abstrak fonologi kata pinjaman arab dalam bahasa melayu

Upload: umimaira

Post on 08-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 ABSTRAK Fonologi Kata Pinjaman Arab Dalam Bahasa Melayu

    1/1

    iv

    ABSTRAK

    Kajian ini menghurai dan menjelaskan perilaku fonologi kata pinjaman Arab yang

    meresap masuk ke dalam bahasa Melayu, khususnya fenomena yang melibatkanperubahan fonologi. Data yang digunakan dalam kajian ini adalah data skunder yang

    diperolehi daripada data korpus berkomputer DBP-UKM yang berjumlah 5 juta patahperkataan. Data dijana dengan menggunakan perisian Oxford WordSmith Tools, dan

    kemudiannya dikelompokkan berdasarkan perilaku fonologi yang berlaku pada katapinjaman tersebut. Perilaku fonologi ini dianalisis dengan menggunakan pendekatan

    berasaskan kekangan daripada kerangka Teori Optimaliti (Prince & Smolensky 1993).Kata pinjaman Arab didapati mengalami perubahan fonologi kerana terpaksa mematuhi

    sistem fonologi bahasa Melayu, khususnya yang berkaitan dengan kekangan struktur sukukata. Bahasa Melayu tidak membenarkan kewujudan konsonan rangkap sama ada di

    posisi onset atau koda, konsonan geminat, vokal panjang dan kata bersuku kata tunggal.Bagi memastikan kekangan tersebut tidak dilanggari, perubahan fonologi harus

    dilaksanakan, antaranya ialah harmoni vokal, degeminasi, pemendekan vokal danpengguguran suku kata. Berdasarkan analisis teori optimaliti, perubahan-perubahan ini

    bertujuan untuk mematuhi kekangan yang dominan dalam nahu bahasa Melayu, sepertiJAJAR-KANAN, *KOMPLEKS, *SP dan INTEGRITI. Kekangan yang boleh diingkari

    pula terdiri daripada KtPr = KD-, MAKS-IO, DEP-IO, *SEBAR dan MAKS-. Semuaperilaku fonologi kata pinjaman Arab dapat ditangani secara berpada dengan

    menggunakan satu set tatatingkat kekangan yang sama dalam nahu bahasa Melayu.