90170608 kaedah pengajaran dan pembelajaran sains dalam pendidikan khas

9
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DALAM PENDIDIKAN KHAS. KAEDAH INKUIRI Kaedah inkuiri adalah satu proses yang mencari dan menyiasat masalah,membina hipotesis serta membentuk eksperimen dan mengumpul data serta membuat kesimpulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Definisi kaedah inkuiri juga ialah dimana proses mencari kebenaran maklumat ataupun pengetahuan melalui kaedah penyoalan. Proses ini bermula dengan mengumpul maklumat melalui deria penglihatan,pendengaran,sentuhah,rasa dan bau. WHET SCHOOL & DISNEY LEARNING PARTNERSHIP 2000 Kaedah inkuiri juga ialah merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh para pelajar dalam membina pengetahuan mereka dan memahami idea-idea sainstifik seperti kaedah yang dilakukan oleh para sainstis yang menyelidiki alam ini. Piawaian Pendidikan Sains Antarabangsa (National Research Council 1996) Di dalam kaedah inkuiri terdapat prinsip-prinsip kaedah inkuiri iaitu guru harus memilih tajuk mengikut objektif pelajaran serta kebolehan murid. Guru juga harus menyediakan alatan dan radas yang perlu digunakan untuk menjalankan kajian. Selain itu juga,guru harus berbincang dengan murid-murid mengenai tujuan kajian. Guru juga harus memastikan murid-murid telah memahami langkah-langkah dalam melaksanakan kajian. Guru menjadi pembimbing murid dalam setiap peringkat proses melaksanakan kajian serta guru harus mengelakkan daripada memberitahu jawapan atau keseimpulan yang diharapkan oleh murid. Setiap segala aktiviti kajian yang di jalankan dan dilaksanakan oleh murid sendiri, guru harus mengawasi setiap aktiviti dan pergerakan murid supaya mereka tidak menyeleweng daripada kaedah kajian yang betul. Selepas selesai kajian guru dan murid haruslah berbincang mengenai hasil dapatan daripada kajian tersebut.

Upload: jcka-aca

Post on 14-Dec-2014

76 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

special education

TRANSCRIPT

Page 1: 90170608 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dalam Pendidikan Khas

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DALAM PENDIDIKAN KHAS.

KAEDAH INKUIRI

Kaedah inkuiri adalah satu proses yang mencari dan menyiasat

masalah,membina hipotesis serta membentuk eksperimen dan mengumpul data serta

membuat kesimpulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Definisi kaedah inkuiri juga ialah dimana proses mencari kebenaran maklumat

ataupun pengetahuan melalui kaedah penyoalan. Proses ini bermula dengan

mengumpul maklumat melalui deria penglihatan,pendengaran,sentuhah,rasa dan bau.

WHET SCHOOL & DISNEY LEARNING PARTNERSHIP 2000

Kaedah inkuiri juga ialah merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh para

pelajar dalam membina pengetahuan mereka dan memahami idea-idea sainstifik

seperti kaedah yang dilakukan oleh para sainstis yang menyelidiki alam ini.

Piawaian Pendidikan Sains Antarabangsa (National Research Council 1996)

Di dalam kaedah inkuiri terdapat prinsip-prinsip kaedah inkuiri iaitu guru harus

memilih tajuk mengikut objektif pelajaran serta kebolehan murid. Guru juga harus

menyediakan alatan dan radas yang perlu digunakan untuk menjalankan kajian. Selain

itu juga,guru harus berbincang dengan murid-murid mengenai tujuan kajian. Guru juga

harus memastikan murid-murid telah memahami langkah-langkah dalam

melaksanakan kajian.

Guru menjadi pembimbing murid dalam setiap peringkat proses melaksanakan

kajian serta guru harus mengelakkan daripada memberitahu jawapan atau keseimpulan

yang diharapkan oleh murid. Setiap segala aktiviti kajian yang di jalankan dan

dilaksanakan oleh murid sendiri, guru harus mengawasi setiap aktiviti dan pergerakan

murid supaya mereka tidak menyeleweng daripada kaedah kajian yang betul. Selepas

selesai kajian guru dan murid haruslah berbincang mengenai hasil dapatan daripada

kajian tersebut.

