al quran dan sains

25
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM AL-QURAN DAN SAINS TIDAK DAPAT DIPISAHKAN Islam adalah agama yang sempurna, merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan. Konsep kesempurnaan ini dikenali sebagai syumuliyah dalam Islam. Sebagaimana firman Allah, ”Pada hari ini aku sempurnakan agamamu untuk kamu dan aku sempurnakan nikmatku ke atas kamu dan aku redhai Islam menjadi agamamu." (Al-Maidah:3). Ajaran Islam yang syumul ini adalah bersumberkan kepada dua perkara iaitu Al-Quran dan sunnah seperti mana yang telah dinyatakan dalam hadis baginda Rasulullah s. a. w, ”Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama- lamanya iaitu Kitab Allah dan sunnahku.” Dengan adanya sumber yang tidak mampu dipertikaikan ini, Islam telah membawa satu bentuk perubahan kepada seisi alam melalui syariat atau peraturan yang ditetapkan melalui kedua sumber tersebut. Adalah menjadi kewajipan untuk kita mematuhi syariat atau peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam demi mencapai kejayaan sebenar dunia dan akhirat. Pelaksanaan syariat tersebut mestilah hadir bersama iman yang kukuh sementelah iman adalah penentu sesuatu amalan itu diterima oleh Allah atau ditolak. NO. MATRIK 222983

Upload: ahmad-hirzi-azni

Post on 12-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Hubungan Al Quran dan Sains

TRANSCRIPT

Page 1: Al Quran Dan Sains

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

AL-QURAN DAN SAINS TIDAK DAPAT DIPISAHKAN

Islam adalah agama yang sempurna, merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan.

Konsep kesempurnaan ini dikenali sebagai syumuliyah dalam Islam. Sebagaimana firman

Allah, ”Pada hari ini aku sempurnakan agamamu untuk kamu dan aku sempurnakan

nikmatku ke atas kamu dan aku redhai Islam menjadi agamamu." (Al-Maidah:3). Ajaran

Islam yang syumul ini adalah bersumberkan kepada dua perkara iaitu Al-Quran dan sunnah

seperti mana yang telah dinyatakan dalam hadis baginda Rasulullah s. a. w, ”Aku tinggalkan

kepadamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat

selama-lamanya iaitu Kitab Allah dan sunnahku.”

Dengan adanya sumber yang tidak mampu dipertikaikan ini, Islam telah membawa

satu bentuk perubahan kepada seisi alam melalui syariat atau peraturan yang ditetapkan

melalui kedua sumber tersebut. Adalah menjadi kewajipan untuk kita mematuhi syariat atau

peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam demi mencapai kejayaan sebenar dunia dan

akhirat. Pelaksanaan syariat tersebut mestilah hadir bersama iman yang kukuh sementelah

iman adalah penentu sesuatu amalan itu diterima oleh Allah atau ditolak.

Maka, penting bagi kita untuk sentiasa menguatkan iman antaranya dengan

mendalami ilmu dan mengukuhkan kefahaman melalui ayat-ayat Al-Quran. Penguasaan ayat-

ayat Al-Quran ini bermula dengan mempertingkatkan kemampuan seseorang untuk membaca

Al-Quran dengan baik. Langkah seterusnya adalah untuk memahami ayat-ayat Al-Quran

dengan pemahaman yang betul selanjutnya adalah dengan berusaha untuk mendapatkan

penghayatan yang mantap terhadap isi kandungan Al-Quran. Mereka yang membaca,

memahami dan menghayati seterusnya menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan akan

dijanjikan dengan kesejahteraan dan kecemerlangan seperti mana firman Allah yang

bermaksud, ”Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang aqwam dan

NO. MATRIK 222983

Page 2: Al Quran Dan Sains

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

memberi khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi

mereka ada pahala yang besar.” (Al-Israk:9).

Aqwam yang dimaksudkan dalam ayat ini bermaksud jalan yang paling benar, paling

adil dan paling tepat menurut Imam Qartubi dalam al-Jamik li Ahkamil Quran. Menurut apa

yang disebutkan dalam Hans Wehr, iaitu, ‘A Dictionary Of Modern Written Arabic’, ayat

dalam bahasa Arab membawa dua maksud. Pertama adalah ayat-ayat Al-Quran dan kedua

ialah tanda atau bukti.

