absa 1103 prinsip aqidah

21
(TEMPLET TUGASAN : VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN) FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER JANUARI 2014 ABSA 1103 PRINSIP AQIDAH NO. MATRIKULASI : 840920125351001 NO. KAD PENGENALAN : 840920125351 NO. TELEFON : 0198414754 E-MEL : [email protected] NAMA TUTOR : MUHD ZULHILMI BIN HARON PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTRE

Upload: erinadi

Post on 26-Nov-2015

365 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

PJJ OUM

TRANSCRIPT

(TEMPLET TUGASAN : VERSI BAHASA MALAYSIA)(MUKA SURAT HADAPAN)ABSA 1103 ( PRINSIP AQIDAH )

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER JANUARI 2014

ABSA 1103PRINSIP AQIDAH

NO. MATRIKULASI: 840920125351001NO. KAD PENGENALAN : 840920125351NO. TELEFON: 0198414754E-MEL: [email protected] TUTOR: MUHD ZULHILMI BIN HARONPUSAT PEMBELAJARAN: SABAH LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN

BIL.PERKARAMUKA SURAT

1.0Pengenalan2

2.0Fenomena Dan Motif Tindakan Musuh Islam Melakukan Penghinaan Terhadap Rasulullah S.A.W.3

2.1. Penghinaan melalui penerbitan filem3

2.2 Penerbitan lukisan kartun ( Karikatur Rasulullah SAW )4

2.3. Anti Hadith ( Sunnah )4

2.4. Penghinaan melalui penulisan5

3.0Umat Islam Wajib Menghentikan Tindakan Penghinaan Terhadap Rasulullah S.A.W Berasaskan Dalil Naqli.6

3.1.Mencontohi Rasulullah6

3.2.Membela dan pempertahankan keperibadian Rasulullah SAW7

3.3.Memerangi musuh Islam7

3.4.Mendalami dakwah bentuk baru8

4.0Kaedah-Kaedah Yang Boleh Diaplikasi Untuk Memupuk Rasa Keimanan Dan Kecintaan Terhadap Rasulullah S.A.W. 8

4.1. Asas Pengangan Umat Islam8

4.2. Tuntut Ilmu Allah9

4.3. Wujudkan Rasa Persaudaraan Sesama Islam9

4.4. Hilangkan Sikap Pentingkan Diri Sendiri10

5.0Faktor-Faktor Wujudnya Segelintir Umat Islam Yang Tidak Mempedulikan Tindakan Penghinaan Terhadap Rasulullah S.A.W.11

