771222086803001_hbis3203_fiqh 11

20
(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI / 2014 HBIS3203 FIQH II NO. MATRIKULASI : 771222086803001 NO. KAD PENGNEALAN : 771222086803 NO. TELEFON : 0164936239 E-MEL : [email protected]

Upload: shahfulrizal-bin-abd-hamid

Post on 29-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Page 1: 771222086803001_HBIS3203_FIQH 11

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / 2014

HBIS3203

FIQH II

NO. MATRIKULASI : 771222086803001

NO. KAD PENGNEALAN : 771222086803

NO. TELEFON : 0164936239

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PP SHAH ALAM

Page 2: 771222086803001_HBIS3203_FIQH 11

HBIS3203

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2

2.0 JENIS-JENIS HAJI 3

2.1 HAJI IFRAD 3

2.2 HAJI TAMATTUK 4

2.3 HAJI QIRAN 7

3.0 PERJALANAN JEMAAH HAJI MALAYSIA 8

4.0 KESIMPULAN 13

5.0 RUJUKAN 14

1

Page 3: 771222086803001_HBIS3203_FIQH 11

HBIS32031.0 PENGENALAN

Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Makkah pada bulan-bulan haji

untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya yang tertentu. Ibadat

Haji merupakan ibadat yang difardhukan sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam,

sama ada lelaki atau perempuan. Ibadat haji merupakan salah satu rukun Islam yang mesti

dilaksanakan oleh setiap muslim yang mukallaf. Hukumnya wajib sekali seumur hidup

apabila memenuhi syarat-syaratnya. Setiap muslim juga mestilah berazam untuk

menunaikan ibadat haji dan sentiasa berusaha untuk melaksanakan perintah Allah S.W.T

tersebut. Haji merupakan kewajipan yang mesti ditunaikan bagi melengkapkan rukun

Islam yang kelima. Firman Allah S.W.T :

ن� ) م�ي ن� ـ� ن ل ٱ م� ن ى�� م� ن� ن� �� ن ٱ ن�� م�� ن� ن� ن� ن� ن�� �ن �ا �‌ م#يل ن$ م� لي ن م�% ن& ن'� ن) ل$ ٱ م� ن� م( لي ن# ل ٱ ج�* م, م- ن��� ٱ ن�� ن م� �� ن م �٩٧ن

Maksudnya : ” Dan Allah S.W.T mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan

mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai

kepadanya Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu)

maka sesungguhnya Allah S.W.T Maha Kaya (tidak berhajat kepada

sesuatu pun) dari sekalian makhluk”.

Ali-Imran : ayat 97

Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud :

” Islam didirikan di atas lima perkara : Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang

disembah melainkan Allah S.W.T dan sesungguhnya Nabi Muhammad

S.A.W itu adalah utusan Allah S.W.T, mendirikan solat, berpuasa di bulan

Ramadhan, menunaikan zakat dan menunaikan haji ke Baitullah”

Riwayat al-Bukhariy dan Muslim

2

Page 4: 771222086803001_HBIS3203_FIQH 11

HBIS3203

2.0 JENIS-JENIS HAJI

Bagi jemaah yang akan memasuki Mekah di dalam bulan-bulan Haji (1 Syawal

hingga 10 Zulhijjah), maka terdapat 3 cara untuk menunaikan haji iaitu :

i. Haji Ifrad

ii. Haji Tamattuk

iii. Haji Qiran

2.1 HAJI IFRAD

Ifrad adalah menunaikan Haji sebelum Umrah dalam musim haji pada tahun yang

sama. Iaitu mengerjakan Haji dahulu dalam bulan haji dan kemudian mengerjakan

Umrah. Atau mengerjakan Umrah di luar musim haji kemudian baru menunaikan Haji

dalam tahun itu juga. Jamaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad tidak dikenakan Dam.

Haji inilah yang dilakukan oleh Baginda SAW sepertimana disebut hadis yang

diriwayatkan oleh Jabir:

بالحج وسلم عليه الله صلى الله رسول وأهل

“Dan Rasulullah SAW berihram dengan menunaikan Haji.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Jamaah Haji hanya berniat Ihram Haji sahaja di miqat yang ditetapkan dengan menyebut:

“Ya Allah! Daku ingin mengerjakan ibadat Haji, oleh itu permudahkanlah bagiku

dan terimalah ibadat Hajiku.”

