masyarakat maritim presentation

Upload: thavaneshwaran-sgi

Post on 03-Jun-2018

407 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    1/41

    Kumpulan 10Bab 3 : Masyarakat Maritim

    1 Thavaneshwaran2 Kanggeswari3 Mohd Aidel

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    2/41

    Definisi Maritim

    Masyarakat maritim menghubung kaitdengan aktiviti berasaskan laut seperti

    perdagangan, perikanan, pengumpulan

    hasil laut, perkapalan, penerokaan dan

    penjelajahan.

    Masyarakatnya yang tinggal di pesisir

    pantai, kepulauan, pelabuhan dan di

    lembah sungai.

    Pelabuhannya dilengkapi dengan

    kemudahan seperti tempat menyimpan

    barang, tempat penginapan, bekalan air

    dan pusat berjual-beli.

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    3/41

    Kedudukan Geografi Kedudukan Portugal berhampiran dengan lautmendorong masyarakatnya melibatkan diri dalam

    bidang maritim. Portugal terletak di Semenanjung

    Iberia yang dikelilingi Lautan Atlantik.

    Mempunyai kawasan pantai yang panjang danmempunyai pelabuhan yang baik seperti Lisbon

    dan Antwerp.

    Pelabuhan ini berperanan sebagai pusat

    pengedaran barang dagangan dan pusatpengagihan rempah ratus yang dibawa dari Timur

    kepada pedagang Eropah. Masyarakatnya menjadi

    pelaut mahir kerana pengaruh kelautan yang

    membolehkan mereka perolehi pengetahuan dan

    pengalaman dalam bidang pelayaran.

    Faktor Kemunculan Masyarakat Maritim di

    Portugal

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    4/41

    Kestabilan Politik

    Faktor kebangkitan Portugal sebagai kuasa maritim.Ini menyebabkan raja Portugalmemberi tumpuan kepada kegiatan maritim. Raja daripada Dinasti Avis (1383-1577)

    beri galakan kepada masyarakat Portugal melibatkan diri dalam bidang perdagangan

    dan perkapalan.

    Keadaan politik di negara Eropah lain tidak stabil seperti Sepanyol,Perancis dan

    England.Ini kerana,negara kota Itali bersaing sama sendiridi Laut Mediterranean. Pada

    ketika itu juga, Sepanyol dan Belanda belum menjadi negara bangsa.Perancis dan

    England pula terlibat dalam Perang Seratus Tahun. Ini menjadikan Portugal mempunyai

    ruang untuk muncul menjadi kuasa maritim.

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    5/41

    Peranan Putera HenryBeliau merupakan tokoh yang berperanan dalam bidang penerokaan dan

    penjelajahan.Seorang saintis dan bekas tentera salib yang mengetahui ilmu

    kartografi. Digelar Henry The Navigator kerana mengasas institut pelayaran

    di Sagres.Institut ini berperanan sebagai pemberi latihan dan kemahirankepada pelayar. Ia menjalankan aktiviti penyelidikan, penciptaan peralatan

    pelayaran dan membaiki kapal.

    Pelayar yang dapat latihan telah menakluki Kepulauan Madeira(1419) dan

    Azores(1427).Tahun 1460, Portugis menguasai rangkaian pelabuhan dari

    Kepulauan Madeira hingga ke Cape Verde.

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    6/41

    Putera Henry

    Pelopor maritim pertama & teragung di

    Portugal.

    Menggalakkan pelayaran ke luar dari Eropah.

    Menubuhakan institut pelayaran di Sagres bagi

    mengembangkan & melahirkan pelayar

    Portugal.

    Membiayai semua peruntukan pelayaran.

    Pelayaran pertama ke Afrika pada tahun 1418

    https://encrypted-tbn3.google.com/images?q=tbn:ANd9GcQ4CMtjw8le1dFIGypAiDiE0c-qGt6vNlOxLLuAtTALm15XYu03
  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    7/41

    Pengaruh Renaisans

    Gerakan ini menyebabkan Portugis muncul sebagai kuasa maritim dan

    menyebabkan perubahan dalam pemikiran bangsa Eropah. Renaisans

    mempunyai ciri-ciri seperti humanisme, individualisme, sekularisme, sifatkritikal, dan rasional.

