akidah ahli sunnah wal-jama ah yang bertentangan...

141
Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an 1 Pemikiran Islam AKIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMA’AH YANG BERTENTANGAN DENGAN AL-QUR’AN DAN AYAT-AYAT AL- QUR’AN YANG BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL- JAMAAH *** *** *** *** ***

Upload: others

Post on 05-Nov-2019

50 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

1

Pemikiran Islam

AKIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMA’AH

YANG BERTENTANGAN DENGAN AL-QUR’AN DAN AYAT-AYAT AL-

QUR’AN YANG BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL-

JAMAAH

*** *** *** *** ***

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

2

Akidah Ahli Sunnah Wal- Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

dan ayat-ayat al-Qur’an yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal- Jamaah

______________________________________________

Hak karya dilindungi undang-undang

All rights reserved

________________________________________________

Cetakan ke 16: September 2004

_________________________________________________

.

Edisi Bahasa Malaysia

_________________________________________________

Copyright @

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

3

KANDUNGAN

Mukadimah 7

Sejarah ringkas mazhab Ahli Sunnah 8

Pengertian perkataan al-Jama’ah 8

Pengertian perkataan Ahli Furqah (Ahli Perpecahan) 8

Kafir-mengkafir di kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah 9

Fatwa pengharaman Syiah di Malaysia 9

Akidah Ahli Sunnah Wal- Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an 10

Ayat-ayat al-Qur’an yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah 21

Lampiran A

Fatwa-fatwa daripada para Syeikh al-AZHAR:

Syeikh Syaltut 30

Syeikh Salim Busyra 31

Syeikh Muhammad al-Fahham 32

Syeikh ‘Abdu l-Halim Mahmud 33

Lampiran B

Deklarasi-deklarasi Negara Islam (OIC):

1. Deklarasi Amman 34

2. Deklarasi Makkah al-Mukarramah 35

3. Deklarasi Islamabad 38

4. Deklarasi Cairo Tentang Hak Asasi Manusia Dalam Islam 41

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

4

LAMPIRAN C

Pengharaman kepercayaan dan amalan Syiah-Melayu Islam mazhab Ja‘fari (Syiah Imamiyyah

Ja‘fariyyah) dan Zaidi (Syiah Zaidiyyah) Malaysia di bawah Undang-undang tatacara jenayah syariah oleh

para mufti dan Kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia adalah “un-constitutional” dan “un-Islamic” 48

Lampiran D

Cara mudah memahami kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang

kerajaan negeri tidak boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan 52

Lampiran E

Malaysia dari sudut Perlembagaannya adalah sebuah Negara sekular (un-Islamic) 55

Lampiran F

Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk meningkatkan "bidang kuasa" Islam yang ditetapkan oleh

Perlembagaan Persekutuan 56

Lampiran G

Maqasid al-Syari‘ah (Sunni) tidak boleh menghapuskan Hak Asasi Syiah-Melayu Islam mazhab Ja‘fari

Malaysia di dalam Perlembagaan Persekutuan 57

Lampiran H

Tahrif al-Qur’an (Pengubahan al-Qur’an) (e-Fatwa) 60

Lampiran I

Konsep laknat dan mereka yang dilaknati di dalam al-Qur’an- Termasuk sebahagian sahabat? 61

Lampiran J

Konsep pelampau agama (ghuluw) di dalam al-Qur’an: Sunni, Wahabi dan Syiah pelampau agama

(ghulat)? 66

Lampiran K

Riwayat al-Bukhari tentang penyaksiaan para sahabat bahawa mereka telah mengubah Sunnah

Rasulullah SAW dalam Sahihnya 69

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

5

Lampiran L

Riwayat al-Bukhari dan Muslim tentang kekafiran majoriti para sahabat selepas kewafatan Rasulullah

SAW kerana mereka telah mengubah Sunnahnya 98

Lampiran M

Kata-kata Khalifah Ali AS bahawa Khalifah-khalifah sebelum beliau telah mengubah Sunnah Rasulullah

SAW 124

Lampiran N

Kenapakah sunnah Khalifah Ali AS tidak dimasukkan ke dalam mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah? 125

Lampiran O

Kenapakah Khalifah Abu Bakar telah melarang orang ramai dari menulis dan meriwayatkan

Hadis/Sunnah Nabi SAW? 127

Lampiran P

Kenapakah Khalifah Umar melarang orang ramai dari menulis dan meriwayatkan Hadis/Sunnah Nabi

SAW? 127

Lampiran Q

Kenapakah Khalifah Uthman telah melarang kaum Muslimin dari meriwayat dan menulis Sunnah Nabi

SAW sepenuhnya? 127

Lampiran R

Adakah akidah /agama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mengatasi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW? 128

Lampiran S

Adakah Salafi/Wahabi mengkafirkan mazhab Syafi’i dan al-Asya’irah? 130

Lampiran T

Jika Syiah, Wahabi dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah bukan Islam di Malaysia? 131

Lampiran U

Kenapakah Salafi/Wahabi menyatakan bahawa penyatuan Sunni dan Syiah adalah mustahil seperti

mimpi di siang hari? 131

Lampiran v

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

6

Adakah Ijtihad individu boleh melawan nas al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW (al-Ijtihad fi muqabalat al-

Nas) 132

LAMPIRAN W

Al-Qur’an sebagai asas agama Islam adalah mengatasi Rasulullah SAW, Ahlu l-Baitnya, para isterinya,

para sahabatnya, para Imam mazhab dan para mufti 132

Bibliografi 135

Indeks 139

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

7

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamu’alaikum wa Rahmatullahi wa barakatuh

Mukadimah

Segala puji bagi Allah SWT kerana dapat mengemukakan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang

bertentangan dengan al-Qur’an sebagai renungan umat Islam di Negara ini. Selawat dan salam kepada

junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarganya yang suci serta sahabatnya yang terpilih.

Para mufti dan para penguasa Malaysia telah memberi definisi agama Islam dan hukum syarak

berasaskan pegangan (mazhab) Ahli Sunnah Wal Jama’ah dari segi akidah, syariah dan akhlak pada 5.5.

1996 (e-fatwa), bukan al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW. Mereka telah mengeluarkan al-Qur’an dan

Sunnah Nabi SAW sebagai asas agama Islam di Malaysia mulai 5.5. 1996. Justeru, mereka telah

menaiktarafkan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada agama yang lebih tinggi daripada al-Qur’an

dan Sunnah Nabi SAW.

Adalah menghairankan sekali bagaimanakah para mufti dan para penguasa Malaysia telah

mewartakan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam sedangkan ia datang hampir

300 tahun selepas kewafatan Nabi SAW dan banyak akidahnya menyalahi al-Qur’an?

Fatwa dan enakmen pengharaman Syiah di Malaysia adalah zalim kerana ia menyalahi

Perlembagaan Persekutuan, fatwa para mufti sebelum 5.5. 1996 yang menghalalkan Syiah mazhab

Ja’fari dan Zaidi. Ia menyalahi fatwa para Syeikh Azhar, Deklarasi Amman, Deklarasi Cairo tentang Hak

Asasi Manusia. Ia juga menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.

Sekian. Terima Kasih.

Oleh:

Pencinta al-Qur’an sebagai asas agama Islam di Malaysia.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

8

BAHAGIAN PERTAMA

Sejarah ringkas mazhab Ahli Sunnah

Perkataan “Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah” di dalam pemikiran teologi Islam dirujukkan kepada Abu l-

Hasan al-Asy‘ari (w.330H) dan al-Maturidi (w. 331H). Kedua-duanya pernah hidup di abad ketiga hijrah.

Para pengikut Abu l-Hasan al-Asy‘ari di kenali dengan al-Asya‘irah yang berpegang kepada fekah mazhab

al-Syafi’i. Sementara para pengikut al-Maturidi dikenali dengan al-Maturidiyyah yang berpagang kepada

fekah mazhab Abu Hanifah.

Kemudian para pengikut mereka berdua dikenali sebagai Ahli Sunnah Wal-Jama’ah. Ini bererti

hampir tiga abad selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW umat Islam tidak pernah berpegang kepada

mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah. Persoalannya: Adakah umat Islam sebelum kedatangan Abu l-Hasan

al-Asy’ari dan al-Maturidi-mazhabAhli Sunnah Wal-Jamaah- itu dikira sesat, terkeluar dari agama Islam

atau kafir?

Pengertian perkataan al-Jama’ah

Menurut al-Syahrastani (w. 548H), bermulanya mazhab Ahliunnah WaI Jama’ah apabila ai-Asy’ari

berkecimpung dengan golongan al-Sifatiyyah (menetapkan sifat-sifat azaliyyah bagi Allah SWT) dan

menyokong pendapat-pendapat mereka dengan hujah-hujah Ilmu I-Kalam. Dan semenjak itulah nama

al-Sifatiyyah bertukar kepada al-Asya’iriyyah. (al-MiIal Wa n-Nihal, Cairo, 1968, I, him. 93)

Al-Asy’ari dalam Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilafal-Musalliyyin, Cairo, 1950, I, hIm. 320, apabila

membicarakan tentang pendapat-pendapatnya atau akidah-akidahnya, dia menyebutkan “ini adalah

sebahagian daripada pendapat (Qaul) Ashab al-Hadith dan Ahl al-Sunnah.” Sementara di dalam al-

lbanah an Usul al-Diyanah, Cairo, 1385 H, him. 8, dia menyebutkan “ini adaIah pendapat (Qau[) Ahl al-

Haq dan al-Sunnah.”

Di dalam kedua-dua kenyataan tersebut, dia tidak menyebut perkataan aI-Jama‘ah. Kemungkinan

aI-Baghdadi (w.429H) adalah orang pertama di kalangan al-Asya’irah yang menggunakan perkataan al-

Jama’ah selepas perkataan Ahli Sunnah (Al-Baghdadi, Al-Farq bain al-Firaq, Beirut, 1973, hIm. 304),

kemudian diikuti oleh Al-Syahrastani (Al-Milal Wa n-Nihal, I, him. Ii). Al-Jama’ah yang hakiki, menurut

Imam Ali A.S, adalah bersama Ahli kebenaran sekalipun bilangan mereka itu sedikit.

Pengertian perkataan al-Furqah

al-Furqah bererti perpecahan adalah mengikuti Ahli al-Batil walaupun bilangan mereka itu ramai

(Abd al-Jabbar, Fadhl al-I‘tizal, Cairo, 1995, hlm.185). Sementara al-Asy’ari al-Qummi (w.301H) berkata:

al-Jama’ah ialah golongan ramai, menyokong mana-mana pemerintahan tanpa mengira sama ada

pemerintahan itu adil atau pun zalim. Mereka bersepakat (berjema’ah) bukan kerana keugamaan.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

9

Malah pengertian al-Jama’ah yang sebenar bagi mereka adalah penpecahan (al-Furqah) kerana dendam

mendendam berlaku sesama mereka terutamanya mengenai Tauhid, hukum-hukum, fatwa-fatwa dan

lain-lain. Mereka bertengkar dan mengkafir sesama mereka (Kitab al-maqalat wa l-Firaq, Tehran, 1963,

hlm.15)

Kafir-mengkafir di kalangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah

Al-Asy’ari tidak sependapat dengan Ahmad bin Hanbal dan Murjiah. Oleh itu tidak hairanlah jika al-

Asy’ari sendiri bertelagah dengan Ahmad bin Hanbal mengenai perbincangan di dalam ‘ilmu l-Kalam, dia

menulis buku al-Istihsan bagi menentang musuhnya Ahmad b. Hanbal, walaupun pada muIanya al-

Asy’ari mengakuinya sebagai imam. Begitu juga pengikut ai-Hanbali mengkafirkan pengikut aI-Asy’ari

kerana menyangka bahawa dia telah membohongi Rasul SAW. Al-Asy’ari pula mengkafirkan Mu’tazilah

dengan alasan mereka membohongi Rasul SAW di dalam pengithbatan (Sifat) ilmu, qudrat dan lain-lain

(al-Ghazali, Fisal al-Tafriqah baina- I-Islam wa Zandaqah, Cairo, 1970, hIm. 126).

A1-Asy’ari pula mengkafirkan Murji’ah (al-Maqalat, I, him. 202). Tindakan al-Asy’ari melahirkan

perasaan tidak puas hati di kaiangan pengikut-pengikut Abu Hanifah. Lantaran itu mereka kemudian

mengatakan bahawa Abu Hanifah adalah seorang Murji’ah tetapi ianya adalah Murji’ah Ahli al-Sunnah.

Justeru, tidak hairaniah jika al-Zamakhsyari (w.537H) memandang begitu negatif terhadap Ahli Sunnah

Wa I-Jama’ah, malah dia menanamkan mereka al-Mujbirah (percaya kepada takdir tanpa usaha) (al-

Kasysyaf, Cairo, 1 307H. I, him. 421).

OIeh itu al-Jama’ah menurut pengertian yang kedua adalah simbol Perpaduan lahiriyah sesama

mereka di bawah satu pemerintahan tanpa kaitan dengan keugamaan (Perpaduan Politik). Pada

hakikatnya ia adalah perpecahan dan perselisihan dari segi hukum, fatwa dan lain-lain

Di kalangan al-Asya’irah ada yang menyesat dan mengkafirkan sesama mereka sendiri mengenai

sifat-sifat Tuhan. Dan dikalangan al-Muturidiyyah pula ada yang menyesat dan mengkafirkan sesama

mereka pula. Dan antara Asya‘irah dan al-Maturidiyyah mereka tidak sependapat di dalam banyak

perkara seperti konsep al-Kasb dan sifat-sifat Tuhan. Justeru mereka menyesat dan mengkafirkan antara

satu sama lain.

Fatwa pengharaman Syiah di Malaysia

Di Malaysia, pada umumnya, Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dirujukkan kepada mereka yang berpegang

kepada aliran Abu l-Hasan al-Asy‘ari dan al-Asya‘irah dari segi teologi dan mazhab Syafi‘i dari segi fekah.

(al-Subki, Tabaqat al-Kubra dan lain-lain), tetapi fatwa pengharaman Syiah pada 5.5. 1996 adalah

berasaskan mazhab Salafi/Wahabi yang menyamar sebagai Ahli sunnah Wal-Jama‘ah pimpinan

Muhammad bin Abdul Wahhab kerana Abul Hasan al-Asy‘ari tidak mengkafir seorang pun daripada Ahli

Qiblat (al-Ibanah, hlm.10). Fatwa pengharaman Syiah pada 5.5. 1996 adalah menyalahi Perlembagaan

Persekutuan, al-Qur’an, Hadis, fatwa Azhar, Deklarasi Amman dan Deklarasi Cairo tentang Hak Asasi

Manusia dalam Islam 1990.

**

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

10

Berikut dikemukakan sebahagian daripada akidah al-Asy’ari dan al-Asya’irah atau akidah Ahli

Sunnah wa l-Jama’ah yang bertentangan dengan al-Qur’an sepenti berikut:

1. Ja'fari: Allah tidak menghendaki orang-orang kafir menjadi kafir.

Al-Asy'ari: Allah SWT menghendaki orang-orang kafir menjadi kafir dan mengunci hati mereka (al-

Asy'ari, al-Ibanah, hlm. 10; al-Asy'ari, al-Maqalat, hlm. 321).

Lantaran itu pendapat ini adalah bertentangan dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Muddathir

(74): 43-46, terjemahannya, "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam neraka Saqar?" Mereka

menjawab:"Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan sembahyang, dan kami tidak

(pula) memberi makan orang miskin, dan adalah kami membicarakan yang batil, bersama dengan

orang-orang yang membicarakannya, dan kami mendustakan hari pembalasan." Sekiranya Allah telah

menghendaki mereka menjadi kafir-memasuki neraka, kenapa Dia pula bertanya,"Apakah yang

memasukkan kamu ke neraka Saqar?" Dan orang-orang kafir pula akan menjawab: Kami memasuki

neraka Saqar kerana kamu (Tuhan) telah menghendaki kami menjadi kafir? Dan Allah SWT tidak

bertanya di dalam firman-Nya dalam Surah al-Baqarah (2):28, terjemahannya,"Mengapa kamu (jadi)

kafir (kepadaku)?." Justeru, jikalau apa yang dikatakan oleh al-Asy'ari itu betul, nescaya Tuhan tidak

akan bertanya lagi kepada mereka kerana mereka telah dijadikan kafir oleh-Nya. Sedangkan Dia juga

berfirman: Surah al-Zumar (39), terjemahannya,"Dan Dia tidak meredai kekafiran bagi hamba-hamba-

Nya."

2. Ja'fari: Allah SWT tidak akan menyeksa seseorang hamba kerana perbuatan-Nya padanya dan tidak

akan mencelainya.

Al-Asyar'irah: Allah SWT akan menyeksa seorang hamba di atas perbuatanNya, malah Dia menjadikan

padanya kekafiran, kemudian menyeksanya (al-Milal wa n-Nihal, I, hlm. 96).

Oleh itu pendapat al-Asya'irah adalah bertentangan dengan firman Allah SWT dalam Surah al-An'am

(6):164, terjemahannya,"Dan tidaklah seseorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali

kepada dirinya sendiri, dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain." Dan firman-Nya

dalam Surah al-Fussilat (41): 46, terjemahannya,"Dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menzalimi hamba-

hamba-Nya" Ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawa Allah SWT tidak akan menyeksa seseorang

kerana perbuatan orang lain.

3. Ja'fari: Taklif adalah mendahului perbuatan.

Al-Asya'irah: Taklif semasa melakukan perbuatan dan bukan sebelumnya (al-Milal Wa n-Nihal, I, hlm.

96).

Ini bererti seorang itu tidak menjadi penderhaka ('asi) kerana penderhakaan adalah menyalahi

perintah. Dan jikalau penderhakaan tidak boleh berlaku melainkan semasa melakukan sesuatu, oleh itu

masa penderhakaan ialah masa tidak melakukan sesuatu. Justeru, ia (seseorang) tidak ditaklifkan

(dibebankan) pada masa itu. Jika tidak, taklif mestilah mendahului perbuatan dan ini adalah

bertentangan dengan mazhab mereka. Walau bagaimanapun al-'Isyan (penderhakaan) telah berlaku

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

11

menurut al-Qur'an, firmanNya dalam Surah Taha (20):93, terjemahannya, "Maka apakah kamu

(sengaja) menderhakai perintahku?," firman-Nya dalam Surah al-Kahf (18):69, terjemahannya,"Dan aku

tidak akan menderhaka (menentang)mu dalam sesuatu urusan," dan firman-Nya dalam Surah Yunus

(10):91, terjemahannya, "Apakah sekarang (baru kamu percaya) pada hal sesungguhnya kamu telah

derhaka sejak dahulu" Ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawa taklif adalah mendahului perbuatan.

Justeru, pendapat al-Asya'irah adalah bertentangan dengan nas.

4. Ja'fari: Allah tidak menjadikan kejahatan hamba-hamba-Nya, tetapi mereka sendiri yang

melakukannya.

Al-Asy'ari: Kejahatan hamba-hamba-Nya (Sayi'at al-'Ibad) dijadikan oleh Allah SWT, dan mereka tidak

ada pilihan (al-Maqalat, I, hlm. 32; al-Ibanah, hlm. 10).

Lantaran itu pendapat al-Asy'ari adalah bertentangan dengan firman Allah dalam Surah al-Fussilat

(41):46, terjemahannya,"Barang siapa yang mengerjakan amal soleh maka (pahalanya) untuk dirinya

sendiri dan barang siapa yang berbuat jahat maka (dosanya) atas dirinya sendiri; dan sekali-kali tidaklah

Tuhanmu menzalimi hamba-hamba(Nya)." Ayat tersebut menerangkan bahawa kejahatan tidak

dijadikan oleh Tuhan, malah manusia yang melakukannya di atas pilihan mereka sendiri. Justeru,

pendapat al-Asy'ari tersebut menyalahi nas.

5. Ja'fari: Qudrat (kuasa) mendahului perbuatan.

Al-Asy'ari dan al-Asya'irah: Qudrat tidak mendahului perbuatan, malah ia bersama perbuatan (al-Ibanah,

hlm. 10; al-Milal wa n-Nihal, I, hlm. 96).

Ini bererti taklif di luar kemampuan, kerana orang kafir dibebankan (ditaklifkan) di luar

kemampuannya dengan keimanan. Dan sekiranya ia mampu beriman semasa kafirnya, ini adalah

bertentangan dengan mazhab mereka iaitu Qudrat bersama perbuatan, dan tidak mendahului

perbuatan sebaliknya jika ia tidak mampu beriman, bererti taklif di luar kemampuan. Sedangkan Allah

SWT tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Justeru, Qudrat semasa

melakukan sesuatu adalah bertentangan dengan akal dan nas.

6. Ja'fari: Allah SWT melakukan sesuatu kerana tujuan tertentu (gharad) menurut hikmah dan

kemuslihatan orang-orang yang ditaklifkan.

Al-Asya'irah: Tidak harus bagi Allah SWT melakukan sesuatu kerana tujuan dan kemuslihatan tertentu,

kembali kepada hamba-hamba-Nya (Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo, 1962, XVII, hlm. 11).

Ini memberi implikasi bahawa terdapat perbuatanNya yang sia-sia.

Lantaran itu, pendapat al-Asya'irah bertentangan dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Anbiya'

(21):16, terjemahannya,"Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara

keduanya dengan bermain-main." Dan firmanNya dalam Surah Ali Imran (3):191, terjemahan,"Ya Tuhan

kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia." Oleh itu pendapat al-Asya'irah tersebut adalah

menyalahi nas.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

12

7. Ja'fari: Allah SWT tidak membebankan (taklif) seseorang apa-apa yang ia tidak mampu, kerana

membebankan seorang apa yang ia tidak mampu adalah terkeluar daripada Hikmah (kebijaksanaan)

Allah SWT. Oleh itu adalah tidak harus bagiNya membebankan seorang yang lumpuh terbang ke udara,

menghimpunkan dua perkara yang berlawanan supaya berhimpun, mengembalikan hari kelmarin,

menurunkan bulan dan matahari dan lain-lain.

Al-Asya'irah: Allah SWT membebankan seseorang apa yang ia tidak mampu (al-Milal wa n-Nihal, I, hlm.

96). Justeru, pendapat al-Asya'irah adalah bertentangan dengan firman Allah SWT dalam Surah al-

Baqarah (2):286, terjemahannya,"Sesungguhnya Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa

yang ia mampu," dan iannya juga bertentangan dengan firman-Nya dalam Surah al-Kahf (18):49,

terjemahannya,"Tuhan kamu tidak akan menzalimi seorang pun daripada kamu."Justeru, pendapat al-

Asya'irah adalah bertentangan dengan nas.

8. Ja'fari: Nabi SAW menghendaki apa yang dikehendaki oleh Allah SWT. Dia membenci apa yang

dibencikan oleh Allah SWT dan ia tidak menyalahi-Nya di dalam masalah Iradah dan Karahah

(kebencian).

Al-Asya'irah: Nabi SAW menghendaki apa yang dibencikan oleh Allah SWT. Dan ia membenci apa yang

dikehendaki oleh Allah SWT, kerana Allah SWT menghendaki kekafiran daripada orang kafir,

kemaksiatan daripada orang yang melakukan maksiat, kejahatan daripada penjahat, kefasikan daripada

orang yang fasik (al-Ibanah, hlm. 10; al-Milal wa n-Nihal, I, hlm. 96). Sedangkan Nabi SAW menghendaki

ketaatan daripada mereka. Justeru, al-Asya'irah adalah diantara apa yang dikehendaki oleh Allah SWT

dan apa yang dikehendaki oleh Nabi SAW. Oleh itu, Allah SWT membenci ketaatan daripada orang fasik,

iman daripada orang kafir, tetapi Nabi SAW sebaliknya menghendaki kedua-duanya.

Al-Asya'irah juga menyalahi di antara apa yang dibencikan oleh Allah SWT dan apa yang dibencikan

oleh Nabi SAW. Lantaran itu mengikut al-Asya'irah, Allah SWT tidak menghendaki taat daripada orang

yang melakukan maksiat, sebagaimana dikehendaki oleh Nabi SAW. Oleh itu pendapat al-Asya'irah

adalah menyalahi firman Allah SWT dalam Surah al-Isra'(17): 38, terjemahannya, Semua itu

kejahatannya amat dibenci di sisi Tuhanmu," dan firman-Nya dalam Surah al-Zumar (39):7,

terjemahannya,"dan Dia tidak meredai kekafiran bagi hamba-hamba-Nya."

9. Ja'fari: Imamah dan Khilafah adalah sebahagian daripada rukun Islam, dan ianya berlaku melalui nas.

Al-Asy'ari: Ianya bukanlah sebahagian daripada agama (al-Din). Dan ianya berlaku melalui al-ittifaq

(persetujuan) atau al-ikhtiyar (pemilihan) (al-Milal Wa n-Nihal, I, hlm. 103). Oleh itu, persoalannya

siapakah yang lebih berhak Khalifah tidaklah penting, tetapi apa yang lebih penting baginya ialah

siapakah yang telah memegang jawatan khalifah dengan cara tersebut. Dan ianya tidak ada kaitan

dengan nas. Justeru, pendapat al-Asy'ari adalah bertentangan dengan beberapa ayat al-Qur'an yang

tidak memisahkan (Imamah) politik dengan agama, firman-Nya dalam Surah al-Baqarah (2):124,

terjemahannya, "Sesungguhnya Aku akan menjadikan kamu imam bagi seluruh manusia."Ibrahim

berkata,"Saya memohon juga dari keturunanku."Allah berfirman:"JanjiKu ini tidak meliputi orang yang

zalim."

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

13

Dan firman-Nya dalam Surah al-Nisa'(4) :59, terjemahannya, "Hai orang yang beriman, taatilah

Allah, dan taatilah Rasul-Nya dan Uli l-Amr daripada kamu," kedua-dua ayat tersebut menunjukkan

bahawa politik (Imamah) tidak terpisah daripada agama, kerana Dia mewajibkan ketaatan kepada Uli l-

Amr sebagaimana Dia mewajibkannya kepada rasul-Nya ke atas umatnya. Justeru, pendapat al-Asy'ari

yang memisahkan politik (Imamah) dan agama adalah bertentangan dengan nas.

Walaupun begitu terdapat sebahagian para ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang berfatwa

bahawa Khilafah Abu Bakar dan Umar adalah asas agama Islam (rukun Islam). Sesiapa yang

mengingkari khilafah Abu Bakar dan Umar adalah kafir seperti berikut:

A. Ibn ‘Abidin Hanafi, Muhammad Amin bin Umar (w. 1252 H) di dalam kitab al-Fath membuat

kesimpulan bahawa mereka yang mengingkari khilafah Abu Bakar atau Umar adalah kafir, (man ankara

khilafata al-Siddiq au Umar fa-huwa kafirun), Hasyiah al-Mukhtar ‘ala Dar al-Mukhtar Syarh Tanwir al-

Absar Fiqhi Abu Hanifah, Beirut 1421 H, jil. i, hlm. 561.

B. Taqiyuddin Ali bin Abd al-Kafi Subki (w.771 H) menyimpulkan bahawa jika seorang itu mengingkari

khilafah al-Siddiq (Abu Bakar), maka dia adalah kafir (in ankara khilafata al-Siddiq fa-huwa kafirun),

Fatawa al-Subki, Beirut, Dar al-Ma‘rifah, t.t, jilid, ii, hlm.576.

C. Ibn Hajar Haithami, Abu al- ‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ali Ibn Hajr (w.973H) berkata: Menurut

mazhab Abu Hanifah, “sesiapa yang mengingkari khilafah Abu Bakar atau Umar, maka dia adalah kafir

(man ankara khilafata al-Siddiq au Umar fa-huwa kafirun), al-Sawa‘iq al-Muhriqah, Lubnan, 1417 H, jil. l,

hlm. 138.

D. Syeikh Nazzam berkata: Sebenarnya sesiapa yang mengingkari khilafah Abu Bakar adalah kafir

sebagaimana orang yang menginkari khilafah Umar (al-Sahih inna-hu kafirun wa kadhalika man ankara

khilafata Umar RA), Fataawa al-Hindiyyah fi madhhab al-Imam al-‘Azam Abi Hanifah, jil.ii, hlm.264, Dar

al-Fikr, Beirut 1411 H.

E. Abu Sa‘id al-Khadimi, Abu Sa‘id Muhammad bin Muhammad (w. 1156 H) di dalam kitab al-Zahiriyyah,

berkata: Sesiapa yang mengingkari khilafah Abu Bakar, maka dia adalah kafir. Demikian juga sesiapa

yang mengingkari khilafah Umar (fa-huwa kafirun wa kadhalika man ankara khilafata Umar RA), Biriqah

Mahmudiyyah, jil.ii, hlm. 104, Tabaq Bernamah, Nazam Iqrari al-Jami‘ al-Kabir, t.t.

F. Siwasi, Kamaluddin Muhammad bin ‘Abd al-Wahid (w. 681 H) berkata tentang Rawafidh: Sesiapa yang

melebihkan Ali ke atas mereka bertiga (Abu Bakar, Umar dan Uthman), maka dia adalah bidaah.

Sekiranya dia mengingkari khilafah Abu Bakar atau Umar RA, maka dia adalah kafir (man fadhdhala

Aliyyan ‘ala al-Thalathah fa-mubtadi‘un wa in ankara khilafata al-Sadiq au Umar RA fa-huwa akafirun),

Syarh fath al-Qadir, jil.i, hlm. 350, Dar al-Nasyr-Dar al-Fikr, Beirut, t.t.

G. Ibn Najim, Zain al-Din Hanafi (w. 970H) berkata: jika seorang Rafidhi melebihkan Ali ke atas orang

lain, maka dia adalah ahli bidaah dan jika dia mengingkari khilafah al-Siddiq, maka dia adalah kafir (wa in

ankara khilafata al-Sadiq fa-huwa kafirun), al-Bahr al-Ra’iq Syarh Kanz al-Haqa’iq, jil. Ii, hlm. 370, Dar al-

Makrifat, Beirut t.t.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

14

H. Kalibuli, Abd al-Rahman bin Muhammad bin Sulaiman dikenali dengan Syeikh Zadah (w. 1078 H). Al-

Marghinani berkata: Harus mengerjakan sembahyang di belakang seorang yang mematuhi hawa

nafsunya (sahib hawa), tetapi tidak harus melakukan sembahyang di belakang Rafidhi (Syiah), Juhani,

Qadari, ahli Tasybih dan orang yang percaya bahawa al-Qur’an itu diciptakan. Rafidhi jika dia melebihkan

Ali, maka dia adalah ahli bidaah dan jika dia mengingkari khilafah al-Siddiq, maka dia adalah kafir (wa in

ankara khilafata al-Siddiq fa-huwa kafirun), Majma‘ al-Anhar fi Syarh multaqa al-Abhar, jil.i, hlm. 163,

Beirut, 1419 H.

I. Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mempunyai 4 pendapat tentang Imamah/ Khilafah.

1. Usuluddin: Imamah dan Khalifah sebahagian daripada usuluddin dan menyalahinya adalah

bidaah dan menimbulkan fitnah (al-Baidhawi (w. 685 H), Minhaj al-Wusul ila ‘ilm al-Usul, Cairo,

Muassasah al-Risalah Nasyirun) t.t, hlm. 73, al-Subki (w. 756 H), Abhajfi Syarh al-Manhaj, Cairo 1981,

hlm. 327, al-‘Allamah Fakhruddin Ahmad bin Hasan (w. 746 H) bin Yusuf al-Jar Yazdi, al-Siraj al-Wahhab,

jil.ii, hlm.730, Syahlmuddin Mahmud (w. 749 H) bin Abd al-Rahman Isfahani, Syarh al-Minhaj li-l-

Baidhawi fi ‘ilm al-Usul, Maktabah al-Rusyd, Riyadh, t.t jil.ii, hlm327, Muhammad bin al-Hasan al-

Badkhasyi, Syarh al-Badkhasyi Manahij al-‘Uqul, Cairo, t.t, jil. ii, hlm. 226.

II. Rukun agama: Khilafah/imamah adalah rukun agama: Ibn ‘Abd al-Birr (w. 463 H) menyatakan bahawa

khilafah adalah sebahagian daripada rukun agama (ruknun min arkan al-Din) kerana Rasulullah SAW

telah melantik Abu Bakar selepasnya bukan secara tasrih (kenyataan/nas), tetapi secara ta‘ridh

(pembentangan) kasih sayang kepadanya. Rasulullah SAW tidak melakukan sesuatu melainkan dengan

wahyu. Justeru khilafah adalah sebahagian daripada rukun-rukun agama, al-Isti‘ab fi ma‘rifatt al-

Sahabah,iii, hlm. 969, Beirut 1412 H. Al-Qurtubi di dalam al-Jami‘ li-Ahkam al-Qur’an, jil. I, hlm. 265,

menyatakan bahawa Al-Siddiq apabila hampir kematiannya, dia telah melantik Umar selepasnya di

dalam imamah. Tidak ada seorang pun berkata bahawa perkara imamah tidak wajib ke atas kami dan ke

atas anda, maka ia menunjukkan bahawa imamah adalah wajib. Malah ia adalah satu rukun daripada

rukun-rukun agama (ruknun min arkan al-Din) yang menjadi teras kekuatan Muslimin, al-jami‘ li-Ahkam

al-Qur’an, jil.i, hlm. 265, Cairo, t.t.

III. Asas agama: Abu Bakar dan Umar itu sendiri adalah asas agama selepas Nabi SAW (aslun ba‘d al-

Nabi SAW). Adapun Rafidhi adalah orang yang membenci Abu Bakar dan Umar kerana telah tetap di

dalam pemikiran mereka kefasadan iktikad disebabkan kejahilan mereka, lalu dia menzalimi mereka

berdua kerana Ali, tetapi Ali tidak beriktikad sedemikian. Lantaran itu iktikad Rafidhi itu mendatangkan

kekurangan pada agamanya (ya‘ud ‘ala al-Din bi-naqsin) kerana Abu Bakar dan Umar kedua-duanya

adalah asas agama (aslun) selepas Nabi SAW. Dan ini adalah asas pengk0afiran sebahagian Rafidhah

kerana mereka berdua dan cacian mereka terhadap mereka berdua (hadha ma’khadh al-Takfir bi ba‘dh

al-Rafidhah la-huma wa sabb la-huma). Sebagaimana mereka menjadikan pegangan 9mazhab) Ahli

Sunnah Wal-Jama‘ah di Malaysia sebagai asas agama Islam bagi mengkafirkan Syiah (e-fatwa).

IV. Ia bukanlah sebahagian daripada agama (al-Din). Ia berlaku melalui al-ittifaq (persetujuan) atau al-

Ikhtiyar (pemilihan) (al-Milal Wa al-Nihal, I, hlm. 103). Oleh itu persoalannya siapakah yang lebih berhak

menjadi Khalifah tidaklah penting, tetapi apa yang lebih penting baginya ialah siapakah yang telah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

15

memegang jawatan Khalifah dengan cara tersebut. Dan ia tidak ada kaitan dengan nas. Justeru,

pendapat al-Asy'ari adalah bertentangan dengan beberapa ayat al-Qur'an yang tidak memisahkan

Imamah dengan agama, firman-Nya dalam surah al-Baqarah (2): 124, terjemahannya, "Sesungguhnya

Aku akan menjadikan kamu imam bagi seluruh manusia."Ibrahim berkata,"Saya memohon juga dari

keturunanku. Allah berfirman: "JanjiKu ini tidak meliputi orang yang zalim" Dan firman-Nya dalam surah

al-Nisa'(4): 59 terjemahannya, "Hai orang yang beriman, taatilah Allah, dan taatilah Rasul-Nya dan Uli l-

Amr daripada kamu," kedua-dua ayat tersebut menunjukkan bahawa politik (Imamah) tidak terpisah

daripada agama, kerana Dia mewajibkan ketaatan kepada Uli l-Amr sebagaimana Dia mewajibkannya

kepada rasul-Nya ke atas umatnya. Justeru, pendapat al-Asy'ari yang memisahkan politik (Imamah) dan

agama adalah bertentangan dengan nas.

J. Para mufti dan para penguasa Malaysia pula telah mewartakan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah

sebagai asas agama Islam dan hukum syarak dari segi akidah, syariah dan akhlak (e-fatwa) mulai 5.5.

1996. Justeru, mereka telah mengeluarkan Syiah Ja’fari dan Zaidi daripada agama Islam walau pun ia

bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, fatwa para syeikh Azhar, Deklarasi Amman, Deklasi

Cairo tentang Hak Asasi manusia Dalam Islam 1990. Oleh itu, fatwa pengharaman Syiah di Malaysia

adalah zalim dan ia wajib dibatalkan jika mereka takutkan Allah dan Rasul-Nya kerana asas agama Islam

di Malaysia pada 5.5. 1996 adalah pegangan (mazhab) Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi akidah, syariah

dan akhlak (e-fatwa). Sepatutnya asas agama Islam adalah al-Qur’an dan Sunnah Nabi Muhammad SAW,

bukan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Implikasinya: Mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas

agama Islam itu adalah lebih tinggi daripada agama Islam itu sendiri dari segi undang-undang.

Sedangkan terdapat akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an. Justeru,

mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah lebih tinggi daripada al-Qur’an menurut fatwa para mufti dan

enakmen kerajaan negeri.

10. Ja'fari: Tidak mengakui kepimpinan orang yang tidak ada istiqamah dengan berpandukan al-Qur'an.

Al-Asy'ari: Mengakui kepimpinan mereka sekalipun tidak ada istiqamah (zalim) dan sekali-kali tidak

boleh menentang mereka secara kekerasan, malah memadailah dengan berdoa untuk kebaikan mereka

(al-Ibanah, hlm. 12; al-Maqalat, I, hlm. 324). Lantaran itu, pendapat al-Asy'ari adalah bertentangan

dengan firman Tuhan Surah Hud (11): 113, terjemahan,"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-

orang zalim maka kamu akan disentuh api neraka." Dan firman-Nya dalam Surah al-Nisa' (4):59,

terjemahannya,"Hai orang yang beriman, taatilah Allah, dan taatilah Rasul-Nya dan Uli l-Amr daripada

kamu." Uli l-Amr yang wajib ditaati selepas rasul-Nya ialah orang yang ada istiqamah, bukannya pelaku

kezaliman. Lantaran itu, tidak hairanlah jika pendapat al-Asy'ari diterima oleh pemerintah dan dijadikan

akidah negara sepanjang abad.

11. Ja'fari: Penentangan kepada segala bentuk kezaliman sekalipun melibatkan peperangan adalah

berterusan dengan apa cara sekalipun kerana ianya tuntutan Allah dan Rasul-Nya.

Al-Asy'ari: Peperangan (penentangan) di dalam keadaan fitnah hendaklah dihentikan (Tark al-Qital

Fi l-Fitnah), (al-Ibanah, hlm. 12). Lantaran itu pendapat al-Asy'ari adalah bertentangan dengan firman

Tuhan Surah al-Baqarah (2): 193, terjemahannya,"Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

16

lagi...."Dan firmanNya Surah al-Hujurat (49): 9, terjemahannya,"Perangilah golongannya yang

melakukan kezaliman itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah." Justeru, pendapat

beliau itu adalah menyalahi nas.

12. Ja'fari: Tidak sah sembahyang di belakang Fajir (orang yang derhaka kepada Allah).

Al-Asy'ari: Sah sembahyang di belakang fajir. Beliau berpegang kepada perbuatan Abdullah bin Umar

yang telah mengerjakan sembahyang di belakang al-Hajjaj (al-Maqalat, I, hlm. 324; al-Ibanah, hlm.12).

Bagi al-Asy'ari, al-Hajjaj adalah seorang fajir dan Abdullah bin Umar adalah seorang birr (yang baik).

Walau bagaimanapun apa yang dilakukan oleh Abdullah bin Umar tidak boleh dijadikan dalil atau bukti

sahnya sembahyang di belakang fajir, kerana ianya bertentangan dengan firman-Nya Surah al-Infitar

(82): 14, terjemahannya,"Sesungguhnya Fujjar (orang-orang yang derhaka) benar-benar berada di

dalam neraka," dan firman-Nya dalam Surah Hud (11): 113, terjemahannya,"Dan janganlah kamu

cenderung kepada orang-orang yang zalim (fajr), maka kamu akan disentuh api neraka." Lantaran itu

pendapat al-Asy'ari adalah menyalahi nas.

13. Ja'fari: Sahabat ada yang baik, ada yang jahat dan ada yang munafiq berdasarkan nas. Oleh itu

mereka mestilah dinilai dengan al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW yang tidak bertentangan dengan al-

Qur'an secara keseluruhan. Segala pujian atau celaan Tuhan kepada mereka adalah daripada Sifat fi'l

(sementara), bukan daripada Sifat Dhat (kekal). Lantaran itu, ianya tergantung di atas kelakuan mereka

sama ada menyalahi nas atau pun tidak.

Al-Asy'ari: Kepatuhan kepada semua Sahabat (Sa'ira Ashab al-Nabi) (al-Ibanah, hlm. 12) kenyataan al-

Asy'ari memberikan implikasi:

a) Sahabat semuanya menjadi ikutan. Tidak ada perbezaan di antara Sahabat yang mematuhi nas, dan

Sahabat yang menyalahi nas.

b) Mentaqdiskan (mensucikan) Sahabat tanpa menggunakan penilaian al-Qur'an, sedangkan banyak

terdapat ayat-ayat al-Qur'an yang mencela perbuatan mereka, kerana mereka menyalahi nas (lihat

umpamanya dalam Surah al-Juma'at (62): 11).

c) Mengutamakan pendapat sahabat daripada hukum Allah SWT seperti hukum seorang yang

menceraikan isterinya tiga kali dengan satu lafaz, jatuh satu menurut al-Qur'an dalam Surah al-Baqarah

(2): 229, terjemahannya,"Talak (yang dapat dirujuk) dua kali." Tetapi apabila Khalifah Umar mengatakan

ianya jatuh tiga (al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137), al-Asya'irah menerimanya dan dijadikannya

"hukum" yang sah sekalipun ianya menyalahi nas (al-Farq baina l-Firaq, hlm. 301).

d) Mengutamakan Sunnah Sahabat daripada Sunnah Nabi SAW seperti membuang perkataan Haiyy 'Ala

Khairil l-'Amal di dalam azan dan iqamah oleh khalifah Umar, sedangkan pada masa Nabi ianya

sebahagian daripada azan dan iqamah. Begitu juga Khalifah Umar telah menambahkan perkataan al-

Salah Khairun mina l-Naum (al-Halabi, al-Sirah, Cairo, 1960, II, hlm. 110).

e) Kehormatan Sahabat tidak boleh disentuhi oleh al-Qur'an, kerana mereka berkata: Semua sahabat

adalah adil walaupun menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

17

f) Menilai kebenaran Islam menurut pendapat atau kelakuan Sahabat, dan bukan al-Qur'an dan Sunnah

Nabi SAW yang sebenar. Mereka berkata kebenaran berada di lidah Umar. Lantaran itu mereka

berpegang kepada pendapat Khalifah Umar yang mengatakan dua orang saksi lelaki di dalam talak tidak

dijadikan syarat jatuhnya talak. Sedangkan Allah SWT berfirman dalam Surah al-Talaq (65): 3,

terjemahannya," dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil." Mereka juga berkata," Iman

Abu Bakar jika ditimbang adalah lebih berat daripada iman umat ini." Sekiranya iman khalifah Abu Bakar

itu lebih berat daripada iman keseluruhan umat ini termasuk iman Umar dan Uthman, kenapa tidak

dijadikan kebenaran itu pada lidah Abu Bakar? Di tempat yang lain mereka berkata," Nabi SAW tidak

segan silu kepada Abu Bakar dan Umar, tetapi beliau malu kepada Uthman."

Persoalannya, kenapa Nabi SAW tidak malu kepada orang yang paling berat imannya di dalam

umat ini? Dan kenapa Nabi SAW tidak malu kepada orang yang mempunyai lidah kebenaran? Pendapat-

pendapat tersebut telah disandarkan kepada Nabi SAW dan ianya menyalahi nas dan hakikat sebenar,

kerana kebenaran adalah berada di lidah Nabi SAW dan al-Qur'an.

g) Meletakkan Islam ke atas Sahabat bukan Rasulullah SAW, mereka berkata: Jika Sahabat itu runtuh,

maka runtuhlah Islam keseluruhannya, lalu mereka menjadikannya "akidah" sedangkan Sahabat sendiri

bergaduh, caci-mencaci dan berperang sesama mereka.

h) Mengamalkan hukum-hukum Sahabat (Ahkamu-hum) dan Sirah-sirah mereka adalah menjadi Sunnah

Ahli Sunnah (al-Baghdadi, al-Farq baina l-Firaq, hlm. 309), sekalipun ianya bertentangan dengan nas,

kerana "bersetuju" dengan Sahabat adalah menjadi lambang kemegahan mereka. Mereka berkata

lagi:"Kami tidak dapati hari ini golongan umat ini yang bersetuju atau menyokong semua Sahabat selain

daripada Ahli Sunnah wa l-Jama'ah (Ibid, hlm.304). Lantaran itu, Ahlu l-Sunnah adalah mazhab yang

mementingkan "persetujuan" dengan Sahabat sekalipun Sahabat menyalahi nas.

i) Mempertahankan Sahabat sekalipun Sahabat menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW. dengan

berbagai cara sekalipun. Jika seorang pengkaji ingin mengetahui kedudukan sebenar sahabat itu

sebagaimana dicatat di dalam buku-buku muktabar, mereka berkata:" Ini adalah suatu cacian kepada

sahabat sekalipun ianya telah ditulis oleh orang-orang yang terdahulu."

Mereka berkata lagi: "Kajian tersebut adalah merbahaya dan ianya merupakan barah kepada

"akidah" mereka, jangan dibiarkan ianya menular di dalam masyarakat." Nampaknya mereka sendiri

tidak dapat menilai bahan-bahan ilmiah sekalipun mereka berada di institusi-institusi pengajian tinggi.

Sebaliknya apabila bahan-bahan ilmiah yang mencatatkan sahabat tertentu yang melakukan perkara-

perkara yang menyalahi al-Qur'an, mereka menganggapnya pula sebagai cerita dongeng atau 1001

malam. Lihatlah bagaimana mereka menjadikan sahabat sebagai akidah mereka wal hal ianya bukanlah

dari rukun Islam dan rukun Iman! Akhir sekali mereka menyuruh "pihak berkuasa" supaya mengambil

tindakan, kerana khuatir mereka tidak begitu mampu lagi untuk mempertahankan "akidah" mereka

yang bertentangan dengan al-Qur'an.

Oleh itu, pihak berkuasa terus menerima cadangan tersebut, dan diletakkan pengkaji tersebut di

kandang orang salah. Sebenarnya mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran al-Qur'an dan keadaan

sebenar "umat manusia." Mereka menganggapnya sebagai barah pada hakikatnya itulah penawar,

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

18

tetapi ianya tidak dapat diketahui dan dinilai oleh orang yang tidak mempunyai fikiran yang luas dan

mendalam. Wahai Tuhanku! Di manakah keadilan di dunia ini!

14. Ja'fari: Memihak kepada Sahabat yang benar di dalam semua perkara.

Al-Asy'ari: Berkecuali, tidak memihak kepada mana-mana sahabat sekiranya berlaku pertelingkahan atau

peperangan di kalangan mereka (al-Ibanah, hlm. 12; al-Maqalat, II, hlm. 324). Lantaran itu pendapat al-

Asy'ari adalah bertentangan dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat (49):9,

terjemahannya,"Dan jika ada dua golongan dari orang-orang Mukmin berperang, maka damaikanlah

antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain

maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah

Allah," dan ianya juga bertentangan dengan firmanNya dalam Surah Hud (11): 113, terjemahannya,"

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, maka kamu akan disentuh api neraka."

Lantaran itu pendapat al-Asy'ari adalah menyalahi nas kerana tidak ada pengecualian di dalam

menyokong kebenaran.

15. Ja'fari: Allah SWT tidak dapat dilihat di dunia dan di akhirat kerana Dia bukan jism dan setiap yang

bukan jism tidak dapat dilihat.

Al-Asy'ari: Allah SWT dapat dilihat di akhirat firmanNya dalam Surah al-Qiyamah (75): 22-23,

terjemahannya,"Wajah-wajah pada hari itu berseri-seri kepada Tuhannyalah ia (Wajah-wajah) melihat."

Al-Asy'ari mengatakan Allah dapat dilihat di akhirat seperti dilihatnya bulan penuh purnama (al-Ibanah,

hlm. 10; al-Maqalat, I, hlm. 321).

Sebenarnya apa yang dipegang oleh al-Asy'ari itu adalah ayat Mutasyabihah. Oleh itu ianya

hendaklah dirujuk kepada ayat Muhkamah iaitu firman-Nya dalam Surah al-An'am (6): 103,

terjemahannya,"Dia tidak dapat dicapai penglihatan, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan;

dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui." Dan juga ianya hendakklah dirujuk kepada firman-

Nya dalam Surah al-A'raf (7): 143, terjemahannya, "Dan tatkala Musa datang pada waktu yang telah

Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa,"Ya Tuhanku,

nampaklah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat Engkau." Tuhan berfirman, "Kamu sekali-kali

tidak dapat melihatku (Lan tara-ni), tetapi lihatlah ke bukit, maka jika ia tetapi di tempatnya nescaya

kamu dapat melihatku." Tatkala Tuhannya nampak bagi bukit itu, maka bukit itu hancur lebur dan Musa

pun jatuh pengsan."

Ayat tersebut menunjukkan:

a) Allah tidak dapat dilihat kerana Tuhan berfirman,"Sekal-kali (Lan tara-ni) kamu tidak akan melihatKu."

b) Allah mengaitkan "penglihatan" kepada perkara yang mustahil iaitu sekiranya bukit itu tetap, tetapi

terbukti ianya hancur lebur.

c) Permintaan Musa untuk melihat Tuhan adalah di atas desakan kaumnya, sebagaimana firman-Nya

dalam Surah al-Nisa' (4): 153,"Ahli Kitab meminta kepadamu agar menurunkan kepada mereka sebuah

kitab dari langit. Maka sesungguhnya mereka telah meminta kepada Musa yang lebih besar dari itu.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

19

Mereka berkata: perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata." Maka mereka disambar petir kerana

kezaliman. Lantaran itu Allah tidak dapat dilihat di dunia dan di akhirat.

16. Ja'fari: Amalan baik (ta'at) seorang mukmin berhak diberi pahala jikalau tidak, ianya menjadi sia-sia

dan kezaliman dikaitkan kepada Allah SWT.

Al-Asy'ari: Amalan baik yang dilakukan oleh seorang mukmin belum tentu mendapat pahala daripada

Allah SWT .

Sebaliknya ia boleh dimasukkan ke neraka tanpa mengira kebaikannya. Dan Tuhan pula tidak boleh

dikatakan zalim jika Dia berbuat demikian (al-Maqalat, I, hlm. 322; al-Milal wa n-Nihal, I, hlm. 101). Ini

bererti orang yang paling tinggi takwanya seperti Nabi SAW belum pasti ianya ke syurga atau orang yang

paling jahat seperti Fir'aun belum tentu dia dimasukkan ke neraka. Lantaran itu pendapat al-Asy'ari

adalah bertentangan dengan firmanNya dalam Surah al-Qasas (28): 84, terjemahanya,"Barang siapa

yang datang dengan (membawa) kebaikan, maka baginya (pahala) yang lebih baik daripada

kebaikannya." Dan firmanNya dalam Surah al-An'am (6): 160, terjemahannya,"Barang siapa membawa

amal yang baik baginya (pahala) sepuluh kali ganda, dan barang siapa yang membawa perbuatan yang

jahat maka Dia tidak memberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya."

Oleh itu pendapat al-Asy'ari tidak memberangsangkan seseorang mukmin supaya melakukan

amalan yang lebih baik kerana belum pasti, dia akan mendapat pahala. Sebaliknya ia merangsangkan

orang fasiq untuk meningkatkan kefasikannya kerana belum pasti, dia akan dimasukkan ke neraka.

17. Ja'fari: Perbuatan manusia bukan al-Jabr (terpaksa menurut apa yang telah "ditetapkan" oleh Allah

SWT dan bukan al-Tafwid (diberi kebebasan mutlak), tetapi ianya di antara kedua-duanya.

Al-Asy'ari: Perbuatan manusia dijadikan oleh Allah SWT (makhluqah) (al-Ibanah, hlm. 9; al-Maqalat, I,

hlm. 321)

Al-Asy'ari berpegang kepada Surah al-Saffat (37): 96, terjemahannya, "Dan Allah telah menjadikan

kamu dan apa yang kamu buat." Sebenarnya ayat tersebut adalah menunjukkan keingkaran Allah SWT

terhadap perbuatan penyembah-penyembah berhala kerana mereka mengukir berhala-berhala mereka

dari batu dan kayu kemudian menyembahnya pula. Sedangkan kayu-kayu dan batu-batu tersebut adalah

kejadian Allah SWT .

Dan jikalaulah ianya sebagaimana yang dikatakan oleh al-Asy'ari ini bererti Tuhan tidak akan

menyeksa hamba-hamba-Nya kerana perbuatanNya. Jika tidak, Dia tidak menepati janji-Nya dan Dia

dikatakan zalim. Justeru, ianya bertentangan dengan firman-Nya dalam Surah Taha (20): 15,

terjemahannya,"Tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan”. Dan firmanNya dalam Surah al-

An'am (6): 160, terjemahannya,"Barang siapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala)

sepuluh kali ganda amalannya dan barang siapa yang membawa amal yang jahat, maka dia tidak diberi

pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya. Sedangkan mereka sedikitpun tidak dianiaya

(dirugikan)." Oleh itu jika seorang itu dipaksa (majbur) di dalam perbuatannya, nescaya ia mempunyai

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

20

hujah yang kuat di hadapan Allah SWT apabila Dia mahu menyeksanya di atas perbuatan maksiatnya

yang telah dikehendaki oleh Allah SWT, kerana dia tidak diberi pilihan untuk tidak melakukannya.

Kerumitan yang dihadapi oleh al-Asy'ari mengenai "perbuatan manusia adalah perbuatan Allah

SWT" agak ketara dan beliau cuba mencipta teori al-kasb atau al-iktisab (usaha), tetapi ia bukan sahaja

tidak dapat menyelesaikan masalah, malah ianya bertentangan dengan formulanya sendiri; kekafiran

dan kejahatan dikehendaki Allah. Beliau memberi definisi al-iktisab sebagai perbuatan yang dilakukan

oleh seseorang dengan kuasa baru (qudrah muhdathah) selepas Allah SWT menjadikan perbuatan

tersebut (al-Maqalat, hlm. 199; al-Asy'ari, al-Luma', Cairo, 1955, hlm. 97). Atau Allah menjadikan

perbuatan dan seseorang itu (al-Abd) berusaha (muktasib) untuknya." (al-Milal wa n-Nihal, I, hlm. 96).

Persoalannya bagaimana seorang itu dapat melakukan al-kasb atau al-iktisab (usaha) menurut

pilihannya sedangkan usahanya (al-kasb) itu sendiri adalah penerusan daripada perbuatan Allah SWT

yang telah menetapkan kekafiran, kefasikan dan kejahatan hamba-hambaNya? Oleh itu, teori al-kasb

atau al-iktisab yang diciptakan oleh al-Asy'ari kemudian diikuti pula oleh al-Asya'irah (al-Baghdadi, al-

Farq baina al-Firaq, hlm. 328), nampaknya tidak dapat melepaskan mereka daripada fahaman

Jabariyyah (al-Allamah, Ja'far Subhani, Ma'alim al-Tauhid, Tehran, 1980, hlm. 308) kerana mereka

percaya bahawa tidak ada mu'aththir (pelaku) yang sebenar selain daripada Allah SWT.

Justeru, perbuatan manusia bukanlah al-Jabr (terpaksa menurut apa yang telah ditetapkan Allah

SWT, dan bukan juga al-Tafwid (diberikan kebebasan mutlak), tetapi ianya di antara kedua-duanya.

Lantaran itu Imam Ridha AS berkata:"Sesiapa yang menyangka bahawa Allah membuat perbuatan kita,

kemudian Dia menyeksa kita kerana perbuatanNya, maka dia telah berkata (Fahaman) Jabariyyah dan

sesiapa yang berkata bahawa Allah telah menyerahkan perbuatan dan rezeki kepada manusia, maka dia

berkata dengan (Fahaman) al-Tafwid (Mu'tazilah) (Akhbar 'Uyun al-Ridha, Tehran, 1980, hlm. 325). Oleh

itu manusia mestilah melakukan amalan yang baik untuk mendapat ganjaran sebagaimana dijanjikan

oleh-Nya. Sebaliknya manusia mestilah mejauhkan amalan maksiat kerana dengannya ia disiksa. Imam

Musa al-Kazim AS berkata:"Maksiat sama ada datang daripada Allah, justeru, hamba tiada kaitan

dengannya, dan Dia tidak akan menyeksa hambaNya. Atau ianya daripada hambaNya. Atau ianya

bersyarikat dengan Allah SWT. Oleh itu sekutu yang lebih kuat (Allah SWT tidak akan menyeksa sekutu

yang lebih lemah (manusia) dengan dosa yang mereka berdua lakukan bersama (Yusuf al-Najafi, al-

Aqa'id al-Imamiah, Najaf, 1982, hlm. 64).

**

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

21

BAHAGIAN KEDUA

Di sini diperturunkan sebahagian daripada ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan

akidah al-Asy'ari dan al-Asya'irah atau akidah-akidah Ahli Sunnah Wa l-Jama'ah secara langsung

seperti berikut:

Pertama: Ayat-ayat yang menunjukkan celaan kepada hamba-hamba-Nya kerana kekafiran dan

kemaksiatan

1. Firman-Nya dalam Surah al-Baqarah (2): 20, terjemahannya, "Mengapa kamu (jadi) kafir (kepadaKu?”

Keingkaran dan celaan kepada orang yang lemah atau tidak mampu beriman kepada-Nya adalah

mustahil.

2. Firman-Nya dalam Surah al-Kahf (18); 55, terjemahannya,"Dan tidak ada sesuatupun yang

menghalangi manusia dari beriman, ketika penunjuk telah datang kepada mereka." Bagaimana Dia

mencela orang kafir jika mereka tidak mampu beriman.

3. Firman-Nya dalam Surah al-Nisa' (4): 39, terjemahannya,"Apakah kemudharatannya bagi mereka

kalau mereka beriman kepada Allah."

4. Firman-Nya dalam Surah Sad (38): 75, terjemahannya,"Apakah yang menghalang kamu sujud."

5. Firman-Nya dalam Surah Taha (20): 92, terjemahannya,"Apa yang menghalang kamu ketika kamu

melihat mereka telah sesat."

6. Firman-Nya dalam Surah al-Muddathir (74): 49, terjemahannya, "Maka mengapa mereka (orang-

orang kafir) berpaling dari peringatan (Allah)?"

7. Firman-Nya dalam Surah al-Insyiqaq (84): 20, terjemahannya, "Mengapa mereka tidak mahu

beriman." Firman-Nya dalam Surah al-Taubah (9): 43, terjemahannya,"Semoga Allah memaafkan kamu.

Mengapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang)."

8. Firman-Nya dalam Surah al-Tahrim (66); 1, terjemahannya, "Mengapa kamu mengharamkan apa

yang Allah menghalalkannya bagimu." Bagaimana harus Dia berkata: Mengapa kamu lakukan?

Sedangkan dia tidak melakukannya.

9. Firman-Nya dalam Surah Ali Imran (3): 71, terjemahannya, "Mengapa kamu mencampuradukan yang

haq dengan yang batil."

10. Firman-Nya dalam Surah Ali Imran (3): 99, terjemahannya, "Mengapa kamu menghalang-halangi

dari jalan Allah...?"

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

22

Lantaran itu, tidak hairanlah jika al-Sahib bin 'Abbad (w. 995M), Perdana Menteri di bawah Muayyid

al-Daulah berkata: Bagaimana Dia menyuruh seorang supaya beriman, tetapi Dia tidak

menghendakinya? Dia melarang kemungkaran dan Dia menghendakinya? Dia menyeksa orang yang

melakukan kebatilan sedangkan Dia telah menetapkannya? Bagaimana Dia memalingkannya daripada

keimanan? Sedangkan Dia berfirman dalam Surah Yunus (10): 32, terjemahannya, "Maka bagaimanakah

kamu dipalingkan (dari kebenaran)? Dia menjadikan pada mereka kekafiran kemudian Dia berfirman

dalam Surah al-Baqarah (2): 28, terjemahannya,"Mengapa kamu (jadi) kafir (kepadaku?)." Dia

mencampuradukkan kebatilan pada mereka, kemudian Dia berfirman dalam Surah Ali Imran (3): 71,

terjemahannya,"Mengapa kamu mencampuradukkan yang haq dengan yang batil?"

Dia telah menghalangi mereka dari jalan benar, kemudian Dia berfirman dalam Surah Ali Imran (3):

99, terjemahannya,"Mengapa kamu menghalang-halangi dari jalan Allah?"

Dia telah mendindingkan mereka daripada keimanan kemudian Dia berfirman dalam Surah al-

Nisa'(4): 39, terjemahannya,"Apakah kemudharatannya bagi mereka, kalau mereka beriman kepada

Allah?"

Dia menghilangkan kewarasan mereka, kemudian berfirman dalam Surah al-Takwir (81): 26,

terjemahannya,"Maka kemanakah kamu akan pergi?"

Dia menyesatkan mereka daripada ugama sehingga mereka berpaling kemudian Dia berfirman dalam

Surah al-Muddathir (74): 49, terjemahannya,"Maka mengapa mereka (orang-orang kafir) berpaling dari

peringatan (Allah)?"

**

Kedua: Ayat-ayat yang menunjukkan pilihan hamba-hamba pada perbuatan-perbuatan mereka

dengan kehendak mereka sendiri:

1. Firman-Nya dalam Surah al-Kahf (18): 29, terjemahannya, "Maka barangsiapa yang ingin (beriman)

hendaklah ia beriman dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir."

2. Firman-Nya dalam Surah al-Fussilat (41): 40, terjemahannya, "Perbuatan apa yang kamu kehendaki."

3. Firman-Nya dalam al-Taubah (9): 105, terjemahannya, "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya

serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu."

4. Firman-Nya dalam al-Muddathir (74): 37, terjemahannya,"Bagi siapa yang di antaramu yang

berkehendak akan maju atau mundur."

5. Firman-Nya dalam Abasa (80): 12, terjemahannya, "Maka barangsiapa yang menghendaki, tentulah ia

memperhatikannya."

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

23

6. Firman-Nya dalam al-Muzzammil (73): 19, terjemahannya, "Maka barangsiapa yang menghendaki

nescaya ia menempuh jalan (yang menyampaikannya) kepada Tuhannya."

7. Firman-Nya dalam Surah al-Naba' (78): 39, terjemahannya, "Maka barangsiapa yang menghendaki,

nescaya ia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya."

Dan sesungguhnya Allah SWT mengingkari orang yang menafikan kemahuan (al-masyi'ah) daripada diri

mereka dan mengaitkannya kepada Allah Ta'ala:

8. Firman-Nya dalam Surah al-An'am (6): 148, terjemahannya,"Orang-orang yang mempersekutukan

Tuhan, akan mengatakan: Jika Allah menghendaki, nescaya kami tidak mempersekutukannya."

9. Firman-Nya dalam dalam Surah al-Zukhruf (43): 20, terjemahannya, "Dan mereka berkata: Jika Allah

Yang Maha Pemurah menghendaki tentulah kami tidak menyalah mereka (mala'ikat)."

**

Ketiga: Ayat-ayat yang menyuruh hamba-hamba yang melakukan amalan-amalan dan bersegera

melakukannya

1. FirmanNya dalam dalam Surah Ali Imran (3): 133, terjemahannya, "Dan bersegeralah kamu kepada

keampunan dari Tuhanmu."

2. Firman-Nya dalam Surah al-Ahqaf (48): 31, terjemahannya, "Sahutilah dan berimanlah kepadaNya."

3. Firman-Nya dalam Surah al-Anfal (8): 24, terjemahannya, "Sahutilah seruan Allah dan Rasul."

4. Firman-Nya dalam Surah al-Hajj (22): 77, terjemahannya, "Hai orang-orang yang beriman, rukuklah

dan sujudlah kamu."

5. Firman-Nya dalam Surah al-Baqarah (2): 21, terjemahannya, "Sembahlah Tuhanmu."

6. Firman-Nya dalam Surah al-Isra' (17): 107, terjemahannya, "Berimanlah kamu kepada-Nya."

7. Firman-Nya dalam al-Zumar (39): 55, terjemahannya, "Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah

diturunkan kepadamu."

8. Firman-Nya dalam Surah al-Zumar (39): 54, terjemahannya,"Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu."

Bagaimana Dia menyuruh melakukan ketaatan dan bersegera kepadanya sedangkan orang yang disuruh

itu ditegah, tidak mampu untuk melakukannya?

**

Keempat: Ayat-ayat yang memberangsangkan supaya memohon pertolongan denganNya

1. Firman-Nya dalam Surah al-Fatihah (1): 5, terjemahannya,"Hanya Engkaulah yang kami sembah dan

hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan."

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

24

2. Firman-Nya dalam Surah al-Nahl (16): 98, terjemahannya,"Mintalah kamu perlindungan kepada Allah

dari Syaitan yang terkutuk."

3. Firman-Nya dalam Surah al-A'raf (7): 128, terjemahannya,"Mohonlah pertolongan kepada Allah."

Sekiranya Dia telah menjadikan kekufuran dan kemaksiatan sebagaimana didakwa oleh al-Asya'irah atau

Ahli Sunnah wa l-Jama'ah, bagaimana pertolongan dan perlindungan diminta daripadaNya?

**

Kelima: Ayat-ayat yang menunjukkan sandaran perbuatan kepada hamba

1. Firman-Nya dalam Surah Maryam (19): 37, terjemahannya,"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang

kafir."

2. Firman-Nya dalam Surah al-Baqarah (2): 79, terjemahannya,"Maka kecelakaan yang besarlah bagi

orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan mereka."

3. Firman-Nya dalam Surah al-An'am (6): 148, terjemahannya,"Kami tidak mengikuti kecuali

persangkaan belaka."

4. Firman-Nya dalam Surah al-Anfal (8): 53, terjemahannya,"Yang demikian itu adalah kerana

sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkannya

kepada sesuatu kaum, hingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."

5. Firman-Nya dalam Surah Yusuf (12): 18, terjemahannya, "Sebenarnya diri kamulah yang memandang

baik perbuatan (buruk) itu, maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku)."

6. Firman-Nya dalam Surah al-Ma'idah (5): 30, terjemahannya,"Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya

menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah."

7. Firman-Nya dalam Surah al-Tur (52): 21, terjemahannya,"Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang

dikerjakannya."

8. Firman-Nya dalam Surah al-Nisa' (4): 123, terjemahannya, "Barangsiapa yang mengerjakan

kejahatan, nescaya akan diberi pembalasan kejahatan itu."

9. Firman-Nya dalam Surah Ibrahim (14): 22, terjemahannya,"Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku

terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku."

10. Firman-Nya dalam Surah al-Kahf (18): 7, terjemahannya, "Agar Kami menguji mereka siapakah di

antara mereka yang terbaik perbuatannya."

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

25

11. Firman-Nya dalam Surah al-Jathiah (45); 21, terjemahannya, "Apakah orang-orang yang membuat

kejahatan itu menyangka bahawa kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan

mengerjakan amal yang saleh?"

12. Firman-Nya dalam Surah al-Sad (38): 28, terjemahannya,"Patutkah kami menganggap orang-orang

yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh sama dengan orang-orang yang berbuat kerosakan di

muka bumi? Patutkah (pula) kami menganggap orang-orang yang bertaqwa sama dengan orang-orang

yang berbuat baik?"

13. Firman-Nya dalam Surah al-Najm (53): 31, terjemahannya,"Dia memberi balasan kepada orang-

orang yang berbuat jahat terhadap apa yang mereka telah kerjakan dan memberi balasan kepada

orang-orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga)."

14. Firman-Nya dalam Surah Fussilat (41): 46, terjemahannya, "Barangsiapa mengerjakan amal saleh,

maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa yang berbuat jahat maka (dosanya) atas

dirinya sendiri."

15. Firman-Nya dalam Surah Taha (20): 82, terjemahannya,"Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun

bagi orang yang bertaubat beriman, beramal saleh kemudian tetap dijalan yang benar."

Bagaimana Dia menyuruh dan melarang tanpa orang melakukannya? Jikalaulah begitu keadaannya,

maka ianya sepertilah menyuruh dan melarang al-Jamad (benda yang tidak bergerak)! Nabi SAW.

bersabda:"Niat seorang mukmin adalah lebih baik daripada amalannya (al-Muttaqi al-Hindi, Kunz al-

Ummal, III, hlm. 242).

**

Keenam: Ayat-ayat yang menunjukkan pengakuan para nabi ke atas amalan-amalan mereka:

1. Firman-Nya (Surah al-A’raf 7:23) terjemahannya: “ Ya Tuhan, kami telah menganaya diri kami sendiri”

2. Firman-Nya (Surahal-Anbiya’21:87) terjemahannya: “Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah

termasuk orang- orang zalim’.

3. Firman-Nya (Surah al-Qasas 28:16) terjemahannya: “Ya Tuhan sesungguhnya aku telah menganiaya

diriku sendiri’

4. Firman-Nya (Surah Yusuf 12:18) terjemahannya: “Sebenarnyadirimu sendirilah yang memandang baik

perbuatan (yang buruk) itu”

5. Firman-Nya (Surah Yusuf 12:100) terjemahannya: ”Setelah syaitan merosakkan (hubungan) antaraku

dan saudara-saudaraku”.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

26

6. Firman-Nya (Surah Hud 11:47) terjemahannya: ‘Nuh berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku

berlindung kepada Engkau dan memohon kepada Engkau seperti yang aku tiada mengetahui

(hakikat)nya”.

Ayat-ayat di atas menunjukkan pengakuan para nabi A.S di atas perbuatan-perbuatan mereka dan

merekalah yang melakukannya, tidak Se¬bagaimana pendapat al-Asya’irah atau AhIu s-Sunnah Wa I-

Jama’ah yang menyatakan Allah telah menjadi perbuatan-perbuatan mereka sehingga mereka tidak

mempunyai pilihan. Pengakuan kesalahan tersebut adalah dari bab “Hasanat al-Abrar Sayyi ‘at al-Mu

qarrabin”

**

Ketujuh: Ayat-ayat yang menunjukkan pengakuan orang-orang kafir dan penderhaka di atas

perbuatan mereka

1. Firman-Nya dalam Surah Saba' (34): 31-32, terjemahannya,"kalau kamu lihat ketika orang-orang yang

zalim itu dihadapkan kepada Tuhan mereka...."Kamikah yang telah menghalangi kamu dari petunjuk

sesudah petunjuk itu datang kepadamu? Sebenarnya kamu sendirilah orang-orang yang berdosa."

2. Firman-Nya dalam Surah al-Muddathir (74): 43- 46, terjemahannya, "Apakah yang memasukkan kamu

ke dalam neraka Saqar?" Mereka menjawab:"Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang

mengerjakan sembahyang."

3. Firman-Nya dalam Surah al-Mulk (67): 8-9, terjemahannya, "Setiap kali dilemparkan ke dalamnya

sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka :"Apakah belum

pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?" Mereka menjawab:"benar ada",

sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kamu mendustakannya."

4. Firman-Nya dalam Surah al-A'raf (7): 37, terjemahannya, "Maka siapakah yang lebih zalim daripada

orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah atau mendustakan ayat-ayatNya? Orang-orang itu

akan memperolehi bahagian mereka di dalam al-kitab."

5. Firman-Nya dalam Surah al-A'raf (7): 39, terjemahannya,"Maka rasakanlah seksaan kerana perbuatan

yang telah kamu lakukan."

**

Kelapan: Penyesalan orang-orang kafir di akhirat di atas kekufuran mereka dan menuntut supaya

dikembalikan di dunia

1. Firman-Nya dalam Surah Fatir (35): 37, terjemahannya,"Dan mereka berteriak di dalam neraka itu:"Ya

Tuhan kami, keluarkanlah kami nescaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan apa

yang telah kami kerjakan."

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

27

2. Firman-Nya dalam Surah al-Mukminun (23): 99, terjemahannya,"Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke

dunia) agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang aku tinggalkan."

3. Firman-Nya dalam Surah al-Sajdah (32): 12, terjemahannya,"Dan jika sekiranya kamu melihat ketika

orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata):"Ya

Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan

mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin"

4. Firman-Nya dalam Surah al-Zumar (39): 58, terjemahannya,"Atau supaya jangan ada yang berkata

ketika ia melihat azab kalau sekiranya aku dapat kembali (ke dunia) nescaya aku akan termasuk orang-

orang yang berbuat baik."

**

Kesembilan: Ayat-ayat yang menunjukkan perbuatan Allah SWT tidak menyerupai perbuatan

makhluk, tidak seimbang tanpa perselisihan dan kezaliman

1. Firman-Nya dalam Surah al-Mulk (67): 3, terjemahannya,"Kami sekali-kali tidak melihat pada ciptaan

Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang."

2. Firman-Nya dalam Surah al-Sajdah (32): 7, terjemahannya,"Yang membuat segala sesuatu yang Dia

ciptakan sebaik-baiknya." Oleh itu kekufuran dan kezaliman bukanlah suatu yang baik.

3. Firman-Nya dalam Surah al-Hijr (15): 85, terjemahannya,"Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi

dan apa-apa yang ada di antara kedua-duanya, melainkan dengan benar." Oleh itu kekufuran bukanlah

suatu kebenaran."

4. Firman-Nya dalam Surah al-Nisa' (4);40, terjemahannya, "Sesungguhnya Allah tidak menganiaya

seseorang walaupun sebesar zarrah."

5. Firman-Nya dalam Surah Fussilat (4): 46, terjemahannya,"Dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu

menganiaya hamba-hamba (Nya)."

6. Firman-Nya dalam Surah Hud (11): 101, terjemahannya,"Dan Kami tidak menganiaya mereka."

7. Firman-Nya dalam Surah al-Isra' (17): 7, terjemahannya,"Dan mereka tidak dianiaya sedikitpun."

**

Kesepuluh: Ayat-ayat yang memuji Mukmin kerana imannya dan mencela Kafir kerana kekafirannya

1. Firman-Nya dalam Surah al-Tur (52): 16, terjemahannya,"Kamu diberi balasan terhadap apa yang

telah kamu kerjakan."

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

28

2. Firman-Nya dalam Surah al-Mu'min (40): 17, terjemahannya,"Pada hari ini tiap-tiap jiwa diberi

balasan dengan apa yang diusahakannya."

3. Firman-Nya dalam Surah al-Najm (53): 37, terjemahannya,"dan lembaran-lembaran Ibrahim yang

selalu menyempurnakan janji."

4. Firman-Nya dalam Surah al-Najm (53): 38, terjemahannya,"Bahawa seorang yang berdosa itu tidak

akan memikul dosa orang lain."

5. Firman-Nya dalam Surah Taha (20): 15, terjemahannya,"tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia

usahakan."

6. Firman-Nya dalam Surah al-Rahman (27): 60, terjemahannya,"Tidak ada balasan kebaikan kecuali

kebaikan (pula)."

7. Firman-Nya dalam Surah al-Naml (27): 90, terjemahannya,"Tiada lah kamu dibalasi, melainkan

(setimpal) dengan apa yang dahulu kamu kerjakan."

8. Firman-Nya dalam Surah al-An'am (6): 160, terjemahannya, "Barangsiapa yang membawa amal baik

maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda."

9. Firman-Nya dalam Surah Taha (20): 124, terjemahannya,"Dan barangsiapa yang berpaling dari

peringatanku."

10. Firman-Nya dalam Surah al-Baqarah (2): 86, terjemahannya,"Itulah orang-orang yang membeli

kehidupan dunia."

11. Firman-Nya dalam Surah Ali Imran (3):86, terjemahannya, "Sesungguhnya orang-orang kafir sesudah

beriman."

Demikianlah dikemukankan ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan akidah al-Asya'irah atau

akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kesemua ayat-ayat di atas "adalah yang tidak datang kepadanya

kebatilan baik depan mahupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Tuhan yang Maha Bijaksana lagi

Maha Terpuji [Surah al-Fussilat (41): 42]

Justeru apakah keuzuran untuk tidak berpandukan kepada fahaman yang selaras dengan akidah

al-Qur'an? Kenapa mereka meninggalkan ayat-ayat tersebut wal hal ianya jelas dan nyata? Atau

hanya bertaqlid kepada orang-orang yang terdahulu tanpa kajian dan renungan?

Firman Allah SWT dalam Surah al-A'raf (7): 28, terjemahannya, "Dan apabila mereka melakukan

perbuatan keji, mereka berkata:"Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu,

dan Allah menyuruh kami mengerjakannya, katakanlah: Sesungguhnya Allah tidak menyuruh

(mengerjakan) perbuatan yang keji." Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang kamu

tidak ketahui."

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

29

Firman Allah SWT dalam Surah al-An'am (6): 70, terjemahannya, "Dan tinggalkanlah orang-orang

yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh

kehidupan dunia."

Firman-Nya dalam Surah al-Zumar (39): 56, terjemahannya, "Supaya jangan ada orang yang

mengatakan:"Amat besar penyesalanku atau kesalahanku terhadap Allah sedang aku sesungguhnya

termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah)."

Dan firman-Nya dalam Surah al-An'am (6): 91, terjemahannya, "Dan mereka tidak menghormati

Allah dengan penghormatan yang semestinya." (Sila rujuk, Yusuf al-Mutahhar al-Hulli, Nahj al-Haq wa

kasyf al-Sidq).

Kesimpulan

Ajaran atau akidah Ahli Sunnah wal-Jama’ah yang bertentangan dengan al-Qur’an dan ketaatan

mereka kepada sunnah (bidaah) Khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman, dan Mu‘awiyah melebihi (yaghlun)

hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya menjadikannya satu ajaran yang menyeleweng dan sesat menurut

definisi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW.

Walaubagaimana pun para penguasa Ahli Sunnah wa l-Jama‘ah mempunyai definisi mereka sendiri

di dalam sesuatu perkara sekalipun menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya. Dan sebaliknya mereka

mengatakan orang yang menolak sunnah (bidaah) Khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman, dan Mu‘awiyah

dikira sesat dan menyeleweng, sekalipun sunnah mereka menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya.

Justeru, mereka adalah pelampau agama (al-Ghulat fi d-Din). Penggunaan istilah seperti Maslahah,

Maqasidu sy-Syari‘ah, Istihsan, Ijtihad, Ijmak, Qiyas dan sebagainya bukanlah bagi melaksanakan hukum

Allah dan Sunnah Rasul-Nya, malah bagi menangguh atau memansuh atau menukar atau menyalahi

hukum-Nya dan Sunnah Rasul-Nya. Firman-Nya “Fir‘aun telah menyesatkan kaumnya dan tidak

menunjukinya” (Taha (20): 79).

Banyak lagi penyelewengan ajaran Ahli Sunnah Wa l-Jama‘ah dari segi akidah, Syari‘at Allah yang

belum dikemukakan. Justeru, jika mereka yang mengikut 100% hukum al-Qur’an dan Sunnah Rasulullh

SAW itu dikira sesat atau menyeleweng dan perlu dipulih atau dimurnikan akidah mereka oleh Ahli

Sunnah Wa l-Jama’ah, maka Ahli Sunnah wa l-Jama‘ah yang mengikut sunnah Abu Bakar, Umar, Uthman

dan Mu‘awiyah yang bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya adalah lebih sesat dan

menyeleweng serta lebih perlu dipulih atau dimurnikan akidah mereka oleh Syi‘ah Imam Dua Belas atau

Syi‘ah Ja‘fariyyah atau mazhab Ahlu l-Bait (AS).

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

30

LAMPIRAN A

FATWA-FATWA DARIPADA PARA SYEIKH AL-AZHAR

Terjemahan Teks Fatwa yang telah dikeluarkan oleh yang mulia al-Ustaz al-Akbar Syeikh Mahmud

Syaltut Syeikh Universiti Al-Azhar tentang harusnya melakukan amal ibadat menurut mazhab Syiah

Imamiyyah.

Bismillahir Rahmanir Rahim

Syeikh Syaltut ditanya: Setengah orang berpendapat bahawa untuk sahnya ibadat dan mu’amalat

seorang muslim itu mestilah mengikuti salah satu daripada mazhab yang empat. Sementara mazhab

Syi’ah Imamiyyah dan Syi’ah Zaidiyyah tidak termasuk. Adakah anda bersetuju pendapat tersebut secara

mutlak? Justeru, anda melarang (orang ramai) mengikuti mazhab Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah

umpamanya?

Beliau menjawab:

1. Agama Islam tidak mewajibkan ke atas seorang pun dari pengikut-pengikutnya berpegang kepada

mazhab tertentu. Malah kami berpendapat bahawa setiap muslim berhak mengikuti mana mana

mazhab yang dipindah secara betul dan hukum-hukumnya pula disusun di dalam kitab-kitab tertentu.

Dan bagi individu yang telah mengikuti mana mana mazhab dari mazhab-mazhab tersebut dibolehkan

pula berpindah kepada mazhab yang lain. Iaitu mana-mana mazhab yang lain dan ia tidak sedikitpun

berdosa berbuat demikian.

2. Sesungguhnya mazhab Ja’fari yang dikenali dengan mazhab Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah

satu mazhab yang harus beramal ibadat dengannya dari segi syarak sepertilah mazhab-mazhab Ahli

Sunnah. Oleh itu sayugialah bagi orang-orang Islam mengetahuinya dan membebaskan diri mereka dari

asabiyyah tanpa kebenaran kepada mazhab-mazhab tertentu. Agama Islam atau syariatnya bukanlah

mengikuti mazhab tertentu atau berhenti di atas satu mazhab. Kerana semua mujtahid diterima di sisi

Allah. Dan harus bagi orang yang tidak pakar di dalam perbincangan (al-Nazar) dan ijtihad mengikuti

mereka dan beramal dengan apa yang mereka tetapkan di dalam fiqah mereka. Dan tidak ada

perbezaan di dalam hal itu di antara hukum-hukum ibadat dan mu‘amalat.

Sayyid al-‘Allamah al-Ustaz Muhammad Taqi ql-Qummi: Setiausaha umum Jama‘ah al-Taqrib di kalangan

mazhab-mazhab Islam:

Salamun “Alaikum wa rahmatullah.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

31

Adapun kemudian daripada itu adalah mengembirakan sekali bahawa saya mengutuskan kepada

yang mulia satu salinan yang ditandatangani dari fatwa yang dikeluarkan tentang harusnya beribadat

dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah dengan harapan anda menyimpannya di dalam pendaftaran

Dar al-Taqrib Baina al-Madhahib yang kita telah mengambil bahagian bersama di dalam

pembentukannya. Semoga Allah memberi taufik kepada kita bagi mencapai matlamatnya.