Kemudian perbanyakkanlah bertalbiah. Apabila memasuki Kota Makkah, Jamaah

Haji mula melakukan pekerjaan Haji di Masjidil Haram, di mana apabila melihat

Baitullah Jamaah Haji bertakbir lantas mengucapkan ‘LA ILAAHA ILLALLAH’ dan

bertasbih seterusnya melakukan Tawaf iaitu mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh kali

sambil menutup bahu kiri dan berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama. Bagi Jamaah

bukan penduduk Makkah lakukanlah ‘Tawaf Qudum’ (Tawaf Selamat Datang). Cara

tersebut adalah sunat di sisi jumhur dan wajib bagi Mazhab Maliki. Penduduk Makkah

tidak boleh melakukan Tawaf tersebut.

3

Page 5: 771222086803001_HBIS3203_FIQH 11

HBIS3203Setelah selesai melakukan Tawaf Qudum, jemaah akan melakukan pula Saie di

antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh pusingan. Kemudian terus berada di Mekah

dalam keadaan berihram. Apabila tiba hari Tarwiah jemaah berangkat ke Mina dan

berada di sana sehingga selesai mendirikan Solat Subuh hari Arafah. Setelah itu bertolak

pula ke Arafah dan berada di sana serta mendirikan Solat Zuhur dan Asar pada waktu

Zuhur (Jamak Taqdim). Setelah tenggelam matahari Jamaah Haji mula ‘Ifadhah’

(beredar) sehingga tiba di Muzdalifah lalu mendirikan Solat Maghrib dan Isyak.

Apabila terbit matahari pada Hari Nahar (Hari Raya Korban), Jamaah Haji ifadhah

(beredar) lagi ke Mina lantas mula melontar. Setelah bermulanya lontaran pertama

Talbiah tidak lagi disebut. Kemudian menyembelih korban jika ingin berbuat demikian

lantas bercukur atau bergunting sebagai bertahallul, dengan demikian Jamaah Haji dihalal

semua perkara yang diharamkan semasa dalam keadaan berihram kecuali bersetubuh.

Setelah itu Jamaah Haji kembali ke Mekah lalu melakukan Tawaf di Baitullah sebagai

Tawaf Ziarah sebanyak tujuh pusingan seterusnya bersaie di antara Safa dan Marwah,

jika tidak melakukan Saie selepas Tawaf Qudum. Setelah selesai bolehlah bersaie dan

bertahallul serta dihalalkan baginya bersetubuh.

Jamaah Haji akan kembali semula ke Mina dan berada di sana sehingga selesai

melontar ketiga-tiga jamrah sama ada Jamaah Haji yang tergesa-gesa ingin cepat pulang

atau yang masih mempunyai banyak masa. Setelah itu Jamaah Haji kembali lagi ke

Makkah melakukan Tawaf Wida’. Seorang yang berihram dengan niat haji daripada

Miqat Haji. Apabila telah selesai menunaikan haji maka dia berihram dengan Ihram

Umrah dengan keluar ketempat paling dekat yang halal dan melakukan kerja-kerja

Umrah.

2.2 HAJI TAMATTUK

Mengerjakan haji secara Tamattuk, bermaksud iaitu berniat umrah dalam bulan-

bulan haji dan menunaikan semua ibadat yang berkaitan dengan umrah. Setelah tibanya

waktu haji pada tahun yang sama, maka ia akan berihram haji pula dan menunaikan amal

ibadat yang berkaitan dengan rukun-rukun haji. Haji Tamattuk adalah melakukan Umrah

dahulu, kemudian melakukan haji pada tahun yang sama. Iaitu mengerjakan umrah

dahulu dalam bulan-bulan haji (Syawal, Zulqaedah, 10 hari pertama Zulhijjah).

