kompilasi proto 'alter terahsia bangsa melayu - v3.5

92
2010 Original Author: Srikandi For: MistisFiles From: Mistis Organisation Republish by Alam Mala ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU (Versi 3.5) PROMO THE HOUSE OF BANI JAWI

Upload: alam-mala

Post on 27-Jun-2015

760 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

1. Pengenalan - Promo 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5' dari Mistis Organization 2. Temubula bersama Srikandi - Sempena selesai volume 3 terdahulu 3. Catatan-catatan Srikandi - Menjelang 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5' 4. Artikel-artikel Pengiring 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5' - Pelajaran I, Pelajaran II, Pelajaran III, dan Pelajaran IV 5. Artikel Utama - 'The Chronicles of Matahari' - 'Alter Terahsia Bangsa Melayu XIII'

TRANSCRIPT

Page 1: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

2010

Original Author: Srikandi

For: MistisFiles

From: Mistis Organisation

Republish by Alam Mala

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU (Versi 3.5)

PROMO – THE HOUSE OF BANI JAWI

Page 2: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

P R O M O – T HE HO U S E O F BA N I J A W I SE L ASA , 2 9 H B J U N 2 0 10

[ HT T P:// M IST I SFI L E S.B L OG SP OT . COM / 2 01 0/ 0 6/ H O U SE -OF -BAN I - J AW I . HT M L ]

Ibnu Athir, seorang sarjana sejarah yang hidup pada zaman pemerintahan Khilafah Abbasiah telah menuliskan tentang satu kelompok bangsa yang berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. Ahli-ahli psikik dan pertubuhan kerohanian Eropah telah lama menuliskan satu bangsa misteri yang berasal dari Tamadun Lemuria dan Mu, yang tenggelam dan bahasa serta budayanya menyebar ke kawasan kepulauan di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.

Siapakah dia Bani Jawi? Pelbagai hipotesis tentang kehadiran kelompok Aryan-Kamboja, raja-raja India, orang Cina, pedagang dan pendakwah Arab, pengembara Parsi, imperial Eropah dan bermacam-macam lagi kaum dan bangsa yang dikatakan adalah percampuran yang menghasilkan apa yang digelar sebagai ‘orang Melayu’, namun mengapa segala bangsa ini menjadi Melayu?

Siapakah induk di Nusantara yang meMelayukan mereka?

Mencari rahsia Kemelayuan ibarat bertarung dengan segala misteri dan rahsia yang telah bersebati dengan angin laut dan kabus pagi. Mencari rahsia Kemelayuan itu bagaikan mencari mutiara terpilih di dasar laut yang kelam di tengah malam di hari mendung pekat kegelapan.

Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai!

Page 3: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

A L T E R T E R A HS I A B A N G S A M E L A YU V E R SI O N 3 .5

Dari Batu Bersurat Talang Tua/Tuwo.

Prasasti-prasasti Champa dan ukiran-ukiran pada Angkor Thom.

Dari nisan-nisan sepi yang ditemani bunga kemboja mewangi.

Dari puing-puing loji melombong besi Kedah Tua.

Maksud-maksud dari kitab Sulalatus Salatin.

Dari Chiang Mai Chronicles, Khmer Chronicles, Mon Chronicles.

Juga rahsia-rahsia tersembunyi di dalam inskripsi Prasat Khna as Sri Narapativiravarman, inskripsi Ta Praya, Inskripsi Prasat Trapan Run.

Juga dokumen-dokumen sulit di dalam bilik kebal Istana Dinasti Chakri.

Dari Kakawin Negarakertagama dan Pararaton.

Dari ukiran kapal dan keris di Borobudur, dan Prambanan.

Dari ukiran gadis berkebaya di dinding Angkor Wat.

Dari bisik-bisikan para pelaut Bugis, Bajau dan Orang Laut.

Dari gerbang istana Srivijaya, dari catatan I-Tsing dan Atisa pendeta dari Tibet.

Catatan-catatan pengembara Arab seperti Mas'udi dan Dulaf.

Dari Tok Batin di pedalaman yang menyimpan peta ke Kota Gelanggi yang terahsia.

Rahsia dari dalam Tasik Chini.

Dan Hutan Belum yang penuh misteri.

Dan pusaka Ayahanda Ibrahim hingga kepada Baginda Rasulullah s.a.w.

Bagai sirih pulang ke gagang, pinang pulang ke tampuk.

MistisFiles dan Mistis Organization

Dengan kerjasama Srikandi "The Last Queen of Malay History"

Kami dengan penuh sukacita,

Membawakan kepada anda, rahsia dari peti pusaka kepunyaan Melati dan Mala.

Page 4: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

" T H E HO U S E O F BA N I J A W I "

Menampilkan...

SIRI ARTIKEL PENGIRING:

Dilema Melayu dan Siam II

Analisis dakwaan Teori Siam Islam

Bayinnaung: Raja atau permaisuri?

Percanggahan antara Naim Firdausi dan Anai-anai

Tentera upahan Portugis dan India Muslim di Burma dan Ayutthaya: Pembohongan istilah Portugis Islam

Rahsia keturunan Syarif Abu Bakar Syah

Siapa sebenarnya Siam Islam?

Asal-usul gelaran Nai, Long, Khun dan Luang

Perbezaan antara Siam, Siam Asli dan Thai

Perbezaan antara orang Siam Thai yang mencedok budaya Siam Asli dengan orang Siam Asli/Melayu

Kecelaruan budaya dan bahasa pendokong Siam Islam

Cabaran Srikandi kepada pendokong Siam Islam supaya menetapkan identiti kaum sendiri

Dilema perkahwinan campur Melayu dengan kaum asing

Pelajaran Pertama:

Apa itu Malayo-Polinesian dan Austronesian

Apa itu Mon-Khmer dan Tai-Kadai

Pelajaran Kedua:

Hubungan antara kaum di Asia Tenggara

Kerajaan-kerajaan purba Asia Tenggara Dvaravati, Lavo, Thaton, Kedah Tua, Gangga Negara, Champa, Majapahit, Ayutthaya,

Kutai dll.

Pelajaran Ketiga:

Kedudukan geografi etnik-etnik Malayo-Polinesian

Pelajaran Keempat:

Belajar tentang kelompok pribumi Asia Tenggara

Menampilkan topik khas tentang asal-usul Orang Asli

Dua kelompok utama Orang Asli Malaysia Malayan Aborigine dan Aslian Mon-Khmer

Ucapan Alu-aluan dari Hermit

Ucapan Alu-aluan dari Srikandi

Page 5: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

ARTIKEL UTAMA:

Marjaya Sriwijaya

Siapakah Srivijaya?

Dari mana kita tahu tentang Srivijaya?

Pelbagai hipotesis tentang Srivijaya

Siapakah Maharaja Zabag?

Catatan Mas'udi

Siapakah Sribhoja?

Dari mana asal-usul Srivijaya?

The Federation of Maritime Powers and Seaports

Srivijaya sebagai sebuah empayar

Penakluk Segala Pelabuhan

"Maharaja Seluruh Kepulauan"

The Guardian of Malacca Straits

Srivijaya sebagai pengasas hegemoni perdagangan

Monopoli dan prestij Srivijaya

Siapakah orang Bugis, Bajau Laut, Orang Laut dan Sulu?

Profesion purba Bangsa Melayu

'The Eastern Norsemen and Phoenicia'

Dari Madagaskar sehingga ke Hawaii

Maulimalaraja dan Sri Dharmaraja

Keturunan Srivijaya

Sejarah bangsa Melayu di Indochina

Bayangan salasilah Melayu di istana Angkor

Siapa Suryavarman?

Bahasa Melayu di istana Angkor?

Siapa Raja-raja Mala (Malaraja)?

Adityavarman,raja Minangkabau,atau raja Angkor?

Hubungan kerabat diraja Melayu dan Khmer

Hubungan Funan dan Chenla

Sri Kambu dan Kambojaraja

Sejarah Khmer dan Kemboja

Kaitan orang Khmer dengan Mon

Kaitan orang Mon dengan Melayu Kedah

Bahasa Melayu Tua dan Mon Purba

Adakah Mon itu berasal dari sukukaum Melayu?

Raja-raja Mon dan Melayu

Keharmonian kerajaan purba Melayu dan Mon

The Sailendras

Apa itu dinasti Sailendra?

Dari mana asal-usul Keluarga Diraja Sailendra?

Mengapa dinasti Sailendra menuliskan prasasti dalam Bahasa Melayu?

Borobudur dan kejuruteraan senibina Melayu Sailendra

Sailendra dan Srivijaya

Sailendra dan Indochina

Sailendra dan Melayu

Page 6: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

The Srivijayan

Raja-raja Srivijaya

Wau Bulan Teraju Tiga

Dewa Laut

Batu Bersurat Keduka Bukit

Perjanjian Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun

"Srivichai"

Hikayat Thai Purba tentang raja-raja Melayu Srivijaya

Apakah yang berlaku kepada orang Melayu 500 tahun Sebelum Masehi?

Mahidhara Court and Ketomala Dynasty

Salasilah Suryavarman I dan II

Siapakah Jayavarman II?

Kaitan orang Khmer dengan Sailendra

Kaitan raja-raja Khmer dan Mon dengan Melayu Srivijaya

Siapa Samala dan Vimala?

Kerajaan Dvaravati dan Pegu

Kerajaan Gelanggi, Kedah Tua dan Gangga Negara

Siapakah Temagi? Mon atau Thai?

Siapakah Dewasura? Mon atau Thai?

Siapakah yang dimaksudkan sebagai ‘Siam Asli’ dalam kitab Sejarah Melayu?

Orang Mon dan Negeri Reman

Champapura dan Langkasuka

Hubungan Kedah Tua dengan Langkasuka

Hubungan Srivijaya dan Langkasuka

Siapakah orang Cham?

Orang Champa berbahasa apa?

"Urang Chempa"

Raja-raja Champa

Che Bonga 'The Red King'

Syair Siti Zubaidah dan legenda Kembayat Negara

Hubungan Champa dengan Chenla

Hubungan Champa dengan Funan

The Javanese and The Kelantanese

Wayang kulit Jawa dan wayang kulit Kelantan

Batik Jawa dan batik Kelantan

Kerajaan Majapahit Timur

Hubungan orang Aceh dengan orang Cham

Empayar Chermin dan Majapahit Timur

Betara Majapahit Timur

Siapa Raja Mandalika?

Misteri Batu Bersurat Terengganu

Pendakwah dari Champa,bukan dari China

Kelantan Serambi Makkah

Kaitan Wali Songo dengan sejarah Jawa dan Kelantan

Po Khun RamaKhamkhaeng, Raja Sukhotai yang dibunuh oleh Ratu Tanah Serendah Sekebun Bunga

Page 7: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Sinar Hidayah di Bumi yang Diberkati

Sejarah Wali Songo

Pendakwah Champa

Pendakwah Arab

Pendakwah Parsi

Rahsia Batu Bersurat Terengganu

Raja Patani dan Champa yang memeluk Islam

Raja Srivijaya yang memeluk Islam

Darah Ahli Bait

Merah Silu dan mimpi bertemu Rasulullah

Sirih pulang ke gagang; bangsa misteri dan agama Allah

...rahsia sampin dan songkok di dalam majlis ‘coronation’ para Mason, makna ‘preah’ dan ‘prah’, warisan Raja Perahu dan Permaisuri Hati, rahsia tanjak dan sampin dalam upacara ritual para Mormon, lagi kod-kod yang dipecahkan dari hiroglif di Kuil Hatsehepsut, Keturunan Raja Gunung dan Darah Naga, lagi rahsia yang digali dari The Egyptian Book of The Dead tentang rahsia budaya mengawet mayat dan hubungannya dengan ‘para dewa’ di Nusantara, lagi… lagi… dan banyak lagi…!

Rahsia Kemelayuan itu ibarat pekat merah darah yang mengalir ngilu di dalam urat kesatria anak-anak bangsa. Mereka yang tidak mahu memahami Melayu adalah mereka yang buta dan tuli kepada sejarah satu bangsa yang hidup begitu bersebati di dunia sebelah sini. Hidup dan mati mereka bergalang nyawa di tanah tumpah darah, nusantara, Alam Melayu warisan tradisi.

Sejarah adalah warisan. Sejarah juga adalah sumber kuasa. Sesuatu bangsa itu akan pupus tidak bersisa sekiranya mengabaikan sejarah bangsanya. Bagaimana? Perlahan-lahan dia akan meninggalkan budaya, bahasa dan jatidiri bangsanya kerana terlalu memandang rendah sejarah bangsanya dan mengkagumi sejarah orang lain, bahasa dan budaya mereka. Nama bangsanya hanya akan tersisa di buku-buku sejarah dan pemeran muzium. Hilangnya kedaulatan sesuatu bangsa adalah sejauh mana bangsa itu kental jatidiri dan semangat untuk terus maju. Dan semua itu, bermula dari sejarah sebagai sumber kuasa yang tidak terkalahkan.

Sejarah bukanlah sekadar bacaan hikayat dan nota-nota untuk lulus peperiksaan. Sejarah adalah sumber kekuatan dan roh kebangkitan. Satu cara untuk meruntuhkan estim diri dan jatidiri sesuatu bangsa, ialah menghapus, memperkosa dan merompak sejarah bangsanya. Bangsa yang diperkosa, dihapus atau dirompak sejarahnya, perlahan-lahan akan mengalami perasaan rendah diri dan akhirnya pupus dari peta sejarah dunia.

Sejarah Melayu adalah warisan bangsanya. Orang Melayu tetap wujud kerana berdiri di atas paksi sejarahnya yang tetap dipelihara zaman-berzaman di tengah-tengah imperialisme dan peperangan. Ketika tamadun Maya pupus dari kelangsungan hidup, orang Melayu masih kekal wujud segala bahasa dan budayanya sehingga ke hari ini. Ketika orang Mon dan Pyu, perlahan-lahan pupus dari persaingan kehidupan dunia dan tidak bernegara, orang Melayu masih punya tanahair dan tanah pusaka. Ketika orang lain tidak punya raja-raja atau dihapuskan warisan berajanya, orang Melayu masih mengekalkan sistem monarkinya sejak beribu-ribu tahun lalu.

Menjejak sejarah Melayu, adalah seindah menjejak namanya. Bagai mempelai cantik beradu, budaya dan bahasa Melayu tetap terlestari sejak zaman-berzaman, adalah titis keringat dan lelehan darah para pejuangnya. Juga buah fikiran dan usaha para pemikirnya. Segala bangsa datang ke nusantara, mencari-cari apakah dia Melayu itu? Apakah keistimewaan Melayu itu?

Sehingga semua bangsa cair menjadi Melayu, dan beranak cucu, mereka masih tercari-cari sehingga ke akhir hayat, masih tidak mampu menjawab segala misteri, siapakah Melayu itu sebenarnya?

Mari kita, sebagai pewaris warisan Kemelayuan, kita cantumkan sejarah ini yang pecah berkeping-keping, kerana pelbagai bangsa di dunia juga datang ke sini untuk mencari-cari makna Kemelayuan itu, bercampurgaul, berkahwin dan tinggal di sini menjadi Melayu. Namun, masih mencari-cari dan akhirnya meninggalkan dunia ini tanpa menggapai apa-apa jawapan kepada misteri Kemelayuan dan menjawab pertanyaan, mengapa aku mesti menjadi Melayu?

Disusun dan diterbitkan oleh,

~ Srikandi "The Guardian of Malay Tabernacles"

Page 8: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

2010

Original Author: Srikandi

For: MistisFiles

From: Mistis Organisation

Republish by Alam Mala

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU (Versi 3.5)

ARTIKEL PENGIRING: TEMUBUAL BERSAMA SRIKANDI

Page 9: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

P E R I N GA T A N : T HE T R A F F I CK E R C O D E

‘The Trafficker Code’ terdiri dari tiga perkara penting. Tiga sahaja. Dan ini adalah tunjang kepada panduan untuk menyelamatkan diri anda dari menjadi keliru. Ingat baik-baik tiga perkara ini:

1. Bukan semua yang ada di dalam dunia ini adalah konspirasi, hasil konspirasi ataupun bersangkut paut dengan konspirasi. Jika anda bertemu dengan satu fakta bahawa terdapat konspirasi pada A, maka tidak semestinya B dan C juga ada kaitan dengan konspirasi. Jangan anggap pokok, kucing anda dan ibu bapa anda adalah ciptaan konspirasi. Ini adalah pandangan yang ekstrim.

Yang penting, anda mesti tapis dahulu maklumat itu. Jangan terima bulat-bulat atau menolaknya tanpa mengkaji dahulu. Fikirkan baik-baik.

2. Tidak dinafikan, sebahagian besar sumber Teori Konspirasi adalah dari para pengkaji Barat. Jadi terdapat dua kategori pengkaji Barat ini

a. Pertamanya mereka yang memang benar-benar jujur mahu mencari kepastian kepada misteri yang terjadi di sekeliling mereka. Mereka sedar terdapat sesuatu yang tidak kena dengan sistem sosial masyarakat mereka dan apa yang mereka tahu selama ini. Mereka pun mula mengkaji dan mengkaji. Dalam hal ini, mungkin 80% kajian mereka boleh diterimapakai, kerana mereka mengkaji berdasarkan kesan-kesan konspirasi yang dialami oleh mereka sendiri. Selebihnya perlu ditapis dan dipadankan dengan sumber kita sendiri.

b. Keduanya para penulis yang diupah oleh The Elite sendiri atau para Orientalis yang menulis dengan tujuan tertentu bagi menghasilkan kesan-kesan yang negatif terhadap khalayak. Antaranya dengan tujuan mahu menimbulkan panik atau kesan bahawa manusia tiada gunanya melawan mereka, kekuatan The Hidden Hand amat gagah dan telah mempengaruhi segenap kehidupan mereka. Jadi mereka mahu ‘brainwash’ khalayak supaya tunduk berserah diri pada kekuatan mereka, menganggap The Hidden Hand ini sebagai ‘Tuhan’ yang dapat menaburkan mereka kekayaan. Lihat, pertamanya mereka menulis segala konspirasi yang berlaku, kemudian mereka akan selitkan seolah-olah Tuhan langsung tidak berkuasa dan jika mahu selamat, berserah diri sahaja pada The Hidden Hand ini. Berhati-hati dengan penulis seperti Zecharia Sitchin atau Alberto Rievera mahupun penulis The Vatican Assassin yang dalam menceritakan pelbagai konspirasi, boleh meleret-leret sehingga Nabi Muhammad dan agama Islam juga dikatakan hasil konspirasi juga! Ini dinamakan merepek dan ada juga di antara mereka yang menganggap makhluk asing adalah punca segala konspirasi ini dan tujuan para ‘alien’ ini adalah untuk menduduki bumi dan memperhambakan manusia!

Moralnya, jangan menjadi mangsa ‘conspiracy theorist’ yang berniat jahat atau keliru.

3. Apa jua konspirasi mereka, perancangan atau pelan, bagaimana hebat atau dasyat sekalipun perancangan konspirasi mereka, semuanya masih jauh untuk mengatasi perancangan dan takdir Allah azza wa jalla.

Gunakan kod panduan di atas ketika membaca atau mengkaji pelbagai teori konspirasi di merata-rata sumber. Ingat tiga poin penting ini.

Page 10: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

D A R I M I S T I S O R GA N I ZA T I O N

Selepas berakhirnya siri Alter Terahsia Bangsa Melayu (ATBM) Volume 3.0 yang lalu, meja pengarang MistisFiles (MF) telah dihujani pelbagai pertanyaan tentang rahsia keMelayuan dan Nusantara. Ada pihak yang menyokong Srikandi malah mengemukakan maklumat-maklumat tambahan untuk berkongsi dengan pembaca MF. Ada pihak yang membangkang dan mengkritik Srikandi. Ada yang tidak berpuashati dengan Srikandi. Ada yang memaki-hamun Srikandi seolah-olah Srikandi telah memusnahkan seluruh hidupnya!

Bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia siri ini telah tersebar dengan meluas apabila seorang peminat dari seberang (?) telah mengedit siri ATBM di dalam bahasa Indonesia dan menyebarkannya di dalam blog-blog, forum dan laman web. Bukan sahaja orang Minang, Bugis, Riau dan sebagainya, malah saudara serumpun dari kalangan orang Jawa dan Sulu tertanya-tanya asal-usul Bani Jawi dan sedar akan kesamaan budaya dan langgam bahasa antara kaum-kaum Nusantara.

Kami telah mengambil inisiatif bertemu dengan Srikandi, editor ATBM bagi membincangkan beberapa persoalan yang tidak sempat dirungkaikan di dalam siri yang lepas. Kami juga akan cuba untuk mengorek pembayang-pembayang bagi siri yang akan datang yang diketahui tajuknya sebagai "The House of Bani Jawi".

Di sebuah cafe yang berlatarbelakang pantai yang indah di semenanjung Yucatan, kami dengan bangganya membawakan kepada anda Temubual Bersama Srikandi. Hayatilah sejarah anda, kerana tanpa sejarah, anda mungkin akan disejarahkan.

~ Mistis Organization

AREA 13

RESTRICTION ZONE

Page 11: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

T E MU BU A L BE R S A M A S R I K A N D I

Catatan:

S: Soalan (dari Mistis Organisation)

J: Jawapan (oleh Srikandi)

S: Sibuk nampak Srikandi sekarang?

J: Tidak juga, kadang-kadang saya ambil angin di Tikal dan Uxmal sambil buat penyelidikan. Bosan... saya berehat di Cancun, ada sebuah resort yang memang kegemaran saya. Menikmati angin Caribbean sambil berangan-angan di lembayung senja memang mengasyikkan.

S: Wah, seronok nampak Srikandi, kalaulah saya dapat kerja yang hebat seperti ini...

(Srikandi tersenyum)

J: Sebenarnya saudara, kebanyakan orang akan fikir pekerjaan orang lainlah lebih menyeronokkan, selesa dan hebat. Seorang jururawat akan fikir kerja seorang doktor adalah profesion yang hebat. Seorang kerani biasa akan fikir kerja seorang pengurus pejabat adalah kerja yang hebat. Seorang cikgu sekolah akan fikir kerja seorang pensyarah universiti adalah kerja yang hebat. Seorang juruteknik fikir kerja seorang jurutera adalah kerja idaman Malaya. Dan semua orang fikir jadi Perdana Menteri nampak hebat namun anda akan tahu betapa peritnya jiwa bila kena menguruskan sebuah negara dan kadangkala jasa kita bukan dibalas dengan terima kasih namun dikutuk dan dimakihamun.

Dahulu ketika saya kecil, saya bayangkan kerja seorang pakar sejarah atau arkeologi yang menyeronokkan. Saya memang meminati bidang sejarah sejak kecil. Saya seorang ulat buku. Sejak umur 7 tahun lagi saya telah membaca tentang sejarah negara-negara Asia Tenggara. Habis satu siri ensiklopedia sejarah di perpustakaan sekolah saya 'dihafal' oleh saya. Ketika di sekolah menengah saya nekad ambil bidang sastera ketika semua kawan-kawan saya cenderung ambil aliran sains. Saya terpaksa berpisah dengan kawan baik saya yang selalu di sisi saya sejak dari kecil, demi mengejar impian saya. Aliran sastera sudah menjadi taboo sebagai aliran yang susah dapat kerja dan membosankan.Namun saya percaya pada diri saya. Selepas habis SPM, saya terus memohon ke Tingkatan Enam, ketika sebahagian besar yang lain terus ke matrikulasi, maktab dan universiti. Sekali lagi saya ambil langkah kurang popular. Anda tahu 'keperitan' di Tingkatan 6? Orang kata kita masih budak sekolah lagi. Masih campur dengan budak-budak hingusan lagi. Tidak ada class. Masih pakai uniform sekolah. Tapi saya nekad. Saya gigih belajar dan belajar bersama-sama rakan-rakan di Tingkatan 6 yang sebahagian besarnya berbangsa Cina. Di sinilah saya belajar bergaul dengan rakan-rakan Cina. Kami bersama-sama menganjurkan Hari Sukan, Hari Persatuan, Hari Kantin dan pelbagai lagi. Kami memimpin 'budak-budak sekolah' membuat aktiviti kemasyarakatan. Ya, memang kami jadi budak sekolah tapi inilah yang menjadikan kami kental sebagai pemimpin yang lasak.

Tidak hairanlah apabila saya lulus cemerlang dan diterima ke universiti, saya dengan cepat diterima untuk menerajui pelbagai acara dan persatuan. Jika tidak saya seorang wanita, mungkin saya sudah menjawat Pengerusi Persatuan Sejarah di universiti saya. Ketika semua pelajar di universiti ketika itu tekun mendengar ucapan saya, saya masih teringat peristiwa saya di‘boo’ dengan samseng-samseng sekolah ketika mengajak mereka derma darah. Saya dilemparkan bungkusan air sirap dan rantai basikal saya dijatuhkan. Saya menangis ketika itu

Page 12: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

mengenangkan betapa bodohnya saya bercampur dengan budak-budak sekolah ini dan degil tidak mahu memohon ke universiti. Namun rakan-rakan Cina saya menenangkan saya dan seorang dari mereka yang saya panggil Win Cun berbisik kepada saya:

"...jika awak lemah semangat, tiada siapa di dunia ini akan dapat tolong awak..."

Saya kesat airmata. Saya bangkit dan pulang ke rumah dengan seribu semangat. Saya tidak mengalah malah terus aktif mengadakan pelbagai acara di sekolah. Saya benar-benar jadi tebal muka. Segala umpatan dan sindiran saya kesampingkan. Saya tahu, budak-budak tidak suka saya kerana ketika itu saya seorang yang agak garang. Mereka panggil saya, "Akak Six Muka Cenge". Perkara paling manis ialah berjaya membawa Pertubuhan Silat Gayong membuka cawangan di sekolah saya. Dan saya juga berjaya melobi Pejabat Pendidikan Negeri supaya mengadakan Hari Membaca Peringkat Negeri di sekolah saya. Saya hampir menangis apabila pengetua mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana membantu sekolah. Namun perkara yang paling saya tidak dapat lupakan sehingga ke hari ini adalah satu peristiwa yang aneh, apabila seorang pelajar Tingkatan 4 menyampaikan pesanan kepada saya supaya berjumpa seseorang di kantin sekolah pada waktu petang. Di kantin saya lihat ramai orang. Tiba-tiba Win Cun menarik tangan saya ke tengah kantin. Saya hanya tersenyum, sebab saya tahu memang hari itu hari jadi saya. Mereka telah buat satu majlis hari jadi khas untuk saya! Tiba-tiba seorang pelajar lelaki yang bertutup muka dengan kain hitam datang dengan membawa sebiji kek besar sambil dipimpin oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5. Saya kenal mereka adalah murid-murid Silat. Apabila kek diletakkan di hadapan saya, mereka membuka tutup kepala pelajar yang membawa kek tadi. Anda tahu siapa dia?

Dialah yang melemparkan bungkusan air sirap ke muka saya!

"Kak, saya minta maaf pasal kejadian hari tu, waktu itu saya memang bodoh...akak maafkan saya ye?"

Saya benar-benar terkedu ketika itu.Waktu ini saya benar-benar menangis. Betapa sikap degil saya tidak mempedulikan segala gangguan dari pelajar itu memberi kesan dihatinya. Dia telah menyertai pertubuhan silat yang saya usahakan dan ini telah mematangkan sikap dan personalitinya.

Apabila saya berada di tempat saya pada hari ini, baru saya sedar betapa sukarnya menjadi ahli sejarah, lebih-lebih lagi sejarah negara sendiri yang pecah berkeping-keping. Sejarah yang dijajah, dijarah dan dipalsukan. Apabila saya beritahu tentang kebenaran sejarah, adakalanya saya dihina dan dicemuh oleh orang yang selesa dengan jatidiri yang diciptakan penjajah untuknya.

(Suasana hening seketika)

S: Wow! Ini boleh bikin filem (Srikandi tersenyum). Apa pun ini satu pengalaman yang menarik. Baiklah, kita masuk ke dalam perbincangan utama kita, iaitu siri ATBM. Apakah inti utama siri ini sebenarnya? Sebab ada yang masih kabur dengan 'puzzle' yang bersimpang-siur di dalam siri ini.

J: Sejarah Melayu Nusantara terpecah kepada dua. Ini yang ingin disampaikan di dalam siri ini. Pertamanya ialah Proto Mala yang memang sedia ada di Nusantara. Proto Mala ini memang misteri namun kehadirannya dapat dikesan dalam bahasa Melayu, tulisan Rencong dan catatan-catatan bangsa purba lain. Siri ATBM yang mendedahkan tentang kaitan bangsa Phoenicia (Kanaan) dan Mesir Purba dengan budaya Melayu Nusantara adalah kunci kepada teka-teki ini. Raja Perehu dan isterinya Hati adalah keturunan Proto Mala. Apabila Nabi Ibrahim a.s tiba ke

Page 13: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Nusantara untuk berdakwah, baginda membawa sekali budaya Phoenicia dan tulisannya sekali. Sebab itu ada tulisan Rencong. Tulisan-tulisan Phoenicia ini digunakan untuk menuliskan ajaran Ibrahim atau Brahma dalam tradisi Avestan Purba. Dari sini muncul gaya tulisa Brahmi, yang digunakan untuk menuliskan kitab-kitab Veda. Kemudian Dravidian (Tamil, Telegu, Malayalam dll) mencedoknya. Kemudian barulah kaum-kaum Asia Tenggara seperti Burma, Tai

dan Khmer mencedoknya. Kita juga ada versi dari Brahmi ini iaitu Kawi dan Aksara. Nabi Ibrahim telah mengambil seorang puteri dari Nusantara sebagai isterinya. Puteri Mayang Mengurai ini punya gelar diraja dan 'ensign' bagi dinasti diraja ini adalah lambang 'Naga' atau 'Ular Besar'.

Dari perkahwinan Nabi Ibrahim dengan Puteri Mayang Mengurai (Keturah, panggilan di Sumeria dan Judah) inilah lahirnya satu ras baru yang lebih bijak dan maju (advance) iaitu Deutro Mala.

Inilah intipati siri ATBM.

Anda boleh lihat siapa yang mula-mula sekali punya tulisan purba, Melayu Nusantara atau kaum-kaum India? Rencong adalah setaraf dengan Brahmi dan Phoenicia namun tulisan Tamil, Devanagari, Khmer dan Tai adalah subBrahmi, iaitu ubahsuai atau dipengaruhi oleh skrip Brahmi. Bahasa Sanskrit adalah bahasa cedokan dari Avestan yang merupakan bahasa suci kitab Zend Avesta yang berisikan ajaran Tauhid Nabi Ibrahim. Cyrus The Great (Raja Koresy, Kurusy) menganut agama Ibrahim yang mentauhidkan Allah s.w.t. Cyrus menganut agama Zoroester (Zarathustra) yang dibawa oleh seorang nabi yang menyambung risalah Nabi Ibrahim. Nabi ini telah menentang orang Magus iaitu puak pagan yang menyembah api. Magus inilah yang membawa agama Majusi.

S: Jadi siapakah Melayu pada hari ini? Adakah orang Jawa itu Melayu?

Page 14: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

J: Deutro Mala tiba dari utara semenanjung. Ketika itu Nusantara telah ada Proto Mala. Indochina ketika itu diduduki oleh Proto Mala. Ketika itu belum wujud lagi orang Tai dan Dai-Viet. Apatah lagi Siam Sam-sam (Srikandi tersenyum kecil). Yang ada mungkin sebahagian kecil aborigine Kecinaan seperti Mon atau Pyu. Boleh juga saya katakan bahawa Deutro Mala itu dahulunya tinggal di Indochina. Jika kita angguk-angguk geleng-geleng dengan Teori Melayu Berasal dari Palembang/Sumatera, mana nak campak orang Cham? Orang Cham ini (dahulu menetap di pesisir pantai Vietnam dan sebahagian Kemboja) adalah benar-benar rumpun Melayu. Bahasa Cham adalah satu bentuk bahasa melayu purba. Anda tahu asal kata 'Orang'? Ini berasal dari kata 'Uran' yang ditemui pada prasasti-prasasti Cham Kuno. 'Uran Utan' sebagai contoh adalah kata Melayu Kuno merujuk kepada ‘orang Hutan’ dalam bentuk moden. Dari semenanjung barulah Deutro Mala ini bergerak ke pulau-pulau sekitarnya termasuk Sumatera.Mereka bercampur dengan Proto Mala. Di Tanah Jawa tidak dinafikan telah ada suku-suku Proto Mala ini. Percampuran Deutro Mala dan suku-suku Proto Mala di Jawa menghasilkan etnik Jawa pada hari ini.

Deutro Mala inilah merupakan nenek moyang kepada melayu moden pada hari ini.

Melayu Riau, Deli, Aceh, Kedah, Kelantan, Johor, Perak, Pahang, Terengganu, Bugis dan sebagainya adalah contoh warisan Deutro Mala yang pekat KeMelayuannya. Di Tanah Jawa terutama di wilayah tengah agak kurang 'rasa Melayunya' kerana ia adalah percampuran Deutro Mala dan Proto Mala. Jadi ada percampuran darah di sini. Namun dengan adanya orang Sunda yang punya budaya bercampur antara Kejawaan dan KeMelayuan, menunjukkan bukti percampuran Deutro Mala dan Proto Mala di Tanah Jawa. Namun Melayu semenanjung adalah benar-benar Deutro Mala asli. Sebab itu saya bahagikan kaum-kaum Nusantara kepada 3 bahagian:

1. Mala-Polinesia: Kaum-kaum Deutro Mala yang terbuka sifatnya dan tinggal di pesisir pantai. Profesion mereka adalah perdagangan maritim. Mereka banyak tinggal di semenanjung, Sumatera dan pulau-pulau lain.

2. Mala KeJawaan: Kaum-kaum Nusantara yang bercirikan budaya Kejawaaan dari induk di Tanah Jawa.

3. Mala aborigine: Proto Mala yang tertinggal dari arus kemajuan. Mereka masih mengamalkan cara hidup dan kepercayaan lama. Mereka tidak bercampur darah dengan Deutro Mala dan terasing dari perubahan. Orang Asli, Jakun dan Dayak adalah contoh aborigine.

Deutro Mala dahulunya tinggal di Indochina. Mereka ada yang sampai ke Yunnan. Sebab itu ada teori yang mengatakan Melayu berasal dari Yunnan. Sebenarnya bukan Melayu itu dari Yunnan, tetapi populasi mereka ada yang sampai ke Yunnan (Yunnan terletak di selatan China dan bersempadan dengan IndoChina). Macam orang Melayu Johor. Kita tahu di Singapura juga ada Melayu, namun adakah orang Melayu berasal dari Singapura? Selepas etnik-etnik Cina yang kalah dan dibuli oleh etnik-etnik yang lebih gagah dan menang perang bergerak beramai-ramai ke selatan, Deutro Mala ini makin terdesak dengan migrasi yang mendadak ramai ini. Dahulu bukan ada peraturan Pendatang Tanpa Izin. Kaum-kaum Kecinaan ini mendadak bermigrasi ke Indochina dalam jumlah yang besar akibat dihalau oleh etnik seperti Han dan Monggol. Akhirnya Deutro Mala ini terdesak berpindah lebih ke selatan atau ke pulau-pulau sekitar Kepulauan Melayu.

Page 15: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Oleh itu jika kita ingin beritahu anak kita yang bertanya,

"Orang Melayu sudah bina apa, ibu? Orang Mesir ada piramid, kita ada apa?"

Katakan padanya, orang Melayu dahulu bina Angkor Wat dan Cham Tower. Namun semua itu sudah berada di dalam wilayah orang lain, dan jadi hakmilik orang lain. Tahukah anda di satu sudut di dalam Angkor Wat, terdapat ukiran dua orang gadis berpakaian kebaya! Senibina Angkor Wat adalah senibina warisan Funan. Orang Melayu juga telah bina Borobudur yang merupakan satu keajaiban. Jika orang Khmer berbangga dengan Bayon dan Angkor Wat yang punya panel relief yang banyak, di Borobudur lebih banyak panel relief ini malah seluruh Borobudur itu

sendiri semacam satu bangunan galeri yang mempamerkan lukisan-lukisan! Adakah Borobudur semata-mata dibina oleh orang Jawa? Majapahit? Salah sama sekali!

Borobudur dibina ketika era Srivijaya, jauh sebelum muncul Majapahit. Ketika itu Tanah Jawa di bawah pengaruh Srivijaya. Borobudur dibina oleh dinasti Sailendra yang berasal dari Sumatera. Dan istimewanya dinasti ini ada kaitan dengan pengasas kerajaan Angkor, Jayavarman II. Jayavarman II inilah yang membawa budaya dan senibina Sailendra-Srivijaya ke Kemboja. Nampak tak di sini raja-raja di asia tenggara ada hubungan di antara satu sama lain seperti raja-raja eropah.

S: Bukankah itu semua adalah kuil Hindu dan Buddha? Nanti ada pihak yang kata Srikandi mengagungkan sejarah Hindu-Buddha.

J: Ya, namun itu semua adalah hasil karya Bani Jawi sebelum di anugerahkan hidayah Allah. Kita bukan hendak membincangkan tentang isu agama, namun topiknya di sini adalah pencapaian dan tamadun orang Nusantara, tidak kira sebelum islam dan selepas menerima islam. Ini yang penting. Adakah kerana ia adalah kuil Hindu dan Buddha, maka kita tidak mengaku ia adalah senibina melayu purba? Fikirkan mengapa kuil-kuil firaun di mesir tidak dimusnahkan oleh tentera islam yang menakluk mesir. Mengapa Amru bin Al-'Ash, seorang sahabat nabi yang berjaya menakluk Mesir tidak memusnahkan kuil-kuil Mesir ini? Jika mereka memusnahkan piramid dan segala senibina Mesir Purba ini, sudah tentu kita tidak akan mengenal siapa Raja Perahu dan Permaisuri Hati.