Page 2: 90170608 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dalam Pendidikan Khas

Seterusnya, ciri-ciri pembelajaran berasaskan inkuiri ialah adanya unsur

bermain, wujudnya interaksi guru dan murid, interaksi murid dengan alam sekitar,

wujudnya sifat suka bertanya dan adanya peluang untuk murid meneroka.

Kaedah inkuiri terbahagi kepada beberapa jenis. Yang pertama ialah jenis inkuri

pengenalan iaitu pelajar mengesahkan prinsip-prinsip tertentu berdasarkan aktiviti

penerangan oleh guru dan keputusan sesuatu penyelidikan telah diketahui terlebih

dahulu. Contohnya, guru menerangkan secara keseluruhan mengenai maklumat-

maklumat berkaitan dengan jenis tumbuhan berakar serabut dan tumbuhan berakar

tunjang dengan menunjukkan bahan maujud.

Jenis inkuiri yang kedua ialah inkuiri berstruktur iaitu pelajar melakukan

penyelidikan berdasarkan soalan dan langkah-langkah yang telah ditentukan oleh guru.

Contohnya guru telah menyediakan langkah-langkah dan soalan-solaan bagi sesuatu

topik dan murid haruslah mengikut langkah –langkah tersebut dan menjawap soalan.

Jenis inkuiri yang ketiga ialah inkuiri terbimbing. Jenis inkuiri ini ialah pemilihan

langkah-langkah penerokaan ditentukan oleh pelajar sendiri dan pelajar melakukan

penyelidikan berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan oleh guru. Contohnya

seperti murid menyusun sendiri langkah-langkah penyelidikan berdasarkan soalan

yang telah dierikan oleh guru.

Jenis inkuiri yang keempat ialah inkuiri terbuka. Inkuiri terbuka ini lalah

penyelidikan dilakukan oleh mereka sendiri berdasarkan langkah-langkah dan soalan-

soalan yang dibina mereka sendiri. Contohnya guru hanya memberikan tajuk sahaja

dan mereka perlu mencari sendiri dan melakukan penyelidikan sendiri.

Di dalam kaedah inkuiri ini terdapat lima langkah pengajaran iaitu yang pertama

mengenalpasti topik kajian. Topik kajian ini ditentukan oleh guru dan mendedahkan

topik kajian kepada murid. Guru juga berbincang dengan murid mengani topik kajian

dan tujuan kajian dijalankan. Langkah kedua ialah merancang strategi penyelesaian.

Murid meramal dan membuat hipotesis dan guru menentukan cara menjalankan kajian

melalui aktiviti soal jawap.

Page 3: 90170608 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dalam Pendidikan Khas

Untuk langkah ketiga iaitu mengumpul maklumat yang berkaitan. Murid

mengumpul maklumat melalui cara memerhati,menyukat, melakukan eksperimen atau

membuat rujukan. Murid juga harus mencatat maklumat yang telah dikumpul.

Langkah keempat di dalam kaedah inkuiri ini ialah menganalisis dan mengkaji

maklumat yang dikumpul. Murid akan mengelaskan dan menjadualkan maklumat.

Mereka juga harus menginterpretasi dan mentafsir maklumat.

Dan langkah terakhir ialah membuat generalisasi atau rumusan.langkah yang

terakhir ini murid harus membuat generalisasi atau rumusan berdasarkan daripada

hasil pentaksiran dan merekod generalisasi atau rumusan didalam buku nota.

KAEDAH EKSPERIMEN

Eksperimen merupakan satu kaedah yang biasa dijalankan dalam pelajaran

sains. Kaedah eksperimen ialah di mana murid menguji hipotesis secara penyiasatan

untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Di dalam kaedah eksperimen

kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen di jalankan. Kemahiran

berfikir,kemahiran proses dan kemahiran manipulatif digunakan ketika menjalankan

eksperimen.

Pembelajaran melalui eksperimen atau kaedah amali lebih cepat berlaku kerana

pelajar menjalankan sendiri penyiasatan bagi memperoleh maklumat melalui bahan

yang sebenar.

(ogunniyi 11983: Yusup 1997 :Berg 2003)

Kaedah amali biasanya dijalankan dalam bentuk kumpulan kerana ia dapat

menerapakan nilai saintifik dan nilai murni seperti bekerjasama,sistematik dan yakin. Ia

juga dapat menerapkan sifat kejujuran dalam merekod data.