4

Page 6: 771222086803001_HBIS3203_FIQH 11

HBIS3203Jamaah Haji perlu berniat dan berihram untuk mengerjakan Umrah secara

berasingan seperimana dia hendaklah menyebut:

لبي��ك اللهم بعم��رة متمتع��ا به��ا إلى الحج اللهم أني أري��د العم��رة فيس��رها

لي ,تقبلها مني, نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى )عز وجل

“Daku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Umrah kerana ingin

mengerjakan Haji Tamatuk, Ya Allah! Sesungguhnya daku ingin mengerjakan

Umrah, maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Umrah

daripadaku. Daku menunaikan ibadat Umrah dan berihram dengannya

kerana Allah Ta’ala.”

Di sertai lafaz bertalbiah. Kemudian Jamaah Haji melakukan ibadah Umrah

sehingga selesai umrahnya (bertahallul). Iaitu ketika sampai di Makkah al-Mukarramah

Jamaah Haji pergi ke Baitullah al-Haram lalu mengerjakan Tawaf mengelilingi Kaabah

sebanyak tujuh pusingan, kemudian bersaie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh

kali, kemudian bertahallul dari Ihram dengan bercukur atau bergunting. Kemudian dalam

tahun yang sama, iaitu pada Hari Tarwiyah (tarikh 8 Zulhijjah) berniat Ihram Haji dari

tempat kediaman di Makkah atau di dalam kenderaan sebelum bertolak ke Arafah dengan

menyebut:

لبيك حجا اللهم أني أريد الحج فيسره لي، وتقبله مني، نويت الحج وأحرمت

لبيك، أن الحمدبه لله تعالى )عز وجل( لبيك اللهم لبيك، لبيك ال شريك لك

.والنعمة لك والملك، الشريك لك

اللهم أني أحرمت شعري وبشري، وجسدي وجميع جوارحي، من الطيب

الكريم، يا والنساء، ومن كل شيء حرمته على المحرم، وأبتغي بذلك وجهك

 رب العالمين

“Daku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Haji, wahai Tuhanku!

Sesungguhnya daku ingin mengerjakan Haji, maka permudahkanlah bagiku, maka

terimalah ibadat Haji daripadaku. Daku menunaikan ibadat Haji dan berihram

dengannya kerana Allah Ta’ala. Telah daku penuhi seruanMu, wahai Tuhanku,

telah daku penuhi seruanMu, telah daku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, tidak

ada sekutu bagiMu. Telah daku penuhi seruanMu, sesungguhnya segala puji,

5

Page 7: 771222086803001_HBIS3203_FIQH 11

HBIS3203segala nikmat dan segala pemerintahan adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu

bagiMu. Ya Allah! Diharamkan olehMu rambutku dan diriku, jasadku dan semua

anggotaku, daripada wangi-wangian dan perempuan serta dari semua perkara

yang Dikau haramkan terhadap orang yang berihram, daku mengharapkan

pertolonganMu, wahai Tuhan sekelian alam.” 

Seterusnya jemaah akan mengerjakan Haji hingga sempurna. sebagaimana

Jamaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad, cuma dia perlu membayar Dam kerana

menikmati kemudahan semasa mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji sebagaimana

firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan

dengan mengerjakannya.” Orang yang telah mengerjakan Tawaf Umrah ketika

mengerjakan Haji Tamatuk tidak perlu lagi mengerjakan Tawaf Qudum bagi Haji malah

selepas Tahallul yang pertama dia hendaklah melakukan Tawaf Ifadhah dan bersaie di

antara Safa dan Marwah bagi ibadat Haji mengikut pendapat jumhur ulama. Walau

bagaimanapun bagi Mazhab Hanafi, bagi Jamaah Haji yang mengerjakan Haji Tamattuk

yang tidak membawa (mendapatkan) binatang ternakan, tetapi jika telah membawa

(mendapatkan) binatang tersebut, maka hukumnya sama seperti hukum Haji Qiran.