Page 16: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Sejarah tetap sejarah, namun bagaimana kita bertindakbalas dengan sejarah itu adalah perkara terpenting. Daripada binaan-binaan ini kita tahu bahawa kita ada kemampuan dalam senibina. Namun dari sejarah juga kita tahu bahawa nenek moyang kita mengambil pilihan yang tepat dalam menerima Islam sebagai cara hidup walaupun ketika itu zaman Imperialis telah tiba dan kita tidak sempat membangunkan binaan berciri Islam dengan banyak kerana banyak tenaga dan masa dihabiskan untuk menentang penjajah.

S: Terlanjur bercakap tentang Srivijaya, bolehkah Srikandi terangkan struktur empayar ini secara ringkas?

J: Srivijaya ialah sebuah empayar maritim bersifat penguasaan perdagangan. Pelabuhan-pelabuhan terbaik di sekitar Kepulauan Melayu berada dalam naungan Srivijaya. Setiap negarakota, pelabuhan dan negeri yang bernaung di bawah Srivijaya bebas memerintah dan mentadbir wilayah masing-masing. Namun bila-bila masa balatentera Maharaja akan memantau aktiviti perdagangan di selat Melaka dan sekitar Kepulauan Melayu. Kedah Tua, Langkasuka, Gangga Negara dan Gelanggi adalah antara wilayah naungan Srivijaya. Konsep 'Federation' dalam Srivijaya berbeza dengan konsep Emperium China terhadap negeri-negeri naungannya. Maharaja China tidak berhak mengambil kekayaan Melaka contohnya namun Melaka membenarkan pedagang China berdagang di pelabuhan Melaka. Namun Maharaja Srivijaya mengenakan cukai ke atas pelabuhan-pelabuhan Nusantara menjadikan Srivijaya antara empayar terkaya di Timur Jauh. Ini ada dalam catatan pengembara Cina dan Arab. Malah Empayar Srivijaya pernah menggunakan matawang emas sebagai transaksi perdagangan.

S: Sejak bila empayar ini muncul?

J: Srivijaya adalah 'The Lost Empire' yang hanya diketahui oleh masyarakat Nusantara pada abad ke-20 selepas usaha-usaha penyelidikan dari Barat dan tempatan diusahakan termasuk perbandingan dengan rekod-rekod China dan Arab. Pendapat yang popular yang mengatakan empayar ini bermula sejak abad ke-7 adalah kerana lawatan seorang sarjana dan sami dari China, I-Tsing yang menetap di salah sebuah kota empayar ini untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan agama Buddha.

Seterusnya ditemui juga pada abad ke-9 catatan-catatan pengembara Arab yang melawat Zabaj (Srivijaya) ketika itu. Sebenarnya empayar ini telah lama wujud jauh sebelum abad ke-7 Masehi dan di mana para pengkaji masih berselisih pendapat tentang bilakah empayar ini ditubuhkan. Ada yang mengatakan seawal 3 Masehi dan ada yang berpendapat kerajaan ini sudah ada sekitar 1 Masehi. Maharaja Srivijaya yang terawal dikenal adalah Dapunta Hyang Sri Jayanasa, itupun kerana ditemukan namanya pada Prasasti Kedukan Bukit dan prasasti-prasasti yang lainnya. I-Tsing juga dikatakan menemui maharaja ini. Jika ketika itu catatan pengembara China ini menunjukkan bahawa Srivijaya adalah satu kerajaan yang kaya dan makmur maka sudah tentu Srivijaya telah wujud lebih lama dari saat I-Tsing

Page 17: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

menjejakkan kaki ke Nusantara. Satu empayar yang sudah mewah dan kukuh seperti itu sudah tentu telah melalui jangka masa yang lama untuk bangkit. Kewujudan empayar ini ditimbulkan oleh sarjana Perancis, George Coedès sekitar 1918. Di mana sarjana Belanda dan Inggeris yang menjajah Nusantara? Adakah mereka benar-benar tidak tahu kewujudan empayar ini? Kita kena faham sebarang perkara yang menaikkan semangat, jatidiri dan identiti akan menyukarkan hegemoni imperialis. Jika rakyat Hindia Timur (nama lama Indonesia ketika era penjajahan) sedar tentang kegemilangan mereka dahulu maka ini mungkin akan membangkitkan jatidiri dan semangat nasionalis mereka. Jadi sebenarnya kewujudan empayar ini telah lama diketahui oleh pihak Belanda namun sengaja disenyapkan. Baca catatan seorang sarjana Belanda yang ikut bersama-sama tentera Belanda yang menyerang istana Raja Lombok, di mana tentera Belanda dikatakan telah membakar perpustakaan istana yang menyimpan rekod-rekod penting sejarah Nusantara. Manuskrip-manuskrip daun lontar yang jumlahnya mencapai ratusan musnah begitu sahaja. Antara yang sempat diselamatkan ialah Negarakertagama, yang menceritakan tentang Hayam Wuruk dan Majapahit. Itupun telah disimpan Belanda sehinggalah pada tahun 1973, naskhah asli kitab ini diserahkan kepada kerajaan Indonesia ketika kunjungan ratu Belanda, Juliana Louise Marie Wilhelmina van Oranje-Nassau. Adakah isi perpustakaan Raja Lombok Cakranegara telah terbakar habis? Tidak sama sekali!

Sebenarnya pihak belanda telah mengangkut sejumlah besar khazanah manuskrip nusantara sepanjang penjajahan mereka dan kini tersimpan kemas di Universiti Leiden dan lain-lain.

Kisah rompakan khazanah manuskrip berharga ini sama seperti kisah kapal The Fame yang belayar ke England sambil membawa beribu-ribu khazanah kitab, manuskrip, surat dan skrol. Kapal ini kononnya terbakar di tengah pelayaran padahal sebenarnya khazanah kita selamat sampai di bumi Eropah. Apabila satu universiti di sana mengadakan pemeran surat-surat Melayu, alangkah terkejutnya kita dari mana mereka mendapat semua manuskrip dan surat-surat Melayu ini. Saya sendiri telah menghadiri pameran ini sekitar 90-an dahulu dan hampir menitiskan airmata membaca bait-bait surat cinta seorang jejaka kepada kekasih hatinya yang ditulis lebih kurang 300 tahun yang silam. Betapa halusnya bahasa orang Melayu dahulu, betapa tingginya seni dan sastera mereka.

S: Jadi pada pandangan Srikandi, bilakah wujudnya Srivijaya?

J: Empayar ini telah wujud sekitar ratusan tahun sebelum Masehi, secara peringkat demi peringkat. Bermula dari sebuah negarakota kecil, mereka telah menakluk sedikit demi sedikit Nusantara. Pada awalnya pemerintahan mereka berpusat di semenanjung, kemudian berpindah ke Sumatera, kerana mudah mengawal selat Melaka. Ketika I-Tsing sampai ke kota Srivijaya, empayar ini telah berpusat di Sungai Musi berdekatan Bukit Siguntang. Ingat lagi perjanjian Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun? Demang Lebar Daun inilah antara maharaja Melayu Srivijaya yang tersembunyi dalam sejarah.

S: Menarik, Demang Lebar Daun adalah watak yang misteri dalam Sejarah Melayu. Berkenaan Sungai Musi dan Sumatera, ada teori yang mengatakan orang Melayu berasal dari Sumatera. Apa pandangan Srikandi?

(Srikandi tersenyum kecil, dan melemparkan pandangan ke arah pantai Caribbean)

J: Tidak sudah-sudah dengan teori yang kurang berpelajaran. Anda tahu apa tujuan orang-orang kurang cerdik ini buat teori-teori mengarut ini? Tujuannya supaya untuk mengatakan bahawa orang Melayu bukan penduduk asal Semenanjung. Setengahnya mereka-reka bahawa orang Melayu berasal dari Yunnan, yang lain mengatakan dari Taiwan dan yang lain pula mengatakan dari Sumatera pula. Yang mana satu betul ini? Jika anak-anak Melayu angguk-angguk geleng-geleng dengan semua teori dungu ini saya tidak hairan satu hari nanti mereka

Page 18: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

mungkin mengatakan bahawa orang Melayu berasal dari suku kaum alien dari Planet Zargus. (Srikandi ketawa kecil).

Orang Melayu telah lama menetap di semenanjung, malah dahulu sempadan populasi Melayu sampai ke Indochina. Lama sebelum kerajaan Majapahit muncul, telah ada kerajaan Funan dan Champa. Ini adalah benar-benar kerajaan yang didirikan oleh rumpun Melayu. Siapa orang Aceh? Mereka adalah keturunan Champa yang bermigrasi dari tempat asal mereka akibat perluasan kuasa oleh raja-raja Dai-Viet. Bayangkan dari Vietnam mereka berlayar sehingga ke Sumatera. Jadi sekali lagi, orang Cham telah menyelamatkan kita. Perpindahan orang Cham ke Sumatera adalah bukti bahawa orang Melayu telah sedia ada di tanah besar. Sukukaum-sukukaum KeMelayuan memang dari ras yang terbuka, cepat mesra dan berdiri di atas interaksi bersifat antarabangsa. Sebab itu mereka cepat membina empayar jauh terlalu lama sebelum giliran sukukaum Jawa di Tanah Jawa membina empayar kebanggaan mereka, Majapahit. Raja-raja Majapahit itu sendiri bukanlah semuanya berdarah Jawa asli.

S: Apa maksud anda?

J: Mari kita belajar sejarah Majapahit. Ketepikan sikap dungu sesetengah orang seberang yang buta sejarah. Saya akan bukakan rahsia sebenar buah maja yang pahit. Hanya waris berdarah ‘buah maja yang pahit’ tahu rahsia keturunan mereka. Pengasas Majapahit, Raden Wijaya adalah anak kepada Rakeyan Jayadarma dan Dyah Lembu Tal. Rakeyan Jayadarma adalah anak kepada pemerintah kerajaan Sunda Galuh manakala ibunya, Lembu Tal adalah berdarah kerabat Singhasari. Jadi dari sini kita tahu bahawa Raden Wijaya adalah berdarah campuran Sunda-Jawa. Raden Wijaya mempunyai 5 orang isteri di mana empat darinya adalah puteri Kertanagara, raja terakhir dinasti Singhasari yang dibunuh oleh Jayakatwang, seorang gabenor sebuah wilayah naungan Singhasari yang memberontak. Saya tidak mahu sentuh 4 orang isteri berdarah kerabat diraja Singhasari ini, saya mahu sentuh tentang seorang lagi isteri Raden Wijaya, kerana dia adalah satu-satunya isteri pengasas Majapahit itu yang melahirkan anak lelaki.

Dia bernama Dara Petak. Anda tahu siapa Dara Petak ini? Dia adalah puteri kepada Srimat Tribhuwanaraja Mauliawarmadewa,raja kerajaan Dharmasraya, penyambung dinasti kerabat Srivijaya yang masih tinggal setelah empayar Srivijaya berpecah. Dara Petak adalah berdarah Melayu dinasti Malayu Dharmasraya, tinggalan Srivijaya. Ketika kunjungan hormat Singhasari ke Dharmasraya, rombongan Kertanagara telah menghadiahkan Arca Amoghapasa, satu arca seni yang dibuat khas sebagai persefahaman diplomatik. Ekspedisi ini sering digelar sebagai Pamalayu dan disalahtafsir sebagai 'Perang ke atas Malayu'. Ini adalah tafsiran yang kurang tepat kerana bagaimana Kertanagara boleh menghantar satu arca yang tinggi seninya dalam masa mahu berperang? Sebenarnya kertanagara mahu menyatukan kerajaan-kerajaan Sumatera bersama sama mereka menghadapi serangan Monggol Yuan. Tanpa sokongan balatentera dari kerajaan-kerajaan Nusantara lain, susahlah Singhasari mahu menghadapi tentera Monggol yang terkenal amat ganas.

Sebagai balasan, raja Malayu Dharmasraya telah menghantar dua orang puterinya, Dara Jingga dan Dara Petak untuk dijadikan sebahagian keluarga kerabat diraja Singhasari untuk mengeratkan hubungan baik antara dua kerajaan. Dara Petak berkahwin dengan Raden Wijaya, menantu Kertanagara yang kemudiannya mengasaskan Majapahit. Dari perut Dara Petak, lahirlah satu-satunya zuriat lelaki Raden Wijaya, iaitu Jayanagara dan dia inilah maharaja kedua Majapahit setelah ayahnya meninggal dunia. Jadi maharaja kedua Majapahit ialah dari keturunan Melayu-Jawa. Dara Jingga pula berkahwin dengan seorang pendeta yang dihormati. Dari perkahwinan ini lahir Adityawarman yang kemudiannya menjadi jeneral perang Majapahit dan kemudiannya menubuhkan kerajaan Pagar Ruyung atau nama lamanya Malayapura (Kota Melayu). Dalam sejarah Bali pula, seorang anak Dara Jingga ini menurunkan keturunan raja-raja Tabanan dan Badung. Hmm… seorang keturunan Melayu-Jawa menjadi asal-usul raja-raja Bali.

Page 19: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Sebab itu orang Melayu dan Jawa berkongsi budaya dan langgam bahasa kerana dahulu nenek moyang kita berhubungan di antara satu-sama lain, bukan hanya duduk di kampung bagai katak di bawah tempurung. Jadi kalau darah Melayu sudah ada pada raja-raja Bali, adakah mereka tidak ada kena mengena dengan keris Bali, silat, batik dan tariannya sekali? Ini bukan rakyat biasa, ini keturunan raja-raja.

S: Menarik sungguh cerita raja-raja Nusantara dahulukala ya! Nampaknya mereka ini mengamalkan perkahwinan campur untuk menghasilkan ras diraja yang unik dan terbaik.

J: Ya, kita tidak boleh menyebutkan sejarah Majapahit tanpa menyebutkan peranan Sumatera, kerana tanpa Sumatera, orang-orang di Tanah Jawa tidak mampu membina empayar. Raden Wijaya berdarah Sunda-Jawa dan anak lelakinya berdarah Melayu-Sunda-Jawa. Sepupu Jayanagara, Adityawarman (dari sebelah Dara Jingga) adalah jeneral perang Majapahit dan bersama-sama Gajah Mada menawan wilayah-wilayah seperti Madura, Bali dan juga Sumatera. Perkahwinan campur begini menghasilkan keturunan yang bijak pandai. Mereka pandai berdiplomasi dan berinteraksi antara sesama etnik Nusantara jadi ini memudahkan mereka membina empayar kekuasaan. Jika raja-raja Nusantara ini bersikap dungu seperti bapak-bapak Indonan yang masih hingusan dengan sikap berpecahbelah sesama rumpun Nusantara, nyawa Srivijaya dan Majapahit tidak akan lama memerintah. Mungkin 4-5 tahun terus jatuh kerana tidak bersatu-padu. Ada yang mahu berperang dengan saudara serumpun mereka dari Malaysia semata-mata berebutkan kain batik dan tarian padahal Cina Singapura yang acapkali menipu bapak Indonan ini dengan mencuri air dan 'mengancam' Indonesia tidak pula sibuk-sibuk mahu mengacu-ngacukan buluh runcing kepada Singapura. Takut? Takut dengan kuasa militer Singapura? Mana dia jiwa berani Gajah Mada dan Kertanagara dalam jiwa-jiwa pak Indonan ini? Kertanagara sanggup menghantar arca sebagai tanda persefahaman dengan Dharmasraya dalam menghadapi Monggol, namun bapak Indonan tidak mahu bersatu dengan kita untuk menghadapi ancaman tersembunyi Singapura. Saya pernah membaca satu artikel seorang wartawan Indonesia yang menganalisis hubungan antara Singapura dan Indonesia. Alangkah sedihnya saya betapa negara sebesar Indonesia mampu diperkotak-katikkan oleh negara sekecil Singapura. Bapak Indonan lebih suka melompat-lompat terkinja-kinja memegang buluh runcing sambil menjerit "ganyang Malaysia" saudara serumpun, sebudaya, sebahasa dan seagama dengan mereka dari mengambil tahu betapa Indonesia dibuli oleh Singapura secara senyap.

Orang Singapura yang mencipta video Tarian Pendet, bapak Indonan pula menari tarian Buluh Runcing secara tiba-tiba bagai dirasuk hantu Belanda. Begitu pelik penyakit mereka yang termakan racun Belanda. Padahal jika Indonesia dan Malaysia bersatu, mereka akan kembali menjadi harimau-harimau ekonomi sepertimana era Suharto-Mahathir dahulu. Zionis Singapura campak racun di tanah, pak Indonan berebut-rebut menjilat racun itu sambil terkinja-kinja mahu ganyang Malaysia. Bila orang Malaysia dan Indonesia bergaduh berebut baju dan tarian, yang bertepuk tangan adalah Zionis Singapura.

Sedih sungguh mendengar kedua-dua rumpun ini berebut tarian dan baju batik, namun sejuk mata saya apabila melihat Presiden Indonesia mengadakan kunjungan hormat ke Malaysia dan

Page 20: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

bertemu dengan Sultan Mizan. Kedua-dua mereka beramah mesra dengan masing-masing memakai songkok.

S: Ini ada soalan yang agak sensitif bagi sesetengah orang. Apabila membaca artikel 'Dilema Melayu dan Siam', nampaknya Srikandi menyerang habis-habisan Anai-anai. Apa sebenarnya yang berlaku?

(Srikandi tersenyum sambil mencebikkan bibir)

J: Saya hanya mengusik Anai-anai sahaja. Namun di hati kecil saya, saya tetap menghormati beliau lebih-lebih lagi Nai Long Kassim yang usianya sekitar usia bapa saya. Saya tiada masalah dengan teori salasilah Ayutthaya beliau namun saya terpanggil untuk tampil menjawab kekeliruan beliau yang di tahap kronik apabila merapu-rapu tentang asal-usul Melayu. Teori Anai-anai mengatakan bahawa orang Melayu itu berasal dari Xian, di tengah China! Ini amat melucukan dan benar-benar menggeletek kedua buah pinggang saya (Srikandi ketawa kecil) Sebenarnya lagi jauh Anai-anai merapu dengan teori Melayunya, lagi seronok saya mengusiknya. Ini kerana kelemahannya mula muncul apabila membincangkan asal-usul Melayu dalam kerangka tempurung Siam ciptaannya. Jika Anai-anai tidak memandai-mandai merapu pasal Melayu, teorinya boleh jadi benar. Ini kerana ramai orang tahu sejarah raja-raja Thai yang banyak palsu dan menyeleweng.

S: Tetapi beliau mengemukakan peta-peta lama dan kitab Undang-undang Kedah (UUK).

J: Peta-peta tidak berguna itu? Useless! Peta itupun dilukis oleh orang Eropah. Orang Perancis yang melukis Peta Siam tahun 1730 itu menyangka kerajaan Ayutthaya amat besar. Ini kerana mereka melukis peta itu selepas melawat Ayutthaya. Bagaimana dengan peta semenanjung Melaka itu? Pelukisnya yang kemungkinan pengembara Portugis melukiskan peta itu apabila melawat Melaka dan menganggap seluruh semenanjung di bawah kekuasaan Melaka. Saya sudah tegaskan bahawa terma 'Siam' hanya muncul ketika era Ayutthaya. Sebelum era itu kita masih kabur dengan status orang Siam ini, mungkin kelompok-kelompok etnik-etnik Kecinaan yang menjadi pendatang di Indochina sepertimana orang Tai. Anai-anai dengan angkuhnya mengatakan Melayu itu di bawah rumpun Siam. Saya ingin bertanya sekali lagi, wujudkah rumpun Siam ini? Apa kata bapak Indonan pula? Adakah bapak Indonan bersedia untuk mengaku Siam? (Srikandi ketawa sinis).

S: Bagaimana dengan UUK? Cerita tentang adat Siam ada disebut dalam kitab itu.

J: Itu hanya silap faham Anai-anai mentafsir UUK. Anai-anai mendakwa raja-raja Melayu beradatkan raja-raja Siam, atau dengan kata lain mencedok budaya Siam. Ini adalah tafsiran yang dangkal dan bersifat komik Naruto. Saya petik ayat dalam UUK itu di mukasurat 36:

"Fasal pada menyatakan adat raja-raja yang besar yang dahulu-dahulu itu jika bergelar Paduka Seri Perdana Menteri Mangkubumi.Demikianlah zaman raja-raja dahulu.Pada adat raja-raja di benua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan"

Page 21: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Anai-anai terkeliru apabila menyangka adat raja-raja Melayu berasal dari adat raja-raja Siam apabila membaca sepintas lalu perenggan ini. Nampaknya Anai-anai gagal memahami laras Bahasa Melayu Klasik. Ayat ini menjelaskan tentang adat raja-raja jika membawa gelaran Paduka Seri Perdana Menteri Mangkubumi. Selepas itu diterangkan bahawa di negeri Siam, protokol ini digelar sebagai ‘cau phaya kersan’ mengikut bahasa Siam.

Ini sama seperti jika saya bagi contoh:

"Ini adalah fasal yang menyatakan undang-undang Larangan Merokok. Demikianlah pada zaman itu. Pada tradisi undang-undang di sebelah negara-negara Barat pula undang-undang ini dipanggil Smoking Ban dalam bahasa Inggeris"

Maksud saya perenggan ini menerangkan protokol yang sama namun dipanggil dengan bahasa berbeza. Itu sahaja. Mana datangnya teori mengarut pula adat Melayu berasal dari adat Siam berdasarkan perenggan ini.

Selepas itu penyakit Sam-samnya semakin tenat apabila mendakwa dia langsung tidak menemui kata 'Melayu' dalam UUK. Saya petik dakwaaannya dalam artikel Renungan terbit pada April 2008 di ruangan komen:

"Kalau serumpun, disatukan, rumpun Siamlah kita ini sebab raja-raja daerah kita mengamalkan adat istiadat raja siam. Hari ini raja daerah dah jadi Sultan negeri. Perkataan ‘Melayu’ ini saya belum jumpa lagi dalam Undang-Undang Kedah walau pun ia bahasa pengantar Undang –Undang kedah. Kebaikkan tu banyak lah, antaranya menjelaskan semula sejarah kita. Saya mengaku saya dari rumpun siam. Ramai penduduk dari kedah ini adalah dari rumpun Siam dan mengaku bahawa datuk dan nenek mereka dahulu boleh bertutur dalam bahasa Siam, bukan bahasa thai. Ada yang berasal dari Patani, Yala, Phuket(nama lamanya, Hujung Salang) dan Trang. Di sebelah Yan pula, mereka dari rumpun Acheh seperti Datuk Sanusi Junid, pembaca berita TV3 Yushanani Yushak berasal dari Yan, Kedah. Sementara itu, kenalan saya dari Selangor, ramai dari rumpun Jawa. Namun begitu,bagi kami bekas ikatan utamanya, Siam dan bukannya melayu"

Perhatikan pada bahagian yang mengatakan dia belum jumpa lagi perkataan 'Melayu' di UUK. Ini pembohongan atau lawak jenaka ditahap komik Ujang dan Apo. Padahal pada mukasurat yang sama di UUK ada menyebut kata 'bahasa Melayu'. Saya petik perenggan seterusnya:

"Maka pada zaman raja Johor keturunan daripada anak cucu Sultan Iskandar itu diubah pula digelar mangkubumi itu Paduka Seri Maharaja.Maka pada bahasa Melayu bendahara itu panglima negeri..."

Di mukasurat yang sama, selepas perenggan adat Siam, diikuti pula perkataan 'Melayu'. Jadi apa yang menyebabkan Anai-anai begitu mamai sampai tidak perasan perkataan 'bahasa Melayu' ini?

S: Agak menghairankan penulisan blog sejarahnagarakedah ini. Apa tujuan Anai-anai sebenarnya?

J: Jangan tanya saya pasal tujuan dia menulis blog itu, tapi jika anda bertanya mengapa Anai-anai meleret-leret sampai ke asal-usul Melayu, saya boleh jawab, sebenarnya anai-anai ingin mensiamkan semua orang melayu. Jika semua orang Melayu merasakan mereka berasal dari orang Siam maka secara tidak langsung orang Melayu akan tertunduk-tunduk, tertabik-tabik dan merendahkan kepala di hadapan Anai-anai. Orang Melayu akan dipaksa secara halus untuk memanggil Anai-anai sebagai 'Yang Mulia Anai-anai'. Anai-anai adalah keturunan raja-raja Siam Ayutthaya yang menjajah Melayu. Jadi orang Melayu hari ini kena tunduk hormat dengan keturunan Anai-anai kerana orang Melayu hanya salah satu sukukaum dalam rumpun Siam. Rumpun Siam ini termasuk orang Jawa, Sunda, Bugis, Minang, Aceh dan sebagainya. Maka Anai-anai berhak menuntut takhta kerajaan Malaysia dan Indonesia kerana katanya Ayutthaya

Page 22: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

dahulu menguasai seluruh Nusantara. Tiada Majapahit dan Srivijaya. Semuanya khayalan. Yang benar ialah Siam Ayutthaya Traikolanat Wat Pat Pat Sikulipatsiapacepatdiadapat. Orang Melayu hanya mencedok budaya Siam Sam-sam ini. Orang Melayu adalah pendatang dari Xian. Kemudian orang Melayu jadi rakyat bawahan Siam Ayutthaya. Kemudian orang Melayu berkerjasama dengan Tai dan Inggeris menjahanamkan orang Siam ini sehingga hilang takhta dan wilayah. Orang Melayu perampas takhta raja-raja Siam ini. Inilah cerita Dragonball versi Siam di bawah arahan Anai-anai. Menarik kan?

S: Jadi yang manakah betul rumpun Melayu atau rumpun Siam?

J: Untuk mengetahui yang mana betul, kita lihat apakah bahasa yang benar-benar berkuasa menjadi bahasa penyatuan Nusantara. Adakah anda dan saya ini sekarang bercakap bahasa Siam Ayutthaya? Raja-raja Melayu juga pernah diburu, dijatuhkan dari takhta atau ditakluk. Namun bahasanya tetap menjadi lingua franca Nusantara, bukti kerajaannya pernah menjadi empayar. Raja-raja Ayutthaya juga diburu namun siapa yang mahu bercakap bahasa Siam? Raja-raja Ayutthaya ini sendiri mengharapkan orang-orang Melayu membantu mereka dari kejaran askar Thai. Jadi akhirnya mereka terpaksa belajar bahasa Melayu dan menjadi orang Melayu. Jika Ayutthaya pernah menjadi empayar, sekurang-kurangnya bahasanya tetap kuat sampai ke hari ini. Sepertimana negara-negara Amerika Latin seperti Mexico dan Brazil yang masih berbekas bahasa Sepanyol di sana kesan penjajahan. Mesir kini berbahasa Arab padahal sebelum menerima budaya Arab-Islam, orang Mesir ada bahasa dan tulisan sendiri. Negara-negara Timur Tengah majoriti berbahasa Arab hasil perluasan empayar-empayar Arab-Islam. Mengapa bahasa Inggeris begitu penting berbanding bahasa Perancis pada hari ini? Ini kerana perluasan empayar imperialis British. Jadi ini adalah kesan sosio-politik yang biasa. Bahasa Melayu senang diterima sebagai bahasa penyatuan kerana ia adalah bahasa standard yang digunakan oleh empayar-empayar Nusantara, terutamanya disebarkan ketika pemerintahan empayar Melayu Srivijaya.

Sejarah Melayu ada di Tanah Jawa, apatah lagi di Sumatera. Sehingga pulau Bali sendiri pun berajakan darah Melayu. Anda tahu, tanpa bantuan cucu Raja Malayu Dharmasraya, Gajah Mada pun tidak mampu menakluk Bali. Jadi pada awal pembentukan Majapahit, orang Melayu dan Jawa bekerjasama membina empayar Nusantara. Sejarah Melayu juga ada di Kalimantan dan Borneo. Adakah Brunei itu kerajaan Batak Karo atau Jawa atau Siam Sam-sam? Sejarah Melayu ada di Thailand, Kemboja dan Vietnam. Sejarah Melayu ada di mana-mana sahaja di Asia Tenggara.

Jika benar Ayutthaya menjadi 'federation', raja-raja Ayutthaya mesti berdarahkan Melayu. Bukan semata-mata Siam. Kita tidak pasti, adakah orang Siam Kedah ini berdarah campuran Melayu-Mon, Melayu-Thai atau Melayu-Khmer. Ini kerana nama 'Siam' itu adalah panggilan umum kepada sukukaum-sukukaum utara semenanjung, ringkasnya Indochina. Hari ini orang Thai dan Siam Ayutthaya ini berebutkan nama Siam ini. Nampaknya sekarang siapa yang terlalu panik mencari identiti? Orang Melayu tetap dengan KeMelayuannya. Dan nama Melayu itu sendiri berjaya kekal sebagai inti dalam nama sebuah negara. Mungkin benar sumpah Hang Tuah, "Tidak Melayu Hilang Di Dunia".

Adakah hari ini ada negara bernama Siam? Adakah negara bernama Jawanesia, Sundanesia, Bugisesia atau sebagainya? Namun nama Melayu tersembunyi dalam nama sebuah negara. Ini bukan masalah adakah orang Melayu lebih hebat dari yang lain tetapi budaya KeMelayuanlah yang paling kuat sehingga mempengaruhi budaya etnik-etnik nusantara. Jika orang Jawa hanya duduk diam di dalam pulau Jawa tanpa berinteraksi dengan orang Sumatera dan semenanjung, mungkin mereka hari ini hanya menjadi seperti kaum Batak atau Toraja sahaja. Siapa yang bina Borobudur yang hebat itu? Siapa bina Prambanan? Rakai Pikatan dari dinasti Sanjaya? Siapa permaisuri hati raja Sanjaya Mataram itu? Rakai Pikatan yang dikatakan membina Prambanan berkahwin dengan anak perempuan Samaratungga, Maharaja Srivijaya.

Page 23: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Moralnya sekarang, kita berkongsi budaya yang sama kerana raja-raja Nusantara bercampurgaul antara satu sama lain. Melayu kawin Jawa, Jawa kawin Sunda, Sunda kawin Melayu dan seterusnya. Raja-raja ini memilih berkahwin dengan putera-puteri luar adalah bertujuan menghasilkan baka keturunan yang bijak pandai.

S: Jadi adakah benar-benar ada sukukaum Melayu?

J: Dimana sukukaum Melayu itu tinggal? Orang Sunda tanahairnya di barat Jawa. Orang Madura di timur Jawa. Orang Jawa di tengah Jawa. Orang Bugis di Kalimantan, Sulawesi dan Makasar. Orang Siam, Tai, Khmer dan lain-lain sejarahnya hanya seputar di Indochina. Namun di manakah Melayu itu jika benar-benar ada sukukaum Melayu? Jika saya katakan memang ada sukukaum Melayu, maka ini bermakna tanahair sukukaum Melayu ini adalah mencakupi semenanjung, sumatera dan borneo. Luas bukan? Sebab itu saya bahagikan rumpun Bani Jawi kepada dua subkategori; KeMelayuan dan Kejawaan (tidak termasuk Proto Mala yang aborigine). Ini adalah Deutro Mala yang membentuk orang Melayu dan orang Jawa pada hari ini. Orang Melayu dan Jawa ibarat dua saudara dari satu induk.

Bukti kepada sejarah KeMelayuan yang agung adalah bahasa Melayu. Mengapa bahasa ini tetap wujud dan menjadi bahasa persatuan Nusantara? Sebab-sebab politik dan sosial sudah saya terangkan namun sebenarnya terdapat satu rahsia lain.

S: Apa dia?

J: Sebab darah diraja empayar Srivijaya masih mengalir sehingga ke hari ini. Warisan dari maharaja Srivijaya ini adalah Kesultanan Johor, Pahang dan Perak. Kita tahu bahawa salah seorang keturunan Srivijaya ini telah membina kerajaan di Temasik (Singapura) selepas diancam oleh Majapahit yang mula meluaskan kuasanya. Pernah dengar nama Sang Nila Utama? Makamnya masih ada di Fort Canning, Singapura. Kemudian salah seorang keturunannya iaitu Paduka Sri Maharaja (terkenal dengan panggilan Parameswara) telah berpindah ke Melaka, membina kerajaan. Kita tahu cerita selepas itu. Setelah kejatuhan Melaka, warisan Kesultanan Melaka masih berlangsung di Pahang (Kesultanan Pahang berasal dari keturunan raja Melaka dan Bendarahara), di Perak (Tengku Muzaffar Syah) dan Johor (Tengku Alauddin Syah). Jika diambilkira darah keturunan Srivijaya ini yang masih menjadi raja-raja, usia dinasti Srivijaya berusia lebih 1400 tahun!

S: Sungguh menarik bila kita menyusuri sejarah Nusantara ya!

J: Sebab itu kita kena belajar sejarah kita sendiri, kalau tidak akan terjadi perpecahan akibat salah faham. Kita berperang dengan orang lain padahal rupa-rupanya orang yang kita perangi adalah adik-beradik kita sendiri. Sejarah juga berperanan sebagai pemangkin motivasi. Satu-satunya negara yang mengabaikan sejarah ketika semua negara menumpukan kepada pembangunan sejarah walaupun semiskin Kemboja dan Burma adalah negara kita. Sungguh sedih melihat cara ahli sejarah kita membuat kesimpulan sejarah. Mesti mahu mengaitkan budaya kita datang dari luar. Bila dijumpai ada aborigine Taiwan berbahasa rumpun Melayu, cepat-cepat terhegeh-hegeh menjilat buntut orang Barat dengan mendakwa orang Melayu berasal dari Taiwan. Bila dijumpai ciri-ciri rumpun Melayu di Yunnan, tiba-tiba jadi separuh gila mengatakan Melayu berasal dari Yunnan pula. Ketika ahli sejarah pemalas kita sibuk mengaitkan asal-usul orang Melayu dari pelbagai arah, para pengkaji Barat sedang sibuk mengkaji adakah orang Melayu ini warisan dari benua Lemuria atau Mu yang tenggelam. Menarik kan? Kita sebenarnya memang dari dulu berada di sini, di sini, dan di sini. Bukan dari mana-mana.

S: Terlanjur menyebut tentang Mu, boleh Srikandi cerita sedikit tentang darah naga?

(Srikandi tersenyum aneh)

J: Awak nak pancing saya ya? Saya sudah katakan rahsia darah naga ini amat merbahaya kerana sedikit saya dedahkan, ramai pula mendapat bisa tulahnya sehingga demam kekeliruan

Page 24: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

(Srikandi tersenyum aneh lagi). Saya bukakan sedikit rahsia. Jika anda mahu mengetahui rahsia Darah Naga ini, anda kena dekodkan tulisan-tulisan hiroglif di makam Hatshepsut di Luxor, Mesir. Di sana tersembunyi rahsia Raja Perahu dan Permaisuri Hati, pemerintah Punt. Saya ada draf hasil terjemahan tulisan ini dari Egyptologist di sana. Mereka tidak memahami sebahagian istilah dalam relief itu, tetapi malangnya saya tahu sebahagian perkataan itu bersekali dengan rahsia Perehu dan Hati ini.

(Srikandi merenung tajam, dengan senyuman aneh)

S: Teruskan...

J: Cukup! Biarlah saya simpan dahulu rahsia ini. Biarlah rahsia, kata Siti Nurhaliza.

Siapa yang mahu mendekodkan semua manuskip dahulukala kena kuat dalam pengetahuan sejarah. Misalnya Hikayat Merong Mahawangsa. Ada kisah kapal putera Rom di serang garuda. Lucunya ada orang yang percaya ia benar-benar burung garuda yang besar itu. Salah seorangnya ialah geng Anai-anai. Salah sama sekali. Perlambangan 'garuda' adalah merujuk kepada Empayar Srivijaya. Ketika itu Srivijaya adalah tuan punya Selat Melaka. Siapa yang mahu lalu di selat ini mesti dipantau oleh kapal-kapal peronda Srivijaya. Tidak dinafikan terdapat lanun-lanun di selat ini, dan lanun-lanun ini mempunyai hubungan dengan Srivijaya. Ini samalah seperti Kerajaan British yang mengupah privateer mereka sebagai lanun-lanun untuk merompak kapal-kapal Sepanyol di Atlantik dan Caribbean. Antara warisan Srivijaya yang tertinggal dalam budaya masyarakat Asia Tenggara adalah lambang garuda. Lambang ini adalah lambang Srivichai dan diambil oleh kerajaan Khmer sebagai seni mereka, kemudian dicedok oleh Tai ketika serangan raja Tai ke ibukota Khmer menyaksikan pemindahan segala budaya Khmer ke istana raja Thai. Catatan sejarah menyaksikan bahawa raja Tai mengangkut beratus-ratus penari, tukang ukir dan seniman Khmer ke ibukota mereka sekaligus menyerap segala budaya, tulisan dan kostum Khmer ke budaya Tai yang baru bertapak di Indochina. Tai juga mencedok budaya negeri-negeri Melayu Kuno di selatan Indochina seperti Ligor dan Sri Dharmaraja. Gabungan dari semua budaya cedokan ini lahirlah bangsa Thai sekarang.

Di dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal misalnya terdapat nama Raja Bedurai Putih. Di dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal, Raja Bedurai Putih dari Negeri Tambang Papan itu sebenarnya perlambangan dari raja Portugis, gabenor atau wakil raja atau sekurang-kurangnya raja dari sebuah negeri di Eropah. 'Bedurai' adalah kata 'viceroy' yang diMelayukan atau dalam versi lain menjadi 'wizurai'. Anda boleh nampak sekarang, untuk memahami hikayat-hikayat Melayu, kita kena kuat asas kronologi sejarah. Jika tidak, kod-kod dalam hikayat-hikayat ini tidak dapat dipecahkan. Samalah seperti untuk memahami rahsia tradisi Darah Naga dan 'Pisau Ular'.

S: Bercakap mengenai Khmer, Srikandi ada menyentuh mengenai pengasas Angkor atau Empayar Khmer iaitu Jayavarman II di dalam salah satu siri ATBM. Siapakah beliau sebenarnya?

