adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

228

Upload: bong-poh-kim

Post on 16-Jan-2016

20 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt
Page 2: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Latar Belakang Masyarakat Melayu di Malaysia

Page 3: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Bila disebut perkataan ‘Melayu’, terus tergambar dalam benak fikiran bahawa orang Melayu berkulit gelap/sawo matang, tubuh badan bersaiz sederhana dan berambut hitam.

• Gambaran yang hampir sama juga pernah diceritakan oleh Frank Swettenham dalam makalahnya “The Real Malay” yang menggambarkan lelaki Melayu adalah rendah, berambut hitam lurus, berkulit coklat gelap serta mempunyai bentuk hidung dan bibir yang besar.

Page 4: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Ehsan dari "A Malay Boy - Project Gutenberg. Wikipedia".

Page 5: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Sumber yang diambil dari Wikipedia pula memetik perkataan Melayu berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu yang terletak di hulu Sungai Batang Hari di Sumatera, Indonesia.

• Pendapat lain pula mengatakan perkataan Melayu berasal dari perkataan Jawa Kuno iaitu “berlari” atau “mengembara”. Ini dikaitkan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan ke Asia Tenggara.

Page 6: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Mengikut catatan seorang rahib Buddha bernama I-Tsing, Kerajaan Sriwijaya di Palembang menggunakan bahasa Melayu kuno sebagai bahasa pengantar pembelajaran mereka.

• Istilah Melayu atau “Mo-lo-yu” juga pernah dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan “Mo-lo-yo” yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.

Page 7: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Menurut Darus Ahmad dalam bukunya Pancharan Melayu, perkataan Melayu diambil daripada nama sejenis pohon yang harum baunya, iaitu pohon gaharu

• Menurut sarjana lain, perkataan Melayu berasal daripada perkataan “Melaju” yang bermakna cepat, deras dan tangkas.

Page 8: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Kesimpulannya, datuk nenek dan moyang bangsa Melayu boleh dikatakan berasal dari Yunan, China. Penghijrahan mereka ke Asia Tenggara memungkinkan mereka bermastautin dan menetap serta berkahwin campur dengan pelbagai bangsa seperti pedagang Arab dan India pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Secara amnya, bangsa Melayu adalah satu bangsa yang mengamalkan adat resam Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu serta hidup dalam budaya Melayu.

Kesimpulan

Page 9: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Perayaan Masyarakat

Melayu di Malaysia

Page 10: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Menyambut Puasa

Page 11: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Takrif puasa bererti menahan diri daripada makan dan minum dengan sengaja.

• Menurut hukum syarak, puasa bermaksud menahan diri daripada segala sesuatu yang membatalkannya dari terbit fajar sidik hinggalah matahari terbenam dan disertai dengan niat puasa.

Page 12: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Puasa Ramadam adalah puasa wajib atau puasa fardu.

• Ia adalah wajib ke atas setiap umat Islam yang cukup syaratnya pada Bulan Ramadan, iaitu selama sebulan.

• Umat Islam yang pergi ke negara lain dalam bulan puasa, maka dia hendaklah berpuasa pada bulan itu.

Page 13: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Bagi mereka yang sakit atau dalam perjalanan lalu berbuka, maka wajiblah mereka berpuasa sebanyak bilangan hari-hari puasa yang tinggalkan itu.

• Islam ditegakkan atas lima dasar.

Page 14: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Dasar Islam- Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah

melainkan Allah dan Muhammad (s.a.w) adalah utusan-Nya.

- Mengerjakan sembahyang lima waktu sehari semalam.

- Berpuasa sebulan pada bulan Ramadan.

- Mengeluarkan zakat.

- Mengerjakan Haji di tanah suci.

Page 15: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Hikmah Berpuasa• Sebagai tanda terima kasih kepada Allah

(s.w.t).• Memberi didikan perasaan belas kasihan

terhadap fakir miskin.• Menjaga kesihatan.• Memberi ketenangan jiwa dan memperkukuh

iman seseorang.

Page 16: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Digalakkan memberi makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa.

• Memperbanyakkan sedekah dan memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci al-Quran.

Page 17: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Rukun PuasaBerniat pada waktu malam bagi puasa wajib seperti

puasa dalam bulam Ramadan

atau puasa nazar. Tetapi, puasa sunat boleh

diniatkan pada siang hari sebelum masuk zuhur dan

sebelum melakukan

sesuatu yang membatalkan

puasa.

Menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara

yang membatalkan puasa dari terbit

fajar sidik hinggalah

matahari terbenam kecuali terlupa.

Page 18: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Perkara yang membatalka

n puasa

Mengumpat, menyebut

keaifan orang lain. Menghasut

atau membuka

rahsia orang lain.

Melihat perempuan dengan syahwat

atau berahi

Bercakap dusta atau berbohong

Menghabiskan masa dengan

perkerjaan yang sia-

sia.

Page 19: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Semasa

berpuasa

Pada siang hari

Pada waktu malam

Umat Islam mencari rezeki untuk

menyara keluarga masing-masing.

Umat Islam digalakkan

bersembahyang terawih,

sembahyang witir, berzikir, bertadarus

dan memperbanyakkan doa ke hadrat Ilahi.

Page 20: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Adat semasa puasa

• Ramai orang Islam berbuka puasa secara beramai-ramai di surau-surau atau di masjid-masjid berhampiran dengan tempat tinggal mereka.

• Mereka mengadakan giliran bagi menyediakan makanan dan kuih-muih untuk majlis berbuka puasa.

Page 21: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt
Page 22: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Selepas berbuka puasa, mereka akan sembahyang maghrib dan seterusnya bersembahyang isyak.

• Selepas sembahyang isyak, mereka akan bersembahyang terawih yang akan tamat kira-kira pada pukul 10.00malam.

• Selepas itu ada yang bertadarus (membaca ayat-ayat suci al-Quran secara beramai-ramai.

Page 23: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Malam Lailatulkadar

• Merupakan malam yang terbaik daripada seribu malam dan dinanti-nantikan oleh umat Islam.

• Pahala ibadat pada malam tersebut digandakan oleh Allah (s.w.t).

• Umat Islam percaya bahawa Lailatulkadar adalah nama seorang malaikat.

Page 24: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Lailatulkadar turun ke dunia dengan menyerupai manusia dengan memakai jubah putih atau hitam, berjanggut dan bermisai. Sesiapa yang sanggup berjaga malam kemungkinan besar dapat bertemu dengannya dan mintalah apa sahaja daripadanya nescaya diberikannya.

Page 25: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Sesetengah orang melakukan sembahyang sunat pada malam yang dijangkakan sebagai malam Lailatulkadar.

• Mereka berdoa kepada Ilahi meminta ditetapkan iman, dimurahkan rezeki yang halal, disihatkan badan, diselamatkan seluruh ahli keluarga dan sebagainya.

Page 26: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Menjelang hari raya

• Umat Islam mula membayar fitrah.

• Fitrah adalah sedekah berupa beras atau wang yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam dan menyumbangnya dalam bulan puasa, iaitu sebelum menjelangnya 1 Syawal.

• Fitrah merupakan zakat diri yang mesti ditunaikan oleh setiap umat Islam setahun sekali.

Page 27: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Hasil daripada kutipan fitrah ini akan dibahagi-bahagikan sama rata kepada mereka yang memerlukannya seperti fakir miskin, anak yatim atau mereka yang baru memeluk agama Islam.

• Ia bertujuan agar mereka dapat menyambut dan merayakan hari yang mulia ini bersama-sama umat Islam yang lain.

