abxs 1103 1161719001.docx

24
FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN ABXS1103 PENGHANTAR SAINS SOSIAL PERUBAHAN SOSIAL MASYARAKAT DI MALAYSIA SELEPAS ZAMAN PEJAJAHAN KUASA BARAT MUHAMMAD YUNUS BIN ABDULLAH 1161719001 T 1161719 0195709679 [email protected] Tutor’s ZAWAWI BIN MOKHTAR KEDAH LEARNING CENTRE 1

Upload: yuns-abdullah

Post on 20-Nov-2015

28 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

ABXS1103PENGHANTAR SAINS SOSIAL

PERUBAHAN SOSIAL MASYARAKAT DI MALAYSIA SELEPAS ZAMAN PEJAJAHAN KUASA BARAT

MUHAMMAD YUNUS BIN ABDULLAH1161719001T [email protected]

Tutors ZAWAWI BIN MOKHTARKEDAH LEARNING CENTRE

JANUARY 2012 Semester

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan inayahnya dapat saya melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya dengan tekun dan sabar.

Tanpa tunjuk ajar daripada semua yang terlibat maka susah dan sukar untuk saya melaksanakan penulisan akademik ini dengan jayanya. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sahabat-sahabat, ayahanda dan bonda serta keluarga yang dikasihi kerana memberi galakan dan dorongan kepada saya dalam menyiapkan penulisan akademik yang diamanahkan.

Tujuan saya menghasilkan penulisan akademik yang tidak seberapa ini kerana ingin berkongsi maklumat serta informasi yang berkaitan dengan tajuk yang ingin saya sampaikan. Semoga tuan berpuas hati dengan hasil kerja ini. Akhir kata, saya mendoakan agar tuan sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat disamping melaksanakan tugas-tugas seharian.

Sekian Terima Kasih.

ISI KANDUNGAN M/S

1.0 PENDAHULUAN 4

2.0 SEJARAH REVOLUSI EROPAH 5

3.0 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA 7PERUBAHAN SOSIAL DI MALAYSIA.

4.0 KESAN PERUBAHAN SOSIAL SELEPAS PENJAJAHAN 11

5.0 KESIMPULAN 14

6.0 RUJUKAN 16

1.0 PENDAHULUANPerkembangan sejarah Malaysia telah memperlihatkan proses pembentukan masyarakat yang ada pada hari ini. Hal ini disebabkan pelbagai perubahan yang di alami dalam kehidupan mereka. Perubahan ini dinamakan perubahan sosial. Perubahan sosial membawa maksud perubahan yang berlaku terhadap masyarakat dari kehidupan seharian ke satu kehidupan yang lain. Perubahan-perubahan ini dapat dilihat dari segi pengaruhnya secara meluas mahupun yang terbatas, Selain itu, ada perubahan secara lambat dan ada pula perubahan yang berjalan secara cepat. Apabila mereka melakukan sesuatu perbandingan ke atas sesuatu masyarakat, mereka akan dapat menilai perubahan telah pun berlaku iaitu perubahan dalam cara berfikir, interaksi sesama warga menjadi semakin rasional, manakala perubahan dalam sikap dan perubahan ekonomi pula menjadi semakin berkembang.Dari beberapa pendapat ahli ilmu sosial yang dikutip, terdapat banyak faktor yang telah mempengaruhi perubahan sosial. Perubahan ini juga dikenali sebagai revolusi. Revolusi ataupun perubahan yang berlaku akan mengambil masa yang lama dan ia akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada pelbagai bidang seperti ekonomi, politik dan sosial. Wilbert E.Moore (1986) menyatakan bahawa perubahan sosial dapat dilihat di mana-mana kawasan yang diduduki manusia, selain itu beliau ada menyatakan perubahan yang paling jelas dilihat adalah yang berkaitan dengan peredaran kehidupan manusia. Maka dengan itu, perubahan sosial mempunyai kaitan dengan perkara-perkara yang kompleks. Selain itu, revolusi bermaksud perubahan besar yang berlaku secara mendadak dan menyeluruh yang berlaku dalam bidang politik, sosial ataupun ekonomi. Sesuatu revolusi yang berlaku itu boleh memakan masa yang agak panjang dan akan meninggalkan kesan kepada bidang lain serta kehidupan manusia. Sebagai contoh, sistem pemerintah yang bertukar daripada sistem kolonia kepada pemerintahan peribumi. Britain merupakan Negara pertama di dunia yang mengalami revolusi perindustrian ; (Nik Hassan Sulaiman bin Nik Abdul Rahman et al : 2002:226)