Assalamu ‘alaikum.

Syeikh Mahmud Syaltut

Syeikh Universiti al-Azhar.

2 . Terjemahan Teks Fatwa Syeikh Salim al-Busyra, Rektor Universiti al-Azhar dari tahun 1335 H/1909 M-

1320 H/ 1900 M-1904 M dan tahun 1327 H/1909 M-1916 M

Kepada:

Sayyid ‘Abdu l-Husain Syarafuddin al- ‘Amili.

Surat bertarikh pada 3 Dhul- Hijjah 1329 H.

“Tidak menjadi halangan bagi seorang Sunnah mengambil hujah dari saudaranya (seorang Syi‘ah)

apabila hujahnya kukuh. Pendapat anda dalam soal ini adalah benar dan nyata. Sementara pendapat

orang yang menentang adalah semata-mata degil dan keras kerana pendapat mereka bahawa tidak

sahnya berpegang dengan hujah-hujah Syi‘ah adalah bertentangan dengan perbuatan mereka sendiri.

Perbuatan mereka pula dalam mengambil hujah-hujah adalah bertentangan dengan perkataan mereka.

Oleh itu perkataan dan perbuatan mereka tidak selari dan sejajar. Ia tidak akan mencapai sebarang

matlamat. Pendapat mereka bertentangan di antara satu sama lain. Lantaran itu hujah mereka adalah

lemah dan hujah anda adalah kukuh.

Di dalam waktu yang singkat ini saya ingin menamakan tulisan ini untuk anda dengan nama

“Isnad Syi‘ah di dalam Isnad Sunnah”. Saya harap pembaikan (islah) akan berlaku di dunia Islam dengan

pesatnya, Insya Allah. Kami beriman dengan semua ayat-ayat Allah (Dan ayat-ayat al-Qur’an yang

diturunkan kepada Sayyidina Amiru l-Mukminin ‘Ali bin Abi Talib dan semua Ahlul-Baitnya (r.d) lebih

banyak dari apa yang telah anda kemukakannya kepada saya).

Surat bertarikh 7 Dhu l-Hijjah 1329 H

“Hakim-hakim yang adil tiak akan menghukum dengan sesat terhadap orang-orang yang

berpegang dengan tali Ahlu l-Bait dan orang yang mengikuti jalan mereka. Para imam mereka tidak ada

kekurangan di dalam sesuatupun daripada para imam yang selayaknya menduduki mencukupi dan

diberi ganjaran oleh Allah SWT sepertilah beramal dengan salah satu daripada mazhab yang empat

tanpa diragukan lagi”

Syeikh Salim al-Busyra

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

32

Syeikh al-Azhar.

3. Terjemahan Teks Fatwa Syeikh Muhammad al-Fahham,

1. Rektor Universiti al-Azhar.

Bismillahi r-Rahmani r-Rahim Muhammad al-Fahham,

Rektor Universiti al-Azhar

“Yang mulia Syeikh Hasan Sa‘id adalah seorang ulama besar di Tehran telah membuat kunjungan hormat

ke rumahku No.5 Jalan Ali bin Abi Talib bersama yang mulia al-‘Allamah Sayyid al-Rifa‘i. Kunjungan itu

telah meninggalkan kenangan yang indah di dalam jiwaku an mengingatkan kenangan yang manis

semasa kunjunganku ke Tehran pada tahun 1970. Di sana aku telah berkenalan dengan kumpulan ulama

Syi‘ah Imamiyyah yang besar. Aku mengenali keperibadian mereka yang mulia dan telah melayaniku

begitu mesra di mana aku tidak pernah menjangka sebelumnya.

Kunjungan mereka ke rumahku pada hari itu sebagai membuktikan kehormatan mereka

kepadaku. Semoga Allah memberi ganjaran kepada kepada mereka di atas usaha mereka yang baik bagi

merapatkan jurang perbezaan di kalangan mazhab-mazhab Islam yang satu dengan mengumpulkan

mereka di atas arena persaudaraan yang telah dianjurkan al-Qur’an sebagaimana firman-Nya:

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara” (Surah al-Hujarat 49: 10). Persaudaraan

ini adalah menjadi kewajipan ke atas para ulama yang berbeza aliran mazhab menjaga nilainya dan

meninggalkan apa yang boleh mengeruhkan suasana dari segi faktor perpecahan yang dilarang oleh

Allah SWT di dalam kitabNya yang mulia: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah

kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang keutamaanmu dan

bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar” (Surah al-Anfal 8: 46). Semoga Allah

mencucuri rahmatNya ke atas Syeikh Syaltut yang telah mengambil berat tentang pengertian yang mulia

ini. Lantaran itu dia tetap dengan fatwanya yang terang dan berani sehingga dia berkata maksudnya:

Harus beramal dengan mazhab Syi‘ah Imamiyyah sebagai mazhab Fiqh Islam yang berasaskan al-Qur’an,

Sunnah dan dalil yang kuat. Saya berdoa kepada Allah SWT supaya merestui orang-orang yang berusaha

ke arah memprdekatkan hubungan persaudaraan di dalam akidah Islam yang sebenarnya sebagaimana

firmanNya: “Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin

akan melihat pekerjaanmu itu” (Surah al-Taubah 9: 105) Wa l-Hamddddu li llahi Rabbi l ‘Alamin.

Muhammad al-Fahham,

Syeikh al- Azhar.

21 Dhu l-Qa ‘idah, 1397 H

4. Terjemahan Teks Fatwa Syeikh ‘Abdu l-Halim Mahmud, Rektor Universiti al-Azhar.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

33

Bismillahi r-Rahmani r-Rahim

Al-Azhar,

Pejabat al-Imam al-Akbar,

Syeikh al-Azhar

Teks fatwa yang telah ditulis oleh al-Ustaz al-Akbar pada bulan Dhu l-Qa‘idah tahun 1397 H kepada yang

mulia al- ‘Allah al-Kabir al-Hajj Aqa Hasan Sa‘id seorang daripada ulama Syi‘ah Imamiyyah ddi Tehran,

Iran 25 hb. Oktober 1997.

Yang mulia Syeikh Hasan Sa‘id,

ulama Tehran.

Assalamu ‘Alaikum warahmatullah wa Barakatuh.

Sesungguhnya al-Azhar mempunyai kasih saying yang mendalam terhadap saudara-saudara kami

Imamiyyah dan Zaidiyyah. Apatah lagi kami sekarang di peringkat menyeru kepada penyatuan (al-

Wahdah) dan persaudaraan. Oleh itu apabila berlaku sesuatu di sana sini, maka kita cuba

memperbaikinya dan kita semua berjalan di atas jalan kesejahteraan dan kasih sayang. Dan apa yang

telah dinyatakan di dalam buku Mudhakkirah al-Tauhid, akan memperbaiki (keadaan) Insya Allah. Dan

kami berharap tindakan yang sama juga dilakukan di pihak anda. Syukur kepada Allah di atas usaha ke

arah penyatuan.

Wa s-Salam ‘Alaikum wa Rahmatu Llah.

‘Abdu l-Halim Mahmud,

Syeikh al-Azhar

Dipetik daripada: Pusat kebudayaan Islam Eropah,

Rome, Itali, Bil 363, cetakan keempat.

25 hb. Oktober, 1977 M.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

34

LAMPIRAN B

DEKLARASI AMMAN, DEKLARASI MAKKAH AL-MUKARRAMAH, DEKLARASI ISLAMABAD DAN

DEKLARASI HAK ASASI MANUSIA CAIRO 1990 (OIC) MEMPERAKUI MAZHAB SYIAH IMAMIYYAH

JA‘FARIYYAH DAN SYIAH ZAIDIYYAH

**

1. DEKLARASI AMMAN (2005) OIC (PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM).

TIGA PERKARA DARI MESEJ AMMAN V.1. SOALAN-SOALAN YANG LAZIM

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Semoga selawat dan salam kepada Nabi Muhammad dan keluarganya yang suci dan mulia.

(1) Sesiapa yang merupakan pengikut kepada salah satu daripada empat buah sekolah perundangan

Islam Sunni (Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali), dua buah sekolah perundangan Islam Syiah (Ja'fari dan

Zaidi), sekolah perundangan Islam Ibadi dan sekolah perundangan Islam Zahiri, adalah seorang Islam.

Mengisytiharkan bahawa seorang itu kafir/murtad adalah tidak dibenarkan. Sesungguhnya darah,

kehormatan, dan harta tidak boleh dicabuli. Lebih-lebih lagi, menurut fatwa Syeikh Al-Azhar, adalah

tidak mungkin dan tidak dibenarkan untuk mengisytiharkan sesiapa yang menganuti fahaman Asy'ari

atau atau sesiapa mengamalkan Tasawwuf yang sebenar sebagai kafir. Begitu juga, adalah tidak

mungkin dan tidak dibenarkan untuk mengisytiharkan sesiapa yang menganuti fahaman Salafi yang

sebenar sebagai kafir. Tidak kurang, ia adalah tidak mungkin dan tidak dibenarkan untuk

mengisytiharkan sebagai murtad mana-mana kumpulan Islam yang percaya kepada Tuhan, Maha Suci

dan Maha Tinggi, dan Rasul-Nya SAW dan lima rukun Islam, dan tidak menafikan apa-apa rukun yang

perlu dari agama.

.(2) Maka di sana wujud lebih banyak persamaan antara pelbagai mazhab Islam daripada perbezaan di

antara mereka. Para penganut kepada lapan buah sekolah perundangan Islam telah bersetuju dengan

prinsip-prinsip asas Islam. Semua percaya kepada Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi, Satu dan Unik;

al -Qur'an yang mulia ialah firman Allah dan bahawa Nabi Muhammad SAW, adalah Nabi dan Rasul

kepada semua umat manusia.Semua bersetuju tentang lima rukun Islam: dua kalimah syahadah

(shahadatayn); sembahyang (salat) zakat; puasa bulan Ramadan, dan Haji ke rumah Allah (di Mekah).

Semua juga bersetuju tentang asas-asas kepercayaan: kepercayaan kepada Allah, malaikat-malaikat -

Nya, kitab-kitab -Nya, Rasul-rasul-Nya, dan hari kiamat , Qadha’ dan Qadar-Nya; baik dan jahat.

Perbezaan pendapat antara ulama daripada lapan sekolah perundangan Islam hanya berkenaan dengan

cabang agama (furu') dan tidak berkenaan dengan prinsip-prinsip dan asas-asas (usul) [agama Islam].

Perbezaan pendapat dari sudut cabang agama (furu') adalah rahmat. Ada pendapat orang terdahulu

yang mengatakan bahawa perbezaan dalam pendapat di kalangan ulama adalah " adil lagi baik" .

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

35

(3) Akuan sekolah-sekolah perundangan Islam dalam Islam bererti mengikut satu metodologi asas dalam

pengeluaran fatwa: Tiada siapa boleh mengeluarkan fatwa tanpa kelayakan peribadi yang diperlukan

setiap sekolah perundangan Islam menentukan [untuk penganut sendiri]. Tiada siapa boleh

mengeluarkan fatwa tanpa mematuhi metodologi mazhab Islam. Tiada siapa boleh menuntut untuk

melakukan ijtihad tanpa had atau membuat sekolah perundangan Islam yang baru atau untuk

mengeluarkan fatwa yang tidak boleh diterima yang mengeluarkan orang Islam daripada prinsip-prinsip

dan kepastian Syariah dan apa yang telah ditubuhkan berkenaan dengan sekolah-sekolah Fekah. Tiga

titik Amman Mesej V.2. Deklarasi Amman ditandatangani oleh 552 peserta yang terdiri daripada ketua-

ketua kerajaan, pembesar-pembesar, mufti-mufti, menteri-menteri agama, para akademik dan lain-lain

dari Dunia Islam termasuk 8 orang dari Malaysia di Amman, Jordan pada 2005.

MALAYSIA:

1. H.E DATO 'Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri

2. Dr Anwar Ibrahim, Bekas Timbalan Perdana Menteri

3. Dato 'Dr Abdul Hamid Othman, Menteri di pejabat Menteri Perdana yang

4. Prof Dr Kamal Hasan, Presiden Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur.

5. Prof Dr Mohammad Hasyim Kamali, Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam

6. En Shahidan Kasem, Menteri Pertama negeri Perlis, Malaysia

7. Mr Khayri Jamal Al -Din, Timbalan Pengerusi Bahagian Belia, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

8. Dr Salih Qadir Karim Al- Zanki, Universiti Islam Antarabangsa.

**

2. DEKLARASI MAKKAH AL-MUKARRAMAH PENGAKUAN SITUASI IRAQ (2006) OIC

Memandangkan keadaan sekarang di Iraq, yang mana pertumpahan darah adalah meluas, dan

pencerobohan ke atas aset dan hartanah yang dilakukan dengan berselindung di sebalik Islam, adalah

menjadi kejadian harian, dan sebagai tindak balas kepada jemputan Setiausaha Agung Pertubuhan

Persidangan Islam (OIC) dan di bawah naungan OIC International Fekah Academy Islam (IIFA), Kami

ulama Iraq, dari kedua-dua Sunni dan Syi'ah, telah berjumpa di Makkah Al- Mukarramah pada bulan

Ramadan tahun Lunar Hijrah 1427H (2006) dan membincangkan keadaan di Iraq serta isu nasib buruk

rakyat Iraq, dan mengisytiharkan Deklarasi berikut:

I. Islam adalah orang yang mengaku imannya dengan menaik saksi bahawa tidak ada tuhan melainkan

Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul-Nya. Prinsip-prinsip asas ini adalah sama berkaitan dengan

Sunni dan Syi'ah tanpa pengecualian. Asas-asas umum dan matlamat antara kedua-dua aliran pemikiran

ini adalah lebih banyak persamaan daripada perbezaan. Sebarang perbezaan di antara mereka adalah

semata-mata perbezaan pendapat dan tafsiran. Dan tidak perbezaan penting tentang iman atau isi

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

36

rukun Islam. Dari sudut pandangan Syariah Islam, tidak ada pengikut mana-mana sekolah pemikiran

boleh menafikan, mencurigai iman dan kesetiaan pengikut sekolah yang lain, atas alasan bahawa Nabi

Allah SAW berkata: Jika salah seorang daripada kamu memanggil saudaranya: Anda kafir, salah seorang

daripada mereka akan menjadi kafir dan menanggung tanggungjawab itu ! ".

II. Darah, harta, kehormatan, dan reputasi Islam tidak boleh dipertikaikan berdasarkan ayat-ayat Al-

Quran yang mulia yang mana Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan sesiapa yang sengaja membunuh

seorang mukmin, maka balasannya ialah neraka mereka kekal di dalamnya, azab dan laknat Allah ke

atasnya, dan azab seksa yang besar disediakan baginya "; dan HadisNabi Muhammad SAW yang

mengatakan: "Semua yang berkaitan dengan Islam adalah tidak boleh dipertikaikan, termasuk darah,

harta, kehormatan, dan reputasi " Oleh itu, tidak ada Muslim, sama ada dia Syiah atau Sunni, boleh

tertakluk kepada pembunuhan atau apa-apa kemudaratan, ugutan, keganasan atau pencerobohan ke

atas hartanya; hasutan kepadanya; atau anjakan secara paksa, deportasi, atau penculikan. Selain itu,

tiada anggota keluarga beliau menjadi tebusan atas alasan agama atau mazhab. Sesiapa yang melakukan

perbuatan tersebut akan jatuh dari pegangan dan rahmat keseluruhan Ummah, termasuk semua pihak

yang berkuasa Muslim, ulama, dan semua orang yang beriman.

III. Semua rumah-rumah ibadat adalah tidak boleh dipertikaikan, termasuk masjid dan rumah-rumah

ibadat semua kepercayaan dan agama-agama. Oleh itu, tempat-tempat ibadat tidak boleh diserang

dengan apa cara yang digunakan sebagai syurga untuk melakukan tindakan yang melanggar undang-

undang Syariah. Sebaliknya, mereka harus mengembalikannya kepada pemiliknya yang perlu

mendapatkan semula akses penuh dan tidak menghalang mereka dari mendapatkannya menurut hukum

fekah semua mazhab seperti berikut: Semua khazanah agama dan wakaf akan tertakluk kepada syarat-

syarat yang ditetapkan oleh pemilik”

Bahawa: "Keadaan yang ditetapkan oleh pemberi kuasa wakil itu hendaklah dianggap hanya sebagai

peraturan Syariah"; dan bahawa: "Dan apa yang merupakan sebahagian daripada amalan dan adat akan

dianggap sebagai peruntukan kontrak" .

IV. Jenayah yang dilakukan secara terang di atas alasan identiti mazhab atau hak milik, seperti yang kini

sedang dilakukan di Iraq, termasuk dalam lingkungan "kejahatan, dan kerosakan di muka bumi ", yang

dilarang dan diharamkan oleh Allah SWT apabila Dia berfirman maksudnya: " apabila dia berpaling,

matlamat beliau adalah untuk melakukan kerosakan di muka bumi dan memusnahkan tanaman dan

ternakan. Tetapi Allah tidak menyukai kerosakan” Percantuman sebuah sekolah pemikiran, tidak boleh

menjadi alasan untuk pembunuhan atau pencerobohan, walaupun sebahagian pengikut sekolah

tersebut melakukan perbuatan yang boleh dihukum: "Pembawa beban tidak boleh menanggung beban

orang lain pula ".

V. Apa-apa provokasi sensitif atau mazhab, etnik, geografi, atau linguistik persengketaan harus dijauhi

dan dielakkan. Begitu juga memangil seseorang dengan nama yang buruk, penyalahgunaan, atau

pengumpatan dan penghinaan diucapkan oleh mana-mana pihak harus dielakkan memandangkan

larangan yang nyata oleh Al-Quran yang dikira sebagai " kekufuran: "tidak ada fitnah, tidak ada sindiran

antara satu sama lain, memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang menyakitkan hati :

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

37

Sejahat-jahat kejahatan digunakan selepas ia beriman dan orang-orang yang tidak berhenti, maka

mereka memang orang yang zalim ".

VI. Perkara-perkara tertentu dan prinsip ini tidak boleh dilucutkan hak, termasuk khususnya perpaduan,

kerjasama, dan perpaduan dalam kebaikan dan kebenaran, yang mana semuanya harus dipelihara dan

dilindungi daripada sebarang percubaan untuk merosakkan kedua-duanya, kerana Allah SWT berfirman

maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman adalah saudara"dan Dia juga berfirman maksudnya: "

Sesungguhnya ini adalah umat kamu umat yang satu, dan Akulah Tuhan kamu, maka sembahlah Aku".

Justeru adalah penting bagi semua orang Islam untuk mengamalkan sikap berhati-hati dan kewaspadaan

terhadap segala usaha untuk menyemai perpecahan di kalangan mereka, memecahkan barisan mereka,

atau menghasut hasutan, perselisihan, dan melakukan kerosakkan rohani antara satu sama lain.

VII. Muslim, kedua-dua Sunni dan Syi'ah dalam semua perkara hendaklah membantu mereka yang

dizalimi dan bersatu menentang mereka yang zalim, kerana mereka bertindak dalam rangka firman Allah

SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan,

memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan "

Oleh itu, kita perlu berusaha untuk meletakkan satu penamatan kepada semua ketidakadilan, termasuk

yang paling utamanya dengan memastikan pembebasan semua tahanan dan tebusan yang tidak

berdosa, sama ada Islam atau bukan Islam, dan kepulangan pelarian ke rumah asal mereka.

VIII. Para ulama mengingatkan Kerajaan Iraq tentang kewajipannya untuk menyediakan keselamatan,

perlindungan dan mata pencarian yang baik untuk semua kategori dan bahagian-bahagian rakyat Iraq

dan untuk menegakkan keadilan di kalangan mereka, terutamanya, dengan memastikan pembebasan

tahanan yang tidak berdosa, mempercepatkan perbicaraan yang adil, dan melaksanakan hukuman

terhadap yang didakwa sebagai penjenayah, dan memelihara dengan ketat prinsip kesaksamaan di

kalangan semua rakyat.IX. Ulama Sunni dan Syiah menyokong semua usaha bagi mencapai perdamaian

yang menyeluruh di Iraq mengikut firman Allah SWT yang bermaksud : "Perdamaian adalah yang terbaik

" dan "saling membantu dalam kebajikan dan takwa".

X. Islam sama ada Sunni atau Syiah, dengan itu akan bersatu padu dalam melindungi kebebasan ,

perpaduan, dan integriti wilayah Iraq; menyedari dan melaksanakan kehendak bebas rakyat Iraq, yang

menyumbang kepada ketenteraan, ekonomi, dan politik, kapasiti pembinaan negara mereka untuk

menghentikan pendudukan dan memulih dan mengembalikan peranan Islam-Arab dan tamadun

kebudayan Iraq. Para ulama yang telah menandatangani perisytiharan ini menyeru kepada semua ulama

Islam untuk menyokong peruntukan ini dan menggesa Muslim Iraq dan berjanji kepatuhan kepadanya.

Mereka berdoa kepada Allah SWT, di tanah suci ini supaya melindungi dan memelihara iman semua

Muslim, memastikan keselamatan tanah air mereka, dan mengakhiri negara Arab- Islam Iraq daripada

penderitaan, mengakhiri ujian dan seksaan dan mengembalikan Iraq sebagai kubu dan tiang umat Islam

dalam menghadapi musuh-musuhnya. Doa kami yang akhir dan abadi bahawa segala pujian bagi Allah,

Maha Suci Allah Maha Berkuasa, Tuhan Alam Semesta dan semua dunia di dalamnya.

**

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

38

3. DEKLARASI ISLAMABAD 2007 (OIC)

RESOLUSI NO. 28/34-POL

DIPERKUATKAN PERPADUAN ISLAM

Sesi Ketiga Puluh Empat Persidangan Islam Menteri-menteri Luar (Sesi Damai, Kemajuan dan

Harmoni), yang diadakan di Islamabad, Republik Islam Pakistan dari 28-30 Rabi Al -Thani 1428 H (15-17

Mei 2007); Berpandukan Al-Quran yang menyuruh Muslim untuk mengukuhkan perpaduan dan

persaudaraan Islam;

Beriltizam kepada peruntukan Piagam OIC yang menetapkan bahawa negara anggota OIC"

Bahawa kepercayaan umum merupakan faktor yang kuat untuk pendekatan (taqrib) dan perpaduan di

kalangan orang Islam" dan mengulangi penentuan "negara Anggota untuk menyatukan ikatan

persaudaraan yang wujud dan persahabatan rohani di kalangan rakyat mereka.

Mengenangkan peruntukan Sepuluh Tahun Program OIC, tindakan yang diambil antaranya,

menekankan keperluan untuk mengukuhkan dialog antara sekolah sekolah Islam; mengukuhkan

keimanan yang benar bagi pengikut mereka, tidak diharuskan untuk menuduh mereka sebagai bidaah,

dan tidak harus mencabuli darah, kehormatan dan harta mereka, selagi mereka beriman kepada Allah

SWT dan kepada Nabi SAW dan rukun-rukun agama Islam yang lain, menghormati rukun Islam dan tidak

menafikan apa-apa rukun agama yang jelas ;

Dengan mengambil kira Penyata Persidangan Islam Antarabangsa di Amman, yang menyatakan

bahawa: "Sesiapa yang merupakan pengikut kepada salah satu daripada empat buah sekolah Sunni

(Madhahib) perundangan Islam (Hanafi, Maliki, Shafi'i dan Hanbali), dua Shi'i sekolah perundangan Islam

(Jafari dan Zaidi), sekolah Ibadi dalam perundangan Islam dan sekolah Zahiri dalam perundangan Islam,

adalah seorang Islam dan mengisytiharkan seseorang tersebut sebagai murtad adalah mustahil dan tidak

dibenarkan dan sesungguhnya darahnya, kehormatannya, dan hartanya adalah tidak boleh dicabuli "

Dengan mengambil kira pandangan daripada Forum Ulama Islam dan Intelektual di Makkah Al

Mukarramah, termasuk pendapat ini: "Perbezaan dalam aliran pemikiran mencerminkan sifat yang kaya

dengan sumber-sumber pemikiran Islam ";

Kembali lagi kepada Deklarasi Makkah Al -Mukarramah daripada Ulama Iraq yang menyatakan

bahawa: "tiada Islam, sama ada dia Syiah atau Sunni, boleh tertakluk kepada pembunuhan atau apa-apa

kemudaratan, ugutan, keganasan, atau pencerobohan ke atas hartanya; hasutan kepadannya; atau

anjakan secara paksa, deportasi, atau penculikan" ;

Dengan mengambil kira dokumen hasil Persidangan Doha Dialog Sekolah Pemikiran Islam yang

merayu kepada "pengikut semua Sekolah Islam untuk menghormati kepercayaan dan kesucian masing-

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

39

masing " dan menggesa pemimpin-pemimpin " negara-negara Islam untuk meningkatkan usaha-usaha

ulama untuk mencapai perpaduan di kalangan sekolah-sekolah Islam pelbagai pemikiran ". ;

Mengingati semua perisytiharan dan resolusi yang diterima oleh Sidang Kemuncak Islam dan

Persidangan Menteri-menteri Luar yang berkaitan;

Bimbang dengan hakikat bahawa benih untuk pecah belah sedang disemai antara orang-orang

Islam oleh musuh-musuh Islam dan orang Islam melalui strategi yang pelbagai, dasar dan pelan untuk

menyuarakan kebimbangan yang mendalam bahawa menurut beberapa kajian, kuasa-kuasa tertentu

bertujuan untuk mengeksploitasi Sunni-Syiah dan membahagi Arab- bukan Arab untuk mempromosikan

dasar-dasar dan objektif mereka dalam dunia Islam ;

Menyedari kemudaratan tidak boleh diperbaiki dan kewujudan dan kesinambungan pertikaian yang

tidak diingini antara pengikut-pengikut sekolah-sekolah pemikiran Islam yang berbeza, termasuk

keganasan mazhab, maka ia bergantung kepada perpaduan seluruh umat Islam;

OIC/34-ICFM/2007/POL/R.28

Menyedari kepentingan peranan Ulama Islam dari Sekolah pemikiran Islam yang berbeza dalam

mengukuhkan persefahaman, toleransi dan menghormati pengikut-pengikut dari sekolah-sekolah

tersebut, dengan itu ia menyumbang kepada ikatan persaudaraan di kalangan umat Islam ;

Dengan mengambil kira peranan penting institusi-institusi agama, khususnya mereka yang aktif

dalam bidang pendekatan (taqrib) antara sekolah-sekolah pemikiran Islam dalam menyediakan alasan

yang kondusif bagi pemulihan hubungan baik semua Muslim dan menutup barisan mereka ;

1. Mengenali kepentingan yang ketara bagi mempromosikan persaudaraan Islam dan perpaduan sebagai

agama suci, kewajipan dan objektif dalam menghadapi cabaran yang menakutkan menghadapi Islam

dan Muslim dan merealisasikan kepentingan bersama umat Islam di dunia kita yang semakin rumit,

saling berkaitan dan bersifat global.

2. Mengulangi penentuan yang kukuh oleh semua negara anggota untuk mengambil langkah-langkah

individu dan kolektif yang sesuai untuk menghapuskan semua punca prejudis, kebencian, provokasi, dan

hasutan serta keganasan mazhab antara pengikut sekolah pemikiran Islam yang berbeza dan

menguatkan keperluan untuk semua negara anggota bagi mengelak dari mempolitikkan apa-apa

pertikaian agama mungkin di antara Islam untuk memajukan objektif politik mereka sendiri.

3. memperkuatkan komitmen semua negara anggota untuk menggalakkan lagi perpaduan Islam dan

kesediaan mereka untuk bekerjasama secara aktif dan berkesan dalam menggalakkan toleransi dan

persefahaman antara Islam dan menyatukan persaudaraan Islam.

4. Yakin bahawa Islam mempunyai lebih persamaan daripada perbezaan, termasuk menyembah Allah

SWT, percaya kepada Nabi SAW, melaksanakan banyak tanggungjawab seperti puasa dan Haji dengan

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

40

cara yang sama, yang mempunyai pandangan dunia yang sama dan menjadi sebahagian daripada

budaya dan tamadun Islam yang hebat, yang merupakan sumber kuasa untuk Perpaduan Islam.

5. Memperkasakan peruntukan semua perisytiharan deklarasi tersebut di atas, pernyataan dan

dokumen yang dikeluarkan, secara jujur dan benar oleh sebilangan besar ulama umat Islam yang yang

tersohor dan rayuan kepada pengikut semua sekolah Islam supaya mematuhi mereka dan menghormati

kepercayaan dan kesucian masing-masing .

6. Mengiktiraf peranan penting Ulama Islam, cendekiawan, pemikir, pendakwah dan sebagainya dalam

merapatkan jurang antara pelbagai aliran pemikiran dan membimbing pengikut-pengikut mereka untuk

mengukuhkan persefahaman, toleransi dan menghormati antara semua Islam dan untuk menyumbang

kepada matlamat utama perpaduan Islam.

7. Mengambil perhatian tentang peranan institusi agama, khususnya Akademi Fekah Islam Antarabangsa

dan mereka yang aktif dalam bidang pendekatan antara sekolah-sekolah pemikiran Islam, dan juga

sekolah-sekolah agama, universiti dan pusat penyelidikan, dalam mempromosikan pendekatan antara

sekolah-sekolah pemikiran Islam dan mengukuhkan perpaduan Islam .

8. Mengambil kira peranan penting dan berkesan yang boleh dimainkan oleh media audiovisual,

elektronik dan media cetak dalam menggalakkan toleransi, persefahaman dan menghormati antara

penganut sekolah pemikiran Islam yang berbeza.

9. Menekankan keperluan untuk semua Muslim dalam keadaan sedar, berwaspada dan berjaga-jaga

untuk memahami bahawa apa-apa pertikaian di kalangan pengikut sekolah pemikiran Islam yang

berbeza membahayakan perpaduan, persaudaraan dan melemahkan keupayaannya dalam menghadapi

cabaran-cabaran yang pelbagai rupa yang sedia ada. Dan ia menjejaskan kesatuannya.

OIC/34-ICFM/2007/POL/R.28

10. Mengakui keperluan bagi semua orang Islam untuk mengamalkan sikap berhati-hati dan

kewaspadaan terhadap segala usaha untuk menyemai perpecahan di kalangan mereka, memecahkan

barisan mereka, atau hasutan, perselisihan, dan kebencian bagi merosakkan talian ruhani mereka antara

satu sama lain dan menyeru semua Muslim untuk menahan diri dari apa-apa provokasi yang sensitif

atau pergeseran kaum atau etnik, serta mana-mana nama yang dipanggil, penyalahgunaan, prejudis

atau pengumpatan dan penghinaan.

11. Menekankan bahawa apa-apa pertikaian di kalangan orang Islam, prinsip-prinsip tertentu tidak

boleh dilucutkan, termasuk khususnya perpaduan, perpaduan kerjasama, dan perpaduan dalam

kesalehan dan kebenaran dan menegaskan bahawa darah, harta, kehormatan, dan reputasi Islam

adalah tidak boleh dipertikaikan dan dicabuli. Dan semua rumah ibadat perlu dihormati.

12. Mengutuk keganasan mazhab antara pengikut sekolah pemikiran Islam dalam mana-mana bahagian

dunia Islam dan mengutuk dengan kuat semua jenayah yang dilakukan atas alasan identiti mazhab atau

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

41

kepunyaannya, termasuk dalam lingkungan "kejahatan, dan kerosakan di muka bumi ", yang dilarang

dan diharamkan oleh Allah SWT.

13. Mengesahkan bahawa percantuman dengan sebuah sekolah pemikiran tidak menjadi alasan untuk

pembunuhan atau pencerobohan walaupun sebahagian pengikut sekolah tersebut telah melakukan

perbuatan yang boleh dihukum.

14. Menggesa semua ulama, institusi agama, dan juga media dalam dunia Islam untuk menyeru semua

pengikut sekolah pemikiran Islam untuk mengetepikan perselisihan antara orang Islam dan menyatukan

perkataan dan pendirian mereka; mengukuhkan hubungan persaudaraan dan tidak membenarkan

perpecahan dan gangguan di antara mereka.

15. Memuji dengan semua aktiviti yang berkaitan dengan Ketua Setiausaha dan Akademi Fekah Islam

Antarabangsa dalam mempromosikan pendekatan (al-Taqrib) antara sekolah pemikiran Islam dan

menggesa mereka untuk meneruskan usaha mereka dengan keutamaan yang tinggi .

16. Menyeru semua negara Anggota, dengan mengambil kira kepentingan yang ketara dalam isu ini,

untuk mengambil langkah yang sesuai untuk menggalak dan mengukuhkan perpaduan Islam tahun ini

dan mengemukakan laporan yang berkaitan aktiviti-aktiviti mereka kepada Ketua Sekretariat.

17. Permintaan kepada Ketua Setiausaha untuk pelaksanaan resolusi ini dan mengemukakan laporan

mengenainya.

**

4. DEKLARASI CAIRO 1990 TENTANG HAK ASASI MANUSIA (OIC).

(Deklarasi Cairo mengandungi 25 perkara sebagai panduan bagi menjaga hak asasi manusi

menurut Islam. Ia telah ditandatangi oleh semua kerajaan di dalam OIC di Cairo termasuk kerajaan

Malaysia daripada 31 Julai hingga 5 Ogos 1990. Antaranya ia menyatakan bahawa tamadun manusia

perlu kepada keimanan. Mempercayai hak-hak asasi manusia sebagai perkara yang tidak dapat

dipisahkan daripada agama Islam itu sendiri. Manusia berasal daripada satu keluarga iaitu Adam

disatukan dengan penyerahan diri kepada Allah. Justeru manusia adalah sama dari sudut kehormatan,

tanggungjawab, tanpa diskriminasi dari sudut bangsa, warna kulit, bahasa, jentina, kepercayaan agama,

perbezaan politik dan kedudukan di dalam masyarakat.

Oleh itu menjaga hak asasi manusia adalah satu jaminan untuk kehormatan diri manusia dari

ditindas dan dicabuli haknya. Perkara 10 melarang dilakukan mana-mana bentuk paksaan ke atas mana-

mana individu bertujuan mengekploitasikan kemiskinannya atau kejahilannya bagi menukarnya kepada

agama lain atau kepada agama yang tidak percaya kepada Tuhan. Perkara 18 menyatakan bahawa

setiap individu berhak untuk hidup di dalam keselamatan bagi dirinya, agamanya, tanggungannya,

kehormatan dan miliknya. Perkara 20 melarang tanpa sebab yang munasabah untuk menahan individu

atau menghadkan kebebasannya; mengusirnya atau menghukumnya. Melarang untuk

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

42

mencederakannya secara fizikal atau secara psikologi atau mana-mana bentuk kezaliman atau

menjatuhkan maruahnya” Walau bagaimana pun Kerajaan Malaysia menerusi Majlis Fatwa Kebangsaan

telah mengharamkan Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah dan Syiah Zaidiyyah pada 5 Mei, 1996 iaitu setelah

Deklarasi Cairo tentang Hak Asasi Manusia di dalam Islam diadakan pada 1990. Ini bererti Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan /Majlis Fatwa Kebangsaan dilihat sebagai menolak (i) Hak Asasi

Manusia di dalam Islam (ii) Hak Asasi Manusia di dalam Piagam Bangsa-bangsa Bersatu. (iii) Hak Asasi

Manusia di dalam Perlembagaan Persekutuan. Soalnya: Kenapakah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa

Kebangsaan/ Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengatasi al-Qur’an, Hadis dan Perlembagaan Persekutuan

itu sendiri?

RESOLUSI NO. 48/19-P

DEKLARASI CAIRO MENGENAI HAK ASASI MANUSIA DALAM ISLAM

(CAIRO DECLARATION ON HUMAN RIGHTS IN ISLAM)

Diadakan di Kaherah pada 31 Julai- 5 Ogos 1990 NEGARA ANGGOTA PERTUBUHAN KERJASAMA ISLAM

(OIC),

MENEGASKAN kembali peranan tamadun dan sejarah umat Islam yang Tuhan jadikan sebagai

ummah terbaik yang telah memberikan umat manusia sebuah peradaban sejagat dan seimbang di mana

harmoni diwujudkan antara kehidupan ini dan akhirat dan ilmu yang digabungkan dengan iman; dan

peranan umat ini yang harus dilakukan untuk membimbing kemanusiaan yang dibangungkan oleh

pelbagai tren dan ideologi bersaingan serta menyediakan penyelesaian terhadap masalah-masalah

kronik tamadun materialistik ini.

BERHARAP untuk menyumbang kepada usaha umat manusia untuk mengesahkan hak asasi

manusia, untuk melindungi manusia daripada eksploitasi dan penganiayaan, dan untuk menegaskan

kebebasan dan hak hidup bermaruahnya berdasarkan Syariah Islam.

YAKIN bahawa manusia yang telah mencapai peringkat lanjutan dalam sains materialistik masih,

dan akan tetap, sangat memerlukan iman untuk menyokong tamadunnya dan kekuatan motivasi diri

untuk menjaga hak-haknya;

PERCAYA bahawa Hak-hak asasi dan kebebasan sejagat dalam Islam ialah elemen melengkapi

agama Islam dan bahawa tiada seorang pun secara prinsip berhak menangguhkannya secara

keseluruhan atau sebahagian atau melanggar atau mengabaikannya sebagai suatu yang terikat dengan

perintah suci, yang terkandung dalam Kitab-kitab Wahyu Tuhan dan dihantar melalui Nabi terakhir-Nya

untuk menyempurnakan mesej suci terdahulu sehingga menjadikan kepatuhan terhadapnya suatu

ibadah dan pengabaiannya atau perlanggarannya suatu dosa amat dibenci, dan kerananya setiap orang

bertanggungjawab secara individu-dan Ummah bertanggungjawab secara kolektif– untuk menjaganya.

KESINAMBUNGAN DARI PRINSIP-PRINSIP DI ATAS, MENGISYTIHARKAN SEBAGAI BERIKUT:

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

43

PERKARA 1:

(a) Semua manusia membentuk satu keluarga yang anggotanya disatukan oleh penyerahan kepada

Tuhan dan keturunan dari Adam. Semua orang setaraf dari sudut asas maruah manusia dan asas

kewajipan dan tanggungjawab, tanpa sebarang diskriminasi atas dasar ras, warna kulit, bahasa, jantina,

agama, sekutu politik, status sosial atau pertimbangan lain. Iman sejati merupakan jaminan untuk

meningkatkan maruah itu di sepanjang jalan menuju kesempurnaan manusia.

(b) Semua manusia merupakan hamba Tuhan, dan yang paling dicintai-Nya ialah mereka yang paling

berguna untuk semua makhluk-Nya, dan tidak seorang pun memiliki keunggulan atas yang lain kecuali

atas dasar kesolehan dan perbuatan baik.

PERKARA 2:

(a) Hidup suatu kurniaan Tuhan dan hak kehidupan dijamin untuk setiap manusia. Menjadi tugas semua

individu, masyarakat dan negara untuk melindungi hak ini dari sebarang perlanggaran, dan dilarang

mengambil nyawa kecuali atas alasan ditetapkan Syariah.

(b) Dilarang menggunakan cara seumpamanya yang mungkin menyebabkan kehancuran yang

membunuh umat manusia.

(c) Pemuliharaan kehidupan manusia selama tempoh kehidupan dikehendaki Tuhan menjadi satu

kewajiban yang ditentukan Syariah

(d) Aman dari bahaya fizikal merupakan hak yang dijamin. Menjadi tugas negara melindunginya dan

dilarang melanggarnya tanpa alasan yang ditetapkan Syariah.

PERKARA 3:

(a) Dalam hal penggunaan kekuatan dan dalam hal konflik bersenjata, tidak dibenarkan membunuh

golongan tidak berperang seperti orang tua, wanita dan kanak-kanak. Yang terluka dan yang sakit

sewajarnya berhak mendapatkan rawatan perubatan; dan tawanan perang sewajarnya berhak diberi

makanan, perlindungan dan pakaian. Dilarang mencincang mayat. Menjadi tanggungjawab untuk

menukar tawanan perang dan menguruskan lawatan atau penyatuan semula keluarga yang dipisahkan

oleh keadaan perang.

(b) Dilarang menebang pohon, merosakkan tanaman atau ternakan, dan menghancurkan bangunan

awam musuh dan pemasangan bom, letupan atau sebarang cara lain.

PERKARA 4:

Setiap manusia berhak tidak dilanggari haknya dan perlindungan nama baik dan kehormatan selama

hidupnya dan selepas kematiannya. Negara dan masyarakat wajib melindungi jenazah dan tempat

pengkebumiannya.

PERKARA 5:

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

44

(a) Keluarga asas masyarakat, dan perkahwinan asas pembentukannya. Lelaki dan wanita mempunyai

hak berkahwin, dan tiada sekatan berasaskan bangsa, warna kulit atau kebangsaan sewajarnya

menghalang mereka dari menikmati hak ini.

(b) Masyarakat dan negara sewajarnya mengenepikan segala halangan terhadap perkahwinan dan

harus memudahkan prosedur perkahwinan. Mereka sewajarnya memastikan perlindungan dan

kesejahteraan keluarga.

PERKARA 6:

(a) Perempuan setaraf dengan lelaki dalam maruah manusia, dan mempunyai hak untuk menikmati

sebagaimana tanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu; dia mempunyai entiti sivil dan kebebasan

kewangan sendiri, dan hak untuk mempertahankan nama dan keturunan.

(b) Suami bertanggungjawab atas sokongan dan kebajikan keluarga.

PERKARA 7:

(a) Pada saat atau kelahiran, setiap anak mempunyai hak-hak sewajarnya daripada ibu bapa,

masyarakat dan negara untuk diberikan rawatan, pendidikan dan material, kebersihan dan penjagaan

moral yang mencukupi. Baik janin mahupun ibu mesti dilindungi dan diberi rawatan khusus.

(b) Ibu bapa dan orang dalam kapasiti seumpamanya berhak memilih jenis pendidikan diinginkan untuk

anak mereka, asalkan mereka mempertimbangkan kepentingan dan masa depan anak bersesuaian

dengan nilai etika dan prinsip Syariah.

(c) Kedua ibu bapa berhak atas hak-hak tertentu dari anak-anak mereka, dan kerabat berhak ke atas

hak-hak dari kerabat mereka, bersesuaian dengan asas ajaran Syariah.

PERKARA 8:

Setiap manusia berhak menikmati kapasiti sahnya sama ada dari segi kewajipan atau komitmen,

apabila kapasiti ini hilang atau mengalami penurunan nilai, ia sewajarnya diwakili penjaganya.

PERKARA 9:

(a) Mencari ilmu suatu kewajipan dan meyediakan pendidikan suatu kewajipan masyarakat dan negara.

Negara perlu memastikan wujudnya cara dan sarana untuk mendapatkan pendidikan dan akan

menjamin kepelbagaian pendidikan untuk kepentingan masyarakat sehingga membolehkan seseorang

mengenali agama Islam dan fakta alam semesta bagi kepentingan umat anusia.

(b) Setiap manusia berhak menerima pendidikan agama dan pendidikan duniawi dari pelbagai institusi,

pendidikan dan bimbingan, termasuk keluarga, sekolah, universiti, media, danh lain-lain, secara

bersepadu dan seimbang untuk mengembangkan keperibadiannya, menguatkan keimannya kepada

Tuhan disamping menghormati dan mempertahankan hak dan kewajipan.

PERKARA 10:

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

45

Islam agama fitrah murni. Maka, dilarang melakukan segala bentuk paksaan terhadap manusia atau

mengeksploitasi kemiskinan atau kebodohannya untuk menukarnya kepada agama lain atau tidak

beragama.

PERKARA 11:

(a) Manusia dilahirkan bebas, dan tidak ada seorang pun berhak memperhambakan, memalukan,

menindas atau mengeksploitasi mereka, serta tiada yang menguasai melainkan hanya Tuhan Yang Maha

Tinggi.

(b) Semua jenis kolonialisme yang menjadi salah satu bentuk perhambaan paling kejam sama sekali

dilarang. Masyarakat yang menderita daripada penjajahan mempunyai hak penuh kebebasan dan

penentuan nasib diri. Ini tugas semua negara dan masyarakat untuk menyokong perjuangan bangsa

terjajah bagi membubar segala bentuk kolonialisme dan penjajahan, dan semua negara dan masyarakat

berhak memelihara identiti kemerdekaan mereka serta mengawal kekayaan dan sumber alam mereka.

PERKARA 12:

Setiap orang berhak, dalam rangka Syariah, bergerak bebas dan memilih tempat tinggal sama ada di

dalam atau di luar negara serta jika dianiaya, berhak mencari suaka di negara lain. Negara tersebut perlu

memastikan perlindungannya sehingga dia di tahap selamat, kecuali suaka didorong tindakan yang

Syariah menganggapnya sebagai jenayah.

PERKARA 13:

Bekerja ialah hak dijamin negara dan masyarakat agar setiap orang mampu bekerja. Setiap orang

bebas memilih pekerjaan paling sesuai baginya dan yang memuaskan kepentingannya dan ahli

masyarakat. Pekerja berhak memperolehi keamanan dan keselamatan serta semua jaminan sosial lain.

Dia tidak boleh disuruh bekerja di luar kemampuannya atau dipaksa, dieksploitasi atau dianiaya dengan

cara apapun. Ia berhak diraikan tanpa diskriminasi antara lelaki dan perempuan - mendapat upah adil

bagi kerjanya tanpa ada penangguhan, serta faedah bercuti dan promosi selayaknya. Untuk

bahagiannya, ia sewajarnya diminta berdedikasi dan teliti dalam setiap kerjanya. Jika pekerja dan

pengusaha tidak bersetuju dalam sebarang perkara, negara perlu campur tangan bagi menyelesaikan

pertikaian tersebut dan aduan dilihat semula, hak-hak disahkan, keadilan ditegakkan tanpa memihak.

PERKARA 14:

Setiap orang berhak mendapat keuntungan sah tanpa monopoli, penipuan atau yang merugikan diri

sendiri dan orang lain. Riba dilarang sepenuhnya.

PERKARA 15:

(a) Setiap orang berhak memiliki harta yang diperolehi secara sah, dan layak mendapat hak pemilikan

tanpa prejudis terhadap diri sendiri, orang lain atau masyarakat keseluruhannya. Pengambilalihan tidak

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

46

dibenarkan kecuali untuk keperluan kepentingan awam dan apabila dibayar pampasan yang segera dan

saksama.

(b) Perampasan dan penyitaan aset dilarang kecuali untuk suatu keperluan yang diperuntukkan undang-

undang.

PERKARA 16:

Setiap orang berhak menikmati hasil pengeluarannya sama ada sains, kesusasteraan, kesenian atau

teknikal dan hak-hak untuk melindungi kepentingan moral dan material yang berasas darinya, asalkan

pengeluaran tersebut tidak bertentangan dengan prinsip Syariah.

PERKARA 17:

(a) Setiap orang berhak hidup dalam persekitaran bersih, jauh dari kelakuan buruk dan moral keji,

persekitaran yang mendorong pembangunan dirinya dan menjadi tugas negara dan masyarakat pada

umumnya untuk menyediakan hak itu.

(b) Setiap orang berhak menerima rawatan perubatan dan sosial, dan semua kemudahan awam yang

diberikan masyarakat dan negara dalam batasan sumber mereka yang sedia ada.

(c) Negara perlu memastikan hak individu untuk kehidupan sepatutnya yang akan membolehkannya

memenuhi semua keperluannya dan tanggungannya, termasuk makanan, pakaian, tempat tinggal,

pendidikan, rawatan perubatan dan semua keperluan asas lain.

PERKARA 18:

(a) Setiap orang berhak hidup dalam keadaan selamat untuk dirinya sendiri, agamanya, tanggungannya,

maruahnya dan hartanya.

b) Setiap orang mempunyai hak persendirian dalam urusan peribadinya, di rumahnya, antara ahli

keluarganya, berkait dengan harta benda dan perhubungannya. Tidak dibenarkan untuk mengintipnya

secara rahsia, menempatkannya di bawah pengawasan atau untuk menodai nama baiknya. Negara

harus melindunginya dari gangguan sewenangnya.

(c) Kediaman peribadi tidak boleh diganggu dalam semua kes. Tidak dibenarkan masuk tanpa izin

penghuninya atau dengan cara melanggar undang-undang, dan tidak juga boleh digeledah atau disita

dan penghuninya diusir.

PERKARA 19:

(a) Semua orang setaraf di sisi undang-undang, tanpa perbezaan antara penguasa dan yang dikuasai.

(b) Hak menggunakan bantuan untuk mendapatkan keadilan dijamin untuk semua.

(c) Tanggungjawab pada dasarnya bersifat peribadi.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

47

(d) Tiada jenayah atau hukuman kecuali sebagaimana ditetapkan dalam Syariah.

(e) Orang yang didakwa tidak bersalah sehingga terbukti bersalah dalam mahkamah adil di mana ia

sewajarnya diberi semua jaminan pertahanan.

PERKARA 20:

Tidak dibenarkan tanpa alasan sah menangkap individu, atau menyekat kebebasan, membuang negeri

atau menghukumnya. Tidak dibenarkan membuatkannya tunduk terhadap penyeksaan secara fizikal

atau psikologi atau segala bentuk penghinaan, kekejaman atau penghinaan. Juga tidak diizinkan untuk

memaksa individu bagi tujuan kajian perubatan atau saintifik tanpa persetujuannya atau yang

merisikokan kesihatan atau kehidupannya. Juga tidak dibenarkan untuk mengesahkan undang-undang

darurat yang akan memberikan kuasa eksekutif bagi melaksanakan tindakan tersebut.

PERKARA 21:

Mengambil tebusan dalam bentuk apapun atau untuk sebarang tujuan dilarang secara tegas.

PERKARA 22:

(a) Setiap orang berhak mengeluarkan pendapatnya secara bebas dengan cara yang tidak bertentangan

dengan prinsip-prinsip Syariah.

(b) Setiap orang berhak menyokong apa yang benar, dan menyebarkan apa yang baik, serta memberi

amaran terhadap apa yang salah dan jahat sesuai dengan norma-norma Syariah Islam

(c) Maklumat suatu keperluan penting untuk masyarakat. Ini tidak boleh dieksploitasi atau

disalahgunakan sedemikian rupa sehingga dapat melanggar kesucian dan maruah para nabi,

melemahkan secara diam nilai moral dan etika atau menghancurkan, merosakkan, membahayakan

masyarakat atau melemahkan imannya.

(d) Tidak dibenarkan membangkitkan kebencian nasionalis atau doktrin atau melakukan sesuatu yang

mungkin suatu hasutan terhadap sebarang bentuk atau diskriminasi perkauman.

PERKARA 23:

(a) Kekuasaan suatu amanah; dan penyalahgunaan atau eksploitasi salah daripadanya dilarang, agar hak

asasi manusia terjamin.

(b) Semua orang berhak terlibat, secara langsung atau tidak langsung dalam pentadbiran negaranya. Dia

sewajarnya berhak menguruskan pejabat awam berdasarkan peruntukan-peruntukan Syariah.

PERKARA 24:

Semua hak dan kebebasan ditetapkan dalam Perisytiharan ini tertakluk kepada Syariah Islam.

PERKARA 25:

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

48

Syariah Islam ialah satu-satunya sumber rujukan untuk memberi penjelasan atau klasifikasi kepada

semua perkara termaktub dalam Deklarasi ini. Kaherah pada31 Julai-5 Ogos 1990 /9-14 Muharram 1411

H

LAMPIRAN C

PENGHARAMAN KEPERCAYAAN DAN AMALAN SYIAH MELAYU ISLAM MAZHAB JA’FARI (SYIAH

IMAMIYYAH JA’FARIYYAH) DAN ZAIDI (SYIAH ZAIDIYYAH) MALAYSIA DAN MELETKAKKANNYA DI

BAWAH UNDANG-UNDANG TATACARA JENAYAH SYARIAH OLEH PARA MUFTI DAN KERAJAAN-

KERAJAAN MALAYSIA ADALAH “UN-CONSTITUTIONAL” DAN “UN-ISLAMIC”:

Ia adalah “un-constitutional” kerana:

(1) Ia menyalahi Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 (1) "Every person has the right to profess and

practise his religion..."

(2) Ia menyalahi Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan "Islam is the religion of the Federation; but

other religions may be paractised in peace and harmony in any part of the Federation”.

(3) Ia menyalahi Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (4) "Nothing in this Article derogates from any

other provision of this Constitution"

(4) Ia menyalahi Perlembagaan Persekutuan Perkara 4 (1) "This Constitution is the supreme law of the

Federation and any law passed after Merdeka Day which is inconsistent with this Constitution shall, to

the extent of the inconsistency, be void"

(5) Ia menyalahi Perlembagaan Persekutuan Perkara 5 (1) “No person shall be deprived of his life or

personal liberty save in accordance with law”

(6) Ia menyalahi Perlembagaan Persekutuan Perkara 6 (1) “No person shall be held in slavery”

(7) Ia menyalahi Perlembagaan Persekutuan Perkara 7 (1) “No person shall be punished for an act or

omission which was not punishable by law when it was done or made...” How is being Syiah a crime ?

(8) Ia menyalahi Perlembagaan Persekutuan Perkara 8 (1) "All persons are equal before the law and

entitled to the equal protection of the law" Justeru, Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari dan Zaidi tidak

boleh dihukum sebagai penjenayah kerana kepercayaan mereka oleh mana–mana kerajaan-negeri

kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara74 (3).

(9) Ia menyalahi Perlembagaan Persekutuan Perkara 8 (2) “

(10) Ia menyalahi Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 (1) subject to clause (2) (3) and (4)-

(a) every citizen has the right to freedom of speech and exression.

(b) all citizens have the right to assemble peacefully and without arms

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

49

(c) all citizens have the right to form associations”

(11) Ia menyalahi Perlembagaan Persekutuan tentang hak menuntut ilmu Perkara 12 (1)“ Without

prejudice to Article 8, There shall be no discrimination against any citizen on the grounds only of religion,

race, descent or place of birth…

(12) Ia menyalahi Perlembagaan Persekutuan Perkara 13 (1) “No person shall be deprived of property

save in accordance with law”

(13) Ia menyalahi Perlembagaan Persekutuan Perkara 74 (3) “The power to make laws conferred by this

Article is exercisable subject to any conditions or restrictions imposed with respect to any particular

matter by this Constitution” Justeru, ia adalah "un-constitutional”.

Pengharaman kepercayaan dan amalan Syiah-Melayu Islam mazhab Ja‘fari (Syiah Imamiyyah

Ja‘fariyyah) dan Zaidi (Syiah Zaidiyyah) Malaysia dan meletakkannya di bawah Undang-undang tatacara

jenayah syariah oleh para mufti dan Kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia adalah “un-Islamic”:

(1) Kerana definisi Agama Islam menurut Fatwa dan Enakmen adalah Islam yang berasaskan

pegangan (mazhab) Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak. (a) Ia bukan Islam

yang berasaskan al-Qur’an dan Hadis sepenuhnya pada 5 Mei 1996 (e-fatwa). (b) Justeru, ia adalah

menyeleweng dari al-Qur’an dan Hadis. Dengan penyelewengan definisi ini, maka Syiah dihina, disesat,

dikafir dan dipenjarakan di Malaysia kerana berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang

diwartakan sebagai asas Agama Islam (Usuluddin). (c) Sebahagian Sunni juga akan terasa kecewa dengan

definisi tersebut, jika mereka mengetahuinya kerana ia mengeluarkan al-Qur’an dan Hadis dari menjadi

asas Agama Islam.

(d) Sebahagian mereka pula terperangkap dengan definisi tersebut dan terus menghina dan

memerangi Syiah sebagai perang jihad tanpa disedari. Oleh itu, definisi Agama Islam yang berasaskan

pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah itu adalah terbalik, justeru, ia dicadangkan supaya dipinda kepada

Islam berasaskan al-Qur’an dan Hadis. (e) Justeru, Syiah tidak boleh dihina, disesat, dikafir dan

dipenjarakan. (f) Gara-gara ingin mengharam dan mengkafirkan Syiah, al-Qur’an dan Hadis dikeluarkan

dari definisi Agama Islam itu sendiri ! (g) Dan digantikan dengan “pegangan (mazhab) Ahli Sunnah Wal-

Jma‘ah” sebagai asas Agama Islam. (h) Allah dan RasulNya tidak akan meredai definisi agama Islam yang

diwartakan oleh para mufti dan Kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia. (i) Justeru, siapakah yang

bertanggungjawab di hadapan Allah SWT di dalam perkara ini?

(2) Persoalannya: Bagaimanakah “pegangan (mazhab) Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah” yang datang

hampir 300 tahun selepas kewafatan Nabi SAW diwartakan sebagai asas Agama Islam di Malaysia pada 5

Mei 1996 sedangkan Umat Islam di dalam masa hampir 3 abad selepas kewafatan Nabi SAW tidak

berpegang kepada mazhab atau pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah, justeru adakah mereka dihukum

sesat atau kafir kerana tidak berpegang kepada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah?.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

50

(3) Kenapakah Fatwa dan Enakmen tidak mewartakan definisi Agama Islam sebagai Islam yang

berasaskan al-Qur’an dan Hadis? Atau ia menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular

kerana al-Qur’an tidak diwartakan sebagai the supreme law of Malaysia?

(4) Justeru, Implikasinya “pegangan (mazhab) Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah” adalah lebih kebal daripada

Agama Islam itu sendiri kerana ia dijadikan asas kepada Agama Islam (rukun Islam dan rukun Iman) di

Malaysia mulai 5 Mei 1996.

(5) Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah adalah lebih kebal daripada al-Qur’an itu sendiri kerana ia

diwartakan sebagai asas kepada Agama Islam.

(6) Pegangan Ahli Sunnah Wal-jama‘ah adalah lebih kebal daripada Hadis Nabi SAW itu sendiri kerana ia

diwartakan sebagai asas Agama Islam.

(7) Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah adalah lebih kebal daripada Perlembagaan Persekutuan itu

sendiri kerana ia dapat mengatasi Perlembagaan Persekutuan yang merupakan the supreme law of the

Federation dari sudut amali, khususnya Perkara 11 (1) dan Perkara 3 (1).

(8) Definisi Agama Islam inilah yang mempercepatkan kelahiran sebahagian ekstremis dan pengganas

Sunni Melayu seperti al-Qaidah, IS, ISIL dan lain-lain yang memusuhi Syiah dan akhirnya membunuh

Sunni, Syiah dan Kristian kerana definisi Agama Islam tersebut tidak berasaskan al-Qur’an dan Hadis.

(9) Definisi Agama Islam inilah yang membuat ramai Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari Malaysia telah

dipenjara dan ditahan di bawah Akta ISA sebelum ia dimansuhkan. Dan sekarang mereka ditangkap dan

dibicara di bawah Undang-undang tatacara jenayah syariah sebagai penjenayah pula kerana

kepercayaan mereka. Why is being Syiah a crime??.

(10) Definisi Agama Islam inilah yang membuat pusat-pusat komuniti Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari

diserbu dan digelidah. Buku-buku Syiah diharam, dirampas dan dijadikan bahan bukti. Sedangkan

komuniti-komuniti lain seperti komuniti Hindu dan Sikh dihormati dan dibantu.

(11) Definisi Agama Islam inilah yang membuat Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari tidak dibenarkan

berkahwin dengan Sunni Melayu dan mereka juga tidak dibenarkan menjadi wali nikah. Jabatan Agama

Islam negeri tidak membenarkan mereka berkahwin selagi mereka tidak bertukar kepada Sunni. Justeru

ia menyalahi Maqasid al-Syari’ah bagi mempertahankan integrity al-Qur’an dan Hadis.

(12) Definisi Agama Islam inilah yang membuat jenazah Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari tidak

dibenarkan untuk dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam dan dihalang dari menerima pusaka

keluarganya sendiri.

(13) Definisi Agama Islam inilah yang telah menaik taraf pegangan (mazhab) Ahli Sunnah wal-jama‘ah

kepada status Agama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah kerana ia diwartakan sebagai asas agama Islam dan

hukum syarak (sebahagian dari rukun Islam dan rukun Iman). Sementara al-Qur’an dan Hadis tidak

diwartakan sebagai asas Agama Islam di Malaysia mulai 5 Mei 1996.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

51

(14) Definisi Agama Islam inilah yang membuat Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari kehilangan pekerjaan

dan tidak diterima untuk bekerja dengan kerajaan dan badan-badan berkanun.

(15) Definisi Agama Islam inilah yang membuat Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari disisih, difitnah dan

dihina oleh Salafi/Wahabi Melayu Malaysia di semua jabatan kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia.

(16) Definisi Agama Islam inilah yang bercanggah dengan al-Qur’an surah al-Baqarah (2): 256 “Tidak ada

paksaan dalam (menganuti) agama (Islam)”

(17) Definisi Agama Islam inilah yang menyalahi Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan

Fatwa Kerajaan-kerajaan negeri yang menghalalkan Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah dan Syiah Zaidiyyah

sebelum 5 Mei 1996 (e-fatwa).

(18) Definisi Agama Islam inilah yang bercanggah dengan Fatwa Sunni Syeikh-syeikh al-Azhar.

(19) Definisi Agama Islam inilah yang bercanggah dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Dalam Islam

Cairo 1990 (OIC).

(20) Definisi Agama Islam inilah yang bercanggah dengan Deklarasi Amman 2005 yang ditandatangi oleh

Perdana Menteri Malaysia yang merangkapi Pengerusi OIC pada 2005 yang memperakui 8 mazhab di

dalam Islam yang mana 2 daripadanya adalah Syiah; Syiah Imamiyyah mazhab Ja‘fari dan Syiah mazhab

Zaidi.

(21) Definisi Agama Islam inilah yang bercanggah dengan Deklarasi Makkah al-Mukarramah 2006.

(22) Definisi Agama Islam inilah yang bercanggah dengan Deklarasi Islamabad 2007.

(23) Definisi Agama Islam inilah yang tidak memberi rahmatan kepada semua alam.

(24) Fatwa pengharaman Syiah mazhab Ja’fari dan Zaidi adalah menyalahi firman Allah SWT dalam

Surah al-Baqarah (2): 256 “Tidak ada paksaan dalam (menganuti) agama (Islam)”

(25). Ia menyalahi Hadis Nabi SAW bahawa mengucap Dua kalimah syahadah adalah dikira muslim

(Muslim, Sahih Muslim, ii, Cairo, 1989.

(26). Perlu dinyatakan bahawa fatwa pengharaman Syiah di Malaysia pada 5 Mei 1996 adalah menurut

fatwa mazhab Salafi /Wahabi dengan mengguna nama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah kerana fatwa Ahli

Sunnah Wal-Jama‘ah pimpinan Abu l-Hasan al-Asy‘ari tidak mengharam atau mengkafirkan seorang pun

daripada Ahli Qiblat.

(27). Semoga Fatwa dan Enakmen yang berkaitan dengan pengharaman dan pengkafiran Syiah

Imamiyyah (Ja‘fari) Malaysia dapat diselesaikan secara positif secepat mungkin tanpa semakan

kehakiman daripada pihak kami berasaskan Perlembagaan Persekutuan. “NOT ONLY MUST JUSTICE BE

DONE; IT MUST ALSO BE SEEN TO BE DONE”.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

52

LAMPIRAN D

CARA MUDAH MEMAHAMI KEDUDUKAN ISLAM DI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN

UNDANG-UNDANGN KERAJAAN NEGERI TIDAK BOLEH MENGATASI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

A. (1) "Islam" ditulis sebagai Agama Persekutuan. (2) "Bukan Islam" tidak ditulis sebagai agama

Persekutuan, (3) tetapi mereka dibenarkan (4) untuk mengemalkan (5) agama-agama mereka (6) dengan

aman (7) dan damai (8) di Persekutuan tanah Melayu menurut Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan

"Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in

any part of the Federation".

Ini bererti "bukan Islam" dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk mengamalkan agama-

agama mereka dengan aman dan damai di Persekutuan Tanah Melayu. Justeru secara logiknya, (1) ia

tidak boleh sekali-kali difahami (2) Bahawa Muslim tertentu seperti Syiah, (3) tidak boleh mengamalkan

(4) agama mereka (5) dengan aman (6) dan damai (7) di Persekutuan Tanah Melayu. (8) Oleh itu,

pengharaman kepercayaan dan amalan Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari (Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah)

di Malaysia oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang tidak mempunyai "legal standing"

pada 5 Mei 1996 dan pindaan Perlembagaan (akta parlimen) "kepada Islam yang berasakan pegangan

Ahli Sunnah Wal-Jama'ah dari segi akidah, syari'ah dan akhlak" (E-Fatwa) yang diluluskan oleh Parlimen

pada tahun 1996 dan kerajaan-kerajaan negeri adalah bercanggah dengan Perkara 4 (1) "This

Constitution is the supreme law of the Federation and any law passed after Merdeka Day which is

inconsistent with this Constitution shall, to the extent of the inconsistency, be void" dan Perkara 3 (1) itu

sendiri walaupun Syiah dikeluarkan dari agama Islam sebagai contoh, (8) maka pada ketika itu Syiah

berada di tempat "bukan Islam" (other religions).

(9) Justeru Syiah dibenarkan (10) untuk mengamalkan (11) agama mereka (12) menurut

Perlembagaan Persekutuan. (13) Justeru pengharaman kepercayaan dan amalan Syiah Melayu Islam

mazhab Ja‘fari dan meletakkannya di bawah Undang-undang Jenayah Syariah oleh kerajaan-kerajaan

negeri adalah "un-constitutional" dan “unIslamic”

B. (1) Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan disebut secara umum dan mudah hanya untuk

membezakan dengan bukan Islam. (2) Ia tidak menyebut Islam Sunni atau Islam Syiah. (3) Dua kalimah

syahadah adalah mencukupi bagi membezakan seorang Islam dan bukan Islam secara kasar menurut

Hadis. (4) Ia tidak pula menyebut Islam sebagai “official religion”. (5) Perkara 160 memberi definisi

Melayu; "Malay means a person who professes the religion of Islam, habitually speaks the Malay

language, conforms to Malay customs ...," (6) Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dikaitkan dengan

Melayu dan adat (customs). (7) Begitu juga Islam di negeri-negeri di Tanah Melayu dikaitkan dengan

adat Melayu. (8) Justeru lahirlah Majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu. (9) Ini bererti Islam yang

tidak meliputi hukum "menukar agama atau mazhab" atau murtad atau hukum hudud.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

53

C. (1) Islam di dalam Perkara 3 (1) bukan bersifat menyeluruh (syumul) sebagaimana dikehendaki

oleh al-Qur'an, kerana Perkara 3 (4) menetapkan skopnya atau kuasanya yang terhad. (2) Iaitu ia tidak

boleh mengatasi Perkara-Perkara yang lain di dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri "Nothing in

this Article derogates from any other provision of this Constitution". (3) Iaitu Islam sebagai agama

Persekutuan yang tidak ada kuasa ke atas Perkara-Perkara lain di dalam Perlembagaan itu sendiri.

(4) Adapun lafaz sumpah Wallahi, Wabillahi, Watallah yang digunakan oleh Duli Yang Maha Mulia

Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Timbalannya ketika menerima tugasan mereka (Oaths of Office)

adalah termasuk di dalam Islam dan adat Melayu (Fourth Schedule Article 37). Justeru, Islam di dalam

Perkara 3 (1), Islam di dalam Perkara 160 dan lafaz sumpah Islam di dalam Fourth Schedule Article 37,

tidak boleh diertikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dari sudut Perlembagaannya kerana

Perkara 3 (4) dan 4 (1) adalah jelas menunjukkan sebaliknya. Dan al-Qur’an pula tidak dijadikan the

supreme law of the Federation.

D. (1) Islam dalam Perkara 3 (1) yang dihadkan kuasanya oleh Perkara 3 (4) Perlembagaan

Persekutuan tidak boleh diatasi oleh kerajaan-kerajaan negeri. (2) Kerajaan-kerajaan negeri tidak boleh

memperbesarkan atau menambahkan “saiz kuasa Islam” yang dihadkan kepada Islam di dalam

Perlembagaan Persekutuan untuk diamalkan di negeri-negeri masing-masing sehingga ia mengatasi atau

tidak selari atau bercanggah dengan Perkara-Perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. (3)

Ini adalah kerana kerajaan-kerajaan negeri adalah di bawah (subordinate) bidang kuasa Perlembagaan

Persekutuan.

(4) Oleh itu, mana-mana kerajaan negeri tidak boleh menghalang Muslim Syiah atau bukan Islam

dari mengamalkan agama-agama mereka (4) kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan mereka

(5) beramal dengan agama-agama mereka (6) di Persekutuan Tanah Melayu. (7) Dalam ertikata yang

lain, kerajaan negeri dengan enakmen anti-Syiahnya tidak boleh menghukum Syiah di atas kepercayaan

mereka kerana ia adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan the supreme

law of the land.

E. (1) Kerajaan negeri tidak boleh mengatasi Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang

memberi kebebasan beragama kepada individu "Every person has the right to profess and practise his

religion..." (2) Justeru, pengharaman Syiah oleh kerajaan-kerajaan negeri adalah "un-constitutional". Kes

Lina Joy nama Melayu-Islamnya Aisyah Binti Bukhari dari negeri Perak yang telah murtad kepada agama

Kristian dan menang di dalam kes murtadnya di Mahkamah Tinggi Persekutuan pada tahun 2006 adalah

jelas menunjukkan kebebasan beragama menurut Perkara 11 (1).

(3) Kerajaan negeri tidak boleh mengahalangnya dari menukar agamanya kepada Kristian. (4) Ini

bererti seorang Islam-Sunni Melayu (5) boleh menukar agama Islamnya kepada mana-mana agama yang

dia kehendaki (murtad) menurut Perkara 11 (1) sebagaimana dilakukan oleh Lina Joy.

(6) Begitu juga seorang Islam-Sunni-Melayu (7) boleh menukar Islam mazhab Syafi'i-nya kepada

Islam mazhab Syiah Imamiyyah Ja'fariyyah tanpa halangan. (8) Justeru tidak ada Undang-Undang

Jenayah Syariah yang menetapkan hukuman tidak melebihi 3 tahun penjara atau sebatan tidak melebihi

6 kali atau denda tidak melebihi RM 5000 atau gandingannya dikenakan ke atas seorang Islam-Sunni-

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

54

Melayu bermazhab Syafi'i yang bertukar kepada Islam Syiah Imamiyyah mazhab Ja'fari atau Syiah Zaidi

yang menjamakkan sembahyang zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak di dalam semua keadaan (tanpa

sebab takut atau musafir) kerana ia dimasukkan di dalam Kesalahan Jenayah Syariah umpamanya

sedangkan ia diharuskan oleh Allah dan Rasul-Nya. (9) Tindakan sedemikian adalah menyalahi Perkara

11 (1) dan Perkara 74 (3) Perlembagaan Persekutuan (10) Justeru ia adalah "un-constitutional"

F. (1) Oleh itu, Islam (Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah) di Mahkamah Syariah adalah

“subordinate” kepada Mahkamah Sivil (2) Kerana Mahkamah Sivil ditubuhkan di bawah Perlembagaan

Persekutuan. (3)

Sementara Mahkamah Syariah ditubuhkan di bawah undang-undang kerajaan negeri kecuali

Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen. (4) Justeru,

Mahkamah Syariah tidak boleh disamakan dengan Mahkamah Sivil kerana Perkara 121 (1A) "The courts

referred to in Clause (1) shall have no jurisdiction in respect of any matter within the jurisdiction of the

Syariah courts" adalah untuk pengurusan keadilan sahaja (to administer justice) dan bukan bererti

Mahkamah Sivil tidak ada hak untuk "intervene" di dalam keadaan tertentu pula.

Kes Lina Joy nama Islamnya Aisyah Binti Bukhari telah menukar agama Islamnya kepada agama

Kristian dan menang di dalam kes murtadnya di Mahkamah Tinggi Persekutuan pada tahun 2006 adalah

bukti yang jelas tentang kebebasan beragama di dalam Perkara 11 (1). (5) Ini bererti Mahkamah Syariah

tidak boleh menghalang Lina Joy dari mengemukakan kes murtadnya ke Mahkamah Sivil. (6) Parlimen

dan mana-mana Dewan Undangan Negeri di Malaysia adalah di bawah bidang kuasa Perlembagaan

Persekutuan.

G. (1) Mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selari atau

bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah dan terbatal "This Constitution is the

supreme law of the Federation and any law passed after Merdeka Day which is inconsistent with this

Constitution shall, to the extent of the inconsistency, be void". (2) Justeru, Islam yang bersifat

"menyeluruh" (syumul) menurut al-Qur'an itu adalah di bawah bidang kuasa Perlembagaan

Persekutuan. (3) Hadis Nabi SAW juga adalah di bawah bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan.

(4) Pegangan (mazhab) Ahli Sunnah Wal-Jama'ah adalah di bawah bidang kuasa Perlembagaan

Persekutuan. Justeru ia tidak boleh menjadi the supreme law di Mahkamah Syariah bagi menghukum

Syiah kerana Syiah adalah bukan Ahli Sunnah Wal-Jama'ah dan ia adalah bercanggah dengan

Perlembagaan Persekutuan yang merupakan the supreme law of the Federation. (5) Mahkamah Syariah

adalah di bawah bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan. (6) Lantaran itu, Islam di Malaysia, mahu

atau tidak, adalah Islam yang tidak boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan kerana ia merupakan

the supreme law of the Federation. (7) Justeru, Malaysia dari sudut Perlembagaannya adalah sebuah

negara sekular (un-Islamic) kerana al-Qur’an tidak dijadikan the supreme law of the Federation.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

55

LAMPIRAN E

MALAYSIA DARI SUDUT PERLEMBAGAANNYA ADALAH SEBUAH NEGARA SEKULAR (UN-ISLAMIC)

Jelas terbukti Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa "This Constitution is

the supreme law of the Federation and any law passed after Merdeka Day which is inconsistent with this

Constitution shall, to the extent of the inconsistency, be void". Ini bererti Perlembagaan Persekutuan

yang ada sekarang merupakan the supreme law of the Federation.

2. Kekebalannya mengatasi semua Undang-Undang termasuk (3) al-Qur'an (4) Hadis (5) Enakmen

kerajaan-kerajaan negeri, (6) Fatwa-fatwa, (7) Mahkamah Syariah dan lain-lain. (8) Jika tidak, ia tidak

menjadi the supreme law of the land. (8) Pada 5 Mei 1996 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

dan 14 para mufti negeri-negeri di Malaysia “Menyokong dan menerima cadangan pindaan

Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri–Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata

bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri–Negeri hendaklah agama Islam berasaskan pegangan Ahli

Sunnah Wal Jama‘ah dari segi akidah, syariah dan akhlak”(E-Fatwa).

(9) Ini bererti al-Qur’an yang menjadi sumber utama akidah dan hukum Islam dipinda kepada

Islam yang berasaskan pegangan (mazhab) Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang tidak mempunyai kuasa

keutamaannya dari sudut Undang-undang di Negara ini jika ia dibandingkan dengan Perlembagaan

Persekutuan. (10) Supaya ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang sekular–

termasuk Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil-kerana al-Qur’an tidak dijadikan sebagai the supreme

law of the Federation.

(11) Ini disebabkan dua Undang-Undang Utama; Perlembagaan Persekutuan dan al-Qur’an di

dalam satu negara tidak boleh berhimpun. (12) Maka al-Qur’an yang menjadi the supreme law di dalam

Islam terpaksa dikurangkan kuasa keutamaannya sehingga ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan

Persekutuan yang sekular itu. (13) Sepatutnya mereka meminda Perlembagaan Persekutuan jika mereka

mahu negara ini menjadi sebuah negara Islam yang mana al-Qur’an adalah merupakan the supreme law

of the land. (14) Nampaknya mereka belum bersedia unuk melaksanakannya. (15) Mungkin kerana

rakyat belum boleh menerimanya. (16) Jika mereka mahu, mereka boleh mengadakan referendum. (17)

Justeru, Perlembagaan Persekutuan mengatasi al-Qur’an, maka Malaysia adalah sebuah negara sekular

–termasuk Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil-kerana al-Qur’an tidak dijadikan sebagai the

supreme law of the Federation.

. (18) “Memperuntukkan pindaan kepada semua Undang-Undang negeri dan hukum Syarak bagi

menyelaraskan takrif hukum syarak dan undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah

Wal-Jama‘ah dari segi akidah, syariah dan akhlak” (E-Fatwa). (18) Ini bererti Malaysia adalah sebuah

negara sekular dari sudut Perlembagaan Persekutuan kerana Perlembagaan Persekutuan adalah

merupakan Undang-Undang Utamanya. (19) Dan dari sudut Islam pula, al-Qur’an tidak dijadikan the

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

56

supreme law of the Federation kerana pegangan (mazhab) Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mengambil tempat

al-Qur’an untuk Muslim di negara ini. Justeru Syiah Islam diharamkan di Malaysia secara tidak sah dari

semua sudut.(20) Dari sudut Islam, pindaan tersebut menyalahi akidah dan syariah Islam Nabi

Muhammad SAW kerana pegangan Ahli Sunnah wal-Jama‘ah tidak boleh menyamai al-Qur’an sebagai

the supreme law .

(21) Terdapat akidah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah itu sendiri yang menyalahi al-Qur’an contohnya bab

Talak; talak tidak jatuh tiga sekali gus Surah al-Baqarah (2): 229: "Talak (yang dapat dirujuk) dua kali

setelah itu boleh dirujuk lagi dengan cara yang baik atau menceraikan dengan cara yang baik” dan lain-

lain. (22) Allah dan Rasul-Nya tidak meredai pindaan sumber Hukum Islam dari al-Qur’an kepada

pegangan (mazhab) Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah. (23) Dari sudut Perlembagaan Persekutuan, pindaan itu

tidak sah dan terbatal kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 4 (1) “ This

Constitution is the supreme law of the Federation and any law passed after Merdeka Day which is

incosistent with this Constitution shall, to the extent of the inconsistency, be void”, Perkara 3 (1) “Islam is

the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of

the Federation” dan Perkara 11 (1)“Every person has the right to profess and practise his religion...”

Allah berfirman di dalam surah al-Baqarah (2): 256 “Tidak ada paksaan dalam (menganuti) agama

(Islam)”

(24) Justeru, pindaan tersebut antaranya Muslim di negara ini wajib berpegang kepada Ahli Sunnah

Wal-Jama‘ah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak adalah tidak sah dan terbatal dari semua sudut.

LAMPIRAN F

KERAJAAN NEGERI TIDAK MEMPUNYAI KUASA UNTUK MENINGKATKAN “BIDANG KUASA” ISLAM

YANG DITETAPKAN OLEH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

(1) Islam di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan "Islam is the religion of the

Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation", (2)

tidak diberi kuasa untuk mengatasi Perkara-Perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. (3)

Ia ditetapkan oleh Perkara 3 (4) "Nothing in this Article derogates from any other provision of this

Constitution". (5) Justeru Kerajaan-kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengatasinya.

(6) Ini disebabkan Kerajaan-kerajaan negeri (7) tidak diberi kuasa untuk meningkatkan (8) “bidang

kuasa" (9) yang dihadkan kepada Islam (10) di dalam Perlembagaan Persekutuan (11) walaupun

bertujuan untuk diamalkan (12) di negeri-negeri masing-masing (13 ) sehingga ia tidak selari (14) atau

bercanggah dengan (15) Perkara-Perkara (16) di dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. (17)

Kerana Kerajaan-kerajaan negeri adalah di bawah (subordinate) bidang kuasa Perlembagaan

Persekutuan Perkara 74 (3).

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

57

(18) Perkara 11 (1) sebagai contoh "Every person has the right to profess and practise his religion"

(19) menetapkan kebebasan beragama di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kes Lina Joy nama

Islamnya Aisyah Binti Bukhari dari negeri Perak yang telah menukar agama Islam (murtad) kepada

agama Kristian dan menang di dalam kes murtadnya di Mahkamah Tinggi Persekutuan pada tahun 2006

adalah merupakan kes yang jelas tentang kebebasan beragama di dalam perkara 11 (1). (20) Justeru,

mana-mana kerajaan negeri (22) tidak mempunyai kuasa untuk mengharamkan Syiah Melayu Islam

mazhab Ja‘fari di atas kepercayaan mereka.

(23) Kerana "kuasa" Islam yang diterima oleh kerajaan-kerajaan negeri dari Perlembagaan

Persekutuan itu adalah Islam secara terhad sehingga ia tidak mengatasi semua Perkara di dalam

Perlembagaan Persekutuan. (24) Ini bererti Kerajaan-kerajaan negeri tidak boleh mengatasi Islam di

dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri yang disekat oleh Perkara 3 (4). (25) Dan jika mana-mana

kerajaan negeri mengharamkan Syiah Islam, maka ia menyalahi Perlembagaan Persekutuan Perakara 11

(1), Perkara 3 (1), Perkara 3 (4), Perkara 4 (1), Perkara 5 (1), Perkara 8 (1) dan Perkara 74 (3) yang

merupakan the supreme law of the land (25) Justeru, tindakan pengharaman kepercayaan dan amalan

Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari dan meletakkannya di bawah Undang-undang Jenayah adalah "un-

constitutional". (26) Dan ia boleh dicabar di Mahkamah Tinggi Persekutuan, Insya’ Allah.

LAMPIRAN G

MAQASID AL-SYARI’AH (SUNNI) TIDAK BOLEH MENGHAPUSKAN HAK ASASI SYIAH MELAYU ISLAM

MAZHAB JA’FARI MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN

(1) Pengertian Maqasid al-Syari‘ah secara mudah adalah “tujuan-tujuan Syariah Islam” (the objectives of

Islamic Shari‘ah).

(2) Maqasid al-Syari‘ah dibahagikan kepada 5 perkara. (1) Agama (al-Din) (2) jiwa (al-Nafs) (3) Akal (al

‘Aql) (4) keturunan (al-Nasal) (5) harta (al-Mal). Dalam bahasa Inggeris ia disebut: (1) Religion (2) Life (3)

Intelligent (4) Progeny (5) Property.

(3) Kelima-lima perkara tersebut telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan secara umum untuk

semua rakyat di Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) yang berbilang agama.

(4) Maqasid al-Syari‘ah mestilah berdiri di atas keadilan sejagat.

(5) Maqasid al-Syariah tidak boleh digunakan bagi menyalahi al-Qur’an.

(6) Maqasid al-Syariah tidak boleh digunakan bagi menyalahi Hadis Rasulullah SAW.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

58

(7) Maqasid al-Syariah tidak boleh digunakan untuk pengharaman kepercayaan dan amalan Syiah

Melayu Islam mazhab Ja‘fari secara khusus.

(8) Maqasid al-Syariah tidak boleh digunakan bagi penghapusan mana-mana “ethnic cleansing” dari

semua sudut.

(9) Maqasid al-Syariah tidak boleh digunakan untuk mengeluarkan hak Syiah dari Perlembagaan

Persekutuan dan keadilan menurut al-Qur’an.

(10) Perlembagaan Persekutuan: Perlembagaan yang dikuatkuasakan pada Hari Merdeka Persekutuan

Tanah Melayu (Malaya) 31 Ogos 1957.

(11) Justeru, setiap individu di Negara ini mesti mematuhi Perlembagaan Persekutuan yang merupakan

the supreme law of the Federation.

(1) Maqasid al-Syari‘ah tidak boleh menghapuskan Hak Asasi Syiah-Melayu Islam mazhab Ja‘fari di

dalam Agama: Perkara 3 (1) “ Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised

in peace and harmony in any part of the Federation” Dan Perkara 11 (1) "Every person has the right to

profess and practise his religion..." Ini adalah jaminan kebebasan beragama di Malaysia termasuk Syiah-

Melayu. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah (2): 256 “Tidak ada paksaan dalam (menganuti) agama

(Islam)”

(2) Maqasid al-Syari‘ah tidak boleh menghapuskan Hak Syiah-Melayu Islam mazhab Ja‘fari di dalam

menjaga Jiwa - Liberty of the person-Jiwa (al-Nafs). (A): Perkara 5 (1) No person shall be deprived of his

life or personal liberty save in accordance with law ”.

(B) Maqasid al-Syari‘ah tidak boleh memaksa Syiah–Melayu Islam mazhab Ja‘fari supaya menjadi hamba

tanpa Hak Asasi Manusia atau memaksa mereka melakukan kerja secara paksa Perkara 6 (1) “No person

shall be held in slavery”

(C) Maqasid al-Syari‘ah tidak boleh menghukum Syiah-Melayu Islam mazhab Ja‘fari tanpa undang-

undang yang menetapkan sedemikian atau menerima hukuman yang tidak sejajar Perkara 7 (1) “No

person shall be punished for an act or omission which was not punishable by law when it was done or

made, and no person shall suffer greater punishment for an offence than was prescribed by law at the

time it was committed”

(D) Maqasid al-Syari‘ah tidak boleh mengenakan hukuman yang berbeza terhadap Syiah-Melayu Islam

mazhab Ja‘fari kerana kepercayaan mereka Perkara 8 (1) “All persons are equal before the law and

entitled to the equal protection of the law”

(3) Maqasid al-Syari‘ah tidak boleh menghapuskan Hak Asasi Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari di dalam

meningkatkan ilmu pengetahuan (Akal): Semua Individu berhak untuk menerima pelajaran yang

sewajarnya tanpa halangan agama atau pegangan mereka perkara 12 (1) “Without prejudice to the

generality of Article 8, there shall be no discrimination against any citizen on the grounds only of religion,

race, descent or the place of birth…

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

59

(4) Maqasid al-Syari‘ah tidak boleh menghapuskan Hak Asasi Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari di dalam

penambahan keturunan (zuriat) kerana ia bertentangan dengan Maqasid al-Syari‘ah dan ia berkait rapat

dengan kebebasan beragama Perkara 3 (1) “Islam is the religion of the Federation; but other religions

may be practised in peace and harmony in any part of the Federation”.

Justeru mana-mana Majlis Agama Islam tidak boleh menghalang Syiah-Melayu Islam mazhab

Ja‘fari dari mengadakan majlis akad nikah dan perkahwinan dengan Sunni atau menjadi wali nikah atau

saksi nikah kepada mana-mana pernikahan Sunni-Syiah atas alasan Syiah adalah fasiq atau

seumpamanya di bawah mana-mana pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri kerana perbuatan

sedemikian adalah bertentangan dengan konsep Maqasid al-Syari‘ah di dalam Islam dari satu sudut dan

dari sudut yang lain ia adalah bercanggah dengan Perkara 3 (1) dan 11 (1) “ Every person has the right to

profess and practise his religion…”Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebabasan beragama

kepada semua dan ia boleh diamalkan dengan aman dan damai di Persekutuan Tanah Melayu.

Oleh itu, tindakan menghalang pernikahan antara Sunni dan Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari

oleh mana-mana Majlis Agama Islam atau wakilnya adalah “un-constitutional”. Jika mengahwini

kitabiyyah adalah harus, kenapa tidak dengan Syiah? Ini adalah antara Maqasid al-Syari‘ah bagi

menjaga keturunan. Jika tidak, mereka menggunakan Maqasid al-Syari‘ah bagi menentang Syariah Allah

dan Rasul-Nya. Maka ketika itu Syiah-Melayu Islam mazhab Ja‘fari boleh mengambil tindakan undang-

undang terhadap juru nikah, kadi dan lain-lain di Mahkamah Sivil secara individu bagi menuntut ganti

rugi dan sebagainya. Atau juru nikah Syiah diwujudkan berdasarkan Islam di dalam Perlembagaan

Persekutuan Perkara 3 (1).

(5) Maqasid al-Syari‘ah tidak boleh menghapuskan Hak Asasi Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari di dalam

memiliki harta (property) yang halal Perkara 13 (1) “ No person shall be deprived of property save in

accordance with law ”

Oleh itu, Maqasid al-Syari‘ah tidak boleh digunakan untuk pengharaman kepercayaan dan amalan

Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari di Malaysia kerana ia adalah bertentangan dengan Fatwa sebelum 5

Mei 1996 yang menghalalkannya. Ia menyalahi Deklarasi Amman 2005 yang ditandatangani oleh

Perdana Menteri Malaysia yang juga sebagai Pengerusi OIC pada masa itu yang menetapkan 8 mazhab

diakui dalam Islam termasuk Syiah Imamiyyah Ja‘fari dan Syiah Zaidiyyah. Ia menyalahi Fatwa Al-Azhar,

Deklarasi Makkah al-Mukarramah dan Deklarasi Islamabad. Dan ia juga menyalahi Perlembagaan

Persekutuan Perkara 3 (1), 3 (4), 4 (1), 5 (1), 8 (1) 10 (1), 11 (1), 12 (1-3), 13 (1) dan 74 (3). Ia juga

menyalahi al-Qur’an Surah al-Baqarah (2): 256 “Tidak ada paksaan dalam (menganuti) agama (Islam)”

Di dalam kes yang mana ia menyalahi Perlembagaan Persekutuan, maka ia adalah tidak sah dan

terbatal. Dan ia bertukar kepada Maqasid al-La-syari‘ah iaitu Maqasid yang tidak mempertahankan al-

Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW pula.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

60

LAMPIRAN H

TAHRIF AL-QUR’AN (PENGUBAHAN AL-QUR’AN) E-FATWA.

Tuduhan bahawa Syiah mempunyai al-Qur’an yang lain berbeza dengan al-Qur’an yang ada

sekarang adalah propaganda musuh-musuh Ahlu l-Bait Rasulullah SAW terutamanya oleh Salafi/Wahabi.

Persoalannya: Tidakkah Khalifah Umar bin al-Khattab sendiri yang telah berkata: "Janganlah seorang itu

berkata aku telah mengambil keseluruhan al-Qur'an, apakah dia tahu keseluruhan al-Qur'an itu?

Sesungguhnya sebahagian al-Qur'an telah hilang dan katakan sahaja aku telah mengambil al-Qur'an

mana yang ada?"

Tidakkah Aisyah RA menyatakan surah al-Ahzab (33): 56 pada masa Nabi SAW adalah lebih panjang

iaitu dibaca "Wa'ala al-Ladhina Yusaluna al-Sufuf al-Uwal" selepas "Innalla ha wa Mala'ikatahu

Yusalluna 'Ala al-Nabi..." Aisyah berkata,"Iaitu sebelum Uthman mengubah mushaf-mushaf?” Tidakkah

Hafsah RA telah mengimla' "Wa Salati al-Asr" selepas surah al-Baqarah (2): 238 dan ia tidak ada dalam

al-Qur'an sekarang?

Perlu dinyatakan bahawa buku-buku muktabar Sunni sendiri telah mencatat bahawa al-Qur’an di

zaman Rasulullah SAW adalah berbeza dengan al-Qur’an yang dikumpulkan di dalam mushaf Uthman.

Iaitu al-Qur’an yang ada sekarang seperti berikut:

(i). Al-Bukhari di dalam Sahihnya, VI, hlm. 210 menyatakan (Surah al-Lail (92): 3 telah ditambah

perkataan "Ma Khalaqa" Justeru, ayat yang asal ialah "Wa al-Dhakari wa al-Untha" tanpa "Ma Khalaqa".

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu al-Darda', kemudian ia dicatat pula oleh Muslim, Sahih,I, hlm. 565; al-

Turmudhi, Sahih, V, hlm. 191.

(ii). Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 394; al-Turmudhi, Sahih, V, hlm. 191 menyatakan surah al-

Dhariyat (51): 58 telah dipinda dari teks asalnya "Inni Ana r-Razzaq" kepada "Innallah Huwa r-Razzaq"

iaitu teks sekarang.

(iii). Muslim, Sahih, I, hlm. 726; al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 224 meriwayatkan dari Abu Musa al-

Asy'ari, "Kami membaca satu surah seperti surah al-Bara'ah dari segi panjangnya, tetapi aku telah lupa,

hanya aku mengingati sepotong dari ayatnya "Sekiranya anak Adam (manusia) mempunyai dua wadi

dari harta, nescaya dia akan mencari wadi yang ketiga dan perutnya tidak akan dipenuhi melainkan

dengan tanah."

(iv). Al-Suyuti, al-Itqan, II, hlm. 82, meriwayatkan bahawa 'Aisyah menyatakan surah al-Ahzab (33): 56

pada masa Nabi SAW adalah lebih panjang iaitu dibaca "Wa'ala al-Ladhina Yusaluna al-Sufuf al-Uwal"

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

61

selepas "Innalla ha wa Mala'ikatahu Yusalluna 'Ala al-Nabi..." Aisyah berkata, "Iaitu sebelum Uthman

mengubah mushaf-mushaf."

(v). Al-Bukhari, Sahih, VIII, hlm. 208 mencatatkan bahawa ayat al-Raghbah adalah sebahagian daripada

al-Qur'an iaitu "La Targhabu 'an Aba'ikum" tetapi ia tidak wujud di dalam al-Qur'an yang ada sekarang.

(vi). Al-Suyuti, al-Itqan, III, hlm. 82; al-Durr al-Manthur, V, hlm. 180 meriwayatkan daripada 'Aisyah

bahawa dia berkata,"Surah al-Ahzab dibaca pada zaman Rasulullah SAW sebanyak 200 ayat, tetapi pada

masa 'Uthman menulis mushaf, ia tinggal 73 ayat sahaja."

(vii). Al-Suyuti, al-Itqan, III, hlm. 41 mencatatkan riwayat daripada 'Abdullah bin 'Umar, daripada

bapanya Umar bin al-Khattab, dia berkata, "Janganlah seorang itu berkata aku telah mengambil

keseluruhan al-Qur'an, apakah dia tahu keseluruhan al-Qur'an itu? Sesungguhnya sebahagian al-Qur'an

telah hilang dan katakan sahaja aku telah mengambil al-Qur'an mana yang ada." Ini bererti sebahagian

al-Qur'an telah hilang. Begitu juga terdapat ayat-ayat yang berbeza dicatat di dalam buku-buku Syiah

seperti Raudhah min al-Kafi dan lain-lain walaupun buku-buku tersebut tidak dianggap semuanya sahih

oleh Syiah. Sementara Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim dianggap kesemuanya sahih oleh Sunni dari

semua sudut, tetapi ia tidak ada khilaf tentang al-Qur’an yang ada sekarang dari sudut amali kerana ia

menjadi rujukan Sunni dan Syiah secara bersama.

Justeru, tuduhan bahawa Syiah mempunyai al-Qur’an yang lain hendaklah dihentikan dan

janganlah ia dijadikan bahan untuk menyesat atau mengkafirkan Syiah, nanti orang bukan Islam akan

membuat kesimpulan bahawa al-Qur’an yang dipercayai oleh Sunni dan Syiah tidak lengkap pula (la

samiha llahu), kerana ia terdapat di dalam catatan bersama; Sunni dan Syiah. Sedangkan Syiah dan

Sunni percaya kepada al-Qur’an yang ada sekarang.

LAMPIRAN I

KONSEP LAKNAT DAN MEREKA YANG DILAKNATI DI DALAM AL-QUR’AN-TERMASUK SEBAHAGIAN

SAHABAT?

Pengenalan

Perkataan la‘nat (laknat) dan pecahannya disebut sekurang-kurangnya 32 kali di dalam al-Qur’an di

dalam berbagai-bagai perkara yang melanggari perintah Allah dan Rasul-Nya. Menurut Muhammad Abu

Bakar ‘Abd al-Qadir al-Razi perkataan la‘nat (laknat) memberi erti “pengusiran dan berjauhan dari

kebaikan” (al-Tard wa al-ib‘ad mina l-Khair) (Mukhtar al-Sihah), hlm. 108, Cairo, 1950).

J. Milton Cowan menyatakan la‘nat adalah “curse”. La‘natullahi ‘alaihi bererti “ God’s curse upon him

(A Dictionary of Written Arabic, London 1971, hlm. 870). Iaitu kemurkaan Allah dan jauh dari petunjuk-

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

62

Nya; setiap perbuatan jahat akan menerima kutukan (laknat) daripada Allah (Kamus Dewan, hlm. 694,

Kuala Lumpur, 1971).

Mereka yang dilaknati di dalam al-Qur’an

Di sini dikemukakan sebahagian daripada mereka yang dilaknati di dalam al- Qur’an seperti

berikut:

(i). Laknat Allah kepada mereka yang mengingkari perintah-Nya.

(i) Firman-Nya di dalam surah al- Ahzab (33): 64 “Sesungguhnya Allah melaknat (mengutuk) orang

yang kafir (ingkar) dan menyediakan untuk mereka api yang menyala-nyala”

(ii) Firman-Nya di dalam surah al-Hijr (15): 35 “ Sesungguhnya di atas engkau laknat sampai hari

pembalasan”

(iii) Firman-Nya di dalam Surah al- Sad (38): 78 “Sesungguhnya di atasmu laknat-Ku sampai hari

pembalasan”

Ini menunjukkan sesiapa yang mengingkari walaupun satu hukum daripada hukum-hukum-Nya

adalah termasuk orang yang ingkar terhadap hukum-Nya. Apatah lagi jika seorang itu menukarkan

hukum Allah dengan hukumnya sendiri. Kerana setiap individu Muslim sama ada Nabi SAW atau bukan

Nabi tidak boleh menyalahi al-Qur’an. Firman-Nya di dalam Surah al-An’am (6): 15 “katakanlah:

Sesungguhnya aku takut jika aku mendurhakai Tuhan-ku, akan azab hari yang besar”. Jika Nabi SAW

merasa takut kepada Allah jika dia menderhaka-Nya, maka orang lain sama ada yang bergelar Khalifah

atau sahabat atau mana-mana individu sepatutnya lebih takut lagi untuk menderhakai perintah-Nya.

(ii). Laknat Allah kepada mereka yang menyakiti-Nya dan Rasul-Nya.

Firman-Nya di dalam surah al-Ahzab (33): 57 “Sesungguhnya orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya,

nescaya mereka dilaknati Allah di Dunia dan di Akhirat dan Dia menyediakan mereka seksa yang

menghinakan (mereka)”

Ini bererti sesiapa yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya walau dengan apa cara sekalipun dilaknati

Allah, Rasul-Nya, para Malaikat-Nya dan Mukminin. Sama ada dengan menentang hukum Allah dan

Sunnah Nabi-Nya atau menghina Allah dan Rasul-Nya dengan membatalkan hukum-Nya dan Sunnah

Nabi-Nya di atas alasan maqasid al-Syari‘ah, ijtihad dan sebagainya. Justeru, orang yang menghina Nabi

SAW dan mempersendakan Nabi SAW dengan mengatakan bahawa Nabi SAW “Sedang meracau”

(yahjuru) di hadapan Nabi SAW “Kitab Allah adalah cukup dan kami tidak perlu kepada Sunnah Nabi

SAW”adalah termasuk dalam ayat tersebut (al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69).

Begitu juga dengan orang yang berkata bahawa “Sunnah Nabi SAW mendatangkan perselisihan dan

pertengkaran kepada Umat (Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I , hlm.3) “ Orang yang telah mengepung

dan membakar rumah anak perempuan Nabi SAW Fatimah AS dan berkata: "Aku akan membakar kalian

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

63

sehingga kalian keluar untuk memberi baiah kepada Abu Bakar." (Al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 198; Abu-l-

Fida”, Tarikh, I, hlm. 156).

Merampas Fadak daripada Fatimah AS yang telah diberikan kepadanya oleh Nabi SAW semasa

hidupnya. (Lihat Ahmad bin Tahir al-Baghdadi, Balaghah al-Nisa’, II , hlm.1 4; Umar Ridha Kahalah, A'lam

al-Nisa', III, hlm. 208; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, IV, hlm. 79, 92), menyakiti hati Fatimah,

Ali, Hasan dan Husain kerana Rasulullah SAW bersabda “Siapa menyakiti Fatimah, dia menyakitiku, dan

siapa menyakitiku, dia menyakiti Allah” “Siapa menyakiti Ali, sesungguhnya dia menyakitiku, dan siapa

yang menyakitiku, dia menyakiti Allah” “ Hasan dan Husain kedua-dua mereka adalah pemuda Syurga”

(al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm. 129-131 dan lain-lain).

Mereka yang membakar Sunnah Nabi SAW (Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 140), menghalang orang

ramai dari meriwayatkan Sunnah Nabi SAW [al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 7], mengesyaki

Nabi SAW sama ada berada di atas kebenaran atau kebatilan [Muslim, Sahih, IV, hlm.12,14; al-Bukhari,

Sahih, II, hlm. 111], mengubah sebahagian hukum Allah dan Sunnah Nabi SAW (al-Suyuti, Tarikh al-

Khulafa’’ hlm.136) adalah termasuk orang yang dilaknati Allah, Rasul-Nya, para Malaikat-Nya dan

Mukminin. Dan jika seorang itu tidak melakukan laknat kepada mereka di atas perbuatan mereka yang

dilaknati Allah dan Rasul-Nya, maka dia bukanlah Mukmin yang sebenar. Apatah lagi jika dia

mempertahankan perbuatan mereka tersebut sebagai sunnah atau agama bagi mendekati diri kepada

Allah SWT.

(iii). Laknat Allah kepada mereka yang menyembunyikan hukum-Nya di dalam kitab-Nya.

Firman-Nya di dalam surah al-Baqarah (2): 159 “Sesungguhnya mereka yang menyembunyikan apa

yang Kami turunkan dari keterangan dan petunjuk setelah Kami menerangkannya kepada orang ramai,

nescaya mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati oleh orang yang mengutuknya”

Ini bererti sesiapa yang menyembunyikan hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya yang sepatutnya

didedahkan kepada masyarakat, tetapi dia tidak menerangkannya kepada mereka kerana kepentingan

tertentu, maka dia dilaknati Allah dan orang yang melaknatinya. Apatah lagi jika dia seorang yang

mempunyai autoritatif di dalam agama. Kerana kosep hukum Allah tidak boleh disembunyikannya,

kerana ia harus dilaksanakannya. Di samping itu, dia tidak boleh cenderung kepada orang yang zalim,

kerana Firman-Nya “Janganlah kamu cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman, lantas kamu

akan disambar oleh api neraka. Dan tidak ada bagimu wali selain daripada Allah, kemudian kamu tiada

mendapat pertolongan” Surah Hud (11): 113.

(iv). Laknat Allah kepada mereka yang membohongi-Nya dan Rasul-Nya.

Firman-Nya di dalam surah al-Ahzab (33): 57 “Sesungguhnya orang yang menyakiti Allah dan

Rasul-Nya, nescaya mereka dilaknati Allah di Dunia dan di Akhirat dan Dia menyediakan mereka seksa

yang menghinakan (mereka)”

Ini bererti mereka yang membohongi Allah dan Rasul-nya selepas dikemukakan hukum al-Qur’an

dan Sunnah Nabi-Nya, tetapi mereka masih membantahnya, maka mereka itulah dilaknati Allah dan

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

64

Rasul-Nya. Ayat ini dikenali dengan ayat al-Mubahalah. Ia berlaku di antara Nabi SAW dan Ahlu l-Baitnya

AS di satu pihak dan Nasrani Najran di pihak yang lain.

Nabi SAW telah mempertaruhkan kepada Nasrani Najran abna’a-na anak-anak kami (Hasan dan

Husain AS), nisa’-ana perempuan kami (Fatimah AS) dan anfusa-na diri kami (Ali AS). Imam Ali al-Ridha

berkata: “Sesungguhnya ia dimaksudkan dengan Ali bin Abi Talib AS. Buktinya sebuah Hadis telah

menerangkan maksud yang sama, seperti berikut:" ...aku akan mengutuskan kepada mereka seorang

lelaki seperti diriku [ka-nafsi]." Iaitu Ali bin Abi Talib. Ini adalah suatu keistimewaan yang tidak dimiliki

oleh orang lain, kelebihan yang tidak boleh dikaitkan dengan orang lain dan kemuliaan yang tidak dapat

didahului oleh sesiapa pun kerana diri Ali seperti dirinya sendiri." (Muhammad Babwaih al-Qummi,

Amali al-Saduq, Najaf, 1970, hlm. 468).

Akhirnya mereka enggan bermubahalah dengan Nabi SAW dan Ahlu l-Baitnya, lalu mereka

membayar jizyah kepada Nabi SAW. Jika Nasrani Najran tidak berani menyahuti mubahalah Nabi SAW

dengan pertaruhan Ahlu l-Baitnya, kerana kebenarannya, apakah gerangan mereka yang mengakui al-

Qur’an dan Sunnah Nabi-Nya sebagai asas agama mereka pula berani menentang Ahlu l-Bait AS,

kemudian menyembunyikan kebenaran al-Qur’an dan Sunnah Nabi-Nya, khususnys mengenai mereka?

Jika mereka melakukan sedemikian, nescaya mereka dilaknati oleh Allah dan Rasul-Nya, para Malaikat-

Nya dan Mukminin.

(v). Laknat Allah kepada mereka yang menderhakai-Nya dan Rasul-Nya.

(i) Firman-Nya di dalam surah al-Ma’idah (5): 78-79 “Telah dilaknati orang yang kafir dikalangan

Bani Isra’il di atas lidah Daud dan Isa anak lelaki Maryam. Demikian itu disebabkan mereka telah

mendurhaka dan melampaui batas. Mereka tidak melarang sesuatu yang mungkar yang mereka

perbuat. Sungguh amat jahat apa yang mereka perbuat”

(ii) Firman-Nya di dalam surah al-Ahzab (33): 35 “Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan

mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu.

Barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya,maka ia telah sesat dengan kesesatan yang

nyata”

Ini bererti sesiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya; sama ada melakukan perkara-perkara

yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya serta tidak melakukan konsep “Amru Ma’ruf Nahyu

Munkar”, maka mereka dilaknati Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang dilaknati Allah dan Rasul-Nya,

maka para Malaikat dan Mukminin akan melaknati mereka.

(vi). Laknat Allah kepada mereka yang zalim.

(i) Firman-Nya di dalam surah al-A’raf (7): 44-45 “Ahli syurga menyeru ahli neraka: Kami telah

memperolehi apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kami dengan sebenarnya. Adakah kamu

memperolehi apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kami dengan sebenarnya? Mereka itu menjawab: Ya.

Lalu menyeru orang yang menyeru (Malaikat) di kalanggan mereka: Sesungguhnya laknat Allah ke atas

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

65

orang yang zalim. (iaitu) orang yang menghalangi jalan Allah dan mereka mencari jalan bengkok,

sedang mereka itu kafir terhadap Akhirat”

(ii) Firman-Nya di dalam surah al-Ma’idah (5): 45 “Barang siapa yang tidak menghukum dengan

hukum Allah, maka merekalah orang yang zalim”

Ini bererti sebarang kecenderungan terhadap orang yang zalim akan di sambar oleh api neraka.

Apatah lagi jika seorang itu meredai atau menyokong mereka atau bekerja sama dengan mereka.

Saidina Ali AS berkata: “Mereka yang bersekutu di dalam kezaliman adalah tiga: Pelaku kezaliman,

pembantunya dan orang yang meredai kezaliman itu” (Tuhafu l ‘uqul ‘n Ali r-Rasul, hlm. 23 dan lain-lain.

Justeru, mereka dilaknati oleh Allah dan Rasul-Nya serta Mukminin.

(vii). Laknat Allah kepada mereka yang mengingkari perjanjian Allah, melakukan kerosakan di Bumi

dan memutuskan silaturahim.

(i) Firman-Nya di dalam surah al-Ra’d (13): 25 “Mereka yang mengingkari janji Allah sesudah

eratnya dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah supaya diperhubungkan dan mereka membuat

kerosakan di muka bumi,untuk mereka laknat dan untuk mereka tempat yang jahat ”

(ii) Firman-Nya di dalam surah Muhammad (47): 22-23 “Apakah kiranya jika kamu menjadi wali

(berkuasa) kamu melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan silatu al-Rahim? Mereka itulah

yang dilaknati Allah, lalu Dia memekakkan mereka dan membutakan penglihatan mereka ”

Ini bererti mereka yang mengingkari janji Allah dengan mendurhakai-Nya, kemudian melakukan

kerosakkan di muka bumi dengan mengubah hukum-Nya dan Sunnah Nabi-Nya serta memutuskan

silaturahim, maka bagi mereka laknat Allah dan Rasul-Nya. Justeru, tidak hairanlah jika Saidina Ali AS

telah melaknati mereka yang telah mengubah agama Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Beliau berdoa: Wahai

Tuhanku! Laknatilah mereka yang telah mengubah agama-Mu, menukar ni‘kmat-Mu, menuduh perkara-

perkara yang bukan-bukan terhadap Rasul-Mu SAW, menentang jalan-Mu, menyalahi agamaMu,

mengingkari nikmatMu, menentang kalam-Mu, mempersenda-sendakan Rasul-Mu…(al-Majlisi, Biharu l-

Anwar, Bairut 1991, xxx, hlm. 393).

Rumusan

Berdasarkan kepada ayat-ayat tersebut, maka laknat Allah adalah meliputi orang yang

mempersendakan Allah dan Rasulullah SAW, menghina, mengingkari, mengubah sebahagian daripada

hukum Allah SWT dan Sunnah Rasul-Nya dengan pendapat atau sunnah/bidaah mereka sendiri sama

ada mereka bergelar sahabat atau pun tidak. Adapun mereka yang tidak melakukan sedemikian, maka

mereka tidak dilaknti oleh Allah SWT.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

66

LAMPIRAN J

KONSEP PELAMPAU AGAMA (AL-GHULUW) DI DALAM AL-QUR’AN: SUNNI, WAHABI DAN SYIAH

PELAMPAU AGAMA (GHULAT)?

Pengenalan

Perkataan “pelampau” bererti orang yang melakukan sesuatu dengan berlebih-lebihan, orang yang

mempunyai faham (kepercayaan) yang berlebih-lebihan (Kamus Dewan, Kuala Lumpur, 1991, hlm. 701).

Di dalam bahasa Arab di panggil al-Ghali, kata jamaknya al-Ghulat bererti “orang yang melampaui had”

(Muhammad bin Abu Bakar bin Abdu l-Qadir al-Razi, Mukhtar as-Sihhah, Mesir 1950, hlm. 505). Di

dalam bahasa Inggeris bererti “extremist” .J. Milton Cowan, A Dictionary Of Modern Written Arabic,

London, 1971, hlm. 683). Di dalam al-Qur’an ia disebut sebanyak dua kali dengan perkataan “taghlu”.

Terjemahan ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan:

Pertama: Firman-Nya di dalam surah al-Nisa’ (4): 17 “Hai Ahlu l-Kitab, janganlah kamu melampaui

batas atau berlebih-lebihan di dalam agamamu (La taghlu fi dini-kum) dan janganlah kamu berkata

terhadap Allah melainkan kebenaran) (wa la taqulu ‘ala Llahi illa l-Haqqa). Sesungguhnya Isa anak

Mariam Rasul Allah dan kalimah-Nya (Inan-ma l–Masihu ‘Isa bna Maryam Rasulullah wa kalimatu-hu).

Dia telah mencampakkan-Nya (kalimat) kepada Maryam berserta roh daripada-Nya (alqa-ha ila

Maryama wa ruhun min-hu). Lantaran itu berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya (fa-aminu bi-

Llahi wa rasuli-hi). Dan janganlah kamu berkatakan (Tuhan itu) bertiga (wa la taqulu thalathah).

Berhentilah kamu, itu adalah lebih baik bagimu (Intahu khairun la-kum). Sesungguhnya Allah hanya

Tuhan yang Esa (Inna-ma Llahu ilahun wahidun). Maha suci Dia bahawa ada bagi-Nya seorang anak

(Subhanah an yakunu la-hu waladun). Bagi-Nya apa yang di langit dan apa di bumi (la-hu ma fi s-

Samawati wa l-Ardh). Cukuplah Allah menjadi wakil (wa kafa bi Llahiwakila).

Kedua: Firman-Nya di dalam surah al-An‘am (5): 77 “Katakanlah: Hai Ahlu l-Kitab, janganlah kamu

melampaui batas atau berlebih-lebihan dalam agama selain dari kebenaran (La taghlu fi-dini-kum

ghaira l-Haqqi) dan janganlah kamu menuruti hawa nafsu mereka yang telah sesat sebelum itu (wa la

tattabi‘u ahwa qaumin qad Dhallu min qablu) dan telah menyesatkan kebanyakan (manusia) dan

mereka telah sesat dari jalan yang lurus (wa adhallu kathiran wa Dhallu ‘an sawa as-sabili)”

Perkataan yang penting di dalam ayat pertama:

(i). La taghlu fi dini-kum (Janganlah kamu melampaui batas atau berlebih-lebihan dalam agama kamu).

(ii). Wa la taqulu ‘ala Llahi illa l-Haqqa (Janganlah kamu berkata terhadap Allah melainkan kebenaran).

(iii). Inna-ma l–Masihu ‘Isa bna Maryam Rasulu Llahi wa kalimatu-hu (Sesungguhnya Isa anak Mariam

Rasul Allah dan kalimah-Nya).

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

67

(iv). Alqa-ha ila Maryama wa ruhun min-hu.(Dia telah mencampakkan-Nya (kalimat itu) kepada Maryam

berserta roh daripada-Nya).

(v). Fa-aminu bi-Llahi wa rasuli-hi (Lantaran itu berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya).

(vi. Wala taqulu thalathah (Dan janganlah kamu berkatakan (Tuhan itu) bertiga.

(vii). Intahu khairun la-kum (Berhentilah kamu, itu adalah lebih baik bagimu).

(viii). Inna-ma Llahu ilahun wahidun (Sesungguhnya Allah hanya Tuhan yang Esa).

(ix). (Subhanah an yakunu la-hu waladun (Maha suci Dia bahawa ada bagi-Nya seorang anak)

Perkataan yang penting di dalam ayat yang kedua:

(i). La taghlu fi-dini-kum ghaira l-Haqqi (janganlah kamu melampaui batas atau berlebih-lebihan dalam

agama selain dari kebenaran)

(ii). wa la tattabi‘u ahwa qaumin qad dhallu min qablu (dan anganlah kamu menuruti hawa nafsu

mereka yang telah sesat sebelum itu)

(iii). wa adhallu kathiran wa dhallu ‘an sawa as-sabili (dan telah menyesatkan kebanyakan (manusia)

dan mereka telah sesat dari jalan yang lurus)

Ayat-ayat tersebut memberi implikasi:

(i). Kebenaran (al-Haqq) adalah menepati hukum Allah.

(ii). Kebenaran adalah menepati Sunnah Rasul-Nya.

(iii). Kebenaran tidak boleh diubah oleh sesiapa pun. Mereka tidak boleh mengubah atau mengangkat

status al-Masih, dan ibunya Maryam kepada status Tuhan.

(iv). Mereka tidak boleh memartabatkan Rasul-Nya setaraf dengan Allah, apatah lagi menjadikan

tarafnya lebih tinggi daripada Allah dari segi pelaksanaan hukum dan sebagainya adalah termasuk

golongan pelampau agama (Ghulat fi al-Din).

(v). Melebih-lebihkan para sahabat Rasulullah SAW daripada Rasulullah, apatah lagi menjadikan taraf

mereka lebih tinggi daripada Rasulullah SAW dari segi pelaksanaan hukum dan sebagainya adalah

termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi al-Din).

(vi). Melebih-lebihkan sunnah (bidaah) sahabat dari hukum Allah dari segi pelaksanaan hukum dan

sebagainya adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi al-Din).

(vii). Melebih-lebihkan Sunnah sahabat(bidaah) daripada Sunnah Rasul-Nya adalah termasuk golongan

pelampau agama (Ghulat fi al-Din).

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

68

(viii). Menolak sebahagian daripada hukum Allah adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi

al-Din).

(ix) Menolak sebahagian daripada Sunnah Rasul-Nya adalah termasuk golongan pelampau agama

(Ghulat fi al-Din).

(x). Membatal atau menggantikan hukum Allah dengan fatwa adalah termasuk golongan pelampau

agama (Ghulat fi al-Din).

(xi). Membatal atau menggantikan Sunnah Rasul-Nya dengan sunnah fatwa adalah termasuk golongan

pelampau agama (Ghulat fi al-Din).

(xii). Pelampau agama (Religious exterimist) adalah menyeleweng dari jalan yang lurus.

Rumusan

Tidak ada seorang pun yang setaraf dengan Allah dari semua sudut. Dia Yang Maha Esa dan

Perkasa. Hukum-Nya adalah wajib ditaati oleh para Rasul-Nya dan para pengikut mereka. Hukum-Nya

mengatasi hukum makhluk-Nya. Sesiapa yang melebih-lebihkan (yaghlun) hukum manusia dari hukum-

Nya dengan alasan Ijtihad, Maqasidu al-Syari‘ah, Ijmak (fatwa) bagi menolak al-Qur’an dan Hadis adalah

termasuk golongan pelampau agama.

Sepatutmya istilah-istilah tersebut digunakan untuk melaksanakan hukum-Nya, dan bukan untuk

membatal atau menyalahi hukumNya. Akibatnya mereka menjadi sesat dan meyesatkan sebagaimana

terserlah di dalam ayat-ayat tersebut. Justeru, Syiah ada dua golongan: (i) Golongan pelampau agama

(ghulat) seperti Ismailiyah.

(ii) Golongan yang bukan pelampau agama seperti Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah dan Syiah Zaidiyyah yang

diakui oleh Fatwa-fatwa al-Azhar, Deklarasi Amman, Deklarasi Makkah al-Mukarramah dan Deklarasi

Islamabad. Ada pun Sunni al-Asyairah dan al-Maturidiyyah, mereka ada dua golongan:

(i) Golongan pelampau agama Sunni (ghulat Ahli al-Sunnah): Mereka yang menjadikan sunnah (bidaah)

Abu Bakar, sunnah Umar dan sunnah Uthman mengatasi hukum Allah (al-Qur’an) dan Sunnah Rasulullah

SAW dari sudut amali. (ii) Golongan yang bukan pelampau agama Sunni: Mereka yang tidak melakukan

sedemikian, maka mereka bukanlah daripada golongan pelampau agama (ghulat). (iii) Golongan

Salafi/Wahabi: Kebanyakan mereka adalah terdiri dari pelampau-pelampau agama kerana mereka

mengkfirkan semua mazhab dalam Islam selain dari mazhab mereka (Takfiri). Dan kebanyakan teroris

Muslim seperti Jabhah al-Nusrah, al-Qa’idah, Ahrar al-Syam, Jama‘ah Islamiyyah, Gerakan Syabab, IS dan

Boko Haram adalah berkait rapat dengan fahaman Wahabi.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

69

LAMPIRAN K

RIWAYAT AL-BUKHARI TENTANG PENYAKSIAN PARA SAHABAT BAHAWA MEREKA TELAH MENGUBAH

SUNNAH NABI SAW DAN MENGHINANYA DALAM SAHIHNYA

Tuduhan Salafi/Wahabi bahawa Syiah mencaci para sahabat Nabi SAW itu adalah bagi tujuan

menutupi para sahabat yang telah mencaci, menghina dan menyakiti Nabi SAW itu sendiri sebagaimana

dicatat di dalam Sahih al-Bukhari.

Berikut adalah Teks Sahih al-Bukhari bersama terjemahan bahasa Inggeris tentang penyaksian para

sahabat Nabi SAW bahawa mereka telah mencaci, menghina, menyakiti Nabi SAW dan mengubah

Sunnah Nabi SAW, tetapi ia disembunyikan daripada pengetahuan umum umat Islam di Nusantara oleh

para ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan Wahabi bagi tujuan menutupi para sahabat yang telah

mencaci, menghina dan menyakiti Nabi SAW dengan menuduh Syiah mencaci dan mengkafirkan para

sahabat pula:

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

70

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

71

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

72

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

73

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

74

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

75

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

76

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

77

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

78

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

79

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

80

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

81

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

82

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

83

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

84

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

85

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

86

Berikut adalah terjemahan Teks Sahih al-Bukhari tentang penyaksian para sahabat bahawa mereka

telah mencaci dan menghina Nabi SAW. Mereka beriktikad bahawa Nabi SAW adalah seorang yang tidak

jujur dalam pembahagian (harta) bukan kerana Allah. Mereka menganggap bahawa mereka lebih alim

dan lebih bertakwa daripada Nabi SAW. Penyaksian para sahabat bahawa mereka telah mengubah

Sunnah Nabi SAW sehinggakan sembahyang (al-Salah).

Khalifah Uthman adalah orang pertama yang telah mengubah Sunnah Nabi SAW mengenai

sembahyang (al-Salah). Pengakuan para sahabat bahawa mereka telah mengubah Sunnah Nabi SAW

kerana politik keduniaan. Atau menggunakan agama untuk tujuan politik duniawi. Pengakuan sahabat

bahawa mereka telah mengubah Sunnah Nabi SAW dan persahabatan mereka dengan beliau SAW tidak

menjamin mereka dari seksaan neraka.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

87

Sahabat telah mengubah Sunnah Nabi SAW dengan mematuhi dan meredai sunnah Khalifah Umar.

Khalifah Umar pernah mengesyaki kenabian Nabi Muhammad SAW selepas Islamnya. Khalifah Umar

telah menghalang Nabi SAW dari menulis wasiatnya atau Sunnahnya dengan mengatakan bahawa Nabi

SAW sedang sakit tenat atau meracau (yahjuru) menurut satu riwayat. “Kitab Allah adalah cukup untuk

kita”. Justeru Khalifah Umar adalah orang pertama yang telah menolak Sunnah Nabi SAW, mencaci,

menghina dan menyakiti Nabi SAW. Justeru, Khalifah Umar telah mengakui sebab kegelisahannya dan

ketakutannya bagi menghadapi azab Allah SAW. Semua perlakuan buruk para sahabat dalam Hadis-

hadis tersebut disembunyikan daripada pengetahuan umum di Nusantara oleh para ulama Ahli Sunnah

Wal-Jama‘ah dan Wahabi bagi tujuan menutupi keburukan para sahabat termasuk mencaci, menghina

dan menyakiti Nabi SAW itu sendiri dengan menuduh Syiah mencaci dan mengkafirkan para sahabat

pula:

1. Sahabat telah mencaci, menghina dan menyakiti Nabi SAW dengan menyatakan bahawa Nabi SAW

adalah seorang yang tidak jujur dalam pembahagian harta bukan kerana Allah SWT.

Al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa ‘Abdullah berkata: Nabi SAW telah membahagi-bahagikan

(harta) pembahagian sebagaimana beliau sering melakukannya. Tiba-tiba seorang lelaki (sahabat)

daripada Ansar berkata: “Demi Allah, (cara) pembahagian tersebut bukanlah dilakukan kerana Allah”

Aku berkata: Aku pasti akan memberitahu perkara ini kepada Nabi SAW. Maka aku pun mendatanginya

ketika itu beliau berada di samping para sahabatnya. Lalu aku memberitahu beliau secara sulit. Perkara

tersebut amatlah berat ke atas Nabi SAW, lalu warna muka beliau berubah dan menjadi merah sehingga

aku menyesal memberitahukannya. Kemudian beliau bersabda: Musa disakiti lebih daripada ini, tetapi

dia tetap bersabar” (al-Bukhari, Sahih, viii, Hadis No. 122, hlm. 78). Hadis tersebut adalah menyalahi

akidah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang mengatakan bahawa semua sahabat adalah adil (sila lihat teks

Sahih al-Bukhari).

Renungan: Jika terdapat sahabat yang telah mencaci, menghina dan menyakiti Nabi SAW kerana

menuduh Nabi SAW tidak adil dalam pembahagian harta, menurut Sahih al-Bukhari, kenapa Sunni dan

Wahabi memusuhi Syiah kerana mempertahankan Nabi SAW apabila beliau dicaci dan dihina oleh

sahabatnya dan mereka menuduh Syiah mencaci sahabat pula?

Adakah Nabi SAW boleh dicaci dan dihina oleh sahabatnya sementara sahabat pula tidak boleh

dicaci dan dihina oleh bukan sahabat walau pun sahabat telah mencaci dan menghina Nabi SAW? Ini

bererti sahabat itu lebih mulia dan lebih tinggi daripada Nabi SAW. Malah sahabat itu adalah lebih mulia

dan lebih tinggi daripada Tuhan? Di manakah cinta mereka kepada Nabi SAW, jika dibandingkan cinta

mereka kepada Sahabat?? Persoalannya: Bolehkah sahabat mengatasi Firman-Nya di dalam surah al-

Ahzab (33): 57 “Sesungguhnya orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, nescaya mereka dilaknati

Allah di Dunia dan di Akhirat dan Dia menyediakan mereka seksa yang menghinakan (mereka)” ?

Ini bererti sesiapa -termasuk sahabat- yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya walau dengan apa cara

sekalipun, dilaknati Allah, Rasul-Nya, para Malaikat-Nya dan Mukminin. Sama ada dengan menentang

hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya atau menghina Allah dan Rasul-Nya dengan membatalkan hukum-

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

88

Nya dan Sunnah Nabi-Nya di atas alasan maqasid al-Syari‘ah. Justeru, mereka bukan Ahli Sunnah Nabi

SAW yang sebenar, malah mereka adalah Ahli Sunnah sahabat.

2. Sahabat telah mencaci, menghina dan menyakiti Nabi SAW dan menganggap mereka lebih alim dan

lebih bertakwa kepada Allah daripada Nabi SAW itu sendiri.

Al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa Aisyah berkata: Nabi SAW telah melakukan sesuatu dan

menggalakkan para sahabatnya supaya melakukannya, tetapi sebahagian daripada mereka tidak mahu

melakukannya. Apabila berita mengenainya sampai kepada Nabi SAW, maka beliau menyampaikan

khutbah dan memuji Allah SWT, kemudian bersabda: Apa telah terjadi kepada mereka yang tidak mahu

melakukan perkara yang aku sendiri melakukannya? Demi Allah, aku lebih mengetahui (alim) tentang

Allah daripada mereka dan akulah orang yang paling bertakwa kepada-Nya daripada mereka (al-Bukhari,

Sahih, viii, Hadis No. 123, hlm. 79). Hadis tersebut adalah bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-

Jama‘ah yang menyatakan bahawa semua sahabat adalah baik dan adil (sila lihat teks Sahih al-Bukhari).

Renungan: Jika terdapat sahabat yang telah mencaci dan menghina Nabi SAW menurut Sahih al-

Bukhari kerana beranggapan bahawa mereka adalah lebih alim dan lebih bertakwa daripada Nabi SAW,

kenapa Sunni dan Wahabi memusuhi Syiah yang mempertahankan Nabi SAW apabila beliau SAW dicaci

dan dihina oleh sahabatnya kemudian mereka menuduh Syiah mencaci sahabat pula? Adakah Nabi SAW

boleh dicaci dan dihina oleh sahabatnya sementara sahabat pula tidak boleh dicaci dan dihina oleh

bukan sahabat walau pun sahabat tersebut telah mencaci dan menghina Nabi SAW?

Adakah ia bererti sahabat Nabi SAW itu lebih mulia dan lebih tinggi daripada Nabi SAW itu sendiri,

malah sahabat itu adalah lebih mulia dan lebih tinggi daripada Tuhan? Di manakah cinta mereka kepada

Nabi SAW, jika dibandingkan dengan cinta mereka kepada Sahabat??

Persoalannya: Apakah sahabat boleh mengatasi Firman-Nya di dalam surah al-Ahzab (33): 35 “Tidak ada

bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan

Rasul-Nya memutuskan urusan itu. Barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka ia telah

sesat dengan kesesatan yang nyata”

Ini bererti sesiapa –termasuk sahabat-yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya; sama ada

melakukan perkara-perkara yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya serta tidak melakukan

konsep “Amru Ma’ruf Nahyu Munkar”, maka mereka dilaknati Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang

dilaknati Allah dan Rasul-Nya, maka para Malaikat dan Mukminin akan melaknati mereka. Justeru,

mereka bukan Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar, malah mereka adalah Ahli Sunnah sahabat.

3. Penyaksian sahabat bahawa mereka telah mengubah Sunnah Rasulullah SAW sehinggakan

sembahyang (al-Salah).

Al-Bukhari telah meriwiyatkan bahawa Anas bin Malik berkata: Aku tidak dapati (hari ini) sesuatu

pun yang (telah dilakukan) pada masa Rasulullah SAW” Seorang bertanya: Al-Salah (sebagaimana ia

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

89

telah dilakukan), Anas berkata: Tidakkah kalian melakukan apa yang kalian telah melakukannya (alaisa

sana’tum ma sana‘tum)?

Al-Zuhri berkata: Dia telah menziarah Anas Bin Malik di Damaskus dan mendapatinya pada masa

itu sedang menangis, lalu dia bertanya kepadanya: Kenapakah anda menangis? Dia menjawab: Aku tidak

mendapati atau mengetahui sesuatu yang lebih baik daripada sembahyang (al-Salah) pada masa

Rasulullah SAW, tetapi kini ia dihilangkan/diubah (tidak dilakukan sebagaimana dilakukan pada masa

Rasulullah SAW) (al-Bukhari, Sahih, i, Hadis No. 507, bab tadhyi‘ al-Salah, hlm. 301).

Riwayat al-Bukhari tersebut menunjukkan pengakuan sahabat Anas Bin Malik bahawa Sunnah-

sunnah Rasulullah SAW telah diubah sehinggakan sembahyang (al-Salah) yang mana ia tidak dilakukan

sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah SAW. Anas Bin Malik amat menyesali sikap para sahabat

Rasulullah SAW yang melakukan sedemikian (sila lihat teks Sahih al-Bukhari).

Renungan: Jika terdapat sahabat yang telah mengubah Sunnah Nabi SAW termasuk sembahyang

menurut Sahih al-Bukhari, kenapa Sunni dan Wahabi memusuhi Syiah kerana mempertahankan Sunnah

Nabi SAW apabila ia diubah oleh sahabat termasuk sembahyang cara Nabi SAW seperti sembahyang

dengan tangan lurus, tidak membaca amin dalam Fatihah, melakukan sembahyang jamak tanpa musafir,

tidak melakukan sembahyang Terawih dalam bulan Ramadan, menyapu dua kaki dalam wuduk bukan

basuh, umpamanya.

Kemudian mereka menuduh Syiah sesat kerana sembahyang Syiah berbeza dengan sembahyang

Sunni dan wuduk Syiah berbeza dengan wuduk Sunni. Sedangkan ia adalah cara sembahyang Nabi SAW

dan wuduk Nabi SAW yang telah diubah oleh sahabat sebagaimana diungkap oleh Khalifah Ali AS apabila

beliau berkata: Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi

Rasulullah SAW dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan beliau SAW dengan mengubah

Sunnah-sunnah beliau”. Apakah nilai al-Qur’an kepada sahabat dan pemuja sahabat jika mereka dapat

mengatasinya pula? Persoalannya: Bolehkah para sahabat menyalahi Firman-Nya di dalam surah al-

Ahzab (33): 35 “Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam urusan

mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu. Barang siapa yang mendurhakai Allah dan

Rasul-Nya, maka ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata”? Justeru, mereka bukan Ahli Sunnah Nabi

SAW yang sebenar, malah mereka adalah ahli Sunnah sahabat.

4. Khalifah Uthman adalah orang pertama yang mengubah Sunnah Rasulullah SAW mengenai

sembahyang (al-Salah).

Al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa Khalifah Uthman telah mengubah Sunnah Nabi SAW. Pada

masa hidupnya, Nabi SAW telah bersembahyang (solat) di Mina 2 rakaat Qasar, begitu juga Khalifah Abu

Bakar, Umar dan Uthman pada awal pemerintahannya. Kemudian dia (Uthman) melakukan 4 rakaat di

Mina tanpa Qasar. Sila lihat Hadis 188-190.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

90

Muslim juga meriwayatkan bahawa Aisyah bersembahyang 4 rakaat di Mina kerana menuruti

Khalifah Uthman. Sahih Muslim, II, hlm.143 “Kitab salatul Musafir”.

Justeru, mereka berdua telah mengubah Sunnah Nabi SAW yang melakukan Qasar di Mina.

Kemudian Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah menuruti mereka berdua. Sedangkan sembahyang di Mina wajib

dilakukan secara Qasar bagi menepati al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW. Justeru, Ahli Sunnah Wal-

Jama‘ah adalah mereka yang mengutamakan sunnah (bidaah) sahabat daripada Sunnah Nabi SAW. Dan

inilah antara akidah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.

Renungan: Jika Khalifah Uthman telah mengubah Sunnah Nabi SAW menurut Sahih al-Bukhari,

kenapa Sunni dan Wahabi memusuhi Syiah yang mempertahankan Sunnah Nabi SAW apabila ia diubah

oleh Khalifah Uthman tentang sembahyang jamak, kemudian mereka menuduh Syiah sesat dan

mencaci sahabat pula? Adakah ia bererti Khalifah Uthman itu lebih mulia dan lebih tinggi daripada Nabi

SAW, malah Khalifah Uthman itu adalah lebih mulia dan lebih tinggi daripada Tuhan?

Apakah nilai al-Qur’an kepada sahabat dan pemuja sahabat jika mereka dapat mengatasinya pula?

Di manakah cinta mereka kepada Nabi SAW, jika dibandingkan dengan cinta mereka kepada sahabat??

Persoalannya: Apakah Khalifah Uthman boleh mengatasi Firman-Nya di dalam surah al-Ahzab (33): 35

“Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka

apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu. Barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-

Nya, maka ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata” ?. Justeru, mereka bukan Ahli Sunnah Nabi SAW

yang sebenar, malah mereka adalah Ahli Sunnah Khalifah Uthman.

5. Pengakuan sahabat bahawa mereka telah mengubah Sunnah Nabi SAW kerana politik duniawi.

Atau mereka telah menggunakan agama untuk tujuan politik duniawi.

Al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa Abu Sa‘id al-Khudri berkata bahawa Nabi SAW biasanya

keluar pada hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha ke Musalla. Perkara pertama beliau SAW lakukan adalah

sembahyang. Apabila selesai sembahyang, beliau berdiri di hadapan orang ramai. Maka orang ramau

duduk dalam saf-saf mereka. Kemudian beliau memberi nasihat kepada mereka, malah memerintahkan

mereka. Selepas itu, jika ingin menghantar tenteranya, beliau memerintahkannya. Atau jika ingin

memerintahkan sesuatu, beliau melakukannya, kemudian beliau pulang.

Abu Sa‘id berkata: Orang ramai mengikuti Sunnah Nabi SAW sedemikian sehingga aku keluar

bersama Marwan, gabenor Madinah, untuk mengerjakan sembahyang Aidil Adha atau Aidil Fitri. Apabila

kami sampai ke Musalla, di sana terdapat satu mimbar yang telah dibuat oleh Kathir bin Salt. Marwan

ingin menaiki mimbar sebelum dia sembahyang, maka aku pun menarik pakaiannya, tetapi dia

menariknya kembali.

Kemudian dia terus menaiki mimbar, lalu memberi khutbah sebelum melakukan sembahyang. Aku

berkata kepadanya: Demi Tuhan, anda telah mengubah Sunnah Nabi SAW. Dia menjawab: Wahai Abu

Sa‘id! Apa yang anda ketahui itu hilang begitu saja. Aku pun berkata: Apa yang aku mengetahuinya

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

91

adalah lebih baik daripada apa yang aku tidak mengetahuinya. Dia menjawab: Orang ramai tidak akan

(duduk) mendengar khutbah kita selepas sembahyang (sila lihat Hadis no. 76). Justeru, ia menyalahi

akidah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang percaya bahawa semua sahabat adalah menjadi ikutan dan adil.

Renungan: Jika terdapat sahabat yang telah mengubah Sunnah Nabi SAW termasuk sembahyang

kerana politik duniawi, menurut Sahih al-Bukhari, kenapa Sunni dan Wahabi memusuhi Syiah kerana

mempertahankan Sunnah Nabi SAW apabila ia diubah oleh sahabat termasuk sembahyang? Apakah nilai

al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW kepada sahabat dan pemuja sahabat jika mereka dapat mengatasinya

pula? Apakah Khalifah Marwan telah mengambil agama Tuhan sebagai permainan dan senda-gurau

sebagaimana firman-Nya dalam surah al-A‘raf (7): 51 “(yaitu) orang-orang yang menjadikan agamanya

sebagai permainan dan senda gurau dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. Maka pada hari ini

(Kiamat), Kami melupakan mereka sebagaimana mereka dahulu melupakan pertemuan hari ini, dan

kerana mereka mengingkari ayat-ayat Kami”? Justeru, mereka bukan Ahli Sunnah Nabi SAW yang

sebenar, malah mereka adalah ahli Sunnah sahabat.

6. Pengakuan sahabat bahawa mereka telah mengubah Sunnah Rasulullah SAW dan persahabatan

mereka dengannya tidak menjamin mereka dari seksaan neraka.

Al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa al-Barra’ Bin ‘Azib menyatakan bahawa para sahabat telah

mengubah Sunnah Rasulullah SAW selepas kewafatan baginda SAW. Dan persahabatan mereka dengan

Rasulullah SAW tidak dapat membantu mereka kerana mereka telah menyalahi Sunnahnya.

Al-Bukhari meriwayatkan bahawa al-Musayyab berkata: Aku telah berjumpa dengan al-Barra’ Bin

‘Azib RA, lalu aku berkata: Alangkah beruntungnya anda kerana anda telah bersahabat dengan Nabi

SAW (sahab-ta al-Nabi) dan membaiahnya di bawah pokok. Lantas dia menjawab: Wahai anak

saudaraku! Sebenarnya anda tidak mengetahui apa yang telah kami lakukan (ahdath-na-hu) selepasnya”

(al-Bukhari, Sahih, v, Hadis No. 488, hlm. 343).

Renungan: Jika sahabat yang hampir dengan Nabi SAW dan telah memberi baiah kepada beliau

di bawah pokok seperti al-Barra’ bin ‘Azib, menurut Sahih al-Bukhari, telah memperakui bahawa beliau

dan para sahabatnya telah mengubah Sunnah Nabi SAW ketika al-Musayyab berkata kepadanya: Aku

telah berjumpa dengan al-Barra’ Bin ‘Azib RA, lalu aku berkata: Alangkah beruntungnya anda kerana

anda telah bersahabat dengan Nabi SAW (sahab-ta al-Nabi) dan membaiahnya di bawah pokok.

Lantas dia menjawab: Wahai anak saudaraku! Sebenarnya anda tidak mengetahui apa yang telah

kami lakukan (ahdath-na-hu) selepasnya” (al-Bukhari, Sahih, v, Hadis No. 488, hlm. 343), kenapa Sunni

dan Wahabi memusuhi Syiah kerana mempertahankan Sunnah Nabi SAW apabila ia diubah oleh para

sahabatnya? Sedangkan persahabatan mereka dengan Nabi SAW tidak menjamin mereka dari seksaan

neraka menurut Hadis. Justeru, keredaan Tuhan kepada mereka dalam baiah Ridwan tidak menjamin

mereka dari seksaan neraka jika mereka mengubah Sunnah Nabi SAW. Hadis ini menunjukkan bahawa

pengubahan Sunnah Nabi SAW oleh para sahabatnya atas alasan ijtihad tidak boleh diterima kerana ia

adalah dosa besar yang boleh membawa mereka ke neraka menurut Hadis.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

92

Justeru, riwayat al-Bukhari tersebut adalah menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang

menyatakan bahwa semua sahabat adalah adil. Ia direka bagi kepentingan politik keduniaan sehingga ia

menjadi suatu bentuk penjajahan mental yang halus sehingga ia sukar dikikis dari pemikiran Ahli Sunnah

Wal-Jama‘ah dan golongan Wahabi (sila lihat teks Sahih al-Bukhari). Justeru, mereka bukan Ahli Sunnah

Nabi SAW yang sebenar, malah mereka adalah ahli Sunnah sahabat.

7. Sahabat telah mengubah Sunnah Rasulullah SAW dengan mematuhi dan meredai sunnah Khalifah

Umar

Al-Bukhari telah meriwayatkan dari Syaqiq Bin Salmah, dia berkata: Aku bersama Abdullah Bin

Musa. Abu Musa berkata kepadanya: Apa pendapat anda, wahai Abu ‘Abdal-Rahman apabila seorang itu

berada di dalam junub (janabah), kemudian dia tidak mendapati air, bagaimana dia harus

melakukannya? Abdullah berkata: Dia tidak payah sembahyang sehingga dia mendapati air.

Abu Musa berkata lagi: Apa pendapat anda tentang kenyataan ‘Ammar (yang diperintahkan oleh

Rasulullah SAW supaya melakukan tayammum) yang mana Rasulullah SAW bersabda kepadanya:

Lakukanlah tayammum kerana ia memadai” ‘Abdullah menjawab: Tidakkah anda fikir bahawa Umar

tidak berpuas hati dengan kenyataan ‘Ammar?

Abu Musa menjawab: Tinggalkan kenyataan ‘Ammar, tetapi apa pendapat anda tentang ayat

tayammum (fa-tayammamu sa‘idan tayyiban) surah al-Ma’dah (5): 6? Abdullah tidak menjawab,

kemudian dia berkata: Jika kita membenarkan tayammum, mungkin mereka akan melakukannya

meskipun air boleh didapati terutamanya apabila seorang itu mendapati air ketika itu dalam keadaan

sejuk. Maka aku pun berkata kepada Syaqiq: Adakah Abdullah tidak mahu melakukan tayammum

kerana ini? Dia menjawab: Ya. (al-Bukhari, Sahih, i, Hadis No. 342, hlm. 207-208).

Renungan: Jika Khalifah Umar telah mengubah Sunnah Nabi SAW dan hukum al-Qur’an tentang

seorang yang berada di dalam junub (janabah), kemudian dia tidak mendapati air, maka dia tidak payah

sembahyang dengan melakukan Tayammum sehingga dia mendapati air, menurut Sahih al-Bukhari,

kenapa Sunni dan Wahabi memusuhi Syiah kerana mempertahankan Sunnah Nabi SAW apabila ia

diubah oleh Khalifah Umar? Kemudian mereka menuduh Syiah mencaci sahabat pula? Adakah ia bererti

Khalifah Umar itu lebih mulia dan lebih tinggi daripada Nabi SAW, malah beliau adalah lebih mulia dan

lebih tinggi daripada Tuhan? Apakah nilai al-Qur’an kepada sahabat dan pemuja sahabat, jika mereka

dapat mengatasinya pula? Di manakah cinta mereka kepada Nabi SAW, jika dibandingkan dengan cinta

mereka kepada sahabat?

Riwayat tersebut menunjukkan bahawa sahabat tidak meredai hukum Allah SWT dan Sunnah

Nabi-Nya kerana mereka lebih meredai sunnah Umar. Dan Khalifah Umar sendiri tidak berpuas hati

dengan Sunnah Nabi SAW sebagaimana dinyatakan oleh ‘Abdullah. Oleh itu, Khalifah Umar telah

menolak Sunnah Nabi SAW dengan menciptakan sunnahnya sendiri; tidak payah sembahyang jika tidak

ada air. Persoalannya: Bolehkah Khalifah Umar mengatasi Firman-Nya di dalam surah al-Ahzab (33): 35

“Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

93

apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu. Barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-

Nya, maka ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata”? Justeru, tidak hairanlah jika kita dapati Ahli

Sunnah Wal-Jama‘ah lebih mematuhi sunnah Umar dari Sunnah Nabi SAW. Tidakkah begini akidah Ahli

Sunnah Wal-Jama‘ah? (sila lihat teks Sahih al-Bukhari). Justeru, mereka bukan Ahli Sunnah Nabi SAW

yang sebenar, malah mereka adalah Ahli Sunnah Umar.

8. Khalifah Umar pernah mengesyaki kenabian Nabi Muhammad SAW selepas Islamnya?

Al-Bukhari telah meriwiyatkan bahawa Khalifah Umar berkata: Aku telah berjumpa dengan Nabi

SAW dan berkata: Tidakkah anda benar-benar Nabi Allah (alas-ta nabiyya llahi haqqan) ? Beliau SAW

menjawab: Ya. Aku berkata lagi: Tidakkah kita di atas kebenaran dan musuh kita di atas kebatilan?

Beliau menjawab: Ya. Aku berkata: Kenapakah kita mesti merendah diri di dalam agama kita? Beliau

SAW menjawab: Sesungguhnya aku ini Rasulullah (inni rasulullah) dan aku tidak mendurhakaiNya dan

Dialah pembantuku. Aku pun berkata: Tidakkah anda telah memberitahu kami sesungguhnya kita akan

mendatangi Ka‘bah dan melakukan Tawaf?

Beliau SAW menjawab: Ya, tetapi adakah aku telah memberitahu anda bahawa kitaakan

mendatangi Ka‘bah pada tahun ini? Aku menjawab: Tidak. Beliau SAW berkata: Sesungguhnya anda

akan menziarah Ka‘bah dan melakukan Tawaf. Dia (Umar) berkata: Aku pun mendatangi Abu Bakar.

Maka aku pun bertanya kepadanya: Tidakkah beliau ini Nabi Allah yang sebenar? (alaisa hadha nabiyyu

llahi haqqan) ? Dia (Abu Bakar) menjawab: Ya. Aku berkata: Tidakkah kita di atas kebenaran dan musuh

kita di atas kebatilan? Dia menjawab: Ya. Aku berkata lagi: Kenapakah kita merendah diri dalam agama

kita?

Dia menjawab: Wahai Umar! Sesungguhnya beliau itu adalah Rasulullah (inna-hu la-rasulullah),

beliau tidak mendurhakai Tuhannya dan Dialah pembantunya. Oleh itu, berpeganglah kepadanya,

kerana beliau di atas kebenaran. Aku berkata: Tidakkah beliau memberitahu kepada kita sesungguhnya

kita akan mendatangi Ka‘bah dan melakukan Tawaf? Dia menjawab: Ya. Adakah beliau SAW

memberitahu anda sesungguhnya anda akan mendatangi Ka‘bah pada tahun ini? Aku menjawab: Tidak.

Beliau SAW berkata: Sesungguhnya anda akan mendatanginya dan melakukan Tawaf” (al-Bukhari, Sahih,

iii, Hadis No. 891 bab al- Syurut fil-Jihad, hlm. 565-569, Muslim, Sahih, iv, hlm. 12, 14).

Di dalam riwayat yang lain pula, Khalifah Umar berkata: Aku tidak mengesyaki kenabian

Muhammad seperti syak aku pada hari al-Hudaibiyyah (ma syakak-tu fi nubuwwati Muhammad mithla

syakki yauma al-Hudaibiyyah). Kata-katanya menunjukkan: Dia sentiasa mengesyaki kenabian Nabi

Muhammad SAW, tetapi syaknya pada hari al-Hudaibiyyah adalah lebih banyak, lebih mendalam dan

lebih besar daripada syak-syak sebelumnya (sila lihat, Kitab Muktamar Ulama Baghdad, hlm. 33 dan

lain-lain). Justeru, Khalifah Umar lebih mempercayai Khalifah Abu Bakar daripada Rasulullah SAW itu

sendiri (sila lihat teks Sahih al-Bukhari).

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

94

Renungan: Soalan-soalan yang dikemukakan oleh Khalifah Umar kepada Nabi SAW itu

menunjukkan bahawa beliau telah mengesyaki kenabian Nabi Muhammad SAW itu sendiri umpamanya

“Tidakkah anda benar-benar Nabi Allah (alas-ta nabiyya llahi haqqan)? Beliau SAW menjawab: Ya.

Malah Khalifah Umar sentiasa mengesyaki Nabi SAW, tetapi syaknya kepada Nabi SAW pada hari al-

Hudaibiyyah adalah lebih besar. Dan ia juga menunjukkan bahawa Kahlifah Umar lebih mempercayai

Khalifah Abu Bakar daripada Nabi SAW itu sendiri menurut Hadis.

9. Khalifah Umar telah mencaci, menghina dan menyakiti Nabi SAW dengan menghalang Nabi SAW

dari menulis wasiatnya dan mengatakan bahawa Nabi SAW sedang sakit tenat/meracau (yahjuru)

menurut satu riwayat. Al-Qur’an adalah cukup untuk kita sementara Sunnah Rasulullah SAW tidak

perlu. Justeru, Khalifah Umar adalah orang pertama yang menolak Sunnah Nabi SAW. Lantaran itu,

Khalifah Ali AS telah menolak sunnah (bidaah) Khalifah Umar yang menyalahi Sunnah Nabi SAW.

Al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa ’Ubaidillah Bin ’Abdullah berkata: Apabila Rasulullah SAW

sedang sakit tenat, beliau bersabda: Kalian bawakan kepadaku kertas (kitaban) di mana kalian tidak akan

sesat selama-lamanya. Lantas Umar berkata (kepada hadirin): Nabi SAW sedang sakit tenat di dalam

riwayat yang lain Umar berkata: Nabi SAW sedang meracau dan di sisi kita Kitab Allah dan ia adalah

mencukupi bagi kita (tanpa wasiat-Sunnah Nabi SAW). Lalu mereka berselisih pendapat mengenainya (di

antara menuruti perintah Nabi SAW dan perintah Umar yang menghalang mereka supaya membawa

kertas kepada Nabi SAW). Nabi SAW pun bersabda: Pergilah kalian dariku kerana tidak layak bagi kalian

berkelahi di hadapanku. Ibn Abbas berkata: Satu malapetaka telah menegah Rasulullah SAW dari

menulis surat wasiatnya”(al-Bukhari, Sahih, i, Hadis No. 114, hlm. 86).

Hadis tersebut menunjukkan bahawa:

1. Nabi SAW telah memerintahkan supaya dibawa kepadanya surat (kitab) supaya beliau dapat menulis

sesuatu untuk kebaikan umat.

2. Supaya mereka tidak sesat selama-lamanya.

3. Tiba-tiba Khalifah Umar menghalangnya dengan memberi alasan:

a. Nabi SAW sedang sakit tenat/meracau.

b. Kitab Allah adalah mencukupi bagi kita.

c. Kita tidak memerlukan Sunnah Nabi SAW.

4. Hadirin menentang perintah Umar.

5. Berlaku keriuhan dan tangisan.

6. Nabi SAW memerintahkan mereka (Umar dan kumpulannya) supaya keluar kerana dialah punca

angkara.

7. Umar dan kumpulannya mematuhi perintah Nabi SAW supaya keluar dari tempatnya.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

95

8. Pertengkaran berlaku di hadapan Nabi SAW dan menghalang perintahnya adalah tidak wajar. Lalu

beliau marah dan memerintahkan supaya Umar dan kumpulannya kelaur.

9. Kumpulan yang ingin menurut perintah Nabi SAW telah dihalang oleh Umar.

10. Nabi SAW tidak meneruskan wasiatnya secara bertulis di hadapan hadirin ketika itu kerana Umar

telah menghalangnya dan pertengkaran telah berlaku. Apatah lagi kata-kata Umar telah menyakiti hati

Nabi SAW.

11. Alasan Umar menghalang Nabi SAW dari menulis wasiatnya adalah tidak wajar:

a. Beliau adalah seorang Nabi SAW. Oleh itu, beliau tidak bercakap sesuatu melainkan wahyu yang

diwahyukan.

b. Beliau bersabda: Suatu perkara kalian tidak akan sesat selama-lamanya.

c. Beliau tetap rational kerana beliau adalah seorang Nabi dan tuduhan Umar terhadapnya adalah

taktik halus untuk menghalang penulisan tersebut.

d. Ini bererti Umar lebih mengetahui tentang kesakitan Nabi SAW daripada Nabi SAW sendiri.

e. Umar lebih mengetahui tentang agama dan masa depan umat daripada Nabi SAW sendiri.

12. Umar telah mencapai matlamatnya iaitu menegah Nabi SAW dari menulis wasiat.

13. Khalifah Umar telah memahami tujuan utama Nabi SAW menulis surat tersebut, tetapi dia tidak

bersetuju dengan isi kandungannya kelak; perlantikan Ali sebagai pengganti Nabi SAW secara bertulis

selepas perlantikannya secara lisan di Ghadir Khum.

14. Khalifah Umar tidak mempercayai kemaksuman Nabi SAW ketika itu.

15. Ibn Abbas berkata: Satu malapetaka telah menegah Rasulullah SAW dari menulis surat wasiatnya

16. Malapetaka itu adalah tindakkan Umar dan kumpulannya termasuk Abu Bakar dan Uthman yang

menghalang Rasulullah dari menulis wasiatnya.

17. Tindakan Umar dan kumpulannya adalah sebuah penghinaan kepada Rasulullah SAW dan umat Islam

kerana Rasulullah SAW telah memberi jaminan bahawa wasiatnya tidak akan menyesatkan umat ini

selama-lamanya.

18. Khalifah Umar telah menghalang Nabi SAW dari menulis wasiatnya, tetapi beliau membenarkan

Khalifah Abu Bakar menulis surat wasiatnya untuk melantik beliau menjadi khalifah selepasnya (sila lihat

teks Sahih al-Bukhari).

Renungan: Berdasarkan kepada Hadis tersebut bahawa Khalifah Umar tidak mempercayai

kemaksuman Nabi SAW ketika itu dan dia mempamirkan bahawa dia adalah lebih pandai daripada Nabi

SAW dalam mengendalikan urusan umat Islam. Nabi SAW telah berdukacita di atas tindakan Umar dan

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

96

kumpulannya, lalu mengusir mereka dari rumahnya. Apa yang anehnya, para ulama Ahli Sunnah Wal-

Jama‘ah dan Wahabi di Nusantara memusuhi Syiah kerana mengkritk tindakan Umar yang telah

menghina Nabi SAW mungkin kerana mereka menyokong tindakan khalifah Umar yang telah menghina

Nabi SAW. Persoalannya: Bolehkah Khalifah Umar mengatasi Firman-Nya di dalam surah al-Ahzab (33):

35 “Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka

apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu. Barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-

Nya, maka ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata” ? Justeru, mereka bukan Ahli Sunnah Nabi SAW

yang sebenar, malah mereka adalah Ahli Sunnah Umar.

10. Khalifah Umar telah mengakui sebab kegelisahannya dan ketakutannya bagi menghadapi azab

Allah SWT:

Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Ibn ‘Abbas berkata kepada Khalifah Umar selepas dia ditikam:

Wahai Amir al-Mukminin! Tidakkah anda telah bersahabat dengan Rasulullah SAW dan persahabatan

anda dengannya adalah baik. Kemudian beliau meninggalkan anda di dalam keadaan reda terhadap

anda. Kemudian anda bersahabat pula dengan Abu Bakar, maka persahabatan anda dengannya adalah

baik, dia meninggalkan anda di dalam keadaan reda terhadap anda. Kemudian anda bersahabat dengan

sahabat-sahabat mereka, maka persahabatan anda adalah baik dan sekiranya anda meninggalkan

mereka, maka mereka meredai anda!

Umar menjawab: Ada pun apa yang anda sebutkan tadi tentang persahabatan dengan Rasulullah

dan keredaannya, maka ia merupakan satu kurnian daripada Allah SWT yang dilimpahkan kepadaku. Ada

pun apa yang anda sebutkan tentang persahabatan dengan Abu Bakar dan keredaannya, maka ia juga

satu kurniaan daripada Allah SWT yang dilimpahkan kepadaku, tetapi apa yang anda lihat tentang

kegelisahanku adalah kerana anda dan sahabat anda. Demi Allah, sekiranya aku mempunyai segunung

emas, nescaya aku menebus diriku dengannya dari azab Allah sebelum aku menjumpaiNya (al-Bukhari,

Sahih, v, Hadis No. 41, hlm. 29).

(i) Sikap sedemikian telah diterangkan oleh Allah SWT di dalam surah Yunus (10): 54 “ dan kalau

setiap orang yang zalim itu mempunyai segala apa yang ada di bumi ini, tentu dia menebus dirinya

dengan itu...”

(ii) Dan sekiranya dia seorang wali Allah, maka dia tidak perlu khuatir dengan azab Allah SWT

kerana Dia berfirman di dalam surah Yunus (10): 62-64 “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak

ada rasa takut pada mereka, dan mereka tidak bersedih hati” “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan

sentiasa bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.Tidak ada

perubahan bagi janji-janji Allah. Demikian itulah kemenangan yang agung”

(iii) Kenyataan Khalifah Umar kepada Ibn ‘Abbas bahawa sebab “kegelisahanku adalah kerana

anda dan sahabat anda”, (iv) kemungkinan ia dirujuk kepada Bani Hasyim secara umum dan Ahlu l-Bait

Rasulullah SAW secara khusus- Fatimah, Hasan, Husain dan Ali AS. Antaranya, (v) kerana Khalifah Umar

telah menghina Nabi SAW dengan mengatakan Nabi SAW sedang sakit tenat atau meracau, (vi)

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

97

menghalang wasiat Nabi SAW dari ditulis, (vii) menyerang rumah Fatimah AS, (viii) merampas hak

khalifah dari Ali Bin Abi Talib AS (ix) mengubah Sunnah Nabi SAW dan lain-lain.

(x) Kenyataannya juga memberi implikasi bahawa persahabatannya dengan Nabi SAW tidak

menjamin dirinya dari azab Allah SWT kerana beliau telah mengubah Sunnah Rasulullah SAW

sebagaimana dijelaskan oleh Khalifah Ali AS. (xi) Dan kata-katanya: “Demi Allah, sekiranya aku

mempunyai segunung emas, nescaya aku menebus diriku dengannya dari azab Allah sebelum aku

menjumpaiNya” (xii) merupakan sebuah pengakuan bahawa beliau telah melakukan kezaliman kepada

Bani Hasyim khususnya kepada Rasulullah SAW dan Ahlu l-Baitnya (sila lihat teks Sahih al-Bukhari).

Renungan: Khalifah Umar telah mengakui sebab kegelisahannya dan ketakutannya bagi

menghadapi azab Allah SWT. Beliau telah menyedari tindakannya terhadap Nabi SAW dan Ahlu l-

Baitnya. Malah tindakannya mengubah Sunnah Nabi SAW. Justeru, tidak hairan, jika beliau berkata:

Demi Allah, sekiranya aku mempunyai segunung emas, nescaya aku menebus diriku dengannya dari

azab Allah sebelum aku menjumpaiNya.

Justeru, “hadis” 10 orang sahabat dijamin syurga adalah sebuah hadis maudhu‘ (palsu) kerana

Khalifah Umar sendiri telah menolaknya. Khalifah Ali AS telah menolaknya, Aisyah juga telah

menolaknya, kerana beliau telah mengkafirkan Khalifah Utman. Beliau berkata: “Bunuhlah na’lathan

(Uthman) kerana dia telah kafir” (sila lihat, Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, ii, hlm. 77). Justeru,

bagaimanakah Aisyah telah mengkafirkan Khalifah Uthman jika beliau seorang dari ahli syurga? Perlu

dinyatakan bahawa hisab yang sebenarnya terserah kepada Allah SWT. Semoga semua orang Islam yang

mengucap dua kalimah syahadah termasuk para sahabat yang telah mengubah Sunnah Nabi SAW dan

menghina Nabi SAW diampun, Insya Allah kerana rahamat Tuhan itu adalah luas. Kami tidak mencaci

para sahabat Rasulullah SAW walau pun mereka telah telah mencaci dan menghina Rasulullah SAW,

malah mereka telah mengubah Sunnahnya menurut Hadis. Dan kami tidak mengkafirkan para sahabat

Rasulullah SAW walau pun Rasulullah SAW telah mengkafirkan majoriti para sahabatnya berdasarkan

Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

**

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

98

LAMPIRAN L

RIWAYAT AL-BUKHARI DAN MUSLIM TENTANG KEKAFIRAN MAJORITI PARA SAHABAT SELEPAS

KEWAFATAN RASULULLAH SAW KERANA MEREKA TELAH MENGUBAH SUNNAHNYA.

Tuduhan Salafi/Wahabi terhadap Syiah bahawa mereka telah mengkafirkan para sahabat

Rasulullah SAW adalah bagi tujuan memfitnah dan menutupi para sahabat yang telah dikafirkan oleh

Rasulullah SAW sendiri, menurut Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim, kerana mereka telah mengubah

Sunnahnya.

A. Berikut dikemukakan teks Sahih al-Bukhari, bab fi al-Hudh, bersama terjemahan bahasa

Inggeris. Sementara terjemhannya di dalam bahasa ibunda sengaja ditinggalkan dan sembunyikan oleh

para ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan Wahabi daripada pengetahuan umum umat Islam di Nusantara

bagi menutupi majoriti para sahabat yang telah dikafirkan oleh Rasulullah SAW kerana mereka telah

mengubah Sunnahnya dengan sengaja. Hanya segelintir di kalangan mereka yang terselamat menurut

Hadis.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

99

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

100

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

101

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

102

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

103

B. Berikut dikemukakan teks Sahih Muslim tentang kekafiran majoriti para sahabat yang

disembunyikan daripada pengetahuan umum umat Islam di Nusantara oleh para ulama Ahli Sunnah

Wal- Jamaah dan Wahabi bagi tujuan menuduh Syiah mengkafirkan para sahabat. Pada hakikatnya,

para sahabat telah dikafirkan oleh Rasulullah SAW sendiri kerana mereka telah mengubah

Sunnahnya. Hanya segelintir di kalangan mereka yang terselamat menurut Hadis.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

104

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

105

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

106

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

107

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

108

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

109

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

110

Jawapan kepada tuduhan Salafi/Wahabi bahawa Syiah mengkafirkan para sahabat Rasulullah

SAW itu terdapat di dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim itu sendiri, tetapi ia disembunyikan

daripada pengetahuan umum umat Islam di Nusantara oleh para ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan

Wahabi dengan meninggalkan terjemahannya ke dalam bahasa ibunda. Justeru, tuduhan mereka

adalah merupakan sebuah fitnah bagi menutupi para sahabat yang telah dikafirkan oleh Rasulullah

SAW sendiri kerana mereka telah mengubah Sunnah Nabi SAW menurut Hadis.

1. Definisi sahabat

Pelbagai pendapat mengenai definisi sahabat telah dikemukakan. Ada pendapat yang mengatakan:

"Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi SAW atau melihatnya daripada orang Islam, maka ia adalah

daripada para sahabatnya."

Definisi inilah yang dipegang oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya (al-Bukhari, Sahih, v, hlm.1).

Sementara gurunya Ali bin al-Madini berpendapat: Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi SAW atau

melihatnya, sekalipun satu jam di siang hari, adalah sahabatnya (Ibid). Manakala al-Zain al-Iraqi berkata:

"Sahabat adalah sesiapa yang berjumpa dengan Nabi sebagai seorang Muslim, kemudian mati di dalam

Islam." Said bin Musayyab berpendapat: "Sesiapa yang tinggal bersama Nabi selama satu tahun atau

berperang bersamanya satu peperangan."

Pendapat ini tidak boleh dilaksanakan kerana ia mengeluarkan sahabat-sahabat yang tinggal

kurang daripada satu tahun bersama Nabi SAW dan sahabat-sahabat yang tidak ikut berperang

bersamanya. Ibn Hajar berkata: "Definisi tersebut tidak boleh diterima (Ibn Hajr, Fath al-Bari, viii, hlm.1)

Ibn al-Hajib menceritakan pendapat 'Umru bin Yahya yang mensyaratkan seseorang itu tinggal

bersama Nabi SAW dalam masa yang lama dan mengambil (Hadis) daripadanya (Syarh al-Fiqh al-‘Iraqi,

hlm. 43). Ada juga pendapat yang mengatakan: "Sahabat adalah orang Muslim yang melihat Nabi SAW

dalam masa yang pendek” (Ibid).

2. Kedudukan para sahabat

Kedudukan para sahabat dibahagikan kepada tiga:

i. Sahabat semuanya adil dan mereka adalah para mujtahid. Ini adalah pendapat Ahli Sunnah Wal-

Jama‘ah.

ii. Sahabat seperti orang lain, ada yang adil dan ada yang fasiq kerana mereka dinilai berdasarkan

perbuatan mereka. Justeru sahabat yang baik diberi ganjaran kerana kebaikannya. Sebaliknya yang jahat

dibalas dengan kejahatannya. Ini adalah pendapat mazhab Ahlu l-Bait Rasulullah SAW atau Syi‘ah

Imamiah (Ja’fari) atau Syiah Imam Dua belas.

iii. Semua sahabat adalah kafir. Semoga dijauhi Allah. Ini adalah pendapat Khawarij yang terkeluar

daripada Islam.

3. Kaitan para sahabat dengan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

111

Apa yang dimaksudkan dengan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW dari sudut istilah ialah Fatimah, Ali,

Hasan, Husain, dan sembilan lelaki (imam)daripada anak cucu Husain AS, jumlahnya adalah 13 orang.

Iaitu 12 imam dan Fatimah al-Zahra’ binti Muhammad SAW berasaskan kepada ayat al-Tathir; surah al-

Ahzah (33): 33, ayat al-Mubahalah, Hadis al-Kisa,’Hadis al-Thaqalayni dan lain-lain. Justeru, bilangan

manusia suci adalah 14 orang termasuk Rasulullah SAW. Ada pun sahabat bilangan mereka adalah

melebihi 100 ribu orang antaranya sahabat yang telah menghadiri khutbah Nabi SAW di Ghadir Khum

tentang perlantikan Ali AS selepas Hajjatu l-Wida’ pada tahun 10 H.

4. Para sahabat dan para isteri Rasulullah SAW

Adapun para sahabat dan para isterinya bukanlah daripada Ahlu l-Bait Rasulullah SAW menurut

istilah dan bilangan mereka adalah ramai kerana mereka adalah merupakan orang luar, mereka datang

dan pergi. Mereka pula tidak mempunyai istilah “manusia suci” kerana tidak ada di kalangan mereka

yang disucikan oleh Allah SWT.