J: Saya cenderung mengatakan beliau ialah gabenor atau mempunyai hubungan darah dengan dinasti Sailendra. Dinasti Sailendra ialah raja-raja Srivijaya yang menetap di Jawa. Asal-usul mereka ialah dari Sumatera. Jadi mereka adalah cabang dari keturunan diraja Malayu Sumatera. Namun ada pengkaji yang menolak pendapat ini seperti Claude Jacques dan lain-lain. Mereka mengatakan bahawa kata 'chvea' pada batu bersurat di Sdok Kok Thom itu merujuk kepada orang Cham. Ini kerana pada pendapat mereka, Jayavarman II telah lama berhubungan dengan orang Cham dan ini lebih munasabah berbanding beliau tinggal di istana Sailendra di Jawa. Bagi kita, mana-mana teori pun menunjukkan bahawa budaya Khmer adalah berasal dari rumpun Melayu. Mengapa? Teori pertama mengatakan Jayavarman II berasal dari istana Sailendra. Dinasti Sailendra berasal dari Sumatera, dari kerajaan-kerajaan Melayu Purba. Teori kedua mengatakan Jayavarman II ada hubungan dengan orang Cham, dan orang Cham adalah sememangnya rumpun Melayu dan pernah mempunyai tamadun Melayu Purba yang agung! Jadi budaya Khmer tidak dapat lari mesti duduk di bawah bayang-bayang sejarah KeMelayuan.

Page 25: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Sebab itu saya katakan tamadun purba Melayu ada di Indochina. Ini benar-benar ‘The Lost Civilization of Malays’.

S: Kalau boleh kami mahu berbual panjang lagi dengan Srikandi, namun akur dengan masa yang diberi oleh Srikandi...

J: Oh ya! Nasib baik anda ingatkan, saya ni kalau sudah syok bercakap pasal sejarah, lupa dunia...

(Srikandi ketawa kecil)

S: ...jadi sebelum mengakhiri temubual kita, boleh Srikandi ceritakan asal-usul salasilah Srikandi sendiri, mungkin pembaca ingin tahu, sebagai pengkaji sejarah sudah tentu sang pengkaji tahu sejarahnya sendiri.

J: Emmm… emmm… (Srikandi merenung tajam dengan senyuman mencurigakan) Awak nak jerat saya ke? Ini soalan perli nampak?

(Srikandi mula ketawa kecil)

Baiklah, bapa saya berketurunan Jawa yang jika ditelusuri berasal dari Jawa Tengah. Moyang saya jika diselidiki mempunyai hubungan darah dengan Embah Gyatri, salah seorang isteri Raden Wijaya. Cukup saya katakan bukanlah hubungan dekat, bau-bau bacang sahaja. Salasilah ini terlampau kompleks, dan saya pernah melihat salasilah ini ketika kunjungan saya ke Magelang. Itu pun nasib baiklah saya membawa bapa saya kerana dia masih fasih berbahasa Jawa halus. Ibu saya pula berasal dari Perak, tepatnya dari Beruas. Nenek saya (sebelah ibu) punya hubungan dengan salah satu kerabat diraja Perak. Cukup?

S: Nampaknya Srikandi punya darah kedua-dua warisan empayar ini; Srivijaya dan Majapahit...

(Srikandi hanya tersenyum aneh)

J: Saya tidak mahu komen tentang itu, namun saya mahu ulang apa yang dikatakan oleh Win Cun, rakan Cina saya ketika di Tingkatan Enam dahulu, seperti yang saya ceritakan di awal temubual:

"...jika awak lemah semangat,tiada siapa di dunia ini akan dapat tolong awak..."

Hidup ini sebenarnya kejam dan hanya orang yang benar-benar kuat sahaja akan terus wujud. Orang yang lemah semangat, hilang identiti dan jatidirinya akan menunggu masa untuk pupus. Terima kasih kerana menemubual saya.

S: Oh, sepatutnya kami yang berterima-kasih kepada Srikandi kerana sudi meluangkan masa bersama kami.

Page 26: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

2010

Original Author: Srikandi

For: MistisFiles

From: Mistis Organisation

Republish by Alam Mala

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU (Versi 3.5)

ARTIKEL PENGIRING: CATATAN SRIKANDI

Page 27: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

C A T A T A N S R I K A N D I

Catatan Srikandi I

– Catatan Srikandi dari Guadalajara

Isnin, 26hb April 2010

Catatan Srikandi II

– Penyakit buta sejarah

Selasa, 1hb Jun 2010

Catatan Srikandi III

– Bingkisan dari Phnom Penh

Jumaat, 25hb Jun 2010

[Nota: Sumber asal (MistisFiles) adalah artikel bertajuk Bingkisan dari Phnom Penh]

Catatan Srikandi IV

– Puteri Misteri

Khamis, 22hb Julai 2010

[Nota: Sumber asal (MistisFiles) adalah artikel bertajuk Catatan Srikandi III]

Catatan Srikandi V

– Empayar Melayu bukan sekadar bermula di Melaka

Ahad, 17hb Oktober 2010

[Nota: Sumber asal (MistisFiles) adalah artikel bertajuk Catatan Srikandi IV]

Page 28: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

C A T A T A N S R I K A N D I I I SNI N , 2 6 H B AP R IL 20 1 0

[ HT T P:// M IST I SFI L E S. BL OG SP OT . COM / 2 01 0/ 0 4 /CAT AT AN - SR I KAN DI - DAR I -G U ADAL AJ AR A. HT M L]

“Jangan dipendam hati yang duka

Kelak bersarang bermuramdurja

Biar dibuka rahsia di dada

Tiada pekung tiada dhoraka

Tiada curiga semua muditta

Biar dibuka tiada rahsia”

Menyusuri perjalanan jauh dari Calakmul ke Mexico City menimbulkan nostalgia kepada saya ketika masih di belajar di tanah air. Ketika itu saya mengikuti rombongan konvoi ‘The Golden Chersonese’ yang bermula dari Johor Bahru, merentasi Tanah Semenanjung yang bertuah dan kemudiannya melepasi sempadan Thailand di pintu masuk Padang Besar. Seterusnya kami menuju ke Hatyai, Phattalung seterusnya sampai di Ranong (Segenting Kra). Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Bangkok. Seterusnya kami ke Aranyaprathet dan memasuki Kemboja.

Sebahagian dari Peta Dunia (Kurun ke-15) oleh Ptolemy menunjukkan “Sine” (China), "Taprobane" (Sri Lanka) dan "Auria Chersonesus" (Semenanjung Tanah Melayu)

Sepanjang perjalanan itu (khususnya di Indochina), saya mengkhayalkan kisah-kisah dan hikayat Melayu dahulukala seperti puteri kayangan, nenek kebayan, putera raja atau pun pengembara-pengembara dan pelaut (diidentifikasikan sebagai ‘Malim’ seperti Hikayat Malim Deman) pernah terjadi di sini. Saya perhatikan Banjaran Tenasserim (Tenang Siram atau Tanah Sari) yang indah, menimbulkan misteri betapa di sini pernah berdiri beberapa negarakota Melayu Purba pada masa silam. Dan disini juga terjadinya sebahagian hikayat-hikayat purba Melayu yang diceritakan turun-temurun sehingga ke hari ini. Sebenarnya di sini bertaburan orang-orang Melayu di celah-celah nama-nama Thai mereka bersama-sama kaum-kaum lain (Thai khususnya). Di Segenting Kra sebelah Myanmar pula, terdapat perkampungan-perkampungan Melayu di mana orang Burma memanggil mereka sebagai ‘Pashu’. Zon semenanjung yang dihuni oleh ‘Pashu’ ini dikenali sebagai semenanjung Myeik. Pada zaman purba, kawasan ini diperintah bersilih ganti oleh kerajaan-kerajaan Mon dan etnik-etnik Malayan. Seperti yang diterangkan dahulu, orang Mon adalah etnik Indochina antara yang terawal berinteraksi dengan orang Melayu pada masa silam. Namun hubungan orang Mon dan Mela (antara nama purba puak-puak

Page 29: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Malayan di Indochina) amatlah misteri sehingga kini. Terdapat hipotesis di kalangan ahli bahasa mendakwa istilah ‘Mon’ adalah kesalahan sebutan bahasa Kradai (bahasa-bahasa seperti Tai dan Lao) terhadap huruf ‘L’ pada akhir perkataan ‘Mel’ atau ‘Mal’. Ini samalah seperti perkataan ‘Setul’ (nama sejenis buah dalam bahasa Melayu) iaitu nama sebuah tempat di selatan Thai disebut sebagai ‘Satun’ oleh lidah orang Thai.

Tanintharyi adalah nama kawasan yang diduduki oleh orang-orang Melayu Myanmar, merupakan versi sebutan Burma bagi Tanah Sari, satu wilayah purba orang-orang Melayu dahulu kala. Begitu dengan nama ‘Tenasserim’ yang dijadikan nama banjaran gunung di sini sebelum ditukarkan menjadi Tanintharyi adalah istilah Melayu iaitu ‘Tenang Siram’. Betapa misterinya kewujudan orang-orang Melayu di Indochina dan betapa anehnya mengenangkan pesona warisan keMelayuan yang hilang di Indochina.

Sebelum mengkaji Diari Lodgekeeper dahulu, saya benar-benar tidak menyangka bahawa rahsia yang tersimpan di dalam diari ini berkenaan rahsia kerajaan-kerajaan Melayu purba di Indochina adalah amat mengejutkan! Saya ketika itu hanya tahu sedikit sebanyak tentang Champa, satu kerajaan Austronesia yang berbahasa rumpun Melayu di pantai-pantai Vietnam. Saya masih ingat buku rujukan Sejarah Tingkatan Lima terbitan Sasbadi yang saya tatap sebelum menghadapi peperiksaan. Di dalam terdapat tajuk kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara. Tercatat di sana nama Funan dan Champa, dan Champa dinyatakan sebagai ‘kerajaan Melayu terawal’ di Asia Tenggara. Ketika itu saya berbisik di dalam hati, bagaimana terdapat orang Melayu di Vietnam pada masa dahulu!

Pada muka surat ke 37, perenggan ke 5 di bawah tajuk ‘The Realm of Mystic Flower’ ada mencatatkan:

"...tiga kerajaan bangsa bunga-bungaan, Teratai di kiri, Kembuja di tengah dan Champaka di kanan..."

Seroja (Nelumbo nucifera) sering disebut teratai (Nymphaea) walaupun keduanya tidak berkerabat

Ayat-ayat ini benar-benar menimbulkan perasaan aneh kepada saya. Sejak dari itu saya bertekad untuk mencari warisan keMelayuan yang hilang di Indochina. Semakin saya membaca ayat-ayat seterusnya di dalam diari itu, saya semakin menjadi tidak keruan. Betapa di dalamnya terungkap rahsia-rahsia yang begitu lama terpendam selama beribu-ribu tahun!

Selama seminggu saya tiba-tiba mendapat demam panas ketika mengkaji tajuk ‘The Tabernacle of Melati and Mala’. Anehnya, beberapa kali saya mendapat mimpi-mimpi aneh. Saya bermimpi tentang raja-raja purba dan daerah pemerintahannya yang digambarkan aman makmur dan indah permai. Saya bermimpi didatangi seorang puteri raja yang memakai mahkota berkerawang yang mirip sekali dengan perhiasan kepala yang selalu dipakai oleh penari Menora di Kelantan.

Selepas mengalami mimpi aneh itu, saya terus mengatur rancangan untuk melawat negeri pantai timur yang penuh misteri ini, Kelantan Darul Naim, semata-mata mahu melihat dengan lebih dekat ‘headgear’ penari Menora. Sehinggalah ada satu malam saya berpeluang

Page 30: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

menonton satu pertunjukan kebudayaan yang tertutup (saya dimaklumkan dengan polisi kerajaan negeri ketika itu) menampilkan penari Menora. Namun ‘headgear’ mereka tidak sama dengan apa yang dipakai oleh puteri raja dalam mimpi saya itu. Kostum para penari itu seolah-olah penari tarian Thai yang memakai ‘headgear’ yang bermuncung tajam. Saya pun menemui guru Menora yang melatih para penari tersebut dan bertanyakan perkara tersebut. Beliau meminta saya melukiskan bentuk perhiasan kepala puteri raja tersebut. Guru tua itu begitu lama merenung lukisan saya. Tidak berkedip matanya merenung lukisan saya itu.

Beliau memandang saya dan mengatakan bahawa perhiasan tersebut pernah dilihatnya ketika kecil dalam satu persembahan Menora di kampungnya di Songkhla (Singgora). Ia adalah perhiasan satu aliran Menora kuno yang jarang dilihat kini. Namun begitu beliau pun kurang pasti jika tarian itu adalah dari Menora atau tarian lain, namun beliau mengatakan kini Menora jarang memakai ‘headgear’ sebegitu walaupun sesetengah tempat beliau pernah melihatnya mirip seperti itu. Di kesempatan yang amat berharga itu, beliau telah menceritakan sejarah Menora yang begitu menarik bagi saya; penuh misteri untuk mencantum rahsia keMelayuan yang hilang di Indochina.

Beliau menceritakan asal-usul Menora adalah dari Singgora dan pada masa dahulu Singgora adalah sebuah kerajaan Melayu purba yang diperintah oleh Raja Saifafat dan Permaisuri Sri Mala. Tarian Menora ini kononnya diasaskan oleh cucu baginda sendiri. Dari kerabat istana, tarian ini diajarkan kepada orang kampung termasuk orang Thai yang menyerap tarian ini menjadi budaya mereka (orang Tai gemar kepada tarian-tarian, raja Tai pernah mengangkut beratus-ratus penari Khmer ke ibukota kerajaan mereka setelah menakluk Angkor dahulu). Kisah yang diceritakan oleh guru Menora itu amat panjang dan sukar saya mengingatnya namun saya tertarik dengan nama permaisuri Singgora itu yang bernama Sri Mala. Nama tersebut begitu terkesan di dalam diri saya.

Malam itu, saya tidak dapat tidur. Dahi saya berpeluh. Malam itu saya terasa amat panas. Tiba-tiba saya terasa seseorang berada dihujung kaki saya. Saya cuba memanggil rakan saya yang tidur di sudut sebelah bilik, namun suara saya seakan tidak keluar. Saya cuba menjeling ke arah kaki saya. Alangkah terkejutnya saya apabila terpandang seorang wanita yang aneh, dengan memakai perhiasan kepala!

Saya menjerit tidak keruan. Rakan saya terkejut dari tidur dan menenangkan saya. Malam itu saya dapat tidur hanya setelah lampu bilik dibiarkan terpasang dan rakan saya tidur di hujung kaki saya.

Paginya saya terus bergegas ke Kuala Lumpur. Saya terus ke Perpustakaan Negara dan mencari maklumat tentang sejarah Indochina dan kerajaan-kerajaan purba di Asia Tenggara. Sejam saya mencari namun saya masih tidak tahu apa yang saya cari. Ketika asyik membaca, tiba-tiba mata saya tertarik dengan satu perenggan tentang sejarah Hamsavati, sebuah kerajaan purba Mon. Perenggan ini menceritakan raja-raja dari dinasti Mala yang berasal dari ‘Sri Dharmaraja’ dan dari garis keturunan dinasti ini telah menurunkan Samala dan Vimala, dua orang putera yang menubuhkan Hamsavati, kerajaan purba orang Mon. Ini amat-amat menarik dan menyimpan satu rahsia yang begitu penting. Tiba-tiba saya teringatkan ‘Sri Mala’, nama seorang wanita yang menjadi permaisuri sebuah kerajaan purba di Singgora.

Apa kaitan Sri Mala dengan Samala dan Vimala?

Apakah dia dinasti diraja Mala dan apa kaitan dengan Malayu?

Page 31: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Ketika itu saya merasakan saya hampir melengkapkan ‘puzzle’ ini, namun saya masih ragu-ragu tentang perhiasan kepala puteri raja yang saya lihat dalam mimpi dahulu. Apa kaitannya dengan kerajaan Mon, dua orang putera berdarah dinasti Mala, permaisuri Sri Mala dan orang Kelantan?

Saya kembali ke perpustakaan pada keesokkan harinya. Saya cuba berjalan dari satu rak ke satu rak. Hampir dua jam saya menelaah, namun saya kembali menemui jalan buntu. Saya meletakkan kepala ke meja perpustakaan. Saya mengeluarkan ‘walkman’ dan memasang ‘earphone’ ke telinga. Ketika itu saya masih ingat, lagu Siti Nurhaliza, ‘Joget Berhibur’ sedang ke udara. Saya asyik melayan lagu ini sehinggalah ke lirik ini:

"Pohon berembang di atas gunung Tumbuh dibawah pohon meranti Janganlah hidup berulam jantung

Menunggu dia bersama mati"

Tiba-tiba saya tersentak. ‘Déj{ vu’ mimpi saya tentang satu kerajaan purba yang aman permai tiba-tiba menyentak di dalam kepala. Saya ‘reverse’ kan lirik itu kembali dan cuba menarik seberapa banyak ‘channeling’ tentang petunjuk dalam lirik tersebut. Apa maksud ‘pohon berembang di atas gunung’?

Saya mesti cari rahsia Funan, bisik hati saya. Funan adalah bermaksud ‘gunung’. Kemudian saya bergegas mencari maklumat tentang Funan, sebuah kerajaan terawal di IndoChina, sekurang-kurangnya bermula 1 Masehi lagi.

Sekali lagi saya bergegas mencari dan mencari tentang Funan. Funan, seperti yang diketahui umum masih kabur identiti mereka dan menjadi perdebatan antara sarjana untuk menetapkan bahawa adakah ia kerajaan orang Khmer atau dari rumpun Austronesia. Saya telah menemui beberapa buku yang saling berbeza pendapat antara yang mengatakan ia kerajaan Khmer, kerajaan rumpun Melayu (seperti Champa) dan ada yang mengatakan ia diperintah oleh raja Hindu dari India. Saya tidak tahu mengapa, setiap kali saya mencari tentang Funan, saya pasti akan terhenti kepada bahagian Champa, sejak diketahui Funan dan Champa pernah sezaman.

Pada satu ketika, sedang saya mencari-cari, tiba-tiba saya terpandang lukisan-lukisan lakaran ‘headgear’ yang dipakai oleh bangsawan dan kerabat diraja Champa. Alangkah terkejutnya saya apabila salah satu ‘headgear’ itu benar-benar sama dengan perhiasan kepala yang dipakai oleh puteri misteri dalam mimpi saya!

Cerita selepas itu adalah menakjubkan.

Selepas penjajahan, warisan Kemelayuan benar-benar hampir lenyap di Indochina. Penjajah telah memberikan tampuk politik kepada kaum yang dominan dalam wilayah-wilayah jajahan, dan bermula sejak itu, nasionalis masing-masing mula menuliskan sejarah. Nasionalis terutamanya Khmer dan Tai, telah berlumba-lumba menuliskan sejarah bangsa masing-masing. Kecuali Vietnam kerana istana, candi, bangunan dan tempat suci Champa masih terpelihara (Dai-Viet diketahui amat kurang warisan binaannya kerana kerajaannya sama seperti Monggol; berdiri di atas peperangan), nasionalis-nasionalis ini cuba untuk menafikan pengaruh politik Kemelayuan di dalam sejarah negara masing-masing. Raja-raja Tai cuba men'Tai'kan seberapa banyak nama-nama tempat yang berbau Melayu dan menamakan semula raja-raja purba Melayu dalam lenggok Tai. Nama-nama raja Melayu yang pernah memerintah Kambuja terselindung secara misteri dalam nama-nama Hindu mereka dan nasionalis Khmer mendakwa mereka adalah dari keturunan Khmer asli.

Kini pengkaji sejarah dari luar malah dari dalam Thailand dan Kemboja sendiri mengakui pengaruh Empayar Melayu ini yang menurunkan darah keturunan mereka untuk memerintah Suvarnabumi; Srivijaya.

Pada abad-abad terawal di Indochina, segala kisah dan hikayat di sana adalah cerita tentang raja-raja Melayu dan Jawa bersaing sesama sendiri mempertahankan jajahan. Perlu diingat istilah ‘Jawa’ di sini bukanlah orang Jawa di Tanah Jawa, namun satu suku Melayu yang menguasai Indochina pada zaman

Page 32: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

purba. Pada inskripsi dan manuskrip purba Tamil, Sanskrit dan Sri Lanka menyebutkan mereka adalah ‘Javaka’ manakala prasasti-prasasti Khmer menyebutkan mereka sebagai ‘Chaeva’. Melayu di sini merujuk kepada Srivijaya yang terkenal dalam catatan-catatan purba Indochina sebagai ‘Chakravartin’ (pemerintahan universal atau empayar). Saya telah mengetahui satu rahsia penting ketika raja Haripunjaya menyerang Lavo (Lopburi sekarang ‘Lavopuri’) kira-kira abad ke 9. Dari peperangan misteri ini saya mengetahui asal-usul orang Kelantan yang mewakili dialek Pantai Timur dan perbezaan mereka dengan orang Kedah yang berdialek utara.

Terdapat satu suku Melayu terawal yang pernah bersempadan dengan wilayah-wilayah Cina pada zaman purba. Mereka pernah berperang dengan Maharaja Cina dan berjaya menubuhkan kerajaan. Dan saya tahu dari mana asal-usul orang Mon dan kaitan mereka dengan masyarakat Siam Kedah dan Melayu Kedah.

Di Kelantan, terdapat satu kawasan yang dinamakan ‘Jawakoti’ atau Titik Jawa. Ini adalah kawasan yang paling terpenting dalam sejarah Kemelayuan, untuk menghubung era-era purba mereka dengan era Srivijaya menjadi empayar perdagangan maritim. Dari sini saya mengetahui dari mana asal-usul orang Jawa di Tanah Jawa yang tiba-tiba bangkit membina kerajaan, kerana saya tahu orang Sunda terlebih dahulu telah pun lama mempunyai kerajaan mereka sebelum kewujudan Majapahit. Siapakah yang membantu orang-orang Jawa di Tanah Jawa membina peradaban?

Kebanyakan empayar di dunia akan meninggalkan binaan yang agung tanda kemuncak peradaban mereka. Sekadar menyebutkan beberapa contoh, Mesir Purba meninggalkan Piramid Agung Giza, Rom meninggalkan Colosseum, Greek meninggalkan kompleks Athens, China meninggalkan Tembok Besar China, Moghul meninggalkan Taj Mahal dan seteruskan sebagai tanda kemuncak kekayaan material dan hegemoni politik mereka. Namun ketika orang di Tanah Jawa masih belum mempunyai kerajaan, telah terbina kuil

Buddha paling terbesar di dunia, Borobudur. Ketika ini, kuil-kuil Buddha di China amatlah kecil dan sami-sami di sana hanya mampu mengukir patung Buddha di gunung-gunung, yang paling terkenal ialah seperti di Lesyan. Namun satu tamadun yang agung telah berjaya membina satu binaan yang kreatif dan menakjubkan. Sebab itu raja-raja Srivijaya menghantar para pengukir dan tukang batu mereka kepada Maharaja Cina untuk membaiki kuil dan membina candi-candi sebagai menjalinkan hubungan diplomatik. Seorang raja Srivijaya yang bernama Cudamanivarman telah menghadiahkan sebuah loceng yang dinamakan oleh Maharaja China sebagai “Kehidupan Seribu Tahun Yang di Anugerah dari Syurga”. Orang-orang Melayu Srivijaya juga telah dipanggil oleh Maharaja Cina bagi membaiki candi-candi di sana misalnya pada tahun 1079 tercatat di kuil Taois di Kanton nama seorang pembesar dari Srivijaya yang bernama Ci-lo-lo (Chi-lo-lo) yang dihantar oleh Maharaja Srivijaya yang bernama Divakara untuk membaiki kuil tersebut. Maharaja Cina itu memberi gelaran kepada Maharaja Srivijaya itu sebagai “Jeneral Agung”. Betapa manisnya hubungan antara Maharaja Cina dan Maharaja Melayu Srivijaya pada masa silam.

Dari sini saya mengkaji dinasti Sailendra yang sebenarnya berasal dari Melayu Sumatera sebelum menakluk Tanah Jawa dan hubungan mereka dengan kerajaan-kerajaan Melayu terawal di Indochina termasuk hubungan mereka dengan orang Khmer dan Angkor. Kemudian saya mengesan bahawa sebenarnya mereka berasal dari Indochina yang pernah memerintah Kemboja (Funan?) kemudian berpindah ke Sumatera. Nama dinasti ini ada tercatat dalam sebuah kuil purba Khmer.

Page 33: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Saya juga mengetahui rahsia raja-raja Kambujadesa dan Empayar Angkor. Titik kunci bagi semua rahsia ini adalah di Ligor, ketika berdirinya satu kerajaan Melayu dari dinasti Mala Purba bergelar Sri Dharmaraja. Saya menyelusuri sejarah Ketomala dan Sri Melati dari ‘The Ancient Court of Mala’. Dan saya mempelajari bagaimana Ketolamala menubuhkan istana Angkor dan misteri siapakah Sri Kambu.

Pada muka surat 47 di bawah tajuk “The Bloodline of The Kings of Sacred Mountain”:

"Mereka berasal dari satu bangsa misteri yang pernah menerima utusan Mesir Purba pada masa dahulu. Mereka inilah asal-usul gelaran ‘Pharaoh’ yang merupakan sebutan versi Mesir Purba kepada ‘Perahu’ yang tercatat nama Raja Mala ini pada ukiran di Kuil Hatshepsut di Luxor. Samala dan Vimala adalah satu garis keturunan dari Ketolamala berasal dari kelas pemerintahan Mala-Yu purba di Ligor, Negara Sri Darmaraja yang maju dan berjaya"

Dari petunjuk dalam Diari Lodgekeeper ini saya mula mengkaji sejarah Kemboja dan Thailand dan menghubungi rakan-rakan Khmer saya untuk mendapatkan senarai manuskrip, inskripsi dan batu-batu bersurat dari era pra-Angkor sehingga saat-saat kemuncak peradaban Angkor.

Saya belajar tentang Suryavarman II yang membina Angkor Wat. Saya juga belajar tentang moyangnya Suryavarman I dan Jayaviravarman yang dipengaruhi aura Srivijaya. Semua ini membawa saya ke satu dinasti yang samar-samar dalam sejarah Kemboja, Viravamsa.

Inskripsi Phimanakas mencatatkan:

Dhati vrah pada kamraten kamtvan an cri suryavarmmadeva ta sakata svey vrah dharmarajya nu 924 caka

Inskripsi ini menunjukkan hubungan Suryavarman dengan kerajaan Sri Darmaraja (Ligor) atau Tambralingga. Saya telah terangkan sebahagian rahsia Tambralingga di mana seorang raja Melayunya bernama Chandrabhanu pernah berusaha menakluk Sri Lanka.

Kemudian saya menyedari keanehan pada Suryavarman I yang asal-usulnya dinyatakan sebagai ‘came from Malaysia’ pada satu artikel kajian penyelidik Khmer. Kemudian rupa-rupanya keanehan itu semakin membesar apabila saya mendapat tahu dari prasasti demi prasasti, manuskrip demi manuskrip seperti Khmer Chronicle (Botomvaravamsa), inskripsi Prasat Khan as Sri Narapativiravarman, inskripsi Ta Praya, inskripsi Prasat Trapan Run sekadar menamakan beberapa contoh menunjukkan hubungan keturunan mereka dengan dinasti Melayu Srivijaya!

Tidak hairanlah raja-raja Angkor terawal selalu berulang alik ke Jawa kerana di sana terdapat saudara mara mereka dari dinasti Sailendra yang merupakan ‘ruling class’ Empayar Melayu Srivijaya.

Contohnya dalam inskripsi Prasat Trapan Run memperkenalkan seorang raja Angkor bernama Jayavivarman sebagai ‘raja Mala’ (Maulimalaraja), menghubungkan beliau kepada raja Srivijaya bernama Sujita dalam rekod-rekod orang Mon.

Dalam Batu Bersurat Talang Tua yang ditemui di Bukit Seguntang,Sumatera tercatat perkataan ‘Śrīksetra’:

"Pada 23 Mac 684 Masehi, pada ketika itulah taman ini yang dinamakan Śrīksetra dibina di bawah pimpinan Sri Baginda Śrī Jayanāśa. Inilah niat baginda: Semoga yang ditanam di sini, pohon kelapa, pinang... (terjemahan Goerge Coedes)

Śrīksetra adalah sebuah tempat di Burma sekarang dan dikenali sebagai negarakota orang Pyu pada masa silam. Menariknya di antara wilayah Indochina yang tercatat pernah di bawah taklukan Jayanasa, Maharaja Srivijaya yang agung itu ialah Segenting Kera, Dwarawati (Thailand Tengah dan Utara), Khemra Hilir (Kemboja), Khemra Ulu (Laos), Arimadana (Myanmar) dan Sumatera Selatan.

Dahulu kita pernah tinggal di Indochina!

Page 34: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Semua keanehan ini membawa saya ke Angkor Wat sejak saya mengetahui siapa Suryavarman II dan kaitan beliau dengan Sri Kambu, raja-raja Mala dan kerajaan Melayu Ligor. Saya merenung ukiran-ukiran di tembok-tembok Angkor Wat tanpa sebarang tujuan. Bisikan hati saya menuju kepada watak-watak perempuan pada ukiran bas-relief kuil itu. Sebenarnya saya ingin mencari puteri misteri dalam mimpi saya. Malangnya semua watak-watak wanita di Angkor Wat kerap digambarkan tidak menutup bahagian dada. Ini tidak menggambarkan ciri-ciri puteri raja di dalam mimpi saya yang berpakaian seolah-olah kebaya lama. Entah mengapa intuisi saya kuat mengatakan ‘dia’ ada di sini!

Saya mengelilingi tembok-tembok yang menceritakan peperangan dalam Ramayana dan Mahabbrata dan juga sejarah Cham dan Khmer (Khemra). Kemudian setelah letih menjelajah saya berhenti rehat di satu sudut kuil. Kemudian secara tidak sengaja saya terpandang ukiran dua gadis yang seolah-olah berkebaya diukir di satu galeri!

Pakaian dua orang gadis itu amat ganjil dan berbeza dengan pakaian gadis Khmer di ukiran-ukiran tembok lain dan anehnya ukiran dua gadis ‘berkebaya’ ini diukir dalam galeri yang terasing dan nampak istimewa. Saya benar-benar teruja. Siapa mereka berdua? Mengapa mereka memakai kebaya?

“Siapakah kamu sebenarnya?”, berkali-kali saya menyoal ke arah dua ukiran tersebut sehingga tiga orang pelancong Korea menjeling-jeling ke arah saya sambil tersenyum.

Kemudian selepas beberapa lama, barulah saya tahu siapakah sebenarnya Suryavarman II.

Begitu agung dan syahdunya sejarah Kemelayuan pada masa silam.

Satu catatan yang menarik ialah Suryavarman I telah membina Preah Vihear merupakan seorang Raja dari dinasti Malayu yang terakam dalam ‘Riwayat Chiang Mai’ (Chronicles of Chieng Mai). Kemudian Preah Hear direbutkan oleh orang Khmer Kemboja dan Thailand pada hari ini. Sejarah kita telah direbutkan oleh orang lain.

Insya Allah, saya akan jelaskan semua rahsia ini dengan lebih mendalam dalam Alter Terahsia Bangsa Melayu v3.5 akan datang.

Rahsia Kemelayuan bagaikan ‘puzzles’ yang terpisah-pisah di sana-sini. Berada di Indochina membuat kajian tentang Melayu, memaksa saya mengumpulkan rekod-rekod Mon, Khmer, Tai dan Viet. Sejarah Melayu mesti dibaca bersama-sama dalam semua rekod berbeza ini. Ini kerana setiap rekod kaum-kaum ini mengandungi ‘puzzle’ masing-masing yang perlu digabungkan dengan ‘puzzle’ yang dipegang oleh kaum lain. Jika tidak, ia menjadi ‘The Lost Civilization’ yang tergelap dalam sejarah Indochina.

Perlu diingat sekali lagi, sejarah ditulis oleh mereka yang menang.

Sembah salam Srikandi dari Guadalajara

15 April 2010

Page 35: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

C A T A T A N S R I K A N D I I I SE L ASA, 1 H B J U N 20 1 0

[ HT T P:// M IST I SFI L E S. BL OG SP OT . COM / 2 01 0/ 0 6 /CAT AT AN - SR I KAN DI -I I . H T ML ]

Penyakit Buta Sejarah

Apakah kepentingan sejarah? Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan dan puan-puan semua. Apakah kepentingan sejarah kepada manusia khasnya kepada bangsa? Adakah sejarah hanya sebagai cerita-ceriti sahaja untuk didengar? Dibaca? Atau hanya sebagai subjek untuk lulus SPM?

Cuba tanyakan kepada para pemimpin yang buta sejarah. Atau para ‘sejarahwan’ kita yang pemalas dan menganggap bidang sejarah ini hanya sebagai periuk nasi mereka, bukan tanggungjawab kepada bangsa. Saya akan memberitahu kesan buruk penyakit buta sejarah dari seorang pelajar sekolah sehinggalah kepada satu bangsa. Seorang pelajar sekolah yang buta sejarah akan menghadapi kegagalan dalam subjek sejarah. Jika dia gagal dalam subjek itu, keputusan peperiksaannya akan cacat walaupun dia mendapat semua A dalam subjek lain. Namun siapa yang kisah? Kerana dia pun boleh ke universiti jika gagal dalam subjek sejarah. Seorang sejarahwan yang buta sejarah (ini agak mustahil tapi benar) akan membuat kesimpulan yang salah dalam jurnalnya kerana malas membuat kajian sendiri atau setidak-tidaknya berusaha membuat ‘cross-reference’ dengan para sarjana lain. Dia akan mengikut sahaja sejarah kontemporari yang ditulis oleh penjajah. Dia hanya terperuk sahaja dalam pejabat dan jika mengajar, akan mengajarkan silibus sejarah versi penjajah, meneruskan program mengkerdilkan jiwa dan jatidiri bangsanya. Tapi siapa yang kisah, jika mengajar bahawa orang Melayu berasal dari Yunnan atau orang gua sekalipun, duit gaji tetap masuk tiap-tiap bulan.

Seorang pemimpin yang buta sejarah lagi dasyat. Dia akan meneruskan polisi membutakan sejarah bangsanya, jika tidak sebab dirinya yang buta sejarah, mungkn sengaja membutakan matanya sendiri demi mencapai agenda politik sempitnya. Mungkin tapak-tapak bersejarah diarahkan untuk dimusnahkan atas nama pembangunan, atau dibiarkan bersemak-samun tanpa berjaga. Inilah yang berlaku kepada para pemimpin kita tidak terkecuali kaum kerabat raja-raja Melayu. Ini berlainan pula dengan orang luar, misalnya raja Kemboja Norodom Sihamoni misalnya, adalah seorang yang amat mencintai hasil budaya dan seni Kemboja. Kerajaan Kemboja pula sanggup berusaha bermati-matian mempertahankan tapak bersejarah Preah Vihear dari dikebas oleh Thailand. Kerana apa tuan-tuan? Kerana sejarah itu amat penting bagi mereka. Kerana suatu hari nanti mereka tidaklah sedungu sesetengah orang Melayu di Malaysia yang percaya bangsanya adalah hamba sahaya raja Siam Ayutia. Dan percaya bahawa nama bangsanya adalah ciptaan penjajah!

Satu bangsa yang buta sejarah akan ditipu hidup-hidup oleh orang lain. Akhirnya sesuatu bangsa itu akan hilang jatidiri dan tidak mustahil tanahair, apabila tempat tinggalnya didakwa milik orang lain lain dahulu. Kaji tuntutan Filipina ke atas Sabah. Kaji tuntutan Kepulauan Spratly. Kaji kekalahan Malaysia dalam isu Pulau Batu Putih. Kaji Singapura yang sengaja terlepas dari tangan kita. Kaji status Hong Kong setelah tamat penjanjian koloni British. Kaji status Macau setelah tahun 1999 dengan Portugis. Lihat, tanah dan negeri boleh bertukar tangan atas sebab-sebab sejarah, bukan penguasaan ekonomi atau politik. Anda nampak rahsia ini?

Namun siapa yang peduli? Biar bangsa tergadai asal perut sendiri kenyang.

Kita pernah mendengar ada orang mencuri barang, meragut beg, merompak bank dan lain-lain lagi, namun pernahkah kita mendengar ada orang mencuri sejarah, meragut sejarah orang lain atau merompak sejarah orang lain? Inilah yang cuba dilakukan oleh orang-orang yang mahukan tanahair kita ini. Contoh yang paling terbaik setakat ini adalah percubaan yang dilakukan oleh ‘blogsejarahnagarakedah’. Terima kasih kepada penulis blog itu yang menyedarkan kita bahawa kini

Page 36: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

taktik merompak sejarah orang lain sebenarnya memang berkesan ke atas orang-orang Melayu yang dungu sepertimana kejayaan menipu orang Melayu dalam MLM (sistem jualan langsung) sejak sekian lama. Saya merasa amat sedih melihat wajah orang-orang Melayu yang kecewa dan murung ketika kes Island Red Cafe tempoh hari. Saya mahu menjerit sahaja kepada orang-orang Melayu itu, mengapa terlampau bodoh sehingga sanggup ditipu oleh orang lain? Saya percaya harta-benda beratus ribu yang dikumpul oleh orang-orang Melayu untuk menyertai MLM itu adalah harta yang halal dan jujur (bukan hasil judi atau loteri) namun sedihnya dikebas sebegitu mudah oleh orang lain yang kaya-raya atas kesedihan orang Melayu. Kini bukan sahaja segenap benda di Malaysia ini boleh dijadikan modal untuk berniaga, namun kebodohan orang Melayu itu sendiri mampu dijadikan modal berniaga dan menjana wang beratus-ratus ribu!

Fikirkan. Sampai bila mahu hidup dalam keadaan bodoh dan dungu sehinggakan sejarah bangsa sendiri minta diajarkan oleh orang luar? Saya sudah membaca majalah ‘Realiti’ yang diterbitkan oleh geng-geng ‘blogsejarahnagarakedah’ (saya kenal beliau). Dalam ruangan ‘Menjejak Bani Jawi’, memang dinyatakan kesimpulan yang sama dalam laman sesawang milik mereka, mengatakan nama ‘Melayu’ adalah ciptaan dan agenda British. Ini adalah percubaan yang amat berbahaya. Kerana jika semua orang Melayu percaya dakwaan ini, maka soalannya: Apakah nama asal orang Melayu sebenar sebelum kedatangan British?

