mukjizat al-quran dan sains

24
MUKJIZAT AL-QURAN 1.0 PENDAHULUAN Mukjizat al-Quran adalah mukjizat yang abadi dan juga mukjizat yang kekal sehingga Hari Kiamat. Al-Quran adalah merupakan kitab terakhir yang diturunkan dari langit. Kemukjizatannya tidak mempunyai pengkhususan zaman tertentu sebagaimana juga cabarannya terhadap manusia tidak mempunyai masa yang terhad. Al-Quran tidak diturunkan sebagai sebuah buku sains. Ini adalah suatu hakikat yang sepatutnya sentiasa berada di fikiran kita, namun begitu ianya membawa mukjizat-mukjizat yang kekal dan abadi. Kerana itu ianya mempunyai mukjizat-mukjizat yang mencabar untuk semua peringkat masa, baik untuk mereka yang hidup sebelum zaman kita atau mereka yang akan hidup selepas kita. Ianya akan berterusan sehingga berakhirnya dunia ini serta kandungannya. Kedatangan al-Quran adalah untuk memberi peringatan kepada mereka yang masih hidup kerana ianya ditujukan kepada mereka. Kitab-kitab yang diturunkan dari langit sebelum al-Quran, ditujukan kepada sesuatu umat atau bangsa tertentu sahaja dan untuk mengubati penyakit-penyakit yang terdapat dalam masyarakat tersebut sahaja. Tetapi kenapa al-Quran diturunkan untuk umat manusia seluruhnya dan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh sluruh dunia.

Upload: deanzbandung8941

Post on 02-May-2017

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mukjizat Al-quran Dan Sains

MUKJIZAT AL-QURAN

1.0 PENDAHULUAN

Mukjizat al-Quran adalah mukjizat yang abadi dan juga mukjizat yang kekal sehingga Hari

Kiamat. Al-Quran adalah merupakan kitab terakhir yang diturunkan dari langit.

Kemukjizatannya tidak mempunyai pengkhususan zaman tertentu sebagaimana juga cabarannya

terhadap manusia tidak mempunyai masa yang terhad. Al-Quran tidak diturunkan sebagai sebuah

buku sains. Ini adalah suatu hakikat yang sepatutnya sentiasa berada di fikiran kita, namun begitu

ianya membawa mukjizat-mukjizat yang kekal dan abadi. Kerana itu ianya mempunyai mukjizat-

mukjizat yang mencabar untuk semua peringkat masa, baik untuk mereka yang hidup sebelum

zaman kita atau mereka yang akan hidup selepas kita. Ianya akan berterusan sehingga

berakhirnya dunia ini serta kandungannya.

Kedatangan al-Quran adalah untuk memberi peringatan kepada mereka yang masih hidup

kerana ianya ditujukan kepada mereka. Kitab-kitab yang diturunkan dari langit sebelum al-

Quran, ditujukan kepada sesuatu umat atau bangsa tertentu sahaja dan untuk mengubati

penyakit-penyakit yang terdapat dalam masyarakat tersebut sahaja. Tetapi kenapa al-Quran

diturunkan untuk umat manusia seluruhnya dan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi

oleh sluruh dunia.

Kemudian ia menyentuh pula tentang bagaimana al-Quran menembusi ketiga-ketiga

sekatan alam ghaib yang terdiri dari sekatan-sekatan masa lalu, masa sekarang, dan masa akan

datang, malah sekatan alam ghaib dari segi tempat juga. Sehinggakan ianya melahirkan apa yang

disembunyikan oleh seseorang dilubuk hatinya dan belum pernah diberitahu kepada orang lain,

hanya Allah yang mengetahuinya. Kemudian tentang bagaimana pula al-Quran menembusi

sekatan-sekatan alam ghaib untuk masa depan yang hampir dan masa depan yang jauh, lalu ianya

memberitahu kita tentang perkara-perkara yang tidak diterima oleh akal bahawa ianya akan

berlaku seperti keputusan-keputusan peperangan yang akan berlaku.

