albayan 18 akidah ahli sunnah ok

50
 Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah  1  AHLI SUNNAH WAL JAMAAH  AHLI SUNNAH WAL JAMAAH  AHLI SUNNAH WAL JAMAAH  AHLI SUNNAH WAL JAMAAH Penyerapan Penyerapan Penyerapan Penyerapan  Unsur Unsur Unsur Unsur Unsur Akidah yang Mengelirukan Unsur Akidah yang Mengelirukan Unsur Akidah yang Mengelirukan Unsur Akidah yang Mengelirukan Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia  

Upload: azzini-nudra-afifi

Post on 13-Apr-2018

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 1/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

1

 AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 

PenyerapanPenyerapanPenyerapanPenyerapan 

UnsurUnsurUnsurUnsur----Unsur Akidah yang MengelirukanUnsur Akidah yang MengelirukanUnsur Akidah yang MengelirukanUnsur Akidah yang Mengelirukan

Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia  

Page 2: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 2/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

2

Tajuk 

Ahli Sunnah Wal JamaahPenyerapan

Unsur-Unsur Akidah yang MengelirukanDalam Masyarakat Islam Di Malaysia

Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

Cetakan Pertama: 2011M / 1432H

Hakcipta terpelihara.

ISBN 978-967-0288-00-0

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isikandungan buku ini dalam apa bentuk dan dengan apa cara

sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,

rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin daripada pihakpenerbit iaitu

Majlis Agama Islam Negeri Johor

Diterbitkan oleh:Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah dan Syariah

Majlis Agama Islam Negeri JohorPusat Islam Iskandar Johor,

Jalan Masjid Abu Bakar,Karung Berkunci 725,80990 Johor Bahru.

Dicetak oleh: 

Master Gifts Sdn Bhd.019-7777662

Page 3: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 3/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

3

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

PENYERAPANUNSUR-UNSUR AKIDAH YANG MENGELIRUKAN

DALAM MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA

Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady 

Page 4: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 4/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

4

KATA-KATA ALUANS.S. MUFTI NEGERI JOHOR

.   . .  

Saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana diberikan peluang untukmerakamkan sepatah dua kata dalam risalah mengenai dasar-dasarpegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Risalah ini membincangkan tentang Akidah Ahli Sunnah Wal

Jamaah yang diamalkan di Malaysia dan Nusantara sejak kedatanganIslam ke rantau ini. Manakala unsur-unsur akidah yang mengelirukanpula akan dibincang dalam al-Bayan siri 19 dan 20.

Dirantau ini, umat Islam berpegang kepada aliran dan amalanAhli Sunnah Wal Jamaah; dalam akidah ia mengikut mazhab ImamAsy’ari rd, dalam Fiqh ia mengikut mazhab Syafi’e rd dengan tambahan-tambahan yang diperlukan dari segi keputusan-keputusan fatwamengikut kaedah yang wajar dalam Ahli Sunnah; dalam huraianberkenaan dengan akhlak dan kerohanian ia mengikut Imam al-Ghazalird. Sistem pengetahuan dan panduan ilmu dalam Ahli Sunnah ini diikutidengan baiknya dan mesti dipelihara.

Lantaran itu, fahaman dan pegangan tersebut perlu dijaga,

dikawal dipertahankan dan dipastikan daripada dinodai oleh anasir-anasir yang boleh memecahbelahkan pemikiran dan amalan dalammasyarakat. Banyak contoh yang membuktikan bahawa membenarkanberbagai fahaman dan amalan dalam sesebuah negara itu akan menjadipunca kepada perselisihan, perpecahan dan permusuhan sesama umatIslam.

Oleh itu, masyarakat perlu dijelaskan dan difahamkan mengenaipegangan dan amalan yang betul, berdasarkan sumber syarie dan telahterbukti dapat menyatukan ummah dan negara.Sekian

(DATO’ HAJI M. TAHRIR BIN DATO’ HAJI SAMSUDIN)Mufti Negeri Johor

Jabatan Mufti Johor2 Mac 2011.

Page 5: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 5/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

5

INTISARI KANDUNGAN

  Sekapur sirih ............................................................. 4  Intisari kandungan ................................................... 5  Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah – Mukadimah ....... 7  Cabang ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah ..................... 12

o  Ilmu Tafsir ....................................................... -o  Ilmu Hadith ....................................................... -o  Ilmu Usul al-Din ............................................... 13o  Ilmu Fiqh .......................................................... 14o  Ilmu Akhlak dan Tasawwuf ............................... 17

  Beberapa segi epistemologi sunni …………………… 18

  Rukun pertama : Mengisbatkan hakikat danilmu yang merekaijmakkan tentangnya -

  Rukun kedua : Baharunya alam ini ..... 22  Rukun ketiga : Semua yang berlaku ada

yang menjadikan ........ 24  Rukun keempat : Sifat-sifat Allah ........... 27  Rukun kelima : Nama-nama Allah ...... 29  Rukun keenam : Keadilan Ilahi dan hikmat

Kebijaksanaannya ...... 31  Rukun ketujuh : Kenabian dan kerasulan 33

  Rukun kelapan : Mukjizat dan keramat ... 35  Rukun kesembilan Syariat Islam dan rukun-

rukunnya ....................... 36  Rukun kesepuluh : Suruh dan tegah dalam

syarak .......................... 40  Ruku kesebelas : Hilangnya para hamba dan

hukum mereka di akhirat -  Rukun ke dua belas : Khalifah dan imamah .... 42  Rukun ke tiga belas : Iman dan Islam ............. 43  Rukun ke empat belas: Para wali dan imam ...... -  Rukun ke lima belas : Hukum tentang para

musuh Islam ................. 45

  Keperluan kepada ilmu-ilmu Islam lainnya ................... 48  Keperluan Nusantara atau Dunia Melayu kepada

Empat Wacana agung Sunni ......................................... 49

Page 6: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 6/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

6

Page 7: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 7/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

7

C

 AKIDAH AKIDAH AKIDAH AKIDAH

 AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 

MukadimahMukadimahMukadimahMukadimah 

Risalah ini ingin mengemukakan hujah-hujah dan fakta-faktauntuk meneguhkan pendirian Ahli Sunnah Wal Jamaahdalam negera ini. Ia juga berbicara berkenaan denganbeberapa penyerapan akidah yang mengelirukan, dengan

cawangan-cawangannya dalam bidang-bidang lain yangberkenaan, dalam bentuk apa yang disebut sebagai aliran‘salafi’, yang bertunjangkan ajaran Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab, dan ajaran ‘Islam Liberal’, antaranya yangbertunjangkan huraian-huraian tokoh seperti MuhammadArkoun.

Demikian juga dengan asas-asas fahaman IslamLiberal yang kini sedang berkembang di negara ini. Hujah-hujah dan pengamatan-pengamatan dikemukakan untukmenolak fahaman tersebut seperti dijelaskan dalam Al-Bayan siri ke-20.

Page 8: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 8/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

8

1. Malaysia negara yang berpegang kepada aliran danamalan Ahli Sunnah Wal Jamaah; dalam akidah ia mengikutmazhab Imam Asy’ari rd, dalam Fiqh ia mengikut mazhabSyafi’e rd dengan tambahan-tambahan yang diperlukan darisegi keputusan-keputusan fatwa mengikut kaedah yangwajar dalam Ahli Sunnah; dalam huraian berkenaan denganakhlak dan kerohanian ia mengikut Imam al-Ghazali rd.Sistem pengetahuan dan panduan ilmu dalam Ahli Sunnahini diikuti dengan baiknya dan mesti dipelihara.

2. Ulil-amri wajib menjaga agama dan perlaksanaannyaserta kefahamannya pada orang ramai mengikut landasan-landasannya yang asal dan benar tanpa penyelewengan;(Berkenaan dengan kewajipan ulil-amri menjaga agamasupaya berada atas dasar-dasar asal yang hak dijelaskanoleh Imam al-Mawardi rh dalam ’al-Ahkam al-Sultaniyyah’nya bab berkenaan dengan kewajipan-kewajipan khalifah atau imam yang pertama sekali dalamsenarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh itu); sama adadalam bentuk lama atau baru, dalam bentuk lama seperti

Mu’tazilah, Qadariah, Jabariah, Batiniah, dan yangsepertinya, dalam bentuk baru seperti Mu’tazilah fesyenbaru, atau Khawarij fesyen baru, atau Batiniah fesyen baruyang menggunakan nama-nama atau istilah-istilah yangmenarik tetapi yang mengandungi ‘racun’ di dalamnya danyang membawa kekeliruan. (Perbincangan-perbincanganakademik di pusat pengajian tinggi untuk kajianperbandingan tentang aliran pemikiran, itu perkara yangkhusus yang perlu ditangani di kalangan para ahlinya).

3. Maka ajaran dan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah ini

mesti dikekalkan. Beberapa perkara berkenaan dengandasar-dasatr Ahli Sunnah dipeturunkan di bawah ini:

Page 9: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 9/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

9

  Yang dimaksudkan dengan pemahaman arusperdana dalam Islam ialah fahaman, pegangan dan amalanAhli Sunnah Wal Jamaah; perkara pokok di dalamnya,intinya melibatkan faham ilmu, atau “epistemology”; ia

falsafah ilmu  (Qur'an sendiri memulakannya dengan )( ), teori tentang ilmu pengetahuan, keadaannya,

dasar-dasarnya, batasan-batasannya, dan kesahihannya. 

  Yang dimaksudkan ilmu itu - antaranya pada al-Baqillani rh dalam at-Tamhidnya pada bahagian awalnya -

ialah mengenali apa yang dimaklumi itu mengikut keadaanhakikatnya yang sebenarnya. (“ma’rifatul-ma’lum ‘ala mahuwa bihi”). (Ini takrif ilmu mengikut al-Baqillani dalam ‘al-Tamhid’; Imam Syafie rd menggunakan takrif yang sama

katanya (   )  dalam (‘al-Fiqhul-

Akbar’, Matba’ah al-‘Amirah al-Sharqiyyah, Kahirah, 1324hlm.10.)

  Para ‘ulama Usul al-Din ( ) Ahli Sunnah

mentarafkan peringkat mengenali itu sebagai peringkattertinggi, iaitu mengenali apa yang diketahui dengansebenarnya, dengan yakin berdasarkan kepada dalil. Ianya

melebihi sangkaan yang kuat (zann ), syak (sama

banyak antara yang ya atau tidak), sangkaan yang lemah

(waham - ), kejahilan semata (al-jahl – ), dan jahil yang

bersusun (jahil al-murakkab  - ), iaitu tidak disedari

iaya jahil, disangkanya dirinya mengetahui sebenarnya.

Ianya mesti dengan dalil dan yakin; tanpa dalil dan yakintidak dipanggil ilmu atau ma’rifah. (Imam Syafie rh dalamteks yang sama (hlm 10) membezakannya daripada zanndan taqlid.) 

Page 10: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 10/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

10

  Yang dimaksudkan Ahli Sunnah Wal Jamaah ialahajaran dan amalan yang berasal daripada Nabi s.a.w. danpara Sahabatnya sebagaimana yang ternyata daripadahadith yang menyebut umat Islam akan berpecah kepada 73golongan, yang selamat hanya satu, iaitu mereka yangdipanggil sebagai jemaah yang selamat dan benar, yangberpegang kepada dasar hidup nabi dan para sahabatnya,mereka itulah Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Dasar dan amalan inilah yang kemudiannyaberkembang di kalangan para ulama Ahli Sunnah dalampelbagai disiplin ilmu, yang dihuraikan oleh tokoh-tokohdalam bidang tafsir Quran, qiraat, hadith dan cawangan-cawangannya, usul al-din, fiqh, usul al-fiqh, akhlak dantasawwuf, termasuk falsafahnya, demikian seterusnyadengan pelbagai cawangan dan disiplin ilmu, antaranyasebagaimana yang dihuraikan dalam “al-Muqaddimah” oleh‘Abd al-Rahman ibn Khaldun rh antara lainnya. (c.f. OsmanBakar, The Classification of Knowledge). (Huraian ringkasberkenaan dengan Ahl al-Sunnah dibuat oleh penulis ini

dalam ‘Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah’ dalam buku ‘DinamikaDakwah’, (ed) Dr Abdul Halim El-Muhammady, Budaya IlmuSdn Bhd, Petaling Jaya, 1992, 101-135, dengan huraianberkenaan dengan hadith-hadithnya, sejarahnya, danprinsip-prinsipnya secara ringkas.) 

‘Abd al-Qahir al-Baghdadi rh. membahagikan AhliSunnah Wal Jamaah dalam dalam kitabnya (al-Farqu Bainaal-Firaq) kepada beberapa bahagian mengikut disiplin ilmudalam epistemologi Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti: Ilmu

al-Kalam atau Usul al-Din, ilmu Tafsir Quran dan Qiraat, IlmuHadith dan cawangan-cawangannya, Ilmu Fiqh dan ahli-ahlinya (termasuk usul al-fiqhnya), ilmu sastera dan nahu

Page 11: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 11/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

11

sarafnya, ilmu lughahnya, ilmu tasawwuf dan para ahlinya.Termasuk ke dalam golongan mereka itu orang awam yangmengikut panduan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dan jugamereka yang menjaga sempadan negeri-negeri Ahli SunnahWal Jamaah. 

Page 12: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 12/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

12

 

CABANG ILMU AHLI SUNNAHCABANG ILMU AHLI SUNNAHCABANG ILMU AHLI SUNNAHCABANG ILMU AHLI SUNNAH

DAN CIRIDAN CIRIDAN CIRIDAN CIRI----

CIRINYA CIRINYA CIRINYA CIRINYA  

1.  Ilmu TafsirIlmu TafsirIlmu TafsirIlmu Tafsir: 

Berdasarkan kepada panduan-panduan ayat-ayat Quran 

Panduan hadith-hadith Huraian-huraian para ulama Ahli Sunnah yang muktabardalam bidangnya seperti al-Baidawi, al-Nasafi, al-Jalalain, a-

Khazin, al-Baghwi, Fakhrul-razi dan seterusnya; sampailahkepada para mufassirin zaman kemudian.

2. Ilmu HadithIlmu HadithIlmu HadithIlmu Hadith: 

Berdasarkan ilmu-ilmu hadith oleh para imam yang diakuiseperti para pengumpul "kutub sittah" dan lainnya dan parapensyarah kitab-kitab mereka.

o  Huraian para ulama tentang mustalah al-hadith. o  Huraian para ulama tentang "al-jarh wa ta’dil". o  Huraian para ulama tentang sejarah perkembangan

hadith. 

Page 13: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 13/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

13

3. IlmuIlmuIlmuIlmu UUUUsul alsul alsul alsul al----DDDDinininin: 

o  Berdasarkan kepada Quran, Sunnah, dan ijma’. o  Berdasarkan kepada huraian para ulama Ahli Sunnah

yang muktabar dalam bidang ini seperti Imam Abul-Hasan al-Ash’ari, al-Maturidi, al-Baghdadi, al-Baqillani, al-Nasafi, dan seterusnya dalam memberihuraian tentang Tuhan, para nabi, malaikat, kitabsamawi, akhirat, dan qadha dan qadar.

o  Juga berdasarkan kepada huraian mereka yangmenolak Mu’tazilah, Jabariah, Qadariah, Murji’ah,Khawarij, Batiniah, dan Syiah atau Rafidah. 

Semuanya perlu diketahui dengan jelas dan simpatisupaya akidah Ahli Sunnah dijadikan pegangan dan dihayatidan yang lain-lain dijadikan sempadan dan ditolak, samaadadalam bentuk lama atau baharu, klasik atau moden. 

Yang moden yang perlu difahami dan ditolak sepertimaterialisme, sekularisme, dekonstruksinisme, pasca-modernisme dan seterusnya, iaitu mana-mana yangberlawanan dengan ciri-ciri pegangan Ahli Sunnah wal- jama’ah. 

Mana-mana tulisan moden yang boleh membantudalam memahami akidah ini boleh dimanfaatkan sepertitulisan-tulisan Dr. Zandani, juga pemikir-pemikir Baratseperti Frihtjof Chapra antaranya dengan The Tao ofPhysicsnya antara lainnya. 

Tulisan Dr. Iqbal seperti The Reconstruction ofReligious Thought in Islam juga perlu difahami dengan jelas

Page 14: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 14/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

14

dan penuh simpati serta manafaat daripadanya perludidapati, walaupun mungkin dalam beberapa perkaratentang pemikirannya kita berbeza dengannya. 

Cabaran-cabaran terhadap pemikiran dan akidah AhliSunnah dalam penulisan semasa - termasuk apa yang adadalam internet - perlu diberi respons yang tepat oleh paraulama dan sarjana Muslim dengan kerjasama mereka yangberwenang. 

Nusantara atau Dunia Melayu Muslim mestidikekalkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaahnya dengan ciri-cirinya demi untuk menjaga kesahihan akidahnya dan jugakestabilan intelektuil dan rohaninya sebagai asas yangkukuh bagi pembinaan tamadun dan budaya di rantau ini(selain daripada mengambil kira dan memanafaatkanperkembangan-perkembangan terbaharu dalam ilmupengetahuan dan teknologi termasuk ICT). 

Perlu dihadapi dengan cara berkesan fenomenapihak-pihak yang tertarik dengan pemikiran Syiah sehinggadianggap perlu menggantikan pemikiran dan akidah AhliSunnah di Dunia Melayu. 

Juga perlu dihadapi dengan berkesan fenomenaKristianisasi dan yang sepertinya.

4. Ilmu Fiqh:Ilmu Fiqh:Ilmu Fiqh:Ilmu Fiqh: 

Ilmu berkenaan dengan detail-detail hukum Syara’ dalamIslam berdasarkan kepada Quran, Sunnah, Ijma’ mereka

Page 15: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 15/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

15

yang muktabar, dan Qias mereka yang berwenang. Jugaistihsan, istislah, istishab dan seterusnya.

Berdasarkan kepada mazhab-mazhab yang diakuidalam Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan kalau di Nusantaramazhab Imam Syafi’I rd dengan tambahan-tambahan dalambentuk fatwa-fatwa dan keputusan-keputusan baharu yangdiperlukan berdasarkan kepada kaedah-kaedah mazhabyang diakui.

Ini demi untuk menjaga kesahihan dalamperkembangan dan pengamalan hukum serta keseragamandalam perlaksanaan hukum dan kesenangan dalammenguruskan kehidupan kolektif umat di rantau ini.

Perlu dihadapi fenomena pemikiran dan pemahamantentang hukum yang terbebas daripada mazhab yangmuktabar (aliran “al-lamadhhabiyyah”) kononnya kerana

hendak “kembali kepada Quran dan Sunnah” sahaja, ataukerana “hendak menghapuskan sarang labah-labah yangberabad-abad itu” (“the web of the centuries”) dansebagainya.

Perlu dihadapi fenomena memberi fatwa ataupendapat secara tidak mengikut adab dan ketertibansebagaimana yang dihuraikan oleh para ulama muktabartentang fatwa dan membuat keputusan hukum (‘istinbat’),mengeluarkan pendapat sendiri-sendiri, atau mengikut apa

yang dipanggil sebagai ulama “haraki” dan ditolaknya yang“tidak haraki” sampai terjejas ciri-ciri sahih keputusanhukum dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah (c.f. teguran al-Hudaibi terhadap almarhum Maududi dalam hubungan

Page 16: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 16/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

16

dengan istilahnya yang empat yang menyalahi ijma’ AhliSunnah Wal Jamaah; demikian pula teguran yang dibuatdalam hubungan dengan pemikiran almarhum Syed Qutb rhdengan penuh penghormatan kita kepada beliau yangsangat banyak berjasa itu).

Perlu dihadapi fenomena yang bercanggah dengandasar “bertanyalah kepada ahli ilmu kalau kamu tidakmengetahui” (Al-Nahl.43) yang tertingginya merujuk kepadapara mujtahidin sebenarnya; Juga fenomena yangbercanggah dengan pengajaran dalam hadith: 

    …       … 

Agama menggalakkan nasihat menasihati kepada semuapemimpin umat Islam.

Riwayat Muslim, Tirmidhi, Abu Daud , al-Tabarani, danImam Ahmad (hadith sahih). Sikap ‘al-nasihah’ dalam ertikeceriaan murni yang gigih ini dihuraikan oleh Imam Nawawirh dalam ‘Sharah Muslim’nya. Berkenaan dengan sikapterhadap ulim-amri dalam Ahli Sunnah ini boleh didapati daripendirian-pendirian para imam seperti al-Ash’ari, al-Maturidi,al-Tahawi, al-Ghazali, al-Nawawi dan seterusnya dalamkalangan ulama Ahli Sunnah yang menghidupkan budaya‘al-din al-nasihah’ dalam erti yang menyeluruh.

Keceriaan yang murni dan sungguh-sungguh dalamhubungan dengan para ulama dan para pemimpin dalamkehidupan bermasyarakat sekaligus dengan mengamalkan

adab-adab dan cara-cara berinteraksi dengan merekasebagaimana yang ada dalam teks-teks Ahli Sunnah WalJamaah. 

Page 17: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 17/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

17

5. Ilmu Akhlak dan Tasawwuf Ilmu Akhlak dan Tasawwuf Ilmu Akhlak dan Tasawwuf Ilmu Akhlak dan Tasawwuf : 

Keperluan kepada usaha merujuk dan mengambil panduandaripada sistem ilmu tasawwuf yang muktabar sebagaimanayang ada dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Imam al-Ghazali rd dan al-Qushairi rh serta al-Junaid al-Baghdadi rhdan lainnya serta teks-teks mereka dan perjalanan hidupmereka.

Keperluan mengelak daripada ciri-ciri yang tidakwajar dalam kefahaman sufiah dan amalan-amalannya, apalagi yang bercanggah dengan hukum Syara’ dan ciri-ciriBatiniah yang sesat dan menyesatkan yang muncul atasnama tasawwuf atau ilmu hakikat yang palsu dan jugakeperluan menyelesaikan masalah-masalah yang timbulberkaitan dengannya.

Keperluan mengembalikan umat kepada “makarimal-akhlak” (amalan akhlak yang murni) dengan pemusatankepada sifat-sifat yang mulia dan utama serta mengikis sifat-

sifat yang sebaliknya melalui ilmu pengetahjuan yangberkenaan dan latihan-latihan akhlak dan adab amaliahdalam kehidupan harian.

Keperluan untuk menghalang usaha mereka denganpelbagai cara yang mungkin melalui undang-undang,pendidikan, dan kawalan masyarakat, serta media peribadi-peribadi yang sesat daripada menyesatkan orang ramaimelalui dakwaan-dakwaan palsu tentang kemampuanmemberi kepimpinan rohaniah yang tinggi. 

Page 18: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 18/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

18

 

BEBERAPA SEGIBEBERAPA SEGIBEBERAPA SEGIBEBERAPA SEGI

EPISTEMOLOGIEPISTEMOLOGIEPISTEMOLOGIEPISTEMOLOGI1111

 SUNNISUNNISUNNISUNNI 

Dasar-dasar Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dilihat padabab kelima al-Farq Baina al-Firaq karangan ‘Abd al-Qahir al-Baghdadi rh. antara dasar-dasar atau “usul” tersebut ialah:

Mengithbatkan Hakikat Dan Ilmu Yang Mereka Ijma’kanMengithbatkan Hakikat Dan Ilmu Yang Mereka Ijma’kanMengithbatkan Hakikat Dan Ilmu Yang Mereka Ijma’kanMengithbatkan Hakikat Dan Ilmu Yang Mereka Ijma’kan

 Tetapnya  Tetapnya  Tetapnya  Tetapnya  

Yang disepakati dikalangan mereka rukun

pertamanya mengithbatkan hakikat-hakikatdan ilmu-ilmu yang mereka ijma’kan tetapnyailmu-ilmu itu dengan makna-makna yang ada

pada para ulama dan dianggap sesat mereka yangmenafikan ilmu dan lain-lain sifat (a’rad) seperti yang berlakupada golongan “Sophists” (ini boleh terkena pada pemikiranpascamodernisme) yang menafikan ilmu dan hakikat-hakikatbenda-benda yang ada. Demikian pula sesatnya merekayang menganggap semua pegangan dan kepercayaansebagai sah walau pun yang saling berlawanan danbercanggahan.

 1  Epistemologi makananya teori tentang pengetahuan, terutamanya yang berkaitan

dengan kajian kritis tentang kesahihan, kaedah dan skop sesuatu pengetahuan.(Kamus Dewan Edisi Keempat, 398). 

RukunRukunRukunRukunPertama Pertama Pertama Pertama  

Page 19: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 19/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

19

 

Ulama ahli Sunnah membahagikan ilmu manusiakepada yang bersifat badihiah, yang hissi, dan istidlali -mereka yang menafikan ilmu yang bersifat badihi dan hissi -melalui pengamatan pancaindera - sebagai golongan degil.

Mereka yang menafikan ilmu dari tilikan akal (al-nazar) dan istidlali (dengan mengambil dalil pemikiran) ,kalau ianya seperti golongan Sumniyah yang mengingkari

penilikan akal dalam ilmu akliah ia kafir mulhid, sepertigolongan dahriah atau materialist, yang berpegang kepadasediakalanya alam, penafian adanya Tuhan Pencipta alam,berserta dengan fahaman membatalkan semua agama-agama (dan ini juga menyentuh pemikiranpascamodernisme sekarang). 

Kalau orang demikian berpegang kepada tilikan akaldalam ilmu akliah dan menolak kias dalam cawangan hukumSyara’ seperti mazhab Zahiriah, itu tidak membawa kepadakekufuran.

Ahli Sunnah mengajarkan pancaindera yangmengesani perkara-perkara zahir yang boleh dikesaniolehnya (al-mahsusat) ialah pemandangan mata bagimengesani apa yang boleh dilihat, perasa yang mengesaniseperti rasa makanan, penciuman bagi mengesani bau,sentuhan bagi mengesani panas dan sejuk, basah dankering, sifat lembut dan kasar.

Ahli Sunnah mengajarkan apa-apa yang dicapaimelalui pancaindera ini berupa sebagai makna-makna (al-

ma’ani) yang berdiri dengan alat-alat pancaindera itu. (Ilmuyang berpunca daripada pengesanan melalui pancainderadan tilikan akal boleh diperpanjangkan dengan perlaksanaan

Page 20: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 20/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

20

kaedah saintifik, penyelidikan, dan pemikiran serta rumusanilmu pengetahuan dan alat-alat kelengkapan yangdiperlukan zaman sekarang sampailah kepada ICT danseterusnya).