2.0 SEJARAH REVOLUSI DI EROPAHMasyarakat Eropah telah mengalami perubahan sosial yang dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu revolusi pertanian, revolusi industri dan revolusi francis. Revolusi ini menyebabkan negara-negara Eropah mengalami pelbagai perubahan yang meninggalkan kesan terhadap masyarakatnya. Faktor-faktor revolusi ini juga telah mempengaruhi kemajuan di negara-negara di Eropah.Revolusi pertama ialah revolusi pertanian. Revolusi pertanian bermula pada akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18. Revolusi ini telah memperlihatkan aktiviti pertanian yang telah menjadi satu kegiatan ekonomi yang paling utama dan memainkan peranan yang penting di Eropah. Sejak bermulanya kegiatan bercucuk tanam, menternak, dan wujudnya perkampungan, manusia mula membuat pelbagai inovasi untuk membolehkan mereka menguasai alam sekeliling mereka. Hasilnya tercetuslah revolusi ini, manusia tidak lagi berpindah-randah untuk memburu binatang dan mengutip makanan. Masyarakat Eropah ketika itu juga telah menjalankan aktiviti ekonomi seperti menternak binatang dan bercucuk tanam bagi memenuhi keperluan seharian mereka. Revolusi pertanian ini telah menjadi asas kepada berlakunya revolusi perindustrian dan perubahan sosial dalam masyarakat Eropah pada ketika itu.Revolusi perindustrian berlaku pada pertengahan kedua abad ke-18, revolusi perindustrian telah bermula di England pada tahun 1760 sehingga tahun 1850. Revolusi industri berlaku selepas timbulnya kesedaran dan pemikiran terhadap kepentingan industri kepada masyarakat dan pembangunan tamadun dunia. Revolusi industri telah bermula semasa penggunaan mesin fabrik yang telah menghasilkan benang kain daripada kapas yang menjadi permintaan yang sangat luas di benua tersebut. Ia adalah perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barang selain dari pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada menggunakan tangan kepada menggunakan mesin dan proses kimia: (Garraty dan Gay,:1981:822). Antara kesan-kesan yang dapat dilihat hasil daripada munculnya revolusi industri ini ialah, munculnya industri secara besar-besaran, peningkatan mutu hidup masyarakat dan manusia telah menciptakan pelbagai barangan bagi memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat dunia.Revolusi Francis pula bermula pada tahun 1789 sehingga tahun 1799. Revolusi Francis merupakan satu sejarah yang penting kepada masyarakat Eropah kerana ia dianggap sebagai garis pemisah di antara peraturan lama dengan peraturan baru. Revolusi Francis berlaku melalui peristiwa sistem masyarakat yang lama yang di beri nama feudalism dan telah diganti dengan sistem masyarakat terbuka. Sistem feudalisme telah memperlihatkan kedudukan seseorang itu berdasarkan hak, kuasa, dan keistimewaan yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Sistem masyarakat terbuka pula memperlihatkan kekuatan seseorang individu hanya berdasarkan bakat dan kemampuan yang ada pada diri sendiri.

Salah satu faktor pencetus berlakunya Revolusi francis ialah golongan intelektual yang berperanan dalam menyebarkan idea-idea baru yang banyak mempengaruhi masyarakat pada waktu tesebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga faktor-faktor lain yang membawa berlakunya revolusi francis seperti rakyat mengalami penindasan daripada pemerintah kerana rakyat kurang kesedaran tentang hak-hak mereka dan pengaruh agama yang mana mereka menghendaki rakyat mesti taat dan patuh kepada pemerintahnya disebabkan pengaruh gereja yang terlalu kuat.

