alam sekitar 1

4
Tarikh 5 Jun setiap tahun merupakan Hari Alam Sekitar Sedunia. Hari Alam Sekitar Sedunia (World Environment Day, WED) disambut setiap tahun di seluruh dunia bagi menggalakkan kesedaran dan tindakan mengenai alam sekitar di kalangan masyarakat. Ia juga menjadikan hari tersebut sebagai `hari untuk orang awam melakukan sesuatu yang positif terhadap alam sekitar Bersesuaian dengan slogan bagi Hari Alam Sekitar Sedunia ialah "Raise Your Voice, Not the Sea Level". Hari Alam Sekitar Sedunia Sebagai Pemacu Kesedaran Ditulis oleh Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin. Posted in Utusan Malaysia Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Anfaal, ayat 53 yang bermaksud: "...sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada sesuatu kaum hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." Ayat tersebut jelas menggambarkan kepada kita seruan Allah agar setiap manusia di atas muka bumi ini sentiasa berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik di dalam semua aspek kehidupan. Salah satu aspek penting yang perlu dititikberatkan ialah berhubung isu pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar serta segala komponen yang ada di dalamnya. Dalam konteks ini, kita disaran agar mengambil segala manfaat daripada alam dengan tidak mengabaikan aspek-aspek pelestariannya. Dewasa ini kita dapati manusia dengan sewenang-wenangnya telah melanggar hukum Allah. Buktinya telah banyak kepincangan yang berlaku ke atas alam sekitar kita lantaran kerakusan sikap manusia yang lebih mengutamakan kepentingan duniawi semata-mata berbanding ukhrawi. Saban hari kita masih lagi dipaparkan dengan pelbagai berita berhubung permasalahan alam sekitar seperti pencemaran, pembalakan haram, pengeksploitasian sumber alam secara berlebihan sehingga membawa kepada ancaman kepupusan dan sebagainya. Keterlanjuran sikap manusia mengingkari alam dikhuatiri akan menimbulkan kemurkaan Allah. Antara tanda-tanda kemurkaan Allah dapat kita lihat apabila berlakunya pelbagai bencana alam yang kerap serta sukar diramal seperti kejadian tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global dan seumpamanya. Hal ini telah diingatkan di dalam firman-Nya (surah al-Rum, ayat 41) yang bermaksud: Telah timbul pelbagai kerosakan di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." Namun malangnya, amaran-amaran Allah terhadap larangan mencabuli hak alam hanya persis angin lalu' sahaja. Ia sedikit pun tidak meruntun hati segelintir golongan manusia yang telah sebati dengan sikap angkuh dan sombong yang terus-terusan bertindak rakus menodai alam sehinggakan ia kian diselubungi kelemasan. Sikap seumpama ini perlu segera diusir dari jiwa setiap individu. Ini kerana jika ia berlarutan, kelak akan mengundang padah yang lebih besar lagi bukan sahaja kepada alam sekitar bahkan juga kepada seluruh hidupan yang menghuninya. Justeru, langkah proaktif untuk membendungnya perlu diambil agar roh cintakan alam sekitar dapat disemai di dalam jiwa setiap anggota masyarakat. Lantaran itu, pelbagai program kesedaran alam sekitar telah dianjurkan bagi memastikan matlamat tersebut dapat direalisasikan. Antara program yang cukup besar ialah Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada tanggal 5 Jun setiap tahun di seluruh dunia. Ia bertujuan untuk menyuntik semangat kesedaran di kalangan masyarakat dunia agar lebih menghargai dan mensyukuri nikmat alam sekitar. Menyoroti sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, ia merupakan salah satu daripada agenda utama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar serta meraih perhatian dan tindakan politik di seluruh dunia berhubung isu dan permasalahan semasa alam sekitar. Sambutan tersebut merupakan inisiatif bagi menggalakkan ekonomi karbon yang lebih rendah serta gaya hidup hijau

Upload: damaianggerikrimba

Post on 01-Oct-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Tarikh 5 Jun setiap tahun merupakan Hari Alam Sekitar Sedunia. Hari Alam Sekitar Sedunia (World Environment Day, WED) disambut setiap tahun di seluruh dunia bagi menggalakkan kesedaran dan tindakan mengenai alam sekitar di kalangan masyarakat. Ia juga menjadikan hari tersebut sebagai `hari untuk orang awam melakukan sesuatu yang positif terhadap alam sekitar Bersesuaian dengan slogan bagi Hari Alam Sekitar Sedunia ialah "Raise Your Voice, Not the Sea Level".

