agraria vs maritim

12
Huraikan dan bandingkan ciri - ciri bentuk kerajaan agraria dan kerajaan maritim di Asia Tenggara dengan mengemukakan contoh - contoh daripada kewujudan kerajaan - kerajaan tersebut. 1.0 Pengenalan Sejarah kerajaan di Asia Tenggara telah menunjukkan pelbagai interaksi di antara kuasa - kuasa tempatan dan asing. Setiap negara adalah saling berkait antara satu dengan yang lain. Sebagai contoh, kerajaan Melayu Srivijaya dan Melaka adalah meliputi negara Indonesia dan Malaysia pada masa kini manakala kerajaan Burma, Thai dan Khmer adalah sebahagian daripada Indochina. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan kemunculan tamadun awal di Asia Tenggara. Bukti kukuh yang dapat dilihat adalah dengan kewujudan kerajaan awal di Tanah Besar seperti kerajaan Funan, Angkor, Chenla, Sukhotai dan Ayuthia. Di kawasan kepulauan Melayu pula wujud banyak kerajaan seperti Kedah Tua, Gangga Negara, Srivijaya, Langkasuka, Majapahit, Singhasari dan Mataram. Kerajaan - kerajaan awal ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu agraria dan maritim. Kegiatan ekonomi yang utama bagi kerajaan agraria ialah pertanian. Kebanyakan daripada kerajaan agraria ini terletak di kawasan tanah besar Asia Tenggara. Kerajaan maritim pula bergantung sepenuhnya pada perdagangan laut. Antaranya ialah kerajaan Melaka dan Srivijaya. Kaedah penentuan jangka masa kemunculan sesuatu kerajaan dibuat berdasarkan sumber bertulis dan artifak arkeologi 1 . Contohnya, kerajaan terawal di Asia Tenggara adalah Funan iaitu sekitar abad ke-2 Masihi berdasarkan bukti penemuan langgam seni arca yang dipengaruhi oleh langgam seni arca Amravati India. Selain itu, hubungan awal dengan kerajaan besar dari rantau lain juga menjadi sumber rujukan bagi pengenalan kerajaan awal Asia Tenggara. Contohnya, hubungan diplomatik dengan China, hubungan kebudayaan dengan India dan hubungan perdagangan antarabangsa berdasarkan penemuan gendang gangsa di Dongson 2 , Vietnam, Batu Buruk di Terengganu dan Sungai Klang di 1 Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap sumber sejarah seperti artifak, fosil, dokumen, peta, manuskrip, dan sumber lisan. 2 Gendang gangsa merupakan salah satu hasil pertukangan logam yang terbaik.

Upload: smk-abdul-rahim-dua

Post on 25-Jul-2015

2.217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Agraria vs Maritim

Huraikan dan bandingkan ciri - ciri bentuk kerajaan agraria dan kerajaan maritim di

Asia Tenggara dengan mengemukakan contoh - contoh daripada

kewujudan kerajaan - kerajaan tersebut.

1.0 Pengenalan

Sejarah kerajaan di Asia Tenggara telah menunjukkan pelbagai interaksi di antara kuasa -

kuasa tempatan dan asing. Setiap negara adalah saling berkait antara satu dengan yang lain.

Sebagai contoh, kerajaan Melayu Srivijaya dan Melaka adalah meliputi negara Indonesia dan

Malaysia pada masa kini manakala kerajaan Burma, Thai dan Khmer adalah sebahagian daripada

Indochina. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan kemunculan tamadun awal di Asia

Tenggara. Bukti kukuh yang dapat dilihat adalah dengan kewujudan kerajaan awal di Tanah

Besar seperti kerajaan Funan, Angkor, Chenla, Sukhotai dan Ayuthia. Di kawasan kepulauan

Melayu pula wujud banyak kerajaan seperti Kedah Tua, Gangga Negara, Srivijaya, Langkasuka,

Majapahit, Singhasari dan Mataram.

Kerajaan - kerajaan awal ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu agraria dan

maritim. Kegiatan ekonomi yang utama bagi kerajaan agraria ialah pertanian. Kebanyakan

daripada kerajaan agraria ini terletak di kawasan tanah besar Asia Tenggara. Kerajaan maritim

pula bergantung sepenuhnya pada perdagangan laut. Antaranya ialah kerajaan Melaka dan

Srivijaya. Kaedah penentuan jangka masa kemunculan sesuatu kerajaan dibuat berdasarkan

sumber bertulis dan artifak arkeologi1. Contohnya, kerajaan terawal di Asia Tenggara adalah

Funan iaitu sekitar abad ke-2 Masihi berdasarkan bukti penemuan langgam seni arca yang

dipengaruhi oleh langgam seni arca Amravati India. Selain itu, hubungan awal dengan kerajaan

besar dari rantau lain juga menjadi sumber rujukan bagi pengenalan kerajaan awal Asia

Tenggara. Contohnya, hubungan diplomatik dengan China, hubungan kebudayaan dengan India

dan hubungan perdagangan antarabangsa berdasarkan penemuan gendang gangsa di Dongson2,

Vietnam, Batu Buruk di Terengganu dan Sungai Klang di Selangor. Hubungan perdagangan

dengan Rom juga berlaku dengan penemuan manik di Kota Tinggi dan Muar. Bijih timah telah

diproses menjadi gendang gangsa di Dongson dan menjadi pelabuhan pembekal. Kebanyakan

petempatan awal ini belum boleh ditakrif sebagai kerajaan kerana masih belum mempunyai raja.

1 Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap sumber sejarah seperti artifak, fosil, dokumen, peta, manuskrip, dan sumber lisan.2 Gendang gangsa merupakan salah satu hasil pertukangan logam yang terbaik.

Page 2: Agraria vs Maritim

Jumpaan manik dan tembikar membuktikan perdagangan maritim berlaku sejak abad ke–5

Sebelum Masihi tetapi kerajaan awal Asia Tenggara hanya muncul pada abad ke –2 M.

2.0 Kerajaan Agraria

Kerajaan agraria merupakan kerajaan yang berasaskan ekonomi pertanian, penternakan

dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Dalam bidang pertanian, tanaman utama yang

diusahakan oleh kerajaan ini ialah padi sawah, padi huma, jagung, pisang, keledek dan sayur -

sayuran. Hasil ternakan haiwan pula ialah seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam. Hasil hutan

yang dipungut ialah seperti gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana dan

pelbagai jenis buah. Terdapat juga rempah ratus yang dipungut seperti cengkih dan lada hitam.

Kegiatan ekonomi yang lain ialah mengumpul sarang burung untuk dijual, menangkap ikan di

sungai, sawah dan paya atau mengumpul kulit kura - kura. Tahap awal pertanian penduduk

adalah untuk sara diri yang kemudian berkembang menjadi komersil. Perubahan tersebut banyak

dipengaruhi oleh pembinaan sistem pengairan yang mantap. 3Kerajaan agraria terbentuk

berhampiran lembangan sungai yang mempunyai tanah yang subur seperti kerajaan Dvaravati

yang terletak di Sungai Menam. Kerajaan Ayuthia yang juga merupakan salah sebuah kerajaan

agraria terletak di delta Chao Phraya. Contoh lain ialah empayar Khmer di tasik Tonle Sap.

Selain itu, terdapat juga kerajaan agraria yang terletak di kawasan pedalaman yang berbukit atau

lereng gunung berapi seperti kerajaan Taruma yang berada di Tanah Tinggi Dieng Indonesia.

Dua buah kerajaan awal agraria yang terkenal ialah Funan dan Angkor.

Kerajaan Funan telah diasaskan pada abad 1 Masihi dan merupakan kerajaan terawal di

Asia Tenggara. Menurut laporan dari dua wakil Cina, K'ang T'ai dan Chu Ying, negara Funan

diasaskan oleh Brahimin India bernama Kaundinya. Beliau mendapat arahan dalam mimpi untuk

mengambil mangkuk ajaib dari kuil dan mengalahkan Soma iaitu ratu Khmer. Soma, anak

kepada raja Nagas, berkahwin dengan Kaundinya dan keturunan mereka menjadi dinasti raja

Funan. Perkataan Funan adalah diambil daripada bahasa Cina yang maksudnya masih tidak dapat

ditranskripkan. Nama ini ditemui dalam teks sejarah Cina yang menjelaskan tentang kerajaan

tersebut berdasarkan laporan dua diplomat China yang bertugas ke kerajaan tersebut. Walau

bagaimanapun, nama Funan tidak ditemui dalam mana - mana skrip yang ditemui di negara itu

dan tidak diketahui nama apakah yang diberikan oleh penduduk Funan kepada kerajaan mereka.

3 Kerajaan agraria terbentuk secara evolusi daripada petempatan kekal yang kemudian menjadi bandar dan kerajaan.

Page 3: Agraria vs Maritim

Pusat pentadbiran kerajaan ini terletak di Vyadhapura. Empangan, saliran dan takungan air

dibina untuk mengairi kawasan sawah padi. Kerajaan Funan mendapatkan bekalan airnya

daripada Sungai Mekong dan kawasan pesisir pantai. Raja Funan yang pertama ialah Kaundinya

yang digelar sebagai Kurung Bnam yang bermaksud raja - raja gunung. Gunung suci tersebut

menjadi simbol kuasa raja pada masa tersebut. Salah satu watak penting dalam kerajaan Funan

ialah Fan Shih-man yang merupakan seorang jeneral yang agung. Pelabuhan utama Funan ialah

Oc Eo yang bermaksud ‘terusan kaca’ di mana Sungai Mekong merupakan jalan perhubungan

perdagangan. Funan merupakan pusat ekonomi agung Asia Tenggara yang pertama. Ia menjadi

mewah kerana perkembangannya daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim. Ini terbukti

dengan jumpaan barangan yang berasal dari empayar Rom, Cina dan India dalam penggalian

arkeologi di Oc Eo di selatan Vietnam.

Kerajaan Angkor pula telah diasaskan pada abad ke-7 Masihi. Pusat pentadbiran kerajaan

terletak di hilir Sungai Mekong. Kawasan utama pertaniannya ialah di sekitar tasik Tonle Sap

yang telah dibina pada abad ke-10 Masihi dan terletak di bahagian tengah Kampuchea. Tasik ini

banyak menyumbang kepada pertanian padi sawah. Kerajaan Angkor membina ‘baray’ untuk

kemudahan sistem pertanian. 4Baray merupakan sebuah kolam air besar yang dibina untuk

menampung 30 juta meter padu air yang disalirkan ke 12.5 juta ekar sawah bagi membantu

mendapatkan hasil yang banyak. Sistem pemerintahan Angkor adalah berbentuk raja berkuasa

mutlak dan dianggap sebagai ‘Devaraja’ iaitu wakil Tuhan untuk memimpin manusia. Raja akan

dibantu oleh kaum kerabatnya untuk menjalankan proses pentadbiran. Zaman kegemilangan

Angkor ialah pada masa pemerintahan Raja Suryavarman II. Baginda naik takhta selepas

memenangi pertempuran dengan musuhnya iaitu putera yang lain. Agama utama kerajaan ini

ialah Hindu - Buddha yang kewujudannya dibuktikan dengan Angkor Wat, hasil binaan Raja

Suryavarman II. Baginda mendedikasikan Angkor Wat ini kepada Dewa Visnu. Panjang

dindingnya hampir mencecah setengah kilometer di setiap sisi. Menara tengahnya mewakili

Gunung Meru iaitu rumah bagi dewa - dewa. Ukiran di permukaan dinding dihiasi dengan

gambaran berunsur mistik dan juga kehidupan baginda. Dalam suatu babak di ukiran tersebut,

baginda digambarkan dengan sangat besar berbanding unsur sekeliling sambil duduk dengan

kaki yang bersilang dan bersemayam di takhtanya serta dikelilingi oleh pengikut dan hamba -

hambanya.

4 http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Southeast_Asia

Page 4: Agraria vs Maritim

3.0 Kerajaan Maritim

Kerajaan Maritim ialah kerajaan yang menjalankan ekonomi perdagangan pelabuhan dan

laut, perkapalan dan perikanan. Ia terletak di pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan

seperti Srivijaya di Sungai Musi dan Kedah Tua di Sungai Merbok. Pada mulanya, aktiviti sara

diri bermula dengan menangkap ikan dan memungut hasil laut. Lama - kelamaan, ia berubah

menjadi sebuah perkampungan nelayan. Terdapat juga yang berkembang menjadi kawasan

perlombongan emas dan timah. Apabila wujud pengeluaran secara berlebihan, kesemua hasil

sungai dan laut tersebut didagangkan yang kemudiannya menyebabkan perkampungan nelayan

berubah menjadi pusat perdagangan. Apabila wujudnya kawasan pelabuhan kapal, para

pembekal dan pembeli dari rantau lain seperti Eropah, Arab, China dan India akan singgah untuk

mendapatkan barang seperti damar, rotan, emas, timah dan hasil laut. Antara kerajaan maritim

yang utama ialah Champa, Chih Tu, Srivijaya, Kedah Tua dan Majapahit. Setiap kerajaan ini

mempunyai pelabuhan entrepot yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat tinggal,

pergudangan dan kawasan untuk berjual beli. Masyarakat dalam kerajaan maritim mempunyai

kemahiran untuk membuat kapal, menguasai ilmu pelayaran dan mampu berlayar hingga ke

Afrika Tengah. Penduduk kerajaan maritim biasanya terdiri daripada orang tempatan, Orang

Laut dan pedagang luar. Kerajaan maritim mempunyai lebih daripada satu bahasa yang

digunakan. Namun begitu, bahasa Melayu digunakan dalam urusan perdagangan dan sebagai

bahasa perhubungan (lingua franca) di rantau Asia Tenggara ini. Kawasan di sekitar

Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera sememangnya kaya dengan logam, emas dan timah

yang dapat menarik pedagang asing ke pelabuhan-pelabuhan di sini. Buktinya, dalam catatan

Yunani, Ptolemy memberikan nama 5‘Golden Khersinese’ (Semenanjung Emas) kepada

Semenanjung Tanah Melayu. Saudagar-saudagar India pula memberikan nama ‘Suvarnadvipa’

(Semenanjung Emas) dan ‘Suvarnabhumi’ (Bumi Emas) kepada Semenanjung Tanah Melayu

dan Sumatera.

Terdapat tiga kategori pelabuhan yang wujud di kerajaan - kerajaan maritim. Pertama,

pelabuhan pembekal iaitu merupakan pelabuhan peringkat terawal. Pelabuhan ini berfungsi

sebagai pembekal hasil tempatan seperti logam (timah dan emas), hasil hutan (damar, kayu

gaharu dan rotan), hasil laut dan juga makanan kepada pedagang - pedagang yang singgah.

5 Wheatley, P. (1980), The Golden Khersonese.

Page 5: Agraria vs Maritim

Contoh pelabuhan pembekal ialah Kuala Selinsing yang terletak di Perak, Jenderaan Hilir dan

Klang yang terletak di Selangor dan Kuala Berang yang terletak di Terengganu. Pelabuhan yang

kedua ialah pelabuhan kerajaan yang telah berkembang maju apabila terbina sebuah kerajaan

besar di sekitar pelabuhan pembekal. Peranan pelabuhan kerajaan masih lagi seperti pelabuhan

pembekal dan tempat berdagang tetapi untuk kawasan yang lebih luas. Antara pelabuhan

kerajaan yang wujud ialah Champa, Kedah Tua, Langkasuka dan Srivijaya. Pada awalnya,

pelabuhan itu berdagang dengan kawasan yang berhampiran, contohnya antara Champa dengan

Langkasuka. Pelabuhan tersebut kemudiannya berkembang sehingga dapat menarik perhatian

pedagang dari pesisir pantai Teluk Siam, Kemboja, Vietnam, China Selatan, India dan barat.

Pelabuhan lain ialah pelabuhan entrepot6 yang merupakan pelabuhan yang memperdagangkan

hasil tempatan serta hasil dari kerajaan lain yang dibekalkan kepadanya kepada pedagang

antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya. Pelabuhan ini juga membeli barangan daripada

pedagang antarabangsa untuk diedarkan kepada saudagar-saudagar yang datang dari pelabuhan

sekitarnya dan yang datang dari kawasan takluknya. Pelabuhan ini berkembang dari pelabuhan

kerajaan yang mempunyai kedudukan yang amat strategik. Contohnya Kedah Tua dan Srivijaya,

Ini berdasarkan lokasinya di Selat Melaka dan Selat Sunda, kedudukannya di lautan perdagangan

di antara India dan China dan kawasan sekitarnya yang kaya dengan pelbagai hasil logam, hasil

hutan dan hasil pertanian.

Kerajaan Champa telah diasaskan sekitar tahun 192 Masihi oleh Chu-Lien. Pemerintahan

Raja Champa banyak dipengaruhi oleh agama Hindu dan dalam struktur pentadbirannya,

terdapat pegawai pemungut cukai. Pelabuhan kerajaan Champa yang terkenal ialah Inderapura.

Ia telah ditadbir oleh 14 dinasti dan pada akhir kurun ke-13, kerajaan ini telah dipengaruhi oleh

China sehingga melenyapkan pengaruhnya pada kurun ke-15. Nama Champa telah wujud pada

tahun 655 Masihi. Menurut sumber sanskrit, pada tahun 400 Masihi ia telah ditadbir oleh

Bhadravarnom.

Kerajaan Chih-Tu juga dikenali dengan nama lain seperti Ho-La-Tan atau Tan-Tan serta

Kilatan. Kerajaan ini juga pernah dikenali dengan nama berbeza seperti Kerajaan Chermin dan

Langkasuka. Menurut catatan I-Ching, Chih-Tu bermaksud Tanah Merah. Kerajaan Chih-Tu

telah diasaskan oleh Raja Guatama pada kurun ke-6 Masihi. Sistem pentadbiran kerajaan ini

diketuai oleh seorang raja yang berkuasa mutlak dan dibantu oleh tiga orang menteri. Sistem

6 pusat perdagangan, biasanya bandar pelabuhan, yang menjadi tempat mengimport dan mengeksport semula barang-barang dagangan.

Page 6: Agraria vs Maritim

pemerintahan beraja Chih-Tu adalah mengikut corak pemerintahan Srivijaya yang menerima

pengaruh Hindu. Rekod dinasti Sui (581 - 618) menunjukkan kewujudan sebuah kerajaan

Melayu Purba yang merujuk kepada Chih-Tu.

“Kerajaan Chih-Tu yang sama bentuk dengan Funan adalah terletak di laut selatan.

Melalui laut, ia boleh dicapai lebih dari 100 hari perjalanan. Warna tanah di tempat itu adalah

merah, dengannya nama kerajaan itu dinamakan. Di timurnya ialah kerajaan Po-lo-la, di barat

ialah kerajaan Po-lo-suo dan di selatan ialah Ho-lo-tan. Di utaranya ialah laut. Negeri ini

keluasannya beberapa ribu li (1 li bersamaan 6.667 meter persegi). Nama keluarga rajanya

ialah Qu-tan,namanya pula ialah Li-fu-dou-sai,”7(Dinasti Sui, abad ke-7 Masihi)

Kerajaan Srivijaya telah diasaskan sekitar abad ke-7 Masihi dan berpusat di Palembang,

Sumatera. Kerajaan ini juga mengamalkan sistem beraja yang berkuasa mutlak. Menurut catatan

Arab, raja dianggap sebagai ‘Raja di Gunung’ dan ‘Maharaja di Pulau’. Menteri merupakan

orang perantaraan antara raja dengan rakyat. Suatu batu bersurat bertarikh 683 Masihi yang

dijumpai di Telaga Batu menyatakan pentadbiran kerajaan Srivijaya terbahagi kepada tiga

bahagian iaitu pentadbiran diraja, pentadbiran ketenteraan dan pentadbiran daerah. Kerajaan

Srivijaya telah menguasai Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut Jawa untuk mengawal seluruh

kegiatan perdagangan maritim di Kepulauan Melayu. Pelabuhannya yang paling penting ialah

Palembang. Antara barangan dagangan di pelabuhan Palembang ialah seperti damar, cendana,

kapur barus, kemenyan dan lada hitam. Pada masa kegemilangannya, pelabuhan tersebut menjadi

pusat pertukaran barangan dalam kegiatan perdagangan antara China, India dan Barat.

Kerajaan Kedah Tua merupakan sebuah kerajaan awal yang terkenal di Semenanjung

Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram.

Menurut catatan I Ching dari negara China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha. Kerajaan

Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan

utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha

dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui

peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang. Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau

panduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai

7 Catatan awal daripada dua orang pegawai Cina yang membuat lawatan diplomatik ke sana.

Page 7: Agraria vs Maritim

Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan

tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah

sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan

pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras,

lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan

samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata

dan luas. Kegemilangan kerajaan Kedah Tua dibuktikan melalui penemuan wang perak semasa

pemerintahan Sultan al-Mutawakil sekitar tahun 847 hingga 861 Masihi, manik dari India dan

barangan kaca dari Timur Tengah.

Kerajaan Majapahit pula telah diasaskan oleh Raden Wijaya yang telah menerima

pengaruh Hindu - Buddha di mana pentadbirannya adalah berdasarkan undang - undang Manu.

Kerajaan ini juga mengamalkan konsep Devaraja dan raja dibantu oleh perdana menteri serta

empat orang menteri. Kerajaan Majapahit mencapai zaman kegemilangannya sewaktu

pemerintahan Hayam Wuruk (Raja Senagara) dan Perdana Menterinya, Patih Gajah Mada.

Pedagang - pedagang dari China, India dan Timur Tengah datang untuk berdagang di Majapahit

sehingga ia menjadi tempat perdagangan yang utama pada abad ke - 15. Pelabuhan utamanya

ialah Kataha dan Temasik.

4.0 Hubungan Kerajaan Agraria dan Maritim

Terdapat kebergantungan yang nyata dan saling melengkapi di antara kedua - dua

kerajaan agraria dan maritim. Salah satu contoh adalah sumber buruh iaitu kerajaan agraria

mempunyai ramai penduduk bagi membekalkan tenaga kerja kepada kerajaan maritim seperti

tukang kayu dan batu yang mahir. Kerajaan agraria menghasilkan makanan seperti beras dan

hasil hutan kepada kerajaan maritim kerana kerajaan agraria mempunyai ekonomi yang

berasaskan pertanian. Makanan sememangnya penting kepada kerajaan maritim yang sentiasa

sibuk dan dilawati oleh pedagang - pedagang asing. Beras merupakan barangan dagangan utama

antara kerajaan agraria dengan kerajaan maritim. Contohnya, kerajaan Sailendra di Jawa Tengah

yang mempunyai penduduk yang ramai serta sistem pertanian yang lebih baik mampu

menghasilkan beras yang berlebihan untuk dibekalkan kepada kerajaan - kerajaan maritim.

Kerajaan maritim berfungsi sebagai pembekal barangan mewah seperti tembikar, tekstil,

gelas dan manik kepada kerajaan agraria. Mengapakah kerajaan agraria yang terletak di

Page 8: Agraria vs Maritim

pedalaman memerlukan barangan mewah tersebut? Sebenarnya, barangan mewah yang diperoleh

itu dapat menjadi sumber kekayaan dan simbol keagungan kerajaan agraria. Antara barangan

mewah yang popular di kalangan kerajaan agraria ialah tembikar China, tekstil dari India dan

China serta barangan gelas dan manik. Perdagangan berlaku di antara kedua - dua kerajaan ini

melalui cara tukar barang yang lebih dikenali sebagai sistem barter. Kerajaan maritim telah

membawa masuk pelbagai jenis barangan untuk ditukarkan dengan kerajaan agraria yang

memang memerlukan barangan itu. Kerajaan maritim juga memerlukan kayu daripada kerajaan

agraria untuk membuat kapal. Kayu yang baik boleh diperoleh di kawasan pedalaman kerajaan

agraria, contohnya daripada kerajaan Pegu di Burma. Selain itu, kerajaan maritim juga

memerlukan binatang kenderaaan seperti gajah untuk dijadikan kenderaan raja. Ini boleh

diperoleh dari kerajaan agraria seperti di Burma dan Siam.

Dalam suatu tempoh masa yang lama, kerajaan agraria berpeluang untuk berkembang

menjadi kerajaan maritim. Sebagai contoh, kerajaan Funan. Kerajaan Funan mencapai

kemuncaknya di bawah pemerintahan Fan Shih-man pada awal abad ke 3 Masihi, mengunjur di

selatan sehingga utara Malaysia dan di barat sehingga ke Burma. Funan berjaya menubuhkan

sistem perdagangan dan monopoli perniagaan yang kukuh dan menjadi corak pentadbiran di

kawasan ini. Fan Shih-man telah memperbesarkan angkatan laut dan memperbaiki birokrasi

Funan, membentuk bentuk separuh-feudal (quasi-feudal) yang membiarkan adat dan pengenalan

tempatan kekal, terutamanya yang terletak di bahagian sempadan kerajaan.

Kerajaan - kerajaan awal di Asia Tenggara menerima pengaruh Hindu - Buddha dalam

sistem pentadbiran, binaan, kebudayaan dan agama.8 Peranan penyebaran pengaruh Hindu -

Buddha diambil oleh Ksyatria atau tentera melalui proses penaklukan, para pedagang atau

Vaisya dan pendeta atau Brahmin. Ciri budaya India yang menarik sahaja yang disesuaikan

dengan budaya tempatan, buktinya arca bercirikan Asia Tenggara di Srivijaya iaitu ikatan tali

kulit harimau yang hanya ada di Srivijaya. Aspek Hindu - Buddha yang diambil berbeza - beza

dari seorang pemerintah dengan pemerintah Asia Tenggara yang lain. Sebagai contoh, kerajaan

Kedah Tua dipengaruhi oleh Buddha, Dieng di Indonesia dipengaruhi oleh Hindu dan Pulau

Bangka dipengaruhi oleh Hindu mazhab Vishnu. Pengaruh Hindu - Buddha berlaku serentak

8 http://en.wikipedia.org/wiki/Buddhism_in_Southeast_Asia http://en.wikipedia.org/wiki/Hinduism_in_Southeast_Asia

Page 9: Agraria vs Maritim

dengan hubungan perdagangan, apabila Rom menghentikan perdagangan emas ke India maka

India beralih mendapat emas di Asia Tenggara.

Dalam aspek pentadbiran, gelaran raja bermula selepas kedatangan pengaruh sistem

beraja India. Di bawah raja ialah kerabat diraja dan pembesar termasuk ahli agama seperti

Brahmin. Selepas itu rakyat dan hamba yang bawah sekali. Raja berkuasa mutlak dalam semua

hal, perintahnya menjadi undang – undang, sesiapa yang menentangnya dianggap derhaka.

Walau bagaimanapun raja harus adil kepada golongan diperintah. Rakyat takut derhaka maka

muncul konsep dewa-raja yang mempunyai sakti. Unsur mitos dan lagenda digunakan untuk

memperkuatkan kedudukan pemerintahannya. Upacara pertabalan dipimpin oleh Brahmin

bertujuan membezakan kedudukan raja daripada golongan diperintah. Raja yang terpengaruh

sistem Hindu - Buddha membina kompleks kota yang melambangkan alam semesta (orde

kosmos). Negara dianggap sebagai alam semesta, raja dan ibu kota ialah pusat alam (pusat

pemerintahan), maka raja perlu mengatur kesejahteraan negara dan rakyat (alam semesta).

Hasil tinggalan hidup daripada kedua - dua kerajaan ini ialah monumen dan kesenian

yang masih boleh dilihat sehingga hari ini. Monumen iaitu binaan atau bangunan daripada batu

untuk memperingati orang ternama atau peristiwa penting seperti candi, kuil, wat, stupa, arca dan

patung. Candi pula berperanan sebagai rumah ibadat, menyimpan abu jenazah raja dan

keluarganya, menyimpan patung dewa utama dan lambang kehebatan raja. Angkor Wat dan

Borobudur melambangkan ‘orde kosmos’. Rumah ibadat di Thailand, Kemboja, Vietnam disebut

wat, tetapi di Burma disebut stupa manakala di Indonesia disebut candi. Candi Dieng dan

Prambanan di Indonesia untuk agama Hindu, tetapi candi seperti Chaiya dan Yarang di Thailand

adalah untuk agama Buddha. Patung Hindu yang dibina adalah seperti patung dewa Siva,

Brahma dan Durga. Patung Buddha pula seperti patung Avalokitesvara. Candi dan patung di

Asia Tenggara merupakan hasil campuran gaya tempatan dan India. Antara pengaruh India

tersebut ialah patung zaman Dinasti Gupta.

5.0 Penutup

Ciri - ciri bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara membolehkan pemahaman mengenai

sejarah dan warisan rantau ini dibuat. Secara ringkasnya, terdapat empat ciri pengkelasan yang

boleh dibuat untuk membandingkan kerajaan agraria dan maritim iaitu lokasi, kegiatan ekonomi,

asas kerajaan dan masyarakat. Kedua - dua kerajaan ini adalah saling bergantung dan melengkapi

Page 10: Agraria vs Maritim

antara satu sama lain. Kegemilangan kerajaan awal Asia Tenggara membuktikan bahawa rantau

ini pernah menjadi pusat pertemuan yang sibuk dan mewah suatu ketika dahulu. Kekayaan hasil

bumi dan sistem pentadbiran yang cekap menunjukkan rantau Asia Tenggara sebenarnya boleh

dan sepatutnya berkembang maju setaraf dengan rantau Eropah dan Amerika pada masa kini.

Walau bagaimanapun, penjajahan kuasa asing menyebabkan kesemua empayar ini lenyap dan

yang tinggal hanya binaan serta asimilasi kebudayaan yang masih boleh dilihat sehingga kini.

Seorang ahli falsafah iaitu George Santayana menyatakan “Those who cannot remember the past

are condemned to repeat it”. Kuasa - kuasa besar pada masa kini seperti Amerika Syarikat,

Jepun dan Russia berlumba - lumba untuk melengkapkan pertahanan masing - masing

terutamanya dalam bidang ketenteraan. Ini kerana sejarah menunjukkan kerajaan agung masa

lalu jatuh akibat serangan kuasa luar. Walau bagaimanapun, persaingan senjata telah

menyebabkan dunia ini menjadi tidak lagi aman kerana wujud ketakutan dan tertekan di

kalangan negara yang bersaing sehingga boleh menyebabkan peperangan.

Sehingga kini, monumen tinggalan daripada kerajaan awal telah menjadi suatu destinasi

pelancongan yang banyak menarik kemasukan pelancong - pelancong dari rantau lain. Asia

Tenggara juga kini masih kekal sebagai tempat pertemuan perdagangan dunia seperti di

Singapura. Sebagai perbandingan, kerajaan Funan dan Champa ialah sebahagian Vietnam pada

masa kini, Angkor ialah Kemboja, Chih-Tu ialah Kelantan, Kedah Tua ialah Kedah, Srivijaya

dan Majapahit pula ialah Indonesia.

6.0 Rujukan

Abdullah Mohamed, (1981), Keturunan Raja - raja Kelantan dan Peristiwa - peristiwa

Bersejarah, Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Page 11: Agraria vs Maritim

Abdul Rahman Haji Abdullah, (2000), Wacana Falsafah Sejarah: Perspektif Barat dan Timur.

Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Ahmad Fawzi b. Mohd. Basri, Mohd. Foad b. Sakdan dan Azami b. Man. (2005) Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah: Sejarah Tingkatan 1 Buku Teks. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Southeast_Asia

http://en.wikipedia.org/wiki/Buddhism_in_Southeast_Asia

http://en.wikipedia.org/wiki/Hinduism_in_Southeast_Asia

http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Cambodia

http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Malaysia

http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Indonesia

http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Laos

http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Myanmar

http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Vietnam

http://en.wikipedia.org/wiki/Sui_Dynasty

Munoz, Paul Michel (2006). Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay

Peninsula. Editions Didier Millet

Wolters, O. W., (1970), The Fall of Srivijaya in Malay History, Ithaca, New York and London.

Wheatley, P. (1980), The Golden Khersonese. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.