abstrak kajian lppkn (1974-2004) - family...

42
ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Upload: lamnga

Post on 31-Jan-2018

251 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004)

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga NegaraKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Page 2: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

Diterbitkan oleh:

Bahagian KependudukanLembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Malaysia

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan MasyarakatBangunan LPPKN,

No. 12B, Jalan Raja Laut,Peti Surat 10416,

50712 Kuala Lumpur.Tel: 03-2693 7555 Faks: 03-2698 8185

Email: [email protected]: www.lppkn.gov.my

ISBN 978-983-2205-61-6Cetakan 2008

Page 3: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

Isi kandunganMalaysian Fertility and Family Survey (MFFS I)

Family and Health Survey in The Intensive Input Demonstration Areas (IIDA II)

Family and Health Survey in The Federal Territory and Petaling Jaya

Family Planning Acceptor Survey

Study of Integration Project of Family Planning and Parasite Control

Study on The Evaluation of The Effectiveness of IEC Materials in Family Planning Programme

Study on Childcare Needs of Low Income Women in Urban Malaysia

Study on Migration: Study of Four Major Cities in Peninsular Malaysia

Ethnicity, Attitude and Fertility Survey

Survey on Health and Family Planning in Johore and Perak

Action-Orientad Research and Training for Improved Management of Population Programmes

1

3

4

5

7

8

10

12

13

14

16

tajuk mukasurat

Page 4: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

Malaysian Population and Family Survey II (MPFS II)

Malaysian Family Life Survey II

Kajian Penduduk Daerah

Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia - III (MPFS III)

Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

Kajian Kesihatan Reproduktif dan Seksualiti Remaja di Malaysia

Kesan Pembangunan Sosioekonomi ke Atas Keluarga dan Hubungan Gender di Malaysia

Kajian Penjagaan Anak dan Caragaya Keibubapaan di Kalangan Ibu Bapa Bekerja di Semenanjung Malaysia

Kajian Kesan Pendatang Asing ke Atas Penduduk Tempatan ‘Satu Tinjauan di Mukim Setapak dan Ulu Kelang’

Kajian Penduduk dan Keluarga Setinggan di Lima Bandar Utama, Semenanjung Malaysia

Pendapat Umum-“Wanita Hari Ini : Antara Anak dan Kerjaya”

Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke Empat (MPFS 4 / KPKM 4)

17

19

21

22

24

26

27

28

30

32

34

36

Page 5: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

Nama Kajian Malaysian Fertility and Family Survey (MFFS I) Tahun 1974 Objektif Untuk mengkaji mengenai isu-isu demografi di samping

mendapatkan maklumat berhubung pengetahuan, sikap dan amalan perancang keluarga.

Liputan i. Sampel:-

Meliputi 7,008 tempat kediaman dan 6,368 responden wanita berumur 15 hingga 49 tahun yang pernah berkahwin.

ii. Kawasan:-

Semenanjung Malaysia.

Penemuan i. Terdapat peningkatan umur pada perkahwinan pertama. Di kalangan wanita berumur 25 hingga 29 tahun, min umur pada perkahwinan pertama ialah 18.8 tahun manakala bagi wanita yang lebih tua (45 tahun ke atas), min umur pada perkahwinan pertama ialah 16.7 tahun.

ii. Wanita yang tidak bersekolah pada puratanya

berkahwin pada umur 16.7 tahun, manakala wanita yang berpendidikan lebih daripada 12 tahun persekolahan berkahwin pada umur 22.4 tahun.

iii. Faktor sosioekonomi seperti tahap pendidikan,

pendapatan keluarga dan strata mempunyai hubungan dengan min bilangan anak. Secara keseluruhannya, min bilangan anak bagi setiap wanita ialah 4.2 orang. Wanita India mempunyai min bilangan anak yang paling ramai (4.6 orang) berbanding Melayu dan Cina (4.2 orang).

iv. Min bilangan anak bagi wanita yang tinggal di bandar

adalah rendah (3.6 orang) berbanding mereka yang tinggal di luar bandar (4.2 orang).

v. Hampir 80.0 peratus wanita yang tidak mahu menambah

bilangan anak adalah di kalangan mereka yang telah mempunyai lebih daripada 4 orang anak dan mereka yang berumur 45 tahun ke atas.

Page 6: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

2

vi. Sebanyak 92.0 peratus wanita pernah mendengar sekurang-kurangnya satu kaedah perancang keluarga. Kaedah perancang keluarga yang paling popular ialah pil (88.0%), pemandulan (73.0%) dan kondom (52.0%).

vii. Sebanyak 34.4 peratus wanita sedang mengamalkan sebarang kaedah perancang keluarga. Pil adalah kaedah perancang keluarga yang paling popular digunakan (16.8%) diikuti pemandulan (4.0%) dan cara waktu selamat (3.7%).

Laporan Malaysian Fertility and Family Survey, 1974

Page 7: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

3

Nama Kajian Family and Health Survey in The Intensive Input Demonstration Areas (IIDA II) Tahun 1976 Objektif Penilaian susulan untuk mengukur kesan integrasi perkhidmatan

perancang keluarga dan kesihatan di luar bandar. Liputan i. Sampel:-

Meliputi 3,037 isi rumah dan 2,222 wanita pernah berkahwin (15 – 49 tahun) telah ditemubual.

ii. Kawasan:-

Kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia.

Penemuan i. Min umur pada perkahwinan pertama bagi wanita pernah berkahwin (15 – 49 tahun) ialah 17 tahun. Sebanyak 78.0 peratus wanita berkahwin di bawah umur 20 tahun.

ii. Secara keseluruhannya, 36.6 peratus wanita mempunyai

anak dalam tempoh setahun perkahwinan manakala 34.7 peratus selepas dua tahun berkahwin.

iii. Pada puratanya, wanita mempunyai 4 kelahiran hidup

dan 3.6 orang anak yang masih hidup. iv. Sebanyak 19.0 peratus wanita mengalami sekurang-

kurangnya 1 keguguran atau mati dalam kandungan. v. Terdapat 51.9 peratus wanita ingin menambah bilangan

anak, 44.4 peratus tidak mahu dan 3.7 peratus tidak pasti.

vi. Sebanyak 54.4 peratus wanita ingin memiliki kurang

daripada 5 orang anak.

