a-150804140239-lva1-app6891

10
A. Bincangkan sejauh manakah kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberkesanan proses P&P. Teori Pembelajaran Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman iaitu hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Selain itu, behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkah laku. Menurut ahli-ahli behaviorisme, proses-proses penting yang mengawal tingkah laku ini adalah dipelajari. Oleh itu, kedua- duanya iaitu dorongan yang membangkitkan tingkah laku serta tingkah laku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat utama pemikiran ini ialah untuk menentukan hukum-hukum atau prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran. Mengikut Teori Pelaziman Klasik Pavlov, minda manusia adalah seperti kotak hitam yang tidak boleh dibuka. Apa yang boleh diperhatikan hanyalah rangsangan yang masuk dan gerak balas atau respons yang keluar sebagai reaksi kepada rangsangan. Oleh yang demikian, guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik. Ini bermakna, matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas. Ini adalah kerana matlamat akhir proses pembelajaran yang jelas adalah penting untuk murid-murid supaya mereka memahami isi pelajaran yang telah dipelajari oleh mereka. Contohnya, dalam mengajar makanan berkhasiat, guru perlu menyatakan jenis-jenis makanan berkhasiat dan kepentingannya serta memberitahu murid keburukan makanan tidak berkhasiat. Selain itu, guru perlu memastikan matlamat yang dinyatakan adalah realistik dan boleh dicapai. Ini adalah kerana pada pendapat Ivan Pavlov, 2

Upload: nurhayati-abu-bakar

Post on 29-Jan-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

school

TRANSCRIPT

Page 1: a-150804140239-lva1-app6891

A. Bincangkan sejauh manakah kepentingan dan implikasi teori-teori

pembelajaran dalam meningkatkan keberkesanan proses P&P.

Teori Pembelajaran Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran merupakan

satu proses pelaziman iaitu hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas

individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Dari

perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas

terhadap sesuatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika

terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif)

sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat

dibentuk dan dikekalkan. Selain itu, behaviorisme merupakan satu pendekatan

pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkah laku.

Menurut ahli-ahli behaviorisme, proses-proses penting yang mengawal tingkah laku ini

adalah dipelajari. Oleh itu, kedua-duanya iaitu dorongan yang membangkitkan tingkah

laku serta tingkah laku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari

melalui interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat utama pemikiran ini ialah untuk

menentukan hukum-hukum atau prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran.

Mengikut Teori Pelaziman Klasik Pavlov, minda manusia adalah seperti ‘kotak

hitam’ yang tidak boleh dibuka. Apa yang boleh diperhatikan hanyalah rangsangan yang

masuk dan gerak balas atau respons yang keluar sebagai reaksi kepada rangsangan.

Oleh yang demikian, guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik. Ini bermakna,

matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas. Ini adalah

kerana matlamat akhir proses pembelajaran yang jelas adalah penting untuk murid-

murid supaya mereka memahami isi pelajaran yang telah dipelajari oleh mereka.

Contohnya, dalam mengajar makanan berkhasiat, guru perlu menyatakan jenis-jenis

makanan berkhasiat dan kepentingannya serta memberitahu murid keburukan makanan

tidak berkhasiat.

Selain itu, guru perlu memastikan matlamat yang dinyatakan adalah realistik dan

boleh dicapai. Ini adalah kerana pada pendapat Ivan Pavlov, organisma (manusia atau

haiwan) tidak akan memberikan tindak balas atau respon kepada rangsangan dalam

2

Page 2: a-150804140239-lva1-app6891

persekitaran yang tidak ada hubungan langsung dengan organisma. Oleh itu, matlamat

yang realistik dan boleh dicapai boleh mengelakkan kebosanan murid-murid dalam

proses P&P dan murid-murid dapat memberikan respon semasa guru mengajar.

Sebagai contoh, guru yang mengajar dengan menggunakan alat bantu mengajar yang

menarik seperti menggunakan bahan maujud akan menarik perhatian murid-murid.

Menurut Teori Pelaziman Klasik J.B. Watson, kanak-kanak mempunyai tiga

reaksi emosi yang asas iaitu rasa takut, marah dan sayang. Oleh itu, dalam bilik darjah,

guru boleh memastikan pembentukan emosi positif dalam kalangan murid. Suasana bilik

darjah yang mesra, adil dan berdisiplin dapat membentuk persekitaran psikososial yang

positif, yang seterunya mempengaruhi emosi murid. Misalnya pada hari pertama

persekolahan, murid-murid tahun satu akan berasa takut dan tegang apabila

menghadapi keadaan yang baharu. Pada masa ini, guru yang mesra dan berkasih

sayang akan mempengaruhi emosi murid supaya mereka bertenang dan kurang takut.

Menurut Thorndike, hubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan

menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan atau memuaskan. Namun,

sekiranya berlaku kesan tindakan yang negatif atau tidak memuaskan, maka gerak

balas tidak akan berulang. Dengan kata lain, Hukum Kesan menyatakan guru hendaklah

menyediakan suasana pembelajaran yang dapat membawa kepada rasa berjaya. Oleh

itu, guru perlu memastikan tugasan yang diberi sesuai dengan kemampuan murid

supaya mereka sering menikmati kejayaan dan seterusnya meningkatkan perasaan

penghargaan diri dan keyakinan. Apabila murid berjaya menjawab tugasan yang diberi,

mereka akan berasa seronok dan berpuas hati untuk membuat tugasan yang

seterusnya. Sebaliknya, jika murid tidak berjaya menjawab tugasan yang diberi, mereka

akan berasa kecewa dan tidak akan berusaha untuk mencuba lagi.

Selain itu, murid akan berasa puas hati dan gembira apabila guru memberi

pujian. Pujian yang diberi juga boleh menjadi satu dorongan dalam kalangan murid

supaya mereka mengamalkan tingkah laku yang positif. Sebagai contoh, guru boleh

memberi motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsang untuk

membentuk tingkah laku yang diingini.

Hukum Latihan menegaskan bahawa manusia belajar melalui proses membuat

dan mengulang dan lupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari tidak dipelajari atau

diulangi. Oleh itu, hubungan antara rangsangan dengan gerak balas yang positif boleh

3

Page 3: a-150804140239-lva1-app6891

diperkukuhkan sekiranya dibuat berulang-ulang kali. Sebaliknya, hubungan antara

rangsangan dengan gerak balas akan menjadi lemah jika tidak diulangi. Dalam situasi

bilik darjah, guru-guru digalakkan memberi latihan dalam pelbagai bentuk, latih tubi dan

mengaplikasikan kemahiran dengan lebih kerap. Misalnya guru boleh melakukan aktiviti-

aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada

dalam atau luar waktu sekolah. Aktiviti pengayaan ini dapat meluaskan pengetahuan

dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.

Bagi Thorndike, sekiranya tiada persediaan yang mencukupi akan membawa

kepada kekecewaan. Oleh yang demikian, guru perlu memastikan murid-murid

mempunyai kesediaan yang diperlukan untuk memulakan sesuatu topik atau aktiviti

pembelajaran. Jika murid bersedia apabila guru membimbing, murid boleh mengikuti

pembelajaran yang baik dan akan mencapai kejayaan sekiranya perkara yang dipelajari

selaras dengan keupayaan mereka. Contohnya guru boleh meronda seluruh bilik darjah

sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya memastikan semua

murid bersedia untuk menerima pengajaran guru.

Teori Pembelajaran Sosial menekankan kepada faktor sosial di mana manusia

berfikir dan bertingkah laku melalui pemerhatian dan meniru tingkah laku yang

menghasilkan ganjaran. Berdasarkan teori ini, pembelajaran berlaku melalui

pemerhatian dan peniruan. Oleh yang demikian, guru perlu menunjukkan tingkah laku

yang boleh diteladani. Sebagai seorang guru, kami haruslah mempunyai sifat-sifat yang

terpuji yang boleh dicontohi. Dalam hal ini, guru haruslah sentiasa berpakaian kemas,

berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa menepati masa, rajin dan

mempunyai sikap positif terhadap tugas-tugas yang diamanahkan. Apabila guru

bertingkah laku baik, murid akan meniru perlakuan baik yang ditunjukkan oleh guru.

Murid-murid memerlukan model yang baik, yang boleh ditiru dalam

perkembangan bahasa lisan dan pemupukan kelakuan yang bagus. Oleh itu,

penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kepada

murid dan juga demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar murid dapat

menirunya dengan cepat. Contohnya, sesetengah murid akan meniru cara mengajar

dan cara bercakap guru mereka.

