ahmad farid bin mohd ali - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat fakulti...

24
FAKTOR PERBEZAAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR LEPASAN DIPLOMA DAN MATRIKULASI AHMAD FARID BIN MOHD ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

FAKTOR PERBEZAAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR LEPASAN DIPLOMA DAN MATRIKULASI

AHMAD FARID BIN MOHD ALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

7 November 2008 7 November 2008

Page 3: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : EN. MAHYUDDIN BIN ARSAT.

Tarikh : 7 November 2008

Page 4: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

iii

FAKTOR PERBEZAAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR LEPASAN

DIPLOMA DAN MATRIKULASI

AHMAD FARID BIN MOHD ALI

Laporan ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2008

Page 5: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : AHMAD FARID BIN MOHD ALI.

Tarikh : 7 November 2008

Page 6: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

v

DEDIKASI

Warkah ini ku tujukan khas istimewa buat

Arwahyarham dan bonda.......

Mohd Ali Bin Omar Hata Sum Binti Ismail

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap

detik perjalanan hidup anakandamu ini. Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan dalam membesarkanku

tidak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata Walau ku berikan harta seluas tujuh lautan

masih tidak terbalas jasa-jasamu itu hanya Allah yang dapat membalasnya

Buat seluruh ahli keluargaku...... Nasihat dan sokongan yang kalian berikan telah menjadi

suntikan semangat bagi diriku hingga berjaya sampai ke tahap ini hanya ucapan terima kasih daku ucapkan

Guru-guru dan pensyarah-pensyarah..... Segala jasa baktimu tetapku kenang

Segala ilmu yang dikau curahkan akan ku manfaatkan dengan sebaik mungkin untuk agama, bangsa dan negara

Khas buatmu teman.... Sepanjang tempoh perkenalan ini

banyak kisah suka duka, pahit manis kita harungi bersama Segalanya akan tersemat dalam ingatanku buat selamanya

Setiap pertolongan yang kalian hulurkan hanya ucapan terima kasih mampu ku ungkapkan

Pada kesempatan ini, Sekiranya ada sebarang kekhilafan pernah ku lakukan seribu kemaafan ku pohon darimu sekalian..........wassalam

Page 7: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

vi

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamumualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam

ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat

dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas.

Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahnya, telah

mengizinkan saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada En Mahyuddin

Bin Arsat selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak memberi

tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi serta

kesungguhan beliau segala komitmen dapat diatasi. Juga penghargaan dan terima

kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan

Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti Teknologi Malaysia,

Johor Bahru yang sudi memberi kerjasama yang sangat memberangsangkan.

Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang

telah menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih yang tidak terhingga.

Page 8: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

vii

ABSTRAK

Tahap pencapaian akademik setiap manusia berbeza antara satu sama lain.

Perbezaan ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhinya.

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi

perbezaan pencapaian akademik pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan

Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti Teknologi

Malaysia, Johor Bahru. Kajian ini tertumpu kepada empat persoalan kajian iaitu

persediaan pelajar dari segi usia, persediaan pelajar dari segi motivasi, peranan sosial

dan latar belakang pendidikan. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik. Nilai

pekali kebolehkepercayaan kajian ini adalah α = 0.827. Data di analisis dengan

menggunakan perisian Statistical Packages for Science Social (SPSS) Versi 12.0.

Hasil keseluruhan kajian menunjukkan faktor persediaan pelajar dari segi usia,

persediaan pelajar dari segi motivasi, peranan sosial berada pada tahap tinggi. Hanya

faktor latar belakang pendidikan sahaja berada di tahap yang sederhana bagi pelajar

lepasan diploma. Bagi pelajar lepasan matrikulasi pula, faktor persediaan pelajar dari

segi usia dan peranan sosial berada pada tahap tinggi. Manakala faktor persediaan

pelajar dari segi motivasi dan faktor latar belakang pendidikan sahaja berada di tahap

yang sederhana. Melalui kajian ini, tindakan boleh diambil untuk memperbaiki tahap

pencapaian akademik pelajar diantaranya mewujudkan komunikasi dua hala antara

guru dan murid dengan mengambil bahagian secara aktif didalam aktiviti kelas

seperti memberi pendapat dan idea.

