letupan dan letusan fonologi
DESCRIPTION
Membincangkan tentang pengthasilan vokal dan bukan vokal dari alat artikulasi manusiaTRANSCRIPT
BBM 3202 [ ]
1.0 PENGENALAN
Fonetik ialah bidang linguistik yang khusus mengkaji penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Bunyi-bunyi
bahasa ialah bunyi bermakna yang dikeluarkan oleh alat ujaran manusia, iaitu rongga mulut dan
hidung. Fromkin dan Rodman ( 1988 ) mendefinisikan fonetik sebagai “the study of the speech
sounds that are utilized by all human languages to represent meanings is called phonetics”. Bunyi-
bunyi bermakna menolak bunyi seperti batuk, bersin, dan berdengkur kerana bunyi-bunyi ini tidak
mendukung makna. Bertil Malmberg ( 1968 ) mendefinisikan fonetik sebagai pengkajian bunyi-
bunyi bahasa dan memberatkan pelahiran bahasa dan bukan kandungannya. J.D. O’Connor
( 1973 ) menyatakan bahawa ilmu fonetik ialah ilmu yang bersangkutan dengan bunyi-bunyi bising
yang dihasilkan oleh manusia.
Bunyi yang dihasilkan oleh alat ujaran adalah terbahagi kepada dua iaitu bunyi konsonan dan
bunyi vokal. Bunyi-bunyi konsonan terhasil apabila arus udara yang melalui rongga mulut
mengalami sekatan, manakala bunyi vokal terhasil apabila arus udara yang melalui rongga keluar
tanpa mengalami apa-apa sekatan. Apa yang ingin di bincangkan dalam tugasan saya ini ialah
mengenai cara artikulasi itu di hasilkan melalui letupan dan letusan.
BBM 3202 [ ]
2.0 DEFINISI LETUPAN.
Letupan ( plosif ) merupakan bunyi yang terhasil kerana udara yang disekat itu dilepaskan serta
merta. Konsonan yang dihasilkan oleh letupan ini terdiri daripada bersuara dan tidak bersuara,
letupan tidak bersuara menunjukkan keadaan pita suara yang terbuka dan tidak tersekat,
manakala letupan bersuara pula menunjukkan keadaan pita suara yang dirapatkan. Antara bunyi
letupan ialah [p, b, t, d, k, g]. Secara umumnya diketahui letupan terbahagi kepada enam jenis
iaitu,
i- Letupan dua bibir tidak bersuara. [ p ]
ii- Letupan dua bibir bersuara. [ b ]
iii- Letupan gusi tidak bersuara. [ t ]
iv- Letupan gusi bersuara. [ d ]
v- Letupan lelangit tidak bersuara. [ k ]
vi- Letupan langit bersuara. [ g ]
vii- Hentian Glotis [ Ɂ ]
2.1 Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara. [ p ]
BBM 3202 [ ]
Untuk menghasilkan letupan dua bibir tidak bersuara ialah dengan merapatkan dua bibir untuk
menghalang udara daripada paru-paru yang keluar ke rongga mulut, kemudian lelangit lembut
dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan ke dinding tekak supaya udara dapat disekat dan
tidak keluar melalui rongga hidung. Pada keadaan ini kedudukan pita suara adalah di
renggangkan, kemudian udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita
suara, dengan itu terhasillah bunyi konsonan letupan bibir tidak bersuara [ p ]. Contoh-contoh
perkataannya adalah seperti berikut :-
Diawal perkataan : payung, pokok, puteri, padat, pukau, pusing,
Di tengah perkataan: tapai, tepuk, tepat, sumpah, rempah,
Di akhir perkataan: dakap, suap, gelap, kerap,
Pengeluaran bunyi letupan dua bibir bersuara [ p ] dapat di tunjukkan menerusi gambarajah
di sebelah.
Rajah 1 menunjukkan cara penghasilan Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [ p ]
BBM 3202 [ ]
2.2 Letupan Dua Bibir Bersuara. [ b ]
BBM 3202 [ ]
Untuk menghasilkan letupan dua bibir tidak bersuara ialah dengan merapatkan dua bibir untuk
menghalang udara daripada paru-paru yang keluar ke rongga mulut, kemudian lelangit lembut
dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan ke dinding tekak supaya udara dapat disekat dan
tidak keluar melalui rongga hidung. Pada keadaan ini kedudukan pita suara adalah di
renggangkan, kemudian udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita
suara, dengan itu terhasillah bunyi konsonan letupan bibir tidak bersuara [ b ]. Contoh-contoh
perkataannya adalah seperti berikut :-
Diawal perkataan : baju, bakul, bantal, bina, bandar.
Di tengah perkataan: tebal, tiba, lubang, tabur, kembang.
Di akhir perkataan: kebab, adab, jawab, lembab.
Pengeluaran bunyi letupan dua bibir bersuara [ b ] dapat di tunjukkan menerusi gambarajah
di sebelah
Rajah 2 menunjukkan cara penghasilan Letupan Dua Bibir Bersuara [ b ]
BBM 3202 [ ]
2.3 Letupan Gusi Tidak Bersuara. [ t ]
Konsonan letupan gusi tidak bersuara dihasilkan melalui proses seperti berikut iaitu dengan hujung
lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-
BBM 3202 [ ]
paru ke rongga mulut. Anak tekak dan lelangit lembut pula dinaikkan dandirapatkan pada dinding
tekak supaya dapat menutup rongga hidung dan udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Pada keadaan ini pita suara dibuka atau direnggangkan, kemudian udara keluar dari rongga mulut
keluar tanpa menggetarkan pita suara, kemudian tersekat pada bahagian gusi, seterusnya udara
dilepaskan dengan serta merta. Contoh-contoh perkataan adalah seperti berikut:
Diawal perkataan : tangan, tangguh, tetap, terang, tolong.
Di tengah perkataan: bantu, petang, datuk, keldai.
Di akhir perkataan: perut, sebut, kedut, sebat, lekat.
Pengeluaran bunyi Letupan gusi tidak bersuara. [ t ] dapat di tunjukkan menerusi gambarajah di
sebelah.
Rajah 3 menunjukkan cara penghasilan Letupan gusi tidak bersuara [ t ]
BBM 3202 [ ]
2.4 Letupan Gusi Bersuara. [ d ]
Cara menghasilkan letupan gusi bersuara dihasilkan sama seperti letupan gusi tidak bersuara,
iaitu dengan hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara
yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Anak tekak dan lelangit lembut pula dinaikkan
BBM 3202 [ ]
dandirapatkan pada dinding tekak supaya dapat menutup rongga hidung dan udara tidak dapat
keluar melalui rongga hidung. Bezanya antara letupan gusi tidak bersuara dengan letupan gusi
bersuara adalah pada bukaan pita suaranya. Untuk menghasilkan konsonan letupan gusi bersuara
keadaan pita suara dirapatkan, udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke
rongga mulut dan tersekat sepenuhnya pada gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan
serta merta. Bunyi yang dihasilkan oleh letupan gusi bersuara adalah seperti berikut:
Diawal perkataan : daging, darah, dalam, dunia, dengan.
Di tengah perkataan: bandar, pedang, siding, padah.
Di akhir perkataan: abad, tekad, maksud, zuhud.
Pengeluaran bunyi Letupan gusi bersuara. [ d ] dapat di tunjukkan menerusi gambarajah di
sebelah.
Rajah 4 menunjukkan cara penghasilan Letupan Gusi Bersuara [ d ]
BBM 3202 [ ]
2.5 Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara. [ k ]
Cara menghasilkan letupan lelangit lembut tidak bersuara adalah dengan belakang lidah
dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara
BBM 3202 [ ]
yang keluar dariparu-paru ke rongga mulut. Lelangi lembut dan anak tekak dirapatkan pada
dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pada
keadaan ini pita suara direnggangkan, dan udara dari paru-paru dapat kleuar ke rongga mulut
tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat pada bahagian lelangit lembut,kemudian
dilepaskan dengan serta merta. Bunyi yang dihasilkan daripada letupan lelangit lembut tidak
bersuara ini ialah
Diawal perkataan : kawan, kuda, kepak, kalau, kahwin.
