adat resam kaum kadazandusun

10
Adat Resam kaum Kadazandusun Asal usul makanan Lazimnya, menurut kepercayaan suku kaum Kadazandusun, padi berasal daripada isi manusia yang bernama Huminodun. Huminodun ialah seorang gadis jelita anak kepada Kinoingan. Kinoringan ialah nama Tuhan bagi nenek moyang suka kaum Kadazandusun. Kinoringan telah mengorbankan anaknya Huminodun demi mengatasi masalah kebuluran di dunia. Menurut kepercayaan suku kaum ini, segala jenis bahan makanan yang utama berasal dari pelbagai bahagian badan Huminodun. Beras dari isinya yang putih melepak; darahnya yang merah telah bertukar menjadi lada; halia pula adalah jari jemari Huminodun; bawang 'tagaas' berasal dari rambut Huminodun; giginya bertukar menjadi jagung; kepalanya pula menjadi kelapa dan sebagainya. Oleh itu demi menghormati dan mensyukuri pengorbanan Kinoringan dan Huminodun, nenek moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adat seperti Momohizan dan Humabot. Upacara Momohizan Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September apabila padi selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat padi dan memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan padi dan melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam. Upacara momohizan biasanya berlangsung di rumah keluarga suku kaum Kadazandusun golongan berada. Sementara itu golongan yang

Upload: lingqq92

Post on 24-Apr-2015

94 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Adat Resam Kaum Kadazandusun

Adat Resam kaum Kadazandusun

Asal usul makanan

Lazimnya, menurut kepercayaan suku kaum Kadazandusun, padi berasal daripada

isi manusia yang bernama Huminodun. Huminodun ialah seorang gadis jelita anak

kepada Kinoingan. Kinoringan ialah nama Tuhan bagi nenek moyang suka kaum

Kadazandusun.

Kinoringan telah mengorbankan anaknya Huminodun demi mengatasi masalah

kebuluran di dunia. Menurut kepercayaan suku kaum ini, segala jenis bahan

makanan yang utama berasal dari pelbagai bahagian badan Huminodun. Beras dari

isinya yang putih melepak; darahnya yang merah telah bertukar menjadi lada; halia

pula adalah jari jemari Huminodun; bawang 'tagaas' berasal dari rambut Huminodun;

giginya bertukar menjadi jagung; kepalanya pula menjadi kelapa dan sebagainya.

Oleh itu demi menghormati dan mensyukuri pengorbanan Kinoringan dan

Huminodun, nenek moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adat

seperti Momohizan dan Humabot.

Upacara Momohizan

Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September

apabila padi selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat

padi dan memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk

menyuburkan padi dan melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam.

Upacara momohizan biasanya berlangsung di rumah keluarga suku kaum

Kadazandusun golongan berada. Sementara itu golongan yang kurang berada akan

meminta untuk didoakan bersama ataupun dalam bahasa Kadazandusun

'mikiompit'.

Dua minggu sebelum upacara ini diadakan tuan rumah akan meminta para

penduduk kampung untuk menolongnya menyediakan 'tapai' iaitu sejenis minuman

keras tradisi Kadazandusun. Upacara Momohizan dimulakan pada sebelah malam

iaitu setelah semua jemputan hadir. Beberapa orang Bobohizan (bomoh suku kaum

Kadazandusun) yang berpakaian serba hitam akan berkumpul dan memulakan

upacara ini dengan memanggil 'miontong pomumuon' (penjaga rumah/semangat

Page 2: Adat Resam Kaum Kadazandusun

padi) Apabila selesai membaca mantera pemanggilan dalam kata lain apabila

semua miontong dan 'tasab' (malaikat padi) sudah dihimpunkan maka Bobohizan

akan menaburkan serbuk ragi (manasad) di atas nasi yang telah dihidangkan di atas

nyiru dan diletakkan di ruang tengah rumah.

