introduction to hrm (original)

17
PREPARED BY: EN. MOHD FARID BIN MOHD NORDIN DIPLOMA OF MECHATRONIC TECHNOLOGY ADVANCE TECHNOLOGY EDUCATION CENTRE (ADTEC) MELAKA

Upload: mohd-farid

Post on 23-Jun-2015

1.667 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Introduction to hrm (original)

PREPARED BY: EN. MOHD FARID BIN MOHD NORDIN

DIPLOMA OF MECHATRONIC TECHNOLOGY

ADVANCE TECHNOLOGY EDUCATION CENTRE (ADTEC) MELAKA

Page 2: Introduction to hrm (original)

Pengenalan HRM Definisi Fungsi HRM

Page 3: Introduction to hrm (original)

“Pengurusan Sumber Manusia” pada awalnya dikenali sebagai“Pengurusan Personalia”

Pada tahun 1970-an, Jepun berjaya menembusi dan menguasaipasaran Amerika Syarikat dalam sektor elektronik dan automotif.

Hasil kajian – faktor utama kejayaan firma-firma Jepun ialahkeprihatinan mereka terhadap Pengurusan Sumber Manusia.

Semenjak tahun 1980-an, Amerika mula memberi penekananterhadap Pengurusan Sumber Manusia. Kesannya, mereka telahberjaya dengan cemerlang dan mampu bertahan sewaktu zamankemelesetan.

Di Malaysia, pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusansumber manusia dikenali sebagai Kementerian Sumber Manusia, yang dulunya dikenali sebagai Kementerian Buruh.

Page 4: Introduction to hrm (original)

SUMBER MANUSIA (HR): Sekumpulankakitangan/pekerja yang berkhidmat dengansesebuah organisasi

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HRM): Wakil organisasi yang bertanggungjawab untuk menguruskan kakitangan/pekerja-pekerjanya. Contoh: Jabatan Sumber Manusia (HR) atau Jabatan Pentadbiran (Admin)

Page 5: Introduction to hrm (original)

ORGANISASI (MAJIKAN)

PEKERJA

KEWANGAN

TEKNOLOGI

PENGANGKUTAN

PERALATAN

BAHAN MENTAH

LAIN-LAIN

Page 6: Introduction to hrm (original)

ORGANISASI

• JABATAN PENTADBIRAN (ADMIN)

• ADTEC MELAKA

• PENGARAH

• JABATAN TENAGA MANUSIA

• KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

PENGURUSANSUMBER MANUSIA

• PENGARAH

• PENSYARAH

• JABATAN MEKATRONIK

• JABATAN PENTADBIRAN (ADMIN)

• PELAJAR

SUMBER MANUSIA (PEKERJA)

• PELAJAR

• PENSYARAH

• KENDERAAN PEJABAT

• PENJAGA PUSAT SUMBER

• PENGAWAL KESELAMATAN

• CLEANER

• TUKANG KEBUN

• MAKCIK KANTIN

Page 7: Introduction to hrm (original)

HRM

PENSTAFFAN

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

PENILAIAN PRESTASI

KESELAMATAN & KESIHATAN

PEKERJA

HUBUNGAN INDUSTRI

PAMPASAN & FAEDAH

Page 8: Introduction to hrm (original)

Definisi: Satu siri aktiviti yang dijalankan oleh sesebuahorganisasi untuk mencari calon bagi mengisi kekosonganjawatan. Terdapat 4 aktiviti/komponen penting yang terlibat, iaitu:

Page 9: Introduction to hrm (original)

• Definisi: Proses mengkaji keperluan sumber manusia

• Tujuan: Untuk memastikan organisasi mendapat bilangan dan jenis pekerja yang betul pada masa yang sesuai

1) Perancangan

• Definisi: Proses untuk mencari dan menarik minat calon-calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan (secara dalaman atau luaran)2) Perekrutan

• Definisi: Proses tapisan dan pemilihan pekerja daripadakalangan calon yang telah memohon3) Pemilihan

• Definisi: Proses penempatan dan memperkenalkan pekerjabaru kepada tugasan mereka, rakan sekerja dan polisi-polisi syarikat4) Orientasi

Page 10: Introduction to hrm (original)

Definisi: Satu usaha berterusan yang dijalankan oleh sesebuah organisasi untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan motivasi pekerja.

Contoh pogram pembangunan:

1. Mengadakan kursus dan latihan (Teknikal, pengurusan, teambuilding)

2. Mengubah persekitaran kerja (Contoh: Program 5S)

3. Mengadakan sesi kaunseling

4. Menguruskan budaya korporat

5. Menguruskan perancangan kerjaya

Page 11: Introduction to hrm (original)

Definisi: Proses penilaian terhadap prestasi pekerja yang dilakukan secara berkala berdasarkan standard/sasaran yang telah ditetapkan.

Apakah aspek yang perlu dinilai?

Sikap (bertanggungjawab, berdisiplin, rajin, berkerjasama, dll.)