Hal ini menyebabkan Negara Eropah telah mengalami suatu perubahan sosial yang sangat besar dan mempunyai kesan yang mendalam kepada masyarakat Eropah dan masyarakat dunia. Namun begitu terdapat beberapa tokoh yang telah mempelopori idea baru yang banyak menyedarkan rakyat dan menyebarkan idea-idea baru antara ialah Descartes (1596-1650) dan Charles De Secondat Mostesquieu (1689-1755). Mereka telah memberi kesedaran kepada rakyat ekoran daripada tidak puas hati terhadap pemerintah ataupun golongan raja yang menindas rakyat pada ketika itu. Hal ini menyebabkan negara Eropah telah mengalami suatu perubahan sosial yang sangat besar maknanya kepada masyarakat Eropah dan kepada masyarakat dunia umumnya.

3.0 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PERUBAHAN SOSIAL DI MALAYSIA.Perubahan sosial di Malaysia telah berlaku apabila kuasa-kuasa barat menjajah Tanah Melayu. Kedatangan kuasa-kuasa barat ke Kepulauan Melayu adalah disebabkan oleh faktor-faktor peluasan kuasa dan keperluan bahan mentah untuk industri yang sedang rancak membangun di wilayah barat pada waktu tersebut. Namun begitu kedatangan penjajah ini telah menyebabkan pelbagai bentuk perubahan sosial yang berlaku di Tanah Melayu. Terdapat beberapa faktor utama berlakunya perubahan sosial di Malaysia. Antaranya ialah, kedatangan imigran, dasar politik, perkembangan sektor ekonomi tradisional dan moden dan perkembangan pendidikan.