Selain itu, guru boleh menggunakan model sebenar yang mungkin terdiri

daripada rakan-rakan sebaya yang cemerlang serta mempunyai ketokohan yang tinggi

4

Page 4: a-150804140239-lva1-app6891

dan sesuai untuk ditiru. Dengan cara ini, murid-murid lain akan memerhatikan perlakuan

model dan cuba meniru perlakuannya kerana mereka ingin menjadi murid model yang

dihormati oleh orang lain. Di samping itu, guru paparkan hasilan kerja terbaik untuk

membolehkan murid berkenaan terus berusaha dan merangsang murid lain berusaha

sebagaimana murid berkenaan. Sebagai contoh, guru memuji murid yang berlukisan

cantik dan paparkan hasilan lukisan, murid lain akan bermotivasi untuk mengikut

perlakuannya. Sekiranya murid berasa seronok dan mendapat peneguhan daripada

orang lain, maka tingkah laku itu akan diulangi dan dikukuhkan. Oleh itu, guru perlu

memberi peneguhan kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang diingini.

Guru boleh juga mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui

situasi main peranan dan simulasi. Murid dapat meniru tingkah laku positif secara tidak

langsung yang ditunjukkan watak-watak dalam simulasi tersebut. Contohnya dalam

situasi main peranan ahli bomba semasa menyelamatkan api, murid akan meniru

perlakuan dan cara menyelamatkan api. Dalam masa yang sama, guru juga boleh

mengajar nilai moral seperti tolong-menolong dan sanggup berkorban kepada murid-

murid.

Menurut teori pembelajaran mazhab kognitif, pembelajaran merupakan satu

proses pembentukan struktur kognitif dan perwakilan minda yang aktif. Pembelajaran

kognitif menekankan cara belajar seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian

masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Teori ini menekankan kepada

proses mental kanak-kanak. Teori ini juga berasaskan prinsip pembelajaran kognitif

yang menerangkan bagaimana pelajar menerima, memproses, menyimpan dan mencari

maklumat dalam memori (Ertmer & Newby 1993). Ilmu pengetahuan yang diperoleh

bukan berhasil daripada latih tubi dan peneguhan, tetapi lebih merujuk kepada proses

interaksi antara skema minda, pengalaman sedia ada dan keadaan baru yang juga

melibatkan pengharapan seseorang individu tersebut. Oleh itu, sekiranya seseorang

tidak dapat mengenal pasti hubungan perkara dan ertinya yang dipelajari pembelajaran

tidak akan berlaku walaupun diberikan latihan berulang-ulang. Antara ahli-ahli psikologi

kognitif seperti Kohler, Piaget, Bruner, Gagne dan Ausebel yang berpendapat bahawa

pembelajaran ialah suatu proses mental (kognitif) yang akan berlaku dalam fikiran iaitu

tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Justeru,

kebanyakan situasi, penyelesaian suatu masalah kompleks melibatkan proses dan

pemikiran kognitif menyeluruh.

5

Page 5: a-150804140239-lva1-app6891

Teori pengamatan Gestalt mengusulkan pembelajaran berlaku secara

keseluruhan-bahagian-keseluruhan. Jadi, guru hendaklah mendedahkan keseluruhan

sebelum membincangkan bahagian-bahagian isi pelajaran dan rumuskan dengan

keseluruhan. Contohnya dalam pembelajaran lagu, guru menyairkan keseluruhan lagu

bagi murid-murid mendengar beberapa kali. Kemudian, barulah diteliti rangkap demi

rangkap. Akhirnya menyanyi lagu secara keseluruhan.

Teori Pembelajaran Penemuan Bruner memberi penekanan terhadap

pembelajaran yang berpusatkan murid. Murid-murid akan membina idea atau konsep

baru berasaskan pengetahuan sedia ada masing-masing. Mereka akan memilih

maklumat yang diperlukan, kemudian membentuk hipotesis, seterusnya mengintegrasi

bahan baru ini ke dalam pengetahuan sedia ada. Guru perlu menyediakan persekitaran

pembelajaran yang boleh mendorong minat meneroka dalam kalangan murid supaya

mereka boleh membina pengetahuan menerusi cuba jaya. Misalnya guru boleh

melakukan eksperimen yang mempunyai hubungkait.

Menurut Ausubel, guru hendaklah menyusun maklumat secara ansur maju

daripada maklumat umum kepada khusus, iaitu secara deduktif. Dengan ini,

penyampaian pengajaran dan pembelajaran mestilah disusun secara teratur dan

gunakan bahan-bahan penyampaian pengajaran yang ada kaitan dengan pengetahuan

sedia ada murid atau pembelajaran lepas. Selain itu, guru perlu memberi maklumat

dalam bentuk yang sesuai dengan keupayaan murid untuk membolehkan mereka

memahami pembelajaran baru dan dalam masa yang sama guru hendaklah membantu

murid membuat perbandingan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada.

Teori konstruktivisme merupakan suatu teori yang digunakan sebagai panduan

dalam pendidikan. Dalam pendidikan konstruktivis, terdapat beberapa prinsip asas iaitu

pengetahuan dibina oleh para murid, setiap murid memiliki idea dan pengetahuan asas,

proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial, dan guru merupakan

fasilitator dalam pembinaan pengetahuan murid. Pembelajaran dan pengajaran yang

berdasarkan konstruktivisme ini menyeimbangkan peranan guru dan murid untuk saling

bersandar di antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik

darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang

mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza. Melalui teori ini, ia dapat membuka ruang

serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi

6

Page 6: a-150804140239-lva1-app6891

sesuatu konsep dan pengetahuan. Konstruktivisme adalah pendekatan yang memberi

hak dan peluang untuk murid-murid belajar untuk belajar (learn how to learn) dengan

membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing.

Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang sedia ada. Keadaan ini

menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak murid secara

individu.

Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat murid sebagai pembina

pengetahuan, dan bukannya sebagai penerima pengetahuan. Menurut Piaget,

keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat. Proses

membina pengetahuan juga berlaku mengikut peringkat yang bermula dengan

pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif. Perkembangan kognitif kanak-kanak

dibahagikan kepada empat peringkat iaitu peringkat sensori motor (lahir–2 tahun),

peringkat praoperasi (2–7 tahun), peringkat operasi konkrit (7–11 tahun) dan peringkat

operasi formal (11–15 tahun).

Semasa mengajar murid peringkat praoperasi, guru perlu memberi peluang

kepada murid menerokai alam fizikal melalui aktiviti main dan aktiviti penyelasaian

masalah. Arahan yang diberi haruslah mudah dan singkat. Guru mungkin perlu

mendemonstrasikan perlakuan-perlakuan semasa memberi arahan verbal tersebut. Di

samping itu, guru perlu menggalakkan murid melakukan aktiviti minds-on yang

melibatkan banding-beza dan susunan mengikut urutan seperti ketinggian, berat atau

panjang. Misalnya murid boleh berbaris mengikut ketinggian mereka daripada rendah

kepada yang paling tinggi. Selain itu, Guru boleh mengedalikan aktiviti menyemai benih

untuk menarik minat murid memerhati urutan proses percambahan benih. Guru boleh

meminta murid menyatakan tantang sesuatu yang diperhatikan atau melukis dan

bersoal jawab tentang perkara tersebut.

Murid-murid pada peringkat operasi konkrit masih belum dapat berfikir secara

abstrak. Oleh itu, guru perlu menyediakan bahan-bahan untuk murid menguji idea

mereka melalui penglibatan aktif supaya dapat berfikir secara logik tentang

permasalahan yang dihadapi mereka. Selain itu, guru haruslah menyediakan peluang

untuk murid membuat penerokaan dan penemuan konsep yang dipelajari menggunakan

daya pemikiran. Guru juga boleh berikan galakkan kepada murid melakukan aktiviti

kebalikan atau susunan songsang. Murid pada peringkat ini mampu mengikut arahan,

7

Page 7: a-150804140239-lva1-app6891

peraturan dan giliran yang ditetapkan. Tambahan, murid boleh memahami konsep

kemenangan dan kekalahan dalam sesuatu pertandingan serta memahami emosi diri

dan orang lain. Oleh yang demikian, guru haruslah merancang aktiviti-aktiviti prososial

seperti aktiviti berpasukan, bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong dan

sebagainya.

Pada peringkat operasi formal, murid-murid digalakkan menggunakan pemikiran

konvergen, divergen, reflektif dan metakognitif. Guru harus sering mengadakan

perbincangan dengan murid-murid untuk mengetahui pemikiran mereka dan guru

menerangkan sesuatu konsep dengan jelas, sabar dan dengan fikiran yang terbuka.

Jangan sekali-kali mencemuh dan mengetepikan sahaja pendapat atau kesalahan yang

dilakukan oleh murid-murid.

Teori Konstruktivisme Sosial dipelopori oleh Lev Vygotsky. Menurut beliau,

perkembangan kognitif kanak-kanak bergantung kepada interaksinya dengan orang-

orang berkepentingan dalam persekitaran budayanya. Pada pendapat Vygotsky, isi

pelajaran mudah dikuasai oleh murid jika berasaskan kepada skema ataupun

pengetahuan sedia ada. Oleh itu, guru hendaklah menyediakan banyak contoh dan

bahan sumber yang boleh membantu murid membuat perkaitan dan membina

pemahaman baru. Selain itu, guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi

sebenar. Tugasan autentik yang berasaskan kepada masalah alam nyata, pengalaman

berasaskan konteks sebenar, simulasi dan sebagainya boleh dimanfaatkan.

Menurut Vygotsky, berkomunikasi dengan diri sendiri (private-speech) juga boleh

dijadikan salah satu perkembangan kanak-kanak yang bagus kerana dapat mengawal

tingkah lakunya sendiri. Malah kanak-kanak yang sering bercakap dengan diri sendiri

lebih cekap berbanding kanak-kanak yang tidak bercakap sendiri. Oleh yang demikian,

guru dicadangkan menggalakkan murid-murid menggunakan private-speech semasa

berfikir dan menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, guru boleh memberi pendahuluan

cerita kepada murid dan meminta murid menyambung cerita tersebut dengan fikiran

sendiri.

Di samping itu, guru boleh mengadakan gerak kerja kumpulan dan perbincangan

secara kumpulan untuk mewujudkan interaksi yang berkualiti. Melalui aktiviti dan

perbincangan dalam kumpulan, murid dapat berkongsi idea, mendapat pemahaman

yang lebih jelas dan meluahkan buah fikiran. Contohnya, guru boleh menyediakan

8

Page 8: a-150804140239-lva1-app6891

soalan Matematik yang agak sukar kepada murid-murid secara kumpulan supaya

mereka bekerjasama untuk berbincang soalan tersebut.

Mengikut pandangan ahli psikologi humanisme, fitrah manusia pada dasarnya

adalah mulia dan baik. Setiap individu akan berkembang secara semulajadi sekiranya

persekitaran mereka adalah sesuai. Oleh itu, guru harus mengikut keperluan murid,

membantu mereka mempelajari ilmu pengetahuan yang mereka suka dan dianggap

bermakna. Prinsip tersebut dapat dikuatkan lagi dengan setiap individu bertindak atas

persekitaran masing-masing dan bebas untuk membuat pilihan dan keputusan dalam

usaha membentuk dunia peribadi dan pembelajaran. Kajian ahli psikologi humanisme

menyatakan bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaan

masing-masing. Selain itu, pendekatan humanis terhadap pendidikan menekankan

keunikan setiap individu dengan menyatakan pandangan, pengalaman dan pendekatan

terhadap pembelajaran setiap individu adalah berbeza. Secara keseluruhannya,

pendekatan humanis memperkatakan mengenai pendekatan berpusatkan pelajar.

Teori Pembelajaran Humanisme melihat murid sebagai insan berpotensi,

bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang. Oleh itu, guru hendaklah

melayani murid sebagai iasan kemudian barulah melayani mereka sebagai murid. Guru

juga hendaklah menerima setiap murid tanpa syarat. Layani perbezaan individu

mengikut potensi dan keupayaan masing-masing. Contohnya, murid yang lemah dalam

akademik mungkin berbakat dalam melukis. Guru harus menerima murid tersebut dan

cuba menperkembangkan potensinya dalam seni lukis.

Menurut Rogers, semua insan mempunyai daya dan keinginan yang tinggi untuk

belajar. Kegagalan untuk belajar bukan kerana ketidakupayaan murid tetapi puncanya

suasana pembelajaran yang kurang sesuai. Dalam menyediakan suasana yang kondusif

untuk murid-murid belajar, guru perlulah menjelaskan objektif pembelajaran,

membekalkan sumber pembelajaran yang sesuai, mengimbangkan komponen

intelektual dan emosi berkaitan dengan pembelajaran, dan berkongsi perasaan dan idea

dengan mereka. Jadi, guru dicadangkan sentiasa melibatkan murid dalam aktiviti

kumpulan, seperti pembelajaran koperatif. Ini dapat membina hubungan sosial dan

kemahiran emosi. Namun guru sebagai fasilitator bagi aktiviti kumpulan. Jika murid

menghadapi masalah perbincangan semasa menjalankan aktiviti kumpulan, guru

hendaklah membantu dan memberi pandangan kepada murid-murid supaya masalah

9

Page 9: a-150804140239-lva1-app6891

mereka dapat diselesaikan. Melalui aktiviti kumpulan, perasaan dan amalan saling

hormat-menghormati dapat dipupukan serta dapat membantu pembelajaran berkesan.