5.1. Kurangnya didikan Agama11

5.2. Jahil tentang selok belok Agama dan Sirah Nabawiyah12

6.0Kesimpulan12-13

7.0Rujukan14

1. 0. PENGENALAN

Penghinaan terhadap Baginda Rasulullah SAW bukanlah sesuatu perkara yang baharu. Sejak awal penyebaran Islam lagi, Rasulullah SAW telah dihina serta dicaci bahkan diperlaku dengan perbuatan keji dan kejam oleh masyarakat musyrikin Makkah walaupun baginda telah menunjukkan keperibadian yang mulia kepada masyarakat ketika itu. Kita menyedari bahawa bentuk-bentuk penghinaan terhadap Rasulallah SAW berubah-ubah mengikut peredaran zaman.Pada zaman kini, gaya penghinaan terhadap Rasulullah berubah mengikut arus perubahan semasa. Negara-negara Barat yang mula-mula mencetuskan bermacam-macam tohmahan terhadap Islam mula menggunakan strategi terkini selepas mereka telah berpuas hati daripada serangan pemikiran yang telah melemahkan begitu ramai umat islam masa kini. Serangan terkini mereka ialah melalui media elektronik dan media cetak terhadap Islam dan Rasulallah SAW dengan slogan 'hak kebebasan bersuara'.Namun dalam banyak kejadian yang menyakiti dan menghina Nabi SAW, datang pertolongan daripada Allah SWT di dunia sebagai pengajaran atas kebiadaban musuh Islam. Hal ini dapat kita lihat dalam nas-nas yang menyatakan bahawa pada satu ketika Abu Jahal ingin menyakiti Rasulullah SAW akan tetapi tidak berjaya dengan pertolongan daripada Allah S.W.T sebagaimana dalam hadith yang bermaksud :Daripada Abu Hurairah RA berkata: Kata Abu Jahal: Adakah Muhammad sujud di atas tanah?Lalu dijawab: Ya! Kata Abu Jahal lagi: Demi al-Lata dan al-Uzza sekiranya aku melihat Baginda melakukan demikian, akan kupijak belakang lehernya atau kutekan mukanya ke tanah. Lalu Abu Jahal mendatangi Nabi, dan ketika itu Nabi sedang solat dengan tujuan untuk memijak belakang lehernya. Tiba-tiba Abu Jahal didapati berjalan undur ke belakang dan seolah-olah menahan dengan tangannya. Lalu ditanya kepadanya: Apa yang tidak kena dengan kamu? Jawab Abu Jahal: Antara aku dan Muhammad terdapat parit daripada api yang mempunyai sayap-sayap dan menggerunkan. Lalu sabda Rasulullah SAW sekiranya dia (Abu Jahal)mendekatiku akan disentak (anggota tubuhnya) satu persatu. (Hadis riwayat Imam muslim:2797,Imam Ahmad : 2/370)

2.0. FENOMENA DAN MOTIF PENGHINAAN MUSUH ISLAM TERHADAP RASULULLAH SAW.Kita menyedari bahawa usaha-usaha ini telah didalangi oleh gerakan musuh Islam bagi menyesatkan Umat Islam khususnya generasi muda ini agar keliru dan tidak yakin dengan Islam sebagai agama sebenar. Musuh-musuh Islam melancarkan propaganda dan kebencian terhadap Islam melalui pelbagai langkah negatif atas tujuan menghina dan menyakiti Umat Islam. Antara penghinaan serta motif penghinaan terhadap Rasulullah SAW ialah seperti :

2.1. Penghinaan melalui penerbitan filemPada 27 Mac 2008, salah seorang Menteri Kabinet Belanda iaitu Geert Wilders telah menjadikan filem kontroversinya, 'Fitna' untuk memburukkan Islam. Sedutan tayangan itu telahpun dilakukan dalam sebuah rancangan primetime di ABC News yang berjudul What Would You Do?. Dengan berbekalkan kefahaman tekstual terhadap zahir ayat-ayat al Quran, Wilders telah meletak video-video pengganas untuk menunjukkan bahawa ia adalah perbuatan masyarakat muslim. Ketika ditemuramah, Geert Wilders mendakwa al-Quran yang dimiliki umat Islam perlu diharamkan kerana ia menyerupai buku Hitler, Mein Kampf.Antara babak yang ditayangkan ialah petikan video pesawat kapal terbang menghentam World Trade Center pada tanggal 11 September 2001. Setelah itu ditampilkan bacaan ayat al-Quran, seolah-olah ayat tersebut memaksudkan kepada kejadian 11/9. Episod-episod simpati 11/9 itu beralun-alun dengan suara mangsa, menjadikan filemnya itu mewakili perasaan rakyat Amerika pada 11/9. Sedangkan, masyarakat Barat sendiri semakin ghairah ingin mengenali dan memeluk Islam selepas peristiwa 11/9.Penerbitan Filem tersebut bermotifkan antaranya menimbulkan kebencian terhadap Rasulullah SAW khasnya dan Islam umumnya. Mereka juga ingin membendung gerakan Islam yang semakin kuat menular di kalangan masyarakat dunia. Musuh Islam juga cuba untuk mencanangkan bahawa agama Islam itu menganjurkan keganasan, mereka juga secara lansung mengatakan bahawa Islam itu diperkembangkan melalui keganasan dan orang muslim itu adalah penganas.

2.2. Penerbitan lukisan kartun ( Karikatur Rasulullah SAW )Pada hari ini Baginda SAW terus dihina semahu-mahunya lagi oleh musuh dan pengkhianat Islam dengan gaya baru, sesuai dengan arus kemodenan. Kemarahan pencinta-pencinta Rasulullah SAW tercetus lagi, akhbar Denmark Jyllands Posten memaparkan siri-siri kartun yang menggambarkan karikatur Rasulullah SAW sebagai seorang pengganas dan tidak bermoral. Dalam kartun tersebut telah digambarkan Rasulullah SAW sebagai seorang Arab badawi yang membawa pedang dan diapit oleh dua orang perempuan bercadar hitam di sebelah kiri dan kanannya. Bahkan, dalam salah satu kartun itu Rasulullah SAW digambarkan sebagai orang yang berserban dan pada serbannya terselit sebutir bom.Lukisan karikatur yang manghina Rasulullah SAW tersebut bermotifkan bahawa Rasulullah SAW adalah seorang yang ganas, liar dan tidak berakhlak. Mereka juga ingin memperkenalkan kepada masyarakat dunia bahawa Rasulullah SAW tidak wajar untuk dicontohi dan diteledani. Mereka melaksanakan semua perkara tersebut dengan berselindung di sebalik slogan kebebasan untuk bersuara.Kebebasan untuk bersuara yang begitu menyinggung agama Islam juga bertujuan untuk menburukkan dan menjauhkan Islam.Agama Islam dewasa ini berkembang dengan pesat di Eropah dan dunia.Dewasa ini, semakin banyak warga negara-negara barat yang mengenal agama Islam dan mereka memutuskan untuk memeluk Islam sebagai agama mereka.Kenyataan ini menimbulkan ketakutan di hati para musuh Islam dan seterusnya mereka bertindak dengan menghina Rasulullah SAW .

2.3. Anti Hadith ( Sunnah )Isu mengenai Anti Hadith di Malaysia bermula pada tahun 1986 ekoran daripada penulisan sebuah buku bertajuk Hadis Satu Penilaian Semula tulisan Kassim Ahmad. Di dalam buku tersebut, beliau cuba mengupas masalah perpecahan ummah dan menurutnya keimanan kepada Hadith sebagai sumber rujukan selepas Al-Quran adalah meniadi punca utama perpecahan ummah. Dengan demikian,beliau menggesa umat Islam supaya meninggalkan Hadith kerana menurut beliau Hadith adalah palsu dan omong-omong yang menyesatkan manusia dari jalan Tuhan.Beliau sebaliknya menyarankan supaya umat Islam merujuk kepada Al-Quran sahaja sebagai panduan hidup.

Golongan anti-hadith tersebut berperanan menimbulkan rasa keraguan dan kekeliruan dengan kesahihan hadith-hadith yang ada sehingga kini. Mereka menghebahkan kepada masyarakat Islam agar berasa ragu-ragu akan kesahihan hadith yang dijadikan sebagai rujukan kedua dalam menterjemahkan Al-Quran dan Islam itu sendiri secara terperinci dan tepat.Kenyataan seperti Hadith atau Sunnah Nabi suatu ajaran palsu yang muncul antara 200 - 250 tahun kemudian dan yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad. (Kassim Ahmad,Hadis Satu Penilaian Semula) boleh memesongkan akidah umat islam yang lemah.Seandainya benarlah keraguan beliau ini, pastinya wujud banyak percanggahan ketara akan segala sabda Baginda SAW dengan wahyu ALLAH SWT iaitu Al-Quran. Namun, tiada pembuktian yang benar mampu menyanggahi kebenaran hadith-hadith yang bertaraf sahih mahu pun mutawatir. Meskipun ia berhujah, segala-galanya dusta semata-mata. Sementelahan, pelbagai contoh yang boleh diambil bagi membuktikan tiadanya kesilapan dalam periwayatan hadith-hadith Nabi SAW yang sahih. Baginda SAW pernah menyebut tentang tanda-tanda kiamat yang bakal berlaku di masa hadapan. Antaranya hadith riwayat Abu Daud menyebut manusia berlumba-lumba membina dan memperindahkan masjid-masjid. Dan banyak lagi hadith-hadith lain tentang bayangan masa depan.