2.2.1 Dam

Bagi yang mengerjakan haji TamaTtuk, sekiranya bukan penduduk Makkah, dia

wajib dikenakan Dam dengan menyembelih haiwan korban (seekor kambing / sepertujuh

dari lembu / sepertujuh dari unta) pada tarikh 10 Zulhijjah atau di hari-hari Tasyriq (tarikh

11,12,13 Zulhijjah). Jika tidak mampu menyembelih, maka wajib berpuasa 10 hari; 3 hari

di waktu haji (boleh dilakukan pada hari-hari Tasyriq. Namun yang lebih utama

dilakukan sebelum tarikh 9 Zulhijjah / hari Arafah) dan 7 hari selepas pulang ke kampung

halamannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : 

“Maka sesiapa yang berumrah pada bulan2 haji kemudian dia melakukan haji

pada tahun yang sama maka dia dikenakan denda iaitu seekor kambing yang di

sembelih. Sesiapa yang tidak mampu melaksanakan denda tersebut maka

hendaklah dia berpuasa selama tiga hari pada waktu haji dan tujuh hari setelah

mana dia sampai di tanah airnya. Maka sempurnalah sepuluh hari. Denda

6

Page 8: 771222086803001_HBIS3203_FIQH 11

HBIS3203tersebut dikenakan kepada mereka yang bukannya penduduk tanah haram

Makkah. “ (196: Al-Baqarah)

2.3 HAJI QIRAN

Haji Qiran ialah berniat menggabungkan atau menghimpunkan Umrah dan Haji

pada satu perjalanan musafir (sekali pergi) dalam bulan-bulan Haji dengan berihram dari

Miqat Haji. Cara Haji Qiran ialah :

a. Cara 1 : Berniat mengerjakan Haji dengan Umrah serentak dalam bulan haji

dengan mengerjakan amalan haji saja.

b. Cara 2 : Berniat mengerjakan Umrah saja tetapi sebelum Tawaf berniat

mengerjakan Haji.

2.3.1 Miqat Makani

Tempat Jamaah Haji dikehendaki berniat Ihram Haji / Umrah dan memakai

pakaian ihram.

1. Di Miqat Qarnul Manazil atau sebelum sampai Miqat, seperti di Kompleks atau

dalam kapal terbang sebelum bertolak ke Makkah.Atau;

2. Bir Ali atau sebelum sampai di Bir Ali seperti di tempat kediaman atau di dalam

kenderaan sebelum bertolak ke Makkah.

Jamaah Haji berniat Haji dan Umrah dengan satu niat dari miqat yang ditetapkan dengan

berkata:

“Daku telah memenuhi seruanMu untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah.”

2.3.2 Perlaksanaan Haji Qiran

Jemaah akan melakukan kerja-kerja haji secara sempurna. Iaitu apabila Jamaah

Haji yang mengerjakan Haji Qiran memasuki Kota Makkah, dia perlu melakukan Tawaf

di Baitullah sebanyak tujuh pusingan secara berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama

kemudian diteruskan dengan bersaie di antara Safa dan Marwah. Imam Hanafi

berpendapat bahawa agar Jamaah Haji melakukan pekerjaan-pekerjaan Haji sebagaimana

7

Page 9: 771222086803001_HBIS3203_FIQH 11

HBIS3203Haji Ifrad, manakala di sisi jumhur memadai bagi Jamaah Haji yang mengerjakan Haji

Qiran melakukan satu Tawaf (tujuh pusingan) dan satu Saie (tujuh pusingan) sahaja

kerana Tawaf dan Saie Umrah yang dilakukan itu juga dikira sebagai Tawaf dan Saie Haji

sehinggalah dia bertahallul dari Umrah dan Haji secara serentak.

Maka ini termasuklah amalan Umrah dalam amalan Haji iaitu dengan

menegerjakan satu Tawaf dan satu Saie. Ibnu Umar r.a. telah meriwayatkan:

Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

من أحرم بالحج والعمرة أجزأه طواف واحد وسعي واحد

“Sesiapa yang berihram untuk menunaikan Haji dan Umrah sekali gus, cukuplah

dengan satu Tawaf dan satu Saie.” (Hr Tirmizi)

2.3.3 Dam

Jamaah Haji tidak boleh bertahallul dari Ihram sebelum melontar Jamrah Aqabah

serta bercukur atau bergunting. Dia hendaklah dikenakan menyembelih Dam. Qiran juga

dikenakan dam kerana diqiaskan dengan Tamatuk disebabkan kerja Haji Tamatuk lebih

banyak dari kerja-kerja Haji Qiran. Walaubagaimanapun, Haji yang paling Afdal adalah

Haji Ifrad. Ini kerana Haji Ifrad adalah yang paling baik kerana ianya dilakukan oleh

Rasulullah SAW sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir dan Aisyah dalam hadis yang

diriwayatkan Bukhari dan Muslim.

