kejohanan piala rektor 2016 fke...dalam syurgaku (30).” (al-fajr 27-30) aku langsung tidak...

2
TINTA FKE Newsletter Date Edisi Jun 2017, Isu 1 FKE UiTMCT PENGENALAN P rogram Misi Selangkah ke UiTM adalah satu program usahasama di antara kampus induk dan seluruh kampus- kampus cawangan UiTM di seluruh negara. Ia dijalankan selari dengan proses pengambilan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pelajar sekolah bagi peperiksaaan SPM 2016. O OBJEKTIF Objektif utama misi ini adalah untuk mempromosikan kursus-kursus pengajian di setiap peringkat yang dita- warkan di UiTM seluruh negara kepada pelajar-pelajar sekolah. Selain itu, program ini membolehkan calon pelajar melihat kesesuaian program pengajian yang diminati dengan hasil keputusan SPM 2016 mereka. Ini secara tidak langsung dapat membantu mereka ketika membuat permohonan ke Unit Pusat Universiti (UPU), Kementerian Pengajian Tinggi, bagi proses pelanjutan pengajian mereka kelak. AHLI JAWATANKUASA UNIT KORPORAT DAN MISI AKADEMIK TENTATIF SELANGKAH KE UiTM 2017 KEBERHASILAN PROGRAM MISI SELANGKAH KE UiTM 2017 UiTM CAWANGAN TERENGGANU KAMPUS DUNGUN 16 Mac 2017 (Khamis) 8.00 pagi : Persiapan kaunter pertanyaan dan ahli jawatankuasa. 9.00 pagi : Perasmian majlis pengambilan kepu- tusan SPM 2016 oleh Pengetua sekolah dan wakil- wakil pusat pengajian tinggi. 10.00 pagi : Pengambilan keputusan SPM 2016 dan kaunter pertanyaan dibuka. 2.00 petang : Upacara ditamatkan dan kaunter ditutup. A hli Jawatankuasa Unit Korporat dan Misi Akademik Ahli Jawatankuasa Unit Korporat dan Misi Akademik Penasihat 1 : En. Hasrul Hafiz Penasihat 2 : Dr Zulzilawati Ketua Unit Pelaksanaan : Dr Ilham Rustam AKTIVITI Keberhasilan program ini menyaksikan seramai 60 orang pelajar telah menandatangani buku log yang diletakkan di setiap kaunter pertanyaan menunjukkan minat yang tinggi ke atas pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan oleh UiTM. Seramai 20 orang pensyarah telah terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini di setiap sekolah. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah program ini telah dijalankan dengan jayanya beserta keterlibatan dan minat yang tinggi oleh semua pihak SIDANG REDAKSI Penaung: Penasihat: Penyunting Grafik & Susun Atur PM. Dr. Abdol Samad Nawi Hasrul Hafiz Abu Bakar Nur Idawati Md. Enzai Fatimah Nur PM. Dr. Khlipah Ibrahim Dr. Zulzilawati Jusoh Mazratul Firdaus PM. Dr. Mazidah Puteh Kejohanan Futsal Piala Rektor adalah kejohanan futsal dwi-tahunan yang diadakan khas untuk penyertaan daripada kalangan staf UiTM Terengganu; Kampus Dungun, Bukit Besi dan Chendeing. Pada kali ini, kejohanan diadakan di Beach Court Futsal Dungun dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik bertanggungwab dalam melaksanakan acara kejohanan. Barisan AJK Piala Rektor FKE 2017 Acara tahunan yang diadakan pada 19 November 2016 itu disertai oleh 16 pasukan sepertimana berikut: Pasukan yang berjaya ke peringkat akhir Kejohanan futsal ini telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Sasaran penyertaan adalah menepati jangkaan dan objektif program telah dapat dicapai sepenuhnya. Kejohanan ini telah dimenangi oleh pasukan dari UiTM Bukit Besi A yang menewaskan pasukan FKE 1 dengan membawa pulang piala pusingan dan wang tunai. Saudara Ahmad Izzat B. Mod Arifin dari FKE 1 diumumkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan. Kejohanan telah dirasmikan dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Rektor (HEP) UiTM Terengganu, En Azahari B Abdul Aziz dan Mejar PM Ustaz Zaid B Ngah. Disediakan oleh : Dr. Ilham Rustam KEJOHANAN PIALA REKTOR 2016 SENARAI PASUKAN Perpustakaan - Pengurusan Hotel (Hotel Oren) - Pengurusan Dapur Hotel (Hotel Staf) Polis Bantuan 1 - Polis Bantuan 2 - Kelab Akademik/HEA/ACIS Chendering A - Chendering B - FKE 1 BPF - ROTU - FKE 2 Bukit Besi 1 - Bukit Besi 2 - HEP/ KOLEJ Disediakan oleh : Mohd Aldrin Ali Keputusan rasmi Futsal Piala Rektor 2016 Juara Bukit besi 1 Naib juara Fke 1 Ke 3 bersama Pb 1& Hotel Staf Penjaring terbanyak En. Ahmad Izzat B. Mod Arifin (FKE)

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TINTA FKE

Newsletter Date Edisi Jun 2017, Isu 1

FKE UiTMCT

PENGENALAN

P rogram Misi Selangkah ke UiTM adalah satu program usahasama di antara kampus induk dan seluruh kampus-kampus cawangan UiTM di seluruh negara. Ia dijalankan selari dengan proses pengambilan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pelajar sekolah bagi peperiksaaan SPM 2016.

O OBJEKTIF

Objektif utama misi ini adalah untuk mempromosikan kursus-kursus pengajian di setiap peringkat yang dita-warkan di UiTM seluruh negara kepada pelajar-pelajar sekolah. Selain itu, program ini membolehkan calon

pelajar melihat kesesuaian program pengajian yang diminati dengan hasil keputusan SPM 2016 mereka. Ini secara tidak langsung dapat membantu mereka ketika membuat permohonan ke Unit Pusat Universiti (UPU), Kementerian

Pengajian Tinggi, bagi proses pelanjutan pengajian mereka kelak.

AHLI JAWATANKUASA UNIT KORPORAT DAN MISI AKADEMIK

TENTATIF SELANGKAH KE UiTM 2017

KEBERHASILAN PROGRAM

MISI SELANGKAH KE UiTM 2017 UiTM

CAWANGAN TERENGGANU KAMPUS DUNGUN

16 Mac 2017 (Khamis)

8.00 pagi : Persiapan kaunter pertanyaan dan ahli jawatankuasa. 9.00 pagi : Perasmian majlis pengambilan kepu-tusan SPM 2016 oleh Pengetua sekolah dan wakil- wakil pusat pengajian tinggi. 10.00 pagi : Pengambilan keputusan SPM 2016 dan kaunter pertanyaan dibuka. 2.00 petang : Upacara ditamatkan dan kaunter ditutup.

A hli Jawatankuasa Unit Korporat dan Misi Akademik Ahli Jawatankuasa Unit Korporat dan Misi Akademik

Penasihat 1 : En. Hasrul Hafiz

Penasihat 2 : Dr Zulzilawati

Ketua Unit Pelaksanaan : Dr Ilham Rustam

A KT IV IT I

Keberhasilan program ini menyaksikan seramai 60 orang pelajar telah menandatangani buku log yang diletakkan di setiap kaunter pertanyaan menunjukkan minat yang tinggi ke atas pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan oleh UiTM. Seramai 20 orang pensyarah telah terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini di setiap sekolah. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah program ini telah dijalankan dengan jayanya beserta keterlibatan dan minat yang tinggi oleh semua pihak

SIDANG REDAKSI

Penaung: Penasihat: Penyunting Grafik & Susun Atur

PM. Dr. Abdol Samad Nawi Hasrul Hafiz Abu Bakar Nur Idawati Md. Enzai Fatimah Nur

PM. Dr. Khlipah Ibrahim Dr. Zulzilawati Jusoh Mazratul Firdaus

PM. Dr. Mazidah Puteh

Kejohanan Futsal Piala Rektor adalah kejohanan

futsal dwi-tahunan yang diadakan khas untuk

penyertaan daripada kalangan staf UiTM

Terengganu; Kampus Dungun, Bukit Besi dan

Chendeing. Pada kali ini, kejohanan diadakan di

Beach Court Futsal Dungun dan Fakulti

Kejuruteraan Elektr ik bertanggungwab

dalam melaksanakan acara kejohanan.

Barisan AJK Piala Rektor FKE 2017

Acara tahunan yang diadakan pada 19 November

2016 itu disertai oleh 16 pasukan sepertimana berikut:

Pasukan yang berjaya ke peringkat akhir

Kejohanan futsal ini telah berjalan dengan lancar

seperti yang telah dirancang. Sasaran penyertaan

a d a l a h m e n e p a t i j a n g k a a n d a n

objekti f program telah dapat dicapai

sepenuhnya. Kejohanan ini telah dimenangi oleh

pasukan dari UiTM Bukit Besi A yang menewaskan

pasukan FKE 1 dengan membawa pulang piala

pusingan dan wang tunai. Saudara Ahmad Izzat

B. Mod Arifin dari FKE 1 diumumkan sebagai

penjaring terbanyak kejohanan. Kejohanan

telah dirasmikan dan majlis penyampaian

hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan

Rektor (HEP) UiTM Terengganu, En Azahari B

Abdul Aziz dan Mejar PM Ustaz Zaid B Ngah.

Disediakan oleh : Dr. Ilham Rustam

KEJOHANAN PIALA REKTOR 2016

SENARAI PASUKAN

Perpustakaan - Pengurusan Hotel (Hotel Oren) - Pengurusan Dapur Hotel

(Hotel Staf)

Polis Bantuan 1 - Polis Bantuan 2 - Kelab Akademik/HEA/ACIS

Chendering A - Chendering B - FKE 1

BPF - ROTU - FKE 2

Bukit Besi 1 - Bukit Besi 2

- HEP/ KOLEJ Disediakan oleh : Mohd Aldrin Ali

Keputusan rasmi Futsal Piala Rektor 2016

Juara Bukit besi 1

Naib juara Fke 1

Ke 3 bersama Pb 1& Hotel Staf

Penjaring

terbanyak En. Ahmad Izzat B. Mod

Arifin (FKE)

S treamyx ialah sebuah perkhidmatan Internet jalur lebar talian tetap yang paling dominan di

Malaysia yang disediakan oleh Telekom Malaysia (TM Bhd).Manakala Unifi merupakan perkhidmatan jalur lebar

berkelajuan tinggi yang terbaru diperkenalkan oleh TM Malaysia. Persoalannya adalah apakah beza diantara

kedua dua perkhidmatan jalur lebar ini? Perbezaan yang ketara antara kedua-duanya adalah dari segi kelajuan/

kepantasan penghantaran dan penerimaan data. Unifi lebih laju/pantas berbanding Streamyx. Kadar kelajuan

Unifi yang ditawarkan adalah sebanyak 10 Mbp,30 Mbps,50 Mbps dan 100 Mbps. Manakala kelajuan streamyx

hanyalah pada 1 Mbps,2 Mbps,4Mbps dan 8Mbps.

Kenapa Unifi lebih laju/pantas berbanding Streamyx? Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan teknologi

yang digunakan.Teknologi yang dimaksudkan adalah (medium pengantaraan) penghantaran dan penerimaan

data. Unifi menggunakan kabel fiber optik (gentian kaca) sebagai medium utamanya manakala Streamyx hanya

menggunakan kabel tembaga (cooper) sebagai medium perantaranya. Kabel tembaga (copper) menghantar arus

elektrik, manakala teknologi fiber optik menghantar denyutan cahaya yang dihasilkan oleh laser di sepanjang

fiber optik. Oleh sebab itulah, fiber optik boleh memindahkan lebih banyak data pada jarak yang lebih lama

berbanding kabel tembaga (copper). Penggunaan kabel fiber optik adalah lebih cepat dan pantas daripada

kebanyakan medium penghantaran lain. Selain itu, penggunaan kabel fiber optik juga dapat mengurangkan

kehilangan kuasa (power loss) semasa proses penghantaran dan penerimaan data. Menurut Telekom Malaysia,

“Uni” membawakan maksud kesatuan atau perpaduan, dan “Fi” adalah singkatan bagi fiber optik. Dan gabungan

kedua-duanya membawakan UniFi yang membawakan maksud bersatu bersama fiber optik iaitu ke arah gaya

hidup digital.

Pemasangan Streamyx boleh dilakukan diseluruh kawasan termasuk kawasan pendalaman (kampung) tetapi tid-

ak untuk Unifi. Biasanya Unifi hanya berada di kawasan yang pesat membangun seperti di bandar-bandar besar

atau dikawasan perumahan elit sahaja.

Ringkasan Organisasi dan Program Anjuran Kelab EESA sepanjang 2015 dan 2016.

Publication Date

- Penasihat Kelab - Yang Dipertua

- Naib Yang Dipertua - Setiausaha

- Bendahari - Ketua-ketua Biro

E lectrical Engineering Student Association (EESA) merupakan kelab yang dianggotai oleh para pelajar Fakulti Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM Terengganu Kampus Dungun. Manakala pensyarah fakulti bertindak sebagai penasihat kelab. Kelab EESA diterajui oleh penasihat kelab bersama Majlis Tertinggi yang terdiri da-ripada pelajar Kejuruteraan Elektrik berdasarkan jawatan-jawatan berikut:-

S emua pelajar Kejuruteraan Elektrik menjadi ahli Kelab EESA secara automatik. Kelab EESA telah

menganjurkan pelbagai program dan aktiviti untuk para pelajar. Program-program yang dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan pembangunan dan

kemahiran insaniah pelajar iaitu daripada segi akademik, keusahawanan, kerohanian, sukan, khidmat

masyarakat dan lain-lain. Berikut merupakan antara program dan aktiviti yang telah berjaya dianjurkan sepanjang tahun 2015 dan 2016:

Annual General Meeting 2015

Semester General Meeting 2015

Majlis Pertemuan AJK dengan semua pelajar Part 1

Pengambilan AJK Baru EESA

Program ‘Training of Trainers’ untuk AJK Baru EESA 2015

Jualan Baju Korporat EESA dan ‘Lab Coat’

Majlis Makan Malam FKE 2015

Forum ilmiah bersama jemputan Jurutera TNB dan ustaz yang bertajuk ‘Muslim Engineer: For A Better Future’

Pertandingan ‘Robot Arena

Kutipan derma untuk pelajar FKE yang kematian ibu/bapa

‘Familly Day EESA’ dan Majlis Perpisahan AJK senior ‘Part 5’ EESA

Majlis Restu Ilmu, iaitu majlis solat hajat bersa-ma pelajar-pelajar UiTM sempena menghadapi peperiksaan akhir

2015

Annual General Meeting 2016

Semester General Meeting 2016

Majlis Pertemuan AJK dengan semua pelajar Part 1

Pengambilan AJK Baru EESA

Program ‘Training of Trainers’ untuk AJK Baru EESA 2016

Jualan Baju Korporat EESA dan ‘Lab Coat’

Majlis Makan Malam FKE 2016

Sukan FKE: ‘Engineering Day’

Pertandingan ‘Explorace’ & Catur

Kuiz Sains

Spell It Right Contest: khidmat masyarakat dengan membahagi-bahagikan nasi lemak percuma kepada pelajar melalui Pertandingan ‘Spell It Right’

Jualan Gerai Pameran FYP

Food Court EESA’s Corner: kontrak berniaga air di café Redang setiap hari

Jualan gerai air untuk Sukan Kolej di Stadium UiTM

Membuat rekaan baju t-shirt kelab dan membuat jualan kepada pelajar FKE

Membuat rekaan tali penggantung ‘badge’ dan membuat jualan kepada pelajar FKE

2016

Disediakan oleh : Nazuha Fadzal

Edisi Jun 2016, Isu 1

Apa beza Unifi dan Streamyx?

Disediakan oleh : Rina Abdullah

Malam itu tepat 15 Sya’aban, malam yang sudah dikenali umum iaitu Malam Nisyfu Sya’ban. Kebanyakan masjid di sekitar Terengganu ini,

penuh sesak pada waktu Maghrib, berjemaah membaca Yassin. Dan esoknya, merupakan penghulu segala hari, Jumaat yang mulia bagi mereka

yang senantiasa berpuasa di hari-hari putih. Tetapi aku, seperti hari-hari biasa, hanya menanti kunjungan Ramadhan untuk berpuasa. Seolah-

olah penitian ramadhan tahun ini pasti kujejaki hingga ke akhirnya.

Sebentar tadi, baharu sahaja aku membaca mesej di dalam “whatsapp”… seorang doktor pediatric HUSM baru sahaja meninggal dunia akibat

kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang selepas bekerja “on-call”. Inna lillahi wainna ilaihi raji’un. Semoga arwah tenang di

sana, selayaknya dengan Firman Allah S.W.T:

“Wahai jiwa yang tenang! (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan

diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu (29), dan masuklah ke

dalam syurgaKu (30).” (Al-Fajr 27-30)

Aku langsung tidak mengenali arwah. Tetapi melihat gambarnya bersama suami dan anak-anak yang ditinggalkan untuk menuju ke barzakh

seketika nanti dan ditambah pula dengan nukilan suami tersayang, membuatku sungguh terharu. Arwah telah pergi dalam keadaan suaminya

yang penuh redha. Adakah yang paling bernilai buat isteri selain redha suami? Tiada. Bahkan, redha Allah seorang isteri itu terletak dihati

suaminya.

Saat ini, aku masih meniti waktu. Mengharapkan Ramadhan tahun ini akan kulalui. Tetapi, adakah esok masih ada buatku?

Disediakan oleh : Nuraiza Ismail

MENITI KUNJUNGAN RAMADHAN