mengenal ahli sunnah wal jamaah - jakim

23
1 MENGENAL AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DISUSUN OLEH HAJI ABDUL HAMID @ YUSOFF BIN YUNUS Pakar Rujuk Aqidah JAKIM Tahun 1426 H/2005 M

Upload: shamsul-kamal-hj-maamor

Post on 20-Jun-2015

1.227 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

Al-Asya'irah Wal Mathuridhiah

TRANSCRIPT

Page 1: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

1

MENGENAL AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

DISUSUN OLEH

HAJI ABDUL HAMID @ YUSOFF BIN YUNUS Pakar Rujuk Aqidah JAKIM

Tahun 1426 H/2005 M

Page 2: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

2

MENGENAL AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

KANDUNGAN 1. Tujuan 2. Maksud Ahli Sunnah Wal Jamaah 3. Kenapa selain dari Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak diterima 4. Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah 5. Dasar-dasar (Da'aim) Ahli Sunnah 6. Asas-asas Metodologi Ahli Sunnah 7. Prinsip-prinsip (Mabadi') yang disepakati Ahli Sunnah Wal

Jamaah 8. Dasar-dasar Yang Disepakati Kesesatannya Secara Ijma’ 9. Penutup Sumber Rujukan

Page 3: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

3

بسم اهللا الرحمن الرحیم نحمده ونصلى على رسولھ الكریم

MENGENAL AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

1. TUJUAN

Kertas ini disediakan adalah untuk dijadikan bahan bacaan pengenalan kepada masyarakat dan para penggemar akidah yang jelas daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah agar dapat dijadikan panduan dan rujukan mudah bagi mereka. Kertas ini sengaja disusun dengan secara ringkas yang diambil dari beberapa buah buku bacaan yang sempat dibaca, mudah-mudahan menjadi bekalan di hari akhirat kelak.

2. MAKSUD AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

2.1 Kalimah Ahli Sunnah Wal Jamaah terdiri daripada kalimah-kalimah ahli sunnah dan jamaah yang membawa erti mereka yang mengikuti pegangan Nabi ataupun jalan hidup Nabi s.a.w. dan jamaah para sahabat terutama sekali para khulafa al-Rasyidin yang dididik oleh Baginda s.a.w.

Konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah itu adalah suatu pegangan yang pengistilahannya walaupun timbul kemudian tetapi ia adalah berakar umbi dari Rasulullah s.a.w. sendiri.

2.2 Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah meliputi ajaran-ajaran

Islam mengenai akidah, syariah dan akhlak yang dibawa sejak Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat yang telah disusun secara bersistem oleh ulama kemudian dan dipertahankan di dalam ajaran itu oleh dua tokoh iaitu Syeikh Abu Hassan al-Asyari (260-324H) dan Imam Abu Mansor AI-Maturidi (W333H). Kemudiannya disebarkan oleh ulama terkemudian seperti Imam Abu Bakar al-Qaffal (W41 1 H), Imam Hafiz al-Baihaqi (W455H), Imam al-Haromain al-Juwain (W460H), Imam al-Qhusairi (W465H), Imam al-Baqillani (W403H), Imam al-Ghazali (W505H), al-Fakhrol Razi (W606H), Sheikh Abdullah al-Sharqawi (W1277H), Sheikh Ibrahim al-Banjari (W1272H), Sheikh Nawawi al-Bentani (W1315H) dan lain-lain lagi.

3. KENAPA SELAIN DARIPADA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

TIDAK DITERIMA

3.1 Rasulullah s.a.w. bersabda seperti yang diriwayatkan dalam hadis At-Tirmidzi yang bermaksud:

Page 4: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

4

“Dan umatku akan menjadi 73 golongan (millah), semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (yang tidak masuk neraka). Para sahabat bertanya: (siapakah mereka dalam) millah yang satu itu wahai Rasulullah? Sabda Baginda (mereka itu adalah golongan yang mengikuti) perjalanan hidupku dan para sahabatku”.

(lihat Syeikh Mohamad ldris al-Marbawi, Bahrul-Mazi, juzuk: 17, muka surat: 210)

3.2 Berdasarkan hadis ini para ulama membuat kesimpulan

bahawa maksud mereka yang mengikuti sunnah Rasul dan para sahabat ialah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana pegangan hidup beragama yang dibawa oleh golongan Ahli Sunnah menepati sepertimana yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat dan golongan inilah yang dikenali sebagai golongan yang selamat, perjalanan mereka benar-benar terjamin dan juga dikenali dengan perjalanan yang putih, terang benderang, tidak ada kekeliruan di dalamnya. Sementara 72 golongan yang lain adalah tergolong di dalam golongan mereka yang keliru dan menyeleweng. Mereka mempunyai kecenderungan yang tidak baik yang memungkinkan diri mereka ke arah kebinasaan. Antara 72 golongan itu ialah:

Golongan

Syiah 22 aliran Khawarij 20 aliran Muktazilah 20 aliran Murji'ah 5 aliran Najariah 3 aliran Jabariyah 1 aliran

Mushabihah 1 aliran ------------------------------------------------------------------------------- JUMLAH 72 aliran -------------------------------------------------------------------------------

Hal ini tersebut di dalam Kitab Bughyatul Mustarsyidin, karangan Mufti Syeikh Syed Abd. Rahman b. Mohamad b. Hussin b. Omar yang masyhur dengan gelaran Ba'Alu, halaman 398, cetakan Mathba'ah Amin Abd. Majid, Kahirah 1381 H.

3.3 Menurut Imam Abdul Qahir al-Baghdadi menyatakan kita

tidak dapat menemui kumpulan-kumpulan yang mengikuti para sahabat selain daripada golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah, sedangkan kumpulan-kumpulan Rafidhah,

Page 5: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

5

Qadariyah, Khawarij, Jahmiyah, Najariah dan sebagainya tidak termasuk dalam golongan ini.