(Christensen & McRobbie 1994 : KPM 2002,2005)

Terdapat tiga teknik pengajaran yang berbeza dalam kaedah amali iaitu teknik

penerangan,teknik penyiasatan dan teknik perbincangan.

(Hoftein & Lunetta 2003 : Marzano 1992 : Smith 1971 : Tamir 1977.)

Page 4: 90170608 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dalam Pendidikan Khas

Kaedah amali mengandungi tiga teknik pengajaran iaitu pre-lab,lab work dan post-lab.

Teknik pengajaran pre-lab ialah teknik yang di panggil sebagai mini pengajaran iaitu pada tahap pra-

penyiasatan, perancangan dan reka bentuk. Kemahiran pembelajaran yang terlibat ialah

mengenalpasti masalah, mengaplikasi pengetahuan sedia ada, menghipotesis dan membuat

jangkaan, merancang penyiasatan dan mengenal pasti prosedur.

Teknik pengajaran lab work ialah teknik penyiasatan iaitu pada tahap penyiasatan yang

melibatkan kemahiran pembelajaran iaitu mengenalpasti komponen utama

penyiasatan,menjalankan penyiasatan dan berinteraksi antara guru dan pelajar dan bahan.

Teknik pengajaran post lab ialah teknik perbincangan iaitu pada tahap menganalisis dan

mengintrepretasi. Ia melibatkan kemahiran pembelajaran menganalisi data,menganalisis keputusan

dan menginterpretasi maklumat.

Terdapat sembilan langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen :

1. Mengenal pasti masalah

2. Membuat hipotesis

Merancang eksperimen

mengawal pemboleh ubah

menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan

menentukan langkah menjalankan eksperimen,

3- Kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data

4- Melakukan eksperimen

5- Mengumpulkan data

6- Menganalisis data

7- Mentafsirkan data

8- Membuat kesimpulan

9- Membuat laporan.

Dalam melaksanakan eksperimen kemahiran bersepadu wujud iaitu adanya

pemerhatian,pegelasan dan meramal. Terdapat dua kriteria eksperimen iaitu murid

Page 5: 90170608 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dalam Pendidikan Khas

harus mempunyai idea mengenai apa yang hendak diuji dan membuat hipotesis. Murid

juga mengenal pemboleh ubah dan murid hanya mengubah satu syarat pada satu

masa dan membanding objek yang di ubah dengan objek yang sepadan yang tidak

boleh diubah.

SIMULASI

Simulasi adalah satu kaedah pengajaran yang menarik. Ia melibatkan aktiviti

yang dijalankan menyerupai situasi yang sebenarnya. Ia juga ditakrifkan sebagai satu

situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar

berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat

keputusan dalam menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Simulasi adalah

suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan

sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan latihan untuk

memudahkan murid memahami dan menyelesaikan masalah

Melalui teknik simulasi, pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti

mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan

mencatat isi-isi penting. Pelajar juga digalakan untuk memberi pendapat, cadangan,

membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang

dipertanggungjawabkan. pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Contohnya

guru meminta murid membuat simulasi mengenai peredaran darah dalam tubuh badan

manusia.Ia menwujudkan pelabagi aktiviti menarik dan murid bermotivasi untuk

meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat dua jenis kaedah simulasi yang biasa di gunakan dalam

aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah iaitu sosio drama dan main peranan.

Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya adalah

berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik,

mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana sosiodrama adalah

Page 6: 90170608 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dalam Pendidikan Khas

merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang disediakan lebih awal, murid-

murid dapat di memahami terlebih awal.Contohnya murid membuat simulasi kaedah

sosio drama mengenai haiwan di hutan yang berkaki empat.

Kaedah kedua ialah kaedah main peranan. Main peranan merupakan satu

lakonan yang sepontan yang melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan

sebarang skrip, ianya adalah merupakan lakonan yang berdasarkan kepada satu

masalah yang timbul pada ketika itu. Biasanya, di dalam aktiviti main peranan pelajar

membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan situasi yang di

bayangkan tadi dengan cara sepontan.Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu

situasi yang direka dan ditimbulkan oleh guru.

Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini pada kebiasaannya keterangan

yang ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini

akan dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan secara ringakas,barulah guru memilih

murid untuk melakonkan situasi tersebut. Oleh kerana aktiviti main peranan ini

merupakan satu lakonan yang di lakukan secara spontan masa yang di berikan pendek

sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja. Setelah selesai, penilaian dibuat didalam bilik

darjah.

