Download - Amalan keselamatan
AMALAN KESELAMATAN BENGKEL
PROGRAM KESELAMATAN BENGKEL
Sebagai pendidik kita perlu menekankan tentang amlan keselamatan bengkel kepada pelajar.
MERANCANG PROGRAM KESELAMATAN BENGKEL
a.) MENETAPKAN OBJEKTIF PROGRAM
i. Memastikan keadaan bengkel yang selamat untuk pelajar bekerja.
ii.Menerapkan dalam diri pelajar pengetahuan disamping membentuk sikap dan juga rasa hormat kepada prinsip-prinsip pencegahan kemalangan sebagai persediaan untuk bekerja dimasa hadapan.
b.) KANDUNGAN PROGRAM KESELAMATAN
•Kenyataan falsafah program iaitu satu pernyataan yang menyebut kepentingan program keselamatan yang berkesan.
•Arahan keselamatan yg merangkumi semua aspek keselamatan termasuk keselamatan persekitaran sekolah dan bengkel dan juga maklumat terperinci berkaitan penggunaan peralatan dan penyelenggaraan.
•Program pemeriksaan keselamatan sbg langkah pencegahan kemalangan, termasuk laporan pemeriksaan yg dilaporkan oleh guru, pelajar, pentadbir atau mereka yg bertanggungjawab utk menilai keselamatan bengkel.
•Jawatankuasa keselamatan bengkel sekolah yang juga melibatkan pelajar. Jawatankuasa membuat cadangan dan keputusan berkaitan keselamatan.
•Rancangan tindakan segera iaitu prosedur terperinci yg perlu dipatuhi oleh setiap individu sekiranya berlaku kecemasan spt kecederaan,kebakaran dll.
•Kempen kesedaran keselamatan supaya semua warga sekolah sentiasa brewaspada dgn keselamatan , adakan aktiviti spt pertandingan,memasang poster,menyediakan papan buletin dan peti cadangan.
Program Keselamatan Secara Pendekatan Sistem.
Menurut V. William DeLuca danW. James Haynie,iii (1989) , pengaplikasian teori sistem dan teknologi kawalan merupakan satu perubahan yang amat signifikan dalam teknologi moden.
Teori sistem memperakui kesan komponen atau sub-sistem ke atas prestasi keseluruhan sistem, kerana setiap sub- sistem memainkan peranan yang menyumbang kepada operasi keseluruhan sistem.
Sebenarnya wujud hubungan yang interaktif antara semua sub - sistem. Sekiranya satu sub- sistem gagal berfungsi dengan baik, maka keseluruhan sistem akan gagal. Untuk memaksimumkan keberkesanan sesebuah sistem, kawalan perlu diwujudkan untuk mengoptimumkankeberkesanan setiap sub- sistem..
Pemantauan proses keselamatan dilakukan melalui
lingkaran - lingkaran maklum balas, dan keputusan yang
dibuat harus mengoptimumkan fungsi setiap sub- sistem
di samping mengambil kira kesan keseluruhan. ke atas
sistem. Sesebuah sistem keselamatan mesti direka bentuk
supaya boleh meminimumkan kecederaan. Komponen-
komponen dalam sistem pula harus merangkumi faktor-
faktor dalam persekitaran yang berpotensi untuk
menyebabkan kecederaaan.Bagi memudahkan kita untuk
memahami program keselamatan secara pendekatan ini,
maka Model Sistem Keselamatan yang telah dibentuk
oleh DeLuca dan Haynie(1989) dijadikan contoh.
Model yang dibentuk untuk bengkel Pendidikan
Teknologi adalah seperti dalam Rajah c.
Penerangan ringkas mengenai komponen-komponen
dalam sistem ini adalah seperti berikut
Persekitaran ( environment)
Program Pendidikan Teknologi terdiri daripada empat
bidang atau sistem teknologi iaitu pembuatan,
pembinaan, komunikasi dan pengangkutan.
Persekitaran merangkumi kemudahan - kemudahan
fizikal yang wujud dalam setiap bengkel program
tersebut. Walaupun terdapat banyakperalatan yang
sama, namun setiap bengkel memiliki keunikan
tersendiri yangmembezakan antara bengkel-bengkel
tersebut. Antara faktor-faktor yangmempengaruhi
keselamatan sesebuah bengkel adalah
pengcahayaan,kebisingan, suhu, zon keselamatan dan
kod warna, penyimpanan, prosedur pencegahan
kebakaran,housekeeping, ergonomik dan keperluan
pertolongan cemas
Manusia ( human factor)
Tahap pembangunan seseorang pelajar akan menentukan
keadaan keselamatan sesebuah bengkel.Semua pelajar
mesti memiliki pengetahuan mengenai peraturan dan
prosedur keselamatan (domain kognitif), dan memiliki
sikap dan nilai yang diperlukan untuk mengaplikasikan
pengetahuan tersebut (domain afektif). Tahap kemahiran
pelajar akan memastikan aktiviti-aktiviti dilakukan
dengan selamat (domain psikomotor).
Walau bagaimanapun, guru memainkan peranan penting
dan bertanggungjawab untuk merancang,mengawal dan
mewujudkan suasana selamat dalam bengkel.
Faktor utama yang menyebabkan kecederaan adalah
perlakuan manusia yang tidak mematuhi arahan-arahan
keselamatan dan prosedur melakukan kerja yang telah
ditetapkan.