Maka orang Siam akan mengatakan orang Melayu dahulu bergelar Siam, sarjana India mengatakan asal-usul orang Melayu adalah orang Malayalam (ini amat melucukan) dan Ultrakiasu-Komunis berserta sejarahwan pemalas akan mendakwa orang Melayu berasal dari Cina. Saya sudah terangkan bukti-bukti amat jelas dari pelbagai batu bersurat, juga dari rekod Maharaja Cina, bahawa sebelum kedatangan orang Eropah ke Asia Tenggara, terdapat dua nama panggilan orang luar terhadap kaum-kaum Nusantara. Teks-teks berbahasa Pali dan Sinhala menyebut kita sebagai ‘Jawaka’. Teks Sanskrit menyebutkan kita sebagai ‘Malai’. Manuskrip, prasasti dan legenda Khmer menyebutkan kita sebagai ‘Melayu’ atau ‘Mala’. Rekod-rekod Cina menyebutkan kita sebagai ‘Mo-lo-yu’, ‘Ma-li-yueh’, ‘Mo-li-yu-er’ dan pelbagai lagi bentuk sebutan mengikut dialek atau lidah orang yang menulisnya.

Jawaka, Cheava atau Chawa adalah nama umum kepada seluruh kaum dari Alam Melayu begitu juga ‘Mala’, ‘Malai’, ‘Mo-lo-yu’ dan sebagainya adalah panggilan umum kepada kaum-kaum Malayo-Polinesian di Nusantara. Tidak ada pula terjumpa perkataan ‘Siam’, ‘Ayutthaya’ atau ‘Monggol-Kedah’ pada zaman purba. Tidak ada. Memang tidak ada.

Orang Arab memanggil orang Melayu pada zaman purba sebagai ‘Zaba’ atau ‘Zabag’ iaitu satu versi penyebutan lidah orang-orang Arab kepada perkataan ‘Jawak’ atau ‘Cheava’. Seorang pedagang Arab bernama Sulaiman yang singgah di Asia Tenggara pada tahun 851 Masehi telah mencatatkan bahawa ‘Maharaja Zabag telah menjadi maharaja bagi seluruh kepulauan’. Jadi dari manakah munculnya idea bahawa nama ‘Melayu’ itu sendiri adalah rekaan penjajah semata-mata orang Inggeris memanggil kita ‘Malay’ bukan ‘Siam’?

Namun tidak mengapa jika anda membeli majalah itu, ia tiada kaitan dengan penipuan sejarah oleh mereka. Malah saya sarankan belilah majalah itu kerana banyak perkara lain yang boleh anda baca selain ruangan Menjejak Bani Jawi itu. Bantulah perniagaan orang Islam. Jika mereka kaya, mereka akan bayar zakat dan Insya Allah, wang itu kembali kepada orang Islam khasnya bangsa Melayu.

Mengkaji asal-usul Melayu, mestilah mengkaji sejarah Asia Tenggara keseluruhannya. Tidak boleh anda hanya mengkaji sesempit Malaysia sahaja. Jangan sesekali menulis sejarah Melayu hanya bermula dari Kesultanan Melayu Melaka. Ini adalah kesilapan paling besar para sejarahwan kita. Ini kerana sejarah empayar yang didirikan oleh orang Melayu adalah sejauh 500 tahun Sebelum Masehi (500 B.C)! Ini bukan saya yang kata, tetapi kajian para sarjana Tamil yang mengungkapkan wujud bukti perdagangan antara India dan Nusantara (mereka merujuknya sebagai Srivijaya) sejauh 5 abad

Page 37: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. Lihat, jika tiada orang Melayu yang tahu asal-usul dirinya sekalipun, para sarjana dari seluruh dunia akan tampil memberikan bukti bahawa kita dahulu pernah membina empayar perdagangan yang hebat.

Saya sendiri terpaksa berhempas pulas mempelajari bahasa Sanskrit bagi memahami segala gelaran raja-raja Melayu dahulukala di Indochina khususnya di Ligor (Nagara Sri Dharmaraja) dan Kemboja. Walaupun hanya asas dan terlampau singkat masa pembelajaran saya itu (akibat kesibukan kerja) namun itu semua sudah cukup memberikan saya kunci-kunci rahsia kehadiran darah keturunan Melayu di dalam istana Angkor. Bertuahnya, para sarjana Khmer yang membantu saya adalah amat jujur dengan sejarah dan tidak malu mengaku pengaruh keturunan Srivijaya (Melayu) yang mengalir dalam diri para pembina Angkor Wat. Buat pengetahuan umum, orang Khmer amat anti dengan orang Thai kerana orang Thai adalah pakar dalam mencuri, menipu dan merompak sejarah dan warisan orang lain (ini bukan saya kata, tetapi orang Khmer yang saya temuramah). Jadi fikirkan dengan warisan raja terakhir Ayutthaya yang lari ke selatan Tanah Melayu akibat pemberontakan di dalam kota Ayutthaya sendiri, bersembunyi di kampung-kampung Melayu, masuk Islam dan menjadi Melayu. Hari ini orang Thai Ayutthaya yang berubah menjadi Melayu Islam masih berdegil mahu merompak sejarah orang lain walaupun cuba dinasihati berkali-kali.

Saya mengkaji dinasti Ketolamala, Mahawangsa, Mahidhara, Kamara serta Wirawangsa. Saya juga mengkaji gelaran ‘Maulimalaraja’, ‘Kambojaraja’ dan ‘Paramakamboja’ yang dirujuk oleh pakar sejarah Khmer sebagai ‘berasal dari Kepulauan Melayu’. Saya juga membaca sejarah dinasti Padmavamsa (wangsa bunga seroja) iaitu nama keluarga bagi Chandrabanu, seorang Raja Melayu Tambralingga yang pernah menyerang Sri Lanka. Menariknya saya telah membaca jurnal kajian pakar sejarah Khmer tentang Funan (umum mengetahui orang Khmer bermati-matian mempertahankan bahawa Funan adalah kerajaan mutlak orang Khmer) yang membuat kesimpulan bahawa seorang raja Funan bernama Fan Man atau Fan Shih Man (nama dalam rekod China) adalah berasal dari Kepulauan Melayu kerana mempunyai gelaran ‘Sri Man Dharmaraja’ yang ditemui dalam inskripsi di Dong-duong. Para sejarahwan Kemboja mengenalpasti bahawa gelaran itu adalah gelaran khas yang biasa dipakai oleh istana Kamara dari kerajaan Melayu Ligor. Seterusnya mereka mengaitkannya dengan satu dinasti Melayu iaitu Paramakamboja di mana Sri Kambu, iaitu satu lagi watak legenda penubuhan Kemboja, berasal. Menarik bukan?

Ini bukan untuk menuntut Angkor Wat atau Kemboja adalah milik Malaysia. Tetapi ini adalah sekadar memberitahu realiti sejarah Kemelayuan sebenar. Biarlah Angkor Wat atau Kemboja ditangan orang Khmer, ‘saudara jauh’ Melayu itu, namun jangan sesekali anak-anak Melayu merasa rendah diri dengan bangsa mereka.

Saya juga mengkaji asal-usul dinasti paling berkuasa di Asia Tenggara, Sailendra. Umum mengatakan mereka adalah dinasti Jawa yang memerintah Jawa. Ya, betul mereka adalah pemerintah Jawa. Namun bukan orang Jawa! Kajian dari pakar sejarah Indonesia mendapati mereka adalah dinasti Melayu, mungkin dari Sumatera atau Semenanjung. Ini kerana semua prasasti atau batu bersurat yang mencatatkan nama dinasti ini sama ada dalam bahasa Sanskrit atau Melayu Tua (Old Malay). Prasasti Ligor ada mencatatkan nama ‘Sailendra’ ini dalam bahasa Sanskrit, manakala di Jawa, prasasti-prasasti oleh keluarga pemerintah ini ditulis dalam bahasa Melayu Tua! Bagaimana satu dinasti yang kononnya dikatakan adalah raja-raja Jawa menulis kemegahan dinastinya dan nama keluarganya dalam bahasa Melayu Tua!

Nama Sailendra juga dikenali dalam kesusasteraan Indochina. Sri Ksetra di Burma adalah warisan Srivijaya, kemudian oleh dinasti Sailendra. Saya baru sahaja mencantumkan misteri Sri Ksetra di Burma yang dikatakan pernah diduduki oleh Empayar Melayu Srivijaya. Dalam Batu Bersurat Talang Tua tahun 684 masehi yang ditulis dalam bahasa Melayu Tua ada mencatatkan:

Page 38: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

"Pada tarikh 23 Mac 684 Masehi, pada ketika itulah taman ini yang dinamakan Sriksetra dibuat di bawah pimpinan Sri Baginda Sri Jayanasa. Inilah niat baginda: Semoga yang ditanam di sini, pohon kelapa, pinang, aren, sagu, dan bermacam-macam pohon, buahnya dapat dimakan, demikian pula pokok buluh, waluh, dan pattum, dan sebagainya; dan semoga juga tanaman-tanaman lainnya dengan bendungan-bendungan dan kolam-kolamnya, dan semua amal yang beta berikan, dapat digunakan untuk kebaikan semua makhluk, yang dapat pindah tempat dan yang tidak, dan bagi mereka menjadi jalan terbaik untuk mendapatkan kebahagiaan. Jika mereka lapar waktu beristirehat atau dalam perjalanan, semoga mereka menemukan makanan serta air minum..."

Dalam jurnal yang diterbitkan oleh sekumpulan pakar sejarah Khmer, ada menyebutkan istana raja-raja Sailendra di Sri Ksetra dan ‘puzzle’ dari rekod penulis China ada menyebutkan berdekatan Sri Ksetra adalah dua kerajaan Kunlun; Kunlun Kecil dan Kunlun Besar. Dari rekod Sin Tang Chou:

"Dari Mi-tchen, kami tiba di Kouen-lang di mana hidup satu puak dari Kunlun Kecil; rajanya bernama Mang-si-yue; budayanya sama seperti Mi-tchen. Dari Kouen-lang, kami telah di Lou-yu di mana ia adalah kerajaan bagi raja Kunlun Besar. Rajanya bernama Seu-li-po-po-na-ta-chan-na. Negerinya lagi besar dari Mi-tchen. Dari sini kami tiba di Tcha iaitu di Moti-pa dalam masa separuh hari".

Perkataan ‘Lou-yu’ adalah versi sebutan penulis Cina bagi ‘Melayu’. Seterusnya penulis Cina itu menyebutkan ‘Grand King of Kunlun’ yang menunjukkan status ‘Maharaja’. Ini adalah merujuk kepada Maharaja Jayanasa atau maharaja-maharaja Srivijaya yang lain. Bukti lain adalah dari tradisi Burma yang menyebut pengasas Sri Ksetra adalah ‘Dattabaung’ dan ini adalah dalam bahasa Pyu yang bermaksud ‘maharaja’. Ini baru sahaja jajahan Kunlun (Melayu) di Indochina, belum lagi di kawasan kepulauan di mana para pengembara Arab menyebutnya sebagai ‘Maharaja bagi seluruh kepulauan’. Lihat, begitu luas pengaruh Empayar Melayu Srivijaya dalam sejarah Asia Tenggara.

Selepas mengkaji sebahagian kesusasteraan dan prasasti Khmer, Thai dan Mon, saya benar-benar terkedu dan hampir-hampir menitiskan air mata apabila mendapati bahawa dahulu raja-raja Melayu begitu berpengaruh dalam istana Angkor dan sejarah

Kemboja. Patutlah nama ‘Kemboja’ itu sendiri amat dekat dengan orang Melayu. Legenda Khmer mengatakan bahawa sejarah mereka dibentuk oleh ‘The Father of Brahmin’ dan ‘The Mother of Soma’. Dan apabila saya mengkaji jurnal-jurnal dari sejarahwan Indonesia, saya menemui bahawa nama keluarga (dinasti) bagi Dharmasetu, seorang maharaja Srivijaya antara terawal diketahui adalah dari Dinasti Soma! Semua ini dengan bukti bahawa Sri Kambu, seorang lagi legenda Khmer yang dikatakan ‘came from grass-root of Malay Archipelago’ menunjukkan beribu-ribu tahun dahulu, orang Melayu pernah mendominasi seluruh Asia Tenggara malah adalah pribumi juga!

Perkataan Melayu itu sendiri memiliki harganya yang tertentu. Ada orang berebut-rebut mahu dikatakan Melayu atas sebab Islam dan budaya. Kaum-kaum lain yang masuk agama Islam secara tidak langsung terpengaruh dengan budaya dan bahasa Melayu sehingga lama-kelamaan anak-anak mereka menjadi Melayu sepenuhnya selepas satu generasi misalnya. Inilah punca apa yang dikatakan jika

Page 39: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

masuk Islam, maka dia juga akan ‘masuk Melayu’. Ini terjadi ke atas golongan India Muslim Malaysia (konotasi umum: Mamak) yang mahu lari dari bayang-bayang Hindu dan keIndiaan, mahu bergabung dengan orang Melayu sepenuhnya untuk ‘meningkatkat taraf perhubungan sosial’. Ada yang mahu dikatakan Melayu atas sebab subsidi dan hak-hak peribumi. Kesampingkan dengan makna-makna negatif yang dikaitkan dengan nama ‘Melayu’ sehingga ada yang mengeluh ‘aku malu bernama Melayu’, kerana ramai lagi yang berlumba-lumba mahu masuk Melayu kerana sebab-sebab tertentu.

Jika ada yang malu mengaku Melayu, ini tidaklah menghairankan tetapi bukan dua nama ini: Bani Jawi dan Srivijaya. Ini adalah dua nama yang memiliki harga paling mahal di Asia Tenggara malah menjangkaui seluruh dunia. Saya akan mulakan dengan ‘Srivijaya’. Ini telah diketahui seluruh dunia bahawa satu-satunya empayar maritim yang amat-amat berjaya. Bangsa-bangsa lain yang diketahui profesion mereka adalah di laut seperti Phoenicia dan Viking (Norsemen) tidak pernah membina rangkaian perdagangan dan empayar maritim sehebat Srivijaya. Tetapi orang Melayu telah membinanya. Tetapi cerita mereka bukan di Malaysia, tetapi di luar negara. Sebab itu orang Melayu Malaysia bersama para sejarahwan dan pemimpin politik mereka hanya melompat-lompat dan berteriak dengan sejarah Melaka sahaja. Maka jadilah sejarah orang Melayu bermula di Melaka sahaja. Sebelum itu? Sebelum itu orang Melayu menjadi bangsat atau duduk di dalam gua sahaja. Benar-benar menyedihkan.

Ini kerana Srivijaya adalah satu-satunya empayar yang paling effektif, yang benar-benar ada dalam sejarah Asia Tenggara setakat ini.

Srivijaya adalah satu-satunya kerajaan yang bertindak sebagai empayar yang memiliki sistem ‘federation’. Maksudnya semua kerajaan dan tanah di Asia Tenggara tunduk dan bernaung di bawah raja-raja Melayu Srivijaya, untuk bersama-sama menyertai perdagangan maritim yang dibuka oleh Srivijaya. Bukan konsep imperialisme dari Barat. Tetapi konsep ‘perdagangan maritim’ yang benar-benar memeningkan ramai sarjana Eropah bagaimana orang Melayu boleh membina empayar bukan semutlaknya di atas penguasaan tentera dan peperangan tetapi lebih kepada hegemoni perdagangan dan prestij.

Mengapa paling effektif? Kerana budaya dan bahasa Malayo-Polinesian yang berkembang dari Madagaskar sehingga ke Kepulauan Pasifik, pelbagai prasasti dan batu bersurat, binaan candi-candi seperti Borobudur yang merupakan antara ‘Wonders’ di Asia Tenggara, catatan dan bukti dari sarjana asing, penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca sehinggalah ke hari ini (Malaysia, Indonesia, Brunei) dan penguasaan wilayah oleh kaum-kaum Malayo-Polinesian adalah bukti paling nyata kewujudan empayar ini. Walaupun banyak bangsa dan negara cuba menuntut hak mereka terhadap Srivijaya, namun mereka tidak mampu menafikan hakikat paling penting ini. Apakah hakikat itu?

Hakikat bahawa raja-raja Srivijaya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa mereka.

Raja-raja Srivijaya menuliskan dengan megah kerajaan mereka pada prasasti-prasasti dalam bahasa Melayu Tua. Jangan haraplah mereka mahu menggunakan bahasa Siam Ayutthaya kerana ketika itu nenek moyang raja Naresuan ataupun Traikolanat masih di alam arwah lagi dan bangsa mereka masih berada di Nanchao, Shan atau Yunnan. Tulisan Siam pun tiada lagi dan bahasa Thai pun mungkin masih tiada dan kaum-kaum di Shan dan Nanchao kemungkinan berbahasa Sino-Tibetan seperti Hokkien dan lain-lain.

Sebab itu ‘pride’ Kemelayuan itu masih ada setidak-tidaknya masih tertinggal pada raja-raja Melayu.

Keduanya 'Bani Jawi'. Jika dikatakan Melayu, mungkin ada yang memandang sinis dan tidak mahu mengaku Melayu terutama para nasionalis Jawa dan Indonesia. Begitu juga orang Siam Celup yang mati-mati mahu menegakkan teori Siam-Islamnya. Namun apabila dikeluarkan istilah Bani Jawi, maka berebut-rebut tidak kira Siam Islam, Jawa Islam mahupun pendatang India Muslim dan Bangladesh

Page 40: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

mahu mendakwa mereka adalah sebahagian dari Bani Jawi ini. Mengapa begitu sekali istimewa istilah Bani Jawi ini? Semua ini berpunca dari kajian salasilah para sarjana Arab dahulakala yang menyebutkan orang Melayu itu berasal dari apa yang dinamakan ‘Bani Jawi’ yang jika ditelusuri asal-usulnya bersambung dengan salasilah Nabi Ibrahim.

Saya akan keluarkan iklan tentang ATBM version 3.5 akan datang. Saya akan ceritakan kepada anda kisah-kisah menakjubkan dari Indochina. Saya akan buktikan bahawa konotasi ‘Alam Melayu’ itu benar-benar ada dalam hikayat-hikayat Melayu dahulukala. Saya akan bukakan satu persatu misteri gelaran dan nama-nama raja-raja Melayu di Kemboja yang berselindung dalam nama Sanskrit mereka. Saya akan ceritakan mengapa orang Melayu masih wujud bernegara dan beraja walaupun empayar maritim mereka yang berusia sejak 500 tahun Sebelum Masehi telah lenyap, tidak seperti bangsa Assyria, Chaldea dan Akkadia yang lenyap tidak bersisa hari ini.

Saya akan ceritakan kepada anda kisah ‘kerajaan Angsa’ orang-orang Melayu Purba di Indochina yang disebut ‘Hamsavati’ dalam sejarah Indochina, sejarah negeri Reman dan asal-usul orang Mon. Saya akan bukakan rahsia hubungan orang Mon dan Ketaha dan kaitan kerajaan Kedah Tua dengan Dvaravati, kerajaan orang-orang Mon. Saya akan tuliskan rahsia orang Melayu Champa dan kaitan mereka dengan Funan dan kerajaan Kambojadesa. Seterusnya dinasti Srivijaya dan Sailendra di Burma, Thailand dan Kemboja berserta kaitannya dengan Khun Borom, legenda orang Lao dan Thai serta pengaruh raja-raja Melayu di istana Angkor. Saya akan bukakan rahsia Jawakoti, Empayar Chermin Kelantan, Majapahit-Kelantan, kaitan orang Jawa dengan orang Kelantan dan kaitan orang Kelantan dengan orang Champa dan Kemboja.

Saya akan bukakan rahsia darah naga dan kaitan gelaran ‘preah’ dalam budaya Khmer, ‘praoh’ dalam budaya Mesir Purba dan hubungan mereka dengan Raja Perahu dan permaisuri Hati, sebagaimana yang tercatat di Kuil Hatshepsut di Luxor, Mesir.

~ Srikandi

The Secret Keeper of Mala, Sri Kambu Paramakamboja & Maulimalaraja.

Page 41: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

C A T A T A N S R I K A N D I I I I F RI DAY, J U NE 2 5 , 2 01 0

[ HT T P:// M IST I SFI L E S.B L OG SP OT . COM / 2 01 0/ 0 6/ B IN G KI SAN -D A R I - P H N OM - P E N H. HTM L ]

Menikmati waktu senja sambil melihat bayangan menara-menara Angkor Wat begitu mengasyikkan. Saya seakan-akan melihat para jurutera Melayu dan Khmer sedang berbincang di satu sudut untuk merencanakan pelan pembinaan Angkor Wat. Sebagaimana para ahli arkeologi Indonesia dan Kemboja, saya juga dapat merasakan ada kaitan misteri antara Borobudur dan Angkor Wat. Apabila saya membaca dan mempelajari bayangan keturunan Srivijaya (tradisi Khmer menyebutnya sebagai ‘Melayu’) dalam salasilah istana Angkor, saya baru menyedari tangan-tangan misteri yang membina Borobudur adalah tangan yang sama mewarnai Angkor Wat!

Dalam catatan-catatan saya yang lepas, saya ada memberitahu usaha saya menjejaki warisan Kemelayuan yang hilang di Indochina. Pada hari ini saya begitu gembira dapat bersama-sama rakan-rakan pengkaji dari pelbagai negara untuk duduk bersama menghayati warisan Melayu yang begitu ‘mistik’ di Indochina. Sidang Warisan Melayu di Indochina adalah hasil usaha pelbagai pihak dan saya sendiri bersama-sama rakan-rakan Khmer di Akademi Diraja Kemboja (RAC) dan rakan sebidang di universiti tempatan di sana. Sesiapa yang ada di sana pasti akan menemui saya, biasa memakai kebaya labuh atau baju kurung.

Kesibukan saya di Indochina selepas pulang dari Amerika Tengah tempoh hari membataskan saya menulis untuk siri Alter Terahsia Bangsa Melayu di MistisFiles. Kami bekerja di belakang tabir bagi menjayakan seminar ini. Antara yang menarik perhatian adalah tamadun Melayu Champa yang kurang diketahui masyarakat dunia, begitu juga teknologi purba Kedah Tua yang hilang dari pengetahuan dunia hari ini. Perbincangan tentang penemuan angka ‘0’ pada prasasti-prasasti Srivijaya dan Champa terus menjadi perbualan hangat sejak seorang ahli Matematik yang bernama Zakov pada satu seminar di Eropah pada tahun 1975 pernah mendedahkan bahawa penemuan angka ‘0’ di kepulauan Melayu adalah lebih tua usianya berbanding yang ditemui pada tamadun India dan Arab.

Sebenarnya untuk membicarakan tentang tamadun Melayu, kita kena ingat dua perkara penting ini:

1. Tamadun Melayu bukan bermula dari Kerajaan Melaka 2. Tamadun Melayu bukan bermula semata-mata apabila orang Melayu menerima Islam

Dua perkara inilah yang memerangkap minda orang-orang Melayu terutamanya di Malaysia. Perkara pertama telah menjahanamkan ‘self-esteem’ anak-anak Melayu apabila menyangka bahawa Melaka hanyalah satu-satunya rujukan kepada dunia pengurusan dan pentadbiran orang Melayu. Dari mana kekeliruan ini tersebar? Dari buku-buku teks sejarah sekolah yang begitu memualkan perut apabila

Page 42: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

menatapnya. Sejarahwan Jepun berusaha untuk meneutralkan imej kekejaman Jepun dan kekalahan mereka kepada kuasa Barat dalam Perang Dunia Kedua, namun lain halnya dengan kementerian yang mengawal soal pendidikan negara berserta para penulis buku teks sejarah Malaysia yang diupah, mereka menulis seolah-olah begitu berbangga dengan kemunduran bangsa melayu dan menyambut dengan gembira era penjajahan. Lihat sejarah England misalnya atau buku teks sejarah Perancis. Sejarah mereka mempunyai ‘cross-link’ dengan sejarah Norman, Viking, Rom dan bangsa-bangsa Eropah yang lain.

Semua diceritakan setepatnya dan ini benar-benar dapat diterima akal. Namun di Malaysia, para sejarahwan atau penulis buku teks berdegil menulis sejarah Malaysia amnya dan Melayu khususnya sesempit geografi Malaysia dari Perlis sehingga ke Sabah.

Mereka menulis seolah-olah orang Melayu ini, tiba-tiba muncul di Melaka dan menawan seluruh semenanjung. Adakah orang-orang Melayu yang mundur dan miskin, tiba-tiba boleh membina sebuah pelabuhan yang lebih kaya dari Venice? Mereka perlu menyingkap tabir misteri yang menutup sejarah 500 tahun Sebelum Masehi (500 B.C) ketika para pengasas Srivijaya mula membina jaringan perdagangan maritim di Alam Melayu. Siapakah Nakhoda Tanggang? Malim Deman? Malim Dewa? Atau Malim Kundang?

Mereka adalah para pelaut dan pedagang maritim yang dikenang dalam hikayat-hikayat Melayu. Dan ini membayangi sejarah perdagangan maritim yang begitu lama diterajui oleh orang Melayu, Srivijaya.

Siapakah Merong Mahawangsa yang profesionnya membawa barangan dan manusia dari satu tempat ke satu tempat dengan kapalnya? Ingat kisahnya yang membawa putera Rom untuk bertemu dengan puteri Cina? Semua watak-watak ini adalah bayang-bayang kepada profesion purba orang-orang Melayu dahulukala, perdagangan maritim.

Orang Melayu tidak akan membina empayar sekiranya tidak bermula lebih awal. Namun malangnya sejarah Srivijaya terpecah-pecah berkeping-keping dan direbut oleh orang lain. Hasilnya, orang Melayu di Malaysia hanya mendapat serpihan sahaja, iaitu Kesultanan Melaka. Jika ‘serpihan’ inipun telah membangkitkan kekaguman dan prestij yang tinggi dari orang luar dan dalam diri orang Melayu sendiri tentang gaya pengurusan pelabuhan, pentadbiran, undang-undang laut dan cukai, apatah lagi jika diberitahu tentang empayar maritim Srivijaya yang punya rangkaian perdagangan yang kompleks atau kerajaan Champa yang punya sukatan metrik dan ilmu matematik yang tinggi. Kita tidak tahu semua ini, selama ini, kerana kita duduk di bawah tempurung pemerkosaan sejarah paling sadis dalam hikayat Kemelayuan.

Page 43: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Kerajaan Melaka sebagai contoh, tidak berdiri dengan sendiri dan hanya tegak secara individu. Penulis buku teks sejarah Malaysia perlu menceritakan sekali hubungan Melaka dengan kerajaan sekeliling seperti Majapahit, Champa, Angkor dan Ayutthaya. Juga perdagangan maritimnya yang mencakup sejauh kerajaan Ryukyu di kepulauan Jepun sehingga ke Mesir. Ceritakan secara terperinci keadaan di pelabuhan Melaka dengan kehadiran pedagang Cina, India, Jawa, Khmer, Bugis, Eropah, Arab dan sebagainya. Ceritakan bagaimana sistem parking kapal-kapalnya di mana seorang pengembara Portugis mengatakan sebanyak 500 kapal besar dan lebih 1000 kapal kecil berlabuh di Melaka pada satu-satu masa, menggambarkan betapa sibuknya pelabuhan ‘yang lebih kaya dari Venice’ ini. Kita tidak tahu semua ini, selama ini, kerana kita memikirkan orang Melayu tidak pandai mencipta apa pun hatta sebatang jarum, pemalas dan 1001 sifat negatif lain yang benar-benar menyedihkan.

Pihak kerajaan sibuk mahu mencanangkan tentang jatidiri, namun jatidiri yang bagaimanakah mahu dibina di atas luka penjajahan dan sejarah yang digelapkan? Jatidiri hanya mampu dibina dari budaya, bahasa dan sejarah bangsa. Secara logik, pengasas Melaka bukanlah membina hegemoni perdagangan di Selat Melaka secara sendirian dan tiba-tiba. Beliau membina kerajaan dan pelabuhan setelah mewarisinya dari satu budaya perdagangan yang amat lama.

Terdapat empat kerajaan orang Melayu sekurang-kurangnya, yang perlu difokuskan selain Melaka. Pertamanya, Srivijaya. Keduanya, Champa. Ketiga, Kedah Tua dan yang keempat, Langkasuka. Masing-masing mempunyai misteri dan keistimewaan yang perlu disingkap. Sebab itu peraturan pertama untuk memahami sejarah Melayu adalah, Melayu bukan semata-mata bermula dari Melaka. Ingat, ayat ini dan anda akan menyeberangi ke dunia yang menakjubkan. Mahukah anda membuka rahsia para dewa-dewi Hindu yang sebahagiannya adalah raja-raja Melayu di Suvarnadvipa dan Suvarnabumi, dan lombong emas Kerajaan Israel Raya di bawah pemerintahan Nabi Sulaiman? Ingat ‘kata-kata hikmat’ yang pertama ini.

Jika kita memikirkan selama ini budaya Melayu banyak menyerap dari India, sebenarnya kita tidak mengetahui tentang Tamadun India yang menterjemah kitab-kitab falsafah Jawa dan Melayu sebagaimana Tamadun Cina yang menterjemah karya-karya sarjana Funan dan Champa. Kita jarang tahu semua ini. Mengapa? Kerana bagi kita sejarah tidak penting sehinggalah kita semua disejarahkan atau dimuziumkan perlahan-lahan sebagaimana orang Melayu di Singapura. Ketika itu barulah terhegeh-hegeh mahu berdondang sayang atau berpenglipur lara menangisi riwayat dan hikayat Melayu yang pupus di bumi sendiri.

Perkara kedua, juga sedikit sebanyak memesongkan orang-orang Melayu sebanyak 180 darjah dari realiti yang sebenar. Membincangkan perkembangan Tamadun Melayu tidak semestinya menafikan pencapaian orang Melayu ketika sebelum kedatangan Islam. Islam bermula sejak abad ke-7 Masehi, dan sebelum itu orang Melayu telah pun menggunakan sistem metrik dan sistem perpuluhan sebagaimana ditemui pada prasasti-prasasti Champa dan Srivijaya. Kita kena tahu membezakan sentimen agama dengan sejarah. Sebagai contoh, bangsa Amerika pada hari ini diketahui umum bukan beragama Islam dan mereka telah mencapai tamadun dan teknologi yang hebat. Adakah setelah bangsa Amerika beramai-ramai memeluk agama Islam misalnya, maka sejarah peradaban mereka sebelum Islam dipadam dan dihapuskan dengan alasan itu hanya mengagungkan zaman kafir mereka? Sejarah Microsoft, McDonalds, KFC, Google, Yahoo! dalan lain-lain akan dipadamkan serta-merta. Itu tindakan bodoh sama sekali.

Ini bukan hendak mengatakan Islam membawa kemunduran pula kerana kebetulan ketika zaman penyebaran Islam, pihak Kristian pula menggunakan imperialisme untuk menghalang perkembangan Islam. Perkembangan Islam di Nusantara seiring dengan kedatangan kuasa Eropah. Keadaan ini akan sama sekiranya kuasa Eropah datang ketika zaman Hindu-Buddha. Apa yang perlu ditekan di sini bahawa Melayu bukan tiba-tiba wujud setelah era kedatangan Islam.

Jika hendak berkata tentang sejarah, kita perlu jujur walaupun berdepan dengan kenyataan yang pahit, kerana dari situ kita boleh mempelajari segala kesilapan kita. Kita seharusnya bersyukur atas anugerah

Page 44: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

iman dan Islam kita namun ini tidak semestinya menafikan sejarah Melayu ketika sebelum zaman Islam. Bayangkan Amru al-As sebagai penakluk Mesir memusnahkan segala warisan purbakala Mesir, Piramid, kuil-kuil Firaun atas nama Islam, sudah tentu ini adalah moral yang buruk dan akan dikenang sebagai kedunguan orang Islam kerana memusnahkan kesan-kesan tamadun orang lain. Tetapi orang Islam tidak berbuat begitu di Mesir kerana mereka bukan datang untuk membawa vandalisme kepada tamadun purba Mesir. Mereka datang untuk membawa cahaya iman, dan tanpa memusnahkan kesan tamadun purba, penduduk Mesir berbondong-bondong masuk Islam. Ini adalah hikmah dakwah mereka, kerana sekiranya mereka terburu-buru memusnahkan segala kesan sejarah purba Mesir, sudah tentu penduduk Mesir akan berfikir dua kali untuk menerima Islam.

Tidak perlu mereka-reka sejarah palsu dengan mengatakan keturunannya pernah memerintah empayar Islam yang sebenarnya tidak wujud sama sekali. Empayar Islam di Nusantara yang pernah ada ialah Empayar Cermin-Jeddah atau Majapahit-Kelantan (ini adalah ‘clue’ kepada Batu Bersurat Terengganu) dan Kesultanan Melaka, di mana ketika itu masih wujud kerajaan Majapahit yang beragama Hindu dan Ayutthaya yang beragama Buddha. Kemudian Majapahit diruntuhkan perlahan-lahan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang muncul di Tanah Jawa seperti Demak dan Mataram Islam.

Jika benar keturunan kita pernah memerintah satu empayar Islam, kajian kita hendaklah serasi dengan sejarah sekeliling dan ada ‘cross-reference’ dengan bukti sejarah lain. Saya berasa sedih apabila orang Islam bergaduh dengan memaki-hamun antara satu sama lain semata-mata kerana sejarah dan keturunan, juga pangkat dan takhta. Seorang penulis dan blogger Merah Silu iaitu saudara Radzie Sapiee telah dicerca sehingga ke tahap keturunan apabila penulis blog Merah Silu itu dihina sebagai keturunan lanun dan nama anaknya juga dihina sebegitu keji. Turut mendapat penghinaan adalah sultan-sultan Perak yang dikatakan keturunan lanun perampas takhta semata-mata kononnya negeri Perak adalah berasal dari empayar ‘Islam’ mereka. Jika mereka adalah pewaris empayar Islam, mengapa peribadi dan maruah mereka tidak sesuci agama Islam yang menggalakkan penganutnya bersabar dan bermanis dalam kata-kata? Inikan pula sesama Islam? Ini terjadi akibat pertanyaan saudara Radzie yang juga seorang pengkaji salasilah kerabat diraja Melayu mempersoalkan kesahihan salasilah ‘hikayat’ mereka yang meyeleweng. Anda tahu bagaimana ini berlaku? Sebabnya mereka telah mencampur adukkan salasilah raja-raja Melayu dengan keturunan sebelah Siam mereka. Makam-makam raja Melayu ada yang didakwanya secara membuta tuli adalah nenek moyang mereka dan begitu juga ada raja-raja Melayu yang dimaki-hamun mereka sesuka hati. Ini kerana keturunan mereka telah berkahwin dengan kerabat diraja Kedah dan bercampur-maur dengan darah Melayu Kedah, dan apabila keturunan sebelah Melayu Kedah Tulen menjadi Sultan Kedah, kaum kerabat mereka yang telah menjadi sebahagian kerabat diraja Kedah merasa marah kerana keturunan mereka (Siam) tidak naik takhta Kedah. Mungkin mereka teringatkan keagungan Ayutthaya pada zaman dahulu dan menyangka Kedah masih dinaungi oleh Ayutthaya. Akibatnya, mereka sudah menjadi sebahagian kerabat istana Kedah, maka kerajaan Kedah Tua yang lebih lama dari Ayutthaya juga dituntut mereka padahal kerajaan ini tiada kaitan langsung dengan keturunan Nai yang telah memeluk Islam. Saudara Radzie Sapiee hanya bertanya dengan baik namun dihadiahkan dengan maki-hamun yang meleret-leret dan saya perasan gaya maki hamun yang meleret-leret ini juga terdapat pada seorang keturunan Siam (Thai Malaysia) yang membuka blog menentang blogsejarahnagarakedah. Ini adalah gaya makihamun Siam, tidak kira yang Buddha atau yang Islam kerana saya pernah berkawan dengan orang Thai dan menonton wayang kulit serta persembahan teater rakyat mereka yang penuh sindiran dan perlian yang kadang-kadang berbau lucah dan kurang sedap didengar. Saya juga perasan kaitan keturunan Arab Yaman dengan Siam dan campuran dari mereka ini mungkin membentuk Siam Islam, dari apa yang saya baca dan pengetahuan meluas saya menyertai forum-forum Siam Buddha dan juga yang disertai oleh keturunan Siam Islam yang mempunyai ‘intermarriage’ dengan keturunan Arab Yaman. Semua ini melalikan saya dengan karakter makihamun mereka, ‘trademark’ yang sukar dikikis dari peribadi mereka walaupun ada di antara mereka pernah belajar di Masjidil Haram dan Jordan, malah mengambil jurusan Islam pula!

Page 45: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Saya juga perasan bahawa cerita ‘empayar Islam’ mereka hanya laku di Kedah dan sebahagian orang Melayu yang buta sejarah. Jika mahu ‘fight’ di forum-forum luar negeri seperti Indonesia, Singapura mahupun Brunei, sudah tentu akan diketawakan, apatah lagi berpencak di forum-forum Thailand dan Kemboja. Namun ini tidak berlaku jika kita bawa sejarah Kesultanan Melaka, Patani atau Kerajaan Champa era Islam. Kerana semua kerajaan ini ada kesan-kesan di negara-negara berkaitan. Sejarah Melayu Islam lebih diterima berbanding sejarah ‘Siam Islam’ kerana tiada satu pun prasasti atau catatan tentang empayar Siam Islam ini melainkan hikayat-hikayat atau kitab-kitab jawi Melayu yang diselewengkan atau disalah tafsir oleh mereka. Sebab itu mereka hanya mampu menceritakan wasiat dan penglipurlara tentang mitos empayar ‘Islam’ mereka di dalam perhimpunan keluarga sahaja bukannya seminar dan sidang sebagaimana yang saya hadiri sekarang. Cuba adakan pengkisahan dongengan mereka itu di Bangkok atau Phnom Penh, sudah tentu akan dihalau oleh orang Thai dan Khmer malah tiada seorang sarjana pun yang berani hadir kerana tiada siapa pun mahu terlibat dalam kisah hikayat perapu mereka.

