86893631 peranan sekolah dalam pemupukan nilai

10
Selain itu, peranan sekolah dan guru juga sangat penting dalam pemupukan nilai murni di kalangan pelajar. Sekolah adalah satu institusi yang mementingkan perkembangan dan perubahan tingkahlaku murid-murid. Joshi(2007) dalam kajiannya di Universiti Bahrain menyatakan bahawa pendidikan sangat memainkan peranan penting dalam pemupukan nilai murni pelajar. Di sekolah, guru berperanan sebagai ibu bapa dalam membentuk kanak-kanak selaras dengan penerapan yang dimasukkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Bagi melahirkan murid yang bertanggungjawab serta memiliki sifat yang terpuji, pengamalan milai-nilai murni perlu disisipkan melalui : a) Mata pelajaran Pendidikan Moral Pendidikan Moral adalah satu program yang dapat menanamkan dalam pelajar nilai-nilai kemanusiaan selaras dengan prinsip- prinsip Rukun Negara supaya mereka dapat memberi sumbangan kepada kebaikan masyarakat dan Negara. Antara nilai-nilai murni yang perlu diajar oleh guru termasuklah baik hati,berdikari,hemah tinggi,hormat,kasih sayang ,keadilan, kebebasan ,keberanian,kebersihan fizikal dan mental dan sebagainya.Penerapan nillai-nilai murni seharusnya dibuat secara bersahaja dan tidak langsung. Ia perlu dilakukan secara pengucapan,perlakuan contoh teladan,kefahaman,penggunaan isi pelajaran dan taksiran. Selain itu,penerapan nilai hendaklah menitikberatkan penghayatan dan amalan seharian. b) Mata Pelajaran - Mata Pelajaran Lain

Upload: kowsalya-ramesh

Post on 28-Sep-2015

26 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

peranan

TRANSCRIPT

Selain itu, peranan sekolah dan guru juga sangat penting dalam pemupukan nilai murni di kalangan pelajar. Sekolah adalah satu institusi yang mementingkan perkembangan dan perubahan tingkahlaku murid-murid. Joshi(2007) dalam kajiannya di Universiti Bahrain menyatakan bahawa pendidikan sangat memainkan peranan penting dalam pemupukan nilai murni pelajar. Di sekolah, guru berperanan sebagai ibu bapa dalam membentuk kanak-kanak selaras dengan penerapan yang dimasukkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Bagi melahirkan murid yang bertanggungjawab serta memiliki sifat yang terpuji, pengamalan milai-nilai murni perlu disisipkan melalui :

a) Mata pelajaran Pendidikan Moral

Pendidikan Moral adalah satu program yang dapat menanamkan dalam pelajar nilai-nilai kemanusiaan selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara supaya mereka dapat memberi sumbangan kepada kebaikan masyarakat dan Negara. Antara nilai-nilai murni yang perlu diajar oleh guru termasuklah baik hati,berdikari,hemah tinggi,hormat,kasih sayang ,keadilan, kebebasan ,keberanian,kebersihan fizikal dan mental dan sebagainya.Penerapan nillai-nilai murni seharusnya dibuat secara bersahaja dan tidak langsung. Ia perlu dilakukan secara pengucapan,perlakuan contoh teladan,kefahaman,penggunaan isi pelajaran dan taksiran. Selain itu,penerapan nilai hendaklah menitikberatkan penghayatan dan amalan seharian.

b) Mata Pelajaran - Mata Pelajaran Lain

Selain Pendidikan Moral, murid juga mendapat pendidikan moral tidak formal melalui mata pelajaran-mata pelajaran lain seperti Sejarah,Sains,Geografi dan sebagainya.

-Sejarah

Melalui sejarah, nilai-nilai murni seperti keberanian,kerajinan,penghormatan, taat setia dan semangat cintakan negara dapat dipelajari melalui kajian biografi tokoh-tokoh politik.