Hari Alam Sekitar Sedunia Sebagai Pemacu Kesedaran

Ditulis oleh Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin. Posted in Utusan Malaysia

Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Anfaal, ayat 53 yang bermaksud: "...sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada sesuatu kaum hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." Ayat tersebut jelas menggambarkan kepada kita seruan Allah agar setiap manusia di atas muka bumi ini sentiasa berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik di dalam semua aspek kehidupan. Salah satu aspek penting yang perlu dititikberatkan ialah berhubung isu pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar serta segala komponen yang ada di dalamnya. Dalam konteks ini, kita disaran agar mengambil segala manfaat daripada alam dengan tidak mengabaikan aspek-aspek pelestariannya.

Dewasa ini kita dapati manusia dengan sewenang-wenangnya telah melanggar hukum Allah. Buktinya telah banyak kepincangan yang berlaku ke atas alam sekitar kita lantaran kerakusan sikap manusia yang lebih mengutamakan kepentingan duniawi semata-mata berbanding ukhrawi. Saban hari kita masih lagi dipaparkan dengan pelbagai berita berhubung permasalahan alam sekitar seperti pencemaran, pembalakan haram, pengeksploitasian sumber alam secara berlebihan sehingga membawa kepada ancaman kepupusan dan sebagainya.

Keterlanjuran sikap manusia mengingkari alam dikhuatiri akan menimbulkan kemurkaan Allah. Antara tanda-tanda kemurkaan Allah dapat kita lihat apabila berlakunya pelbagai bencana alam yang kerap serta sukar diramal seperti kejadian tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global dan seumpamanya. Hal ini telah diingatkan di dalam firman-Nya (surah al-Rum, ayat 41) yang bermaksud: Telah timbul pelbagai kerosakan di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."

Namun malangnya, amaran-amaran Allah terhadap larangan mencabuli hak alam hanya persis angin lalu' sahaja. Ia sedikit pun tidak meruntun hati segelintir golongan manusia yang telah sebati dengan sikap angkuh dan sombong yang terus-terusan bertindak rakus menodai alam sehinggakan ia kian diselubungi kelemasan. Sikap seumpama ini perlu segera diusir dari jiwa setiap individu. Ini kerana jika ia berlarutan, kelak akan mengundang padah yang lebih besar lagi bukan sahaja kepada alam sekitar bahkan juga kepada seluruh hidupan yang menghuninya. Justeru, langkah proaktif untuk membendungnya perlu diambil agar roh cintakan alam sekitar dapat disemai di dalam jiwa setiap anggota masyarakat.

Lantaran itu, pelbagai program kesedaran alam sekitar telah dianjurkan bagi memastikan matlamat tersebut dapat direalisasikan. Antara program yang cukup besar ialah Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada tanggal 5 Jun setiap tahun di seluruh dunia. Ia bertujuan untuk menyuntik semangat kesedaran di kalangan masyarakat dunia agar lebih menghargai dan mensyukuri nikmat alam sekitar.

Menyoroti sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, ia merupakan salah satu daripada agenda utama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar serta meraih perhatian dan tindakan politik di seluruh dunia berhubung isu dan permasalahan semasa alam sekitar. Sambutan tersebut merupakan inisiatif bagi menggalakkan ekonomi karbon yang lebih rendah serta gaya hidup hijau seperti penggunaan tenaga yang lebih efisien, penggunaan sumber tenaga alternatif, pemuliharaan hutan dan penggunaan mesra alam dalam aktiviti seharian.

Saban tahun ia disambut dengan pelbagai tema yang berbeza dengan tujuan dapat memberi kesedaran yang lebih menyeluruh di dalam semua isu berkaitan alam sekitar. Namun, persoalannya sejauh manakah program-program yang dianjurkan sempena sambutan tersebut mampu mencapai matlamat penganjurannya? Adakah ia benar-benar berkesan dan dapat mendidik jiwa masyarakat atau sebaliknya?

Jika diimbas kembali, sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut setiap tahun dengan pelbagai aktiviti bagi mendekatkan masyarakat dengan alam, ia sememangnya sudah mampu menitipkan kesedaran dan membuka mata masyarakat untuk lebih prihatin terhadap alam. Cuma, adakah tahap kesedaran tersebut mampu bertahan lama atau akan menjadi suam-suam kuku' setelah beberapa bulan sambutan tersebut berlalu. Ini kerana, jika hanya aspek teknikal sahaja yang dititikberatkan di dalam setiap program alam sekitar yang dianjurkan, ia dikhuatiri kesedaran yang hadir tidak mampu melekat' selamanya di dalam jiwa masyarakat. Justeru, adalah lebih molek sekiranya sambutan tersebut disuntik dengan pendekatan agama dan tarbiah rohani bagi memastikan ianya akan betul-betul tersemat kukuh di dalam jiwa dan sanubari setiap individu.

Oleh yang demikian, sambutan-sambutan hari alam sekitar seharusnya menerapkan elemen mengajak dan mendidik' manusia untuk melihat alam dengan pandangan mata hati'. Ini kerana, hanya dengan mendidik manusia melihat alam dengan pandangan mata hati sahaja dapat mematikan sikap rakus manusia terhadap alam yang selama ini hanya berkiblatkan pandangan nafsu' semata-mata.

Sedangkan, terdapat banyak manfaat yang bakal kita perolehi apabila kita melihat alam dengan pandangan mata hati. Antaranya kita akan terasa kewujudan, kehebatan dan keagungan Allah, di samping dapat mempertingkatkan keyakinan kita kepada al-Quran dan juga hari akhirat. Apabila bibit-bibit kesedaran yang ikhlas lahir daripada kalbu yang berpaksikan pandangan mata hati, maka kita akan lebih kenal dan dekat dengan Maha Pencipta.

Seterusnya, apabila kita dekat dengan Pencipta ia sekaligus dapat mengusir segala sikap pesimis kita terhadap alam serta dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan penderhakaan terhadap alam yang telah banyak memberi manfaat kepada kita dalam melayari bahtera kehidupan dengan lebih sempurna. Bahkan, ganjaran yang lebih hebat lagi yang bakal kita perolehi apabila hati kita dekat dengan Allah serta amanah dalam melunaskan tanggungjawab terhadap alam ialah ia akan menjadikan kita seorang yang lebih berkeperibadian luhur dalam semua aspek kehidupan. Oleh itu, sewajarnya sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia yang dianjurkan di negara kita melakukan transformasi dengan menerapkan unsur pendekatan agama di dalam setiap aktiviti yang dianjurkan sepanjang sambutan tersebut.

Mudah-mudahan dengan penerapan nilai-nilai agama di dalam setiap program sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia dapat menjadi pemacu kesedaran kepada semua anggota masyarakat untuk berusaha merubah diri agar lebih prihatin dan menyayangi alam sekitar. Malah, ia seharusnya menjadi wadah kepada masyarakat untuk mengumpul segala maklumat dan mengambil manfaat daripada setiap program yang dianjurkan sempena sambutan tersebut.

Penglibatan semua pihak sempena sambutan ini adalah penting bagi memastikan matlamat penganjurannya tercapai. Sudah tiba masanya, setiap anggota masyarakat bermuhasabah diri agar lebih bersikap adil dan telus terhadap alam sekitar dengan berpaksikan sikap jujur, amanah, bertanggungjawab, prihatin serta menyingkirkan sifat tamak haloba dalam meneroka khazanah alam. Jika sifat-sifat sedemikian mampu diterapkan dalam jiwa setiap insan, pastinya tidak akan goyah iman manusia walau dilanda badai sekalipun

Hari Alam Sekitar Sedunia - World Environment Day

Hari ini 5 Jun 2014, sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (World Environment Day)... Nikmati keindahan alam sekitar buat tatapan anda. Cintai dan peliharalah alam sekitar demi keselesaan dan kesejahteraan hidup. Semoga apa yang kita nikmati hari ini akan dapat juga dirasai oleh generasi masa hadapan.

Alam sekitar adalah nyawa bagi seluruh hidupan di dunia ini. Setiap yang diciptakan ada peranan dan fungsinya yang tersendiri. Ianya amat penting dalam rantaian kehidupan disamping memberi keseimbangan dalam eko sistem alam ini. Kita sebagai makhluk yang menumpang didunia ini haruslah menjaga dan memeliharanya kerana kemusnahan alam sekitar akan membawa bencana buat kita semua.

Apakah peranan dan sumbangan anda dalam memelihara alam sekitar ini? Ianya adalah tanggungjawab setiap individu... Marilah kita bersama-samamelestarikan alam sekitardemi masa hadapan yang lebih aman. nyaman dan damai.

Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita.- Chief Seattle

Latar Belakang Hari Alam Sekitar Sedunia

Hari Alam Sekitar Sedunia (World Environment Day) telah dilancarkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1972. Sepanjang minggu pada 5 Jun setiap tahun sambutan ini akan diadakan. Program Persekitaran PBB (UNEP), juga ditubuhkan pada 1972, bagi menggunakan Hari Alam Sekitar Sedunia ini sebagai satu promosi untuk membangkitkan kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar dan menarik perhatian politik dan tindakan awam.

Terima kasih bersama Relaks Minda... Selamat Menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia

Sebagai salah seorang warga bumi, saya rasa bersyukurManusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang teristimewa berbanding dengan makhluk ciptaan lain. Sebagai khalifah Allah, manusia bertanggungjawab memakmurkan alam kurniaan Allah dengan sebaik-baiknya melalui interaksi yang positif. Perhubungan manusia bukan hanya terbatas dengan Pencipta dan sesama manusia sahaja tetapi merangkumi perhubungan dengan alam. Oleh yang demikian, alam sekitar merupakan sebahagian daripada elemen-elemen yang penting yang perlu dipelihara oleh manusia sebagai satu khazanah yang amat berharga.

Kemusnahan alam hijau anugerah Allah adalah disebabkan oleh kerakusan manusia mengekploitasi hasil alam melampaui batas. Implikasinya menyebabkan pelbagai fenomena alam berlaku antaranya, pemanasan global, tanah runtuh, banjir kilat dan pelbagai lagi yang mengganggu ketidaksabilan eko sistem. Justeru itu, pengurusan alam sekitar yang efektif dan konsisten sangat diperlukan bagi memastikan alam anugerah Allah tidak dimusnahkan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Selain daripada itu, dari Imam Ahmad, Rasulullah dipetik sebagai bersabda, Jika ada sesiapa yang menanam sebatang pokok dan bercucuk tanam, dan manusia serta haiwan atau burung-burung mendapat makanan darinya, ia hendaklah menganggapnya sebagai satu kebajikan.

Rasululullah s.a.w. juga pernah bersabda yang maksudnya, Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. Hadis riwayat Muslim.

Sehubungan itu, Allah memberi peringatan melalui firman-Nya yang bermaksud: Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum: 41)Persekitaran

Kajian menjelaskan peranan persekitaran terhadap aura seseorang. Seseorang yang rajin menghirup udara segar, melihat matahari terbit serta menjaga kebersihan alam persekitarannya dikatakan mampu memperbaiki aura dirinya.

Ia lebih dikaitkan dengan satu kaedah dan cara kehidupan yang lebih sihat, sempurna, jauh dari pencemaran serta banyak berhubung dengan alam semulajadi.

Dalam Islam pula sememangnya telah diajar umat tentang pentingnya menjaga kebersihan dan terdapat dalil yang menyokong perkara ini. Selain itu, orang Islam diseru supaya tidak tidur apabila matahari terbit kerana ia mampu menjemput penyakit.

Dalam perihal alam semulajadi pula, kedapatan hadis yang menerangkan tentang perlunya menjaga alam contohnya sabda Rasulullah S.A.W. "Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan." Hadis riwayat Muslim.

Oleh yang demikian haruslah kita ingat bahawa perlunya kita mengambil tahu tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam, kebersihan persekitaran dan tempat tinggal serta peranan waktu pagi dalam kehidupan. Kita tidak sedar agama telah pun mengajar kita menjaga aura dan getaran dengan penghayatan alam.