sistem maklumat kerjaya berasaskan web … · matrikulasi ini memberi fokus ... kebanyakan pelajar...

26

Upload: vudiep

Post on 25-Aug-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan
Page 2: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan
Page 3: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB BAGI PELAJAR

LEPASAN STPM DAN MATRIKULASI

WAN NOOR AINUN BINTI WAN AHMAD

Projek Sarjana Muda ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 4: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan
Page 5: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

iii

Ya Rabb,

Aku Bersyukur Pada-Mu, Kerana-Mu Aku Berjaya Menyiapkan PSM Ini.

Walaupun Banyak Dugaan dan Cabaran, Kutempuhinya Jua. Kupanjatkan

Kesyukuran Kepada-Mu Di Atas Segala yang Telah Kau Berikan Kepadaku.

Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada

Bonda dan Ayahanda Tersayang,

Rohani binti Abdullah dan Wan Ahmad bin Wan Yusoff,

Jua kepada semua kekanda dan adindaku,

Atas Kasih Sayang, Doa, Tunjuk Ajar dan Nasihat serta Memberi Semangat dan

Menyabarkan aku sepanjang pengajianku di sini.

Juga Kepada Pensyarah yang Disegani,

Prof. Madya. Dr. Mohamad bin Bilal Ali,

Atas Segala Tunjuk Ajar dan Didikan yang Diberikan Sepanjang PSM ini Berjalan.

Kepada Sahabat-Sahabat 4-SPK,

Terima Kasih Atas Ikatan Persahabatan Yang Terbina.

Segala Pahit Manis Alam Kampus Telah Kita Harungi Selama 4 Tahun Kita Di

Bumi UTM Ini. Memori Kita Bersama Tidak Akan Aku Lupakan. Semoga Tali

Ukhuwah Ini Terus Terjalin Selama-Lamanya.

Teman Istimewa

Dorongan dan Kasih Sayangmu Pembakar Semangatku

Buat Rakan-Rakan Lain,

Terima Kasih Atas Segala Komitmen Yang Telah Diberikan.

Semoga Allah Merahmati Dan Melindungi Kalian Semua.

Page 6: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

iv

PENGHARGAAN

“Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala rahmat-Nya dapat juga

saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Terima kasih

yang tidak terhingga ditujukan kepada penyelia, Prof. Madya Dr. Mohamad bin Bilal

Ali.yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.

Sekalung penghargaan buat ibu bapa dan ahli keluarga yang tercinta kerana

selalu memberi dorongan, semangat dan galakan dalam menyiapkan laporan projek

ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih buat teman-teman; Farhanah, Ramizah, Chu

Wai Seng dan rakan-rakan seperjuangan lain serta kepada semua yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung membantu menjayakan pembangunan projek ini.

Diharap dengan terhasilnya laporan ini, dapatlah diambil sedikit pengetahuan

di dalamnya dan semoga laporan ini akan memberikan maksud yang ingin

disampaikan dengan sewajarnya.

Sekian, Terima Kasih.

Page 7: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

v

ABSTRAK

Sistem Maklumat Kerjaya Berasaskan Web bagi Pelajar Lepasan STPM dan

Matrikulasi ini memberi fokus kepada para pelajar terutamanya pelajar lepasan

STPM, STAM dan Matrikulasi dalam menentukan pilihan kerjaya masing-masing.

Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ditawarkan oleh

sesebuah universiti. Justeru itu, sistem kerjaya ini dibangunkan agar dapat membantu

pelajar dalam memilih jurusan yang sesuai dengan keputusan peperiksaan mereka.

Sistem maklumat kerjaya ini merupakan perisian simulasi yang berupaya

mencadangkan jurusan yang ditawarkan oleh IPTA (Institusi Pengajian Tinggi

Awam) mengikut keputusan pencapaian pelajar diperingkat STPM, STAM dan

Matrikulasi. Perisian simulasi ini dibangunkan dengan mengunakan perisian Adobe

Dreamweaver CS3 sebagai perisian pembangunan utama dan disokong oleh perisian

pangkalan data MySQL. Sistem yang dihasilkan diuji kesesuaiannya oleh lima orang

responden yang mana secara keseluruhannya responden memberikan komen positif

dan menggalakkan. Diharapkan sistem maklumat kerjaya ini dapat membantu pelajar

dalam memilih bidang kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan keputusan

peperiksaan mereka. Seterusnya ia dapat memberikan panduan kepada pelajar

sebelum membuat pemilihan permohonan ke IPTA yang sebenar. Di samping itu

juga, para ibu bapa dan kaunselor serta pengguna lain boleh menggunakan sistem

kerjaya ini untuk mendapatkan maklumat tentang kerjaya bagi membantu anak-anak

atau pelajar membuat pilihan yang tepat.

Page 8: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

vi

ABSTRACT

Web based career information system for STPM and Matriculations’ holder

was developed mainly for identify career path respectively. Most of students have

difficulties in choosing universities and programs offered by universities. Thus, the

career system was developed to help them in choosing majors that match their

examination results. This career information system is a simulation system that is

capable of suggesting the courses offered by the IPTA (Institut Pengajian Tinggi

Awam) by using student results either in STPM, STAM or matriculation. This

simulation system was developed using Adobe Dreamweaver CS3 software as a

development platform and supported by the MySQL database software. The system

was tested of it suitability by taking five respondents which overall respondents gave

positive and encouraging comments. Hopefully, this career information system can

help students in choosing the correct career field that suitable with their interest and

examination’s result. Thus it can provide guidance to students before making a

selection of applications to enter the IPTA. In addition, parents and counselors and

other users can use the career system to obtain information about career and use it to

advice their children or students to make the appropriate choice.

Page 9: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

PENGAKUAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Tujuan Projek 6

1.5 Objektif Projek 6

1.6 Kepentingan Projek 7

1.6.1 Pelajar 7

1.6.2 Kaunselor 7

Page 10: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

viii

1.6.3 Ibu bapa 7

1.7 Batasan Projek 8

1.8 Rasional Projek 8

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Sistem 9

1.9.2 Maklumat 10

1.9.3 Kerjaya 10

1.9.4 Laman Web 10

1.9.5 Pelajar 11

1.9.6 Lepasan 12

1.10 Penutup 12

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Sistem Maklumat 14

2.2.1 Sistem Pengurusan Maklumat (MIS) 15

2.2.2 Sistem Sokongan Keputusan (Decision

Support System, DSS)

16

2.2.3 Kelebihan Sistem Maklumat 16

2.3 Sistem Pengurusan Maklumat Secara Tradisional 17

2.3.1 Sistem Berasaskan Fail Tradisional /

Konvensional

17

2.4 Sistem Pangkalan Data 18

2.4.1 Konsep Asas Pangkalan Data 19

2.4.1.1 Konsep Data 19

2.4.1.2 Konsep Maklumat 20

2.4.1.3 Pengetahuan 21

2.4.2 Asas Teknikal Pengurusan Pangkalan Data 21

2.4.2.1 Pangkalan Data 21

2.4.2.2 Sistem Pengurusan Pangkalan

Data (DBMS)