Adalah dipercayai bahawa perbuatan manasad dilakukan bersama-sama

dengan miontong. Setelah selesai manasad, nasi yang ditabur dengan ragi itu

kemudian diisi ke dalam sukat (saging) dan diatas nasi itu diletakkan arang (popou),

kemudian mulut sukat ini akan ditutup dengan daud simpur (daingin). Kemudian

Bobohizan akan mengisi beras ke dalam nyiru yang berbentuk segitiga (hihibuh),

ketua Bobohizan akan memungut sedikit beras dari nyiru dan meletakkannya ke

atas gendang.

Sambil membaca mantera, Bobohizan akan mengetuk gendang dan

kemudiannya memakan beras itu, tujuannya ialah untuk menjemput miontong sama-

sama memakan beras tersebut. Selepas itu beberapa orang pelatih Bobohizan yang

terdiri daripada sumandak (gadis-gadis sunti) akan berkumpul dan memukul

gendang sambil menyanyi dan membaca mantera 'tumingak' dan diikuti dengan

mantera 'sumava'. Seiringan dengan itu Bobohizan akan membungkus nasi dengan

daun simpur. Nasi yang dibungkus ini kemudiannya dipungut sedikit-sedikit lalu diisi

ke dalam tempayan kecil. Tempayan ini kemudiannya diletakkan di atas batang

bambu yang tingginya kira-kira tiga kaki dan hujung bambu itu diletak untuk

tempayan itu diletakkan. Batang bambu ini diikat pada tiang rumah dengan

menggunakan tali kyang diperbuat daripada kelapa (hisad).

Setelah itu Bobohizan akan menjemput 'miontong' untuk minum tapai

(moginum) bersama-sama. Setelah itu bobohizan akan bersedia untuk menjemput

dewata dari kayangan untuk turut serta makan minum dan memohon kepada

mereka untuk menjaga dan melindungi padi serta keluarga suku kaum

Kadazandusun.

Pelatih Bobohizan akan membaca mentara'mingau' dan diikuti dengan

mentera 'kumodong sakazan' ini ialah untuk memanggil semangat kenderaan yang

menurut mereka berbentuk perahu dan akan belayar terapung-rapung di udara. Para

Bobohizan akan menutup muka mereka dengan kain sambil membaca mantera

'modsuut/soikung' iaitu memanggil roh-roh kayangan. Para Bobohizan ini akan

Page 3: Adat Resam Kaum Kadazandusun

menentukan arah tujuan masing-masing, biasanya dua orang Bobohizan akan

belayar ke kayangan (minsavat).

Acara 'modsuut' ini diiringi dengan paluan gong tanpa henti dan Bobohizan

pula membaca mantera dan mengoncang-goncangkan alat bunyian mereka yang

diperbuat serpihan-serpihan besi disangkutkan pada serpihan tulang rusuk manusia

yang dipercayai diturunkan oleh nenek moyang mereka yang merupakan pahlawan

peperangan (misasangod). Alat bunyian ini dipanggil 'sindayang'.

Antara bahan makanan yang dihidang di tengah rumah sebagai jamuan

'mintong' ialah nasi, tapai, jeruk ikan (nosom) yang digaul dengan halia dan padi

(santadang paai). 'Modsuut' memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang dari

jam 1.00 tengah malam hingga jam 5.00 subuh. Apabila roh Bobohizan itu sudah

turun ke bumi dengan roh-roh kayangan, maka Bobohizan akan berehat sebentar,

samada mereka akan tidur atau makan.

Semasa Bobohizan berehat, para jemputan akan menarikan tarian tradisional

Kadazandusun iaitu sumazau. Di sebelah pagi pula iaitu lebih kurang jam 6.00 pagi

Bobohizan akan memalu gendang sambil membaca mantera 'mihung', 'painsan',

'monduvazan dan Bobohizan akan menyanyikan mantera 'momosik' tompuvan'

(mengejutkan pari-pari yang menjaga rumah).

Seterusnya Bobohizan akan menarik sehelai bulu dari seekor ayam yang

telah disediakan sebagai korban. Korban biasanya ialah seekor ayam dengan

seekor babi. Jantina korban mestilah bertentangan misalannya ayam jantan dengan

babi betina dan sebaliknya. Sehelai bulu ayam tadi akan diikat pada hisad dan ianya

akan dikuis pada tuan rumah dan para tetamu.

Ini ialah untuk melindungi mereka daripada serangan penyakit agar mereka

akan sentiasa sihat dalam mengerjakan sawah padi masing-masing. Setelah itu

tetamu akan dijamu dengan makanan yang telah disediakan seperti nasi, tapai,

daging ayam, daging babi dan sebagainya. Setelah Bobohizan menjamu selera,

mereka akan turun ke bawah rumah dan membawa korban itu bersama-sama

mereka. Bobohizan akan membaca mantera sambil memegang ayam korban dan

sumazau.

Page 4: Adat Resam Kaum Kadazandusun

Selepas membaca mantera, ayam akan disembelih dengan menusuk kepala

ayam itu dengan benda tajam, kadangkala Bobohizan akan menggunakan klip

rambut yang besar(titimbok). Setelah ayam itu mati, bulunya akan dibakar sehingga

terhidu baunya. Ertinya ayam itu kini telahpun dikorbankan kepada miontong.

Seterusnya Bobohizan akan memanggil 'miontong' untuk minum tapai iaitu dengan

menuangkan sedikit tapai ke tanah.

Setelah itu Bobohizan akan memotong, rumput dengqn parang dan membaca

mantera 'manau' untuk meminta dewata pulang ke kayangan. Kemudiannya korban-

korban itu akan dibawa naik semula ke rumah. Semasa para Bobohizan naik ke

rumah, salah seorang tuan rumah akan merenjiskan air kepada Bobohizan sebagai

membersihkan Bobohizan yang telah turun ke tanah. Bobohizan pula akan

menyanyikan mantera 'sumamboi'.

Bobohizan akan berehat seketika, kemudian acara 'magampah' akan

diadakan dimana tetamu dan ahli keluarga tuan rumah terutamanya kanak-kanak

akan duduk berkumpulan pada suatu tempat (lazimnya ditengah ruang tamu) lalu

ditutup dengan kain yang besar sambil Bobohizan menari-nari mengelilingi mereka

dengan membaca mantera dan memukul dua bilah parang (tandus atau ilang) di

atas kain yang menutuoi kumpulan itu untuk menghalau penyakit.

Bobohizan yang lainnya juga akan menari-nari mengelilingi kumpulan ini

dengan menguis kain penutup dengan batang Lengkuas (tumbu) dan ohok (bunga).

Apabila mantera selesai dibaca, Bobohizan akan mengangkat kain penutup dan

mereka yang ditutup oleh kain itu akan bertempiaran lari kononya untuk

meninggalkan penyakit ditempat mereka berekumpul tadi.

Setelah itu Bobohizan dan para tetamu akan para tetamu akan sumazau.

Selepas jamuan tengah hari, Bobohizan akan membaca mantera 'papasazau

miontong' ini ialah untuk menjemput roh-roh penjaga rumah/padi berpesta menari

sumazau bersama-sama. Sambil sumazau, Bobohizan akan memotong batang

bambu (binabat) yang telah disediakan, kemudian disangkut pada dinding rumah.

Hisad juga akan dihiris-hiris oleh Bobohizan. Hisad yang jatuh ke lantai

akandipungut dan ditabur diatas padi yang dipersembahkan sebagai korban kepada

'miontong'. Selepas itu Bobohizan akan berehat dan pada waktu inilah korban-

Page 5: Adat Resam Kaum Kadazandusun

korban seperti daging babi dan ayam dibersihkan dan dibahagi-bahagikan. Bahagian

usus korban ini akan dibawa oleh Bobohizan ke sungai untuk dibersihkan. Upacara

ini dinamakan 'humanau', ini juga bertujuan untuk memberi makan kepada

miontong .

Setelah itu kesemua Bobohizan akan mandi, membersihkan diri mereka.

Semasa perjalanan kembali ke rumah tempat momohizan itu diadakan, Bobohizan

dilarang untuk menoleh ke belakang atau tersadung kaki semasa berjalan. Upacara

momohizan ini diadakan selama dua malam dan setengah hari. Malam keduanya

Bobohizan akan membaca mantera 'modsuut' lagi tapi dengan roh penjaga

rumah/padi saja.

Di sebelah pagi hari kedua, bahan korban akan dibahagi-bahagikan kepada

para Bobohizan sebagai sogit dan selepas itu mereka akan dijamu dengan makanan

dan minuman tapai, ketika inilah para tetamu dan Bobohizan akan berbalas pantun

(kizat) atau syair (hius) dan acara ini sememangnya merupakan acara untuk

berhibur yang di selangi dengan gelak ketawa dan usik mengusik. Setelah selesai

makan, Bobohizan akan pulang ke rumah masing-masing dengan berbekalkan sogit

(huus).

Humabot

Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh nenek

moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku kaum

ini yang akan mendirikan rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah

tapak rumah itu didirikan.

Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan kayu sapad

ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis air

disekitar kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini bertujuan untuk

menghalau roh-roh jahat yang berkeliaran di tapak rumah tersebut yang dipercayai

akan mendatangkan malapetaka ataupun dalam bahasa kadazandusun 'kopizo'

Tiang akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, maka

tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal.

Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini upacara

'momodu' atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan membaca

Page 6: Adat Resam Kaum Kadazandusun

mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan apai pada bambu yang hujungnya

dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengililingi rangka-rangka

atap rumah sambil bertempik sorak atau 'memangkis'. Ini bertujuan untuk

menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka.

Upacara ini biasanya disambut dengan keramaian dan para jemputan akan

dihidangkan dengan jamuan. Tuan rumah juga akan memjemput ketua keluarga

yang mempunyai ramai anak yang semua masih 'hidup', ke rumahnya dan meminta

ketua keluarga itu baring sebentar pada alas tidur tuan rumah. Ini dipercayai

bertujuan untuk menjemput rezeki yang berpanjangan kepada keluarga tuan rumah

itu.

Sebulan selepas tuan rumah tinggal di rumah itu maka upacara 'momohontog sisit'

iaitu upacara menghormati tiang rumah akan diadakan ianya merupakan acara

keramaian seperti magagung, sumazau dan makan besar. Setahun selepas tuan

rumah tinggal di rumah baru itu, upacara magavau akan diadakan untuk memuja

semangat rumah.

Seminggu selepas magavau diadakan upacara Humabot pula menyusul, upacara ini

juga adalah upacara menghormati rumah dan ianya disambut dengan meriah sekali.

Tapai akan disediakan untuk menjamu jemputan yang datang.

Dalam upacara itu Bobohizan akan menjampi nasi untuk membuat tapai kemudian

meletakkanya diatas daun simpur. Air perahan nasi tapai itu akan diminum dan

nasinya pula dilontarkan ke dalam ketawai besar (bekas menyimpan padi), ini

adalah untuk memberi makan kepada semangat padi 'bambazon' makan. Kaum

lelaki juga akan melontarkan nasi tapai pada daun simpur itu ke dalam ketawai

sambil bertempik sorak (memangkis) .

Acara ini berterusan sehingga kesemua nas tapai yang diletakkan atas daun simpur

itu habis. Upacara Humabot diadakan setiap selang satu tahun selepas ia diadakan

dan lima tahun selepas rumah itu dihumi. Upacara ini juga merupakan upacara

keramaian iaitu makan besar dimana seekor kerbau akan ditumbangkan sebagai

sogit (korban).

Nenek moyang suku kaum ini mempercayai bahawa sekiranya upacara-upacara

menghormati rumah baru ini tidak dilakukan maka malapetaka pasti akan menimpa

Page 7: Adat Resam Kaum Kadazandusun

keluarga yang tinggal dirumah baru itu, penyakit akan berleluasa, perkara-perkara

ganjil dan mengerikan akan terjadi dirumah itu seperti beratus-ratus ekor tabuan

(potizukon) akan mengelilingi rumah atau biawak akan tiba-tiba muncul dirumah

baru itu.

Tarian Sumazau

Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di

Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum

Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian Sumazau

yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan

menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan

mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan

lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadapan  dan mereka

menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan

diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar,

gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa

menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.Pesta Kaamatan (Menuai)

disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan  tuaian  baik dan  disambut oleh

semua kaum lain Sabah.