abstrak inovasi

1
"PERMAINAN SETIMBANG” UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASAS LITERASI PROGRAM LINUS MELALUI DIDIK HIBUR PERMAINAN ABSTRAK Inovasi yang dihasilkan adalah 25 jenis "Permainan Setimbang", iaitu permainan-permainan popular bagi murid-murid SK. Timbang Batu, Kota Marudu Sabah untuk diaplikasikan dalam pengajaran didik hibur permainan dengan bahan sokongan dalam bentuk kad ( Kad Setimbang : kad gambar, kad huruf, kad suku kata, kad perkataan dan kad rangkaikata) yang dihasilkan berdasarkan kandungan aktiviti latihan, pengukuhan dan ujian formatif yang terdapat dalam modul 1 dan 2 Asas 1 Literasi Program Linus. Kad Setimbang hanya memerlukan 121 keping kertas bagi satu set kad untuk keseluruhan Unit 1 hingga Unit 9 (Satu set kad = 1134 keping kad). Jumlah keseluruhan kos yang diperlukan adalah antara RM11.00 hingga RM39.00. Sebelum inovasi diperkenalkan, bilangan murid Linus Tegar (LT) dan Linus (L) Kohort 2 di SK Timbang Batu adalah ramai (LT = 10, L = 9), mempunyai tahap kemahiran berbeza dan ada ciri- ciri bermasalah pembelajaran. Hasil dapatan pemerhatian guru pula menunjukkan murid LT dan L di SK Timbang Batu menunjukkan minat terhadap pengajaran guru sekiranya guru menggunakan kaedah didik hibur permainan. Melalui belajar sambil bermain atau didik hibur melalui permainan (aplikasi bersama kad setimbang dan permainan setimbang), murid-murid LT dan L berpeluang belajar secara berpasukan, bekerjasama, bertoleransi, berinteraksi antara satu sama lain melalui aktiviti permainan, serta mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran secara bermain berkumpulan atau individu. Cabaran guru Linus mengajar murid LT / L yang mempunyai tahap kemahiran berbeza / berada di tahap konstruk yang berbeza dapat ditangani dengan mudah melalui pelaksanaan P&P didik hibur melalui permainan yang dijalankan dalam bentuk beberapa stesen. Pelaksanaan inovasi telah memberi Impak positif kepada peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bukti awal, ialah selepas Saringan 2, lebih 80% murid LT & 100% murid L Literasi SK Timbang Batu telah berjaya ke aliran perdana. Impak positif hasil inovasi ini dijangka akan sangat membantu dan memberi manfaat kepada pencipta inovasi, guru-guru Linus, sekolah-sekolah dan kepada pihak yang berkenaan termasuk Fasilinus, PPD, JPN dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Matlamat Program Linus, khususnya P&P Asas Literasi dijangka boleh dicapai lebih awal dari jangkaan tarikh KPI KPM. i

Upload: khairuddin-hj-jamal

Post on 20-Jun-2015

802 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Abstrak inovasi

"PERMAINAN SETIMBANG” UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASAS LITERASI PROGRAM LINUS MELALUI DIDIK HIBUR PERMAINAN

ABSTRAK

Inovasi yang dihasilkan adalah 25 jenis "Permainan Setimbang", iaitu permainan-permainan popular bagi murid-murid SK. Timbang Batu, Kota Marudu Sabah untuk diaplikasikan dalam pengajaran didik hibur permainan dengan bahan sokongan dalam bentuk kad (“Kad Setimbang” : kad gambar, kad huruf, kad suku kata, kad perkataan dan kad rangkaikata) yang dihasilkan berdasarkan kandungan aktiviti latihan, pengukuhan dan ujian formatif yang terdapat dalam modul 1 dan 2 Asas 1 Literasi Program Linus. Kad Setimbang hanya memerlukan 121 keping kertas bagi satu set kad untuk keseluruhan Unit 1 hingga Unit 9 (Satu set kad = 1134 keping kad). Jumlah keseluruhan kos yang diperlukan adalah antara RM11.00 hingga RM39.00. Sebelum inovasi diperkenalkan, bilangan murid Linus Tegar (LT) dan Linus (L) Kohort 2 di SK Timbang Batu adalah ramai (LT = 10, L = 9), mempunyai tahap kemahiran berbeza dan ada ciri-ciri bermasalah pembelajaran. Hasil dapatan pemerhatian guru pula menunjukkan murid LT dan L di SK Timbang Batu menunjukkan minat terhadap pengajaran guru sekiranya guru menggunakan kaedah didik hibur permainan. Melalui belajar sambil bermain atau didik hibur melalui permainan (aplikasi bersama kad setimbang dan permainan setimbang), murid-murid LT dan L berpeluang belajar secara berpasukan, bekerjasama, bertoleransi, berinteraksi antara satu sama lain melalui aktiviti permainan, serta mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran secara bermain berkumpulan atau individu. Cabaran guru Linus mengajar murid LT / L yang mempunyai tahap kemahiran berbeza / berada di tahap konstruk yang berbeza dapat ditangani dengan mudah melalui pelaksanaan P&P didik hibur melalui permainan yang dijalankan dalam bentuk beberapa stesen. Pelaksanaan inovasi telah memberi Impak positif kepada peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bukti awal, ialah selepas Saringan 2, lebih 80% murid LT & 100% murid L Literasi SK Timbang Batu telah berjaya ke aliran perdana. Impak positif hasil inovasi ini dijangka akan sangat membantu dan memberi manfaat kepada pencipta inovasi, guru-guru Linus, sekolah-sekolah dan kepada pihak yang berkenaan termasuk Fasilinus, PPD, JPN dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Matlamat Program Linus, khususnya P&P Asas Literasi dijangka boleh dicapai lebih awal dari jangkaan tarikh KPI KPM.

i