pelajar memahami semua aspek keselamatan dan dapat bertindak membetulkan kesalahan atau kesilapan diri.

Keputusan penilaian dijadikan laporan bertulis bahawa guru telah mengajar keselamatan kepada pelajar dan dijadikan bahan bukit sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan.