adat melayu

3

Click here to load reader

Upload: chew

Post on 03-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

...

TRANSCRIPT

Page 1: adat melayu

Berinai curi diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak

kaki bakal pengantin perempuan diinai merupakan adat istiadat yang wajib dijalankan

semasa perkahwinan. Selepas mandi istiadat dan sebelum bakal pengantin tidur pada malam

yang sama, sepuluh hujung jarinya dan pusat kedua-dua tapak tangan serta pinggir tapak kaki

diinai dan dibiarkan kering sehingga pagi berikut. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan

didudukkan di atas pelamin.Selepas dijalankan adat berinai curi akan dijalankan dua adat yang

seterusnya iaitu berinai kecil dan berinai besar. Berinai kecil yang diadakan pada waktu petang

hari selepas hari berinai curi. Kaedahnya sama sahaja dengan berinai curi. Manakala berinai

besar adalah jauh lebih besar, berbanding dengan kenduri berinai curi dan kenduri berinai

kecil.Selain itu, pengantin lelaki tidak terlibat dalam istiadat berinai di rumah pengantin

perempuan bagi istiadat berinai curi dan berinai kecil. Sesetengah pengantin lelaki Melayu pada

zaman silam juga menjalankan istiadat berinai di rumah sendiri tetapi juga menjalankan istiadat

berinai di rumah sendiri.

Inai yang terdapat pada tapak tangan dan kaki pengantin perempuan merupakan

sejenis seni visual yang boleh dikaitankan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan

seni visual dalam sekolah. Guru dicadangkan membimbing murid melukis corak inai sama ada

pada kertas lukis atau tapak tangannya mengikut kreativiti mereka secara kumpulan. Hal ini

bukan sahaja dapat menarik minat pelajar dalam kelas, maka juga dapat mengeratkan silaturahim

murid antara satu sama lain. Menurut teori pelbagai kecerdasan yang dikemukan oleh Haward

Gardener mengatakan bahawa kecerdasan Visual spatial ialah kebolehan mengesan dan

menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan. Melalui aktiviti melukis inai dalam proses

pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual dapat meneroka bakat murid dalam seni

visualnya.

Selain mengembangkan bakat seni visual murid juga dapat memberi lebih limu

pengetahuan tentang adat kaum yang berlainan melalui pengajaran tersebut. Murid akan

lebih memahami akan kawan yang terdiri daripada kaum yang berlainan dan secara tidak

langsung dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Pengenalan terhadap pelbagai

kaum dan etnik amat ditekankan dalam matapelajaran pendidikan moral agar tidak mewujubkan

perselisihan faham antara kaum.

Page 2: adat melayu

Bunga telur merupakan satu alatan yang penting dalam persandingan orang

melayu. Dalam adat melayu, telur yang terdapat dalam bunga telur mewakili kesuburan. Oleh itu

ia dianggap sebagai mendoakan agar pasangan tersebut subur dan mendapat zuriat dalam masa

terdekat. Pada umumnya, bunga telur merujuk kepada kumtum bunga diikat telur dan dipacak

pada pulut kuning di kiri dan kanan mempelai. Selain itu, bunga telur juga merupakan cenderahati

yang diberikan kepada para hadirin sebagai tanda perhargaan untuk menghadiri ke majlis

perkahwinan mereka.

Adat resam ini boleh diaplikasi oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam

kelas. Pemberian cenderahati atau saguhati merupakan sejenis peneguhan positif yang

berkesan untuk memberi pujian atau menggalakkan murid terus berusaha atas tingkah

lakunya.Menurut Teori Pelaziman Operan Skinner bahawa peneguhan terhadap sesuatu gerak

balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku

operan ini akan bertambah.Tingkah laku operan ini boleh diajar dan dipelajari oleh murid melalui

satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujubnya tingkah laku operan itu.

Guru yang berkemahiran dicadangkan menggunakan ganjaran yang berkesan dan tetap

untuk memotivasikan murid-murid sama ada dalam bentuk hadiah materialistik atau penerimaan

sosial dalam bilik darjah. Ganjaran berbentuk materialistik seperti hadiah atau barang maujud

merupakan cara yang berkesan untuk menggalakkan murid agar meneruskan sesuatu

usahanya.Tambahan pula, peneguhan yang positif terhadap seseorang murid juga akan

menggalakkan murid lain dalam kelas untuk mencontohi tingkah laku yang positifnya

disebabkan pemberian cenderahati atau saguhati yang menarik pemerhatian mereka.

Mereka akan menganalisiskan sama ada tingkah laku yang dilakukan adalah positif atau negatif

agar dapat juga peneguhan daripada cikgu.

Page 3: adat melayu