Di samping itu, guru harus memberi peluang kepada murid untuk menentukan

aktiviti pembelajaran dan bahan yang ingin dipelajari bagi meningkatkan motivasi

belajar. Contohnya, guru boleh memberi pilihan antara bermain badminton atau bola

keranjang kepada murid. Jika guru tidak memberi pilihan kepada murid, namun

perancangan pengajaran perlu mengambil kira minat, kecenderungan, kesediaan belajar

dan perbezaan individu. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan pendekatan bermain

sambil belajar dalam perancangan pengajaran supaya murid berminat dan berasa

seronok dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, setiap murid mempunyai keupayaan dan potensi yang berbeza. Jadi

dalam satu kelas mesti terdapat murid yang cerdik dan murid yang lemah.

Aktiviti/program pengayaan boleh dilaksanakan oleh murid cemerlang dan sederhana.

Manakala, aktiviti/program pemulihan boleh dilaksanakan oleh murid yang lemah bagi

membentuk konsep kendiri yang positif. Guru hendaklah percaya bahawa semua murid

boleh belajar sekiranya tempoh masa pembelajarinya mencukupi dan guru mestilah

bersabar semasa mengajar murid yang lebih lemah.

Menurut Hierarki Keperluan Maslow, keperluan manusia boleh disusun mengikut

satu hierarki yang bermula yang bermula dengan keperluan fisiologi, diikuti dengan

keselamatan, kasih sayang, penghargaan diri, kognitif, estetik dan berakhir dengan

penyampaian kendiri. Keperluan yang paling asas sekali bagi manusia ialah keperluan

fisiologi. Seseorang itu akan berasa kurang selesa jika keperluan asas tidak dipenuhi.

Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan keperluan fisiologi murid telah

dipenuhi, seperti makan minum, waktu rehat, cahaya dan pengudaraan bilik darjah yang

baik. Murid-murid perlu dipenuhi keperluan fisiologi supaya mereka tumbesaran dengan

sihat. Badan yang sihat dan kuat akan mencergaskan fikiran murid-murid.

Apabila keperluan fisiologi dipenuhi, seseorang itu akan memberi tumpuan

kepada memenuhi keperluan keselamatan dan perlindungan. Untuk memastikan murid

dapat belajar dengan baik, guru hendaklah memastikan keselamatan murid terjamin,

misalnya menyediakan keadaan fizikal bilik darjah yang sesuai seperti susun atur meja

dan kerusi, saiz meja dan kerusi sesuai dengan saiz murid, tiada ancaman buli, ada

10

Page 10: a-150804140239-lva1-app6891

peraturan dan rutin bilik darjah yang sesuai, wujudkan semangat setia kawan dan

dinamika kumpulan.

Guru juga hendaklah sentiasa yakin bahawa setiap murid berpotensi. Layan

murid-murid sebagai individu bukan sebagai kelas. Guru haruslah mengingat setiap

nama murid dalam kelas supaya mereka sedar bahawa guru benar-benar mengenali

mereka masing-masing dan memberi perhatian bila-bila masa.

Selain itu, guru perlu berikan tugasan yang sesuai dengan keupayaan murid

supaya mereka berjaya membuatnya. Perkara ini akan menimbulkan rasa berjaya dan

meningkatkan harga diri murid. Guru juga perlu memberi peneguhan dan pengiktirafan

bagi hasil kerja murid. Ini adalah kerana manusia memerlukan penghargaan diri di mana

seseorang itu berusaha bagi mendapatkan pengiktirafan orang lain.

Kesimpulannya, guru yang memiliki pengetahuan dan penguasaan teori

pembelajaran mampu menyumbang kepada pembelajaran yang efektif, meyeronokkan

dan dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi,

guru hendaklah mengimplikasikan teori-teori pembelajaran yang sesuai dalam proses

pengajaran dan pembelajaran supaya murid berminat dan berseronok untuk belajar

pengetahuan baru.

11