Mereka mengajarkan bahawa khabar berita yangmutawatir - yang sampai melalui punca yang terlalu banyakyang tidak memungkinkan salahnya - adalah jalan ilmu yangdaruri - tidak boleh tidak - yang sah bila cukup syarat-syaratnya pada mereka. Termasuk ke dalam contoh ini ialahpengetahun kita tentang para nabi dan raja-raja sebelumkita dalam sejarah. Adapun sahnya penegasan tentangpangkat kenabian para anbiya itu maka itu sah melaluihujah-hujah nazariah atau tilikan akal. Maka dikirakan kafirmereka yang mengingkari ilmu dari kaedah atau jalanriwayat mutawatir.

Mereka memperincikan ciri-ciri riwayat yangmutawatir, yang mustafid, dan yang bersifat ahad, yangterakhir dengan periwayat seorang atau terlalu sedikit.

Berita ahad pada Ahli Sunnah bila sahih sandarannyadan matannya tidak mustahil pada akal, maka mestidiamalkan ajarannya. Dengan kaedah ini para ulama fiqhmensabitkan kebanyakan hukum Syariat dalam ibadat,mu’amalat, dan lain-lain bab haram dan halal.

Mereka menganggap sesat golongan-golongan yangmenggugurkan wajib beramal dengan riwayat ahad sepertigolongan Syiah Rafidah, Khawarij, dan lain-lain golonganyang mengikut hawa nafsu mereka.

Khabar mustafid adalah ditengah-tengah antaramutawatir dan ahad - mesti berilmu dengannya dan mesti

Page 21: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 21/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

21

beramal dengannya. Termasuk di bawah kaedah ini ialahilmu tentang beberapa ma’jizat Nabi s.a.w. seperti terbelahbulan, bertasbihnya anak batu, meratapnya pelepah tamar,cukupnya makanan sedikit bagi orang ramai dan seterusnya.

Khabar mustafid banyak terdapat dalam hukumSyara’ seperti nisab zakat, had khamar, ilmu tentangmenyapu dua kasut panjang, hukum rejam, dan yangsepertinya yang disepakati ulama fiqh tentang penerimaanterhadapnya; dianggap sesat mereka yang menyalahi

mereka dalam hal ini seperti golongan Khawarij, yangmengingkari rejam.

Dan dikirakan kafir mereka yang mengingkari ru’yaatau memandang Allah di Syurga, Kolam nabi di akhirat,syafa’ah dan azab kubur.

Sabitnya Quran, zahirnya, dan mu’jizatnya yangmenyebabkan ianya tidak boleh ditentang itu melalui riwayatmutawatir yang menjadikannya ilmu daruri.

Ahli Sunnah bersepakat bahawa Allah mentaklifkanpara hambaNya mencapai ma’rifat terhadapNya, danmereka diwajibkan tentangnya, juga mereka disuruhberma’rifat dalam hubungan dengan RasulNya, danKitabNya, serta beramal dengan apa yang ditunjukkan olehKitab dan Sunnah nabiNya.

Dianggap kafir mereka yang menegaskan bahawaAllah tidak menyuruh ma’rifat seseorang itu, seperti yangdiperpegangi oleh Thumamah, dan al-Jahiz, dan segolongan

daripada Syiah Rafidah.

Page 22: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 22/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

22

Mereka bersepakat bahawa usul Hukum Syariat ialahQuran, Sunnah, dan Ijma’ golongan Salaf.

Mereka anggap kafir pihak yang menegaskan -seperti golongan Syiah Rafidah - bahawa tidak ada hujahsekarang ini pada Quran dan Sunnah kerana pada dakwaanmereka para Sahabat telah mengubah sebahagian dariQuran itu dan melakukan “tahrif” pada setengahdaripadanya.

Mereka anggap kafir golongan Khawarij yangmenolak semua hadith-hadith Sunan yang dinukilkan olehpara periwayatnya oleh kerana mereka mengatakan parapenukil hadith itu - termasuk Sahabat - menjadi kafir.

Mereka menganggap kafir al-Nazzam yang menolakhujah ijma’ dan hujah mutawatir, dan yang berpegangkepada harus berlakunya persepakatan umat Islam ataskesesatan dan kemungkinan berlaku pembohongan di

kalangan mereka yang terlibat dalam riwayat yangmutawatir.

BAHARUNYA ALAM INIBAHARUNYA ALAM INIBAHARUNYA ALAM INIBAHARUNYA ALAM INI 

Tentang baharunya alam ini, yangmereka sepakati ialah alam itu ialahsekalian yang selain dari Allah.

Maka sekalian yang lain dari Allah dan sifat-sifatNya yangazali adalah makhluk yang diciptakanNya.

RukunRukunRukunRukun

 Yang Yang Yang Yang

Kedua Kedua Kedua Kedua  

Page 23: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 23/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

23

Pencipta alam bukan makhluk, bukan dicipta, bukandari jenis alam, bukan dari jenis sesuatu bahagian atau juzu’alam. 

Mereka bersepakat alam ini terdiri dari zat dan sifat(jauhar dan ‘arad). 

Mereka mengajarkan tiap jauhar - iaitu atom - tidakboleh dibahagi (Sekarang ini ianya boleh dibahagi- proton,neutron, dan sebagainya, dengan entiti-entiti baharu seperti“quarks” dan seterusnya dalam fizik quantum).

Mereka mengajarkan adanya para malaikat, jin, dansyaitan-syaitan daripada makhluk-makhluk dalam alam.

Mereka aggapkan kafir mereka yang mengingkari inisemua seperti golongan ahli falsafah dan puak Batiniah.

Mereka menganggapkan sesat golongan yangmengajarkan fahaman serba-dua (al-thanawiyah) iaitu jisim

terdiri daripada nur atau cahaya, dan zulmah ataukegelapan; yang baik daripada nur, yang jahat daripadazulmah.

Mereka bersepakat tentang baharunya ‘arad padasemua jisim-jisim, dan mereka menganggap tiap-tiap ‘araditu baharu pada tempatnya ‘arad itu tidak berdiri sendirinya.

Ahli Sunnah bersepakat tentang fananya seluruhalam ini dan mereka mengajarkan kekalnya syurga danneraka, syurga dengan ni’matnya dan neraka dengan

azabnya melalui jalan Syara’.

Page 24: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 24/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

24

Mereka menganggap kafir golongan Jahmiah yangmengajarkan syurga dan neraka itu binasa.

Mereka menganggap kafir Abul-Hudhail yangberpendapat akan terputusnya ni’mat syurga dan azabneraka; 

SEMUA YANG BERLAKU ADA YANG MENJADIKANSEMUA YANG BERLAKU ADA YANG MENJADIKANSEMUA YANG BERLAKU ADA YANG MENJADIKANSEMUA YANG BERLAKU ADA YANG MENJADIKAN 

Semua peristiwa yang berlaku mesti adayang melakukannya dan yangmenjadikannya.

Ahli Sunnah menganggap kafir Thumamah dan pengikutnyadari golongan Qadariah yang mengajarkan bahawaperbuatan-perbuatan itu timbul sendiri - al-mutawallidah -tanpa pembuatnya. Mereka mengajarkan Pencipta alamhanya menjadikan jisim-jism dan ‘arad sahaja, bukan

perbuatan-perbuatan.

Mereka menganggap kafir Ma’mar dan parapengikutnya dari golongan Qadariah yang mengajarkanAllah tidak menciptakan sesuatupun daripada ‘arad-‘aradyakni sifat-sifat yang ada pada jisim-jisim. Ia hanyamenjadikan jisim-jisim sahaja. Jisim-jisimlah yangmenjadikan ‘arad-‘arad sendirinya.

Golongan pelampau atau ghulat dari kalangan Syiah

Rafidah mengajarkan bahawa ‘Ali adalah jauhar makhluk,yang baharu dijadikan, kemudian ia menjadi Tuhan PenciptaAlam dengan meresap masuk - hulul - roh Tuhan ke

RukunRukunRukunRukun

 Yang Yang Yang Yang

Ket Ket Ket Ket igaigaigaiga

Page 25: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 25/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

25

dalamnya. Mereka ini mengajarkan Tuhan tidak adakesudahan dan hadNya.

Hasyim bin Hakam al-Rafidi mengajarkan Tuhan yangdisembahnya tujuh jengkal dengan jengkalnya sendiri.

Ahli Sunnah mengajarkan mustahil Tuhan itu adarupa bentuk dan anggota, khilaf bagi golongan ghulatRafidah dan para pengikut Daud al-Hawari yang

mengajarkan bahawa Tuhan ada, mempunyai rupa bentukseperti rupa manusia.

Ahli Sunnah bersepakat mengajarkan bahawa Tuhantidak dikandung ruang atau tempat, dan tidak berlaluatasNya perjalanan masa; ini berlawanan dengan pegangankaum Syihamiyah dan Karramiyah yang mengajarkanbahawa Tuhan bersentuh dengan ‘Arasy.

Dinukilkan oleh Ahli Sunnah bahawa baginda ‘Ali rd

menyataan bahawa Allah menjadikan ‘Arasy bagimenzahirkan QudratNya, bukan bagi menjadi tempat untukZatNya (izharan li-Qudratihi la makanan li Dhatihi). Katanyalagi: Telah ada Ia dan tiada tempat (bagiNya), dan Iasekarang sebagaimana telah adaNya dahulu.