Laporan Facts and Figures (Malaysia, National Population and Family Development Programme 1982)

Page 8: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

Nama Kajian Family and Health Survey in The Federal Territory and Petaling Jaya Tahun 1977 Objektif i. Untuk mewujudkan data asas demografi bagi Wilayah

Persekutuan dan Petaling Jaya. ii. Untuk mengetahui tahap pengetahuan, sikap dan

amalan wanita mengenai perkhidmatan perancang keluarga dan mengenalpasti keberkesanannya.

Liputan i. Sampel :-

Sebanyak 3,679 isi rumah yang terdiri daripada penghuni flat/bukan flat dan setinggan telah berjaya dijalankan penapisan. Daripada jumlah tersebut seramai 2,445 wanita pernah berkahwin (15 – 49 tahun) telah berjaya ditemubual.

ii. Kawasan:-

Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Penemuan i. Peratusan wanita yang berkahwin pada umur muda

(bawah 15 tahun) semakin menurun. Di kalangan wanita dalam kumpulan umur 45 – 49 tahun, 13.0 peratus daripada mereka berkahwin pada umur bawah 15 tahun berbanding wanita dalam kumpulan umur 25 – 29 tahun, 3.0 peratus.

ii. Min bilangan anak bagi setiap wanita ialah 3.2 orang.

Namun ia berbeza mengikut etnik, pendidikan dan jenis pekerjaan.

iii. Keguguran adalah tinggi di kalangan etnik India

berbanding Melayu dan Cina manakala pengguguran pula adalah tinggi di kalangan etnik Cina.

iv. Hampir semua wanita (99.0%) pernah mendengar

sekurang-kurangnya satu kaedah perancang keluarga. Kaedah yang paling popular ialah pil (97.0%), tubaligasi (84.0%) dan kondom (74.0%).

Laporan Family and Health Survey in The Federal Territory and Petaling

Jaya, 1977

Page 9: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

Nama Kajian Family Planning Acceptor Survey Tahun 1977 Objektif Untuk mendapatkan anggaran semasa kejayaan program

perancang keluarga kepada penerima program yang merangkumi :-

i. Kadar penerima yang masih menggunakan perancang

keluarga selepas penerimaan pertama. ii. Tempoh meneruskan penggunaan. iii. Sebab menghentikan penggunaan perancang keluarga. iv. Keberkesanan kaedah perancang keluarga yang

digunakan dalam mencegah kehamilan. Liputan i. Sampel:-

Meliputi seramai 3,750 penerima perancang keluarga yang menggunakan pil bagi tahun 1975, 1976 dan empat bulan pertama tahun 1977 dan juga sebahagian daripada mereka yang menggunakan lain-lain kaedah moden.

ii. Kawasan:-

70 daerah di Semenanjung Malaysia.

Penemuan i. Tempoh median penggunaan kaedah perancang keluarga yang pertama ialah 22 bulan.

ii. Sebanyak 2.1 peratus penerima pil perancang keluarga tidak menggunakannya.

iii. Secara keseluruhannya, 55.0 peratus wanita terlupa

mengambil pil sekurang-kurangnya sekali. iv. Lebih separuh (53.0%) daripada wanita yang berumur

di bawah 35 tahun mengalami kesan sampingan penggunaan pil perancang keluarga.

v. Hampir 70.0 peratus penerima berhenti menggunakan

pil disebabkan oleh kesan sampingan yang dialami.

Page 10: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

6

vi. Sebanyak 41.0 peratus wanita mencadangkan penggunaan pil kepada orang lain.

Laporan Facts and Figures (Malaysia, National Population and Family

Development Programme 1982)

Page 11: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

7

Nama Kajian Study of Integration Project of Family Planning and Parasite Control

Tahun 1978 Objektif i. Membuat perancangan untuk menyediakan dan

memberi maklumat mengenai perkhidmatan perancang keluarga dan pengawalan parasit.

ii. Untuk mewujud dan memperkukuhkan perkhidmatan

perancang keluarga sejajar dengan perancangan dan dasar negara.

Liputan i. Sampel:-

Meliputi 118,000 penduduk yang tinggal di flat, estet, kawasan kampung baru dan setinggan.

ii. Kawasan:-

- Estet Tanjung Malim - Estet Kerling - Flats San Peng - Kampung Sentosa

- Kawasan setinggan di Kampung Abdullah Hukum

- Kampung Baru Jinjang - Cheras - Kampung Baru Sungai Way

Penemuan i. Secara keseluruhannya, kadar jangkitan parasit ialah 60.1 peratus. Didapati parasit Trichuris mencatat peratusan tertinggi berbanding parasit Ascaris di semua kawasan.

ii. Daripada 1,548 rawatan najis yang telah dikenalpasti,

didapati 18.0 peratus responden ditemui positif jangkitan parasit dengan 13.2 peratus dijangkiti parasit Trichuris.

iii. Sejumlah 5,446 kanak-kanak berumur 1 hingga 12 tahun

mendapat perlindungan secara menyeluruh dengan diberikan ubat cacing (combantrine). Sementara itu, seramai 1,918 orang yang berumur lebih daripada 12 tahun juga memperolehi rawatan yang sama.

Laporan Assessment of Present Integrated Project

Page 12: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

8

Nama Kajian Study on The Evaluation of The Effectiveness of IEC Materials in Family Planning ProgrammeTahun 1978/1979 Objektif i. Untuk mengenalpasti sejauh mana bahan-bahan

penerbitan IEC (Information, Education and Communication) memberi kesan terhadap konsep keibubapaan.

ii. Untuk menentukan sama ada bahan-bahan penerbitan

IEC dapat menambahkan pengetahuan mengenai konsep keibubapaan.

Liputan i. Sampel:-

Seramai 1,190 orang lelaki dan wanita yang pernah berkahwin yang telah menghadiri sesi dialog yang dianjurkan oleh kakitangan IEC bagi tempoh Januari 1978 hingga Jun 1979.

ii. Kawasan :- - Kangar - Taiping - Ipoh - Kuala Selangor - Seremban - Temerloh - Kuala Terengganu

Penemuan i. Di kalangan responden yang pernah melihat risalah

perancang keluarga, 69.0 peratus daripada mereka melihat risalah tersebut semasa sesi dialog.

ii. Lebih 65.0 peratus responden dapat mengingati semula

sekurang-kurangnya satu keterangan mengenai perancang keluarga.

iii. Di kalangan responden yang pernah membaca risalah

mengenai perancang keluarga, separuh daripada mereka mendapati ia berguna untuk menambahkan pengetahuan mengenai perancang keluarga.

iv. Sebanyak 81.0 peratus responden memberi pandangan

yang positif tentang kandungan risalah dan 70.0 peratus

Page 13: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

daripada mereka berpendapat bahawa mesej yang disampaikan adalah jelas.

Laporan Study on The Evaluation of The Effectiveness of IEC Materials in Family Planning Programme

Page 14: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

10

Nama Kajian Study on Childcare Needs of Low Income Women in Urban Malaysia

Tahun 1979 Objektif Untuk mengenalpasti keperluan dan masalah yang dialami

oleh wanita bekerja dan tidak bekerja yang tinggal di kawasan setinggan dan flat kos rendah.

Liputan i. Sampel:-

500 pasangan suami isteri yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur di bawah 6 tahun.

ii. Kawasan:-

Kawasan setinggan dan flat kos rendah di Kuala Lumpur.

Penemuan i. Di kalangan wanita yang tidak mempunyai pendidikan

formal, hanya 14.7 peratus daripada mereka yang tinggal di kawasan setinggan dan 14.1 peratus tinggal di kawasan flat adalah bekerja.

ii. Didapati 33.3 peratus wanita berhenti kerja disebabkan

oleh masalah penjagaan anak. iii. Hampir dua pertiga (62.3%) wanita tidak bekerja

disebabkan mereka perlu menjaga anak yang masih kecil.

iv. Mengenai penjagaan anak kecil (bawah 6 tahun),

lebih daripada 85.0 peratus wanita yang tidak bekerja menjaga sendiri anak mereka. Bagi wanita yang bekerja pula, bantuan daripada anak yang lebih dewasa dan saudara-mara lain diperlukan untuk menjaga anak kecil semasa mereka bekerja.

v. Sebanyak 29.0 peratus wanita berpendapat mereka

perlu menunggu lama bagi mendapatkan rawatan di pusat kesihatan.

vi. Lebih daripada satu pertiga (39.0%) wanita memberi

susu ibu kepada anak kecil mereka. Purata tempoh mereka menyusukan anak tanpa memberi sebarang makanan tambahan yang lain ialah selama 3 bulan.

Page 15: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

��

vii. Suami kepada wanita yang bekerja lebih banyak membantu isteri dalam urusan rumahtangga

berbanding suami kepada wanita yang tidak bekerja.

Laporan Childcare Needs of Low Income Women in Urban Malaysia

Page 16: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

12

Nama Kajian Study on Migration: Study of Four Major Cities in Peninsular Malaysia

Tahun 1979 Objektif Untuk mengenalpasti kriteria sosioekonomi migran seterusnya

mengumpul maklumat aliran migran. Liputan i. Sampel:-

Meliputi 500 orang migran.

ii. Kawasan:-

- Kuala Lumpur - Georgetown - Kuantan - Johor Bahru Penemuan i. Umur dan tahap pendidikan wanita berkait rapat

dengan bilangan anak yang dilahirkan. Wanita yang berpendidikan tinggi berkahwin lebih lewat dan ini akan mempengaruhi bilangan anak yang dilahirkan.

ii. Majoriti wanita (93.0%) ingin memiliki 4 orang anak. iii. Georgetown mencatat peratus keguguran (sama ada

mati dalam kandungan atau pengguguran) yang paling tinggi berbanding bandar lain.

iv. Peratusan wanita yang mengetahui tentang perancang

keluarga adalah lebih tinggi daripada mereka yang mengamalkannya. Ini bermakna, walaupun mereka mengetahui tentang perancang keluarga tetapi mereka tidak mengamalkannya.

v. Pil adalah kaedah perancang keluarga yang paling

popular digunakan.

Laporan A Case Study of Migrants in Four Major Towns in Peninsular Malaysia

Page 17: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

13

Nama Kajian Ethnicity, Attitude and Fertility Survey

Tahun 1980 Objektif Untuk mendapat maklumat mengenai pengetahuan, sikap dan

amalan perancang keluarga di kalangan etnik. Liputan i. Sampel:-

Sejumlah 2,689 isi rumah yang meliputi 1,822 wanita pernah berkahwin dan 867 pasangan suami isteri yang dipilih mengikut taburan etnik dan strata.

ii. Kawasan:-

Lima kawasan utama Semenanjung Malaysia iaitu:-

- Utara-Barat (Kedah, Perlis, Pulau Pinang) - Utara (Perak) - Tengah (Selangor, Negeri Sembilan) - Selatan (Melaka, Johor) - Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang) Penemuan i. Wujudnya perbezaan kesuburan di antara etnik. Min

bilangan anak bagi wanita Melayu ialah 3.9 orang, Cina 3.0 dan India 3.4.

ii. Pada puratanya, saiz keluarga ideal yang difikirkan oleh

wanita Melayu ialah 5 orang, Cina seramai 3.5 orang dan India 3 orang.

iii. Kaedah penggunaan perancang keluarga adalah

berbeza mengikut etnik. Pil adalah kaedah yang paling popular di kalangan etnik Melayu (40.0%) dan Cina (30.0%) manakala kaedah pemandulan lebih popular di kalangan India (35.1%).

iv. Pendapatan suami etnik Cina adalah paling tinggi

(RM645.00) berbanding Melayu (RM378.00) dan India (RM302.00).

Laporan Malaysian Country Report on Ethnicity and Fertility

Page 18: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

��

Nama Kajian Survey on Health and Family Planning in Johore and Perak Tahun 1982 Objektif i. Untuk mengenalpasti sejauh mana pengetahuan

orang ramai mengenai simptom-simptom penyakit dan keberkesanan program kemudahan kesihatan dan perancang keluarga.

ii. Untuk memperolehi data mengenai penggunaan ubat tradisional untuk tujuan kesihatan dan perancang keluarga.

Liputan i. Sampel:-

Sebanyak 2,227 isi rumah berjaya dijalankan penapisan dengan 1,616 wanita berumur 15 hingga 49 tahun yang pernah berkahwin sebagai responden utama.

ii. Kawasan:-

Johor dan Perak. Penemuan i. Majoriti wanita (95.0%) tahu tentang kemudahan

kesihatan moden yang sedia ada manakala 68.5 peratus wanita mengetahui tentang rawatan tradisional.

ii. Sebanyak 95.5 peratus responden mendapatkan

rawatan perubatan di hospital kerajaan, manakala 91.1 peratus di klinik swasta dan 52.1 peratus dengan pengamal perubatan tradisional.

iii. Lebih daripada separuh wanita (56.2%) menjalani

pemeriksaan kehamilan di klinik/hospital kerajaan berbanding 13.9 peratus di klinik/hospital swasta dan 28.7 peratus dengan bidan kampung.

iv. Hampir semua wanita (97.0%) pernah mendengar

tentang penggunaan pil sebagai salah satu kaedah perancang keluarga.

v. Sebanyak 59.3 peratus wanita sedang menggunakan

sebarang kaedah perancang keluarga. Kaedah yang paling popular digunakan ialah pil (13.7%), kondom (11.6%) dan pemandulan (8.2%).

Page 19: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

��

vi. Wanita Melayu menginginkan saiz keluarga yang lebih besar (5.0 orang anak) berbanding Cina (4.0 orang anak) dan India (3.3 orang anak).

vii. Secara keseluruhannya, lebih separuh daripada wanita

(58.0%) menyusukan bayi mereka. Daripada peratusan tersebut, wanita Melayu mencatat peratusan tertinggi iaitu 92.9 peratus berbanding India (73.2%) dan Cina (53.2%).

Laporan Report on Survey on Health and Family Planning in Johore and Perak

Page 20: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

16

Nama Kajian Action-Oriented Research and Training for Improved Management of Population Programmes

Tahun 1984/1985 Objektif Untuk memastikan pihak pengurusan bertindak dengan lebih

efisien dan efektif untuk meningkatkan pengurusan program perancang keluarga dan kependudukan.

Liputan i. Sampel:-

175 kakitangan di klinik perancang keluarga LPPKN yang merangkumi semua peringkat pengurusan

ii. Kawasan:-

Selangor, Terengganu dan Pulau Pinang. Penemuan i. Sebanyak 87.4 peratus kakitangan pernah menghadiri

kursus latihan perancang keluarga. ii. Dari segi hubungan dengan penyelia, 85.0 peratus

daripada pekerja bawahan berpendapat hubungan mereka adalah baik. Walau bagaimanapun, 7.2 peratus daripada mereka beranggapan negatif terhadap penyelia.

iii. Sebanyak 43.3 peratus kakitangan bersetuju bahawa

liputan perkhidmatan perancang keluarga di klinik adalah mencukupi.

iv. Didapati 77.1 peratus kakitangan mendapat kepuasan

bekerja dan 6.3 peratus mendapat sedikit kepuasan. Walau bagaimanapun terdapat 16.0 peratus kakitangan langsung tidak mendapat kepuasan bekerja.

v. Sebanyak 29.1 peratus kakitangan mencadangkan agar

mereka diberi latihan yang lebih banyak dalam bidang kontraseptif manakala 14.0 peratus dalam bidang kaunseling dan 8.6 peratus ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Dasar Kependudukan 70 juta.

Laporan Action-Oriented Research and Training for Improved Management of Population Programmes

Page 21: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

17

Nama Kajian Malaysian Population and Family Survey II (MPFS II) Tahun 1984/1985 Objektif Untuk memberi maklumat mengenai proses pembentukan

keluarga dan trend demografi di samping memahami faktor-faktor yang mempengaruhi trend tersebut.

Liputan i. Sampel:-

Sebanyak 5,058 isi rumah telah dijalankan penapisan. Daripada jumlah tersebut seramai 3,888 wanita pernah berkahwin (berumur 15 – 49 tahun), 589 suami kepada wanita tersebut dan 200 wanita bujang telah berjaya ditemubual.

ii. Kawasan:-

Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Penemuan i. Min umur pada perkahwinan pertama semakin

meningkat. Di kalangan wanita dalam kumpulan umur 45 hingga 49 tahun, mereka pada puratanya berkahwin semasa berumur 18.1 tahun tetapi bagi wanita dalam kumpulan umur 25 hingga 29 tahun pula, mereka berkahwin pada purata umur 20.4 tahun.

ii. Min umur pada perkahwinan pertama di kalangan

wanita Melayu adalah lebih rendah (18.8 tahun) berbanding wanita Cina (20.9 tahun) dan India (19.0 tahun).

iii. Wanita yang berpendidikan tertiari berkahwin lebih

lewat (23.3 tahun) berbanding mereka yang tidak bersekolah (18.2 tahun).

iv. Umur yang difikirkan sesuai untuk lelaki berkahwin ialah

27.1 tahun dan wanita 23.1 tahun. v. Min bilangan anak bagi setiap wanita ialah 3.6 orang. vi. Wanita Melayu yang tinggal di luar bandar mempunyai

min bilangan anak yang paling tinggi iaitu 4.0 orang, diikuti wanita Cina (3.9 orang) dan India (3.7 orang).

Page 22: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

18

vii. Sebanyak 77.0 peratus wanita pernah menggunakan sebarang kaedah perancang keluarga. Wanita Cina mencatat peratusan tertinggi pernah menggunakan sebarang kaedah perancang keluarga iaitu 88.0 peratus berbanding India (82.0%) dan Melayu (69.0%).

viii. Sebanyak 62.0 peratus wanita sedang menggunakan sebarang kaedah perancang keluarga. Wanita India mencatatkan peratusan penggunaan kaedah perancang keluarga tertinggi iaitu 76.0 peratus berbanding Cina (74.0%) dan Melayu (51.0%).

ix. Lebih daripada separuh mortaliti bayi (56.0%) berlaku

apabila ibu melahirkan anak pada usia yang terlalu muda ataupun terlalu tua.

Laporan The Malaysian Population and Family Survey II (MPFS II) 1984 / 1985

Page 23: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

��

Nama Kajian Malaysian Family Life Survey II Tahun 1988 Objektif Mengumpul maklumat mengenai trend demografi dan aspek-

aspek kekeluargaan di Malaysia dan membandingkan data tersebut dengan MFFS I dan MPFS II.

Liputan i. Sampel:-

Responden utama – 889 orang wanita pernah berkahwin berumur 18 hingga 49 tahun yang merupakan responden semasa MFFS (1974) dan suaminya.

Anak Remaja – 1,000 orang anak remaja (18 tahun ke

atas) yang merupakan anak kepada responden utama yang masih tinggal bersama serta dua orang anak yang tinggal berasingan.

Warga Tua – 1,300 warga tua berumur 50 tahun ke atas. ii. Kawasan:-

Seluruh Semenanjung Malaysia. Penemuan i. Pada puratanya, wanita yang tinggal di luar bandar

berkahwin lebih awal berbanding mereka yang tinggal di bandar. Sebagai contoh, min umur pada perkahwinan pertama wanita Melayu di luar bandar ialah 18.9 tahun manakala wanita Melayu di bandar pula berkahwin pada umur 20.7 tahun.

ii. Wanita yang berpendidikan tinggi berkahwin lebih

lewat berbanding mereka yang tidak bersekolah atau berpendidikan rendah.

iii. Peratusan penceraian dalam perkahwinan pertama

adalah paling tinggi di kalangan etnik Melayu (22.3%), diikuti India (5.7%) dan Cina (3.8%).

iv. Etnik Cina mempunyai min bilangan anak yang lebih

rendah (4.6 orang) berbanding Melayu (5.6 orang) dan India (5.3 orang).

v. Wanita yang berpendidikan tinggi dan tinggal di bandar

mempunyai min bilangan anak yang rendah iaitu 2.4 orang anak.

Page 24: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

20

vi. Didapati 56.3 peratus wanita yang masih berkahwin sedang menggunakan sebarang kaedah perancang keluarga dan 36.3 peratus menggunakan kaedah moden.

vii. Pil (30.3%) merupakan kaedah perancang keluarga

yang paling popular digunakan diikuti oleh pemandulan (14.0%).

viii. Sebanyak 23.0 peratus wanita terpaksa berhenti kerja

disebabkan oleh masalah penjagaan anak. ix. Kebanyakan daripada wanita yang bekerja (34.0%) lebih

cenderung meninggalkan anak mereka yang berumur di bawah 6 tahun kepada ibu bapa/mentua semasa mereka keluar bekerja.

Laporan Report of The Malaysian Family Life Survey II, 1988

Page 25: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

21

Nama Kajian Kajian Penduduk Daerah Tahun 1992 Objektif i. Mengumpul maklumat kependudukan dan

kekeluargaan di peringkat subnasional. ii. Menyediakan satu set data berkaitan dengan arah

aliran dan corak hidup penduduk di peringkat negeri dan daerah.

Liputan i. Sampel:-

Seramai 26,877 orang responden lelaki dan perempuan.

ii. Kawasan:-

Semenanjung Malaysia. Penemuan i. Purata bilangan isi rumah bagi keseluruhan daerah di

Semenanjung Malaysia adalah di antara 5 hingga 6 orang.

ii. Peratus keluarga asas adalah lebih tinggi di kawasan

luar bandar dan di negeri-negeri yang kurang pesat membangun seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah (sekitar 70.0%).

iii. Min umur pada perkahwinan pertama bagi wanita

Melayu adalah di antara 18 hingga 21 tahun, India di antara 19 hingga 22 tahun dan Cina di antara 20 hingga 23 tahun.

iv. Wanita yang berpendidikan kolej/universiti berkahwin

lebih lewat (24 tahun) berbanding mereka yang tidak bersekolah (19 tahun).

v. Min bilangan anak bagi wanita di Pantai Timur adalah

lebih tinggi iaitu 5.5 orang anak berbanding wanita Pantai Barat dengan 2.8 hingga 3.5 orang anak.

vi. Lebih kurang 70.0 peratus wanita di negeri Pantai Barat

dan Pulau Pinang mengamalkan sebarang kaedah perancang keluarga manakala kurang 50.0 peratus daripada wanita di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang mengamalkannya.

Laporan Kajian Penduduk Daerah Semenanjung Malaysia, 1992

Page 26: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

22

Nama Kajian Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia – III (MPFS III)Tahun 1994 Objektif i. Untuk mengumpul data dan maklumat mengenai

penduduk dan keluarga di Malaysia.

ii. Untuk melihat trend berkaitan isu-isu kependudukan seperti migrasi, perkahwinan, kesuburan dan perancang keluarga.

Liputan i. Sampel:-

Sebanyak 6,015 isi rumah telah berjaya dijalankan penapisan dan 4,444 wanita pernah kahwin (15 – 49 tahun) telah berjaya ditemubual.

ii. Kawasan:-

Semenanjung Malaysia.

Penemuan i. Lebih daripada 10.0 peratus ketua isi rumah adalah ibu bapa tunggal.

ii. Umur penengah penduduk adalah 22 tahun.

iii. Min umur pada perkahwinan pertama di kalangan lelaki dan wanita telah meningkat berbanding tahun 1984. Pada tahun 1994, min umur pada perkahwinan pertama bagi lelaki ialah 28.2 tahun dan perempuan ialah 24.7 tahun berbanding 26.9 tahun bagi lelaki dan 24.5 tahun bagi perempuan pada tahun 1984.

iv. Punca utama penceraian adalah disebabkan oleh tiada persefahaman (48.0%) dan suami tidak bertanggungjawab (34.9%).

v. Min bilangan anak bagi setiap wanita ialah 3.4 orang.

vi. Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) bagi setiap wanita ialah 3.3 orang.

vii. Kadar penggunaan perancang keluarga bagi sebarang kaedah ialah 54.5 peratus

viii. Kaedah perancang keluarga yang paling popular digunakan ialah pil (24.5%), cara waktu selamat (16.2%)

Page 27: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

23

dan azal (12.7%).

ix. Hampir separuh keputusan dalam isi rumah seperti membeli/membina rumah, membeli harta dan pelajaran anak-anak dibuat bersama oleh suami dan isteri. Manakala bagi perbelanjaan isi rumah, keputusan dibuat oleh suami (36.7%).

x. Masalah keluarga yang paling merungsingkan isteri ialah masalah kewangan (42.0%) dan penjagaan anak (27.0%).

Laporan i. Profil Penduduk Malaysia

ii. Profil Keluarga Malaysia

Page 28: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

24

Nama Kajian Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

Tahun 1994 - 1995 Objektif i. Untuk mengenalpasti ciri-ciri keluarga yang mempunyai

hubungkait atau yang boleh mempengaruhi perilaku dan disiplin pelajar.

ii. Untuk mengetahui faktor-faktor lain yang

mempengaruhi perilaku pelajar seperti aspirasi diri dan keluarga, pengaruh media massa serta penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

Liputan i. Sampel:-

1,089 pelajar tingkatan 2 hingga 5 yang mempunyai rekod salah laku dan tidak mempunyai masalah salah laku serta ibu bapa kepada pelajar tersebut.

ii. Kawasan:-

91 buah sekolah menengah di Semenanjung Malaysia.

Penemuan i. Pelajar yang tidak bermasalah mempunyai cita-cita yang lebih tinggi berbanding pelajar bermasalah, di mana 63.7 peratus pelajar tidak bermasalah bercita-cita menjadi seorang profesional berbanding hanya 29.9 peratus pelajar bermasalah yang mempunyai cita-cita yang sama.

ii. Lebih daripada 90.0 peratus ibu bapa pelajar mempunyai harapan yang tinggi terhadap pelajaran anak-anak mereka walaupun anak mereka adalah pelajar bermasalah.

iii. Secara keseluruhannya, hubungan antara pelajar dengan ibu jauh lebih baik (45.0%) berbanding

hubungan pelajar dengan bapa (20.0%).

iv. Didapati 90.6 peratus daripada pelajar yang tidak bermasalah meminta izin untuk keluar daripada ibu bapa berbanding hanya 68.4 peratus pelajar bermasalah yang berbuat demikian.

v. Sebanyak 25.4 peratus pelajar bermasalah akan tetap merokok walaupun dilarang oleh ibu bapa berbanding hanya 1.8 peratus pelajar tidak bermasalah.

Page 29: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

25

vi. Sebanyak 7.5 peratus pelajar bermasalah merasakan mereka tidak disayangi oleh bapa berbanding 2.4 peratus pelajar tidak bermasalah.

vii. Masalah disiplin seperti ponteng sekolah dan tidak patuh kepada guru adalah dua kali ganda lebih tinggi (60.0%) di kalangan pelajar yang diabaikan oleh ibu bapa berbanding pelajar yang sentiasa mendapat perhatian daripada ibu bapa.

Laporan Penemuan Penting Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

Page 30: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

26

Nama Kajian Kajian Kesihatan Reproduktif dan Seksualiti Remaja di Malaysia

Tahun 1994 - 1995 Objektif Mengkaji tahap pengetahuan dan amalan mengenai

kesihatan reproduktif dan perilaku seksual di kalangan remaja Malaysia.

Liputan i. Sampel:-

1,379 remaja berumur 13 hingga 19 tahun yang diambil daripada 6,015 isi rumah dalam Kajian Penduduk dan Keluarga 1994.

ii. Kawasan:- Semenanjung Malaysia.

Penemuan i. Sebanyak 65.7 peratus remaja tidak pernah berbincang dengan sesiapa mengenai mimpi basah, 64.8 peratus tidak pernah berbincang mengenai kemandulan dan 62.0 peratus tidak pernah berbincang mengenai hubungan seksual.

ii. Sumber utama remaja mendapat maklumat mengenai seksualiti dan penyakit yang berkaitan dengannya ialah melalui televisyen (52.5%) dan radio (78.3%).

iii. Kurang daripada 1.0 peratus remaja melakukan hubungan seks buat pertama kali pada umur 15 hingga 17 tahun.

iv. Sebanyak 72.0 peratus remaja pernah berpegangan tangan semasa keluar bersama teman istimewa, 21.8 peratus pernah bercium dan 11.3 peratus pernah meraba teman istimewa.

v. Kondom merupakan kaedah perancang keluarga yang paling dikenali oleh remaja lelaki (67.7%). Sementara itu, kaedah pemandulan pula lebih dikenali oleh remaja perempuan (69.1%).

vi. Sebanyak 85.3 peratus remaja lelaki dan perempuan tahu bahawa kehamilan berlaku apabila terjadinya hubungan seksual antara lelaki dan perempuan.

Laporan The National Study on Reproductive Health and Sexuality of Adolescents in Malaysia, 1994 -1995

Page 31: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

27

Nama Kajian Kesan Pembangunan Sosioekonomi ke Atas Keluarga dan Hubungan Gender di Malaysia

Tahun 1995 Objektif Meninjau kesan pembangunan sosioekonomi ke atas keluarga

dan hubungan gender di kalangan masyarakat di Kuala Lumpur.

Liputan i. Sampel:-

Meliputi 1,200 responden yang terdiri daripada lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas.

ii. Kawasan:-

Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Penemuan i. Daripada kajian ini, didapati 33.2 peratus penduduk di

Kuala Lumpur dan Lembah Kelang berumur di bawah 15 tahun dan 1.6 peratus penduduk berumur 65 tahun ke atas.

ii. Orang Cina lebih menguasai kerja dalam bidang

profesional dan teknikal manakala Melayu dalam bidang perkeranian dan India dalam bidang pengeluaran.

iii. Lebih 60.0 peratus responden etnik Melayu, Cina

dan India merasakan taraf hidup mereka meningkat berbanding 5 tahun yang lepas.

iv. Min umur pada perkahwinan pertama bagi lelaki ialah

26.1 tahun manakala bagi wanita ialah 23.3 tahun. v. Mengenai aturan tempat tinggal selepas berkahwin,

didapati 64.0 peratus responden akan menyediakan tempat tinggal sendiri sejurus selepas berkahwin manakala 17.0 peratus akan menyediakannya selepas beberapa bulan berkahwin.

Laporan Effects of Socio-Economic Development on Family and Gender Relations in Malaysia, 1995

Page 32: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

28

Nama Kajian Kajian Penjagaan Anak dan Caragaya Keibubapaan di Kalangan Ibu Bapa Bekerja di Semenanjung Malaysia

Tahun 1998 Objektif Untuk mengumpul maklumat mengenai keperluan dan

kemudahan penjagaan anak yang diperlukan dan mengkaji caragaya keibubapaan di kalangan ibu bapa yang bekerja.

Liputan i. Sampel:-

Meliputi 3,837 ibu bapa bekerja dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur di bawah 21 tahun yang tinggal bersama dalam satu isi rumah.

ii. Kawasan:-

Dibahagikan kepada empat zon iaitu:-

- Tengah (Lembah Kelang dan Selangor) - Selatan (Johor Bahru dan Kota Tinggi) - Utara (Alor Star dan Kuala Muda) - Timur (Kota Bharu dan Bachok) Penemuan i. Khidmat daripada ahli keluarga seperti datuk/nenek

(60.4%) merupakan pilihan utama penjagaan anak di kalangan ibu bapa bekerja.

ii. Disebabkan oleh kos bayaran yang tinggi di pusat jagaan

kanak-kanak, hanya 5.0 hingga 10.0 peratus sahaja ibu bapa menghantar anak mereka ke tempat tersebut.

iii. Sekitar 7.0 hingga 21.0 peratus ibu bapa menggunakan

khidmat pembantu rumah yang majoritinya terdiri daripada warga asing.

iv. Peratusan penyusuan bayi adalah tinggi iaitu di antara

91.0 hingga 95.0 peratus. Walau bagaimanapun, tempoh penyusuan adalah singkat iaitu tidak melebihi 4 bulan.

v. Ketiadaan tempat untuk memerah dan menyimpan susu

di tempat kerja dan ketiadaan bilik untuk menyusukan anak di tempat awam merupakan antara faktor yang menyukarkan ibu melanjutkan tempoh penyusuan.

Page 33: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

29

vi. Hampir kesemua responden (99.2%) ingin mengikuti kursus keibubapaan sebagai persediaan menerajui keluarga di alaf baru.

Laporan Study on Childcare and Parenting Styles Among Working Parents in Peninsular Malaysia

Page 34: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

30

Nama Kajian Kajian Kesan Pendatang Asing ke Atas Penduduk Tempatan ‘Satu Tinjauan di Mukim Setapak dan Ulu Kelang’

Tahun 2000 Objektif Untuk meninjau kesan pendatang asing ke atas penduduk

tempatan dari segi demografi, ekonomi, sosial dan keselamatan.

Liputan i. Sampel:-

Meliputi penduduk tempatan, pendatang asing, pegawai-pegawai kerajaan dan ketua-ketua komuniti.

ii. Kawasan:-

Ulu Kelang dan Daerah Gombak Penemuan i. Hampir 53.0 peratus murid di sekolah-sekolah sekitar

kawasan kajian terdiri daripada anak pendatang asing. ii. Kualiti pendidikan dan disiplin pelajar telah terjejas kesan

daripada peningkatan bilangan anak pendatang asing di sekolah-sekolah di kawasan tersebut.

iii. Kebanyakan anak pendatang asing tidak mempunyai

pendidikan Pra Sekolah. Ini menyebabkan pihak sekolah terpaksa menubuhkan kelas-kelas pemulihan untuk mereka dan memberi kesan kepada pengendalian sekolah yang sedia ada.

iv. Hampir separuh daripada pendatang asing

menggunakan kemudahan kesihatan yang disediakan oleh kerajaan. Ini menyebabkan penduduk tempatan beralih ke klinik/hospital swasta yang secara tidak langsung meningkatkan kos perbelanjaan keluarga.

v. Faktor-faktor yang mempengaruhi pendatang asing

datang ke Malaysia adalah peluang pekerjaan yang luas serta pendapatan yang lumayan dan mengikut jejak langkah saudara mara yang telah tinggal di Malaysia.

vi. Penyakit berjangkit yang dulunya telah dapat diatasi

di Malaysia seperti malaria, batuk kering dan lain-lain

Page 35: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

31

telah muncul semula. Penyakit ini dikhuatiri dibawa oleh pendatang asing.

vii. Penglibatan pendatang asing dalam bidang pekerjaan telah sedikit sebanyak menutup peluang pekerjaan warga tempatan.

viii. Sebanyak 20.0 peratus jenayah berat dan jenayah harta

benda di kawasan Setapak dan Ulu Kelang melibatkan pendatang asing.

ix. Hampir semua penduduk tempatan yang ditemubual

berpendapat, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih tegas dalam pelbagai segi untuk menangani kebanjiran kemasukan pendatang asing di Malaysia.

Laporan Kesan Pendatang Asing ke Atas Penduduk Tempatan

Page 36: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

32

Nama Kajian Kajian Penduduk dan Keluarga Setinggan di Lima Bandar Utama, Semenanjung Malaysia

Tahun 2001 Objektif Untuk mengumpul maklumat berkaitan penduduk dan keluarga

setinggan dari aspek demografi dan sosioekonomi. Liputan i. Sampel:-

Sebanyak 1,423 tempat kediaman di kawasan setinggan telah dijalankan penapisan. Daripada jumlah ini, seramai 7,310 ahli isi rumah dikenalpasti dan 1,308 wanita pernah berkahwin berumur 15 hingga 49 tahun dipilih sebagai responden.

ii. Kawasan:- - Ipoh - Sungai Petani - Petaling Jaya - Kuala Lumpur - Johor Bahru

Penemuan i. Saiz purata isi rumah setinggan adalah 5.1 orang berbanding dengan purata nasional iaitu 4.5 orang.

ii. Lebih 83.0 peratus isi rumah diketuai oleh lelaki. Di kalangan ketua isi rumah wanita, 80.0 peratus adalah ibu tunggal.

iii. Kadar penyertaan tenaga buruh lelaki ialah 87.0 peratus manakala wanita 56.0 peratus.

iv. Hampir 80.0 peratus penghuni setinggan bukan penduduk tempatan. Kebanyakan daripada mereka berasal dari kawasan luar bandar.

v. Secara keseluruhannya, 15.3 peratus responden tidak pernah bersekolah dan 46.0 peratus berpendidikan setakat sekolah rendah sahaja.

vi. Sebanyak 18.3 peratus responden menyatakan kemudahan yang terdapat di kawasan tempat tinggal dan lokasinya yang berhampiran dengan tempat kerja antara faktor yang mendorong mereka tinggal di kawasan setinggan.

Page 37: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

33

vii. Hampir semua kawasan kajian mempunyai masalah sampah dan bau busuk kesan daripada sistem perparitan yang tidak teratur.

viii. Pil perancang keluarga merupakan kaedah paling popular yang digunakan oleh 29.3 peratus pasangan diikuti kaedah pemandulan (16.9%) dan azal (16.1%).

ix. Lebih 37.0 peratus responden yang bekerja menjaga sendiri anak mereka dengan dibantu oleh suami dan ahli keluarga lain.

x. Terdapat 14.0 peratus kanak-kanak ditinggalkan sendirian tanpa penjagaan sewaktu ibu bapa mereka bekerja. Peratusan ini adalah tinggi di kalangan ibu tunggal (55.0%) dan ibu bapa yang berpendapatan rendah.

xi. Lebih kurang 25.0 peratus responden pernah menghadiri kursus keibubapaan. Responden Melayu lebih cenderung menghadiri kursus keibubapaan berbanding responden Cina dan India.

xii. Keluarga setinggan yang ditemubual mengekalkan cara hidup bermasyarakat dan semangat kejiranan yang baik di kalangan mereka.