    Peranan institut gereja mengongkong pemikiran masyarakat mula hilang.Ini

    menyebabkan muncul era baru yang mementingkan sains dan teknologi serta

    kebebasan manusia berfikir. Era baru ini melahirkan semangat ingin tahu di

    kalangan masyarakat dan mula meneroka kawasan yang belum ditemui.

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    8/41

    Perang Salib

    Perang ini memberi peluang kepada Portugal dan bangsa Eropah lain

    mengenali peradaban dan kebudayaan Timur.Keadaan ini menjadikan

    bangsa Eropah berfikiran terbuka dan cara pemikiran yang lebih

    baik,menyebabkan berlaku perubahan gaya hidup bangsa Eropah.Masyarakat

    Eropah merantau dan belayar serata tempat. Mereka belayar ke Timur

    mendapatkan barangan berharga.

    Penerokaan wilayah Islam di Sepanyol mendedahkan orang Eropah kepada

    ilmu pelayaran. Mereka menimba ilmu pengetahuandalam bidang astronomi,

    geometri, matematik, sains dan perubatan. Ini membantu Eropah melibatkan

    diri dalam penjelajahan.

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    9/41

    Penemuan Baharu

    Penemuan dalam teknologi pelayaran dan perkapalan membantu

    penerokaan. Pelayar Portugal cipta peralatan seperti astrolab,carta pelayaran,kompas magnetik, dan reka bentuk kapal.Peralatan ini digunakan untuk

    menentukan arah dan longitud.

    Berpengetahuan dalam bidang geografi dan ilmu pelayaran.Portugal

    mempunyai kemahiran membina kapal jenis Caravel. Kapal ini berupaya untukmengharungi lautan yang luas dan digunakan dalam pelayaran jarak jauh.

    AstrolabKompass

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    10/41

    Perkembangan KapitalismeMenggalakkan kegiatan pengumpulan modal,hak milik persendirian,dan

    persaingan dalam perniagaan. Ini menyebabkan raja negara bangsa dan

    Portugal mempelopori perkembangan ini dan mengamalkan dasar

    merkantilisme yang memberi penekanan terhadap pengumpulan

    kekayaan,kekuasaan,jaga kebajikan penduduk tempatan.

    Menguasai pelayaran melalui pelaburan baharu dan menjadi galakan

    kepada pelayar dan raja menaja pelayaran.

    Dorongan Daripada Pengembara TerdahuluPengembara memberi inspirasi kepada pelayar Portugal adalah seperti

    Marco Polo,Odoric Perdenone.Catatan mereka menarik minat pengembara

    Portugal mencari jalan laut seperti buku The Travels of Marco Polo. JohnMonte pula merekod pengalamannya berkhidmat di Parsi,India,China.Ini

    medorong Portugal melancarkan ekspedisi ke Timur.

    Mitos Prestor John diidentifikasikan sebagai Raja Ethiophia mendorong

    kepada kegiatan penerokaan dan penjelajahan orang Portugal.

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    11/41

    Ciri-ciri Masyarakat Maritim di Portugal

    Kegiatan EkonomiKegiatan ekonomi utama masyarakat maritim di Portugal ialahperdagangan yang di jalankan di pelabuhan seperti Lisbon dan

    Antwerp.Masyarakat maritim melancarkan ekspedisi ke Timur untuk

    menguasai perdagangan rempah .Pedagang Portugal memperoleh barang

    dagangan seperti rempah-ratus, sutera dan batu permata .

    Mereka membawa hasil hutan dan bahan pencelup dari Brazil. Selain

    berdagang masyarakat maritim juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan ,

    mengumpul hasil lautdan

    mempunyai kemahiran

    membina kapal.

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    12/41

    Petempatan Masyarakat maritim Portugal tinggal berhampiran pesisir pantai, lembah

    sungai dan kepulauan.Petempatan mereka berhampiran dengan laut

    memudahkan mereka menjalankan kegiatan seperti perdagangan, menangkapikan dan mengumpul hasil laut .

    Masyarakat maritim juga tinggal di pelabuhan yang terletak di muara sungai.

    Antara pelabuhan yang menjadi tumpuan ialah Pelabuhan Libson dan Antwerp

    yang memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barangdagangan Portugal .

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    13/41

    Teknologi perkapalan dan pelayaranMasyarakat maritim mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal dan

    perahu seperti kemahiran membina kapal jenis Caravel seberat 2000 tan.Kapal

    jenis ini dibina dengan teknologi tinggi kerana akan digunakan untuk pelayaran

    jarak jauh.

    Masyarakat maritim di Portugal mempunyai kemahiran teknologi pelayaran

    di mana tokohnya ialah Putera Henryyang telah mengasaskan sebuah sekolah

    pelayaran di Sagres. Sekolah tersebut terlibat dalam penciptaan peralatan bagi

    memudahkan pelayaran seperti kompas magnetik, astrolab dan carta

    pelayaran.Kewujudan sekolah ini juga membolehkan masyarakat Portugal

    terdedah kepada ilmu nautika .

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    14/41

    Penjelajahan & penerokaan

    Masyarakat maritim di Portugal terlibat dalam aktiviti penerokaan dan

    penjelajahan dan telah melancarkan ekspedisi mencari jalan laut ke Timur .Bartholomew Diaz belayar ke Tanjung Harapan dan berjaya mengelilingi

    Tanjung Harapansampai ke Malindikemudian beliau meneruskan pelayaran

    ke Calicut , India .

    Bartholomew Diaz Cape Of Good Hope / Tanjung Harapan

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    15/41

    .

    Masyarakat maritim di Portugal merupakan

    masyarakat yang berani menghadapi cabaran.

    Sebagai contoh, ekspedisi yang di lancarkanoleh Ferdinand Magellan di mana beliau

    terpaksa menghadapi cabaran kekurangan

    makanan dan kerosakan kapal namun

    meneruskan perjalanan walaupun telah

    didesak oleh anak kapal untuk berpatah balik.Ini menunjukkan Magellan merupakan tokoh

    yang berani menghadapi pelbagai cabaran

    sepanjang pelayaran .

    Memiliki sifat ingin tahu & berani

    Masyarakat maritim mempunyai semangat ingin tahu yang kuat yang

    menyebabkan mereka ingin mengetahui adat resam, budaya dan sejarah

    masyarakat lain . Semangat ingin tahu ini mendorong mereka mengkaji bentukmuka bumi , iklim dan cuaca sesuatu tempat

    Ferdinand Magellan

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    16/41

    Sumbangan Masyarakat Maritim di Portugal

    Portugis berjaya menawan bandar Ceuta yang terletak di Maghribi

    Portugis berjaya menemui Kepulauan Madeira

    Portugis menguasai Kepulauan Azores

    Portugis berjaya mengelilingi Tanjung Bojador

    Portugis mendarat di Tanjung Blanc

    Orang Portugis menemui Kepulauan Tanjung Verde

    Diego Cam belayar sejauh 1400 batu sepanjang pantai barat Afrika

    Penjelajahan

    Barthlomew Diaz menjumpai Tanjung Harpan di Afrika Selatan

    Vasco Da Gama belayar mengelilingi Tanjung Harapan dan

    sampai di Calicut, India

    1415

    1419

    1427

    1434

    1441

    1444

    1482-1484

    1488

    1498

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    17/41

    Peta Perjalanan Bartholomew Diaz dan

    Vasco Da Gama

    Vasco Da Gama

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    18/41

    Perdagangan

    Tahun Peristiwa

    1503 Portugal menubuhkan petempatan perdagangan di Cochin,

    India

    1511 Portugal menguasai Pelabuhan Ormuz

    1517 Portugal mengasaskan pangkalan perdagangan di Canton

    1520 Portugal mengasaskan pangkalan perdagangan di

    Mozambique

    1542 Portugal mengasaskan pangkalan perdagangan di Jepun

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    19/41

    Penjajahan

    Tahun Peristiwa

    1415 Orang Portugal menawan bandar Ceuta yang terletak di

    Maghribi

    1427 Portugal berjaya menguasai Kepulauan Azores

    1510 Orang Portugal menawan Goa di India

    1511 Angkatan tentera Portugal menawan Melaka

    1517 Portugal mengasaskan tanah jajahan di Macau

    Af d Alb

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    20/41

    Afonso de Albuquerque

    Belayar dari Portugal dan menawan Goa,

    India pada 1510.

    Belayar dari Goa dan menawan Melaka pada

    1511.

    Membina pelabuhan & kubu kuat di Goa &

    Melaka.

    Dari Melaka beliau belayar ke Siam, Burmadan Kepulauan Melayu untuk mendapatkan

    rempah-rempah.

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    21/41

    PerkapalanMasyarakat martim di Portugal mencapai kemajuan yang pesat dalam bdang

    perkapalan.Mereka mempunyai kepakaran dalam pembinaan kapal serta

    kemajuan dalam teknologi perkapalan.Mereka mempunyai kemahiran dalampembinaan kapal yang mampu belayar di lautan luas. Sebagai contoh mereka

    memiliki teknologi membina kapal jenis Caravel seberat 2000 tan.Antara

    peralatan baharu yang dicipta oleh mereka ialah carta pelayaran, kompas dan

    astrolab.Mereka juga memiliki peta-peta yang lengkap bagi memudahkan

    kegiatan penerokaan dan penjelajahan.

    Institusi pelayaran: Masyarakat maritim di Portugal merupakan masyarakat

    Eropah yang pertama mendirikan sekolah pelayaran yang didirikan oleh Henry

    the Navigator di Sagres yang ditubuhkan untuk memberi latihan dan kemahiran

    kepada pelayar Portugal. Sekolah ini memberi galakan dan dorongan kepada

    pelayar-pelayar melibatkan diri dalam kegiatan penerokaan dan penjelajahan.

    Pelayar yang mendapat latihan di sekolah ini berjaya menguasai Kepulauan

    Madeira, Azores dan belayar sepanjang pantai selatan benua Afrika.

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    22/41

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    23/41

    Penyebaran Agama Islam

    Masyarakat maritim di Portugal juga terlibat dalam penyebaran agama

    Kristian.Dalam hal ini, mubaligh Kristian turut dihantar dalam ekspedisipelayaran ke Timur.

    Mubaligh Kristian telah memulakan usaha untuk mengkristiankan penduduk

    di tanah jajahan. Umpamanya penduduk Portugal dan mubaligh Kristian datang

    beramai-ramai ke Brazil dan menetap di petempatan baharu seperti di Sao

    Paolo, Pernambuco, dan Bahia.

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    24/41

    Jepun sudahpun mengadakan

    perdagangan dengan negara China &

    Barat.

    Jepun juga mengadakan dasar buka

    pintu kepada negara luar untukberdagang dengan Jepun.

    Pada abad ke-16, Jepun telah

    mengadakan perdagangan dengan

    Portugal.

    Kemasukan pedagang Portugismembawa banyak perubahan kepada

    Jepun dari segi teknologi, taktik

    perang, senjata, kesenian &

    penyebaran agama Islam.

    Kedudukan Jepun pada Abad ke- 16 dan 17

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    25/41

    Kedudukan Geografi

    Dari segi geografi,negara ini terdiri

    daripada beberapa pulau yangdikelilingi laut.Antara pulau yang jadi

    tumpuan masyarakat maritim di Jepun

    ialah Kyushu, Shikoku, Hokkaido dan

    Honshu.Oleh kerana bentuk muka bumi

    pulau-pulau ini yang bergunung-ganang,maka petempatan didirikan di

    kawasan pesisir pantai.

    Lokasi petempatan yang berhampiran

    laut menyebabkan penduduk terdedah

    dengan kegiatan berasaskan laut.

    Perkembangan ini menjadi asas

    kemunculan masyarakat maritim di

    Jepun.

    P d

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    26/41

    Kemunculan PelabuhanKemunculan pelabuhan merangsang pertumbuhan masyarakat maritim di

    Jepun.Kepesatan perdagangan menyebabkan kemunculan pelabuhan

    entrepot.Antara pelabuhan entrepot terpenting abad ke-16 ialahKyushu,Nagasaki,dan Shimodayang juga menjadi tumpuan pedagang Jepun

    dan pedagang luar negara.

    Menjelang pertengahan abad ke-16,kapal pedagang Portugal berlabuh di

    pelabuhan Kyushu.Kehadiran mereka mendapat galakan daripada golongan

    bangsawan Jepun.

    Perdagangan Perkembangan perdagangan menyumbang kepada kemunculan masyarakat

    maritim di Jepun. Pada Zaman Ashigaka, perdagangan berkembang pesat di

    Jepun.Pedagang Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara di

    rantau Asia Tenggara.Menjelang zaman Tokugawa,hubungan perdagangan terjalin denngan China,

    Korea dan Vietnam. Pedagang-pedagang asing seperti pedagang dari Portugal

    juga datang ke Jepun. Di zaman Nobunaga, lebih ramai pedagang dari Portugal

    datang ke Jepun.Kedatangan pedagang asing ini menyebabkan muncul

    masyarakat maritim.

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    27/41

    Kemajuan pesat dalam pelayaran ini menyebabkan masyarakat maritim di

    Jepun mampu untuk belayar hingga ke Korea, China dan Asia Tenggara.Kemajuan yang dicapai dalam teknologi pelayaran dan pembinaan kapal

    menjadikan negara Jepun berjaya muncul sebagai masyarakat maritim. Jepun

    melahirkan ramai pelayar yang mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran

    serta pengetahuan dalam ilmu nautika, kartografi dan perkapalan.

    Kemajuan Dalam Bidang Teknologi Pelayaran

    Menjelang abad ke-16, muncul pusat

    pembinaan dan baik pulih kapal-kapal di

    Jepun.Masyarakatnya juga mempunyai

    kemahiran dalam pembinaan kapal-kapal

    besar yang sesuai untuk pelayaran jarajjauh.

    Kapal Shuinsen merupakan kapal

    yang diguna pedagang Jepun belayar ke

    Asia Tenggara.

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    28/41

    Dasar Kerajaan Jepun

    Dasar buka pintu yang diamalkan kerajaan Jepun menyumbang kepadakemunculan masyarakat maritim di Jepun.Dasar ini juga menyebabkan

    masyarakat maritim Jepun terdedah pengaruh dari luar seperti Asia dan juga

    Barat.

    Menjelang akhir abad ke-16,pedagang dari Portugal menjalankan aktivitiperdagangan dengan Jepun.Selain pedagang,golongan mubaligh Kristian juga

    terlibat dalam menyebarkan dakwah dalam kalangan penduduk Jepun.

    Hubungan dengan Portugal menyebabkan masyarakat maritim Jepun

    menerima teknologi baharu dari Barat iaitu perkapalan.Perkembangan inimemainkan peranan dalam merancakkan kegiatan maritim.

    G l k P i t h

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    29/41

    Galakan Pemerintah

    Pemerintah juga memainkan peranan penting. Hideyosi merupakan

    pemerintah yang berminat dalam aktiviti perdagangan.Beliau menggalakkan

    pedagang Jepun berdagang ke seberang laut. Semasa pemerintahannya, Jepun

    menjalinkan hubungan perdagangan dengan China dan Korea. Beliau

    mengawal kegiatan perdagangan dengan negara-negara asing dengan

    mengawal segala aktiviti perdagangan di pelabuhan Nagasaki mulai tahun

    1587. Ekoran itu, pedagang Jepun di Nagasaki, Sakai dan Hakata menghantarekspedisi ke Asia Tenggara.

    Shogun Tokugawa memberi galakan kepada rakyat untuk libatkan

    diri dalam perdagangan maritim. Semasa pemerintahan Tokugawa Ieyasu,

    dasar perdagangan Shuinsen diperkenalkan. Berdasarkan dasar ini kapal dagang

    yang menjalankan aktiviti perdagangan dengan negara asing dikehendaki

    memiliki mohor merah. Ini menyebabkan ramai golongan bangsawan

    melibatkan diri dalam perdagangan maritim.Abad ke-17, banyak kapal dagang

    Shuinsen terlibat dalam perdagangan dengan Vietnam. Ini menjadi asas

    kemunculan masyarakat maritim.

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    30/41

    Pengaruh Luar

    Kemunculan masyarakat maritim disebabkan oleh hubungan antara Jepun

    dengan negara-negara lain. Menjelang abad ke-16,Jepun jalinkan hubungan

    perdagangan dengan Portugal. Akhir abad pula, ramai pedagang dari Portugal

    melibatkan diri dalam aktiviti perdagangan.

    ShogunAshikaga membenarkan pedagang Portugal berdagang di pelabuhan

    Nagasaki. Menjelang abad ke-17, pedagang dari Belanda, British dan Sepanyol

    menjalankan perdagangan dengan Jepun. Kedatangan pedagang Barat

    menyebabkan aktiviti perdagangan berkembang pesat dan meletakkan

    kemunculan masyarakat maritim di Jepun.

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    31/41

    KapalShuinsen

    Shogun Tokugawa

    Pelabuhan Nagasaki

    Ciri Ciri Masyarakat Maritim di Jepun

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    32/41

    Ciri-Ciri Masyarakat Maritim di Jepun

    Kegiatan ekonomiKegiatan ekonomi utama masyarakat maritim di Jepun ialah perdagangan.

    Pedagang-pedagang Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan AsiaTenggara.

    Menjelang abad ke-16, Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan

    Barat. Pedagang-pedang Jepun mengeksport barangan seperti tembaga,

    berlian, danperak.

    Antara barangan yang diimport oleh pedagangan Jepun ialah sutera,tembikar,dan tembaga dari China. Barangan tropika pula diimport dari pelabuhan di

    Asia Tenggara.

    Kemasukan

    Kapal Dagang

    Portugis

    Petempatan

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    33/41

    Petempatan

    Masyarakat maritim Jepun tinggal di kawasan pesisir pantaidan kepulauan.

    Kedudukan berhampiran dengan laut memudahkan mereka menjalankan

    aktiviti perdagangan, menangkap ikan, dan mengutip hasil laut.Selain itu, masyarakat maritim juga tinggal di pelabuhanyang terletak di

    muara sungai. Antara pelabuhan yang menjadi tumpuan masyarakat maritim

    ialah pelabuhan Kyushu, Hiroshima, Nagasaki dan Shimoda.

    Teknologi perkapalan

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    34/41

    Teknologi perkapalan

    Masyarakat maritim Jepun terdedah kepada kemahiran dalam pembinaankapal dan perahu. Mereka mempunyai kemahiran membina kapal layar yang

    dikenali sebagai Shuinsen. Kapal layar ini digunakan oleh pedagangan-

    pedagangan Jepun untuk pelayaran jarak jauh seperti ke pelabuhan di Asia

    Tenggara.

    Di samping itu, masyarakat maritim Jepun juga mempunyai kemahiran

    membina kapal seperti Higaki-kaisendanTaru-kaisen. Kapal jenis ini

    digunakan dalam perdagangan dalam negara yang melibatkan laluan antara

    Osaka dan Edo.

    KapalHigaki

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    35/41

    Teknologi pelayaranMasyarakat maritim di Jepun mempunyai kemahiran dalam teknologi

    pelayaran.Mereka mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam ilmu

    pelayaran,ilmu nautikadan kartografi.Masyarakat maritim menerima pengetahuan mengenai teknologi

    perkapalan daripada pedagangan portugal. Shogun Leyasumendapat

    bantuan daripada orang sepanyol dalam teknologi perkapalan.

    Penjelajahan dan penerokaan Masyarakat maritim di Jepun terlibat dalam aktiviti penerokaan dan

    penjelajahan. Menjelang awal abad ke-17 , lebih daripada 350 buah

    kapalterlibat dalam pelayaran ke luar negeri. Secara purata, Jepun menghantar 14 ekspedisiperdagangan ke negara-

    negara lain setiap tahun. Di samping itu, masyarakat maritim Jepun juga

    melancarkan ekspedisi pelayaran ke China, Korea, dan Amerika Selatan.

    Sumbangan Masyarakat Maritim di Jepun dalam

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    36/41

    Sumbangan Masyarakat Maritim di Jepun dalam

    bidang Perdagangan

    Penggunaan mata wangMasyarakat maritim di Jepun menjalankan akktiviti perdagangan yang

    melibatkan mata wang.

    Menjelang abad ke-14, perdagangan Jepun menggunakan mata wang secara

    meluas dalam urus niaga. Penggunaan mata wang menyebabkan kegiatan

    perdagangan kegiatan perdagangan dapat berkembang dengan pesat.Kehadiran pedagang asing dari Portugal, Belanda, Sepanyol dan British telah

    menyebabkan penggunaa mata wang perak meningkat kerana digunakan dalam

    urus niaga.

    Perdagangan luar Negara

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    37/41

    Perdagangan luar NegaraHubungan antara Jepun dengan dunia luar berkembang pesat sejak zaman

    Ashikaga. Pada zaman tersebut, perdagangan Jepun menjalankan perdagangan

    dengan Negara di Asia Tenggara.

    Hubungan perdagangan antara Jepun dengan Vietnam berkembang pesatpada abad ke-16, ini di sebabkan oleh dasar kerajaan Ming yang menghentikan

    segala aktiviti perdagangandengan Jepun.

    Dasar kerajaan Ming menyebabkan pedagang-pedagang Jepun mengalami

    kesukaran unuk mendapatkan barang dagangan dari China. Keadaan ini

    menyebabkan pedagang Jepun mengunjungi pelabuhan di Vietnam untukmendapatkan barang dagangan.

    Persatuan perdagangPerkembangan pesat dalam perdagangan telah menyebabkan muncul

    Persatuan Dagang di Jepun.Pedagang-pedagang menubuhkan persatuandagang (guild) di pecan dan bandar-bandar besar.Sebagai contoh, orang

    Belanda menubuhkan persatuan perdaganagn di Khusyu pada tahun 1609.

    Selain persatuan dagang, persatuan kewangan yang di kenali sebagai

    mujinko juga ditubuhkan.Selain itu, pusat pertukaran wang juga ditubuhkan

    di bandar-bandar besar di Jepun.

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    38/41

    Pengkhususan kerjaPerkembangan pesat dalam bidang ekonomi menyebabkan berlaku

    pengkhususan kerja.Penduduk Jepun melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi

    seperti pertukangan, perlombongan dan perdagangan.Perkembangan ini menyebabkan muncul golongan pedagang dan golongan

    artisan.Golongan artisan menghasilkan tembikardan porselin yang menarik

    dengan menggunakan teknologi dari Korea.Selain itu, orang Jepun juga

    melibatkan diri dalam industri tekstil dan menghasilkan kain sutera yang

    bermutu tinggi.

    Kemunculan kelas pedagangPerkembangan pesat dalam sector perdagangan menyebabkan muncul

    golongan pedagang di Jepun.Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi

    menyebabkan pedagang-pedagang menikmati kehidupan yang mewah.

    Menjelang abad ke-17, golongan pedagang menubuhkan syarikat bagi

    mengendalikan urusan perdagangan.Pedagang-pedagang Jepun menubuhkan

    persatuan pedagang di bandar bagi mempertahankan hak dan kebajikan

    mereka.

    Kebudayaan

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    39/41

    Kebudayaan

    Penyebaran agama kristianPaderi-paderi kristian daripada mahzab seperti Jesuit,Franciscan,dan

    Dominican menyebarkan agama kristian di Jepun. Pada tahun 1582,terdapat150 000 orang kristian dan lebih daripada 200 buah gereja di Jepun. Penganut

    agama kristian dalam kalangan orang Jepun terdiri daripada petani dan

    golongan bangsawan.

    Pengaruh asing dalam bahasa JepunPerkataan asing mula digunakan secara meluas dalam perbendaharaan kata

    Jepun. Umpamanya perkataan Portugis,iaitu pao (roti) dan bosan (butang).

    Perkataan Sepanyol yang diterima dalam perbendaharaan kata Jepun adalah

    jabon (sabun). Perkataan Belanda yang diterima dalm bahasa Jepun ialah doek

    (itik).

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    40/41

    Kehadiran Mubaligh Kristian Port

    Kehadiran pedagang Portugis

  • 8/12/2019 Masyarakat Maritim Presentation

    41/41