abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/peranan-tarekat... · dengan...

25
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42 19 PERANAN TAREKAT TASAWUFDALAM PEMBANGUNAN UMMAH RAHMATAN LIL ‘ALAMIN 1 Mohd Hamidi Ismail (Ph.D) 2 Ahmad Najaa Mokhtar (Ph.D) 3 Muhammad Khairi Mahyuddin (Ph.D) 4 Abstrak Tiada yang mampu menyangkal bahawa bangun dan berdirinya umat Islamadalah dengan berpegang teguhdengan manhaj yang dibawa oleh Islam. Manhajnya yang mengimbangi di antara duniawi dan ukhrawi membekalkan kesejahteraan kepada insaniyyah (insani/antropologi) dan ruhaniyyah (ruhani/psikologi) manusia,adalah hakikat sebenar pembangunan bagi umat Islam. Meskipun secara kasarnya, keseimbangan tersebut tampak setara, namun secara halus, Islam lebih mementingkan kesejahteraan ukhrawi berbanding duniawi. Ia menepati apa yangtermaktub dalam fitrah kejadian 1 Dibentangkan dalam Zikir Perdana Sedunia 2016 anjuran Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA), pada 21 Mei 2016, bertempat di Masjid Putra Presint 1, Putrajaya. 2 Pensyarah Kanan Program Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia. Nilai, Negeri Sembilan. 3 Pensyarah Kanan Pogram Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. 4 Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar dan Pengurusan Prestasi) Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.

Upload: vanlien

Post on 03-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

19

PERANAN TAREKAT TASAWUFDALAM

PEMBANGUNAN UMMAH RAHMATAN LIL ‘ALAMIN1

Mohd Hamidi Ismail (Ph.D)2

Ahmad Najaa Mokhtar (Ph.D)3

Muhammad Khairi Mahyuddin (Ph.D)4

Abstrak

Tiada yang mampu menyangkal bahawa

bangun dan berdirinya umat Islamadalah

dengan berpegang teguhdengan manhaj

yang dibawa oleh Islam. Manhajnya yang

mengimbangi di antara duniawi dan

ukhrawi membekalkan kesejahteraan

kepada insaniyyah (insani/antropologi)

dan ruhaniyyah (ruhani/psikologi)

manusia,adalah hakikat sebenar

pembangunan bagi umat Islam. Meskipun

secara kasarnya, keseimbangan tersebut

tampak setara, namun secara halus, Islam

lebih mementingkan kesejahteraan ukhrawi

berbanding duniawi. Ia menepati apa

yangtermaktub dalam fitrah kejadian

1 Dibentangkan dalam Zikir Perdana Sedunia 2016 anjuran

Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA),

pada 21 Mei 2016, bertempat di Masjid Putra Presint 1,

Putrajaya. 2 Pensyarah Kanan Program Akidah dan Agama, Fakulti

Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam

Malaysia. Nilai, Negeri Sembilan. 3 Pensyarah Kanan Pogram Akidah dan Agama, Fakulti

Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam

Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. 4 Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar dan Pengurusan

Prestasi) Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti

Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.

Page 2: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

20

manusia sebagai ‘abidun (hamba Allah

SWT), yang mana kehambaan kepadaNya

tidak terhenti di dunia ini sahaja bahkan ia

berlanjutanhingga ke akhirat. Lebih

daripada itu, ia bertepatan dengan anjuran

ihsan (ihsan), yang memerlukan hamba

menghampiri rabb (tuhan) lebih daripada

dia mengenal dirinya sendiri, dan ini tidak

akan berlaku melainkan dengan

meletakkan tujuan akhirat di hadapan

segala-galanya. Oleh yang demikian,

dalam Islam, aturan-aturannya lebih

banyak serta rinci menumpukan kepada

pembangunan jiwa ruhani manusia,

membersih hati dan mendidik akhlak

mereka berbanding aturan-aturan fekah,

muamalah, ekonomi dan sebagainya.Di sisi

ulama’, aturan-aturan jiwa ruhani ini

dinamakan sebagai tazkiyah al-nafs atau

al-‘ilm al-akhlaq, atau masyhur dikenali

dengan Ilmu Tasawuf.Untuk

melihatperincian apa yang perkatakan ini

dengan lebih jelas, makalah yang

disediakan ini akan membincangkannya

secara komprehensifdengan memberi

tumpuan kepada fungsi tarekat kesufian

(al-tariqah al-sufiyyah), sebagai aturan

atau metode pembangunan umat Islam

menjadi ummah yang membawa

kerahmatan buat sekalian alam.

Page 3: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

21

Kata kunci: tarekat, ruhani, sufi, pembangunan

insan, rahmatan lil ‘alamin.

Pendahuluan

Risalah al-Nubuwwah (kenabian) Nabi Muhammad SAW

merupakan risalah universal. Universalisasi risalah ini

bukandilihat pada sudut seruan dakwahnya – kerana

kelompok al-mad‘u (yang diserukan)adalah terhad, tertumpu

kepada bangsa jin dan manusia – bahkan ia dilihat pada

sudut kerahmatan yang berlingkardi sekeliling risalah al-

nubuwwah Rasulullah SAW tersebut, yang menyeluruh dan

meratai ke atas sekalian makhluk Allah SWT, sama ada yang

zahir mahupun yang batin, yang tidak terkecuali satupun

sama ada yang berunsur jamadat (ketulan), nabatat

(tumbuhan), hayawanat (haiwan) mahupun ruhaniyyat (ruh).

Ini telah dinyatakan secara jelas dalam surah al-Anbiya’

(21:107):

Terjemahan: Dan tidaklah Kami

utuskan kamu (wahai Muhammad)

melainkan sebagai rahmat bagi

sekalian alam.