Laporan Kajian Penduduk dan Keluarga Setinggan di Lima Bandar Utama, Semenanjung Malaysia

Page 38: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

34

Nama Kajian Pendapat Umum – “Wanita Hari Ini: Antara Anak dan Kerjaya”

Tahun 2002 Objektif Untuk meninjau sejauh mana wanita hari ini memberi

keutamaan antara kerjaya dan keluarga, sama ada mereka ingin menambah bilangan anak atau memajukan kerjaya, dan faktor yang mempengaruhi pilihan mereka.

Liputan i. Sampel :-

Meliputi 2,909 wanita bekerja dalam sektor awam dan swasta yang berumur 40 tahun ke bawah, masih berkahwin dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur di bawah 13 tahun.

ii. Kawasan:-

Semua ibu negeri di Malaysia.

Penemuan i. Secara keseluruhannya, min bilangan anak yang dimiliki

oleh wanita adalah seramai 2.4 orang. Sementara itu, min bilangan anak yang difikirkan ideal oleh mereka ialah seramai 4 orang.

ii. Lebih separuh daripada wanita (60.5%) bekerja dalam

bidang perkeranian. iii. Hampir 14.0 peratus pasangan bekerja mempunyai

konflik antara keluarga dan kerjaya. iv. Disebabkan oleh masalah penjagaan anak, 8.3 peratus

wanita terpaksa berhenti kerja dan 7.8 peratus terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.

v. Hampir 30.0 peratus wanita akan berhenti kerja jika ahli

keluarga menghadapi masalah kesihatan yang serius. Di samping itu, hampir 43.0 peratus wanita akan berhenti kerja sekiranya didesak oleh suami untuk berhenti.

vi. Mengenai keinginan wanita untuk menambahkan

bilangan anak, sebanyak 78.3 peratus akan berbuat demikian jika subsidi kos penjagaan anak dilaksanakan, 67.0 peratus jika terdapat kemudahan penjagaan anak

Page 39: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

35

di kawasan tempat tinggal, 75.2 peratus jika terdapat pusat jagaan anak di tempat kerja dan 63.2 peratus jika pelaksanaan waktu kerja anjal dilaksanakan oleh majikan.

Laporan Wanita Hari Ini : Anak atau Kerjaya, 2002 - 2003

Page 40: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

36

Nama Kajian Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke Empat (MPFS 4 / KPKM 4) Tahun 2004 Objektif i. Menyediakan data siri masa berkaitan maklumat

demografi dan sosioekonomi khususnya pertalian antara kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif serta hubungkaitnya dengan pembangunan.

ii. Mengemaskini indikator-indikator bagi tujuan menilai

kecekapan dan keberkesanan dasar, program dan aktiviti berkaitan kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif.

iii. Menyediakan maklumat dan input dalam penyediaan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK 9).

Liputan i. Sampel:-

Meliputi 18,852 tempat kediaman di seluruh Malaysia. Sebanyak 11,617 isi rumah telah ditemubual dengan responden; 7,247 wanita (15 – 49 tahun) yang pernah berkahwin, 5,256 suami kepada responden wanita, 3,393 anak remaja (13 – 24 tahun) kepada responden wanita, 3,438 warga 50 tahun ke atas dan 1,192 lelaki dan wanita (25 – 49 tahun) yang belum pernah berkahwin.

ii. Kawasan:-

Semua negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Penemuan i. Beban ekonomi bagi menanggung warga emas

semakin meningkat. Sebagai contoh di Semenanjung, 11 orang pekerja perlu menanggung seorang warga emas berbanding 15 orang pekerja bagi setiap warga emas pada tahun 2000.

ii. Min umur pada perkahwinan pertama bagi lelaki dan

wanita di Semenanjung ialah 28.9 dan 25.3 tahun. Sementara itu, secara puratanya lelaki Sarawak berkahwin pada umur 27.4 tahun manakala wanitanya pula pada umur 23.3 tahun. Seterusnya, lelaki dan wanita Sabah masing-masing berkahwin pada umur 27.1 dan 23.5 tahun.

Page 41: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

A B S T R A K K A J I A N L P P K N 1 9 7 4 - 2 0 0 4

37

iii. Tiga sebab utama lelaki dan wanita di Semenanjung, Sabah dan Sarawak masih belum berkahwin ialah masalah kewangan, tiada calon yang sesuai dan mementingkan kemajuan kerjaya.

iv. Min bilangan anak bagi wanita di Semenanjung dan

Sarawak adalah sama iaitu 3.9 orang manakala di Sabah ialah 5.6 orang.

v. Penggunaan kaedah perancang keluarga adalah

paling tinggi di Sarawak (52.6%) berbanding Semenanjung (51.9%) dan Sabah (50.3%).

vi. Kaedah perancang keluarga yang paling popular di

Semenanjung ialah pil (26.8%) dan kondom (14.3%) manakala di Sabah dan Sarawak pula, kaedah yang paling popular ialah pil dan tubaligasi.

vii. Hampir 70.0 peratus wanita di Semenanjung, Sabah

dan Sarawak pernah menjalani pemeriksaan sendiri payudara. Namun begitu, peratusan mereka yang pernah menjalani pemeriksaan payudara di klinik/hospital sedikit berkurang iaitu 61.6 peratus di Sarawak, 61.1 peratus di Sabah dan 53.2 peratus di Semenanjung.

viii. Hampir separuh daripada wanita di Semenanjung,

Sabah dan Sarawak pernah menjalani pemeriksaan Pap Smear.

ix. Separuh daripada wanita yang pernah bekerja terpaksa

berhenti kerja disebabkan oleh masalah penjagaan anak.

x. Walaupun dilarang oleh ibu bapa, remaja masih juga

melakukan aktivitit-aktiviti tidak sihat. Aktiviti yang mencatatkan peratusan yang paling tinggi ialah keluar sehingga larut malam dan merokok. Situasi ini sama di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

xi. Penglibatan remaja dalam bahan-bahan lucah seperti

membaca majalah, menonton video dan melihat gambar lucah semakin meningkat. Sumber utama mereka mendapatkan bahan-bahan tersebut adalah dengan meminjam daripada kawan.

Laporan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia 2004 : Sepintas Lalu

Page 42: ABSTRAK KAJIAN LPPKN (1974-2004) - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/154/1/kajian_abstrak.pdf · Kajian Kekeluargaan dan Pelajar Sekolah Menengah, Semenanjung Malaysia

Sidang Editor

Ketua Editor

Pn. Hjh Rohani Ab. Razak

Editor

Pn.Nur Akmawati Mohd ZainEn. Adzmel Mahmud

Cik Rosdiana Abd Hamid