Sebagai contoh, kita ambil kumpulan Qadariyah, mereka tidak boleh dimasukkan ke dalam golongan yang mengikuti para sahabat kerana ketua mereka iaitu Al-Nadham mencerca kebanyakan sahabat, memfasik iaitu mengugurkan sifat A'dalah Abdullah Ibnu Mas'ud dan menuduh beliau sebagai sesat kerana meriwayatkan beberapa hadis yang tertentu. Al-Nadham menolak fatwa-fatwa Saidina Umar, Ali, Uthman dalam perkara-perkara yang tertentu dan menuduh Abu Hurairah sebagai pembohong kerana beliau banyak meriwayatkan hadis-hadis daripada Rasulullah s.a.w. yang bertentangan dengan mazhab Qadariyah. Di samping itu Al-Nadham juga menolak ijmak sahabat, sementara pemimpin mereka yang bernama Wasil b. ‘Ataa’, meragui sifat A’dalah, Ali dan dua puteranya Hasan dan Husain, Abu Abbas dan semua sahabat yang menyertai peperangan Jamal daripada kedua-dua pihak.

3.4 Kumpulan Khawarij mengkafirkan Ali dan dua puteranya,

Abu Ayub Al-Ansari, Uthman, Talhah dan AI-Zubir. Golongan pelampau Zaidiyah dan Jarudiyah pula mengkafirkan Abu Bakar, Umar, Uthman dan kebanyakan sahabat-sahabat yang lain.

3.5 Golongan Syiah Imamiah menganggap kebanyakan

sahabat menjadi murtad selepas kewafatan Nabi s.a.w. kecuali Ali, 2 orang puteranya dan kira-kira 13 orang sahabat yang lain.

3.6 Keseluruhan kumpulan-kumpulan Rafidhah, Khawarij,

Qadariyah, Jahmiyah, Najariyah, Bakriyah dan Dzarawiyah tidak menerima sebarang hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat mengenai hukum syarak kerana kumpulan-kumpulan ini mengkafirkan para sahabat yang meriwayatkan hadis-hadis itu di samping mengkafirkan para fuqaha' yang mengikut para sahabat. Oleh kerana itu tidak terdapat dalam golongan-golongan Khawarij, Jahmiyah, Qadariyah dan sebagainya seorang imam pun dalam bidang ilmu feqah, hadis bahasa dan nahu, dakwah dan tafsir, malah yang menjadi imam-imam dalam bidang pengajian ini ialah guru-guru dari golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

4. GOLONGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

4.1 Antara mereka yang termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut jalan agama Allah yang betul dan lurus, golongan yang selamat daripada neraka selain daripada 72 golongan yang diterangkan oleh

Page 6: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

6

Rasulullah s.a.w sepertimana yang dicatatkan oleh Imam Abdul Qahir al-Baghdadi (W299H/1037M) dalam kitabnya al-Farq Bain al-Firaq, mereka itu terdiri daripada lapan golongan tokoh-tokoh ulama berikut:

(1) Mempunyai ilmu pengetahuan mendalam dalam

bidang kajian Tauhid, hal-hal kenabian, tentang janji-janji Allah iaitu percaya nikmat dan agama, mengenai pahala dan seksa, mengenal syarat-syarat ijtihad dan kepimpinan ummah di mana mereka berlandaskan kajian para ahli al-Kalam yang bebas daripada konsep Tasybih (menyamakan Allah dengan makhluk), konsep ta'til (menafikan kewujudan sifat-sifat Allah) dan daripada pandangan-pandangan bid'ah kumpulan Rafidhah, Khawarij, Jahmiyah, Najariyah dan seluruh kumpulan pengikut-pengikut hawa nafsu yang sesat.

(2) Berpegang dengan konsep Usuluddin mengikut

mazhab yang mensabitkan sifat-sifat Allah SWT yang azali dan menolak kefahaman Qadariyah, kefahaman muktazilah. Mereka mensabitkan rukyah Allah di hari akhirat dengan penglihatan mata, mensabitkan pengumpulan manusia dari kubur pada hari kiamat, membenarkan adanya soalan kubur, adanya haudh, adanya sirat, adanya syafaat, adanya pengampunan segala dosa selain syirik, mereka percaya kepada kekalnya nikmat syurga kepada para penghuninya dan percaya kekalnya azab neraka kepada orang kafir, mereka akui khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali, mereka menyanjung tinggi golongan,solafussaleh, mereka mewajibkan sembahyang Jumaat dan pegangan imam-imamnya tidak mengikut kumpulan-kumpulan yang mengikuti hawa nafsu yang sesat. Mereka mewajibkan istinbat hukum-hukum syarak dari sumber seperti al-Quran, sunnah dan ijmak para sahabat, mereka mengharuskan sapu di atas dua khuf dan berpendapat gugurnya talak tiga. Mereka mengharamkan kahwin mut'ah dan mewajibkan taat kepada sultan kecuali dalam perkara maksiat. Termasuk dalam golongan ini ialah para sahabat imam Malek, sahabat imam Shafie, al-Auzai, al-Thauri, Abu Hanifah, Ibn Abi Laila, Abu Thur, para sahabat imam Ahmad bin Hambal, para fuqaha'ahli zahir dan seluruh fuqaha' yang lain yang mensabitkan sifat-sifat Allah di dalam kajian-kajian aqliyah dan tidak mencampuradukkan kajian-kajian fiqhiyah mereka dengan bid'ah kumpulan yang ikut hawa nafsu yang sesat.

(3) Mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam

mengenai saluran-saluran hadis dan sunnah yang

Page 7: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

7

dipindahkan daripada Nabi s.a.w. dan dapat membezakan di antara hadis yang sahih dan hadis-hadis yang berpenyakit di samping mengetahui sebab-sebab al-Jarh Wa al-Ta’dil dan mereka tidak mencampuradukkan ilmu mereka dengan bid'ah-bid'ah kumpulan yang mengikut hawa nafsu yang sesat.

(4) Mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang

kajian sastera, nahu dan saraf mengikut aliran tokoh-tokoh bahasa seperti al-Khalil, Abu Amru Ibn Al-‘Ala', Sibawih, al-Farra', al-Akhfasy, al-Ismui, al-Mazani, Abu Ubaid dan semua tokoh-tokoh ulama nahu daripada ulama-ulama Kufah dan Basrah yang tidak mencampuradukkan ilmu mereka dengan pendapat-pendapat bid'ah dari kumpulan Qadariyyah atau Rafidhah dan Khawarij.

(5) Mempunyai ilmu mendalam dalam bidang Qira’at

iaitu wajah-wajah bacaan al-Ouran dan mendalami bidang tafsiran dan takwilan al-Quran mengikut mazhab-mazhab Ahli Sunnah bukan mengikut takwilan kumpulan orang-orang yang mengikut hawa nafsu yang sesat.

(6) Mempunyai sifat zahid sufi yang dikurniakan

pandangan yang murni dan mengambil iktibar dari ujian-ujian Allah, bersifat redha dengan taqdir dan qana’ah dengan kurniaan Allah SWT, mereka tahu bahawa pendengaran, penglihatan dan hati semuanya akan dipersoalkan tentang kebaikan dan keburukan yang dikerjakan, bermuhasabah atas berat ringan sesuatu amalan lalu bersedia dengan sebaiknya untuk hari akhirat, yang bercakap mengikut cara ulama-ulama hadis, bukan mengikut orang lalai dalam ucapan, yang melakukan kebaikan bukan kerana riak dan meninggalkan keburukan bukan kerana malu, berpegang dengan tauhid dan menolak konsep Tasybih (menyama Allah dengan makhluk ) dan sentiasa berserah dan bertawakal kepada Allah SWT.

(7) Mujahidin yang mengawal kubu-kubu kaum muslimin

untuk menentang orang-orang kafir dan memerangi musuh-musuh kaum muslimin, mempertahankan keselamatan kaum wanita dan kampung halaman kaum muslimin dan mengamalkan mazhab ahli sunnah dalam perkubuan mereka.

(8) Mengamalkan syiar-syiar ahli sunnah, bukan yang

mengamalkan syiar kumpulan yang mengikut hawa nafsu yang sesat dan mengikut iktikad dan amalan-amalan bid'ah.

Page 8: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

8

(Lihat al-Farqu Bain al-Firaq, bab 5., haL 299 dan seterusnya, bandingkan dalam Majalah Pengasuh bil. 535, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Kota Bharu, hal. 28).

5. DASAR-DASAR AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

5.1 Menurut Imam Abdul Qahir Al-Baghdadi (w.299H), bahawa ulama daripada kumpulah ahli sunnah telah menggariskan dasar-dasar yang menjadi kata sepakat mereka dalam akidah sebanyak 15 dasar:

(1) Mengisbatkan Hakikat-hakikat Dan Ilmu

Menurut mereka hakikat-hakikat dan ilmu itu merupakan konsep-konsep yang wujud dalam tanggapan para ulama, mereka membahagikan ilmu itu kepada 3 bahagian:

a. Ilmu-ilmu Badihi iaitu ilmu yang dicapai secara

tersendiri tanpa difikirkan. b. Ilmu-ilmu Hissi iaitu ilmu yang diperolehi melalui

lima pancaindera. c. Ilmu lstidlali iaitu ilmu-ilmu yang dicapai melalui

proses mengambil dalil dengan menggunakan akal.

Jadi sesiapa yang menolak ilmu yang pertama dan kedua maka ia adalah orang yang degil, tetapi kalau menolak ilmu ketiga maka perlu dilihat dulu, jika tolak dan ingkar, sedangkan ilmu itu boleh diterima oleh akal secara langsung maka ia adalah kafir mulhid, hukumnya seperti Dahri iaitu yang mengisbat kekal wujud alam dan menafikan ada penciptanya, tetapi jika berfahaman kepada akal dalam perkara-perkara yang boleh difahami dengan akal, tetapi tidak menerima qiyas dalam masalah furu' hukum syarak seperti ahli Mazhab Zahiriyah, maka ia tidak kafir.

Mereka membahagikan pula kumpulan hadis yang wajib diamalkan kepada 3 jenis: a. Hadis-hadis Mutawatir b. Hadia-hadis Ahad c. Hadis Pertengahan di antara hadis Mutawatir dan hadis

Ahad

Oleh kerana hadis-hadis mutawatir diriwayatkan melalui saluran-saluran yang banyak, yang mustahil diadakan secara

Page 9: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

9

dusta, maka ia wajib dianggap benar. Adapun hadis-hadis Ahad diriwayatkan jika sanad-sanad betul dan isi kandungannya tidak mustahil mengikut tanggapan aqliyah, maka ia wajib diamalkan dan dengan kumpulan hadis-hadis Ahad inilah para fuqaha Ahli Sunnah Wal Jamaah menghasilkan kebanyakan cabang-cabang hukum syarak mengenai cara-cara ibadat , muamalah dan halal haramnya sesuatu perkara. Mereka memandang kumpulan Rafidhah, Khawarij dan kumpulan yang berpedomankan hawa nafsu sebagai kumpulan-kumpulan sesat kerana mereka tidak mewajibkan beramal dengan hadis-hadis Ahad, sementara hadis-hadis pertengahan atau mustafidh iaitu hadis yang diriwayatkan melalui lebih daripada satu saluran tetapi tidak sebanyak saluran-saluran hadis mutawatir, maka hadis-hadis itu berkongsi dengan hadis-hadis mutawatir, dari segi ia mensabitkan ilmu dan mewajibkan beramal dengannya. Tetapi mutu ilmu yang dihasilkan oleh hadis-hadis ini berlainan daripada mutu yang dihasil oleh hadis muntawatir kerana ilmu-ilmu yang dihasilkan daripada hadis pertengahan itu merupakan ilmu secara nazari tetapi ilmu yang dihasilkan dari hadis muntawatir merupakan ilmu secara dharuri. Kumpulan hadis-hadis pertengahan ini kita dapat mengetahui berbagai-bagai mukjizat Rasulullah s.a.w. seperti bulan terbelah dua, anak batu bertasbih di dalarn tangannya dan sebagainya, juga mengetahui perkara-perkara syafaat, hisab, haudh, sirat, neraca amalan, azab kubur, soal dua malaikat dalam kubur, nisab-nisab zakat, hukum hudud dalam kesalahan minum arak, hukum rejam dan sebagainya. Mereka menghukumkan kumpulan yang engkar perkara-perkara ini sebagai sesat. Bahkan mengkafirkan golongan yang ingkarkan rukyah Allah, adanya haudh,syafaat nabi ada azab kubur.

Ahli Sunnah Wal Jarnaah telah ijmak bahawa sumber-sumber hukum syarak iaitu al-Quran, al-sunnah dan ijmak al-salaf, oleh kerana itu mereka telah mengkafirkan kumpulan-kumpulan yang mempertikaikan sumber-sumber tersebut seperti Rawafidh, Khawarij dan al-Nadzdzam. (2) Dasar mengiktikadkan bahawa alam ini baru

Ahli Sunnah telah ijmak bahawa alam ini adalah segala sesuatu yang lain daripada Allah dan lain daripada sifatnya yang azali adalah makhluk dan pencipta alam ini bukanlah makhluk dan bukan pula daripada jenis alam yang dijadikan. Mereka telah ijmak bahawa juzuk-juzuk alam ini ada dua bahagian iaitu jauhar-jauhar dan aradh. Mereka mempercayai makhluk-makhluk malaikat, jin dan syaitan selaku makhluk alam yang hidup. Mereka telah mengkafirkan ahli falsafah dan penganut-penganut Batiniah yang mengengkarkan makhluk-makhluk tersebut.

Page 10: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

10

(3) Dasar mempercayai bahawa segala kejadian ada penciptanya dan pencipta alam ialah pencipta segala jisim dan segala ‘aradh.

Mereka mengkafirkan Ma'mar dan pengikut-pengikutnya dari Qadariyyah kerana mereka berpendapat bahawa Allah hanya mencipta jisim sahaja dan tidak mencipta ‘aradh dan yang mencipta ‘aradh menurut mereka adalah jisim itu sendiri.

Menurut Ahli Sunnah, kejadian yang belum lagi dilahirkan ke alam wujud belum merupakan sesuatu apa, ia ticlak berupa bahan, tidak pula berupa jisim dan tidak pula berupa ‘aradh. Ini bertentangan dengan pendapat Qadariyah yang mendakwa bahawa kejadian yang belum wujud adalah berupa sesuatu, juga bertentangan dengan penganut Qadariyah di Basrah yang menyatakan bahawa segala jisim dan segala ‘aradh yang belum wujud itu adalah berupa jisim dan ‘aradh. Pendapat-pendapat ini membawa kesimpulan bahawa alam ini adalah qadim dan mana-mana kesimpulan yang membawa kepada kekafiran adalah kafir.

Ahli Sunnah Wal Jamaah telah ijmak bahawa Allah tidak mengandungi tempat dan tidak pula dilalui zaman. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulan-kumpulan Syihamiyah dan Karamiyah yang menyatakan bahawa Allah bersentuh dengan ‘arasy. Dalam hal ini Saidina Ali r.a. berkata:

Allah telah menciptakan arash untuk mendzahirkan kudratNya bukan untuk menjadi tempat baginya.

Beliau berkata lagi: “Bahawa Allah Taala telah wujud tanpa bertempat dan begitulah keadaan yang wujud sehingga sekarang”.

(4) Dasar mengiktikadkan bahawa sifat-sifat ilmu, kudrat, hayat, mendengar, melihat dan kalam ini merupakan sifat-sifat azali dan ciri-ciri abadi Allah S.W.T. Dasar ini bertentangan dengan pendapat kumpulan Muktazilah yang menafikan sifat-sifat itu daripada Allah. Pendapat ini telah dijawab oleh ahli sunnah bahawa penafian terhadap mausuf (yakni Allah).

Ahli Sunnah juga ijmak bahawa kalam Allah merupakan sifat azali bagi Allah, dan bukan bersifat makhluk dan baru. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulan Muktazilah yang mendakwa kalam Allah adalah makhluk dan baru.

Page 11: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

11

(5) Dasar yang menetapkan bahawa nama-nama Allah adalah diambil dari al-Qur’an atau dari sunnah yang sahih atau dari ijmak al-ummah dan tidak boleh ditentukan dengan qias, mengikut keterangan hadis yang sahih berkenaan nama Allah sebanyak 99. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulan Muktazilah di Basrah yang mengharuskan penentuan nama-nama Allah dengan qias.

(6) Dasar yang mengiktikadkan bahawa Allah Taala

adalah pencipta segala jisim dan segala ‘aradh dan Dialah yang mencipta segala perbuatan manusia dan tiada pencipta yang lain daripada Allah. Dasar ini bertentangan dengan pendapat kumpulan Qadariyah yang menyatakan bahawa Allah tidak menciptakan sebarang perbuatan manusia malah merekalah yang menciptakan perbuatan manusia, juga bertentangan dengan pendapat kumpulan Jahmiyah yang mendakwa bahawa manusia tidak berkuasa mencipta perbuatan mereka.

Sesiapa yang mendakwa bahawa manusia berkuasa menciptakan perbuatan, maka ia adalah pengikut Qadariyah yang mempersekutukan Allah, sebaliknya sesiapa yang mendakwa bahawa manusia tidak berkuasa menciptakan perbuatannya maka ia adalah seorang pengikut kumpulan Jabariyah, dan sesiapa yang berpendapat bahawa manusia mengusahakan perbuatannya dan Allah menciptakan maka ia adalah seorang pengikut ahli sunnah.

Ahli Sunnah telah ijmak bahawa manusia boleh mengusahakan gerak diam, kehendak dan kemahuan, bercakap, berfikir dan sebagainya dari aradh yang telah disebutkan itu.

Dari segi hidayah daripada Allah menurut ahli sunnah boleh dicapai melalui dua cara.

i) Melalui penerangan, dakwah dan penampilan dalil-

dalil. Hidayah dengan cara ini boleh disandarkan kepada para Rasul dan kepada para pendakwah kerana merekalah yang berusaha menunjukkan manusia ke jalan Allah dan inilah maksud firman Allah yang ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. dalam ayat 52 surah al-Syura :

Page 12: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

12

Maksudnya: “Dan demikianlah Kami wahikan kepada mu (wahai Muhammad) – AI-Qur’an sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelumnya diwahikan kepadamu): apakah Kitab (AI-Qur’an) itu dan tidak juga mengetahul apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan AI-Qur’an: cahaya yang menerangi, Kami beri pertunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi pertunjuk dengan AI-Qur’an itu ke jalan yang lurus”.

ii) Melalui limpah kurnia Allah yang menciptakan

hidayah di dalam hati manusia sebagaimana diterangkan di dalam firman-Nya surah Al-An'aam, ayat: 125 :

Maksudnya: “Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah pertunjuk kepadanya nescaya la melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya la menjadikan dadanya sesak sempit sesempit - sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

Hidayah jenis pertama terbuka kepada sebahagian orang mukallaf sedangkan hidayah jenis kedua merupakan hidayah istimewa dari limpah kurnia Allah kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya menerima hidayah sebagaimana ditetapkan dalam surah Yunus, ayat 25:

Page 13: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

13

Maksudnya: “(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi pertunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu)”. Pendapat Ahli Sunnah mengenai ajal seseorang ialah setiap orang yang mati secara tabie atau dibunuh bererti mati mengikut ajal yang telah ditetapkan Allah kepadanya. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulan Qadariyah yang menyatakan orang yang mati kerana dibunuh itu adalah dipotong ajalnya.

Pendapat Ahli Sunnah mengenai rezeki ialah sesiapa yang makan dan minum sesuatu maka bererti ia mengambil habuan rezekinya samada apa yang dimakan dan diminum itu adalah halal atau haram. Ini bertentangan dengan dakwaan kumpulan Qadariyah yang menyatakan bahawa seseorang itu kadang-kadang makan rezeki orang lain.

(7) Dasar yang mengiktikadkan bahawa para Rasul itu adalah utusan daripada Allah kepada manusia. Perbezaan antara Rasul dan Nabi ialah Nabi adalah seorang yang menerima wahyu daripada Allah melalui Malaikat dan disokong dengan sesuatu mukjizat yang ada mencarikkan adat, sedangkan Rasul adalah seorang yang mempunyai sifat yang sama dengan Nabi tetapi secara khusus ia ditugaskan membawa suatu syariat yang baru iaitu ditugaskan membatalkan setengah-setengah peraturan syariat yang telah diturunkan sebelumnya. Bilangan para anbia sangat ramai, sedang bilangan para Rasul adalah sebanyak 313 orang.

Rasul yang pertama adalah Adam dan Rasul yang terakhir ialah Muhammad s.a.w. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulah Khamiyah yang menyatakan Rasul itu dibangkitkan berturut tanpa akhir.

Ahli Sunnah mengiktikadkan bahawa Isa a.s. tidak mati dibunuh malah beliau diangkat ke langit dan akan turun semula ke bumi selepas keluarnya, dajal dan beliaulah yang akan membunuh dajal dan babi, mencurahkan arak, mendirikan solat dengan mengadap kiblat, menegakkan syariat Muhammad s.a.w. dan menghidupkan apa yang dihidupkan oleh al-Qur’an, mematikan apa yang dimatikan oleh al-Qur’an.

Page 14: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

14

Menurut Ahli Sunnah, para anbia lebih tinggi darjatnya daripada malaikat. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulan Qadariyah yang melebihkan darjat malaikat daripada para anbia.

8) Dasar yang mengiktikadkan bahawa Nabi itu mestilah

mempunyai suatu mukjizat yang membuktikan kebenarannya. Apabila berlaku sesuatu mukjizat yang membuktikan kebenarannya maka wajiblah kaumnya mempercayai dan mematuhinya. Ini bertentangan dengan dakwaan kumpulan Qadariyah yang menyatakan bahawa Nabi tidak memerlukan mukjizat yang lebih daripada kelulusan syariat yang betul yang dibawanya. Ahli Sunnah mengharuskan berlakunya keramat kepada para wali bertentangan dengan kumpulan Qadariyah yang mengengkari berlaku kekeramatan para wali. Ahli Sunnah menyatakan mukjizat al-Qur’an adalah pada susunannya, bertentangan dengan Qadariyah.

(9) Dasar yang mengiktikadkan bahawa Islam dibina atas lima

rukun iaitu mengucap dua kalimah syahadah, solat, zakat, puasa dan haji. Mengikut Ahli Sunnah, sesiapa yang menggugurkan kewujudan salah satu rukun Islam itu maka dia menjadi kafir. Ahli Sunnah mewajibkan solat Jumaat dan mengkafirkan kumpulan Khawarij dan Rafidhah yang menyatakan bahawa solat Jumaat tidak diwajibkan sehingga dzahir Imam ghaib yang ditunggu mereka. Menurut Ahli Sunnah, bulan Ramdhan ditentukan dengan rukyah anak bulan Ramadhan atau dengan genapnya 30 hari bulan Syaaban, begitu juga bagi akhir bulan Ramadhan ditentukan dengan rukyah anak bulah Syawal atau dengan genapnya 30 hari bulan Ramadhan. Mereka mewajibkan jihad fi sabilillah untuk menentang musuh Islam sehingga mereka memeluk Islam atau membayar jizyah.

(10) Dasar membahagikan perintah dan larangan Allah kepada lima hukum iaitu hukum wajib, haram, sunat, makruh dan harus.

(11) Dasar yang mengiktikadkan bahawa Allah berkuasa

memusnahkan alam seluruhnya, juga berkuasa memusnahkan sebahagian dan mengekalkan sebahagian yang lain, juga mengatakan manusia dan seluruh binatang yang telah mati akan dibangkitkan kembali pada hari akhirat. Menurut Ahli Sunnah, nikmat syurga kekal kepada penghuninya dan azab neraka adalah kekal kepada orang musyrikin, munafiqin dan orang kafir.

(12) Dasar yang mengiktikadkan umat Islam wajib menegakkan

khalifah iaitu mengadakan pemerintahan, mengendalikan urusan pengadilan dan pentadbiran, urusan pertahanan negara, urusan peperangan, pembahagian harta rampasan

Page 15: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

15

perang dan pemerintah itu hendaklah dilantik menerusi pilihan dengan menggunakan ijtihad.

Menurut Ahli Sunnah, tidak ada satu nas pun daripada Nabi s.a.w. yang menentukan seorang imam yang tertentu sahaja. Ini bertentangan dengan dakwaan kumpulan Rafidhah yang mendakwa bahawa Nabi s.a.w. telah menentukan Ali sebagai imam al-ummah dengan nas yang sahih, sedangkan tidak terdapat hadis-hadis seperti itu. Menurut Ahli Sunnah, syarat Imam Mahdi adalah dari pada keturunan Quraisy, ini bertentangan dengan kumpulan Dharawiyah bahawa jawatan imam Mahdi itu adalah layak dipegang oleh mana-mana bangsa samada Arab atau bukan Arab. Menurut Ahli Sunnah syarat yang harus wujud kepada seseorang imam itu ialah berilmu, adil dan berkebolehan dalam menjalankan siasah dan imam itu hendaklah seorang sahaja di seluruh bumi Islam kecuali ia dipisahkan oleh lautan dan kekuatan musuh yang tidak dapat ditentang. Penduduk Islam di dua tempat itu tidak dapat membantu antara satu sama lain. Apabila wujud keadaan yang seperti ini maka setiap tempat dibolehkan mengadakan pemerintahan masing-masing.

(13) Dasar yang menetapkan bahawa asas keimanan ialah

makrifah dan tasdik (kebenaran) di dalam hati dan nama iman tidak terlucut dengan sebab dosa yang lain daripada dosa kekafiran. Oleh itu sesiapa yang melakukan dosa yang bukan dosa kekafiran, ia masih disifatkan sebagai seorang mukmin, walaupun ia telah menjadi fasik disebabkan maksiat yang dilakukannya. Ini bertentangan dengan dakwaan kumpulan Qadariyah dan Khawarij bahawa nama mukmin akan terlucut daripada sesiapa yang melakukan dosa.

Menurut Ahli Sunnah seorang mukmin tidak halal dibunuh melainkan dengan sebab salah satu daripada tiga kesalahan iaitu: i) Murtad

ii) Berzina dalam keadaan mohsen

iii) Qisas kerana membunuh

Pandangan ini bertentangan dengan dakwaan kumpulan Khawarij yang mengharuskan membunuh setiap orang yang melakukan penderhakaan terhadap Allah.

(14) Dasar yang menetapkan bahawa para malaikat maksum

dari dosa dan 10 orang sahabat Nabi s.a.w. telah ditetapkan Allah akan dimasukkan ke dalam syurga iaitu khalifah yang empat, Talhah, Zubir, Saad b. Abi Waqas, Said b. Zaid, Abdul Rahmah b. Auf dan Abu Ubaidah b. Al-Jarrah.

Page 16: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

16

Menurut Ahli Sunnah semua sahabat yang menyertai peperangan Badar adalah tetap menjadi ahli syurga, begitu juga sahabat-sahabat yang menyertai peperangan Uhud kecuali seorang yang bernama Quzman kerana ia dikatakan munafik dan semua sahabat yang menyaksikan Perjanjian Setia Bai'ah Al Ridzuan Hudaibiah adalah ahli syurga dan mengikut hadis yang sahih di mana terdapat 70,000 umat Islam dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab dan setiap orang daripada mereka dapat memberi syafaat kepada 70,000 orang pula. Termasuk dalam golongan ini ialah Ukasyah bin Muhsin. Termasuklah umat Islam yang meninggal dunia dalam agama Islam dan yang sebelum kematiannya berada dalam bidaah daripada kesesatan pengikut hawa nafsu yang sesat.

15) Dasar yang menentukan hukum-hukum terhadap

musuh-musuh Islam. Terdapat dua jenis musuh-musuh agama Islam iaitu musuh yang wujud sebelum Islam dan musuh yang lahir di dalam negara Islam yang berselindung di sebalik tabir Islam, sedangkan mereka bekerja secara diam-diam untuk melakukan tipu daya terhadap kaum muslimin. Musuh yang wujud sebelum Islam adalah terdiri daripada berbagai jenis. Di antaranya ialah penyembah-penyembah berhala, penyembah-penyembah sesama manusia seperti penyembah-penyembah Maharaja Namrud bin Kan’an, Maharaja Fir'aun dan sebagainya, penyembah bintang-bintang dan planet-planet, penyembah-penyembah malaikat, penyembah-penyembah syaitan, penyembah-penyembah lembu dan api. Oleh kerana itu kaum muslimin diharamkan memakan sembelihan mereka dan berkahwin dengan perempuan-perempuan mereka.

Para fuqaha' Ahli Sunnah telah ijmak menghalalkan sembelihan orang-orang Yahudi asal dan Kristian asal dan mengharuskan berkahwin dengan perempuan-perempuan mereka.

Adapun musuh yang lahir dalam negara Islam dan berselindung di sebalik nama Islam adalah terdiri daripada berbagai kumpulan sesat seperti kumpulan-kumpulan pelampau Rafidhah, Hululiliyah, Batiniah, Khawarij, Hallajiyah, Qarmiliyah dan sebagainya dan hukum kumpulan-kumpulan ini adalah sama dengan kumpulan orang-orang murtad yang tidak dihalalkan sembelihan mereka dan tidak dihalalkan berkahwin dengan perempuan-perempuan mereka.

Adapun kumpulan-kumpulan yang mengikut hawa nafsu seperti kumpulan Jarudiyah, Hisyamiyah, Najariyah, Jahmiyah dan kumpulan Imamiah yang mengkafirkan sahabat-sahabat juga kumpulan Qadariyah, Dharawiyah, Musyabbihah dan Khawarij maka kami mengkafirkan mereka sebagaimana mereka mengkafirkan Ahli Sunnah. Oleh itu sembelihan mereka tidak

Page 17: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

17

halal dimakan dan perempuan mereka tidak halal dikahwini. (rujuk Al-Farq baina al-Firaq)

6. ASAS-ASAS METODOLOGI AHLI SUNNAH

Di antara asas yang membina metodologi Ahli Sunnah ialah:

6.1 Mendahulukan dan mengutamakan Nas al-Qur’an dan al-Sunnah mengatasi segala yang lain.

6.2 Mentafsir al-Qur’an dengan al-Qur’an 6.3 Mentafsir al-Qur’an dengan al-Hadis atau al-Sunnah 6.4 Mengutamakan pendapat dan kata-kata para sahabat

dan para Tabi'in 6.5 ljma’ ulama

6.6 Mera’ikan kaedah-kaedah Bahasa Arab dan penggunaan

uslubnya. 6.7 Melalukan al-Qur’an di atas makna atau maksud yang

zahir yang tidak boleh dipindahkan kepada yang lain melainkan dengan bukti dan dalil.

6.8 Mentaghlibkan sudut al-Tanzih dan al-Taqdis ke atas

ayat-ayat yang pada zahirnya menunjukkan penyerupaan dan kesamaan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk (rujuk M. Sulaiman Yassin).

7. PRINSIP-PRINSIP YANG DISEPAKATI AHLI SUNNAH WAL

JAMAAH

Prinsip-prinsip penting yang menjadi inti akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu persepakatan tentang:

7.1 Sifat-sifat Allah

Membenarkan tanpa mempersoalkan bentuknya dan mensucikan tanpa mengingkari.

7.2 Tentang al-Qur’an

AI-Qur’an kalamullah, bukan makhluk. 7.3 Rukyah Allah Di Dunia

Page 18: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

18

Allah tidak boleh dilihat oleh sesiapa pun dalam kehidupan di dunia.

7.4 Rukyah Allah Di Akhirat

Bahawa orang-orang mukmin dapat melihat Tuhannya di syurga dengan kedua matanya.

7.5 Berita Keadaan Selepas Mati

Mengimani semua berita keadaan setelah mati yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.

7.6 Qadar

Mengimani qadar Allah dengan segala tingkatnya. 7.7 Iman

Iman adalah ucapan dan perbuatan, dapat bertambah dan berkurang.

7.8 Pokok Iman dan Cabangnya

Iman mempunyai (asal) pokok dan (furu’) cabang. Iman tidak terlepas kecuali dengan terlepasnya pokok keimanan. Oleh itu tidak mengkafirkan seseorang dari ahli kiblat kerana kemaksiatan, kecuali jika terlepas pokok keimanannya. Pokok iman adalah mengakui dan membenarkan apa-apa yang disampaikan Rasulullah s.a.w. dari Allah dan tunduk mengikutnya.

7.9 Kemungkinan Berkumpul Antara Seksa dan Pahala

Bersepakat terhadap kemungkinan berkumpulnya antara seksa dan pahala pada diri seseorang, namun tidak mewajibkan seksa atau pahala pada orang tertentu kecuali dengan dalil khusus.

7.10 Tidak Maksum Selain Rasul

Bersepakat mencintai dan mendokong sahabat Rasulullah, ahlul bait dan isteri-isteri Rasul tanpa meyakini adanya kemaksuman terhadap sesiapa pun kecuali Rasulullah.

Page 19: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

19

7.11 Karamah Wali

Membenarkan adanya karamah para wali dan kejadian -kejadian luar biasa yang diberikan Allah kepada mereka.

7.12 Perang Terhadap Yang Keluar Syariat

Bersepakat untuk memerangi sesiapa sahaja yang keluar dari syariat Islam, sekalipun ia mengucapkan dua kalimah syahadat.

7.13 Bersama Pemimpin Islam

Berperang bersama pemimpin-pemimpin mereka, baik pemimpin yang baik maupun derhaka, demi menegakkan syariat Islam. (Rujuk: Manhaj dan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah)

8. DASAR-DASAR YANG DISEPAKATI KESESATANNYA

SECARA IJMA’

Faktor-Faktor Yang Menjadi Punca Kesesatan ialah:-

(1) Menolak, menafi atau mengingkari hakikat Islam itu sendiri, sama ada kerana kejahilan, sangkaan, ikut-ikutan atau kerana sememangnya disengajakan, walaupun mengetahui kebenarannya;

(2) Keterlaluan yang dipacu oleh rasa fanatik dan hawa nafsu,

sehingga ke tahap sanggup menolak, menafi atau mengingkari hakikat-hakikat Islam;

(3) Takwilan yang batil, yang tidak berdasarkan kepada

kaedah-kaedah bahasa dan syara’, yang didorong oleh rasa fanatik dan hawa nafsu selain dari kelemahan iman.

Penjelasan 8.1 Penjelasan kesesatan dari faktor pertama,

Mengingkari hakikat Islam samada sengaja, jahil atau ikut-ikutan. Ia meliputi ciri-ciri dan perkara berikut:

a) semua jenis agama atau kepercayaan yang

bukan Islam, sama ada agama samawi atau agama budaya,

b) Segala apa jua bentuk kemulhidan dan kemungkaran ke

atas hakikat-hakikat Islam yang disepakati kebenaran

Page 20: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

20

dan kesahihannya sama ada yang berbentuk individu atau berkumpulan,

c) Keingkaran atau penolakan hadis dalam memahami dan

mengamalkan Islam, iaitu mereka yang hanya berpegang al-Qur’an sahaja,

d) Segala apa pun bentuk kesyirikan, sama ada pada zat

Allah, Asma’ ,sifat ketuhanan Rububiyyah atau Uluhiyyah, sama ada dalam bentuk pemikiran, pertuturan atau perbuatan-Nya.

Kesemua kesesatan dan kebatilan ini bercanggah dengan hakikat-hakikat yang terpancar dari manhaj Islam.

8.2 Penjelasan Kesesatan dari faktor kedua.

Segala bentuk keterlaluan (ghuluw) dari batas-batas Islam yang disepakati secara ijma’ dalam kepercayaan atau perlakuan yang berpunca dari kepercayaan. Antara contohnya;

a) Menolak keimanan dan kepimpinan Abu Bakar Assiddiq

dan Umar yang dilantik secara sah mengikut manhaj Islam, tanpa mengira kata sepakat dan ijma’ keatas kesahihan tersebut.

b) Memberikan sifat-sifat kenabian kepada seseorang selain

Nabi , walaupun betapa tinggi darjatnya, secara khususnya kepada Saidina Ali k.w. seperti sifat penerimaan wahyu, sifat kemaksuman dan lain-lain.

c) Merendah-rendahkan para sahabat Rasulullah s.a.w.

yang telah terbukti kesahabatannya, yang telah diperakui istiqamah, ketakwaan dan kasalehannya oleh ahli al-salaf al-saleh.

d) Memberikan sifat kemaksuman kepada setengah

masyayekh (Syekh tarekat), sehingga sikap dan perlakuanya diamggap menjadi hujjah yamg mengatasi nas, sedangkan kedudukan sebenarnya Nas itulah yang menjadi hujjah keatas segala-galanya.

e) Mempercayai adanya sesetengah imam Syiah Ithna

Asyariyyah yang telah mencapai taraf dan martabat yang tidak dicapai oleh Malaikat muqarrabun dan Nabi yang diutuskan.

f) Kepercayaan yang mengatakan bahawa pelaku

dosa besar menjadi kafir atau murtad, seperti yang menjadi pegangan golongan Khawarij. Bahkan pelaku dosa dan maksiat, walau apa pun jenisnya, menjadikan kafir dan terkeluar dari millah atau agama

Page 21: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

21

Islam, walaupun perbuatan itu suatu kesilapan atau usaha ijtihad.

g) Demikian juga kepercayaan sebaliknya yang mengatakan

bahawa perbuatan dosa, walau apapun jenisnya, tidak menjejaskan (memudharatkan) iman, sepertimana suatu ketaatan yang dilakukan dalam kekafiran tidak memanfaatkan, seperti yang menjadi pegangan Golongan Murji’ah tulin.

h) Termasuklah menafikan kebangkitan semula pada Hari

Kiamat dengan jasad dan rohnya sekali.

i) Menafikan nikmat syurga dan azab neraka yang bersifat jasmani pada Hari Akhirat.

j) Menafikan mukjizat kawniyyah pada Nabi Muhammad

s.a.w. dengan alasan mukjizat Nabi hanya mukjizat al-Qur’an Sahaja.