3.1 Kemasukan ImigranKedatangan kuasa-kuasa barat ke Tanah Melayu telah membawa suatu perubahan besar iaitu mereka telah memperkenalkan dasar ekonomi yang berbentuk bebas. Keadaan ini telah menyebabkan kemasukan imigran untuk menjadi buruh dalam sektor ekonomi yang berkembang dengan pesat seperti perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport ke barat. Kehadiran mereka mewujudkan interaksi dan asimilasi dalam masyarakat Melayu. Terdapat 3 imigran yang datang ke Tanah Melayu iaitu imigran Cina, India, dan Indonesia. Proses imigrasi yang pertama berlaku di Tanah Melayu ialah penghijrahan penduduk dari Indonesia ke Tanah Melayu. Namun pengkajian tentang penghijrahan ini kurang diambil perhatian oleh pengkaji-pengkaji sejarah. (Ishak, 2005). Kehadiran mereka ke Tanah Melayu kerana ingin menjalani kehidupan yang lebih terjamin. Hal ini kerana Tanah Melayu merupakan sebuah kawasan yang aman dan damai di bawah pemerintahan kerajaan yang berwibawa.Kemasukan buruh Cina adalah untuk bekerja di lombong dan mereka telah di bawa masuk oleh pemodal Cina. Kehadiaran buruh Cina disebabkan rentetan daripada dasar British iaitu sistem ekonomi bebas menyebabkan lebih ramai imigran Cina dibawa masuk. Faktor yang menyebabkan lebih ramai imigran Cina datang ke Tanah Melayu adalah undang-undang dan peraturan imigrasi yang di buat oleh British. Selain itu, kemasukan imigran Cina juga disebabkan oleh kemiskinan dan penderitaan hidup yang dihadapi oleh mereka di Negara asal. Pemberontakan mula berlaku pada tahun 1857 iaitu pemberontakan Taiping di kawasan tengah dan kawasan selatan Negara China. Kesan daripada pemberontakan ini telah menyebabkan mereka terpaksa berpindah dari kawasan tersebut untuk meneruskan kehidupan mereka, malahan faktor ini juga yang menyebabkan mereka berpindah ke Tanah Melayu.Kemasukan buruh India pula adalah untuk menampung buruh ladang milik pemodal Eropah. Kemasukan buruh India adalah berdasarkan sistem Kangani kerana kaedah ini dilihat lebih murah dan bebas daripada kawalan kerajaan. Selain itu, buruh India dibawa masuk melalui undang-undang, malahan pinjaman dan subsidi juga turut diberikan sebagai tambang. Kemasukan buruh India digunakan untuk mengimbangi buruh Cina selain menjadi pekerja di ladang-ladang kopi di Seberang Perai, Pulau Pinang. Kemasukan buruh India semakin meningkat apabila sektor penanaman getah diperkenalkan secara besar-besaran oleh syarikat Eropah terutamanya di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Perkara ini telah mendorong berlakunya perubahan kependudukan di Malaysia kerana orang India telah bekerja di ladang manakala orang Cina pula telah menjadi pelombong.3.2 Dasar PolitikAmalan sistem pentadbiran yang bercorak feudal iaitu masyarakat Melayu yang berajakan sultan dan menghormati kepimpinan ketua seperti penghulu telah mendorong British untuk berbaik dengan sultan dan ketua orang Melayu. Campur tangan British dalam sistem pemerintahan masyarakat Melayu telah memperkenalkan sistem residen bagi menjamin kepentingan mereka di tanah Melayu tanpa mengabaikan kuasa sultan yang masih berperanan dalam soal agama islam dan adat istiadat Melayu. Rentetan ini, kuasa sultan dan penghulu yang dikekalkan menyebabkan masyarakat Melayu di kawasan pedalaman khususnya tidak merasai kedatangan British di Tanah Melayu. Ini kerana British telah meneruskan dasar berbaik-baik dengan raja-raja Melayu dan campur tangan yang minimum dengan kaum petani Melayu. Kesannya masyarakat melayu kekal menjadi masyarakat tani dan tinggal di kampung kerana dasar berbaik-baik pihak British ini. Masyarakat Cina yang datang ke Tanah Melayu ditadbir oleh ketua yang dikenali sebagai kapitan. Kapitan bertanggungjawab menjaga kepentingan masyarakat Cina yang terdiri daripada pelbagai suku yang menggunakan dialek yang berbeza seperti Haka, Hokkien, Hainan dan sebagainya. Penggunaan dialek yang berbeza dan tidak fasih berbahasa melayu menyukarkan proses intergrasi kaum antara orang Cina dengan masyarakat sekelilingnya. Keadaan bertambah parah apabila golongan Cina yang berlainan suku membentuk kongsi gelap seperti Ghee Hin yang memberi kesan kepada dasar kependudukan kerana kongsi gelap sering bertelagah antara satu sama lain. Permasalah ini memerlukan tindakan kapitan yang bertanggugjawab menjaga keselamatan dan peluang ekonomi buruh cina berdasarkan undang-undang dan peraturan imigrasi Tanah Melayu serta dasar penghijrahan British Liberal. Keadaan yang setabil di bawah kekuasaan kapitan mendorong kemasukan lebih ramai buruh cina yang mengubah dasar kependudukan di Tanah Melayu pada ketika itu. Kemasukan buruh India adalah disebabkan oleh perkembangan sektor perladangan dan keperluan pemodal Eropah terhadap buruh ini untuk bekerja di ladang gambir, tebu, kopi dan teh. Cara kemasukan buruh India ke Tanah Melayu dengan pelbagai kaedah seperti sistem kontrak dengan bantuan British, telah mendatangkan pelbagai kesan. Corak politik yang diperkenalkan menyebabkan buruh India yang semakin ramai telah mendiami kawasan ladang. Manakala, kaum Cina pula telah menguasai kawasan lombong dan masyarakat Melayu kekal menjalankan aktiviti pertanian.3.3 Perkembangan Sektor Ekonomi Tradisional Dan Moden

