tanggungjawab anak terhadap ibu bapabendahari.upsi.edu.my/images/tazkirah/tanggungjawab anak...

16
TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

Upload: duongkien

Post on 07-Jul-2019

288 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPAbendahari.upsi.edu.my/images/tazkirah/tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.pdfsesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri ... dunia

TANGGUNGJAWAB

ANAK

TERHADAP

IBU BAPA

Page 2: TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPAbendahari.upsi.edu.my/images/tazkirah/tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.pdfsesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri ... dunia

Anak-anak walaupun telah bersuami

ataupun beristeri masih mempunyai

tanggungjawab terhadap kedua ibu

bapa mereka. Tanggungjawab anak

kepada kedua ibu bapa terbahagi

kepada 2 iaitu :

a)Tanggungjawab semasa mereka masih hidup

b)Tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia

Page 3: TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPAbendahari.upsi.edu.my/images/tazkirah/tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.pdfsesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri ... dunia

BENTUK BERBAKTI SEMASA

MASIH HIDUP

a)Berbuat baik

Ibu bapa adalah orang yang paling banyak

berjasa kepada anak. Pengorbanan yang

dicurahkan oleh mereka sejak bayi di dalam

kandungan lagi. Sebagai agama yang

mengutamakan kebaikan, Islam

memerintahkan anak-anak supaya berbakti

dan berbuat baik kepada ibu bapa.

Page 4: TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPAbendahari.upsi.edu.my/images/tazkirah/tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.pdfsesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri ... dunia

Firman Allah:

maksudnya:

Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungkannya dengan bersusah payah, mengandungnya sampai menyepihkannya adalah 30 bulan sehingga apabila telah dewasa umurnya sampai 40 tahun ia berdoa “Ya Allah ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmatmu yang Engkau telah berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku supaya aku dapat berbuat amal yang salih yang engkau redhai berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”

(Surah al-Ahqaf : 15)

Page 5: TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPAbendahari.upsi.edu.my/images/tazkirah/tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.pdfsesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri ... dunia

a)Berlemah lembut dan berbudi bahasa

Setiap manusia mempunyai perasaan dan

berhati budi. Begitu juga ibu bapa mempunyai

perasaan tersebut. Anak-anak perlu berlemah

lembut dan berbudi bahasa ketika

berkomunikasi dengan ibu bapa. Dengan sifat

berlemah lembut dan berbudi mulia akan

menambat hati ibu bapa serta mwujudkan

ketenteraman dalam diri mereka.

Page 6: TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPAbendahari.upsi.edu.my/images/tazkirah/tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.pdfsesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri ... dunia

Sabda Rasulullah s.a.w

Maksudnya:

Seorang lelaki berkata kepada Nabi “Saya mahu berjihad”. Baginda bertanya : Adakah engkau mempunyai kedua ibu bapa? Jawabnya ada. Kata Baginda lagi : Kepada keduanya patut kamu berjihad.

(Riwayat al-Bukhori)

Page 7: TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPAbendahari.upsi.edu.my/images/tazkirah/tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.pdfsesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri ... dunia

c)Pengorbanan harta benda

Pengorbanan harta benda bermaksud,

seorang anak berbelanja untuk keperluan ibu

bapa. Selain daripada itu, menjadi

tanggungjawab anak juga untuk menjaga ibu

bapa. Anak yang soleh sanggup

mengorbankan harta benda untuk

mendapatkan penjagaan terbaik bagi kedua

ibu bapa mereka.

Page 8: TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPAbendahari.upsi.edu.my/images/tazkirah/tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.pdfsesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri ... dunia

Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya:

“Engkau dan harta engkau untuk bapa engkau”

(Riwayat Abu Daud, al-Nasai dan al-Tirmizi)

Page 9: TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPAbendahari.upsi.edu.my/images/tazkirah/tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.pdfsesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri ... dunia

SELEPAS KEMATIAN KEDUA-

DUANYAHubungan anak dengan ibu bapa adalah di dunia dan akhirat. Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa tidak terhenti dengan kematian salah seorang atau keduanya sekali. Anak masih mempunyai tanggungjawab selepas kematian mereka. Ini menunjukkan bahawa Islam mementingkan tanggungjawab kehidupan dunia dan akhirat. Antara tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh seseorang anak yang soleh adalah seperti berdoa kepada kedua ibu bapanya.

Page 10: TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPAbendahari.upsi.edu.my/images/tazkirah/tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.pdfsesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri ... dunia

Sabda Rasulullah s.a.w

Maksudnya:

Apabila mati anak Adam terputuslah amalannya kecuali 3 perkara:

a)sedekah jariah

b)ilmu yang berfaedah

c)anak soleh yang mendoakan kepadanya

(Riwayat Muslim)

Page 11: TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPAbendahari.upsi.edu.my/images/tazkirah/tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.pdfsesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri ... dunia

Selain berdoa, anak bertanggungjawab menziarahi kubur ibu bapa, melaksanakan janji (nazar) jika ada dibuat oleh kedua ibu bapa semasa hidup, menghubungkan silaturrahim dengan sahabat hadai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang piutang yang belum dilunaskan semasa hayat (kedua ibu bapa).

Page 12: TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPAbendahari.upsi.edu.my/images/tazkirah/tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.pdfsesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri ... dunia

AKIBAT ANAK DERHAKA

Walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri, anak wajib mentaati dan menghormati kedua ibu bapanya. Anak yang tidak mentaati kedua ibu bapanya dianggap anak yang derhaka. Amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak mendapat ganjaran. Oleh itu, perbuatan baik sepanjang hayat mungkin sesuatu yang sia-sia sahaja. Dalam kehidupan berkeluarga perlu mendapat keredhaan dari kedua ibu bapa kerana tanpa keredhaan mereka berdua, hidup seseorang tidak diberkati Allah.

Page 13: TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPAbendahari.upsi.edu.my/images/tazkirah/tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.pdfsesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri ... dunia

Sabda Rasulullah s.a.w

Maksudnya:

“Redha Tuhan bergantung pada redha dua orang tua,

dan murka Tuhan bergantung pada murka orang tua”

(Riwayat al-Hakim)

Page 14: TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPAbendahari.upsi.edu.my/images/tazkirah/tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.pdfsesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri ... dunia

Akibat penderhakaan kepada ibu

bapa, anak tersebut menanggung

dosa serta dilaknat Allah. Kesalahan

menderhaka kepada ibu bapa

termasuk dalam dosa-dosa besar.

Begitu juga anak-anak tidak

sewajarnya mengejek atau menghina

ibu bapa orang lain. Akibatnya ibu

bapanya pula akan dihina.

Page 15: TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPAbendahari.upsi.edu.my/images/tazkirah/tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.pdfsesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri ... dunia

Sabda Rasulullah s.a.w

Maksudnya:

Bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda “Di antara

dosa besar adalah makian seseorang terhadap kedua

orang tuanya” Mereka bertanya “Wahai Rasulullah,

apakah seseorang memaki kedua orang tuanya”.

Beliau menjawab “Ya, ia memaki ayah orang lain,

lalu orang lain itu memaki ayahnya, dan ia memaki

ibu orang lain, lalu orang lain itu memaki ibunya”.

(Riwayat al-Bukhori dan Muslim)

Page 16: TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPAbendahari.upsi.edu.my/images/tazkirah/tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.pdfsesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri ... dunia

KESIMPULANNYA

Semua kaum di dunia ini sangat

mementingkan penghormatan anak-anak

terhadap kedua ibu bapanya. Oleh itu, kita

sebagai umat Islam diwajibkan menghormati

dan mentaati kedua ibu bapa dan sedarilah

bahawa ibu bapa merupakan anugerah Tuhan

yang tidak ternilai kepada kita. Justeru,

bersamalah kita berbakti kepada mereka demi

memperoleh kebahagiaan di dunia dan

akhirat.