Ungkapan dengan maksud “sekalian alam” pada ayat

tersebut sememangnya dengan memberi maksud yang

mutlak. Iatidakhanya terbatas kepada makhluk-makhluk

Allah SWT yang patuh dan beriman sahaja, bahkan

merangkumi mereka yang ingkar dan kufur, namun mereka

tidak menerima dan memanfaatkan kerahmatan tersebut ke

Page 4: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

22

atas diri mereka, menjadikan diri mereka orang-orang yang

rugi.5

Secara dasarnya, kerahmatan risalah al-Nubuwwah

yang dimaksudkan tidak lain melainkan ia adalah

kerahmatan yang tersemat pada keluhuran akhlak zahir dan

batin Rasulullah SAW. Baginda telah diperakui sendiri oleh

Allah SWT dengan ketinggian akhlak sebagaimana

firmanNya dalam surah al-Qalam (68:4):

Terjemahan: Dan sesungguhnya bagi diri engkau

akhlak yang sangat hebat.

Dengan pekerti (akhlak zahir) dan hati (akhlak batin) yang

mulia inilah, Baginda SAWmenjadi saluran mengangkat

manusia menjadi insan yang bertamadun. Ia semestinya

demikian, kerana dengan pekerti dan hati sebegini sahaja

manusia dapat mengaktifkanjiwa manusiawi pada diri

mereka, dan kemudianberupaya membangunkan kehidupan

fizikal mereka. Menegaskan perkara ini, Ibn al-Qayyim

mengatakan:

لوال النبوات مل يكن ىف العامل علم نافع البتة وال عمل صاحل وال صالح ىف معيشة وال قوام

والسباع مللكة ولكان الناس مبنزلة هبائمالعادية والكالب الضارية اليت يعدو بعضها

.على بعض

5 Shihab al-Din al-Sayyid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi,

Ruh al-Ma‘ani fi tafsir al-Qur’an al-‘Azim wa al-Sab‘ al-

Mathani, ed. Al-Sayyid Mahmud Shukri al-Alusi al-

Baghdadi (Beirut: Idarah al-tiba‘ah al-miriyyah wa dar

ihya’ al-turath al-‘arabi), 7: 104.

Page 5: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

23

Terjemahan: Kalaulah tanpa

kenabian, tidak akan wujud sama

sekali di alam ini ilmu yang berguna,

tiadalah amalan salih [untuk

diamalkan] dan tiadalah kebaikan

dalam kehidupan [untuk dihasilkan],

tiadalah tunjang-tunjang kehidupan

bermasyarakat dan adalah martabat

manusia seperti haiwan ternakan dan

pemangsa yang liar, seperti anjing-

anjing ganas, yang saling menerkam

di antara satu dengan yang lain.6

Justeru, maksud ‘rahmatan lil ‘alamin’ (kerahmatan

sekalian alam) pada risalah al-Nubuwwah berpaksi pada

kemurniaan pekerti dan hati Rasulullah SAW. Baginda

kongsikan kerahmatantersebut dengan umatnya, apabila

merekahayati dan mengamalkannya, kerahmatan risalah al-

Nubuwwahtersebut tidak lagihanya terhimpun pada diri

Baginda, malah hidup dan berkesinambungan ke seluruh

alam. Dengan ini, benarlah firman Allah SWT di atas “Dan

tidaklah Kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan

sebagai rahmat bagi sekalian alam”.

Dalam Islam, penghayatan terhadap kemurniaan

pekerti dan hati Rasulullah SAW diterapkan secara khusus

dalam Ilmu Tasawuf. Ia menjadi wadah utamabagi umat

Islam merujuk dan mengenal keperibadian Rasulullah SAW,

malah lebih daripada itu, Ilmu Tasawufmenjadi teras kepada

ilmu-ilmu Islam yang lain. Ini adalah kerana Ilmu Tasawuf

menggarap dan memaksimakan segala pemahaman dan

pengamalan yang diperolehi daripada ilmu-ilmu tersebut.

Hal ini berpandukan kepada polarasi Ilmu Tasawuf itu

sendiri yang mengajarkan manusia tentang ihsan,

sekaligusmembuktikan bahawa Ilmu Tasawuf terpatri dalam

6 Ibid., 105.

Page 6: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

24

pemahaman dan pengamalan para alim ulama’ pelbagai

bidang ilmu. Mereka berbuat demikian kerana mereka amat

sedar, tanpa Ilmu Tasawuf, pincanglah ilmu-ilmu Islam dan

rosaklah pemahaman dan amalan umatnya.Maka tidak hairan

apabila Imam Malik RH mengungkapkan:

ومن تفقه ˛من تصوف ومل يتفقه فقد تزندقومن مجع بينهما فقد ˛ومل يتصوق فقد تفسق

.حتققMenafsirkan ungkapan Imam Malik ini, Shaykh Zaruq

mengatakan, sesiapa yang bertasawuf tetapi

tidakmemfaqihkan dirinya iaitutidak mendalamihikmah dan

hukum-hakam apa yang diamalkannya, maka dia telah

melakukan kezindiqkan. Sesiapa yang mendalami hikmah

dan hukum-hakam pula, tetapi tidak bertasawuf iaitu

menghadapkan amalannya dengan ikhlas kepada Allah SWT,

maka dia telah melakukan kefasiqkan. Hasilnya, sesiapa

yang menghimpunkan kedua-duanya yaknibertasawuf

danfaqih, maka dia telah mencapai kebenaran dalam

beramal.7

Melihat keistimewaan Ilmu Tasawuf dari sudut ini, ia

menjadi penanda aras kepada kualiti pembangunan umat

Islam. Apa yang pasti, dengan penghayatan IlmuTasawuf,

umat Islam dapat mencapai pemahaman yang sebenartentang

ajaran Islam sertapengamalannya dalam kehidupan.

Sebaliknya, tanpa penghayatan tersebut, umat Islam

menghampiri keliaran dan terjun ke lembah kebinasaan yang

menghalang segala makna kesejahteraan, termasuklah

kesejahteraan ‘ammah (umum) yang dikongsi bersama

dengan manusia lain di dunia ini. Bagaimanakah analogi

ini digambarkan, makalah ini akan membincangkannya

7 Lihat lebih lanjut dalam Ahmad bin Ahmad al-Birnisi,

Qawa‘id al-Tasawwuf, ed. Taha al-DusuqiHibishi

(Kaherah: Maktabah al-Iman, 2013), 20.

Page 7: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

25

dengan memberi tumpuan kepada metodologi Ilmu Tasawuf

dalam menyelaras akhlak manusia, selari dengan manifestasi

kerahmatan risalah al-Nubuwwah Rasulullah SAW;

“rahmatan lil ‘alamin”.

Tarekat Kesufian dan Pembangunan Insan

Tiga perkara pokok akan dibahaskan dalam tajuk ini ialah;

konsep tarekat kesufian, nilai insaniah pada manusia dan

bagaimana nilai tersebut dibangunkan oleh tarekat kesufian.

Secara leksikalnya, al-tariqah (tarekat) ditakrifkan

sebagai al-sirah (perjalanan), al-madhhab (persepsi) dan al-

hal (keadaan).8 Manakala secara terminologinya pula, dalam

Islamperkataan al-tariqah lazim dikaitkan dengan kesufian

(al-sufiyyah).Maka dengan ini boleh disimpulkan bahawa

istilahal-tariqah al-sufiyyah bermaksud perjalanan atau cara

khusus para salik mendapatkan jalan pintas dan singkat

dalam pendakian maqam-maqam.9

‘Jalan pintas’ pada takrif ini tidak pula bermaksud al-

sunuh (bermudah-mudah), tetapi di sisi para sufi ia

bermaksudtahsilal-lub (menghasilkan intipati) dalam faham

dan amal. Begitu juga dengan maksud ‘singkat pendakian’,

iaitu dengan maksud kesungguhan keluar daripada darjat-

darjat yang hina lagi jauh daripada Allah SWT kepada yang

paling mulia lagi hampir kepadaNya.10

Motif daripada tarekat kesufian sebagaimana

dijelaskan daripada takrifnya ini tidak banyak berbeza

dengan motif ilmu-ilmu Islam yang lain seperti akidah,

fekah, sirah dan lain-lain, semuanya turut memacu umat

8 Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, 10:221, entri “taraq”. 9 Al-Jurjani, al-Ta‘rifat, 141. 10 ‘Abd al-Halim Mahmud, al-Tasawwuf al-Islami:

sakhsiyyat wa nusus ma‘a kitab al-Munqidh min al-dalal,

ed. Muni‘‘Abd al-Halim Mahmud (Ajuzah: Maktabah al-

Iman, 2004), 296.

Page 8: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

26

Islam kepada menghampiri Allah SWT. Namun tarekat

kesufian mempunyai keistimewaan tersendiri apabila ia

mementingkan penghayatan dan pengamalan, sebaliknya

ilmu-ilmu lain mementingkan pengetahuan dan pemahaman.

Oleh sebab itu, ahli tarekat kesufian disebutkan sebagai

arbab al-ahwal (pentarbiyah hal-ehwal diri) dan bukan

ashab al-aqwal (pengungkap kata).11

Kenyataan ini boleh jadi mengejutkan orang-orang

yang keliru. Hakikatnya amat jelas, mengetahuinya

seseorang itu tidak semestinya menjadikannya menghayati,

begitu juga memahami, tidak semestinya menjadikannya

beramal. Betapa ramai manusia yang mempelajari ilmu-ilmu

Islam, ada yangberupaya mencapai tahap alim, pakar,

mujaddid dalam bidang mereka, tetapi adakalanya mereka

tidak dipercayai dan diperakui kerana ketiadaan amanah,

benar dan thabat (kemas berpendirian) – daripada sifat-sifat

para sufi – pada diri mereka. Berbeza pula dengan ulama’-

ulama’ yang menghayati dan mengamalkan tarekat kesufian,

mereka bukan sahaja diakui alim, pakar, mujaddid, tetapi

juga diakui warak, zuhud, amanah, benar dan lain-lain lagi

daripada sifat para sufi. Tidakkah dengan sifat-sifat ini

ulama’-ulama’ tersebut dijulang dan diperakui?

Seharusnya difahami di sini, apabila disebutkan tarekat

kesufian, iabukan semata-mata bermaksud wirid-wirid

(awrad) atau hal-ehwal suluk (ahwal al-suluk), ataupun

kumpulan zikir tertentu, semuanya ini merupakan mazahir

(penzahiran) bagi ahli sufi.12

Tetapi yang dimaksudkan

dengan tarekat kesufian di sini ialah cara atau usaha

11 Ibid. 12 Tidak dinafikan kepentingan perkara-perkara ini bagi

mereka yang menjalani kehidupan sufi. Bahkan ia seiring

dengan mujahadah nafsiyyah dalam mendidik dan

mentarbiyah diri seseorang salik. Namun dari sudut

keutamaan dan keperluan yang menyeluruh, perkara-

perkara ini tidak mendatangkan faedah atau faedahnya

kecil jika tidak dimulakan dengan penyucian dan

pembersihan hati daripada segala sifat mazmumah.

Page 9: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

27

menyisih kejelekkan sifat-sifat keji daripadapekerti dan

hati,seterusnya mengisi pada kedua-duanya dengan

kemurnian sifat-sifat yang diredhai Allah SWT.Cara atau

usaha ini masyhur dalam arena kesufian dikenali sebagai

konsepal-takhalli (penyisihan) dan al-tahalli (pengisian).13

Sebilangan besar ulama’-ulama’ Islam mengetengahkan

konsep ini dalam pertuturan dan perilaku mereka, dan para

imam mazhab tiada seorang pun yang terkecuali.

Imam AbuHanifah RHsebagaimana dicatatkan oleh al-

Dhahabi sebagai seorang yang terhimpun padanya kefaqihan,

kewarakkan dan pemurah. Beliau seorang ahli ibadah yang

hebat, sehingga diriwayatkan bahawa telah mengkhatamkan

7 ribu kali bacaan al-Qur’an pada tempat beliau

disemadikan, kerana gerunkan sengsara azab kubur. Imam

Malik RH pula, antara ungkapannya“sesungguhnya al-mara’

(berbalah-balah) dan al-jidal (berbahas-bahas) pada urusan

ilmu, menyebabkan cahayanya keluar daripada hati”,

membuktikan Imam Malik memiliki adab yang tinggi dalam

menuntut ilmu. Begitu juga dengan Imam al-Shafi‘i RH,

antara ungkapannya yang senada Imam Malik “bahawa

perkara-perkara yang boleh menjadikan hati seseorang itu

bercahaya adalah dengan berkhalwat, sedikit makan,

menjauhi kebodohan dan orang-orang yang bodoh dan

sesetengah ulama’ yang tidak memiliki keinsafan dan adab”.

Tidak ketinggalan juga Imam Ahmad Hanbal RH yang

disifatkan Imam al-Shafi‘i sebagai individu yang terhimpun

padanya lapan keistimewaan; imam pada hadis, pada fekah,

pada ilmu bahasa, pada al-Qur’an, pada kefakiran, pada

kezuhudan, pada kewarakkan dan pada sunnah.14

13 Muhammad Amin al-Kurdi, Tanwir al-qulub fi

mu‘amalah ‘allam al-ghuyub, ed. Muhammad ‘Ali Idilbi

(Mesir: Dar al-Turath al-Islami, 1993), 461. 14 Muhammad FawqiHajjaj, Mawaqif min al-Tasawwuf al-

Islami: dirasah tahliliyyah li tafsir zahirah al-ingkar ‘ala

al-sufiyyah (Kaherah: Dar al-Taba‘ah al-

Muhammadiyyah, 1984), 16-27.

Page 10: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

28

Kesemua misal ciri kesufian para ilmuwan ini merujuk

kepada satu perkara sahaja iaitu kesungguhan mereka

menyisih keburukan daripada hatimereka dan mengisinya

pula dengan kebaikan.Apa yang dilakukanoleh merekaini

adalah berlandaskan anjuran al-Qur’an dalam surah al-Rum

(30:30):

Terjemahan: Maka hadapkanlah

wajah kamu kepada agama yang

lurus, Allah telah fitrahkan agama

tersebut ke atas manusia, tiada

perubahan pada ciptaan Allah,

demikianlah agama yang berdiri akan

tetapi ramai manusia tidak

mengetahuinya.

Para ilmuwan tersebut memahamibahawa Islam

sebagai agama fitrah adalah agama kebaikan (hanif),ia

mengajar manusia bagaimana untuk menjadi baik sebelum

Page 11: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

29

mereka dihukumkan baik atau buruk.Atau kata lainnya,

Islam telah memperkenalkan sifat hamba kepada manusia

sebelum mengajarkan mereka bagaimana

tanggungjawabnyamenjadi hamba.15

Dengan ini segera

difahami, Islam telah mengiktiraf nilai insaniah pada

manusia sebelum mereka mengenal baik atau buruk

perbuatan mereka, dan perakuan tersebut tersedia ada dalam

tarekat kesufian secara terperinci.

Maqamat al-taqarrub (maqam-maqam mendekatkan

diri kepada Allah SWT) yang dibicarakan dalam tarekat

kesufian itulah perakuannya terhadap insaniah

manusia.Melalui maqamat inilah insaniah manusia di angkat,

walaupun mereka bernoda dengan dosa. Mereka diseru

menempuh maqam al-tawbah (taubat) untuk melayakkan diri

merekaberpindah ke maqam-maqam taqarrub yang lain.

Maqam-maqam tersebut ialah; al-khawf (takut) yang

diikutikemudiannyamaqam al-raja’ (harap),kemudian

maqam al-salihin (orang-orang salih),kemudian maqam al-

muridin (orang-orang yang memerlukan),kemudian maqam

al-muti‘in (orang-orang yang taat),kemudian maqam al-

muhibbin (orang-orang yang bercinta), kemudian maqam al-

mushtaqin (orang-orang yang rindu),kemudian maqam al-

awliya’ (wali-wali) dan barulah maqam al-

muqarrabin(orang-orang yang hampir).16

Setiap maqam ini

mempunyai kelebihan yang berbeza di antara satu dengan

yang lain, akan tetapi semuanya menjadikan insaniah

manusia istimewa. Mencapai setiap maqam ini

sememangnya sukar, meskipunbegitu, tiada erti sia-sia dapat

disifatkan kepada pendakinya jika dia gagal melepasi

maqam-maqam yang berbeza, kerana semuanya adalah jalan

menuju Allah SWT, segala yang bertakluk denganNya

adalah baik dan indah.

15 Al-Alusi, Ruh, 21: 40. 16 ‘Abd al-Halim Mahmud, al-Tasawwuf, 146-147.

Page 12: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

30

Perakuan tarekat kesufian terhadap insaniah manusia

adalah dengan tujuan utamanya membangunkan insaniah

manusiawi ke tahapnya yang tertinggi, dan yang tertinggi itu

dalam wacana kesufian ialahal-sidq (benar) atau

ikhlas.Melihat daripada pandangan Abu Sa‘id al-Kharraz

RH, beliau memilihal-sidqsebagaisuatu rangkuman bagi

makna kesemuamahmudat (sifat-sifat terpuji). Ini bermakna,

apabila para sufi membicarakan tentang sifat-sifat,

contohnyaseperti ikhlas, sabar, tawakal dan sebagainya,

mereka membicarakan tentang hakikat sifat-sifat tersebut,

bukan hanya tasawur dan pemahaman umumnya sahaja.17

Apa yang ingin dicapai oleh tarekat kesufian daripada

pembangunan insaniah manusia ialah menghampiri

kesempurnaan fitrah manusiawi sebagaimana Allah SWT

tetapkan. Jika iman itulah fitrahnya, maka kamil al-iman

(sempurna keimanan) adalah hasilnya. Iaitu kembali kepada

panduan wahyu Allah SWT yang termaktub di dalam al-

Qur’an dan al-Sunnah Rasulullah SAW.

Insan dan Pembangunan Masyarakat

Di bawah tajuk ini pula, perbahasan akan melihat dua

perkara pokok; pertama, mafhum insan di sisi tarekat

kesufian dan kedua, sumbangan insan dalam

membangunkanmasyarakat.

Insan yang dimaksudkan di sini ialah insan yang

memiliki kekuatan insaniah sebagaimana yang terangkum di

dalam ayat surah al-Tin (95:4):

17 Ibid.,151.

Page 13: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

31

Terjemahan: Sesungguhnya Kami

telah jadikan manusia dalam sebaik-

baik bentuk.

Insan sebegini dari kaca mata tarekat kesufian adalah

manusia yang paling memuncak kehidupan ibadahnya,

membangunkan peribadinya di atas prinsip al-sam‘ wa al-

ta‘ah (mendengardan taat), al-idh‘an (akur) kepada nasihat

para penasihat (ahlillah). Merekalah insan yang berperibadi

membentuk manusia lain dengan corak tarbiyyah dan latihan

yang menepati tuntutan agama terhadap ruhani dan jasadi

manusia.18

Al-Kalabadhimenamakan insan yang mempunyai

ciri-ciri di atas sebagai rijal al-sufiyyah (tokoh-tokoh sufi).

Antara yang beliau himpunkan sebagai rijal al-

sufiyyahtersebut ialah ‘Ali bin AbiTalib, al-Hasan dan al-

Husayn bin ‘Ali, ‘Ali bin al-Husayn Zayn al-‘Abidin,

Muhammad bin ‘Ali al-Baqir, Ja‘far bin Muhammmad al-

Sadiq, Uways al-Qarni, al-Hasan bin Abi al-Hasan al-Basri,

AbuHazim Salamah bin Dinar al-Madini, Ibrahim bin

Adham, al-Fudayl bin ‘Iyad, Dawud al-Ta’i, Sufyan bin

Sa‘id al-Thawri, Dhu al-Nun bin Ibrahim al-Masri dan ramai

lagi.19

Mereka ini adalah insan-insan yang telah berjaya

membongkar rahsia-rahsia hikmah kehambaan dan

peribadatan kepada Allah SWT. Mereka adalah ikutan para

pencinta (muhibbin) dan perindu (mustashqin) kepada cinta

dan rindu Allah SWT.

Sifat cinta dan rindu kepada Allah SWT secara

hakikatnya adalah sifat fitrah yang telah ada di dalam hati

manusia, khususnya mereka yang beriman kepada Allah

SWT. Berpandukan kenyataan ini, boleh dikatakan bahawa

18 ‘Abd al-Qadir ‘Isa, Haqa’iq ‘an al-Tasawwuf (Kaherah: Dar al-

Muqattam, 2005), 52. 19 Muhammad bin Ishaq bin al-Bukhari al-Kalabadhi, Kitab

al-ta‘rif li madhhab ahl al-Tasawwuf, ed. Arthur John

Obery (cet. ke-2, Kaherah: Maktabah al-Khanji, 1994),

11.

Page 14: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

32

orang-orang yang beriman (al-mu’minun)itusebenarnya

adalahorang-orang yang cinta dan rindukan Allah SWT,

cuma setengah daripada mereka tidak menyedari perkara

tersebut. Untuk menyedarinya semula, mereka perlu kembali

kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Dengan pasti, mereka akan

temui bahawa Allah SWT dan RasulNya sentiasa

mengingatkan perkara tersebut. ContohnyaAllah SWT

berfirman dalam surah Ali ‘Imran (3: 31):

Terjemahan: Katakanlah (wahai

Muhammad), andainya kalian

cintakan Allah maka ikutilah aku,

nescaya Allah menyintai kalian dan

Dia mengampunkan kalian bagi

dosa-dosa kalian. Dan Allah Maha

Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dalam surah yang sama (3: 76), Allah SWT berfirman:

Terjemahan: Bahkan sesiapa yang

memenuhi janjinya dan bertaqwa,

maka sesungguhnya Allah menyintai

orang-orang yang bertaqwa.

Page 15: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

33

Dalam hadis Rasulullah SAW pula, Baginda bersabda:

ثالث من كن فيه وجد حالوة اإلميان من كان اهلل ورسوله أحب اليه مما سوامها ومن

...أحب عبدا ال حيبه أال اهلل

Terjemahan: tiga perkara yang

sesiapa dapatinya akan menemui

kemanisan iman: sesiapa yang

menjadikan Allah dan rasulNya

dicintai, lebih daripada segala-

galanya; sesiapa yang menyintai

hamba, tidak dicintainya melainkan

kerana Allah....20

Apabila akur dengan keterangan wahyu tentang cinta

dan rindu kepada Allah SWT, orang-orang yang beriman

secara tidak langsung telah bersedia untuk dibangunkan dari

sudut kehambaan dan peribadatannya.Namun dalam masa

yang sama, mereka tidak berupaya untuk membangunkan

diri mereka dengan sendiri, lantas mereka perlukan pangajar

yang berkemahiran dan berpengalaman. Dalam dunia

kesufian, pengajar tersebut dinamakan murabbi.Menurut

20 Al-Bukhari, hadis nombor 16 dalam bab halawah al-iman.

Page 16: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

34

‘Abbad al-Nafzi, setiap orang yang memerlukan

pentarbiyahan, yang menyedari hijab basirah (mata hati)nya

tebal, maka mereka memerlukan shaykh murabbiuntuk

menghilangkan hijab tersebut, dan dapat memperlihatkan

kelemahan dan kekurangan diri mereka.21

Dengan ini,

murabbi inilah insan yang membangunkan masyarakat,

meningkatkan nilai insaniah mereka dengan menghampiri

Allah SWT. Justeru, apabila ditanyakan, siapakah

masyarakat yang dibangunkan tersebut, maka jawabnya,

merekalah setiap orang yang beriman kepada Allah SWT.

Iman danMasyarakat Yang Membangun.

Perkara pokok yang akan dibincangkan di bawah tajuk ini

terbahagi kepada dua; pertama, konsep asas iman; dan

kedua, kepentingan iman kepada masyarakat yang

membangun.

Iman secara istilah bermaksud membenarkan Rasulullah

SAW dengan apa yang Baginda sampaikan daripada Allah

SWT. Dan wajib membenarkan ini mencapai tahap yakin,

taat, patuh dan menyerah diri kepada Allah SWT.22

Daripada

takrif ini, iman boleh disimpulkan mengandungi tiga perkara

penting; pertama, membenarkan (al-tasdiq) Rasulullah

SAW; kedua, apa yang disampaikan oleh Rasulullah adalah

bahagian wahyu yang disyaratkan untuk disampaikan kepada

umat; ketiga, pembenaran (al-tasdiq) wajib melepasi tahap

keraguan.

Dalam perspektif tarekat kesufian, al-tasdiq

(membenarkan) Rasulullah SAW sebagaimana terkandung

dalam takrif iman di atas bukan hanya dari aspek perintah

dan larangan Baginda yang disifatkan sebagai al-syar‘i

21 Al-Harith bin Asad al-Muhasibi al-Basri, Risalah al-

Mustarshidin, ed. ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah (cet. Ke-

9, Kaherah: Dar al-Salam, 1999), 72. 22 Muhammad Rabi‘ Muhammad Jawhari, ‘Aqidatuna (cet. ke-10,

t.tp, t.p, 2005) 37.

Page 17: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

35

(syarak), malah ia bersifat al-ittiba‘ (mengikuti). Maka

apabila dicamtumkan di antara al-tasdiq dan al-ittiba‘,

kesepaduan daripada kedua-duanya menghasilkandengan apa

yang dinamakan dengan haqq al-ittiba‘ (mengikuti Nabi

SAW dengan sebenar-benar ikutan). Memperincikan

maksudhaqq al-ittiba‘ini, Shaykh ‘Abd al-Qadir al-Jaylani

RH menyatakan:

فاقبلوا منهم ما يأمركم به القوم أبدال األنبياء فإهنم يأمرونكم بأمر اهلل عّز وجل ورسوله

يعطون ˛وينهون بنهيهما، ينطقونفينطقونفيأخذون ال يتحركون حركة بطباعهم

ال يشاركون احلق عّز وجل يف دينه ˛ونفوسهمبأهويتهم اتبعوا الرسول صلي اهلل عليه وسلم

:يف أقواله وأفعاله مسعوا قول اهلل عّز وجل

Terjemahan: Para abdal (disifatkan

pengganti para nabi) maka terimalah

apa yang mereka perintahkan kamu,

sesungguhnya mereka menyuruh

kamu dengan apa yang Allah ‘azz wa

jall perintahkan, begitu juga

[perintah] rasulNya, dan mereka

(abdal) menegah apa yang ditegah

oleh kedua-duanya (Allah SWT dan

Page 18: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

36

rasulNya), apa yang mereka (Allah

SWT dan rasulNya) katakan maka

itulah yang dikatakan mereka (abdal),

apa yang mereka (Allah SWT dan

rasulNya) berikan maka itulah yang

diambil oleh mereka (abdal), tidak

bergerak [walau] satu pergerakan

mengikut keperluan tabiat dan nafsu

mereka, tidak menyekutui Yang

Maha Benar ‘azz wa jall pada urusan

agamaNya dengan keinginan mereka,

ikutilah [mereka itu akan] Rasulullah

SAW pada ucapannya dan

perbuatannya, dengarlah firman

Allah ‘azz wa jall:

Apa yang dibawakan bagi kamu oleh

Rasul maka ambillah ia dan apa yang

ditegahkan ke atas kamu maka

tegahkanlah ia.23

Para sufi sebagaimana dinyatakan oleh Shaykh ‘Abd al-

Qadir RHmembenar dan mengikuti Rasulullah SAW bukan

sahaja pada urusan agama, bahkan pada ucapan, gerakan dan

keinginan Baginda. Ia bersifat ablagh al-ta‘zim (setinggi-

tinggi penghormatan) sehinggakan sifat patuhnya mereka

kepada Rasulullah SAW sahajaboleh digambarkan dapat

membawa mereka bertemu dengan Allah SWT. KataShaykh

‘Abd al-Qadir RH:

اتبعوا الرسول صلى اهلل عليه وسلم حىت قربوا منه فقرهبم اىل احلق ˛محلهم اىل املرسل

23 ‘Abd al-Qadir al-Jilani al-Hasani, al-Fath al-Rabbani wa

al-Fayd al-Ruhmani, ed. Yusuf bin Mahmud al-Haj

Ahmad (Damsyiq: Maktabah al-‘Ilm al-Hadith, 2000),

196.

Page 19: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

37

أخرج هلم األلقاب واخللع واإلمارة ˛عّز وجل ...على اخللق

Terjemahan: Ikutilah [mereka itu

akan] Rasulullah SAW sehingga

dibawa mereka kepada yang

mengutuskan, dekatilah [mereka itu

akan] Baginda, nescaya didekatkan

mereka kepada Yang Maha Benar

‘azz wa jall, mereka keluarkan

[daripada diri mereka] gelaran-

gelaran, bertelanjangan serta

bergantung kepada makhluk.24

Di siniamat jelas kefahaman tarekat kesufian

terhadap iman adalah pada tahapnya yang tertinggi, iaitu

haqq al-ittiba‘ al-Rasul (sebenar-benar mengikuti Rasulullah

SAW). Ia bukan hanya pada mengikuti suruhan atau

larangan Baginda, tetapi mengikuti diri dan ruhani Baginda.

Justeru, tidak hairan mengapa para sufi amat mementingkan

penyucian pekerti dan hati kerana mereka sangat inginkan

pekerti dan hati mereka sesuci pekerti dan hati Rasulullah

SAW. Dan oleh sebab mereka bukan rasul atau nabi, maka

para sufi memerlukan masa dan kekuatan yang lebih, di

sampingal-fayd (limpahan kurnia Allah SWT) dalam

membantu mereka mengislahdiri mereka. Hal inilah yang

membuatkan sesetengah orang tersalah menganggap para

sufi terlalu sibuk dengan dunia kesufian, sehingga didakwa

bahawa mereka telah meninggalkan kehidupan dunia,

menyendiri dan jauh daripada masyarakat.

Walau bagaimanapun, hakikat menyatakan sebaliknya.

Pengislahan diri yang dilakukan oleh para sufi adalah kunci

kepada iman. Asasnya sahaja pada awal-awal lagi

24 Ibid., 196.

Page 20: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

38

memerlukan seseorang yang beriman mengislah dirinya, ini

jelas sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

منه الناس على أال أخربكم باملؤمن؟ من أ .أمواهلم وأنفسهم

Terjemahan: Apakah kalian mahu

aku jelaskan tentang orang yang

beriman? [Dialah] orang yang

mengamankan manusia di atas harta

mereka dan diri mereka.

Dalam riwayat lain, dinyatakan bahawa orang yang

beriman itu ialah orang yang mengamankan manusia

daripada kejahatan dirinya. Menurut Shaykh ‘Abd al-Fattah

Abu Ghuddah, kesemua makna hadis tentang orang yang

beriman ini sama, iaitu kembali menyelamatkan manusia

daripada sifat-sifat tercela yang ada pada seseorang yang

beriman itu.25

Ia pastinya bermaksud pengislahan hati,

kerana tidak akan berlaku pengamanan terhadap harta atau

diri,jika tanpa kemurniaan pada hatimanusia.

Pada tarekat kesufian, manusia yang murni hati

mereka, inilah manusia yang disifatkan membangun. Mereka

merencana dan menghasilkan kebaikan tanpa dimandulkan

oleh kebutuhan nikmat-nikmat duniawi.Menurut Dr. Abu al-

Wafa’ al-Ghanimi, orang-orang sebegini hatinya, mereka

hanya mencari kebaikan kerana hakikat kebaikan, demi

memantapkan iman mereka kepada Allah SWT. Mereka

tidak memaksa atau terpaksa mencari, kerana wahyu sendiri

tidak memfardhukan ke atas mereka, tetapi mereka

lakukannya kerana tabi’i dan fitrah. Memetik kata-kata Dr.

Muhammad Husayn Mikal yang bermaksud:

25 Lihat al-Muhasibi, Risalah, 77, 78.

Page 21: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

39

“Kezuhudan Rasulullah SAW atau

ketidakmahuan Baginda terhadap

dunia, bukanlah dengan tujuan

menyempitkan nikmatnya, dan ia

juga bukan kerana fardhu ain, kerana

Allah SWT menyuruh: Makanlah apa

yang baik-baik daripada yang Kami

rezekikan. Manakala dalam athar:

Berkerjalah untuk dunia mu

seumpama kamu hidup selama-

lamanya, dan beramallah untuk

akhirat mu seumpama kamu mati

esok. Akan tetapi Rasulullah ingin

menjadi misal yang terutamabagi

manusia, bagaimana untuk mereka

jalani kehidupan dengan penuh

kekuatan, yang mana kekuatan itu

tidak akan tergoyah dengan sebarang

kelemahan, dan lagi, mereka tidak

akan sesekali bersedia untuk tunduk

kepada kebendaan, harta, kekuasaan

dan apa sahaja yang boleh menjadi

tujuan selain daripada Allah SWT”.26

Hasil yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW

sememangnya berbekas dan berlaku. Para Sahabat RA,

tabi’in dan mereka selepas daripada mereka, yang mengikuti

Rasulullah SAW dalam pemurniaan hati mereka, adalah

umat madani (membangun), bukan sahaja kerohanian

mereka, malah ilmu, peradaban, ekonomi dan segala hal

berkaitan dengan kehidupan mereka.