Sebelum kedatangan penjajah, masyarakat di Tanah Melayu mengamalkan ekonomi tradisi demi menampung keperluan hidup mereka. Masyarakat pada ketika itu lebih tertumpu di kawasan pedalaman untuk menjalankan ekonomi yang bersifat sara diri iaitu bercucuk tanam dan penternakan. Hal ini merupakan satu kegiatan sara diri yang menandakan bermulanya kehidupan yang saling berhubung dan bergantung antara satu sama lain. Mereka hidup dalam keadaan yang cukup sederhana. Apabila kedatangan kuasa-kuasa barat ke Tanah Melayu, mereka telah memperkenalkan sistem ekonomi dualisma iaitu kegiatan ekonomi yang dibahagikan kepada 2 sistem iaitu sistem ekonomi komersial dan ekonomi sara diri. Bentuk sistem ekonomi komersial adalah seperti mengutip cukai daripada rakyat dan memaksa rakyat mendapatkan duit secara tunai. Manakala ekonomi sara diri pula seperti bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan demi menampung keperluan harian keluarga.

Dasar yang diperkenalkan oleh pihak Inggeris adalah kerana mereka bimbang jika orang Melayu didedahkan kepada ekonomi wang, maka mereka berkemungkinan besar akan meninggalkan aktiviti sara diri iaitu penanaman padi dan penternakkan yang merupakan sumber makanan utama masyarakat peribumi di Tanah Melayu. Hal ini kerana untuk mengekalkan bekalan makanan mencukupi, pihak Inggeris mesti mengekalkan peribumi lokal dengan kegiatan pertanian sara diri. Perkembangan sektor ekonomi di Tanah Melayu sekitar abad ke-19 begitu pesat terutamanya pengenalan kepada kegiatan ekonomi perlombongan khususnya bijih timah dan penanaman getah.

3.4 Perkembangan PendidikanPendidikan merupakan keperluan asas dalam pembentukan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah sistem pendidikan di Tanah Melayu amat tersendiri dan unik. Hal ini kerana setiap etnik memiliki institusi pendidikan yang tersendiri, seperti pendidikan agama yang merupakan pendidikan wajib khas kepada kanak-kanak. Ia bermula dengan pendidikan tidak formal iaitu surau, masjid dan rumah guru. Pendidikan pada ketika itu mula berkembang kepada pembentukan sistem pondok. Sistem pondok merupakan sistem pendidikan yang tertua di Tanah Melayu. Sistem ini telah mengalami perubahan dan pembaharuan iaitu dengan lahirnya sistem Madrasah atau Maahad bagi membentuk sistem pendidikan yang lebih sistematik. Sistem pendidikan ini berjalan lancar sehinggalah kedatangan penjajah.

Apabila kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Tanah Melayu, sistem pendidikan yang di gunakan selama ini mengalami perubahan. Sekolah Melayu yang ditubuhkan oleh British adalah untuk memberi kemahiran membaca, menulis dan mengira. Penubuhan sekolah ini telah bermula pada tahun 1821 apabila Penang Free School membuka cawangannya di Glugor dan diikuti dengan penubuhan sekolah Melayu di Teluk Belanga (1855) dan di Kampung Gelam (1856). Kedatangan kuasa-kuasa barat bukan sahaja ingin menguasai bahan-bahan mentah, bahkan turut mengubah pemikiran masyarakat pribumi dengan pendidikan sekular. Tujuan penjajah memberikan pendidikan skular adalah untuk memisahkan pendidikan agama yang sekian lama digunakan di Tanah Melayu. Dasar pendidikan Inggeris sebelum berlakunya perang di sifatkan sebagai dualistik kerana mengutamakan pendidikan Inggeris kepada golongan elit. Masyarakat umum hanya diberikan pendidikan vernacular kerana dianggap sesuai bagi mereka. Sistem pendidikan ini telah menyebabkan kewujudan jurang perbezaan yang ketara di dalam masyarakat umum dan masyarakat tradisi di Tanah Melayu. Malahan sistem pendidikan ini didapati amat bersesuaian dengan kepentingan British.