2.4. Penghinaan melalui penulisanApa yang sangat mendukacitakan kita ialah terkadang muncul golongan yang berketurunan Islam tanpa rasa malu dan tanpa rasa bersalah telah turut serta menghina junjungan besar Rasulullah saw seperti Salman Rushdie seorang warga Iran dengan karyanya "The Satanic Verses". Muncul pula Taslima Nasreen warganegara Bangladesh yang menulis karya menghina Nabi sehingga karyanya diulang cetak di Negara Barat yang membolehkan beliau hidup disalut kekayaan serta diberi perlindungan di Negara Barat. Di Negara Timur Tengah pula muncul seorang penulis novel warganegara Syria iaitu Haidar Bin Haidar yang bermastautin di Mesir sewaktu zaman Hosni Mubarak yang telah memalsukan watak sebenar Nabi saw, Saidatina Khadijah dan Saidatina Aishah di dalam novel karangannya yang dipenuhi penghinaan terhadap Rasulullah saw.Begitu banyak penulisan yang menyinggung umat Islam berkenaan penghinaan terhadap Rasulullah SAW. Jika dahulu hanya tertulis di dada akhbar ataupun di buku-buku tentang penghinaan Rasulullah SAW, namun sekarang penghinaan tersebut dengan senangnya ditulis didalam internet seperti di blog-blog dan juga dilaman sosial. Anak-anak muda masyarakat Islam begitu terdedah dengan fenomena tersebut.Sekiranya penulisan pada masa terdahulu bermotifkan kepada kekayaan dan perlindungan daripada musuh Islam, namun sekarang ianya hanya bermotifkan kepada kepuasan musuh islam membuli umat islam. Kepuasan diri menghina agama Islam yang nyata begitu lemah pada ketika ini. Kenyataan bahawa umat Islam berpecah menjadikan peluang untuk menghina Rasulullah SAW seperti menjadi rutin harian kepada musuh-musuh Islam.

3. UMAT ISLAM WAJIB MENGHENTIKAN TINDAKAN PENGHINAAN TERHADAP RASULULLAH S.A.W

Dalam menangani perkara sebegini Umat Islam hendaklah sentiasa berada di barisan hadapan dengan mengambil pendekatan yang bersesuaian serta mampu menangkis penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. Ia memerlukan sifat berani sebagai penentu, bukan semata-semata sebagai pemerhati, berdiam diri dan pasif tanpa sebarang tindak balas. Umat Islam hendaklah sentiasa mengambil langkah-langkah wajar bagi menangkis serangan-serangan musuh Islam seperti:

3.1.Mencontohi RasulullahUmat Islam wajib meneladani Rasulullah s.a.w dalam semua tindakan, ucapan, akhlak dan keseluruhan kehidupannya. Inilah merupakan resipi utama untuk menangani penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan Agama Islam. Penjelasan berkenaan keperluan untuk memberitahu dan menjelaskan bahawa orang-orang yang menghina Nabi akan diazab dan diseksa semenjak di dunia ini lagi. Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 31:"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. (Ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang". Maka kita sebagai umatnya perlulah berusaha agar dakyah musuh Islam dapat ditangkis dan dihalang. Kita tidak boleh membiarkan diri di provokasikan oleh perbuatan musuh Islam. Golongan seperti gerakan anti-Hadith perlulah di bendung agar tidak mempengaruhi masyarakat Islam. Sesiapa yang memasuki golong anti-hadith bererti tidak mencontohi dan meneladani sifat Rasulullah SAW. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersifat mulia dan terpelihara daripada segala dosa ( Maksum ) serta sebaik-baik contoh dalam kehidupan didunia ini.3.2.Membela dan pempertahankan keperibadian Rasulullah SAWUmat Islam wajib membela dan mempertahankan peribadi Rasulullah s.a.w, memperjuangkan serta melaksanakan ajarannya. Dikehendaki juga untuk memperbanyakkan selawat dan memperbanyakkan menyebut-nyebutnya. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Fath ayat 8-9: "Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (Wahai Muhammad) sebagai Rasul yang menjadi saksi (terhadap umatmu di akhirat kelak), pembawa berita gembira (kepada orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang yang ingkar). (Kami mengutusmu, Wahai Muhammad) supaya kamu (engkau dan umatmu) beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, menguatkan agama-Nya dan memuliakan-Nya, serta supaya kamu bertasbih (beribadah) kepada-Nya pada waktu pagi dan petang". Oleh yang demikian, setiap ibu bapa Muslim sentiasa diingatkan agar mendedahkan anak-anak mereka kepada keluhuran akhlak Nabi s.a.w serta mendidik mereka untuk meneladaninya. Begitulah mereka dianjurkan supaya seterusnya dibesarkan dalam suasana menghayati setiap aspek kehidupan dan sirah Baginda. Semuanya ini dilaksanakan dengan tujuan memupuk dan mengekalkan kecintaan terhadap Baginda s.a.w. Keutamaan kecintaan terhadap dirinya itu pernah ditegaskan oleh Nabi s.a.w. sebagai sesuatu yang mempunyai kaitan yang amat rapat dengan keimanan apabila Baginda menegaskan, "Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada ibu bapa, anak-anaknya serta manusia seluruhnya." (Al-Bukhari)3.3.Memerangi musuh IslamWajib ke atas Umat Islam memerangi orang yang memerangi agamanya serta wajib mempertahankan agama daripada musuh-musuhnya. serta menolong dan memperjuangkan agamanya agar ianya sentiasa dihormati dan dimuliakan.Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal ayat 39:"Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah (syirik), dan supaya agama itu semata-matauntuk Allah. Kemudian jika mereka berhenti (daripada kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan".3.4.Mendalami dakwah bentuk baruUmat Islam mesti berani mendepani medium dakwah bentuk baru untuk menarik minat generasi muda agar berjinak-jinak mendekati Islam melalui wasilah hiburan, sukan, filem, internet dan sebagainya yang tidak bercanggah dengan syariat demi kelangsungan Islam di samping penerapan budaya ilmu, cintai masjid dan sebagainya.Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 125:"Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terbaik...".Kemahiran menguasai medium dakwah berbentuk baru ini akan dapat menghalang musuh-musuh Islam daripada terus menerus membuat penghinaan kepada Rasulullah SAW dan agama Islam. Penjelasan dan penerangan berkenaan Islam dapat di salurkan dengan cepat dan juga dapat menyangkal setiap hujah hujah penghinaan terhadap Islam. Namun jika masyarakat Islam leka dengan kemudahan tersebut maka perkara yang sebaliknya akan berlaku. Dengan itu pendedahan terhadap kemudahan tersebut perlulah diiringi dengan kawalan daripada keluarga agar kecintaan terhadap agama Islam akan menjadi lebih mendalam.4. KAEDAH-KAEDAH YANG BOLEH DIAPLIKASI UNTUK MEMUPUK RASA KEIMANAN DAN KECINTAAN TERHADAP RASULULLAH S.A.W. 4.1. Asas Pengangan Umat IslamBagi mengatasi masalah ini, kita semua perlu kembali semula kepada asas pengangan umat Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, kerana di situ terdapat segala asas pembentukkan jati diri umat Islam dan juga terdapat asas pembentukkan sebuah negara yang berdaulat serta jauh dari anasir-anasir luar yang jelas merosakkan umat Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW,. (Riwayat Imam Malik)Sangat tidak betul bagi mereka yang mengatakan bahawa Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW itu tidak sesuai lagi diamalkan dan ia sesuai pada zaman dahulu sahaja. Sesiapa yang berkata dan berniat sedemikian rupa, maka cepat-cepatlah bertaubat, beristiqfar dan syahadah kembali kerana ia jelas merosakkan akidah.