5. Ahlu l-Bait Rasulullah SAW

Sementara Ahlu l-Bait Rasulullah SAW adalah darah dagingnya. Rasulullah saw bersabda: “Daging

mereka adalah dagingku, darah mereka adalah darahku, apa yang menyakiti mereka, ia menyakitiku,

apa yang mendukacitakan mereka, ia mendukacitakan aku. Aku berperang dengan mereka yang

memerangi Ahlu l-Baitku dan aku berdamai dengan mereka yang berdamai dengan mereka. Aku

bermusuhan dengan mereka yang bermusuhan dengan mereka (Ahlu l-Baitku). Aku mencintai mereka

yang mencintai mereka (ahlu l-Baitku). Sesungguhnya mereka adalah daripadaku dan aku adalah

daripada mereka. Oleh itu, wahai Tuhanku, jadilah selawat Engkau, berkat Engkau, rahmat Engkau,

keampunan Engkau dan keredaan Engkau ke atasku dan ke atas mereka. Bersihlah mereka daripada

segala dosa dengan sebersih-bersihnya”. Allah telah menetapkan sedemikian di dalam firman-Nya,

surah al-Ahzab (3): 33 “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan segala dosa dari kamu

(‘an-kum) wahai Ahlul-Bait dan membersihkan kamu (kum) sebersih-bersihnya” (Mafatih al-Jinan,Tehran

1992M, hlm. 406-7, Hadis al-Kisa’).

6. Al-Qur’an dan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW sebagai saudara kembar

Rasul SAW bersabda: “Sesungguhnya aku hampir dipanggil, maka aku akan menyahutinya, dan

sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian al-Thaqalayni (dua perkara yang berat); Kitab Allah

merupakan tali Allah (hablu llah) daripada langit ke bumi dan keluargaku Ahl l Bait-i (‘itrati ahli baiti).

Sesungguhnya Yang Maha Halus lagi Maha Bijak telah berfirman kepadaku bahawa sesungguhnya

kedua-duanya tidak akan berpisah (lan yaftariqa) sehingga kedua-duanya dikembalikan kepadaku di

kolamku (haudhi). Justeru, kalian perhatikanlah bagaimana kalian menggantikan aku (mentaati aku)

pada kedua-duanya” (Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, iii,17, 26, 96).

Allah SWT telah menjadikan al-Qur’an dan Ahlu l-Bait Rasul-Nya sebagai saudara kembar yang

tidak berpisah antara satu sama lain. Mereka tidak akan menyalahi al-Qur’an dan sunnah rasul-Nya.

Justeru, selawat kepada Rasulullah SAW wajib diikuti dengan selawat kepada keluarganya. Rasulullah

SAW adalah Rasul kepada semua makhluk Allah. Di samping itu baginda SAW adalah bapa kepada anak-

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

112

anaknya termasuk Fatimah al-Zahra’ binti Muhammad AS, datuk kepada Hasan dan Husain AS. Oleh itu

Syiah mengikuti jalur keluarga Rasulullah SAW seramai 13 orang yang disucikan; iaitu Fatimah dan 12

para Imam AS di mana mereka tidak menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW.

7. Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah menurut jalur sahabat tertentu

Sementara Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah menurut jalur sahabat tertentu pula. Mereka percaya

bahawa semua sahabat yang berjumlah ratusan ribu itu adalah adil (kebal). Mereka boleh menyalahi

hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya dengan ijtihad mereka. Bahkan ijtihad mereka pula menjadi

pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah. Kasih sayang Rasulullah SAW adalah umum kepada umatnya, tetapi

kasih sayang beliau terhadap keluarganya adalah secara khusus. Justeru, beliau bersabda:

“Sesungguhnya Ali adalah daripadaku dan aku adalah daripadanya dan dialah wali bagi setiap mukmin

selepasku” (Musnad ibn hanbal, v, 356, al-Isabah, ii, 509, al-Mustadrak, iii, 132). “Hasan dan Husain

adalah daripadaku” “Fatimah adalah sebahagian daripadaku, maka sesiapa yang menyakitinya, dia

menyakitiku” (Al-Bukhari, Sahih, VI, hlm.196; Ibn Qutaibah, Kitab al-Imamah Wa al-Siyasah, I, hlm.14;

Abu l-Fida, Tarikh, I, hlm.159; al-Tabari, Tarikh, III, hlm.159).

Oleh itu, kedudukan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW adalah lebih tinggi daripada kedudukan sahabat.

Rasulullah SAW bersabda: “Kami Ahlu l-Bait tidak boleh dibandingkan dengan orang lain”(al-Qanduzi al-

Hanafi, Yanabi ‘al-Mawaddah, hlm. 206).

8. Meletakkan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW setaraf dengan sahabat adalah tidak tepat

Meletakkan Ahlu l-Bait Rasulullah SAW setaraf dengan sahabat adalah tidak tepat dan

bertentangan dengan al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW itu sendiri, kerana mencintai Ahlu l-Bait Rasulullah

SAW itu adalah wajib sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-Syura (24): 23 “Katakanlah: Aku tidak

meminta kepadamu suatu upahpun kecuali kasih sayang kepada keluarga(ku)” dan Rasulullah SAW

bersabda: “Sesiapa yang mati kerana mencintai keluarga Muhammad (ali Muhammad), maka dia akan

mati sebagai seorang syahid” (al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, iiv, hlm. 220). Sementara Ahli Sunnah Wal-

Jama‘ah menyangka bahawa Rasulullah SAW itu lebih dekat kepada mereka daripada Ahlu l-Baitnya

sendiri dan hanya mereka yang mengambil semua ilmu daripada Rasulullah SAW dan bukan

keluarganya.

Hanya mereka saja yang tidak menyeleweng dan sesat. Mereka menjadikan para pengikut Ali,

Hasan, Husain, Ali Zainal ‘Abidin, Muhammad al-Baqir, Ja‘far al-Sadiq, Musa al-Kazim, Ali al-Ridha,

Muhammad al-Jawad, Ali al-Hadi, Hasan al-Askari dan Muhammad al-Mahdi AS sebagai menyeleweng

dari pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah. Sementara para pengikut Abu Bakar, Umar, Uthman,

Mu‘awiyah, Yazid, Marwan dan lain-lain, menurut mereka, berada di jalan yang benar walaupun mereka

menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasul SAW. Kemudian mereka menjadikan pegangan mereka sebagai

kayu pengukur kebenaran bagi menyesatkan Syiah.

Di dalam al-Qur’an sahabat bukan semuanya adil. Ini termasuklah kes:

i. Ada sahabat yang telah melarikan diri dari jihad, surah al-Taubah (9): 25

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

113

ii. Ada sahabat yang lebih menyukai kehidupan dunia daripada Akhirat, surah al-Taubah (9): 38.

ii. Ada sahabat yang telah berdusta, surah al-Taubah (9): 43.

iv. Ada sahabat yang telah bersumpah namun berdusta, surah al-Taubah (9): 56.

v. Ada sahabat penyebar fitnah dan ragu-ragu, surah al-Taubah (9): 45-47.

vi. Ada sahabat yang mencampur amal soleh dengan keburukan, surah al-Taubah (9): 102.

vii. Ada sahabat munafiq, surah al-Taubah (9): 101

viii. Ada sahabat yang dikenali sebagai munafiq, surah al-Munafiqun (63): 1

ix. Ada sahabat yang telah berburuk sangka kepada Allah SWT tanpa hak, surah Ali-Imran (3): 154.

x. Ada sahabat yang telah lari dari peperangan Uhud dan Hunain surah, Ali-Imran (3): 153.

xi. Ada sahabat yang fasiq, surah al-Hujurat (49): 6.

xii. Ada sahabat yang membantah Rasulullah SAW dan membenci jihad kerana cintakan dunia, surah al-

Anfal (80): 5-8.

xiii. Ada sahabat yang telah menghindari jihad di dalam perang Badar, surah al-Nisa’ (4): 77.

xiv. Ada sahabat yang telah berbalik dari jihad dan melanggar janji dengan Rasulullah SAW, surah al-

Ahzab (33): 15 .

xv. Ada sahabat yang telah meninggalkan Rasulullah SAW sewaktu baginda sedang berkhutbah Jumaat,

surah al-Jumu‘ah (62): 11.

xvi. Ada sahabat yang telah diberi peringatan bahawa jika Nabi SAW wafat atau dibunuh, atau mereka

(sahabat) berbalik ke belakang (murtad), maka ia tidak akan merugikan Allah sedikit pun, surah Ali

‘Imran (3): 144 “Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul; sebelumnya telah berlalu beberapa rasul.

apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke

belakang, maka ia tidak akan merugikan Allah sedikit pun. Allah akan memberi balasan kepada orang

yang bersyukur”

Justeru, kemungkinan kemurtadan atau kekafiran sahabat selepas kewafatan Rasulullah SAW

telah diterangkan di dalam ayat tersebut. Ia bukanlah perkara yang mustahil kerana sahabat tidak

disucikan oleh Allah SWT. Kemurtadan dan kekafiran mereka, tidak akan merugikan Allah sedikit pun

kerana Allah hanya akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur sahaja. Ada pun mereka yang

tidak bersyukur, tidak akan menerima balasan daripada Allah walau pun mereka di kalangan sahabat.

**

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

114

Buku-buku muktabar Sunni telah mencatat kekafiran majoriti para sahabat Rasulullah SAW setelah

kewafatan baginda SAW di dalam buku-buku mereka. Hanya sedikit sahaja di kalangan mereka yang

telah terselamat sebagaimana dicatat oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain.

Dikemukan dibawah ini lima Hadis daripada Sahih al-Bukhari (Al-Bukhari, Sahih, (Arabic-English),

by Dr. Muhammad Muhammad Muhsin Khan, Islamic University, Medina al-Munawwara, Kazi

Publications, Chicago, USA, 1987, jilid viii, hlm.378-384 (Kitab ar-Riqaq, bab fi l-Haudh) dan enam Hadis

dari Sahih Muslim, Muslim, Sahih, edisi Muhammad Fuad ‘Abdu l-Baqi, Cairo, 1339H, Jilid iv, hlm 1792-

1801 (Kitab al-Fadhail, bab Ithbat Hudhi Nabiyyi-na sallallahu ‘alaihi wa sifati-hi) seperti berikut:

A. Terjemahan Hadis-Hadis dari Sahih al-Bukhari: Bab fi al-Haudh:

i. Hadis No. 587. Daripada Abu Hurairahh bahawa Nabi SAW bersabda: Manakala aku sedang tidur, tiba-

tiba sekumpulan (para sahabatku) datang kepadaku. Apabila aku mengenali mereka, tiba-tiba seorang

lelaki (Malaikat) keluar di antara aku dan mereka. Dia berkata kepada mereka: Datang kemari. Aku

bertanya kepadanya: Ke mana? Dia menjawab: Ke Neraka, demi Allah. Aku pun bertanya lagi: Apakah

kesalahan mereka? Dia menjawab: Mereka telah menjadi kafir-murtad selepas kamu meninggalkan

mereka (inna-hum irtaddu ba‘da-ka ‘ala Adbari-himi l-Qahqariyy). Justeru aku tidak melihat mereka

terselamat melainkan (beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang sesat daripada pengembalanya (fala

ara-hu yakhlusu min-hum illa mithlu hamali n-Na‘am).

ii. Hadis No. 578. Daripada Abdullah bahawa Nabi SAW bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh

dan sebahagian daripada kamu akan dibawa di hadapanku. Kemudian mereka akan dipisahkan jauh

daripadaku. Aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku (ashabi). Maka

dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda

meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)

iii. Hadis No. 584. Daripada Anas daripada Nabi SAW bersabda: Sebahagian daripada sahabatku akan

datang kepadaku di Haudh (Sungai atau Kolam Susu) sehingga aku mengenali mereka, lantas mereka

dibawa jauh daripadaku. Kemudian aku akan bersabda: Para sahabatku (ashabi)! Maka dia (Malaikat)

berkata: Anda tidak mengetahui apa yang lakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka

(inna-ka la adri ma ahdathu ba‘da-ka).

iv. Hadis No. 585. Abu Hazim daripada Sahl bin Sa‘d daripada Nabi SAW, bersabda: Aku akan mendahului

kamu di Haudh. Dan siapa yang akan melaluinya akan miminumnya. Dan siapa yang meminumnya tidak

akan dahaga selama-lamanya. Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku kenali, dan mereka juga

mengenaliku. Kemudian dihalang di antaraku dan mereka. Abu Hazim berkata: Nu‘man bin Abi ‘Iyasy

berkata selepas mendengarku: Adakah anda telah mendengar sedemikian daripada Sahl? Aku

menjawab: Aku naik saksi bahawa aku telah mendengar Abu Sa‘id al-Khudri berkata perkara yang sama,

malah dia menambah: Nabi SAW bersabda: Aku akan bersabda: mereka itu adalah daripadaku (ashabi).

Maka dijawab: “Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda

meninggalkan mereka. Aku akan bersabda: Jauh! Jauh! (daripada rahmat Allah) atau ke Neraka mereka

yang telah mengubah atau menukarkan (hukum Allah dan Sunnahku) selepasku (suhqan suhqan li-man

ghayyara ba‘di)”.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

115

Abu Hurairahh berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sekumpulan daripada para sahabatku

akan datang kepadaku di Hari Kiamat. Kemudian mereka akan diusir jauh dari Haudh. Maka aku akan

bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku (ashabi). Dijawab: Sesungguhnya anda

tidak mengetahui apa yang mereka telah lakukan selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la ‘ilma

la-ka bima ahdathu ba‘da-ka) Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad kebelakang (irtaddu

‘ala a‘qabi-bi-himu l-Qahqariyy).

v. Hadis No. 586. Daripada Ibn Musayyab bahawa Nabi SAW bersabda: Sebahagian daripada para

sahabatku akan mendatangiku di Haudh, dan mereka akan dipisahkan dari Haudh. Maka aku berkata:

Wahai Tuhanku! Mereka adalah para sahabatku (ashabi), maka akan dijawab: Sesungguhnya anda tidak

mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka. Sesungguhnya mereka

telah menjadi kafir-murtad ke belakang selepas anda meninggalkan mereka (inna-hum irtaddu ba‘da-ka

‘ala Adbari-ka l-Qahqariyy).

B. Terjemahan Hadis-Hadis dari Sahih Muslim: Bab Ithbat Haudhi Nabiyyi-na:

i. Hadis No. 29 (2295). Daripada Abdullah bin Rafi‘; Maula Ummi Salmah; isteri Nabi SAW, baginda SAW

bersabda: Sesungguhnya aku akan mendahului kamu di Haudh. Tidak seorang pun daripada kamu (para

sahabatku) akan mendatangiku (la ya’tiyanna ahadu-kum) sehingga dia akan dihalau atau diusir

daripadaku (fa-yudhabbu ‘anni) sebagaimana dihalau atau diusir unta yang sesat (bilangan yang sedikit,

jika ada) (ka-ma yudhabbu l-Ba‘iru dh-Dhallu). Aku akan bersabda: Apakah salahnya? Dijawab:

Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan

mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka) Maka aku bersabda: Jauh! (daripada rahmat Allah)

(suhqan).

ii. Hadis No.26. (2290). Daripada Abi Hazim berkata: Aku telah mendengar Sahlan berkata: Aku telah

mendengar Nabi SAW bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh. Siapa yang melaluinya, dia akan

meminumnya. Dan siapa yang meminumnya, dia tidak akan dahaga selama-lamanya. Akan datang

kepadaku beberapa orang yang aku mengenali mereka dan mereka mengenaliku (para sahabatku).

Kemudian dipisahkan di antaraku dan mereka. Abu Hazim berkata: Nu‘man bin Abi ‘Iyasy telah

mendengarnya dan aku telah memberitahu mereka tentang Hadis ini. Maka dia berkata: Adakah anda

telah mendengar Sahlan berkata sedemikian? Dia berkata: Ya.

Hadis No. 26 (2291) Dia berkata: Aku naik saksi bahawa aku telah mendengar Abu Sa‘id al-Khudri

menambah: Dia berkata: Sesungguhnya mereka itu adalah daripadaku (inna-hum min-ni). Dan dijawab:

Sesungguhnya anda tidak mengetahui bidaah-bidaah yang dilakukan oleh mereka selepas anda

meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka). Maka Nabi SAW bersabda: Jauh !Jauh!

(daripada rahmat Allah) ke Neraka mereka yang telah mengubah atau menukarkan (hukum Tuhanku dan

Sunnahku) selepasku (Suhqan Suhqan li-man baddala ba‘di)

iii. Hadis No. 27 (2293) Dia berkata: Asma‘ binti Abu Bakar berkata: Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya aku akan berada di Haudh sehingga aku melihat mereka yang datang kepadaku

dikalangan kamu (man yaridu ‘alayya min-kum). Dan mereka akan ditarik dengan pantas (daripadaku),

maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu daripada (para sahabat) ku dan daripada umatku.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

116

Dijawab: Tidakkah anda merasai atau menyedari apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda

meninggalkan mereka (amma sya‘arta ma ‘amilu ba‘da-ka)? Demi Allah, mereka sentiasa mengundur ke

belakang (kembali kepada kekafiran) selepas anda meninggalkan mereka (Wa Llahi!Ma barihu ba‘da-ka

yarji‘un ‘ala a‘qabi-him) Dia berkata: Ibn Abi Mulaikah berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kami

memohon perlindungan daripada-Mu supaya kami tidak mengundur ke belakang (kembali kepada

kekafiran) atau kami difitnahkan tentang agama kami”

iv. Hadis No. 28 (2294) Daripada ‘Aisyah berkata: Aku telah mendengar Nabi SAW bersabda ketika

beliau berada di kalangan para sahabatnya (ashabi-hi): Aku akan menunggu mereka di kalangan kamu

yang akan datang kepadaku. Demi Allah! Mereka akan ditarik dengan pantas dariku. Maka aku akan

bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka adalah daripada (para sahabat)ku dan daripada umatku. Dijawab:

Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan

mereka (inna-ka la tadri ma ‘amilu ba‘da-ka). Mereka sentiasa mengundur ke belakang (kembali kepada

kekafiran) (Ma zalu yarji‘un ‘ala a‘qabi-him).

v. Hadis No. 32 (2297) Daripada Abdillah, Rasulullah SAW bersabda: Aku akan mendahului kamu di

Haudh. Dan aku akan bertelagah dengan mereka (aqwaman). Kemudian aku akan menguasai mereka.

Maka aku bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku. Mereka itu adalah para

sahabatku (Ya Rabb! Ashabi, ashabi). Lantas dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang

dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)

vi. Hadis No. 40. (2304) Daripada Anas bin Malik bahawa Nabi SAW bersabda: Akan datang kepadaku di

Haudh beberapa lelaki (rijalun) daripada mereka yang telah bersahabat denganku (mimman sahabani)

sehingga aku melihat mereka diangkat kepadaku. Kemudian mereka dipisahkan daripadaku. Maka aku

akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka adalah para sahabatku. Mereka adalah para sahabatku

(Usaihabi) Akan dijawab kepadaku: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh

mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka).

C. Perkataan-perkataan yang penting di dalam Hadis-Hadis al-Bukhari dan Muslim

Al-Bukhari telah menyebut perkataan-perkataan penting seperti berikut:

(i). Ashabi (para sahabatku) secara literal sebanyak empat kali

(ii). Inna-ka la tadri atau la ‘ilma la-ka ma ahdathu ba‘da-ka (Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa

yang dilakukan(ahdathu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) sebanyak tiga kali. Perkataan

ahdathu bererti mereka telah melakukan bidaah-bidaah atau perubahan yang menyalahi al-Qur’an dan

Sunnah Nabi SAW.

(iii). Inna-hum Irtaddu (Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad) sebanyak empat kali.

(iv). Suhqan suhqan li-man gayayara ba‘di (Jauh! Jauh! (daripada rahmat Allah) atau ke Nerakalah

mereka yang telah mengubah atau menukarkan-hukum Tuhanku dan Sunnahku-selepasku) satu kali.

Perkataan “Ghayyara” bererti mengubah atau menukarkan hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

117

(v). Fala arahu yakhlusu minhum mithlu hamali n-Na‘am (Aku tidak fikir mereka terselamat melainkan

(beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang sesat daripada pengembalanya) satu kali.

Sementara Muslim telah menyebut perkataan-perkataan yang penting di dalam Hadis-Hadis tersebut

seperti berikut:

(i). Ashabi (para sahabatku) secara literal satu kali.

(ii). Ashabi-hi (para sahabatnya) satu kali,

(iii). Sahaba-ni (bersahabat denganku) satu kali

(iv). Usaihabi (para sahabatku) dua kali.

(v). Innaka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka (sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang

dilakukan(ahdathu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) tiga kali.

(vi). Inna-ka la tadri atau sya‘arta ma ‘amilu ba‘da-ka (Sesungguhnya anda tidak mengetahui atau

menyedari apa yang dilakukan (ma ‘amilu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) tiga kali.

Perkataan “Ma ‘amilu” (Apa yang dilakukan oleh mereka) adalah amalan-amalan yang menyalahi hukum

Allah dan Sunnah Nabi-Nya.

(vii). Ma barihu atau Ma zalu Yarji‘un ‘ala a‘qabi-him (mereka sentiasa kembali kepada kekafiran) dua

kali

(viii). Suhqan suhqan li-man baddala ba‘di (Jauh! Jauh! (daripada rahmat Allah) atau ke Nerakalah

mereka yang telah mengganti atau mengubah atau menukar-hukum Tuhanku dan Sunnahku selepasku)

satu kali. Perkataan “Baddala” bererti mengganti atau mengubah atau menukar hukum Allah dan

Sunnah Nabi-Nya.

D. Justeru, sebab-sebab mereka menjadi kafir-murtad menurut Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim

adalah kerana mereka:

(i) Ahdathu=Irtaddu atau yarji‘un ‘ala a‘qabi-him

(ii) ‘Amilu =Irtaddu atau yarji‘un ‘ala a‘qabi-him

(iii) Ghayyaru=Irtaddu atau yarji‘un ‘ala a‘qabi-him

(iv) Baddalu=Irtaddu atau yarji‘un ‘ala a‘qabi-him

Ini bererti mereka yang telah mengubah hukum-Nya dan Sunnah Nabi-Nya dilaknati (mal‘unin).

Justeru sebarang justifikasi (tabrirat) seperti Maslahah, Saddu dh-Dhara’i‘, Maqasid al-Syari‘ah, Ijtihad,

Qiyas, Ijmak dan sebagainya bagi mengubah atau menukar atau membatalkan sebahagian hukum Allah

dan Sunnah Nabi-Nya adalah bercanggah dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW yang sebenar. Jika

mereka terus melakukan sedemikian, maka mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar,

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

118

malah mereka adalah ahli anti sebahagian Sunnah Nabi SAW sebagaimana dijelaskan di dalam Hadis-

hadis tersebut.

Sebab utama yang membawa mereka menjadi kafir-murtad (Irtaddu atau la yazalun yarji‘un ‘ala

a‘qabi-him) di dalam Hadis-hadis tersebut adalah kerana mereka telah mengubah sebahagian hukum

Allah dan Sunnah Nabi-Nya (baddalu wa ghayyaru) dengan melakukan berbagai bidaah (ahdathu) dan

amalan-amalan (‘amilu) yang bercanggah dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW yang sebenar.

Perkara yang sama akan berlaku kepada kita di abad ini jika kita melakukan perkara yang sama. Menurut

al-Bukhari dan Muslim, hanya sebilangan kecil daripada mereka terselamat seperti bilangan unta yang

sesat atau terbiar (mithlu hamali n-Na‘am). Justeru konsep keadilan semua para sahabat yang

diciptakan oleh Abu l-Hasan al-Asy‘ari (al-Asy‘ari, al-Ibanah, cairo, 1958, hlm. 12) dan dijadikan

pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah adalah bercanggah dengan Hadis-hadis tersebut.

E. Hadis-Hadis tersebut pula adalah bertepatan dengan firman-firman-Nya seperti berikut:

(i) Surah al-Saba’ (34): 13 “Dan sedikit daripada hamba-hambaKu yang bersyukur”

(ii) Surah Yusuf (12): 103“ Dan kebanyakan manusia bukanlah orang yang beriman, meskipun engkau

harapkan”,

(iii) Surah Sad (38): 24 “Melainkan orang yang beriman dan beramal soleh, tetapi sedikit (bilangan)

mereka”

(iv) Surah Hud (11): 40 “Dan tiadalah beriman bersamanya (Nuh) melainkan sedikit sahaja.”

Menurut al-Qur’an bahawa golongan mukmin adalah sedikit. Justeru tidak hairanlah jika terdapat

di kalangan para sahabat yang telah mengubah Sunnah Nabi SAW, tidak meredai keputusan yang dibuat

oleh Nabi SAW sendiri. Malah mereka menuduh beliau melakukannya kerana kepentingan diri sendiri

dan bukan kerana Allah SWT berdasar kepada catatan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah. Al-Bukhari di dalam

Sahihnya, Jilid IV, hlm. 47 bab al-Sabr 'Alaal-Adha meriwayatkan bahawa al-A'masy telah memberitahu

kami bahawa dia berkata: "Aku mendengar Syaqiq berkata: "Abdullah berkata:

Suatu hari Nabi SAW telah membahagikan sesuatu kepada para sahabatnya sebagaimana biasa

dilakukannya. Tiba-tiba seorang Ansar mengkritiknya seraya berkata: "Sesungguhnya pembahagian ini

bukanlah kerana Allah SWT”.

Aku pun berkata kepadanya bahawa aku akan memberitahu Nabi SAW mengenai kata-katanya.

Aku pun mendatangi beliau ketika itu beliau berada bersama para sahabatnya. Lalu aku memberitahu

beliau apa yang berlaku. Tiba-tiba mukanya berubah dan menjadi marah sehingga aku menyesal

memberitahunya. Kemudian beliau bersabda: "Musa disakiti lebih dari itu tetapi beliau bersabar.

"Perhatikanlah bagaimana perlakuan sahabat (ma‘amilu) terhadap Nabi SAW. Tidakkah apa yang

diucapkan oleh Nabi SAW itu adalah wahyu? Tidakkah keputusan Nabi SAW itu wajib ditaati? Tetapi

mereka tidak mentaatinya kerana mereka tidak mempercayai kemaksuman Nabi SAW.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

119

Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Jilid IV, Kitab al-Adab bab Manlam yuwajih al-Nas bi l-'Itab berkata:

"Aisyah berkata: Nabi SAW pernah melakukan sesuatu kemudian membenarkan para sahabat untuk

melakukannya, tetapi sebahagian para sahabat tidak melakukannya. Kemudian berita ini sampai kepada

Nabi SAW, maka beliau memberi khutbah memuji Allah kemudian bersabda: "Kenapa mereka menjauhi

dari melakukannya perkara yang aku melakukannnya. Demi Allah, sesungguhnya aku lebih mengetahui

dari mereka tentang Allah dan lebih takut kepadaNya dari mereka. Al-Bukhari juga di dalam Sahihnya

Jilid IV, hlm. 49 bab al-Tabassum wa al-Dhahak (senyum dan ketawa) meriwayatkan bahawa Anas bin

Malik telah memberitahu kami bahawa dia berkata: "Aku berjalan bersama Rasulullah SAW di waktu itu

beliau memakai burdah (pakaian) Najrani yang tebal. Tiba-tiba datang seorang Badwi lalu menarik

pakaian Nabi SAW dengan kuat."

Anas berkata: "Aku melihat kulit leher Nabi SAW menjadi merah akibat tarikan kuat yang dilakukan

oleh Badwi tersebut. Kemudian dia (Badwi) berkata: “Wahai Muhammad, berikan kepadaku sebahagian

dari harta Allah yang berada di sisi anda. Maka Nabi SAW berpaling kepadanya dan ketawa lalu

menyuruh sahabatnya supaya memberikan kepadanya". Di kalangan mereka ada yang telah menghina

Nabi SAW dan mempersendakan Nabi SAW dengan mengatakan bahawa Nabi SAW “sedang sakit atau

meracau” di hadapan Nabi SAW “ Kitab Allah adalah cukup dan kami tidak perlu kepada Sunnah Nabi

SAW” (al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69). Ada yang mengatakan bahawa “Sunnah

Nabi SAW mendatangkan perselisihan dan pertengkaran kepada ummah. (Al-Dhahabi, Tadhkirah al-

Huffaz, I, hlm. 3)”.

“Mereka telah mengepung dan cuba membakar rumah anak perempuan Nabi SAW Fatimah AS dan

berkata: "Aku akan membakar kalian sehingga kalian keluar untuk memberi baiah kepada Abu

Bakar."[Al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 198; Abu-l-Fida”, Tarikh, I, hlm. 156], merampas Fadak daripada

Fatimah AS yang telah diberikan kepadanya oleh Nabi SAW semasa hidupnya (Lihat Ahmad bin Tahir al-

Baghdadi, Balaghah al-Nisa’, II, hlm.14; Umar Ridha Kahalah, A'lam al-Nisa', III, hlm.208; Ibn Abi al-

Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, IV, hlm.79, 92), menyakiti hati Fatimah, Ali, Hasan dan Husain, kerana

Rasulullah SAW bersabda “Siapa menyakiti Fatimah, dia menyakitiku, dan siapa menyakitiku, dia

menyakiti Allah” “Siapa yang menyakiti Ali, sesungguhnya dia menyakitiku, dan siapa yang menyakitiku,

dia menyakiti Allah” “Hasan dan Husain kedua-dua mereka adalah pemuda Syurga” (al-Qanduzi al-

Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm. 129-131 dan lain-lain).

Mereka telah membakar Hadis atau Sunnah Nabi SAW (Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 140),

“menghalang orang ramai dari meriwayatkan Sunnah Nabi SAW" (al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I,

hlm. 7), mengesyaki Nabi SAW sama ada berada di atas kebenaran atau kebatilan (Muslim, Sahih, IV,

hlm. 12, 14; al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111), mengubah sebahagian hukum Allah dan Sunnah Nabi SAW

(al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’ hlm. 136) Al-Bukhari meriwayatkan bahawa al-Musayyab berkata: Aku

berjumpa al-Barra’ bin ‘Azib RA, lalu aku berkata: Alangkah beruntungnya anda kerana anda telah

bersahabat (sahabta) dengan Nabi SAW dan membaiahnya di bawah pokok. Lantas dia menjawab:

Wahai anak saudaraku! Sebenarnya anda tidak mengetahui apa yang kami lakukan (Ahdathna-hu)

selepasnya (al-Bukari, Sahih, v, hlm.343 (Hadis No. 488).

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

120

F. Sahabat di Baiah Ridwan atau Baiah di bawah pokok, tidak ada jaminan yang berterusan jika

mereka mengubah Sunnah Rasulullah SAW:

Al-Bukhari di dalam Sahihnya meriwayatkan bahawa al-Musayyab berkata: Aku berjumpa al-Barra’

bin ‘Azib RA, lalu aku berkata: Alangkah beruntungnya anda kerana anda telah bersahabat (sahabta)

dengan Nabi SAW dan membaiahnya di bawah pokok. Lantas dia menjawab: Wahai anak saudaraku!

Sebenarnya anda tidak mengetahui apa yang kami lakukan (Ahdathna-hu) selepasnya (al-Bukari, Sahih,

v, hlm. 343, Hadis No. 488).

G. Intisari Hadis-Hadis tersebut telah dijelaskan di dalam firman-firman-Nya:

(i). Di dalam surah Ali-Imran (3): 144 "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah

berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke

belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang (murtad), maka ia tidak dapat

mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang

bersyukur."

(ii) Di dalam surah al-Baqarah (2): 143 “Kami tidak menjadikan kiblat yang (dahulu) kamu (berkiblat)

kepadanya melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang berbalik ke

belakang (murtad)”

(iii). Dan bilangan yang sedikit sahaja yang "terselamat" adalah menepati firman-Nya di dalam surah

Saba' (34): 13 "Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang berterima kasih.

H. Justeru, Hadis-Hadis tersebut tidak boleh dikhususkan kepada para sahabat yang telah murtad atau

para sahabat yang enggan membayar zakat di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar sahaja.

Ini disebabkan Khalifah Ali berkata: Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-

perbuatan yang menyalahi Rasulullah SAW dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan

beliau SAW dengan mengubah Sunnah-sunnah beliau. Sekarang jika aku memaksa mereka supaya

meninggalkannya dan mengembalikannya kepada keadaan sebagaimana di zaman Rasulullah SAW,

nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku, meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja

di kalangan Syi'ahku yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah

Rasulullah SAW akan tinggal bersamaku.

Apa pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah

ditempatkan oleh Rasulullah SAW, mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah AS,

mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman Rasulullah SAW, mengembalikan

tanah kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah SAW, mengembalikan rumah Ja'far kepada

pewaris-pewarisnya dan memisahkannya dari masjid (kerana mereka telah merampasnya dan

memasukkannya ke dalam masjid); mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh

Khalifah-Khalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah dipisahkan dari

suami mereka.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

121

Mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikan tanah Khaibar yang telah

dibahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian dengan meneruskan pemberian kepada semua

orang sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah SAW tanpa menjadikannya tertumpu di kalangan

orang kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin di dalam masalah nikah kahwin,

melaksanakan khumus sebagaimana difardukan Allah SWT.

Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi SAW, menutup pintu-

pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan

Rasul), mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke atas peminum

Nabidh, memerintahkan halal mut'ah wanita dan mut'ah haji sebagaimana pada zaman Nabi SAW,

memerintahkan takbir lima kali dalam sembahyang jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca

Bismillahi r-Rahmani r-Rahim dengan suara yang nyaring pada masa sembahyang.

Mengeluarkan orang yang dimasukkan bersama Rasulullah SAW di dalam masjidnya, di mana

Rasulullah SAW telah mengeluarkannya (Abu Bakar dan Umar), memasukkan orang yang dikeluarkan

selepas Rasulullah SAW (beliau sendiri) di mana Rasulullah SAW telah memasukkannya, memaksa kaum

Muslimin dengan hukum al-Qur'an dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya

yang sembilan, mengembalikan wuduk basuh dan sembahyang kepada waktunya, syariatnya dan

tempatnya, mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan terhadap

tawanan perang Parsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.

Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka bertebaran meninggalkanku. Demi Allah

ketika aku perintahkan mereka supaya tidak melakukan sembahyang jama'ah di masjid pada bulan

Ramadan kecuali sembahyang-sembahyang fardu dan memberitahu kepada mereka bahawa

sembahyang sunat berjama'ah (Tarawih) adalah bidaah, sekelompok tenteraku yang pernah berperang

di pihakku mulai berteriak: "Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah Umar dan bermaksud

menghentikan kita dari melakukan sembahyang-sembahyang sunat Tarawih pada bulan Ramadan

sehingga aku khuatir mereka akan memberontak.

Pada masa yang sama aku sedang menghadapi perpecahan di kalangan umat dan ketaatan mereka

kepada pemimpin-pemimpin mereka yang sesat (a’immah dhalalah wa al-Du‘ati ila al-Nar) yang hanya

menyeru mereka ke neraka” (al-Kulaini, al-Raudhah min al-Kafi, vii, Hadis 21, hlm. 51-52).

**

Khalid Bin Walid telah menyerang perkampungan Malik Bin Nuwairah dengan perintah Khalifah

Abu Bakar, lalu membunuhnya dan kumpulannya. Sementara isteri Malik yang cantik itu ditiduri

(disetubuhi) oleh Khalid setelah pembunuhan suaminya Malik pada malam itu juga. Malik adalah

seorang sahabat Rasulullah SAW yang mulia dan kumpulannya tidak memberi baiah kepada Khalifah

Abu Bakar kerana mereka berpendapat bahawa Ali telah dilantik oleh Rasulullah SAW untuk menjadi

khalifah selepasnya dan beliau lebih berhak memungut zakat.

Umar dan Ali mendesak Khalifah Abu Bakar supaya menjalankan hukuman rejam ke atas Khalid

kerana berzina dengan isteri Malik Bin Nuwaira, tetapi Khalifah Abu Bakar menolaknya. Justeru, adakah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

122

“keengganan sahabat” membayar zakat dikira murtad oleh sahabat? Sedangkan Rasulullah SAW sendiri

tidak membunuh Tha‘labah seorang sahabat yang tidak mahu membayar zakat. Atau sahabat lebih

pandai daripada Nabi SAW di dalam urusan agama? Atau “keenggannan sahabat” memberi baiah

kepada Khalifah Abu Bakar itu wajib diperangi? Atau ia merupakan pembunuhan yang kejam dilakukan

oleh sahabat terhadap sahabat bagi pengukuhan kuasa politik? (al-Isabah, Tarikh al-Tabari, Tarikh

Ya’qubi dan lain-lain).

I. Setiap Muslim dulu dan sekarang tidak boleh mengubah hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya:

Lantaran itu, setiap Muslim sama ada dia seorang yang bergelar sahabat, tabi‘i, mufti, kadi dan kita

sendiri, tidak boleh mengubah atau melanggar atau membatalkan mana-mana hukum Allah dan Sunnah

Nabi-Nya atas alasan Maqasid al-Syari‘ah, Maslahah, Ijtihad, Ijmak dan Qiyas bagi mewartakan

pegangan (mazhab) Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah sebagai asas agama Islam bertujuan menyesat atau

mengkafirkan Syiah mazhab Ja‘fari atau Syiah Imam 12 kerana Allah dan Rasul-Nya tidak akan meredai

perbuatan tersebut di dalam Firman-Nya seperti berikut:

(i) Firman-Nya di dalam surah al-Ahzab (33): 36 “Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan

mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu.

Barang siapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka ia telah sesat dengan kesesatan yang

nyata”

(ii) Firman-Nya di dalam surah al-Nisa’ (4): 65 “Tidak, demi Tuhan, mereka tidak juga beriman sehingga

mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka, kemudian

mereka tiada keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau dan mereka menerima

dengan sebenar-benarnya”

(iii) Firman-Nya di dalam surah al-Ma‘idah (5): 44 “Barang siapa yang tidak menghukum menurut

hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang kafir”

(iv) Firman-Nya di dalam surah al-Ma‘idah (5): 45 “Barang siapa yang tidak menghukum menurut

hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang yang zalim”

(v) Firman-Nya di dalam surah al-Ma‘idah (5): 47 “Barang siapa yang tidak menghukum menurut

hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang yang fasiq”

(vi) Firman-Nya di dalam surah al-Nisa‘(4): 115 “Barang siapa yang menentang Rasul, sesudah nyata

petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan orang Mukmin, maka kami biarkan dia memimpin dan kami

memasukkan dia ke dalam nereka Jahannam. Itulah sejahat-jahat tempat kembali”

J. Justeru Fatwa/tuduhan bahawa Syiah adalah sesat kerana mengkafirkan para sahabat adalah

bercanggah dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW kerana:

(i). Allah SWT sendiri yang telah mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW selepas kewafatan Rasul-

Nya secara umum kerana mereka telah mengubah (baddalu), menukar (ghayyaru), membatal dan

melakukan bidaah-bidaah (ahdathu) terhadap hukum-hukum-Nya sebagaimana difirmankan di dalam al-

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

123

Qur’an. Ini bererti para sahabat Rasulullah SAW tidak kebal di dalam menghadapi hukum Allah SWT dan

Sunnah Rasul-Nya.

(ii). Rasulullah SAW sendiri yang telah mengkafirkan para sahabatnya sendiri berdasarkan Hadis-Hadis al-

Bukhari dan Muslim tersebut. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Najm (53): 3-4 “dan tidaklah yang

diucapkannya itu menurut keinginannya melainkan adalah wahyu yang diwahyukan”

(iii). Al-Bukhari dan Muslim telah mencatat kekafiran majoriti para sahabat Rasulullah SAW selepas

kewafatannya SAW di dalam Sahih-Sahih mereka.

(iv). Al-Bukhari telah mencatat “Hanya bilangan yang sedikit sahaja daripada para sahabat Rasulullah

SAW yang terselamat seperti unta yang sesat dari pengembalanya” (Hadis No. 587) Sementara Muslim

mencatat: Tidak seorang pun daripada mereka (para sahabatku) akan mendatangiku sehingga dia akan

dihalau atau diusir daripadaku sebagaimana dihalau atau diusir unta yang sesat” (bilangan yang sedikit

sahaja) (Hadis No. 29).

(v). Al-Bukhari juga telah mencatat Inna-hum Irtaddu (Sesungguhnya mereka (para sahabat) telah

menjadi kafir-murtad) sebanyak empat kali (Hadis No. 585 sebanyak 2 kali, Hadis No. 586 satu kali dan

Hadis No. 587 satu kali).

(vi). Jika terdapat di kalangan Syiah Islam yang telah melakukan perkara sedemikian, kalian hendaklah

bertanya atau mengkaji akan sebab-sebabnya umpamanya jika seorang sahabat telah menghina Allah

dan Rasul-Nya, maka dalam kes ini, perbuatannya itu telah membawa kepada kekafiran kerana Allah

dan Rasul-Nya tidak boleh dihina di dalam semua keadaan berdasarkan al-Qur’an dan Hadis. Adakah

kalian mahu mempertahankan sahabat yang menghina Allah dan Rasul-Nya pula? Bagaimanakah kalian

akan mempertahankan sahabat yang mengkafirkan sahabat yang lain pula seperti Sayyidatina Aisyah

yang telah mengkafirkan Khalifah Uthman umpamanya, lalu dia memerintahkan supaya Khalifah

Uthman dibunuh! (sila lihat, Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, ii, hlm. 77)?