Saya juga perasan, untuk membuat dakwaan kewujudan ‘empayar Islam’ mereka nampak logik, maka bermulalah proses ‘Islamisasi’ seluruh watak-watak, tempat dan sejarah Nusantara. Nama-nama raja Thai Buddha di Islamkan, kuil-kuil dan candi-candi yang nampak terang tiada kaitan dengan Islam juga diIslamkan. Semua sejarah kerajaan-kerajaan Nusantara diIslamkan secara lucu, sehingga Srivijaya dan Majapahit juga diIslamkan setelah Ayutthaya menjadi mangsa yang amat teruk ‘diIslamkan’. Portugis yang menyerang Melaka juga diIslamkan sehingga apabila ditanya pelbagai soalan tentang kronologi dan kesan ‘Islamisasi’ itu, mereka berasa panik dan marah kemudian kelam-kabut mereka-reka cerita bagi menyedapkan hati supaya dongeng mereka itu nampak benar.

Nasihat saya, kita boleh berbangga dengan Islam, namun jangan sesekali membohongi orang lain dengan mempergunakan Islam untuk tujuan peribadi.

Saya juga perasan, apabila setiap kali penemuan sejarah baru berkaitan Melaka dan Malaysia, tiba-tiba mereka mengaku itulah sejarah yang telah hilang dan cuba digelapkan dan kemudian mereka-reka cerita bahawa ia ada kaitan dengan dongeng empayar mereka itu. Dalam hal ini sejarah Kedahlah paling teruk ‘diperkosa’ mereka dengan setiap inci sejarah Kedah dikaitkan dengan keturunan mereka. Saya juga perasan mereka tidak mempunyai identiti yang tetap. Sekejap mengaku Melayu, sekejap mengaku Siam. Mereka tidak boleh keluar dari bayang-bayang Siam/Thai mereka kerana orang tua mereka masih berbahasa Thai Kedah dan masih menyimpan gelaran ‘Nai’. Sebab itu dakwaaan mereka bercampur-campur antara Siam dan Melayu.

Semua hikayat, kitab, kajian dan sebagainya yang bertentangan dengan hikayat mereka, maka ia dinafikan terus kesahihannya dan serta-merta mendapat cop ‘hasil kerjatangan British’, tahyul dan khurafat. Hanya hikayat merekalah yang benar dan suci walaupun juga penuh dengan tahyul dan dongeng seperti garuda yang bercakap-cakap seperti manusia dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

Kebanyakan dari mereka ini luas pengetahuan sejarah tempatan namun menggunakannya untuk menyesuaikannya dengan wasiat atau dongeng empayar mereka itu. Tujuan utamanya ialah untuk

Page 46: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

menuntut takhta Sultan Kedah malah Yang Di Pertuan Agong! Dalam hal ini saya teringat tulisan Ibnu Rusydi dalam blognya yang mengatakan kemungkinan besar mereka ini adalah orang Thai dari kerabat atau pengikut Raja Ayutthaya yang terakhir, yang dikejar oleh para pemberontak Ayutthaya dahulu. Beliau berpendapat yang mereka semua ini sebenarnya dari keturunan Boromoraja Ekkathat, Raja Ayuthaya terakhir, yang melarikan diri ke Rundung (Ranong) akibat kekacauan dan peperangan di Ayutthaya, dan seterusnya berkahwin dengan Kerabat Di Raja Kedah dan keturunan mereka kini menjadi Melayu. Ketika dikejar oleh para pemberontak (pemberontakan oleh seorang jeneral Ayutthaya bernama Thaksin), mereka bersembunyi di negeri-negeri Melayu dan mengharapkan belas ihsan orang-orang Melayu yang pernah diancam mereka dahulu. Sebahagian mereka akhirnya memeluk Islam manakala yang lain tetap mengamalkan agama Buddha. Inilah misteri bermulanya konotasi Siam Islam itu. Sebab itu setiap pertanyaan yang berbau fakta sejarah yang menentang dongeng mereka itu akan disambut dengan leteran dan maki-hamun yang meleret-leret seperti kesampukan hantu kerana hanya orang yang berbohong sahaja akan menjawab secara panik dan dengan perasaan amat marah dan kurang selesa.

Ingat katakunci ini, sejarah Kedah mahupun era Kedah Tua sehinggalah Kesultanan Kedah sekarang tiada kaitan langsung dengan Siam Islam versi kedat.

Dan ingat lagi katakunci seterusnya, bahawa kelompok Tai-Kadai (Siam/Thai) adalah kelompok yang terkemudian datang ke Asia Tenggara dari wilayah selatan China. Ketika migrasi mereka ke Indochina secara beramai-ramai, Indochina sudah terdapat kelompok ‘pribumi’ yang lebih awal iaitu dari kelompok Mon-Khmer dan kita, Malayo-Polinesian.

Jadi jika terdapat perkataan loghat Kedah yang sama dengan bahasa ‘Siam’, itu bukan sebenarnya dari bahasa Siam (Tai-Kadai) tetapi berasal dari kelompok Mon-Khmer. Dan perlu diingat, sesungguhnya orang Thai/Siam telah mencedok bahasa dan budaya Mon-Khmer serta Melayu Segenting Kra selama berabad lamanya dan ini dipersetujui sebulat suara oleh pakar sejarah Kemboja (Khmer) dan Thailand sendiri. Kaji senibina Khmer dengan senibina Thai. Bandingkan istana raja Kemboja

dengan istana Raja Thai dengan gaya bumbung mereka. Siapa cedok siapa? Budaya Ayutthaya lebih kepada ‘Melayu’ dan Khmer berbanding budaya satu lagi kerajaan Thai yang lain, Sukhothai yang terletak jauh di utara, lebih keCinaan (sinicized) berbanding Ayutthaya yang mencedok segala budaya; dari senibina hingga tarian daripada jiran sekelilingnya iaitu Khmer dan Melayu. Hari ini tidak kira Siam Buddha mahupun Islam mendakwa mereka sudah lama di sini padahal semua orang tahu sebenarnya merekalah yang ‘mengambialih’ bahasa dan budaya orang Mon (Kerajaan purba orang Mon terletak di Thailand Tengah, berjiran dengan kerajaan-kerajaan Melayu Segenting Kra pada masa lalu). Apabila orang Mon telah berhijrah ke Burma akibat trend penjarahan orang Thai yang terkenal apabila menakluk negeri orang lain, orang Thai/Siam yang asalnya tiada identiti khas akibat pencinaan (sinicized) telah perlahan-lahan membina identiti sendiri dengan mengadaptasi budaya Khmer dan Melayu Segenting Kra terutama kerajaan Melayu Sri Dharmaraja. ‘Sinicized’ orang Thai samalah dengan orang Vietnam, berbanding orang Mon dan Khmer masing-masing mengetahui mereka adalah ‘pribumi’ Indochina dan istimewanya kedua-dua bangsa ini juga mengaku bahawa kelompok Malayo-Polinesian terutamanya Melayu adalah pribumi yang lain, hidup dan saling mempengaruhi antara satu sama lain selama beribu tahun sebelum kebanjiran orang Siam/Shan/Tai dan Viet-Muong/Dai-Viet dari utara.

Page 47: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Jadi jika ingin bertanya adakah Melayu itu pendatang atau tidak, tanya kepada orang Mon dan Khmer ini, jangan tanya kepada orang Cina dan India mahupun Siam/Thai Malaysia. Orang luar lebih jujur dari kaum-kaum lain dalam negara kita kerana kaum-kaum pendatang terkemudian di Malaysia umumnya sengaja membutakan mata mereka terhadap sejarah orang Melayu semata-mata mahukan berebutkan tanah kita ini, yang penuh subur dengan segala mineral dan baik untuk pertanian serta strategik untuk perdagangan laut. Tidak hairanlah ia digelar ‘The Golden Chersonese’ oleh pelukis peta Greek.

Saya ingin beritahu satu rahsia. Jika ingin tahu sejarah Kedah, anda mesti belajar sejarah orang Mon. Ada benang-benang merah antara orang Melayu Kedah dengan orang Mon. Terutamanya lenggok bahasa mereka. Ini terjadi selama beratus-ratus tahun malah mungkin beribu tahun. Untuk tahu lebih lanjut, anda kena tahu lebih tentang ilmu linguistik dan sejarah, dan anda akan nampak rahsia antara orang Mon dan Melayu Kedah. Sebagaimana untuk memahami orang Kelantan, anda kena tahu sejarah Langkasuka dan Champa. Dan ‘surprise’, jika anda mahu memahami sejarah orang Jawa, anda kena kaji sejarah negeri Kelantan. Di mana? Anda akan dapat jika pandai mencari. Jika tidak, tunggu sahaja Alter Terahsia Bangsa Melayu v3.5.

~ Srikandi

10.45am June 25

Phnom Penh

Page 48: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

C A T A T A N S R I K A N D I I V KH AM I S , 2 2 H B J UL AI 2 010

[ HT T P:// M IST I SFI L E S.B L OG SP OT . COM / 2 01 0/ 0 7/ CAT AT AN - SR I KAN DI -I I I .H T ML ]

Warna senja yang berbayang-bayang di puncak Gunung Pulai di Baling, Kedah tiba-tiba membangkitkan satu perasaan mistik dalam diri saya. Bayangan seorang puteri sedang bersimpuh sambil tangan kanannya menyusun jari-jemarinya seolah-olah kepala ular tedung tiba-tiba berbalam-balam seolah-olah menggantikan puncak tertinggi di daerah Baling itu. Ketika itu saya dalam perjalanan di dalam kereta pacuan empat roda, dalam keadaan amat letih dan mengantuk. Renungan puteri misteri itu tiba-tiba hilang ditelan merah senja yang membungkus puncak Gunung Pulai yang tingginya yang mempunyai ketinggian 585 meter.

Bayangan puteri misteri itu mengingatkan saya tentang lagenda raja-raja perempuan yang memerintah satu kawasan pemerintahan purba yang dipercayai bermula di Kelantan sehingga menjangkau Patani dan utara Segenting Kra. Wilayah ini memang kaya dengan legenda ratu-ratu yang memerintah, seperti Cik Siti Wan Kembang, Puteri Saadong, Ratu Hijau dan adik beradiknya dan lain-lain lagi sekadar menyebutkan beberapa contoh. Ketika ini saya teringatkan puteri jelita yang memakai ‘headgear’ Champa yang pernah datang dalam mimpi saya dahulu. Semuanya seakan-akan mahu memimpin saya ke arah petunjuk-petunjuk baru kepada misteri keMelayuan silam yang tidak pernah terbongkar dalam mana-mana sejarah, sama ada yang fantasi mahupun yang realiti.

Saya masih teringatkan Siri Salma (pada masa itu diterbitkan oleh FarGoes atau Hasrat Pelajar) yang amat digemari oleh saya. Biasanya ketika zaman sekolah dahulu, siri-siri penyiasatan seangkatan dengannya seperti Siri Hadi (dari siri Hardy Boys) atau Siri Tiga Penyiasat (dari siri The Three Investigators) juga garapan dari Enid Blyton menjadi kegemaran budak-budak lelaki pada zaman saya dahulu, namun saya adalah satu-satunya pelajar perempuan yang berebut-rebutkan buku-buku ini terutamanya Siri Salma (dari Nancy Drew) ketika waktu meminjam buku di perpustakaan! Saya merasa bagaikan watak utama siri itu, dikenali sebagai Salma, pergi mengembara dan merantau ke merata tempat untuk mencari petunjuk-petunjuk kepada misteri baru yang muncul.

Saya telah dirasuk oleh bayangan itu lagi. Wanita muda yang bersimpuh sambil menggaya-gayakan tangannya. Telapak tangannya dikuncup-kuncupkan bagaikan menyerupai ular tedung atau pun seolah-olah memanggil-manggil diri saya supaya rapat kepadanya. Ketika berhenti rehat di sebuah rumah seorang kru arkeologi di Kampung Sera, saya dapat merasakan sesuatu yang amat ganjil pada diri saya. Apabila menjelang malam, dahi saya mula berpeluh-peluh.

Malam itu, seperti yang dijangka, saya telah bermimpi seorang puteri menari-nari dengan tangan yang melambai-lambai ke arah saya!

Namun kali ini saya tidak mengigau seperti dahulu. Bacaan doa yang diajarkan oleh ibu saya benar-benar berguna. Syukur kepada Allah s.w.t kerana melindungi saya dari sebarang kejadian yang tidak diingini. Petunjuk kali ini adalah teramat misteri. Saya seakan-akan pernah melihat puteri itu, tetapi tidak tahu di mana. Siapa pula gerangan gadis itu?

Sepanjang hari saya memikirkan tentang puteri misteri itu dan cuba mengingat-ingat kalau-kalau saya pernah melihatnya di dalam mana-mana tarian tradisional. Tiada. Saya semakin buntu. Ketika berjalan-jalan di sebuah pekan (dirahsiakan), saya telah terpandang satu restoran yang dimiliki oleh orang Thai Malaysia (orang Siam pada bahasa tempatan). Saya ternampak satu patung wanita yang diletakkan di atas bar kaunter, dengan gaya tangan yang sama seperti yang muncul dalam mimpi saya semalam!

Page 49: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Semua ini tiba-tiba seperti satu ‘flashback’ kepada kenangan di Sungai Petani, ketika saya dan kawan-kawan saya melawat bandar itu dalam satu rombongan sekolah. Ketika itu saya telah terpisah dari kawan-kawan saya akibat terlalu asyik membelek majalah di kedai buku. Saya cuba mencari-cari kelibat kelompok kawan-kawan sekelas saya namun hampa. Saya semakin takut. Hari semakin petang. Saya tidak dapat menahan sebak. Mata saya mula berair. Saya sedar bahawa saya telah tersesat!

Saya cuba pergi ke arah sebuah pondok telefon untuk menelefon guru kelas saya, namun alangkah sedihnya saya apabila telefon awam di situ telah rosak gara-gara vandalisme. Dalam hati saya menyumpah-nyumpah budak-budak ‘senget’ yang pastinya adalah punca kesusahan saya petang itu.

Ketika berjalan longlai ke arah sebuah warung, seorang pemuda berumur dalam 30-an menegur saya. Siapa tidak merasa hairan melihat seorang gadis yang bermuka sembab dengan mata berair tanpa hala tujuan dan kebingungan? Pemuda itu sedang membaiki motorsikal di sebuah bengkel motor selang dua pintu dari warung yang saya mahu tuju. Selepas memberitahu masalah saya, pemuda itu memberikan telefon bimbitnya untuk digunakan bagi menelefon guru kelas saya (saya tidak mampu untuk memiliki telefon bimbit semasa di zaman persekolahan). Ketika menunggu guru kelas mengambil saya di situ, saya duduk di bawah pokok sambil memerhatikan pemuda itu membaiki motorsikal. Pada mulanya saya menyangka dia adalah seorang pemuda Melayu, namun rupanya tidak.

Saya mula terkenangkan, ketika saya menelefon, mata saya terpandang satu kain yang dipenuhi mantera-mantera yang aneh direntang di atas altar pemujaan yang dipenuhi patung-patung Siam. Di atasnya terlihat satu lukisan seorang gadis bersimpuh dengan di sisinya terdapat sebuah dupa dan saya kira seakan-akan pinggan-pinggan yang berisi hidangan tertentu atau berisi buah-buahan. Anehnya, gadis itu tidak berpakaian dengan terlampau banyak aksesori yang punya pengaruh Siam/Thai. Dia hanya bersanggul dan memakai baju yang benar-benar mirip kebaya dan berkain batik!

Dan gaya tangannya, adalah mirip patung wanita di restoran-restoran Thai.

Setelah dapat mengingati dari mana petunjuk itu mula-mula saya pernah melihatnya, saya pun bergegas ke Sungai Petani untuk melawat bengkel motorsikal yang pernah saya singgah dahulu. Kalau boleh saya mahu bertemu dengan pemuda (mungkin umurnya sudah mencapai 40-an kini) yang pernah membantu saya dahulu. Namun ketika tiba di sana (berdekatan Taman Cinta Sayang), bengkel motorsikal itu sudah tiada. Tempatnya digantikan dengan kedai Cina menjual buah-buahan. Saya tidak berputus asa. Saya cuma mahu melihat kain mantera yang punya rajah dewi Thai itu dan bertanya asal-usulnya.

Ketika meronda-ronda di sekeliling pekan, saya ternampak satu kedai ‘hardware’ yang memaparkan kain bermantera seperti yang saya inginkan. Gambar gadis dengan gaya tangan melambai/terkuncup itu dilukis di bahagian bawah dengan gambar haiwan seakan-akan kura-kura dan lain-lain figura aneh. Kain berwarna kuning itu penuh dengan mantera-mantera dalam tulisan Thai. Saya pergi menemui pemilik kedai sambil berpura-pura bertanyakan barang. Sambil berbual-bual, saya mengambil kesempatan menanyakan tentang rajah dewi di dalam kain bermantera.

Kemudian barulah saya tahu nama gadis itu.

Pemilik kedai itu juga memberitahu saya bahawa mantera yang ditulis memenuhi kain kuning itu bukanlah dalam bahasa Thai atau skrip Thai. Ia adalah dalam bahasa Khmer dan dalam skrip Khmer, dengan simbol-simbol Khmer Kuno!

Selepas itu saya pun mengkaji dan mengkaji semua ‘puzzle’ yang muncul. Ini semua benar-benar mencabar minda saya. Saya terpaksa belajar memahami petitih-petih kuno, legenda rakyat Thai dan Khmer, belajar bahasa Sanskrit secara asas dan riwayat-riwayat purba. Saya belajar sejarah Thai dari Lanna, Lanxang (Lancang), sejarah Lao dan Sukhotai (Sukodaya). Saya belajar sejarah Kambujadesa dan dinasti Soma serta manuskrip-manuskrip Khmer Kuno. Saya terpaksa menyelak NegaraKratagama karya Prapanca bagi mengetahui wilayah-wilayah Srivijaya yang ‘diambil alih’ oleh Majapahit (menurut Prapanca). Saya menjumpai wilayah kuno bernama Grahi yang terahsia dan paling gelap dalam sejarah

Page 50: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Melayu. Saya juga berjumpa dengan wilayah Srivijaya sejauh Martaban di Burma dan hakikat paling tidak diketahui oleh anak-anak Melayu dan paling mahu dipadamkan oleh nasionalis Khmer, bahawa terdapat riwayat kuno yang menyatakan rakyat Khmer adalah di bawah pemerintahan ‘Ma-La-Yu’ iaitu nama yang dikenali oleh orang Khmer merujuk kepada empayar maritim paling agung yang pernah ada dalam sejarah Asia Tenggara, Sriwijaya.

Dari sini saya menjumpai hakikat paling menggemparkan bahawa nama ‘Melayu’ itu bukan sahaja muncul sebagai satu kerajaan di Sumatera, bahkan terdapat satu kerajaan kuno di Segenting Kra (setepatnya di sekitar Chaiya kini) yang digelar, kerajaan Melayur. Ini menghapuskan sama sekali pendapat yang mengatakan bahawa nama ‘Melayu’ itu berasal dari nama sebuah kerajaan di Sumatera. Saya cuba mencari jawapan kepada misteri paling gelap dalam kerajaan Grahi ini namun bukti kewujudan kerajaan ini hampir mencapai tahap mustahil dalam dokumen bertulis berbahasa Melayu, tidak kira di zaman Pallawa, Kawi atau Jawi. Apatah lagi dalam kajian moden bertulisan Rumi. Ya, Grahi adalah kunci kepada misteri Kemelayuan di Indochina. Siapa dapat rahsia dari Grahi, dia akan membuka rahsia Funan dan Kambojaraja.

Bagaimana dalam timbunan manuskrip Thai dan Khmer, dapat menemui sisa-sisa warisan Kemelayuan dan bayang-bayang nusa pertiwi? Bagaimana dalam riwayat-riwayat Thai dan Khmer yang bercampur-baur itu dapat terhidu harum seroja Kemelayuan dan santun susila Sang Melati?

Tetapi saya dapat melihatnya. Malah semakin jelas. Saya tahu di mana mahu menjejak sejarah Melayu yang bersembunyi di dalam pekat mantera Khmer Kuno dan tarian suci diraja Angkor. Saya masih dapat menghidu warna darah Kemelayuan dan tinta emas Sriwijaya di dalam mitos dan petitih Thai Kuno, tidak kira ia bersembunyi di era Lanna, Sukhothai atau Ayutthaya. Saya tahu di mana mereka bersembunyi!

Bagaimana seorang dewi Thai yang dipuja-puja, mantera pujanya ditulis menggunakan simbol suci Khmer?

Ingat, budaya Thai dicedok dari Khmer dan Melayu Segenting Kra. Budaya Khmer pula dibayangi oleh budaya Sriwijaya. Jika anda mahu lihat budaya Melayu kuno yang masih tertinggal, perhatikan kostum Thai dan Khmer; bukan yang jadi komersil atau pop, ia sudah bayak diubahsuai, lihat yang lebih asli di pedalaman. Tetapi orang Melayu moden sudah tidak mengenalnya, dan semuanya yang berasal dari Indochina semuanya dikatakan ‘Siam’. Budaya Melayu purba termuzium dengan baik ditangan Thai dan Khmer. Bagus juga mereka ada. Sekurang-kurangnya jika saya mahu tahu bagaimana senibina dan pakaian Melayu Purba di Indochina, saya terus melihat Thailand dan Kemboja!

Kemudian pencarian saya terhenti kepada satu watak paling penting dalam sejarah Kelantan. Siapa?

Siapa orang Thai yang tidak kenal RamaKhamhaeng? Beliau adalah seorang raja dari kerajaan Sukhothai yang paling menyerlah dan kononnya beliaulah yang bertanggungjawab mengubahsuai skrip Khmer menjadi skrip Thai seperti yang digunakan pada hari ini. Tetapi bagaimana beliau mati? Ini adalah misteri yang menghantui semua hikayat tentang raja ini. Pernah dengar legenda Suriyothai? Seorang permaisuri duduk di atas gajah pergi berperang. Seorang wanita berperang di atas gajah!

Saya belajar memahami siapa di sebalik nama Urduja atau Durga Wijayamala, serang puteri raja dalam riwayat Kelantan yang pergi berperang di atas gajah dan berhasil memenggal kepala seorang raja yang ganas!

Cuba kaji mengapa kerajaan Sukhotai terus hancur selepas era Ramakhamhaeng, padahal pada era beliaulah, Sukhothai mencapai tahap kemuncaknya. Siapa pengganti Ramakhamhaeng?

Page 51: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Pada Abad 14 pula Ibnu Battuta (pengembara Arab yang terkenal) telah singgah di satu tempat yang bernama ‘Kilu Krai’ (Kuala Kerai di Ulu Kelantan sekarang) dan bertemu dengan seorang raja perempuan yang bernama Urduja. Raja perempuan ini digambarkan oleh Ibnu Battuta sebagai seorang yang gagah perkasa di sebalik wajahnya yang cantik jelita.

Siapa Urduja? Sebab itu amat penting untuk saya sebagai penyelidik mempelajari sistem nama-nama monarki Melayu purbakala. Raja-raja Melayu pada era pra-Islam dahulu memakai gelaran Sanskrit untuk urusan rasmi atau dokumentasi dan gelaran tempatan di kalangan rakyat. Inilah rahsia yang amat mengelirukan ramai pengkaji sejarah.

Siapa SuryaVarman I atau Jayaviravarman? Mereka secara umum adalah tokoh dalam monarki Kemboja. Adakah mereka Khmer? Salah! Mereka adalah Melayu. Seperti saya dan anda.

SuryaVarman I adalah raja agung yang banyak membina candi dan binaan. Pernah dengar Preah Vihear? Ada pengkaji mengatakan beliaulah yang membina ibukota Angkor berpandukan rujukan bintang-bintang sebagaimana Piramid Agung dibina berpandukan buruj Orion. Raja-raja Kemboja menyambung usahanya selepas itu sehingga terbinalah Angkor Wat dan sejarah Angkor Wat inilah yang saya katakan ada kaitan dengan Grahi. Saya boleh katakan bahawa, ‘blueprint’ Angkor Wat dikeluarkan dari dalam istana Grahi.

Jadi seperti biasa,sudah tentu nama Suryavarman I ini amat direbut oleh nasionalis Khmer tanpa mempedulikan kejujuran ahli sejarah mereka. Suryavarman I dikatakan dari Khmer asli. Sama juga seperti nama empayar agung Sriwijaya, yang direbut oleh Thailand dan Indonesia, juga India!

Perlu diingat bahawa rekod-rekod kuno dari China tidak mengenal apa itu Chaiya atau Nakhon Si Tammarat. Nakhon Si Tammarat berasal dari kata ‘Sri Dharmaraja’. Ramai menganggap ia adalah nama kerajaan. Sebenarnya ‘Sri Dharmaraja’ menjadi popular kerana seorang raja Melayu yang pernah menyerang Sri Lanka iaitu Chandrabanu meletakkan kata ‘Sri Dharmaraja’ sebagai gelaran menjadi Chandrabanu Sri Dharmaraja. Kedua-dua nama ini (Chaiya dan Nakhon Si Tammarat) telah diberikan oleh Thailand. Tetapi terdapat nama ‘Kio-lo-hi’ dalam rekod kuno China.

Ia adalah 'Grahi' dalam lenggok sebutan orang China purba.

Biar saya beritahu rahsia ini.

Durga Wijayamala telah membunuh RamaKhamhaeng di atas gajah dalam pertempuran paling legenda seluruh Indochina. Wanita besi itu telah memenggal kepala raja Sukhothai itu dan mencampakkan tubuhnya ke sungai, lalu menyembunyikan kepalanya sebelum dituntut oleh sami-sami Sukhothai. Inilah legenda yang membayangi sejarah Sri Suriyothai.

Ingat lagi gadis misteri yang melambaikan tangannya kepada saya dalam mimpi? Dan lukisannya yang dipuja oleh pemuda Siam, mekanik dari Sungai Petani? Patungnya telah dijadikan pelaris oleh masyarakat Thai. Kini patung dewi ini telah dipakaikan kostum Thai moden. Dan lukisan gadis ini dalam kostum kebaya atau kostum Sriwijaya (berkemban dan memakai selempang) adalah satu budaya tertua sekali berkaitan dewi ini. Asal-usul pemujaan ‘Nang Gwak’ (nama dewi pelaris ini) dikatakan berasal dari mitos yang berasal dari India namun pengkaji budaya Thailand bersetuju mengatakan budaya dan kostum dewi ini berasal dari kebudayaan kuno yang telah bertapak lama di Thailand. Apakah kebudayaan kuno ini? Ia adalah

Page 52: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Sriwichay. Mahu saya terjemahkan apa dia Sriwichay itu?

Seorang sami Thai dari Baling telah mengajarkan saya mantera pelaris untuk ‘Nang Gwak’ ini. Saya bukan mahu amalkan benda-benda syirik ini, tetapi saya mendapat satu kenyataan yang menarik dan begitu menakjubkan dari mantera Nang Gwak, gadis misteri dari tamadun purba Thailand!

Setelah meneliti mantera ini:

ohm s e-w -chai gang wian bp o j}o k o k eow mee l ok kon d eow ch u naang-gw{k chaai h n chaai r|k y ng h n y ng t|k t k t an n}a p ak paa-n t chaa paa goo bpai k|a t ung meuang maen goo j{ bpai k|a h a w en g r d}i wan l| s en t|-naan goo j{ k|a s a-r|-p|t gaan g r d}i doi kl ng goo j{ k|a tong g r d}i-m|-dtem h{ap piang wan née bpen r i s am h{ap maa reuan s am deuan bpen s{yt-t e s am bpee bpen p r k|a s m-pao pr| reu-s e p o bpen j}o bpr{-s t h}i g{e l ok kon d eow s{-w a ha

Saya mendapati kata ‘see-wi-chai’ / ‘Sriwichay’ tidak punya maksud dalam bahasa Thai dan ditafsirkan terus kepada ‘Sriwijaya’ padahal kata ‘Sriwijaya’ ada maksud dalam bahasa Sanskrit. Kata-kata permulaan ‘Ohm’ adalah kata-kata sanjungan atau pujaan dari agama Hindu. Biasanya nama-nama dewa akan diletakkan di belakang kata puja ‘Ohm’. Menariknya di sini, nama ‘Sriwijaya’ diletakkan di belakang ‘Ohm’. Tiada dewa Thai yang bernama Sriwijaya. Juga tiada nama dewa Hindu yang bernama Sriwijaya. Dalam riwayat kuno Thai, ambillah petitih mana pun, dari era Lannathai atau Sukhothai sekalipun, ‘see-wi-chai’ hanya merujuk satu nama, Sriwijaya.

Kandungan mantera ini menggambarkan maksud pelaris itu sendiri, membawa banyak harta benda, emas atau kekayaan dan menjadikan perniagaan semakin baik. Ada juga perkataan ‘Khao Khieow’ yang membawa erti yang mendalam.

Saya ingin beritahu anda satu perkara. Puji-pujian kepada raja-raja Melayu Sriwijaya adalah satu budaya biasa ketika Sriwijaya berkuasa di IndoChina. Raja-raja ini dipuji dan dipuja bagaikan Dewa Visnu dan Siva dalam prasasti dan riwayat-riwayat Thai Kuno. Dan jangan terkejut jika sebahagian mantera sami Thai masih terlekat pujaan terhadap ‘Sriwichai’ ini.

Nama empayar ini dipuja bagaikan masih punya bisa dan kesaktian.

Mungkin mereka dengan kepercayaan mereka, tetapi bagi saya kesaktian ‘Sriwichai’ terletak kepada hegemoni perdagangan maritimnya. Bukan jelmaan Visnu atau Siva.

Apakah kaitan Sriwichai, Durga Wijayamala dan Ramakhamhaeng?

Cik Siti Wan Kembang dan Tanah Serendah Sekebun Bunga!

Tetapi saya mahu tahu dahulu siapakah ‘Nang Gwak’ sebenarnya. Atau saya boleh bertanya lagi, biar minda anda lebih sakit lagi, apa kaitan Nang Che Yam dengan Nang Gwak?

Prasasti Grahi yang telah dijumpai di Kemboja adalah dalam bahasa Khmer. Namun ia menceritakan tentang keagungan raja-raja Melayu Sriwijaya. Pelik? Anda kena belajar memahami kenyataan ini!

Anda kena memahami bahawa Melayu itu tidak sesempit Perlis sehingga ke Sabah. Belajar nama empayar ini, Sriwijaya dan anda akan dapat tahu rahsia kerajaan Grahi yang hilang. Sekali anda tahu rahsia Grahi, anda akan tahu apa yang berlaku 500 tahun sebelum Masehi. Sekali anda tahu riwayat 500 tahun sebelum Masehi, sebelum Dapunta Hyang Jayanasa mendarat di Muara Tamwan dengan balatentaranya sebagaimana yang tercatat di prasasti Kedukan Bukit, anda akan dapat memahami

Page 53: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

mengapa Valmiki menuliskan nama ‘Malayadvipa’ (Kepulauan Melayu) dalam Ramayana juga Vyasa dalam kompilasi Purana, beratus tahun sebelum kemunculan Gautama Buddha. Sekali anda tahu mengapa para rishi menuliskan nama Kepulauan Melayu di dalam kitab-kitab suci mereka, anda akan tahu siapakah dia watak misteri ‘Maat Heru’ (Mata Hari) seperti yang tercantum di dalam The Egyptian Book of The Dead.

The history of thy beloved,

~ Srikandi

Page 54: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

C A T A T A N S R I K A N D I V AH AD, 17 H B O KT OB E R 201 0

[ HT T P:// M IST I SFI L E S.B L OG SP OT . COM / 2 01 0/ 1 0/ CAT AT AN - SR I KAN DI -IV .H T ML ]

Gambar menunjukkan raja dan permaisuri Melayu dari dinasti Sailendra sedang berehat di dalam istana sambil dikelilingi para pegawai kerajaan dan inang-inang diraja. Relief dari Borobudur, Indonesia.

Catatan Srikandi V: Jangan keliru sejarah bangsa sendiri!

Ketika saya belajar sejarah dahulu, terutamanya ketika di tingkatan satu, saya memahami selepas topik ‘orang gua’ (Paleolitik, Mesolitik dan ‘litik-litik’ yang lain) saya dihidangkan tentang sejarah Kesultanan Melaka. Saya ketika itu walaupun masih kecil namun tetap boleh berfikir dan terpinga-pinga mengapa sejarah Malaysia khasnya orang Melayu boleh menjadi cacamarba sebegini. Jika teks Sejarah Malaysia dijadikan filem komersil, saya jamin ia akan menjadi filem paling top oleh Rotten Tomatoes. Filem paling tidak senonoh dari segi kronologi.

Ketika di tingkatan 5, barulah ada disentuh sedikit tentang kerajaan agraria dan maritim di Asia Tenggara. Ada disebutkan tentang Champa dan Funan. Juga disebutkan tentang Sailendra dan Sriwijaya. Namun ketika saya tidak tahu bahawa Sriwijaya yang amat hebat itu adalah empayar orang-orang Melayu! Dan Sailendra yang merupakan dinasti penguasa paling agung Asia Tenggara adalah dinasti Melayu! Memang saya tidak tahu. Dan ramai tidak tahu. Ketika itu saya benar-benar tidak mengerti mengapa sejarah bangsa saya adalah sejarah paling misteri dalam dunia. Tidak ada kesinambungan. Terputus dan terpecah-pecah di sana-sini. Pada mulanya saya memikirkan bahawa orang Melayu itu hanya terdapat di semenanjung. Kemudian saya tahu bahawa orang Melayu ada di Sumatera. Kemudian rupa-rupanya ada satu kerajaan Melayu di Borneo, Brunei Darussalam. Kemudian akhirnya saya tahu ada Melayu di Selatan Thai. Pada mulanya juga, saya memikirkan bahawa kerajaan orang Melayu yang mula-mula sekali adalah Kerajaan Melaka. Sebelum itu orang Melayu mungkin tidak punya apa-apa kerajaan. Saya diajar tentang Parameswara, penguasa pertama Melaka telah membunuh Temagi, wakil pemerintah ‘Siam’ di Temasik dan melarikan diri sehingga membuka Melaka. Saya berfikir, bagaimana ‘Siam’ boleh sampai nun, di Singapura sana. Hanya dalam Sejarah Melayu sahaja disebutkan tentang Temagi ini manakala semua petitih-petitih kuno dan riwayat Thai tidak menyebutkan apa-apa tentang penguasaan mereka sejauh Temasik. Namun saya ketika itu mula memikirkan bahawa sebelum naik

Page 55: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Kesultanan Melaka, seluruh semenanjung adalah di bawah taklukan ‘Siam’. Jadi dari mana orang Melayu datang? Kenapa Siam yang terkenal kuat itu tidak menghalang penubuhan Melaka? Saya benar-benar keliru dengan riwayat bangsa saya sendiri.

Apabila saya mengambil kursus sejarah di universiti, dan mengkaji sejarah Melayu Asia Tenggara dengan semakin mendalam, saya menjadi semakin keliru apabila dijumpai prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno di merata tempat seawal abad ke-7 Masehi! Saya juga tidak menyangka bahawa Champa adalah kerajaan orang Melayu dari suku Cham yang punya kaitan rapat dengan orang Kelantan dan Terengganu. Saya semakin pelik apabila empayar maritim Sriwijaya yang telah membina Borobudur itu ketika era dinasti Sailendra memerintah Jawa menggunakan bahasa Melayu Kuno!

Kemudian saya tahu yang membunuh temagi bukanlah Parameswara tetapi Sang Nila Utama, seorang putera dari keturunan Sriwijaya yang berpindah ke Temasik dari Sumatera untuk lari dari hegemoni Majapahit yang semakin kuat di Palembang. Dan saya tahu bahawa Temagi bukanlah keturunan Thai atau dari kerajaan Ayutthaya, tetapi keturunan sama ada Mon-Khmer atau Melayu Segenting Kra dari kerajaan Melayu antara tergelap dalam sejarah Kemelayuan, Tambralingga. Temagi dikatakan dibunuh pada tahun 1324 padahal kerajaan Ayutthaya ditubuhkan kira-kira pada tahun 1354! Ayutthaya perlu mengambil masa berpuluh tahun sebelum mampu menghantar tenteranya menakluki Temasik!

Cerita yang sebenar ialah, ketika hegemoni Sriwijaya ke atas Asia Tenggara sedikit demi sedikit runtuh, maka banyak negarakota Melayu (Malay states) dan lain-lain (contohnya kerajaan orang Mon) mula membebaskan diri dari Sriwijaya. Terutamanya ketika serangan kilat Rajendra Chola dan peperangan

dengan di Jawa telah melemahkan hegemoni empayar ini menyebabkan Sriwijaya melepaskan wilayah-wilayahnya. Salah satunya ialah Tambralingga yang kemudiannya dikenali sebagai Nagara Sri Dharmaraja. Raja Tambralingga yang berjaya membebaskan diri dari pengaruh Sriwijaya mula meluaskan pengaruhnya sendiri di seluruh semenanjung hingga ke Temasik. Pengaruh Tambralingga semakin besar sehingga mampu menghantar angkatan tentera menyerang Sri Lanka pada tahun 1247 Masehi. Tidak hairanlah pulau Temasik adalah di bawah pengaruh Tambralingga jika sudah berupaya menghantar tentera sejauh ke Sri Lanka.

Ukiran pada Borobudur pada abad sekitar 6-8 Masehi menunjukkan orang Melayu telah mampu membina kapal-kapal besar dan membina rangkaian perdagangan ketika di Kepulauan British masih berperang dengan bangsa Norman,Norseman dan puak-puak Jerman Kuno.

Semua kekeliruan sejarah ini menyebabkan kesan yang bukan sedikit. Pertamanya orang Melayu memikirkan dahulu seluruh semenanjung adalah di bawah Siam. Kemudian yang lucunya, ada warganegara Malaysia keturunan Thai berdegil mengatakan bahawa Temagi itu adalah wakil Ayutthaya dan dahulunya orang Thai adalah pribumi semenanjung! Ini adalah karut kerana semua pengkaji sejarah tahu orang Thai adalah imigran termuda ke Indochina ketika etnik-etnik Malayo-Polinesia (termasuk Melayu), orang Pyu, Mon dan Khmer sudah berada lama di Indochina.

