aku anak derhaka

Upload: nor-asmah

Post on 08-Mar-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

qew

TRANSCRIPT

AKU ANAK DERHAKASinopsis :Seorang anak tunggal yang bernama Lieya yang sangat degil dan tidak mempedulikan perasaan ibu bapanya yang telah tua. Dia suka ponteng sekolah walaupun tahun itu dia bakal menduduki UPSR. Dia suka bersosial dan mempunyai teman lelakinya yang bernama Sam yang umurnya 14 tahun. Lieya mempunyai seorang rakan yang bernama Mieza. Mieza sangat rapat dengan Lieya, dia sering menyembunyikan rahsia Lieya daripada pengetahuan ibu bapa Lieya. Lieya sering dimarahi bapanya gara-gara pulang lewat ke rumah. Ibunya selalu menyebelahi Lieya dan memanjakan anaknya itu.

Dialog :BABAK 1Suasana di rumah tepat jam pukul 11.45 malam. Kelihatan Mieza dan Lieya di hadapan rumah Lieya. .( LAGU SAKITNYA TUH DI SINI) Lieya : Terima kasih Mieza sebab hantarkan aku ke rumah.Mieza : Sama-sama Lieya. Minggu depan kita keluar ke Mesra Mall lagi ya. Maaf, esok aku ada hal, tak dapat teman kau aku dah janji dengan Sam.Lieya : Baik Mieza.JANGAN LUPA WHATAPSS TAU.Kelihatan Lieya berjalan perlahan-lahan masuk ke rumah dari pintu hadapan. Pak Samat : Lieya ! Apa kau buat tengah-tengah malam ni hah? Kau pergi mana lewat sebegini baru balik rumah? Dengan uniform sekolah tu lagi. Apa nak jadilah dengan kau ni Lieya.Lieya : Alaa, abah ni. Lieya baru balik dari rumah kawanlah. Kami baru habis study group tadi. Itupun nak bising-bising. (berjalan ke bilik dengan wajah yang masam)Pak Samat : Hisyyyhh budak ni. (mendengus sendiri)

BABAK 2Keesokan harinya. Tepat jam 8 pagi, suasana di dalam kelas 6 mawar. Kelihatan guru kelas sedang mengambil kehadiran para pelajar.

Cikgu Rina : Mieza, mana kawan baik kamu tu si Lieya? Dah tiga hari dia tidak hadir ke sekolah.Mieza : Err.. (berfikir sejenak) haa... dia tidak sihatlah cikgu.Cikgu Rina : Tidak sihat? Dia sakit apa?Mieza : (menggaru-garu kepala yang tidak gatal) Dia demam cikgu.Cikgu Rina : Hurmm.. (mengangguk-anggukkan kepala) baiklah kalau macam itu, nanti cikgu akan menelefon ibu bapanya.Mieza : Err.. baik cikgu.

BABAK 3Tepat jam 12.00 malam. Lieya baru pulang ke rumah.

Pak Samat : Lieya ! Apa nak jadi dengan kau ni? Anak dara asyik balik lambat je ke rumah. Kau ingat ni rumah tumpangan ke senang kau pergi dan balik lewat sebegini? Suara Pak Samat yang agak kuat itu telah didengari oleh Mak Leha.Mak Leha : Apa yang bising-bising tengah malam ni bang ?Pak Samat : Ni haa, cuba awak tengok anak dara awak ni, baru balik jam sebegini? Tak malu ke dilihat jiran tetangga kita?Mak Leha : Hisyhhh abang ni, anak kita kan dah besar, tahulah dia menjaga diri sendiri. Lieya, kamu ke mana tadi?Lieya : Lieya ke rumah kawan mak, kami buat study group tadi bincang tentang soalan peperiksaan nanti. Mak abah janganlah risau.Mak Leha : Haaa, dengar tu bang, kan anak kita dah cakap dia pergi ke rumah kawan dia. Tak payah la abang nak risau-risau lagi ya. Dah Lieya, kamu pergi masuk bilik, mandi dan makan.Lieya : Baik mak.Pak Samat : Itulah awak, asyik memanjakan anak awak tu aja. Bukannya kita boleh percaya sangat budak-budak PEREMPUAN sekarang.Mak Leha : Yelah-yelah abang, jom masuk tidur.Pak Samat mendengus perlahan dan masuk ke bilik tidur.

BABAK AKHIRSuasana pada waktu pagi, tepat jam 7 pagi di perkarangan pagar depan sekolah, kelihatan Sam menunggu Lieya.

Sam : Jom sayang, kita ke Mesra MallLieya : Jom, mana MOTO you?Sam : Seberang sana, jom cepat sebelum Cikgu Sabtu GB you nampak.Lieya : Ok.Mereka terus berlalu pergi menaiki motosikal dan memecut laju.vroommmm bedebush.Tiba-tiba mereka terlanggar seorang tua yang berada tidak jauh dari situ.Lireya dan Sam tejatuh dan orang tua itu berlumuran darah.Ayahhhhhhhhhhhhhhhhhhh Rupa-rupanya orang tua itu adalah Pak Samad ayah Lieya sendiri

Lieya sangat terkejut melihat bapanya terbaring di tengah jalan raya dengan banyak lumuran darah di kepala. Sam telah menelefon ambulans dengan segera. Lieya sangat menyesal dan dia juga tahu bapanya telah mengekori mereka. Namun, penyelesalan itu tidak berguna lagi kerana bapa Lieya telah meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah.

Lieya : Abah, ampunkan Lieya sebab menipu abah. Lieya dah jadi anak derhaka pada mak dan abah. Lieya janji tak akan menipu lagi. Maafkan Lieya. (meratapi bapanya)LAGU TAUBAT SEORANG HAMBA

Suara Latar : Kesimpulannya, janganlah kita menjadi anak derhaka. Justeru itu, kita sebagai anak haruslah taat dan patuh akan arahan ibu bapa kita walaupun kadangkala mereka sedikit mengongkong kebebasan kita namun suatu hari nanti kita akan mengetahui bahawa itu semua adalah yang terbaik untuk kita berjaya kelak.

Tamat