3.0 PERJALANAN JEMAAH HAJI MALAYSIA

Menunaikan ibadah Haji adalah ibadah tahunan yang dilaksanakan kaum

muslimin seluruh dunia yang bermampuan (harta, fizikal dan keilmuan) dengan

mengunjungi dan melaksanakan beberapa kegiatan di beberapa tempat di Arab Saudi

pada musim haji (bulan Zulhijjah). Pada 8 Zulhijah, bermulanya perjalanan lima hari

terpenting dalam mengerjakan ibadah haji yang menjadi Rukun Islam kelima. Jemaah

akan bergerak ke Masyaer iaitu tempat mengerjakan haji di Arafah, Muzdalifah dan

Mina. Mereka yang telah berada di Makkah sejak awal akan melaksanakan Rukun Haji

dengan meninggalkan kota Makkah menuju Padang Arafah yang luasnya 10.4 kilometer

persegi, terletak kira-kira 22 kilometer dari Masjidil Haram.

8

Page 10: 771222086803001_HBIS3203_FIQH 11

HBIS3203Bagi Jemaah Haji Malaysia sebelum berangkat ke Tanah Suci, sebaik sahaja

mendapat Surat dari Tabung Haji mengenai Jadual Pendaftaran Haji di Kelana Jaya dan

juga Jadual Berlepas, Jemaah Haji sudah boleh membuat persiapan dan persediaan yang

patut mengenai barang-barang keperluan yang perlu dibawa. Semasa proses “check in”,

Jemaah Haji hendaklah membawa sendiri bagasi masing-masing ke dalam bangunan

Tabung Haji Kelana Jaya untuk di “x-ray” oleh mesin pengimbas. Selepas melalui mesin

“x-ray”, bagasi Jemaah Haji akan mula ditimbang oleh Petugas Airlines yang sedia ada di

bangunan Tabung Haji tersebut. Sebelum itu Jemaah Haji akan diberi Gelang Tangan

yang bertujuan sebagai Pengenalan Diri Jemaah Haji di Tanah Suci. Gelang Tangan

Jemaah Haji mula diperkenalkan selepas berlakunya Tragedi Terowong Muassem suatu

ketika dahulu di mana terlalu ramai Jemaah Haji yang meninggal dunia akibat kesesakan

di Terowong Muassem sehingga mayat sukar untuk dikenali. Tetapi sekarang Terowong

Muassem selamat digunakan kerana sudah ada 2 laluan Terowong untuk Jemaah Haji

yang berulang alik dari Khemah Mina ke Jamrat yang tidak akan bertembung semasa

pergi dan balik.

Jemaah Haji juga akan diberikan Lencana Pengenalan Diri Jemaah Haji. Lencana

Pengenalan Diri Jemaah Haji ini mengandungi maklumat mengenai Nama Jemaah Haji,

No.Pasport Haji, Gambar Jemaah Haji, Maktab berapa di Tanah Suci beserta dengan “Bar

Code”. Ini adalah kerana ianya sebagai ganti Pasport Jemaah Haji dan boleh digunakan

semasa Jemaah Haji ingin membuat Pengeluaran Wang di Kaunter Pengeluaran Wang

Tabung Haji di Makkah dan Madinah nanti.

Bagi jemaah haji penerbangan awal (bertolak awal dan terus ke Madinah dan

memasuki Makkah melalui Madinah) - Kebanyakkan mereka memilih untuk mengerjakan

haji tamattuk dengan berniat ihram umrah di Zulhulaifah (Bir Ali), kemudian berniat haji

di hotel Makkah pada hari tarwiyyah (8 Zulhijjah). Jika seseorang memilih untuk

melakukan haji ifrad atau haji qiran, adalah kurang sesuai kerana terpaksa berada dalam

pakaian ihram lebih lama (pada mula masuk ke Makkah sehingga 10 Zulhijjah). Walau

bagaimana pun jemaah yang mengerjakan haji tamattuk akan dikenakan dam (seekor

kambing atau kibas), manakala jemaah yang mengerjakan haji ifrad tidak dikenakan dam.