Hasil kerja

Kepimpinan

Tahap keyakinan

Pengetahuan berkaitan kerja

Page 12: Introduction to hrm (original)

KESELAMATAN

Definisi: Usaha melindungi pekerja daripada kecederaan dan kemalangan ketika bekerja.

Contoh: menyediakan kelengkapan pertolongan cemas, mengadakan latihan memadam kebakaran, menyediakan pengangkutan, persekitaran kerja yang selamat, dll.

KESIHATAN

Definisi: Usaha memastikan pekerja bebas daripada penyakit dan sentiasa sihat dari segi mental dan fizikal.

Contoh: menganjurkan program kesihatan, mewajibkan pekerja menjalani pemeriksaan kesihatan, mewujudkan klinik panel untuk pekerja, menyediakan suasana kerja yang bersih dan harmoni, dll.

Page 13: Introduction to hrm (original)

Definisi: Merangkumi dua bentuk hubungan, iaitu:

1. Hubungan antara pekerja dengan pekerja

2. Hubungan antara pekerja dengan organisasi

Peranan HRM: Mewujudkan hubungan yang baik di antarasesama pekerja dan juga di antara pekerja dan pihakpengurusan.

Page 14: Introduction to hrm (original)

Definisi: Ganjaran (bayaran) dan faedah yang diberikan kepada pekerja sebagai menghargai hasil kerja mereka.

Contoh Ganjaran: Pemberian gaji, bonus, elaun, dll.

Contoh Faedah: insuran perubatan, insuran nyawa, pemberian cuti, kenaikan pangkat, penganugerahan sijil, dll.

Kesan: Boleh mempengaruhi kepuasan, kesetiaan, produktiviti dan motivasi pekerja.

Page 15: Introduction to hrm (original)

Gary Dessler, 2002. Pengurusan Sumber Manusia, Edisi Kelapan. Malaysia: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Mohmad Yazam Sharif, 2001. Asas Pengurusan Sumber Manusia, PendekatanProses. Malaysia: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Muhamad Ali Embi, 2001. Pendekatan Pengurusan Sumber Manusia Masa Kini.Malaysia: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ab. Aziz Yusof, 2004. Penilaian Prestasi Dari Perspektif Pengurusan SumberManusia. Malaysia: Penerbit Universiti Utara Malaysia Sintok.

Ab. Aziz Yusof, 2001. Penilaian Prestasi Konsep & Pelaksanaan. Malaysia: PenerbitUniversiti Utara Malaysia Sintok.

Selvaraj Nadarajah & S. Susila Devi, 2002. Quality human Resource Management.Malaysia: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Arun Kumar, 2000. International Encyclopaedia of Management Training And Development. Malaysia: Institute for Sustainable Development Lucknow.

Page 16: Introduction to hrm (original)

Apakah perbezaan Sumber Manusia & Pengurusan Sumber Manusia?(Jawapan: Berikan takrifan kedua-duanya – Slide 4)

Berikan 1 contoh kaitan antara Organisasi, Pengurusan Sumber Manusia & Sumber Manusia dalam bentuk gambar rajah?(Jawapan: Lukiskan gambar rajah – Slide 6)

Bagaimanakah pendekatan HRM dalam menguruskan sumber manusia bagi sesebuahorganisasi?(Jawapan: Senaraikan 6 fungsi HRM – Slide 7)

Apakah yang anda faham dengan istilah penstaffan dan senaraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan?(Jawapan: Slide 8 & 9)

Apakah yang dimaksudkan dengan Pembangunan Sumber Manusia?(Jawapan: Definisi HRD – Slide 10)

Sebagai seorang pengurus HR di sebuah syarikat, anda dikehendaki memikirkan apa yang perlu dilakukan bagi meningkatkan prestasi dan motivasi pekerja. Senaraikan sekurang-kurangnya 3 perancangan anda.(Jawapan: Program pembangunan HR – Slide 10)

Page 17: Introduction to hrm (original)

Sebagai seorang pengurus/ketua, bagaimanakah anda menilai prestasi orangbawahan anda?(Jawapan: Aspek-aspek penilaian prestasi – Slide 11)

Sesebuah organisasi wajib menjaga keselamatan dan kesihatan kakitangannyaketika bekerja. Berikan perbezaan definisi di antara kedua-duanya.(Jawapan: Definisi keselamatan dan kesihatan pekerja – Slide 12)

Berikan dua contoh program yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kesedaranpekerja dari segi keselamatan dan kesihatan sewaktu bekerja.(Jawapan: 1 contoh program keselamatan & 1 contoh program kesihatan – Slide 12)

Apakah yang dimaksudkan dengan hubungan industri?(Jawapan: Definisi hubungan industri – Slide 13)

Apa pentingnya pengurusan pampasan yang efektif kepada sesebuah organisasi?(Jawapan: Kesan pelaksanaan pampasan – Slide 14)