sutera menurut al quran dan sains

42
SUTERA MENURUT AL- QURAN DAN SAINS MURNIANA SHAZWEN SHAFIEN SITI BASYIRAH AWANG

Upload: murniana-shazwen

Post on 04-Nov-2014

523 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Sutera menurut al quran dan sains

SUTERA MENURUT AL-QURAN DAN SAINS

MURNIANA SHAZWEN SHAFIENSITI BASYIRAH AWANG

Page 2: Sutera menurut al quran dan sains

ASAL USUL SUTERADorling Kindersley Illustrated Factopaedia:

Sutera berasal daripada kepompong rama-rama. Nama saintifik: Bombyx Mori. Terhasil daripada ulat putih (ulat sutera) yang memintal

kepompong sutera. Kepompong akan dimasukkan ke dalam air panas yang

mendidih kemudian dipintal menjadi benang. Setiap kepompong dapat menghasilkan 300 sehingga 900

meter panjang. Benang sutera tersebut ditenun menjadi kain. Kain sutera asli mengeluarkan bau yang harum.

Page 3: Sutera menurut al quran dan sains

• Coversation status Domesticated• Scientific classification Kingdom: Animalia Phylum: Arthropoda

Class: Insecta Order: LepidopteraFamily: Bombycidae Genus: BombyxSpecies: B. mori

Binomial name:Bombyx mori Synonyms : Silkworm

Page 4: Sutera menurut al quran dan sains

SEJARAH PEMBUATAN SUTERA

Pada awalnya, sutera merupakan produk kerajaan China

atau Tiongkok.

Sutera mula dikenal di Cina sejak sekitar tahun 2700 SM.

Hanya bangsa Cina yang mengetahui rahsia pembuatan

sutera selama berabad-abad.

Siapapun yang membocorkan cara pembuatan sutera

akan dibunuh dan dilabelkan sebagai seorang pengkhianat.

Page 5: Sutera menurut al quran dan sains

Kerana inilah yang membuat harga sutera sangat mahal,

bahkan sebanding dengan emas pada masa itu.

Lalu pada tahun 550 M, Kerajaan Romawi Timur atau

Bizantium yang bernama Justinian I mengirim 2 biarawan

yang menyamar sebagai pengintip ke negeri Cina.

Mereka berjaya mengambil ulat sutera dari negeri Cina

dan mengetahui cara membuat sutera pada tahun 552 M.

Page 6: Sutera menurut al quran dan sains

Sejak saat itu, sutera bukan lagi dimonopoli oleh

Kerajaan Cina.

Sejak saat itu, sutera dikembangkan di seluruh wilayah

Kerajaan Romawi dan tersebar ke seluruh dunia.

Di Malaysia ,sutera mula dikenal sejak abad kesepuluh.

Page 7: Sutera menurut al quran dan sains

KEPOMPONG

DIPINTAL

DIREBUS

PROSES

TENUN

Page 8: Sutera menurut al quran dan sains

PROSES PEMBUATAN SUTERA

bertelur sehingga 500 telur ulat sutera berukuran kepala jarum.

sekitar 20 hari, telur tersebut menetas menjadi larva ulat yang kecil.

18 hari kemudian, ukuran badan larva ulat tersebut akan membesar sehingga 70 kali serta empat kali mengganti kulitnya.

Kemudian larva ulat tersebut akan terus membesar sehingga beratnya mencapai 10 kali berat.

Page 9: Sutera menurut al quran dan sains

Pada saat itu ulat sutera akan berwarna kekuningan

dan lebih padat. Itulah tanda ulat sutera akan mula

membungkus dirinya dengan kepompong.

Kemudian kepompong direbus agar larva ulat

di dalamnya mati.

Setelah ulat mati, serat di kepompong dapat diuraikan

menjadi serat sutera yang sangat halus.

Kemudian serat sutra yang halus tersebut dipintal.

Page 10: Sutera menurut al quran dan sains

GAMBARAJAH

Page 11: Sutera menurut al quran dan sains

GAMBARAJAH

Page 12: Sutera menurut al quran dan sains

GAMBARAJAH

Page 13: Sutera menurut al quran dan sains

GAMBARAJAH

Page 14: Sutera menurut al quran dan sains

GAMBARAJAH

Page 15: Sutera menurut al quran dan sains

PROSES PEMBUATAN KAIN SUTERA

Secara umum tiga proses utama :Penampalan lilin batik pada kain baik secara tulis, cap maupun

kuas. Lilin berfungsi sebagai resist (penutup) terhadap warna yang akan diberikan pada kain.

Pemberian warna. Dapat diakukan dengan teknik celupan (deying) atau coletan (painting). Pemberian warna dilakukan tanpa

pemanasan dan warna tidak hilang pada waktu penghiangan ilin batik.

Menghilangkan kembali lilin batik dari kain, dapat diakukan dengan di kerok (dikerik).

Page 16: Sutera menurut al quran dan sains

KEUNGGULAN SUTERA

Sutera merupakan bahan yang sangat kuat. Sutera juga lembut ketika menyentuh kulit. Bahan sutera memiliki ciri khas iaitu berkilau seperti mutiara.Sutera memiliki kemampuan penyerapan yang baik.Sutera memiliki daya tahan terhadap panas dan tidak mudah

terbakar. Salah satu kemampuan istimewa sutera adalah mampu

melindungi kulit tubuh dari sinar ultraviolet yang dapat merosakkan kulit.

Page 17: Sutera menurut al quran dan sains
Page 18: Sutera menurut al quran dan sains

Kajian Sains

Kesihatan Ulat sutera merupakan sumber perubatan

tradisi Cina "bombyx batryticatus" atau "ulat

sutera kaku“. Ia adalah peringkat larva kering ke-

4 atau 5 yang mati akibat penyakit muskadin

putih disebabkan oleh jangkitan kulat Beauveria

bassiana. Kegunaannya adalah bagi mengeluarkan angin,

mencairkan kahak dan meringankan kekejangan.

Page 19: Sutera menurut al quran dan sains

Kosmetik

Kepompong dijadikan scrub untuk perawatan kecantikan.

Kepompong mengandungi banyak protien yang bermanfaat untuk kulit, iaitu untuk memgekalkan kehalusan dan keremajaan kulit.

Dr Hauschka dari Jerman: • Komposisi asid amino dan pH yang hampir sama dengan struktur kulit manusia. • Zat antibakteria yang bermanfaat melindungi jaringan kulit. • Fibre membantu melindungi kulit dari sinaran ultraviolet.

Page 20: Sutera menurut al quran dan sains

Perhiasan• Sutera yang telah menjadi benang kemudian ditenun menjadi sehelai kain atau pakaian.• Perhiasan kraftangan (kraftangan di dinding)

Kegunaan lain

Page 21: Sutera menurut al quran dan sains

SUTERA DALAM AL-QURAN

Page 22: Sutera menurut al quran dan sains

Ayat-ayat al-Quran

Sebanyak 7 kali disebut dalam al-Quran.

Surah al-Kahfi ayat 31 Surah al-Hajj ayat 23Al-Faatir ayat 33Ad-Dukhaan ayat 53Ar-Rahman ayat 54Al-Insaan ayat 12 dan ayat 21

Page 23: Sutera menurut al quran dan sains

Surah al-kahfi ayat 31

Mereka itu, disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di

bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan

gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera

yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di

dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias).

Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah

Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.

Page 24: Sutera menurut al quran dan sains

Surah al-Hajj ayat 23

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang

beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir

padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan

gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka di situ

dari sutera.

Page 25: Sutera menurut al quran dan sains

Surah al-Faatir ayat 33

(Balasan mereka ialah) Syurga-syurga "Adn", yang mereka akan

masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang

tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ

adalah dari sutera.

Page 26: Sutera menurut al quran dan sains

Surah ad-Dukhaan ayat 53

Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera

tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa

berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing).

Page 27: Sutera menurut al quran dan sains

Surah ar-Rahman ayat 54

Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu

dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan

sebelah dalamnya dari sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan

kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.

Page 28: Sutera menurut al quran dan sains

SURAH AL-INSAAN AYAT 12

Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan

meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan

(persalinan dari) sutera.

Page 29: Sutera menurut al quran dan sains

Surah al-Insaan ayat 21

Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari

sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi

dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh

Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.

Page 30: Sutera menurut al quran dan sains

Hukum 1. ADAKAH SUTERA ITU NAJIS ?

Prof. Dr. TM. Hasbi Ash Shiddieqy dalam Ahkam Al-Fiqh Al-Islami atau Hukum-hukum Fiqh Islami:

Air mata, peluh, air liur, air hidung daripada binatang yang, sama ada binatang tersebut boleh dimakan atau tidak adalah suci

Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam Halal dan Haram dalam Islam: i. Prinsip-prinsip Islam dari hal halal dan haram: Asal segala

sesuatu ialah membolehkan.

Page 31: Sutera menurut al quran dan sains

2. PEMAKAIAN SUTERA.

Dr. Yusuf al-Qardhawi: Halal dan Haram dalam Kehidupan Peribadi Muslim: Soal pakaian dan perhiasan.

a. sutera yang asli haram bagi lelaki

من والطيبات لعباده أخرج التي الله زينة حرم من قلالرزق

“Katakanlah! Siapa yang berani mengharamkan perhiasan Tuhan yang disediakanNya untuk para hambaNya dan begitu pula yang baik-baik dari rezeki.” (al-A’raf:32)

Page 32: Sutera menurut al quran dan sains

سوءتكم يوارى لباسا عليكم أنزلنا قد ادم يبنىءايات من ذلك خير ذلك التقوى ولباس وريشا

يذكرون لعلهم الله

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan pakaian untuk menutupi 'auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang baik." (Al-A'raf: 26).