Ahli Sunnah menafikan adanya kecelaan, kesahan,dan kesakitan pada Tuhan. Mereka menafikan gerak dandiam padaNya. Ini berlawanan dengan Syiah Rafidah yangmengajarkan bahawa tempatNya baharu menjadi daripada

gerakNya.

Page 26: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 26/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

26

Ahli Sunnah bersepakat bahawa Allah Maha Kayatidak memerlukan pertolongan makhlukNya, dan Ia tidakmendapat manafaat daripada makhlukNya untuk DiriNya,dan Ia tidak menolak kemudaratan dariNya melaluimakhlukNya. Ini berlawanan dengan dakwaan para Majusiyang mengajarkan bahawa Allah menjadikan para malaikatuntuk menolak kesakitan daripada Syaitan terhadapNya.

Ahli Sunnah bersepakat bahawa Pencipta Alamadalah Esa. Ini berlawanan dengan Majusi yang

mengajarkan ada dua yang kadim, iaitu Nur dan Zulmah.

Ini juga berlawanan dengan Rafidah yangmengajarkan bahawa Allah menyerahkan tadbiran alamkepada ‘Ali, ialah Pencipta Yang Kedua (al-Khaliq al-Thani). 

Page 27: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 27/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

27

SIFAT SIFAT SIFAT SIFAT ----SIFAT ALLAHSIFAT ALLAHSIFAT ALLAHSIFAT ALLAH 

Berkenaan Dengan Sifat-Sifat Allah:IlmuNya, QudratNya, HayatNya,IradatNya, Sama’Nya, BasarNya, danKalamNya, yang semuanya Sifat-SifatYang Azali dan Kekal.

Mu’tazilah menafikan semua Sifat-Sifat Azali bagi Allah:

mereka mengajarkan tidak ada bagi Allah sifat Qudrat, Ilmu,Hayat, Basar, dan tidak ada PencapaianNya bagi semuayang boleh didengar.Mereka mensabitkan bagiNya kalamyang baharu.

Kata Ahli Sunnah: menafikan sifat bermaknamenafikan apa yang disifatkan, sebagaimana menafikanperbuatan bermakna menafikan pembuat.

Ahli Sunnah bersepakat Kuasa Allah berlaku atas

semua yang ditakdirkan, dengan QudratNya yang satu.Dengan Qudrat yang satu berlaku semua yang ditakdirkan.

Ahli Sunnah bersepakat bahawa Ilmu Allah adalahsatu dengan Ilmu itulah Ia mengetahui semua maklumatsecara terperinci tanpa pancaindera, cara badihiah, danmengambil dalil.

Kaum Rafidah di kalangan Syiah mengajarkan Allahtidak mengetahui sesuatu sebelum jadinya.

Ahli Sunnah bersepakat bahawa Sifat Basar danSama’ Allah meliputi semua yang boleh dilihat dan didengar

RukunRukunRukunRukun

 Yang Yang Yang Yang

KeempatKeempatKeempatKeempat 

Page 28: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 28/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

28

dan Allah berterusan melihat DiriNya dan MendengarKalamNya.

Ahli Sunnah bersepakat bahawa Allah boleh dilihatoleh orang mukmin di akhirat. Mereka berpendapat harusmelihatNya dalam tiap-tiap hal dan bagi tiap-tiap yang hidupmelalui jalan akal. Dari mereka mengajarkan wajib orangmu’min melihatnya secara khusus di akhirat melalui jalankhabar dalam nas. Ini berlawanan dengan pendapat

Qadariah dan Jahmiyah yang mengajarkan mustahil Ianyaboleh dilihat.

Ahli Sunnah bersepakat bahawa Kehendak Allah -Iradat dan Masyi’ahNya - tertakluk atas segala perkara.

Mereka mengajarkan bahawa tidak ada yang berlakudalam alam melainkan dengan KehendakNya, apa yangdikehendakiNya jadi, apa yang tidak dikehendakiNya, tidakmenjadi.

Golongan Qadariah Basrah berpendapat ada Allahkehendaki apa yang tidak menjadi, dan ada yang menjadiapa yang tidak dikehendakiNya.

Ahli Sunnah bersepakat Hayat Tuhan tanpa roh danmakanan; dan semua arwah adalah makhluk. Ini berlawanandengan Nasrani yang mendakwa sediakalanya bapa, anakdan roh (dalam tiga oknum mereka).

Mereka bersepakat bahawa kalamullah adalahSifatNya yang azali, dan itu bukan makhluk, bukan baharu.

Page 29: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 29/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

29

NAMA NAMA NAMA NAMA ----NAMA ALLAHNAMA ALLAHNAMA ALLAHNAMA ALLAH 

Nama-Nama Allah pada Ahli Sunnah adalahperkara tauqif, iaitu samaada ianya diambildaripada al-Quran atau Sunnah yang sahihatau ijma’ umat tentangnya; tidak dibolehkan

qias tentangnya.

Berlawanan dengan pihak seperti Mu’tazilah Basrah yang

membolehkan qias. Al-Jubba’I misalnya menyesatkan bilaia memberi nama Muti’ (yang taat) kepada Allah melalui jalan qias kerana katanya Allah memberi kehendakhambaNya.

Ahli Sunnah mengajarkan tentang adanya Sunnahyang menyebut nama Tuhan sebanyak sembilan puluhsembilan, dan sesiapa yang membilang-bilangnya masuksyurga. Maksudnya bukan hanya menyebut dan membilangtetapi mempunyai ilmu tentangnya dan beriktikad tentangmakna-maknanya.

Ahli Sunnah mengajarkan bahawa Nama-NamaTuhan ada tiga bahagian: sebahagian yang menunjukkanZatNya, seperti al-Wahid (Yang Esa), al-Ghani (Yang MahaKaya), al-Awwal (Yang Kadim tanpa permulaan), al-Akhir(Yang Kekal tanpa kesudahan), al-Jalil (Yang Maha Hebat),al-Jamil (Yang Maha Indah), dan lain-lain yang Ia berhakbersifat dengannya.

Sebahagian lagi yang memaksudkan Sifat-SifatNyayang azali yang bersekali dengan ZatNya seperti al-Hayy(Yang Maha Hidup), al-Qadir (Yang Maha Berkuasa), al-‘Alim (YangMaha Mengetahui), al-Murid (Yang Maha

RukunRukunRukunRukun

 Yang Yang Yang Yang

KelimaKelimaKelimaKelima

Page 30: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 30/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

30

Berkehendak), as-Sami’ (Yang Maha Mendengar), al-Basir(Yang Maha Melihat), dan lain-lain Nama daripada Sifat-SifatYang berdiri dengan ZatNya.

Sebahagian lagi Nama-Nama yang timbul daripadaperbuatan-perbuatanNya seperti al-Khaliq (Yang menjadikanalam), ar-Raziq (Yang Maha Mengurnia rezeki), al-‘Adil(Yang Maha Adil), dan yang sepertinya.

Bagi golongan pascamodernis yang menolah naratifagung- akidah seperti ini dalam agama - dan golonganmaterialis, ini semua tertolak sebagai bahan-bahan tanpamakna yang tidak perlu diambil kira. Ini perlu diberi responsdan perlu dihadapi dengan berkesan). 

Page 31: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 31/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

31

KEADILAN ILAHI DAN HIKMAH KEBKEADILAN ILAHI DAN HIKMAH KEBKEADILAN ILAHI DAN HIKMAH KEBKEADILAN ILAHI DAN HIKMAH KEBIJAKSANAANNYA IJAKSANAANNYA IJAKSANAANNYA IJAKSANAANNYA  

Tentang Keadilan Ilahi dan HikmatKebijaksanaanNya. Mereka mengajarkanbahawa Allah menjadikan jisim-jisim dan‘arad-arad yang baiknya dan yangburuknya semua sekali (kalau sekarang

boleh dikatakan Ia menjadikan semua atom-atom, neutron-neutron, proton, elektron, quark-quark, serta lain-lainnya

seperti yang ada ini semua, sama  ada dalam bentukgelombang atau zarrah, dengan sifat-sifatnya semua sekali).

Bahawa Allah menjadikan usaha para hambaNya,tidak ada yang menjadikannya selain daripada Allah. Iniberlawanan dengan golongan Qadariah yang menegaskanAllah tidak menjadikan sesuatupun daripada usaha parahambaNya, dan berlawanan dengan golongan Jahmiyahyang mengajarkan bahawa hamba tidak melakukan usahadan tidak berkuasa atas usaha mereka.

Pada Ahli Sunnah sesiapa yang berpegang kepadaajaran bahawa para hamba menjadikan usaha mereka, iaQadariyah, syirik dengan Tuhannya, kerana mendakwa parahamba menjadikan seperti Tuhan menjadikan ‘arad-‘aradseperti gerak-gerak dan diam dalam ilmu dan iradat, kata-kata dan suara.

Dan - mereka mengajarkan - sesiapa yangmenegaskan bahawa hamba tidak ada upaya untuk

berusaha, ia tidak melakukan amal, serta tidak melakukanusaha, maka ia Jabariyah. Sesiapa yang berpegang kepada

RukunRukunRukunRukun

 Yang Yang Yang Yang

KeenamKeenamKeenamKeenam 

Page 32: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 32/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

32

ajaran bahawa hamba berusaha bagi amalnya dan Allahpencipta usahanya, maka ia Ahli Sunnah.

Ahli Sunnah mengajarkan bahawa hidayah adalahdari Allah dari dua segi: iaitu segi menerangkan yang benardan menyeru kepadanya, serta membentangkan hujah-hujah dan dalil untuknya. Dari segi ini maka sah dinisbahkanhidayah kepada para Rasul a.s. dan da’i kepada agamaAllah kerana mereka memberi panduan yang benar kepada

Allah. Ini penafsiran terhadap ayat yang bermaksud“Sesungguhnya tuan hamba menyeru kepada Jalan YangLurus” (Al-Syura.52).

Segi keduanya: hidayah pertunjuk Allah terhadappara hambaNya dalam erti menjadikan bimbingan hidayatdalam hati para hamba sebagaimana yang ada dalam ayatyang bermaksud “Maka sesiapa yang Allah kehendaki untukmemberi hidayat kepadanya, ia membukakan dadanya bagimenerima agama Islam, dan sesiapa yang Ia kehendaki

supaya dibiarkan dalam kesesatan Ia menjadikan dadanyasempit… “(  Al-An’am.126)  Hidayat dalam aspek ini hanyaAllah sahaja yang berkuasa melakukannya.

Ahli Sunnah mengajarkan bahawa sesiapa yang matimaka itu kerana ajalnya, dan Allah Maha Kuasa untukmemanjangkan umurnya. Ahli Sunnah juga mengajartentang rezeki iaitu sesiapa yang makan atau meminumsesuatu itu rezekinya, samaada halal atau haram, ituberlawanan dengan golongan Qadariah yang menegaskanbahawa manusia kadang-kadang makan apa yang bukan

rezeki baginya. 

Page 33: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 33/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

33

KENABIAN DAN KERASULANKENABIAN DAN KERASULANKENABIAN DAN KERASULANKENABIAN DAN KERASULAN 

Mereka mengajarkan hakikat adanyakenabian dan kerasulan serta merekamenegaskan kebenaran adanya paraRasul a.s.s yang diutuskan Allah kepada

para hambaNya. Ini berlawanan dengan ajaran Brahminisme(juga golongan materialis dan pascamodernis) yangmenafikan itu walaupun mereka percaya kepada TuhanYang menjadikan alam.

Ahli Sunnah membezakan antara Rasul dan Nabi.Nabi ialah setiap orang yang turun wahyu kepadanya dariAllah melalui malaikat dan ia diperkuatkan dengan mu’jizat-mu’jizat yang menyalahi adat. Rasul ia sesiapa yang bersifatdengan sifat-sifat tersebut serta dikhaskan baginya syariatyang baharu, ataupun atau ia datang memansukhkansebahagian daripada syariat yang terdahulu daripadanya.

Ahli Sunnah menganggapkan kafir orang yangmengaku nabi samaada sebelum Islam seperti Zardasyt,dan Mazdak dan sebagainya, dan yang selepas Islamseperti Musailamah al-Kazzab, Sajah, dan seterusnya.

Ahli Sunnah menganggap kafir golongan yangmenisbahkan kenabian bagi imam-imam atau mengakumereka itu Tuhan seperti golongan al-Bayaniah, al-Mansuriah, al-Khattabiyah, dan yang menjalani perjalananmereka. (Termasuk ke dalam kategori ini golongan-golongan

sesat yang mengaku Tuhan dalam diri mereka, ataupemimpin mereka menerima wahyu daripada Jibril, ataupemimpin mereka mi’raj, bersemayam atas ‘Arasy dan

RukunRukunRukunRukun

 Yang Yang Yang Yang

KetujuhKetujuhKetujuhKetujuh

Page 34: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 34/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

34

seterusnya, termasuk juga mereka yang mengaku adanyaimam-imam maksum).

Mereka mengajarkan: para Nabi a.s. lebih afdhaldaripada para malaikat yang berlawanan dengan pendapatal-Husain bin al-Fadl berserta dengan kebanyakan daripadagolongan Qadariah yang mengajarkan malaikat lebih utamadaripada para Rasul a.s.s.

Ahli Sunnah mengajarkan bahawa para Nabi lebihafdal daripada aulia, ini berlawanan dengan mereka yangberpendapat para aulia lebih afdal daripada anbia.

Mereka mengajarkan para nabi maksum iaitu bersihdaripada dosa. Ini berlawanan dengan pegangan golonganHisyamiah daripada firkah Syiah Rafidah yang berpegangkepada pendapat para nabi boleh berdosa tetapi merekamengajarkan bahawa para imam itu maksum bersihdaripada dosa.

 

Page 35: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 35/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

35

MU’JIZAT DAN KARAMAHMU’JIZAT DAN KARAMAHMU’JIZAT DAN KARAMAHMU’JIZAT DAN KARAMAH 

Mereka mengajarkan bahawa mu’jizat ialahperkara zahir yang menyalahi adat timbulpada seseorang nabi dalam menghadapikaumnya dan kaumnya lemah untukmenghadapinya, dan ini membenarkan

dakwaannya sebagai nabi; maka wajib ditaati nabi yangdemikian.

Mereka mengajarkan harus zahirnya kekeramatandari para aulia yang menunjukkan benarnya hal mereka itu.

Golongan Qadariah mengingkari adanya karmahaulia kerana mereka tidak mendapati orang yangmempunyai karamah dalam golongan mereka.

Ahli Sunnah mengajarkan Quran ada mu’jizatnyadalam bentuk susunannya; ini berlawanan dengan pendapat

Qadariah, seperti an-Nazzam, yang menyatakan bahawatidak ada mu’jizat dalam susunan sistem al-Quran.

Mereka mengajarkan ada mu’jizat Nabi Muhammads.a.w. dalam bentuk terbelahnya bulan, bertasbihnya anakbatu di tangannya, keluarnya air di celah-celah jarinya,memadainya makanan sedikit untuk orang yang sedemikianramai, dan yang sepertinya. Golongan Qadariah seperti al-Nazzam mengingkari yang demikian itu. 

RukunRukunRukunRukun

 Yang Yang Yang Yang

KelapanKelapanKelapanKelapan

Page 36: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 36/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

36

 SYARIAT ISLAM DAN RUKUNSYARIAT ISLAM DAN RUKUNSYARIAT ISLAM DAN RUKUNSYARIAT ISLAM DAN RUKUN----RUKUNNYA.RUKUNNYA.RUKUNNYA.RUKUNNYA. 

Ahli Sunnah mengajarkan bahawaIslam terdiri daripada lima rukun, iaitusyahadah, perlaksanaan sembahyanglima waktu, pembayaran zakat, puasa

Ramadhan, dan ibadat haji ke Baitullahil-Haram.

Mereka mengajarkan sesiapa yang menggugurkan

sesuatu rukun yang wajib daripada yang lima ini danmentakwilkannya seperti yang dilakukan oleh golongan al-Mansuriah, dan al-Janahiah dari golongan ghulat SyiahRafidah, maka ia kafir. (Ini sama seperti setengah golongansesat yang menggugurkan wajib sembahyang kononnyakerana makam rohani yang tinggi yang dicapai olehmereka).

Mereka mengajarkan sembahyang lima waktu, danmereka menganggap kafir orang yang menggugurkan

setengah daripadanya, seperti Musalamah al-Kazzab yangmenggugurkan wajibnya sembahyang Subuh dan Maghrib;ia menggugurkannya itu sebagai mahar bagiperkahwinannya dengan isterinya Sajah yang juga mengakunabi; maka ia menjadi kafir mulhid. (Ini sama dalamsetengah perkara dengan golongan semasa yangmengajarkan sembahyang itu bukan lima waktu, dancaranya bukan seperti yang biasa diamalkan Ahli Sunnah,kerana golongan ini mahu berpegang kepada Quran sahajamengikut tafsiran sendiri bukannya mengikut sistem ilmuatau epistemologi Sunni).

RukunRukunRukunRukun

KesembilanKesembilanKesembilanKesembilan

Page 37: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 37/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

37

Ahli Sunnah mengajarkan wajib sembahyang Jumaatdan mereka menganggap kafir golongan Khawarij dan SyiahRafidah yang mengajarkan tidak ada sembahyang Jumuatsehingga zahir imam mereka yang mereka sedang nanti-nantikan. (Maka tidak benar ajaran yang membolehkanorang-orang bersuluk tidak sembahyang Jumaat denganalasan bersuluk, kerana dikatakan penyakit hati yangmemerlukan suluk lebih besar daripada penyakit badaniahyang membolehkan orang mukallaf meninggalkan

sembahyang Jumaat).

Ahli Sunnah mewajibkan zakat emas dan perak,wang, lembu kerbau, biji-bijian, makanan utama sepertitamar dan seterusnya, dan sesiapa yang mengatakan tidakwajib zakat dalam perkara-perkara tersebut, ia menjadi kafir.Dijauhkan Allah.

Mereka mengajarkan wajib puasa pada bulanRamadhan bila masuk bulan Ramadhan dengan ru’yah.

Mereka anggapkan sesat Rafidah yang berpuasasebelum kelihatan anak bulan sehari dan berbuka seharisebelum dibolehkan berbuka.

Mereka mengajarkan wajib menunaikan haji sekaliseumur hidup bila seseorang itu ada kemampuanmelakukannya dan aman jalannya.

Mereka menganggap kafir golongan yangmengatakan tidak wajib ibadat haji seperti golonganBatiniah. Tetapi mereka tidak menganggap kafir pihak yangmengatakan umrah tidak wajib kerana ada khilaf antaraimam-imam tentang wajibnya.

Page 38: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 38/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

38

Mereka mengajarkan syarat-syarat sah sembahyangyang terdiri daripada menutup aurat, masuk waktunya,mengadap kiblat, setakat yang mungkin.

Sesiapa yang menggugurkan syarat-syarat ini atausesuatu daripadanya walhal itu mungkin dilakukan maka iakafir. 

Mereka mengajarkan bahawa jihad menghadapi paraseteru Islam adalah wajib sehingga mereka tunduk dalamIslam, atau menunaikan jizyah.

Mereka mengajarkan harus berjual beli dan haramriba. 

Mereka menganggap sesat golongan yangmengharuskan riba kesemuanya.

Mereka mengharuskan nikah dan mengharamkanzina; mereka menganggapkan kafir golongan al-Mu’badiyah

dan al-Mahmarah dan al-Khurramiyah yang mengharuskanzina. (Ini menyentuh golongan yang mengamalkan ‘nikahbatin’ dalam kalangan golongan sesat yang mengajarkan‘ilmu hakikat’).

Ahli Sunnah mengajarkan wajib dilaksanakan hukum-hukum had atas zina, perbuatan meminum arak, mencuri,dan menuduh zina.

Mereka anggap kafir golongan yang mengatakan

tidak wajib had kerana minum arak, dan hukum rejamkerana zina seperti golongan Khawarij. 

Page 39: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 39/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

39

Mereka mengajarkan bahawa punca-punca Syariahialah al-Quran, Sunnah dan Ijma’ Salaf.

Mereka anggap kafir golongan Khawarij yangmenolak hujah-hujah ijma’ dan sunah-sunah, juga merekaanggap kafir golongan Syiah Rafidah yang mengajarkantidak ada hujah dalam semua perkara tersebut. Yangmenjadi hujah hanya ajaran imam ghaib yang merekasedang nanti-nantikan. 

Page 40: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 40/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

40

SURUH DAN TEGAH DALAM SYARA’SURUH DAN TEGAH DALAM SYARA’SURUH DAN TEGAH DALAM SYARA’SURUH DAN TEGAH DALAM SYARA’ 

Mereka mengajarkan bahawaperbuatan orang-orang mukallafterbahagi kepada lima bahagian, iaitu

yang wajib, haram, sunat, makruh, dan harus. (Diikutidengan definisi-definisinya). 

HILANGNYA PARA HAMBA DAN HUKUM MEREKA DIAKHIRAT.

 

Mereka mengajarkan Allah berkuasamembinasakan seluruh alam danmembinasakan setengah jisim danmengekalkan yang lainnya.

Mereka mengajarkan bahawa Allah akan mengembalikansemula hayat manusia dan makhluk-makhluk lainnya yangmati di dunia, ini berlawanan dengan golongan yangmengatakan bahawa Allah menghidupkan semula manusiasahaja tidak yang lain-lainnya.

Ahli Sunnah mengajarkan bahawa Syurga danNeraka adalah makhluk yang dijadikan, berlawanan denganpendapat golongan yang mengatakan bahawa kedua-duanyua bukan makhluk.

Ahli Sunnah mengajarkan bahawa ni’mat Syurgakekal dan azab Neraka kekal atas ahli-ahlinya yang terdiridaripada mereka yang tidak membawa iman dan yangmunafik. Ini berlawanan dengan pegangan mereka yangmengatakan bahawa Syurga dan Neraka tidak kekal, akanfana. 

Rukun YangRukun YangRukun YangRukun Yang

KesepuluhKesepuluhKesepuluhKesepuluh

RukunRukunRukunRukun

KesebelasKesebelasKesebelasKesebelas

Page 41: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 41/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

41

Ahli Sunnah mengajarkan yang kekal dalam nerakaialah mereka yang tidak membawa iman, berlawanandengan pendapat Khawarij dan Qadariah yang mengajarkankekal di dalamnya tiap-tiap orang yang masuk ke dalamnya.

Mereka mengajarkan golongan Qadariah danKhawarij - yang telah dijelaskan sifat-sifatnya - kekal dalamNeraka. Dijauhkan Allah.

Mereka mengajarkan tetap ada soal dalam kubur danada fitnah dan azab di dalamnya bagi mereka yangberkenaan. Mereka memutuskan bahawa mereka yangmengingkari azab kubur akan diazabkan di dalamnya. Mrekamengajarkan adanya Kolam Nabi, Sirat, dan Mizan.

Mereka mengajarkan adanya syafaat dari Nabi s.a.w.dan daripada mereka yang salih dari umatnya bagi merekayang berdosa di kalangan Muslimin dan orang yang adasebesar zarah iman dalam kalbunya. Mereka yang

mengingkari syafaat tidak akan mendapat syafaat. 

Page 42: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 42/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

42

KHILAFAH DAN IMAMAHKHILAFAH DAN IMAMAHKHILAFAH DAN IMAMAHKHILAFAH DAN IMAMAH 

Imamah, atau khilafah wajib atas umat Islamsupaya pihaknya menjalankan hukum danamanah-amanah, menjaga dan menguatkankubu-kubu pertahanan, serta menghantartentera jihad, membahagi-bahagikan fay’ -

iaitu harta yang didapati bukan melalui peperangan, danmenyelesaikan masalah penzaliman ke atas mereka yangdizalimi.

Diikuti dengan syarat-syarat imamah: ilmu, keadilandan bangsa Quraisy.

RukunRukunRukunRukun

KeduaKeduaKeduaKedua

BelasBelasBelasBelas 

Page 43: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 43/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

43

IMAN DANIMAN DANIMAN DANIMAN DAN ISLAMISLAMISLAMISLAM 

Mereka mengajarkan asal iman ialahma’rifah, tasdiq (pembenaran) denganhati.

Mereka mengajarkan wajib taat dalam perkara yang wajibdan sunat dalam perkara yang sunat.

Ahli Sunnah mengajarkan keimanan tidak hilangdengan berlakunya dosa, tetapi hilang dengan berlakunyakekufuran. Dijauhkan Allah. Orang yang berdosa dia mu’min,bukan kafir, walaupun ia menjadi fasik kerana dosanya.

Ahli Sunnah mengajarkan tidak halal membunuhorang mu’min melainkan kerana salah suatu daripada yangtiga: murtad, zina selepas kahwin, atau hukum qisas keranaorang itu membunuh orang.

Ini berlawanan dengan golongan Khawarij yangmengharuskan bunuh tiap-tiap orang yang melakukanmaksiat. 

PARA WALI DAN IMAMPARA WALI DAN IMAMPARA WALI DAN IMAMPARA WALI DAN IMAM----IMAMIMAMIMAMIMAM 

Ahli Sunnah mengajarkan para malaikatmaksum daripada semua dosaberdasarkan ayat yang bermaksud:

”Mereka tidak derhaka terhadap Allahtentang perkara yang diperintahkan kepada

RukunRukunRukunRukun

Ketiga BelasKetiga BelasKetiga BelasKetiga Belas

RukunRukunRukunRukun

KeempatKeempatKeempatKeempat

BelasBelasBelasBelas

Page 44: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 44/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

44

mereka dan mereka lakukan apa yang disuruh” ( Surah al-Tahrim ayat 6).

Kebanyakan mereka dalam Ahli Sunnah mengajarkanbahawa para nabi a.s.s. melebihi kedudukan para malaikat,berlainan daripada mereka yang menyatakan bahawa paramalaikat melebihi kedudukan para nabi. Pendapat inimenyebabkan pegangan bahawa malaikat Zabaniahpenjaga Neraka itu melebihi kedudukan ulul-‘azmi dikalangan para rasul.

Ahli Sunnah mengajarkan: para nabi melebihi parawali, ini berlawanan dengan golongan Karramiah yangmengajarkan para wali melebihi nabi.

Ahli Sunnah mengajarkan: keutamaan sepuluh orangSahabat yang diputuskan oleh Nabi bahawa mereka ahlisyurga terdiri daripada empat khalifah, kemudian Talhah,Zubair, Sa’ad bin Abi Waqqas, Sa’id bin Zaid, dan ‘Abd al-rahman bin ‘Auf, dan Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah. Allah

meredhai mereka.

