masyarakat agraria china(slide) 1

25
MUHAMMAD ASHRAF BIN NORA’AZIM 6 RENDAH 1 SMTI MASYARAKAT AGRARIA CHINA

Upload: ashraf-azim

Post on 23-Dec-2014

409 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Masyarakat agraria china(slide) 1

MUHAMMAD ASHRAF BIN NORA’AZIM6 RENDAH 1

SMTI

MASYARAKAT AGRARIA CHINA

Page 2: Masyarakat agraria china(slide) 1

PERINGATAN!!!

MATA INI AKAN SENTIASA MEMERHATI SIAPA YANG

TIDO KETIKA PEMBENTANGAN

Page 3: Masyarakat agraria china(slide) 1

1. Negara China mempunyai keluasan hampir 9.6 juta km persegi tetapi tanah yang sesuai untuk kegiatan pertanian hanyalah 15% sahaja.

Kawasan lain terdiri daripada pergunungan dan gurun di sebelah barat dan utara China. Negara China juga sebahagian besarnya berada dalam kawasan hawa sederhana mengalami perubahan iklim dari kawasan tropika  ke kawasan sejuk.

Walaupun berkeadaan demikian, negara China masih lagi mampu mengeluarkan makanan daripada perlbagai jenis tanaman untuk kegunaan masyarakat dan untuk dieksport ke negara luar.

PENGENALAN

PETA

Page 4: Masyarakat agraria china(slide) 1
Page 5: Masyarakat agraria china(slide) 1
Page 6: Masyarakat agraria china(slide) 1

Pada zaman pemerintahan Dinasti Ming dan Qing, negara China masih dipanggil masyarakat agraria iaitu meliputi 85% daripada keseluruhan penduduk dan tinggal di desa.

Masyarakat agraria China tertumpu di kawasan timur laut China dengan Mongolia. Kawasan ini mempunyai dataran loes yang subur disepanjang Sungai Kuning.

Di sebelah selatan pula terdapat pula Sungai Yangtze (sungai terbesar di China) yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat agraria di China.

Page 7: Masyarakat agraria china(slide) 1

Sungai Yangtze

Page 8: Masyarakat agraria china(slide) 1

Tanah di negara China semua dimiliki oleh maharaja dan dikurniakan kepada golongan bangsawan atau pembesar (tuan tanah).

Tanah merupakan satu aset yang amat berharga yang dapat menentukan status sosial seseorang itu.

Tuan-tuan tanah ini akan memberikan kepada golongan rakyat masyarakat agraria untuk diusahakan.

Page 9: Masyarakat agraria china(slide) 1

Tanah ini akan diusahakan dari satu generasi ke satu generasi secara bersama dan tidak mengutamakan hak individu.

Masyarakat agraria China mengusahakan tanah pertanian secara tradisional dengan menggunakan peralatan lama dan najis binatang untuk menyuburkan tanah

Hasil yang diperolehi masih cukup untuk menampung keperluan harian mereka tetapi tidak dapat menyimpan.

Walaupun negara China mempunyai tanah yang subur dan masyarakat agrarianya cekap bercucuk tanam, namum mereka masih hidup dibelenggu dengan kemiskinan.

Page 10: Masyarakat agraria china(slide) 1

Tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria di China ialah padi sawah yang banyak ditanam di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.

Tanaman lain turut diusahakan seperti menanam kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan bijirin lain.

Masyarakat China yang tinggal di tanah tinggi Utara China, mereka menanam padi huma, sekoi dan kekacang terutama di sekitar Sungai Heilongjiang.

Page 11: Masyarakat agraria china(slide) 1

SAYA TIDAK TAHU…

SILA CARI DALAM

INTERNET….

USAHA TANGAA KEJAYAAN

BERUSAHALAH…!!!

Page 12: Masyarakat agraria china(slide) 1

"Heilongjiang" bermaksud "sungai naga hitam", iaitu nama

bahasa Cina bagi Amur.Sungai terpanjang di Asia

Page 13: Masyarakat agraria china(slide) 1

Kedatangan pedagang luar ini telah menyebabkan negara China menerima pelbagai aspek dari tamadun luar.

Perkara ini secara langsung telah membawa banyak perubahan dalam bidang pertanian dan ini akan meningkatkan lagi ekonomi negara China.

Seterusnya, membolehkan negara China menikmati kemakmuran dan kekayaan dalam pertambahan penduduk dan bidang pertanian.

Page 14: Masyarakat agraria china(slide) 1

Semasa pemerintahan Dinasti Ming, China telah berusaha untuk meningkatkan hasil pertanian mereka dengan memperkenalkan sistem pengairan,

Mereka juga mengamalkan tanaman giliran mengikut musim, memperkenalkan peralatan pertanian yang baru, meningkatkan keluasan kawasan pertanian dan penggunaan baja.

Penanaman padi jenis baru telah diperkenalkan dari selatan Vietnam yang boleh ditanam dua kali setahun dan tidak memerlukan air yang banyak. Ini telah memboleh padi ini di tanam di kawan tanah tinggi yang kekurangan air.

Tanaman baru yang lain turut diperkenalkanKEKACANG

UBI KENTANG MANIS

BARLI JAGUNG

Page 15: Masyarakat agraria china(slide) 1

Masyarakat agraria China mengamal pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau kawasan seperti

Daerah Kwangtung, Fukien dan Szechwan

Daerah Chekiang dan selatan Kingsu

Daerah Kinagsu dan daerah utara

Daerah Yunnan

Daerah Manchuria. perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian

diusahakan oleh petani di Kiangnan

TEBU

TEH dan DAUN MULBERY untuk makanan ulat sutera

KAPAS

PERLOMBONGAN

hasil hutan (kayu balak)

Page 16: Masyarakat agraria china(slide) 1

Di samping perlombongan arang batu, besi, tembaga, bijih timah, timah hitam, antimoni dan perak.

Masyarakt China juga sangat gemar kepada BATU JED yg berwarna hijau

Ia merupakan lambang kemegahan kepada masyarakat Agraria China pada masa itu.

PERLOMBONGAN

Page 17: Masyarakat agraria china(slide) 1

Negara China semakin berkembang ekonominya terutama dalam pembuatan porselin, pembuatan kertas, sutera dan kapas di bandar Nanjing dan Beijing.

Industri porselin memberi sumbangan dalam pendapatan negara China dan Bandar Kiangsi muncul sebagai pusat pengeluran porselin utama.

Bandar Soochow pula sebagai pusat industri tekstil dan Sungkiang menjadi pusat pengeluran kain kapas. Tanaman kapas menjadi tanaman penting di zaman Dinasti Ming.

Industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang kepada ekonomi masyarakat agraria di China.

Page 19: Masyarakat agraria china(slide) 1

Masyarakat agraria China juga turut menjalankan kegiatan perusahaan pertukangan secara perkongsian modal dan tanggungjawab untuk memajukan perusahaan ini.

Mereka akan bergabung mengikut wilayah menjadi satu kesatuan peniaga yang akan disertai oleh kesatuan peniaga, kesatuan penenun, kesatuan peniaga bank, kesatuan peniaga pakaian, dan kesatuan peniaga emas.

Persatuan berperanan sebagai badan yang akan mengawal harga barangan, menetapkan nilai barangan, dan menyelesaikan segala masalah atau pertikaian antara ahli-ahli persatuan.

Page 20: Masyarakat agraria china(slide) 1

Masyarakat agraria China turut menjalankan ekonomi perdagangan walaupun kegiatan ini dianggap hina dan rendah tarafnya di negara China.

Namum kegiatan ini sebenarnya memberi pulangan yang

cukup besar kepada negara dan masyarakatnya.

Aktiviti perdagangan berkembang dengan baik kerana adanya sistem pengangkutan yang baik iaitu sungai sebagai jalan perhubungan yang utama seperti Sungai Yangtze, Sungai Peiho dan Sungai Kuning.

Manakala terusan turut dibina untuk merancakkan lagi aktiviti perdagangan seperti Terusan Besar (menganjur dari Peking ke Hangchow di selatan Sungai Yangtze) dan terusan-terusan kecil di bahagian tengah dan selatan China

Page 21: Masyarakat agraria china(slide) 1

Sistem perhubungan darat masih primitif(kuno) iaitu masyarakat masih menggunakan unta dan keldai sebagai pengangkutan utamanya.

Aktiviti perdagangan China bukan hanya tertumpu kepada perdagangan dalam negara dan kawasan Asia sahaja tetapi turut berlaku dengan pedagang dari negara Barat terutama di abad ke-16 dan 17.

Kekayaan negara China dengan hasil perlombongan arang batu, besi, tembaga, bijih timah, timah hitam, antimoni dan perak telah menarik ramai pedagang dari Barat ini. Pada abad ke-16, pedagang dari Portugal, Sepanyol, Belanda, Rusia dan British telah mula berdagang dengan China.

Page 22: Masyarakat agraria china(slide) 1

Pada tahun 1532, aktiviti perdagangan dengan pedagang Portugal telah bermula di pelabuhan Macau dan dibenarkan berdagang di Canton pada masa-masa tertentu sahaja dengan dipantau ketat oleh pembesar China.

Melalui aktiviti perdagangan ini China dapat membeli barangan perak dari Portugal dan pedagang Portugal pula membeli sutera untuk dibawa ke Eropah.

Pada tahun 1575, pedagang Sepanyol telah tiba di China dan diikuti pedagang Belanda pada tahun 1604. Rusia pula telah menghantar wakilnya untuk menjalinkan hubungan perdagangan dengan China pada tahun 1654.

Seterusnya pedagang British pula tiba di China pada tahun 1639 untuk berdagang dengan China. Aktiviti perdagangan ini telah menyebabkan pengaliran keluar wang perak China dengan banyak dan ini telah mengakibatkan China berada di ambang inflasi.

Page 23: Masyarakat agraria china(slide) 1

Pedagang-pedagang Barat mula tidak berpuasa hati dengan dasar kerajaan China dalam aktiviti perdagangan ini kerana bertentangan dengan amalan prinsip atau konsep perdagangan bebas yang diamalkan oleh Barat.

Wakil-wakil Barat terutama British telah dihantar untuk berunding dengan kerajaan China tetapi semuanya menemui kegagalan.

Kegagalan ini akhirnya telah mencetuskan ketegangan hubungan dan telah menbawa kepada Perang Inggeris-China 1 atau Perang Candu 1 pada tahun 1839 hinga tahun 1842.

Page 24: Masyarakat agraria china(slide) 1

JUMPA LAGI….

TERIMA KASIH

LER SEBAB MENDENGO

Page 25: Masyarakat agraria china(slide) 1