document8

2
kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh (Yong & Biraimah, 1996) dapat mengawal kelakuan pelajar, mengumpulkan pelajar mengikut kumpulan dan memberi penilaian atau ujian yang kerap kepada pelajar (Ahmad & Tamuri, 2010; Jasmi, Ilias, Tamuri, & Mohd Hamzah, 2011). Justeru itu, sebagai seorang guru yang berintegriti, kita seharusnya mengamalkan nilai-nilai murni ini dalam usaha melahirkan bunga-bunga bangsa yang mahir dalam mengaplikasikan unsur Bahasa dengan baik bukan semata- mata diatas sekeping kertas semasa peperiksaan. Penilaian berorientasikan peperiksaan menyebabkan pengajaran dan ilmu yang dicurahkan bersifat beku dan jumud. Ini menyebabkan merudumnya nilai dan unsur Bahasa. Proses penilaian dan pentaksiran sentiasa berlaku melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita, Stufflebeam (1971). Penilaian juga boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai. Pentaksiran pula adalah suatu proses meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengajaran berfokuskan peperiksaan menjadi isu penting pada masa kini. Hasil dari data kajian yang diperolehi melalui soal selidik, pemerhatian dan temu bual jelas menunjukkan guru – guru sentiasa memberi fokus kepada peperiksaan. Fenomena yang sama

Upload: aisyah-nazifah

Post on 28-Aug-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

part 8

TRANSCRIPT

kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh (Yong & Biraimah, 1996) dapat mengawal kelakuan pelajar, mengumpulkan pelajar mengikut kumpulan dan memberi penilaian atau ujian yang kerap kepada pelajar (Ahmad & Tamuri, 2010; Jasmi, Ilias, Tamuri, & Mohd Hamzah, 2011).Justeru itu, sebagai seorang guru yang berintegriti, kita seharusnya mengamalkan nilai-nilai murni ini dalam usaha melahirkan bunga-bunga bangsa yang mahir dalam mengaplikasikan unsur Bahasa dengan baik bukan semata-mata diatas sekeping kertas semasa peperiksaan. Penilaian berorientasikan peperiksaan menyebabkan pengajaran dan ilmu yang dicurahkan bersifat beku dan jumud. Ini menyebabkan merudumnya nilai dan unsur Bahasa. Proses penilaian dan pentaksiran sentiasa berlaku melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita, Stufflebeam (1971). Penilaian juga boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai. Pentaksiran pula adalah suatu proses meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengajaran berfokuskan peperiksaan menjadi isu penting pada masa kini. Hasil dari data kajian yang diperolehi melalui soal selidik, pemerhatian dan temu bual jelas menunjukkan guru guru sentiasa memberi fokus kepada peperiksaan. Fenomena yang sama turut berlaku dalam pengajaran bahasa Melayu dimana didapati guru-guru juga menggunakan format peperiksaan semasa menjalankan aktiviti ataupun semasa menyediakan latihan. Fokus kepada peperiksaan menyebabkan pengabaian penerapan unsur Bahasa semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kaedah pengajaran yang berfokus kepada peperiksaan memberi implikasi kepada suasana pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Contohnya, aktiviti banyak tidak dapat dijalankan, latihan sentiasa berdasarkan format peperiksaan, penglibatan murid terbatas, dan murid yang lemah tidak menerima hasil pembelajaran. Tetapi, tidak dinafikan penilaian merupakan salah satu unsur penting dalam proses pendidikan namun, harus difahami bahawa penilaian bukan sahaja boleh dilaksanakan melalui peperiksaan.