Justeru, kekafiran majoriti para sahabat setelah kewafatan Rasulullah SAW telah dicatat oleh

buku-buku Ahli Sunnah seperti Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Dan buku-buku Syiah seperti al-

Raudhah min l-Kafi dan Tafsir al-Qummi. Mereka telah mencatat bahawa majoriti para sahabat telah

mengubah Sunnah Rasulullah SAW. Semoga semua orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah,

sama ada sahabat atau pun tidak, akhirnya dimasukkan syurga insya’Allah kerana hisab yang sebenarnya

terserah kepada Allah SWT. Oleh itu, tuduhan/fatwa bahawa Syiah mengkafirkan para sahabat

Rasulullah SAW hendaklah dihentikan segera kerana ini adalah fitnah Wahabi bagi memecah-belah

perpaduan umat Islam.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

124

LAMPIRAN M

KATA-KATA KHALIFAH ALI AS BAHAWA KHALIFAH-KHALIFAH SEBELUM BELIAU TELAH MENGUBAH

SUNNAH RASULULLAH SAW DENGAN SENGAJA.

Khalifah Ali AS berkata: “Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan

yang menyalahi Rasulullah SAW dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan beliau SAW

dengan mengubah Sunnah-sunnah beliau.

Sekarang jika aku memaksa mereka supaya meninggalkannya dan mengembalikannya kepada

keadaan sebagaimana di zaman Rasulullah SAW, nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku,

meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syi'ahku yang mengetahui

kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW akan tinggal bersamaku.

Apa pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah

ditempatkan oleh Rasulullah SAW, mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah AS,

mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman Rasulullah SAW, mengembalikan

tanah kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah SAW, mengembalikan rumah Ja'far kepada

pewaris-pewarisnya dan memisahkannya dari masjid (kerana mereka telah merampasnya dan

memasukkannya ke dalam masjid); mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh

Khalifah-Khalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah dipisahkan dari

suami mereka.

Mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikan tanah Khaibar yang telah

dibahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian dengan meneruskan pemberian kepada semua

orang sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah SAW tanpa menjadikannya tertumpu di kalangan

orang kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin di dalam masalah nikah kahwin,

melaksanakan khumus sebagaimana difardukan Allah SWT.

Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi SAW, menutup pintu-

pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan

Rasul), mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke atas peminum

Nabidh, memerintahkan halal mut'ah wanita dan mut'ah haji sebagaimana pada zaman Nabi SAW,

memerintahkan takbir lima kali dalam sembahyang jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca

Bismillahi r-Rahmani r-Rahim dengan suara yang nyaring pada masa sembahyang.

Mengeluarkan orang yang dimasukkan bersama Rasulullah SAW di dalam masjidnya, di mana

Rasulullah SAW telah mengeluarkannya (Abu Bakar dan Umar), memasukkan orang yang dikeluarkan

selepas Rasulullah SAW (beliau sendiri) di mana Rasulullah SAW telah memasukkannya, memaksa kaum

Muslimin dengan hukum al-Qur'an dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya

yang sembilan, mengembalikan wuduk basuh dan sembahyang kepada waktunya, syariatnya dan

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

125

tempatnya, mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan terhadap

tawanan perang Parsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.

Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka bertebaran meninggalkanku. Demi Allah

ketika aku perintahkan mereka supaya tidak melakukan sembahyang jama'ah di masjid pada bulan

Ramadhan kecuali sembahyang-sembahyang fardu dan memberitahu kepada mereka bahawa

sembahyang sunat berjama'ah (Tarawih) adalah bidaah, sekelompok tenteraku yang pernah berperang

di pihakku mulai berteriak: "Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah Umar dan bermaksud

menghentikan kita dari melakukan sembahyang-sembahyang sunat Tarawih pada bulan Ramadhan

sehingga aku khuatir mereka akan memberontak.

Pada masa yang sama aku sedang menghadapi perpecahan di kalangan umat dan ketaatan mereka

kepada pemimpin-pemimpin mereka yang sesat (a’immah dhalalah wa al-Du‘ati ila al-Nar) yang hanya

menyeru mereka ke neraka” (al-Kulaini, al-Raudhah min al-Kafi, vii, Hadis 21, hlm. 51-52).

LAMPIRAN N

KENAPAKAH SUNNAH KHALIFAH ALI AS TIDAK DIMASUKKAN KE DALAM MAZHAB AHLI SUNNAH WAL-

JAMAAH?

Jawapannya: Sunnah Khalifah Ali AS tidak dimasukkan ke dalam mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah:

(1) Kemungkinan, kerana sunnahnya bercanggah dengan sunnah tiga khalifah sebelumnya. (2) Khalifah

Ali sendiri telah menolak sunnah mereka dari diamalkan di dalam pemerintahannya (3) kerana sunnah

mereka bertiga, menurut Khalifah Ali, adalah menyalahi Sunnah Rasulullah SAW.

(4) Jika Khalifah Ali menerima sunnah Abu Bakar dan Umar, nescaya beliau dilantik menjadi

khalifah yang ke 3. (Ibn Qutaibah, Kitab al-Imamah wa al-Siyasah, i, hlm. 15-16) (5) Menurut Khalifah Ali,

kecintaan para pengikut mereka bertiga kepada sunnah mereka bertiga mengatasi kecintaan mereka

kepada Sunnah Rasulullah SAW itu sendiri.

(6) Tidakkah ia bererti Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah lebih menghormati mereka bertiga daripada Nabi

SAW itu sendiri dari sudut amali? (7) Sementara para pengikut Khalifah Ali pula meneruskan sunnah

Khalifah Ali yang bertentangan dengan sunnah tiga khalifah sebelumnya. (8) Justeru konflik berlaku

antara sunnah tiga khalifah dengan Sunnah Khalifah Ali yang bertepatan dengan Sunnah Rasulullah SAW

sepenuhnya (100%).

(9) Oleh itu, tidak hairanlah jika Khalifah Ali tidak dimasukkan ke dalam “Khulafa’ Rasyidin” dari

sudut kepercayaan, malah dihina dan dicaci selama 70 tahun di masjid-masjid di zaman Bani Umayyah di

seluruh negara sehingga pertengahan pemerintahan Umar Bin Abdul Aziz (al-‘Aqd al-Farid,1, hlm.246).

(10) Kemudian Khalifah Ali selepas 200 tahun baru dimasukkan di kalangan “khulafa’ Rasyidin” oleh

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

126

Ahmad Ibn Hanbal (240 H) di dalam bukunya Fadhlu Ali (kelebihan Ali) (11) Kebanyakan Ahli Sunnah

Wal-Jama‘ah tidak dapat membezakan antara sunnah manusia biasa dengan Sunnah Rasulullah SAW

(12) Mereka menyangka bahawa sunnah (bidaah) tiga khalifah itu adalah Sunnah Nabi SAW. (13)

Mereka juga tidak dapat membezakan antara sunnah tiga khalifah dengan sunnah Khalifah Ali yang

bertepatan dengan Sunnah Rasulullah SAW. (14) Hakikatnya sunnah tiga khalifah itu adalah

kebanyakannya vs. Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW itu sendiri. (15) Apa yang mereka ketahui

adalah perbezaan antara Sunnah dan Syiah.

(16) Justeru, mereka memusuhi dan mengkafirkan Syiah kerana berbeza dengan Ahli Sunnah Wal-

Jama‘ah yang diwartakan sebagai asas (rukun) agama Islam pada 5.5. 1996. (17) Tidakkah mereka juga

mencaci dan menghina sunnah khalifah Ali? (18) Kemudian para pengikut sunnah Khalifah Ali atas nama

Syiah difatwakan sesat, menyeleweng dan kafir walau pun ia bertepatan dengan Sunnah Rasulullah

SAW. (19) Tindakkan sedemikian adalah bertentangan dengan AL-Qur’an, Hadis dan Perlembagaan

Persekutuan yang merupakan the supreme law of the Federation.

LAMPIRAN O

KENAPAKAH KHALIFAH ABU BAKAR TELAH MELARANG ORANG RAMAI DARI MENULIS DAN

MERIWAYAT HADIS/SUNNAH NABI SAW?

Jawapannya: (i) Ini disebabkan Sunnah Nabi SAW akan membawa kepada perpecahan umat.

Khalifah Abu Bakar berkata: Kalian meriwayatkan daripada Rasulullah SAW Hadis-Hadis di mana kalian

berselisih faham mengenainya, maka orang ramai selepas kalian akan berselisih faham lebih teruk lagi”

(Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, i, hlm. 3). (ii) Kitab Allah adalah cukup untuk menyelesaikan segala

masalah umat tanpa Sunnah Nabi SAW. Khalifah Abu Bakar berkata: Sesiapa yang bertanya kepada

kalian, maka katakanlah: Bainana wa baina-kumkitabullah (Kitab Allah di hadapan kita). Maka hukumlah

menurut halal dan haramnya" (Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 3).

(iii) Kata-kata Khalifah Abu Bakar ini telah diucapkan beberapa hari selepas peristiwa Hari Khamis

iaitu bertepatan dengan kata-kata Umar ketika dia berkata:“ Rasulullah SAW sedang meracau” dan

cukuplah bagi kami Kitab Allah (Hasbuna Kitabullah)." Lantaran itu, Sunnah Abu Bakar tadi adalah

menyalahi Sunnah Nabi yang dicatatkan oleh Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah: "Aku tinggalkan kepada kalian

dua perkara sekiranya kalian berpegang kepada kedua-duanya nescaya kalian tidak akan sesat selama-

lamanya; Kitab Allah dan Sunnahku (Imam Malik, al-Muwatta’, 208).

(iv) Membakar Sunnah atau Hadis Nabi SAW. Khalifah Abu Bakar telah mengumpulkan lima ratus

Hadis Nabi SAW semasa pemerintahannya, kemudian dia membakarnya pula. (al-Muttaqi al-Hindi, Kanz

al-Ummal,V, hlm. 237). Dengan ini, dia telah menghilangkan Hadis/Sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

127

kata-kata Abu Bakar: "Janganlah kalian meriwayatkan sesuatu pun daripada Rasulullah SAW"

menunjukkan larangan umum terhadap periwayatan dan penulisan Hadis Rasulullah SAW. Ia tidak boleh

ditakwilkan sebagai berhati-hati atau mengambil berat atau sebagainya. (v) Justeru, Khalifah Abu Bakar

bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar (100%).

LAMPIRAN P

KENAPAKAH KHALIFAH UMAR TELAH MELARANG ORANG RAMAI DARI MENULIS DAN

MERIWAYATKAN HADIS/SUNNAH NABI SAW?

Jawapannya: (i) Khalifah Umar mungkin tidak mempercayai kemaksuman Nabi SAW pada ketika itu.

(ii) Dia mempercayai bahawa Sunnah Nabi SAW tidak perlu kerana Kitab Allah sudah cukup bagi

menyelesaikan masalah umat. (iii) Dia fikir bahawa dia lebih pandai daripada Nabi SAW. (iv) Dia Khuatir

Hadis Nabi SAW akan mendedahkan siapakah yang paling layak menjadi khalifah selepas Rasulullah

SAW. (v) Dia tidak mahu terikat dengan Sunnah Nabi SAW. (vi) Dia berkata bahawa Nabi SAW sedang

sakit tenat/meracau (yahjuru). Oleh itu, permintaan beliau SAW supaya dibawa pena dan kertas untuk

beliau menulis perkara-perkara yang tidak akan menyesatkan umatnya selama-lamanya tidak perlu

dilayani lagi. (al-Bukhari, Sahih, i, Hadis No. 114, hlm. 86, Muslim, Sahih, III, hlm. 69). (vii) Dia tidak mahu

Ali diwasiatkan oleh Nabi SAW sebagai penggantinya secara bertulis selepasnya. (viii) Justeru, Khalifah

Umar bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sebenar (100%)?

LAMPIRAN Q

KENAPAKAH KHALIFAH UTHMAN TELAH MELARANG ORANG RAMAI DARI MERIWAYATKAN

HADIS/SUNNAH NABI SAW?

Jawapannya: (i) Khalifah Uthman telah melarang kaum Muslimin dari meriwayat dan menulis

Hadis/Sunnah Nabi SAW dengan sepenuhnya, (ii) kerana beliau telah mematuhi sunnah dua khalifah

sebelumnya. (iii) Justeru, beliau mensyaratkan Hadis yang ingin diriwayatkan pada masa

pemerintahannya, mestilah Hadis yang telah diriwayatkan pada masa Khalifah Abu Bakar dan Umar.

Iaitu Hadis yang telah diakui oleh mereka berdua. (iv) Beliau berkata: "Tidak boleh bagi seseorang

meriwayatkan Hadis yang tidak diriwayatkan pada masa Abu Bakar dan Umar. (Muntakhab al-Kanz fi

Hamisy Musnad Ahmad, IV, hlm. 64; al-Darimi, al-Sunan, I, hlm. 132; Ibn Sa'd, Tabaqat, II, hlm.354).

(v) Persoalannya: Jika Sunnah Nabi pada masa Khalifah Abu Bakar dan Umar telah dilarang dari

diriwayat dan dituliskan, apa lagi yang tinggal pada masa Khalifah Uthman? Malah Khalifah Uthman

hanya menuruti sunnah dua Khalifah yang terdahulu. Justeru ketiga-tiga Khalifah tersebut telah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

128

melarang atau sekurang-kurangnya tidak memberi kebebasan kepada kaum Muslimin untuk meriwayat

atau menulis Sunnah Rasulullah SAW yang menjadi sumber kedua pentingnya selepas al-Qur'an.

(vi) Oleh itu, ia bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW, "Allah memuliakan seseorang yang

mendengar Hadisku. Kemudian dia menjaganya dan menyebarkannya pula. Kadangkala pembawa ilmu

(Hadis) membawanya kepada orang yang lebih alim daripadanya dan kadangkala pembawa ilmu (Hadis)

bukanlah seorang yang alim."(Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 437; al-Hakim, al-Mustadrak, I, hlm.

78). Dan sabdanya, "Siapa yang ditanya tentang ilmu, maka dia menyembunyikannya, maka Allah akan

membelenggukannya dengan api neraka." (Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 263). (vii) Lantaran

itu, tidak hairanlah jika Hadis atau Sunnah Nabi SAW mulai ditulis secara rasminya pada masa

pemerintahan Umar bin Abdu l-Aziz". (viii) Justeru, Khalifah Uthman tidak mengikut Sunnah Nabi SAW

yang sepatutnya.

LAMPIRAN R

ADAKAH AKIDAH/AGAMA AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH MENGATASI AL-QUR’AN DAN SUNNAH NABI

SAW?

Jawapannya: Ya. Akidah/ agama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah adalah mengatasi al-Qur’an dan Sunnah

Nabi SAW kerana ia berasaskan sunnah Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman yang menyalahi al-

Qur’an dan Sunnah Nabi SAW dari sudut amali. Justeru Khalifah Ali menyatakan bahawa “Khalifah–

khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi Rasulullah SAW dengan

sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan beliau SAW dengan mengubah Sunnah-sunnah beliau”.

Kemudian para pengikut mereka pula menjadikan sunnah-sunnah mereka sebagai agama (al-Din)

bagi mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT. Justeru, Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah tidak akan berhenti

dari menyesat atau mengkafirkan Syiah mazhab Ja‘fari melainkan bilangan yang sedikit di kalangan

mereka, kerana akidah Syiah mazhab Ja‘fari berasaskan sunnah Khalifah Ali AS yang bertepatan dengan

al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW.

Sementara akidah/agama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah berasaskan:

(i) Sunnah Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah

Rasulullah SAW dari sudut amali.

(ii) Sebahagian mereka telah menjadikan khilafah/imamah Abu Bakar dan Umar sebagai asas

agama Islam (aslun) selepas Rasulullah SAW.

(iii) Sebahagian mereka telah menjadikannya sebagai perkara Usuluddin seperti al-Qadhi al-

Baidhawi dan lain-lain.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

129

(iii) Sebahagian mereka telah menjadikannya sebagai rukun Islam dari sudut amali. Justeru,

sesiapa yang mengingkari khilafah Abu Bakar dan Umar adalah kafir.

Justeru, Syiah yang mengucap dua kalimah syahadah tidak diterima sebagai Muslim. Begitu juga

pernikahan, penyaksian dan penyembelihan mereka ditolak kerana Syiah mazhab Ja‘fari menuruti

Khalifah Ali AS, menolak khilafah/imamah Abu Bakar dan Umar sebagai asas agama

Islam/Usuluddin/rukun Islam dari semua sudut.

(iv) Sebahagian mereka telah menjadikannya bukan sebahagian dari agama Islam. Ia merupakan

pilihan umat Islam untuk memilih seseorang untuk menjadi imam/khalifah. Mereka menafikan nas

perlantikan Nabi SAW tentang perlantikan 12 imam/khalifah selepas Nabi SAW yang dicatat oleh al-

Bukhari dan Muslim di dalam Sahih-Sahih mereka.

Ini adalah pendapat mereka dari sudut teori (apa yang tersurat), tetapi dari sudut amali (apa yang

tersirat), mungkin mereka berpegang kepada salah satu dari tiga pendapat di atas secara taqiyyah atau

mereka berpegang kepada Ijmak (fatwa) bagi menyesat atau mengkafirkan Syiah mazhab Ja‘fari,

berasaskan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang dikira Usuluddin, bukan berasaskan al-Qur’an dan

Hadis. Justeru, rukun Islam lima perkara, rukun Iman enam perkara dan dua syahadah yang dijadikan

alasan oleh mereka bagi menentang Syiah mazhab Syiah Ja‘fari adalah surbordinate kepada

sunnah/khilafah Abu Bakar dan Umar yang dijadikan asas agama Islam/Usuluddin/Rukun Islam.

Di dalam erti kata yang lain, rukun Islam dan rukun Iman itu sendiri adalah di bawah sunnah

(bidaah) Khalifah Abu Bakar dan Umar. Contohnya jika seorang Syiah mazhab Ja‘fari mengucap dua

kalimah syahadah, umpamanya, nescaya mereka tidak akan menerimanya sebagai Muslim tanpa

mengaitkan kesesatan kepadanya kerana dia menolak Khilafah Abu Bakar dan Umar sebagai khalifah

selepas Rasulullah SAW yang ditetapkan secara Ijmak, menurut Sunni, bukan secara nas. Implikasinya:

Al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW itu sendiri adalah subordinate kepada sunnah mereka berdua dari sudut

amali. Sunnah mereka berdua adalah lebih kebal dari al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW. Mereka berdua

adalah lebih kebal dari Allah SWT dari mematuhi firman-Nya. Mereka berdua adalah lebih kebal dari

Rasulullah SAW dari mematuhi Sunnahnya dari sudut amali.

(v) Sebahagian mereka pula telah menjadikan pegangan/mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah sebagai

asas agama Islam dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak. Ini bererti mereka telah menolak al-Qur’an dan

Sunnah Nabi SAW sebagai asas agama Islam. Implikasinya: Hanya Sunni sahaja yang dikira Muslim. Oleh

itu, dua syahadah yang diucapkan oleh Syiah tidak diterima oleh mereka kerana Syiah bukan Ahli Sunnah

Wal-Jama‘ah. Justeru, pegangan/mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah telah dijadikan asas agama Islam dan

ia telah dinaik taraf kepada agama yang lebih tinggi daripada agama Islam itu sendiri. Justeru, mereka

bukanlah Ahli Sunnah Nabi SAW yang sepatutnya.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

130

LAMPIRAN S

ADAKAH SALAFI/WAHABI MENGKAFIRKAN MAZHAB SYAFI’I DAN ASYA’IRAH?

Jawapannya: Ya. Ibn Taimiyyah yang menjadi ikutan Salafi/Wahabi telah (i) mengkafirkan mazhab

Syafi‘i dan Asya‘irah. Dia berkata: “Siapa yang berkata: Aku adalah Syafi‘i dari sudut syariat dan Asy‘ari

dari sudut iktikad, maka kami berkata kepadanya: Kata-katanya bukan sahaja berlawanan, malah ia

adalah daripada kemurtadan” (Ibn Taimiyyah, Kitab Majma‘ al-Fatawa, iv, hlm. 106, Cairo, tt). (ii)

Objektif Wahabi sekarang adalah mengkafirkan Syiah secara terbuka, terutamanya di Malaysia (iii)

Kemudian mereka mengkafirkan mazhab Syafi‘i dan mazhab al-Asya‘irah pula secara terbuka apabila

bilangan mereka bertambah kelak dan jika mereka mendapat sokongan daripada penguasa sepenuhnya

(100%).

Allah menurut Ibn Taimiyyah.

(i) Ibn Taimiyyah yang dipuja oleh Salafi/Wahabi dengan nama Syeikhul Islam adalah daripada

golongan Mujassimah. Mereka percaya bahawa Allah itu berjisim seperti manusia. Ibn Taimiyyah

berkata bahawa Allah SWT boleh dilihat dengan mata kasar. Allah adalah seorang pemuda tanpa janggut

(amrad) dan berambut kerinting” (Bayan Talbis al-Jahmiyyah oleh Ibn Taimiyyah, vii, hlm. 290).

Sedangkan Allah berfirman di dalam surah al-Syura (42): 11 “Tidak ada suatu pun yang menyerupai-Nya”

(laisa ka-mithli-hi syai’un). Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah percaya bahawa Allah tidak berjisim, tidak

menyerupai sebarang makhluk sedangkan Ibn Taimiyyah dan Salafi/Wahabi percaya bahawa Allah

adalah berjisim seperti makhluk. Ini adalah kesalahan yang besar dari sudut akidah al-Tauhid dan ia

adalah bercanggah dengan al-Qur’an. (Wal ‘iyadhubillah min dhalika).

(ii) Bagi Salafi/Wahabi apa yang dimaksudkan dengan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah itu adalah fahaman

Salafi/Wahabi mereka sahaja dan bukan termasuk mazhab Syafi‘i dan al-Asya‘irah seperti difahami oleh

para mutakallimun. Jika tidak, mereka tidak akan mengkafirkan mazhab Syafi‘i dan mazhab al-Asy‘ari.(iii)

Para penguasa tidak memahami ajaran Wahabi kerana (iv) Wahabi melakukan taqiyyah di hadapan para

pengikut mazhab Syafi‘i/ Asya‘irah. (v) Kemudian mereka menyalurkan dana dakwah anti-Syiah kepada

sesiapa yang mereka kehendaki. (vi). Justeru Syiah Melayu Islam mazhab Ja‘fari Malaysia dizalimi dengan

fatwa pengharaman Syiah yang bercanggah dengan al-Qur’an, Hadis, Deklarasi Amman dan Perkara 3

(1), dan 11 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

131

LAMPIRAN T

JIKA SYIAH, WAHABI DAN AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH BUKAN ISLAM DI MALAYSIA?

jika Syiah, Wahabi dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah itu bukan Islam di Malaysia, maka mereka boleh

melakukan amal ibadat mereka dengan aman dan harmoni seperti bukan Islam yang lain menurut

Perlembagaan Persekutuan 3 (1) “but other religions may be practised in peace and harmony in any part

of Federation. Jika Syiah daripada golongan Islam, maka mereka boleh mengamal ajaran mereka dengan

aman dan harmoni di negara ini menurut Perlembagaan Persekutuan 3 (1)” Islam is the religion of the

Federation” tanpa perlu kepada fatwa yang menzalimi mereka apatah lagi fatwa pengharaman Syiah

adalah bercanggah dengan konsep keadilan di dalam al-Qur’an dan Perlembagaan Persekutuan itu

sendiri yang merupakan Undang-undang Utama (the Supreme law of the Federation) di Malaysia.

Begitu juga keadaannya jika Ahli Sunnah Wal-Jamaah bukan Islam dan dikafirkan oleh golongan

Wahabi di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan hanya terdapat dua jenis agama: “Islam” dan

“bukan Islam” (but other religions) may be practised in peace and harmony in any part of the

Federation”. Justeru, fatwa dan enakmen pengharaman kepercayaan dan amalan Syiah Melayu Islam

mazhab Ja‘fari serta undang-undang tatacara jenayah syariah terhadap kepercayaan mereka adalah

bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana tidak ada orang antara Islam dan bukan Islam di

dalam Perkara 3 (1). Dan ia adalah bercanggah dengan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah (2):”

Tidak ada paksaan dalam (menganuti) agama (Islam)”. Justeru, kenapakah para mufti dan para

penguasa Malaysia menzalimi Syiah Melayu Islam di Malaysia? Oleh itu, Malaysia bukanlah sebuah

Negara Islam dari segi undang-undang kerana al-Qur’an tidak diwartakan sebagai the supreme law of

Malaysa. Sementara para mufti dan para penguasa Malaysia pula telah mengeluarkan Syiah Melayu

Islam daripada Perlembagaan Persekutuan dan keadilan menurut al-Qur’an.

LAMPIRAN U

KENAPAKAH SALAFI/WAHABI MENYATAKAN BAHAWA PENYATUAN SUNNI DAN SYIAH ADALAH

MUSTAHIL SEPERTI MIMPI DI SIANG HARI?

Jawapannya: (i) Ini disebabkan mereka mengkafirkan semua penganut mazhab di dalam Islam

selain dari mazhab Salafi/Wahabi mereka.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

132

(ii) Mereka tidak mahu meninggalkan sunnah Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman yang

menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW yang dijadikan akidah/agama oleh mereka bagi

mendekatkan diri mereka kepada Allah.

(iii) Mereka menolak al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW sebagai pengukur kebenaran yang mutlak

dari sudut amali seperti fatwa pengharaman Syiah di Malaysia berasaskan mazhab Ahli Sunnah Wal-

Jamaah (Wahabi) bukan berasaskan al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW pada 5.5.1996. Sedangkan Abu l-

Hasan al-Asy’ari tidak mengkafirkan seorang pun daripada Ahli Qiblat (al-Asy’ari, al-Ibanah, hlm. 10).

(iv) Mereka juga turut merasai kekebalan diri mereka sendiri bagi menolak hukum al-Qur’an dan

Sunnah Rasulullah SAW berasaskan Maqasid al-Syari’ah bagi mengeluarkan al-Qur’an dan Sunnah Nabi

SAW dari asas agama Islam.

(v) Penyatuan Sunni-Syiah akan merugikan gerakan Wahabi kerana penganut Wahabi adalah

minoriti.

(vi) Justeru, mereka menyamar sebagai Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah untuk menjadi pemimpin

mereka.

(vii) Mereka mahu memecah-belahkan umat Islam dari dalam bagi kepentigan Israel.

LAMPIRAN V

ADAKAH IJTIHAD INDIVIDU BOLEH MELAWAN NAS AL-QUR’AN DAN HADIS NABI SAW {AL-IJTIHAD FI

MUQABALATI AL-NAS)

Jawapannya: (i) Ijtihad boleh melawan nas adalah sunnah Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman,

kemudian ia diikuti oleh Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan ia dijadikan sebagai akidah mereka bagi menolak

hukum Allah dan Sunnah Rasulullah SAW dengan alasan ijtihad. (ii) Ijtihad adalah pendapat manusia (iii)

al-Qur’an adalah kalamullah SWT (iv) Hadis atau Sunnah Nabi SAW adalah daripada Rasul SAW yang

maksum dijamin oleh Allah SWT. (v) Rasulullah SAW tidak boleh berijtihad melawan nas al-Qur’an. (vi)

Justeru, Jika baginda SAW sendiri menyalahi hukum Allah, maka Allah akan menyeksanya sebagaimana

firman-Nya dalam surah al-An‘am (6): 15 “Katakanlah (Muhammad), “Aku benar-benar takut akan azab

hari yang besar (hari Kiamat), jika aku menderhakai Tuhanku” (vii) Lantaran itu, apakah kelebihan

sahabat seperti Abu Bakar, Umar dan Uthman atau siapa sahaja ke atas Rasulullah SAW sehingga

mereka boleh menolak hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya dengan alasan ijtihad?

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

133

LAMPIRAN W

AL-QUR’AN SEBAGAI ASAS AGAMA ISLAM ADALAH MENGATASI RASULULLAH SAW, AHLU L-BAITNYA,

PARA ISTERINYA, PARA SAHABATNYA, PARA IMAM MAZHAB DAN PARA MUFTI. MAZHAB AHLI

SUNNAH WAL- JAMAAH YANG DIWARTAKAN SEBAGAI ASAS AGAMA ISLAM 0LEH PARA MUFTI DAN

PENGUASA MALAYSIA PADA 5.5. 1996 ADALAH MENYALAHI AL-QUR’AN. JUSTERU, IA WAJIB

DITUKARKAN KEPADA AL-QUR’AN SEBAGAI ASAS AGAMA ISLAM.

AL-QUR’AN ADALAH RUJUKAN KEPADA SEMUA

Oleh itu, marilah kita jadikan firman-firman Allah berikut sebagai renungan kita bersama dan

ketahuilah bahawa Khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali AS, Fatimah AS, Aisyah, Hafsah, para sahabat

RA yang lain, para mufti dan para penguasa Malaysia serta kita sendiri tidak terlepas daripada ayat-ayat

berikut:

(i). Firman-Nya di dalam surah al-Ahzab (33): 36 “Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan

mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu.

Barang siapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka ia telah sesat dengan kesesatan yang

nyata”

(ii). Firman-Nya surah al-Nisa’ (4): 65 “Tidak, demi Tuhan, mereka tidak juga beriman sehingga

mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka, kemudian

mereka tiada keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau dan mereka menerima

dengan sebenar-benarnya”

(iii). Firman-Nya di dalam surah al-Ma‘idah (5): 44 “Barang siapa yang tidak menghukum menurut

hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang kafir”

(iv). Firman-Nya di dalam surah al-Ma‘idah (5): 45 “Barang siapa yang tidak menghukum menurut

hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang yang zalim”

(v). Firman-Nya di dalam surah al-Ma‘idah (5): 47 “Barang siapa yang tidak menghukum menurut

hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang yang fasiq”

(vi). Firman-Nya di dalam surah al-Nisa‘(4): 115 “Barang siapa yang menentang Rasul, sesudah

nyata petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan orang Mukmin, maka kami biarkan dia memimpin

dan kami memasukkan dia ke dalam nereka Jahannam. Itulah sejahat-jahat tempat kembali”

(vii). Firman-Nya di dalam surah Al-Ahzab (33): 67-68 “Dan mereka berkata, “Ya Tuhan kami,

sesungguhnya kami telah mentaati para pemimpin dan para pembesar kami, lalu mereka menyesatkan

kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpalah kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatlah

mereka dengan laknat yang besar”

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

134

(VIII). FirmanNya di dalam Surah Hud (11): 113, "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-

orang zalim maka kamu akan disentuh api neraka”

(IX). Firman-Nya di dalam surah al-Baqarah (2): 159 “Sesungguhnya mereka yang

menyembunyikan apa yang Kami turunkan dari keterangan dan petunjuk setelah Kami menerangkannya

kepada orang ramai, nescaya mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati oleh orang yang mengutuknya”

(X). Firman-Nya di dalam surah al-Furqan (25): “Sudahkah engkau (Muhammad) melihat orang

yang menjadikan keinginannya sebagai tuhannya. Apakah engkau akan menjadi pelindungnya?

(XI). Firman-Nya di dalam surah al-Ahzab (33): 57 “Sesungguhnya orang yang menyakiti Allah dan

Rasul-Nya, nescaya mereka dilaknati Allah di Dunia dan di Akhirat dan Dia menyediakan mereka seksa

yang menghinakan (mereka)”

(XII). Firman-Nya di dalam surah al-A’raf (7): 44-45 “Ahli syurga menyeru ahli neraka: Kami telah

memperolehi apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kami dengan sebenarnya. Adakah kamu

memperolehi apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kami dengan sebenarnya? Mereka itu menjawab: Ya.

Lalu menyeru orang yang menyeru (Malaikat) di kalanggan mereka: Sesungguhnya laknat Allah ke atas

orang yang zalim. (iaitu) orang yang menghalangi jalan Allah dan mereka mencari jalan bengkok,

sedang mereka itu kafir terhadap Akhirat”

(XIII). Firman-Nya di dalam surah al-Ra’d (13): 25 “Mereka yang mengingkari janji Allah sesudah

eratnya dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah supaya diperhubungkan dan mereka membuat

kerosakan di muka bumi, untuk mereka laknat dan untuk mereka tempat yang jahat”

(XIV). Firman-Nya di dalam surah Muhammad (47): 22-23 “Apakah kiranya jika kamu menjadi wali

(berkuasa) kamu melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan silatu al-Rahim? Mereka itulah

yang dilaknati Allah, lalu Dia memekakkan mereka dan membutakan penglihatan mereka ”

(XV). FirmanNya di dalam Surah al-Nisa’ (4): 59 “Kemudian jika kamu berbeda pendapat tentang

sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu beriman kepada

Allah dan hari Akhirat. Yang demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”

(XVI). FirmanNya di dalam surah al-Hasyr (59): 6 “Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka

terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah”

Justeru, tidak hairanlah, jika Amir al-Mukminin Ali AS berjuang dengan keras untuk mengembalikan

Sunnah Nabi SAW ke tempat asalnya, tetapi beliau ditentang oleh para sahabatnya. Dan penentangan

itu berterusan sehingga kini.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

135

BIBLIOGRAFI

Abd al-Rahman al-Juzairi, al-Fiqhu ‘ala al-Madhahib al-Arba‘ah, Cairo, 1348

Al-Amini, al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa l-Adab, Beirut, 1977 M.

Abd al-Rauf al-Munawi, Kunuz al-Haqa’iq, Baghdad, 1368 H.

Abdullah Ishak, ISLAM DI NUSANTARA, Petaling Jaya, 1992

Abu Daud, al-Musnad, Baghdad, 1345 H.

Abu l-Fida’, Tarikh, Cairo, 1384H.

Abu Nu‘aim al-Isfahani, Hilyah al-Auliya’, fi Tabaqat al-Asfiya’, Cairo, 1956 M.

Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Bairut, 1382 H.

Al-Asy‘ari, Abu l-Hasan Ali bin Ismail, al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah, Cairo, 1385H.

Al-Baidhawi, Minhaj al-Wusul ila ‘lm al-Usul, Cairo, tt.

Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad, 1959

Al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis 1384H.

Al-Baqillqni, al-Tamhid, Baghdad,1960.

Al-Bukhari, Sahih (Arabic-English), Chicago 1987 dan Sahih, Bairut , 1377H.

Al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385H.

Al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo,1969.

___________, Muruj al-Dhahab, Cairo, 1980 M

____________, Tadhkirat al-Huffaz, Beirut, 1410 H.

Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo 1376 H.

Federal Constitution, Kuala Lumpur, 1997.

Al-Ghazali, Ihya’ ‘ulum al-Din, Cairo 1967 M.

Al-Haitahami, Majma’ al-Zawaid, Tunis, 1375 H.

Al-Hakim, al-Mustadrak ‘Ala al-Sahihaini, Cairo, 1969.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

136

Al-Halabi, Sirah al-Nabawiyyah, Cairo, 1362H.

Al-Hilli, Yusuf al-Mutahhar al-Hulli, Nahj al-Haq wa Kasyf al-Sidq, Iran, 1407

Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti’ab fi Ma‘rifah al-Sahabah ,Cairo, 1365 H.

Ibn ‘Abd Rabbih, ‘Iqd al-Farid,Tunis, 1378H.

Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah , Baghdad, 1382 H.

Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah ,1959.

Ibn Kathir, al-Bidayah Wa al-Nihayah, Baghdad, 1967 H

Ibn Hajr al-‘Asqalani, al-Isabah fi Ma’rifah al-Sahabah, Bairut, 1953.

__________________, Fath al-Bari, Cairo, 1958.

__________________, Lisan al-Mizan, Cairo 1386 H.

__________________, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabab, 1327 H.

Ibn Hajr al-Makki, al-SAWa‘iq al-Muhriqah, 1345 H.

Ibn Kathir, Tafsir, Cairo,1381H.

Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad, 1367H.

Ja‘far Subhani, Kitab al-Tauhid, Tehran, 1978

J milton Cowan, A Dictionary of Modern Written Arabic, London 1971

Kalibuli, Majma‘ al-Anhar fi Syarh multaqa al-Abhar, Beirut, 1419 H.

Kamis Bin Ismail, Shi‘ah Dan Pengaruhnya Dalam Bidang Politik Dan Tasawuf Falsafah Di Alam Melayu

(Unpublished Ph.D thesis)2003, UKM, Bangi, Selangor.

Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 1950 M.

Al-Khawarizmi, al-Manaqib, Cairo, 1340 H.

Ibn Najim, al-Bahr al-Ra’iq Syarh Kanz al-Haqa’iq, Dar al-Makrifat, Beirut t.t.

Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, Miftah Dar al-Sa‘adah wa manthur wilayah al- ‘ilm wa al-Iradah, Riyadh,

1989.

Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, Cairo, 1959.

Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid, Baghdad, 1959.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

137

Ibn Sa‘d, Tabaqat, Cairo, 1375H.

Ibn Taimiyyah, Ahmad bin ‘Abd al-Halim bin Taimiyyah al- Harani, Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah,

Baghdad, 1369 H.

_______________, Bayan Talbis al-Jahmiyyah fi ta’sis bida‘i-him al-Kalamiyyah, Iskandariyyah, 1992.

Ibn Tawus, al-Malhuf, Tehran, 1412

Al-Jassas, Ahkam al-Qur’an, Baghdad, 1959 M

Ni ‘matullah al-Jaza’iri, al-Anwar al-Nu‘maniyyah, Beirut, 2010

Kamus Dewan, Kula Lumpur, 19 84 dan1994.

Al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, Tehran 1404 H

Al-Khawarizmi, al-Manaqib, Cairo tt.

Muhammad Jawad Mughniyah, Fiqih Lima Mazhab, Pustaka Lentera 2001.

Muhammad al-RAisyahri, Ahlu l-Bait fi al-Kitab wa al-Sunnnah, Berut, 1422 H.

Muhammad Tijani Samawi, Al- Shi‘ah hum Ahli al-Sunnah, Beirut, 1993

Murtadha Askari, Maalim al-Madrasataini, 1416 H-1995 M

Malik, al-Muwatta’, Tunis, 1384H.

Al-Muhibb al-Din al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah, Baghdad, tt.

_____________________, Dhakha’i al-‘Uqba, 1356 H.

Muqatil Atiyyah, Kitab Mukatamar Ulama Baghdad, Tehran, 1338 H

Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, Hyderabad, 1374H.

Al-Qanduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, Tehran, 1385 H.

Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, Tunis, 1972 M.

Siwasi, Syarh Fath al-Qadir, Tehran, tt.

Syablanji, Nur al-Absar, Cairo, 1367 H.

Syarif Radhi, Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1364 H.

Al-Subki, Taqiyuddin Ali bin Abd al-Kafi, Fatawa al-Subki, Beirut, Dar al-Ma‘rifah, t.t

Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Beirut, 1960 M.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

138

Sahnun, al-Mudawwanah al-Kubra, Cairo, 1380H.

Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1961.

_________, Tarikh al-Khulafa’, Cairo, 1368H.

Al-Syafi‘i, al-Umm, Cairo, 1958.

Al-Syahrastani, Milal wa al-Nihal, Cairo, 1968.

Syarafuddin al-MuSAWi, Abu Hurairahh, Pakistan, 1959.

Al-Subki, Abhaj fi Syarh al-Minhaj, Cairo, 1981

Sultan Waezeen, Peshawar’s Nights (2 volumes), Karachi, 1977

Al-Tabari, Tarikh, Bairut, 1968.

_______, Tafsir, Cairo, 1349H.

Al-Tahawi, Musykil al-Athar, Hyederabad, 1372H.

Turathu-na, oleh Muassasah Ahlu l-Bait AS, (bil. 4 tahun ke 7),Tehran, 1412 H.

Al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 1382 H.

Al-Ya’qubi, Tarikh al-Ya’qubi, Beirut, 1379H.

Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, Cairo 1957.

Al-Zamakhsyari, Abu al-Qasim Mahmud b. `Umar, -Kasysyaf ‘an Haqa’iq wa Ghawamidh al-Al-Tanzil,

Cairo, tt.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

139

NDEKS

A

Abdullah Ahmad Badawi 16

Abu Dhar 38

Abu Hasan al-Asy’ari 10, 11, 15

Abu Hanifah 14,

Ahmad bin Hanbal 29, 31

Alaudin Sayyid Mawlana Abd Aziz Shah 14

Alawiyyin 14

Amman Declaration 39

Anas bin Malik 31, 34

Al-Asya’irah 11, 15

B

Al-Bukhari 27, 28, 34, 35, 36, 37

Bani Taghlab 17

C

Cairo Declaration 26

D

Deklarasi Cairo 27

Deklarasi Islamabad 47

Deklarasi Makkah al-Mukarramah 48

Deklarasi Amman 22

F

Fatwa Syeikh-syeikh al-Azhar 12

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

140

G

Ghadir Khum 43

H

Hanbali, 11

I

Ibn Majjah 93

Ibn Taymiyah 45

Islamabad Declaration

K

Khairy Jamaluddin 16

L

M

Makkah al-Mukarramah Declaration 17

Al-Maturidi 10, 15

Al-Maturidiyyah, 10,11

N

Nasa’i 34, 37, 42

O

Perlak 36

Q

R

S

Al-Saduq 47

Salafi 19, 30

Saqifah Bani Saidah 34

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur’an

141

U

Uthaman 31

Y

Z

Al-Zamakhsyari, 70