Page 28: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt
Page 29: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt
Page 30: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad.

• Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.

Page 31: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

• Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

• Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.

Page 32: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Pearakan Semasa Maulidur Rasul

Nasyid Semasa Maulidur Rasul

Page 33: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Page 34: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Hari Raya Aidiladha

Page 35: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Dirayakan oleh seluruh umat Islam di dunia pada 10 hingga 13 Zulhijah.

• Hari umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan kesabaran anaknya, Nabi Ismail a.s. dalam menunaikan perintah Tuhan.

• Pada pagi 10 Zulhijah, umat Islam akan menunaikan sembahyang sunat Aidiladha.

Page 36: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Pada bulan ini juga, umat Islam yang berkemampuan pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadat Haji yang menjadi salah satu Rukun Islam yang perlu dilaksanakan.

• Penyembelihan binatang ternakan seperti lembu, kambing, unta dan seumpamanya dilakukan ketika sambutan perayaan ini.

• Daging tersebut akan disedekahkan kepada fakir miskin dan jiran-jiran yang beragama Islam.

Page 37: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Gambar-gambar semasa Sambutan Hari Raya Aidiladha

Page 38: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Hari Raya Aidilfitri

Page 39: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Disambut pada 1 Syawal oleh umat Islam di seluruh dunia.

• Merupakan hadiah kemenangan setelah berjaya melawan nafsu selama sebulan berpuasa.

• Umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah sebelum 1 Syawal.

• Umat Islam disunatkan memakai pakaian baru dan bersih.

Page 40: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Pada pagi Hari Raya, umat Islam berkunjung ke masjid untuk bersembahyang dan mendengar khutbah (syarahan agama).

• Mereka bermaaf-maafan antara satu sama lain.

• Amalan ziarah-menziarahi dilakukan sama ada di rumah sanak-saudara dan jiran atau kenalan.

• Juadah yang dering dihidangkan termasuklah ketupat, lemang, dan rendang.

Page 41: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Umat Islam saling bermaaf-maafan.

Page 42: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Makanan semasa Hari Raya Aidilfitri

Lemang Ketupat

Rendang Ayam Merah

Page 43: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Amalan menziarahi kubur di tanah perkuburan turut dilaksanakan. Biasanya kerja-kerja pembersihan kubur dilakukan sebelum Hari Raya Puasa.

Page 44: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Orang Islam selalunya mengamalkan konsep “Rumah Terbuka” iaitu menerima sesiapa sahaja yang datang beraya ke rumah mereka.

• Kanak-kanak yang berkunjung ke rumah mereka akan diberikan duit raya.

• Pada hari tersebut, ucapan ‘Selamat Hari Raya’ dan ‘Salam Aidilfitri” akan kedengaran apabila mereka berjumpa antara satu sama lain. Selalunya diucapkan semasa berjabat tangan.

Page 45: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Rumah Terbuka di rumah Puan. FatimahSemasa tiba di rumah Puan Fatimah.

Makanan yang telah disediakan.

Page 46: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Sebelum balik ke IPTHO.

Page 47: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Adat Kelahiran Kaum Melayu

Page 48: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Adat Kelahiran Kaum Melayu

Sunat memberi tahniah dan menggembirakan mereka

yang mendapat anak.

Sunat azan dan iqamat.

Sunat “tahnik” selepas anak dilahirkan.

Sunat menggunting rambut anak baru dilahirkan.

Sunat menamakan anak baru dilahir dengan nama yang

baik.

Sunat “Aqiqah” anak yang baru lahir.

Sunat “Berkhitan”(khatan/bersunat)

Page 49: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Sunat memberi tahniah dan menggembirakan mereka yang mendapat anak.

• Tujuan: memberi tahniah dan menggembirakan mereka yang mendapat anak adalah untuk mengeratkan perhubungan, kemesraan dan ikatan kasih sayang sesama mereka.

Page 50: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Sunat azan dan iqamat

Sunat diazan di telinga kanan bayi dan iqamat ditelinga kirinya sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Page 51: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Salah satu hikmat melakukannya adalah supaya kalimat seruan tentang kebesaran Tuhan menjadi seruan pertama yang bayi dengar.

Page 52: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Sunat “tahnik” selepas anak dilahirkan

• “Taknik” ialah mengunyah buah kurma (selalunya dilakukan oleh orang salih dan takwa) dan diletakkan ke lidah anak yang baru dilahirkan.

Page 53: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Tujuannya adalah untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapat “ganjaran” benda manis.

• Pelaziman ini membuatkan bayi mahu menghisap apabila ibu menyusukan bayi tersebut kerana sentuhan di lidah mempunyai kesan sedap/manis dan bukan kesan tidak menyelesakan.

Page 54: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Sunat menggunting rambut anak baru dilahirkan.

Menggunting rambut anak pada hari yang ke-7adalah sunat.

Page 55: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Menamakan anak boleh dibuat pada hari pertama dilahirkan atau pada masa lain. Nama-nama yang buruk atau yang menjatuhkan maruah hendaklah dielakkan.

Sunat menamakan anak baru dilahir dengan nama yang baik.

Page 56: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Sunat “Aqiqah” anak yang baru lahir

• “Aqiqah” bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti lembu dan kambing yang dilakukan selepas kelahiran bayi (lebih afdal pada hari ketujuh) sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.

Page 57: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Korban ini dapat mendekatkan anak kepada Allah dan banyak faedah lain.

• Aqiqah meninggalkan kesan psikologi pada anak yang merasakan dirinya dihargai, diterima, disayangi oleh kaum keluarga, sanak saudara dan ahli masyarakatnya.

• Ahli masyarakat yang saling bertemu dan bersama-sama mengerjakan upacara ini dapat mengeratkan hubungan serta dapat membantu golongan yang susah melalui sedekah makanan.

Page 58: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Sunat “Berkhitan” (khatan/bersunat)

• Bagi Mazhab Iman Shafie, berkhatan adalah wajib bagi lelaki. Bagaimanapun, ada ulama yang menyatakan berkhatan, hukumnya “sunat muakkad” iaitu sunat yang dituntut.

• Hukum bersunat bagi perempuan pula adalah harus.

• Kanak-kanak lelaki pada masa dahulu disunatkan oleh Tok Mudim. Sekarang amalan berkhatan dijalankan secara moden di klinik/hospital.

Page 60: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt
Page 61: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Perkara-perkara yang melibatkan amalan agama termasuklah dari segi pinang-meminang, batasan pergaulan antara kaum lelaki dan perempuan, rukun-rukun nikah, mahar (Mas kahwin), wali, saksi dan penceraian (Talak).

Page 62: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Merisik

• Dilakukan oleh pihak lelaki.• Untuk memastikan gadis yang ingin dikahwini

belum berpunya.• Untuk mendapatkan maklumat latar belakang

gadis, pengetahuan agamanya, paras rupa, tingkah laku, kemahiran rumahtangga, adab sopan dan lain-lain.

Page 63: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Meminang

• Pihak lelaki yang mewakili oleh mereka yang dekat seperti ibu dan bapa saudara sekali lagi ke rumah pihak perempuan untuk menyatakan persetujuan secara rasmi.

• Kedua-dua pihak berbincang tentang tarikh dan masa sesuai untuk pertunangan.

Page 64: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Bertunang

• Rombongan lelaki yang terdiri daripada ahli keluarga dan saudara mara yang terdekat berkunjung ke rumah pihak perempuan dengan membawa hantaran.

Page 65: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Akad Nikah

• Akad nikah adalah berlandaskan agama Islam dan bukannya adat.