-Geografi

Murid-murid dapat mempelajari nilai-nilai moral seperti bertanggungjawab,kesyukuran,sikap menghargai dan cintakan alam dalam mata pelajaran Geografi. Contohnya, apabila murid mempelajari tentang kedudukan Malaysia yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah jalan perhubungan perairan dan udara antarabangsa dan bebas daripada bencana alam, mereka akan berasa bersyukur. Mereka juga akan berasa bangga kerana Malaysia kaya dengan bahan-bahan mentah.-Sains

Dalam mata pelajaran Sains, murid-murid akan diajar pengetahuan dan kefahaman tentang konsep dan prinsip Sains. Ini dapat memperkembangkan lagi naluri ingin tahu terhadap sains dan mengamalkan nilai-nilai Sains.Antara nilai-nilai moral yang dapat dipupuk adalah seperti bersikap jujur semasa melaporkan keputusan penyiasatan Sains, bekerjasama terhadap keselamatan, menghargai alam sekitar,bertanggungjawab dalam penggunaan sumber dan sebagainya.

Guru-guru perlulah menekankan nilai-nilai murni dalam setiap topik yang disampaikan kepada murid-murid supaya dapat menbentuk insan yang harmonis dan seimbang.

c) Unit Beruniform dan Kelab

Di sekolah, nilai-nilai moral juga boleh diterapkan melalui aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan kelab.-Pengakap

Melalui janji yang dibuat, Pengakap dapat dibentuk kemoralan yang tinggi. Taat setia,pertolongan dan kepatuhan merupakan elemen yang penting dalam janji. Undang-undang Pengakap juga banyak mengandungi nilai-nilai moral seperti budi pekerti yang baik, kesabaran,kebolehpercayaan serta kebersihan fizikal dan mental. Di samping itu, Pengakap juga mengadakan jambori yang akan melibatkan pengakap-pengakap dari negara-negara lain. Perhimpunan seperti ini adalah sihat dan amat digalakkan kerana melibatkan peserta-peserta daripada bangsa dan negara yang berbeza.-Pergerakan Bulan Sabit Merah (PBSM)Tujuan utama penubuhan PBSM ialah untuk membekalkan khidmat yang terlatih serta berguna dan secara sukarela kepada masyarakat. Oleh itu, ahli-ahli yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti seperti kempen kebersihan, memberi pertolongan dan bantuan di pusat kesihatan , rumah orang tua dan rumah anak yatim. Ahli-ahli PBSM juga terlibat dalam pemungutan derma untuk mangsa-mangsa bencana alam, banjir dan kebakaran.Apabila berlakunya kecemasan, ahli-ahlinya juga bersedia untuk menderma darah bagi membantu mangsa-mangsa.Nilai-nilai murni yang dapat dipupuk termasuklah baik hati, bertanggungjawab,belas kasihan, kebersihan rohani dan jasmani, bekerjasama dan lain-lain lagi.d) Kelab dan Persatuan-Kelab Interact

Kelab Intect ditubuhkan di sekolah-sekolah melalui aktiviti-aktiviti Kelab Rotary International. Nilai-nilai murni telahpun dinyatakan dalam tujuan-tujuan kelab ini seperti di bawah:

-memperkembangkan kepimpinan

-mengamalkan sikap bertimbang rasa dan memberi bantuan kepada orang lain

-mewujudkan kesedaran tentang kepentingan rumah tangga dan keluarga

-membina penghormatan terhadap hak orang lain

-mengenal nilai semua pekerjaan yang berguna sebagai peluang untuk berkhidmat kepada negara

Kelab Interact mengadakan pelbagai aktiviti yang bertujuan menolong mereka yang kurang bernasib baik. Dengan ini, ahli-ahlinya dapat mempelajari dan menghayati nilai-nilai murni seperti kepimpinan,tolong-menolong,semangat bermasyarakatan dan sebagainya. Selain pemupukan nilai-nilai murni melalui Pendidikan Moral, mata pelajaran-mata pelajaran lain, badan beruniform, kelab dan persatuan, murid-murid juga mempelajari nilai-nilai murni melalui kurikulum tersembunyi. Kurikulum tersembunyi ialah semua jenis pembelajaran yang berlaku secara tidak langsung atau tidak dirancangkan. Antara perkara yang dipelajari murid ialah mencontohi sikap guru. Sebagai contoh,guru yang selalu masuk ke kelas lewat akan membayangkan kepada pelajar bahawa ketepatan masa tidak penting. Disebabkan kurikulum tersembunyi sentiasa wujud di sekolah, maka pengetua dan guru-guru hendaklah berusaha mengekalkan suasana moral yang menggalakkan.