4.2. Tuntut Ilmu AllahPenuhkan dada-dada umat Islam dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Iman, Islam dan Ehsan, kerana ketiga-tiga ini akan membuatkan umat Islam itu sentiasa mempunyai pedoman hidup. Setiap apa yang dilakukan olehnya akan dinilai dahulu adakah pekerjaan ini baik dan mendatangkan manfaat kepadanya. Jika baik, maka teruskan membuatnya. Jika tidak, ia akan tinggalkannya.Setiap inovasi yang dibuat olehnya adalah bertujuan mendatangkan manfaat kepada seluruh umat manusia dan Islam. Tetapi bukan inovasi yang direka olehnya untuk menjatuhkan manusia. Ini semua berlaku apabila ia faham tentang Islam, jikalau tidak ia akan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam seperti rasuah, ponteng kerja, curi tulang, cetak rompak dan sebagainya. Contoh apabila seseorang itu memiliki ilmu agama dan akademik menjalankan tugas sebagai pegawai bank. Beliau tidak akan melakukan pecah amanah, kerana fikirannya akan ingat Allah marah, perbuatan tersebut dosa, haram dan dimasukkan ke dalam neraka Allah yang sangat pedih azabnya.

4.3. Wujudkan Rasa Persaudaraan Sesama IslamKembalikan rasa persaudaraan sesama Islam walaupun berlainan keturunan, bangsan dan warna kulit, selagimana ia berada di bawah akidah yang sama, maka selagi itulah ia bersaudara dengan kita walaupun berbeza Negara. Firman Allah SWT : Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Al-Hujuraat : 10)Pernah perlaku pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang cedera di dalam peperangan, beliau meminta segelas air untuk diminum, setelah dibawakan air kepadanya untuk diminum, ada seorang sahabat yang cedera juga disebelahnya meminta air, lalu diberikan air itu kepada sahabatnya untuk diminum lalu ia berkata awak lebih memerlukan dari saya. Sahabatnya menerima air darinya untuk diminum, kemudian ada pula disebelah sahabatnya sahabat yang lain memerlukan air untuk diminum. Sabahatnya juga melakukan perbuatan yang sama dan diserahkan air tersebut kepada sahabat yang lain itu. Kemudian sahabat tersebut tidak sempat untuk minum dan meninggal dunia, lalu air itu dibawa semula kepada sahabat-sahabat tersebut dan mereka juga telah meninggal dunia tanpa meminum air yang diminta oleh mereka.Pengajaran dari cerita di atas ini ialah kehebatan sifat bersatu dan bersaudara yang ditunjukkan oleh sahabat Rasulullah sehingga waktu ajal tiba juga sanggup mengutamakan orang lain. Dengan sifat ini jugalah terdirinya Negara Islam yang pertama iaitu Madinah. Sifat ini jugalah tentera Islam menang di dalam medan peperangan kerana semua tentera Islam bergandingan tangan, seorang mara mesti yang lain juga ikut mara tanpa menghiraukan ajal maut dan bahaya. Sifat ini jugalah musuh Islam tidak berani meyentuh atau membuli orang-orang Islam.