4.0 KESAN PERUBAHAN SOSIAL SELEPAS PENJAJAHANPenjajahan yang berlaku di Tanah Melayu telah membawa pelbagai impak ke atas pembentukan Tanah Melayu, sistem yang diperkenalkan oleh pihak penjajah telah membawa kesan berlakunya pelbagai perubahan sosial di negara Malaysia. Namun, kesan-kesan ini memberi impak yang besar terhadap negara samada dari segi positif mahupun dan negatif kepada negara Malaysia. Kesan positif yang diperolehi oleh negara sememangnya membawa keuntungan kepada Malaysia, namun kesan negatif yang ada telah mendatangkan pelbagai pelbagai masalah-masalah sosial. Terdapat beberapa kesan perubahan sosial yang berlaku ke atas masyarakat di negara Malaysia. Antaranya termasuklah dari segi pentadbiran, ekonomi, pembentukan masyarakat serta perkembangan pendidikan.4.1 Struktur Pentadbiran

Sebelum tahun 1874, negeri-negeri Melayu telah mengamalkan sistem beraja di mana raja merupakan ketua dan mempunyai kuasa ke atas negerinya. Raja dibantu pula oleh barisan pembesar daerah. Selepas campur tangan British, British telah memperkenalkan sistem Residen (1874) dan negeri-negeri Melayu Bersekutu (1896). Struktur pemerintahan di Tanah Melayu telah mengalami perubahan dari pemerintahan yang berbentuk sistem feudal iaitu pemerintahan raja berkuasa mutlak bertukar kepada sistem pemerintahan berbentuk perlembagaan. Hasil daripada penjajahan tersebut, penjajah juga telah memperkenalkan bentuk pentadbiran yang berbentuk demokrasi berpelembagaan. Rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang akan menjadi pemimpin negara ini. Namun, sistem pemerintahan beraja masih dikekalkan, namun kuasanya hanya dihadkan kepada perkara-perkara tertentu sahaja seperti raja-raja Melayu mesti mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara yang menyentuh adat istiadat dan agama Islam. Walaupun ketua negara dipegang oleh Yang Dipertuan Agong, namun kuasa pemerintahannya terhad. Hal ini kerana kuasa kepimpinan iaitu Perdana Menteri pula yang telah memainkan peranan utama dalam sistem pemerintahan negara di Malaysia.

Kuasa rakyat di sini bukan bermaksud kuasa rakyat yang berbangsa Melayu sahaja, bahkan rakyat yang berbangsa Cina dan India turut mempunyai kuasa kesan daripada penjajahan Inggeris. Hal ini telah menyebabkan kuasa pemerintahan negara terpaksa dikongsi bersama-sama dengan kaum-kaum lain yang telah menjadi warganegara tetap di Malaysia. Malaysia mempunyai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama yang berbeza. Namun kehidupan masyarakat Malaysia tetap aman dan damai kerana mereka mempunyai sifat toleransi diantara satu sama lain walaupun mereka berlainan agama dan bangsa. Walaubagaimanapun sistem politik di negara Malaysia berteraskan kepada sistem politik perkauman. Hal ini boleh dibuktikan dengan lahirnya parti-parti politik yang berbentuk perkauman seperti UMNO, MCA, MIC, DAP dan lain-lain lagi. Sistem politik ini hanya dapat dikawal sekiranya mempunyai pemimpin yang memiliki karisma serta personaliti yang tinggi serta mampu memandang ke hadapan. 4.2 Pertumbuhan ekonomiNegara Malaysia merupakan antara negara yang membangun maju pada hari ini. Hal ini menyebabkan banyak pembangunan yang telah dibina dan telah mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak. Semasa penjajahan kuasa-kuasa barat, penjajah telah menggalakkan perkembangan masyarakat secara plural melalui dasar Pecah Dan Perintah. Kuasa-kuasa barat telah menyebabkan kemasukan tenaga buruh dari negara China dan India demi kepentingan ekonomi penjajah itu sendiri terutamanya dalam sektor perlombongan, perladangan dan perdagangan. Hal ini telah menjadikan pertambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi, malahan secara tidak langsung telah menyebabkan pertambahan bilangan pembinaan bandar, jalan-jalan, landasan keretapi. Pembahagian kelompok kaum mengikut ekonomi turut berlaku contohnya seperti buruh Cina menjadi perlombong manakala orang India pula bekerja di ladang. Keadaan ini telah menyebabkan wujudnya jurang antara kaum.Disamping itu, sektor industri juga merupakan antara faktor perkembangan ekonomi di Malaysia. Sektor industri di Malaysia telah berkembang dengan pesat dan mewujudkan pelbagai jenis industri pengeluaran seperti industri berat, industri ringan dan industri sederhana. Peningkatan sektor ekonomi yang berbentuk industri juga telah memberi peluang kepada masyarakat peribumi pelbagai peluang pekerjaan kepada mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kemiskinan dan pengangguran yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kelak.