Ingat kisah Rajuna Tapa yang membuka pintu kota Temasik untuk tentera Majapahit? Itulah sebab Parameswara lari ke Melaka! Bukan sebab membunuh Temagi. Siap ada filem era Jalan Ampas lagi tentang serangan Majapahit ke atas Temasik akibat pembelotan Sang Rajuna Tapa, seorang pegawai kerajaan Temasik di bawah pemerintahan keluarga Parameswara. Sang Rajuna Tapa membelot kerana kecewa anak perempuannya dihukum sula oleh raja akibat dituduh bermukah.

Page 56: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Semua ini bagaikan melengkapkan satu ‘puzzles’ yang berselerak di sana-sini!

Salasilah sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menyebabkan banyak pihak mengambil kesempatan. Bumi orang Melayu yang penuh kekayaan ini menjadi idaman semua bangsa di dunia. Kedudukannya yang strategik di antara Barat dan Timur dicemburui ramai orang. Bukan sahaja di darat malah lautan kelilingnya penuh dengan sumber mineral. Kaji mengapa China yang jauh dari Kepulauan Spratly bermatian menuntut kawasan ini. Dari segi kedudukan, Filipina dan Malaysia punya kelebihan kerana lebih berdekatan. Kerana faktor-faktor kedudukannya yang jauh dari kepulauan ini maka China terpaksa menggunakan senjata berbahaya yang kurang dipedulikan pemimpin UMNO yang ‘duit rakyat didahulukan, perut sendiri diutamakan’. Apa senjata itu wahai tuan-tuan dan puan-puan?

Sejarah!

China terpaksa mendakwa bahawa Kepulauan Spratly telah lama dikunjungi oleh para nelayan dan pedagang China sejak berabad-abad dahulu padahal ramai pengkaji sejarah maritim mengakui orang-orang China agak lambat menguasai laut selatan berbanding kaum-kaum Austronesia yang terkenal sebagai para pelayar dan pengembara maritim dari Hawaii hingga ke Madagaskar. Para pedagang China terpaksa menumpang kapal-kapal orang ‘Kunlun’ untuk ke selatan kerana keadaan laut di situ amat berbahaya. Siapa orang ‘Kunlun’ dalam teks kuno Maharaja China? Tidak perlu saya beritahu.

Betapa indahnya kenangan bangsa Melayu pada masa-masa dahulu. Ahli sejarah luar negara mengenang Melayu sebagai bangsa yang setaraf dengan Norseman dan Phoenicia, pakar dalam ilmu maritim. Sehingga pada candi, tukang-tukang batu Melayu mengabadikan profesion purba mereka dengan penuh megah.

Cukuplah Merong Mahawangsa yang diupah untuk membawa putera Rom menemui puteri China menggunakan kapalnya. Inilah kisah profesion purba orang ‘Kunlun’ yang terakam kemas dalam hikayat Melayu dahulukala. Sebab itu saya katakan dahulu, membaca hikayat-hikayat Melayu perlu punya pengetahuan sejarah yang luas supaya dapat membaca secara ‘read between the lines’. Di dalamnya penuh kod-kod rahsia yang hanya mampu dipecahkan jika pengetahuan kronologi sejarah kita kuat. Orang Melayu dahulukala memang suka berkias-kias.

Page 57: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan sekelompok orang yang menggelarkan diri mereka ‘Keturunan Merong’ menuntut takhta Sultan Kedah dan Yang Dipertuan Agong dengan cara memutarbelitkan sejarah dan mengisi lompang sejarah Melayu dengan versi sejarah karut mereka.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan golongan ‘Ultrakiasu’ mempermainkan sejarah Malaysia dengan cuba mengelirukan dan memutarbelitkan fakta bahawa orang Melayu adalah pendatang.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan orang lain menuntut wilayah-wilayah Melayu pada zaman dahulu seperti yang berlaku ke atas Pulau Batu Putih.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan orang Melayu ke arah buta sejarah bangsa sendiri dan penuh perasaan ‘inferior’ terhadap bangsa lain.

Saya galakkan anda semua wahai anak-anak Melayu tonton filem ‘The Legend of Queen Suriyothai’ dan ‘King Naresuan’ dan belajar bagaimana bangsa Thai cuba menaikkan jatidiri dan semangat patriotik bangsa dengan mendefinisikan semula sejarah mereka. Walaupun ada pakar sejarah tahu bahawa kostum perang di zaman Raja Naresuan tidaklah seperti yang ditonjolkan, namun mereka sedar betapa pentingnya prestij sejarah untuk membangkitkan semangat bangsa mereka. Tidak kiralah sejarah realiti atau sejarah yang asalnya fantasi namun cuba direalitikan.

Jadi apa yang pemimpin UMNO buat? Berkokok dan menyalak ke sana ke mari tentang Ketuanan Melayu, namun menjahanamkan orang Melayu sedikit demi sedikit. Apabila Ultrakiasu (ingat, bukan Cina tetapi yang rasis dan Ultrakiasu sahaja) mengadu mereka dikatakan pendatang, maka pemimpin Umno membuat kenyataan bahawa Ultrakiasu bukan pendatang. Namun apabila orang Melayu dihina malah agama dan nama Allah dipermainkan oleh Ultrakiasu, apakah yang pemimpin UMNO ini buat? Amaran, amaran dan amaran sahaja? Ini kedunguan saudara dan saudari. Ini kebingungan yang tidak boleh dimaafkan. Pandai bila menghayun-hayunkan keris ketika memekik ‘Hidup Melayu!’ namun pada masa yang sama menikam dan membunuh warisan dan jatidiri Melayu sedikit demi sedikit. Apa gunanya Perkasa dan Pekida? Dua organisasi ini semakin hari semakin menggalakan gengster-gengster dan mat rempit Melayu berkeliaran di dalamnya. Mereka amat berani berkokok dan bergaduh. Tetapi mangsa mereka siapa? Orang Melayu juga!

Mereka hanya berani ke atas bangsa sendiri tetapi pengecut terhadap bangsa lain. Sebab apa? Pertamanya sebab memang mereka pengecut. Keduanya sebab bos-bos mereka iaitu pemimpin UMNO ada ‘deal’ dengan Ultrakiasu. Ini semua cerita pasal duit. No money no talk. Rasuah dan sogokan duit akhirnya menghancurkan orang Melayu.

Dahulu raja-raja Melayu dipermainkan British. Sekarang pemimpin-pemimpin Melayu dipermainkan Ultrakiasu. Apa yang boleh saya katakan, ‘why are you so stupid?’

Kita tidak boleh harapkan satu lagi parti Melayu iaitu PKR yang jadi hamba sahaya pacal yang hina kepada DAP. Ini memang sudah keluar carta. Buat pemilihan dalam parti pun kelam kelibut, bagaimana hendak pegang satu Malaysia?

PAS, bermula dengan baik dengan tema agama, kerana AGAMA adalah berkait amat rapat dengan Kemelayuan. Sama seperti separuh sejarah Thai adalah Buddha Theravada maka 80% dari warisan Melayu dan kekuatan sejarahnya adalah Islam itu sendiri. Jika seorang Melayu sudah murtad dan masuk agama Kristian contohnya, anda akan lihat sedikit demi sedikit dia akan hilang aura Kemelayuannya. Jadi ‘makhluk’ lain yang asing terhadap Melayu dan segala rahsianya.

Tetapi amat mengecewakan kerana dek mahu menang pilihanraya, PAS seakan-akan rela membutakan matanya sendiri laksana Kasim Selamat. Sudah-sudahlah berpolitik. Jangan sampai PAS bertuhankan politik. Jika PAS membuang Melayu kerana jadi hamba politik saya masih boleh menerima (walau dengan hati yang berat dan sedih) tetapi jangan sampai PAS buang agama sekali akibat mahu menang pilihanraya. Ini sudah sampai peringkat sadis dan ‘gore’.

Page 58: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Adakah saya boleh berkata, biarkan luncai terjun dengan labu-labunya?

Kini saya mahu menumpukan kajian terhadap kerajaan Melayu sebelum Sriwijaya atau era pra-Sriwijaya. Jika pada zaman Ratu Hatshepsut (1508BC - 1458BC), sudah tercatat nama ‘Perahu’ dan ‘Hati’ sebagai nama pemerintah Melayu pada zaman dahulu, sudah tentu saya mahu tahu lebih tentang mereka. Mengapa? Tidak percaya? Tidak percaya kerana tidak mungkin orang Melayu wujud sejauh 1500 Sebelum Masehi?

Tetapi saya mahu percaya.

Saya mahu percaya sebab jika orang Melayu tidak meninggalkan apa-apa tentang kewujudan mereka sekalipun, orang Mesir Purba teguh mengukirkan rahsia Kemelayuan di dinding-dinding makam dan kuil mereka. Sebab apa?

Sebab moyang saya adalah pedagang dan pelaut yang handal. Rempah dan kemenyan adalah antara barangan dagangan nenek moyang saya yang menjadi idaman para Firaun dan Emperor Babilon.

Saya mahu tahu mengapa ‘Maat Heru’ dalam ‘The Egyptian Book of The Dead’ yang terukir pada keranda-keranda dan dinding makam Firaun punya hubungan dengan nama ‘Matahari’ dalam bahasa Melayu. Apa hubungan Melayu dengan bangsa Mesir Kuno? Siapa Raja Matahari?

Siapa Raja Perahu dan Permaisuri Hati? Apa hubungan mereka dengan Raja Matahari?

Kemudian setelah mengkaji sejarah Phoenicia dan menemui beberapa petunjuk antara orang Melayu dan bangsa Phoenicia, memimpin saya kepada petunjuk di Borneo. Saya menemui nama lama bagi Borneo adalah berasal dari kata Borni merujuk ‘slang’ pengembara Itali kepada kerajaan Melayu Brunei. Kemudian saya menggali lagi sehingga mengetahui nama purba Brunei adalah Poni merujuk kepada catatan-catatan pengembara China zaman dahulu. Pengembara China ini mencatatkan bahawa penduduk di kawasan ini (Borneo sekarang) menggelarkan tanah mereka sebagai Poni/Puni.

Inilah Punt yang sebenar!

Inilah tempat tinggal Raja Perahu dan Permaisuri Hati!

Sungguh! Saya benar-benar teruja dengan sejarah Melayu yang penuh misteri!

~ Srikandi

"Don't hide my Chronicles behind your blood of war. I'm vampire of history"

Page 59: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

2010

Original Author: Srikandi

For: MistisFiles

From: Mistis Organisation

Republish by Alam Mala

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU (Versi 3.5)

ARTIKEL PENGIRING: MALAYO-POLINESIAN & AUSTRONESIAN

Page 60: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

M A L A YO - P O L I N E S I A N & A U S T R O N E S I A R AB U , 2 0 H B O KT OB E R 201 0

[ HT T P:// MIST I SFI L E S.B L OG SP OT . COM / 2 01 0/ 1 0/ P E L AJ AR AN -P E R T AM A - MAL AYO - POL IN E SI AN. H T ML ]

Untuk memahami apa yang dikatakan ‘rumpun Melayu’ atau Nusantara, kita mesti belajar apakah persamaan antara etnik-etnik di dalam rumpun Nusantara itu. Kita mesti tahu apakah beza antara rumpun Nusantara dengan kelompok-kelompok bangsa yang lain. Saya jujur mengatakan bahawa ketika zaman klasik Kesultanan Melaka, telah timbul apa yang dinamakan rumpun Melayu kerana Kesultanan Melaka telah bertindak sebagai satu empayar yang menakluk seluruh semenanjung dan sebahagian Sumatera; menyambung warisan yang ditinggalkan empayar Melayu Sriwijaya dahulu. Empayar ini amat kuat dan disegani Timur dan Barat sehingga hanya kuasa Eropah sahaja bergabung dengan pengkhianatan dari dalam,yang mampu menumbangkan Kesultanan ini.

Mengapa orang Bugis lebih senang menyerap budaya Melayu Selangor? Mengapa orang Jawa senang berasimilasi dengan orang Melayu Johor? Mengapa orang Banjar, Mendahiling atau Rawa lebih rapat dengan orang Melayu berbanding dengan orang Thai contohnya? Mengapa budaya berkeris ada pada orang Sulu, Jawa, Bugis dan Melayu (sekadar menamakan beberapa contoh)? Kita lebih faham bahasa orang Boyan atau orang Burma?

Kita mesti faham betul-betul perkara ini sebab jika kita tidak memahami perkara ini sebetulnya, nanti ada orang yang dari kelompok bangsa lain contohnya Tai-Kadai akan cuba memutarbelitkan fakta berkaitan kaum dan bangsa ini. Tidak memahami kategori antara bangsa-bangsa ini menyebabkan kegiatan merompak budaya dan identiti akan berlaku. Juga untuk mengelakkan kekeliruan budaya sesama sendiri di dalam kelompok yang sama. Contohnya keris adalah budaya etnik-etnik Malayo-Polinesian. Jika orang Melayu berkeris, ini tidak bermakna mereka merompak budaya dari orang Jawa. Jika orang Jawa pakai kain batik, ini tidak bermakna mereka mencuri kain batik orang Kelantan. Kena faham betul-betul. Nanti tidaklah berperang sesama rumpun sendiri disebabkan hal yang remeh-temeh begini. ‘French Fries’ contohnya adalah makanan orang Perancis dan Amerika. Namun tidak pernah orang Perancis berperang dengan orang Amerika semata-mata berebutkan ‘French Fries’ (‘pommes frites’ dalam bahasa Perancis). Tetapi ada orang yang ghairah mahu berperang semata-mata ingin berebutkan rendang! Lihat beza mentaliti orang Eropah dengan orang Asia yang terjajah pemikirannya. Apa yang mahu saya katakan lagi, “why are you so stupid?”

Ok, kita belajar sejarah secara santai. Tidak perlu tension-tension. Anda suka belajar sejarah dengan cara menghafal tarikh-tarikh? Saya pun tidak suka! Sebenarnya sejarah adalah subjek yang menarik. Sejarah melangkaui politik, budaya, geografi dan banyak bidang lain. Sejarah akan menjawab banyak persoalan. Apa, mengapa, bila, di mana, siapa dan bagaimana. Ok, biar saya teruskan ‘lecture’ saya tentang kelompok budaya dan bahasa yang dikelaskan sebagai, Austronesia.

Austronesia adalah kelompok bahasa yang tersebar di zon yang dinamakan Oceania dan Asia Tenggara sehingga ke Madagaskar. Orang Austronesia pula adalah mereka yang bertutur bahasa-bahasa di dalam kelompok Austronesia.

Dahulu kelompok bahasa ini digelar sebagai Malayo-Polinesia. Kemudian ditemui di Taiwan di mana terdapat kelompok-kelompok pribumi di sana bertutur bahasa mirip bahasa-bahasa dalam Malayo-Polinesia yang kemudiannya dikelaskan sebagai bahasa Formosa.

Gabungan bahasa Formosa dan Malayo-Polinesia inilah kemudiannya digelar Austronesia.

Page 61: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Austronesia adalah salah satu kelompok bahasa utama di dunia. Austronesia juga merupakan kelompok bahasa yang terbesar dari segi jumlah bahasa iaitu kira-kira 1268 jenis bahasa. Austronesia juga memiliki kawasan penyebaran paling luas, iaitu dari Madagaskar hingga ke Pulau Easter.

Bahasa Melayu dan bahasa Jawa adalah dua bahasa Austronesia yang mempunyai ramai penutur. Bahasa Melayu mempunyai lebih 40 juta penutur asli dan bahasa Jawa mempunyai kira-kira 80 juta penutur asli. Dari segi etnologi dan jumlah penutur sebenar, bahasa Melayu adalah bahasa Austronesia yang paling ramai penutur iaitu kira-kira 300 juta penutur (digabungkan dengan Bahasa Indonesia iaitu salah satu dialek dari bahasa Melayu) dan menduduki tangga ke-6 dunia, ranking bahasa paling meluas digunakan.

Bahasa Melayu sebagai bahasa elit Austronesia adalah terkelompok pula ke dalam bahasa Malayo-Polinesian Barat, bersama-sama bahasa Jawa, Sunda, Bugis dan lain-lain. Bahasa Malayo-Polinesian Timur pula termasuklah bahasa-bahasa di kepulauan Pasifik seperti Hawaii, Tonga, Maori, Samoa dan lain-lain.

Ok, sekarang anda faham siapakah itu orang Austronesia? Persamaan antara bahasa-bahasa Austronesia yang paling ketara ialah menyebutkan bilangan jamak sesuatu dengan mengulangi dua kali perkataan. Contohnya jika ada banyak kapal, mereka namakan ‘kapal-kapal’ (bukan ‘kapals’). Satu lagi rahsia yang paling ketara namun jarang orang ketahui ialah penyebutan nombor-nombor. Terdapat persamaan ketara antara penyebutan nombor 1 hingga 10 misalnya diantara bahasa Hawaii, Tonga, Samoa dan lain-lain dengan bahasa Jawa, Sunda dan ya, sudah pasti bahasa Melayu. Lihat jadual:

Bahasa Melayu Jawa Sunda Bugis Samoa Hawaii Tonga Siam 0 sifar selo sun 1 satu siji hiji ceddi tasi kahi taha nueng 2 dua loro dua dua lua lua ua song 3 tiga telu tilu telu tolu kolu tolu sam 4 empat papat opat eppa fa hā fā si 5 lima limo lima lima lima lima nima ha 6 enam enem genep eneng ono ono ono hok 7 tujuh pitu tujuh pitu fitu hiku fitu chet 8 lapan wolu dalapan arua valu walu valu paet 9 sembilan songo salapan asera iva iwa hiva kao

10 sepuluh sploh sapuluh sapulo sefulu -hulu -fulu sip Lihat, nombor-nombor mereka, sama ada dipengaruhi bahasa Melayu atau dipengaruhi bahasa Jawa. Sebab apa? Jawapan yang paling mudah, kena salahkan dua empayar ini: Sriwijaya dan Majapahit. Tetapi kalau nak jawapan yang kompleks, kena jawab dengan sejarah linguistik dan pergerakan kaum-kaum Austronesia. Bahasa Sunda misalnya sebutan nombornya bercampur antara bahasa Melayu dan Jawa.

Ok, itu adalah persamaan antara bahasa-bahasa dalam kelompok Austronesia atau nama klasiknya ‘rumpun Melayu’. Rumpun ya, bukan orang Melayu. Serumpun maknanya berkongsi budaya dan bahasa. Orang Batak misalnya berbeza dengan orang Melayu. Jadi orang Batak bukan orang Melayu dari segi etnik-etnik dalam kelompok budaya Austronesia. Masing-masing ada identiti. Apabila bercakap dalam

Page 62: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

konteks ‘dalam rumah sendiri’ Melayu adalah salah satu kaum atau sub-bangsa dalam rumpun Austronesia. Samalah apabila bercakap dalam konteks Malaysia, orang Kedah, orang Perak dan orang Kelantan misalnya adalah orang Melayu. Namun bila bercakap soal kenegerian, masing-masing ada identiti sendiri seperti bahasa, senibina, makanan atau pakaian. Jadi bila orang-orang Melayu sedar bahawa ada kaum lain yang seakan sama dari segi wajah, bahasa dan budaya dengan orang Melayu maka mereka menyebut, "kita serumpun" (rumpun Austronesia atau Nusantara). Jadi Thai, Burma, Viet ataupun Mon-Khmer bukanlah serumpun dengan orang Melayu (ditolak faktor asimilasi atau cedokan bahasa dan budaya) sebab asas atau induk mereka berlainan dari orang Melayu. Thai boleh mencedok budaya Melayu Segenting Kra atau Khmer tetapi lihat bahasanya. Jauh berbeza. Ini dinamakan ‘asimilasi’. Bukan serumpun. Tetapi ini asimilasi antara dua kelompok berbeza. Kalau anda faham masalah ini, saya tanya anda, orang Siam itu sama atau tidak dengan orang Melayu? Serumpun atau tidak?

Rujukan tambahan;

Decimal Numbers 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

PAN, circa 4000 BC *isa *DuSa *telu *Sepat *lima *enem *pitu *walu *Siwa *puluq

Tetum ida rua tolu haat lima neen hitu ualo sia sanulu

Tagalog isá dalawá tatló ápat limá ánim pitó waló siyám sampu

Ilokano (Ilocano) maysa dua talló uppat limá innem pitó waló siám sangpulo

Kapampangan metung adwa atlu apat lima anam pitu walu siyam apulu

Cebuano usá duhá tuló upat limá unom pitó waló siyám napulu

Malay satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh

Javanese siji loro telu papat limo nem pitu wolu songo sepuluh

Malagasy irai(ka) roa telo efatra dimy enina fito valo sivy folo

Māori tahi rua toru whā rima ono whitu waru iwa tekau

Tongan taha ua tolu fā nima ono fitu valu hiva -fulu

Chamorro maisa/håcha hugua tulu fatfat lima gunum fiti guålu sigua månot/fulu

Hawaiian kahi lua kolu hā lima ono hiku walu iwa -hulu

Siam adalah nama yang diberikan kepada kerajaan Ayutthaya. Rakyatnya ialah Siam. Tidak kira Tai, Mon, Khmer atau Melayu. Ada satu lagi kerajaan Tai iaitu Sukhotai yang lebih awal dari Ayutthaya. Tetapi Sukhotai bukan ‘Siam’. Siam adalah budaya bercampur antara Tai-Mon-Khmer-Melayu. Siam bukan Melayu dalam ertikata sebenarnya. Jadi konotasi adakah orang Melayu mencedok adat Siam adalah salah sama sekali. Siamlah yang mencedok segala budaya di sekelilingnya!

Inilah gunanya tahu sejarah. Tidaklah nanti kita terkeliru sampai menjatuhkan prestij sendiri secara sukarela.

Page 63: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Orang Tai (‘Tai’ bermaksud bangsa ini seluruhnya manakala ‘Thai’ ialah konotasi baru lebih merujuk kepada orang Tai di Thailand) termasuk dalam kelompok Tai-Kadai atau Kradai. Orang Tai ini juga banyak sub-bangsanya seperti orang Shan, orang Li, orang Kam-Sui, Tai-Dam dan lain-lain. Etnik kedua terbesar di China selepas orang Han adalah Zhuang, yang berasal dari bangsa Tai-Kadai ini. Bangsa Tai-Kadai ini asalnya tinggal berselerak di selatan China sehingga ke utara Burma dan Assam di India. Mereka kaum petani (agraria). Tai-Kadai adalah kelompok bahasa yang dipertuturkan oleh semua etnik Tai ini. Mereka juga dilihat berkongsi beberapa budaya, yang paling ketara ialah perayaan Songkran.

Budaya etnik Tai berbeza dengan apa yang dinamakan sebagai ‘Siam’. Siam adalah gabungan apa yang saya sebutkan tadi. Mula-mula orang Tai ini tinggal di bawah pemerintahan Empayar Khmer. Jadi asimilasi telah ada dengan budaya Khmer. Kemudian selepas berjaya membebaskan diri dari empayar ini, mereka mula membina kerajaan. Yang paling tersohor ialah Sukhotai. Mereka mula menakluk kerajaan-kerajaan Mon di tengah Thailand pada hari ini. Jadi mereka sudah berasimilasi dengan orang Mon yang lebih dahulu punya peradaban di Indochina. Akhir sekali ketika menubuhkan Ayutthaya, mereka telah berasimilasi dengan teruknya dengan negeri-negeri Melayu Segenting Kra dan Kerajaan Angkor menjadi apa yang dinamakan sebagai ‘Siam’. Ketika menjarah Angkor (serta menakluk sekali Angkor Wat) raja Ayutthaya telah mengangkut beribu-ribu artisan, tukang ukir, tukang batu, para penari dan seniman Khmer ke Ayutthaya. Kemudian apabila mereka mara lebih ke selatan, orang Tai ini melengkapkan identiti mereka sebagai Siam, apabila berasimilasi dengan orang Melayu ketika menakluk negeri-negeri Segenting Kra. Malah Ayutthaya itu sendiri adalah wilayah Negara Sri Dharmaraja, sebuah negeri Melayu Segenting Kra. Kemudian terjadi konflik merebut tanah Ayutthaya dengan U-Thong, raja pertama Ayutthaya yang ‘menceroboh’ masuk ke Ayutthaya sehingga ke beberapa raja selepasnya. Riwayat Khmer menyebutkan apabila raja Negara Sri Dharmaraja akhirnya tewas, beliau menyerahkan wilayah Ayutthaya sepenuhnya kepada seorang raja Tai dengan syarat mengambil anak-anaknya sebagai anak angkat raja Ayutthaya.

Kita boleh lihat persamaan senibina istana Raja Thai iaitu Grand Palace dengan istana Raja Khmer Kemboja di Phnom Penh:

Istana diraja Khmer Kemboja Istana Raja Thai di Thailand

Jadi siapa cedok siapa? Khmer adalah berbeza laras bahasa dan bangsa dengan orang Tai. Bahasa Khmer adalah dari kelompok Mon-Khmer. Jika senibina orang Aceh dan Melayu punya persamaan boleh dipertimbangkan kerana satu rumpun, tetapi orang Khmer dan orang Tai dari rumpun berbeza! Sebab apa tuan-tuan? Sebab asimilasi, tidak kira sebab peperangan mahupun perkahwinan. Perkaitan orang Melayu dengan orang Khmer pula banyak terkait akibat perkahwinan raja-raja Melayu Segenting Kra dengan gadis-gadis Khmer. Maka lahirlah raja-raja seperti Suryavarman I mahupun Jayaviravarman. Sujita, seorang raja Melayu Negara Sri Dharmaraja dari keturunan Sriwijaya telah berkahwin dengan puteri Khmer dari keturunan Kambuja. Menarik bukan?

Page 64: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Ingat, jangan jadi katak di bawah tempurung. Melayu di Malaysia mula jadi katak di bawah tempurung selepas dijajah British. Samalah seperti nasionalis Jawa yang terlompat-lompat hulurkan buluh runcing. Itu semua akibat ditipu Belanda. Ingat dua kata-kunci ini:

1. Dahulu tiada apa yang dinamakan Malaysia atau Indonesia 2. Budaya adalah milik bangsa bukan negara

Bezanya, nasionalis Jawa ditipu Belanda sehingga jadi terlampau fanatik dengan bangsa khayalan bernama ‘Indonesia’. Tetapi Melayu Malaysia ditipu British sampai jadi lembik, tidak bersemangat dan buta sejarah. Datang orang Siam cuit sikit, kelam kabut tak ingat dunia, kemudian menyembah kaki raja Siam tanpa usul periksa.

Jadi saudara saudari sekalian, nampak tak bahawa bahasa kita, budaya kita adalah amat luas menjangkau Malaysia sendiri. Bila bercakap tentang sejarah Melayu jangan sesekali berdasarkan kawasan sesempit Malaysia. Jangan saudara, jangan. Sebab nenek moyang kita adalah pedagang dan pelaut yang amat disegani Timur dan Barat. Dan kita bukan mula buat kerajaan ketika Kesutanan Melaka. Bukan saudara. Banyak kerajaan-kerajaan sebelum Melaka, yang paling terkenal ialah Empayar Sriwijaya. Belum lagi nak bercakap pasal ‘city-states’ Melayu yang bertaburan dari utara semenanjung hingga ke Segenting Kra. Itu mungkin makan ratusan tahun Sebelum Masehi, sebab ketika Sriwijaya meluaskan jajahan takluknya, telah ada kerajaan Grahi, Kedah Tua atau Gangga Negara. Sejak bila kerajaan ‘city-states’ Melayu ini wujud?

Menariknya, prasasti ‘Old Malay’ ditemui seawal abad ke-7 Masehi. Tulisan ‘Old English’ pula dijumpai seawal abad 8 Masehi. Salah satunya ialah puisi Beowulf. Itupun bahasanya belum sepenuhnya ‘English’ sebab ada yang mendakwa ia masih bahasa Anglo-Saxon, suku Jerman Kuno yang membentuk bangsa Inggeris hari ini. Prasasti Melayu Cham pula seawal abad 2 Masehi. Bila bercakap sejarah bangsa, ingatlah, kita adalah antara yang terbaik.

Baiklah para pelajar semua, kelas bersurai. Jumpa lagi di lain artikel.

The History of Thy Beloved,

~ Srikandi

Page 65: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

2010

Original Author: Srikandi

For: MistisFiles

From: Mistis Organisation

Republish by Alam Mala

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU (Versi 3.5)

ARTIKEL PENGIRING: MALAYO-POLINESIAN & AUSTRONESIAN

Page 66: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

K E D U D U K A N G E O G R A F I O R A N G M E L A Y U J U M AAT , 2 2 H B O KTO B E R 2 0 1 0

[ H T T P : / / M I S T I S F I L E S . B L O G S P O T . C O M / 2 0 1 0 / 1 0 / P E L A J A R A N - I I K E D U D U K A N - G E O G R A F I - O R A N G . H T M L ]

Sekarang saya ingin terangkan kedudukan geografi kelompok-kelompok bangsa mengikut linguistik mereka, terutamanya bangsa Melayu. Ini penting supaya nanti tidak ada yang merewang-rewang sampai mengatakan kaum sendiri pernah menakluk Albania dan Australia atau jadi raja Funan dan Sriwijaya. Kita mesti tahu di manakah pergerakan bangsa Melayu, dan di manakah taburan pendudukan mereka di Asia Tenggara untuk memahami hegemoni mereka dalam sejarah Asia Tenggara. Mesti banyak mengkaji pelbagai aspek logikal, bukannya hanya bersumber satu pihak apatah lagi bersumberkan cakap-cakap mulut sahaja.

Sebab itu ketika membicarakan siapakah di sebalik empayar maritim Sriwijaya contohnya, kita

mesti kaji, apakah bahasa yang digunakan atau apakah panggilan luar terhadap mereka? Dua soalan ini adalah penentu kepada pemilik empayar purba ini di kala pelbagai bangsa dan sub-bangsa (etnik/sukukaum) berebut-rebutkan empayar ini. Anda dapat jawab soalan tentang Sriwijaya, anda akan dapat mengetahui kunci rahsia Kerajaan Raja Parahu dan Hati. Ingat, ini amat penting untuk tahu kedudukan kita pada masa silam. Hanya bangsa yang betul-betul kuat sahaja mampu bertahan sehingga ke hari ini. Bangsa yang lemah akan ditindas sehingga tiada kerajaan dan negara. Jika kita hanya sukukaum di antara orang Jawa, Bugis, Banjar, Sunda, Sulu, Aceh dan sebagainya, bayangkan bagaimana orang Melayu mampu memiliki negara sendiri dan menamakannya sebagai Malay-sia (‘sia’ bermaksud ‘kawasan’). Satu sukukaum di nusantara mampu memiliki negara sendiri. Malah bukan satu, ada dua negara Melayu. Kekuatan bukan soal ketenteraan dan keganasan semata-mata. Kekuatan bertahan (survival) lain cerita dengan kekuatan yang dapat ditunjukkan segera. Di tengah-tengah permainan politik kuasa Eropah juga kuasa Siam, orang Melayu masih mampu bertahan dan berdegil untuk memiliki tanahair sendiri. Kita ambil contoh apa yang berlaku di Sulu. Kaum Sulu terkenal amat handal bertempur dan berani serta mahir dalam selok-belok laut. Mereka pernah mempunyai kesultanan sendiri yang dinamakan Kesultanan Sulu. Tetapi di mana mereka sekarang? Di mana Kesultanan Sulu pada hari ini? Apa yang terjadi ialah ramai individu mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu dan keadaan semakin serabut. Sepanyol, Amerika dan bangsa khayalan bernama Filipina bersilih-ganti membuli kaum Sulu ini. Sebab itu strategi bangsa Melayu ialah: apabila Sriwijaya tumbang, rajanya cepat-cepat membuka kerajaan di tempat lain, ya, di Melaka. Kemudian apabila Melaka tumbang diserang Portugis, rajanya menghantar anak-anaknya untuk dirajakan di tempat lain, iaitu di Perak dan Johor. Pahang dan Terengganu pula dihantar para bangsawan Melayu untuk memerintah di sana. Inilah dia kuasa ‘survival’.

Page 67: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Sepanjang hegemoni kuasa-kuasa Eropah, bangsa Melayu terpaksa bermain tarik tali dengan kuasa Eropah. Sebab apa? Sebab jika tersilap bermain, padah jawabnya. Pengajaran pertama? Ya, di Melaka. Kesilapan Sultan Melaka melayan kasar dan memenjarakan wakil Portugis menyebabkan orang Melayu mendapat peluang belajar satu pengalaman yang amat-amat pahit. Mengapa orang Melayu gagal memanfaatkan orang Portugis ini di kala orang Burma dan Siam menggunakan askar upahan Portugis ketika peperangan? Belajar dari sejarah dan anda akan mampu memimpin masa depan. Kuncinya diplomasi. Pandai dalam ilmu ini, kuasa tentera manapun yang datang, pasti dapat ditangani.

Warisan Kesultanan Melayu tetap bertahan walaupun di tengah-tengah kuasa Eropah ini. Bagaimana Kesultanan Brunei boleh wujud namun Kesultanan Sulu di sebelahnya ghaib dari peta politik pada hari ini? Kaji bagaimana Sultan Sulu gagal dalam diplomasinya terhadap kuasa Sepanyol dan Amerika. Sultan Sulu boleh mengarahkan kaum Sulu yang gagah berani berperang dan berperang tetapi sampai bila? Sepanyol pasti menghantar lebih banyak tentera dengan strategi moden dan senjata moden. Kaji bagaimana kebijakan Sultan Brunei dalam menghadapi Sepanyol. Kaji kemenangan orang Melayu Brunei dalam Perang Kastil 1578 antara Brunei dan Sepanyol. Kaji, kaji dan kaji.

Hanya bangsa yang pandai berkerajaan dan punya pengalaman menubuhkan kerajaan sahaja layak untuk 'survive' pada hari ini.

Jadi ini menjawab siapakah dia empunya sebenar empayar maritim Sriwijaya. Katakunci ialah: Pengalaman.

Ini rahsianya sebelum dua rahsia lagi iaitu:

1. Apakah bahasa yang digunakan oleh Empayar Sriwijaya? 2. Apakah panggilan orang luar terhadap empayar ini?

Jawapan:

1. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu Kuno (Old Malay) 2. Pelbagai variasi panggilan mengikut lidah penutur namun tradisi Khmer menyebutnya sebagai

Malayu.

Sebab itu saya katakan, malangnya empayar ini tidak menggunakan bahasa Siam, Dayak, Sulu, Bugis, Hindi mahupun bahasa Belanda dan Inggeris. Prasasti kemegahan empayar ini ditulis dalam bahasa Melayu Kuno. Tanyalah warisan Sriwijaya yang terdekat, Kesultanan Melaka. Kesultanan ini pakai bahasa apa? Bahasa Eskimo?

Sebab itu sejarah Melayu bukan sejarah hikayat ataupun cakap-cakap mulut sahaja. Sejarah Melayu dapat dibuktikan! Siap dengan segala manuskrip dan prasasti.

Jika lidah orang Cina dan Arab tergeliat untuk menyebut nama ‘Sriwijaya’ tanyalah pada orang Khmer, kerana ketika Sriwijaya masih berkuasa, orang Khmer telah membina empayar mereka sendiri di Indochina. Hubungan Sriwijaya-Khmer terakam kemas dalam banyak petitih-petitih kuno atau riwayat-riwayat mereka. Apa orang Khmer yang dikatakan membina peradaban Angkor itu memanggil ‘Sriwijaya’? Ingat perkataan ini: Ma-la-yu.

Orang Eropah memanggil ‘Kepulauan Melayu’ (Malay Archipelago) bukan Kepulauan Sulu atau Jawa kerana apabila bertandang ke Nusantara, yang menguasai pulau-pulau adalah mereka yang mengaku Melayu. Empayar Sriwijaya yang menguasai kepulauan adalah dari orang-orang Melayu sebab itu Kerajaan Angkor memanggilnya Melayu. Jika British sempat sampai ketika Sriwijaya memerintah, of course British akan panggil Malayu juga! Apabila Sriwijaya jatuh, naik empayar Melaka yang menguasai Selat Melaka (walaupun selalu menghadapi perang dingin dengan Majapahit) pun Malayu juga! Jatuh

Page 68: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Melaka, naik Empayar Johor-Riau yang menguasai Selat Melaka dan perdagangan maritim, dan teka siapa? Orang Eskimo? Salah! Ma-la-yu juga!

Sebab itu jangan salahkan orang Melayu jika orang Eropah berminat (dan gemar) menamakan apa saja di Asia Tenggara dengan istilah ‘Melayu’. Malay Archipelago, Malay Peninsula, Malay Race, Malayo-Polynesia, Malayan tribes, dan lagi, dan lagi. Sebab apa para pelajar sekalian? Sebab bangsa yang punya autoriti kepada wilayahnya akan cepat dikenal orang luar. Anda menyorok dalam kampung dan kekampungan anda, orang tidak akan berminat mengenali anda. Sebab itu institusi raja-raja amat penting dalam kamus hidup orang Melayu dahulu. Orang Eropah terutamanya British jika mahu berurusan, mereka akan cuba berjumpa dengan raja atau ketua kerajaan dahulu. Berdiplomasi. Mahu berniaga kononnya. Mahu tanah untuk duduk. Bincang, bincang atas kapal. Buat perjanjian.

Siapakah orang pertama yang dijumpai oleh orang Eropah di Nusantara? Sultan Melaka dan empayarnya yang terkenal. Orang Eskimokah? Bukan! Ma-la-yu.

Kenapa tidak jumpa Majapahit dahulu? Atau jumpa orang Siam? Tidak boleh saudara! Sebab orang Melayu amat popular ketika itu. Kena jumpa Sultan Melaka dahulu sebab orang ini punya autoriti besar dalam perdagangan rempah. Rempah adalah antara komoditi paling utama bangsa Eropah ketika itu. Sebelum Coca-Cola wujud, minuman ringan kegemaran orang Eropah ialah perahan buah atau arak atau air herba yang dicampur rempah!