4.4. Hilangkan Sikap Pentingkan Diri SendiriBuang jauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri, orang yang mementingkan diri sendiri ini adalah orang yang rugi dan orang yang tidak bertamadun. Orang sebegini sepatutnya kembali ke zaman batu, duduk di dalam gua-gua bersama keluarganya sahaja tanpa mengetahui apa yang berlaku di luar sana. Selalunya mereka ini bila ada kepentingan peribadi barulah mereka bersama dengan orang lain tunjuk baik dan buat itu dan ini. Tetapi malangnya apa yang mereka buat itu bukan semuanya kerana Allah malah kerana untuk mengenyangkan perut masing-masing. Sebab itulah masyarakat Islam tidak boleh maju dan tidak boleh bersatu kerana kepentingan perut lebih penting dari kepentingan pembangunan ummah. Sebenarnya inilah senjata musuh-musuh Islam untuk menjatuhkan Islam, mereka yakin selagimana umat Islam bersikap individual, maka selagi itulah Islam menjadi lemah. Kuatnya Islam adalah berjamaah kerana bersatu dalam jemaah itulah senjata kekuatan umat Islam dan ia tidak mudah untuk ditumpaskan oleh musuh-musuh Islam. Perkara ini semua telah dibuktikan oleh Rasulullah dan para sahabat, setiap apa-apa keputusan Baginda akan bermusyawarah dahulu bersama para sahabatnya, setiap keputusan yang baik akan digunakan oleh Baginda walaupun keputusan itu bukan dari dirinya. Keputusan-keputusan yang wujud dalam rapat tersebut adalah semata-mata untuk kepentingan pembangunan ummah dan tidak ada langsung kepentingan peribadi.Betapa hebatnya sirah-sirah Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya dalam semua bab terutamanya persatuan umat Islam. Ibarat kata cubit paha kanan paha kiri pun turut terasa, inilah kekuatan sebenarnya umat Islam. Pernah suatu ketika pemimpin Yahudi berikrar dengan berkata Selagimana umat Islam tidak bersatu dibawa satu panji Al-Quran dan Sunnah, maka selagi itulah umat Islam boleh dibuli dan boleh diperangi dan mereka tidak sesekali akan memenagi peperangan tersebut.

5. FAKTOR-FAKTOR WUJUDNYA SEGELINTIR UMAT ISLAM YANG TIDAK MEMPEDULIKAN TINDAKAN PENGHINAAN TERHADAP RASULULLAH S.A.W.

5.1. Kurangnya didikan AgamaDalam memenuhi tuntutan keimanan dan tujuan meraih kecintaan Allah SWT, perasaan cinta kepada kekasih-Nya iaitu Nabi Muhammad SAW perlu dipupuk dan disemarakkan. Namun persoalannya, bagaimana perasaan cinta terhadap Baginda dapat ditanam dan disuburkan?Perasaan cinta kepada Baginda SAW hanya akan wujud setelah keperibadian Baginda dikenali, dipelajari dan dihayati. Bagi setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan rasul-Nya maka wajib ke atasnya dirinya dan keluarganya untuk mengenali Baginda dengan lebih dekat sama ada melalui majlis-majlis pengajian, pembacaan kitab-kitab sirah, bacaan qasidah, rawi dan sebagainya.Amat malang sekiranya ada di kalangan generasi kita umat Islam pada hari ini yang tidak mengenali Nabi, apatah lagi isteri-isteri, anak-anak dan para sahabat Baginda. Malang juga bagi ibubapa yang tidak mendidik anak-anak dalam mengenali dan mencintai Baginda Nabi Muhammad SAW. Malang bagi umat ini kerana apabila Nabi tidak lagi dikenali maka ajaran Baginda akan ditinggalkan dan ianya akan membawa kepada kesesatan, kemusnahan dan kehinaan.

5.2. Jahil tentang selok belok Agama dan Sirah NabawiyahBegitu juga kadangkala muncul sebahagian di kalangan Umat Islam termasuk pemimpinnya yang jahil tentang selok belok agama dan Sirah Rasulullah SAW telah cuba memutarbelitkan fakta berkenaan Sirah dan Sunnah Baginda, menyatakan hukum Islam hanya sesuai di zaman nabi tidak sesuai zaman hari ini, juga menutup aurat hanya kerana orang Arab adalah kuat nafsu. Orang Arab berjanggut kerana dahulu tidak ada pisau gillete adalah sebahagian siri-siri penghinaan terhadap Rasulullah SAW tanpa disedari.Kita mungkin tidak begitu pasti mengenai motif penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan agama Islam ini. Lebih-lebih lagi sekiranya kenyataan berupa penghinaan itu datang daripada mereka yang mengaku beragama Islam sendiri. Adakah ia bertujuan mengelirukan orang Islam dari segi akidah dan syariatnya atau adakah penghinaan itu bertujuan menjatuhkan agama Islam itu sendiri? Umat Islam perlu menjadi sensitif mengenai perkara ini dan kita tidak boleh membiarkannya berterusan berlaku begitu saja.