Page 9: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

viii

ABSTRACT

Levels of academic achievement individual are different among each other.

This different is occur because of various influencing factor. The purpose of the

descriptive study is to identify factors which influence academic achievement

different among fourth year diploma and matriculation student in the Technical and

Engineering Department, Education Faculty, Malaysia Technology University. This

study focused on four aspects, student preparation based on age, student preparation

based on motivation, social role and educational background. The instrument used

this study was a set of questionnaire. Reliability of coefficient value for the

instrument is α = 0.827. Analysis of descriptive statistic was used in data analysis by

using the Statistical Packages for Science Social (SPSS) Version 12.0. The overall

result showed that student’s preparation based on age, student’s preparation based on

motivation, social role are high influence level. Whereby education background

factor in medium level for diploma student. For matriculation student, preparation

based on age and social role are high influence level and preparation based on

motivational and educational background were medium level influence. From this

study, several actions should be taken to improve the level of student achievement

such as built up the two ways communication between teacher and student with

participate actively in class activity such as give the opinion and idea.

Page 10: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

TAJUK KAJIAN iii

PENGAKUAN PENYELIDIK iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Penyataan Masalah 4

1.3 Objektif Kajian 4

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Rasional Kajian 6

Page 11: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

x

1.6 Skop dan Batasan Kajian 7

1.7 Definisi Istilah 7

1.7.1 Faktor 7

1.7.2 Pengaruh 8

1.7.3 Cemerlang 8

1.7.4 Akademik 8

1.7.5 Pelajar 9

1.8 Rumusan 9

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 10

2.1 Persediaan Pelajar Dari Segi Usia Dalam 10

Proses Pembelajaran Mempengaruhi

Kecemerlangan Akademik

2.2 Persediaan Pelajar Dari Segi Motivasi Dalam 12

Proses Pembelajaran Mempengaruhi

Kecemerlangan Akademik

2.3 Peranan Sosial Dalam Membantu 16

Mempengaruhi Kecemerlangan Akademik

2.4 Pengaruh Latar Belakang Pendidikan Dalam 18

Mempengaruhi Kecemerlangan Akademik

2.5 Rumusan 21

BAB 3 METADOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 21

3.1 Rekabentuk Kajian 21

3.2 Populasi dan Sampel Kajian 22

3.3 Instrumen Kajian 23

3.4 Prosedur Kajian 25

Page 12: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

xi

3.5 Kajian Rintis 26

3.6 Analisis Data 27

3.7 Rumusan 29

BAB 4 ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 30

4.1 Analisis Bahagian A - Latar Belakang Responden 32

4.1.1 Taburan Responden Berdasarkan 32

Jantina

4.1.2 Taburan Responden Berdasarkan 33

Bangsa

4.1.3 Taburan Responden Berdasarkan 33

Pekerjaan Ibubapa

4.1.4 Taburan Responden Berdasarkan 34

Pendapatan Ibubapa sebulan.

4.1.5 Taburan Responden Berdasarkan 35

Kelulusan Akademik Tertinggi

Ibubapa

4.1.6 Taburan Responden Berdasarkan 35

Kursus

4.1.7 Taburan Responden Berdasarkan 36

Kelulusan Akademik

4.2 Analisis Bahagian B – Pernyataan Maklumbalas 37

Responden

4.2.1 Sejauhmanakah persediaan pelajar 37

dari segi usia dalam proses

pembelajaran mempengaruhi

kecemerlangan akademik?

Page 13: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

xii

4.2.2 Sejauhmanakah persediaan pelajar 42

dari segi motivasi dalam proses

pembelajaran mempengaruhi

kecemerlangan akademik?

4.2.3 Sejauhmanakah peranan sosial dalam 46

membantu mempengaruhi

kecemerlangan akademik?

4.2.4 Sejauhmanakah latar belakang 50

pendidikan dalam mempengaruhi

kecemerlangan akademik?

4.3 Analisis Keseluruhan bahagian B 53

4.4 Rumusan 54

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 55

5.1 Perbincangan 56

5.1.1 Latar Belakang Pelajar 56

5.1.2 Sejauhmanakah persediaan pelajar 58

dari segi usia dalam proses

pembelajaran mempengaruhi

kecemerlangan akademik?

5.1.3 Sejauhmanakah persediaan pelajar 61

dari segi motivasi dalam proses

pembelajaran mempengaruhi

kecemerlangan akademik?

5.1.4 Sejauhmanakah peranan sosial 66

dalam membantu mempengaruhi

kecemerlangan akademik?

Page 14: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

xiii

5.1.5 Sejauhmanakah latar belakang 69

pendidikan dalam mempengaruhi

kecemerlangan akademik?

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 72

5.3 Cadangan 74

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 76

5.5 Penutup 77

BIBLIOGRAFI 78

LAMPIRAN

Lampiran A

Page 15: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Likert 24

3.2 Item Soal Selidik 25

3.3 Kaedah Menganalisis Data 28

3.4 Pengkelasan Maklum Balas Responden 28

Berdasarkan Skor Min

4.1 Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min 31

4.2 Jadual Skala Likert 31

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 32

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 33

4.5 Taburan Responden Berdasarkan 34

Pekerjaan Ibubapa

4.6 Taburan Responden Berdasarkan 34

Pendapatan Ibubapa Sebulan

4.7 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan 35

Akademik Tertinggi Ibubapa

4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kursus 36

4.9 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan 36

Akademik

Page 16: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

xv

4.10 Taburan Responden (N = 80) Mengikut 38

Peratusan, Kekerapan Dan Min Bagi Faktor

Persediaan Pelajar Dari Segi Usia Diantara

Pelajar Lepasan Diploma Dan Matrikulasi

4.11 Taburan Responden (N = 80) Mengikut 42

Peratusan, Kekerapan Dan Min Bagi Faktor

Persediaan Pelajar Dari Motivasi Diantara

Pelajar Lepasan Diploma Dan Matrikulasi

4.12 Taburan Responden (N = 80) Mengikut 46

Peratusan, Kekerapan Dan Min Bagi Faktor

Peranan Sosial Diantara Pelajar Lepasan

Diploma Dan Matrikulasi

4.13 Taburan Responden (N = 80) Mengikut 50

Peratusan, Kekerapan Dan Min Bagi Faktor

Latar Belakang Pendidikan Diantara Pelajar

Lepasan Diploma Dan Matrikulasi

4.14 Taburan Min Keseluruhan Bagi Faktor 54

Kecemerlangan Akademik Pelajar Lepasan

Diploma Dan Matrikulasi

Page 17: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

5.1 Graf Min Persediaan Pelajar dari Segi Usia 58 5.2 Graf Min Bagi Soalan Item No.2 ( Saya 59

tidak bermasalah dengan perbezaan usia rakan-rakan)

5.3 Graf Min Persediaan Pelajar dari Segi 61

Motivasi 5.4 Graf Min Bagi Soalan Item No.8 ( Saya 63

mampu memberikan sepenuh perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran )

5.5 Graf Min Peranan Sosial 66 5.6 Graf Min Bagi Soalan Item No.16 ( Saya 67

selalu berbincang dengan ibubapa saya apabila menghadapi masalah di dalam pelajaran )

5.7 Graf Min Latar Belakang Pendidikan 69 5.8 Graf Min Bagi Soalan Item No.24 ( Saya 70

tidak pernah gagal dalam peperiksaan akademik )

5.9 Graf Taburan Min Keseluruhan Bagi Faktor 72

Perbezaan Pencapaian Akademik Pelajar Lepasan Diploma Dan Matrikulasi

Page 18: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

xvii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

α - Alpha Cronbach

ƒ - Kekerapan

% - Peratus

ST - Sangat Setuju

S - Setuju

TP - Tidak Pasti

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

UPSR - Ujian Penilaian Menengah Rendah

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statiscal package for the Social Science

N - Responden

D - Diploma

M - Matrikulasi

Page 19: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

Page 20: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Kemajuan sesebuah negara bukan sahaja di dorong oleh masyarakat yang

berilmu dan berpendidikan tetapi merangkumi keseluruhan pembangunan diri setiap

individu. Manusia yang berjaya adalah manusia yang berilmu, berakhalak mulia dan

berketerampilan hasil kecerdikan akalnya, kesedaran dalam dan kesejahteraan

jasmaninya. Para pelajar dituntut melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan

kemahiran dalam usaha mewujudkan generasi bestari dan berdaya saing. Dalam

zaman ledakan maklumat ini, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam

menguasai ilmu amat diperlukan (Hishammudin Hussein, 2005).

Pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan selalunya dikatakan pelajar yang

pintar cerdas atau berbakat dan mempunyai kebolehan yang lebih tinggi berbanding

rakan seusia mereka. Walaupun begitu, tiada satupun himpunan sifat yang tetap bagi

pelajar yang pintar cerdas ini, tetapi setiap orang pelajar adalah insan ciptaan tuhan

yang memiliki kekuatan dan kelemahan diri yang tertentu. Kebolehan kognitif pelajar

yang cemerlang ini selalunya di miliki secara bersendirian, tetapi mereka tetap

memerlukan bimbingan orang yang lebih dewasa seperti ibubapa, guru, pentadbir

sekolah dan rakan seperjuangan untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap

yang optimum (Nik Aziz, 1990).

Page 21: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

2

Khairul Anuar Hasnan (2000), menyatakan bahawa guru sebagai ejen

penyampai ilmu kepada pelajar. Guru memainkan peranan yang sangat penting.

Kesungguhan guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan menjadikan salah satu

faktor kejayaan sesebuah sekolah untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

Salihah Siasis (1999), mengatakan suatu perubahan sikap positif perlu

dipupuk, dibaja dan disiram setiap hari manakala kemahiran asas yang diperlukan

untuk melakukan suatu usaha dan untuk mencapai kejayaan cemerlang, tidak akan

diperolehi dikuasai dan diamalkan oleh seseorang dengan hanya melakukan suatu

usaha sambil lewa sahaja. Ia mesti dipelajari, difahami dan diamalkan secara

bersungguh-sungguh dan berterusan.

Menurut Astin (1985) dalam Hussein Mahmood, konsep kecemerlangan itu

harus merangkumi perkembangan intelektual dan kendiri para pelajar serta

kerelevanan kurikulum itu dengan keperluan pelajar. Dalam hubungan ini, institusi

pengajian harus dapat menjamin perkembangan intelektual dan sahsiah pelajar serta

dapat pula menyediakan peluang pendidikan untuk semua pelajar. Pendidikan yang

diberikan oleh institusi pengajian mampu mengembangkan bakat, kebolehan berfikir

dan kreativiti para pelajar. Pendidikan juga seharusnya dapat memberikan para

pelajar pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.

Abdul Rahman an-Nahlawi (1995) pula menyatakan iklim sekolah yang

berkesan mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya yang

berbeza status sosio-ekonomi mereka (SES). Selain itu, sekolah juga mampu

mengurangkan perbezaan-perbezaan sesama mereka. Pihak sekolah juga boleh

mewujudkan kerjasama dengan keluarga pelajar. Hubungan yang mesra di antara

sekolah dan keluarga akan membentuk pendidikan yang lebih sempurna bagi pelajar-

pelajarnya.

Page 22: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

3

1.1 Latar Belakang Masalah

Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan

mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta

menggerakkan arah hidup manusia. Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek

“emovere” yang membawa maksud ‘untuk keluar’. Emosi akan ditonjolkan keluar

sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Emosi boleh ditakrifkan

sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa

perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi (Mohmood Nazar Mohamad, 1992).

Menurut Mohd Yusof Othman (1993), pendidik merupakan sumber

terpenting dalam pendidikan. Dalam proses pembelajaran, pendidik adalah sumber

dan pelajar merupakan sasaran. Oleh yang demikian, proses pembelajaran yang baik

hanya akan berlaku jika wujudnya hubungan yang baik antara pendidik dan pelajar.

Pelajar cemerlang akan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan hubungannya

dengan pendidik.

Kajian yang dijalankan oleh Abu Bakar (1991) ke atas 304 murid lelaki dan

perempuan di darjah dua, empat dan enam sekolah rendah kebangsaan di negeri

Selangor mendapati pencapaian akademik yang tinggi dalam sesuatu mata pelajaran

mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap terhadap mata pelajaran

tersebut. Lebih tinggi pencapaian seseorang itu maka sikapnya terhadap mata

pelajaran tersebut juga menjadi lebih positif.

Kajian disokong Hussein Mahmood (2003), kecemerlangan sesebuah institusi

pengajian bererti kejayaan yang bermutu yang dicapai olehnya. Kecemerlangan

dikaitkan dengan kejayaan pelajar dalam bidang akademik. Institusi pengajian yang

dapat melahirkan ramai pelajar yang berjaya dalam peperiksaan awam (misalnya

SPM) serta kualiti yang baik (berapa ramai yang mendapat gred 1 dan berapa A1

Page 23: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

4

yang diperoleh oleh seseorang pelajar) dikatakan institusi pengajian yang baik atau

cemerlang.

Oleh yang demikian, penyelidik ingin mengenalpasti adakah faktor

persediaan pelajar dari segi motivasi, faktor usia, faktor sosial serta latar belakang

pendidikan mempengaruhi kecemerlangan akademik pelajar.

1.2 Pernyataan Masalah

Bagi mencapai kecemerlangan dalam pendidikan, usaha ke arah

meningkatkan pencapaian akademik perlu digiatkan lagi oleh para pelajar khususnya

dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan pendidikan mestilah secara

menyeluruh yang berasaskan sekolah (school based improvement). Dalam kajian ini,

pengkaji telah memilih untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi perbezaan

kecemerlangan akademik pelajar. Penyelidik telah memilih Universiti Teknologi

Malaysia sebagai tempat kajian.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-

faktor yang mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik pelajar tahun empat

Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik dan Kejuruteraan lepasan diploma dan

matrikulasi di Universiti Teknologi Malaysia. Secara khususnya kajian bertujuan

untuk :

i. Mengenalpasti persediaan pelajar dari segi usia dalam proses

pembelajaran mempengaruhi kecemerlangan akademik.

Page 24: AHMAD FARID BIN MOHD ALI - fp.utm.my · kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan lepasan diploma dan matrikulasi di Universiti

5

ii. Mengenalpasti persediaan pelajar dari segi motivasi dalam proses

pembelajaran mempengaruhi kecemerlangan akademik.

iii. Mengenalpasti peranan sosial dalam membantu mempengaruhi

kecemerlangan akademik.

iv. Mengenalpasti latar belakang pendidikan dalam mempengaruhi

kecemerlangan akademik.

1.4 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi

menentukan objektif kajian tercapai di antaranya ialah :

i. Sejauhmanakah persediaan pelajar dari segi usia dalam proses

pembelajaran mempengaruhi kecemerlangan akademik?

ii. Sejauhmanakah persediaan pelajar dari segi motivasi dalam proses

pembelajaran mempengaruhi kecemerlangan akademik?

iii. Sejauhmanakah peranan sosial dalam membantu mempengaruhi

kecemerlangan akademik?

iv. Sejauhmanakah latar belakang pendidikan dalam mempengaruhi

kecemerlangan akademik?