4.3 Terbentuknya masyarakat majmukDengan kemasukan imigran di Malaysia, masyarakat majmuk mula terbentuk dan telah didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Dengan adanya kepelbagaian kaum dan etnik, hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan pelbagai budaya, bahasa, agama dan adat resam sesuatu kaum. Penduduk asal Tanah Melayu adalah orang Melayu dan beberapa kaum minoriti yang lebih mudah dikenali sebagai kaum orang asli di beberapa bahagian pendalaman di Tanah Melayu. Manakala di Sabah dan Sarawak pula penduduk asalnya adalah seperti kaum Kadazan, Dusun, Murut, Bajau, Melanau dan pelbagai suku minoriti yang lain. Kaum-kaum lain yang ada di Malaysia pada hari ini pula seperti kaum Cina, India, Serani, Siam, Bugis, Jawa, dan sebagainya. Golongan ini merupakan golongan imigran yang datang dan menetap di Tanah Melayu sama ada secara tetap ataupun hanya sekadar singgah untuk memenuhi keperluan mereka. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh kemasukan imigran-imigran dari negara China dan negara India semasa kedatangan penjajah ke Tanah Melayu. Imigran ini dapat dilihat di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada tahun 1989 yang menunjukkan perbezaan yang ketara dalam pertambahan penduduk. Masyarakat pribumi meningkat sebanyak 34.9%, Cina pula naik sebanyak 83.4% manakala India pula meningkat sehingga mencecah 188.8%. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu telah membentuk satu masyarakat majmuk serta organisasi sosial dan budaya yang berbeza antara satu sama lain dari pelbagai aspek.4.4 Perkembangan pendidikan

Bidang pendidikan menyebabkan perubahan sosial yang wujud kepada masyarakat dan memberi impak positif kepada kemajuan negara ini. Dengan pendidikan yang berkualiti, ia dapat membina modal insan yang mencorakkan kehidupan masyarakat yang lebih sempurna. Selepas kedatangan penjajah, ia telah membawa satu perubahan besar kepada bidang pendidikan. Perkembangan pendidikan semakin berkembang pesat sehingga ke hari ini dan ia telah melahirkan graduan-graduan yang merupakan nadi utama dalam perkembangan negara. Kesedaran terhadap ilmu pengetahuan telah menusuk ke dalam masyarakat bagi mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih sempurna. Hal ini menyebabkan terbinanya sekolah-sekolah yang merupakan elemen terpenting bagi sesebuah negara dalam menuju kearah pembangunan masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial. Sistem prasekolah bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat, bahkan ia juga merupakan saluran untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat berkenaan dengan kepentingan penerapan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan. Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum, agama, dan adat resam. Justeru, perubahan dalam bidang pendidikan ini telah membawa kepada satu bentuk perubahan sosial yang menjadikan masyarakat di Malaysia berilmu dan menjadikan negara ini sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang bukan sahaja bijak malah memiliki budi pekerti yang baik.

5.0 KESIMPULAN

Sudah terang lagi bersuluh, perubahan sosial yang berlaku dalam Malaysia sememangnya banyak dipengaruhi oleh kesan penjajahan barat. Pelbagai kesan samaada positif mahupun negatif telah memberi impak yang besar kepada masyarakat dan ekonomi negara ini. Walaubagaimanapun, perubahan sosial yang berlaku telah menjadikan Malaysia antara salah sebuah negara termaju di dunia. Kebijaksanaan yang ditunjukkan oleh masyarakat dalam menangani perubahan sosial ini telah membawa suatu perubahan yang memberi impak positif yang besar kepada negara. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dasar luar negara kita yang sentiasa bertujuan mengutamakan kepentingan negara.

Justeru, menjadi suatu kelebihan kepada negara yang telah dijajah oleh kuasa-kuasa besar dunia bagi membentuk satu transformasi positif dalam sesebuah negara merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial. Berbeza dengan negara-negara sedang membangun yang lain, perubahan terhadap kehidupan mereka tidak kelihatan sama sekali kerana tiada berlakunya faktor-faktor yang menolak mereka dalam melakukan transformasi seperti yang berlaku di Malaysia. Perubahan sosial kesan dari penjajahan yang berlaku di Malaysia telah memberi impak yang berguna kepada negara agar lebih berusaha dalam mengubah kehidupan yang berbentuk tradisional kepada kehidupan yang lebih moden. Perubahan sosial ini penting untuk menjana kemajuan negara dan masyarakat khususnya.

Walaubagaimanapun, pelbagai transformasi berbentuk negatif juga turut kelihatan hasil penjajahan kuasa barat. Pihak penjajah telah mewujudkan jurang perkauman antara sesebuah masyarakat dalam negara kita. Hal ini terbukti apabila kaum yang berbangsa Melayu hanya berkerja sebagai petani sahaja, kaum Cina pula menjadi perlombong manakala kaum India pula hanya bekerja di ladang sahaja. Jika hal ini terus berlarutan, ia mampu melumpuhkan ekonomi sesebuah kaum yang terlibat kerana mereka hanya tertumpu kepada satu jenis sumber pendapatan sahaja. Malahan, kelahiran masyarakat yang berbilangan kaum telah mewujudkan pelbagai idealogi politik yang berbeza-beza. Kewujudan pelbagai idealogi politik yang telah berlaku ini sememangnya mampu menyebabkan sesebuah negara itu berpecah-belah . Namun begitu, dengan adanya pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi mampu menangani masalah ini dengan bijak. Hal ini terbukti pada masa kini, walaupun Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, bahkan berbeza dari pelbagai aspek terutamanya agama, adat, budaya serta fahaman politik, Malaysia tetap menjadi sebuah negara yang aman dan maju serta bebas daripada peperangan. Malahan, Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai masyarakat yang berbilang kaum serta sentiasa bersatu-padu dalam membangunkan negara. Kesimpulanya, walaupun terdapat pelbagai impak negatif hasil penjajahan kuasa barat ini, namun ia juga turut memberi impak positif kepada negara sehingga menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada hari ini.

(3462 patah perkataan)

RUJUKAN

[1] Azmah Abdul Manaaf, (2001), Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

[2]Cowan C.D. (1970), Tanah Melayu Kurun Kesembilan Belas: Asal Usul Penguasaan Politik British, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

[3]E. Moore Wilbert (1986). Perubahan Sosial. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur. Malaysia [4]M. Charles (2000). Understanding The Industrial Revolution. Routladge Taylor & Francis Group

[5]Sufean Hussin, (1996), Pendidikan Di Malaysia: Sejarah System dan Falsafah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

[6] Sarjit Singh, (2006), Hubungan Etnik di Malaysia, Kuala Lumpur, Oxford Fajar

[7]Ishak Bin Saat (2005) Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Karisma Publication Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor. Malaysia[8]Ismail Bin Yusof (2008). Pengenalan Sains Sosial. Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah Malaysia

16