Langkah-langkah perlaksanaan main peranan.

o Reka situasi secara terperinci dan teratur sebelum diperkenalkan kepada murid-

murid.

o Adakan perbincangan dengan murid tentang situasi ini.

o Terangkan peranan kepada murid-murid yang terlibat.

o Pilih murid-murid yang terlibat secara suka rela.

o Berikan masa untuk mereka membincangkan tentnag masalah yang ada.

o Pemerhati-pemerhati hendaklah menulis nota tentang watak-watak agar dapat

membuat pandangan tentang peranan itu disampaikan.

o Setelah selesai sesi main peranan, peniaian peserta hendaklah dibuat.

Page 7: 90170608 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dalam Pendidikan Khas

o Sebahagian daripada main peranan boleh diulangi serta dibaiki sekiranya ada

kekurangan dan jika perlu.

o Sekiranya ada emosi yang sukar untuk dikawal bole menukar kepada peranan

pelakon.

o Wujudkan suasana kebebasan serta keselamatan.

Pelaksanaan sesi main peranan juga memuatkan tiga peringkat iaitu peringkat sebelum

sesi main peranan, peringkat semasa main peranan, dan peringkat selepas main

peranan.

1- Peringkat sebelum main peranan.

o Guru menentukan tajuk yang sesuai untuk sesi main peranan.

o Guru memaklumkan apa yang perlu dilakonkan.

o Guru memilih peserta serta berbincang dengan murid mengenai watak yang

ditentukan.

o Guru menentukan murid-murid lain sebagai pemerhati.

o Guru memberitahu aspek-aspek yang perlu diberi perhatian.

2- Peringkat semasa sesi main peranan.

o Perbincangan dijalankan sama ada dalam kumpulan.

o Lakonan semula diadakan jika perlu untuk memperbaiki aspek-aspek lakonan

yang tertentu.

3- Peringkat selepas sesi main peranan.

o Guru menjalankan perbincangan dengan murid-murid.

o Guru akan bertanyakan kepada murid yang lain watak siapa yang paling banyak

memainkan peranan.

o Guru memberikan taklimat semula dengan tujuan:

4- Menganalisis kesan main peranan.

Page 8: 90170608 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dalam Pendidikan Khas

o Membaiki kelemahan jika ada.

o Menerangkan apa yang berlaku dalam keadaan sebenar,

o Membantu murid membuat renungan dan mengembangkan satu-satukemahiran.

o Membantu murid-murid membuat rumusan tentang perlakuan mereka dalam

main peranan.

Perlaksanaan aktiviti simulasi ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat

sebelum simulasi, peringkat perlaksanaan simulasi, dan peringkat selepas simulasi.

Peringkat sebelum simulasi :

1- Objektif pembelajaran.

o Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran yang hendak dicapai.

o Guru mengenal pasti kemahiran yang menjadi fokus.

o Penyerapan nilai.

2- Penilaian

o Guru menentukan jenis penilaian yang akan di gunakan.

o Guru menentukan jenis penilaian yang akan digunakan dalam simulasi.

o Pengukuhan dan pengayaan.

o Guru perlu memikirkan jenis aktiviti pengukuhan dan pengayaan.

3- Alatan.

o Guru memastikan bahawa semua alatan yang dipelukan telah

disediakan.

Peringkat perlaksanaan simulasi.

o Set induksi yang menarik minat murid.

o Arahan jelas.

o Pecahkan kelas kepada beberapa kumpulan.

o Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian.

o Minta murid cuba memahmi tugas yang diberikan kepada mereka.

Page 9: 90170608 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dalam Pendidikan Khas

o Setiap kumpulan menjalankan simulasi berkenaan.

o Murid yangh lain akan mencatatkan dan memerhatikan aktiviti simulasi

yang diadakan.

o Diakhir simulasi penilaian dijalan kan.

4- Peringkat selepas simulasi.

o Guru berbincang dengan murid tentang masalah yang dikemukakan.

o Menulis laporan tentang masalah yang dihadapi.

o Menulis semula dialog yang digunakan dalam simulasi.

o Menyediakan carta aliran bagi menjelaskan konsep yang ditonjolkan.