fonologi(cara menghasilkan konsonan pinjaman dan diftong)

14

Upload: nurulatirahabdrahim

Post on 20-Jun-2015

2.963 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fonologi(Cara Menghasilkan Konsonan Pinjaman Dan Diftong)
Page 2: Fonologi(Cara Menghasilkan Konsonan Pinjaman Dan Diftong)

Edaran : PakarHowTo.Com

Page 3: Fonologi(Cara Menghasilkan Konsonan Pinjaman Dan Diftong)

Terdapat lapan konsonan pinjaman yang amat kerap digunakan dalam bahasa Melayu.Semua konsonan tersebut merupakan konsonan geseran,iaitu konsonan geseran bibir-gigi tak bersuara yang dilambangkan dengan huruf f dan yang bersuara,v,konsonan geseran gigi tak bersuara,th dan yang bersuara,dh,konsonan geseran gusi bersuara,z,konsonan geseran gusi -lelangit keras tak bersuara,sy,dan konsonan geseran lelangit lembut tak bersuara,kh dan bersuara,gh.

Page 4: Fonologi(Cara Menghasilkan Konsonan Pinjaman Dan Diftong)

Konsonan Geseran Bibir-Gigi – [f] dan [v]

Konsonan geseran bibir gigi dihasilkan dengan cara bibir bawah dirapatkan ke gigi atas supaya menjadi

sempitan.Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.Arus udara dari paru-paru keluar

melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan sempitan bibir bawah dengan gigi atas.

Jika semasa menghasilkan bunyi itu,glotis direnggangkan,pita suara tidak bergetar.Maka bunyi yang terhasil ialah

konsonan geseran bibir gigi tak bersuara,iaitu f.Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar,maka bunyi

yang terhasil ialah konsonan geseran bibir-gigi bersuara,v.

Contoh:Fikir

Variasi

admin
Page 5: Fonologi(Cara Menghasilkan Konsonan Pinjaman Dan Diftong)

Konsonan Geseran Gigi-[th] dan [dh]

Konsonan geseran gigi dihasilkan dengan cara hujung lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah.Lelangit lembut dinaikkan

rapat ke dinding belakang rongga tekak.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di daerah

gigi.

Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar,konsonan yang dihasilkan ialah konsonan

geseran gigi tak bersuara,yang dilambangkan dalam sistem ejaan sebagai deretan dua huruf iaitu th.Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar,bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran gigi

bersuara,yang dilambangkan dengan dh.Dalam ejaan rumi baharu,th dan dh telah diubah menjadi s dan d.

Contoh:thalji/salji

Mudharat/mudaratKhadi/kadi

Page 6: Fonologi(Cara Menghasilkan Konsonan Pinjaman Dan Diftong)

Konsonan geseran gusi bersuara dihasilkan dengan cara hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi.Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga

tekak.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergesel dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi.Glotis dirapatkan dan pita suara

bergetar

Contoh:ZahirAzamaziz

Page 7: Fonologi(Cara Menghasilkan Konsonan Pinjaman Dan Diftong)

- Konsonan gusi-lelangit keras tak bersuara ini dihasilkan dengan bahagian belakang depan lidah

ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras.Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.Arus udara dari

paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergesel di daerah pertemuan antara

depan lidah dengan sempadan gusi-lelangit keras.Glotis direnggangkan dan pita suara tidak

bergetar.Dalam ejaan rumi,bunyi ini dilambangkan dengan deretan dua huruf,sy.

Contoh:SyaratisyaratQuraisy

Page 8: Fonologi(Cara Menghasilkan Konsonan Pinjaman Dan Diftong)

Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dengan cara belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut,yang

dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan

dibiarkan bergeser di daerah pertemuan antara belakang lidah dengan lelangit lembut.

Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar,bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran lelangit lembut tak bersuara,yang

dalam sistem ejaan Rumi dilambangkan dengan deretan dua huruf,kh.Jika glotis dirapatkan dan pita suara

bergetar,yang terhasil ialah konsonan geseran lelangit lembut bersuara,yang dilambangkan dengan gh.

Contoh:Maghrib

akhir

Page 9: Fonologi(Cara Menghasilkan Konsonan Pinjaman Dan Diftong)
Page 10: Fonologi(Cara Menghasilkan Konsonan Pinjaman Dan Diftong)

Diftong ialah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas sahaja dan

mempunyai satu puncak kelantangan.Diftong bertindak sebagai bunyi,tetapi dilambangkan dengan dua huruf vokal.Terdapat tiga diftong

dalam Bahasa Melayu,iaitu ai,au dan oi.

Page 11: Fonologi(Cara Menghasilkan Konsonan Pinjaman Dan Diftong)

Untuk menghasilkan diftong ai,lidah berada pada kedudukan untuk vokal depan [a] dan kemudian

berpindah kepada kedudukan vokal depan sempit [i],tetapi tidak sehingga berada pada kedudukan tersebut.Hujung lidah menyentuh bahagian gigi

bawah.Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru

keluar melalui rongga mulut.Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.Bibir dihamparkan.

Contoh:HaiwanGhairah

Page 12: Fonologi(Cara Menghasilkan Konsonan Pinjaman Dan Diftong)

Untuk menghasilkan diftong au,lidah berada kira-kira pada kedudukan vokal [a] dan kemudian berubah kepada kedudukan vokal belakang

sempit [u].Pada mulanya,bibir terhampar menjadi semakin bundar.Lelangit lembut dinaikkan rapat

ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak.Glotis

dirapatkan dan pita suara bergetar.

Contoh:Auratpulau

Page 13: Fonologi(Cara Menghasilkan Konsonan Pinjaman Dan Diftong)

Untuk menghasilkan diftong oi,lidah mula-mula berada pada kedudukan vokal belakang separuh sempit [o] dan

kemudian berubah kepada kedudukan vokal depan separuh sempit [i].Pada mulanya,bibir dibundarkan,tetapi

kemudian menjadi semakin hampar.Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara

dari paru-paru keluar melalui rongga tekak.Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Contoh:BoikotAmboi

Page 14: Fonologi(Cara Menghasilkan Konsonan Pinjaman Dan Diftong)