• Merupakan upacara terpenting sebelum disahkan sebagai suami isteri.

• Berlangsung di rumah pengantin perempuan, masjid, atau pejabat kadi.

Page 66: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Majlis Akad Nikah

Page 67: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Dijalankan oleh orang yang ditauliahkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing seperti kadi, imam dan jurunikah. Bagaimanapun wakil pihak pengantin perempuan boleh melakukan upacara akad nikah dengan kebenaran pihak yang ditauliahkan tadi.

• Upacara akad nikah biasanya diadakan sehari sebelum majlis perkahwinan.

Page 68: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Adat Berinai

• Pasangan ditepung tawar.• Wakil kedua-dua pihak

mencalitkan sedikit inai dan air tawar ke tapak tangan pengantin serta menaburkan beras kunyit dan bertih di hadapan pengantin dan hadirin.

Page 69: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Majlis Perkahwinan

• Juga dikenali sebagai Hari Bersanding atau Hari Langsung.

• Pengantin adalah orang yang diraikan dan menjadi “Raja Sehari”.

• Banyak persiapan yang perlu dibuat seperti membina khemah, menyiapkan pelamin, membuat bunga telur, memasak, mendirikan bangsal penanggah dan lain-lain.

Page 70: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Sebelum majlis bermula, Mak Andam menyolek pengantin perempuan.

• Apabila tiba masanya, pengantin lelaki dan rombongannya diiringi oleh paluan kompang bergerak dari rumah penanggak ke rumah pengantin perempuan.

• Beras kunyit ditabur untuk menyambut rombongan lelaki.

Page 71: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Pengantin perempuan menunggu ketibaan pengantin lelaki dan selepas itu kedua-duanya duduk di tempat khas di halaman rumah.

• Persembahan seperti pencak silat diadakan di hadapan pengantin.

• Pengantin diiringi ke dalam rumah untuk upacara bersanding.

Page 72: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt
Page 73: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Semasa bersanding di pelamin, menepung tawar dijalankan oleh sanak-saudara dan para jemputan.

• Mereka yang menepung tawar diberikan bunga telur.

• Hadirin lain juga diberi bunga telur.• Selepas bersanding, majlis makan beradab

atau dipanggil majils makan berdamai diadakan.

Page 74: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Kematian

Page 75: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Mengikut ajaran Islam, adalah menjadi

kewajipan orang Islam untuk menguruskan

mayat saudara sesama Islam. Mayat perlu

dihormati daripada jasad yang hidup.

Page 76: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Semasa kematian

• Kedua-dua tangan kiri jenazah arwah dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan ke atas tangan kiri hingga ke dada, lalu ditutup dengan sehelai kain dan dibaringkan di ruang tengah dengan kepalanya dihadapkan ke kiblat.

• Mereka yang menziarahi arwah akan membaca ayat-ayat suci Al-Quran (biasanya ayat Yaasin) sebagai sedekah. Jamuan tidak diadakan semasa jenazah masih berada di rumah.

Page 77: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Jenazah dimandikan oleh tukang mandi

atau kalangan ahli keluarga dengan

hormat, tertib dan cermat. Setelah

dimandikan jenazah akan dikapankan.

Sebelum ditutup bahagian muka, ahli

keluarga dan muhrim boleh mengucup

mayat buat kali terakhir tetapi dilarang

menitiskan air mata pada tubuh jenazah.

Page 78: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Seorang wakil atau waris arwah akan bercakap bagi pihak keluarga arwah kepada hadirin. Antara perkara yang disentuh adalah mengucapkan terima kasih di atas pertolongan semua, memohon ampun dan maaf bagi pihak arwah.

Page 79: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Semasa pengebumian

•Apabila keranda sudah dimasukkan ke dalam liang lahad, siak akan turun membuka papan tutup keranda dan mengerengkan mayat serta membuka ikatan di kepala. Kepala jenazah akan disendal dengan tanah dan diazankan di telinganya. Barulah keranda ditutup dan tanah ditimbus.

Page 80: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Setelah Tok Imam membaca talkin, ahli keluarga, sanak-saudara, sahabat-handai boleh menyiram air di atas kubur arwah dari bahagian kepala hingga ke kaki dan menabur bunga rampai. Batu nisan akan dicacak di atas kubur sebagai tanda.

Page 81: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Pengebumian jenazah bermakna memasukkan jenazah yang sudah dimandikan, dikafankan dan disolatkan ke dalam tanah yang sudah digali(kuburan) mengikut kedalaman dan ukuran yang telah ditetapkan oleh syariat islam. Hukum mengebumikan jenazah adalah fardu kifayah.

Page 82: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Gambar menunjukkan

tempat perkuburan kaum Melayu.

Page 83: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Selepas kematian:

•Bacaan doa selamat dan kenduri arwah untuk mendoakan arwah kesejahteraan di alam barzakh diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh dan pada hari ke-100.

Page 84: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt
Page 85: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong.

• Pada abad ke-19, kebanyakan mereka datang untuk bekerja sebagai "buruh terikat" melalui perjanjian bertulis (indentured labour), dikenali sebagai kuli. Yang selainnya datang secara bebas untuk bekerja, dan didukung oleh Persatuan Suku Kaum.

Page 86: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Populasi orang Cina di Tanah Melayu mencecah 269,854 pada tahun 1911, dan kira-kira sejuta sekitar tahun 1949.

• Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Hokchiu. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.

Page 87: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Perayaan Kaum Cina

Page 88: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Perayaan Tahun Baru Cina

Page 89: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Tahun Baru Cina disambut pada hari dan bulan pertama kalendar orang Cina.

• Perayaan ini lazimnya disambut secara besar-besaran sebagai menandakan kedatangan tahun baru.

• Sekeliling rumah akan dibersihkan dan ada juga perabot ditukar kepada yang baru. Sehari sebelum Tahun Baru Cina tiba, semua ahli keluarga akan berhimpun beramai- ramai untuk makan bersama-sama.

• Jamuan berkumpul ini diadakan untuk menjalinkan perhubungan sesama anggota keluarga setelah tidak bertemu agak lama.

Page 90: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Menjelangnya waktu tengah malam kedatangan Tahun Baru Cina pula, diadakan upacara memuja dewa langit sebagai aluan kedatangan hari yang berbahagia.

• Selepas pemujaan dilakukan, kanak-kanak akan bergembira dengan membakar mercun.

Page 91: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Pada hari pertama tahun baru, setiap orang akan menggayakan pakaian baru dengan warna yang cerah terutamanya warna merah.

• Mereka yang sudah berkahwin dikehendaki memberi angpau kepada saudara-mara dan sahabat handai yang belum berumah tangga.

Page 92: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Angpau ialah sejenis sampul merah yang

diisi sejumlah wang dan membawa makna

kesejahteraan yang berpanjangan.

• Buah limau mandarin dan kuih bakul

menjadi lambing perayaan Tahun Baru

Cina.

Page 93: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Ungkapan yang paling popular diucapkan apabila bersua adalah Gong Xi Fa Cai yang bermaksud salam sejahtera dan murah rezeki.

• Setiap orang akan ziarah-menziarahi antara satu sama lain. Semasa berziarah ke rumah saudara-mara, mereka akan menghabiskan masa menghiburkan hati dengan berkumpul dan bersembang.

Page 94: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Kunjung mengunjung yang lebih meriah dilakukan pada hari kedua dan ketiga.

• Apabila berziarah ke rumah jiran ataupun sahabat, orang cina akan membawa sedikit makanan dan buah-buahan sebagai buah tangan untuk diberikan kepada tuan rumah.

• Proses saling bertukar bungkusan telah menjadi satu budaya yang diamalkan oleh masyarakat Cina.

Page 95: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Bagi suku Hokkien, hari kesembilan merupakan hari yang

paling besar sepanjang perayaan Tahun Baru Cina

berlangsung.

• Hari kesembilan disambut seolah-olah sebagai menandakan

tamatnya perayaan Tahun Baru Cina dan mereka melakukan

pemujaan terhadap dewa langit.

• Selain itu, tarian naga juga dimainkan sekiranya terdapat

permintaan. Kedua-dua bentuk tarian ini dikatakan dapat

memberikan tuah dan kehidupan yang sejahtera kepada tuan

rumah yang bermurah hati memberikan angpau kepada singa

dan naga.

Page 96: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt
Page 97: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Sepanjang dua hari pertama Tahun Baru Cina ini, orang Cina

dilarang menyapu kerana dikhuatiri akan menghalau keluar segala

tuah.

• Untuk menjaga supaya nasib yang baik itu tidak hilang, seseorang

itu tidak boleh berkelahi, mengeluarkan kata-kata yang kesat,

berpergian jauh daripada rumah dan menjahit sepanjang

perayaan itu berlangsung.

• Salah satu cara untuk menghalang nasib sial ialah dengan

membakar mercun. Bunyi dan cahaya percikan mercun dipercayai

dapat menghalau semangat-semangat jahat dan hantu-hantu

lapar daripada mengganggu kehidupan manusia dan anggota

keluarganya.

Page 98: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Pesta Chap Goh Mei

Page 99: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Pesta Chap Goh Meh juga dikenali sebagai pesta Yuan Siau.

• Pesta ini disambut menandakan tamatnya perayaan Tahun Baru Cina iaitu bermula pada hari yang kelima belas.

• Pesta ini mempunyai sejarah yang panjang iaitu sejak dua ribu tahun lalu dan mula disambut oleh Kerajaan Han.

Page 100: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Pesta ini diiringi dengan upacara pemujaan dewa-dewi untuk meminta perlindungan supaya kehidupan ahli keluarga sentiasa bahagia dan tidak ditimpa sebarang malapetaka.

• Pesta ini biasanya berlangsung selama tiga hari tiga malam.

• Sepanjang masa itu, setiap rumah akan diterangi dengan cahaya lampu. Mercun dibakar habis-habisan untuk menghasilkan bunyi yang kuat.

Page 101: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

•Keramaian pesta ini dimeriahkan lagi dengan tarian singa dan naga. Pesta ini diakhiri dengan upacara melempar buah-buah limau mandarin ke dalam laut oleh pemuda-pemudi yang berhasrat untuk mendapatkan jodoh atau pasangan yang sesuai.

Page 102: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Gambar menunjukkan pemuda-pemudi yang berhasrat mendapat jodoh yang baik.

Page 103: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Dalam upacara yang terakhir ini, orang lain juga boleh

berusaha mendapatkan sesuatu yang dia ingini.

• Setiap barang yang dilemparkan membawa maksud

keiniginan yang berlainan.

Contoh: Wanita yang membuang bawang ialah ingin

mendapat suami yang baik, seseorang yang ingin

mendapat menantu lelaki yang jujur akan membuang

sayur-sayuran, melempar buah kurma akan mendapat

kebahagiaan yang berpanjangan, seseorang yang

ingin panjang umur harus membuang kacang tanah.

Page 104: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Pesta Ching Ming

Page 105: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Pesta Ching Ming disambut pada hari ketiga dalam

bulan tiga kalender Cina.

• Hari Ching Ming merupakan hari bagi orang Cina pergi

ke kubur-kubur untuk menziarahi nenek moyang dan

saudara-mara yang telah meninggal dunia.

• Pada hari tersebut, pemujaan dan upacara menjamu

roh nenek moyang diadakan dengan pembakaran kayu

setanggi, ilin berwarna merah, kertas sembahyang dan

peyembahan bahan makanan seperti daging khinzir,

ayam, buah-buahan, kuih-muih, teh dan arak.

Page 106: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Semua ahli keluarga akan pergi ke kubur ibu bapa atau nenek moyang mereka beramai-ramai untuk memeriahkan suasana.

• Selain itu, mereka akan bekerjasama membersihkan kubur yang dipenuhi semak-samun setelah terbiar hampir setahun. Selalunya, orang Cina menziarahi kubur pada pagi hari untuk mengelakkan panahan terik matahari.

Page 107: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Pelbagai kertas warna menghiasi tanah kuburan.

Page 108: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Mereka yang mati muda dan tidak mempunyai saudara-mara akan ditempatkan di dalam tokong.

• Orang yang mati muda tidak boleh diletakkan ‘papannya’ di rumah. Menurut tradisi, pemujaan hanya dilakukan oleh golongan muda ke atas orang yang tua.

• Jadi, orang yang mati muda ini akan disembah pada hari Ching Ming oleh anak-anak buahnya atau adik-beradiknya. Ibu bapa hanya berperanan memberikan panduan bagaimana upacara pemujaan dan sembahyang seharusnya dilakukan.

Page 109: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Pesta Ching Ming merupakan perayaan penting bagi

semua orang Cina. Pada hari tersebut, anggota keluarga

berkumpul beramai-ramai untuk mengenang atau

mengingati nenek moyang dan keturunan mereka.

• Sesetengah orang Cina mula mengadakan pemujaan di

kuburan sehari sebelum pesta Ching Ming atau selepas

pesta Ching Ming kerana tuntutan kerja dan mencari

nafkah serta mengelakkan kesesakan yang berlaku pada

hari bermulanya pesta Ching Ming.

Page 110: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Perayaan Kuih

Bulan

Page 111: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Perayaan ini lebih dikenali sebagai pesta Tanglung. Ia disambut pada hari kelima belas dalam bulan lapan kalender orang Cina.

• Perayaan ini dinamakan pesta bulan kerana diadakan sewaktu bulan mengambang dan mencapai peringkat purnama.

Page 112: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Antara benda-benda yang dianggap istimewa dan dimestikan ialah kuih bulan. Kuih bulan berbentuk bulat, berinitkan kacang bercampur kuaci dan telur masin. Kuih bulan juga boleh didapati dalam bentuk ikan, ayam dan sebagainya.

• Semasa berlangsungnya perayaan kuih

bulan, kanak-kanak akan merayau-

rayau pada waktu malam dengan membawa

tanglung-tanglung yang dibuat dan digubah

dengan pelbagai bentuk dan warna.

Page 113: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Kuih Bulan

Tanglung

Page 114: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Perayaan Tung Chih

Page 115: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Perayaan Tung Chih disambut di Negara China untuk menyambut kedatangan musim baru.

• Perayaan ini menandakan berlakunya titik peralihan musim. Orang Cina akan mengadakan upacara sembahyang dan persembahan kepada roh nenek moyang di rumah atau di tokong-tokong.

• Pada hari itu, roh nenek moyang dijamu dengan sejenis makanan yang diperbuat daripada beras dan dibentuk bulat seperti guli. Kuih itu dikenali sebagai Tung Yuan.

Page 116: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Tung Yuan boleh didapati dalam berbagai-bagai warna seperti merah dan kuning. Tung Yuan dimasak menggunakan air yang telah dicampurkan dengan gula putih dan gula Melaka.

• Kemudian ia dituangkan ke dalam mangkuk-mangkuk dan dihidangkan kepada roh nenek moyang.

Page 117: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Pesta Tuan WuKetupat Cina

Perahu Naga

Page 118: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Adat Kelahiran Kaum Cina

Page 119: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Sebelum kelahiran• Ibu yang mengandung dinasihatkan mengawal tingkah

laku dan tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat.

• Mereka juga dilarang mendera, memukul atau menyembelih binatang.

• Mereka digalakkan bekerja seperti biasa untuk memudahkan kelahiran.

• Mereka disarankan makan makanan yang berkhasiat seperti pati ayam, sup daging dan air akar-akar kayu untuk menguatkan badan, melancarkan peredaran darah dan seterusnya memudahkan kelahiran.

Page 120: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Selepas Kelahiran

(Bagi Ibu)• Ibu-ibu yang baru melahirkan anak tidak

dibenarkan makan makanan yang sejuk.

• Biasanya mereka perlu berpantang sekurang-kurangnya 30 hari selepas bersalin.

• Mereka disarankan tidak mandi dengan air sejuk kerana takut dimasuki angin.

Page 121: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Mereka digalakkan mengelap badan dengan air panas, memakai pakaian yang tebal dan berstokin.

• Biasanya, mereka akan makan makanan berkhasiat seperti pati ayam dan makanan yang panas seperti halia dan pati herba. Sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam biasanya digunakan dalam masakan.

Page 122: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

(Bagi anak)• Perut bayi yang baru lahir dililit dan diikat

dengan sehelai kain agar pusatnya kering dan perutnya tidak dimasuki angin.

• Kenduri diadakan selepas sebulan bayi dilahirkan.

• Kuih khas berbentuk bulat berwarna merah atau kuning yang berintikan kacang serta telur yang diwarnakan merah juga diberikan kepada saudara-mara dan jiran-jiran.

Page 123: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Kuih khas dan telur merah disediakan selepas sebulan bayi dilahirkan.

Page 124: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Masyarakat Cina juga mencukur rambut bayi.

• Diadakan sehari selepas kenduri kelahiran sebulan bayi.

• Ubun-ubun kepala bayi tidak boleh ditekan kerana bahagian ini sangat lembut.

• Memberi nama yang baik penting bagi orang Cina.

Page 125: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt
Page 126: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Merisik• Untuk mengetahui latar belakang keluarga

perempuan (Orang Cina mementingkan nama, maruah dan keturunan yang baik).

• Biasanya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan rakan-rakan yang mengenali keluarga pihak perempuan.

• Jika kedua-dua pihak sudah mengenali antara satu sama lain, perbincangan akan diadakan.

• Keluarga lelaki akan mengunjungi rumah pihak perempuan.

Page 127: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Meminang• Ibu bapa akan menghantar wakil untuk meminang.• Wakil pihak lelaki adalah emak saudara atau

saudara mara perempuan tua yang rapat.• Ibu perempuan memainkan peranan penting

dalam perbincangan dengan wakil pihak lelaki.• Perbincangan adalah tentang mas kahwin,

peruntukan meja untuk jamuan makan dan pemilihan tarikh perkahwinan.

Page 128: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Wakil pihak lelaki diminta untuk datang bagi kali kedua untuk mendapatkan keputusan yang muktamad.

• Mas kahwin yang diminta oleh pihak perempuan akan dipersetujui oleh pihak lelaki walaupun tinggi demi menjaga maruah keluarga mereka.

• Pihak lelaki perlu mengetahui tarikh lahir calon perempuan untuk menentukan hari perkahwinan yang sesuai.

Page 129: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Pertunangan• Pertunangan adalah tanda pasangan itu telah

dimiliki.• Kenduri atau jamuan makan secara sederhana

diadakan dalam kalangan saudara mara terdekat.

• Pasangan pengantin bertukar-tukar cincin.

Page 130: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Majlis Perkahwinan

• Baju pengantin sebaiknya berwarna putih, merah dan kuning.

• Baju berwarna hitam, biru atau kelabu dilarang kerana melambangkan kematian dan kesedihan.

Page 131: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt
Page 132: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Di Rumah Pengantin Perempuan

• Hari yang sesuai dipilih berpandukan kiraan kalendar Cina.

• Sehari sebelum perkahwinan, pihak pengantin perempuan mengadakan jamuan makan untuk meraikan saudara-maranya.

• Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki akan ke rumah pengantin perempuan.

• ‘Angpau’ akan diberi kepada anak buah pengantin perempuan yang membuka pintu kereta.

Page 133: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Upacara pemujaan nenek moyang dijalankan di bawah pimpinan orang tengah iaitu “Sam Poh” yang menunjukkan cara-cara yang betul.

• Pengantin akan mempersembahkan teh kepada ibu dan bapa pengantin perempuan.

• Ibu bapa pengantin perempuan akan memberi ‘Angpau’ kepada pengantin.

• Upacara menjamu teh diteruskan untuk abang, kakak, dan saudara tua terdekat.

Page 134: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Upacara Menjamu Teh

Page 135: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Di Rumah Pengantin Lelaki• Jamuan makan diadakan.• Rumah pengantin lelaki dihias dengan warna

merah.• Pasangan pengantin menyembah teh kepada

ibu dan bapa pengantin.• Upacara menjamu teh diteruskan untuk

abang, kakak, dan saudara tua terdekat mengikut kedudukan dalam keluarga.

Page 136: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Jamuan Makan

Page 137: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Adat Kematian Kaum Cina

Page 138: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Semasa kematian:

• Upacara sembahyang mayat adalah bergantung

kepada kepercayaan agama si mati. Khidmat sami

Buddha, bomoh Tao atau pawing lain akan digunakan

bergantung kepada kepercayaan masing-masing.

• Mayat dimandikan dan dikenakan pakaian yang lengkap

dan cantik. Bagi mayat wanita, aksesori juga dipakaikan.

• Keranda diletakkan di dalam rumah jika dia meninggal di

dalam rumah.

Page 139: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Ahli keluarga tidak dibenarkan memakai barang

kemas atau pakaian berwarna merah kerana warna

merah melambangkan kegembiraan.

• Ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat menangis

dengan kuat atau meratapi pemergiannya sebagai

tanda kesetiaan dan penghormatan jika si mati ialah

orang tua.

• Adalah dilarang mengungkit keburukan orang yang

mati supaya rohnya tenteram dan tidak diseksa.

Page 140: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Kain rentang berwarna putih diletakkan di pintu rumah untuk menandakan berlaku kematian.

• Pakaian ahli keluarga pada hari kematian hendaklah berwarna hitam, berupa jubbah dan memakai topi. Di luar baju hitam dikenakan baju jejaring yang diperbuat daripada sabut atau jut.

• Colok dan kertas sembahyang dibakar secara berterusan.

Page 141: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Tempoh masa menyimpan mayat adalah bergantung kepada hari yang sesuai untuk mengebumikan mayat.

• Sesetengah upacara kematian diiringi oleh doa dengan paluan gendang serta tiupan trompet dan seruling yang kuat.

• Kertas yang disalut logam dibuang di sepanjang jalan semasa membawa keranda supaya roh boleh berpandukan kertas-kertas itu untuk pulang ke rumah.

Page 142: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Upacara kematian diiringi oleh doa dengan paluan gendang serta tiupan trompet dan seruling yang kuat.

Page 143: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Semasa pengebumian:• Mayat biasanya dikebumikan di tanah

perkuburan atau dibakar di rumah mayat.

• Ada yang membawa bersama kereta,

patung, televisyen yang diperbuat daripada

kertas untuk melambangkan kekayaan

keluarga si mati.

Page 144: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Lokasi kubur kebanyakannya di atas bukit. Kubur yang terletak di atas bukit dikatakan lebih baik daripada yang terletak di kaki bukit.

• Kubur yang berukiran cantik, bentuk menarik yang cantik dan saiz besar adalah lambing kekayaan dan kemewahan ketika si mati hidup. Ini membawa erti orang yang mati layak mendapat dan menikmati kemewahan juga selepas mati.

Page 145: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Gambar-gambar menunjukkan jenis-jenis kubur yang sedia ada bagi

kaum Cina.

Page 146: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Selepas kematian:

•Biasanya ahli keluarga berkabung untuk suatu tempoh masa bergantung kepada status si mati dalam keluarga itu. Misalnya, jika anak yang meninggal, ibu bapa tidak digalakkan bersedih tetapi jika nenek atau datuk yang meninggal, generasi muda perlu berkabung untuk menghormati mereka.

Page 147: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

•Semasa berkabung, mereka tidak dibenarkan berpakaian merah.

•Upacara pemujaan dan sembahyang akan diadakan di papan nenek moyang di dalam rumah. Gambar si mati akan diletakkan di situ.

Page 148: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Latar Belakang Latar Belakang Masyarakat India di Masyarakat India di

MalaysiaMalaysia

Page 149: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Pada zaman penjajahan British, sistem tanaman ladang seperti tebu, kopi dan getah diperkenalkan di Tanah Melayu.

Pengusahaan pertanian ladang ini memerlukan tenaga pekerja yang ramai. Oleh itu, pihak British terpaksa mencari tenaga buruh di tanah-tanah jajahan mereka yang lain. Tanah jajahan India menjadi pilihan utama kerana buruh-buruh India mudah diperolehi lagi murah.

Page 150: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Lebih kurang 85 peratus orang India yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah berketurunan Tamil dan beragama Hindu. Selainnya adalah orang-orang Telugu, Malayalam dan orang India Utara.

Kini masyarakat India di Malaysia boleh dikatakan kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka. Amalan agama dan sambutan perayaan turut mendapat perhatian ramai. Beberapa perayaan orang India kini lebih bersifat sosial di mana orang-orang bukan penganut agama Hindu juga turut menyertai sambutan tersebut.

Page 151: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Perayaan Kaum India

Page 152: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt
Page 153: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Hari Deepavali ialah perayaan orang India yang paling popular dan disambut pada bulan ketujuh mengikut kalendar Tamil.

• Kerajaan Malaysia mengiktirafkan perayaan ini dengan mengumumkan cuti am pada hari tersebut.

• Perayaan ini bukan sahaja dirayakan oleh orang Tamil yang beragama Hindu, tetapi turut dirayakan oleh orang Malayalam, Telugu, punjabi, Bengali, Sindhi dan lain-lain.

Page 154: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Deepavali bermaksud sebaris pelita. Penganut Hindu percaya bahawa dengan memasang pelita, kecerahan dapat menghapuskan segala kejahilan serta kejahatan dan menguatkan serta memelihara nilai-nilai murni.

• Aspek-aspek yang buruk dikikiskan dan yang baik pula dikukuhkan di hati. Ini akan membawa ketenangan serta keterangan, iaitu cahaya pada manusia.

• Sebenarnya, perayaan ini menandakan sambutan hari kejayaan, iaitu kuasa baik mengatasi kuasa jahat.

Page 155: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Rumah dibersihkan dan dihias dengan kolam, lampu-lampu moden dan pelita tradisional.

• Kolam Rangoli ialah lukisan yang dibuat daripada tepung beras yang berwarna.

• Penganut Hindu akan mandi minyak pada pagi Deepavali yang melambangkan penyucian diri.

• Mereka mengunjungi kuil untuk bersembahyang.

Page 156: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt
Page 157: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt
Page 158: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt
Page 159: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Disambut pada bulan “Thai”, iaitu bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil.

• Disambut bagi menghormati Dewa Murugan atau Dewa Subramaniam.

• Mereka akan membawa kavadi sebagai tanda membayar nazar. Perayaan ini menguji kepercayaan penganutnya kepada Dewa Murugan menyebabkan mereka tidak merasa sakit dan berdarah apabila badan mereka dicucuk dengan besi semasa menyambutnya.

Page 160: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Pembawaan kavadi pada hari Thaipusam

Page 161: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Perarakan membawa kavadi merupakan kemuncak perayaan Thaipusam. Perarakan ini berakhir dengan membawa persembahan ke kuil, iaitu untuk Dewa Murugan.

• Susu, madu dan kelapa akan dipersembahkan kepada Dewa Murugan.

Page 162: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Di Malaysia, Gua Batu Caves di Selangor menjadi tumpuan penganut agama Hindu meraikan perayaan Thaipusam.

• Setelah membersihkan diri, penganut Hindu akan menaiki 272 anak tangga.

• Ramai yang tidak makan daging selama 40 hari serta mengetepikan sebarang bentuk keseronokan dan keselesaan.

Page 163: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Penganut Hindu melemparkan kelapa untuk menghapuskan

kejahilan.

Page 164: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Kuil Dewa Murugan di Batu Caves

Page 165: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Menurut kalendar Hindu, bulan Januari hingga Februari adalah perayaan Thai Ponggal, seperti pesta menuai.

Page 166: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Adat Kelahiran Kaum India

Page 167: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Sebelum kelahiran• Ibu yang mengandung digalakkan mendengar lagu-lagu

suci, bersedekah dan menjaga pertuturan dan tingkah laku.

• Satu upacara diadakan di rumah ketika kandungan berusia 7 atau 9 bulan.

• Ibu yang mengandung dipakaikan gelang tangan baru oleh sanak saudara yang hadir.

• Ada juga upacara yang dikendalikan oleh sami Hindu di rumah.

• Doa dibaca untuk mendapat perlindungan daripada Tuhan.

Page 168: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Selepas kelahiran• Waktu kelahiran akan dicatat untuk menentukan bintang

bayi mengikut almanak Hindu.

• Bayi yang dibawa pulang perlu melalui satu upacara di luar rumah sebelum masuk ke rumah.

• Seperti orang Cina juga, ibu yang baru bersalin digalakkan mandi dengan air suam. Ada yang mencampurkan air mandian dengan herba.

• Badan bayi yang dimandikan biasanya diurut untuk menjaga kecantikan.

• Pada hari ke-16, upacara pemberian nama diadakan.

Page 169: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt
Page 170: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Merisik• Pihak lelaki mengunjungi rumah calon

perempuan dengan bilang ahli yang ganjil dengan membawa buah tangan seperti kelapa, sirih, buah pinang, cendana, bauha-buahan, dan serbuk ‘Kumkuma’(berwarna merah).

• Jika pihak perempuan bersetuju, mereka akan menerima hantaran tersebut.

Page 171: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Apabila dipersetujui, pihak perempuan akan ke rumah calon lelaki untuk berbincang tentang persiapan seterusnya.

• Pihak perempuan akan memberi mas kahwin iaitu ‘dowri’ kepada pihak lelaki.

• ‘Dowri’ boleh terdiri daripada wang tunai, barang-barang keperluan, perabot, barang-barang perak dan sebagainya.

Page 172: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Pemberian Hadiah (‘Parisam’)

• Dijalankan lebih awak dari hari perkahwinan.• Pihak lelaki menghantar hantaran dalam

jumlah ganjil.• Hantaran ini mesti disediakan oleh wanita

(saudara mara lelaki) yang sudah bersuami sahaja. Ini dinamakan ‘Cumanggal’.

• Pengantin lelaki akan mengetuai rombongan ke rumah pengantin perempuan untuk membawa ‘Parisam’.

Page 173: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• ‘Parisam’ terdiri daripada sari perkahwinan, sari ‘Parisam’ untuk dipakai pada hari tersebut, barang-barang kemas, buah-buahan, sirih pinang, kelapa dan sebagainya dibawa ke rumah pengantin perempuan.

• Pihak perempuan akan meletakkan buyung atau ‘Puurana Kumbum’ di ruang tamu.

• Lampu minyak atau ‘Kuttu Vilakku’ akan diletakkan di sebelah buyung sebagai tanda kurniaan Tuhan.

Page 174: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Sebuah pondok yang diperbuat daripada daun kelapa dan dihias dengan daun mangga serta daun kelapa muda dibina di hadapan rumah pengantin perempuan.

• Apabila pengantin lelaki tiba, hadiah akan diletakkan di hadapan buyung di ruang tamu.

• Upacara sembahyang akan dijalankan.

Page 175: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Bapa pengantin perempuan akan mengambil sari dan memberikannya kepada pengantin perempuan.

• Pengantin perempuan memakai sari ‘Parisam’ dipimpin oleh seorang wanita dan keluar ke ruang tamu.

• Pengantin perempuan dikalungkan buang oleh saudara-mara. Ini dikenali sebagai kalungan tunggal atau ‘Orrai Maalai’.

Page 176: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Majlis Perkahwinan

• Biasanya dilangsungkan di kuil Hindu arau di dewan.

• Pengapit pengantin lelaki akan memimpin pengantin lelaki (‘Maappilai’) ke pelamin dan mengelilinginya mengikut arah jam dan duduk di hadapan ‘Manavarai’.

• Pengantin lelaki dipakaikan cincin yang diperbuat daripada rumput (Pavitram).

• Tali berwarna kuning atau ‘Kaapu’ diikat pada pergelangan tangan pengantin lelaki.

Page 177: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Pakaian pengantin yang akan dipakai oleh pengantin dibawa oleh pengapit kepada hadirin sebagai tanda meminta restu.

• Pengapit (biasanya adik perempuan) akan membawa pengatin perempuan (Ponnu) masuk.

• Pengantin perempuan akan mengambil dan memakai pakaian yang direstui oleh hadirin tadi dengan lengkap berserta kalungan bunga.

Page 178: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Di pintu masuk, pengapit pengantin lelaki akan memakaikan cincin kepada kedua-dua belah jari kaki pengantin perempuan.

• Pengantin perempuan perlu membasuh kakinya dengan air susu dan disapu dengan ‘Kumkuma’, cendana serta ditabur dengan bunga.

• Pengantin lelaki duduk di hadapan ‘Manavarai’ dan diikuti oleh pengantin perempuan.

Page 179: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Pengantin perempuan

perlu membasuh

kakinya dengan air susu

Page 180: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Ibu bapa kedua-dua pasangan duduk berhadapan pengantin dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

• Pengantin menukar dulang berisi pinang dan buah-buahan.

• Ibu bapa pengantin lelaki menyerahkan sebiji kelapa yang telah dikupas dan dilubangkan pada bahagian atas.

Page 181: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Ini disambut oleh pengantin perempuan dengan sokongan tangan pengantin lelaki dan seterusnya ibu bapa pengantin lelaki menyokong tangan anak mereka.

• Sebagai tanda penyerahan anak kepada pengantin lelaki, ibu bapa pengantin perempuan menuangkan susu ke dalam kelapa itu.

• Ibu bapa pengantin lelaki memberi sirih kepada besan mereka.

Page 182: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Pasangan pengantin membersihkan kaki ibu bapa mereka dengan susu, menyapukan cendara dan menaburkan bunga.

• Pengantin lelaki menghadiahkan ‘Dhoti’ kepada bapa mertuanya, sari kepada ibu mertuanya dan memberikan sedikit wang.

• Pengantin lelaki mengikat ‘Thaali’ pada leher pengantin perempuan.- ‘Thaali’ merupakan lambang suci perkahwinan dan akan ditukar kepada kalung emas beberapa hari selepas perkahwinan.

Page 183: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali.

• Pasangan pengantin akan masuk ke rumah dengan langkah kaki kanan dahulu dan diberi minum susu yang bercampur pisang.

Page 184: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Kematian

Page 185: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

•Masyarakat India membakar mayat atau mengebumikannya.

•Banyak adat yang diamalkan dalam menguruskan kematian.Contoh:

Apabila seseorang india meninggal dunia, mayat tersebut akan dibersihkan dengan air yang bukan dari pair air. Mayat akan dipakaikan pakaian baru selepas dimandi. Mayat diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu.

Page 186: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Semasa kematian:

•Semua barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu dan gambar-gambar yang tergantung diterbalikkan bagi menunjukkan kesedihan.

•Lagu-lagu suci dimainkan supaya roh mendiang tenang dan aman.

•Bagi upacara memandikan mayat, air diambil daripada pelbagai sumber seperti sungai, perigi dan lain-lain kecuali air paip.

Page 187: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Upacara menanggalkan ‘Thaali’ (‘Thaali Vaangutai’)

dilakukan oleh isteri yang kematian suami. ‘Thaali’

ialah tali/rantai suci perkahwinan.

• Seterusnya dijalankan Upacara ‘Vaaikkarisi’ iaitu sedikit

makanan dimasukkan ke dalam mulut mendiang

sebagai pemberian terakhir.

• Semasa pengebumian, mengikut kepercayaan, ada

upacara dilakukan iaitu keranda akan digerakkan

berkali-kali sebelum dimasukkan ke dalam liang,

ibarat bayi yang bergerak di dalam kandungan

kerana dipercayai orang yang mati berada di dalam

perut Dewi Bumi.

Page 188: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

•Tanah liat yang mengandungi api (Kollic Catti)

dibawa oleh ahli keluarga (anak atau bapa) sambil

mengiringi mayat ke tanah perkuburan atau tempat

pembakaran. Selalunya anak bongsu membawa

untuk ibu, manakala anak sulung membawa untuk

bapa. Pembawa ‘Kollic Catti’ hendaklah mencukur

rambut iaitu simbol mereka akan hidup lebih

bahagia ibarat rambut yang baru tumbuh.

Page 189: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Pembawa Kollic catti akan mengelilingi mayat sebanyak kali mengikut arah jam.

Page 190: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Upacara pengebumian kaum India dengan membakar.

Page 191: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Rumah akan dibersihkan sebaik sahaja mayat dibawa keluar.

• Sekiranya mayat dibakar, abu mayat akan dikumpulkan dari tempat pembakaran keesokan harinya.

• Masyarakat India akan memilih sama ada menanam abu mayat itu atau melepaskannya ke laut.

• Upacara sembahyang dilakukan dan lagu-lagu suci dimainkan sepanjang tempoh berkabung sama ada 8 atau 16 hari.

Page 192: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Latar Belakang Orang Kadazan

Page 193: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt
Page 194: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Orang Kadazan terbahagi kepada beberapa puak kecil seperti Tuaran Dusun dan Ranau Dusun.Orang Kadazan mempunyai kepercayaan, kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Mereka berpegang kuat kepada undang-undang adat sebagai undang-undang yang utama dan dikendalikan oleh Mahkamah Anak Negeri.

Page 195: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Pesta Kaamatan merupakan pesta yang popular yang diadakan di Sabah oleh masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut.

Pesta ini diadakan pada setiap 1 Mei sebagai tanda kesyukuran dan penghormatan kepada semangat padi (Bambarayon) kerana mendatangkan hasil yang lumayan.

Page 196: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Adat Kelahiran Kaum Kadazan

Page 197: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Pelbagai pantang larang diamalkan oleh ibu bapa semasa bayi dalam kandungan.

• Semasa kelahiran, seorang bidan memainkan peranan penting.

• Bidan yang mahir dalam perubatan tradisional amat dihormati dan tinggi kedudukannya.

• Bidan bertanggungjawab terhadap ibu dan bayi yang dilahirkan selama 7 hari.

Page 198: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Pada bari ke-7, diadakan upacara memotong rambut (‘memugar’) oleh bidan itu.

• Keluarga sebelah ibu akan memberi 3 jenis pemberian kepada bidan seperti rantai pinggang (tembaga atau perak), kain hitam yang belum djjahit dan wang tunai.

• Jumlah hari berpantang berbeza mengikut keupayaan iaitu 7 hari (orang kebanyakan), 21 hari (golongan berdarjat) dan 44 hari (golongan lebih tinggi darjatnya).

Page 199: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Semasa berpantang, ibu dan bayi dibacakan mantera supaya tidak diganggu oleh roh-roh jahat.

• Bayi akan diberi nama sementara oleh bidan yang menyambut kelahiran.

• Pada hari ke-8, semua keluarga, jiran dan orang kenamaan di kampung akan dijemput untuk berbincang dan menentukan nama bayi.

Page 200: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Setelah berumur sebulan, adat turun tanah (“Mintuhun” atau “Minuhun”) diadakan. Si Ibu akan membawa anaknya memijak tanah sambil membaca mantera, menandakan anak itu tidak terikat dengan pantang lagi.

Page 201: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh orang Kadazan ialah perkahwinan Poligini.- Seseorang lelaki tidak boleh mempunyai lebih daripada 2 orang isteri pada satu masa.

Page 202: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt
Page 203: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Kadazan-dusun terkenal dengan kaum yang mempunyai banyak sub-etnik yang kaya dengan budaya mereka sendiri. Oleh itu, setiap kaum dalam kadazan-dusun mempunyai perbezaannya pakaian tradisionalnya yang tersendiri.

Page 204: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt
Page 205: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt
Page 206: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt
Page 207: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt
Page 208: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Hinava

Bosou / jeruk

Ambuyat

Page 209: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Latar belakangkaum iban di malaysia

Page 210: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Orang Iban

Page 211: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Pada awalnya dikenali sebagai Dayak Laut.

• Bentuk fizikal orang Iban agak rendah, mempunyai ketinggian anggaran 155cm, berambut lurus dan ikal, serta berkulit coklat pucat.

• Berasal dari Lembah Kumpang (Kalimantan Barat, Wilayah Republik Indonesia)

• Masyarakat Iban adalah masyarakat egalitariat dan setiap keluarga bilik sentiasa berusaha untuk memelihara nama baik mereka.

Page 212: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Orang Iban tinggal di rumah panjang.

• Mereka diketuai oleh seorang ketua dikenali Penghulu (dipilih melalui undian setiap lima tahun sekali)

• Penghulu diberi gaji dan merupakan hakim yang akan mengadili kesalahan terhadap pelanggaran undang-undang adat.

Page 213: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Rumah Panjang

Page 214: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Perayaan Orang Iban

Page 215: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Gawai Antu• Merupakan salah satu daripada perayaan yang

terbesar dan yang paling meriah di kalangan orang Iban.

• Diraikan bagi memperingati roh-roh mereka yang telah mati pada setiap 15 tahun sekali.

• Sebelum upacara Gawai Antu diadakan, dua upacara kecil diadakan, iaitu Gawai Beban Ramu Sungkup dan Ngeretok.

Page 216: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Kedua-dua upacara ini adalah berkenaan dengan pembinaan pondok “sungkup” di kubur-kubur saudara mara mereka yang telah mati.

• Acara ini merupakan satu kemestian kepada masyarakat Iban khususnya di Saribas, Kalaka dan Skrang. Mereka akan bersalah sekiranya sungkup tidak dapat dibina.

• Kedua-dua upacara ini diadakan secara bekerjasama di antara saudara mara sama ada yang dekat atau jauh.

Page 217: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Hari Gawai Antu

Tarian Sumazau semasa Hari Gawai Antu

Page 218: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Hari Mantar

• Disambut sebelum Gawai Antu diadakan.

• Diketuai oleh Tuai Gawai dan diikuti oleh Tuai Rumah dan beberapa orang lelaki dan wanita.

• Para pahlawan akan ditanya adakah mereka mendengar bunyi-bunyi yang membawa petanda-petanda buruk semasa dalam perjalanan ke pesta berkenaan.

Page 219: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Sekiranya ada, mereka akan dijamu tuak. Sekiranya mereka terserempak dengan ular tedung melintasi jalan, satu penyembahan akan diadakan di rumah panjang.

Sejenis arak yang dibuat daripada beras.

Page 220: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Pembinaan Sungkup Sempena Gawai

• Pada awal pagi esoknya, orang-orang lelaki, wanita dan anak-anak muda membawa peralatan membuat sungkup, makanan dan minuman ke kubur dengan menaiki bot atau berjalan kaki bergantung kepada kedudukan kubur.

• Bahan-bahan membuat sungkup berkenaan terlebih dahulu disemah dengan darah ayam sebelum dicacakkan.

Page 221: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Adat Kelahiran Kaum Iban

Page 222: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Bakal ibu dan bapa masyarakat Iban juga mengamalkan pelbagai pantang larang semasa bayi dalam kandungan.

• Semasa bayi dilahirkan, saudara-mara akan membuat bunyi bising dengan menggunakan sesuatu supaya bayi itu menangis. Kini, cara tembakan ke udara digunakan.

• Seorang bidan menjaga ibu yang baru bersalin.

Page 223: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Ibu akan berpantang selama 30 hingga 40 hari.

• Datuk dan nenek bayi akan membawa bayi untuk menghadap ke langit dan menyaksikan cahaya matahari (“Upacara Engkadah Hari Enggau Ngetup Garam’)

• Secubit garam dimasukkan ke dalam mulut bayi itu.

• Tali pusat juga akan dipotong.

Page 224: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

• Si datuk akan membacakan doa.

• Untuk menamakan bayi (‘Upacara Nganga Nama Anak’), ibu bapa akan menjemput semua saudara mara untuk membantu memberikan nama yang sesuai.

• Selepas mendapat nama bayi, ibu bapa bayi akan menentukan satu hari yang sesuai untuk upacara memandikan anak di sungai. (‘Upacara Meri Anak Mandi’)

• Seorang lelaki tua yang dihormati akan mengetuai upacara ini.

Page 225: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Perkahwinan Orang Iban

• Upacara “membersih makhluk” (Gadis-gadis yang berpakaian kebangsaan diarak di sepanjang bilik tamu dan diikuti oleh beberapa orang yang bergendang dan pencak silat) akan meninggalkan kesan yang manis pada anak-anak muda. Mungkin ada antara mereka yang bertemu jodoh dan membawa kepada perkahwinan.

Page 226: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Perkahwinan orang Iban

Page 227: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Makanan Tradisional Orang Iban

Manok Pansoh

Pekasam ensabi / jeruk

Page 228: adattradisionalmasyarakatdimalaysia-120822080536-phpapp02.ppt

Sekian, terima kasih.