Page 2: Mukjizat Al-quran Dan Sains

Di samping itu, al-Quran juga memberitahu kita tentang bumi ini bulat dan juga tentang

ilmu yang berhubung dengan janin yang berada dalam kandungan ibunya sedangkan dunia pada

masa itu masih lagi mengetahui tentang perkara-perkara tersebut. Kemudian al-Quran

memberitahu kita mukjizat kejadian makhluk dan bagaimana ianya dilaksanakan dengan

menjelaskan kepada kita perkara-perkara yang sesetengahnya mungkin kita telah ketahui

menerusi sains dan sesetengah lagi masih belum diketahui sehingga sekarang. Hasil daripada

kajian ini, penulis akan menjelaskan beberapa mukjizat al-Quran serta pembahagiannya

berkenaan dengan ilmu pengetahuan dalam bidang sains.

Buku ini menceritakan tentang mukjizat al-Quran. Al-Quran adalah cahaya yang

menerangi hati-hati manusia ke arah jalan kebaikan dan kebajikan. Melalui buku ini, kita dapat

mengetahui mukjizat-mukjizat al-Quran. Sesungguhnya al-Quran memberi petunjuk kepada

umat manusia agar menjauhi larangan Allah S.W.T dan melakukan perintah-Nya. Mukjizat al-

Quran membuktikan kebenaran isi kandungan al-Quran yang merupakan kalam Allah.

Buku ini diharapkan dapat meluaskan lagi kefahaman dan pandangan masyarakat terhadap Islam,

khususnya beberapa isu yang dikatakan controversial oleh setengah-setengah kalangan, dikupas

dengan begitu halus dan mendalam, sehingga kita tersedar dari kealpaan

2.0 MAKJIZAT AL-QURAN AL-KARIM

Al-Quran merupakan kitab Ilahi iaitu datangnya dari Allah yang tidak ada keraguan padanya.

Allah menurunkan al-Quran melalui Malaikat Jibrail. Firman Allah S.W.T.:

” “ Bermaksud:

“ Suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara

teperinci yang diturunkan di sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi maha

Mengetahui.”

(Surah Hud, ayat: 1)

Page 3: Mukjizat Al-quran Dan Sains

Tambahan lagi, al-Quran merupakan kitab yang terpelihara sepertimana jaminan yang

telah diberikan oleh Allah S.W.T. untuk memeliharanya. Oleh demikian, kita dapati begitu ramai

orang yang menghafal al-Quran dengan baik sejak kanak-kanak lagi dan Allah memudahkan

mereka untuk mengingatinya. Pemeliharaan tersebut juga didapati dengan penulisan al-Quran

yang rapi oleh para sahabat selepas ayat-ayat tersebut diturunkan dan dibukukan pada zaman

khulafa’ al-Rasyidin.

Selain itu, al-Quran merupakan kitab mukjizat yang terbesar dikurniakan kepada nabi

Muhammad s.a.w. yang mencabar kekuatan dan pemikiran manusia. Manusia tidak mampu

untuk menandingi al-Quran sama ada dari segi bahasa, makna dan cerita-cerita yang terkandung

di dalamnya. Firman Allah S.W.T.:

“Bermaksud:

“Dan jika kamu tetap ragu-ragu tentang apa yang kami wahyukan kepada hamba kami

(Muhammad), maka datanglah satu surah sepertinya dan ajaklah penolong-penolong

kamu selain Allah jika kamu benar-benar orang yang benar.”

(Surah al-Baqarah, ayat: 23)

Al-Quran juga merupakan kitab yang mudah difahami dan jelas maksudnya. Ia bukan

kitab falsafah yang mengandungi teori-teori yang memeningkan. Ahli falsafah menyebutkan

bahawa falsafah itu apabila diterangkan dan tidak difahami itulah dinamakan falsafah. Al-Quran

diturunkan kepada manusia untuk difahami dan sasaran adalah untuk manusia sejagat.

Sebagaimana firman Allah S.W.T.:

” “

Page 4: Mukjizat Al-quran Dan Sains

Bermaksud:

“dan sesungguhnya kami mempermudahkan al-Quran itu untuk diingati, maka

adakah ada orang mahu mengambil pengajaran.”

(Surah al-Qamar, ayat: 17)

Seterusnya, kekekalan al-Quran. Mukjizat-mukjizat selain al-Quran terjadi dan berlaku

pada zaman tertentu dan hanya masyarakat zaman itu sahaja yang melihat dan atau

mendengarnya. Sedangkan al-Quran tidak terbatas hanya untuk masa Rasulullah s.a.w. Ia

berlaku sepanjang sejarah sebagai mukjizat. Berlalunya zaman bukan hanya tidak

menggoyahkan al-Quran bahkan berbagai pengetahuan dan permasalahan yang terkandung di

dalamnya semakin terbuka dan terbukti kebenarannya. Selain itu, nabi-nabi lain memiliki

mukjizat yang bersifat materi dan jasmani yang mana kagumnya dan indahnya apabila dilihat

dan didengari setiap orang. Sedangkan al-Quran adalah ucapan dan kalimat-kalimat yang terdiri

daripada huruf-huruf alif ba biasa. Tetapi ia mampu merasuk ke lubuk hati dan jiwa manusia

membuat akal semua orang terpaksa mengagungkannya dan menguasai hati manusia.

Al-Quran tidak terbatas pada zaman tertentu, ia juga tidak terbatas pada tempat tertentu

pula. Sasaran al-Quran tidak terbatas pada zaman tertentu, ia juga tidak terbatas pada tempat

tertentu pula. Sasaran Al-Quran bukan hanya orang-orang Arab di tanah Hijaz, tetapi seluruh

bangsa dari setiap kaum dan etnis di dunia ini diseru oleh al-Quran. Oleh kerana itu al-Quran

sama sekali tak pernah menyeru orang-orang Arab sahaja.Yang ada di dalam al-Quran seruan-

seruan umum kepada seluruh manusia, seperti Yaa ayyuhan naas, dan sebagainya.

Seterusnya, kekuatan Al-Quran. Mukjizat Nabi-Nabi lain tidak memiliki lidah untuk

menyatakan dirinya. Sehingga para Nabi tersebut harus menyertai mukjizat mereka dan

menyatakan bahawa yang mereka perbuat itu adalah mukjizat. Sedangkan al-Quran tidak

memerlukan seseorang untuk memperkenalkannya sebagai mukjizat. Tetapi ia sendiri menyeru

para penentangnya untuk bertanding sekaligus mengalahkan mereka.

3.0 KEKUFURAN MEREKA MEMBUKTIKAN KEBENARAN AL-QURAN

Page 5: Mukjizat Al-quran Dan Sains

Kemukjizatan al-Quran tidak terhenti dan tidak kunjung habis. Kalaulah al-Quran telah

mencabar kaum kafir semasa ianya diturunkan dengan memberitahu mereka apa yang sedang

berkecamuk dalam hati dan perasaan mereka dan juga apa yang akan mereka terima di akhir

hidup mereka, maka al-Quran masih lagi mencabar golongan kafir di zaman ini, bahkan di hari

ini, dengan memperalatkan mereka untuk menetapkan masalah keimanan. Sebagaimana ia

menggunakan mereka semasa turunnya al-Quran untuk menentukan permasalahan yang sama.

Tujuan utama orang-orang kafir dan golongan penyesat yang lain ialah mengingkari agama

Islam dan seterusnya mengingkari kewujudan Allah. Tetapi dengan kedatangan al-Quran, malah

selepas 14 kurun memperalatkan mereka dalam membuktikan agama Allah (agama Islam) adalah

benar dan Kitab Al-Quran itu sebenarnya adalah Kalam Allah yang diturunkannya kepada rasul-

Nya.

Kewujudan golongan penyesat dan apa yang mereka perkatakan tentang kejadian langit,

bumi, dan manusia adalah bertepatan dengan apa yang disebut di dalam al-Quran tentang

mereka. Dengan itu, bererti golongan penyesat yang datang dengan tujuan untuk memesong

manusia dari jalan Allah sebaliknya telah memberi satu khidmat yang besar dan berfaedah

kepada dakwah islamiah dan juga kepada al-Quran. Ini berlaku kerana dengan kekafiran dan

keingkaran mereka, mereka telah membuktikan kebenaran ayat-ayat-Nya.

Allah memperalatkam orang-orang kafir yang cuba memesongkan orang lain dari jalan-

Nya dan cuba mendustakan al-Quran. Allah S.W.T. memperalatkan mereka supaya mereka

membuktikan, tanpa mereka sedari akan kebenaran agama yang mereka cuba hancurkan ini dan

membuktikan kewujudan Allah S.W.T yang mereka sedaya-upaya mereka untuk mengingkari-

Nya. Dengan itu, Allah S.W.T. menyebut dalam al-Quran yang diturunkan semenjak empat belas

kurun yang lalu bahawa akan ada golongan yang akan cuba memesongkan manusia dari jalan

Allah dengan menggunakan isu kejadian langit, bumi, dan manusia sebagai bahan dalam usaha

mereka itu. Sedangkan apa yang akan mereka perkatakan itu tidak benar dan Aku (Allah)

menafikannya dari sekarang apa yang akan mereka perkatakan selepas ratusan, ribuan, malah

jutaan tahun yang akan datang. Jadi kedatangan mereka adalah membuktikan kebenaran al-

Quran.

Page 6: Mukjizat Al-quran Dan Sains

Segala apa yang diperkatakan oleh mereka tidak benar sedangkan mereka tidak dapat

membuktikan secara saintifik apa yang mereka katakan itu dan menyebabkan mereka

mengeluarkan beraneka bentuk teori yang bertentangan di antara satu sama lain. Jelas

menunjukan bahawa usaha-usaha yang mereka jalankan dalam percubaan mereka

menghancurkan peraturan-peraturan dan ketetapan Allah S.W.T. tidak berjaya.

Dengan itu kita katakan kepada mereka, bahawa kamu dengan usaha-usaha kamu itu

telahpun membuktikan kebenaran al-Quran, kerana Allah telah pun memberitahu kami tentang

kamu semenjak empat belas kurun yang lalu, dan mengatakan bahawa kamu akan datang dan

kamu akan berbuat itu dan ini, dalam percubaan kamu menyesatkan manusia dan meruntuhkan

ajaran al-Quran. Adakah kita dapat merasakan kemukjizatan ini? Iaitu kemukjizatan di dalam

memperalatkan orang-orang kafir untuk membuktikan kebenaran isu keimanan di alam maya ini.

4.0 AL-QURAN DAN SAINS

Pertentangan yang berlaku antara hakikat kejadian alam dan al-Quran. Jika terdapat

pertentangan, adakah timbul ketika kita memperkatakan sesuatu fakta sains berhubung dengan

kejadian alam, sedangkan ianya bukan fakta sains, atau ketika kita memperkatakan fakta

(hakikat) al-Quran sedangkan ianya bukan fakta al-Quran. Ini ialah kerana fakta (hakikat) al-

Quran tidak memungkinkan berlakunya pertentangan dengan fakta sains yang boleh dibuktikan

dengan percubaan. Ini disebabkan pencipta al-Quran itu adalah Allah dan pencipta alam ini juga

adalah Allah.

Setelah kita sampai kepada kesimpulan di atas dan sebelum kita berpindah kepada

perkara lain, ada baiknya dijelaskan suatu perkara kecil yang agak penting kepada kita semua.

Mereka yang mengatakan Al-Quran itu diturunkan bukan sebagai buku sains adalah benar. Ini

adalah kerana Al-Quran itu diturunkan membawa hukum-hukum dan geografi atau kimia atau

biologi. Sungguhpun begitu di masa yang sama, jika dikatakan Al-Quran ada menyebut tentang

mukjizat-mukjizat di lapangan sains yang masih belum diterokai atau ditemui pun juga benar.

Page 7: Mukjizat Al-quran Dan Sains

Mukjizat-mukjizat ini adalah merupakan kemuncak rahsia kejadian alam ini. Al-Quran,

umpamanya, tidak diturunkan untuk mengajar kita ilmu perubatan walaupun ada disebutkannya

dengan terperinci, sedangkan ilmu perubatan moden, hanya mengetahuinya selepas ratusan

malah ribuan tahun kemudian.

Dalam lapangan geografi ini pula ada disentuh tentang permasalahan, juga halnya dengan

setiap ilmu pengetahuan yang ada di atas muka bumi ini, atau dengan kata lain, setiap hakikat

dan permasalahan berhubung dengan kejadian alam disentuh oleh Al-Quran sama ada kita,

manusia, menemuinya ataupun tidak.

5.0 TEORI SAINS SEMASA BERDASARKAN FAKTA DI DALAM AL-QURAN

5.1 PENCIPTAAN ALAM SEMESTA

Penciptaan alam semesta diterangkan oleh ahli astro-fizik (fizik angkasa) sebagai satu fenomena

yang diterima ramai dan dikenali sebagai ´Big Bang.´ Ia disokong oleh data yang diperoleh

daripada pemerhatian dan eksperimen oleh ahli astronomi dan ahli astro-fizik sejak berdekad-

dekad lamanya. Menurut ´Big Bang´, seluruh alam semesta pada asalnya ialah satu jisim yang

besar (Nebula Asas).

Kemudian terjadi ´Big Bang´ (Pemisahan Kedua) yang menghasilkan galaksi-galaksi. Ia

kemudiannya berpecah-pecah lagi untuk menjadi bintang, planet, matahari, bulan, dan lain-lain.

Asal penciptaan alam semesta ini memang unik dan kemungkinan untuk ia terjadi secara tidak

sengaja adalah sifar.

Al-Quran mengandungi ayat berikut, berkenaan asal kejadian alam semesta.

Sebagaimana Allah S.W.T. berfirman:

Page 8: Mukjizat Al-quran Dan Sains

Maksudnya:

“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa

sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda

yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya?”

(Surah al-Anbiyaa’, ayat: 30)

5.2 WUJUD JISIM GAS SEBELUM PENCIPTAAN GALAKSI

Ahli sains berkata, sebelum galaksi-galaksi di alam semesta ini dibentuk, yang ada pada mulanya

ialah bahan-bahan gas. Dengan kata lain, bahan-bahan atau awan gas yang besar wujud sebelum

pembentukan galaksi-galaksi. Untuk menerangkan perkara ini, perkataan ‘asap’ adalah lebih

sesuai berbanding gas. Ayat Al-Quran berikut merujuk kepada keadaan alam semesta oleh

perkataan ‘dhukhan’ yang bermaksud asap. Sebagaimana firman Allah S.W.T.:

Bermaksud:

“Kemudian Dia menujukan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan langit sedang langit

itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: ´Turutlah

kamu berdua akan perintah-Ku, sama ada dengan sukarela atau paksa!´ Keduanya

menjawab: ´Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela.´”

(Surah Fussilat, ayat: 11)

5.3 BENTUK BUMI BULAT

Pada zaman lampau, manusia percaya bumi ini rata. Sejak berkurun-kurun lamanya, manusia

takut untuk belayar terlalu jauh kerana risau mereka akan jatuh di tebing bumi. Sir Francis Drake

ialah orang pertama yang membuktikan bumi ini bulat apabila beliau belayar mengelilingi bumi

pada tahun 1907. Sebagaimana contoh petikan ayat al-Quran ini yang membincangkan mengenai

pertukaran siang dan malam, Allah S.W.T. berfirman:

Page 9: Mukjizat Al-quran Dan Sains

Bermaksud:

“Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah S.W.T. memasukkan malam pada

siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti).”

(Surah Luqman, ayat: 29)

Memasukkan di sini bermakna malam bertukar menjadi siang secara perlahan-lahan dan

bertahap-tahap dan begitulah sebaliknya. Kejadian begini hanya boleh berlaku jika bumi ini

bulat. Jika ia rata, sudah tentu perubahan malam dan siang berlaku secara mendadak dan bukan

perlahan-lahan. Selain itu, terdapat juga petikan ayat al-Quran yang juga membayangkan bumi

ini bulat, Allah S.W.T. berfirman:

“Bermaksud:

“Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan guna yang sebenar; Dia juga

menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari

malam (dengan cahayanya).”

(Surah Az-Zumar, ayat: 5)

Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah ‘kawwara’ bermakna ‘untuk menindihkan’

atau ‘melingkari’ - seperti serban yang dilingkarkan mengelilingi kepala. Penindihan dan

pelingkaran malam dan siang hanya boleh berlaku jika bumi ini bulat. Bumi ini bukanlah bulat

seperti bola, tetapi berbentuk geo-spherical (geo-bulat), iaitu leper di hujung.

Justeru, Al-Quran menerangkan bentuk bumi dengan tepat, walaupun anggapan umum pada

masa al-Quran diturunkan ialah bumi ini rata. Semua ini mengesahkan bahawa langit dan bumi

Page 10: Mukjizat Al-quran Dan Sains

pada suatu ketika dahulu adalah bercantum padu, kemudiannya dipisahkan. Kesemuanya telah

disebutkan oleh al-Quran.

5.4 CAHAYA BULAN ADALAH CAHAYA PANTULAN

Peradaban-peradaban awal manusia percaya bulan menghasilkan cahayanya sendiri. Sains kini

memberitahu kita bahawa cahaya bulan ialah cahaya yang dipantulkan. Walau bagaimanapun,

fakta ini telah disebut di dalam al-Quran 1400 tahun dahulu di dalam firman Allah S.W.T.:

“Bermaksud:

“Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran

bintang, dan menjadikan padanya lampu dan bulan yang menerangi.”

(Surah al-Furqan, ayat: 61)

Perkataan Arab untuk matahari di dalam Al-Quran ialah ‘syams’. Ia merujuk kepada

‘siraaj’, yang bermaksud api pelita (torch) atau ‘wanhaaj’ yang bermakud ´lampu yang

menyala’ atau ‘diya’ yang bermaksud ‘kemegahan yang menyinari.’ Ketiga-tiga keterangan itu

memang sesuai untuk matahari memandangkan ia mengeluarkan haba dan cahaya oleh sebab

kebakaran didalamnya.

Perkataan Arab untuk bulan pula ialah ´qamar´ dan ia diterangkan di dalam al-Quran

sebagai ´muneer´, iaitu sesuatu yang mengeluarkan nur, iaitu cahaya. Sekali lagi, keterangan al-

Quran menyamai sifat semula jadi bulan yang tidak menghasilkan cahayanya sendiri dan

merupakan benda yang tidak aktif yang hanya memantulkan cahaya matahari. Tidak pernah

sekalipun di dalam al-Quran, bulan disebut sebagai ´siraaj´, ´wanhaaj´, atau ´diya´ atau matahari

sebagai nur atau ‘muneer’. Ini menunjukkan Al-Quran menyedari perbezaan di antara cahaya

matahari dan cahaya bulan.

5.5 MATAHARI TIDAK BERPUTAR

Page 11: Mukjizat Al-quran Dan Sains

Sejak sedemikian lama ahli falsafah dan ahli sains Eropah percaya bumi ini berkedudukan tetap

di tengah-tengah pusat alam semesta dan semua benda lain beredar mengelilinginya. Di Barat,

konsep alam semesta berpusatkan bumi (geocentric) ini berleluasa dari zaman Ptolemy pada

kurun kedua sebelum Masihi lagi. Pada tahun 1512, Nicholas Copernicus membentangkan

teorinya yang dipanggil Heliocentric Theory of Planetary Motion (Teori Heliocentric Mengenai

Pergerakan Planet), yang mendakwa matahari itu yang berkedudukan tetap di pusat sistem

matahari dengan planet-planet lain beredar mengelilinginya.

Pada tahun 1609, ahli sains Jerman Yohannus Keppler menerbitkan Astronomia Nova. Di

dalamnya dia menyimpulkan bahawa planet-planet bukan hanya beredar dalam orbit bujur

(elliptical) mengelilingi matahari, mereka juga berputar di paksinya pada kelajuan yang tidak

menentu. Dengan pengetahuan ini, ahli-ahli sains Eropah mampu menerangkan secara tepat

beberapa corak perjalanan sistem matahari termasuklah kejadian malam dan siang.

Selepas penemuan-penemuan ini, matahari dianggap sebagai berkedudukan tetap dan tidak

berputar di paksinya seperti bumi. Sebagaimana Allah S.W.T. berfirman:

Bermaksud:

“Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan

bulan; tiap-tiap satunya beredar *terapung-apung di tempat edaran masing-masing

(di angkasa lepas).”

(Surah al-Anbiyaa’, ayat: 33)

Perkataan Arab yang digunakan di atas ialah ´yasbahun´. Perkataan ´yasbahun´ diambil

dari perkataan ´sabaha´. Ia membawa makna pergerakan dari benda-benda yang bergerak. Jika

anda menggunakan perkataan itu untuk manusia, ia tidak bermakna orang itu bergolek tetapi ia

bermakna orang itu berjalan atau berlari. Jika anda menggunakan perkataan itu untuk manusia di

dalam air, ia tidak bermakna orang itu sedang terapung-apung, tetapi bermakna dia sedang

Page 12: Mukjizat Al-quran Dan Sains

berenang. Begitu juga, jika menggunakan perkataan ´yasbah´ untuk benda-benda di angkasa raya

seperti matahari ia tidak bermakna ia terbang melalui angkasa tetapi ia bermakna berputar sambil

bergerak melalui angkasa.

Putaran matahari di paksinya boleh dibuktikan dengan bantuan peralatan yang boleh

mengimbas imej matahari ke atas meja supaya seseorang itu boleh mengkaji imej matahari tanpa

menjadi buta. Kita boleh perhatikan matahari menyempurnakan putarannya setiap 25 hari, yakni

matahari mengambil masa 25 hari untuk berputar di paksinya. Sebenarnya, matahari bergerak

melalui angkasa pada kelajuan lebih kurang 150 batu sesaat, dan mengambil masa 200 juta tahun

untuk menyempurnakan satu pusingan mengelilingi pusat galaksi kita iaitu Galaksi Bima Sakti.

Allah S.W.T. berfirman:

“Bermaksud:

“Dengan ketentuan yang demikian, matahari tidak mudah baginya mengejar bulan,

dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar

terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.”

(Surah Yaasiin, ayat: 40)

Ayat ini memberitahu fakta penting yang ditemui oleh astronomi moden, iaitu wujudnya

orbit tersendiri untuk matahari dan bulan, dan mereka beredar melalui angkasa dengan

pergerakannya sendiri. ´Tempat tetap´, di mana matahari bergerak menuju ke arahnya dan

membawa bersamanya sistem matahari telah dikenal pasti tempatnya oleh astronomi moden. Ia

digelar Solar Apex. Sistem matahari sesungguhnya bergerak di angkasa ke arah satu tempat di

´constellation of Hercules ´(alpha layer) yang telah dikenalpasti dengan sahih di mana letaknya.

Bulan berputar di paksinya dalam tempoh yang sama diambilnya untuk mengelilingi bumi. Ia

mengambil masa 29 1/2 hari untuk menyempurnakan satu pusingan. Seseorang itu tentunya

terkejut dengan ketepatan saintifik yang ditunjukkan dalam ayat-ayat al-Quran. Justeru, tidak

perlukah kita fikirkan: Apakah sumber ilmu-ilmu yang terkandung di dalam al-Quran ini?´

Page 13: Mukjizat Al-quran Dan Sains

6.0 TUJUAN AL-QURAN DITURUNKAN

Al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi s.a.w. yang ditulis

di dalam mushaf yang dipindah dengan tawatur dan menjadi ibadat membacanya.

Penurunan al-Quran mengandungi tujuan-tujuan (maqasid al-Quran) yang tertentu.

Pertama, tujuan al-Quran diturunkan ialah membetulkan akidah, mensabitkan ketuhanan Allah

yang Maha Esa, tugas nabi-nabi dan penyataan kewujudan hari akhirat. Al-Quran

menggambarkan bahawa syirik merupakan satu perbuatan dosa besar dan tidak diampuni oleh

Allah. Kesemua para nabi menyeru manusia kepada Allah yang Maha Esa. Sebagaimana firman

Allah S.W.T.:

Bermaksud:

“Dan sesunguhnya kami telah mengutus rasul pada setiap umat yang menyeru;

“sembahlah Allah saja dan menjauhi Thaghut itu.”

(Surah al-Nahl, ayat: 36)

Di samping itu, al-Quran menjelaskan keperluan manusia kepada nabi-nabi dan risalahnya,

menerangkan tugas para nabi dan menolak dakwaan dan tanggapan yang salah mengenai nabi.

Al-Quran juga menjelaskan kewujudan hari akhirat itu benar dan pasti setiap manusia akan

menghadapinya.

Kedua, tujuan al-Quran ialah pengisytiharan terhadap kemuliaan manusia dan hak-

haknya. Al-Quran menegaskan bahawa manusia adalah makhluk yang mulia yang dijadikan oleh

Allah dengan sebaik-baik kejadian. Oleh sebab itu, al-Quran melarang sebahagian golongan

pelampau yang mengharamkan perkara-perkara baik dan perhiasan seperti yang diungkapkan

oleh Allah dalam surah al-Araaf, ayat 32. Al-Quran juga memperakui hak-hak asasi manusia

seperti kebebasan bersuara, berfikir, beriktikad, tempat tinggal dan mencari rezeki.

Page 14: Mukjizat Al-quran Dan Sains

Ketiga, tujuan al-Quran ialah memberitahu bahawa manusia diciptakan adalah untuk

beribadat kepada Allah. Allah yang menciptakan manusia, memberi rezeki, mengurniakan

pelbagai nikmat yang tidak dapat dihitung. Oleh itu, menjadi hak Allah untuk manusia bersyukur

dan bertakwa kepadanya. Orang yang bertakwa akan mendapat keberkatan, rezeki yang murah,

terpelihara dari gangguan musuh, sentiasa mendapat petunjuk dari Allah dan berjaya dari azab

akhirat.

Keempat, tujuan al-Quran adalah untuk menyucikan jiwa manusia (tazkiyyah al-Nafs).

Al-Quran sentiasa menyeru manusia supaya membersihkan jiwanya dengan melakukan

kebaikan. Beruntunglah orang yang dapat memimpin jiwanya ke arah keredhaan Allah. Secara

fitrahnya, jiwa boleh terjerumus ke lembah kehinaan apabila ia tidak dididik dan jiwa boleh

mencapai tahap termulia apabila ia dibersihkan. Firman Allah S.W.T.:

Bermaksud :

“Dan jiwa serta penyempurnaan ciptaanya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa

itu jalan kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang

mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”

(Surah al-Syams, ayat: 7-10)

Kelima, tujuan al-Quran ialah membina keluarga yang soleh yang menjadi teras kepada

kekuatan umat. Al-Quran menggalakkan umatnya supaya berkahwin kerana perkahwinan itu

dapat melahirkan ketenangan, kebahagiaan dan rahmat. Al-Quran memerangi golongan yang

menghalalkan homoseksual dan lesbian kerana ia melanggari fitrah manusia. Di samping itu,

Islam juga memerangi golongan yang mengharamkan perkahwinan atas alasan bahawa

perkahwinan adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan. Al-Quran juga memberi kedudukan

Page 15: Mukjizat Al-quran Dan Sains

yang mulia kepada wanita dengan mengangkat martabat mereka menyamai kaum lelaki dari segi

amalan dan ganjaran pahala.

Keenam, tujuan al-Quran adalah untuk membina umat yang mempunyai kemuliaan dan

menjadi saksi atas umat yang lain. Umat yang mengasaskan kehidupannya berteraskan kepada

akidah, syariat dan akhlak Islam sekaligus membawa rahmat kepada manusia sejagat. Firman

Allah S.W.T.:

” “

Bermaksud:

“Dan tidak kami utuskan kamu (Muhammad) kecuali untuk membawa rahmat

bagi seluruh alam.”

(Surah al-Anbiya’, ayat: 107)

Antara keistimewaan umat Islam ialah ia adalah umat rabbani iaitu umat yang hidup

kerana mencari keredhaan Allah, beribadat kerana Allah dan menjalankan manhaj Allah di atas

muka bumi ini. Di samping itu, ia juga adalah umat sederhana dan seimbang, umat yang sentiasa

berdakwah ke arah kebaikan dan umat yang sukakan kesatuan dan bersatu padu. Inilah empat ciri

umat Islam berbanding dengan umat yang lain. Ketujuh, al-Quran menyeru kepada aspek

keinsanan yang tolong menolong antara sesama manusia. Umat Islam bukan umat yang

menyendiri tanpa menghiraukan bangsa-bangsa yang lain. Oleh itu, Islam menghormati

kebebasan beragama dan perbezaan pendapat.Umat Islam berperanan untuk menyeru manusia ke

arah hidayah Allah, keimanan, kemakmuran dan kebahagiaan yang hakiki. Dengan sebab

demikian, Allah memuji umat ini kerana mereka menjalankan amar makruf wan nahi annil

mungkar. Inilah tujuh perkara antara yang digariskan oleh para ulamak sebagai tujuan al-Quran

diturunkan kepada manusia.

RUMUSAN

Page 16: Mukjizat Al-quran Dan Sains

Berdasarkan huraian di atas, jelaslah mukjizat Al-Quran adalah mukjizat yang abadi dan kekal

sehingga Hari Kiamat. Al-Quran adalah kitab yang menjadi rujukan umat manusia agar hidup

kita diberkati Allah S.W.T. Isi kandungan yang terdapat dalam Al-Quran jelas menunjukkan

kebenaran Al-Quran. Sebagai umat Islam kita wajib mempercayai Al-Quran yang merupakan

rukun Iman kita. Mukjizat Al-Quran tidak mempunyai pengkhususan zaman tertentu

sebagaimana juga cabarannya terhadap manusia tidak mempunyai masa yang terhad.