alat muzik kaum india (original)

10
Tampura Alat bertali ini mempunyai empat tali. Tiga daripadanya ialah dawai besi waja dan yang satu lagi daripada perunggu. Badannya dibuat daripada kayu nangka. Bentuknya bulat dan belakangnya melengkong. Dua pemulas tali atau pelaras ialah disisi lelehernya dan dua daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya berbentuk belakang kura-kura. Tali-tali melalui atas kekuda titian tali di tengah-tengah dada. Fungsi Digunakan dalam muzik vokal dan instrumental India. Untuk mengeluarkan dengung iringan. Cara Bermain

Upload: nagain-dran

Post on 03-Jan-2016

335 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

This is a document about Indian instruments. Fell free to read.. it is in Malay for your information

TRANSCRIPT

Page 1: Alat Muzik Kaum India (Original)

Tampura

Alat bertali ini mempunyai empat tali. Tiga daripadanya ialah dawai besi waja dan yang satu lagi daripada perunggu. Badannya dibuat daripada kayu nangka. Bentuknya bulat dan belakangnya melengkong. Dua pemulas tali atau pelaras ialah disisi lelehernya dan dua daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya berbentuk belakang kura-kura. Tali-tali melalui atas kekuda titian tali di tengah-tengah dada.

Fungsi

Digunakan dalam muzik vokal dan instrumental India. Untuk mengeluarkan dengung iringan.

Cara Bermain

Dipegang tegak dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan.

2

Page 2: Alat Muzik Kaum India (Original)

Sitar

Alat bertali ini mempunyai lima hingga tujuh tali dawai (dua hingga empat tali digunakan untuk memainkan melodi, dan tiga tali untuk dengung). Diperbuat daripada kayu yang berbentuk bujur seakan sebelah buah pear.

Fungsi

Diletak melentang dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan. Jari-jari tangan sebelah lagi menekan dan menarik pada berbagai kedudukan di tali-tali yang mengeluarkan berbagai tingkat suara dan melodi.

Cara Bermain

Dimainkan dalam kumpulan instrumental yang kecil atau sebagai alat solo.

3

Page 3: Alat Muzik Kaum India (Original)

Tabla

Tabla adalah gegendang satu muka. Badannya diperbuat daripada kayu. Di mukanya ditampal dengan tampalan untuk menguasai perubahan bunyi.

Fungsi

Alat muzik ini sangat popular dalam kalangan kaum India. Alat ini dikatakan diturunkan dari Gendang Mridanga.

Cara Bermain

Alat muzik ini dimainkan dengan meletakkannya berdiri di atas lantai dan di hadapan pemain. Ia dipalu dengan jari-jari dan tapak tangan.

4

Page 4: Alat Muzik Kaum India (Original)

Kanjira

Kanjira termasuk dalam keluarga tamborin. Alat ini mempunyai bentuk yang seakan-akan sama dengan alat tamborin barat yang terdiri daripada rangka bulat diperbuat daripada kayu pokok nangka sepanjang kira-kira 7 hingga 9 inci diameternya dengan kedalaman 2 hingga 4 inci dalamnya. Juga berfungsi seakan-akan alat muzik kompang atau tar di setengah tempat.

5

Page 5: Alat Muzik Kaum India (Original)

Cenda

Merupakan alat perkusi berbentuk silinder yang juga dipanggil chende. Alat muzik ini digunakan dalam aktiviti kesenian dan keagamaan di negeri Kerala. Alat muzik ini dipersembahkan dengan iringan alat-alat muzik lain seperti Khatali, Koodiyattam dalam bentuk tarian dan aktiviti-aktiviti pemujaan di negeri Kerala. Chenda digantung pada pemain gendang supaya ia tergantung tegak dengan bahagian atas gendang yang dibaluti kulit itu. Pemain menggunakan 2 kayu pemukul untuk memukul bahagian atas gendang tersebut. Chenda terbahagi kepada 3 jenis iaitu: Uruttu Chenda (untuk bermain pelbagai variasi), Veeku Chenda, ( untuk memainkan irama asas) dan Acchan Cenda

6

Page 6: Alat Muzik Kaum India (Original)

Mrdangam

Mrdangam dimainkan dengan meletakkannya secara selari di atas lantai. Pemain akan memalu permukaan yang kecil dengan tangan kanan, manakala memalu permukaan besar dengan tangan tangan kiri. Mridangam diletakkan di atas kaki tangan dan buku lali. Kaki kanan dilunjurkan sedikit manakala kaki kiri akan dibengkokkan dan diletakkan pada rangka badan mridangam serta bertentangan dengan badan pemain.

7

Page 7: Alat Muzik Kaum India (Original)

Nadaswaram

Nadaswaram merupakan alat muzik klasik yang terkenal di selatan India. Alat muzik ini tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan bukan loyang yang mempunyai bunyi terkuat di dunia. Alat muzik ini mempunyai persamaan dengan alat tiupan Shehnai yang terdapat di utara India tetapi memiliki saiz yang lebih besar dan badannya diperbuat daripada kayu teguh dan loceng yang besar. Alat ini juga ada yang diperbuat daripada kayu dan logam, mempunyai tujuh lubang pada badannya yang dianggap sebagai lubang pengawal bunyi.

8

Page 8: Alat Muzik Kaum India (Original)

Saraswati Veena

Alat muzik ini tergolong dalam klasifikasi alat muzik bertali India. Ianya dinamakan sebagai saraswari Veena kerana mengambil sempena nama Tuan Hindu Saraswati yang selalu digambarkan sedang bermain alat muzik ini dan terkenal dalam masyarakat India. Selain alat Saraswati Veena, terdapat dua lagi alat muzik Veena yang terkenal di India iaitu Vichitra Veena dan Rudra Veena yang mana kedua-dua alat muzik ini dimainkan dalam persembahan klasik Hindu. Namun begitu, hanya alat muzik Saraswati Veena sahaja digunakan dalam persembahan muzik karnatak di India.

9