Jadi kena terima hakikat. Orang yang popular senang dapat nama. Kenapa popular? Sebab ada di mana-mana. Kenapa ada di mana-mana?

Sebab mereka pernah bina empayar yang besar.

Sekarang kita masuk tajuk: Kedudukan Geografi Orang Melayu Pada Masa Silam.

Buka buku rampaian. Salin apa cikgu nak kata. Anak-anak Melayu jangan malas dengar riwayat sendiri ya, nanti dibuli orang lain.

Pesisir Pantai. Inilah pola kependudukan orang Melayu pada masa silam, terutamanya ketika era Sriwijaya. Ada yang hina orang Melayu ini lanun atau 'orang laut'. Tidak mengapa, saya tidak marah malah gelaran itu mengukuhkan lagi kepopularan orang Melayu sebagai pemilik mutlak Sriwijaya. Kata kerajaan maritim, kerajaan lautan. Sebab itu orang Melayu rapat dengan Orang Laut. Sebab mereka perlu untuk jaga selat manakala orang Melayu mentadbir dari negarakota-negarakota di pesisir pantai. Macam Athens dan Greek (negarakota-negarakota Yunani) perlukan orang Phoenicia

untuk jaga laut dan perdagangan. Perlu belajar ilmu geografi dan struktur pentadbiran baru dapat jawab rahsia Melayu. Bukan tengok hikayat merapu dan cakap-cakap mulut sahaja. Jika orang tua anda kata, "bangsa kita dahulu takluk dunia sampai ke Albania nun." buktikan!

Jika anda kaji taburan orang Melayu, mereka ada di pesisir pantai Sumatera, semenanjung dan pesisir Borneo serta pulau-pulau di antaranya. Orang Melayu juga ada di pesisir timur Pulau Jawa. Sebab itu orang Sunda budayanya bercampur antara Melayu dan Jawa. Kerajaan Brunei duduk di tengah-tengah pedalaman Sarawakkah? Bukan. Brunei terletak di pesisir Borneo.

Kenapa pesisir pantai? Nak saya bagitahu? Sebab senang akses ke laut.

Page 69: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Dahulu, jalan pengangkutan paling cepat adalah melalui jalan laut. Orang Melayu boleh berdagang dengan Maharaja China merentasi semenanjung, tembus ke Thailand dan Laos atau menyusuri Vietnam kemudian masuk ke Forbidden City mengadap Maharaja China. Tetapi ini kerja gila.

Dahulu tiada pesawat Boeing 747. Jadi siapa yang menguasai laut maka dia yang menguasai perdagangan antarabangsa.

Siapa yang menguasai perdagangan antarabangsa maka bahasanya, tolong sambung cik abang cik akak, nak saya sambung juga? Siapa yang menguasai perdagangan antarabangsa maka bahasanya akan menjadi lingua franca.

Senang ceritakan? Tidak payah mengaku ini dan itu tetapi satu habuk pun tarak. Bahasa apa yang punya ranking ke-6 dunia? Hai, lupa pula ya (seorang menteri kata ranking ke-4 dunia, tapi tak apalah saya merendah diri). Baru semalam rasanya saya ‘lecture’ abang-abang, kakak-kakak semua. Bahasa apakah yang dikatakan oleh penulis Eropah abad ke 17-18, Jean-Baptiste Tavernier dan Louis Thomassin sebagai, “language of the learned in all the Indies, like Latin in Europe”?

Ok, sebab itu bahasa Melayu jadi meluas sampai ke hari ini. Dalam kes ini saya tabik spring pada Indonesia kerana mendaulatkan bahasa Melayu (bahasa Indonesia) sehingga jadi begitu elit dan dihormati di Indonesia. Bahasa ini begitu diangkat di sana sehingga Cina, India dan lain-lain akan belajar betul-betul bahasa ini sampai ke pelat-pelatnya.

Ok, oleh kerana orang Melayu ada di semenanjung (termasuk Indochina), ada di Borneo dan Sumatera (Filipina juga sebenarnya tetapi ini ada kes lain) maka tanya dengan jujur, apa sebabnya?

Ingat baik-baik:

1. Perdagangan 2. Empayar

Ada orang buat hipotesis, orang Melayu sebenarnya bangsa tinggal di laut sahaja dengan sampan-sampannya tidak jejak darat. Hairan juga sebab Maharaja Sriwijaya dan Sultan Melaka tidak buat istana atas sampan. Siapa nak belajar bahasa orang yang duduk atas sampan sahaja 24 jam. Ini hipotesis yang tidak logik. Tidak ‘munasarawak’. Bangsa yang 24 jam duduk atas sampan tidak akan dapat ‘survive’ sehingga ke hari ini. Viking dan Phoenicia pun sudah pupus.

Jika orang Melayu tidak tinggal di pesisir pantai, mereka tidak akan mampu menguasai lautan. Sebab itu di tengah-tengah semenanjung ada orang asli yang berbahasa mirip Mon-Khmer. Orang Asli duduk di mana cik abang, cik akak? Tepi laut?

Orang Mon adalah pembina negarakota (city-states) berasaskan pertanian (agraria). Kerajaan kuno mereka yang dapat dikesan ialah Dvaravati di tengah Thailand. Negarakota Melayu macam Gangga Negara atau Kedah Tua bina pelabuhan tepi pantai.Pada masa dahulu orang Melayu berhubung dengan orang Mon kerana perdagangan hasil hutan. Hasil pertanian dari negarakota-negarakota Mon dihantar ke pelabuhan-pelabuhan Melayu Purba seperti Langkasuka atau Kedah Tua. Di sini mereka saling bertukar barangan. Orang Melayu beri orang Mon hasil laut. Macam hari ini, Orang Asli turun pekan jual petai pada orang Melayu.

Kedudukan orang Tai pula masih berkeliaran di sekitar Nanchao, Yunnan, Guangxi iaitu selatan China, utara Burma hingga utara Vietnam.

Jadi populasi bangsa Melayu dahulu kepadatannya bermula dari pesisir pantai sehingga ke dalam. Di mana-mana di Asia Tenggara. Ok, sekarang dengar baik-baik cikgu nak bagitahu ini. Jangan tidur anak Melayu.

Page 70: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Ada tidak orang Siam di Borneo? Di Sumatera? Orang Jawa datang dari mana? Sumatera?

Orang Sulu ada atau tidak di Indochina? Ada prasasti? Ada bukti?

Soalan di atas contoh sahaja. Bukan nak ‘downgrade’ mana-mana sukukaum.

Ok, saya jawab. Orang Siam tentulah tiada di Borneo dan Sumatera. Secara tradisinya. Orang Jawa umum tahu datang dari Pulau Jawa. Orang Sulu hanya berkisar di Kepulauan Sulu dan Laut Sulu di selatan Filipina dan utara Sabah. Orang Melayu bagaimana?

Di Borneo dan Sumatera memang ada orang Melayu. Orang Melayu datang dari seluruh Asia Tenggara. Tiada pulau atau laut khas untuk orang Melayu. Jika Bugis dari Makasar/Sulawesi, Madura dari Pulau Madura, Aceh dari utara Sumatera, Sulu dari selatan Filipina, orang Melayu bertaburan merata-rata di pesisir pantai Asia Tenggara. Jika semenanjung dikatakan asal-usul Melayu, di Sumatera dan Riau, orang Melayu telah ada sejak zaman-berzaman. Jika Sumatera dikatakan asal-usul Melayu, dari Johor sampai ke Segenting Kra, orang Melayu buat kerajaan-kerajaan ‘city-states’.

Prasasti Kedukan Bukit abad ke-7 Masehi, ok. Lihat apa Ptolemy, pelukis peta Greek labelkan Pulau Phuket di Thailand dalam petanya tahun 157 Masehi. Bukan 1511 ya, ini 157 Masehi, junjungan besar kita pun belum lahir lagi dan di sekitar Mekah mungkin ada suku-suku Jurhum (sukukaum asli Tanah Arab sebelum kedatangan Arab Quraisy) tinggal tidak jauh dari situ. 1 abad 57 tahun selepas kelahiran Nabi Isa mengikut kalendar Gregorian.

Claudius Ptolemy pada petanya tahun 157 Masehi melabel Pulau Phuket sebagai Jung Si Lang. Kemudian orang Eropah zaman kolonial menafsirkannya sebagai ‘Junk-Ceylon’. Sudah jadi maksud lain pula menjadi "Jong Sri Lanka". Sebenarnya, mari dekat sikit anak murid cikgu nak bagitahu.

Nama sebenar pulau itu adalah Hujung Salang. Ini nama paling kuno setakat ini. Kemudian dipanggil ‘Bukit’. Kemudian datang orang Siam panggil ia jadi ‘Phuket’. Claudius Ptolemy memang jujur dalam hal ini dan benarlah tanah semenanjung ini adalah "Aurea Chersonese" (Semenanjung Emas) seperti yang dilabelnya. Jadi sebelum timbul kerajaan Melayu di Sumatera, telah ada orang Melayu di Phuket, Thailand tahun 157 Masehi!

Bahasa Melayu telah ada pada abad ke-2 Masehi! Benarlah prasasti tertua di Indochina iaitu pada abad ke-2 Masehi berbahasa Melayu suku Cham. Sebab itu saya amat obses dengan Melayu Segenting Kra. Benar-benar misteri yang tidak tertanggungkan. Terutamanya Grahi dan Nagara Sri Dharmaraja. Persamaan budaya orang Kelantan dan Jawa. Orang Kelantan kuat kenegerian mereka. Orang Jawa pun kuat ‘kejawen’ mereka. Saya benar-benar tenggelam dengan sejarah Melayu Segenting Kra (Itsmian Malay Kingdoms). Benar-benar hilang lesap macam hikayat raja-raja kayangan.

Ingat cikgu bagitahu dahulu, jika orang Melayu hari ini tidak tahu kewujudan mereka pada masa lalu, orang-orang luar tetap ada bukti kewujudan kita pada masa silam.

Jadi ingat katakunci pelajaran kita hari ini:

Orang Melayu pada masa dahulu kebanyakannya tinggal di pesisir pantai.

The History of Thy Beloved,

~ Srikandi

Page 71: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

2010

Original Author: Srikandi

For: MistisFiles

From: Mistis Organisation

Republish by Alam Mala

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU (Versi 3.5)

ARTIKEL PENGIRING: PENGARUH KEBUDAYAAN TINGGI

Page 72: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

P E N G A R U H K E B U D A Y A A N T I N G G I SE L ASA , 2 H B N O V E MB E R 2 0 1 0

[ HT T P:// MIST I SFI L E S.B L OG SP OT . COM / 2 01 0/ 1 1/ P E L AJ AR AN -I I I - P E NG ARU H - KEB U DAY AAN .H T ML ]

Saya ingin beritahu kepada anak-anak Melayu sekalian bahawa ramai ‘orang yang terancam’ akan cuba ‘downgrade’ sejarah agung kita. Tidak kira dari luar mahupun dalam. Orang luar mahupun sesama “adik-beradik” kita. Saya namakan sindrom ini sebagai "kiasu-sejarah". Orang luar sebab mereka terancam dengan konsep Ketuanan Melayu walaupun secara rambangnya orang Melayu bukanlah benar-benar ‘tuan’ di sini. Sebab satu lagi kerana tujuan politik. Mereka mahukan kuasa dan tanah orang Melayu kerana kuasa dan tanah orang Melayu masih bertahan kerana faktor sejarah. Tidak percaya? Saya beritahu.

Orang Melayu bukanlah benar-benar ‘tuan’ di sini. Kek ekonomi negara dilahap dan ‘dimentekedarah’ oleh kaum-kaum lain (tidak perlu saya beritahu). Sasaran 30% kek ekonomi semasa era Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak pernah tercapai. Bayangkan hanya mengemis 30% sahaja dari kekayaan ekonomi tetapi tidak pernah tertunai. Namun ada orang masih terancam dengan nama DEB. Walaupun mereka tahu DEB tidak begitu berjaya (hanya berjaya melahirkan korporat Melayu yang kedekut dan kontraktor subsidi) namun mereka masih tidak berpuashati. Nama DEB itu masih jadi sumpahan kepada keturunan mereka.

Jadi orang Melayu bukanlah benar-benar ‘tuan’ di sini. Bila-bila masa ‘orang itu’ boleh beli Malaysia. Pemimpin kita sudah lama dibeli mereka. Lihat isu judi bola. Sekejap boleh sekejap dimansuhkan. Siapa yang beli pemimpin UMNO supaya kata ‘boleh’? Padahal jika pemimpin UMNO ikut agama, sudah tentu tahu judi itu haram. Ini terlampau ‘basic’ dalam hukum agama. Budak-budak sekolah agama rakyat pun tahu. Saya mahu beritahu anda bahawa pemimpin UMNO tidak ikut agama mereka. Mereka ikut siapa yang ‘membeli’ mereka. Bukan semua tetapi majoriti. Jadi kesimpulannya, politik moden tidak benar-benar mampu menyelamatkan survival orang Melayu. Apa yang mempertahankan orang Melayu setakat ini?

Hak Keistimewaan Orang Melayu

Sistem Raja-raja Melayu

Islam

Tiga benda ini, jika saya adalah golongan ‘yang terancam’ itu, saya akan hapuskan serta-merta jika saya naik memerintah Malaysia atau berjaya membeli pemimpin UMNO. Tiga benda ini kalau terhapus, maka orang Melayu Malaysia akan merempat sepenuhnya di atas muka bumi ini. Saya letakkan Islam di akhir kerana jika hak keistimewaan Melayu dan sistem raja-raja Melayu hancur sekalipun, orang Melayu tetap boleh bertahan jika bersatu atas nama agama. Namun jika orang Melayu tidak ikut agama, maka “you are totally out!”

Islam adalah benteng terakhir yang paling ampuh. Islam menyebabkan orang Cina Muslim dan India Muslim (‘mamak’ dalam panggilan mesra orang Melayu) merasa kasihan melihat saudara mereka dari kalangan Melayu. Ketika Islamlah, orang Cina dan India lebih nampak mengapa orang Melayu bermati-matian mahu pertahankan tanah tumpah darah mereka.

Saya boleh katakan, orang Melayu bertahan secara teknikalnya (abaikan faktor Islam) kerana faktor sejarah. Pertama, kerana kita adalah ‘pribumi’ (istilah UMNO ‘bumiputra’). Hak Keistimewaan orang Melayu tegak atas premis ini. Tanah Rizab Melayu tegak atas premis ini. Sejarah mengatakan orang Melayu adalah pribumi Malaysia. Jika kita bukan pribumi maka tiadalah Hak Keistimewaan Melayu. Apa yang membuatkan Melayu layak dapat ‘special rights’?

Page 73: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Sejarah! Sebab itu caranya ialah putarbelit sejarah sehingga mengatakan orang Melayu adalah pendatang. ‘Simple’ tak taktik ini? Sebab itu saya katakan sejarah juga penting.

‘Adik-beradik’ kita pula dijangkiti sindrom ini kerana mahu ‘upgrade’ sukukaum sendiri. Dari sukukaum kepada satu bangsa yang hebat sehingga Melayu pun terbalik jadi sukukaum mereka. Saya tidak mahu ulas panjang tentang ini.

Kelebihan bangsa Melayu pada masa dahulu ialah mereka menakluk kebanyakan wilayah pada masa silam bukan sepenuhnya menggunakan kuasa tentera. Mereka menggunakan 3 faktor ini untuk mengembangkan empayar.

Kelas memerintah (ruling class)

Hegemoni perdagangan

Prestij kebudayaan

Ok, para pelajar sekalian, buka buku nota. Anak-anak Melayu jangan malas belajar sejarah sendiri nanti kena buli orang luar, tanah kena rampas macam Pulau Batu Putih atau jadi hamba sahaya Sultan Siam.

Pengaruh Kebudayaan Tinggi

Kekurangan fakta tentang sejarah Melayu menyebabkan ramai orang tidak faham mengapa orang Melayu masih wujud dan bahasanya paling tersebar luas berbanding bahasa Siam Pendang (contohnya). Ketika Empayar Sriwijaya mendominasi perdagangan antarabangsa di Asia Tenggara, orang ‘English’ masih beridentitikan Angles dan Saxons, dua kaum Jerman Kuno yang berhijrah dari Jerman moden ke kepulauan British. Bayangkan ketika itu telah ada satu kerajaan yang bernama Melayu di Sumatera, kaya dengan emas. Ketika itu juga tiada kerajaan bernama ‘China’ atau ‘India’. Orang Melayu tahu tentang ‘China’ dari panggilan para pedagang Parsi ‘Che-na’. Orang dari India orang Melayu mengenalnya sebagai ‘Keling’ berasal dari Kalinga,

satu kerajaan kuno di India. Tetapi nama ‘Melayu’ itu memang ada sebagai sebuah kerajaan yang menjalankan perdagangan emas!

Kebudayaan orang Melayu mencapai kemuncaknya ketika zaman Sriwijaya dan Kesultanan Melaka. Kostum, bahasa dan budayanya menjadi standard kepada semua ras Melayu seluruh Asia Tenggara. Jika mahu lihat budaya Melayu Sriwijaya yang tertinggal, lihat budaya selatan Thai dan Filipina. Di Filipina, bahasa Sriwijaya iaitu bahasa Melayu kuno masih tertinggal pada bahasa-bahasa puak di sana!

Bayangkan kebudayaan Melayu telah sampai ke kemuncaknya pada abad ke 7 Masehi. Ini bermakna untuk sampai ke tahap itu orang Melayu telah bina rangkaian perdagangannya beratus tahun sebelum itu. Dan sudah tentu orang Melayu telah wujud lebih lama dari itu! Mengapa terjadi demikian? Hari ini cikgu nak bagitahu para pelajar sekalian tentang maksud kebudayaan tinggi.

Kebudayaan tinggi adalah kebudayaan yang mencapai tahap klimaks dan mengekalkan ciri-cirinya yang unik dan prestij. Ketika orang Melayu mencapai klimaks kebudayaan, budayanya dan bahasanya telah menyebar ke seluruh pelusuk Asia Tenggara. Kebudayaan klimaks ini akan diikuti oleh sub-sub budaya

Page 74: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

yang lain. Klimaks kebudayaan ini juga dipengaruhi oleh ciri-ciri yang unik dan prestij berpunca dari kreativiti sesuatu bangsa.

Contohnya ketika dinasti-dinasti Melayu memerintah Indochina, mereka telah meninggalkan klimaks kebudayaan yang tinggi dan diikuti oleh orang Khmer dan Thai. Jayavarman II yang mengasaskan Angkor adalah Senapati Sriwijaya (gabenor) yang membawa corak pemerintahan dinasti Melayu, budaya dan seni ke dalam masyarakat Khmer di Kemboja. Ketika dinasti Melayu memerintah Jawa (melalui dinasti Sailendra), mereka telah membawa seni dan budaya Melayu ke dalam masyarakat pribumi Jawa. Kita masih dalam kajian sejak berapa lama dinasti Sailendra sudah bertapak di Jawa. Sebab itu ada budaya keris dalam masyarakat Jawa. Contohnya dalam sejarah raja-raja Bali, salasilahnya dimulai oleh raja dari dinasti Melayu. Begitu juga dalam salasilah raja-raja Kemboja.

Kebudayaan tinggi menyebabkan sub-bangsa lain akan mengadaptasi kebudayaan tinggi ini ke dalam kebudayaan tradisional mereka. Contohnya kaum Sulu. Mereka mengadaptasi keris dan pengaruh bahasa sejak zaman-berzaman hasil hegemoni Sriwijaya ke atas kepulauan Sulu dan Filipina. Dengan kata lain apabila tiba klimaks kebudayaan bangsa Melayu, maka budaya Melayu mempengaruhi kaum-kaum Austronesia yang lain.

Bagaimana proses pengaruh ini berlaku?

Ok, kalau anda mengkaji sejarah Asia Tenggara sedalam-dalamnya melalui sumber-sumber primer (bukan ulasan atau olahan nasionalis) seperti prasasti, riwayat (chronicles), manuskrip dan catatan sejarah, anda akan dapat gambaran besar tentang aktiviti ‘Malay ruling class’ dalam banyak kronologi sejarah Asia Tenggara. Orang Melayu sifat dia suka buka kerajaan. Kalau ada 4 adik beradik maka mereka kalau boleh tak nak bersatu buat satu kerajaan, tetapi buat 4 kerajaan berbeza. Sampai rela berperang sesama sendiri. Dalam sejarah Melayu yang masih dikesan setakat ini, terdapat dua era sahaja di mana orang Melayu bersatu dalam satu empayar iaitu era Sriwijaya dan Kesultanan Melaka.

‘Malay ruling class’ adalah kunci kepada sejarah Kemboja dan Thailand. Dinasti-dinasti Melayu yang terkenal adalah seperti dinasti Mala, dinasti Soma dan sudah pasti dinasti Sailendra. Sejarah Melayu penuh dengan suka duka ‘Malay city-states’. Sebab itu ketika hegemoni Sriwijaya, negarakota-negarakota Melayu ini tetap wujud dan popular. Saya akan sentuh banyak lagi tentang rahsia ‘Malay ruling class’ ini pada artikel utama.

Hegomoni perdagangan tidak perlu saya ulas panjang. Maharaja Sriwijaya dari dinasti-dinasti Melayu ini telah membuka aktiviti perdagangan di Selat Melaka dan Laut China Selatan dan ini telah disambut dengan baik oleh suku-suku Austronesia yang lain. Bayangkan betapa kaum-kaum Austronesia mengenang keagungan zaman kegemilangan perdagangan laut Asia Tenggara, menyebabkan Maharaja Sriwijaya menggunakan matawang emas, raja-raja Jawa dan Melayu menjadi pemerintah terkaya “in all the Indies”. Datu-datu di Laut Sulu dan Filipina mampu menyimpan emas yang banyak hasil perdagangan emas dan cukai. Bugis, suku-suku Makasar, Sulu, Bajau, Orang Laut dan lain-lain mendapat manfaat berkhidmat dengan raja-raja dan bangsawan Melayu dalam arena perdagangan laut. Kerancakan perdagangan laut ini terakam kemas pada ‘wonders’ Sriwijaya iaitu Borobudur yang dilambangkan dengan ukiran kapal pada bas-relief.

Bangsa yang punya peradaban tinggi akan tetap ‘survive’ walaupun ketika imperialisme. Bangsa Melayu adalah payung kepada semua kaum-kaum Austronesia ketika mereka memasuki era imperialisme supaya tidak terus pupus. Kemerdekaan Malaysia memberikan harapan kepada sukukaum lain supaya membebaskan diri dari pengaruh Barat. Lebih baik merdeka di bawah adik-beradik Austronesia yang

Page 75: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

lain dari dicabut jatidiri oleh orang luar yang 100% berbeza adat budaya. Lihat kaum Sulu/Filipina yang ada di Luzon. Mereka lebih ‘sepanyol’ dari orang Sepanyol atau Amerika Selatan sendiri. Lihat orang Sulu yang berdekatan Sabah.

Prestij kebudayaan adalah sebab mengapa sukukaum-sukukaum Austronesia yang lain tertarik untuk mencedok ciri-ciri budaya Melayu. Anda sudah belajar tentang sebutan nombor-nombor di kalangan bahasa-bahasa Austronesia adalah mirip nombor-nombor dalam bahasa Melayu. Ini kerana bangsa Melayu adalah bangsa Austronesia yang paling ke hadapan tamadun dan prestij kebudayaannya. Orang Aztek dan Maya hebat ilmu sains dan teknologi bangunannya tetapi siapa yang mahu meniru cara berpakaian mereka? Orang Aztek ini bagaikan watak Predator dalam franchaisi filem Predator. Predator nampak hebat dengan segala teknologi persenjataan yang canggih tetapi penampilannya tetap haiwan seperti katak yang hodoh. Orang Aztek dan Maya amat canggih sistem astronomi, kalendar dan ilmu sains mereka tetapi berpakaian seperti orang Penan.

Tetapi orang Melayu yang membina Borobudur dan negarakota-negarakota pesisir pantai Asia Tenggara segak memakai tanjak dan kostum yang kemas. Terutamanya ketika Kesultanan Melaka, kostum era ini menjadi model kepada kostum raja-raja Melayu sehingga ke hari ini. Maharaja Sriwijaya pula memakai mahkota yang diperbuat dari emas tulen. Sungguh indah bila mengenang kegemilangan bangsa Melayu yang hilang ketika dulu.

Apabila sampai kepada klimaks, setiap tamadun pasti ada penyusutan. Namun adakah penyusutan itu menjahanamkan

terus bangsa itu atau meminimumkan jumlah atau kewujudannya? Tamadun Babilon, Phoenicia dan Assyria pernah mencapai tahap klimaks ketamadunan dan kebudayaan, tetapi apabila sampai ke titik penyusutan, maka mereka terus pupus dengan teruknya. Ketika peperangan dengan Babilon, Medes dan Scythia, ibukota Empayar Assyria ditakluki dan hancur namun anehnya bangsa Assyria ikut jatuh dan pupus dengan teruknya. Ini penyusutan yang drastik. Tetapi bangsa Melayu ketika empayarnya hancur, mereka degil bina kerajaan di tempat-tempat lain!

Sriwijaya bina ibukotanya di merata tempat sampai ahli sejarah sukar menetapkan lokasi sebenar. Apa tujuannya? ‘Survival!’

Raja Rejendra Chola dari dinasti Chola terpaksa menyerang negarakota-negarakota pesisir pantai di bawah hegemoni Sriwijaya untuk menjatuhkan Sriwijaya namun gagal. Jika Rajendra Chola hanya menyerang Palembang, Maharaja boleh memerintah dari Kedah atau Borneo. Maka caranya serang semua pelabuhan Sriwijaya. Tetapi Raja Chola masih belum berjaya. Sriwijaya cuma lemah namun tidak jatuh sepenuhnya. Ketika Empayar Chola jatuh pada abad ke-13 di bawah Pandyan, Sriwijaya masih wujud lagi dan malah ada menghantar duta ke China. Anda nampak strategi politik Maharaja Sriwijaya ini?

Apabila hegemoni Sriwijaya jatuh sepenuhnya apabila nama ‘Sriwijaya’ itu sendiri dengan rasminya tidak terpakai lagi sebagai sebuah empayar, dinasti Sriwijaya masih memerintah lagi! Di mana? Di Sumatera, iaitu tepatnya di Kerajaan Melayu yang pernah ditakluki Sriwijaya dahulu. Dari situ muncul kerajaan Dharmasraya, menyambung warisan Sriwijaya. Lihat, Sriwijaya punya ‘base’ yang kebal dari kepupusan. Apabila dikatakan Majapahit mahu menyerang kerajaan Melayu ini dalam ekspedisi Pamalayu, tidak kedengaran dalam rekod sejarah pembunuhan beramai-ramai orang Melayu tetapi apa

Page 76: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

yang terjadi ialah orang Jawa Majapahit menghadiahkan tugu besar kepada Kerajaan Melayu dan mengambil dua puteri Melayu untuk dipermaisurikan di istana Majapahit, juga menjemput ramai artisan dan tukang-tukang Melayu membangunkan Majapahit. Teka siapa Gajah Mada? Orang Melayu!

Cuba teka apabila Sriwijaya jatuh, apa yang orang Melayu buat?

Bina kerajaan Dharmasraya! Bina Empayar Chermin – Kelantan!

Cuba teka apabila Dharmasraya makin terdesak oleh hegemoni Majapahit, apa orang Melayu buat?

Bina Kesultanan Melaka!

Cuba teka apabila Kesultanan Melaka jatuh diserang Portugis?

Bina Empayar Johor-Riau! Hantar anak raja dan bangsawan Melayu ke Perak, Pahang dan Terengganu!

Inilah kuasa ‘survival’.

Tanpa kemahiran ini jangan mengaku anak Melayu. Jika pengecut dan jual tanahair sendiri kepada orang luar, jangan dakwa diri anak Melayu. Jika rela sejarah sendiri dirompak dan diputarbelit orang lain, jangan mengaku Melayu!

Jika tiada alter terahsia dalam diri tidak aku mengaku Srikandi.

Page 77: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

2010

Original Author: Srikandi

For: MistisFiles

From: Mistis Organisation

Republish by Alam Mala

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU (Versi 3.5)

ARTIKEL PENGIRING: MENGENAL KATEGORI ORANG ASLI

Page 78: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

M E N G E N A L K A T E G O R I O R A N G A S L I SE L ASA , 1 6 H B N OV E MB ER 2 0 10

[ HT T P:// MIST I SFI L E S.B L OG SP OT . COM / 2 01 0/ 1 1/ P E L AJ AR AN -IV M E NG E N AL - KAT E GO RI - O R ANG .H TM L ]

Sekarang kita belajar memahami petunjuk dalam kajian bahasa dan budaya masyarakat Orang Asli Malaysia. Dari sini nanti kita akan faham bahawa orang Melayu sebenarnya pribumi mutlak Malaysia sekaligus Asia Tenggara. Sejarah Melayu adalah istimewa sebab terdapat konsep proto dan deutro. Melayu Proto adalah pribumi asal sebelum terdapat Melayu Proto lain yang menerima peningkatan tamadun dan peradaban tinggi menjadi Melayu Deutro, sementara Melayu Proto ini tetap mengamalkan cara hidup lama turun temurun.

Dahulu bila bercakap tentang Orang Asli, kita akan memikirkan tentang satu kaum yang mundur yang tidak maju tinggal di hutan-hutan. Kita memikirkan bahawa, orang Melayu dan Orang Asli ini adalah dua entiti yang tiada kaitan langsung antara satu sama lain. Sebenarnya Orang Asli inilah aset orang Melayu yang paling penting dan sebenarnya anugerah yang amat-amat bernilai!

Sebab ada pihak yang kebingungan mengatakan bahawa Orang Asli ini adalah bumiputra sebenar dan orang Melayu adalah pendatang.

Tetapi bila kita bertanya kepada mereka, sejak bilakah orang Melayu mula mendatangi Malaysia atau Asia Tenggara? Adakah sama seperti imigran-imigran zaman British dahulu? Apabila pakar sejarah Thailand mengakui bahawa sebelum kedatangan orang Thai ke Indochina, Thailand diduduki oleh lebih awal oleh etnik-etnik Malayan (selain Mon), bagaimana kita boleh ‘gayat’ sedikit dengan kewujudan kita di sini?

Mereka pun tidak tahu bila orang Melayu mula ‘datang’ ke Malaysia. Sebab apa tidak tahu? Sebab memang kita pribumi Malaysia!

Tetapi Orang Asli bagaimana?

Mereka boleh menipu orang Melayu yang dungu dan pemimpin UMNO, juga sesetengah pemimpin PAS yang percaya Hang Tuah adalah orang Cina. Tetapi mereka tidak boleh menipu sejarah.

Biar saya beritahu anda siapakah sebenarnya Orang Asli di Malaysia.

Orang Asli di Malaysia terbahagi kepada dua berdasarkan bahasa:

1. Aborigine Malay 2. Aslian

Aborigine Malay memiliki bahasa mirip bahasa Melayu. Contoh Aborigine Malay adalah orang Jakun dan Temuan. Aslian pula memiliki bahasa mirip bahasa-bahasa dalam kelompok Mon-Khmer. Contohnya orang Semai dan Mah Meri.

Page 79: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Aborigine Malay adalah Proto Mala. Mereka adalah kelompok kaum-kaum Austronesian yang tidak menerima anjakan tamadun. Cuba bandingkan orang Jakun dengan orang Hawaii atau Papua (kaum Austronesia yang lain). Lebih kurang sama sahaja. Proto Mala yang lebih maju (kerana tinggal di pesisir pantai dan terdedah kepada pergaulan antarabangsa) lama kelamaan menolak Proto Mala yang hidupnya berasaskan pertanian dan buruan binatang lebih jauh ke pedalaman.

Proto Mala yang tinggal di pesisir pantai dan menjalankan perdagangan maritim lama kelamaan berubah menjadi Deutro Mala. Mereka kemudiannya menubuhkan kerajaan dan negarakota dan mengaku bangsa mereka sebagai ‘Malayu’.

Proto Mala yang menjalankan kehidupan sara diri dengan pertanian dan berburu binatang bercampur dengan orang Mon yang datang dari utara. Orang Mon memang kaum yang berasaskan agraria (pertanian). Orang Mon memang ada kerajaan-kerajaan negarakota di Thailand Tengah dan Burma. Orang Mon dan Melayu bina negarakota bersama-sama di Thailand Tengah sehingga ke Segenting Kra. Sebab itu budaya orang Mon seakan sama seperti orang Melayu. Cuba lihat ‘kebaya’ Mon bagaimana.

Salah satu kerajaan orang Mon yang terkenal adalah Dvaravati. Budaya kerajaan kuno ini ditafsirkan pakar sejarah dunia sebagai ‘gabungan orang Mon dan Malayan’.

Orang Mon bermigrasi ke Burma disebabkan kerajaan mereka di Thailand Tengah diserbu oleh tentera Sukhotai. Selebihnya turun ke Kedah dan lain-lain kawasan di semenanjung

dan berasimilasi menjadi orang Melayu hasil perkahwinan campur.

Sebab itu bahasa orang Senoi seakan-akan bahasa dalam kelompok Mon-Khmer. Sebab itu saya sudah menjelaskan bahawa sudah menjadi perkara biasa pada zaman silam apabila rajanya seorang Melayu, rakyatnya tidak semestinya semua Melayu. Macam hari inilah. Katakan kita ambil kerajaan Gangga Negara di Perak sekarang. Rajanya Melayu tetapi rakyatnya bercampur antara Melayu, Mon, Khmer dan sebagainya. Kerajaan Angkor pernah diperintah oleh kerabat Melayu dari kerajaan Nagara Sri Dharmaraja. Dahulu orang Melayu Indochina berbesan dengan orang Khmer atau Mon. Kahwin campur antara satu sama lain. Sebab itu timbulnya istilah ‘orang Siam’.

Orang Kuala atau orang Kanaq sepertimana orang Jakun adalah Melayu Proto merupakan tipikal kaum-kaum Austronesia di Asia Tenggara dan Pasifik. Lihat wajah orang Hawaii atau Samoa. Sebab orang Melayu pandai berniaga, ramah, pandai bertolak ansur dengan orang luar dan tahan lasak (survive) maka mereka lebih ke hadapan dari kaum-kaum Austronesia yang lain seperti Hawaii, Samoa, Tonga, Papua dan sebagainya serta membantu kaum-kaum yang lain rapat dengan orang Melayu supaya lebih maju bersama-sama, contohnya orang Jawa, Bugis, Batak dan sebagainya.

Page 80: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Kaum-kaum Austronesia Timur ini (Hawaii, Tonga, Papua, Samoa dll.) tinggal begitu jauh dari orang Melayu menyebabkan mereka kurang mendapat anjakan tamadun manakala kaum-kaum Austronesia Barat seperti Jawa, Bugis, Orang Laut, Bajau, Sulu dan sebagainya mendapat manfaat dari peranan dan keterampilan yang dimainkan oleh raja-raja Melayu dan orang Melayu dalam perdagangan maritim. Siapa duduk rapat dengan orang berilmu, maka dia pun berilmu. Siapa berkawan dengan mat rempit maka dia pun merempit.

Rujukan Tambahan Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Orang_Asli

Orang Asli population by groups and subgroups (2000)

NEGRITO SENOI PROTO-MALAY

Bateq (1,519) Chewong (234) Jakun (21,484)

Jahai (1,244) Jah Hut (2,594) Orang Kanaq (73)

Kensiu (254) Mah Meri (3,503) Orang Kuala (3,221)

Kintaq (150) Semai (34,248) Orang Seletar (1,037)

Lanoh (173) Semaq Beri (2,348) Semelai (5,026)

Mendriq (167) Temiar (17,706) Temuan (18,560)

3,507 60,633 49,401

Total: 113,541‡ ‡ Excluding those living in designated Orang Asli settlements which would amount to about 20,000 more people.

Golongan ‘Utrakiasu’ memang tidak boleh faham semua kronologi dan riwayat Melayu. Sebab mereka memang tidak mahu faham ‘punyerr’.

Ini bukan semudah masalah kebanjiran orang Han ke Taiwan (terutamanya ketika Parti Kaomintang kalah dengan Parti Komunis China sehingga menyebabkan pribumi Taiwan makin terdesak ke pedalaman). Ingat, pribumi Taiwan seperti kaum Utsul adalah kaum Austronesia yang bahasanya mirip bahasa Melayu!

Jadi orang Han di Taiwan memang pendatang dan tarikh kedatangan mereka memang boleh dibuktikan sepertimana kedatangan imigran British ke Malaya!

Tetapi bilakah tarikh kedatangan Orang Melayu ke Malaysia? Ketika Kesultanan Melaka? Masalahnya Batu Bersurat Terengganu berbahasa Melayu ditulis lama sebelum Kesultanan Melaka naik. Okla, zaman Sriwijaya katakan abad ke 7 Masehi.

Tidak tepat sebab ada prasasti Cham berusia abad ke-2 Masehi yang berbahasa Melayu suku Cham!

Okla, okla, mungkin zaman Funan abad pertama Masehi.

Tidak tepat saudara saudari sebab orang Melayu berbahasa dalam kelompok Austronesia. Jika ingin letak label ‘pendatang’ kepada Melayu maka kena letak label pendatang kepada orang Hawaii, orang Samoa atau orang Papua juga supaya mereka semua ini adalah pendatang di rantau Asia Tenggara dan Pasifik!

Orang Serani di Melaka contohnya (ada contoh lain yang lebih baik sebenarnya) memang sudah ada di Malaysia zaman-berzaman, tetapi adakah orang Serani di Sulawesi atau Sumatera yang punya bahasa dan budaya sama? Sudah tentu tiada sebab orang Serani di Melaka adalah keturunan Portugis. Maksudnya mereka bukan pribumi.

Jadi sejak bila wujudnya kaum Austronesia dan bahasa Austronesia? Beribu-ribu tahun dahulu!