Page 33: Sutera menurut al quran dan sains

b. Islam membolehkan memakai sutera jika ada keperluan kesihatan yang menetapkannya.

• Rasulullah pernah membenarkan Abdul Rahman bin Auf dan Az-Zubair bin Al-Awwam memakai sutera ketika mereka diserang penyakit gatal-gatal (Bukhari)

Page 34: Sutera menurut al quran dan sains

Jumhur fuqaha' (majoriti ahli feqah) berpendapat ia adalah haram.

في يلبسه لم الدنيا في لبسه من فان الحرير تلبسوا ال اآلخرة

Dari Umar bin Al-Khattab bahawa Rasulullah s.a.w berkata: “Janganlah sampai kamu memakai pakaian sutera, kerana sesungguhnya sesiapa yang memakainya di dunia, tidak akan dapat memakainya di akhirat nanti.”(Bukhari&Muslim)

Page 35: Sutera menurut al quran dan sains

, وأخذ يمينه في فجعله حريرا ص الله رسول أخذ : , حرام هذين ان قال ثم شماله في فجعله ذهبا

أمتي ذكور علىDari Saidina Ali: “Rasulullah s.a.w telah

mengambil kain sutera dan dipegangnya di tangan kanannya, dan mengambil emas dan dipegangnya di tangan kirinya, kemudian beliau berujar: Sesungguhnya kedua-dua ini adalah haram bagi kaum lelaki bagi umatku.”

(Ahmad,Abu Daud,Nasa’I,Ibnu Hibban&Ibnu Majah)

Page 36: Sutera menurut al quran dan sains

• Minoriti fuqaha' berpendapat tidak haram kerana berdalilkan amalan sahabat Segelintir sahabat (20 orang) memakai sutera, antaranya Anas dan al Barra' (Sunan Abi Daud)

• Tarjih oleh Imam Syawkani dalam Nailool Awthor: Apabila kesemua dalil hadis yang melarang dan membolehkan digabungkan, maka hukumnya makruh memakai sutera. Buktinya 20 orang sahabat memakainya sedangkan mustahil sahabat memakai sesuatu yang diharamkan oleh syari'at.

Page 37: Sutera menurut al quran dan sains

Bagaimana pula kalau bukan 100% sutera?

• Dalil hadis yang berbunyi: Dari Umar al Khattab bahawa RasuluLlah saw melarang memakai sutera kecuali pada tempat selebar dua, tiga atau empat jari. (Muslim)

• Dalam kitab Nahjul Balaghah (Imam Ali): sedikit sutera untuk lelaki adalah diharuskan, kerana ia

adalah bab berpakaian, dan kemungkinan pakaian itu memerlukan sedikit sutera.

• Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah, Jld 2) berpendapat: memakai sedikit sutera bagi lelaki adalah harus.

Page 38: Sutera menurut al quran dan sains

Syarat sah solat

Haram dipakai ketika solat bagi lelaki, sama seperti hukum memakai pakaian yang dirampas, dicuri dan sebagainya yang bukan miliknya yang mana ia tidak menjejaskan kesahihan solat seseorang.

Maksudnya, solat seorang lelaki yang memakai sutera tidak memberi apa-apa kesan dari segi sah-batalnya mengikut hukum syarak.

Sebaliknya, orang itu adalah berdosa kerana memakai sesuatu yang diharamkan oleh syarak, samada ia dipakai dalam solat atau pun di luar solat.

Page 39: Sutera menurut al quran dan sains

واالثم بطن وما منها ظهر ما الفوحش ربى حرم انما قلسلطنا به ينزل مالم بالله تشركوا وأن الحق بغير والبغى

على تقولوا وأنتعلمون ال ما الله

Katakanlah: “Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak mahupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan dasarnya untuk itu dan mengada-adakan terhadap Allah apa saja yang tidak kamu ketahui”. (Qs. 7 al-A’raaf 33)

Page 40: Sutera menurut al quran dan sains

Hikmah pengharaman sutera ke atas kaum lelaki

Untuk mendidik mereka dengan suatu moraliti yang tinggi lagi mulia

Untuk memerangi segala rupa hidup bermewah-mewahan

Page 41: Sutera menurut al quran dan sains

Hikmah boleh memakainya bagi kaum wanita

Terdapat pengecualian hukum, kerana menjaga perasaan kaum wanita dan tuntutan kewanitaannya.

Fitrah wanita suka dan cenderung untuk menghias diri.

Page 42: Sutera menurut al quran dan sains

Kesimpulan • Sutera terhasil daripada sejenis serangga yang

dikenali sebagai ulat sutera (ulat putih), atau nama saintifiknya Bombyx Mori.

• Secara umumnya, memakai sutera haram bagi lelaki dan harus bagi wanita dengan syarat tidak melangkaui batas syariat.

• Pendapat ulama’ : haram apabila memakai keseluruhan pakaian itu daripada sutera, tetapi harus sekiranya ia adalah sedikit.