Di tengah perkataan: tekak, sukat, pukat, pekat.
Di akhir perkataan: duduk, selak, tengok, emak, budak.
Pengeluaran bunyi Letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ] dapat di tunjukkan menerusi
gambarajah di bawah.
Rajah 5 menunjukkan penghasilan Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara. [ k ]
BBM 3202 [ ]
2.6 Letupan Lelangit Lembut Bersuara. [ g ]
Bagi menghasilkan konsonan lelangit lembut bersuara [ g ] proses pada peringkat awalnya
sama dengan dengan letupan lelangit lembut tidak bersuara iaitu dengan belakang lidah
BBM 3202 [ ]
dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara
yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut, kemudian lelangit lembut dan anak tekak
dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga
hidung. Pada proses seterusnya pita suara adalah dirapatkan, pada keadaan pita suara ini
yang membezakan antara letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara, apabila pita
suara dirapatkan udara dari paru-paru yang terhasil keluar dengan menggetarkan pita suara ke
rongga mulut dan tersekat sepenuhnya pada gusi, selepas itu udara tersebut dilepaskan
dengan serta merta. . Bunyi yang dihasilkan daripada letupan lelangit lembut bersuara ini ialah
Diawal perkataan : gelak, garang, gambar, gasing, gajah.
Di tengah perkataan: agas, juga, mangga, tunggu.
Di akhir perkataan: tolong, barang, wang, jarang, sarang, burung.
Pengeluaran bunyi Letupan lelangit lembut bersuara [ g ] dapat di tunjukkan menerusi
gambarajah di sebelah
Rajah 6 menunjukkan penghasilan Letupan Lelangit Lembut Bersuara.
BBM 3202 [ ]
2.81 Hentian Glotis [ ]Ɂ
BBM 3202 [ ]
Hentian glotis adalah bunyi hentian yang dikeluarkan seperti berikut iaitu pita suara dirapatkan
serapat-rapatnya, kemudian lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada
dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung,
manakala udara dari paru-paru keluar tersekat dan terhenti pada bahagian glottis dan tidak
dilepaskan. Bunyi yang dihasilkan oleh hentian glottis ini ialah
Diawal perkataan : Ɂatap, Ɂibu, Ɂikan, Ɂorang,
Di tengah perkataan: buɁat, saɁat, taɁat, soɁal
Di akhir perkataan: tidaɁ, anaɁ, goloɁ, galaɁ
Pengeluaran bunyi hentian glotis [ Ɂ ] dapat di tunjukkan menerusi gambarajah di bawah.
3.0 DEFINISI LETUSAN
BBM 3202 [ ]
Letusan ataupun afrikat ialah gabungan dua cara artikulasi, iaitu antara bunyi hentian dengan bunyi
frikatif. Udara disekat dalam rongga mulut dan kemudiannya dilepaskan secara menggeserkannya.
Ada konsonan yang dihasilkan bersuara dan ada yang tidak bersuara, ia bergantung sama ada pita
suara digetarkan ataupun tidak dan arus udara yang keluar dari paru-paru sama ada menerima
sekatan ataupun geseran. Secara umumnya bunyi letusan ini dapat di kelas kepada dua bahagian
iaitu
i- Letusan lelangit keras gusi tak bersuara. [ č ]
ii- Letusan lelangit keras gusi bersuara. [ J ]
3.1 Letusan Lelangit Keras - Gusi Tak Bersuara. [ č ]
BBM 3202 [ ]
Cara untuk menghasilkan bunyi konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara ialah dengan
cara depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras gusi untuk membuat sekatan pada
arus udara dari paru-paru ke rongga mulut, kemudian lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
dan dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat
dikeluarkan melalui rongga hidung. Pada keadaan ini pita suara direnggangkan dan udara dari
paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersebut tersekat
seketika pada bahagian lelangit keras gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan
perlahan ( bukan
dengan cepat atau serta merta). Walau bagaimanapun untuk bunyi konsonan C dalam bahasa
melayu lebih cepat sedikit berbanding denganpelepasan udara untuk bunyi letusan (afrikat)
dalam bahasa inggeris seperti dalam perkataan “church” contohnya. Bunyi konsnan C yang
hadir dalam konsonan bahasa melayu adalah seperti berikut
Diawal perkataan : cari, cacat, cuti, campak, contoh.
