amalan kebersihan sekolah

20
AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH Ismail b Mamat

Upload: ismailmamat

Post on 14-Jan-2017

1.335 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amalan kebersihan sekolah

AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

Ismail b Mamat

Page 2: Amalan kebersihan sekolah

• SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/1997 : Amalan Kebersihan Di Sekolah – Mewujudkan iklim sekolah yang menekankan aspek

kebersihan pada setiap masa. – Menyediakan panduan kebersihan bagi sekolah. – Melibatkan penyertaan semua warga sekolah dalam

perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti peningkatan kebersihan sekolah.

– Melaksanakan saranan dan cadangan yang terkandung dalam Buku Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah.

Page 3: Amalan kebersihan sekolah

• Suasana sekolah yang tenang kemas dan selesa membantu guru dalam menyediakan suasana pembelajaran yang selesa kepada murid mereka

• Kebersihan kelas dan susun atur peralatan di dalam kelas boleh mempengaruhi pencapaian minat pelajar untuk belajar

Page 4: Amalan kebersihan sekolah

Definisi

• Amalan kebersihan sekolah merangkumi usaha-usaha pelaksanaan dan penyeliaan amalan kebersihan dalam mewujudkan persekitaran yang selesa, aman, tenteram, riang, mesra, ceria serta merangsang pembelajaran.

Page 5: Amalan kebersihan sekolah

Objektif• Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang

berterusan dalam menjalani kehidupan seharian.• Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap

kebersihan, keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang disediakan.

• Memupuk semangat bertanggungjawab serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah.

• Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan sekolah.Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria.

Page 6: Amalan kebersihan sekolah

KONSEP & RASIONAL

• Program ini dilaksanakan selaras dengan konsep, hidup sihat di sekolah.

• Mewujudkan alam sekitar sekolah yang selamat, bersih, indah dan ceria.

• Persekitaran yang kondusif kepada proses pembelajaran.

Page 7: Amalan kebersihan sekolah

• Sikap yang perlu disemai bermula dari rumah individu itu sendiri.

• Amalan murni ini dapat diperkembangkan di peringkat sekolah.

• Amalan secara berterusan sepanjang hayat, maka istilah insan yang bersih dapat dilahirkan

Page 8: Amalan kebersihan sekolah

PIAWAI

Page 9: Amalan kebersihan sekolah

Bersih

• Tiada contengan; • Tiada goresan; • Tiada sampah; • Tiada sawang; • Tidak berhabuk atau berdebu; • Tidak berlumut; • Tidak terdapat bau yang kurang menyenangkan; • Sentiasa dinyahkuman untuk mengelakkan

bakteria; • Dalam warna asal

Page 10: Amalan kebersihan sekolah

• Berfungsi • Berfungsi membawa

maksud: • Dijaga dan

disenggarakan dengan baik; dan

• Boleh digunakan dengan sempurna pada bila-bila masa.

• Selamat • Tidak berbahaya; dan • Tidak menjadi tempat

pembiakan serangga atau haiwan perosak.

Page 11: Amalan kebersihan sekolah

Ciri-ciri Kebersihan• Ceria memberi maksud bersih dan cantik dengan

dekorasi, susun atur dan suasana persekitaran yang riang, selesa, suci, murni, menarik dan pelbagai.

• Indah pula memberikan maksud suasana yang cantik, permai, bagus, elok dan molek. Ia juga menyumbang kepada keadaan dan perasaan segar, senang, enak dan tenang.

• Wangi menerangkan tentang keadaan yang berbau harum serta menyenangkan sama ada berbau asli atau menggunakan bahan pewangi yang menyegarkan.

Page 12: Amalan kebersihan sekolah

• Ciri persekitaran sekolah yang bersih juga harus bebas daripada masalah LILATI

• (Lipas, Lalat dan Tikus). • Masalah LILATI boleh membawa pelbagai

penyakit berjangkit seperti keracunan makanan, kolera

• Persekitaran yang bersih secara tidak langsung dapat mengurangkan populasi LILATI.

Page 13: Amalan kebersihan sekolah

Tugas dan Peranan Pihak Sekolah• Menjaga kebersihan kantin, bilik darjah serta bilik guru; • Mencuci tandas sekerap mungkin dan

menyelenggarakan ia secara • berjadual; • Memotong rumput secara kerap; • Membuang sampah sarap ke dalam tong sampah yang

disediakan; • Memastikan beg-beg sampah sarap dikutip secara

berjadual oleh pihak berkenaan; • Mengenal pasti dan menghapuskan tempat-tempat

pembiakan nyamuk Aedes

Page 14: Amalan kebersihan sekolah

• Mewujudkan suasana ceria di sekolah dengan menanam pokok bunga untuk mengindahkan dan menghijaukan persekitaran sekolah;

• Menggalakkan amalan pembuangan sampah dan penggunaan tandas secara betul dalam kalangan murid-murid, warga sekolah dan pihak pentadbiran;

• Memeriksa kebersihan sekolah dan kawasan sekitarnya (kantin, tandas, bilik darjah, padang);

Page 15: Amalan kebersihan sekolah

• Mengadakan program gotong-royong bagi membersihkan persekitaran sekolah berserta aktiviti rondaan kelas yang bertugas;

• Memantau dan menilai keberkesanan program kebersihan melalui pengadilan yang dibuat berpandukan Borang Penilaian Kebersihan;

• Menceriakan kawasan sekolah dengan aktiviti membina taman-taman, tapak semaian serta menjalankan kerja-kerja keceriaan;

Page 16: Amalan kebersihan sekolah

• Meningkatkan tahap kebersihan sekolah dengan mengadakan jadual

• bertugas untuk murid-murid, para guru serta pekerja;

• Melaksanakan tindakan susulan melalui program penambahbaikan; dan

• Mengubah cara pemikiran murid tentang kebersihan melalui pendidikan iaitu melalui penekanan dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Page 17: Amalan kebersihan sekolah

Perkara-perkara asas untuk memastikan makanan bersih dan selamat

• Kebersihan bahan mentah.• Pengendalian makanan yang bersih.• Kebersihan diri pengendali makanan.• Keperluan kemudahan asas yang mencukupi• Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai.• Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang

sempurna.• Penyediaan makanan yang betul.

Page 18: Amalan kebersihan sekolah

Kebersihan Diri

• Menggosok gigi dengan betul• Mencuci tangan• Kebersihan Pakaian• Rambut• Kuku

Page 19: Amalan kebersihan sekolah

Kebersihan Persekitaran

• Kelas• Menyapu sampah• Membuang sampah ke dalam tong sampah• Kebersihan tandas• Penggunaan tandas dengan betul

Page 20: Amalan kebersihan sekolah

Aktiviti Meningkatkan Kebersihan Sekolah

• Gotong royong perdana• Sekolah dalam taman• Pertandingan kebersihan dan keceriaan• Tandas sihat• Amalan gaya hidup sihat