Penguasaan dalam ayat-ayat Al-Quran mestilah disusuli dengan menguasai atau

memahami tanda dan bukti yang tersembunyi di alam semesta yang menjadi bukti kekuasaan

dan keagungan Allah. Hal ini menuntut umat Islam untuk menggunakan akal fikiran yang

tajam untuk mengkaji bukti dan tanda-tanda ini. Allah meninggikan darjat bagi mereka yang

mengkaji alam ini dengan gelaran ulul albab seperti mana dalam surah Ali Imran ayat 90

hingga 91. Ayat ini menjadi satu rangsangan bagi umat Islam untuk menjadi saintis atau

pakar sains yang sentiasa mengingati Allah.

Malah, Islam menuntut agar saintis yang dilahirkan mestilah mengkaji alam dengan

menggunakan minda saintifik iaitu minda yang kuat berfikir, kritikal, mampu menganalisa

data dan fakta, serta mampu membuat andaian serta konklusi terhadap apa yang dikaji tanpa

menerima sebarang laporan atau pandangan secara bulat-bulat tanpa bukti dan dalil yang

kukuh. Sikap ini bertepatan sepertimana yang diajar dalam Al-Quran dalam surah al-Israk

ayat 36, ”Janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan

mengenainya.” (Al-Israk:36)

Islam amat mengambil berat akan peri pentingnya bukti dan dalil. Oleh sebab itulah,

Islam tidak pernah memaksa sesiapa yang bukan beragama Islam untuk memeluk Islam

sebaliknya mereka diberikan hujah yang rasional pada pemikiran mereka untuk

NO. MATRIK 222983

Page 3: Al Quran Dan Sains

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

memperlihatkan kepalsuan pegangan mereka sekaligus membenarkan Islam. Sebagai contoh,

dalam surah al-Haj ayat 73, Allah menggunakan hujah dan dalil yang dapat diterima akal

bagi menjelaskan kesesatan amalan penyembahan patung berhala.

Allah turut menggunakan pendekatan yang sama tatkala berbicara mengenai alam

ghaib, antaranya kebangkitan semula selepas mati. Dalam surah Fatir ayat 9 yang bermaksud,

”Allah jualah yang menghantarkan angin dan angin itu menggerakkan awan, kemudian kami

halakan awan itu kepada negeri yang mati (kawasan kering kontang) dan kami hidupkan

bumi itu sesudah matinya (dengan menurunkan hujan). Demikianlah juga kebangkitan

manusia (iaitu kehidupan selepas mati).” (Fatir : 9).

Lihat sahaja bagaimana Allah mengaitkan fenomena alam bagi menjelaskan mengenai

kehidupan selepas mati. Ayat ini mampu mengetuk minda kita untuk berfikir mengikut apa

yang dapat diperhatikan dalam mencari kebenaran. Malah, ayat-ayat ini menuntut kita untuk

mengambil berat akan pencarian bukti dan dalil dalam memantapkan keyakinan kita dalam

sesuatu perkara. Justeru, minda saintifik tidak seharusnya mempercayai perkara tahyul dan

khurafat yang tidak masuk akal.

Al-Quran yang merupakan sumber rujukan utama umat Islam sebenarnya mampu

melahirkan umat yang memiliki minda yang cerdas dan saintifik. Hal ini kerana, Al-Quran

telah mengungkapkan pelbagai bukti dan dalil mengenai alam, manusia dan kehidupan yang

membolehkan umat Islam mengkajinya bagi mendapatkan kefahaman yang betul mengenai

sesuatu perkara. Misalnya, dalam surah al-Anbiya' ayat 30 yang membawa maksud, ”Apakah

orang kafir tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah sesuatu yang padu

(ratqa) kemudian kami pisahkan antara keduanya (fataq).” (Al-Anbiya' : 30).

Ayat ini membolehkan umat Islam mengetahui asal usul proses kejadian alam lama

dahulu sebelum lahirnya teori Big Bang sebagaimana pandangan yang diutarakan oleh ulama

NO. MATRIK 222983

Page 4: Al Quran Dan Sains

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

tabiin, Imam Said Bin Jubair yang mengatakan, ”Langit dan bumi sebelum ini melekat antara

satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah

pemisahan dan itulah yang dimaksudkan Allah dalam ayat ini”. Perkara ini terbukti benar

dengan adanya kajian terkini mengenai Big Bang, teori yang menjadi pegangan umum para

saintis mengenai permulaan alam semesta pada hari ini.

Selain itu, berpandukan ayat Al-Quran, ulama Islam dapat mengetahui mengenai

proses kejadian bayi yang melalui pelbagai tahap. Misalnya sahabat Nabi, Abdullah Bin

Abbas berkata, ”Air lelaki bertemu dengan air perempuan kemudian ia bergabung dan

bercantum dan selepas itu ia berubah daripada satu tahap ke satu tahap yang lain dan daripada

satu keadaan kepada satu keadaan yang lain dan daripada satu warna kepada satu warna yang

lain”. Pandangan beliau ini sama sepertimana Imam Ikrimah, Mujahid, al-Hasandan Rabie’

bin Anas, seperti yang disebutkan oleh Ibn Kathir dalam Tafsir Al-Quran al-Azim. Mereka

menjadikan ayat-ayat Al-Quran sebagai asas dalam kajian mereka antaranya sepertimana

dalam ayat 12-14 , surah al-Mukminun.

Penemuan sains terkini membicarakan pusingan hidrologi dunia (hydrologic or water

cycle) yang menunjukkan kadar hujan yang turun adalah sama bagi setiap tahun iaitu

anggaran sebanyak 513 trilion ton setiap tahun tanpa berlaku perubahan. Hal ini dinyatakan

dalam Wikipedia Encyclopedia bersumberkan kepada NASA dan United States Geological

Survey. Sedangkan hal ini telah pun diungkapkan lama dahulu oleh para sahabat berdasarkan

firman Allah, antaranya ayat 11 dalam surah az-Zukhruf, ”Dialah yang menurunkan air dari

langit mengikut kadar lalu kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati.” (Az-Zukhruf:11).

Sahabat Nabi iaitu Abdullah Bin Abbas Bin Abdullah Bin Masud mengatakan,

”Hujan yang turun pada suatu tahun tidak akan melebihi kadar hujan yang turun pada tahun-

tahun yang lain”. Kenyataan beliau ini dilaporkan oleh Ibn Kathir. Benar bahawa Al-Quran

NO. MATRIK 222983

Page 5: Al Quran Dan Sains

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

bukanlah buku sains semata-mata sebaliknya panduan dalam menentukan mana yang hak dan

mana yang batil tetapi terdapat banyak ayat-ayat di dalamnya yang mengungkapkan

mengenai fenomena sains. Hal ini memancing umat Islam untuk terus mengkaji alam

berdasarkan ayat-ayat tersebut sehingga mampu melahirkan ramai tokoh –tokoh saintis Islam

yang cemerlang antara tahun 750 hingga 1100 Masihi antaranya Jabir bin Hayyan, al-Razi,

al-Kindi, al-Khawarizmi, Abul Qasim dan ramai lagi.

Kesemua mereka berjaya membentuk minda saintifik lagi progresif yang dituntut

dalam Islam. Dalam pengkajian sains, para saintis adalah bebas namun tidak dapat dinafikan

bahawa akal manusia yang lemah itu adalah terbatas maka wahyu yang diturunkan Allah

seharusnya dijadikan sumber rujukan tertinggi. Dengan kata lain, sains seharusnya tunduk

kepada Al-Quran, berpandukan prinsip-prinsip dan syariat yang telah ditetapkan.

Oleh itu, sains dalam Islam merupakan sains berkonsepkan tauhid yang mengakui

keterbatasan akal manusia dalam sesetengah perkara. Tidak seperti saintis barat yang tidak

mempercayai kuasa ghaib. Malah, mereka menolak pendapat atau kenyataan yang

mengatakan bahawa asal usul kehidupan ada kaitannya dengan kuasa ghaib. Sedangkan Allah

berfirman yang bermaksud, ”Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan

rahmat bagi kaum yang meyakini.” (Al-Jathiyah:20).

Sains tanpa rujukan daripada Al-Quran mendorong manusia untuk membuat pelbagai

kesimpulan yang menyeleweng dan menuju kesesatan malah terbabas daripada jalan

kebenaran. Sains yang berpandukan kepada ajaran Islam mempunyai matlamat dan tujuannya

yang sendiri. Matlamat jangka pendek adalah untuk memahami dan mengetahui hakikat

kejadian manusia dan alam serta memanfaatkan ilmu itu untuk kebaikan semua. Matlamat

jangka panjang pula ialah untuk menghayati kebesaran dan keagungan Allah sebagai pencipta

setiap sesuatu . Semakin zaman mengorak langkah dan ilmu kepakaran sains dan teknologi

NO. MATRIK 222983

Page 6: Al Quran Dan Sains

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

semakin berkembang, semakin jelas terbukti kebenaran terhadap ayat-ayat Al-Quran yang

selama ini menjadi rahsia. Lihat sahaja, berapa banyak fenomena alam yang dapat dikaitkan

dengan ayat Al-Quran yang begitu selari dengan penemuan yang dikaji. Bukan itu sahaja,

sains yang menyediakan ilmu dan fakta terbaru sebenarnya membantu kita dalam memahami

ayat-ayat Al-Quran bagi memantapkan lagi keyakinan kita.

Benarlah Al-Quran dan sains tidak dapat dipisahkan sementelah antara satunya ada

hubung kaitnya. Tidak mustahil bagi mereka yang tidak beragama Islam mengakui kebenaran

Al-Quran sekaligus memeluk agama suci ini apabila mereka membuka mata terhadap

keselarian penemuan sains dan ayat Al-Quran. Malah, walaupun Al-Quran sudah diturunkan

beribu-ribu tahun lamanya, masih tiada sesiapa yang mampu membuktikan kepalsuan Al-

Quran dan tidak akan ada yang mampu.

Secara konklusinya, umat Islam seharusnya berusaha untuk menguasai kedua-duanya,

baik Al-Quran mahupun ilmu sains kerana perkaitan antara keduanya membantu kita dalam

mengenal pencipta kita di samping mengakui keagunganNya. Walaubagaimanapun, ini tidak

bermakna kita mengetepikan sunnah kerana baik Al-Quran mahupun sunnah tidak dapat

dipisahkan dan akan terus menjadi sumber rujukan dalam Islam.

Malah, sekiranya kita mampu menggabungkan antara ilmu naqli (revealed

knowledge) yang berkaitan dengan Al-Quran dan sunnah bersama dengan ilmu aqli (acquired

knowledge) yang melingkari mengenai ilmu sains, pasti tuntutan dakwah akan menjadi lebih

berkesan dan meyakinkan apatah lagi sasaran dakwah tersebut merupakan yang bijak pandai.

Maka, marilah kita bersama-sama dalam mendalami ilmu mengenai Al-Quran dan ilmu sains.

NO. MATRIK 222983

Page 7: Al Quran Dan Sains

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

FAKTA SAINS DI DALAM AL-QURAN

Asal-usul alam daripada asap

Di dalam surah Fussilat 41:11, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud, “Kemudian

Dia menuju ke langit dan langit ketika itu berbentuk asap lalu Dia berkata kepadanya dan

bumi, ´Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa.´ Keduanya menjawab, ´Kami

datang dengan tunduk.´

Di dalam kitab Al-Asas fit Tafsir, jilid 9, halaman 5010, Said Hawa menyatakan,

“Sesungguhnya di sana memang sudah ada suatu keyakinan bahawa sebelum terjadinya

bintang-bintang, keadaan adalah di dalam bentuk gas nebula seperti asap. Dan pandangan

yang seperti ini boleh dianggap sahih kerana ia begitu hampir dengan hakikat kalimat

´dukhan´ di dalam al-Quran.´

Penciptaan alam semesta

Penciptaan alam semesta diterangkan oleh ahli astro-fizik (fizik angkasa) sebagai satu

fenomena yang diterima ramai dan dikenali sebagai ´Big Bang.´ Ia disokong oleh data yang

diperoleh daripada pemerhatian dan eksperimen oleh ahli astronomi dan ahli astro-fizik sejak

berdekad-dekad lamanya. Menurut ´Big Bang´, seluruh alam semesta pada asalnya ialah satu

jisim yang besar (Nebula Asas).

Kemudian terjadi ´Big Bang´ (Pemisahan Kedua) yang menghasilkan galaksi-galaksi.

Ia kemudiannya berpecah-pecah lagi untuk menjadi bintang, planet, matahari, bulan, dan

lain-lain. Asal penciptaan alam semesta ini memang unik dan kemungkinan untuk ia terjadi

secara tidak sengaja adalah sifar.

Al-Quran mengandungi ayat berikut, berkenaan asal kejadian alam semesta, “Dan

tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit

NO. MATRIK 222983

Page 8: Al Quran Dan Sains

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan

antara keduanya?” (surah Al-Anbiyaa´:30). Persamaan di antara ayat Al-Quran dengan teori

Big Bang tidak dapat dinafikan lagi. Bagaimana sebuah kitab yang muncul di padang pasir

Arab 1400 tahun lalu, mengandungi fakta sains begini.

Wujud jisim gas sebelum penciptaan galaksi

Ahli sains berkata, sebelum galaksi-galaksi di alam semesta ini dibentuk, yang ada

pada mulanya ialah bahan-bahan gas. Dengan kata lain, bahan-bahan atau awan gas yang

besar wujud sebelum pembentukan galaksi-galaksi. Untuk menerangkan perkara ini,

perkataan ´asap´ adalah lebih sesuai berbanding gas.

Ayat Al-Quran berikut merujuk kepada keadaan alam semesta oleh perkataan

´dhukhan´ yang bermaksud asap, “Kemudian Dia menujukan kehendak-Nya ke arah (bahan-

bahan langit sedang langit itu masih berupa asap, lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada

bumi, ´Turutlah kamu berdua akan perintah-Ku, sama ada dengan sukarela atau paksa´

Keduanya menjawab, ´Kami berdua sedia menurut patuh dengan sukarela.´” (Surah

Fussilat:11). Lagi sekali, fakta ini juga tidak diketahui oleh orang Arab pada zaman Nabi

Muhammad s.a.w.

Bentuk bumi bulat

Pada zaman lampau, manusia percaya bumi ini rata. Sejak berkurun-kurun lamanya,

manusia takut untuk belayar terlalu jauh kerana risau mereka akan jatuh di tebing bumi. Sir

Francis Drake ialah orang pertama yang membuktikan bumi ini bulat apabila beliau belayar

mengelilingi bumi pada tahun 1907. Lihat maksud petikan ayat al-Quran ini yang

membincangkan mengenai pertukaran siang dan malam, “Tidakkah engkau memerhatikan

NO. MATRIK 222983

Page 9: Al Quran Dan Sains

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

bahawa Allah SWT memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam

(silih berganti).” (Surah Luqman:29).

Memasukkan di sini bermakna malam bertukar menjadi siang secara perlahan-lahan

dan bertahap-tahap dan begitulah sebaliknya. Kejadian begini hanya boleh berlaku jika bumi

ini bulat. Jika ia rata, sudah tentu perubahan malam dan siang berlaku secara mendadak dan

bukan perlahan-lahan.

Berikut ialah maksud petikan ayat al-Quran yang juga membayangkan bumi ini bulat,

“Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan guna yang sebenar, Dia juga

menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari

malam (dengan cahayanya).” (Surah Az-Zumar:5).

Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah ´kawwara´ bermakna ´untuk

menindihkan´ atau ´melingkari´ seperti serban yang dilingkarkan mengelilingi kepala.

Penindihan dan pelingkaran malam dan siang hanya boleh berlaku jika bumi ini bulat. Bumi

ini bukanlah bulat seperti bola, tetapi berbentuk geo-spherical (geo-bulat), iaitu leper di

hujung. Ayat berikut mengandungi keterangan mengenai bentuk bumi: “Dan bumi

sesudahkan itu dijadikan berbentuk telur.” (surah An-Naazi´aat: 30)*

Perkataan dahaha juga bermakna telur burung unta. Lihat ayat ini yang berkaitan

dengan sifat cahaya matahari dan bulan, “Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar

(terang-benderang) dan bulan bercahaya” (Surah Yunus:5). Perkataan Arab untuk telur di sini

ialah ´dahaha´ yang bermaksud telur burung unta. Bentuk telur buurng unta menyerupai

bentuk bumi yang geo-bulat (geo-spherical). Justeru, Al-Quran menerangkan bentuk bumi

dengan tepat, walaupun anggapan umum pada masa Al-Quran diturunkan ialah bumi ini rata.

NO. MATRIK 222983

Page 10: Al Quran Dan Sains

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

Cahaya bulan adalah cahaya pantulan

Peradaban-peradaban awal manusia percaya bulan menghasilkan cahayanya sendiri.

Sains kini memberitahu kita bahawa cahaya bulan ialah cahaya yang dipantulkan. Walau

bagaimanapun, fakta ini telah disebut di dalam al-Quran 1400 tahun dahulu di dalam firman-

Nya yang bermaksud, “Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat

peredaran bintang, dan menjadikan padanya lampu dan bulan yang menerangi.” (Surah Al-

Furqan:61).

Perkataan Arab untuk matahari di dalam Al-Quran ialah ´syams´. Ia merujuk kepada

´siraaj´, yang bermaksud api pelita (torch) atau ´wanhaaj ´yang bermakud ´lampu yang

menyala´ atau ´diya´ yang bermaksud ´kemegahan yang menyinari.´ Ketiga-tiga keterangan

itu memang sesuai untuk matahari memandangkan ia mengeluarkan haba dan cahaya oleh

sebab kebakaran dalamannya.

Perkataan Arab untuk bulan pula ialah ´qamar´ dan ia diterangkan di dalam al-Quran

sebagai ´muneer´, iaitu sesuatu yang mengeluarkan nur, iaitu cahaya. Sekali lagi, keterangan

al-Quran menyamai sifat semula jadi bulan yang tidak menghasilkan cahayanya sendiri dan

merupakan benda yang tidak aktif yang hanya memantulkan cahaya matahari. Tidak pernah

sekalipun di dalam al-Quran, bulan disebut sebagai ´siraaj´, ´wanhaaj´, atau ´diya´ atau

matahari sebagai nur atau ´muneer´.

Ini menunjukkan Al-Quran menyedari perbezaan di antara cahaya matahari dan

cahaya bulan. Lihatlah maksud ayat-ayat firman-Nya ini yang berkaitan dengan cahaya

matahari dan bulan. “Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan

bulan bercahaya.” (Surah Yunus: 5). “Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan

bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat. Dan Dia

NO. MATRIK 222983

Page 11: Al Quran Dan Sains

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang

terang benderang).” (Surah Nuh:15-16).

Matahari tidak berputar

Sejak sedemikian lama ahli falsafah dan ahli sains Eropah percaya bumi ini

berkedudukan tetap di tengah-tengah pusat alam semesta dan semua benda lain beredar

mengelilinginya. Di Barat, konsep alam semesta berpusatkan bumi (geocentric) ini berleluasa

dari zaman Ptolemy pada kurun kedua Sebelum Masihi lagi.

Pada tahun 1512, Nicholas Copernicus membentangkan teorinya yang dipanggil

‘Heliocentric Theory of Planetary Motion’, iaitu ‘Teori Heliocentric Mengenai Pergerakan

Planet’, yang mendakwa matahari itu yang berkedudukan tetap di pusat sistem matahari

dengan planet-planet lain beredar mengelilinginya.

Pada tahun 1609, ahli sains Jerman, Yohannus Keppler, menerbitkan Astronomia

Nova. Di dalamnya dia menyimpulkan bahawa planet-planet bukan hanya beredar dalam

orbit bujur (elliptical) mengelilingi matahari, mereka juga berputar di paksinya pada kelajuan

yang tidak menentu. Dengan pengetahuan ini, ahli-ahli sains Eropah mampu menerangkan

secara tepat beberapa corak perjalanan sistem matahari termasuklah kejadian malam dan

siang.

Selepas penemuan-penemuan ini, matahari dianggap sebagai berkedudukan tetap dan

tidak berputar di paksinya seperti bumi. Penulis masih ingat ketika belajar kesilapan ini dari

buku Geografi pada zaman persekolahan penulis. Lihatlah maksud ayat-ayat al-Quran ini,

“Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-

tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).”

(Surah Al-Anbiyaa: 33).

NO. MATRIK 222983

Page 12: Al Quran Dan Sains

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

Perkataan Arab yang digunakan di atas ialah ´yasbahun´. Perkataan ´yasbahun´

diambil dari perkataan ´sabaha´. Ia membawa makna pergerakan dari benda-benda yang

bergerak. Jika anda menggunakan perkataan itu untuk manusia, ia tidak bermakna orang itu

bergolek tetapi ia bermakna orang itu berjalan atau berlari. Jika anda menggunakan perkataan

itu untuk manusia di dalam air, ia tidak bermakna orang itu sedang terapung-apung, tetapi

bermakna dia sedang berenang.

Begitu juga, jika anda gunakan perkataan ´yasbah´ untuk benda-benda di angkasa raya

seperti matahari ia tidak bermakna ia terbang melalui angkasa tetapi ia bermakna berputar

sambil bergerak melalui angkasa. Kebanyakan buku teks telah memasukkan hakikat matahari

berputar di atas paksinya.

Putaran matahari di paksinya boleh dibuktikan dengan bantuan peralatan yang boleh

mengimbas imej matahari ke atas meja supaya seseorang itu boleh mengkaji imej matahari

tanpa menjadi buta. Kita boleh perhatikan matahari menyempurnakan putarannya setiap 25

hari, yakni matahari mengambil masa 25 hari untuk berputar di paksinya. Sebenarnya,

matahari bergerak melalui angkasa pada kelajuan lebih kurang 150 batu sesaat, dan

mengambil masa 200 juta tahun untuk menyempurnakan satu pusingan mengelilingi pusat

galaksi kita iaitu Galaksi Bima Sakti.

“Dengan ketentuan yang demikian, matahari tidak mudah baginya mengejar bulan,

dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-

apung di tempat edarannya masing-masing.” (Surah Yaa Siin:40). Ayat ini memberitahu

fakta penting yang ditemui oleh astronomi moden, iaitu wujudnya orbit tersendiri untuk

matahari dan bulan, dan mereka beredar melalui angkasa dengan pergerakannya sendiri.

´Tempat tetap´, di mana matahari bergerak menuju ke arahnya dan membawa bersamanya

sistem matahari telah dikenal pasti tempatnya oleh astronomi moden. Ia digelar Solar Apex.

NO. MATRIK 222983

Page 13: Al Quran Dan Sains

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

Sistem matahari sesungguhnya bergerak di angkasa ke arah satu tempat di ´constellation of

Hercules iaitu alpha layer yang telah dikenalpasti dengan sahih di mana letaknya.

Bulan berputar di paksinya dalam tempoh yang sama diambilnya untuk mengelilingi

bumi. Ia mengambil masa 29 1/2 hari untuk menyempurnakan satu pusingan. Seseorang itu

tentunya terkejut dengan ketepatan saintifik yang ditunjukkan dalam ayat-ayat al-Quran.

Matahari akan padam selepas tempoh tertentu

Cahaya matahari dihasilkan oleh proses kimia di permukaannya yang telah berlaku

sejak lima billion tahun dahulu. Ia akan padam pada suatu masa nanti apabila matahari

kelenyapan bahan api yang akan membawa kepupusan kehidupan di bumi ini. Ayat al-Quran

menyebut mengenai perkara ini, ´Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia

kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha

Kuasa, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaa Siin:38).

Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah ´mustaqarr´, yang bermakna tempat atau

masa yang telah ditentukan. Justeru, al-Quran menyatakan matahari bergerak menuju ke satu

tempat yang ditetapkan dan perkara itu akan berterusan sehingga ke satu tempoh yang telah

ditetapkan - bermakna ia akan padam atau tamat.

Kewujudan bahan di ruang angkasa

Ruang di luar sistem astronomi yang tersusun dikatakan tidak mempunyai apa-apa

bahan dan vakum sahaja. Ahli astro-fizik kemudiannya menemui kewujudan bahan-bahan

yang dipanggil plasma dan ianya terdiri daripada gas yang diionkan sepenuhnya dan

mengandungi jumlah elektron bebas dan ion positif yang sama. Ia juga kadang-kadang

dipanggil keadaan bahan yang keempat (selain daripada tiga keadaan yang diketahui- pepejal,

cecair, dan gas).

NO. MATRIK 222983

Page 14: Al Quran Dan Sains

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

Al-Quran menyebut kewujudan bahan ini dalam ayat, “Tuhan yang menciptakan

langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya.” (Surah Al-Furqaan: 59). Amat

tidak logik sekali untuk sesiapa pun membayangkan kewujudan bahan di antara galaksi telah

diketahui 1400 tahun dahulu.

Alam semesta yang sentiasa mengembang

Pada tahun 1925, ahli astronomi Amerika yang bernama Edwin Hubble,

membentangkan bukti hasil kajiannya bahawa semua galaksi semakin menjauhi antara satu

sama lain, yang membayangkan alam semesta ini sedang mengembang. Pengembangan alam

semesta kini diiktiraf sebagai fakta sains.

Inilah yang al-Quran katakan mengenai sifat alam semesta ini, “Dan langit itu Kami

dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi) Dan sesungguhnya

Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.” (Surah Dzaariyaat:47).

Perkataan Arab ´musi´u´n diterjemahkan dengan betul kepada ´mengembangkannya´,

dan ia merujuk kepada penciptaan alam semesta yang amat besar dan sedang mengembang.

Stephen Hawking, dalam bukunya, ‘A Brief History of Time’, berkata, penemuan bahawa

alam semesta ini sedang mengembang merupakan salah satu dari revolusi intelek yang amat

hebat di kurun ke 21.

Al-Quran menyebut mengenai pengembangan alam semesta, sebelum manusia belajar

membuat teleskop. Ada yang berkata fakta-fakta astronomi di dalam al-Quran tidaklah

mengejutkan kerana orang Arab memang mahir di bidang astronomi. Mereka memang betul

bila berkata orang Arab mahir di bidang astronomi.

Bagaimanapun mereka gagal menyedari bahawa al-Quran diturunkan sebelum orang

Arab menjuarai bidang astronomi. Selain daripada itu, kebanyakan fakta-fakta saintifik yang

NO. MATRIK 222983

Page 15: Al Quran Dan Sains

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

disebut di atas mengenai astronomi, seperti asal usul alam semesta dari Big Bang, tidak

diketahui oleh orang Arab walaupun sehingga zaman kegemilangan sains mereka.

Oleh hal yang demikian itu, fakta saintifik di dalam Al-Quran bukan disebabkan oleh

keunggulan orang Arab di bidang astronomi. Malahan, yang sebaliknya betul. Orang Arab

menjuarai astronomi kerana astronomi disebut di dalam al-Quran.

Gas hydrogen dan helium dan permulaan langit dan bumi

Salah satu kajian dalam bidang ilmu astrofizik ialah tentang keadaan alam selepas

berlakunya Big Bang. Kajian menunjukkan bahawa pengembangan berlaku di dalam keadaan

suhu yang tinggi diikuti dengan penyejukan. Di peringkat awal itu, proton telah bercantum

dengan neutron dan melahirkan gas deuterium (hidrogen berat atau heavy hydrogen) di

samping gas-gas ringan yang lain, terutamanya helium, dan sedikit daripada lithium,

berylium dan boron. Ini disebutkan juga sebagai ´primary nebula´.

Akhirnya, dalam jangka masa yang singkat, angkasa raya ketika itu didominasi oleh

gas hidrogen dan helium. Selepas lebih kurang sejuta tahun, gas di angkasa membeku dan

kemudiannya bercantum mengikut proses-proses tertentu untuk menjadi galaksi, bintang-

bintang dan bumi. Penemuan ini adalah selari dengan pernyataan al-Quran.

NO. MATRIK 222983

Page 16: Al Quran Dan Sains

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

RUJUKAN

Afifah Abu Yazid (2006). Pengajian Tamadun Asia. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Ros Riza, Abdul Hakim Mohad, Dg Hafizah, Siti Halimah Putung (2011). Tamadun Islam

dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia.

Abd Rahman Nawas, Nawawee Mohammad, Omardin Haji Ashaari & Arip (1995). Tamadun

Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abd Majid.

NO. MATRIK 222983