akta perhubungan perusahaan 1967 ira

3
7/23/2019 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 IRA http://slidepdf.com/reader/full/akta-perhubungan-perusahaan-1967-ira 1/3 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (‘IRA’) Objektif: Akta untuk mengawal selia perhubungan antara Majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka dalam pencegahan dan penyelesaian apa-apa perselisihan atau pertikaian antara mereka. Ditadbir oleh: Jabatan Perhubungan Perusahaan, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. Makna & Tafsiran 1. Akta Perhubungan Perusahaan 1967 terpakai kepada seluruh Malaysia dan memperuntukkan peraturan perhubungan antara majikan dan pekerja dengan kesatuan sekerja mereka dan pencegahan dan penyelesaian pertikaian perusahaan. 2. ‘Pekerja’ merujuk kepada mana-mana orang, termasuk perantis, yang diambil bekerja oleh majikan di bawah kontrak pekerjaan untuk bekerja untuk upah atau ganjaran. 3. Seksyen 20(1) Akta Perhubungan Perusahaan memperuntukkan: “Apabila seorang pekerja, tanpa mengira sama ada dia merupakan seorang ahli suatu kesatuan sekerja atau sebaliknya, menganggap dia telah diberhentikan kerja tanpa sebab atau alasan yang adil oleh majikannya, dia boleh membuat reprsentasi secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk pemulihan kerja pada pekerjaan lamanya; representasi tersebut boleh difailkan di pejabat Ketua Pengarah yang terdekat dengan tempat kerja di mana pekerja tersebut diberhentikan.” 4. Akta ini menekankan rundingan secara langsung antara majikan dan pekerja dengan kesatuan sekerja mereka untuk menyelesaikan perselisihan mereka dan menyelesaikan apa-apa pertikaian melalui usaha mereka sendiri dan melalui prosedur yang dipersetujui bersama dengan campur tangan kerajaan yang minimal. 5. Perkara yang berkaitan dengan kenaikan pangkat, perekrutan, pemberhentian kerja, perpindahan, pengurangan tenaga kerja, pemulihan kerja dan peruntukan tugas dan larangan mogok dan sekat masuk kerja (‘lockout’) atas sebab mana-mana perkara tersebut tidak dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam cadangan untuk tawar- menawar kolektif.

Upload: nahanuna

Post on 18-Feb-2018

272 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akta Perhubungan Perusahaan 1967 IRA

7/23/2019 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 IRA

http://slidepdf.com/reader/full/akta-perhubungan-perusahaan-1967-ira 1/3

Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (‘IRA’) 

Objektif: Akta untuk mengawal selia perhubungan antara Majikan dan

pekerja serta kesatuan sekerja mereka dalam pencegahan dan

penyelesaian apa-apa perselisihan atau pertikaian antara mereka.

Ditadbir oleh: Jabatan Perhubungan Perusahaan, Kementerian Sumber

Manusia, Malaysia.

Makna & Tafsiran 

1.  Akta Perhubungan Perusahaan 1967 terpakai kepada seluruh Malaysia

dan memperuntukkan peraturan perhubungan antara majikan dan

pekerja dengan kesatuan sekerja mereka dan pencegahan dan

penyelesaian pertikaian perusahaan.

2.  ‘Pekerja’ merujuk kepada mana-mana orang, termasuk perantis, yang

diambil bekerja oleh majikan di bawah kontrak pekerjaan untuk

bekerja untuk upah atau ganjaran.

3.  Seksyen 20(1) Akta Perhubungan Perusahaan memperuntukkan:

“Apabila seorang pekerja, tanpa mengira sama ada dia merupakan

seorang ahli suatu kesatuan sekerja atau sebaliknya, menganggap dia

telah diberhentikan kerja tanpa sebab atau alasan yang adil oleh

majikannya, dia boleh membuat reprsentasi secara bertulis kepada

Ketua Pengarah untuk pemulihan kerja pada pekerjaan lamanya;

representasi tersebut boleh difailkan di pejabat Ketua Pengarah yang

terdekat dengan tempat kerja di mana pekerja tersebut

diberhentikan.”

4.  Akta ini menekankan rundingan secara langsung antara majikan dan

pekerja dengan kesatuan sekerja mereka untuk menyelesaikan

perselisihan mereka dan menyelesaikan apa-apa pertikaian melalui

usaha mereka sendiri dan melalui prosedur yang dipersetujui bersamadengan campur tangan kerajaan yang minimal.

5.  Perkara yang berkaitan dengan kenaikan pangkat, perekrutan,

pemberhentian kerja, perpindahan, pengurangan tenaga kerja,

pemulihan kerja dan peruntukan tugas dan larangan mogok dan

sekat masuk kerja (‘lockout’) atas sebab mana-mana perkara tersebut

tidak dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam cadangan untuk tawar-

menawar kolektif.

Page 2: Akta Perhubungan Perusahaan 1967 IRA

7/23/2019 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 IRA

http://slidepdf.com/reader/full/akta-perhubungan-perusahaan-1967-ira 2/3

6.  Jika rundingan secara langsung antara majikan, pekerja dengan

kesatuan sekerja mereka gagal, Akta ini memperuntukkan

penyelesaian pertikaian perusahaan melalui pendamaian atau

timbang tara.

7.  Setelah pertikaian perusahaan dirujuk kepada Mahkamah

Perusahaan dan atas mana-mana perkara yang diliputi oleh

perjanjian kolektif atau keputusan Mahkamah Perusahaan, pekerja

tidak dibenarkan mengisytiharkan mogok atau sekat masuk kerja

(‘lockout’).

8.  Perjanjian kolektif bermakna perjanjian bertulis yang dicapai antara

majikan atau kesatuan sekerja majikan pada satu pihak dan kesatuan

sekerja pekerja pada pihak yang satu lagi, berkaitan dengan terma

dan syarat antara kedua-dua pihak tersebut.

9.  Berpiket secara aman dan teratur atas sebab pertikaian perusahaan

dibenarkan di bawah Bahagian IX, seksyen 40 Akta Perhubungan

Perusahaan 1967 dengan syarat ia dijalankan di atau dekat dengan

tempat di mana pekerja bekerja dan di mana pertikaian perusahaan

wujud. Adalah salah di sisi undang-undang untuk menghadirinya jika

kehadiran tersebut, secara semulajadi menurut caranya atau

bilangannya, diperhitungkan untuk menakutkan mana-mana orang

atau untuk membawa kepada gangguan keamanan.

10. Bahagian IV, seksyen 15 Akta Perhubungan Perusahaan 1967

memperuntukkan perlindungan perusahaan perintis semasa tahun

permulaan pertubuhan mereka bagi tempoh sekurang-kurangnya 5

tahun daripada tarikh permulaan operasi di Malaysia daripada apa-

apa tuntutan yang tidak munasabah daripada kesatuan sekerja.

11. Adalah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang untuk

memberi bantuan kewangan untuk menyokong secara langsung apa-

apa mogok atau sekat masuk kerja (‘lockout’) yang salah di sisi

undang-undang. Kesalahan tersebut adalah kesalahan yang boleh

ditangkap dan ikat jamin tidak akan diberi.

Implikasi Utama

1.  Pekerja boleh melaporkan kepada Jabatan Perhubungan

Perusahaan jika mereka diberhentikan kerja secara tidak adil.

Page 3: Akta Perhubungan Perusahaan 1967 IRA

7/23/2019 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 IRA

http://slidepdf.com/reader/full/akta-perhubungan-perusahaan-1967-ira 3/3

2.  Kesatuan Sekerja boleh membuat laporan kepada Jabatan

Perhubungan Perusahaan atas sebab berikut:

a.  Pengurangan atau pengubahan dalam perjanjian

kolektif;

b.  Pemangsaan ahli Kesatuan Sekerja.