Di tengah perkataan: pucat, suci, kunci, benci.
Di akhir perkataan: mac, koc,
Pengeluaran bunyi konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara dapat di tunjukkan
menerusi gambarajah di sebelahh.
Rajah 8 menunjukkan Letusan Lelangit keras – gusi tak bersuara [ č ]
BBM 3202 [ ]
3.2 Letusan Lelangit Keras - Gusi Bersuara. [ J ]
BBM 3202 [ ]
Cara untuk menghasilkan bunyi konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara ialah dengan
cara depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras gusi untuk membuat sekatan pada
arus udara dari paru-paru ke rongga mulut, kemudian lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
dan dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat
dikeluarkan melalui rongga hidung. Pada keadaan ini pita suara dirapatkan dan udara dari
paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. Udara tersebut dilepaskan
dengan perlahan ( bukan dengan cepat atau serta merta). Bagi konsonan j dalam bahasa
melayu udara dilepaskan dengan lebih cepat daripada pelepasan udara untuk konsonan j
dalam bahasa inggeris sepertiperkataan “Judge” . Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan
berikut.
Diawal perkataan : jodoh, jambu, jangan, jantan, jurang.
Di tengah perkataan: panjat, terjun, kejut, hujan.
Di akhir perkataan: buruj, imej, kolej
Pengeluaran bunyi konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara dapat di tunjukkan
menerusi gambarajah berikut
Rajah 9 menunjukkan penghasilan Letusan Lelangit Keras - Gusi Bersuara. [ J ]
BBM 3202 [ ]
Carta dibawah menunjukkan dengan lebih jelas lagi keadaan persamaan dan perbezaan bagi setiap
penghasilan konsonan melalui letupan atau letusan.
BBM 3202 [ ]
4.0 Kesimpulan
Setelah dihuraikan dengan panjang lebar sifat dan cara menghasilkan bunyi letupan dan
letusan dapatlah dirumuskan bahawa pada asasnya proses dalam menghasilkan letupan dan
letusan ini mempunyai persamaan pada kedudukan bagi bahagian bibir, lelangit dan gusi, hanya
terdapat sedikit perbezaan bagi setiap letusan dan letupan yang bersuara dan tidak bersuara iaitu
Daerah sebutan/Cara sebutan
Dua bibir Gusi Gusi lelangit keras
Lelangit keras Lelangit lembut
Pita suara
Letupan tak bersuara
p t k Ɂ
Letupan bersuara b d g
Letusan tak bersuara
č
Letusan bersuara J
BBM 3202 [ ]
pada bukaan pita suara dan sekatan pada udara yang keluar sama ada menggetarkan pita suara
atau tidak menggetarkan pita suara.
Penghasilan huruf-huruf konsonan ini bergantung kepada keadaan sama ada udara tidak
diganggu atau diganggu alirannya dlm rongga mulut seperti organ-organ sebutan seperti gigi,
lelangit lembut dan sebagainya tidak menghalang udara yang dikeluarkan, apabila bunyi yang
terhasil dengan menekan udara keluar dari paru-paru dihalang, organ-organ seperti lelangit
lembut, gigi, lelangit keras dan sebagainya menghalang laluan udara semasa melalui rongga mulut
atau rongga hidung maka bunyi yang terhasil ini menjadikan bunyi yang berbeza diantara setiap
konsonan letusan dan letupan.
BIBLIOGRAFI
Azhar Salleh 2010 “FONETIK DAN FONOLOGI MELAYU” http://witra.blogspot.com/2009/01/sk-taman-
bukit-mewah.html
Nor Hashimah Jalaluddin 2000 “Asas Fonetik” Dewan Bahasa dan Pustaka.
BBM 3202 [ ]
Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar 2007 ” Fonetik dan Fonologi” PTS.
Paitoon M. Chaiyanara 2006 “ Pengenalan Fonetik dan Fonologi “ Dewan Bahasa dan Pustaka.