6.0. KESIMPULANMeskipun penghinaan adalah perbuatan yang tercela, Al-quran tidak pernah menghukum penghina Agama islam atau memberikan kuasa kepada sesiapa pun untuk melakukan penghakiman. Yang ada adalah seruan untuk meninggalkan orang-orang yang menghina agar penghinaan itu tidak terus berlanjutan. dan apabila Engkau melihat orang-orang Yang memperkatakan Dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal Yang lain; dan jika Engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu Engkau duduk bersama mereka), maka janganlah Engkau duduk lagi bersama-sama kaum Yang zalim itu, sesudah Engkau mengingati (akan larangan itu).(Al An'am : 68). Jika hinaan dibalas dengan hinaan, apa perbezaan diantara orang yang dihina dan orang yang menghina. Reaksi yang berlebihan terhadap penghinaan akan menjadikan tanggapan yang lebih buruk terhadap umat Islam. Jika tanggapan tersebut berubah menjadi kekerasan, yang bertepuk tangan adalah para musuh Islam yang tidak senang dengan perdamaian. Tidak sedikit orang yang menginginkan terciptanya permusuhan antara masyarakat beragama. Daripada membalas cacian dan ejekan dengan kecaman atau bahkan dengan pembunuhan adalah lebih baik jika kita mengajak mereka berdialog. Dalam dialog kita memperkenalkan peribadi Rasulullah SAW yang sebenarnya. Dengan begitu, tidak mustahil musuh yang sebelumnya menghina akan menjadi sahabat yang setia seperti yang tertera dalam Alquran. Firman Allah SWT : dan tidaklah sama (kesannya dan hukumNya) perbuatan Yang baik dan perbuatan Yang jahat. Tolaklah (kejahatan Yang ditujukan kepadamu) Dengan cara Yang lebih baik; apabila Engkau berlaku demikian maka orang Yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, Dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.( Fushshilat :34 )Lebih penting lagi ialah umat Islam perlu membuktikan bahawa mereka benar-benar menghayati ajaran Rasulullah SAW sebagai tanda cinta dan kasih mereka terhadap Baginda sebagaimana sering dilafazkan. Seandainya benar Baginda begitu dikasihi, maka segala perlakuan, tindakan, dan perbuatan Baginda diteladani sebaik-baiknya sehingga wajah agama Islam kembali jernih dan bersih pada pandangan orang lain.

(3590 Patah Perkataan)

RUJUKAN1. Mohd. Ali Haji Zainal,(2005),Himpunan Fatwa Warta Kerajaan Negeri Melaka (1986-2005), Jabatan Mufti Negeri Melaka.2. Haji Abdul Hadi Awang,(1992),Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Al-Nabawiyyah, Dewan Pustaka Fajar.3. Muhammad Husain Haekal, (2008), Sejarah Hidup Muhammad, Litera Antar Nusa.4. Abdul Munim Al-Hasyimi,(2012),Indahnya Akhlak Rasulullah,Inteam Publishing Sdn Bhd.5. http://arabmykrk.com/islam%D8%A7%D8%B3%D9%84%D8%A7%D9%85/video/khutbah-jumaat-menentang-penghinaan-nabi-saw-melalui-video-dan-karikatur-anti-islam-di-dalam-majalah-perancis.html#.UyRmLT-Sz046. http://misabah.blogspot.com/2012/09/sejarah-penghinaan-terhadap-rasulullah.html7. http://kamkuanzone.blogspot.com/2013/02/menangkis-penghinaan-terhadap-nabi.html

14