22

2.4.2.3 Komponen Sistem Pangkalan 24

Page 11: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

ix

Data

2.4.3 Konsep Asas Model Data 26

2.4.3.1 Model Data 26

2.4.4 Kelebihan Penggunaan Sistem Pangkalan

Data

28

2.5 Model Pembangunan 29

2.6 Internet 30

2.7 Aplikasi Berasaskan Web 31

2.7.1 Web Browser 32

2.7.2 Pelayan Web (Web Server) 33

2.7.3 Kelebihan Aplikasi Web 33

2.8 Perisian

2.8.1 MySQL 34

2.8.2 PHP (Hypertext Preprocessor) 35

2.8.3 Adobe Dreamweawer CS3 36

2.9 Sistem Operasi (Operating System, OS) 37

2.10 Penutup 37

3 REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN SISTEM

BERASASKAN WEB

3.1 Pengenalan 38

3.1.1 Carta Aliran Pembangunan Sistem Projek 39

3.2 Model Pembangunan

3.2.1 Model Pangkalan data 40

3.2.2 Model Pembangunan Sistem 41

3.3 Aplikasi Model

3.3.1 Fasa Analisis 43

3.3.1.1 Analisis Kumpulan Sasaran 44

3.3.1.2 Analisis Kandungan Sistem 46

3.3.2 Fasa Rekabentuk 47

3.3.2.1 Rekabentuk Informasi 47

3.3.2.2 Rekabentuk Pangkalan Data 48

Page 12: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

x

3.3.2.3 Rekabentuk Antaramuka 49

3.3.2.4 Rekabentuk Interaktiviti 51

3.3.3 Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan 51

3.3.3.1 Keperluan Perkakasan dan Perisian 52

3.3.4 Fasa Pengujian 54

3.3.4.1 Pengujian Alfa 54

3.3.4.2 Pengujian Beta 55

3.3.5 Fasa Operasi dan Penyelenggaraan 56

3.4 Penutup 56

4 HASIL PEMBANGUNAN SISTEM BERASASKAN WEB

4.1 Pengenalan 58

4.2 Struktur Asas Sistem berasaskan Web 59

4.2.1 Paparan Menu Utama 59

4.2.2 Paparan Home 60

4.2.3 Paparan Universiti 61

4.2.4 Paparan Kerjaya 63

4.2.5 Paparan Syarat Kemasukan 65

4.2.6 Paparan About 67

4.3 Login Pelajar 68

4.3.1 Analisa Kerjaya 71

4.3.2 Forum 73

4.4. Penilaian 74

4.4.1 Rekabentuk Informasi 74

4.4.2 Rekabentuk Interaksi 75

4.4.3 Rekabentuk Antaramuka 76

4.5 Penutup 76

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 77

Page 13: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

xi

5.2 Rumusan Sistem berasaskan Web 77

5.2.1 Kekuatan Sistem berasaskan Web 78

5.2.2 Kelemahan Sistem berasaskan Web 79

5.3 Perbincangan 79

5.4 Cadangan 80

5.5 Refleksi Kendiri 80

5.6 Kesimpulan 81

5.7 Penutup 82

RUJUKAN 83

LAMPIRAN

Lampiran A-D 87-92

Page 14: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL PERKARA MUKA SURAT

2.1 Keterangan komponen asas dalam sistem

pangkalan data

24

4.1 Dapatan penilaian bagi kriteria Rekabentuk

Informasi

75

4.2 Dapatan penilaian bagi kriteria Rekabentuk

Interaksi

75

4.3 Dapatan penilaian bagi kriteria Rekabentuk

Antaramuka

76

Page 15: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH PERKARA MUKA SURAT

