agama dan hubungan etnik di malaysia 00

11
AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA IZZAN FATIHIN BINTI MD ATAN PISMP 3.08

Upload: izzan-fatihin

Post on 21-Jan-2016

482 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

info

TRANSCRIPT

Page 1: Agama Dan Hubungan Etnik Di Malaysia 00

AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK DI

MALAYSIAIZZAN FATIHIN BINTI MD ATAN

PISMP 3.08

Page 2: Agama Dan Hubungan Etnik Di Malaysia 00

Agama dan Hubungan Etnik di Malaysia :

institusi agama & pusat ibadat, ritual & upacara

keagamaan serta simbol keagamaan

1. Agama Islam

2. Agama Buddha

3. Agama Kristian

4. Agama Hindu

4.Agama

Sikh

Page 3: Agama Dan Hubungan Etnik Di Malaysia 00

PENGENALANSesuatu kelompok etnik boleh dikenali berasaskan agama yang dianutinya.

Contoh : kaum Melayu dikenali kerana mengamalkan agama Islam dalam kehidupan seharian.

Sensitiviti agama perlu dipelihara bersama bagi mengekalkan keharmonian pelbagai etnik.

Maka, setiap ahli masyarakat perlu ambil tahu tentang agama kelompok etnik yang lain bagi mengelakkan salah faham.

Page 4: Agama Dan Hubungan Etnik Di Malaysia 00

TABURAN PENGANUT AGAMA DI MALAYSIA : 2000

61%19%

9%

6%5%

ISLAMBUDDHAKRISTIANHINDULAIN-LAIN

Page 5: Agama Dan Hubungan Etnik Di Malaysia 00

•Hari Raya Aidilfitri ialah perayaan paling penting bagi masyarakat Islam seluruh dunia.•Disambut pada 1hb Syawal tahun Hijrah iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Lunar Islam.•Aidilfitri disambut setelah umat Islam selesai berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan.•Sambutan bermula dengan solat Aidilfitri di masjid dan diteruskan dengan menziarahi sanak-saudara.•Aktiviti seperti rumah terbuka turut diadakan.•Hari Raya Aidiladha juga penting bagiumat Islam.•Ia turut dikenali sbg Hari Raya Haji.•Umat Islam digalakkan membuatibadah korban pada perayaan ini.

•Al-Quran merupakan simbol suci.•Al-Quran dipandang mulia dan dijagadengan baik.•Keseluruhan ajaran Islam terkandung dalamAl-Quran yang ditulis menggunakan bahasa Arab.•Bacaan Al-Quran sering diperdengarkan dalam majlis2x keagamaan dan majlis2x rasmi.•Khinzir dan anjing merupakan binatang yang tidak boleh dimakan dan disentuh umat Islam.•Jika terjadi, proses samak perlu dilakukan sebagaimana yang telah dikatakan dalam Al-Quran.

• Solat merupakan ibadat terpenting bagi umat Islam dan ianya dilaksanakan 5 kali sehari iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak.

• Umat Islam digalakkan melakukan solat secara berjemaah di masjid namun mereka juga dibenarkan melakukan solat di rumah.

•Pada setiap hari Jumaat, Solat Jumaat akan dilaksanakan berserta khutbah. Solat Jumaat diwajibkan bagi setiap lelaki manakala sunat bagi perempuan.•Azan merupakan panggilan untuk menunaikan solat. Tujuannya ialah untuk memberi peringatan kdp Umat Islam bagi tidak lalai melakukan solat.

• Masjid merupakan pusat ibadat yang diterajui imam.•Pentadbiran masjid tertakluk pd peraturan Jab Agama Islam yg bernaung bawah kuasa sultan. Bagi negeri yang tiada sultan, naungan adalah bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.•Jab Agama Islam (JAI) ialah institusi keagamaan di setiap negeri.

• Funsinya mentadbir dan menguruskan aktiviti berkaitan agama Islam.

• Mahkamah Syariah pula menguruskan undang2x dalam Islam seperti jenayah dan aspek kekeluargaan .

AGAMA ISLAM

Perayaan Institusi Agama & Pusat Ibadat

Ritual dan Upacara

KeagamaanSimbol

Keagamaan

Page 6: Agama Dan Hubungan Etnik Di Malaysia 00

•Imej Buddha ialah simbol suci.•Imej yang biasa dilihat di Malaysia ialah dalam bentuk Buddha duduk, berdiri dan baring.•Loceng merupakan simbol yang digunakandalam upacara sembahyang.•Ia dibunyikan bagi menandakan setiap tahap dalam upacara tersebut selsai dijalankan.•Lilin pula salah satu ikon penting dalam agama Buddha yang melambangkan kebijaksanaan.

• Dalam upacara keagamaan, tiga objek utama atau Tripple Gem iaitu Buddha, Dharma dan Sangha.

• Upacara dilakukan bagi memohon perlindungan yang dimulakan dengan menyembah patung Buddha diikuti bacaan mantera tertentu.

•Penganut agama Buddha sebenarnya tidak menyembah patung Buddha tetapi apa yang dizahirkan oleh Buddha tersebut dari segi ketinggian semangat Buddha yang ideal.•Patung Buddha juga melambangkan kebijaksanaan yang sempurna.

•Wesak merupakan perayaan yang disambut pada hari ke-8 bulan keempat kalendar lunar masyarakat Cina.•Ia disambut bagi memperingati kelahiran, kemunculan dan pencapaian Gautama Buddha ke Nirwana.•Mereka akan berkumpul di kuil bagi melakukan meditasi.•Tahun Baru Cina pula merupakan perayaan utama yang disambut pada hari pertama bagi bulan Lunar yang pertama.•Ia disambut selama 15 hari dan disambungdengan Chap Goh Mei.•Opera Cina antara persembahan tradisional yang sering diadakanpada musim perayaan.

•Dinaungi oleh sebuah badan yang dikenali sebagai Persatuan Buddha Malaysia.•Ianya merupakan payung kepada persatuan dan tokong Buddha di serata Malaysia.•Pusat ibadat bagi penganut Buddha ialah tokong dan biara (wat).•Tokong turut menyediakan pendidikan agama Buddha.

• Ia turut dijadikan tempat untuk membuat aktiviti kebajikan.

• Ketua bikku (sami) merupakan mereka yang bertanggungjawab melakukan uppacara keagamaan.

Perayaan Institusi Agama & Pusat Ibadat

Ritual dan Upacara

KeagamaanSimbol

Keagamaan

AGAMA BUDDHA

Page 7: Agama Dan Hubungan Etnik Di Malaysia 00

•Bible atau kitab Injil merupakan kitab suci penganut Kristian.•Kitab ini dipercayai sebagai perkataan Tuhan.•Salib juga merupakan simbol suci.•Salib ialah tanda palang yang menjadi simbol bagi agama Kristian yang digantung di bumbung atau dinding gereja malah dipakai sebagai rantai leher oleh penganutnya,•Mereka mempercayai bahawa pemakaiannya dapat melindungi daripada bahaya.

• Terdapat due jenis pemujaan iaitu penyembahan individu dan penyembahan berkumpulan.

• Penyembahan individu dilakukan secara bersendirian dengan bermeditasi dalam keadaan sunyi samada waktu pagi atau petang.

•Penyembahan berkumpulan atau beramai-ramai (congregation) dilakukan di gereja pada pagi setiap hari Ahad.•Ritual penyembahan mengikut mazhab masing2x.•Antara ritual ialah bermeditasi, nyanyian mazmur, bacaan kitab Bible dan syarahan agama.•Upacara pembaptisan juga merupakan ritual penting. Setiap penganut wajib menjalani upacara ini.

•Krismas disambut oleh semua penganut Kristian pada 25hb Disember setiap tahun.•Ia disambut bagi memperingati hari kelahiran Jesus Christ.•Ia turut dikenali sebagai Hari Natal.•Good Friday dan Easter Sunday juga disambut. Good Friday disambut sehari sebelum Easter Sunday bagi memperingati hari Jesus disalib.•Easter Sunday disambut bagi merayakanhari Jesus dihidupkan kembali.•Perayaan Easter disambut denganpemberian hadiah berbentuk teluryang melambangkan kegembiraan.

•Gereja merupakan tempat ibadat penganut Kristian.•Selalunya penganut Kristian akan berkumpul di gereja pada setiap hari Ahad untuk melaksankan upacara keagamaan mereka.•Loceng dibunyikan bagi menandakan upacara keagamaan sedang dijalankan. Gereja diketuai paderi.

• Sebahagian besar gereja di Malaysia bernaung bawah Majlis Gereja-gereja Malaysia yang disertai oleh kebanyakan mazhab Kristian di Malaysia.

Perayaan Institusi Agama & Pusat Ibadat

Ritual dan Upacara

KeagamaanSimbol

Keagamaan

AGAMA KRISTIAN

Page 8: Agama Dan Hubungan Etnik Di Malaysia 00

• Puja (Pooja) merupakan acara keagamaan yang penting dalam agama Hindu.

• Upacara ini dapat menghubungkan penganutnya dengan Dewa iaitu dengan bermeditasi dan membaca mantera.

•Penganutnya perlu membersihkan diri sebelum melakukan upacara ini.•Seiap pengunjung kuil Hindu pelru menanggalkan kasut sebelum memasuki kuil. Puja boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.•Ganga Snanam ialah upacara mandi minyak di mana minyak yang disediakan disapukan di seluruh badan pada awal pagi hari Deepaval. Ia untuk menghapuskan dosa penganutnya.

•Rig Veda merupakan kitab suci penganut Hindu.•Di dalamnya terdapat mazmurbahasa Sanskrit yang biasa dinyanyikan oleh penganutnya ketikamelakukan ritual keagamaan.•Pottu ialah tanda warna yang dipakai pada hari penganut Hindu. Warna yang berbeza menunjukkan status yang berbeza.•Susu dan bunga juga merupakan simbol suci yang banyak digunakan dalam ritual keagamaan.

•Deepavali merupakan perayaan utama yang disambut meriah dan secara besar-besaran.•Deepavali bertemakan penghapusan kejahilan atau deretan lampu.•Ia biasanya disambut pada awal November setiap tahun.•Upacara penyembahan pada malam hari turut dilakukan bagi mengingati mendiang ahli keluarga.•Penyembahan waktu bagi rasa syukur. •Thaipusam juga perayaan besar bersempena kelahiran Dewa Murugan.•Ponggal merupakan pesta menuai yang disambut selama 4 hari.

• Kuil Murugan di Batu Caves merupakan tempat ibadat paling besar dan terkenal bagi penganut Hindu Malaysia.•Di hadapan kuil ini terdapat patung Tuhan Murugan yang amat besar.•Ritual keagamaan diketuai oleh ketua agama yang dikenali sebagai Sami Hindu.•Hinsu Sangam ialah persatuan yang menanung kebanyakan persatuan dan kuil Hindu di Malaysia.

• Persatuan ini turut mewakili keseluruhan penganut Hindu dari pelbagai mazhab.

Perayaan Institusi Agama & Pusat Ibadat

Ritual dan Upacara

KeagamaanSimbol

Keagamaan

AGAMA HINDU

Page 9: Agama Dan Hubungan Etnik Di Malaysia 00

•Lima simbol penting ialah :•Kesh, Kangha, Kara, Kirpan dan Kacha.•Kelima-lima simbol ini wajib dipakaioleh ahli persaudaraan Khalsa.•Guru Granth Sahib merupakan kitab suci•Agama Sikh. Kitab ini ditulis dan disempurnakan oleh Guru Sikh dan biasanya terdapat di s etiap gurdwara.•Di dalamnya terdapat nasihat dan ajaran agama Sikh dan juga mazmur (hymn) bagi tujuan keagamaan dan panduan hidup.

• Granti Sahib (pembaca kitab) memainkan peranan penting dalam sesuatu upacara keagamaan.

• Beliau lazimnya membaca Guru Granth Sahib dan menyanyikan kirtan (mazmur) serta menyampaikan syarahan agama.

•Selepas upacara keagamaan diikuti bacaan doa (ardas), semua penganut Sikh berdiri sambil merapatkan kedua-dua belah tapak tangan. Ia bertujuan memanjatkan kesyukuran, meminta maaf atau meminta sesuatu hasrat daripada Waheguru dengan ikhlas.•Selepas berdoa, Granti Sahib akan membacakan hukumnama (jawapan bacaan doa) sambil membuka kitab Guru Granth Sahib. •Selepas itu, upacara makan karah parshad(halwa) dan Guru ka langgar diadakan.

•Vaisakhi merupakan perayaan penting bagi penganut Sikh. Ia disambut pada bulan April setiap tahun.•Aktivti keagamaan utama yang dijalankan pada hari ialah amrit sanchaar /upacara pembaptisan.•Upacara ini menandakan kesedaiaan penganut Sikh untuk memohon amrit (air suci) bagi mendekatkan diri pada Waheguru (tuhan).•Mereka juga perlu menghormati 5K iaitu •Kesh, Kangha, Kirpan, Kara dan Kacha.•Kesh bermakna rambut panjang.•Kangha ialah sikat.•Kirpan ialah pedang kecil.•Kacha ialah seluar pendek.•Kara ialah gelang besi.

• Aktiviti penganut Sikh tertumpu di Gurdwara iaitu pusat ibadat bagi penganut Sikh. •Rumah ibadat ini juga merupakan pusat aktiviti kemasyarakatan.•Di Gurdwara, makanan disedaiakan di langar iaitu ruang makan khas. Ianya disedaikan kpd pengunjungnya tanpa mengira agama.

• Pengunjung perlu membuka kasut dan memakai tutp kepala.

• Majlis Gurdwara Malaysia ialah institusi yang menaungi kebanyakan gurdwara di Malaysia.

Perayaan Institusi Agama & Pusat Ibadat

Ritual dan Upacara

KeagamaanSimbol

Keagamaan

AGAMA SIKH

Page 10: Agama Dan Hubungan Etnik Di Malaysia 00

RUMUSAN• Setiap individu masyarakat perlu peka akan

perbezaan agama yang dianuti etnik-etnik di Malaysia.

• Perbezaan yang didapati perlu diterima dengan hati yang terbuka bagi menghormati kelompok tersebut.

• Pemahaman yang baik mengenai agama etnik yang berbeza juga mampu mengelakkan salah faham atau pergaduhan yang berkaitan dengan sensitiviti keagamaan.

Page 11: Agama Dan Hubungan Etnik Di Malaysia 00

SEKIAN, TERIMA KASIH