Bagi sesiapa yang telah berniat untuk melakukan haji ifrad boleh menukarkannya kepada

haji tamattuk sebelum melakukan tawaf.

Bagi jemaah haji penerbangan akhir (bertolak lewat dan terus ke Makkah) boleh

memilih untuk mengerjakan haji tamattuk, haji ifrad atau haji qiran. Bagi jemaah yang

berniat untuk mengerjakan haji ifrad atau haji qiran, jemaah hendaklah bersedia untuk

9

Page 11: 771222086803001_HBIS3203_FIQH 11

HBIS3203berada dalam pakaian ihram dalam masa yang agak lama (mula daripada hari masuk ke

Makkah sehingga 10 Zulhijjah) dan bersedia mematuhi pantang larang yang dikenakan.

Mereka akan menziarahi Madinah selepas selesai ibadat haji. Para jemaah haji yang

hanya ada masa yang pendek untuk menunaikan haji (misalnya 10 hari) dan terpaksa

balik awal ke tanah air, biasanya akan mengerjakan haji qiran (lakukan haji dan umrah

serentak, atau dua dalam satu). Jemaah Haji tidak mempunyai masa untuk mengerjakan

umrah secara berasingan. Ada juga jemaah yang mengerjakan haji tamattuk (mengerjakan

umrah dahulu kemudian mengerjakan haji, dalam bulan haji) yang masuk lewat (akhir) ke

Tanah Suci Makkah dan tidak sempat tawaf umrah kerana uzur (sehingga hari untuk

berangkat ke Arafah). Kes seperti ini lumrah berlaku pada kaum Hawa. Jemaah ini secara

automatik hajinya menjadi haji qiran. Dam yang dikenakan ialah sama dengan dam haji

tamattuk iaitu menyembelihkan seekor kambing atau kibas. Bagi jemaah yang bersama

keluarga, yang bertolak dan tinggal setempat, pilihan jenis haji untuk dikerjakan biarlah

sama. Janganlah hendaknya berlaku suami isteri yang bersama mengerjakan ibadat haji

tetapi memilih jenis haji yang berlaian antaranya. Berikut adalah gambarajah perjalanan

Jemaah Haji Malaysia secara ringkasnya :

Sebelum 8 Zulhijjah

Umat Islam dari seluruh dunia mulai berduyun-berduyun melaksanakan Tawaf

Haji di Masjid Al Haram, Makkah.

8 Zulhijjah

8 Zulhijah adalah Hari Tarwiyah (hari jemaah berangkat menuju ke Arafah dan

bertalbiah untuk haji). Jemaah akan memulakan Hari Tarwiah (Hari Memberi

Air), hari yang diberi nama seumpama itu berikutan secara tradisi jemaah

membuat persiapan dan memberi air kepada tunggangan dan ternakan serta

menyimpan air untuk perjalanan ke Arafah. Pada pagi 8 Zulhijjah, semua umat

Islam tanpa mengira lelaki atau wanita, memakai pakaian Ihram (dua lembar kain

putih tanpa jahitan sebagai pakaian haji), kemudian berniat haji, dan mereka tidak

putus-putus mengucapkan Talbiyah:

K ال KكLل MمLال Kو KكKل Kة KمLعNالن Kو Kد Lم KحLال OنPإ KكLيOبKل KكKل KكLيPر KشKال KكLيOبKل KكLيOبKل Oم MهOالل KكLيOبKل

KكKل KكLيPر Kش

10

Page 12: 771222086803001_HBIS3203_FIQH 11

HBIS3203(Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang

menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang

tiada sekutu bagi-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya

segala puji, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-

Mu.)

Jemaah haji kemudian berangkat menuju Mina, sehingga malamnya semua

Jemaah haji seharusnya sudah berada dan bermalam di Mina. Ramai jemaah

sekarang menggunakan Kereta Api Mashair untuk ke Arafah dan kawasan

sekelilingnya yang kosong dan bakal dipenuhi jemaah untuk menghadiri

kemuncak ibadat haji.

9 Zulhijjah

Pada sebelah paginya semua jamaah haji pergi ke Arafah. Mereka akan berada di

Arafah bagi mengerjakan Ibadah Wukuf iaitu berdiam diri dan berdoa atau

menunaikan solat memohon rahmat daripada Allah SWT. Wukuf pada 9 Zulhijjah

adalah rukun yang terpenting atau kemuncak ibadah haji dan ibadah wajib

dilaksanakan setiap jemaah, termasuk bagi mereka yang sakit, walaupun hanya

dengan singgah seketika. Selepas waktu Maghrib pada 9 Zulhijjah, jemaah haji

akan memulakan pergerakan untuk bermalam di Mudzalifah iaitu jarak sekitar 8

kilometer dari Arafah. Para jemaah akan berada di Muzdalifah hingga tengah

malam dan mengutip batu untuk melontar jamrah di Mina pada keesokan harinya.

10 Zulhijjah

Pada sebelah pagi 10 Zulhijah, jemaah segera beredar meninggalkan Muzdalifah

menuju Mina untuk melaksanakan ibadah melontar, iaitu melontar 7 biji batu ke

Al-Jamrah Aqabah (pertama) sebagai simbolik mengusir syaitan. Setelah bercukur

kepala atau menggunting rambut (bertahlul), jemaah sudah boleh Tawaf Haji

(menyelesaikan Haji) di Makkah, atau bermalam di Mina dan melaksanakan

sambungan melontar Jamrah (Ula dan Wustha). Mereka akan berada di Mina

selama 3 hari atau secepat-cepatnya 2 hari untuk melontar jamrah yang

ditentukan. Jemaah haji Malaysia akan mula melontar Jamratul Qubra selepas

solat Isyak bermula jam 11 malam pada 10 Zulhijjah. Bagi yang tinggal di Mina

Muhassir, mereka akan melontar selepas tengah malam dan balik ke khemah di

Mina Muhassir bagi bermalam di Mudzalifah. Pada tarikh ini juga, umat Islam

akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau dikenali sebagai Hari Raya Korban.

11

Page 13: 771222086803001_HBIS3203_FIQH 11

HBIS3203Mereka yang berkemampuan termasuk yang berada di luar kota suci Mekah akan

melakukan ibadat korban untuk diagihkan kepada mereka yang kurang

berkemampuan.

11 Dan 12 Zulhijjah

Pada Hari Tasyrik, 11 dan 12 Zulhijjah pula, jemaah akan menyambung lontaran

ketiga-tiga Jamratul Sughra, Jamratul Wusta dan Jamratul Qubra selepas solat

Isyak bermula pada 9 malam.

13 Zulhijjah

Pada 13 Zulhijjah, jemaah haji yang melakukan Nafar Thani akan melontar

selepas Solat Subuh antara 6 pagi hingga 8.30 pagi. Setelah selesai melontar para

jemaah akan meninggalkan Mina menuju ke Makkah untuk menyempurnakan

ibadat haji dengan mengerjakan Tawaf dan Saie. Jemaah haji yang mengerjakan

Haji Tamattuk, mereka akan kembali ke Makkah untuk melakukan Tawaf Rukun

dengan mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram sebanyak 7 kali. Ini diikuti

dengan bersaie antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebelum bertahlul (bercukur

atau menggunting rambut) bagi membolehkan mereka bertahalul Awal.

Penamat

Sebelum pulang ke Malaysia, jamaah melaksanakan Tawaf Wada’ (Tawaf

perpisahan / Selamat Tinggal).

12

Page 14: 771222086803001_HBIS3203_FIQH 11

HBIS3203

4.0 KESIMPULAN

Menunaikan ibadah Haji bagi kebanyakan pihak adalah pekerjaan yang tidak

mudah. Ia memerlukan kemahuan yang kuat dan kemampuan yang memadai. Terdapat

banyak pihak yang sudah mampu, tetapi belum mempunyai kemahuan. Dan lebih banyak

lagi yang sudah mempunyai kemahuan tetapi belum mempunyai kemampuan yang cukup.

Oleh kerana itu, pergi menunaikan ibadah Haji bagi kebanyakan pihak dirasakan sebagai

keberuntungan yang besar. Maka rugi rasanya, jika keberuntungan menunaikan ibadah

Haji itu tidak dikerjakan dengan sebaik-baiknya. Maka dalam hal Haji beliau juga

memberi perintah: Ambillah cara mengerjakan Haji dan Umrahmu dariku. (H.R. Muslim

dari Jabir).

Nabi saw. sendiri tidak memberikan ciri-ciri atas satu-satu amalan beliau dalam

Haji. Baginda tidak mengatakan yang ini fardhu, yang ini wajib dan yang ini sunat, tetapi

beliau mengerjakan semuanya lalu memerintahkan orang lain mencontohi cara baginda

itu secara keseluruhan, dan memberikan rukhsah dalam hal-hal tertentu untuk orang-

orang tertentu pula. Hanya Ulama mazhab-mazhab fikh yang kemudian mengelompokkan

amalan-amalan Haji ke dalam Kelompok Fardhu iaitu ertinya amalan yang dianggap

sebagai wujud daripada haji sehingga jika tidak dikerjakan, maka tidak sahlah ibadat Haji.

Kelompok Wajib iaitu amalan yang harus dikerjakan untuk ibadat Haji, tetapi kalau tidak

dikerjakan, Hajinya tetap sah, tetapi harus membayar denda berupa Hadyu atau lainnya.

Kelompok Sunat pula adalah amalan yang dianjurkan untuk dikerjakan, tetapi jika tidak

dikerjakan, Hajinya tetap sah dan tidak harus membayar denda.

Walaubagaimanapun Ibadat Haji ini juga perlulah dilakukan semata-mata kerana

Allah kerana jika dalam mengamalkan ibadah yang lain, orang sudah berasa susah untuk

ikhlas seperti yang diisyaratkan oleh sabda Rasulullah saw: "Mahukah kamu aku beritahu

sesuatu yang menurut aku lebih berbahaya atasmu daripada Dajjal Al-MaSih? Mereka

menjawab: Ya. Beliau bersabda: Syirik tersembunyi. Seorang laki-laki solat, lalu

diperbaikinya solatnya kerana dia melihat orang memandangnya. (H.R. Ahmad dari Abu

Sa'id). Maka dalam Haji, kerana memerlukan kemampuan harta, ikhlas itu lebih sukar,

sehingga Allah perlu memberi peringatan tentang keikhlasan dalam menunaikan Haji itu

dalam Al-Qur'an. FirmanNya:

13

Page 15: 771222086803001_HBIS3203_FIQH 11

HBIS3203

"Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah". (Al Baqarah 196).

5.0 RUJUKAN

Al-Quran al-Karim. Rasm Uthmani.

Aimi Hamzah, Muhammad Haidar Mohd Isa, & Mohd Shah Ujang. (2003). Buku Teks

Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Dr Adnan Mohamed Yusoff, Noor Lizza Mohamed Said, Nidzamuddin Zakaria, Siti

Fairuza Haji Asmungi, Mohd. Zamro Muda,Muhamad Zaini Yahya.(2013). Fiqh

11. Open University Malaysia. (OUM)

Idris Ahmad. (2001). Fiqh Syafie (Jilid 1). Kuala Lumpur: Pustaka Antara

Mustafa Al-Khin, Mustafa al-Bugha, & Ali asy-Syarbaji. (2005). Al-fiqh al-manhaji

(Terjemahan)(Jilid 1). Kuala Lumpur: Pustaka Salam

Nidzamuddin Zakaria, Siti Fairuza Haji Asmungi, Noor Lizza Mohamed Said, Mohd.

Zamro Muda, Muhammad Zaini Yahya. (2013). Fiqh 1. Open University Malaysia

(OUM)

Sulaiman Endut. (2006). Asas-asas fardu ain. Kuala Lumpur. Pustaka Abdul Majid

http://www.tabunghaji.gov.my/

http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/modul-kursus-asas-haji

14

Page 16: 771222086803001_HBIS3203_FIQH 11

HBIS3203

15