Mereka mengajarkan: terutamanya mereka yangmenjadi ahli perang Badar berserta dengan Nabi dandiputuskan bahawa mereka ahli Syurga (Ini semuaberlawanan dengan golongan yang mengkritik dan mencelapara sahabat terdiri daripada golongan Syiah Rafidah danlainnya, dan juga pengarang-pengarang moden yang sukamengkritik para Sahabat dan melanggar adab-adab dalamhubungan dengan mereka, yang pembelaan tentang mereka

itu banyak dibuat oleh Qadi ‘Iyad rh dalam kitabnya al-Shifa). 

Page 45: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 45/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

45

HUKUHUKUHUKUHUKUM TENTANG PARA MUSUH ISLAM.M TENTANG PARA MUSUH ISLAM.M TENTANG PARA MUSUH ISLAM.M TENTANG PARA MUSUH ISLAM. 

Ahli Sunnah mengajarkan: Paramusuhnya ada dua: yang sebelumIslam dan yang lahir zaman Islamdan yang menunjukkan secara

zahirnya mereka Orang Islam.

Mereka yang sebelum Islam terdiri daripada pelbagai

golongan: para penyembah berhala dan patung;

Yang mengikut aliran hululiah yang mengajarkan rohTuhan masuk meresap dalam bentuk-bentuk yang cantik;para penyembah matahari, bulan, bintang-bintangsemuanya atau setengah daripadanya;

Yang menyembah malaikat dan memanggilnyasebagai anak-anak perempuan Allah; yang menyembahSyaitan (menyentuh “satanic cult” sekarang); menyembah

lembu; menyembah api;

Pada Ahli Sunnah mereka yang menyembah berhala,manusia, dan malaikat, bintang, api, dan sebagainya haramberkahwin dengan wanita mereka.

Tentang jizyah boleh diterima daripada Ahlil-Kitab danmereka yang ada sesuatu kitab seperti Ahlil-Kitab.

Mereka yang tidak membawa iman sebelum Islam:golongan “sophist” - as-sufista’iyah - yang mengingkariadanya hakikat ilmu, termasuk golongan al-Sumniyah yangmengajarkan alam ini kadim, dan mereka mengingkari tilikan

Rukun YangRukun YangRukun YangRukun Yang

Kelima BelasKelima BelasKelima BelasKelima Belas 

Page 46: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 46/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

46

akal dan pengambilan dalil dalam pemikiran, dengandakwaan bahawa tidak ada yang boleh diketahui melainkanyang melalui pancaindera sahaja.

Termasuk golongan Materialist klasik - dahriyah -yang mengajarkan alam ini kadim.

Termasuk golongan yang mengajarkan kadim bendaawal alam (hayula al-‘alam).

Termasuk golongan ahli falsafah yang mengajar alamini kadim dan mereka menolak adanya Tuhan MahaPencipta; antara, mereka ialah Pythagoras. (Antara ahlisains moden tidak sedikit yang materialist dan menolakadanya Tuhan dan alam rohani).

Muslimin bersepakat bahawa semua golongantersebut tidak boleh dimakan sembelihan mereka dan wanitamereka tidak boleh dikahwini oleh Muslimin. (Diikuti denganpendetailan hukum tentang jizyah dari mereka, perkahwinandengan wanita mereka dan sebagainya).

Tentang mereka yang tidak membawa iman dalamdaulah Islam dan berselindung dengan zahir Islam mereka,dan memperdaya Muslimin secara rahasia: mereka ialahgolongan Syiah ghulat rafidah al-Sababiah, al-Bayaniyah, al-Muqanna’iyyah, al-Mansuriah, al-janahiah, al-Khattabiyah,dan lainnya yang berpegang kepada mazhab hulul danbatiniah; juga mereka yang berpegang kepada tanasukh al-arwah - berpindah-pindahnya roh masuk ke dalam badanmanusia - terdiri daripada para pengikut ibn Abil-Auja’ juga

mereka yang mengikut ajaran Ahmad bin Ha’it darigolongan Mu’tazilah.

Page 47: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 47/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

47

Juga termasuk: mereka yang berpegang kepadaajaran Yazidiah dari golongan Khawarij yang menegaskanbahawa Syariat Islam menjadi mansukh dengan adanyanabi dari golongan orang bukan Arab. Demikian seterusnya.(Termasuk ke dalam golongan ini mereka yang mendakwaSyariat Islam “tergantung” kerana Imam Mahadi belumdatang; maka diharuskan oleh mereka itu zina, arak, dansebagainya). Golongan ini semua tidak halal dimakansembelihan mereka dan wanita mereka tidak boleh dikahwini

oleh Muslimin. Ringkasnya, Ahli Sunnah mengajarkan bahawa

orang-orang yang menunjukkan amalan dan pegangannyadalam Ahli Sunnah ialah mereka yang bebas daripadaamalan-amalan dan pegangan-pegangan golongan-golongan yang terkeluar daripada Islam, dan yang terdiridaripada mereka yang mengikut hawa nafsu, walaupunmereka dinisbahkan kepada Islam seperti Qadariah, Murjiah,Syiah Rafidah, Khawarij, Jahmiah, Najjariah danMujassimah. 

Page 48: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 48/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

48

 

KEPERLUAN KEPADA KEPERLUAN KEPADA KEPERLUAN KEPADA KEPERLUAN KEPADA  

ILMUILMUILMUILMU----ILMU ISLAM LAINNYA ILMU ISLAM LAINNYA ILMU ISLAM LAINNYA ILMU ISLAM LAINNYA  

Keperluan menyuburkan pendidikan melibatkan disiplin-disiplin ilmu Islam lainnya yang difikirkan perlu demi untukmembangun umat dan budaya dalam rangka pegangan danamalan serta nilai-nilai dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Keperluan kepada ilmu-ilmu lainnya diberikanperspektifnya mengikut epistemologi Ahli Sunnah dan fahamalamnya (iaitu Islamisasi ilmu-ilmu sebagaimana yang

dihuraikan oleh almarhum Prof. Ismail al-Faruqi). 

Page 49: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 49/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

49

 

KEPERLUAN NUSANTARA ATAU DUNIA MELAYUKEPADA EMPAT WACANA AGUNG SUNNI

Secara ringkasnya Dunia Melayu Sunni sehingga kiniditentukan sifat-sifatnya oleh beberapa ciri pokok:

Akidahnya Ahli Sunnah Wal Jamaah  berdasarkankepada ajaran Imam Abul-Hasan al-Asy’ari rd - walaupunsekarang ada pihak yang mencabarnya dan hendakmenggantikannya dengan sesuatu yang lain dengan

pelbagai alasan bidaah dan sebagainya – ini perluditeruskan dengan tambahan-tambahan seperlunyasamaada dalam hubungan dengan fahaman-fahaman klasikdan tradisional yang tidak benar atau aliran-aliran baharumoden yang perlu diberi huraiannya dalam perspektif.

Dari segi kefahaman tentang Hukum Syara’  danperlaksanaannya ianya berpandukan kepada mazhabSyafi’i. Ini perlu diteruskan dengan tambahan-tambahanseperlunya yang terdiri daripada keputusan-keputusan atau

fatwa-fatwa baharu yang diperlukan kerana perkembanganmasa dan budaya.

Page 50: Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

7/27/2019 Albayan 18 Akidah Ahli Sunnah Ok

http://slidepdf.com/reader/full/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok 50/50

 

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 

50

Dari segi kerohanian  dan akhlak  rantau inidipandukan oleh huraian-huraian Imam al-Ghazali rd,khususnya mengikut ajarannya yang ada dalam kitab Ihya’‘Ulum al-Din nya. Kepentingannya sedemikian rupasehingga bila ditanya kepada almarhum Syaikh Muhammad‘Abduh tentang buku yang terbaik untuk panduan generasimuda dalam bidang akhlah dan kerohanian makadijawabnya kitab itu ialah kitab Ihya’ karangan Imam al-Ghazali rd. Maka kitab itu diringkaskan oleh al-Qasimi rh

dalam buku Ma’izatul-Mu’mininnya. Ini perlu diteruskandengan tambahan-tambahan seperlunya dalam menghadapimasalah-masalah lama atau baharu.

Keempatnya, sangat ingin mengulangi usul saya,bahawa saya sangat berhasrat sedalam-dalamnya supayawacana agung ibn Khaldun rh dalam kitabnya al-Muqaddimah - yang ada terjemahan Inggerisnya oleh FranzRosenthal dan terjemahan Melayunya yang diselenggarakanoleh DBP - dijadikan wacana agung yang memberi panduandalam perkembangunan intelektuil dan budaya DuniaMelayu di Nusantara. Ianya paling penting untukpemerkasaan budaya dan tamadun apa lagi dalammenghadapi cabaran budaya ilmu, maklumat danglobalisasi sebagaimana yang dialami sekarang ini.2 

Risalah ini disusun berdasarkan kepada nota yang dibentangkan dalamMultaqa Isu-Isu Akidah Dan Syariah, anjuran Jabatan Mufti Johor pada 12November tahun 2007 bertempat di Dewan Besar. Kompleks Islam IskandarJohor.