Peralatan dan Kelengkapan ( tools & equipment)
Semua peralatan dan kelengkapan bengkel dibentuk
untuk memudahkan dan membantu manusia membuat
kerja-kerja amali dan menggunakan bahan-bahan
seperti kayu,logam atau plastik. Namun, peralatan-
peralatan ini boleh membawa bahaya dan
menyebabkan kecederaan jika tidak digunakan dengan
betul, maka peralatan dan kelengkapan turut menjadi
fokus keselamatan dalam bengkel. Antara peralatan
yang membawa bahaya adalah peralatan tangan
manual, peralatan tangan berkuasa elektrik/ motor dan
mesin tanpa pelindung
Proses ( processes)
Penggunaan peralatan melibatkan pelbagai proses
atau prosedur penggunaannya yang memiliki bahaya
tersendiri. Makapelajar mesti diajar dan belajar
melaksanakan sesuatu proses dengan betul untuk
menghindari kecederaan.
Bahan-bahan ( materials)
Terdapat banyak bahan-bahan dalambengkel apabila
tidak diselenggara dengan betul, akan membawa
kesankumulatif yang boleh menyebabkan penyakit
berbahaya. Oleh itu, bahan-bahan yang digunakan
mestilah diselenggara dan disimpan dengansempurna.
Pembuangan sisa bahan pula harus dibuat dengan
betulsupaya tidak memberi kesan buruk kepada
persekitaran.
Pengaruh Luar ( outside influences)
Sama seperti pihak industri, dalam pendidikan teknologi ,
keselamatan, turut dipengaruhi oleh polisi- polisi daerah dan
kebangsaan. Pengaruh luar merangkumi pengaruh agensi-
agensi awam, pentadbiran sekolah dan juga masyarakat
Maklumbalas(feedback)
Kaedah mengajar dan aktiviti-aktiviti pengajaran adalah
bahagian penting bagi komponen maklum balas
dalamsistem keselamatan ini. Enam komponen,pertama
dalam sistem ini mewujudkan wadah kandungan bagi
merancang sistem. komponen maklumbalas
mengintegrasikan, kandungan ke dalam sistem,
pengajaran berasaskan aktiviti yang melibatkan pelajar
dalam merancang dan mengekalkan sistem keselamatan
Di dalam setiap komponen terdapat faktor-faktor
yang boleh menjadi punca kepada kemalangan. Dalam
program ini, guru dan pelajar bersama-sama harus
dapat mengenalpasti dan menilai faktor-faktor yang
bahaya. Seterusnya mewujudkan sistem maklum balas
untuk mengawal sistem keselamatan bengkel
Faedah Amalan Keselamatan
i.Dapat membendung dan mencegah risiko kemalangan,
keracunan dan penyakit pekerjaan yang boleh menyebabkan
gangguan pada kesihatan, kecederaan malah kematian.
ii.Mengelakkan kerugian akibat kerosakan dan kemusnahan
harta benda.
iii.Pekerjaan dapat dilakukan dengan tekun, efisien dan
produktif.
iv.Produk dan perkhidmatan berkualiti dapat dihasilkan.
v.Industri dapat beroperasi secara berterusan tanpa gangguan.
vi.Produktiviti boleh ditingkatkan.
vii. Keupayaan untuk bersaing meningkat.
TANGGUNGJAWAB GURU BENGKELA. PERLAKSANAAN OBJEKTIF KESELAMATAN• Menanam rasa tanggungjawab menjaga keselamatan diri, orang lain
dan harta benda.• Membantu pelajar memahami kaedah yang selamat untuk
bertindak.• Membantu pelajar membiasakan diri dengan keadaan yangboleh
merbahayakan• Membantu pelajar belajar mengenai amalan keselamatan bagi
aktiviti seharian.• Menggalakkan pelajar menyertai program keselamatan.
B. MERANCANG PENGAJARAN KESELAMATAN.• Baca dan fahami kandungan arahan keselamatan yang hendak
disampaikan kepada pelajar.• Pastikan langkah keselamatan am bengkel ditetapkan.• Tetapkan langkah keselamatan yg spesifik utk setiap bengkel• Merancang arahan dan tunjukcara supaya cara kerja yng betul
ditunjukkan kpd pelajar.• Membuat salinan arahan keselamatan supaya boleh digunakan oleh
pelajar utk mengulangkaji• Edarkan arahan keselamatan kepada semua pelajar baru.
C. PENYEDIAAN ARAHAN KESELAMATAN• Langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku
kemalangan.• Tunjuk cara penggunaan alatan perlindungan diri dengan betul.• Penyelenggaraan peralatan bengkel, mesin dan lain-lain
kelengkapan.• Kaedah yang selamat untuk mengangkat dan memindahkan
kelengkapan yang berat• Peraturan keselamatan bengkel yang ditandatangani oleh semua
pelajar menandakan pelajar memahami.• Alat bantuan mengajar yang menunjukkan penggunaan mesin atau
peralatan yang betul.• Menyediakan papan buletin , poster atau peti cadangan untuk
kegunaan pelajar• Memberi salinan rancangan keselamatan bengkel kepada
pengetua/guru besar utk makluman.
D. PERLAKSANAAN PERATURAN KESELAMATAN.• kemalangan boleh dielakkan jika peraturan dipatuhi.•Guru bertanggungjawab utk melaksanakan peraturan yang telah dibuat , dan menujukkan contoh teladan yang baik untuk melaksanakan peraturan keselamatan bengkel.
E. PENILAIAN PENGAJARAN KESELAMATAN•Penilaian pengajaran keselamatan boleh dilaksanakan dalam bentuk bertulis dan praktis.•Peraturan membolehkan guru:
• Guru mengetahui keberkesanan dirinya menyampaikan maklumat mengenai keselamatan.
• Pelajar memahami semua aspek keselamatan dan dapat bertindak membetulkan kesalahan atau kesilapan diri.
Keputusan penilaian dijadikan laporan bertulis bahawa guru telah mengajar keselamatan kepada pelajar dan dijadikan bahan bukit sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan.