maksud imamah serta perbezaan ahli sunnah wal jamaah dengan shiah

33
Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shi’ah Tentang Prinsip-Prinsip Dan Syarat-Syaratnya Serta Tanggungjawab Imam Mohd Suhaimi Bin Rohani @ Rozali Nama Kursus : Kaedah Pengajian Usuluddin (AMSU5103)

Upload: rijal-mohammad

Post on 08-Aug-2015

249 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shi

TRANSCRIPT

Page 1: Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah

Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli

Sunnah Wal Jamaah dengan Shi’ah Tentang

Prinsip-Prinsip Dan Syarat-Syaratnya Serta

Tanggungjawab Imam

Mohd Suhaimi Bin Rohani @ Rozali

Nama Kursus : Kaedah Pengajian Usuluddin (AMSU5103)

Tenaga Pengajar : Mariam Binti Abd. Majid

Page 2: Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah

Pendahuluan

Dalam sejarah Islam telah tertulis berkenaan wujudnya firqah-firqah (golongan) dalam

lingkungan umat Islam yang mempunyai fahaman yang berbertentangan antara satu sama lain.

Secara logiknya agak sukar untuk mendamaikan antara satu sama lain, apatah lagi untuk

menyatukan. Hal sebegini adalah sudah tercatat dalam lembaran kebanyakkan buku-buku

usuluddin. Bahkan usaha untuk mendamaikan antara syiah dengan Ahli Sunnah Wa al-Jamaah

pun tidak dapat dilaksanakan menerusi apa yang disebut sebagai pendekatan al-taqarib juga

setakat ini tidak menunjukkan hasil yang positif. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi pernah

mengatakan bahawa, bagaimana kita hendak berbaik-baik dan memperat hubungan dengan puak

syiah sedangkan kita mengatakan para sahabat sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud

“Allah reda kepada mereka dan kita mereka reda kepadaNya”, sedangkan syiah pula mencaci

dan menfitnah mereka (Mohd Fauzi Hamat : 2008). Seperti yang diketahui firqah-firqah terkenal

terbahagi kepada 11 iaitu Ahl-sunnah Wa al-Jama’ah, Syiah, Khawarij, Muktazilah, Qadariah,

Jabariah, Murjiah, Musyabbihah, Najariah, Ahmadiah dan sebagainya. Bagi umat Islam yang

beriman kepada Alah dan rasul perkara sebegini adalah tidak pelik kerana ianya telah

dikhabarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam hadis baginda antaranya. Bersabda Nabi

Muhammad s.a.w :

Yang Bermaksud : “Maka Bahawasanya siapa yang hidup (lama) diantaramu nescaya

akan melihat perselisihan (faham) yang banyak. Ketika itu pegang teguhlah Sunnahku dan

sunnah Khalidah Rasyidin yang diberi hidayah. Pegang teguhlah itu dan gigitlah dengan

gerahammu” (Riwayat Imam Abu Daud). Dalam Hadis ini sangat terang dan jelas menerangkan

berkenaan akan wujudnya perselisihan yang begitu teruk di kalangan umat nabi Muhammad

Page 3: Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah

s.a.w dalam waktu tersebut nabi menganjurkan supaya berpegang teguh dengan sunnah Baginda

dan sunnah Khalifah Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar. Umar, Usman dan Ali r.a).

Selain itu terdapat hadis yang menerangkan berkenaan pembahagian firqah-firqah di

kalangan umat Islam Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Demi Tuhan yang

memegang jiwa Muhammad di tanganNya akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah; yang satu

masuk syurga dan yang lain masuk neraka. Bertanya para sahabat siapakah firqah (yang tidak

masuk neraka) itu ya Rasullah?. Nabi menjawab Ahlissunnah wa al-Jama’ah (riwayat al-

Tabrani). Dan sekarang perkara ini sudah jelas, kalau diteliti sejarah perkembangan Islam dari

abad pertama, kedua, ketiga sehingga zaman sekarang, apa yang dikatakan oleh Nabi

Muhammad sudah menjadi kenyataan. Sebagai kiasan, Ahli Sunnah wa al-Jama’ah yang

dipegang oleh majoriti umat Islam telah diibaratkan seperti aliran sungai utama yang mempunyai

cabang-cabang sungai kecil yang berbilang, manakala 72 firqah yang lain pula diibaratkan

seperti salah satu daripada aliran-aliran sungai kecil yang menyimpang daripada aliran utama

tersebut.

Pengertian Syiah

Dalam 72 firqah tersebut terdapat satu firqah yang dikenali sebagai syiah yang dianggap

antara firqah yang terawal muncul di kalangan umat Islam. Perkataan Syi`ah dari sudut bahasa

bermaksud satu kumpulan atau kelompok manusia (firqah wa jama`ah) (Ibrahim Mustafa : t.t).

Perkataan Syi`ah apabila disandarkan kepada seseorang, ia akan membawa maksud pengikut dan

pembantunya (atba`uh wa ansaruh) (Ibn Manzur : 1952). Sebagai contoh; “Syi`ah `Ali”

bermaksud “pengikut dan penyokong `Ali”. Manakala dari sudut istilah pula adalah kaum yang

beri’tiqad bahawa Saidina Ali adalah orang yang berhak menjadi khalifah pengganti Nabi,

Page 4: Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah

kerana Nabi berwasiat bahawa pengganti beliau sesudah wafat adalah Saidina Ali. Lanjutan dari

itu, Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Umar r.a, dan Saidina Usman r.a adalah khalifah yang tidak

sah serta perampas-perampas yang berdosa kerana mengambil pangkat khalifah tanpa hak dari

Saidina Ali (K.H Sirajuddin Abbas : 2001). Ia juga merujuk kepada suatu kelompok yang besar

dalam kalangan umat Islam yang bersepakat pada mencintai dan mengasihi Sayyidina `Ali dan

ahli keluarganya dan berpendapat bahawa mereka adalah orang yang paling berhak mewarisi

kepimpinan (al-imamah) (Ibrahim Mustafa : t.t).

Menurut Muhammad Abu Zuhrah (1996), Syi`ah merupakan sebuah mazhab politik

yang paling lama wujud di dalam Islam (aqdam al-madhahib al-siyasiyyah al-islamiyyah).

Mereka muncul di hujung era pemerintahan Sayyidina `Uthman dan berkembang pada era

pemerintahan Sayyidina `Ali b. Abi Talib. Dalam mendefinisikan istilah Syi`ah, Ibn Hazm (t.t)

telah berpendapat bahawa perkataan Syi`ah adalah merujuk kepada mereka yang bersepakat

dengan golongan Syi`ah dalam mengatakan bahawa Sayyidina `Ali merupakan orang yang

paling afdal selepas Rasulullah S.A.W dan individu yang paling berhak dalam memimpin umat

Islam. Menurut beliau lagi, sesiapa yang tidak sealiran dalam dakwaan tersebut, maka orang

tersebut bukanlah daripada kalangan Syi`ah. Secara umumnya, selain mendakwa bahawa

Sayyidina `Ali merupakan seorang sahabat yang paling afdal dalam kalangan para sahabat yang

lain, mereka juga turut bersepakat bahawa Sayyidina `Ali adalah merupakan pengganti yang

telah dipilih (al-khalifah al-mukhtar) oleh Nabi Muhammad S.A.W secara nas (al-Syahrastani

Abu al-Fath Muhammad b. `Abd al-Karim, 1976).

Menyorot sejarah yang melatari kelahiran golongan ini, sebahagian cendekiawan Barat

telah berpendapat bahawa golongan ini lahir disebabkan pengaruh Parsi yang telah menyerap

masuk ke dalam Islam menerusi pengislaman orang-orang Parsi pada ketika itu. Ini kerana,

Page 5: Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah

orang Parsi berpegang dengan pegangan bahawa pemerintah adalah berdasarkan silsilah beraja

dan kerusi pemerintahan tersebut adalah diwarisi kerana mereka tiada pengetahuan tentang

sistem pemilihan khalifah. Maka, berdasarkan pegangan ini, apabila wafatnya Rasulullah, maka

peribadi yang paling layak menurut mereka untuk menggantikan Rasulullah dalam menguruskan

ummah adalah Sayyidina `Ali b. Abi Talib disebabkan Rasulullah tidak mempunyai anak lelaki

(Al-Maghribi, `Ali `Abd al-Fattah :1995). Sesiapa yang mengambil jawatan tersebut, seperti

Sayyidina Abu Bakr, `Umar dan `Uthman, maka individu tersebut menurut mereka telah

merampas jawatan tersebut yang menjadi miliknya. Bagi mereka juga, ketaatan terhadap Imam

adalah kewajipan yang terawal. Ini adalah kerana, taat kepada imam turut bermaksud taat kepada

Allah (Ahmad Amin : 1978). Namun, terdapat juga para ulama yang berpendapat bahawa

golongan ini lahir hasil daripada perancangan Yahudi disebabkan usaha yang telah dilakukan

oleh `Abd Allah b. Saba’ yang cuba melebihkan Sayyidina `Ali daripada sahabat-sahabat yang

lain dan mengagung-agungkannya sehingga ke peringkat mempertuhankan Sayyidina `Ali (Abd

al-Halim Mahmud : 1963). Abu Zuhrah berpendapat bahawa, golongan Syi`ah ini telah timbul

pada akhir pemerintahan Sayyidina `Uthman dan ia semakin berkembang ketika zaman

pemerintahan Sayyidina `Ali. Hal ini disebabkan, ketika Sayyidina `Ali bercampur dengan umat

Islam dalam melaksanakan tugas khalifah, kebanyakan para sahabat telah berasa ta`ajjub

terhadap kehebatan kepimpinannya dan kelebihan yang Allah kurniakan kepadanya. Maka oleh

sebab itu, mereka menyebarkan pemikiran mereka yang ada kalanya melampau dan adaklanya

bersifat mu`tadil (Muhammad Abu Zuhrah :1996).

Aliran Dalam Golongan Syi`ah

Kelompok Syi`ah terpecah kepada beberapa kumpulan besar. Mereka terdiri daripada

kelompok yang melampau dalam pegangan, kelompok yang lebih bersikap sederhana, dan

Page 6: Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah

kelompok yang bersikap pertengahan di antara kedua-dua kelompok yang awal tersebut

(Muhammad Abu Zuhrah :1996). Menurut (Umar Hasyim : 2008) pula dalam golongan syiah,

banyak tumbuh aliran-aliran kepercayaan. Ada empat golongan utama syiah yang masing

daripada golongan itu berpecah atau tumbuh menjadi berpuluh-puluh aliran lagi. Keempat aliran

syiah itu ialah ;

1- Aliran Ghaliyah

Aliran ini menganggap Ali dan para imam mereka sebagai penjelmaan tuhan

dibumi dan tuhan itu telah wujud dalam diri Imam. Selain itu kepercayaan inia adalah

berasal daripada ajaran Nasrani dan Yahudi bahkan dari Hindu Samani dan Majusi Mani.

Kepercayaan yahudi mempersamakan Tuhan dengan makhluk, tetapi kepercayaan

Nasrani mempersamakan makhluk dengan tuhan. Aliran syiah ini terdiri daripada 15

golongan.

2- Aliran Rafidah

Syiah jenis ini menolak kekhalifahan Abu Bakar dan Umar dan mengatakan

semua sahabat yang tidak mengikut Ali sebagai khalifah selepas Rasullah adalah kafir.

Selain itu aliran ini mengatakan bahawa Ali adalah seorang yang ma’sum dalam bidang

politik dan mempunyai kepercayaan hulul dan tanasukh. Aliran terdiri daripada 25

golongan yang mana kesemua aliran ini bertentangan dengan apa ajaran Islam telah

tetapkan di dalam wahyunya.

3- Aliran Zaydiyyah

Page 7: Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah

Aliran ini mengikut Zayd bin Ali bin Husin bin Ali. Mereka mempercayai bahawa

pemimpim negara hendaklah dibawah aliran keturunan Fatimah dan adalah tidak sah

seorang pemimpim itu tidak mempunyai aliran keturunan Fatimah. Aliran ini percaya

bahawa Tuhan itu shai’un (suatu benda), tetapi tidak sama dengan segala benda dan

segala benda tidak ada yang menyamai Tuhan. Tuhan mengetahui, tetapi

pengetahuanNya bukan tuhan dan bukan yang lainnya dan pengetahuan adalah suatu

benda.

Tuhan berkuasa tetapi kekuasaan bukan tuhan dan bukan lainnya, kekuasaan

adalah suatu benda. Demikian selanjutnya sifat-sifat tuhan bila dihuraikan menurut

kepercayaan mereka. Tuhan mengetahui tidak dengan pengetahuan, berkuasa tidak

dengan kekuasaan, mendengar tidak dengan pendengaran dan sebagainya. Amal

perbuatan manusia tidak menciptakan dan ditimbulkan oleh Tuhan tetapi manusia

sendirilah yang mengada dan menimbulkan serta melakukan menurut kehendaknya.

4- Syiah Imamiyah

Konon, diantara aliran-aliran Syiah, aliran ini yang agak dekat dengan golongan

Ahli Sunnah Wa al-Jammah. Namun Syiah tetap Syiah di samping ada persamaannya

dengan ahli al-Sunnah kerana memang pada dasarnya sama mengaku Islam tetapi

telampau banyak lopak-lopak yang wujud dalam aliran syiah ini.

Menurut al-Asy`ari, gelaran “al-Imamiyyah” digunakan bagi merujuk kelompok

Syi`ah al-Imamiyyah disebabkan mereka mendakwa bahawa kepimpinan Sayyidina `Ali

merupakan suatu perkara yang telah dinaskan ( على بالنص لقولهم باإلمامية يدعون وهم

طالب أبي بن على .(إمامة Mereka juga telah dinamakan sebagai Syi`ah “al-Rafidah”

Page 8: Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah

kerana mereka menolak kepimpinan (imamah) Sayyidina Abu Bakr dan Sayyidina `Umar

(al-Asy`ari, Abu al-Hasan `Ali b. Ismail : 1969). Selain itu, menurut Ibn Khaldun,

perkataan “al-Imamiyyah” digunakan bagi merujuk golongan Syi`ah al-Imamiyyah

kerana mereka memasukkan keyakinan terhadap imam sebagai salah satu daripada syarat

keimanan. Para imam tersebut di sisi mereka berjumlah seramai 12 orang yang

berketurunan `Sayyidina `Ali b. Abi Talib (Ibn Khaldun, `Abd al-Rahman b.

Muhammad : t.t). Imam-imam tersebut adalah `Ali b. Abi Talib (al-Murtada), al-Hasan

b. `Ali (al-Mujtaba), al-Husain b. `Ali (al-Syahid), `Ali Zayn al-`Abidin b. al-Husain (al-

Sajjad), Muhammad al-Baqir (al-Baqir), Ja`far al-Sadiq b. Muhammad al-Baqir (al-

Sadiq), Musa al-Kazim b. Ja`far (al-Kazim), `Ali al-Rida (al-Rida), Muhammad b `Ali al-

Jawwad (al-Taqiy), `Ali al-Hadi (al-Naqiy), al-Hasan al-`Askari (al-Zakiy) dan

Muhammad b. al-Hasan al-Imam al-Mahdi al-Muntazar (al-Hujjah al-Qa’im al-

Muntazar) (Muhammad Abu Zuhrah : 1996).

Kelompok Syi`ah ini menurut al-Isfirayinni telah terpecah kepada lima belas

aliran kecil yang masing-masing menisbahkan gelaran aliran mereka mengikut nama

pengasas aliran masing-masing. Di antaranya adalah; al-Kamiliyyah, al-

Muhammadiyyah, al-Baqiriyyah, al-Nawusiyyah, al-Syumaitiyyah, al-Isma`iliyyah, al-

Musawiyyah, al-Mubarikiyyah, al-Qat`iyyah (al-Ithna `Asyariyyah), al-Hisyamiyyah

(pengikut Hisyam b. al-Hakam al-Rafidi) , al-Hisyamiyyah (pengikut Hisyam b. Salim al-

Jawaliqi), al-Zarariyyah, al-Yunusiyyah dan al-Syaitaniyyah (Al-Isfirayinni. Abu al-

Muzaffar, 1940). Walaubagaimanapun, penulis hanya akan menumpukan perbincangan

di sekitar Syi`ah al-Imamiyyah Ithna `Asyariyyah dan Isma`iliyyah sahaja.

Page 9: Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah

Menurut `Abd al-Halim Mahmud, ada di antara aliran Syi`ah al-Imamiyyah yang

dikenali sebagai aliran “al-Ithna `Asyariyah”. Ini disebabkan kepimpinan imam-imam

mereka adalah berantaian (tasalsul al-a’immah) bermula daripada Sayyidina `Ali b. Abi

Talib sehinggalah imam keduabelas iaitu Muhammad b. al-Hasan b. `Ali yang didakwa

oleh mereka sebagai al-Imam al-Mahdi al-Muntazar (`Abd al-Halim Mahmud, 1963).

Manakala, Syi`ah al-Isma`iliyyah pula dinamakan sedemikian disebabkan di sisi mereka

imam yang ketujuh setelah al-Imam Ja`far al-Sadiq adalah al-Imam Isma`il yang

merupakan abang kepada al-Imam Musa al-Kazim. Selain itu, mereka turut dinamakan

sebagai golongan “al-Batiniyyah” kerana mereka percaya bahawa; harus untuk imam

menyembunyikan diri daripada umum ketika mereka tiada kekuatan untuk berdepan

dengan musuh-musuh mereka ( المستور أي الباطن باألمام .(يقولون Golongan Syi`ah

Isma`iliyyah ini adalah majorit kelompok Syi`ah di India(Ahmad Amin , 1978).

Mereka juga terdapat di Pakistan, Selatan dan Timur Afrika (Abd al-Halim Mahmud,

1963).

Dalam syiah imamiah terdapat satu pegangan yang dipegang oleh golongan ini

yang mana bertentangan dengan akidah Ahl Sunnah Wa al-Jamaah antara ialah persoalan

imam atau lebih dikenali dengan imamiah

Konsep Asas Imamah

Menurut (Dr. Subhi Al-Saleh, 1997) perkataan imam ini sama ertinya dengan khalifah

dan amir al-mukminun namun kemunculan perkataan tersebut berbeza dari segi sejarahnya

antara satu sama lain. Dari sudut bahasa imam ditujukan kepada orang yang menjadi ikutan

Page 10: Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah

sesuatu kaum, sama ada membawa ke jalan yang lurus atau ke arah kesesatan. Ia di ambil dari

perkataan “amma”, bererti menghendaki. Perkataan ini digunakan oleh al-Quran dengan

pengertian tadi, di antaranya firman Allah :

Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya Dengan beberapa kalimah (suruhan

dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (setelah itu) Allah berfirman:

"Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi

Ibrahim pun memohon Dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya)

dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima,

tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang Yang zalim." (Surah al-Baqarah ayat

124)

Dan Kami hendak berihsan Dengan memberikan pertolongan kepada kaum Yang tertindas di

negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan

mereka orang-orang Yang mewarisi (Apa Yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). (Surah al-

Qashash ayat 5)

Perkataan imam ini juga digunakan untuk menunjuk bilangan yang ramai, umpamanya

firman Allah

Page 11: Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata:

"Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-

perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang

Yang (mahu) bertaqwa.(Surah al-Furqan ayat 74)

Di dalam hadis Rasullah pula ada tersebut imam yang adil, umpamanya sabda Nabi s.a.w

yang bermaksud “Tujuh orang yang akan dinaungi oleh bayangan Allah pada hari tiada

bayangan kecuali bayangan Allah....” dan sabda Rasullah “Imam adalah penguasadan

bertanggungjawab atas rakyatnya” dan sabdanya lagi “seorang imam yang tersalah di dalam

keampunan adalah lebih baik daripada ia tersalah dalam seksaan.

Pengambilan perkataan imamah dari perkataan imam yang digunakan oleh al-Quran

dengan maksud orang yang menjadi ikutan dan panduan adalah lebih hampir kepada roh syariat

Islam selaras dengan perkembangan sistem politiknya, kerana sistem politik dan lain-lainnya di

dalam Islam adalah tunduk kepada sistem Nubuwwah dengan berpandukannya dan bukan

mempusakainya. Sebagai buktinya kita dapati al-Quran menggambarkan beberapa orang Nabi

sebagai imam.

Dan dapat difahami bahawa tabiat sistem anbiya adalah untuk menjadi ikutan kerana ia

merupakan wahyu dari Allah dan ini sama sekali tidak menjadi imamah, seperti yang salah

difahami oleh setengah orang sekarang, mempunyai kedudukan agama dan menjadi timbalan

kepada Nabi s.a.w kerana mengikut Nabi adalah satu hal manakala menjadi timbalan kepadanya

adalah satu hal lain. Kesalahan yang dilakukan oleh beberapa puak Islam ialah disebabkan

Page 12: Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah

tanggapan mereka yang salah bahawa jawatan khalifah itu adalah jawatan agama dan sesiapa

yang memegang jawatan tersebut kedudukannya adalah seperti Nabi.

Walau apa sekalipun, sebenarnya lafaz imamah itu mempunyai ciri agama lebih dari

lafaz-lafaz lain, kerana lafaz imam tunduk di bawah akidah masyarakat Islam dan terpengaruh

dengan keputusan peraturan dan ajaran-ajarannya. Jesteru itulah perkataan imam ini seringkali

digunakan oleh ahli feqah dan dikaitkan dengan perbahasan sembahyang, kerana orang ramai

atau makmum adalah mengikut imam di dalam segala pergerakan, perkataan dan perbuatannya

sehingga menyebabkan pengertian perkataan imam itu dikaitkan dengan pengertian tersebut,

terutama di kalangan orang awam dalam berbagai generasi. Tetapi sebenarnya ahli feqah

menggunakan istilah tertentu bagi menunjukkan pengertian tadi, iaitu imam kecil dengan tujuan

untuk membezakan dengan imam teragung atau terbesar yang diistilahkan kepada ketua negara

Islam.

Dalam hubungan ini ibnu Hazm menyatakan perkataan imam itu kalau disebut secara

mutlak tanpa sebarang kaitan maka pengertiannya adalah menunjukkan imam yang agung atau

yang umum tetapi sekiranya perkataan tersebut hendak ditujukan kepada sebarang pengertian

yang khusus maka hendaklah dikaitkan dengan perkataan yang boleh menunjukkan tujuan

tersebut. Sekiranya perkataan imam itu disebut tanpa apa kaitan maka ia menunjukkan

pengertian yang menyeluruh (Dr. Subhi al-Saleh, 1997).

Jelas sebenarnya lafaz imam itu menurut pandangan Islam bercorak agama dalam satu

segi dan bercorak negara dari segi yang lain pula. Jesteru itu, al-Taftazani dalam memberikan

definisi imamah menyebutkannya sebagai pengetahuan secara umum di dalam soal-soal agama

dan dunia sebagai khalifah kepada Rasullah s.a.w manakala menurut al-Mawardi pula imamah

Page 13: Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah

adalah ditentukan untuk penggantian Nabi di dalam memelihara agama dan politik negara.( Dr.

Subhi al-Saleh, 1997).

Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shi’ah Tentang Prinsip-Prinsip Dan Syarat-

Syaratnya Serta Tanggungjawab Imam

Al-Imamah merupkan suatu pegangan yang telah menjadi salah satu iktikad golongan Syi`ah.

Mereka mendakwa bahawa hak memerintah setelah Nabi Muhammad S.A.W adalah milik

Sayyidina `Ali dan keturunannya daripada zuriat Sayyidatina Fatimah al-Zahra’(Hasan Ayyub ,

1980). Ia merupakan salah satu daripada rukun iman yang penting sehingga iman seseorang

dianggap tidak sah melainkan setelah menerima konsep al-imamah in (Sulaiman, Mohd Zawawi

Mohd Sabri, 2009). Perkara ini merupakan khilaf terbesar di antara golongan ASWJ dengan

golongan Syi`ah (Ahmad Amin , 1978),. Hal ini disebabkan, imamah di sisi ASWJ adalah sabit

berdasarkan persetujuan (al-ittifaq) dan pemilihan (al-ikhtiyar) yang dilakukan oleh umat Islam

(al-Syahrastani ,1976). Sebagai contoh, dalam menjelaskan perbezaan di antara rasul, imam dan

nabi, mereka mengatakan bahawa:

فيراه جبريل عليه ينزل الذى هو الرسول أن واإلمام والنبي الرسول بين الفرق

ربما والنبي إبراهيم، رؤيا نحو منامه في رأى ربما الوحي، عليه وينزل كالمه ويسمع

يري وال الكالم يسمع الذي هو واإلمام يسمع، ولم الشخص رأى وربما الكالم سمع

.الشخص

Maksudnya:

“Perbezaan di antara rasul, nabi dan imam [adalah] bahawa rasul merupakan

seorang yang bertemu dengan Jibril dan mereka melihat dan mendengar suara

Jibril dan wahyu turun kepadanya dan kadang-kadang mereka melihat Jibril di

Page 14: Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah

dalam mimpi mereka seperti yang dialami oleh Nabi Ibrahim. Dan Nabi kadang-

kadang mendengar suara [Jibril] dan kadang-kadang melihatnya tanpa

mendengar suara. Dan imam, mereka adalah orang yang mendengar suara

[Jibril] sedangkan mereka tidak melihat Jibril (Al-Kulayni, Abu Ja`far Muhammad

b. Ya`qub, t.t)”.

Justeru, daripada petikan di atas, jelas bahawa selain daripada mengangkat darjat imam

sehinga setaraf dengan para nabi dan rasul, mereka juga telah mendakwa bahawa imam turut

menerima wahyu sebagaimana para nabi dan rasul walaupun cara menerima wahyu tersebut

adalah berbeza. Mereka turut menyatakan bahawa iktikad tentang “imam” adalah salah satu

juzuk daripada keimanan, kata mereka:

: اإلئتمام علي ومواالة رسوله، وتصديق وجل، عز الله تصديق قال الله؟ معرفة فما

يعرف هذا عدوهم من وجل عز الله إلى والبراءة السالم، عليهم الهدى وبأئمة به

.الله

Maksudnya:

“Apakah [maksud] mengenal Allah? : membenarkan Allah `azza wajalla,

membenarkan RasulNya, dan [membenarkan] kepimpinan `Ali dan mengakui

keimamannya dan imam-imam yang mendapat petunjuk `alayhissalam dan

berlepas diri kepada Allah daripada musuh-musuh mereka, inilah [yang

dinamakan sebagai] mengenal Allah” (Al-Kulayni, t.t).

Hal ini jelas bercanggahan dengan konsep iman yang menjadi pegangan ahli sunnah wa

al-jamaah, di mana konsep iman yang sebenar adalah beriman dengan rukun iman yang enam

tanpa turut memasukkan kepercayaan kepada imam sebagai salah satu perkara yang wajib

Page 15: Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah

diimani. Di samping itu, khalifah di sisi ahli sunnah wa al-jama’ah hanyalah terdiri daripada

orang biasa, kelahiran mereka persis seperti kelahiran manusia biasa dan darjat/kedudukan

mereka tidak diangkat sehingga menyamai taraf nabi dan rasul. Akhlak mulia mereka

menyebabkan umat Islam memilih mereka sebagai khalifah dan mereka tidak menerima wahyu,

bahkan penerimaan wahyu merupakan suatu perkara khusus bagi para anbiya’ dan rasul yang

tidak sama sekali dianugerahkan oleh Allah kepada selain daripada mereka. Selain itu, khalifah

merupakan pelaksana kepada undang-undang Islam dan sekiranya mereka didapati menyeleweng

daripada landasan wahyu, maka gugurlah kewajipan mentaati mereka. Ini adalah kerana, di sisi

ahli sunnah wa al-jama’ah, tidak ada ketaatan bagi mereka yang melakukan maksiat terhadap al-

Khaliq (Ahmad Amin, 1978). Berhubung masalah ini juga, menurut al-Amidi, para ahl al-Haq

yang terdiri daripada ahl al-Sunnah dan ahl al-Hadith telah beriktikad bahawa penentuan bagi

jawatan imamah [di sisi Syi`ah] atau khalifah [di sisi ASWJ] tidak sabit dengan nas. Bahkan

penentuannya sabit berdasarkan pemilihan yang dibuat (Al-Amidi, `Ali b. Abi `Ali b. Muhammad,

1971).

Dalam mengukuhkan hujah mereka terhadap iktikad imamah ini, mereka telah

menjadikan Hadis Ghadir Khum sebagai dalil bagi mengesahkan dakwaan mereka bahawa

Sayyidina `Ali merupakan pemimpin yang akan menguruskan umat setelah kewafatan baginda

S.A.W. Hadis tersebut berbunyi:

مواله فعلي مواله كنت من

Maksudnya:

“Barangsiapa yang aku pemimpinnya, maka `Ali juga pemimpinnya”.

Page 16: Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah

Menurut al-Amidi, maksud perkataan ‘mawla’ di dalam hadis tersebut bukan

bermasud pengganti/pemimpin. Ini adalah kerana menurutnya perkataan ‘mawla’ tersebut

mengandungi banyak maksud seperti pencinta (al-muhib), pembebas (al-mu`tiq), yang

zahir (al-zahr), pengganti (al-khalf), tempat (al-makan) dan penolong/pembela (al-nasir).

Seperti firman Allah dalam surah al-Tahrim ayat 4 yang bermaksud: “Sesungguhnya

Allah adalah pembelanya; dan selain daripada itu Jibril serta orang-orang yang saleh dari

kalangan orang-orang yang beriman”. Maka menurut al-Amidi, perkataan ‘mawla’ di

dalam hadis di atas ditanggung dengan maksud penolong/pembela (Al-Amidi, 1971). Di

samping hadis di atas, terdapat sebuah hadis lagi yang sering dijadikan hujah bagi

golongan sesat ini bagi menyokong iktikad al-imamah yang menjadi anutan mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W:

موسى من هارون بمنزلة مني أنت

Maksudnya:

“[Kedudukan] Engkau (`Ali) kepadaku seumpama kedudukan Nabi Harun

dibandingkan Nabi Musa”

Hadis di atas juga menurut al-Amidi, ia membawa pengertian pengganti dalam

menguruskan urusan umat Islam sepanjang ketiadaan Rasulullah pada ketika itu sahaja dan

penggantian Sayyidina `Ali (istikhlafuhu) tersebut tidak memanjang sehingga zaman setelah

kewafatan Rasulullah (Al-Amidi, 1971). Menurut Ibn Hajar al-Haytami, hadis Ghadir Khum yang

menjadi hujah bagi golongan Syi`ah ini merupakan hadis da`if sebagaimana yang telah

dinyatakan oleh Abu Dawud dan Hatim al-Razi (Al-Haytami, 1983). Maka, hadis ini sudah tentu

Page 17: Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah

tidak boleh sama sekali dijadikan hujah lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang melibatkan

soal iktikad.

Selain itu, al-Dhahabi telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Sayyidina `Ali:

بكر : : أبا تؤمروا إن فقال نؤمر؟ من الله رسول يا قيل قال عنه الله رضي علي عن

ال أمينا قويا تجدوه عمرا تؤمروا وإن اآلخرة، في راغبا الدنيا في زاهدا أمينا تجدوه

يأخذ مهديا هاديا تجدوه فاعلين أراكم وال عليا، تؤمروا وإن الئم، لومة الله في يخاف

المستقيم الطريق .بكم

Maksudnya:

Daripada `Ali radiyallahu `anhu telah berkata dikatakan kepada Rasulullah

wahai Rasulullah: siapakah yang akan kami jadikan pemimpin? Maka Rasulullah

berkata: sekiranya kalian menjadikan Abu Bakr sebagai pemimpin, kalian akan

mendapatinya seorang yang amanah dan zuhud di dunia dan lebih

mengutamakan akhirat, sekiranya kalian menjadikan `Umar sebagai pemimpin,

nescaya kalian akan mendapatinya seorang yang gagah, amanah dan tidak takut

kepada cercaan orang yang memusuhi Allah dan sekiranya kalian menjadikan

`Ali sebagai pemimipin, sedangkan aku tidak berpendapat bahawa kamu akan

melakukannya nescaya kalian akan mendapatinya seorang yang memberi

petunjuk dan mendapat petunjuk, beliau akan menunjukkan [memimpin] kepada

kamu ke jalan yang lurus(Al-Haytami, 1983).

Page 18: Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah

Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Bazzar dengan sanad para rijal yang thiqah. Al-

Baihaqi telah berkata bahawa sesungguhnya hadis ini sebagai dalil bahawa urusan kepimpinan

diwakilkan/diserahkan kepada sesiapa yang dijadikan pemimpin oleh umat Islam secara bai`ah ((

بالبيعة المسلمون يؤمر .من Ia turut membuktikan bahawa imamah itu tidak dinaskan kepada

Sayyidina `Ali (Al-Haytami, 1983).

Manakala nas yang seringkali disebut oleh golongan Syi`ah bahawa Rasulullah telah bersabda

kepada Sayyidina `Ali:

ديني : وقاضي وخليفتي ووصيي أخي أنت لعلي وسلم عليه الله صلى .قوله

Maksudnya:

Rasulullah sallahu `alayh wasallam telah bersabda kepada `Ali: “Kamu adalah

saudaraku dan wasiatku dan penggantiku dan Qadi bagi agamaku”.

Dalam menilai hadis ini, Ibn Hajar telah mengatakan bahawa ia adalah sebuah hadis yang

direka, palsu dan mengandungi pendustaan terhadap baginda Rasulullah ( كذب األحاديث هذه

وسلم عليه الله صلى عليه مفتراة موضوعة Ibn Khaldun juga turut mengatakan bahawa .(باطلة

nas-nas yang digunakan oleh golongan Syi`ah bagi mengangkat Sayyidina `Ali sebagai imam

adalah nas-nas yang tidak ada di dalam nas-nas syari`ah bahkan ia telah direka dan ditakwilkan

agar ia selari dengan pegangan mazhab mereka (Ibn Khaldun, t.t). Sekiranya hal ini difikirkan

dengan akal yang sejahtera serta bebas daripada sebarang ketaksuban yang melampau, nescaya

dakwaan mereka ini akan tertolak sama sekali. Sekiranya memang benar hadis tersebut

diucapkan oleh Rasulullah dan didengari oleh para sahabat, maka mengapa tidak tercatat di

dalam sejarah bahawa terdapat dalam kalangan para sahabat yang mengutarakan hadis tersebut

Page 19: Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah

ketika pemilihan khalifah yang pertama diadakan di Saqifah Bani Sa`idah. Mustahil para sahabat

bersepakat sekaliannya dalam kesesatan kerana mendustakan hadis Nabi S.A.W. Pendapat

mereka ini juga jelas tertolak apabila Sayyidina `Ali diriwayatkan turut bersama-sama dengan

umat Islam yang lain membai`ah Sayyidina Abu Bakr sebagaimana yang telah dicatatkan oleh

al-Suyuti di dalam kitabnya Tarikh al-Khulafa’(Al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr,

t.t). Dalam hal ini, penulis juga berpendapat bahawa, sekiranya imamah tersebut berlaku

berdasarkan nas (bi al-tansis) daripada Rasulullah, maka sudah tentu yang ternyata lebih layak

untuk menjadi khalifah adalah Sayyidina Abu Bakr. Ini kerana, terdapat banyak nas dari hadis

yang sahih, yang secara jelas Rasulullah S.A.W mengangkat Sayyidina Abu Bakr dan

mengutamakan beliau berbanding sahabat-sahabat yang lain.

Kesimpulan

Demikianlah konsep imamiah yang telah cuba digarapkan oleh penulis dalam melihat

perbezaan di antara golongan Syi`ah ini dengan golongan Ahli Sunnah Wa al-Jamaah. Secara

dasarnya, mereka bukan hanya menyalahi al-Quran dan al-Sunnah, bahkan mereka turut

menyalahi ijma’ para ulama yang merupakan salah satu daripada usul al-tasyri` yang turut

menjadi rujukan majoriti umat Islam zaman berzaman. Dalam aspek syaria`t, perselisihan

terbesar mereka dengan kelompok Ahli Sunnah Wa al-Jamaah berlaku dalam masalah

memahami nas al-Quran dan sikap mereka yang menolak sejumlah hadis yang diriwayatkan oleh

individu selain daripada imam-imam mereka Tindakan ini bukan hanya merugikan kelompok

mereka, bahkan turut memudahkan mereka untuk tergelincir daripada landasan haq disebabkan

hadis-hadis yang diriwayatkan oleh imam-imam mereka adalah bukan berdasarkan kepada

wahyu, namun ia berlandaskan kepada hawa nafsu semata-mata. Jadi umat Islam perlu

Page 20: Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah

berwaspada dan mempunyai ilmu yang jelas bagi mempertahankan akidah Islam yang benar-

benar menepati syarak iaitu aqidah Ahl Sunnah Wa al-Jamaah.

Page 21: Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah

Rujukan

Abd al-Halim Mahmud (1963), al-Tafkir al-Falsafi fi al-Islam, j. 1, Kaherah: Maktabah al-

Anjalu al-Misriyyah

Ahmad Amin (1978), Duha al-Islam, c. 9, j. 3, Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah

Ahmad Amin (1978), Fajr al-Islam, c. 12, Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah

Al-Amidi, `Ali b. Abi `Ali b. Muhammad (1971), Ghayat al-Maram fi `Ilm al-Kalam, Suntingan

Hasan Mahmud `Abd al-Latif, Kaherah: al-Majlis al-A`ala li al-Syu’un al-Islamiyyah

al-Asy`ari, Abu al-Hasan `Ali b. Ismail (1969), Maqalat al-Islamiyyin wa ikhtilaf al-Musallin,

Muhammad Muhy al-Din b. `Abd al-Hamid (tqq), c. 2, j. 1, Kaherah: Maktabah al-

Nahdah al-Misriyyah

Al-Haytami (1983), al-Sawa`iq al-Muhriqah fi al-Radd `ala Ahl al-Bid`ie wa al-Zindiqah, c. 1,

Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah

Al-Kulayni, Abu Ja`far Muhammad b. Ya`qub (t.t), Usul al-Kafi, t.t.p.: Intisyarat `Ilmiyyah

Islamiyyah

Al-Maghribi, `Ali `Abd al-Fattah (1995), al-Firaq al-Kalamiyyah al-Islamiyyah: Madkhal wa

Dirasah, c. 2, Kaherah: Maktabah Wahbah

Al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr (t.t), Tarikh al-Khulafa’, Suntingan

Muhamad Muhy al-Din `Abd al-Hamid, t.t.p: t.p.

al-Syahrastani Abu al-Fath Muhammad b. `Abd al-Karim (1976), al-Milal wa al-Nihal, j. 1,

Suntingan Muhammad Sayyid Kaylani, Mesir: Syarikah Maktabah wa Matba`ah Mustafa

al-Babi al-Halabi

Hasan Ayyub (1980), Tabsit al-`Aqa’id al-Islmiyyah, Beirut: Dar al-Qur’an al-Karim

Page 22: Maksud Imamah Serta Perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Shiah

Ibn Khaldun, `Abd al-Rahman b. Muhammad b. Khaldun (t.t), Muqaddimah Ibn Khaldun,

Beirut: Dar al-Jay

Ibn Manzur (1952), Lisan al-`Arab,, j. 33, Beirut: Dar Sadir li al-Tiba`ah wa al-Nasyr

Ibrahim Mustafa, et.al (t.t), al-Mu`jam al-Wasit, Turki: al-Maktabah al-Islamiyyah

K.H. Sirajuddin Abbas (2001), Iqtiqad Ahlissunnah Wal-Jama’ah, Kelantan : Pustaka Aman

Press Sdn. Bhd

Mohd Fauzi Hamat, (2008), Cabaran Pengukuhan Akidah Umat Islam Di Malaysia & Cara-Cara

Mengatasi, Kertas Kerja Ini Dibentang Di Akademi Pengajian Islam Tidak Diterbitkan.

Muhammad Abu Zuhrah (1980), Tarikh al-Jadal, Kaherah: Dar al-Fikr al-`Arabi

___________________ (1996), Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah, Kaherah: Dar al-Fikr al-

`Arabi

Umar Hasyim (2008), Siapa Ahli Sunnah Wal-Jamaah, Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publications

Subhi Al-Saleh (1997), Politik Dan Pentadbiran Dalam Islam, Kuala Lumpur :Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia

Sulaiman Noordin, Mohd Zawawi & Mohamad Sabri (2009), Syiah Imamiyyah Mazhab Ke 5?,

Bangi : Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia.