abstrak-kajian etnik idahan

1
Kajian Ke Atas Sejarah Dan Adat Resam Etnik Idahan Lahad Datu Sabah Oleh Ruzanah Seriger Abstrak Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengetahui sejarah dan adat resam suku kaum Idahan di Lahad Datu Sabah. Lokasi kajian ini dilakukan di Kg. Segangan Lahad Datu. Adat resam yang akan dikaji dan dikupas dalam kajian ini meliputi adat perkahwinan, adat kematian dan pantang-larang dalam kehidupan seharian. Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kualitatif dengan membuat penelitian ke atas dokumen- dokumen bersejarah yang berkaitan dengan tajuk kajian ini. Selain itu, instrumen kajian seperti tinjauan ke perpustakaan dan temu bual turut dilakukan agar pengkaji boleh memperolehi maklumat yang lebih banyak tetapi dipercayai kesahihannya. Kajian-kajian terdahulu yang dilakukan oleh pengkaji dari luar negara akan turut diambil oleh pengkaji agar dapat menyokong fakta-fakta yang terdapat dalam kajian ini.

Upload: ridawati-limpu

Post on 01-Jan-2016

189 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

an abstract about the originality of Idahan

TRANSCRIPT

Page 1: Abstrak-kajian Etnik Idahan

Kajian Ke Atas Sejarah Dan Adat Resam Etnik Idahan Lahad Datu Sabah

Oleh

Ruzanah Seriger

Abstrak

Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengetahui sejarah dan adat resam suku kaum

Idahan di Lahad Datu Sabah. Lokasi kajian ini dilakukan di Kg. Segangan Lahad Datu. Adat

resam yang akan dikaji dan dikupas dalam kajian ini meliputi adat perkahwinan, adat

kematian dan pantang-larang dalam kehidupan seharian. Kajian ini merupakan kajian yang

berbentuk kualitatif dengan membuat penelitian ke atas dokumen-dokumen bersejarah yang

berkaitan dengan tajuk kajian ini. Selain itu, instrumen kajian seperti tinjauan ke perpustakaan

dan temu bual turut dilakukan agar pengkaji boleh memperolehi maklumat yang lebih banyak

tetapi dipercayai kesahihannya. Kajian-kajian terdahulu yang dilakukan oleh pengkaji dari

luar negara akan turut diambil oleh pengkaji agar dapat menyokong fakta-fakta yang terdapat

dalam kajian ini.