Sikap ghuluw atau keterlaluan adalah satu sikap kejiwaan, antara sifat khususnya ialah;

1) Keras kepala dengan pendapatnya sendiri, 2) Menutup mata dan telinga terhadap pandangan orang

lain, 3) Tidak mempunya hujah dan dalil,kalau ada pun hanya

sebagai rekaan atau pun bukti yang salah dan mengelirukan demi untuk mempertahankan keterlaluannya, lebih-lebih lagi jika ditegakkan diatas dasar puak atau politik kepartian yang sempit.

8.3. Penjelasan Kesesatan dari faktor ketiga

Takwilan yang batil yang tidak berdasarkan kaedah bahasa Arab dan syarak.

Kesesatan dalam faktor ini termasuklah; segala apa juga kepercayaan, tasawwur atau pendapat yang diasaskan kepada satu nas dari al-Qur’an atau al-Sunnah atau lebih, dengan takwil nas-nas itu dengan takwilan yang tidak diperakui oleh kaedah-kaedah yang tetap dalam bahasa Arab yang menjadi Bahasa al-Qur’an, iaitu kaedah-kaedah yang telah disepakati secara ijma’ oleh tokoh-tokoh ulama’ Bahasa sejak dari zaman berzaman. Kesesatan dan penyelewengan dari faktor ini sangat banyak dan kebanyakan adalah dalam bidang akidah dan asas-asas dalam pemikiran Islam. Antaranya ialah;

a) Mentakwilkan ayat-ayat sifat dengan cara yang membawa

kepada menta’tilkan (merosakkan atau menafikan) sifat-sifat tersebut pada zat Allah SWT, seperti menafikan

Page 22: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

22

(al-Yadd) tangan, (al-Wajh) muka dan seumpamanya yang telah pun disebutkan Allah pada zat-Nya, seperti takwilan oleh golongan Mu’attilah, Mu’tazilah dan golongan ahli falsafah Ilahiyyah.

b) Demikian sebaliknya, mentasybih atau mentajsimkan sifat-sifat tersebut,iaitu memahami ayat-ayat sifat tadi dengan maknanya yang zahir, yang menyamai sifat-sifat makhluk seperti yang dilakukan oleh golongan Musyabbihah dan Mujassimah.

c) Menafikan bahawa setiap muslim boleh melihat Allah di

akhirat kelak. Sesuai dengan pendapatnya ini , maka perkataan “Nazirah”(surah Mutaffifin ayat:15) ditakwilkan dengan “muntazirah” ( al-Qiyamah ayat:23), sedangkan menurut kaedah Bahasa dan ilmu kefaqihan bahasa bahawa diantara dua perkataan tersebut sememangnya berlainan dan berbeza dari semua sudutnya. Takwilan seperti ini adalah takwilan yang salah dan batil,yang sama sekali tidak mempunyai sandaran bukti atau hubungan yang membolehkan perkataan itu ditakwilkan.

d) Mentakwilkan perkataan “al-Rasul”(al-Isra’ ayat:15) dengan makna akal, semata-mata untuk sesuaikan dengan aliran aqlamiyyahnya. Takwilan ini adalah takwilan batil,yang tidak bertangguh oleh lafaz perkataan itu sendiri, yang sememangnya tidak punya ruang untuk mentakwilkan perkataan tersebut. Selain itu terdapat beberapa ayat lain yang menunjukkan secara putus dan yakin (Dilalah Qat’iyyah) bahawa yang dimaksudkan dengan perkataan rasul atau rasul-rasul itu tidak lain dari seorang atau beberapa orang lelaki yang dibangkitkan untuk menjadi utusan Allah.

e) Mentakwilkan perkataan “Majma’ al-Bahraain”(s. al-Khaf

ayat:60) dengan majma’ wilayah al-Syekh dan wilayah al-Murud. Perkataan “al-Sakhrah”(al-Khaf ayat:63) dengan makna nafsu dan lain-lain (seperti mana dicatatkan oleh Goldzihar dalam buku Akidah dan Syariah, 1940, hal.157) . Takwilan seperti contoh yang terakhir biasanya dilakukan oleh golongan yang mengaku-akukan sebagai ahli tasawuf atau lebeh tepat oleh penyesat-penyesat yang bertopengkan tasawuf .

9. PENUTUP

Adalah diharapkan semoga dengan penjelasan serba sedikit tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah ini dapat diambil manfaat dengan sewajarnya oleh mereka yang mahu mengetahuinya

Page 23: Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah - JAKIM

23

secara mudah dan ringkas. Dengan ini penyusun berdo’a mudah mudaham diberi ganjaran oleh Allah S. W. T. AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN

Disusunkan oleh: Bahagian Penyelidikan JAKIM Putrajaya Sumber Rujukan 1. Imam Abdul Qahir al-Baghdadi- AI-Farq bain Al-Firaq: bab 5. Kaherah . 2. Syeikh Syed Ab. Rahman b. Mohamad Ba'Alwi -Bughyatul Mustarsyidin , Kaherah,1381 H 3. Syeikh Mohamad ldris al-Marbawi-Bahrul Mazi Juz 17 Kaherah. 4. Prof. Madya Mohd. Sulaiman Hj. Yasin, Ahl Al-Sunnah wa

Al-Jama'ah , Sejarah pertumbuhan, skop, pengertian dan metodologi, Dalam Akidah dan Tasawuf (ed. Zakaria Stapa), KL, 1997 BAHEIS, JPM

5. Mohd Sulaiman Yasin, Ahlis-Sunnah Wal - Jama’ah,(1997), Yayasan Salman, Bangi, Selangor. 6. Muhammad 'Uthman El-Muhammady, Sejarah dan Konsep Ahli's-Sunnah wa'l Jama'ah, KL 1996, BAHEIS, JPM 7. Muhammad Abdul Hadi Al-Mishri, Manhaj dan Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah Menurut Pemahaman Ulama Salaf, Jakarta 1992, Gema Insan Press