2.1 Proses penukaran data kepada maklumat 20

2.2 Komponen sistem pengurusan pangkalan data 23

2.3 Model hierarki 28

2.4 Model Waterfall 30

3.1 Carta alir sistem projek 39

3.2 Kitar hayat pembangunan sistem 40

3.3 Model Waterfall 42

3.4 Waterfall Model 43

3.5 Model Hierarki 48

4.1 Laman utama untuk Sistem Maklumat Kerjaya 60

4.2 Paparan Selamat Datang 61

4.3 Pilihan universiti yang disediakan 62

4.4 Sinopsis Universiti yang dipilih 63

4.5 Paparan Bidang Kerjaya 64

4.6 Pilihan bidang kerjaya yang boleh dipilih

pengguna

64

4.7 Paparan Kerjaya 65

4.8 Paparan Syarat Kemasukan ke Universiti 66

4.9 Paparan syarat kemasukan ke IPTA mengikut

bidang pengajian

67

4.10 Paparan About 68

4.11 Login Pelajar 69

4.12 Popup sekiranya pelajar tidak memasukkan

Nama Pengguna

69

4.13 Popup sekiranya pelajar tidak memasukkan 69

Page 16: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

xiv

Katalaluan

4.14 Paparan Pengenalan 70

4.15 Paparan Analisa Kerjaya 71

4.16 Cara Pengisian Borang Analisa 72

4.17 Contoh analisis untuk bidang Kejuruteraan 72

4.18 Forum Pelajar 73

Page 17: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

xv

SENARAI SINGKATAN

DBMS - Database Management Systems

DSS - Decision Support System

ICT - Information and Communication

Technologies

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta

KPT - Kementerian Pengajian Tinggi

MIS - Management Information System

STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

UPU - Unit Pengambilan Universiti

Page 18: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO

LAMPIRAN

PERKARA MUKA SURAT

A Carta Alir Bagi Sistem Maklumat Kerjaya 87

B Carta Alir Laman Analisis Kerjaya 88

C Bahasa Pengaturcaraan PHP 89

D Borang Soal Selidik 90

Page 19: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dewasa ini banyak pekerjaan yang ditawarkan oleh pelbagai pihak samada

pihak kerajaan, swasta mahupun syarikat persendirian. Bidang kerjaya merupakan

satu bidang yang amat meluas pada masa kini. Terdapat banyak pilihan kerjaya yang

dapat menjamin masa depan individu bergantung kepada minat dan pencapaian serta

personalitinya. Tetapi seringkali juga kita dengar dan terbaca dalam surat khabar

atau dalam media elektronik mengatakan ramai graduan yang menganggur.

Persaingan dunia kerjaya memperlihatkan sebilangan besar graduan menganggur

adalah daripada aliran sains sosial dengan beberapa kelemahan ketara dikenal pasti

sebagai punca permasalahan yang menyebabkan mereka tidak memperoleh pekerjaan

yang diingini (Ahmad Muhaimin, Jamalludin dan Baharuddin, 2009).

Kebanyakan orang ramai tidak mengetahui dengan terperinci bidang kerjaya

yang ada dan mereka sekadar mengetahui cabang kerjaya yang biasa seperti doktor,

polis, guru dan tentera (Siti Suzana, 2006). Pengetahuan mereka hanya terhad kepada

kerjaya ini sahaja sedangkan masih banyak lagi bidang kerjaya lain yang boleh

diceburi. Hal ini disebabkan kurangnya pendedahan dan maklumat yang betul dan

terperinci berdasarkan kelayakan yang diperolehi. Oleh itu, pemilihan bidang kerjaya

yang betul amat penting bagi melahirkan insan yang berguna, berkebolehan,

berketerampilan dan berkelayakan supaya mereka ini dapat mengambil alih tampuk

kepimpinan negara pada masa hadapan.

Page 20: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

2

Setiap pelajar yang menjadi warganegara Malaysia perlu dibentuk dan

dilengkapi dengan ilmu pengetahuan agar mempunyai wawasan dan visi yang jauh

dalam kehidupannya (Azizi, 2005). Pemilihan kerjaya yang tepat dan bersesuaian

dengan tahap pencapaian pelajar dalam bidang akademik, minat dan personaliti diri

amat penting dalam menentukan haluan hidup seseorang individu. Oleh itu,

bimbingan kerjaya perlu diberikan untuk melahirkan individu yang jelas dengan hala

tuju kehidupannya.

Teknologi pada hari ini semakin berkembang maju. Dalam kebanyakan

bidang, teknologi memainkan peranan yang penting dalam memastikan sesuatu kerja

atau tugasan dapat dilakukan dengan cepat, efektif dan pantas. Matlamat utama

teknologi adalah untuk menyenangkan manusia dalam menjalani kehidupan seharian

mereka. Baharudin Aris (2000) mentakrifkan teknologi sebagai suatu proses yang

sistematik dalam usaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Teknologi telah pun

mendahului sains dalam sejarah peradaban manusia. Sebarang alat atau ciptaan yang

dapat memudahkan kerja manusia ditakrifkan sebagai teknologi. Tidak keterlaluan

jika kita mengatakan bahawa tanpa teknologi, manusia tidak dapat hidup dengan

selesa dan sempurna.

Salah satu bidang yang berkembang dengan pesatnya pada masa kini dan

seiring dengan perkembangan teknologi ialah teknologi maklumat. Teknologi

maklumat memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam dunia pendidikan

pada masa kini. Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah pun mengambil

langkah positif dengan menyemai budaya IT (Information Technology) dalam

kalangan masyarakat pada peringkat awal lagi. Buktinya, kerajaan telah

memperkenalkan subjek-subjek IT di sekolah rendah dan sekolah menengah di

seluruh negara lebih 10 tahun yang lalu. Di samping itu juga telah dibinakan sebuah

makmal komputer di setiap sekolah rendah dan menengah bagi memudahkan

pengajaran subjek tersebut. Malah, di sesetengah universiti, subjek IT merupakan

subjek wajib. Matlamatnya adalah untuk membiasakan pelajar-pelajar sekolah

dengan dunia IT pada peringkat awal lagi. Menerusi subjek IT juga, mereka mampu

menyelesaikan tugasan atau kerja sekolah yang diberikan dengan lebih mudah dan

bersistem hasil kemajuan teknologi maklumat pada hari ini.

Page 21: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

3

Melalui penggunaan IT yang semakin berkembang pesat, banyak maklumat

yang penting dapat diperolehi. Frasa ‘Dunia Tanpa Sempadan’ atau pun ‘Dunia di

Hujung Jari’ amat bertepatan dengan perkembangan IT pada masa kini. Menerusi

teknologi maklumat ini juga, banyak sistem dibangunkan bagi membantu individu

yang ingin mencari pekerjaan, berinteraksi sesama mereka dan juga bersosial.

Banyak laman web yang menyediakan kemudahan untuk membantu orang ramai

dalam mencari maklumat kerjaya seperti www.kareer.com.my, www.jobstreet.com

dan www.jobsmalaysia.gov.my.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada zaman teknologi seperti sekarang ini, pelajar lebih terdedah dengan

kemajuan teknologi seperti komputer, internet dan alam siber. Perbandingan relatif

antara pelajar masa kini dengan pelajar masa dahulu adalah berbeza tentang

pengetahuan mereka dalam bidang teknologi. Sekarang ini, pelajar telah biasa

menggunakan komputer dan bukan sesuatu yang mengejutkan jika pelajar telah

memiliki komputer riba (laptop) sendiri dan capaian internet di rumah bagi keluarga

yang berkemampuan, menyebabkan pelajar celik IT dan dapat menguasai

sepenuhnya asas-asas menggunakan komputer seperti menaip, mencetak,

memindahkan dan menyalin data.

Daripada kepandaian inilah pelajar-pelajar dapat meneroka alam siber dengan

begitu mudah untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan lain yang berfaedah

sebagai contoh, pelajar yang telah tamat pengajian boleh mencari maklumat

berkaitan kekosongan jawatan melalui jobstreet.com atau laman web yang lain.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Tenaga Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar,

beliau berkata bahawa sekurang-kurangnya 20,217 graduan institusi pengajian tinggi

awam dan swasta (IPTA / IPTS) menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan dan

daripada jumlah yang diperolehi sehingga Jun 2006 lalu, kira-kira 70 peratus adalah

graduan IPTA.

Page 22: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

4

Beliau mengatakan bahawa masalah itu wujud berikutan kebanyakan graduan

tidak memenuhi keperluan pekerjaan terutamanya kemahiran dari segi keterampilan,

kewibawaan dan penguasaan bahasa. Beliau menyedari bahawa pengangguran dalam

kalangan graduan IPTA lebih tinggi berbanding IPTS. Ini disebabkan oleh graduan

IPTA kebanyakannya tidak memenuhi peluang-peluang pekerjaan kerana mereka

kekurangan dari segi soft skills seperti penguasaan bahasa, kebolehan, kewibawaan

dan seumpamanya.

Menurut Azizi (2005), pelajar kurang pengetahuan tentang bidang kerjaya

dan universiti yang menawarkan bidang tersebut. Masalah kekurangan maklumat dan

pengetahuan tentang sesuatu pekerjaan kerap berlaku pada peringkat umur dan

perkembangan pelajar. Pada peringkat ini, kekurangan penerangan yang jelas dan

mencukupi tentang peluang-peluang pekerjaan serta jenis pekerjaan yang boleh

diceburi menyebabkan pelajar terumbang-ambing dalam memilih kerjaya yang

bersesuaian dengan mereka.

Kebanyakan kursus yang diambil oleh pelajar tidak sesuai dengan minat dan

cita-cita mereka disebabkan keputusan mereka yang rendah semasa SPM, STPM,

matrikulasi dan diploma yang mana mereka mendapat kursus lelong, iaitu kursus

yang ditawarkan oleh pihak universiti bukan pilihan mereka. Kursus lelong

bermaksud kursus yang tidak dipohon oleh pelajar semasa pengisian borang UPU

tetapi pelajar ditawarkan untuk mengikuti kursus tersebut. Selain itu, pelajar perlu

berfikir tentang kemungkinan pekerjaan yang akan wujud pada masa akan datang.

Oleh itu, pelajar harus memilih bidang pengajian yang berkaitan dengan bidang

pekerjaan dan jenis kemahiran yang diperlukan negara pada masa hadapan. Pilihan

yang betul akan memudahkan pelajar mendapatkan pekerjaan setelah tamat

pengajian nanti dan dapat mengelakkan diri daripada menganggur.

Page 23: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

5

1.3 Pernyataan Masalah

Selepas mendapat keputusan SPM, STPM atau matrikulasi, banyak tawaran

kemasukan ke universiti samada universiti awam, swasta atau kolej akan sampai ke

rumah pelajar. Di sinilah pelajar akan mengalami masalah dalam menentukan

samada menerima atau menolak tawaran tersebut.

Sebelum itu, pelajar perlu mengisi borang kemasukan ke IPTA (borang UPU)

yang diuruskan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Semasa proses

permohonan ini, pelajar mengalami masalah dalam mengisi borang UPU kerana

mereka tidak dapat memilih bidang kerjaya yang diminati atau sesuai dengan

kelayakan mereka. Kebanyakan pelajar memilih jurusan di universiti kerana

dipengaruhi oleh rakan sebaya. Hal ini selaras dengan kajian yang pernah dibuat oleh

Radin Khairuddin (1999) yang menyatakan pelajar selalu menerima nasihat dan

pendapat daripada rakan-rakan sebayanya apabila membuat atau mengambil sesuatu

keputusan yang berkaitan dengan diri mereka. Faktor minat juga turut mempengaruhi

pemilihan kursus pelajar. Radin Khairuddin (1999) turut menjelaskan bahawa minat

pelajar disebabkan oleh cita-cita dan keinginan mereka untuk mendapatkan kerjaya

yang mencabar. Selain itu, Robiah (1994) turut menyatakan bahawa minat adalah

faktor pendorong untuk seseorang individu mencapai cita-citanya.

Selain itu, jika dilihat pada senario hari ini, pelajar masih lagi kekurangan

pengetahuan tentang bidang kerjaya dan cabang-cabangnya. Oleh yang demikian,

bimbingan dan panduan yang betul amat perlu bagi membantu pelajar dalam

menguruskan dan mempertingkatkan diri dalam mengejar cita-cita mereka. Peranan

kaunselor dan ibu bapa juga amat perlu dalam memberikan pendapat dan cadangan

kepada pelajar untuk memilih bidang kerjaya yang betul. Shok Mee (1997) dalam

(Azizi dan Norhashimah, 2007), menyatakan apabila ibu bapa memberikan motivasi

atau rangsangan kepada anak-anak, maka ia akan dapat menanamkan dan

menggerakkan motif di dalam diri dan mendorong mereka mencapai sesuatu yang

dicita-citakan walaupun proses tersebut menuntut masa yang agak panjang untuk

dicapai.

Page 24: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

6

Oleh itu, satu sistem maklumat kerjaya yang berasaskan web akan digunakan

untuk membantu pelajar memilih bidang kerjaya yang bersesuaian dengan keputusan

peperiksaan mereka.

1.4 Tujuan Projek

Tujuan projek yang dibangunkan ini adalah untuk:-

i. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang kerjaya yang dapat

mereka ceburi.

ii. Menyediakan maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan sesuatu bidang

kerjaya dan pengkhususannya.

iii. Menyenaraikan universiti-universiti yang menawarkan kursus atau program

yang sesuai dengan bidang kerjaya pilihan.

iv. Membantu pihak kaunselor dan ibu bapa yang ingin mencari universiti dan

program-program yang sesuai dengan pelajar-pelajar mahupun anak-anak

mereka.

1.5 Objektif Projek

Objektif merupakan matlamat yang ingin dicapai melalui penghasilan projek

ini. Projek yang dihasilkan akan mengikut kriteria yang telah digariskan melalui

objektif. Objektif projek ini adalah membangunkan satu sistem maklumat kerjaya

berasaskan web bagi pelajar lepasan STPM dan Matrikulasi untuk memudahkan para

pelajar mencari bidang kerjaya yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan dan

minat mereka.

Page 25: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

7

1.6 Kepentingan Projek

Projek yang dihasilkan adalah untuk kepentingan semua lapisan masyarakat.

Walau bagaimanapun, projek ini dibangunkan khusus untuk beberapa pihak iaitu

pelajar, kaunselor dan ibu bapa.

1.6.1 Pelajar

Sistem ini sesuai untuk pelajar yang telah menamatkan pengajian samada

SPM, STPM, matrikulasi atau diploma dan akan menyambung pengajian mereka ke

tahap yang lebih tinggi. Sistem ini memberi maklumat kepada para pelajar untuk

mencari bidang kerjaya yang sesuai dengan keputusan dan minat mereka. Daripada

kerjaya yang dipilih, barulah pelajar akan mencari universiti-universiti yang

menawarkan bidang pengajian yang bersesuaian.

1.6.2 Kaunselor

Kepentingan projek ini juga adalah sebagai sumber rujukan alternatif kepada

para kaunselor untuk merujuk program-program yang ditawarkan oleh sesebuah

universiti. Memberi maklumat terkini kepada para kaunselor bagi membantu pelajar

kerjaya yang bersesuaian dengan mereka. Maklumat kerjaya yang dipaparkan dapat

membantu kaunselor memberi penerangan dan pendedahan awal berkaitan bidang

pengajian kepada para pelajar.

1.6.3 Ibu bapa

Sistem ini boleh digunakan oleh ibu bapa sebagai sumber rujukan untuk

mendapatkan maklumat dan menambah pengetahuan berkaitan kerjaya yang boleh

Page 26: SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB … · Matrikulasi ini memberi fokus ... Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ... sebelum membuat pemilihan permohonan

8

dipohon oleh anak-anak mereka. Melalui sistem ini, para ibu bapa dapat menilai

kerjaya yang sesuai dengan anak mereka serta mereka dapat bertolak ansur dengan

anak-anak. Ibu bapa seharusnya menghormati pilihan anak-anak dan cuba

berbincang sekiranya terdapat percanggahan pendapat antara anak-anak dengan ibu

bapa.

1.7 Batasan Projek

Sistem maklumat kerjaya ini dibangunkan khusus untuk pelajar lepasan

STPM dan matrikulasi sahaja. Maklumat kursus atau program hanyalah tertumpu

kepada 19 buah universiti tempatan sahaja yang berada di bawah kelolaan

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).

1.8 Rasional Projek

Projek yang dibangunkan mirip kepada sistem-sistem yang lain seperti

www.kpt.gov.my yang juga menawarkan bidang kerjaya kepada pelajar yang mana

laman web ini berasaskan kepada aplikasi web. Kelainan yang tersendiri bagi sistem

ini ialah sistem ini dibangunkan khas untuk pelajar-pelajar lepasan STPM dan

Matrikulasi yang memerlukan keputusan peperiksaan pelajar untuk memaparkan

bidang kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka dalam peperiksaan.

Sistem maklumat kerjaya ini diharapkan dapat memudahkan pelajar mendapatkan

maklumat dan memberi panduan dalam menentukan hala tuju pelajar selepas

menduduki peperiksaan STPM dan matrikulasi.