Seseorang pengetua yang menguruskan sesebuah sekolah secara autokratik akan menonjolkan nilai yang bertentangan dengan demokrasi. Akibatnya, pelajar juga akan belajar secara autokratik. Mereka kurang rela mendengar pendapat orang lain dan suka membuat keputusan sendiri. Sebaliknya,guru yang tidak begitu tegas akan membentuk sikap pelajar yang tidak menghormati orang dewasa dan peraturan peraturan sekolah.

Sikap demokratik yang diamalkan oleh guru mempengaruhi sikap dan nilai seorang pelajar. Dalam kerja kumpulan, pelajar akan mengikut guru dalam mengamalkan demokrasi.Contohnya, pelajar bersetuju menerima pendapat daripada majority. Semasa menjalankan kerja berkumpulan,mereka menjalankan kewajipan masing-masing. Mereka akan bantu-membantu antara satu sama lain dan menghormati norma-norma kumpulan mereka. Di samping itu, seseorang guru juga seharusnya mempunyai system ganjaran dan hukuman yang adil. Jika adanya diskriminasi atau kekurangan ketekalan, pelajar tidak akan menghargai nilai keadilan. Terdapat juga guru yang tidak menjatuhkan hukuman ke atas seseorang pelajar kerana kedudukan sosioekonomi ayah pelajar itu.Dapat dilihat dengan jelas bahawa guru tersebut tidak mempunyai nilai keberanian. Akibatnya, akan menghasilkan pelajar yang akan takut dalam menghadapi cabaran hidup.

Selain itu, guru yang menitikberatkan kebersihan di kalangan pelajar seperti berpakaian bersih dan kemas, bilik darjah yang bersih dan teratur akan membentuk pelajar yang mengamalkan nilai kebersihan dalam kehidupan seharian. Seseorang guru juga hendaklah menekankan kejujuran di dalam kelas. Guru mengalakkan pelajar memulangkan harta benda orang lain yang dijumpai. Guru juga perlu mengamalkan nilai kejujuran seperti wang yang dikutip daripada pelajar digunakan dengan bijaksana. Sebagai contoh, setelah wang digunakan untuk membeli buku dan alat tulis,wang yang selebihnya perlulah dipulangkan kepada pelajar.

Guru yang mengajar dengan penuh dedikasi dan kesabaran, menepati masa dan kerap menggunakan alat bantu mengajar akan menonjolkan niai ketekunan. Buku-buku latihan yang telah dihantar oleh pelajar akan ditanda dan dipulangkan kepada pelajar dalam masa yang paling singkat akan juga membayangkan nilai kerajinan. Sikap guru tersebut akan dicontohi oleh pelajar. Pemupukan nilai pelajar di sekolah juga melalui interaksi antara guru dan pelajar-pelajar. Guru yang sedia mendengar masalah pelajarnya akan menonjolkan nilai baik hati. Guru memberi makanan kepada pelajar yang lupa membawa makanan ke sekolah juga membayangkan sikap guru yang berasa simpati terhadap orang yang menghadapi kesusahan.

Kesimpulannya, tugas guru dalam memupukkan nilai murni tidak semestinya bergantung 100% kepada kandungan kurikulum yang ditentukan tetapi perlu juga berdasarkan inisiatif mereka sendiri. Guru sebagai "role model" perlulah menunjukkan dan memainkan peranan dalam menerapkan nilai murni baik dari segi perbuatan, perlakuan atau tuturkatanya. Mohd Komel(1988) menyatakan bahawa contoh tauladan para pendidik inilah yang membantu dalam pembentukan sahsiah murid. Mereka seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan sifat-sifat akhlak yang mulia. Guru harus cekap dalam menyampaikan isi pelajaran di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam penyampaiannya. Begitu juga dalam memilih kaedah dan waktu hendaklah bersesuaian.Antara bukti keberkesanan yang telah kita dapat lihat pada hari ini ialah semakin ramai golongan remaja kita yang berakhlak mulia walaupun mereka dipengaruhi oleh pelbagai godaan untuk memencongkan nilai murni pada diri manusia. Golongan remaja yang awal 20-an sekarang adalah mereka yang telah diterapkan dan diberi penekanan mengenai penerapan nilai-nilai murni semasa di sekolah dahulu. Hasilnya kita lihat pada hari ini adanya kesedaran daripada golongan remaja sendiri untuk membenteras kepincangan yang dihadapi oleh segelintir rakan mereka yang masih dipengaruhi oleh nilai yang tidak elok. Misalnya, dalam industri muzik yang sentiasa mengulit remaja dengan lagu-lagu dan muzik terkini seperti rock, dang-dut, dan lain-lain. Tapi ada juga remaja yang sedar dan cuba menarik dan menutupinya dengan mengalunkan lagu-lagu dakwah dengan memuji kebesaran Illahi seperti kumpulan Rabbani, Raihan, Hijjaz, Hawa dan sebagainya. Perkembangan kumpulan pemuzik dakwah ini sekurang-kurangnya menunjukkan adanya kesedaran dan kejayaan pemupukan nilai murni.

Dari segi ekonomi misalnya, kanak-kanak sekolah begitu perihatin terhadap kelemahan dan kesusahan orang lain. Penerapan nilai murni yang mereka terima membantu menyedarkan mereka untuk menderma, menolong dan perihati terhadap masalah yang wujud tanpa mengira siapa. Contohnya, "Derma Hari Pahlawan" yang selalu di buat oleh kanak-kanak sekolah , menunjukkan disamping mereka menderma mereka bekerjasama membantu memungut derma tersebut. Ini menunjukkan satu inesiatif yang baik dalam menyemai nilai-nilai murni.

Anugerah "Tokoh Kanak-kanak", "Pingat Hang Tuah", "Olahragawan dan Olahragwati" dan lain-lain anugerah menunjukkan nilai-nilai murni yang disemai dan keberkesannanya kerana penganugerahan itu diberikan berdasarkan kepada sikap, sifat dan pencapaian yang baik yang ditunjukkan.

Dalam pendidikan, konsep pemuafakatn ini ditumpukan kepada pemuafakatan antara guru, ibubapa, masyarakat dan murid itu sendiri. Antaranya yang jelas kita nampak ialah pemuafakatan yang dibuat melalui penibuhan PIBG di sekolah-sekolah untuk menangani dan membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan sekolah, perkembangan , kemajuan serta masalah yang melanda pelajar serta sekolah tersebut.

Dengan adanya PIBG, ini menunjukkan bebanan di sekolah tidak hanya dipikul oleh guru sahaja tetapi juga mendapat kerjasama daripada ibu-bapa pelajar. Sebarang kemajuan dapat dirasai bersama sebaliknya juga sebarang masalah perlu dipikul dan dibanteras bersma.

Konsep pemuafakatan di sekolah juga dapat kita lihat melalui kegiata-kegiatan ko-kurikulum ataupun temasya yang diadakan. Contohnya temasya sukan atau sukaneka di sekolah adakalanya melibatkan tidak hanya pelajar berkenaan tetapi juga ahli keluarga pelajar tersebut. Ini menunjukkan adanya semangat kesukanan, setiakawan serta kerjasama dalam aktiviti yang dijalankan.

Tugas guru dalam menerapkan nilai murni tidak semestinya bergantung 100% kepada kandungan kurikulum yang ditentukan tetapi perlulan juga berdasarkan inisiatif mereka sendiri. Guru sebagai "role model" perlulah menunjukkan dan menainkan peranan dalam menerapkan nilai murni baik dari segi perbuatan, perlakuan maupun tuturkatanya. Guru harus cekap dalam menyampaikan isi pelajaran disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam penyampaiannya. Begitu juga dalam memilih kaedah dan waktu hendaklah bersesuaian.

Kesemua nilai yang disenaraikan merupakan asas atau jambatan kepada pelajar yang masih dibangku sekolah dalam membentuk perwatakan dan displin diri yang tinggi dan mulia. FPN digubal berpandukan kepada konsep berteraskan Allah SWT. Ia menampakkan sifat yang bersepadu, menyeluruh dan seimbang iaitu kesepaduan di antara ilmu, iman dan amal; kesepaduan di antara akal, jasad dan roh; kesepaduan di antara teori dan amali, di antara kemahiran dan akhlak; di antara rupa dan jiwa; di antara pembangunan keduniaan dan akhirat; dan di antara manusia, alam dan Allah, yang mana kesemuanya bermatlamatkan pemikiran insan soleh . Insan yang baik akan membentuk keluarga yang baik, seterusnya masyarakat serta bangsa yang baik.