aktiviti bermain dalam praoperasi

7
KEPENTINGAN AKTIVITI BERMAIN DI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Fauziah Md.Jaafar Bidang Pendidikan , Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk memperolehi maklumat tentang kekerapan aktiviti bermain di kalangan kanak-kanak prasekolah bagi daerah Kubang Pasu,Kedah. Kajian ini juga ingin mengenal pasti perbezaan antara pelaksanaan aktiviti main antara prasekolah dan KEMAS. Kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Kajian ini melibatkan 80 orang sampel yang terdiri 33 dari guru prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 47 orang dari guru tabika Kemas. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan T-test. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru prasekolah dan Kemas ada menjalankan aktiviti bermain berdasarkan min keseluruhan bagi setiap jenis permainan yang dijalankan. Dari perbandingan di antara Prasekolah dan KEMAS didapati pelaksanaan aktiviti bermain di prasekolah lebih tinggi sedikit minnya dari KEMAS untuk semua jenis main kecuali permainan kumpulan. Ini selari dengan dapatan kajian Hamzah Dadu (1994) menyatakan aktiviti main di prasekolah dijalankan dengan baik kerana faktor kelengkapan alat permainan di sesebuah prasekolah itu. Namun begitu aktiviti permainan kumpulan kalau dilihat tidak memerlukan peralatan lengkap sebagaimana permainan lain. Oleh itu aktiviti permainan kumpulan bagi Tabika KEMAS minnya lebih tinggi dari prasekolah. Kata kunci : aktiviti bermain, pendidikan prasekolah, permainan kumpulan. PENGENALAN Bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi (Morrison, 2000; & Spodek, 1973) dan sejak bayi lagi mereka sudah cenderung untuk memanipulasikan anggota badan mereka sendiri, (Piaget, 1962). Bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya, mendapat keseronokan dan segala undang-undang permainan kanak-kanak yang tentukan sendiri sesuai dengan aktiviti yang mereka main.(Isenberg and Jolongo, 1997). Bermain merupakan hak yang seharusnya diberikan kepada kanak- kanak. Ibu bapa, guru, pengusaha tadika atau taska dan juga masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam usaha agar kanak-kanak ini mendapatkan hak tersebut. Bagi tujuan ini Huraian Kurikulum Pendidikan Prasekolah Kebangsaan (2003) telah memberi

Upload: paul-winchester

Post on 30-Dec-2014

52 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Aktiviti Bermain Dalam Praoperasi

TRANSCRIPT

Page 1: Aktiviti Bermain Dalam Praoperasi

KEPENTINGAN AKTIVITI BERMAIN DI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Fauziah Md.Jaafar

Bidang Pendidikan , Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia

Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk memperolehi maklumat tentang kekerapan aktiviti bermain di kalangan kanak-kanak prasekolah bagi daerah Kubang Pasu,Kedah. Kajian ini juga ingin mengenal pasti perbezaan antara pelaksanaan aktiviti main antara prasekolah dan KEMAS. Kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Kajian ini melibatkan 80 orang sampel yang terdiri 33 dari guru prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 47 orang dari guru tabika Kemas. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan T-test. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru prasekolah dan Kemas ada menjalankan aktiviti bermain berdasarkan min keseluruhan bagi setiap jenis permainan yang dijalankan. Dari perbandingan di antara Prasekolah dan KEMAS didapati pelaksanaan aktiviti bermain di prasekolah lebih tinggi sedikit minnya dari KEMAS untuk semua jenis main kecuali permainan kumpulan. Ini selari dengan dapatan kajian Hamzah Dadu (1994) menyatakan aktiviti main di prasekolah dijalankan dengan baik kerana faktor kelengkapan alat permainan di sesebuah prasekolah itu. Namun begitu aktiviti permainan kumpulan kalau dilihat tidak memerlukan peralatan lengkap sebagaimana permainan lain. Oleh itu aktiviti permainan kumpulan bagi Tabika KEMAS minnya lebih tinggi dari prasekolah. Kata kunci : aktiviti bermain, pendidikan prasekolah, permainan kumpulan. PENGENALAN Bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi (Morrison, 2000; & Spodek, 1973) dan sejak bayi lagi mereka sudah cenderung untuk memanipulasikan anggota badan mereka sendiri, (Piaget, 1962). Bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya, mendapat keseronokan dan segala undang-undang permainan kanak-kanak yang tentukan sendiri sesuai dengan aktiviti yang mereka main.(Isenberg and Jolongo, 1997). Bermain merupakan hak yang seharusnya diberikan kepada kanak-kanak. Ibu bapa, guru, pengusaha tadika atau taska dan juga masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam usaha agar kanak-kanak ini mendapatkan hak tersebut. Bagi tujuan ini Huraian Kurikulum Pendidikan Prasekolah Kebangsaan (2003) telah memberi penekanan tentang pendekatan belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi.

Page 2: Aktiviti Bermain Dalam Praoperasi

Pernyataan Masalah Dalam kajian Asmah (2001), Play in Brunei Preschool classrooms mendapati bahawa guru prasekolah di Brunei lebih memfokoskan pengajaran mereka pada konsep membaca, menulis dan mengira berbanding kaedah bermain kerana permintaan ibu bapa. Begitu juga dengan kajian Hussin (1996), menunjukkan pengajaran di prasekolah Malaysia lebih kepada pendekatan formal. Hasil kajian Hamzah Dadu (1994) juga menunjukkan senario yang sama. Oleh itu, pengkaji akan mengkaji sejauhmanakah pelaksanaan aktiviti bermain di prasekolah dijalankan setelah semakan huraian kurikulum prasekolah ini dibuat. Objektif Kajian Pada umumnya objektif bagi kajian ini ialah seperti berikut: 1. Mengkaji jenis dan tahap kekerapan aktiviti bermain di kalangan kanak-kanak

prasekolah.

2. Mengenal pasti perbezaan antara pelaksanaan aktiviti main antara prasekolah dan KEMAS.

Soalan Kajian 1. Apakah jenis aktiviti permainan di kalangan kanak-kanak prasekolah? 2. Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan di antara KEMAS dan

Prasekolah? Apakah contoh-contoh permainan yang cenderung dilaksanakan oleh guru prasekolah?

Menurut Rubin et.al.(1983) dan Frost (1992) permainan mempunyai beberapa faktor disposisi yang boleh membezakan main dengan tingkah laku atau aktiviti yang lain. Iaitu main merupakan suatu yang dimotivasikan secara dalaman,fokus aktiviti main adalah proses aktiviti itu sendiri dan bukan hasil atau aktiviti tersebut, permainan adalah satu aktiviti bebas dari peraturan luaran bukanlah satu tugas yang dipaksa, permainan menentukan penglibatan diri individu secara aktif , permainan selalu melibatkan kesan perasaan positif seperti gembira dan seronok yang selalu disertai dengan gelak ketawa dan main juga mempunyai ciri-ciri imaginasi, simulatif, pura-pura atau olak-olak. Kepentingan aktiviti –aktiviti permainan bagi kanak-kanak prasekolah dapat dilihat berdasarkan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat ini yang lebih menekankan pendekatan Belajar Melalui Bermain kerana ia boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari berbagai aspek iaitu fizikal, kognitif, mental, bahasa dan sosio emosi. Bagi tujuan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang perlu memberi keutamaan kepada semua aspek perkembangan sebagai landasan bagi membantu mengembangkan aspek-aspek yang lainnya (Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003) di samping dalam masa yang sama kanak-kanak akan menggunakan objek di sekitarnya sebagai lambang atau simbol sebenar mengikut

Page 3: Aktiviti Bermain Dalam Praoperasi

pemerhatian mereka terhadap persekitaran ( Liszkowski, Carpenter, Striano & Tomasello, 2006; Tomasello& Haberl, 2003). Terdapat beberapa kelompok atau jenis permainan yang sering dijalankan di prasekolah berdasarkan pengkaji-pengkaji sebelum ini iaitu permainan imaginatif dikenali juga dengan simbolik atau dramatik. Permainan ini adalah bergantung pada objek atau material yang disediakan dan objek ini akan digunakan sebagai simbol bagi objek sebenar(Marjanovic-Umek & Lesnik- Musek,2001; Abu Bakar & Rohaty, 1998) dan membantu memperkembangkan kreativiti, kecerdasan menunjukkan aksi dan kemahiran sosial kanak-kanak (Smilansky & Shefatya,1990; Smilansky,1979) di samping penguasaan bahasanya (Sophie L.Lovinger 1974). Manakala permainan bebas menurut Abu Bakar & Rohaty (1998), kanak-kanak dibenarkan memilih aktiviti tertentu untuk bermain dan ini tidak bermaksud guru hanya pemerhati dan tanpa merancang bahan-bahan yang boleh digunakan dalam permainan atau yang boleh mereka pelajari daripada bahan tersebut. Morrison (2000) pula menjelaskan bahawa permainan bebas adalah aktiviti bermain secara informal dan spontan yang boleh wujud dalam situasi di mana-mana sudut dalam kelas. Bagi permainan kreatif, ia memberi peluang pada kanak-kanak dalam melahirkan perasaan mereka ketika bermain (Stevens,2003; Johnson,1999). Permainan Fizikal pula melibatkan motor kasar sama ada di luar atau dalam kelas prasekolah (Johnson, 1999). Permainan Kumpulan pula merupakan salah satu sub kategori permainan sosial iaitu permainan kooperative yang mana melibatkan permainan kumpulan (Parten, 1932) dan terancang (Rubin, 1978). Bagi permainan berstruktur merujuk kepada permainan yang berperaturan dan terdapat undang-undang cara-cara bermain (Frost, 1992). Parten (1932) mengkategorikan permainan kepada beberapa kategori iaitu “Unoccupied”(kanak-kanak tidak bermain dengan sesiapa dan juga sebarang permainan), “Solitary” (kanak-kanak bermain seorang diri tanpa melibatkan kanak-kanak lain), “observer”( kanak-kanak memerhati dan melihat permainan kanak-kanak lain,fokus diberikan kepada permainan lain), “parallel”( kanak-kanak bermain bersendirian tetapi dengan cara yang sama dengan kanak-kanak lain atau menggunakan alat permainan yang serupa) , “associative”( kanak-kanak hanya berinteraksi di antara satu sama lain, menggunakan alatan yang sama tetapi mereka tidak berkongsi) dan permainan Koperatif (Melibatkan permainan yang agak komplek, berkongsi alat,wujudnya interaksi dan terlibat secara aktif). Hamzah Dadu ( 1994) dalam kajian beliau telah mengelompokkan aktiviti-aktiviti permainan kepada enam kumpulan dalam kajian beliau iaitu permainan berkumpulan, permainan fizikal permainan kreatif, permainan dramatik, permainan berstruktur dan permainan bebas. Berdasarkan pengelasan permainan yang disyorkan oleh Parten (1932), kajian Hamzah Dadu (1994) yang dan aktiviti main yang disenaraikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) dalam buku panduan aktiviti prasekolah, pengkaji telah mengelompokkan aktiviti-aktiviti permainan kepada beberapa kategori iaitu

Page 4: Aktiviti Bermain Dalam Praoperasi

berstruktur,fizikal,kreatif, kumpulan, imaginatif dan bebas. METODOLOGI

Kajian ini melibatkan 80 orang guru prasekolah iaitu 33 orang guru prasekolah dan 47 orang guru tabika KEMAS di daerah Kubang Pasu. Bagi meninjau kekerapan aktiviti permainan di kalangan kanak-kanak prasekolah satu set soal selidik telah digunakan dan diubahsuai berdasarkan pengelasan permainan yang disyorkan oleh Parten (1932), Hamzah Dadu (1994) dan juga merujuk kepada aktiviti permainan yang telah disenaraikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) dalam buku panduan aktiviti prasekolah. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (min, peratusan dan frekuensi) dan t-test. Kajian rintis telah dikendalikan di kalangan 35 orang guru prasekolah di daerah Kulim Bandar Baharu. Nilai alpha yang diperolehi adalah seperti dalam jadual di bawah. Jenis Permainan

Cronbach’s Alpha (_) Bilangan Item

Kumpulan 0.711 7 Kreatif 0.774 9 Bebas 0.738 3 Imaginasi 0.779 6 Berstruktur 0.790 3 Fizikal 0.807 11