Kesimpulan

26 Abu al-Wafa’ al-Ghanimi al-Taftazani, Madkhal ila al-Tasawwuf

al-Islami (Kaherah: Dar al-Thaqafah, t.t), 43, 44.

Page 22: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

40

Kerahmatan keseluruh alam yang menjadi visi pengutusan

Rasulullah SAW sememangnya benar dan berlaku dalam

kehidupan manusia di dunia ini. Risalah kenabian Baginda

bukan hanya tertumpu kepada dakwah lisan atau perbuatan,

malah juga dakwah hati. Bahkan dakwah hati inilah yang

menjadi keutamaan Rasulullah SAW kerana bermula

daripadanya terbit dakwah lisan dan perbuatan, seterusnya

tersebarnya kesejahteraan di alam ini.

Para sufi yang terdiri daripada ulama’ dan aulia’ telah

menyediakan diri mereka di atas dakwah hati ini. Mereka

boleh diibaratkan sebagai perantara yang menghubungkan

semua manusia dengan Rasulullah SAW, kerana semua

manusia mempunyai hati dan berupaya mengisinya dengan

kebaikan sebagaimana Rasulullah SAW lakukan dan

anjurkan. Justeru, di atas dasar ini, sepatutnya orang-orang

yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan rasulNya,

mendekatkan diri mereka dengan para sufi dan Ilmu

Tasawuf, sebagai langkah mendekatkan diri mereka kepada

Allah SWT. Semoga makalah ini dapat memberikan

pencerahan kepada sesiapa yang mencari kebenaran

mengenainya serta manfaat bagi kami di dunia dan di

akhirat. Wallahua’lam.

Page 23: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

41

RUJUKAN

‘Abd al-Halim Mahmud, al-Tasawwuf al-Islami:

sakhsiyyat wa nusus ma‘a kitab al-

Munqidh min al-dalal, ed. Muni‘‘Abd al-

Halim Mahmud. Ajuzah: Maktabah al-

Iman, 2004.

‘Abd al-Qadir ‘Isa, Haqa’iq ‘an al-Tasawwuf .

Kaherah: Dar al-Muqattam, 2005.

Abu al-Wafa’ al-Ghanimi al-Taftazani, Madkhal

ila al-Tasawwuf al-Islami. Kaherah: Dar

al-Thaqafah, t.t.

Al-Alusi, Shihab al-Din al-Sayyid Mahmud al-

Alusi al-Baghdadi, Ruh al-Ma‘ani fi tafsir

al-Qur’an al-‘Azim wa al-Sab‘ al-Mathani,

ed. Al-Sayyid Mahmud Shukri al-Alusi al-

Baghdadi. Beirut: Idarah al-tiba‘ah al-

miriyyah wa dar ihya’ al-turath al-‘arabi.

Al-Bukhari, Abi‘Abd Allah Muhammad bin

Isma‘il, Sahih al-Bukhari, ed. Muhammad

Fu’ad ‘Abd al-Baqi. Kaherah: Dar al-

Hadis, 2011.

Al-Fasi, Ahmad bin Ahmad al-Birnisi, Qawa‘id

al-Tasawwuf, ed. Taha al-

Page 24: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

42

DusuqiHibishiKaherah: Maktabah al-Iman,

2013.

Al-Jilani, ‘Abd al-Qadir al-Jilani al-Hasani, al-

Fath al-Rabbani wa al-Fayd al-Ruhmani,

ed. Yusuf bin Mahmud al-Haj Ahmad.

Damsyiq: Maktabah al-‘Ilm al-Hadith,

2000.

Al-Jurjani, al-Sayyid al-Sharif Abi al-Hasan ‘Ali

bin Muhammad bin ‘Ali al-Husayni, al-

Ta‘rifat, ed. Muhammad Bashil ‘Uyun al-

Sud. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah,

2009.

Al-Muhasibi, al-Harith bin Asad al-Muhasibi al-

Basri, Risalah al-Mustarshidin, ed. ‘Abd

al-Fattah Abu Ghuddah. cet. Ke-9,

Kaherah: Dar al-Salam, 1999.

Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, ed. Yasir Sulayman

Abu Shadi, Majdi Fathi al-Sayyid.

Kaherah: al-Maktabah al-Tawfiqiyyah.

Muhammad Amin al-Kurdi, Tanwir al-qulub fi

mu‘amalah ‘allam al-ghuyub, ed.

Muhammad ‘Ali Idilbi. Mesir: Dar al-

Turath al-Islami, 1993.

Muhammad FawqiHajjaj, Mawaqif min al-

Tasawwuf al-Islami: dirasah tahliliyyah li

tafsir zahirah al-ingkar ‘ala al-Sufiyyah.

Kaherah: Dar al-Taba‘ah al-

Muhammadiyyah, 1984.

Muhammad bin Ishaq bin al-Bukhari al-

Kalabadhi, Kitab al-ta‘rif li madhhab ahl

al-Tasawwuf, ed. Arthur John Obry. cet.

ke-2, Kaherah: Maktabah al-Khanji, 1994.

Page 25: Abstrak - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/PERANAN-TAREKAT... · dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan

Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi, “Peranan Tarekat Tasawuf dalam

Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42

43

Muhammad Rabi‘ Muhammad Jawhari, ‘Aqidatuna.

cet. ke-10, t.tp, t.p, 2005.