Page 81: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Petunjuk Rahsia Pada Orang Asli

Sekarang saya mahu beritahu saudara satu lagi bukti orang Melayu adalah pribumi. Saya tinggalkan perkataan ini.

Orang Asli.

Jika saya katakan bahawa orang Jakun atau Temuan itu adalah Proto Melayu atau asal-usul Melayu, mungkin ada yang membantah dan tuduh saya merendah-rendahkan orang Melayu. Tetapi sabar saudara sebab apa yang anda sangka kelemahan itu sebenarnya kekuatan yang paling ampuh!

Apa bangsa di dunia yang masih punya bentuk protonya? Suku Arab asli seperti Jurhum sudah pupus. Itu pun bukan zaman Paleolitik. Adakah ada orang proto-Han yang masih hidup dan masih punya komuniti sendiri? Jika ada, adakah bahasanya dapat dikesan mirip bahasa orang Han? Adakah lagi kaum-kaum Anglo, Saxon atau Viking (asal-usul orang Inggeris) yang masih mengekalkan gaya hidup Paleolitik atau zaman purba dahulu? Tiada!

Tetapi orang Melayu bertuah sebab ketika semua bentuk proto bangsa-bangsa di dunia sudah pupus, orang Melayu masih punya bentuk protonya yang asli!

Saya ada melihat foto-foto dalam satu blog yang kelihatan merendah-rendahkan orang Melayu dengan menyamakan orang Melayu dengan orang Asli (digambarkan selekeh dan tidak bertamadun) untuk membuktikan bahawa keturunan merekalah yang ‘mentamadunkan’ Melayu (mereka mendakwa raja Siam Sam-sam mentamadunkan Melayu). Bagi saya biarlah, sebab saya ada bukti kukuh kewujudan bangsa saya dari foto-foto itu. Dari mana keturunan Siam Sam-sam datang? Dari planet Zargus?

Hello kawan, setiap bangsa di dunia mesti melalui era proto. Proto bermaksud bentuk awal sesuatu bangsa itu seperti era Paleolitik. Senang cakap, mesti jadi Orang Gua dahulu baru capai tamadun sikit-sikit sampai bina peradaban.

Mana ada bangsa di dunia tiba-tiba zasssss! jadi raja-raja bina empayar besar. Bina istana.

Nabi Adam dan Siti Hawa pun turun ke dunia sehelai sepinggang. Terpaksa tutup tubuh dengan pucuk-pucuk kayu. Nabi Adam terpaksa melalui “era orang gua” dahulu sebelum berdikit-dikit maju. Tuhan tidak turunkan Nabi Adam dan Siti Hawa bersama-sama istana syurga dan para pelayannya!

Jadi sekali lagi saya tegaskan setiap bangsa di dunia mesti lalui era proto dahulu.

Tetapi bertuahnya orang Melayu masih ada bentuk protonya ketika era teknologi maklumat, nano dan nuklear!

Jadi jangan fikir Orang Asli tiada kaitan dengan kita. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli perlu jaga betul-betul mereka sebab ‘mereka sanggup mengekalkan kehidupan masa lalu kita’ dan jadi bukti kewujudan orang Melayu sebagai salah satu kelompok Austronesia yang tersohor.

Jika kita malu sebab rupa ingatlah bangsa Viking atau suku Jerman Kuno (proto-English) dahulu tidak secantik Keira Knightley atau sekacak Jude Law iaitu orang Inggeris sekarang. Orang Inggeris yang rupawan akibat kahwin campur dengan orang dari Iberia (Sepanyol, Portugis) atau dengan orang Frank (Perancis) dan Itali.

Lebih penting kita ada bukti bahawa kita pribumi Asia Tenggara dari sebab rupa yang remeh-temeh itu.

Ok, sekarang Srikandi mahu rumuskan keempat-empat pelajaran kita dan apa kepentingannya.

Page 82: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

R U MU S A N

Dalam pelajaran pertama saya sudah ajar anda bahawa terdapat satu kelompok bahasa yang amat besar merangkumi Madagaskar hingga ke Pasifik termasuk Asia Tenggara. Dan bahasa Melayu adalah dalam kelompok itu. Ini menjelaskan bahawa kita bukanlah bersendirian. Kita ada pengaruh bahasa dan budaya yang amat besar. Sebab itu jangan berfikir tentang Melayu sesempit geografi dari Perlis sehingga ke Sabah. Jangan sesekali. Jangan jadi macam pemimpin UMNO. Kita bukan bangsa UMNO. Kita bangsa Melayu!

Bagaimana kelompok bahasa kita punya pengaruh geografi yang besar? Sebab kita dari bangsa yang besar. Sebab kita punya pengaruh yang besar.

Sebab kita adalah dari induk manusia yang besar!

Induk yang masih mengekalkan kewujudannya.

Kita, bangsa Melayu, bukan seperti Siam Sam-sam yang terhasil dari perkahwinan campur atau ‘diMelayukan’ akibat akulterasi budaya dan asimilasi secara paksaan atau bukan paksaan. Kita bangsa yang berdiri di atas jatidiri dan konkrit sejarah yang teramat kukuh!

Sebab itu bahasa Siam Pendang (contohnya) tidak punya geografi seluas bahasa Austronesia (yang punya pengaruh Melayu). Bahasa Siam Pendang hanya difahami oleh orang Siam Malaysia sahaja. Orang Mon, Burma atau Thai tidak begitu faham bahasa Siam Pendang ini. Mengapa? Sebab itu adalah bahasa suku yang mencedok dan mengubahsuai dari bahasa-bahasa bangsa sekelilingnya! Bahasa Siam Pendang ada campuran perkataan Mon, Khmer, Thai dan Melayu.

Dalam pelajaran kedua, saya jelaskan tentang orang Melayu yang banyak tinggal di pesisir pantai pada zaman dahulu. Ini menjelaskan mengapa di pedalaman Malaysia ada suku Asli yang berbahasa mirip bahasa Mon-Khmer. Bukan sebab Melayu pendatang, tetapi orang Melayu memang suka duduk di tepi pantai untuk mudah berlayar.

Orang Melayu mudah ditemui di pantai-pantai Sumatera, Jawa, semenanjung, Indochina, Borneo serta seluruh Kepulauan Melayu. Mereka memang ada di situ sejak beribu tahun, berpindah atau berulang alik dalam kawasan mereka.

Dalam pelajaran ketiga saya sudah jelaskan mengapa ada kaum-kaum Austronesia yang mirip budaya kita dan punya bahasa mirip kita. Sebab kita dahulu adalah kaum Austronesia yang tersohor dan berketrampilan. Kita bina negarakota dan empayar. Kita buka laluan perdagangan laut. Kita bina rangkaian pelabuhan. Sebab itu orang Bajau, orang Laut dan Sulu ada berkongsi budaya dan bahasa dengan Melayu.

Dalam pelajaran keempat saya telah jelaskan bahawa terdapat Abrogine Malay atau Melayu Proto dalam kelompok Orang Asli Malaysia. Ini bermakna orang Melayu adalah pribumi Malaysia dan Asia Tenggara. Orang Austronesia awal biasanya berkulit gelap dan berambut kasar di sebabkan kegiatan lasak mereka di laut dan darat. Selepas berhubungan dengan orang luar, barulah muncul ras Austronesia yang lebih segak.

Saya, Srikandi telah menjelaskan beberapa rahsia Kemelayuan yang terdapat dalam tabut rahsia ini. Selepas ini Srikandi akan dedahkan beberapa rahsia tentang ‘The House of Bani Jawi’, tulisan di makam Firaun tentang bangsa ini dan Raja Hari (Sun King – Horus) yang pernah memerintah Nusantara beribu-ribu tahun dahulu.

Page 83: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

2010

Original Author: Srikandi

For: MistisFiles

From: Mistis Organisation

Republish by Alam Mala

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU (Versi 3.5)

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU XIII – ‘THE CHRONICLES OF MATAHARI ’

Page 84: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

A L T E R T E R A HS I A B A N G S A M E L A YU X I I I SAB T U , 1 8 H B DE CE M B E R 2 0 1 0

[ HT T P:// MIST I SFI L E S.B L OG SP OT . COM / 2 01 0/ 1 2/ AL T E R- T ER AH SI A -B ANG SA - M E L AY U- XI I I . H T ML ]

Selamat datang ke Gua Rahsia! Cucu semua masih ingat pada Atuk ya? Rindu Atuk pada cucu-cucu semua. Sudah beberapa purnama kita tidak bersua. Cucu-cucu semua mari mendekat pada Atuk. Atuk mahu bercerita.

Sebenarnya cu, orang Melayu telah ada sejak zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s iaitu ketika Kerajaan Israel Raya naik memerintah. Kerajaan ini antara kuasa besar dunia ketika itu, malah kuasa dunia utama yang tidak terkalahkan. Sejak zaman-berzaman, pengetahuan tentang emas dari Nusantara telah terakam dalam kitab-kitab Ibrani dan Suryani Kuno dan ini memandu kepada penjelajah Eropah seterusnya untuk mencari ‘The King Solomon's Mines’ yang sebenar. Tidak ada satu tempat di dunia yang dirakam dalam peta-peta kuno sebagai ‘bumi emas'’ mahupun ‘semenanjung emas’, selain bumi di mana

orang Melayu tinggal. Pulau Sumatera di mana etnik-etnik Melayu tinggal juga dijoloki sebagai ‘Pulau Emas’. Dari mana Atuk tahu bahawa bumi kita ini telah disinggahi kapal-kapal dari Israel Raya? Melalui kitab-kitab Hindu seperti Purana. Kitab-kitab Sanskrit ini pula mengambil cerita-cerita atau hikayatnya dari kitab-kitab lain yang lebih kuno, terutamanya dari kitab Avestan, iaitu dalam bahasa Parsi Kuno. Di dalam kitab Avestan ini pula tercatat kisah-kisah Raja Babilon dan peperangannya dengan jiran sekitar, antaranya Kerajaan Israel Utara, Kerajaan Samirah juga Judah. Selepas perpecahan Empayar Israel Raya, dan perluasan kuasa oleh bangsa Chaldea dan Emperor-emperor Babilon, kisah ‘syurga emas dari Timur’ meniti di bibir-bibir dayang-dayang di Etemenanki dan Gerbang Ishtar. Mereka memandang perhiasan Haikal yang bergemerlapan dan tertanya-tanya dari manakah semua kekayaan emas ini didapati oleh Bani Israel.

Tahukah cucu-cucu semua, bahasa Melayu Kuno era Sriwijaya yang tertinggal di Kepulauan Filipina dan sekitarnya masih mengekalkan begitu banyak kosa kata Ibrani Kuno (Ancient Hebrew) dan Kanaan (Phoenicia)?

Atuk akan ceritakan satu legenda seorang raja yang memerintah bumi Malayu beribu-ribu tahun dahulu. Dan peradaban raja ini menjadi inspirasi kepada para pembina piramid di Mesir dan Amerika Tengah. Segala aura Ketuanan Melayu berasal dari raja misteri ini dan dia berkuasa mutlak ke atas tanahairnya. Raja ini amat gagah dan tidak berputus asa melawan segala musuh durjana.

Sebelum itu, ada perkara yang Atuk terlupa nak tunjuk pada cucu. Tanpa benda ini Atuk tidak boleh bercerita. Ya, peti-peti kita. Lihat di sana satu peti besar yang bertulis perkataan ‘Wangsa Malayu’. Di dalamnya ada gulungan-gulungan watikah yang bertulis dinasti-dinasti Melayu Kuno seperti Dinasti Teratai, Dinasti Seroja, Dinasti Mala, Dinasti Raja Gunung hingga kepada Dinasti Sriwijaya. Sebelum 300 tahun SM kita tidak tahukah apakah dinasti-dinasti Melayu yang memerintah Nusantara ini. Sehinggalah catatan-catatan pada tembok kuil di Mesir dan tulisan pada Makam Raja-raja mengesahkan nama satu dinasti purba dari ‘Tanah Nenek Moyang’.

Sila lihat satu peti kecil di dalamnya.Ya, ini dia, Matahari.

Page 85: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

" T H E CH R O NI CL E S O F M A T A H A R I "

"Others say that he is Heru-ur (the Old Horus), who dwelleth in Sekhem; others say that he is Thoth; others say that he is Nefer-Tem; and others say that he is Sept who doth bring to nought the acts of the foes of Nebertcher"

(Papyrus of Nebseni, The Egyptian Book of The Dead)

Sejarah bangsa Melayu secara kontemporarinya hanya diketahui seawal Sriwijaya. Paling awal pun kerajaan Champa di Vietnam kini (sejak Funan masih menjadi perdebatan). Oleh kerana orang Champa dahulu bertempat di Vietnam yang kini menjadi sebahagian dari Indochina, maka anak-anak Melayu mungkin tidak menyedari terdapat suku Melayu yang membuka kerajaan yang memiliki peradaban maju di Vietnam. Suku Melayu Cham ini mempunyai bahasa yang secara linguistiknya cenderung kepada bahasa-bahasa Austronesia berbanding jiran-jirannya seperti Mon-Khmer atau Sino-Tibetan. Orang Champa punya kaitan rapat dengan suku-suku Melayu yang lain. Sebab itu apabila raja-raja Champa memeluk Islam, anehnya, selepas itu raja-raja Melayu di Sumatera, Borneo dan Semenanjung mula mengikut jejak raja Champa, menunjukkan pertalian antara Champa dengan dunia Melayu bukan sekadar bahasa tetapi talian persaudaraan. Raja Khmer, Thai mahupun Burma tidak pula memeluk Islam, berbanding raja Patani atau kerajaan di dunia Melayu yang lain.

Apabila seseorang mendapat hidayah dan kebenaran, sudah tentu dia mahu mengkhabarkannya kepada saudara-saudaranya. Inilah yang berlaku kepada raja-raja Champa yang menghantar para mubaligh agama ke serata Nusantara untuk membantu menyebarkan Islam. Kadangkala kita keliru, dengan budaya Champa ini. Kadang-kadang apabila disebutkan peranan mubaligh Champa kebanyakan kita tersilap dengan mentafsirkannya kepada mubaligh dari Cina. Suku Melayu Champa memang rata-

Page 86: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

ratanya berkulit cerah dan memiliki mata sepet disebabkan kahwin campur dengan orang Cina, Mon atau Khmer. Kadang-kadang apabila terdapat senibina Champa di dalam masjid-masjid lama, kita cenderung mengatakan ia adalah senibina masjid Cina. Sejarah Champa lebih dekat dengan negeri Kelantan. Dan pendakwah-pendakwah awal di Kelantan dulu banyak datang dari Champa. Perkataan Melayu purba juga kebanyakan punya persamaan dengan bahasa Champa. Salah satu perkataan yang terkenal adalah ‘orang’. Pada satu prasasti abad ke-2 Masehi milik kerajaan Champa ditemui perkataan ‘eurang’ merujuk kepada manusia terukir dalam tulisan aksara. Di dalam lagenda Melayu Indochina, pada zaman dahulu terdapat satu kaum yang asyik berperang dengan dinasti China di utara. Akhirnya kaum ini menang perang dan membuat sempadan negara untuk mengelakkan raja China mengganggu lagi tanah-tanah kaum ini. Kaum ini digelar Jawaka dan merupakan pewaris kepada satu tamadun purba yang hilang di Indochina. Kaum Jawaka ini muncul dalam teks-teks kuno Sri Lanka berbahasa Pali, catatan-catatan pengembara Arab dan Parsi serta riwayat-riwayat dinasti China. Anehnya kaum Jawaka ini punya rujukan silang yang bertindan dengan nama ‘Melayu’ di mana raja Melayu bagi dinasti Seroja (Pathomwangsa) di Tambralingga juga disebutkan di dalam riwayat berbahasa Pali sebagai ‘raja Jawaka’. Dalam log-log istana Maharaja China juga menyebutkan nama ‘Mo-lo-yu’ atau ‘Ma-li-yue’ merujuk kapada Zabag, sebuah kerajaan maritim yang unggul di laut selatan. Zabag pula adalah istilah para pedagang Arab dan Parsi, berasal dari perkataan ‘Jawak’ iaitu Jawaka.

Lihat, mengkaji sejarah Melayu memerlukan kita meneropong dari banyak sumber. Jika tidak, kita akan gagal mencantum sebegitu banyak misteri yang tersembunyi dalam sejarah Kemelayuan. Kita tidak boleh menggali sumber-sumber dari dalam Malaysia atau Indonesia sahaja, tetapi mesti menerawang ke seluruh pelusuk dunia. Profesion purba bangsa Melayu sebagai pelaut, pengembara dan pedagang adalah masalah terbesar untuk kita menggapai sejauh mungkin tarikh-tarikh yang ada. Orang Melayu gemar membina negarakota-negarakota di merata tempat dan apabila kalah berperang, mereka segera berpindah ke tempat lain. Segala peradaban dan kesenian tinggalan orang Melayu tadi menjadi milik orang lain. Sebab itu ‘bekas-bekas’ tangan bangsa Melayu berada di tempat lain. Contohnya di Kemboja. Para sejarahwan mereka mengakui bahawa dinasti-dinasti awal Kemboja adalah raja-raja Melayu, dan mengesahkan bahawa raja Khmer pertama ialah Jayavarman II yang menubuhkan Angkor, setelah

bertahun-tahun belajar sistem pentadbiran dari dinasti Melayu Sailendra di bawah naungan Emperium Sriwijaya. Sebelum penubuhan Angkor kerajaan orang Khmer adalah Chenla dan ini adalah kerajaan di utara Kemboja. Chenla menjadi dominan setelah berhasil menakluk Funan melalui taktik perkahwinan kerabat diraja. Kemudian Chenla telah dikalahkan oleh Sriwijaya dalam peristiwa ‘Kepala Maharaja Zabag’ yang popular itu, terakam dalam catatan pengembara Arab, Mas'oudi dan riwayat-riwayat Buddha di Kemboja. Chenla dikalahkan melalui serangan laut dengan beratus-ratus kapal perang dihantar oleh Maharaja Sriwijaya. Sebab itu sebagai taktik, Jayavarman II yang belajar dari kesilapan Chenla memindahkan ibukota kerajaan barunya jauh ke daratan, untuk mengelakkan serangan dari laut.

Orang Melayu khususnya di Malaysia sememangnya tidak biasa mendengar tentang Sriwijaya berbanding Melaka hanya kerana sejarah Kesultanan Melaka jelas dan masih baru berbanding usia lebih 1000 tahun Empayar Sriwijaya. Satu faktor yang pasti ialah pelabuhan Melaka amat terkenal di

Page 87: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

sebelah barat sehingga mendapat jolokan ‘Venice Timur’ kerana kekayaannya. Di era Kesultanan Melakalah orang Melayu mula belajar berdagang dengan bangsa-bangsa Eropah yang mula menemui jalan laut ke Timur. Kejatuhan Melaka juga berpunca dari orang Eropah dan ini menguatkan lagi kewujudan Melaka melalui catatan-catatan orang Eropah. Namun bagaimana caranya kita tahu tentang Sriwijaya?

Dari pengembara Arab, Parsi, pedagang China dan India. Juga dari kaum-kaum Asia Tenggara yang lain seperti Khmer, Thai, Mon dan Burma.

Inilah harapan untuk kita belajar bagaimana nenek moyang kita membina satu empayar maritim bukan semutlaknya di atas penguasaan tentera tetapi berdiri di atas hegemoni perdagangan dan prestij.

Sejak diketahui bahawa terdapat satu empayar kuno yang pernah menguasai Asia Tenggara, sejarah orang Melayu seakan-akan naik lagi setakuk berdasarkan kronologi masa. Dahulu orang Melayu memikirkan bahawa mereka lahir dari Kesultanan Melaka. Sebelum itu, entah, ada yang meracau-racau mengatakan berasal dari anak raja India atau berasal dari orang Cina berkahwin dengan India. Ada yang mengigau berasal dari Siam. Tetapi penemuan prasasti-prasasti berbahasa Melayu kuno, terutamanya Prasasti Kedukan Bukit menyingkap satu rahsia yang amat besar. Orang Melayu sudah ada sebelum Kesultanan Melaka! Benarlah penjajahan merupakan vakum yang telah mengkuarantinkan orang Melayu dari mencapai sejarah agung mereka di luar kepompong sejarah Melaka.

Sejak itu para pengkaji sejarah; kebanyakannya dari luar dan sejarahwan Indonesia mula mengkaji tentang misteri empayar Sriwijaya. Semua ‘puzzle’ yang ditemui di Kemboja, Thailand, Indonesia, Malaysia dan Filipina akhirnya terjawab dengan kewujudan satu empayar ‘thalassocracy’ yang paling

Page 88: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

berpengaruh di seluruh Asia Tenggara. Kebingungan para pengkaji dan ahli arkeologi yang menemui prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno di merata tempat di samping gelaran-gelaran dinasti Melayu di Kemboja, Thailand dan seluruh Asia Tenggara serta para pembesar mereka di Filipina selesai dengan nama ini; Sriwijaya. Ketika para pengkaji luar sibuk meneliti empayar agung ini, para sejarahwan Malaysia masih duduk di dalam kepompong sejarah Melakanya bermalas-malasan. Lepas itu mengeluarkan kenyataan pelik bahawa orang Melayu tidak mampu bina kapal besar, malahan sanggup berhabis beribu-ribu ringgit membina replika kapal Flor de La Mar yang menyerang Melaka! Ini satu kedunguan para sejarahwan Malaysia. Sebab itu ada menteri Malaysia yang mengeluarkan kenyataan tidak berpelajaran mengatakan bahawa orang Melaka berperang hanya menggunakan tombak dan keris sahaja. Orang Melaka memang kalah dengan kuasa Portugis tetapi bukan sebab berperang dengan keris, tetapi dikhianati.

Tahukah anda bahawa beratus-ratus kapal pedagang, kapal perang atau kapal pelaut Sriwijaya masih tersadai di dasar laut Selat Melaka, Laut Champa (Laut China Selatan) dan sekitar Borneo? Tetapi ini hanya heboh di Indonesia. Ketika orang Melayu Malaysia mengetuk-ngetuk kepala menangisi kebodohan sejarah bangsa yang kononnya tidak mampu membuat sebatang jarum, pakar-pakar perkapalan Eropah telah menemui kapal-kapal Melayu dengan teknik pembuatan kapal ‘sewn-plank’ dan ‘lashed-lug’ di mana teknik ini hanya digunakan oleh orang Melayu sahaja ketika era Sriwijaya. Pakar arkeologi maritim, Pierre-Yves Manguin merasa amat terkejut ketika era Sriwijaya, pembina kapal Nusantara telah mencipta teknik pembuatan kapal yang amat maju, jauh dibandingkan dengan contoh-contoh tongkang China sezaman dengannya.

Dari mana kita tahu kewujudan Sriwijaya? Dari para pengkaji luar. Goerge Coedes dari ‘L'École française d'Extrême-Orient’, sebuah institusi kajian sosio-budaya Asia telah menemui rahsia satu empayar maritim yang hilang ketika menafsirkan catatan-catatan kuno China berkenaan ‘Sanfotsi’ dan prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno berkenaan ‘Sriwijaya’. Tidak ada bukti bertulis tentang Sriwijaya seperti kitab-kitab atau rekod dalam bahasa Melayu sebagaimana Kesultanan Melaka yang dirakan kewujudannya dalam Sulalatus Salatin. Kita hanya mengharapkan rekod-rekod dari dinasti-dinasti China serta bukti perdagangan seperti bangkai kapal atau artifak. Satu tindakan yang bijak oleh raja-raja dahulu ialah mereka senantiasa menghantar duta ke Negeri China untuk menjalin hubungan diplomatik.

Jika yang demikian bagaimana sebelum era Sriwijaya? Adakah orang Melayu hanya wujud ketika bermulanya Sriwijaya?

Tidak, kerana terdapat konsep ‘city-states’ Melayu yang berselerak di seluruh Nusantara sebelum era Sriwijaya. Terdapat kerajaan yang bernama Melayu di Sumatera yang mengeksport emas, juga kerajaan yang bernama Melayu di Segenting Kra. Terdapat juga kerajaan purba di Pahang yang dicatat dalam rekod Maharaja China, juga tercatat nama ‘Dungun’ sebagai satu pelabuhan kuno dalam senarai pelabuhan pada satu rekod China Purba sekitar 1 Masehi!

Kita tidak tahu bilakah sebenarnya Sriwijaya bermula kerana rekod dari I-Tsing itu adalah ketika Sriwijaya mencapai tahap kemuncaknya. Apa maksud dari semua misteri ini?

Sebenarnya semakin dalam kita mengkaji sejarah melayu, semakin jauh kita menggapai masa silam. Dan sejarah melayu mampu ditelusuri sehingga ke zaman mesir purba!

Mengapa begitu? Charles Robert Jones, seorang ahli American Research Center di Mesir telah menemui bahawa terdapat pengaruh Mesir Purba di dalam beberapa sisi budaya Melayu. Pertama sekali bahasa terutama bahasa Melayu Sumatera. Yang paling mengejutkannya ialah penemuan perkataan ‘Maatheru’ yang punya padanan ketara dengan perkataan ‘Matahari’. ‘Heru’ adalah ‘god-king’ dalam tradisi Mesir Purba dan diterjemahkan kepada Horus dalam bahasa Greek. ‘Maat’ bermaksud ‘eye’ dalam bahasa Inggeris. Jones mendapati orang Mesir purba seolah-olah ‘menyingkatkan’ sebutan perkataan dalam

Page 89: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

bahasa Melayu. Contohnya ‘baik’ (good) menjadi ‘bw/bai’ dalam bahasa Mesir Purba. ‘Hawa’ (hot breath) menjadi ‘hh’ (diterjemah dari hiroglief). ‘Agak’ (approximately) menjadi ‘aga’.

Mata (eye) menjadi ‘maat’!

Bagaimana orang Melayu menggabungkan perkataan ‘maat’ dan ‘heru’ menjadi ‘matahari’ yang merujuk kepada ‘sun’? Siapakah kita sebenarnya?

Terdapat banyak lagi perkataan dalam bahasa Melayu yang punya persamaan dengan bahasa Mesir Purba. Adakah pembina piramid adalah berasal dari suku Austronesia? Ini yang memeningkan para pengkaji American Research Center.

Terdapat rahsia besar di sini. Beribu-ribu tahun dahulu, terdapat hubungan yang erat antara Mesir Purba dengan The Land of Gods.

Kod-kod Rahsia dari The Valley of Kings

Terdapat banyak rahsia sebenarnya yang tidak mampu difahami oleh Egyptologist dan pengkaji sejarah Mesir Purba. Ini kerana mereka tidak punya pengetahuan pada masa yang sama tentang orang Melayu dan etnik-etnik Austronesia. Di Lembah Raja-raja, iaitu kompleks makam para Firaun, terdapat ukiran kapal-kapal besar yang dibina untuk perjalanan jarak jauh. Para pengkaji ‘Ekspedisi Punt’ kerap mengaitkan Punt terletak di Afrika, tepatnya di Somalia atau orang Phoenicia. Namun apa gunanya kapal-kapal besar itu? Orang Mesir Purba diketahui bukanlah pembuat kapal yang mahir dan sering dikhabarkan bahawa kapal-kapal Mesir Purba tidak dapat bertahan lama di laut dan sering tenggelam (kebiasaannya mereka membinanya dari batang-batang jerami). Jika Punt di Somalia, bukankah lebih senang membuat ekpedisi dengan berjalan kaki sahaja daripada mengambil risiko berlayar di Laut Merah? Namun gambar-gambar kapal besar di Luxor itu menceritakan rahsia besar hubungan keturunan raja-raja Mesir dengan apa yang dinamakan ‘Tanah Nenek Moyang’.

Sebelum kita membongkar lagi rahsia dari Lembah Raja-raja, mari kita belajar bagaimana kod-kod rahsia dari hikayat-hikayat Melayu dapat dipecahkan. Sulalatus Salatin adalah teks semi-sejarah yang banyak menyimpan rahsia bangsa Melayu. Kesimpulan yang jelas dari teks ini ialah betapa hubungan antarabangsa orang Melayu pada masa dahulu amat signifikan dan terampil. Raja-raja Melayu menjalinkan hubungan diplomatik, menghantar duta, mengadakan perkahwinan dengan raja/puteri luar dan menerima kunjung hormat. Salah satunya Raja Suran. Raja Suran bukanlah orang Melayu tetapi satu raja purba yang keturunannya telah berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun, pemerintah Palembang. Siapakah Demang Lebar Daun? Baginda kemungkinan adalah pemerintah kerajaan Melayu yang kembali bebas atau pemerintah Dharmasraya setelah hegemoni Sriwijaya merosot. Raja Suran sering dikaitkan dengan Rajendra Chola I yang menyerang pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya. Dalam Sulalatus Salatin, Raja Suran adalah keturunan Raja Kinda Hindi yang telah dikalahkan oleh Iskandar Zulkarnain. Rajendra Chola pula keturunan Tamil-Dravidia. Bila disebut ‘Hindi’ maka kita mestilah membayangkan kerajaan-kerajaan utara India seperti Maurya, Gupta atau Pala. Setidak-tidak pun Empayar Kushan atau Gandhara.

Di dalam Purana dan Mahabharata, tercatat nama kaum-kaum utara yang dinamakan ‘gerombolan barbarian’ seperti Yavanas, Sakas, Pahlavas, Hunas dan Kambojas (terdapat banyak lagi seperti Parasikas, Kiratas) yang sering menyerang perbatasan utara India. Yavana atau Yona sebenarnya sebutan lidah Sanskrit kepada Ionia, wilayah yang terletak di Anatolia sekarang, dahulunya di bawah pengaruh Hellenistik Greek. Lidah Arab menyebutnya sebagai Yunani, dan ini diikuti oleh lidah Melayu. Hunas adalah kaum Hun, salah satu kaum gasar berkuda seperti Scythia atau Sakas dalam sebutan Sanskrit. Pahlavas ditafsirkan sejarahwan kepada Pahlavi atau Parthia, satu kerajaan barat laut Iran. Dan akhirnya Kambojas iaitu kaum Kamboja dari kelompok Aryan yang berbahasa Avestan.

Page 90: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

Semua kaum-kaum utara ini (sama ada dipengaruhi oleh Hellenistik mahupun Parsi) kemungkinan adalah bayangan kepada ‘Iskandar Zulkarnain’ yang mengalahkan ‘Raja Kinda Hindi’. Kemudian Iskandar Zulkarnain telah mengahwini puteri Raja Kinda Hindi. Keturunannya inilah melahirkan Raja Suran dan dari keturunan Raja Suran ini ada yang berlayar ke Sumatera dan berkahwin dengan anak raja Melayu.

Salah satu negeri yang diserang Raja Suran ialah Gangga Negara yang dikatakan terletak di Perak. Tetapi dalam Inskripsi Tanjore tidak disebut Gangga Negara atau Gangganagar sekalipun. Kewujudan Gangga Negara hanya diketahui dalam Sulalatus Salatin dan Hikayat Merong Mahawangsa sahaja dan tiada prasasti yang menyebut nama kerajaan ini. Kajian oleh Colonel James Low pada tahun 1849 pula hanya menjejak satu kerajaan purba lain iaitu Kerajaan Beruas. Kerajaan ini adalah lebih tua dari Kesultanan Melaka dan mungkin sezaman dengan Langkasuka. Beliau hanya mengagak bahawa terdapat satu kerajaan yang lebih tua dari Kerajaan Beruas ini.

Apakah maksud dari semua ini?

Sebenarnya kisah raja yang meneutralkan monopoli empayar-empayar maritim melayu telah berlaku berulang kali.

Sebelum Rajendra Chola datang menyerang pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya, cara yang sama juga telah digunakan oleh raja-raja sebelumnya setiap kali empayar maritim Nusantara memonopoli cukai dan perdagangan di Selat Melaka.

Cuba teka, mengapa Portugis menyerang Kesultanan Melaka, satu lagi empayar maritim Melayu selepas Sriwijaya? Monopoli perdagangan rempah.

Raja Suran menyerang Tanah Melayu sehingga ke Temasek kemungkinan untuk memusnahkan monopoli satu empayar maritim sebelum Sriwijaya. Dalam Sulalatus Salatin, telah diceritakan Raja Suran kononnya mahu menundukkan China kerana semua kerajaan tunduk kepadanya kecuali China. Dalam perjalanan dari Benua Keling, Raja Suran telah berperang dengan kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu sehingga sampai ke Temasek. Sampai ke Temasek, raja Suran telah bertanya kepada para pedagang China yang singgah di sana berapa lamakah perjalanan ke negeri China. Namun pedagang itu yang tahu Raja Suran mahu menyerang negerinya telah membuat helah supaya Raja Suran membayangkan letaknya negeri China itu terlampau jauh. Setelah itu Raja Suran pun membuat satu peti kaca dan masuk ke dalamnya lalu ditenggelamkan ke dalam air. Selepas puas melihat dunia bawah air, diceritakan Raja Suran telah membuat satu batu peringatan yang menerangkan segala penaklukannya ke atas Tanah Melayu sehingga ke Temasek.

Menariknya, Batu Bersurat Singapura yang dijumpai ketika Stamford Raffles ‘membuka Singapura’ menceritakan perkara yang sama seperti yang tertulis di dalam Sulalatus Salatin! Terdapat kisah Raja Suran yang menakluk semenanjung hingga ke Temasek. Catatan pegawai Stamford Raffles juga menceritakan penemuan satu batu yang amat besar di muara sungai Singapura. Kedudukan batu itu amat aneh dan terdapat inskripsi yang sukar dibaca terukir pada batu. Mereka cuba menggunakan asid

Page 91: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

untuk menimbulkan tulisan tetapi masih sukar dibaca. Pegawai Inggeris ini menyimpulkan batu besar itu adalah batu yang pernah diangkat oleh Badang, satu watak legenda dalam Sulalatus Salatin.

Terdapat satu rahsia tentang kewujudan Sulalatus Salatin. Pada permulaan kata-kata yang menerangkan sebab Tun Seri Lanang menyusun kitab itu:

"Pada antara itu ada seorang Orang Besar, terlebih mulianya dan terlebih besar martabatnya daripada yang lain. Maka ber¬kata ia kepada fakir, "Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya."

Goa di sini bukanlah Goa di India, tetapi kerajaan Gowa di Sulawesi. Semasa kejatuhan Melaka, rakyat, tentera mahupun perompak telah melarikan banyak khazanah dari istana berupa kitab-kitab atau hikayat-hikayat. Sebahagian khazanah itu telah dikumpulkan di Gowa, satu kerajaan yang punya hubungan erat dengan Kesultanan Melaka. Ketika Kerajaan Johor-Riau sudah stabil dan menguasai kembali perdagangan selat, di zaman Tun Seri Lanang itulah, para pedagang Melayu telah berlayar ke Sulawesi dan singgah di pasar-pasarnya. Salah satu jualan di sana ialah jualan kitab-kitab, manuskrip dan hikayat. Pedagang-pedagang Melayu telah membeli mana-mana kitab atau manuskrip yang sempat dan dari sinilah Orang Besar itu meminta Tun Seri Lanang menyusun kembali semua manuskrip itu menjadi Sulalatus Salatin yang kita tatap pada hari ini. Ini bermakna terdapat puluhan malah ratusan lagi hikayat-hikayat Melayu di Gowa itu. Dari sinilah kemungkinan besar para pengarang La Galigo mendapat ilham mengarang hikayat panjang tersebut.

Di antara manuskrip-manuskrip tersebut, terdapat sebuah manuskrip yang menceritakan seorang raja yang memerintah Nusantara lama sebelum lahirnya Raja Suran. Raja ini juga mempunyai empayar maritimnya sendiri, cara yang akan berulang-rulang kali muncul selepasnya. Namanya ialah Hari.

Beribu-ribu tahun sebelum wujudnya Sriwijaya, Emperor Hari telah berkuasa di The Land of Gods. Kuasa yang paling dicemburui oleh para musuhnya ialah:

Perdagangan maritim.

BIBLIOGRAFI:

Sulalatus Salatin, A. Samad Ahmad Journal of the Asiatic Society of Bengal Vol XVII,Part II-July to December Specimen C, frame no.176 inscribed stone, Luxor. Specimen G, frame no.67 west block (?), 3rd tomb Inscription found in Province Wallesley, Col. James Low. Note on the Inscription from Singapore, Hons. Col. Butterworth, C.B, James Low. In The History of Sumatra, William Marsden Phoenician Characters In Sumatra, " Part 6, (1892-1895) Edouard Naville, "The Naval Expedition to the Land of Punt," The Temple of Deir El Bahari, III (London:

Egypt Exploration Fund, 1884) Plates LXXVIII-LXXXI Margaret Bunson, The Encyclopedia of Ancient Egypt, (New York: Facts on File, 1991) Munoz, Paul Michel, (2006), Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula,

Editions Didier Millet. Po Klaus Garai Inscription (BEFEO IX, Notes D'epigraphie: Nouvelles incriptions de Po Klaus Garai, Louis

Finot) Chronicles of Chiang Mai From the Red to the Med, Harry Bourne

Page 92: Kompilasi Proto 'Alter Terahsia Bangsa Melayu - V3.5

AKAN DAT AN G !

A L T E R T E R A HS I A B A N G S A M E L A YU X I V

" T H E F EDE RAT I ON OF M AR I TI M PO WE R S & SE AP O R T S"

Siapakah Srivijaya? Dari mana kita tahu tentang Srivijaya? Pelbagai hipotesis tentang Srivijaya Siapakah Maharaja Zabag? Catatan Mas'udi Siapakah Sribhoja? Dari mana asal-usul Srivijaya? Srivijaya sebagai sebuah empayar Penakluk Segala Pelabuhan "Maharaja Seluruh Kepulauan" The Guardian of Malacca Straits Srivijaya sebagai pengasas hegemoni perdagangan Monopoli dan prestij Srivijaya Siapakah orang Bugis, Bajau Laut, Orang Laut dan Sulu? Profesion purba Bangsa Melayu 'The Eastern Norsemen and Phoenicia' Dari Madagaskar sehingga ke Hawaii

Riwayat Melayu telah tenggelam ke dasar lautan yang dalam, bersama-sama MistisFiles kita cari kembali hikayat bangsa!